Data Loading...

1610281356446_Ida Anuar - Kau & Aku Flipbook PDF

1610281356446_Ida Anuar - Kau & Aku


116 Views
48 Downloads
FLIP PDF 1.84MB

DOWNLOAD FLIP

REPORT DMCA

e-Book

Kau & Aku Januari 2021

IDA ANUAR

Port Dickson, Negeri Sembilan Editor Ogy Yusof [email protected] Kulit Hadapan MYA ASYAARI facebook.com/MyaAsyaari HAK CIPTA TERPELIHARA Tiada bahagian daripada penerbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan atau ditukar ke dalam apa bentuk atau dengan apa alat jua pun kecuali dengan kebenaran bertulis daripada IDA ANUAR.

Watak-watak yang terdapat di dalam novel ini mahupun ilustrasi kulit adalah hasil kreatif penulis dan ilustrator semata-mata. Tiada kena-mengena dengan yang hidup ataupun mati. – Penerbit JAMINAN KEPUASAN TERPELIHARA

PROLOG KEPALA aku sakit sangat. Terasa hendak pecah segala pembuluh darah yang ada dalam otak aku ini. Ya Allah… Selamatkanlah aku. Apa yang sudah terjadi? Semakin aku cuba untuk ingat, semakin kepala aku berdenyut dengan teruk. Kaki terasa kebas. Badan terasa sakit semuanya. Perlahan-lahan dunia menjadi gelapgelemat. Suara-suara kecoh yang memanggil tenggelam timbul di dalam ketepuan otak. Akhirnya otak aku bagai gagal berfungsi. Suara hingar menghilang, duniaku kelam. Sedar-sedar aku sudah berada di suatu tempat yang sangat asing. Terbaring di atas tilam bercadar putih. Bau ubat menusuk kuat ke rongga hidung. Adakah ini hospital? “Aku dekat hospital? Tapi kenapa aku di sini? Aku sakit? Sakit apa?” Aku cuba untuk berfikir kembali. “Fikir Dija, fikir.” Aku menunduk, pakaian yang tersarung di tubuhku. Masih pakaian pengantin. Bukan baju hospital sebagaimana sepatutnya. “Baju pengantin? Aku baru lepas kahwin, kan? Ya! Aku baru saja menjadi isteri kepada kekasih hati, Firhad. Lelaki itu baru saja melafazkan akad di hadapan kadi dan saksi tetapi, di mana Firhad? Mana suami aku? Aku cuba bangun dari katil dengan kepayahan. Mahu mencari Firhad. Mahu mencari ahli keluarga aku yang lain. Kenapa tiada seorang pun di sisi aku ketika ini? Aku terlantar di sini tapi seolah tiada siapa pun peduli. Tega sungguh mereka biarkan aku Kau & Aku |1

sendirian! Mana mama dan papa aku? Tak kan mereka berdua juga tiada perasaan belas terhadapku? “Firhad!” Aku menjerit. Seminit. Dua minit. Tidak ada pun Firhad masuk ke dalam bilik ini. Aku menunggu lagi. Sabarlah hati! “Firhad!” Jeritan aku hanya bergema di dalam bilik ini. Tapi bayangan Firhad langsung tidak menjelma. “Mama! Papa!” Aku menjerit lagi. Seminit. Dua minit. Mama dan papa pun tidak kelihatan. Ke mana mereka semua? “Kakak!” Mencuba lagi tetapi tetap tiada siapa pun yang muncul. Aku dibiarkan bersendirian di sini. Aku turun dari katil. Terhoyong-hayang berjalan menuju ke arah pintu yang tertutup rapat. Aku cuba menarik pintu, tetapi sesuatu telah berlaku. Aku mencuba sekali lagi. Bahkan berkali-kali! Aneh! Aku tidak boleh memegang pintu. Tanganku bagaikan kabus setiap kali aku mencuba. Aku tidak dapat merasai apa-apa. “Aku dah mati?” Bingung. “Betul ke aku dah mati?”

Kau & Aku |2

BAB 1 “KENA ada orang guide dia. Macam aku guide kau bulan lepas. Kau dah lupa ke masa kau mula-mula sampai sini dulu?” Aku memandang wajah Hairil. “Ishh… Aku seramlah.” “Wei! Apalah kau ni.” Aku gelak. Lawak sungguh! “Ingat Hairil… Tak dapat tidak, kau kena guide juga. Dia jadi macam tu sebab kita juga. Tak pasal-pasal dia ikut kita tersesat dekat sini.” “Aku tak jangka semua ni…” “Relakslah bro… Kau dah kenapa sampai menggelabah tenuk ni?” Aku ketawa lagi. Tak kanlah sampai macam itu sekali rasa malunya. “Aku takutlah.” Hairil mengeluh. “Weh, dalam situasi kita sekarang, tak ada istilah takut. Dia sesat, sama saja macam kita. Kau dah tengokkan apa jadi dekat dia? So, jangan biarkan dia terus sesat.” Aku pandang wajah kacak Hairil. Wajah nampak kacak, segak dan brutal tetapi bila sampai bab mahu memulakan sesuatu, memang ke laut. Hendak pula bila perihal perempuan. “Rio… Kau ingat, dia nak layan aku tak?” soal Hairil. Sudah… macam budak pula. Aku hanya geleng dan senyum. “Layan atau tidak, kau kena pergi jugak.” “Mana aku nak jangka benda ni semua nak jadi. Haishh… Stres aku!” Hairil melurutkan rambutnya. “Kita sama-sama yang bertanggungjawab atas hal ni, Hairil. Jadi kita selesaikan sama-sama. Setidaktidaknya kita bantu cari jalan untuk dia balik. Untuk kau balik dan untuk aku juga. Dekat luar sana banyak Kau & Aku |3

benda kita yang kena selesaikan. Kita tak boleh selama-lamanya ada di sini.” “Atau… Kau sebenarnya dah jatuh cinta dengan target kita tu?” Aku gelak kuat kuat. Hairil terpinga-pinga. “Nak mati eh?” Wajah Hairil serius, kembali kepada perwatakan asal dia. Masam, muncung dan tidak tahu hendak senyum. “Ishh… Janganlah doakan aku macam tu. Aku nak hidup. Belum puas menikmati dunia.” Aku semakin galak mengusik. “Whatever! Eh! Kaulah pergi settle-kan. Malas pulak aku.” Hairil berkalih duduk. Dia mula melangkah menjauhi padang permainan tersebut. Suara riuh-rendah kanak-kanak bermain langsung tidak menarik perhatiannya. “Hairil… Come on. Janganlah ambik hati. Gentleman, bro.” Aku memujuk lagi. “Gentleman apanya?” Dia berhenti melangkah. “Yalah… Bila kita dah bawa orang lain dalam masalah kita, maknanya kenalah take action, dude. Selesaikan.” “Siapa yang bawa dia dalam masalah kita? Aku ke kau?” “Okey aku mengaku, aku yang salah. Tapi aku tak ada pilihan. Sangat tidak ada pilihan waktu tu.” Aku mengeluh. Kalau aku diberi pilihan, aku pun tidak mahu libatkan dia dalam hal ini. “Then… bila kau dah tak ada pilihan, janganlah letakkan beban kat bahu aku. Itu langsung tak gentleman namanya,” bidas Hairil. “Okay, fine! Kalau macam tu, kau lupakan dia. Biar aku yang pergi settle. Kau boleh pergi balik.

Kau & Aku |4

Settle-kan hal lain dekat sana.” Aku berpusing mahu

kembali ke taman. “One more thing… Kalau aku tackle dia, kau tak kisah, kan?” Aku membuat memek wajah serius. “Peduli apa aku!” Sombongnya jawapan dia! “Macamlah aku tak nampak pandangan mata kau tu. Aku boleh baca apa yang ada dalam hati kau tu.” “Kalau kau tak mahu dia, tak apa. Aku ada!” Aku semakin galak menyakitkan hati si Hairil. Berlagak gila! “Kau ni kan, macam budak- budaklah nak ugut aku! Celaka, kau tahu tak?” Hairil menyinga. “Whatever! Aku mencari kepuasan.” Aku menghamburkan tawa. Senang sangat nak buat dia berpaling. Gunakan saja apa yang terkait dengan hati dia. Confirm jalan! “Nak simpan berapa lama, bro?” Wajahnya aku pandang. “Sampai aku yakin yang dia memang ditakdirkan untuk aku.” “Takdir boleh berubah, kau percayalah cakap aku. Ini masanya. Go, Hairil. Dapatkan dia. Jangan lepaskan lagi. Di sini mahu pun di sana.” “Dia isteri lelaki tu, remember that. Kita berdua yang tercongok dalam masjid waktu mereka diijab qabulkan.” “Yes… Dan aku masih ingat macam mana rupa kau yang sedih gila sampai terduduk tak bersuara. Di sebalik semuanya, kita tahu. So, kau guide dia. Tunjukkan dia apa yang kita tahu. Ubah takdir kau dan dia.” Aku memujuk. “Bukankah itu namanya kerja gila?” “Cinta memang gila!”

Kau & Aku |5

“Tak semua orang sanggup gila untuk cinta, Rio…” “Tapi aku percaya kau sanggup.” Aku angguk, berikan Hairil keyakinan. “Pergi…” Hairil masih teragak-agak. Aku angguk sekali lagi, cuba menyakinkan dia sehinggalah dia akur untuk melangkah menghampiri si gadis berbaju pengantin berwarna putih dan merah jambu samar itu. “Dapatkan pengantin kau, Hairil…” ujarku untuk kesekian kalinya. “Bantu aku hancurkan empayar Robert, itu janji kita.” Aku menepuk bahunya, memberi semangat.

Kau & Aku |6

BAB 2 DIJA Aku duduk di bangku kosong yang ada di taman permainan. Suara riuh-rendah kanak-kanak sedang bermain tidak aku hiraukan langsung. Sedih! Aku tidak mampu tersenyum walaupun jelas terlihat kanak-kanak itu semua masing-masing dengan gelagat yang lucu. Aku hanya mampu melihat mereka ketawa riang. Tawa aku hilang, malah senyuman aku juga tiada. Dalam situasi sekarang jangankan tersenyum, menyungging bibir pun aku tidak mampu. “Kenapa kau duduk tempat aku?” Satu suara menyapa aku keras. Sombong kedengaran. Aku mendongak memandang tuan empunya suara. Mak aiih! Handsome sungguh mamat ni. Sempat juga mulut aku terlopong. Kacak mengalahkan Firhad! Sebelum aku tergoda dengan mamat handsome ini, baik aku kalih pandang. Aku sengaja mencari sesuatu pada bangku di mana aku menumpang duduk. “Apa yang kau cari? Itu tempat aku. Boleh tak kalau kau bangun? Aku nak duduk.” Lelaki kacak itu bersuara lagi. Kali ini kedengaran agak tegas. Memang lelaki itu sungguh mahu aku beredar. “Siapa nama kau?” Entah kenapa agaknya aku bertanyakan namanya. “Hairil. Tapi apa kena-mengena nama aku dengan tempat duduk aku ni?”

Kau & Aku |7

Poyo sungguh mamat ni. Bajet bagus saja lagaknya. Gayanya yang maskulin menambahkan kesombongan dirinya barangkali. “Tak ada pun nama kau tertampal dekat sini. Jadi tempat ni sesiapa pun boleh duduk, kan?” Aku memuncungkan mulut macam itik. Memang, tiada pun namanya tercatat pada bangku tersebut. Lagi nak claim bangku itu dia yang punya. Aku kembali duduk dan buat bodoh tetapi mamat bernama Hairil itu masih tegak berdiri. Jadilah patung cendana. Ada aku kisah! “Eh! Setiap hari aku duduk sini tau. Tak pernah ada sesiapa pun duduk sini selain aku. Tiba-tiba pulak engkau datang entah dari mana kacau tempat aku. Bangunlah! Aku nak duduk.” Lelaki bernama Hairil ini mula menunjal lengan aku kasar. Wah! Ikut suka hati kau sajakan nak tunjal lengan aku? Aku ni bini orang tau tak? Nak aku jerit dekat mamat ni kuat-kuat. Biar padan muka dia. Kurang ajar sangat! Tapi... “Wey! Macam mana kau boleh tunjal lengan aku? Macam mana kau boleh sentuh aku?” Aku separa menjerit. Wajah aku bertukar warna, teruja pun ada sebenarnya. Sudah tiga hari aku tidak dapat menyentuh apa-apa. Baju yang aku pakai pun aku tidak dapat hendak sentuh. Tapi macam mana mamat poyo ini boleh buat macam itu dekat aku? Dan… dan… Dia nampak aku? Yalah, dia nampak aku! Kenapa aku tidak perasan sejak dia tegur tadi? Aku mula rasa mahu melompat gembira. Akhirnya setelah tiga hari, ada juga manusia lain yang nampak aku. Kau & Aku |8

Yes! Akhirnya! “Kau dah kenapa? Gila ke?” Lelaki bernama Hairil itu menjeling. Ah! Lantaklah. Kau nak jeling aku sampai juling pun tidak mengapa. Yang penting dia nampak aku dan dia boleh sentuh aku. Aku hulur tangan menyentuh lengan lelaki itu. Yes! Dapat sentuh dia walaupun lelaki itu kelihatan sangat garang. “Kau apahal, perempuan? Sentuh-sentuh aku pulak dah ni?” Kali ini lelaki itu terus menunjukkan amarahnya. Aku ketawa sambil bertepuk tangan. Sangat gembira. Sudah beberapa hari aku asyik bersedih mengenang nasib diri yang tidak tahu hala tujunya. “Kau ni dah kenapa? Aku marah tapi kau boleh gelak. Siap tepuk tangan. Mereng betul kau ni.” Lelaki itu mencebik. Sengal punya perempuan. Kena marah pun boleh lagi bertepuk tangan! “Apa-apalah, aku tak kisah. Janji kau nampak aku. Aku boleh sentuh kau. Dah tiga hari aku dekat sini. Tak ada siapa layan aku. Bila aku cuba bercakap, tak ada siapa balas. Semua buat tak peduli. Aku rasa dah naik gila jadinya.” Aku terus bercakap macam bertih jagung, menyembur air liur. Lantaklah! Janji dia tahu yang aku rasa sangat teruja. Sangat! Lelaki itu memandang aku pelik. Tiba-tiba mulutnya meletuskan tawa. Tadi marah dengan aku sekarang dia boleh pula gelak berdekah-dekah? Okey. Sekarang siapa yang mereng. Aku atau dia? “Kenapa kau gelak? Aku tak buat lawak pun sekarang ni.” Aku tengah bersedih, boleh pula dia gelak. Aku ada buat lawak ke? Rasanya tak ada. Aku hanya tepuk tangan kegembiraan kerana bertemu dengan Kau & Aku |9

satu-satunya manusia yang boleh aku lawan berbicara. Manusia yang boleh aku sentuh waima dengan hujung jari. “Kau barulah dekat sini ya? Patutlah kau tak tahu tu tempat duduk aku,” jawab lelaki itu sebaik saja dia habis ketawa. Aku nampak ada air mata di hujung kelopak matanya. Ketawa sampai menangis? Oh… Lawaknya aku! “Baru tiga hari.” Mimik mukaku sedih. Harap dia faham yang aku bukan buat lawak sengal. Aku sedang meratapi nasib diri yang tidak diketahui punca dan asbabnya jadi begini. “Comellah kau ni. Bila buat muka macam tu, sweet je. Kau lari dari majlis kahwin kau, eh?” Aku pandang baju pengantin yang membalut tubuh. Baju gaun berwarna putih dan merah jambu samar itu sudah koyak di bahagian hujung. Warnanya pun sudah kelabu terpalit debu. “Tak… Aku tak lari dari majlis kahwin. Aku dah kahwin dan aku ni isteri orang,” aku jawab dengan yakin. Memang aku dah kahwin. Yang aku ingat lepas majlis akad nikah, aku dan Firhad keluar daripada perkarangan masjid, melintas jalan dan… Argh! Kepala jadi sakit tiba-tiba. Aku langsung tidak boleh berfikir. Kalau aku cuba fikir, kepala terasa bagai hendak pecah. “Tak payahlah kau nak ingat apa yang dah jadi kalau kau rasa sakit. Sekarang dah ada dekat sini. Kau dah sesat. Yang sedihnya, aku sendiri pun dah lama sesat. Bukan kau seorang je.” Lelaki itu duduk menunduk, merenung kakinya sendiri. Aku ikut memandang hujung kaki lelaki itu. Kasut Kickers warna kelabu itu sama seperti kasut Firhad. Kau & Aku |10

“Sesat? Maksud kau?” Aku berdiri di sisinya menanti jawapan. Sungguh! Aku tidak faham apa yang dia kata. Sesat yang bagaimana? Sesat di mana? Atau sesat ke mana? “Sesatlah. Tak jumpa badan sendiri,” jawabnya sambil lewa. “Ni bukan badan kau? Ni bukan badan aku ke? Eh! Apa kau cakap ni?” Entah apa lelaki ini merepek. Sungguh aku tidak faham. Tadi cakap sesat. Sekarang sesat tak jumpa badan sendiri pula. Apa? Dia ingat ini cerita fantasi ke, macam cerita Alice In Wonderland? Tersesat ke dunia ajaib. Aku tengok dunia ni sama saja macam dunia yang aku kenal cuma bezanya tiada siapa sudi bercakap dengan aku! Yang menjadikan bertambah aneh, aku tak tahu di mana aku berada sekarang. Kalau aku tahu, senang sikit aku nak balik ke rumah. Mungkin secara tiba-tiba aku amnesia. Agaknya itu yang lelaki kacak ini maksudkan. “Kau pergi sentuh budak lelaki tu.” Budak lelaki berbaju merah. Bulat gemuk, sedang makan aiskrimnya yang ketiga. Dalam pada aku bersedih, sempat juga aku kira berapa batang aiskrim budak itu makan. Sumpah, aku tak tipu! “Pergilah. Nanti kau tahu,” suruhnya lagi. Aku pandang dia. Cuak. Pasti ada sebab mengapa dia menyuruh aku menyentuh budak lelaki tersebut. Tak kan dia mahu pedajalkan aku pula? Perlahan-lahan aku merapatkan diri dengan budak lelaki yang sedang leka menikmati aiskrim di tangannya. Fuh! Budak gemuk ini memang pelahap aiskrim agaknya. Baru aku nampak, ada lagi dua batang Aiskrim Malaysia di dalam beg plastik yang Kau & Aku |11

dipegangnya. Lantak kaulah, dik. Perut kau kan besar. Banyak ruang boleh diisi. Aku pandang lelaki yang masih duduk di bangku tersebut. Dia angguk. Aku ikut angguk. Perlahan-lahan aku angkat tangan lalu menyentuh pipi gebu budak lelaki itu tetapi sama saja seperti tiga hari lepas. Tangan aku hanya menembusi pipi budak tu. Situasi yang sama berlaku setiap kali aku cuba menyentuh apa saja sekelilingku. Seolah-olah tubuh aku sebenarnya kabus yang boleh menembusi sesuatu yang pejal. “Kenapa aku tak dapat sentuh dia?” Aku bertanya sebaik saja kembali berdiri di sebelahnya. “Tapi kau dapat sentuh aku, kan? Maknanya kau dengan aku sama. Kita tak sama dengan budak tu. Budak tu hidup. Kita ni mungkin dah mati.” Selamba badak sungguh lelaki itu mengutarakan ayat tanpa fikirkan perasaan orang lain. Aku terlopong. Kami dah mati? Kami berdua adalah hantu yang sedang merayau? Atau macam mana sebenarnya? Aku tidak faham! “Hairil. Nama kau Hairil, kan? Kalau kita dah mati, kenapa kita ada dekat sini? Bukan patutnya kita dalam alam kubur, tengah bersoal jawab dengan Munkar Nakir?” Sudah mati tapi duduk dekat taman. Mustahil betul! Orang yang sudah mati sepatutnya di dalam kubur. “Siapa nama kau, budak kecik?” tanya Hairil. Budak kecik? Hello! Bini orang ni! Bukan macam si budak gemuk tadi. “Nama aku Dija. Tapi mama dengan papa aku panggil aku, Dobot.” Aku menjawab sambil memandang budak gemuk di hadapan kami. Sebab dulu aku macam Kau & Aku |12

budak tulah, mama panggil aku Dobot. Tapi sekarang aku kurus dan cantik. Berjaya pula pikat Firhad. “Apa ke buruk sangat nama timangan kau tu?” Hairil ketawa berdekah-dekah. “Ikut sukalah! Mama aku yang suka nak panggil macam tu. Tapi kau boleh panggil aku Dija.” Aku sudah tidak peduli kalau Hairil nak hendak gelak berguling atas tanah sekali pun. Yang penting, masalah perlu diselesaikan. “Agak-agak kau tahu tak, jasad kau dekat mana sekarang ni?” tanya Hairil apabila dia sudah habis ketawa. “Jasad aku? Dekat akulah. Ni…” Siap pusingpusing lagi. Kalau tidak nampak juga badan aku yang comel ini, tidak tahulah hendak kata apa. “Ini bukan badan kaulah. Kau tak boleh pegang budak tu tapi kau boleh sentuh aku. Maknanya kau tu bukan manusia, tapi roh. Roh yang tersesat, sama macam aku ni.” Aku tercengang. Jadi betullah aku dah mati? Aku terduduk di atas rumput. Menyambung sedih yang tertangguh selepas gembira berjumpa Hairil. “Tak payahlah nak sedih. Baru tiga hari. Tak lama mana pun. Tunggu lagi beberapa hari, mesti dah boleh move on. Macam aku.” Hairil bersuara agak lembut, tidak lagi garang seperti tadi. Aku pandang wajah kacak lelaki itu. Ah! kacak lagi Firhad suami aku. “Aku tak faham. Kenapa jadi macam ni? Alam roh? Alam fantasi? Syurga? Aku memang tak tahu macam mana nak hadam benda ni semua.” Aku melepaskan keluhan. “Jangan kata kau, aku sendiri pun tak faham. Sebelum aku jumpa kau, aku ada jumpa seorang pak Kau & Aku |13

cik yang sama macam kita sekarang ni. Dia cakap dia dah jumpa jasad dia dan dia nak balik.” Hairil memandang aku. Aku hanya terkebil-kebil. Memang hanyut hendak fahamkan perkara ni semua. “Kalau kau tak tahu dekat mana batang tubuh kau, samalah dengan aku. Jadi dengan selamatnya kita duduklah dekat taman ni sampai bila-bila. Tengok budak gemuk tu jadi kurus, tengok bunga kembang mekar, tengok matahari, bulan dan bintang.” Hairil ketawa. Ketawa lagi! Dalam situasi begini bagaimana dia boleh ketawa? Aku sendiri tidak tahu macam mana mahu ketawa atau menangis. Sesungguhnya aku blur! Otak langsung tidak dapat berfikir. “Kalau tak ketawa, boleh tak? Kau ingat perkara ni lucu? Aku nak jasad aku balik. Tak kan nak duduk dekat sini sampai mati?” Aku bangun daripada terjelepuk di atas rumput. Miang pula bila rumput mencucuk punggung. Sudahlah baju pengantin ni kain sifon nipis. Aku terfikir juga kalau kulit aku dihinggapi tungau, satu hal pula nanti. “Aku dah cari merata-rata jasad aku. Tak jumpa. Confirm mak bapak aku tak tanam lagi. Kalau dah tanam, mesti dah ada dalam kubur sekarang.” Aku terduduk kembali. Kata-katanya membuatkan aku tidak yakin hendak mencari jasad aku sendiri. Mungkin jasad aku sudah berada di dalam peti mayat. Dan aku ini hanya menunggu masa saja hendak hilang dari taman ini. Sedar-sedar aku sudah kena soal Munkar dan Nakir. Aku duduk di sebelahnya. Kembali melayan kesedihan. Air mata perlahan-lahan menuruni pipiku yang gebu dengan bedak sekati. Almaklumlah, aku baru saja menjadi pengantin. Kau & Aku |14

“Jangan menangislah. Habis mekap kau tu karang,” tegur Hairil. Aku kesat air mata perlahan. Siapa yang tidak sedih? “Tak boleh ke kau fikir macam mana nak cari jasad kita? Aku nak balik. Aku baru je kahwin. Belum sempat pun nak merasa hidup berumah tangga. Aku nak suami aku balik. Aku nak mama dan papa aku. Adik beradik aku… Aku nak…” Sudah macam budak kecil aku merengek. Hairil ketawa lagi. “Kau ni memang suka ketawa je, ya? Apa yang lawaknya kalau aku menangis pun, ha?” Aku pantas berdiri. Habis bersememeh maskara Loreal aku. “Kau menangislah macam mana pun, tetap tak dapat bantu nak cari jasad sendiri. Dan aku ni ketawa sebab kau memang lawak. Comel macam badut. Aku nak menangis juga sebenarnya tapi aku lelaki. Habislah kacak aku ni kalau menangis macam kau.” Hairil ketawa lagi. Lelaki ada egonya sendiri. Sama macam Firhad. “Syukurlah Dobot, sebab kau jumpa aku. Aku ni dah agak lama duduk dekat sini sendirian. Tak ada kawan. Hari tu kawan aku ada sekejap tapi dia pun dah hilang. Mungkin dah mati. Entah esok atau lusa, kau atau aku pula lenyap. Maknanya memang sudah matilah kita waktu tu, kan.” Hairil merenung jauh ke taman permainan yang sudah semakin lengang. “Daripada fikirkan yang entah apa-apa, baik kita blah dari sini. Dah senja. Sebelum benda lain keluar, baik kita pergi.” Hairil bangun. Aku mengekori langkah Hairil walaupun sebenarnya lelaki itu langsung tidak mempelawa.

Kau & Aku |15

BAB 3 AKU mengekori Hairil masuk ke dalam sebuah kedai perabot. Main masuk saja macam pencuri. Tapi alarm memang tidak berbunyi. Lebih bagusnya, tidak perlu kami bersusah-payah untuk buka pintu. Masuk pun bukan ikut pintu, tapi menembusi pintu kedai. Macam itu rupanya menjadi roh yang tersesat. Boleh tembus di mana-mana saja. Pada aku, perasaan ini memang langsung tak menyeronokkan. Aku takut memikirkan realiti sebenarnya. “Kau nak beli perabot, eh? Perabot yang dah beli masa kahwin pun, aku tak sempat nak rasmikan, tau...” Aku pandang keliling kedai. Suasana samarsamar saja. Aku terkenangkan Firhad. Pasti lelaki itu sedang mencari di mana aku ketika ini. Atau mungkin dia sedang menangis di sisi jasad aku? Mana tahu! “Banyaklah nak beli perabot. Malam ni kita lepak sini, tidur dekat sini,” sahut Hairil. Dia terus saja duduk di sofa. Aku terlopong seketika. Tidur sini? Biar betul! Tapi aku tidak ada rasa pun hendak tidur. Sama macam aku tidak ada perasaan hendak makan atau minum. “Seingat aku dah tiga hari aku tak tidur, tak makan dan minum. Tapi rasa segar je.” Aku duduk di hadapan dia. Lembut gila sofa ni! Mesti mahal. Aku tengok pada tanda harga pada sofa tersebut. Alamak! Dua puluh lima ribu. Mahalnya. Sofa apa yang mahal sampai macam itu sekali? Tak sanggup nak beli. “Memanglah tak tidur, tak makan, tak minum. Tapi kalau kau terus merayau dekat luar tu waktu malam, banyak benda kau sendiri tak sanggup nak

Kau & Aku |16

jumpa atau tengok,” jawab Hairil dengan jelingan maut. Pertama kali aku jumpa lelaki yang suka menjeling. Selalunya perempuan saja yang suka jeling-menjeling ni. Tetapi jelingan Hairil nampak comel. Wajah yang kacak itu jadi bertambah kacak lagi. “Jumpa apa kat luar tu? Tadi aku tak nampak apa pun.” Keadaan makin gelap di luar sana. “Kau nak tengok ke?” tanya Hairil. “Nak juga kalau kau bagi.” Aku menjawab dengan sengihan panjang. “Kau nak tengok sangat ya. Jom, aku bawak kau pergi jamban.” Hairil bangun lalu menarik tangan aku dengan agak kasar. “Weh! Buat apa pergi jamban pulak! Ada mangkuk jamban je. Merepek betul!” Aku cuba meleraikan pegangannya. Ikut suka hati dia saja hendak tarik aku pergi jamban. Aku tidak ada rasa hendak buang air pun. “Sini…” Kami berdiri di hadapan pintu tandas. Hairil menolak pintu tersebut perlahan. Aku terjerit. Spontan aku peluk lelaki di hadapan aku. Erat. “Apa pasal kau menjerit pulak? Tadi kata nak tengok sangat. Ni baru dalam jamban. Belum yang dekat tempat lain.” Hairil menolak tubuh aku menjauh. Tapi aku terus mengeratkan pelukan. “Apa benda tu? Aku takutlah!” Aku terjerit kecil. Wajah aku tersembam ke dadanya yang bidang. Eh! Boleh dengar degup jantung dialah. Dup dap dup dap. Laju gila! “Dah, jom pergi depan.” Aku tetap tidak melepaskan pelukan.

Kau & Aku |17

Benda dalam tandas itu memang menakutkan. Dalam mangkuk tandas aku lihat ada kepala hitam terjongol dengan mata merah, lidah terjelir dan mulut ternganga. Seolah-olah menanti sesuatu dari atas terus masuk ke mulutnya. Bukan itu saja, aku lihat ada banyak makhluk kecil macam toyol. Berlidah panjang, sedang bermain dengan sesuatu yang berbau busuk. Sungguh! Aku tidak dapat membayangkan betapa ngerinya. “Tadi macam berani sangat. Yang sekarang ni tak lepas-lepas peluk aku dah kenapa? Ingat sikit, kau tu isteri orang. Peluk aku ikut suka hati kau je. Mahu putus kepala aku kena pancung dek suami kau nanti.” Hairil menolak tubuh aku jauh. Bila dia sebut ‘suami’ aku terus melepaskan pelukan. Ishh! Firhad pun aku belum peluk lagi. Tidak sempat hendak peluk, aku sudah sesat di sini. “Itu namanya syaitan. Kau nak sangat ke hadap benda tu dekat luar sana? Aku tak nak. Tak sanggup aku nak jumpa yang lain dekat luar tu. Aku bukan penakut sebab dah biasa tengok cerita hantu. Tapi aku tak selesa sebab benda tu banyak waktu malam. Bila siang kurang sikit.” Hairil menyambung kata. Aku duduk di sebelahnya agak rapat. Rasa takut masih lagi bersisa. “Kau jangan nak rapat-rapat sangat dengan aku boleh tak?” Hairil menguisku dengan hujung jari. Masalahnya aku takut. Siapa suruh tunjukkan benda dalam jamban tu? Tak pasal-pasal aku terpaksa menempel dekat dengannya. “Kau takut, eh?” Hairil gelak. Aku menjeling geram. Dia punya pasallah ini semua.

Kau & Aku |18

“Takutlah! Hantu tu rupa apa entah. Kau agak, mulut dia ternganga dalam lubang jamban tu tunggu apa, kan Hairil?” Hairil yang tak bereaksi. “Tunggu najislah kot. Dah nama pun hantu jamban.” Werk! Loya! Macam itu ke sebenarnya situasi dalam tandas? “Itulah sebabnya bila masuk tandas, baca doa. Melangkah guna kaki kiri, kepala tutup. Sopan duduk dalam tandas. Ada tertibnya.” Aku angguk. Betul cakap Hairil. Masuk tandas memang kena ikut adabnya. Aku tidak boleh bayangkanlah mulut makhluk tadi. Geli! Aku terfikirkan tandas yang kotor. Itulah sebabnya tandas wajar dibersihkan setiap hari. Tandas yang kotor adalah tempat syaitan berkumpul. Aku pandang keliling. Manalah tahu kot muncul pula hantu lain. Aku semakin merapatkan tubuh dengan Hairil. Lelaki itu sudah melelapkan matanya. Memang bukan tidur tapi mesti dia ada sebab tersendiri. Merehatkan diri, mungkin. Aku pun ikut bersandar di sofa, melelapkan mata. Untuk apa, aku sendiri tidak pasti. Mungkin juga untuk mengelak daripada melihat hantu-hantu tadi. “Hairil…” Aku seru lelaki itu perlahan, seolaholah berbisik. Mataku masih terkatup rapat. “Hmmm…” jawabnya. Juga perlahan. “Kenapa kau tersesat dekat sini?” Aku buka mata dan menoleh memandangnya. Merenung wajah kacaknya seketika. “Entahlah. Aku tak ada jawapan sebab aku pun tak boleh nak ingat apa-apa. Memori aku hilang begitu saja,” jawabnya tanpa membuka mata. Dia miliki bulu mata yang lentik. Hidung dia tidak pesek tetapi tidaklah mancung sangat. Kau & Aku |19

Sederhana saja. Bibir dia pula… Aduhai! Pasal apa pula aku nampak macam potongan buah limau Sunkist? Elok terbentuk, seksi gitu! “Sudah-sudahlah belek muka aku ni, Puan Dobot.” Alamak! Dia nampak ke aku tengah belek muka dia? Malu beb! “Aku tak beleklah! Aku tengok sikit je.” Dia membuka mata dan merenung aku seketika. Kemudian, perlahan mendengus tidak puas hati. “At least kau ingat yang kau dah kahwin, kan? Kira kau dah untung banyak. Aku ni langsung tak ingat apa-apa. Aku hanya ingat nama aku je, Hairil. Hairil bin apa, siapa mak ayah aku, pun aku tak ingat. Macam mereka tu semua tak wujud dalam hidup aku. Aku hanya ingat nama seorang. Mak Jah. Tapi siapa dia, aku tak tahu.” Hairil memandang wajah aku sekilas. Dia menyulam jari-jemari sendiri. Kiranya aku beruntung sebab aku ingat yang aku ada Firhad dan ada mama dan papa. “Aku ingat semuanya tentang kehidupan aku. Cuma aku tak ingat perkara yang buatkan aku berada di sini. Mungkin ada sesuatu yang terjadi. Kau tak nak cari jawapannya ke, Hairil?” Dia masih tunduk merenung kakinya. Kasut Kickers kelabu itu lagi! Kasut itu bagaikan sangat istimewa padanya. “Aku dah cuba, tapi aku tak jumpa apa-apa petunjuk. Semua lorong rumah, lorong kedai aku susur. Ada satu tempat saja lagi yang belum. Hospital.” Hairil langsung kelihatan tidak teruja. Tapi, aku yang sebaliknya berasa sedikit gembira. “Kenapa kau tak pergi hospital? Aku rasa memang dekat situlah badan kita. Jom kita pergi.” Aku menarik tangan Hairil. Kau & Aku |20

“Aku tak nak pergi hospital.” Hairil menarik kembali tangannya. Aku terkedu. Ganas betul mamat ni! “Kenapa kau tak nak pergi hospital? Kau takut ya? Kau mesti takut nak makan ubat, kan? Atau sebenarnya dekat hospital lagi banyak benda seram?” Aku pandang wajahnya yang tidak beriak. Dia kembali melelapkan mata. “Janganlah lelap, Hairil. Bukalah mata kau. Aku tengah cakap dengan kau ni. Tak apalah kalau kau tak nak pergi, tapi aku nak. Aku pergi sendiri.” Aku memeluk tubuh, berganjak sedikit daripada lelaki itu. Tidak mengapalah kalau Hairil tidak mahu pergi. Aku boleh pergi sendiri. Hospital saja pun, bukannya rumah mayat. “Suka hati kaulah. Aku memang tak nak pergi hospital sebab...” Hairil terhenti. Dia buka mata, memandang aku tepat yang tengah gigih merenungnya. Kantoi lagi! “Kau sedar tak yang kau tu dah ada suami. Yang asyik pandang aku, macamlah aku ni suami kau pula apa hal? Kau jangan nak cakap, disebabkan kau jadi macam ni maka kau fikir aku ni boleh menaikkan nafsu kau. Bayangkan yang aku ni suami kau.” Hairil menjeling aku dengan ayat paling sinis. Pedih telinga aku mendengarnya. Mulut dia memang mulut tong sampah! “Eh! Bercakap tu fikir-fikir sikit ya. Aku tak hadaplah dengan kau. Aku hanya nak pergi hospital, cari jasad aku. Kalau kau tak nak, tak apa. Duduk jelah dekat sini. Nak sesat sampai dunia kiamat pun ikut suka hati kaulah. Aku tetap nak pergi hospital esok pagi.” Aku tarik wajah paling masam yang aku boleh buat dalam dunia aku. Walaupun sebenarnya

Kau & Aku |21

aku tidak mahu buat muka macam tu, nanti cepat tua. “Ikut suka kaulah, Dobot. Aku malas nak layan. Jangan kacau aku. Pergi jauh-jauh.” Tak guna betul dia ni. Hendak halau aku pula. Macamlah kedai perabot ni bapak dia yang punya. “Hello! Kedai perabot mewah ni memang bapak aku yang punya.” Hairil menjegilkan biji matanya. Roh memang ada kuasa psikik, eh? Boleh baca minda orang. Tapi kenapa aku tidak boleh baca apa yang ada dalam minda dia? “Kedai bapak kau? Bapak kau cina ke?” Aku pandang dia, kemudian mengerling pada nama syarikat yang terpampang besar dan jelas di bahagian kaunter. Yap Ah Seng! Muka melayu tapi bapak cina. Nampak sangat menipunya. Entah-entah si Hairil ni hanya anak tauke kicap tempatan. “Kau ni kan…” Hairil mengeluh. Kalah dengan aku? Aku ukir senyum senget. Suka tengok muka dia yang kacak bertukar menjadi merah, malu-malu gitu! “Ada sebab kenapa aku tak nak masuk hospital tu.” Hairil menyambung katanya kembali. Aku memandang wajahnya. Menanti dia menyambung bicara. “Aku takut makan ubat, tu alasan paling utama. Keduanya, aku rasa hospital tu macam… Entahlah. Susah aku nak cakap apa-apa pasal hospital ni. Yang aku tahu memang hati aku tak nak pergi sana. Hospital ni macam pernah memberi aku kesan trauma pada aku, tapi tak tahulah apa dia. Aku tak boleh fikirlah.” Panjang lebar Hairil bercerita. Trauma pasal apa? Mungkin dia pernah sakit dan duduk dekat

Kau & Aku |22

hospital berbulan-bulan. Mungkin juga saudara-mara atau mak ayah dia. Mana tahu? “Kalau dah kita macam ni, aku pasti sangat yang jasad kita ada di hospital. Tapi tak apa. Esok aku sendiri pergi tengok dekat hospital kerajaan sana tu. Badan aku mesti ada dekat sana. Kalau jadi apaapa dekat aku, mesti mama dan papa aku hantar aku dekat sana.” “Dekat sini ada dua buah hospital, kau carilah. Aku tak nak ikut.” Hairil kembali melelapkan mata. Apa aku boleh buat. Cuma dia kena samasama mencari apa yang sepatutnya kami harus cari. Tak kan selamanya menunggu dan menanti. Eh, buah atas pokok pun ada masa kena kait. Tak adanya nak harap semua gugur sendiri! “Hairil, kita tak boleh terus sesat. Kita kena cari. Kita kena balik. Aku nak balik sebab aku ada mak ayah, aku ada suami. Mereka mesti tunggu aku.” Aku memujuk lagi. Hairil pun mesti ada keluarga. Dia mesti ada adik-beradik, emak dan ayah. Tak kan dia tidak mahu cari? “Dah berapa lama kau merayau macam ni?” Aku tanya dia lagi. “Ikut perkiraan, sebulan dah.” Hairil jawab tanpa memandang wajah aku yang sudah bersememeh dek solekan yang mencair. “Sebulan macam ni, tak kan kau tak ada hati nak balik?” Aku pelik. Dia ni tak ada perasaan ke? Tak rindu mak ayah dia? Tak rindu girlfriend dia ke? “Tak balik pun tak apa. Hidup dalam dunia ni aku rasa tenang, aman damai. Tak payah aku nak hadap macam-macam benda bodoh dekat luar sana tu.” Dia mendengus, aku pula terdiam. Benda bodoh apa yang dia hadap agaknya? Pasti kisah hidup dia lebih tragis daripada aku. Kau & Aku |23

“Kau ada masalah psikologi ke? Ada masalah hati? Hidup kau dekat dunia tu tak syok ke?” Aku tanya. Semacam menyimbah minyak pada bara api. Sengaja memancing kemarahan. Hairil sudah memandang aku dengan wajah bengis. “Mulut kau tu kalau tak teka-teka hidup aku, boleh tak? Jangan nak sibuk-sibuk. Tu... Kain koyak kau tu, pergi jahit. Sibuk nak jaga tepi kain orang pula kau ni,” Aku terkumpal-kumpal. Termangu apabila dimarahi dengan kasar begitu. “Aku tak jaga tepi kain kau. Kau pakai seluar, tak pakai kain.” Aku sempat menjawab perlahan. “Apa kau cakap? Mulut kau ni memang macam pungkoq ayamlah!” Hairil terus berdiri. Dia meninggalkan aku dan menghilang di dalam sebuah bilik. Tak kan aku nak ikut dia masuk bilik tu. Terkulat-kulatlah aku memandang. Padan muka, bising lagi! Aku tutup mulut aku yang comel. Comel tapi suka membebel. Firhad pun tidak suka aku membebel. Dah banyak kali Firhad tegur sikap aku yang suka bercakap. Tapi hendak buat macam mana? Aku memang suka bercakap. Dan apa yang aku cakap, bukan benda sia-sia pun. Aku bercakap benda yang betul. Betullah, kan? Hairil tak pakai kain. Dia pakai seluar. Salah ke?

Kau & Aku |24

BAB 4 PAGI-PAGI lagi aku tunggu Hairil keluar daripada bilik. Tetapi dia langsung tak menjengah. Hairil dah tinggalkan aku ke? Aku mula merasa gelisah. Bimbang jika dia pergi meninggalkan aku. Aku pandang pintu utama. Sebelum pekerja kedai perabot ini datang, baik aku pergi. Walaupun mereka mungkin tidak nampak aku tapi aku memang tidak boleh duduk dekat sini. Aku kena pergi buat kerja. Ya! Aku ada banyak kerja nak buat. Pertamanya cari jasad aku. Kalau Hairil tidak mahu ikut, aku tak paksa. Aku boleh berjalan dan mencari jasad aku sendiri. Sebaik saja aku berada di luar kedai, Hairil sudah ada menunggu di kaki lima kedai. Bersandar pada dinding konkrit. Kedua belah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar jeans. Dia merenung ke hujung kaki lima. Aku ikut memandang ke arah yang sama. “Aku ingat kau dah pergi. Kau nak makan nasi lemak ya?” tanya aku perlahan. Hairil memang sedang memandang mak cik yang menjual nasi lemak di hujung kaki lima. “Kau boleh belikan ke? Mak cik yang jual nasi lemak tu agak-agak boleh ke nampak kau? Kalau kau boleh beli, aku nak. Nasi lemak sambal sotong, telur mata dengan timun lebih. Tak nak kacang, nanti jerawat. Boleh?” kata Hairil menyebabkan aku tersengih, kelat. “Setakat nasi lemak apalah sangat, kan? Tapi…” aku berjeda. Macam mana aku nak beli?

Kau & Aku |25

“Macam mana aku nak beli? Aku tahu otak kau akan keluarkan ayat tu. Bagus! Maknanya otak kau berfungsi dan mampu mencerna dengan baik. Akhirnya kau sedar diri.” Ayat yang keluar dari mulut Hairil memang makan dalam. “Lain kali kalau nak bercakap fikir dulu. Otak kau tu kasi berkembang sikit. Jangan biar tepu macam simen,” kena sound setepek. Aku hanya mampu menyengih. “Kalaulah aku betul-betul hantu, dah lama aku cekik-cekik kau. Tahu tak?” Kalau bibir dia tu ulas limau Sunkist, dah lama aku gigit-gigit. Geram sungguh! “Kau nak gigit bibir aku? Sila bermimpi ya.” Muka dia selamba. Mentang-mentanglah kau boleh baca fikiran aku, suka hati kau kenakan aku. Tunggu kau, Hairil. Sampai hospital nanti tahulah aku nak curi jarum cucuk, punggung kau nanti. “Hairil, terima kasih sebab kau bagi kefahaman pada aku walaupun aku masih tak faham apa sebenarnya yang berlaku. Aku nekad. Aku nak pergi hospital cari jasad aku. Pergi dulu ya.” Wajah Hairil langsung tidak menunjukkan minat. Seharian aku dengan dia, dari petang bawa ke malam, sampai ke pagi ini, aku rasa seronok dan serasi pula dengan mamat ini. Tapi aku tidak boleh nak lebih-lebih sebab aku sudah ada suami. Suami aku sedang tunggu aku balik. Rasanyalah. Tak kan Firhad tak tunggu aku, kan? Aku melangkah sebaik saja habis bercakap dengan Hairil. Perlahan-lahan aku mengatur langkah. Satu... Dua... Kau & Aku |26

Tiga... Empat… Lima… Enam… Tujuh! Sambil mengira, dalam hati terus berdoa dan berharap yang dia akan ikut sama sebab aku tak yakin aku boleh bersendirian ketika ini. Aku sangat takut sebenarnya. “Dobot!” panggil Hairil. Cepat-cepat aku berhenti. Aku menoleh memandang dia dengan senyuman. Fuh! Lega. Allah makbulkan doa aku. “Kau sebenarnya takut, kan?” tebaknya. Aku menguntum senyum. Senyum senget, senyuman yang penuh pengharapan. “Mana ada...” aku jawab dengan yakin. Mana boleh tunjukkan perasaan aku itu. “Habis tu, yang kau kira satu sampai tujuh lepas tu siap berdoa dalam hati tu apa?” Alamak! Dia memang ada kuasa psikiklah. Agaknya kalau aku lagi lama dekat alam ni, mesti aku pun handal macam dia. Boleh baca fikiran orang. “Sebenarnya aku memang tak berani nak pergi sendiri. Hairil, kau tak kesian kat aku ke? Kau patut temankan aku tau.” Akur yang ketakutan sangat menguasai diri apatah lagi berada di suatu tempat yang sangat asing sendirian. “Sepuluh sebab, kenapa aku kena ikut.” Dia buat muka bajet bagus. Ishh! Dia ni. Kejam betul. “Sebab pertama…” Aku terkial-kial. Macam mana nak reka sebab dalam masa yang singkat ni? “Sebab aku penakut.” Ah! Belasah sajalah. Kau & Aku |27

“Sebab kedua?” Aku telan air liur. “Sebab kedua… Ha! Kalau apa-apa jadi dekat aku, siapa nak tolong? Aku ada kau je.” “Sebab ketiga…” Aduh! Otak aku dahlah memang tidak boleh berfungsi. “Hairil… please. Aku nak balik. Aku nak balik. Aku rindu mama dan papa. Aku nak suami aku. Kesian Firhad. Mesti dia sedih. Baru kahwin, belum apa-apa bini dah hilang.” Mati aku nak cari sepuluh sebab. Tak mahu tolong, sudahlah. Banyak pula ragamnya. “Tak apalah. Aku memang penakut nak mampus. Tapi aku tak boleh mati dengan ketakutan aku tu. Kau tak nak temankan aku, tak mengapa. Aku boleh pergi sendiri.” Terus saja aku menonong dan tidak menoleh lagi. Menyambung kira pun tidak. “Kau merajuk ya?” Tiba-tiba dia sudah berada di belakang aku. Siap berbisik lagi. Mujur aku tidak terlompat dek kerana terkejut. “Hello? Kalau tak muncul macam kawan kau dalam jamban semalam tu, boleh tak? Terkejut aku.” “Kau ni… Ingat aku apa? Hantu?” Melangap dia ketawa. Aku hanya mampu mencebik. Menyampah sungguh. Muka saja harapkan kacak tetapi perangai langsung tidak semenggah. “Aku ikut kau pergi hospital,” sambungnya perlahan.

Kau & Aku |28

Terus kaki aku berhenti melangkah. Aku memandang wajahnya yang tidak mempamerkan apa-apa riak. “Kau biar betul...” “Aku kesiankan kau. Kau baru empat hari dalam dunia ni. Aku dah sebulan. Jadi aku lagi banyak tahu benda yang tak sepatutnya. Lagipun kau perempuan. Baru kahwin pula tu. Ada saja yang suka perempuan macam ni tau…” bisik Hairil sambil matanya meliar. Oh tidak! Jangan cakap yang ada pengantin baru macam aku ni. “Ishh… Kau sebenarnya saja nak takutkan aku, kan? Sebenarnya kau pun nak cari jasad kau sendiri, kan? Mengaku sajalah. Tak perlu nak layan ego kau tu.” Aku sengih. Hairil buntangkan matanya. “Aku temankan kau je, jaga keselamatan kau. Tapi mana tahukan, aku pun akan jumpa jasad aku dekat hospital. Bolehlah kita sama-sama balik,” jawabnya. Ha! Mengaku pun yang kau tu memang nak balik juga. Tapi penakut nak pergi hospital. Ada juga lelaki macam ni… Kacak, bergaya tapi takut pergi ke hospital. Aku dan Hairil beriringan melalui kaki lima, meninggalkan kedai perabot milik ‘bapa’ Hairil. Malam nanti di mana pula kami akan melepak agaknya jika kami tak jumpa badan kami? Hairil menuju ke arah perhentian bas. “Memang kena naik bas ke?” Aku tanya Hairil ketika kami berdiri bersama beberapa orang lain yang sedang menunggu bas. “Yalah, kau ingat?” Hairil pandang aku, kemudian matanya melilau memandang tempat lain.

Kau & Aku |29

“Aku ingat macam kita ni boleh hilang-hilang.

Blink! Blink! Atau sebutlah macam zam-zam ala

kazam tu,” aku menjawab. Boleh hilang atau terbang. Rohkan ringan, menurut apa yang aku bacalah. “Kau ada duit nak bayar tambang tak?” tanya Hairil. Aku terlopong pandang tangan aku. Duit? Nak pegang duit pun tak dapat. Hendak suruh bayar tambang lagilah tak dapat. Betul ke tidak Hairil ni? “Kau biar betul Hairil. Nak bayar tambang bagai. Mana aku ada duit.” “Kalau tak bayar tambang, berdosa. Tak halal kau naik bas.” Dia senyum. Ishh! Senyum macam nak kenakan aku saja. “Habis, kau bayar tambang? Kalau kau bayar tambang, bayarkan aku sekali.” Nak kenakan aku, kan? Meh! Aku kenakan kau balik. Sengal! Hairil sengih. Confirm dia pun berdosa naik bas sebab tidak bayar tambang. Kami terus berdiri menunggu bas. Beberapa orang Mat Bangla turut sama menunggu. Bawa bawang seguni, tomato seguni. Hairan aku. Kenapa Mat Bangla suka makan bawang dengan tomato? Dia masak macam mana? “Kalau tak fikir pasal Mat Bangla tu tak boleh ke?” tegur Hairil. Aku pandang wajah kacaknya. Kenapalah kau kacak sangat? Bila kau bercakap je, aku mesti nak pandang. Tidak boleh tidak. Sampai aku terlupa yang aku dah kahwin dengan Firhad. “Ishh kau ni. Aku tanya pasal Mat Bangla, yang kau sibuk telek muka aku tu dah kenapa? Aku tahulah yang aku ni handsome kalah hero Malaya, tapi tak payahlah terlopong sampai meleleh air liur!”

Kau & Aku |30

sergah Hairil. Cepat-cepat aku bawa tangan ke bibir. Ada air liur? “Mana ada, kau tipu!” Teruklah dia! “Jom! Bas dah sampai.” Hairil menarik tangan aku. Berhimpit-himpit dalam bas. Dan aku yang comel, terselit di antara Hairil dan Mat Bangla. Aduh! Hairil senyum-senyum memandang aku yang sudah berubah wajah. Orang sebelah aku memang sebiji bau bawang. Perlahan-lahan aku mendekatkan diri aku pada Hairil. Aku benci bau bawang! Dan aku suka bau Hairil. Bau Vanilla Musk. “Boleh tak kalau kita turun?” Aku berbisik ke telinga Hairil. “Kenapa?” soalnya balik. “Serius, aku rasa nak pengsan.” “Cakap jelah yang kau tak selesa berhimpit dengan ketiak bawang,” usik Hairil dengan sengihan panjang. “Memang, aku rasa nak muntah. Hairil… Cepatlah.” Aku separa merayu kepadanya. Kebetulan bas sedang berhenti di hadapan bank. Cepat-cepat aku turun dengan menyeret tangan Hairil. “Jauh lagilah nak pergi hospital ni,” rengus Hairil. “Sorry Hairil, my bad. Tapi aku rasa loya sangat.” Aku memandang wajahnya. Meminta dia faham yang aku bukan sengaja mahu turun dari bas tadi. Aku mengatur langkah menuju ke sebuah pasaraya besar yang berhampiran. Entah mengapa aku rasa tertarik pula mahu masuk ke dalam bangunan tersebut.

Kau & Aku |31

“Kau masuk sini nak cari apa?” soal Hairil. Aku geleng kepala. Entahlah. Aku sendiri tidak tahu apa aku mahu cari, tetapi aku rasa tempat ini banyak memberi aku kenangan indah. “Bingo!” Aku memetik jari lantas aku menyeret Hairil sekali lagi. “Kau nak baca buku?” soal Hairil sebaik saja aku berhenti di sebuah kedai buku. Aku geleng! “Dah tu?” soal Hairil lagi. “Ingat lagi, dekat sinilah aku pertama kali dating dengan Firhad. Masa tu aku nak beli novel, dia pula nak beli majalah.” Ceria aku bercerita. Hairil mencebik. “Setakat nak ingat benda macam tu, tak payahlah dengan aku.” Ada nada berlagak pada suara itu. “Aku terujalah sebab dapat mengenang memori indah. Itu pun salah ke?” Payah juga bila dia langsung tiada memori tentang kehidupannya. “Tak salah, tapi kau tarik orang yang salah. Patutnya kau tarik laki kau. Siapa nama dia? Mihat? Pepahat?” “Hello… Nama dia Firhadlah.” “Whatever! Yang pasti dia tak ada kenamengena sekarang ni. Okay, let’s go.” Kali ini dia pula menarik tangan aku. Dia membawa aku menyusuri lorong di tepi sungai berhampiran. “Ceh! Jalan-jalan tepi sungai,” rungutku perlahan. Aku tahu dia akan dengar waima aku merungut dalam hati sekalipun. “Kan lagi bagus daripada tengok buku. Muak aku dengan buku. Masa belajar dulu, buku-buku tu semua jadi teman tidur aku je,” katanya perlahan.

Kau & Aku |32

Ada juga sedikit ingatan dia. Sekurangkurangnya berkenaan zaman belajar dia. “Kau belajar sampai universiti ke? Mana? USM, UM?” tanya aku. “University of Ontahmano.” Spontan aku melepuk bahunya keras. “Jahat kau! Suka nak main-mainkan aku. Entahkan tidak kau ni belajar sampai universiti.” Ada bunyi seperti menghina ke? Sebab aku tengok muncungnya panjang tiba-tiba. “Muka macam aku ni muka tak bijak ke? Muka mat pet? Macam tu?” Makin panjang muncungnya menunjuk pada dua, tiga orang lelaki yang turun ke tebing sungai dan kemudian lesap ke bawah kolong. Aku sekadar menggeleng. Muka kacak seperti dia, pakai Kickers. Masa kan seorang mat pet? “Kehidupan kau mesti sempurna sebelum ini, kan? Serba-serbi ada. So, betul ke tak nak balik ni?” tanya aku lagi. “Kalau aku ada pilihan, aku memang tak nak balik. Tapi rasanya aku kena balik juga dan hadap apa pun keadaan dalam dunia realiti. Mencari asbab kenapa aku tercampak di sini.” Aku angguk. “Jom kita cari bas, pergi hospital.” “Jalan kaki je dah. Jauh sikit, tapi banyak benda kita boleh perhati sepanjang perjalanan sebelum sampai hospital. Boleh juga kita berbualbual. Mesti tak terasa jauh tu.” Aku terdiam. Masa inilah aku terasa menyesal turun daripada bas tadi. Macam jauh saja bunyi hendak menapak! “Apasallah aku bingai sangat tadi.” Hairil pandang aku, dia ketawa sambil mengangkat ibu jarinya. “Padan muka kau.” Kau & Aku |33

Aduhai Hairil!

Kau & Aku |34

BAB 5 AKU mengekori Hairil yang berjalan dahulu di hadapan. Kami masih menyusuri sungai. Tiba-tiba Hairil berhenti. Dia duduk seketika betul-betul di belakang mahkamah. “You memang tak faham ke?” Aku mendengar suara seorang perempuan seakan menjerit. Kami memandang ke arah suara yang kuat itu. Seorang lelaki dan perempuan bertudung kelihatan sedang bergaduh di tepi kereta. Aku dan Hairil berpandangan. “I sayang you, Fiha,” lelaki itu berkata. “Kalau you sayangkan I kenapa you curang?” Aku menelan air liur. Isu yang aku sangat tidak suka. Lelaki curang! “I tak sengaja, I menyesal. Please sayang… I need you more than that girl,” rayu lelaki itu. “Lelaki memang macam ni ke?” soal aku kepada Hairil. “Habis, kau ingat perempuan tak ada yang curang ke?” Aku telan air liur mendengar jawapan balas daripada Hairil. Macam sindir aku saja! “Aku tak fikir pun nak curang.” Aku membela diri. Ya, memang aku ada sedikit tertarik dan suka memuji si Hairil ni, tapi tidaklah sampai aku hendak menduakan Firhad. “Kalau dalam kepala kau ada sikit niat memuji lelaki lain, tak ada beza pun dengan perkataan curang tu.” Sindir aku lagi! Huh! Panas pula hati aku. “Fiha, please... I tak akan ceraikan you.” Lelaki itu bersuara lagi. “I don’t care! You nak ceraikan I atau you nak gantung I tak bertali. I really don’t care,” jerit perempuan bernama Fiha. Kau & Aku |35

Ishh! Tak baiknya macam tu, aku berfikir. Yang si lelaki kalau mahukan lagi si isteri, bersungguhlah memujuk. Ubah sikap. Dan si Fiha ni pula, bagilah peluang kali kedua. Tidak ada salahnya memaafkan dan memberi peluang. Lelaki itu manusia biasa, pasti ada khilafnya. “Kalau kau jadi Fiha, apa kau akan buat?” soal Hairil ketika kami sudah kembali menyusuri jalan. “Bagi peluang kedua,” jawab aku yakin. “Yakinnya kau.” Hairil mengejek. “Yalah, manusia mesti buat silap. Lainlah kalau Fiha tu dah ada lelaki lain. Memang wajarlah dia minta cerai. Manusia kadang-kadang memang tak ingin pun berubah,” ujarku. Hairil angguk. Angguk untuk apa? Entah, aku pun tak tahu. “Maksud kau, bila si perempuan ada lelaki lain yang boleh membahagiakan dia wajarlah dia tuntut cerai. Macam tu?” Aku ingatkan dia sudah tidak berminat kisah rumah tangga. Ada rupanya lagi persoalannya. “Kalau dia tak yakin nak teruskan, bimbang pula pisang berbuah dua kali.” Hairil geleng kepala dengan jawapan aku. “Kau tahu tak, pisang tu kalau berbuah kali kedua, pasti akan ada kali ketiga. Kalau dia bercerai, kemudian dia akan hadap lagi perkara yang sama, tak gunalah dia bercerai. Dia akan jadi macam cerita, ‘terlepas mulut buaya, masuk dalam mulut naga.’” “Tapi aku percaya, setiap kejadian mesti ada hikmahnya. Bukan semua jodoh itu sempurna, tetapi pasti ada satu jodoh yang baik untuk dia,” bidas aku pula. “Kalau kau ada di tempat Fiha macam mana?” soal dia lagi. Aku terdiam.

Kau & Aku |36

“Hurm… Kalau aku jadi Fiha, pertama memang aku akan melalak. Kedua tengoklah salah dia tu macam mana. Curang sampai ke bilik tidur memang aku tak akan jilat dah kalau aku dah ludah. Aku lagi rela jadi janda,” jawab aku terus-terang. “Rela jadi janda?” soalnya sinis. “Yup, aku tak peduli. Kenapa aku kena hadap sisa orang? Penzina selalunya akan merujikan zina tu dalam hidup dia. Lagipun, salah ke jadi janda? Bunyi kau macam jijik sangat jadi janda,” Hairil geleng kepala. “Bukan begitu. Kau patut fikir, manusia yang buat salah kalau diberi hidayah, anytime dia akan berubah. Dia akan bertaubat.” “Tapi kau jangan lupa, perbuatan jahat tu orang akan ingat sampai bila-bila.” “Dalam hal ni, reda, ikhlas memaafkan tu paling penting, Dija. Allah pun Maha Pemaaf. Inikan kita sebagai manusia. Apa hak kita nak berdendam sampai macam tu sekali?” Satu keluhan kedengaran. “Kau tahu, Dija…” sambungnya. “Apa pun yang pernah terjadi pada kehidupan aku, aku dah maafkan. Dan sekarang aku memang rasa nak balik dan lupakan segalanya. Aku nak mulakan yang baru,” ujarnya dengan senyuman. “Mesti kau ada kisah pahit kau sendiri, kan?” soal aku pula. Dia diam. Dan aku ikut terdiam. Kami terus menyusuri jalan yang semakin sibuk. ***

Kau & Aku |37

SEBAIK saja kami sampai, aku dan Hairil tercangakcangak memandang ke dalam kawasan hospital. Aku tidak tahu ke mana arah yang harus pergi. “Aku rasa kita ikut je mana semua orang pergi. Sampai dekat dalam tu nanti kita carilah ICU ke, CCU ke, bilik mayat ke…” kata Hairil. ICU, CCU bolehlah lagi aku terima. Tapi, bilik mayat? Tidak. Kalau aku hidup pun, aku tidak akan masuk bilik mayat. Aku akan siap-siap buat wasiat. Jangan sesekali simpan mayat aku dalam bilik mayat. Aku takut! “Bilik mayat ada mayat jelah.” Hairil tahu apa yang aku fikirkan. “Tapi orang cakap dalam bilik mayat tu pun ada hantu,” kata aku, antara berani dan takut. “Hantu tu hanya imaginasi manusia je, Dija. Bukan ada hantu pun dalam dunia ni sebenarnya. Apa yang kau tengok dalam jamban tu, syaitan. Masuk mana-mana tempat jangan lupa doa, jangan lupa al-Fatihah. Masuk bilik mayat kena juga baca doa. Kau tahu doa masuk bilik mayat?” tanya Hairil. Aku sekadar menggeleng. “Doa makan aku tahulah.” Sekarang aku tak fokus. Tidak boleh hendak ingat apa-apa pun. “Jadi kau baca jelah doa makan masa kau masuk bilik mayat tu.” Hairil kulum senyuman membunuh dia. Menyampah! Nak cakap aku dungulah tu, kan? “Dah, jom.” Hairil tarik lengan aku supaya berjalan beriringan dengannya mengikut arus manusia yang menuju masuk ke dalam hospital. Dada aku berdebar-debar, tidak sabar mahu melihat tubuh sendiri dan mengetahui apa sebenarnya yang terjadi.

Kau & Aku |38

Kami melintasi kantin hospital yang sesak dengan manusia. Mungkin pelawat yang mengambil peluang pada waktu melawat untuk makan tengah hari dahulu sebelum masuk melawat pesakit. Langkah kaki aku terhenti apabila aku melihat seseorang. “Firhad!” Aku menjerit. Hairil terhenti melangkah. Dia memandang aku. Mataku berkaca. Jadi, badan aku memang dekat hospital ni agaknya. Sebab itulah Firhad ada di sini. Tapi… Aku menekup mulutku dengan kedua belah tangan. Apa yang sedang Allah tunjukkan pada aku sekarang?

Kau & Aku |39

BAB 6 “FIRHAD?” Aku hanya membalas dengan anggukan. Kemudian aku pandang wajah Hairil dengan air mata yang meleleh membasahi pipi. “Suami kau, kan? Kenapa pula kau nak menangis? Pasti dah jasad kau ada kat sini,” kata Hairil tenang. “Kau tengok tu.” Firhad kelihatan duduk agak rapat dengan seorang wanita berbaju putih. Berpakaian seperti seorang doktor. Hairil tarik tangan aku untuk mendekati mereka. Kami berdiri di tepi wanita itu dan Firhad. Memasang telinga, mendengar apa yang mereka bualkan. Ya! Aku sangat rindukan Firhad. Dia suami aku, dia kekasih hati aku. Sekian lamanya kami menyulam cinta. Apabila dapat bersatu, aku pula entah berada di mana. Kasihan Firhad. Pasti dia menderita. Tapi kenapa perempuan ni pegang-pegang tangan suami aku pula? Aku rasa lengan aku dipegang kuat oleh Hairil. Mungkin dia cuba menyampaikan sesuatu pada aku tetapi aku lebih fokus pada mereka berdua ketika ini. “Yang… You kena fikir baik-baik. Perempuan tu memang tak layak jadi isteri you. I yang sepatutnya you nikahi, bukan dia!” Aku belek tag namanya. Haziqah. Doktor Haziqah. Hairil masih memegang lengan aku. Mungkin mahu aku bersabar dan terus dengar perbualan Firhad dan perempuan ini. Kau & Aku |40

“Iqa… You sendiri tahu yang I tak pernah cintakan dia pun. I kahwin dengan dia sebab mama I yang suka. I kawan je dengan dia. You tetap dalam hati I selama-lamanya.” Aku pandang wajah Firhad. Sampainya hati dia. Mama dia suka aku? Memanglah mama suka aku tapi aku dengan dia memang bercinta. Serius, memang kami bercinta pada waktu yang agak panjang. Kalau betul anggap aku kawan, kenapa dia ucapkan cinta kasih sayangnya pada aku? Kenapa dia layan aku macam kekasih? Kenapa dia pinang aku kalau tak suka? Kenapa dia kena ikut cakap mama dia pula? “Habis tu yang you hari-hari jenguk dia kenapa? You sayang dia ke?” “Mama I yang suruh. Kan dia isteri I. Jadi I kenalah jenguk. Entah bila dia nak sedar agaknya. Walhal kecederaan dia tu taklah teruk sangat. You pun tahu. You yang handle kes dia.” “I tengok macam tu je. Doktor Farid yang handle kes dia. I tak nak. Sebab bila I tengok dia lama-lama, I rasa nak bunuh je. Dia dah rampas kekasih I!” Aku rampas kekasih dia? Ya Allah, permainan apakah sebenarnya ini? Kenapa aku tidak pernah tahu yang Firhad ada kekasih lain? Hairil mengalihkan pegangannya daripada lengan aku kepada jari-jemari aku. Erat saja tautannya seolah-olah sedang memberi sedikit kekuatan kepada aku ketika ini. Perit dan pedih terasa hingga ke sudut hati yang paling dalam. Teringat Fiha yang dicurangi dan sekarang tidak sampai satu jam, aku yang rasai pula. Kau & Aku |41

“Kalau kau ada di tempat Fiha, macam mana?” Aku teringatkan pertanyaan Hairil pada aku tadi. “Malam ni you mesti balik rumah I, Firhad. I rindu you. Dah lama you tak datang dekat I. I tak boleh hidup tanpa you. Hari-hari I rindu belaian you. Kita kahwin, Firhad… Jadi nombor dua pun tak apa, janji halal. I tak mahu lagi jadi seperti perempuan simpanan you!” Dan jawapan aku… Aku rela jadi janda! Sumpah, aku tak ingin pandang muka Firhad lagi. Penzina yang tidak layak diberi peluang untuk berada di sisi aku. Aku bukanlah naif sangat, kemaruk lelaki. Kalau aku tahu Firhad begini, dicincang lumat pun aku tidak ingin berlakikan lelaki seperti dia. Pantas aku tarik tangan Hairil keluar daripada perkarangan hospital. Di hentian bas dengan kenderaan bertali arus, aku meraung sesungguh hati. Suami aku curang. Ada kekasih lain sebelum sempat aku menjadi isterinya yang sebenar. Hancur luluh rasa hati. Kau orang bayangkan apa yang aku sedang rasa? Hati aku macam dikisar, lumat! Hairil hanya diam melihat aku yang meraung di tepi jalan. Dia rela menjadi pak pacak memerhati tanpa cuba menenangkan aku. “Meraunglah sepuas hati kau. Bukan ada orang dengar pun.” Hairil memujuk setelah agak lama dia membiarkan. Lagilah kuat aku menangis. Aku pandang wajahnya yang ikut bersedih. “Kau kena kuat, Dija,” bisik Hairil perlahan. Aku? Aku masih menangis tersedu-sedu. Hati aku tersiat, tersagat di aspal jalan. Aku duduk di tepi divider, menongkat lutut. Wajah aku sembamkan di antara celahan lutut aku.

Kau & Aku |42

Sedih gila! Menyesal aku dengar cerita Fiha tadi. Sekarang aku pula seperti Fiha. Lama Hairil menunggu aku di tepi jalan. Adalah dua atau tiga jam. Bila sudah lega, aku tarik nafas panjang panjang. Aku bangun dan mula mengatur langkah perlahan. Sesungguhnya ada hikmah Allah takdirkan aku sesat di sini. Ya Allah… Aku sangat bersyukur! “Dija, kau nak pergi mana?” tanya Hairil. Dia menarik lengan aku perlahan. “Aku nak jalan-jalan.” “Tadi kata nak cari jasad kau. Ni dah sampai pun. Tak kan kau nak jalan-jalan pula.” Hairil memandang aku pelik. “Temankan aku window shopping.” Aku memandang Hairil dengan penuh harapan. Mulalah otak aku mengatur perkara merapu yang perlu aku buat bila aku sudah tidak boleh hendak berkompromi dengan hati aku sendiri. “Kau ni dah kenapa? Nak shopping apanya pula?” Hairil tidak memahami kehendak aku. Kalau tengah bersedih, memang ubatnya window shopping. Itu tabiat aku sejak dulu. “Aku sedih, Hairil. Orang yang aku sayang rupanya buat aku macam ni. Orang yang aku cinta… orang yang aku serahkan jiwa dan raga. Suami yang merupakan syurga aku rupanya syaitan bodoh. Syaitan... syaitan… syaitan!” Aku menjerit lagi. Hairil diam. Aku kembali duduk di tepi jalan. Menangis lagi. Perlahan-lahan aku dapatkan rasakan Hairil duduk di sebelah aku. Bahu aku dipeluknya rapat.

Kau & Aku |43

Ah! Lantaklah! Aku sudah tidak peduli. Aku malas hendak ambil peduli status aku. Lagipun bukannya aku yang curang. “Kau kena sabar banyak-banyak, Dija. Aku harap kau boleh bersabar. Aku harap juga bila kau sedar nanti, kau tak ingat apa kau nampak,” bisiknya perlahan. Aku diam. Tak. Aku harap bila aku sedar, aku akan ingat dan aku nak sepak Firhad sekuat hati. Suami atau tidak, aku sudah tidak ambil peduli. Dia memang patut dapat habuan. Itu baru sedikit saja. Kalau setakat sepak pada celah kelangkang, itu baru sedikit saja habuan yang dia terima. Api neraka pun sudah tunggu dia siap-siap. Penzina itu aku memang benci. Firhad… Sekelip mata rasa sayang aku berterbangan menjadi puing-puing halus, lenyap dan lesap. Langsung tidak dapat aku kesan. “Kenapa lelaki macam ni? Kenapa mesti menipu untuk memuaskan hawa nafsu sendiri? Dia tak fikir langsung tentang hati aku.” “Dia salah. Sememangnya dia salah tapi kau kena tahu sebabnya mengapa. Kau kena bangun, Dija. Kau kena cari jawapannya sendiri. Mungkin ada hikmahnya. Kau kena balik. Kena tanya terang-terang pada Firhad,” nasihat Hairil. Pandai juga kau beli jiwa, Hairil. “Aku tak nak balik.” Aku menggeleng. Kalau di sini pun hati aku terasa sangat sakit, apatah lagi nanti di dunia nyata. Mesti lebih sakit. Aku nak tenangkan hati aku dulu baru kemudian balik. “Kalau kau nak tenangkan fikiran kau aku tak kisah, ikutlah selama mana pun. Tapi sampai bila, Dija? Aku pun nak balik. Melihat kau macam ni, aku terasa nak balik. Selesaikan perkara yang Kau & Aku |44

tertangguh.” Hairil bersuara perlahan. Aku pandang dia dengan wajah yang cukup sedih. “Hairil… Boleh tangguh dulu tak? Boleh tak kalau kau layan aku dulu? Boleh tak kita merayau sama-sama sampai hati aku tenang?” Aku bertanya. Dia merenung aku sejenak dan kemudian hanya mengangguk. Aku tidak memaksa tapi aku perlukan dia. Hanya dia yang aku ada tatkala ini. Aku tidak nampak yang lain. Kalau ada pun, aku pasti dia tidak akan jadi teman bergaduh, teman bersimpati dan aku lebih pasti roh lain belum tentu kacak macam Hairil. Sempat lagi hati aku memuji. Aku merenung aspal jalan. Sebuah lori berhenti di tepi kami. Seorang lelaki turun daripada tempat duduk penumpang dengan telefon di tangannya sambil bercakap-cakap. “Aku ada dekat dengan hospital ni. Lepas ni tu aku terus ke Hulu Langat.” “Yalah… Sebelum balik sekali lalu je tu nanti aku ambiklah kau.” Hulu Langat? Aku teringatkan pemandangan yang cantik daripada atas bukit. Firhad pernah bawa aku sekali dahulu, kononnya melihat bulan dan bintang. Romantik! Tapi sekarang aku tahu kenapa dia bawa aku ke sana tengok keindahan lampu di waktu malam. Dia sebenarnya hendak beritahu aku yang lampu itu memang cantik. Bulan bintang juga indah bercahaya tapi hanya boleh aku pandang. Jangan berangan hendak capai. Dialah bulan dan bintang. Dia jugalah lampu dan dia jugalah sesumpah yang aku hendak sumpah jadi batu! Aku bangun. Pantas aku tarik tangan Hairil lalu panjat belakang lori yang terbuka. Hairil pelik tetapi dia ikut sama memanjat belakang lori. Kau & Aku |45

“Wei… Kenapa ni?” Hairil hairan. Perempuan seorang ini memang sudah senget! Tadi meraung macam hendak mati saja gayanya. Lepas itu kononnya mahu window shopping dan ini… panjat lori pula! Aduh… Hamisnya bau! “Kau ni memang tak pandai pilih kenderaanlah, Dija. Lori ni mesti baru lepas hantar kambing, kau tahu tak?” rungut Hairil. “Mana aku tau! Tapi, tak apa... Kambing pun mahal.” Aku sendiri sebenarnya rasa tidak selesa dengan bau kambing. Tadi bau bawang, sekarang bau kambing. Aku hendak bau Vanilla Musk yang sedap tu! Dan bau itu hanya ada pada Hairil. “Kau okey tak, Dija?” tanya Hairil. Wajahnya aku pandang sekilas. “Tak okey.” Aku jawab perlahan. Hati aku cedera parah dibuat dek Firhad. Sudah berkecai-kecai. Lumat... punah… ranah. Aku tidak mampu hendak gambarkan macam mana keadaan hati aku ketika ini. “Kau kena fikir baik-baik. Macam yang aku cakap tadi. Kau kena balik, Dija. Kau kena selesaikan masalah ni. Nanti aku pun nak cari badan aku juga. Aku pun nak selesaikan masalah walaupun aku tak tahu apa.” “Tak payah cakap pasal ni dululah, Hairil. Aku rasa bodoh menangis untuk lelaki macam Firhad. Aku nak cuci fikiran dulu.” Aku memalingkan wajah memandang ke arah jalan yang sibuk. Jem! Malam jugalah nanti baru sampai ke destinasi tapi bagus juga sebab ada semalaman boleh tengok pemandangan indah yang

Kau & Aku |46

terbentang. Harap tidak ada hantu atau benda pelikpelik yang kacau aku dan Hairil di sana nanti. *** KETIKA sampai, kebetulan pula pemandu lori berhenti. Cantik! Aku sebenarnya belum terfikir macam mana hendak buat pemandu lori itu berhenti. Cepat-cepat aku dan Hairil turun daripada lori tersebut. Pemandu lori terus saja turun dan meranduk belukar kecil. Kemudian dia berhenti pada sebatang pokok, zip seluar dibuka. Aku cepat-cepat menutup mata. Pemandu itu turun untuk membuang air kecil rupanya. “Tak senonoh sungguh!” Aku merungut. FOC saja tayangan perdana filem pendek. “Yang kau bijak pandai sangat pergi tengok siapa suruh.” Hairil geleng kepala. Dia pun sebenar tidak menyangka yang pemandu itu berhajat! “Aku tertengoklah! Bukan sengaja pun. Pergi tayang buat apa?” Aku berpaling dan terus berjalan mendaki bukit. Hairil mengekori aku. “Apa kau nak buat dekat sini?” tanya Hairil. “Kail ikan!” Tajam sungguh jelingan mamat ini. “Buat apa kau tanya? Kau tak nampak tadi apa yang dah jadi pada aku? Frust menonggeng, meraung. Jadi aku…” Aku terhenti berkata-kata. Wajah Hairil aku renung seketika. “Nanti! Kau nak bunuh diri ke?” Ya Allah… Jadilah orang beriman sikit, Dija. Fikirkan dosa bunuh diri ni apa hukumnya. Tak guna sebab jantan tu kau korbankan diri kau ni…” Hairil memegang lengan aku sambil membebel. Kau & Aku |47

“Eh kau ni… Aku belum habis cakaplah! Kau ingat aku apa nak bunuh diri ke? Apa singkat benar kau fikir?” Geram pulak aku dengan Hairil. Suka sangat bersangka yang bukan-bukan. “Dalam keadaan aku macam ini, bunuh diri seribu kali pun belum tentu aku matilah!” Hairil pandang wajah aku. Dia menjilat bibirnya, menggosok kepala dan menyebak rambutnya ke belakang. Wajahnya merona merah. Seksi pula aksi dia ni! Ishh… Aku baru saja tengok Firhad curang. Sekarang aku tertengok aksi lelaki ini dan fikir macam-macam. Itu juga curang. Dua kali lima saja aku dengan Firhad. Aku tidak mahu jadi seperti itu. Biarlah aku suci murni saja bila tersedar nanti. “Keliling hutan. Sana je bandaraya. Tempat apa kau bawa aku ni, Dija?” tanya Hairil lagi, terpinga-pinga. Mungkin dia tidak pernah sampai ke tempat begini. “Kau tunggulah bila malam menjelma.” Aku sengaja membuat mimik wajah takut. “Nak takutkan akulah tu, kan? Silap oranglah nak rasa takut ni. Entah-entah nanti kau tu yang akan peluk aku tak lepas-lepas sebab takut jumpa hantu,” ejeknya. “Choy!” Aku menjeling. Bab hantu-hantu jangan suka hati hendak sebut ya. Bahaya. Sudahlah dalam kawasan hutan. Nanti tak pasal-pasal hantu datang. “Habis tu, buat apa dekat sini?” tanya Hairil lagi. “Tengok dunia dengan mata hati, tolong aku berfikir. Tolong indahkan malam aku, Hairil. Aku kecewa sangat.” Air mata aku mengalir lagi. Ingatkan sudah kering tapi ada lagi rupanya. Kau & Aku |48

Benarlah orang kata, perempuan sangat murah dengan air mata. Ratu air mata. Sekejap tadi aku rasa sudah okey sangat. Tapi rupanya bila teringat kembali, mengalir semula. Pilu benar rasanya hati ini. “Menangislah sampai hati kau lega.” Hairil menggeleng. Dia tetap berada di sisi aku melihat ke arah bukit yang berbalam-balam. Matahari sudah pun tenggelam. Kelihatan cahaya lampu mula terpasang tapi hati aku terasa sangat gelap-gelita.

Kau & Aku |49

BAB 7 “CANTIK.” Itu perkataan pertama yang terluah apabila melihat taburan cahaya lampu di bawah sana. Neon kota metropolitan sedikit membahagiakan jiwa yang sedang keresahan. Aku dah Hairil duduk merenung ke bawah sana. “Dekat sini selamat, kan Dija? Aku tak pernah sampai sini pun. Tu tengok, ramai dah orang datang. Budak motor pun ramai.” Hairil menunjuk ke arah jalan di bawah bukit sana. “Sini memang tempat lepak waktu malam, berbual sambil tengok pemandangan indah tu. Hantu pun tak ada rasanya sebab kebanyakan yang datang memang dah macam hantu.” Aku melepaskan satu keluhan. Aku sambung lagi, “Benda cantik macam tu kita memang mampu tengok je, kan? Nak pegang memang tak dapat.” Hairil senyap. Dia yang sudah merebahkan dirinya di atas rumput. “Kalau kau mampu peluk dunia, memang kau akan dapat semua. Tapi tangan tak akan mampu memeluk walau satu benua pun, Dija,” ujarnya perlahan, cukup untuk aku dengari. Betul kata Hairil. Aku tidak akan mampu memeluk dunia. Aku bukan saja tidak mampu memeluk dunia, memeluk suami sendiri pun aku tidak mampu. Orang lain sudah peluk dulu. Orang lain yang sudah jadikan suami aku sendiri seperti hampas. Hampas kelapa yang sudah habis santan dan yang aku boleh buang dalam longkang. “Kenapa aku jadi macam ni, Hairil? Kenapa aku boleh tersesat di hari bahagia aku? Aku

Kau & Aku |50

kehilangan semuanya dalam masa tidak sampai seminggu.” Keluhan berat aku lepaskan. Hebat dugaan ketika ini. Entah apa akan jadi bila aku balik nanti. Mampukah aku ingat semua yang terjadi? Dan mampukah aku hadapi segalanya? “Allah itu sangat sayang pada hamba-Nya. Kalau kita diduga pun, hanya dugaan yang kita boleh terima. Aku percaya kau boleh handle dugaan ni.” Hairil cuba menggembirakan aku, cuba memberikan keyakinan. “Aku pun percaya perkara yang sama, tapi di saat inai masih merah di jari, di saat aku belum rasmi menjadi seorang isteri. Aku tak fikir aku mampu nak hadapi.” Aku mengeluh lagi. “Kau kena berhenti mengeluh. Bayangkanlah kalau kau tahu suami kau curang ketika semua tanggungjawab kau dah sempurnakan. Lebih parah jadinya. Mungkin kau akan fikir jalan singkat. Bunuh diri contohnya.” “Bunuh diri tu kau jangan sebut ya…” Aku cubit lengan Hairil. Dia mengelak dan melepaskan tawanya. Lelaki ini memang tidak pernah sedih agaknya. Suka sangat ketawa. “Ketawa tu ubat duka yang paling mujarab, kau tahu.” Dia tersengih, menampakkan barisan gigi yang tersusun rapi. Dan dia buat lagi aksi seksi itu lagi. Aduh! Sudah kenapa aktiviti bibir Sunkist itu buat aku penasaran? Gila! “Kau memang nakal, kan? Semulajadi kau memang macam ni ya? Jangan amalkan selalu. Jangan berimaginasi yang nakal-nakal. Ia akan membunuh kau satu hari nanti.”

Kau & Aku |51

Hairil memandang ke dada langit sambil selamba menutur kata. Aku menelan air liur. Padan muka aku. Kalau sudah sedih, buat cara sedih. Ini tidak. Sempat lagi hendak fikirkan keseksian lelaki kacak depan mata! Kami sama-sama merenung bulan dan bintang. Malam ini bulan mengambang penuh. Sangat cantik. Bintang juga kelihatan bertaburan indah di dada langit. Aku turut sama merebahkan diri di sebelah Hairil. Agak jauh tetapi aroma Vanilla Musk itu masih mampu aku hidu. Terkhayal aku seketika. Kenapa aku tidak jumpa Hairil semasa hayat aku terdahulu? Kenapa aku jumpa dia pada saat ini? “Kau memang suka pakai minyak wangi Vanilla Musk ke?” spontan aku bertanya. “Kenapa? Kau tak suka ke?” Soalan berbalas soalan. “Sukalah sikit… Daripada aku kena hidu bau bawang dan bau kambing.” Aku ketawa. Hairil ikut sama ketawa. Dia berpaling merenung aku seketika. “Good, Dija. Bila kau dah mula ketawa, aku lega sikit,” ujarnya. “Bila kau dah lega, bolehlah kau marah-marah aku, kan?” Aku sengaja mahu mengusik dia. “Taklah. Aku tak nak marah kau. Esok macam mana? Kau nak pergi hospital tak?” “Tak nak. Aku tak nak pergi hospital tu lagi. Aku nak jalan-jalan. Aku nak habiskan masa aku dengan kau sebanyak yang mungkin.” “Tapi kau kena balik. Kalau tidak, apa masalah pun tak akan selesai,” pujuk Hairil. “Kalau aku balik, kau pasti ke aku akan ingat apa yang aku nampak dekat kantin hospital tu? Kau pasti ke yang si Firhad tu tak akan minta aku Kau & Aku |52

jalankan tanggungjawab? Hairil, kau tahu tak apa aku rasa sekarang? Aku ni tak pernah nak pegang tangan dia pun sebab aku tahu dosa tu semua. Tapi dia dah bagi semua yang patut jadi hak aku pada perempuan lain!” Aku bingkas bangun, memandang ke arahnya yang sedang melelapkan mata. “Aku tahu apa kau rasa. Salah satu sebab kenapa aku tak nak balik, bukan takut aku tak ingat apa-apa tapi takut aku akan ingat sesuatu yang aku memang tak nak ingat dah. Aku takut hati aku terluka, Dija.” Situasi kami berdua memang sama. Sangat-sangat sama! “Aku nak bebas buat seketika.” Aku memutuskan begitu. Aku tak mahu balik ke manamana pun. Biarkan saja Firhad dengan perempuan itu dan aku harap bila aku balik nanti aku boleh ingat apa yang Firhad sudah lakukan supaya senang aku buat keputusan. Pelik juga dengan manusia bernama Firhad ini. Setiap hari bermesej dengan aku, meluahkan katakata cintanya tapi rupanya di belakang aku, dia umpama belati tajam yang menunggu masa untuk menikam jantung aku. Dia hanya berpura-pura dalam perbuatannya dan aku pula buta-buta percayakan dia. Terbuai dengan kata dan janji manis seorang lelaki yang rupanya racun untukku. Dan sekarang aku rasa hendak tikam jantung aku sendiri. Tidak perlu tunggu racun dari Firhad. “Aku percaya dekat luar sana ada lelaki yang jauh lebih baik daripada Firhad.” Aku bersuara setelah agak lama diam. “Aku baik,” katanya, memuji dirinya sendiri. “Kau baik ke? Aku tengok kau taklah baik mana pun.” Aku mengejek. Poyo dia datang dah! Kau & Aku |53

“Eh! Kalau kau nak tahu akulah lelaki harapan seorang wanita. Aku romantik tau.” Puji lagi diri sendiri. “Romantik ke?” soal aku. “Of course dear, wanna try?” Dia kenyit mata. Dear? Rasa nak luruh jantung aku. “Try? What do you mean by that?” Aku cuba melindungi debar di dada. Hampeh betul dia ni. Time macam ini jugalah dia nak tunjuk macho dia tu. Hendak tunjuk gentleman. Sengal! “Try-lah… Aku ni romantik ke tak, sama ke tak macam yang kau inginkan pada seorang lelaki.” Huh! Ayat dah macam kucing jantan tengah kemaruk hendak mengawan. “Hello! Sengallah kau ni.” Aku gelak. Serius, jantung aku memang gedebuk jatuh ke dalam perut. Dia memang berjaya buat hati aku libang-libu. “Jom kita turun pergi ronda KL pula.” Kalau dilayan sengal dia, entah berapa banyak lagi ayat tak ingat dunia akan keluar. “Nak naik apa? Jalan kaki? Jauh weh…” kata Hairil agak kuat. “Kau nampak mamat rempit tu?” Aku muncungkan mulut ke arah dua orang mat motor yang sedang duduk senang lenang di atas motosikal masing-masing. “Okey, aku nampak. So?” tanya Hairil. Aku angkat kedua belah kening. “Kau nak rampas motosikal tu ke?” Hairil seakan tercengang dengan tindak balasku. “Kau ni, kan… apasal jadi lembab tiba-tiba. Budak tu berdua bawa motosikal satu sorang. Belakang dia orang tu ada orang duduk ke? Tak ada, Kau & Aku |54

kan? Jadi kita jelah jadi penumpang budak berdua tu. Amacam? Bagus tak idea aku?” Aku angkat kening lagi. “Pandai kau buat kening Ziana Zain tu. Meh ajar aku,” katanya. “Aku cakap pasal motosikal, kau cakap pasal kening. Jauh beza kening dengan motosikal.” Aku geleng kepala. “Apa persamaan motosikal dengan kau?” tanya Hairil. Dia memandang aku, menanti jawapan. “Mana aku tahu.” Aku malas hendak fikir. Entah apa motif si Hairil. Entah-entah hendak kenakan aku lagi. “Motosikal laju meluncur di jalan raya, kau laju meluncur ke dalam hati aku. Cia… Cia… Cia…” Hairil ketawa. Aku terlopong. Pick-up line dia memang buat dada aku berdebar. Fuh! Ingat sikit kau tu masih bini Firhad wahai Puan Dobot. Hairil tu sekadar nak sedapkan hati kau saja. “Kau nak naik motosikal yang mana satu? Merah atau biru?” Aku tanya Hairil. “Aku nak yang biru, sebab yang mamat motosikal biru tu handsome,” kata Hairil. Dia tersengih sambil menghampiri motosikal berwarna biru. Aku pandang mamat motosikal merah. Ohoi! “Muka pecah pintu kau bagi aku, kan? Tak guna sungguh kau ni.” Aku pandang mamat tu. Banyak betul bekas jerawat batu dekat pipi dia yang bulat. Badan dia pun agak gemuk. Kalau dia tunggang motosikal tu, tempat duduk belakang ngam-ngam sajalah untuk aku. Kena peluk kuat-kuat. Kalau tidak, pasti aku boleh tergolek atas jalan. Hairil ketawa apabila melihat aku membonceng mamat motosikal merah. Tak guna Kau & Aku |55

betul Hairil! Dia punya gelak tengok muka aku macam hendak putus nyawa. Hampeh betul! Sampai di hadapan KLCC, Hairil terguling atas jalan semata-mata kerana gelakkan aku. Ooo… Mentang-mentang tidak ada orang nampak kau, ikut sedap hati saja hendak berguling. Sengal betul. Aku hanya mampu geleng kepala. Tidak pernah aku jumpa orang yang suka sangat ketawa macam Hairil. “Aku tak boleh betul tengok muka kau tadi. Lawak! Macam muka nak terberak pun ada.” Eh! Kutuk-kutuk aku pula. “Kau memang tak biasa naik motosikal, kan?” tanya Hairil tika tawanya sudah berhenti. “Tak…” Aku jawab sepatah. Jangan kata tunggang, bonceng motosikal pun tak pernah. Terasa lutut aku bersepai sewaktu duduk belakang mamat tadi. Sudahlah hujung dunia saja punggung aku dapat berlabuh tadi. Cuak gila! “Habis tu, yang kau ajak aku naik motosikal dah kenapa? Kita boleh je jalan kaki kot. Tumpang kereta atau tumpang lori lagi. Asalkan bukan lori kambing,” kata Hairil. Dia memandang ke arah KLCC yang tegak megah berdiri. Lampu yang menghiasi bangunan kebanggaan Malaysia ini memang sangat indah pada pandangan mata. “Aku saja nak rasa naik motosikal. Kalau aku tak naik sekarang, esok-esok bila aku balik belum tentu aku dapat merasa. Ada banyak lagi benda aku nak buat. Kau nak tak ikut aku, Hairil?” Aku memandang wajahnya yang kemerahan. Manis! “Jom kita pergi duduk kat taman belakang tu nak?” ajak Hairil. Dia memegang lengan aku dan menyeret perlahan menuju ke arah taman. Soalan aku tadi terbiar tergantung sepi. Kau & Aku |56

“Gelaplah weh… Aku tak naklah.” “Kenapa? Kau takut hantu ke?” Hairil pandang wajah aku. Dia berhenti di tepi jalan. “Bukan… Tempat tu dahlah gelap. Bila berduan, yang ketiganya adalah syaitan.” Aku menjawab jujur. “Macam-macamlah kau ni. Tak terliur langsunglah tengok kau. Tak perasan ke yang rambut kau mengerbang macam hantu, mekap bersememeh. Tu, baju koyak. Belum lagi masuk bab bau kau. Pakai perfume apa ntah. Pering. Tak ada nafsu aku!” Dia mula dah! Aku memandang wajah selamba Hairil. Manusia berangin macam dia ni memang sedap dibuat lawan. Tapi aku tidak mahu berlawan cakap dengan dia sebab gerenti aku akan kalah. Dia lagi pandai berhujah, macam peguam saja lagaknya. “Habis, kita nak lepak mana kalau kau tak nak lepak kat taman ni?’ tanya Hairil setelah puas mengenakan aku. “Kau nampak apa yang aku nampak?” Aku bertanya. “Kau nampak apa?” Hairil berpusing memandang keliling. “Kau cari apa, Hairil?” “Cari apa yang kau nampaklah,” jawabnya. “Aku maksudkan bangunan berkembar depan mata kau nilah. Bukan benda lain.” Aku mencebik. Menyampah pula aku. Konon tak nampak! “Oh… Lain kali cakap biar jelas. Kau nak lepak kat dalam tu ke? Window shopping?” “Aku nak jelajah dari satu tingkat ke satu tingkat. Nak tak?” “What? Gila! Aku tak nak. Dekat situ yang menarik hanyalah shopping complex. Bahagian lain Kau & Aku |57

malam-malam macam ni, hantu je yang banyak. Aku tak nak terserempak dengan hantu dekat KLCC ni.” Dia menolak permintaan aku dengan alasan yang memang tidak masuk akal. Aku hanya mencebik. Kemudian aku duduk di atas tembok berhampiran dengan sekumpulan budak-budak motosikal yang duduk bercampur lelaki dan perempuan. Mereka ralit berbual, bergelak ketawa seolah-olah dunia ini mereka yang punya. Bahagia ada di mana-mana di dalam hidup mereka. Tidakkah mereka mempunyai masalah macam aku dan Hairil? “Aku minta maaf. Kalau benda lain kau nak buat, aku tak kisah. Tapi bukan masuk dalam bangunan tinggi tu dan menjelajah. Kalau kau nak sangat menjelajah, jom kita round satu Semenanjung Malaysia ni,” katanya agak kuat. Aku panggung kepala kemudian cepat-cepat aku tundukkan pandangan mata. Kau ni, kalau merenung boleh buat aku terbunuh serta merta. Macam jet pejuang bersedia nak menembak gayanya. Hairil tersenyum simpul. Baca apa yang aku fikirlah tu, kan? Tahu sangat. Kalau dia tersenyum maknanya dia tengah bersantap dengan minda aku yang memikirkan dia, memuji dia… Bla… bla... bla… “Aku tak nak jadi jet pejuang. Aku nak jadi jet peribadi je. Hanya bawak penumpang yang istimewa,” dia seakan berbisik. Mataku membulat. Eh! Ada bunga Sakuralah!

Kau & Aku |58

BAB 8 SUDAHNYA aku dan Hairil hanya duduk di hentian bas. Melihat manusia yang lalu-lalang. Ada yang memang datang untuk melihat keindahan KLCC pada waktu malam. Ada yang ke kelab malam tapi yang paling ramai adalah budak-budak motosikal. Kami hanya diam saja. Tidak ada apa yang hendak dibualkan. Tiba-tiba kelihatan sebuah motosikal berhenti berhampiran dengan sekumpulan remaja purba yang sedang melepak sedari tadi. Ada seorang gadis membonceng motosikal tersebut. Pakaian dia, aduhai… memang seksa habis. Aku memandang Hairil yang bulat mata memandang gadis tersebut. “Fuh! Seksa aku tengok,” rungut Hairil. “Tutup matalah, jangan tengok.” Aku menjeling dia. “Bukan ke aurat tu semua kena tutup? Hanya boleh tayang pada suami. Ini tidak... Tengok betis dia. Alahai, keding macam tiang lampu. Lengan pun macam batang kayu reput hanyut. Dada… Pipih macam bantal kurang kekabu. Punggung pulak, aku tak tahulah kot dia beli seluar dalam kat bahagian kanak-kanak!” Dia punya mengutuk, lipas melintas pun boleh mati serta-merta sebab sangat beracun! “Oii! Mulut kau memang jahat, kan? Ikut suka kau je nak kutuk perempuan tu. Beragaklah sikit kot ya pun nak mengutuk. Aku ni perempuan tau. Sensitif kalau kaum perempuan kena kutuk.” Aku menjegilkan biji mata. Dasar mulut longkang. Busuk! Pencemaran bahasa dan kata-kata. Budi bahasa langsung tidak ada.

Kau & Aku |59

“Betul apa yang aku cakap. Kenapa pulak kau yang nak terasa? Bukan aku kutuk kau pun.” Aku tidak boleh hendak nafikan apa yang dia kutuk. Budak perempuan itu rasanya cicit kepada Popaye. Serupa sungguh seperti bini Popaye. Merehek tapi perasan seksi! “Tapi tak baiklah kutuk orang, Hairil. Aku tahulah yang kau tu handsome, sado, seksi…” Opsss… Tercakap sudah! Hairil pandang aku dengan senyuman. Hai… Senyum lagi. Janganlah senyum, Hairil… Nanti aku akan bertambah parah. “Kau tak faham bahasa ke, Botak? Aku nak pergi kelab, bukan nak melepak kat sini!” Suara cicit bini Popaye melengking kuat. Mak aih! Macam guna pembesar suara. Tidak padan dengan merehek. Aku dan Hairil berpandangan. Drama apa pula kali ini? “Kau tu, kalau masuk kelab mesti nak jumpa budak tu. Ambik stok. Sampai bila?” jerkah budak lelaki tersebut. “Eh, ikut suka hati akulah! Aku punya duit, aku punya barang. Kau tu tau nak angkut aku je. Bila nak, kau pakai. Dah tak nak, kau lempar je aku ni.” Jerit cicit bini Popaye lagi. Aku telan air liur. Barang apa agaknya, kan? “Sudah-sudahlah Tijah. Kau kena berhenti. Kau dah teruk sangat ni, tahu tak? Dah patut masuk pusat pemulihan.” Budak lelaki itu cuba menasihati. Patutlah merehek begitu, penagih rupanya. “Oh… Nama dia Tijah. Kampung sungguh.” Hairil ketawa. Dia ni memanglah. Suka hati saja hendak perlekehkan orang. “Seksi seksa macam tu, ingat nama best-lah. Paling tidak pun Ija ke, Ati ke. Ini… Tijah. Pak wenya Kau & Aku |60

pun satu. Nak mention nama pandanglah kiri kanan sikit. Buat sakit perut aku je,” omel Hairil dengan ketawa yang ditahan-tahan. “Kau jangan sibuk nama dia, boleh? Hairil, aku ingat minah ni laloklah.” Aku berbisik seolah cicit bini Popaye tu akan dengar apa yang aku cakap. “Agaknyalah. Tengok rupa pun macam tengah stim je. Berjalan pun macam kena tiup angin,” balas Hairil. Kami sama-sama melihat ke arah pasangan tersebut. Mereka terus bertengkar sehinggalah perempuan itu berlari menuju ke arah jalan raya. “Ya Allah! Hairil!” Aku cepat-cepat memeluk Hairil apabila sebuah kereta laju saja meluncur lalu menujah tubuh perempuan itu. Bunyi geseran tayar kereta mendecit dan kemudian kedengaran kuat bunyi sesuatu menghentam kereta. Dum! Tiba-tiba kepala aku berpusing. Dunia aku terasa hilang seketika. “Dija… Dija! Kau okey tak ni?” Aku tidak sanggup hendak tengok. Terus saja tunduk menggigil dan tanpa sedar memeluk kejap tubuh Hairil. “Kepala aku sakit. Aku tak nak tengok kemalangan tu. Sakit! Aku rasa sakitnya! Aku rasa macam mana sakit bila badan terhempas ke jalan. Sakit, Hairil!” Aku mengongoi sendu. “Kau dah ingat? Kau kena langgar ke?” Aku hanya anggukkan kepala. Itu yang tiba-tiba terlintas dalam benakku. “Jadi betullah yang kau sedang koma dan roh kau tersesat. Ya Allah… Dija, kau ingat tak siapa yang langgar kau?” Aku geleng. Manalah aku tahu. Lintasan itu sekelip mata saja lalu dalam fikiran.

Kau & Aku |61

“Tapi aku ingat kereta tu warna biru. Aku hanya nampak kereta tu pecut lepas langgar aku.” “Entah-entah ada orang langgar kau secara sengaja tak?” Aku hanya mampu menggeleng. Bagaikan dejavu bila lihat Tijah dilanggar kereta. “Dija… Kau tengok tu.” Hairil memusingkan badan aku menghadap ke arah jalan. Aku terpingapinga. Kelihatan Tijah bangun terhuyung-hayang. Tapi… Nanti! Aku terlopong, macam mana? Jasad perempuan itu masih tergolek di aspal jalan dan dikerumuni. Ya Allah, apa yang sedang aku lihat sekarang ni? Aku pernah alami sama seperti apa yang perempuan tu sedang alami. Aku hanya mampu melihat jasad aku sendiri selepas dilanggar tapi aku tidak boleh berbuat apa-apa! Tijah kelihatan terpinga merenung jasadnya sebelum dia perlahan-lahan menghilang seperti kabus. Lelaki yang bersama Tijah tadi menangis meraung di tepi jasad Tijah. Tijah sudah mati! “Tijah dah tak ada,” kata Hairil perlahan. Aku angguk. Masih melekap pada tubuh Hairil. Entah mengapa aku merasa sangat selesa dan selamat bila berada di dalam pelukannya sebelum aku perlahan-lahan melepaskan pelukan. Kemudian aku duduk kembali merenung kaki sendiri. Nasib aku dan Tijah tidak sama. Tijah pergi tidak akan kembali, tapi aku? Aku masih di sini. Masih boleh menikmati keadaan sekeliling walaupun tidak ada yang nampak aku dan masih boleh bergelak ketawa. “Macam mana nasib Tijah, kan? Dengan keadaan dia macam tu. Mesti…”

Kau & Aku |62

Aku terhenti. Beristighfar dan kemudian menarik nafas panjang lalu lepaskan perlahan-lahan. Siapalah aku hendak menilai seorang Tijah. Dosa pahala urusan Allah, bukan urusan aku. Perlahanlahan al-Fatihah bergema di dalam hati aku. Aku bangun menyusuri jalan. Hairil turut mengekori rapat di belakang. “Kau sedih ke?” tanya Hairil. Aku memandang dia dengan ekor mata. Tentulah aku sedih. Tidak perlu bertanya, dari reaksi aku jelas boleh nampak. “Aku pun sedih. Bila tengok Tijah macam tu tadi, aku rasa nak balik,” ucap Hairil. Aku menghentikan langkah kaki aku, terus memandang wajahnya. “Kau nak balik?” Kata tak mahu balik. Sudah sebulan duduk di sini merayau, mestilah sudah serasi. “Bila tengok keadaan Tijah tadi, kita ni masih beruntung, Dija. Kita belum mati macam Tijah walaupun kita masih tergantung tak tahu arah. Apa lagi yang kita nak cari di sini? Allah bagi kita peluang kedua kot.” Dia menyebak rambutnya ke belakang. “Apa kerja kau, Hairil?” Aku menukar topik perbualan. Aku tidak mahu peristiwa Tijah menjadi beban kami pula. Aku masih mahu berjalan. Hati ini masih rapuh, sedih mengenangkan apa yang berlaku di hospital. Mengenangkan Firhad yang tidak jujur. “Kenapa kau nak tahu? Penting ke?” “Kalau kau ingat kerja kau, aku naklah tahu. Manalah tahu nanti bila kita dah balik dunia nyata, aku boleh cari kau dan kau boleh cari aku.” Wajah kacaknya aku pandang lagi tanpa ada rasa jemu. Mata ini memang sangat-sangat derhaka kepada tuannya. Macam si Tanggang pula. Geram sungguh aku dibuatnya. Kau & Aku |63

Marah mata sendiri? Aduh! “Untuk apa. Tak payahlah kau nak cari aku. Aku pun belum tentu akan cari kau. Entahkan aku tak ingat langsung pernah ada di sini dengan kau. Lagipun apa jadahnya nak cari kau, Dobot. Kaukan isteri Firhad.” Jawapan dia memang macam bom atom, menghancur lumat hati aku. Bila nama Firhad disebut, dada aku terasa bagai hendak pecah. “Kau nampak apa yang aku nampak. Malah kau ikut dengar apa aku dengar. Firhad… Firhad… Firhad! Tak habis-habis nama tak guna tu kau sebut. Jangan kaitkan aku dengan dia, boleh tak? Dada aku ni rasa nak pecah! Rasa nak meletup macam gunung berapi Krakatau. Aku benci!” Aku memuntahkan lahar, benci mendengar nama Firhad. Lelaki itu memang sangat jahat! Aku tidak boleh menerima perlakuan Firhad. “Jahat-jahat pun, dia yang melafazkan akad. Jadi kau kena selesaikan semuanya.” Aku pandang lagi wajahnya. Kali ini aku sudah tidak nampak wajah kacak Hairil. Wajah Jack Sparrow melintas. Lanun! Eh? Kenapa kacak juga? Pantas aku melangkah meninggalkan dia. Aku tahu dia mengekori kerana bau Vanilla Musk tu sentiasa ada. Bagus! Walaupun dalam keadaan tunjuk perasaan, rasa takut tetap ada. “Weh! Lajunya kau jalan. Nak pergi mana tu?” “Ikut suka akulah. Kaki aku, bukan kaki kau.” Aku menjawab dengan nada geram. “Aku tahu kaki kau, tapi agak-agaklah berjalan tu. Yang kau pergi stesen LRT tu dah kenapa? Kau nak pergi mana?” Hairil seperti tidak berpuas hati.

Kau & Aku |64

“Kau yang cakap lebih baik jelajah Malaysia. Jadi aku nak naik kereta api, jelajah satu semenanjung Malaysia ni.” “Tak dapat kau nak jelajah satu Malaysia naik LRT ni. Bukannya boleh ke utara sampai selatan pun. Lagipun malam dah ni. LRT tu pun dah tidur. Tunggu esok sajalah, Dija.”Aku terhenti melangkah. Patutlah sunyi sepi saja di sini. Aku mendapatkan bangku kosong. Stesen sunyi. Hairil duduk di sebelah aku. Dia meraih tanganku ke dalam genggamannya. “Apa pegang-pegang ni!” Aku tarik tangan aku daripada genggamannya. Entah apa-apa. “Sorry. Aku tahu kau sakit hati. Tapi apa aku cakap tu betul, Dija. Sampai bila kita nak merayau. Jom kita cari jasad kita dekat hospital tu. Kita balik,” pujuknya. “Aku belum nak balik. Aku tak kuat nak hadap realiti.” Perlahan saja aku menjawab. Memang aku tidak cukup kuat hendak balik dan menerima segala kecurangan yang Firhad lakukan. “Kalau macam tu, aku bagi tempoh dua puluh empat jam untuk kita pusing-pusing lagi di sini. Lepas tu kita kena balik juga. Tak boleh tidak.” “Dalam masa dua puluh empat jam ni apa je yang boleh kita buat? Nak naik kereta api ke utara pun tak lepas. Selatan belum lagi tu.” Aku mencebik. “Apa sebenarnya yang kau nak dalam hidup ni, Dija?” tanya Hairil setelah jeda seketika. “Aku nak kesetiaan. Aku nak cinta. Aku nak bahagia.” Jari jemari dipatahkan satu persatu. Berdetup tapi tidak terasa apa. Adakah betul aku mahukan cinta? Cinta itu ada pada Firhad tapi dia tidak setia. Benarkah aku mahu bahagia? Bahagia yang Kau & Aku |65

bagaimana boleh aku rasa bila rasa bahagia itu sudah direntap pergi dengan kecurangan? “Kau pula?” tanya aku pada Hairil. Aku mahu juga tahu apa yang dia mahu dalam kehidupannya. “Aku nak kau...” jawabnya berbisik. Aku segera menoleh. Gila! “Aku nak kau rasa bahagia, rasa cinta, rasa setia tu…” sambungnya. Ceh! Ingatkan nak kat aku. Lain kali ayat bagi jelas sikit. Mujur aku tidak ditimpa perasaan sendiri. “Kau ingat aku nak kau ke?” Dia sudah mula gelak. “Kau ingat aku berhak ke merasai kesetiaan seorang lelaki yang dah terang-terang curang? Ada lagi ke bila jiwa aku dah punah dek cinta palsu Firhad? Ada lagi ke bahagia untuk aku yang sudah tidak hilang impian ni. Ada ke?” Hairil mengeluh perlahan. “Kalau kau nak semua rasa tu semula, kau kena kuat. Kau kena bina daripada tapak yang kukuh. Bukan tapak yang rapuh macam ni. Percayalah, kalau Firhad tu tak ada, pasti akan ada lelaki lain yang akan telus mencintai kau. Kau cantik, Dija. Kau ada semua ciri-ciri seorang wanita walaupun nampak kau brutal.” Dalam pada dia memuji, Hairil tetap menyelitkan perkataan mengutuk. Waima satu. Tidak boleh hendak dipisahkan perangai suka menyakat. “Cuba kau senyum sikit,” pujuknya lagi. Hendak tak hendak, aku ukir juga senyuman manis untuknya. “Kau tahu tak, kalau kau senyum, aku rasa salji turun. Sejuk je. Bibir kau tu, walaupun tak seperti ulas Sunkist tapi merah macam delima. Cantik!” pujinya. Kau & Aku |66

Sunkist? Alamak! Dia memang tahu apa yang aku fikir selama ini. Wajahku berubah warna! “Poyolah kau ni. Memuji tapi tak ikhlas.” “Kau nampak ikhlas aku di mana-mana ke?” Aku geleng. Memanglah tak nampak. Ikhlas ada di dalam hati. Aku pasti tentang itu. “Nak sambung sikit, boleh?” Aku angguk. Hairil makin meleret senyumannya. Lain macam saja gayanya. Menyakat aku lagilah tu! “Agak-agaknyalah kan, kalau limau Sunkist bertemu delima merah apa jadi ya?” Ha? Aku terlopong. Sangat faham akan maksudnya. Merah wajahku menahan rasa. “Tak guna kau ni. Otak kuning.” Akhirnya aku tutup rasa malu aku dengan mengutil lengannya. “Sakitlah!” Dia mengaduh. “Padan muka!” Aku tersenyum. Hmm… Macam mana agaknya ya kalau limau Sunkist bertemu delima? Dua-dua rasa masam! Aku ketawa di dalam hati. “Insya-Allah… Manis!” Eh? Tak habis lagi dia. Stop reading my mind, Hairil!

Kau & Aku |67

BAB 9 “STOP reading my mind!” Aku hadiahkan dia jelingan maut. Malu! “Nope! Aku tak boleh berhenti. Kau sentiasa cuba goda aku,” jawabnya polos dan jujur. “Eh! Tolong sikit. Bila masa aku goda kau?” Aku cuba menafikan. “Berlegar dalam otak kau tu.” Asyik tersenyum je dia ni, sinis mengenakan aku. Setelah dia seketika, “Dija, salah ke kalau aku tersuka dekat kau?” “Sangat salah sebab aku isteri orang. Walaupun Firhad curang pada aku, aku tak tergamak nak balas kecurangan Firhad dengan cara yang sama.” Jujur aku memberikan kesimpulan. “Bagus! Aku suka jawapan kau. Aku saja nak try tadi. Nasib baik dalam keadaan macam ni pun otak kau masih boleh berfungsi.” Dia gelak. Fuh! Mujur juga, walhal kalau boleh aku hendak saja jawab, ‘aku pun tersuka dekat kau’. “Kita ada masa dua puluh empat jam sebelum balik. Jom kita cari bahagia kita, nak?” Mulalah aku memikirkan idea gila. “Bahagia kita?” Aku angguk. “Yalah. Aku nak rasa bahagia. Aku nak rasa bercinta. Aku nak rasa seronok dengan orang yang setia.” “Kau nak bercinta dengan siapa? Nak bahagia dengan siapa?” “Aku patut rasa semuanya dengan Firhad. Tapi Firhad tu dah tak layak. Lepas ni, aku nak minta berpisah dengan dia. Aku tak boleh nak terima. Kalau dia jahat hisap dadah, mencuri atau membunuh aku mungkin boleh terima tapi dia jahat Kau & Aku |68

dengan perempuan lain. Aku tak nak berkongsi kasih. Perempuan tu pun mungkin tak mahu berkongsi kasih dengan aku.” “Dija, dalam Islam lelaki boleh berkahwin empat jika cukup syarat-syaratnya. Aku tengok Firhad tu lebih daripada mampu. Tak salah kalau kau reda. Kau tak nak payung emas ke?” Aku pandang wajahnya. Lelaki memang macam ini, kan? Bab kahwin, mesti nak cukupkan empat. Manalah ada perempuan yang sanggup. Kalau ada pun, bilangannya tak banyak. Aku bukan perempuan yang nak berkongsi kasih. Bukan menidakkan hukum, tapi hati ini hanyalah milik seorang manusia biasa yang penuh dengan sifat cemburu dan iri hati. Aku tak mahu menerjah neraka dek sifat begitu. “Aku tak akan terima. Titik, noktah. Tak ada koma atau tanda seruan.” “Ikut suka kaulah, tapi sekarang ni siapa yang kau nak tu?” Wajah aku direnungnya dengan pandangan membunuh. “Kaulah.” Selamba aku menjawab. Okey, aksi spontannya, jari telunjuk mengarah ke muka sendiri dengan mimik muka bertanya itu memang menggugah pandangan aku. Gila kacak! Anak siapalah dia ini agaknya? Wajah melayu tulen. Tidak ada campuran cili api dengan cili banggala. Tapi wajah dia memang unik. “Datuk aku Portugis, nenek aku pula keturunan baba nyonya. Jadi tak hairanlah kalau aku lebih kacak dari Syukri Yahya.” Ishh… Kenapalah dia boleh baca lagi fikiran aku? Adakah kuasanya itu hanya disebabkan kami

Kau & Aku |69

berdua di sini atau di dunia realiti pun dia mampu baca fikiran orang? “Aku sendiri tak tahu kenapa aku boleh tahu apa yang berlegar dalam fikiran kau. Tapi kau sorang je, yang lain tak pula,” jelas Hairil. “Jodoh kot.” Aku ketawa. Manalah tahu, kan? “Kau jodoh aku? Kau tu isteri orang. Lupa?” Kelat wajahnya. “Sorry. Tapi Hairil, aku ada kau je dekat sini.” Aku pandang dia, merayu. Kemudian cepat-cepat aku menunduk merenung kaki. “Kau paksa aku ke ni?” “Aku tak paksa tapi kalau nak bahagia harus ada kerjasama dua hala. Dan aku tak mampu lakukan kalau sehala terkontang-kanting.” “Aku tak nak.” Tak nak sudah! Aku terus menghayun langkah kaki, melangkah entah mana arah. Sambil otak aku laju berfikir. Siapa ya yang langgar aku kemudian lari begitu saja? Apa salah aku? Cantik berbaju pengantin pun sanggup orang langgar. Aku terfikir, di mana Firhad ketika itu? Adakah benar aku sengaja dilanggar? Tidak lama aku berjalan, terasa jemari disulam dengan jemari yang kasar tapi sejuk. Aik! Kata tak mahu pegang-pegang. Aku malas mahu bertanya apa-apa. Firhad tidak mampu bahagiakan aku, Hairil pun tidak mahu bahagiakan aku. Habis siapa yang mampu? Aku. Hanya aku sendiri yang mampu. “Jangan laju sangat berjalan tu, cik adik. Kata nak nikmati bahagia,” bisiknya perlahan. Aku hanya diam. Merajuk. Tapi kenapa jemari aku semacam bersulam rapat dengan jemarinya?

Kau & Aku |70

“Dija… Berapa umur kau ya?” Kami melangkah perlahan, sambil memerhati keliling. Masih gelap. Masih suram. “Dah cukup dewasa untuk jadi isteri dan emak orang.” Aku menjawab bersama jelingan. “Biar aku teka. Hurm… Tiga puluh tahun?” Tua sangat ke muka aku? “Eh, kau ni. Agak-agaklah sikit. Aku baru dua puluh tiga tahunlah.” Ikut suka hati dia. Dan rasanya pada usia dua puluh tiga tahun ini aku bakal menjadi janda. Janda berhias! “Apa nama penuh kau, Dija?” Banyak pula tanya si Hairil ini. “Biar aku teka. Hurm… Khadijah, kan?” Nama isteri Rasullullah itu yang disebutnya. “Nama aku Hadija Azwani.” “Hadija Azwani. Usia dua puluh tiga tahun.” Dia ulang semula. Aku anggukkan saja sambil memikirkan yang aku bakal menjanda tidak lama lagi. Kami berjalan menuju ke destinasi yang kami langsung tidak pasti sehingga waktu subuh menjelma. Aku dan dia duduk di bangku yang memang tersedia di tebing sungai sambil merenung air sungai yang mengalir lesu. “Dija, kita pergi hospital ya? Aku dah letih sangat.” Dia separuh memujuk. Aku angguk. Ada saja benda yang hendak kami bualkan, tidak seperti bila aku dengan Firhad. Firhad lebih suka melayan telefon bimbitnya setiap kali kami berjumpa. Dan aku apabila Firhad begitu, aku pun terikut sama. Interaksi kami memang sangat-sangat kurang. “Aku Hairil Danish, umur aku 28 tahun.”

Kau & Aku |71

Dia ingat nama penuh, dia ingat umur. Tapi kenapa dia cakap tak ingat apa-apa pada aku beberapa hari lepas? Mungkin dia tidak percayakan aku ketika itu. Aku menyimpul senyum, mungkin sekarang dia sudah percayakan aku. “Aku anak tunggal dalam keluarga. Tapi aku ada Mak Jah je yang bela aku sejak kecil. Mommy dengan daddy sibuk,” sambungnya. “Aku….” Dia terdiam. Aku menunggu dia menyambung lagi ceritanya. “Tak apalah. Agaknya kan Dija, bila kita bangun semula, kita akan saling mengingati lagi tak?” Pantas Hairil menukar tajuk perbualan. Alaa… Cerita kisah dia tak habis lagi. “Aku nak ingat semua pasal kau, Hairil.” Aku mengulum senyum. Memang aku nak ingat semua tentang dia. Sebab… Sebab… “Kalau kau tak ingat aku macam mana?” “No. Aku akan ingat kau sebaik saja aku sedar. Nanti aku cari kau.” Bersemangat sungguh aku kali ini. Tangannya aku hayun perlahan. Aku eratkan lagi genggaman. “Tapi kalau aku tak ingat kau, macam mana?” Hairil ni… Merudum semangat aku! “Aku akan sedih. Walaupun kau bermulut jahat macam puaka batu sungai tapi kau sebenarnya baik. Kau kacak, wajah kau tu senang je nak ingat.” Aku ketawa. “Kau suka aku ke, Dija?” Langkah kakiku terhenti. Kenapa pula tanya aku macam itu? “Suka. Dah berhari kau temankan aku kat sini. Tengok bulan bintang, tengok hantu dalam jamban, tengok gelagat manusia yang tak nampak kita…

Kau & Aku |72

Mestilah aku suka. Lagipun kau kacak. Manis je aku tengok. Gila tak suka.” Aku ketawa. Berterus-terang lagi baik walaupun aku tahu dia maklum tentang semua itu. Entah kami akan bertemu atau tidak nanti. “Hurm… Suka je?” Dia merenung aku dengan sepasang matanya yang beralis lentik. Tergoda pula rasanya. Dada berdebar kencang. “Sukalah. Tak kan nak sayang kau, nak jatuh cinta pula, kan? Kau dengan aku memang tak boleh nak bersama pun. Aku isteri orang. Jadi aku sedar diri.” Berdosa jika aku berperasaan begitu padanya. Ya Allah, ampunkanlah dosaku. “Bagus, kau memang isteri Firhad yang baik.” Dia tersenyum, tangan aku yang dipegang sejak dari tadi dilepaskan perlahan. Terasa dadaku berdenyut sebaik saja pegangan itu terlepas. Sedih tiba-tiba menerpa. Kenapa dengan aku ni? *** BANGUNAN hospital tersergam di hadapan mata akhirnya. Waktu melawat jam tujuh pagi sudah pun bermula. Sebaik saja kaki melangkah masuk ke dalam perkarangan hospital, lengan Hairil aku pegang kuat. Dia menoleh memandang aku. Tanpa kata, dia hanya menepuk tanganku perlahan memberi semangat. Aku menarik nafas panjang, sebelum sama-sama menyambung melangkah. “Lagu yang kau suka, Dija? Cuba sebut satu. Aku nyanyikan untuk kau.” Kau ingat aku hendak pergi jamuan hari jadi, siap hendak menyanyi bagai?

Kau & Aku |73

“Aku saja nak menyanyi. Aku nak bagi kau relaks je,” sambungnya. “Kau pandai menyanyi ke?” Jangan suara kau macam katak panggil hujan sudahlah. Tidak pasalpasal matahari lari bersembunyi di sebalik awan dan hujan mengambil alih. “Pandai tu taklah sangat. Aku bukan artis. Tapi kalau nak hiburkan kau boleh je aku nyanyi. Cepat, sementara ada peluang ni. Aku hiburkan kau sementara nak sampai ke ICU.” Wajahnya aku pandang. Ada satu lagu yang aku suka sangat. Lirik yang pastinya memberi makna antara aku dan dia.

Kau & Aku |74

BAB 10 “HADIR dirimu memulihkanku. Dalam lumpuh dan lesu menghidup jiwaku. Namun rasa ini dalam mencari erti, yakinku kekalmu di sisi tak akan pergi.” Sayu rasanya mendengar Hairil menyanyi. Jiwa aku meruntun pilu. Habis dia menyanyi, kami sudah berada di hadapan wad ICU. Aku boleh nampak mama duduk di kerusi yang disediakan pihak hospital. Air mataku bergenang, sedih melihat mama. Sedih dengar Hairil menyanyi. Sedap gila suara dia, sama macam suara Aiman Tino. “Mama kau?” Aku angguk. “Pergilah tengok mama kau tu.” Kalau boleh aku hendak peluk mama. Kalau aku hendak peluk mama, aku kena sedar. Aku kena bangun. Jelas kesedihan di wajah mama. Mama kelihatan pucat. Pasti keletihan menjaga aku. Rasa kasihan pada mama menyebabkan aku sedar, aku sudah banyak menyusahkan mama. Tapi mana Firhad? Kenapa dia tidak jaga aku? “Mana Firhad, ma?” Aku dengar suara kakak aku bertanya. Mungkin kakak datang untuk menggantikan mama. “Ada datang malam tadi, sekejap,” perlahan saja mama menjawab. “Datang sekejap? Ma, dia tu kenapa agaknya? Adik koma dah dekat seminggu ni, datang sekejap je. Kenapa tak nak jaga isteri sendiri?” Aku dengar kakak merungut. “Biarlah. Dia dah mula kerja, kan.” Mama seperti malas hendak membidas. “Kerja apa? Mama tahu dia dah pergi Langkawi? Pagi-pagi tadi adik dia call bagitau Firhad Kau & Aku |75

dah pergi Langkawi. Ma… Itu sepatutnya untuk honeymoon adik, ma. Bukan percutian dia seorang. Papa beli tiket untuk mereka. Dan mama tahu tak yang dia bukan pergi seorang?” Aku sedar kakak bencikan Firhad. Dan aku sedar sebenarnya hanya aku yang yakin dengan pilihan aku. Mama, papa dan kakak tidak pernah yakin dengan jodoh aku itu. Keyakinan mereka memang berasas. Hairil pandang aku dengan pandangan yang entah… Aku tidak dapat hendak tafsirkan. Mungkin dia hendak kata, ‘Untung laki kau! Honeymoon boleh bawa perempuan lain’. “Dia pergi dengan siapa?” tanya mama. Aku terus memasang telinga. Hairil sudah duduk di tepi mama. Dia menggamit aku supaya datang dan duduk di sebelahnya. Sebaik saja aku duduk di sebelahnya, dia kembali memaut tangan aku bersulam dengan jari jemarinya. Sungguh! Dia sedang cuba mententeramkan jiwa aku, sedang cuba melindungi aku. “Perempuan tulah.” What! Kakak tahu? Tapi kenapa kakak rahsiakan daripada aku selama ini? Wajah mama kelihatan keruh menahan rasa. Dia memegang dadanya. Aku yang duduk di sebelah mama mula merasa sebak. Kasihannya aku! Rupanya banyak benda yang aku tidak nampak disebabkan mata aku yang buta dek cinta palsu Firhad. “Kakak dah cakap dengan mama awal-awal lagi. Batalkan saja perkahwinan adik. Firhad tu jahat. Tapi mama tak nak. Cukuplah ma beralasan. Ni kalau adik tahu, mama jangan halang adik nak buat apa. Kesian adik, ma...” kata kakak lagi.

Kau & Aku |76

Ya. Kasihan aku pada diri sendiri, sangat naif. Dan aku bodoh! Aku menyandarkan kepala aku pada bahu Hairil. “Aku bodoh, kan Hairil? Semua orang tahu siapa Firhad. Kenapa aku buta?” Aku menangis. “Dija, Allah dah atur semua tu. Ingat perancangan Allah,” pujuknya. “Aku menyesal cintakan dia.” “Sesal akan menemukan kau dengan cinta yang baru. Percayalah.” Dia memang sentiasa pandai memujuk aku. “Hairil, janji jangan tinggalkan aku.” “Ya, selagi waktunya ada. Setiap nafas aku, pasti ada kau. Dan setiap nafas kau pasti ada aku.” Aku menangis di bahunya untuk kesekian kalinya. “Mama dan papa sentiasa bersangka baik selagi tak nampak depan mata kami sendiri. Tapi bila dah jadi macam ni dan Firhad terang-terang tunjukkan sikap dia, mama bersyukur adik kena langgar dan koma. Setidak-tidaknya adik tak korbankan diri dia untuk lelaki macam Firhad tu.” Mama menangis, aku menyentuh tangan mama. Sebagaimana biasa, aku tak dapat pun menyentuhnya. “Tengok Dija. Kau sepatutnya bangun dan lihat segalanya yang patut kau lihat tapi kau tak nak. Sekarang kau tengok mama dan kakak kau macam mana.” Si Hairil ni sempat pula mengomel. Orang tengah sedihlah. “Jom aku hantar kau masuk dalam.” Hairil menarik aku menembusi pintu wad ICU. Kami bergerak menghampiri katil yang menempatkan jasad aku. “Ini pun kau…” Hairil berkata. Aku angguk. “Cantik.” Dia mengusap pipi aku. Sejuk! Kau & Aku |77

“Cantik di mata lelaki lain. Bukan lelaki yang dijodohkan dengan aku.” Lirih saja aku berkata. “Dija…” Hairil memegang tanganku. Aku memandang wajahnya. “Time to go,” ujarnya lagi. Aku bungkam. Kami kena berpisah? “Aku yang kena pergi dulu. Kau?” Aku pandang Hairil, menunggu jawapan. “Aku pun akan cari tubuh aku. Mesti ada dekat-dekat sini juga,” katanya. “Jom kita cari jasad kau dulu.” Aku mengajak. Entah kenapa aku rasa tidak yakin dengan Hairil. “Tak payah. Aku tahu dah jasad aku memang ada sini.” Jadi dia memang sudah tahu selama aku dengan dia di sini. Ah! Mungkin ada sebab kenapa dia tidak mahu bercerita. Aku tidak salahkan dia. “Kau tak nak tanya alamat aku ke?” tanya aku lurus. “Alamat kau? Tak payahlah, Dija. Dunia ni bukan luas mana pun. Kalau aku nak cari, petik jari je aku dah boleh dapat,” jawab Hairil dengan senyuman. “Kau tahu tak, Hairil… Bila kau senyum, memang mampu membunuh. Aku rasa, aku suka kau.” Aku duduk di tepi katil aku sendiri. Berbual seketika dengan Hairil sebelum kami berpisah terus. “Dah kau yang kata ulas bibir aku macam limau Sunkist. Tapi bab suka tu, aku tak tahu nak komen apa, Dija. Ya! Rasa memang boleh bertukar sekelip mata. Kita boleh jatuh cinta berkali-kali dengan sesiapa saja. Tapi kau kena percaya cinta sejati hanya satu saja. Cinta pada Allah dan RasulNya. Cinta kedua kau mungkin pada suami yang akan menjadi syurga kau.” Kau & Aku |78

Sempat lagi dia bagi ceramah pada aku. “Ya, aku tahu. Tapi sekarang cinta pada suami aku dah jadi neraka jahanam. Agaknya boleh ke aku cari suami lain nanti?” tanya aku jujur. “Boleh kalau kau nak kahwin kali kedua, tapi apa pun Dija, kau kena selesaikan semuanya dan aku harap kau ingat semua yang kau lihat di dalam tidur kau ni.” Hairil menyentuh kepala aku. Terasa tangannya mengelus lembut rambut aku walaupun dia menyentuh jasad aku ketika itu. “Hairil Danish…” panggilku perlahan. “Ya…” jawabnya. Dia merenung aku agak lama dan kali ini aku membalas renungannya dengan air mata berlinangan. “Aku nak bagi tahu kau… aku bahagia dengan adanya kau beberapa hari ni. Kau gembirakan aku ketika aku sedih. Walaupun kau kadang-kadang bajet bagus. Aku rasa gembira bila adanya kau yang setia mengekori aku, aku rasa selamat sangat. Terima kasih.” Air mataku tidak dapat ditahan lagi. Aku menangis. “Insya-Allah, Dija. Jika Allah izinkan, kita pasti akan bertemu. Janji dengan aku yang kau akan selesaikan semuanya dengan baik.” “Aku harap sangat kau tak lupakan aku bila kau sedar. Aku perlukan kau di dunia sana, Hairil,” ucapku perlahan. “Insya-Allah.” Dia hanya menjawab perlahan. “Pergi Dija. Kau kena bangun sekarang.” Aku angguk. “Hairil… Aku sayang kau.” Perlahan aku bersuara, buat kali terakhirnya sebelum aku berbaring di atas badanku sendiri. Kau & Aku |79

“I love you too…” Aku hanya dengar katakata itu sayup sebelum aku hilang di dalam diriku sendiri. Ya Allah… Kenapa aku dengar di saat aku dan kau terpisah? Akan adakah ingatan tentang semua ini nanti? Akan berpeluangkah aku mendengarnya sekali lagi.? Kenapa kau tidak cakap ketika aku di sisi kau? Kenapa kau seksa aku, Hairil.. Kau dan aku rupanya berkongsi rasa yang sama! Kejamnya kau…

Kau & Aku |80

BAB 11 AKU tersedak. Ya Allah… Sakitnya kepala. Aku cuba membuka mata, cuba mengangkat tangan, tetapi tidak berdaya. Ada bunyi mesin kedengaran. Kemudian aku mendengar suara riuh rendah di sekeliling. Terasa tubuhku dipegang sana sini. “Adik?” Sayup-sayup terdengar suara mama. Diikuti dengan suara kakak dan papa. Aku cuba membuka mata walaupun agak payah. Kabur! Perlahan-lahan aku mampu melihat jelas mama yang basah wajahnya dengan air mata. Kakak juga menangis memeluk mama. Aku dah balik! Ya… aku dah balik! “Mama,” perlahan aku bersuara. Tekakku terasa kering. Dahaga. “Air...” Mama pantas menyuakan air kosong. Aku menghirup perlahan. “Adik sakit?” tanya mama. Aku angguk. Kepala aku memang terasa sangat sakit. Tanganku berdenyut. Aku cuba angkat tangan tetapi tidak mampu. Tangan aku terasa kebas. “Tangan adik tu patah,” bisik kakak setelah dia melihat aku terkial-kial. Aku memandang kakak, benarkah? Aku cuba mengangkat kepala untuk melihat, tapi kepala terasa sangat berat. Terasa hendak pecah. “Ma… Mana dia?” tanya aku. “Adik tanya siapa? Firhad ke?” tanya mama. Aku geleng. Aku tanya Hairil. Mana dia? Bukankah dia ada di sisi aku tadi? Aku masih dengar suaranya. Terasa seperti aku bermimpi panjang. Berjalan ke mana-mana bersama lelaki kacak itu. “Macam mimpi.” Aku berbisik perlahan. Kau & Aku |81

Ya, semuanya bagaikan mimpi. Siapa lelaki bernama Hairil itu? Kenapa bila sudah terjaga pun aku masih ingat tentang dia? Dia temankan aku berjalan-jalan, melihat pelbagai ragaman manusia. Ke mana dia menghilang? Aku tahu itu bukan mimpi. Aku tahu ia juga bukan mainan minda. Ia benar! “Adik jangan banyak fikir. Adik rehat je dulu. Nanti kakak call Firhad suruh dia datang tengok adik,” kata kakak. Dia mengusap kepala aku. Papa hanya memandang. Wajahnya nampak gembira tetapi aku dapat melihat sesuatu tersimpan di sebalik senyumannya. Adakah papa kesal kerana menikahkan aku dengan Firhad? Papa patut tumbuk lelaki tu untuk aku! Aku sudah tahu semua pasal Firhad. Mungkin inilah hikmahnya kenapa aku koma walaupun sebenarnya kecederaan aku bukanlah parah sangat. Aku tertidur kembali. Kesan ubat buat aku mengantuk sepanjang masa. Aku tahu mama dan kakak setia menunggu aku di wad. Aku hargai mama dan kakak tapi aku nak Hairil. Mana Hairil Danish? Aku rindu kaulah. Bayangan lelaki itu juga yang bertandang mengetuk pintu hati aku. Kenapa dia yang aku harapkan, bukan Firhad? *** BERHARI-hari aku menjadi penghuni Wad Kenanga. Apabila sudah boleh duduk di atas kerusi roda, aku meminta kakak menolak aku ke wad lelaki. Ingatan aku tidak pernah lekang daripada Hairil, si limau Sunkist.

Kau & Aku |82

kakak.

“Adik nak buat apa pergi wad lelaki?” soal

“Cari kawan,” jawabku pendek. “Siapa?” soal kakak macam polis pencen. “Alah, jom jelah.” Mahu tidak mahu, kakak menolak juga aku menjengah wad lelaki. Aku bertanya kepada jururawat yang bertugas tentang Hairil Danish. “Oh… Dia dah keluar dekat wad biasa. Rasanya dia dah balik rumah pun, cuma dia kena ulang datang ke klinik psikiatri untuk sesi kaunseling. Adik kawan dia ke?” tanya cik jururawat. “Kenapa kena ke klinik psikiatri?” tanya kakak tanpa sempat aku menjawab soalan jururawat tersebut. “Encik Hairil tu dijumpai pengsan di dalam biliknya kerana menelan pil tidur berlebihan, kemungkinan cubaan untuk membunuh diri. Itulah sebabnya dia kena ke klinik psikiatri untuk jalani sesi kaunseling.” “Dia cuba bunuh diri?” Aku terlongo. Mustahil. Hairil Danish koma kerana cuba membunuh diri? No! Aku tidak percaya. “Sebulan juga dia koma. Tapi entahlah, mungkin semangat nak hidup tu masih ada. Dia sedar tiba-tiba.” Cerita cik jururawat. Aku diam, bungkam tidak percaya. Hairil yang aku kenal, tak kanlah pesakit mental! “Adik okey?” soal kakak sekembalinya kami ke wad. Aku angguk! “Who is he?” “Who?” Aku tak mampu memandang kakak. “Hairil Danish?” soal kakak ingin tahu. “Kawan.” Sepatah saja aku menjawab.

Kau & Aku |83

“Sejak bila ada kawan nama Hairil? Kakak tak tahu pun.” “Ish… Tak ada mood adik nak jawab.” Aku terus saja berbaring. Melelapkan mata. Malas mahu melayan kakak. Otak aku penat memikirkan Hairil. Dia cuba bunuh diri? Nonsense! Firhad hanya datang menjengah sekali dua, tapi aku langsung tidak dapat melayan dia sebagaimana dahulu. Mama dan kakak memang perasan tetapi mereka langsung tidak bertanya. Sehinggalah ketika aku sudah boleh keluar daripada wad, Firhad datang kononnya mahu membawa balik. Tunjuk perangai suci! Aku memang tidak boleh tahan tengok lakonan dia. Rasa nak sepak terajang biar sampai keluar dari hospital! “Firhad.” Aku menyebut namanya setelah sekian lama aku hanya berdiam diri. Aku benar-benar benci mahu menyebut namanya. “Ya, sayang. Sayang ada nak apa-apa ke?” Mama dan kakak hanya memerhati. Benci aku dengar panggilan sayangnya pada aku dan aku memang sudah tidak boleh tahan dengan kepurapuraannya. Hipokrit! “Kau jangan panggil aku sayang boleh tak?” Suara aku agak kuat bergema di dalam wad. Mujur wad VVIP. Firhad terkejut mendengar suara aku yang kuat menengkingnya. Kakak dan mama pula terlopong melihat aku tiba-tiba naik angin. “Dija ni dah kenapa? Tak baik tengking suami macam tu,” tegur mama perlahan. Aku memandang mama. Baiknya mama. Masih boleh menerima perlakuan Firhad pada anaknya. Tapi aku sudah tidak tahan. Aku sudah Kau & Aku |84

tidak mampu untuk berpura-pura melayan dia. Setiap hari kebencian aku padanya macam bunga tahi ayam. Semakin berkembang cantik, makin menerjah bau busuknya. “Suami ke macam tu kalau isteri sedang sakit tapi dia sedap-sedap dengan perempuan lain pergi berbulan madu atas tiket yang papa beli sempena perkahwinan kami? Suami ke mama, kalau isteri yang dia nikahi dah nak mati tapi dia masih pergi rumah perempuan lain untuk memuaskan nafsu?” Aku akhirnya menangis. Bukan menangis kerana aku sedih tapi kerana aku rasa sakit hati. Sangat lega bila akhirnya aku dapat juga meluahkan apa yang tersimpan dalam hati. Mama terkejut. Firhad apatah lagi. “Mana Dija tahu?” Kakak mendapatkan aku dan terus memeluk tubuhku erat. Firhad pula terkulat-kulat berdiri tidak bergerak dari tempatnya. Macam mana aku tahu? Agaknya itu yang bermain di dalam mindanya. “Tuhan tu Maha Adil. Dia tak akan biar adik terus kena tipu. Mama dan kakak pun tahu Firhad ni jahat tapi sanggup serahkan hidup adik pada dia. Kenapa?” tanyaku pada kakak dan mama dengan air mata yang laju menuruni pipi. “Mama ingat adik tak akan dengar cakap kami dah. Sebab adik asyik ikut cakap Firhad. Adik buta dengan cinta adik. Mama hanya mampu berdoa agar adik akan temui kebahagiaan adik. Dan Firhad sedar salahnya.” Mama melepaskan satu keluhan berat. Sungguh dia tidak menyangka aku tahu semuanya. Firhad langsung tidak dapat menjawab. Dia mungkin tidak jangka aku tahu rahsianya.

Kau & Aku |85

“Firhad, kau patut kahwin dengan Haziqah atas sebab apa yang korang buat tu. Aku dah tak nak kisah hal kau. Dan lagi satu aku nak minta tolong. Lepaskan aku secara baik. Aku rela menjadi janda daripada aku menanggung seksa dengan perbuatan kau.” Aku menyambung kata. “Aku tak boleh maafkan perbuatan kau. Aku tak boleh bagi kau walau satu pun lagi peluang. Pergi pada Haziqah. Maruahnya di tangan kau. Aku ni sempat jadi isteri kau tak sampai pun sehari saja, Firhad, tetapi Haziqah dah bagai jadi isteri kau tanpa akad. Sudahsudahlah membuat dosa. Kesian keluarga kau.” “Dija, aku minta maaf kerana mengkhianati kau. Aku betul-betul minta maaf. Aku memang bersalah dalam hal ni. Aku dan Haziqah memang dah lama bersama sejak kami sama-sama belajar tapi mama tak suka. Mama tetap memilih kau walaupun aku sogokkan kebaikan Haziqah padanya. Aku minta maaf sebab tak mampu jadi suami pada kau baikbaik,” ucap Firhad perlahan. Entah dia kesal atau tidak, aku tidak tahu. Jantan tidak berguna macam Firhad ada erti sesal ke dalam hidup dia? “Aku tak sangka Allah akan bukakan hijab aku untuk melihat segala kecurangan kau. Satu saja aku minta sekarang. Lepaskan aku baik-baik, Firhad. Aku tak nak jadi isteri derhaka dek kerana benci aku pada sikap kau tu,” kataku lagi. Mama dan kakak hanya mendengar saja omelan aku. Mesti mereka juga tidak menyangka aku tahu kecurangan Firhad. Firhad tertunduk merenung kasutnya sendiri. Kasut Kickers kelabu!

Kau & Aku |86

“Hairil… Aku perlukan kau.” Hatiku bergema dengan namanya. Entah di mana lelaki itu ketika ini.

Kau & Aku |87

BAB 12 “ADIK.” Mama memanggil aku yang sedang terkial-kial bangun daripada katil. Tangan sudah tidak bersimen lagi tetapi masih lemah. “Ya, ma.” Aku berpaling memandang mama yang cuba membantu. “Terapi adik bermula hari ni,” sambung mama. Aku angguk. Sudah lama aku menandakan kalendar mengenai terapi yang bakal aku ikuti. Tiga bulan berlalu. Masa yang sangat panjang untuk aku hadapi sendirian. Setiap hari membilang waktu bila aku boleh keluar daripada rumah ini. Aku mahu melihat dunia. Aku mahu bertemu orang yang sentiasa dalam ingatanku. “Adik dah siap, ma.” Aku tersenyum. Sekarang hendak ke mana-mana pun, aku hanya bertemankan mama dan kakak. Sesekali papa yang menemankan. Tapi tidak pernah pun ke tempat lain, sekadar di halaman rumah. Kadang-kadang aku naik rimas bila duduk saja di dalam rumah. Paling jauh aku pergi hanya ke makamah mendengar lafaz cerai dari si Firhad. Dengan bangganya aku hendak umumkan yang aku sudah pegang tittle ‘janda berhias’. Apalah hendak dimalukan. Bukan salah aku pun. Lagipun Allah pasti beri aku suatu yang lebih baik selain daripada apa yang pernah menjadi hak aku. Firhad itu sudah basi. Aku saja yang masih mekar mewangi. “Pukul berapa terapi adik, ma?” Terasa bagai sudah lama sangat aku menunggu. Beberapa orang polis sibuk mundar-mandir di hadapan aku. Entah apa motif polis ini semua ada dekat sini. Ada banduan buat terapi agaknya. Kau & Aku |88

“Sekejap saja lagi. Kenapa? Adik nak pergi

toilet ke?” tanya mama. Aku sekadar mengangguk.

Perut aku terasa sakit tiba-tiba. Aku dan mama ke bilik air dan sebaik saja aku kembali ke tempat menunggu nama aku dipanggil. Masuk saja ke dalam bilik terapi, hidung aku terbau sesuatu yang pernah aku hidu sebelum ini. “Doktor pakai perfume bau Vanilla Musk ke?” Aku pandang wajah doktor fisioterapi yang ada di hadapanku. Mama menyiku. Ada ke itu pun aku hendak tanyakan? “Haah. Saya suka sangat bau tu. Kenapa, Hadiija? Awak pun suka ke?” tanya doktor. “Ya suka sangat sampai saya paksa mama beli saya minyak wangi macam tu.” Aku gelak. Aku suka bau Vanilla Musk sebab dia. Bukan sebab aku hendak pakai pun. Bau itu yang mendekatkan aku padanya yang entah di mana. “Bau dia memang best. Tadi pun ada seorang pesakit saya guna bau minyak wangi yang sama,” sambung doktor tersebut. Aku tersenyum. Ramai betul yang suka minyak wangi Vanilla Musk ya? Sakit betul tangan aku bila dipaksa bergerak sendiri. Hanya Allah saja yang tahu tetapi lama-lama kesakitan itu menghilang begitu saja. *** SEMAKIN hari aku semakin pulih. Begitu juga dengan semangat di dalam diriku. Bersama waktu yang berlalu, aku sudah mula bosan duduk di rumah. “Dija dah boleh start kerja, kan mama? Dija dah sihat ni.” Aku merengek-rengek pada mama meminta untuk berkerja semula. Sudah lama aku Kau & Aku |89

berhenti kerja di tempat lama, dan sekarang aku mahu memulakan kembali. Aku hendak cari duit sendiri. Aku hendak berjalan melihat dunia. Aku mahu mencari bahagia aku sendiri. “Mama tak kisah, tapi kena tanya papa dulu.” Jawapan mama membuatkan aku rasa amat gembira. Dan dengan izin papa aku mula mencari kerja. Harihari aku membelek surat khabar dan internet. Manalah tahu ada kerja kosong yang sesuai dengan aku. “H&D Resources memerlukan beberapa orang wanita untuk mengisi jawatan sebagai setiausaha.” “Boleh try ni.” Aku segera mencapai laptop yang memang terpasang dan segera menghantar emel permohonan kerja. Done! Tunggu reply. “Adik…” Mama mengetuk pintu bilik. Aku bangun membuka pintu. Wajah mama terjongol di sebalik pintu yang terbuka. “Ada apa, mamaku sayang…” Aku tersengih. “Firhad dan keluarganya datang,” ucap mama perlahan. Berubah air muka aku. Apa dia hendak lagi? Semua perkara sudah selesai. Aku dengan dia sudah tidak ada apa-apa ikatan lagi, kenapa mesti datang ke mari? “Malas adik nak turun.” Aku mengatur langkah masuk ke dalam bilik semula. “Turunlah. Jangan bermusuh, Dija. Bermusuh dan berdendam tu bukan sifat manusia terpuji,” pujuk mama. Aku mencebik. Habis, si Firhad punya perangai mengalahkan syaitan terpujilah sangat. “Adik tak berdendam pun, ma. Tapi adik tak nak jumpa dia,” balas aku. “Jumpa sajalah kejap. Kalau bukan sebab Firhad pun adik patut jumpa mama dia.” Kau & Aku |90

Tak putus asa mama memujuk aku. Ah! Malas betul aku hendak jumpa lanun dan keluarga dia. Entah apa lagi yang dia mahu. Lambat-lambat aku turun juga. Wajah bekas mentua aku kelihatan sedikit teruja. Mama Firhad meraih aku ke dalam pelukannya sebaik saja aku menyalaminya. “Dija sihat?” tanya mama Firhad. “Alhamdullilah, sihat ma.” Aku menjawab dengan senyuman. Firhad sempat aku jeling dengan ekor mata. Bini kau tak marah ke kau datang rumah janda kau ni? Mahu saja aku tanyakan begitu tapi aku tidak mahu bersikap kurang ajar kepadanya lebih-lebih lagi di hadapan bekas mama dan papa mentua aku. “Mama saja datang sini nak tengok Dija. Mama ajak Firhad sekali. Dija tak kisah, kan?” tanya mama. Aku hanya menggeleng tapi dalam hati memang terasa hendak sumpah seranah bekas laki aku yang sangat hipokrit itu. Rugi aku punya duit hantaran buat majlis kahwin. Kalau aku tahu lebih awal, nikah dekat pejabat agama saja sudah. Jimat. Tidak perlu aku guna duit hantaran yang aku dapat. Boleh aku enjoy pergi holiday. “Mama datang ni selain dari nak jenguk Dija, mama nak bagi jemputan kahwin ni sekali. Mama tahu Firhad banyak buat salah pada Dija. Mama harap Dija maafkan Firhad. Ini jemputan kami ke majlis Firhad hujung bulan ni. Nanti Dija datang ya.” Mama menyerahkan aku kad kahwin Firhad. Aku belek tanpa memandang wajah lelaki yang telah menghancurkan hati aku. Lagi cantik kad ini daripada kad kahwin aku yang dulu. Tidak mengapa. Aku faham yang kali ini dia berkahwin Kau & Aku |91

kerana cinta. Bukan kerana terpaksa. Jadi dia berhak gembira dengan apa yang dia rasa sekarang. “Dija doakan Firhad bahagia dunia akhirat.” Kalau dulu mungkin hati aku akan tersayat mengucapkan kata-kata begini tapi sekarang aku sudah lama reda. Yang ada dalam hati aku hanya sedikit kemarahan yang semakin memudar. Kau berhak hidup bahagia Firhad dan aku berhak mencari bahagia aku sendiri. Cuma bahagia aku entah di mana beradanya. Sudah hampir empat bulan. Sekali pun aku tidak pernah lupa. Syukur kerana aku masih ingat segala mimpi itu dan aku yakin mimpi itu bukan sekadar mimpi. Aku yakin manusia yang setia menemani aku itu memang wujud di alam nyata. “Dija tak simpan apa-apa dendam pada Firhad. Tak ada apa nak dikesalkan. Cuma sepatutnya Firhad berterus-terang pada Dija dari awal. Dija ni bukanlah kejam sangat.” Aku memandang Firhad yang tunduk merenung karpet merah mama. Warna darah tu, kau tahu tak? Sempat lagi aku nak bunuh kau. Kenapalah ucapan di bibir aku tidak selari dengan hati aku? “Baguslah kalau Dija fikir begitu. Dija memang sangat baik. Mama sayang Dija macam anak mama sendiri.” Bekas mentua aku kembali memeluk aku. Kau jangan hendak feeling menyampah kalau mama kau lagi sayang aku dari kau, Firhad. Dan bini kau pun jangan nak cemburu dekat aku sebab aku sudah lama beli jiwa mama kau. “Tak mengapa, ma. Mana tahu Allah nak bagi Dija jodoh lagi hebat, kan?” Sempat lagi aku menyindir. Firhad memandang aku tidak berkelip. Kau & Aku |92

Sakit hati ke? Rasakanlah apa yang aku rasa bila Haziqah dengan kau perlakukan aku lebih dahsyat. Aku kembali ke bilik apabila Firhad dan keluarganya sudah pulang. Mulalah aku dilanda kebosanan melampau. Entah apa yang aku boleh lakukan di dalam bilik ini. Ambil majalah, aku campak. Ambil buku, aku letak balik. Memang serba tidak kena jadinya. Aku turun ke dapur, mahu menjengah mama dan kakak yang sedang riuh memasak. Sudah agak lama aku jadi pemalas, langsung tidak menjengah ke dapur dengan alasan aku belum pulih. Lamakelamaan bila aku sudah pulih, terbit pula penyakit malas. Malas yang bukan sedikit, tapi malas nauzubbillah. “Adik buat apa kat dapur ni?” tegur kakak sebaik saja muka aku terjongol di dapur. “Nak bersenam, kak,” jawab aku. Hendak bertanya biarlah soalan yang relevan dengan keadaan semasa. Aku pergi dapur bukan hendak main luncur air. Aku hendak tolong masaklah! “Kau ni adik, sejak kemalangan ni bertukar karakter betullah,” sungut kakak. Aku ketawa. Ya! Aku sudah tidak lemah lembut lagi. Aku sudah jadi seperti lelaki yang aku jumpa selama aku berada di alam satu lagi. Sengal, poyo dan telus! Kakak meletakkan di hadapan aku beberapa biji limau Sunkist. Oh my, Sunkist! Terus ingatan aku menerawang mengingati dia yang entah di mana. Bibir seksinya yang memang menggetarkan dada. Aduhai Hairil… Di manakah engkau agaknya? “Kakak, dalam peti ais tu ada buah delima Mak Su bagi tadi. Letak sekali. Nanti tak bermakan Kau & Aku |93

kalau simpan dalam tu.” Mama pula menyebut buah delima. No! Akhirnya kedua-dua benda itu berada di hadapan aku. Aku mula membayangkan aku dan Hairil bergandingan duduk di hadapan limau Sunkist dan delima. Tangan aku laju mencapai limau Sunkist dan buah delima. Aku letak di atas meja rapat-rapat. Dia kata limau Sunkist dan delima kalau disatukan rasanya manis. Apa kata aku cuba walaupun aku tahu keduanya masam. “Kau dah kenapa, dik?” tanya kakak. Aku sengih, otak menerawang. Fikir benda yang tidaktidak. Kalau kantoi ni memang malu gila! Aku belah limau Sunkist. Kemudian aku belah buah delima. Buat experiment makan sekali harung. “Pergh! Masam gila!” Aku terjerit kecil. Cepatcepat aku luahkan potongan limau Sunkist dan delima daripada dalam mulut. “Kau ni dah kenapa, dik? Benda masam macam tu kau ngap sekaligus. Kau ingat boleh jadi manis? Tu, stevia mama ada. Bubuh sikit kasi manis,” ejek kakak. “Kemanisan palsu, tak naklah!” Aku membasuh mulut di singki. Tipu! Dia tipu aku! Delima dengan limau Sunkist memang tidak boleh bersatu dan jadi manis. Apa motif dia menipu aku agaknya? Dia hanya hendak sedapkan hati aku tentang dirinya. Di alam realiti aku dan dia terpisah jauh. Dia entah di mana. Aku pula masih di sini menanti dengan secebis harapan tapi di mana harapan itu ketika ini? “Hairil Danish…” aku berbisik perlahan, hanya kedengaran di telinga sendiri. Siapa pun engkau, aku sangat ingin tahu! Kau & Aku |94

BAB 13 AKU membuka kotak e-mel. Sengaja mahu menyemak jika ada apa-apa jawapan daripada iklan jawatan kosong yang aku cuba mohon. Semua menolak. Tapi H&D Resources menerima permohonan aku walaupun sebenarnya aku memang tidak ada sijil kelayakan untuk menjadi setiausaha. “Kakak...” Aku duduk di sebelahnya dengan kertas panggilan temuduga yang sudah siap aku cetak. “Kertas apa tu?” tanya kakak. Aku hulurkan padanya. Kakak membacanya dengan kuat. “Eh! Ini sama bangunan dengan tempat kerja kakak. Company ni memang sangat bagus. Tak silap kakak, dia orang ada buat kerja-kerja pembinaan bangunan kerajaan,” jawab kakak, teruja bila melihat surat panggilan temuduga itu. “Yalah adik tahu. Tapi bosnya kakak kenal tak?” tanya aku. “Tak kenal. Tapi dengarnya Tan Sri juga,” jawab kakak. “Macam mana pendapat kakak. Nak pergi ke tak?” tanya aku lagi. “Eh… Pergilah cuba. Mana tahu ada rezeki adik dekat situ. Nanti senang kita boleh pergi kerja sama-sama.” “Kan, adik pun fikir macam tu.” Aku memutuskan untuk pergi temuduga itu esok pagi. *** PAGI-pagi lagi aku sudah bersiap. Aku mengenakan gaun labuh berwarna merah hati dipadankan dengan Kau & Aku |95

tudung berwarna krim. Kasut… Kickers kelabu! Entah kenapa, aku suka kasut berwarna kelabu. Kasut itu sentiasa ingatkan aku pada dia. “Adik, kau ni senonoh sikit boleh tak? Kasut kau ni tak sesuai langsung nak pergi temuduga. Sesuai untuk pergi shopping je. Stiletto kau mana?” tegur kakak sebaik saja aku masuk ke dalam kereta. “Tak kuasa adik nak pakai kasut tinggi segala, kak. Nasiblah. Kalau tak nak terima staf pakai kasut sarung macam ni pun tak apa. Kerja ni, bukan kita tengok pada kasut. Kita tengok pada macam mana dia buat kerjalah.” “Pandainya kau cakap. Tempat yang kau nak pergi interview ni bukan tempat calang-calang orang, dik. Agak-agaklah.” Marah kakak lagi. Aku hanya tersengih. Ini identiti aku. Kalaulah disebabkan kasut ini mereka menolak, aku tidak boleh berbuat apa-apa. Aku tidak mahu berpura-pura vogue macam gadis lain. Aku tidak pandai bergaya dengan kasut tinggi. Sebelum kaki aku patah, ada baiknya aku pakai kasut sarung. “Tak apa. Lagipun adik memang tak tahu pakai kasut tinggi. Kakak pun tahu.” “Huh! Kalau dah Dobot tu Dobot juga. Ikut suka hati kau je, kan? Ketegaq betul kau ni.” Kakak tidak berbunyi sehingga kami sudah terpacak di hadapan KLCC. Aku telan air liur. Kesat. Terbayang kejadian di sekeliling aku ketika waktu malam menyusur ke pagi. Di sinikah aku akan berada jika aku mendapat pekerjaan? Di tengah bandaraya, di dalam bangunan KLCC. Aku memandang pada deretan kelab malam yang ditutup pada waktu siang. Mata aku melilau melihat ke arah hentian bas di mana aku dan Hairil Kau & Aku |96

pernah duduk melihat kematian Tijah. Segalanya bagaikan dejavu yang kembali mengetuk minda. “Adik nak naik ke tidak ni? Sempat pula dia berangan!” sergah kakak. Aku tersengih. Sedar kekhilafan diri. “Ofis adik tu dekat tingkat dua puluh dua. Ofis kakak tingkat sebelas. Good luck! Semoga dapat kerja yang adik nak. Siap nanti, call kakak ya.” Fuh! Rasa tidak selamat langsung pula sekarang. Aku pandang kasut di kaki. Alahai kasut… Kenapa kau buat aku rasa tidak yakin walhal masa dekat rumah tadi, confident level aku memang tinggi daripada bangunan KLCC ni! Kakak keluar daripada lif sebaik saja tiba di tingkat sebelas. Aku meneruskan ke tingkat dua puluh dua. Rasa kepala aku berasap duduk sendiri dalam lif. Aku pandang imej pada cermin. Apa motif lif ada cermin? Supaya aku boleh tengok muka aku kot. Betapa merahnya gincu yang aku pakai. Alamak! Kenapa nampak teruk sangat aku ni? Sebaik saja sampai ke tingkat dua puluh dua, aku melangkah dengan lafaz bismillah. Dada aku terasa bagai hendak pecah kerana hebat bergendang. Lagi teruk dari mendengar lafaz cerai si Firhad beberapa bulan lepas. Aku memerhati menjadi papan tanda, mencari H&D Resources. Mujur bukan aku saja yang akan ditemuduga. Setelah aku memberikan surat tawaran temuduga, aku diberi borang untuk diisi. Sempat aku menjeling beberapa orang wanita yang duduk di kerusi. Gila comel lawa semuanya! Mekap masing-masing memang kalah model. Dengan stiletto tiga, empat inci. Dengan gaya supermodel. Awal-awal aku sudah jauh ketinggalan dari segi penampilan. Memang aku tidak akan dapat kerja di sini. Kau & Aku |97

“Puan Hadija Azwani,” panggil si penyambut tetamu yang comel. Eh! Panggil aku puan pula. “Puan tunggu dekat sana. Nanti kami panggil untuk sesi temuduga ya,” katanya mesra. Sempat aku menjeling borang yang aku isi. Alamak! Patutlah dia panggil aku puan. Status perkahwinan, berkahwin! Aduh! Apalah aku ni. Tapi biarlah. Senang sedikit kalau orang tahu aku sudah berkahwin. Tidak adalah sesiapa hendak mengurat aku. Perasan! ‘Macamlah ada orang hendakkan janda macam kau, Dija!’ Aku ketawa di dalam hati. Aku hanya termenung menunggu giliran. Aku langsung tidak tahu apa-apa berkenaan syarikat ini. Langsung tidak teringat untuk mencari apa-apa maklumat tentang H&D Resources. Macam manalah aku boleh datang temuduga dengan kosong kontang begini. Tapi kalau ada kerja kosong sebagai tea lady pun aku terima. Janji aku kerja. Aku sudah bosan setengah mati duduk rumah tidak berbuat apa-apa. Apabila nama aku dipanggil, aku melangkah dengan rasa yang bercampur-baur. Negatif perasaan aku untuk dapat kerja. Tapi tidak mengapalah. Aku cuba juga. Manalah tahu rezeki aku ada di sini. Sebaik saja berada di dalam bilik luas itu, aku terkedu. Sekali tiga penemuduga! Mestilah jawatan setiausaha ini penting. Dua orang lelaki, seorang berbaju biru dan seorang berbaju putih serta seorang wanita sudah sedia menanti. Telan air liur sekejap. Terasa air liur aku berpasir! “Puan Hadija Azwani. Hurm… Muda-muda dah kahwin ya.” Komen si perempuan cantik bermini skirt, berambut sedikit karat.

Kau & Aku |98

Aku senyum, ya kan saja. Tak kan aku hendak beritahu yang aku ini janda berhias. Tidak pasal-pasal nanti dua orang lelaki sebelah cik itu pandang aku semacam. Janda. Biasa banyak persepsi negatif. Faham-faham sajalah! Macam-macam pertanyaan yang mereka ajukan. Aku sekadar menjawab semampu yang boleh. “Sebenarnya kalau bukan jawatan setiausaha ni. jawatan lain pun saya tak kisah. Kalau ada kerja jadi pembancuh kopi pun tak apa. Sapu-sapu sampah pun boleh.” Aku sengih. Lelaki yang berbaju biru ketawa. Entah apa yang mencuit hatinya. “La… Kalau tahu tadi, tak payah nak temuduga pun. Baik terus je bagi kerja. Yang tu memang ada kosong. Memang perlukan sangat. Leceh nak buat kopi sendiri dekat pantri tu,” sambungnya dalam tawa. “Kau ni Wan, agak-agaklah. Kita nak cari setiausaha, bukan pembancuh kopi.” “Aku tahulah. Tapi jawatan tu memang ada kekosongan. Bos ada cakap, kalau boleh dapatkan tea lady segera. Bila miting, tak payah suruh staf lain buat air, layan our client tu semua. Biar tea lady buat semua.” “Tea lady cantik macam ni mesti sedap kopinya,” sahut si lelaki berbaju putih dengan sengihan panjang. “Tanya bos dulu.” Si wanita bersuara. Aku keluar daripada bilik temuduga dengan rasa yang entah... susah hendak aku nyatakan. Yang pasti, memang aku tak layak. Jawatan tukang bancuh air pun macam tak boleh nak lekat. Tidak ada gaya

Kau & Aku |99

rezeki aku ada di sini. Aku melangkah menuju ke arah lif. Ketika lif terbuka, hidung aku tercium yang sangat menggugah jiwa. Vanilla Musk! Pantas saja aku melihat manusia yang berada di dalam lif. Hijau mata aku melihat dua orang lelaki berbadan tegap berada di hadapan aku. Kalau langgar aku, gerenti tumbang terduduk dibuatnya. Apabila lelaki gagah perkasa itu menahan pintu lif, baru aku nampak jelas lelaki di sebalik mereka. Aku terkedu! Kaku. Bau itu memang milik dia! Tidak berkelip mata aku memandangnya. “Hai…” Cepat-cepat aku menutup mulut aku. Dia keluar daripada lif dengan dua orang bodyguardnya itu. Langsung tidak menoleh pada aku yang berdiri kaku ini. Oh Tuhan! Mata aku tak menipu. Itu memang dia. Aku kenal dia. Aku tidak pernah lupakan dia walau sedikit pun. Wajah yang menemani lena aku setiap hari. Wajah yang aku rindu separuh mati. Dia tidak nampak aku ke? Mustahil. Aku tahu, dia mesti nampak aku. Dia tidak ingat aku? Dada terasa dipukul. Hati terasa sebak. Cepat-cepat aku masuk ke dalam lif. Empangan air mata aku pecah berderai. “Kau dah lupakan aku, Hairil.” Aku berjeda sendiri dengan linangan air mata. Bangunan KLCC aku tinggalkan dengan rasa sebu menggebu. Patutlah dia tidak mahu masuk KLCC sebab dia tidak mahu aku tahu apa-apa tentang diri dia atau mungkin betul ofis dia itu berhantu! Menghantui aku! *** Kau & Aku |100

Adik, macam mana temuduga? WhatsApp kakak aku pandang sepi. Tidak ada hati mahu membalasnya. Apa yang aku jumpa di sini memang mengujakan tapi sekaligus menghancurkan hati aku. balas.

Adik jawablah. Bluetick tapi tak nak

Masuk lagi mesej kakak. Aku tunjuk icon sedih. Tak apalah. Harap ada rezeki lain. Pujuk kakak. Tak mahu! Aku hendak bekerja dekat situ juga! Aku tidak peduli kalau dia lupa aku pun. Asalkan aku tahu hati aku sendiri. Dia tidak perlu tahu apa-apa. Aku hendak tengok muka dia hari-hari, tidak kisahlah walaupun aku hanya seorang pembancuh kopi! Semangat aku datang kembali. *** “MACAM mana interview tadi, dik? Ada peluang?” tanya mama sebaik saja aku sampai ke rumah. “Tak tahulah, mama. Tunggu panggilan sajalah. Tapi adik harap dapat walaupun hanya sebagai pembancuh kopi,” jawab aku perlahan. “Ishh adik ni… Ada kelulusan walaupun bukan sebagai setiausaha, jadi kerani pun dah okey, kan? Tak kan nak jadi pembancuh kopi? Kalau macam tu,

Kau & Aku |101

baik tak payah kerja,” kata mama. Pelik agaknya dengan aku. “Mama... Mama percaya tak pada roh yang merayau?” Tiba-tiba aku menukar tajuk perbualan kami. Mama memandang aku pelik. Tadi pasal pembancuh kopi sekarang pasal roh pula. “Itu semuakan rahsia Allah. Tak siapa pun tahu rahsianya melainkan Dia,” jawab mama. “Mama percaya tak kalau adik cakap yang pasal Firhad tu, adik dapat tahu masa adik koma?” tanyaku perlahan. “Merepek adik ni.” Mama tersenyum. Mesti mama anggap aku mereng. Tapi itulah yang berlaku. Aku mahu berkongsi rahsia ini dengan mama. Aku mahu beritahu yang aku memang berjalan dalam koma. Aku bertemu dengan lelaki itu! Lelaki yang setiap saat menempel di dalam fikiran aku. Dan hari ini aku jumpa dia semula. Tapi dia tidak kenal aku. Malah langsung tidak menoleh. Dengan jelingan pun tidak. Aku seolah tidak wujud langsung dalam memorinya. Tiba-tiba air mata aku membasahi pipi. Semuanya kerana dia yang bagai sudah melupakan aku. “Adik, kenapa ni?” Mama mengusap belakang aku. Pantas aku merebahkan kepalaku ke bahu mama. “Mama tahu tak, adik bermimpi pelik dan hari ini adik tahu ia memang sekadar mimpi. Adik percaya semuanya realiti. Rupanya, adik tertipu.” “Mimpi itu hanya mainan tidur, dik. Abaikan saja. Teruskan hidup,” pujuk mama. Aku pandang mama.

Kau & Aku |102

Bagaimana aku hendak teruskan hidup dengan aman kalau hati dan jiwa aku miliknya di saat aku sedar daripada mimpi itu. Aku berjeda di dalam hati. Aku kecewa kesudahannya!

Kau & Aku |103

BAB 14 “ADIK, ada panggilan telefon ni.” Mama menjerit memanggil aku. Aku memang tidak ada mood hendak keluar daripada bilik. Kerja aku, conteng kertas. Penat menyalin lirik lagu yang sedih, aku berpuisi. Penat berpuisi, aku bergurindam pula. Betul-betul stres! “Siapa, ma?” tanya aku sebaik saja gagang telefon bertukar tangan. Mama angkat bahu. “Hello.” Aku menjawab. “Ya, saya Hadija Azwani.” Kemudian aku mendengar dengan teliti. Bila aku letak telefon aku bersorak gembira. “Mama, adik dapat kerja tapi bukan setiausahalah.” Aku menjerit. Mama tersenyum. “Alhamdullilah… Ada rezeki adik. Kan mama dah cakap.” “Tapi jadi kerani je ma,” sambung aku lagi. “Okeylah tu dari jadi pembancuh kopi,” kata mama sambil ketawa kecil. “Esok adik dah boleh start kerja tapi…” aku tidak meneruskan kata-kata. Siapa dia di sana? Bos ke? Tuan punya syarikat? Kalau dia bos, macam mana aku hendak menghadap muka dia hari-hari? Tapi tidak mengapa. Mungkin aku boleh terus dengan status isteri yang aku isi pada borang. Lagipun dia bukannya ingat pada aku. Titik! “Kenapa dik?” tanya mama. Aku geleng kepala. Aku akan cuba dahulu. Bukan susah pun. “Tak ada apa ma. Tak sabar nak kerja esok.” Aku senyum. Ya! Aku tak sabar nak mula bekerja esok. Kau & Aku |104

*** PAGI-pagi lagi aku dengan kakak sudah berdiri di dalam bangunan yang sama. Dada aku berdebardebar. Bila lif berhenti di tingkat dua puluh dua, bagai ada pisau melekat dekat leher. Takut! Ini pertama kali aku bekerja, jadi memang banyak perkara yang aku harus belajar. Tapi ada rasa hendak patah balik tekan lif ke ground floor. Oh, tidak! Sebaik saja aku berada di hadapan penyambut tetamu yang comel, terus saja aku mengucapkan selamat pagi padanya. “Hai Kak Hadija.” Ramah dia memanggil aku. Tua pula rasanya. “Saya Ima. Nanti saya tunjukkan tempat Kak Dija. Lepas tu Kakak Rosiah akan tunjuk ajar Kak Dija kerja-kerja dekat sini,” katanya lagi. Aku angguk dan mengekori dia masuk ke dalam pejabat. “Kak Rosiah, ni pembantu baru akak dah sampai.” Ima perkenalkan aku dengan Rosiah ketika wanita itu baru saja sampai. Rosiah tersenyum, aku menghulurkan tangan kepadanya. “Terima kasih, Ima.” Aku berdiri di sisi Kak Rosiah sebelum dia menunjukkan tempat aku. “Jom ikut akak. Akak setiausaha tuan. Tempat kita dekat hujung tu. Hanya kita berdua saja yang duduk dekat dengan bilik tuan. Dija akan bantu akak buat kerja filing dalam bilik tuan. Kemas bilik tu dan buat kopi untuk tuan.” Aku telan air liur. Alamak! Rasa hendak angkat kaki dan blah. Bolehkah aku bekerja dengan baik nanti? Terasa berat pula tanggungjawab, walhal Kak Kau & Aku |105

Rosiah beritahu kemas fail dan kemas bilik saja pun. Oh, buat kopi juga! “Dija dah kahwin ya?” tanya Kak Rosiah perlahan. Aku angguk. Malas hendak beritahu yang sebenar buat masa ini. Bukan sengaja cuma aku tidak mahu orang bertanya macam-macam kalau aku beritahu yang aku ini janda. “Muda-muda lagi Dija dah kahwin ya,” usik Kak Rosiah. Aku tunjuk inai yang masih ada di hujung kuku. Masih bersisa tapi suami aku memang sudah tidak ada. Sudah dibawa lari! “Masih dalam mood bulan madulah ni,” tambahnya lagi. Aku sengih. Bulan madu sangatlah, Kak Rosiah. Tidak sempat ke bulan pun, ke bintang jauh sekali. Berpijak di bumi nyata saja. Kemudian dilapah-lapah seluruh hati dan jiwa. “Tuan kita ni berangin, Dija. Tuan Danish ada masanya perengus. Cakapnya memang memedihkan telinga. Jadi tak ramai pembantu akak mampu bertahan. Harap Dija bolehlah bertahan dengan sikap tuan. Akak dah malas nak mengajar pembantu baru lagi. Dan tuan sangat cerewet. Mahu semuanya teratur dan tersusun. Fail semua perlu berada ditempat yang dia nak ambil. Dia tak mahu letak fail merata-rata atau bukan aturan yang dia hendak.” “Ishh… Macam menakutkan je dengarnya, kak.” Gerun pula aku mendengarnya. Cerewet? Rupanya bos aku ada penyakit sama seperti Mama Zila dalam Boboiboy. OCD – Obsessive Compulsive Disorder. Aku membayangkan Mama Zila yang bertukar menjadi raksasa bila melihat keadaan yang tidak tersusun. Adakah bos aku akan bertukar seperti itu? Kau & Aku |106

“Tak perlulah nak takut sangat. Kalau Dija buat kerja elok-elok, Insya-Allah dia memang tak akan banyak songeh.” Kak Rosiah ketawa melihat betapa cuaknya rupa aku. Dia menunjukkan meja aku di sebelah mejanya. Aku mengambil tempat. Memang tidak nampak apa melainkan bilik bos. Jadi bila Tuan Danish masuk dan keluar, memang kami akan nampak. “Nanti dekat sini, Mat dengan Sahak akan tumpang meja kita pada waktu-waktu tertentu bila mereka datang.” “Siapa dia orang tu, kak?” tanya aku. “Bodyguard tuan. Nanti lama-lama Dija tahulah kenapa Mat dan Sahak sentiasa ada dengan tuan. Mereka berdua tu badan saja yang besar, Dija. Tak payah nak layan sangat sebab dia orang memang tak mesra alam macam kita ni.” “Oh… Baik kak.” Kak Rosiah beri aku buku catatan yang bertulis semua temujanji Tuan Danish. Hampir penuh sepanjang hari tapi ada satu yang aku nampak, setiap kali bila tengah hari dia akan kosongkan waktunya. “Waktu tengah hari tuan memang tak pergi makan ke kak? Kot lunch dengan klien ke…” “Tuan memang tak keluar lunch. Selalu akak akan tapaukan untuk tuan. Tuan makan dalam bilik je. Dia tu pelik sikit. Memang tak suka makan dekat tempat awam. Selalu memang dalam ofis atau dekat rumah. Minum petang pun dalam ofis. Jadi tugasan kitalah nak sediakan semua tu.” “Bila kita dah tapau, tugas kita pula nak hidangkan. Suami akak pun akak tak layan macam tuan tu tau.” Kak Rosiah ketawa. Macam tu ke?

Kau & Aku |107

Cerewetnya! Lepas ini, aku pula yang kena ambil alih tugas Kak Rosiah. “Tak payah takut. Tuan tu tak makan orang,” sambung Kak Rosiah. Aku tak takut pun, tapi aku malu. Manalah tau aku tersalah buat kerja, dijerkahnya aku. Malu satu KLCC nanti. “Tuan tu dah kahwin ke, kak?” Hendak korek rahsialah kononnya ini. “Nak try tuan ke?” Eh! Kak Rosiah ni. Ada ke patut fikir macam itu. “Akak, saya dah kahwinlah.” Aku gelak. “Hai Dija… Apa nak dihairankan. Yang dah kahwin dekat ofis ni pun ada je yang menaruh hati pada tuan. Yang anak dara usah cakaplah. Ramai je yang nak try tapi kau ingat tuan tu nak layan? Jangan harap. Pandang sebelah mata pun tidak.” “Tak ada mak we ke, kak?” korek lagi. Gali sampai ke lubang cacing. “Entahlah. Itu akak tak tahu pula. Susah nak korek rahsia tuan ni. Dia banyak berahsia. Hidup dia sepi je akak tengok. Tan Sri Hamzah ada bagi tahu akak, dia sendiri tak tahu Tuan Danish ni sebenarnya spesis apa.” Meletus tawa Kak Rosiah. Bunyi suara orang berdeham mematikan tawa kami. Segera aku dan Kak Rosiah bangun. “Morning, tuan,” ucap Kak Rosiah. Aku terdiam. Kelu. Allahuakhbar! Kacaknya dia dengan kameja kuning cair dan slack warna hitam. Kasut dia? Aku memandang ke kakinya. Kickers kelabu! “Tuan, ni Hadija Azwani. Pembantu saya yang baru.” Aku tunduk sedikit dengan senyuman. “Hurm… Bagus. Harap tak berhenti macam yang lepas-lepas.” Kau & Aku |108

Dia berlalu masuk ke dalam biliknya tanpa bertanya apa-apa. Tinggallah dua orang bodyguard di luar pintu terpacak berpeluk tubuh. Macam MIB pun ya. “Jom kita pergi pantri,” ajak Kak Rosiah. Aku mengekori. “Tuan suka kopi o kurang manis,” jelas Kak Rosiah. “Bawa kopi dengan tiga keping biskut coklat untuk sarapan pagi kalau tak ada kuih. Akak selalu beli kuih atau buat untuk tuan,” tambah Kak Rosiah lagi. Aku angguk. Sudah jadi satu kerja pula pagipagi nak beli kuih. Aku nak buat kuih? Memang tidaklah. Kalau dia ingat aku, automatik aku akan terlebih rajin. Dia langsung tak ingat aku. “Petang pun sama. Makan tengah hari tuan pula simple saja. Dia selalu nak goreng-goreng saja. Nasi goreng atau mi goreng. Kalau dia nak nasi campur, dia akan minta.” “Kalau nasi campur kak, apa pula lauknya?” tanya aku lagi. “Kalau nasi campur, memang tuan tak kisah lauk apa. Dia makan je semua kecuali batu dengan kayu.” Lawak juga Kak Rosiah ni. “Okey, dah siap. Mari kita hantar ke bilik tuan.” Aku menatang dulang minuman dan biskut. Senang betul tuan aku ini. Tidak memilih. Kak Rosiah mengetuk pintu bilik tuan. Sebaik saja mendengar suara menyuruh masuk Kak Rosiah mendepangkan pintu supaya mudah aku menatang dulang masuk. Bau Vanilla Musk berada di segenap ruang. Dada aku berdebar kencang. Bau itu sungguh menyesakkan. Kau & Aku |109

Ah! Aku sangat rindukan dia! “Kopi tuan dah siap. Dija buat hari ini,” kata Kak Rosiah. Sedikit pun dia tidak mengangkat wajahnya. Leka membelek telefon. Aku letakkan air kopi dan biskut di hadapannya. Wah! Terasa yang aku ini halimunan. Kak Rosiah mengajak aku ke bahagian fail yang tersusun hampir memenuhi dinding di sebelah kanan meja Tuan Danish. Tingginya hampir mencecah ke siling. “Fail ni yang kita kena alert. Tangga ada dekat tepi tu. Ini semua fail tender projek yang syarikat handle. Dari sekecil-kecil sampailah projek yang besar. Semua dokumen yang berkaitan, sebut harga tender, claim, detail account, semua kita compile dalam satu fail. Make sure tak salah filing dokumen setiap projek,” terang Kak Rosiah. Aku mendengar dengan teliti. Sekejap-sekejap aku cuit hidung sendiri. Sesekali aku menoleh juga memandang dia yang asyik menghadap telefon. Sama ada melakukan urusan kerja atau sedang main games. Manalah tahu kalau dia main Farm Village. Tidak semua suka Mobile Legend atau PUBG yang agak ganas. Tenang juga bila bercucuk tanam semua semua jenis tanaman yang ada untuk cantikkan lagi taman. ‘Tuan… Adakah tuan tahu yang saya sangat rindukan tuan? Adakah tuan tahu yang saya sayang tuan sepenuh hati?’ Aku berbisik dalam hati. Alangkah bagusnya kalau dia datang pada aku dan berbisik perkara yang sama. Sudah berbulan rindu menggunung. Entah di mana hendak aku letakkan lagi dalam hati ini.

Kau & Aku |110

BAB 15 PAGI itu aku datang awal daripada Kak Rosiah. Kebetulan mama buat kuih keria sira gula Melaka. Aku ambillah sedikit. Boleh kongsi dengan tuan besar dan Kak Rosiah. Bukan hendak beli jiwa pun. Daripada aku beli, ada baiknya aku bawa sendiri dari rumah. Berbaloi dan confirm sedap. Mama yang masak, kan? Pasti sedap. Kalau tidak sedap maknanya akulah yang masak. Masuk saja pejabat, Mat dan Sahak sudah terpacak dekat depan pintu bilik tuan. Awal tuan datang hari ni, baru jam 8.30 pagi. Waktu pejabat hanya bermula jam sembilan pagi. Segera aku ke pantri. Mujur semalam sebelum balik, aku sudah siap kemaskan meja tuan. Aku membancuh kopi o kurang manis dan meletakkan kuih keria di dalam piring. Pantas aku ke pejabat tuan. Dengan wajah yang tidak tahu hendak tersenyum, Mat membuka pintu untuk aku. “Terima kasih Abang Mat.” Seperti biasa, senyuman aku langsung tidak berbalas. Mata saja yang memberi isyarat supaya masuk ke dalam bilik tuan. Skema betul mereka berdua. Muka masam, muncung macam itik serati tidak cukup makan. Sama saja seperti tuannya yang ada di dalam bilik itu. Saraf senyum sudah rosak! Kak Rosiah selalu sindir mereka pun, tetap tidak berbunyi. Aku meletakkan air kopi dan kuih di atas meja. “Sarapan tuan,” pelawa aku. Pertama kali aku bercakap dengan dia. Dada terasa retak seribu. Aku malu pada diri sendiri

Kau & Aku |111

sebenarnya sebab terlanjur sukakan dia di alam sana. Tapi dia sini telah pun melupakan aku. Tuan Danish langsung tidak menjawab. Tak mengapalah. Aku tidaklah sepenting Kak Rosiah. Pembantu saja. Perlahan-lahan aku melangkah keluar dengan dulang kosong di tangan. Hati, masa inilah hendak rasa sedih. Wake-up Dija! “Abang Mat nak keria gula Melaka tak?” Aku tanya Abang Mat. Dia pun berat mulut hendak bercakap. Asyik geleng saja. “Abang Mat ni memang suka makan leher ayam ya? Asyik tergeleng-geleng bila orang tanya. Ada emas dalam mulut kot. Abang Mat pakai sumbi emas ke? Meh nganga sikit, Dija nak tengok. Aaa…” Aku mengusik lelaki tegap di hadapan aku. Buat keras dia saja tapi Abang Sahak dah sengetsenget mulutnya menahan senyum. “Abang Sahak nak keria gula Melaka tak? Ada Dija bawa lebih.” Aku pelawa pula Abang Sahak. “Tak apa, Dija. Kami dah sarapan.” Bagus. Abang Sahak ada mulut yang boleh berfungsi dengan baik dan juga ada suara. Aku jeling Abang Mat dengan ekor mata. Nanti kau! Sekali besok memang akan kena dengan aku. Senyum kedekut. Suara apatah lagi! “Manalah Kak Rosiah tak datang lagi ni,” Aku merungut. Sudah dekat jam sembilan. Tak kan jem pula? Kak Rosiah bukan naik kereta sendiri, dia naik komuter. Komuter sangkut lagi ke? “Kak Rosiah, masuk bilik saya!” Aku dengar suara dari interkom. Alamak! Apa aku hendak jawab? “Kak Rosiah belum datang, tuan.” Aku jawab juga dalam takut-takut. Kau & Aku |112

“Awak, masuk,” sambungnya. Ha? Aku masuk? Alamak! Antara mahu dengan tidak, aku bangunlah juga menuju ke bilik tuan dengan lenggang Kak Limah, malas! “Tolong ambil fail A1-A2,” arahnya sebaik saja aku masuk ke dalam bilik. Bercakap tanpa memandang. Muka aku macam muka pecah rumah agaknya. Malas dia hendak tengok. Aku cari fail yang diminta. Memang boleh nampak tapi tinggi letaknya. Sahlah kena panjat. Aku ambil tangga kecil yang terselit di celah rak. Perlahanlahan aku angkat kain, pijak anak tangga yang tidak berapa hendak tinggi. Menjingkit juga mahu capai fail yang diminta. Gembira bila fail ada di tangan, tapi entah bagaimana boleh pula aku terpijak skirt aku yang labuh menjela. Aduhai! Memang sudah boleh bayang betapa stylo-nya aku akan mendarat di atas permaidani bersaksikan tuan handsome berbibir ulas limau Sunkist. Aku pejam mata. Ya Allah! Selamatkanlah aku! Aku menjerit di dalam hati. Tapi… Eh! Kenapa rasa bagai tidak jejak permaidani? Aku buka mata perlahan. “Hati-hati lain kali.” Dia sambut aku? Oh my… Hatiku terasa bagaikan mahu tercampak keluar saat itu juga. Berdebar-debar sampai aku jadi tidak tentu hala. Hendak kutip fail atau tidak mahu lepaskan pelukan dia. Vanilla Musk yang aku rindu! “Maaf tuan. Kain saya labuh sangat.” Perlahan-lahan aku regangkan pelukan. Tuan ni, tak mahu lepaskan aku ke? “Jaga diri sendiri masa bekerja. Jangan nak asyik berangan jumpa putera raja,” sindirnya sinis. Kau & Aku |113

Aku tersengih. Baik tuan. Saya tidak berangan jumpa putera raja tapi angankan tuan saja. Hanya mampu luahkan kata-kata itu dalam hati. Adakah dia masih boleh membaca fikiran aku? Nampak gayanya dia memang tidak ada keistimewaan itu. Terus saja dia ambil fail yang jatuh dan duduk di mejanya. Sebaik saja Tuan Danish duduk di meja dan menekuni fail, aku segera keluar. Kelihatan Kak Rosiah baru saja sampai. Dia tersenyum memandang aku membetulkan tudung yang senget-benget. “Dah kenapa kau ni, Dija?” Kak Rosiah pandang pelik. “Hari malang sedunia, kak. Dahlah Abang Mat tu sombong ya ampun. Nak ambik fail, dengan saya pulak yang melayang jatuh. Mujur tak jadi nangka busuk dalam bilik bos tu.” Aku menjawab dengan ketawa memanjang. “Alahai! Memang malanglah nasib kau Dija pagi-pagi macam ni. Kejap lagi apa pula yang jadi agaknya.” “Entah, kak. Mohon pada Allah semoga saya selamat dari segala bencana,” jawab aku sambil menadah tangan. Amin! “Amiinn,” sahut Kak Rosiah, Abang Mat dan Abang Sahak. “Amboi Abang Mat! Ada pula suara. Kalau diajak bercakap, memang mimpi melastik ke bintanglah jawabnya.” Kak Rosiah ketawa dengar ulah aku. Dia mengambil tempat duduknya. Aku mula menyusun dokumen ke dalam fail-fail yang sepatutnya. Meneliti dengan berhati-hati. *** Kau & Aku |114

MASA pantas saja berlalu. Hari ini aku ditugaskan untuk membeli makanan tuan besar. Tercangakcangak aku hendak memilih. Pilihan banyak tapi aku tidak tahu apa seleranya. “Apa kata aku ikut selera aku sendiri? Gulai lemak kubis, sambal belacan, ikan goreng dan pajeri nenas. Semua kegemaran aku.” Sambil ambil lauk, aku membebel sendirian. “Tuan, nasi.” Aku hidangkan nasi yang aku beli dengan segelas air tembikai. Air kegemaran aku juga. Dia mengerling sekilas makanan yang aku hidangkan. “Selamat menjamu selera, bos,” ucap aku lagi. Dia tetap beku macam aisberg dekat Antartika. Antartika pun semakin mencair. Pandang aku pun tak. Aku hanya mampu melepaskan keluhan. Cinta aku cinta tidak bersambut, cinta yang hanya bertepuk sebelah tangan. Kemesraan di alam mimpi langsung tidak menjadi realiti seperti yang aku angankan. “Sudahlah, Dija,” bisikku perlahan. “Apa yang sudah?” Suara itu menyebabkan kertas yang aku pegang bertaburan. Kus semangat! Datang macam ular, senyap menjalar. Bunyi tapak kaki pun tidak kedengaran. Bau Vanilla Musk pun tidak menerawang. Ke aku yang sedang hilang deria? Pantas aku menunduk mengutip kertas yang terjatuh berselerakan. Aku terpandang kasut Kickers kelabu miliknya. Sayu rasa hati bagai digait-gait supaya luruh menyembah ke bumi. Hati aku semakin meronta tidak keruan. Hairil, adakah benar kau tidak ingat langsung padaku? Kau & Aku |115

“Apa yang sudah, Puan Hadija Azwani?” Dia bertanya sekali lagi, aku hanya mampu tersenyum dan menggeleng kepala. “Stop day dreaming,” katanya perlahan sebelum dia berlalu pergi dengan meletakkan fail di hadapan aku. Aku hanya mampu memandang saja. *** “HOREY!” Kak Rosiah bersorak. Tuan besar baru melangkah pergi, dia boleh bersorak pula. “Minggu untuk bekerja dengan aman.” Apa maksud Kak Rosiah? “Minggu bekerja secara aman?” “Tuan besar tak ada sampai Jumaat. Isnin minggu depan baru datang balik,” sambung Kak Rosiah. “Tuan ke mana? Outstation?” “Taklah. Dia memang akan begitu, selang seminggu je akan datang jengah ofis. Patutnya hari ni tak datang. Terkejut juga tiba-tiba muncul,” ujar Kak Rosiah. “Tuan kita tu hanya ganti Tan Sri sementara bos besar sihat dan pulih. Kemalangan.” Oh! Baru aku faham. Dia hanya menggantikan tempat ayahnya buat sementara saja. “Tuan tu memang pelik. Kadang-kadang terasa juga nak tanya tapi malas nak sibukkan hal orang. Tan Sri pernah cakap, anak lelaki dia yang seorang tu memang tak akan bekerja dengannya. Cuma sejak Tan Sri Hamzah kemalangan, dia banyak ambil alih. Kadang-kadang berjam-jam dia dalam bilik tu. Entah buat apa pun tak tahu.” terang Kak Rosiah lagi. Kau & Aku |116

“H&D ni nama Hairil Danish ke?” Aku bertanya. Dari hari tu aku hendak sangat tahu. “Hamzah dan Delina. Tan Sri dan Puan Sri.” Ingatkan nama Hairil Danish, tersasar tekaan aku. “Tuan tu tak suka bercakap banyak. Ke mana saja pergi, dia akan pergi dengan Abang Mat dan Abang Sahak. Dikawal rapi sampaikan tak ada ruang nak mencelah. Fungsi bodyguard tu pun sebenarnya akak tak tahu untuk apa.” Kak Rosiah ketawa. Seminggu yang suram. Aku kemurungan bagaikan kematian suami. Tiada siapa yang perasan. Setiap kali aku masuk ke dalam bilik tuan, aku akan cuba mencari bau Vanilla Musk di segenap sudut. Tapi aku hanya temui bau itu di dapur rumah ketika mama sedang membakar kek! Kek dan Hairil Danish. Langsung tak ada kena mengena walaupun kedua-duanya punya bau yang memikat. Aku memang jadi kupu-kupu yang tidak mampu keluar dari kepompong. Mati beragan dek kerinduan. “Tuan… Cepatlah balik.”

Kau & Aku |117

BAB 16 SEMINGGU tuan tak ada, Kak Rosiah memang sangat seronok. Aku pula monyok macam tikus mondok. Aku tidak segan silu mengaku yang aku rindukan dia. “Bosan betul kerja dekat tempat tu, kak.” Aku mengambil popcorn daripada tangan kakak, kemudian duduk di sebelahnya. Mataku tertancap ke skrin televisyen. “Aih? Baru kerja, gaji pertama pun tak dapat lagi dah bosan?” tanya kakak tanpa menoleh. “Tak ada benda best. Hari-hari filing, panjat rak tinggi. Bos memanjang tak ada.” “Wow! Bos tak ada tu yang seronok, tau tak?” “Tu kakak… Adik kena tengok muka bos harihari. Baru tak bosan,” jawabku bersaja. “Mesti bos kacak, kan? Dah jatuh cintalah ni?” usik kakak. Aku hanya tersengih. Cinta sudah lama berputik, sejak aku koma. Bosan menemankan kakak, aku naik ke bilik. Telefon pintar yang tidak berapa hendak pintar itu aku capai. +Selamat malam bunga. Eww! Siapa ni? Selamat malam bunga bagai. Tengok profile memang gambar bunga kemboja. Hantu ke apa? -Awak ni siapa? Salah nombor ni. Nama saya bukan bunga. +Tahu nama awak bukan bunga, nama awak Dija. Kau & Aku |118

Eh dia kenal akulah. +Good night Dija. Sweet dream. Ada yang hendak pedajal aku ke? Mana ada kawan yang tahu nombor telefon baru aku. Firhad pun tidak tahu. Yang tahu hanya kakak dan mama saja. Ini mesti kawan-kawan kakak. Aku abaikan saja. Tak kuasa aku hendak membalasnya. *** HARI ini aku terlewat ke pejabat. Aduhai! Macam manalah aku boleh terlewat bangun? Subuh pun ala kadar. Kalau lambat keluar, jalan memang jem. Garagara terlambat, aku terpaksa menumpang papa. Kakak sudah pun tinggalkan aku kerana dia ada mesyuarat. “Kan bagus kalau ambil lesen. Senang. Tak pun naik Putra ke KLCC, tu lagi senang.” Aku hanya diam mendengar papa membebel. “Sorry adik susahkan papa,” kata aku sebaik saja aku turun daripada keretanya. Aku berdiri seketika melihat papa pergi dan kemudian aku melangkah menuju ke lif. Sebaik saja lif terbuka aku terus saja masuk. Tidak sempat pun pintu tertutup, ada tangan seseorang menahan. Terjongol wajah bengis Abang Mat. “Morning, Dija,” sapa Abang Sahak. Bila sudah ada mamat skema berdua ini, bermaknanya adalah tuan yang aku rindu. Dugaan aku memang benar. Tanpa senyuman, dia menunduk sedikit. Aku terpaksa ke belakang dan aku berdiri betul-betul di belakangnya.

Kau & Aku |119

Jangan pandang hatta belakangnya pun. Aku mengingatkan diri aku sendiri dan hanya tunduk merenung lantai lif. Hati berdebar tidak usah kata. Rasa hendak melompat jantung aku menari atas lantai lif. Apabila lif terbuka, dia terus saja melangkah. Aku masih tercegat. “Dija nak pergi tingkat berapa?” tanya Abang Sahak. Eh! Cepat-cepat aku keluar daripada perut lif dengan sengihan yang panjang. “Berangan apalah dia tu ya.” Pandai pula menyakat Abang Sahak. Aku hanya mengulum senyum. ‘Berangan bercinta dengan tuan Abang Sahaklah.’ Jawabku di dalam hati. Gila hendak jawab terang-terang? Kak Rosiah sudah berada di tempat duduknya ketika aku sampai. Dia hanya tersenyum memandang aku sebelum hilang di dalam bilik tuan. Aku melepaskan keluhan. Pasti Kak Rosiah sudah siapkan semua untuk tuan. Aku menumpukan perhatian pada dokumen yang sudah memenuhi tray. “Dija.” Aku menoleh memandang Kak Rosiah. “Hari ni kena ikut tuan pergi Melaka, boleh?” “Ha... Melaka?” Aku terkejut. Tidak tahu pula yang aku kena ikut tuan ke mana- mana. “Ada miting penting. Selalu memang akak ikut Tan Sri tapi kali ni akak tak boleh nak ikut. Kejap lagi akak nak balik, ada hal. Boleh tak Dija gantikan akak?” Muka Kak Rosiah memang muka minta simpati. “Lama ke kak?” tanya aku.

Kau & Aku |120

“Ikut miting habis pukul berapa. Dija tolong ya. Akak dah cakap tuan. Tuan kata okey. Please, Dija...” Merayu pula sudah kakak seorang ni. “Okeylah. Tapi kerja Dija ni macam mana?” “Kerja tu boleh buat kemudian. Dija cuma kena bawa fail A2 dengan buku catatan untuk catat semua perkara. Kalau nak senang, Dija boleh bawa recorder. Tuan tu kadang-kadang nak dengar balik apa yang mereka bincangkan dalam miting.” “Jangan lupa bagi tahu suami Dija,” sambung Kak Rosiah. Aku angguk. Suami? Aku single! Aku hanya beritahu mama. Mama cuma berpesan, ‘Dija jangan macam-macam hal. Awak tu Miss J!’ Sentap aku. Ini Miss J berhias, okey! Ibarat duduk di atas bara api. Abang Mat dan Abang Sahak, pengawal peribadi merangkap pemandu tuan hanya relaks di hadapan. Tidak berkelip-kelip memandang jalan. Aku di belakang sudah beku, keras kejung. Tuan asyik dengan tab dan telefon pintar silih berganti. Langsung tidak pedulikan aku. Mimpilah kalau nak bercakap dengan dia. Memang sudah macam halimunan! *** APABILA sampai di Bandaraya Melaka, kami terus saja ke bangunan tempat bermesyuarat. Aku mencatatkan apa saja butiran penting, siap dengan rakaman sekali. Bosannya hanya Allah yang tahu. Dari tengah hari menginjak ke petang, aku langsung tidak menjamah apa-apa. Perut punyalah lapar. Sampai Melaka aku mula berangan asam Kau & Aku |121

pedas, sedapnya kalau dapat asam pedas ikan pari. Hendak pula waktu tengah lapar, lagilah kecur air liur. “Hadija.” Suara tuan memanggil aku. Aku menoleh. Ingatkan memang hendak biarkan aku terus halimunan. Sedar pula aku ada mengekori dia sejak dari tadi. “Awak nak makan asam pedas tak?” Wah! Dia baca fikiran aku? Wow! Aku mula rasa hendak melonjak gembira. “Nanti suruh Abang Sahak bawa awak,” sambungnya lagi. Dia? “Tuan tak makan sekali?” tanya aku. Tidak jadi hendak berwow! Terus terbantut perasaan teruja. “Tak,” jawabnya pendek. Aku mengeluh. Dia terus memandang telefonnya. Aku dan Abang Sahak turun daripada bangunan enam tingkat di mana kami bermesyuarat. Hanya dengan menyeberangi jalan kami sudah boleh nampak deretan kedai menjual makanan. Sudah terasa keenakan asam pedas di tekak aku. “Skema betul. Bosan.” Aku memandang Abang Sahak yang tidak berbunyi. Dia hanya menyuap nasi masuk ke mulutnya. Tekun! “Siapa?” tanya Abang Sahak. “Tuan?” sambung Abang Sahak lagi. Dia ni pun pandai baca fikiran orang ke? “Tuan memang macam tu, Dija. Tak payah peduli.” “Tak adalah, Abang Sahak… Tak puas hati betul. Layan orang macam tak ada mata je. Saya tercongok sebelah dia macam tak ada nyawa,” rungut aku. Kau & Aku |122

“Abang Sahak dengan Abang Mat pun sama, bisu. Macam patung pun ya. Letihlah,” sambungku. “Kami bekerja, Dija,” kata Abang Sahak. “Tahulah kerja tapi tak kan dua puluh empat jam kena skema macam tu.” “Kami dilatih untuk peka dengan persekitaran, kena fokus. Kalau layan Dija yang comel ni, confirm tak jadi kerja kami. Jadi kami memang kena bertabah,” ujar Abang Sahak lagi. “Eleh… Abang berdua memang tak ada jiwa.” Abang Sahak hanya tersenyum. Boleh pula dia senyum. Selalu kejung saja yang pandai. Abang Sahak menghabiskan makanannya. Aku punya makanan? Sudah lama licin, maklumlah kelaparan. “Dija, janganlah kecil hati dengan kami. Dengan tuan tu lagilah tak boleh kecil hati sebab dia jadi macam tu bukan saja-saja,” terang Abang Sahak sebaik saja kami kembali ke bangunan di mana tuan dengan Abang Mat menanti. Aku melihat tuan dan Abang Mat sudah siap menunggu di dalam kereta. “Abang Sahak, kejap. Dija nak beli barang dekat kedai tu. Kejap je. Dah lama Dija teringin nak makan sagun.” Aku tidak menanti Abang Sahak menjawab, aku terus saja pergi ke kedai yang terletak di seberang jalan. Abang Sahak terpinga-pinga di tepi kereta. Sebaik saja mendapatkan sagun diidamkan, aku melintas jalan. Tanpa disedari sebuah kereta meluru ke arah aku. Aku hanya sempat dengar Abang Sahak menjerit dan terasa tanganku ditarik. Aku tercampak ke seberang jalan.

Kau & Aku |123

Sempat mata menangkap kelibat kereta yang meluru tadi. Kereta biru! Aku terkaku di aspal jalan. Kereta itu aku rasakan pernah nampak sebelum ni. “Dija!” Suara Abang Mat pula bergema. Aku menoleh. Abang Sahak! Aku lihat Abang Sahak terbaring di atas jalan raya dengan darah merah mengalir dari kepalanya. “Ya Allah… Abang Sahak!” Aku menjerit dan cuba bangun mahu mendapatkan Abang Sahak tetapi ada tangan sasa memeluk aku erat supaya aku tidak mendekati Abang Sahak. “Mat, handle Sahak!” Aku dengar suara tuan memberi arahan sebelum aku ditolak masuk ke dalam kereta. Apa yang sudah jadi? Abang Sahak dilanggar ketika hendak selamatkan aku tapi kenapa tuan bawa aku lari tinggalkan abang Sahak dan Abang Mat? “Abang Sahak tu tuan!” Aku goncang lengan Hairil yang memandu laju meninggalkan tempat kejadian. “Tuan!” Aku menjerit histeria. Kenapa tuan tergamak tinggalkan Abang Sahak dengan Abang Mat? “Shut up, Dija!” sergahnya. Dia memandu jauh sebelum berhenti di tepi jalan. Aku masih menoleh ke belakang, melihat jika Abang Mat dan Abang Sahak mengekori kami. Tapi sudah tentulah mereka tidak akan muncul. Ya Allah… Apa yang sudah terjadi? Kereta biru itu... Tidak sempat aku berfikir apa-apa, hidungku ditekup dengan tuala basah. Aku tergapai-gapai dan duniaku semakin gelap.

Kau & Aku |124

“Syhhh… Dija, tidur. Rehatlah. Perkara ni akan selesai secepat yang mungkin.” Aku dengar suara berbisik sayup-sayup di telinga sebelum semuanya kelam. Allahuakhbar… Apa yang sudah jadi sebenarnya. Kenapa?

Kau & Aku |125

BAB 17 RIO “Kau kena buat, Rio. Kena selesaikan. Selamatkan apa yang sepatutnya.” Suara itu berbisik. Tersekat-sekat menahan rasa sakit yang semakin menghimpit. Darah merah membuak membasahi tangan aku yang menekap luka di dada sahabat. “Aku tak mampu tanpa kau, Jan.” Aku membalas. Hati aku sebak melihat Jan menggelupur kesakitan. “Kau terlatih, Rio. Kau lagi cekap. Kau boleh. Selamatkan benda ni.” Jan menyerahkan satu plastik kecil yang mengandungi mikrocip penting yang mereka bermatian cuba selamatkan. Mikrocip yang mampu menyelamatkan dan yang mampu mengheret yang sepatutnya ke muka pengadilan. “Now, Rio… Go!” Jan menolak tangan aku. Aku serba salah. Mustahil untuk meninggalkan Jan keseorangan. Lelaki itu rakan setugas aku. Dan dia juga sahabat yang paling baik. “Go, Rio! Aku mati pun aku puas! Go!” Jan terus menolak aku. Bunyi tapak kaki semakin menghampiri. Aku bingkas bangun. “Maafkan aku, Jan.” Aku bangun dan mengorak langkah laju. Berlari meninggalkan kawasan di mana Jan terbaring menahan kesakitan. Sayup-sayup aku dengar bunyi tembakan. Jan! Aku semakin deras berlaki. Kesal! Aku tak mampu selamatkan kawan aku sendiri. Aku Kau & Aku |126

merenung mikrocip yang berada di dalam genggamanku. Benda yang menyusahkan aku dan Jan. Demi tugas, aku dan Jan akur hingga sanggup pertaruhkan nyawa. Jan mati, aku pasti menjadi buruan. Sekarang tak ada siapa aku boleh percayai lagi. Aku tak boleh hubungi ketua aku sendiri kerana dia juga belot. Duit memang mampu membeli semua benda tapi ini amanah untuk aku. Selama aku hidup, aku sudah diajar menjadi amanah. “Tak kira apa pun Rio, kita jangan jadi bangsa yang bangsat pada negara sendiri.” Kata-kata Jan kedengaran kembali di telinga aku, bergema hingga ke hati. “Ya Jan, aku akan habiskan misi ini walaupun aku dah kehilangan kau.” Aku menyusuri bawah jambatan sungai Klang. Aku kena cari tempat bersembunyi dan aku hanya teringat pada Safuan, gelandangan yang aku temui sedikit masa dahulu. Dia juga sebenarnya informer terlatih yang sudah biasa dengan tugasan yang aku beri. Di dalam gelap, aku terus menyusuri sungai Klang yang berbau hanyir dan busuk. Mencari Safuan yang mungkin beralih pada salah satu jambatan yang ada. Sedar-sedar aku sudah berada di bawah jambatan LRT berhampiran PWTC. “Hoi bro... Apa kes lu sesat sini?” Satu suara menyapa di dalam gelap. Aku mengecilkan mata memandang ke arah suara tersebut. “Safuan.” “Gua lah bro. Mana kawan lu?” Aku menghampiri Safuan yang agak tersorok daripada pandangan mata. Kau & Aku |127

“Apa jadi ni bro?” “Baju lu penuh darah ni. Apa kes?” tanya Safuan lagi. “Safuan, bagi aku baju kau satu.” Aku meminta. Dia mengorek beg di tepinya. Tempat duduknya beralas dengan kotak besar. Sisa makanan bersepah di hujung kotak. Aku pantas menanggalkan baju yang aku pakai. Pantas juga aku menyarung Tshirt yang diberi Safuan. “Lu bunuh orang ke apa?” Safuan masih bertanya. Tidak puas hati bila aku masih berdiam diri. “Safuan, esok aku nak pinjam duit kau sepuluh ringgit. Aku nak balik rumah. Tapi malam ni aku tidur sini,” kata aku tanpa peduli pertanyaannya. “Lu dah bunuh orang, sekarang lu nak kasi semak tempat gua,” rungut Safuan. “Tolonglah wei! Aku dengan Jan tak bunuh sesiapa. Ini darah Jan. Kau ingat Jan, kan? Lelaki yang setiap hari hulur kau rokok dengan air.” Letih pula aku tengok mamat ni, asyik tuduh aku yang bukan-bukan. “Jan dah mati? Siapa bunuh?” Aduhai… Penyibuk betul dia ni. “Safuan… aku nak rehat malam ni dekat sini. Sini je yang paling selamat buat masa ni.” “Bawah sungai, tepi longkang memang selamat, bro.” Safuan tersengih. Dia berikan aku kotak besar dan arahkan aku supaya duduk jauh daripadanya. Apa-apalah Safuan, asalkan aku boleh melelapkan mata. Sudah dua hari aku langsung tak boleh tidur. Dua hari menjadi buruan Robert dan konconya semata-mata kerana mikrocip yang ada pada aku. Kau & Aku |128

Pagi itu, Safuan hulurkan aku duit RM10 untuk aku buat tambang. Selepas ucapkan terima kasih, aku berjalan pantas menuju ke arah kaunter tiket. “Hello… Tak nampak ke?” Gadis di belakang aku terjerit marah. Ops! Tak sengaja. Aku nak cepat, jadi aku tak perasan di belakang aku ada manusia lain. “Sorry.” Aku mengutip bukunya yang bertaburan. “Sorry naik lori,” jawab gadis itu dengan jelingan mautnya. Aku tersenyum kaget. Jelingannya memang first class. Tak nampak pun macam jelingan maut, dah macam jelingan manja. Cantik gadis ni dengan lesung pipit di kiri kanan pipi. Walaupun dia tak senyum, aku nampak lesung pipit itu berbekas pada kedua belah pipinya. Aku hulurkan kertas yang aku dah kutip. Dengan senyuman dan ucapan maaf sekali lagi, aku segera menaiki tangga. Aku mahu segera balik ke rumah dan merancang plan seterusnya. Aku tak boleh duduk diam, Robert dan Khairul sedang memburu aku. Empayar haram mereka besar, tali barut mereka ada di mana-mana. Aku kena pantas bertindak. Gadis tadi duduk di sebelah aku. Handbag-nya diletakkan di tengah-tengah. Aku pandang dengan ekor mata nama pada buku yang dipegangnya. Cantik namanya, secantik orangnya. Tangan aku pantas menyeluk poket seluar, mengambil sesuatu dan aku terdengar perbualannya. “Salinlah alamat aku. Kau ada pen dengan kertas tak?” Dia sedang bercakap di telefon rupanya. Aku mendengar alamat yang disebutnya dengan jelas. Kau & Aku |129

Aku tahu alamat tu. Aku memandang wajahnya sekali lagi. Ya! Memang ada iras dan aku rasa ketika ni jumpa orang yang betul. “Kenapa encik pandang saya macam nak telan?” Dia menegur aku. Aku tersentak. Sekali lagi aku tertangkap kerana mencuri. Aku tersengih. “Jangan nak jadi pencuri ya encik, saya ni nak kahwin dah sebulan lagi.” Gadis itu terus saja menyambung. Aku hanya mampu tersenyum. Aku geleng kepala. LRT sampai dan kami sama-sama masuk ke dalam perut LRT. Kami duduk di gerabak yang sama. Aku hanya memandang wajahnya sesekali. ‘Kau akan selamat bersamanya!’ Aku berbisik perlahan. Rupanya dari awal lagi ada mata yang memerhati. Yang melihat segalanya seperti CCTV. Tanpa aku sedari, aku sudah bahayakan satu lagi nyawa. Sebaik saja turun daripada LRT aku terus mengorak langkah menuju ke jalan utama, mahu mencari teksi untuk pulang ke rumah. Namun sebaik saja aku hampir berjaya melintas, sebuah kereta laju meluncur. Bum! Aku melambung tinggi, kemudian terhempas ke aspal jalan. Kepala terasa amat sakit. Ada sesuatu yang panas mengalir, dan dunia aku gelap gelita! Adakah ini pengakhiran hidup aku? Jangan Rio, kau tak boleh mati. Sebelum mata tertutup aku melihat si gadis LRT memerhati dengan jeritan. “Call ambulan! Tolong call ambulan.”

Kau & Aku |130

Aku tersenyum di dalam hati. Malaikat maut pasti datang mencabut nyawa apabila sampai waktunya! *** DI suatu tempat yang lain. “Sial!” Robert menempik nyaring bergema. “Tak ada, Robert.” Khairul menggeleng. Sudah puas dia mencari benda penting itu, tetapi tak ada. “Celaka, jahanam! Kalau benda tu jatuh ke tangan polis bukan aku saja, malah semua kuasa besar akan hancur.” Robert mengamuk. Cuai! Dia memang bersalah kerana terlalu percaya kepada orang lain. Apa yang jadi, bakal menghancurkan empayar perniagaan yang dibina sekian lama. “Kau cari dia sampai jumpa. Kalau dapat, kau bunuh terus kasi mati.” Robert memberi arahan. Khairul angguk. Dia pantas melakukan kerjanya. Mencari konco subahatnya. “Bos. Maniam jumpa dia dekat LRT stesen. Tapi benda tu tak ada pada dia. Benda tu ada pada seorang budak perempuan yang dia jumpa dekat LRT.” Khairul pantas menekan loud speaker di telefonnya itu. “Kau pasti benda tu pada budak perempuan tu? Siapa budak perempuan tu?” Robert pantas bertanya. “Budak perempuan anak kepada salah seorang lawyer yang turut terlibat dengan kes ni, bos.” “What? Habis macam mana nak dapatkan balik? Aku risau terlepas pada tuan peguam tu, habis kita! Habis!” Kau & Aku |131

Robert menjerit, hatinya mula tidak keruan. “Aku rasa budak tu mesti tak tahu pun mikrocip tu dalam beg dia. Patut kasi mati perempuan ni juga, ambil beg dia dan blah.” Suara di corong telefon itu menjawab. “Kalau perempuan tu mati, kau ingat rahsia boleh tersimpan walaupun perempuan tu tak tahu? Macam mana kalau bapak dia jumpa? Lelaki tu mati juga ke? Kau dah pastikan dia mati?” tengking Khairul. “Aku tak dapat nak pastikan. Orang dah ramai dekat lelaki tu.” “Aku nak kau pastikan dia mati. Perempuan tu cari sampai lubang cacing. Sama ada dia tahu atau tidak benda tu pada dia, aku tetap nak dia mati!” Khairul mematikan talian dan terus menghempaskan telefon ke atas sofa. Bodoh betul. Ada manusia yang jahat tapi tak tahu buat kerja jahat. “Aku tak nak masalah lagi besar terjadi, Khairul. Kalau budak tu tak mati, kau tahu apa akan jadi? Aku dapat bayangkan perlindungan yang akan dia dapat. Kita yang mati kau tahu tak?” Robert benar-benar mengamuk. “Kaulah ni. Aku dah cakap awal-awal, jangan percaya Rio dengan Jan. Mereka berdua ada muslihat. Tapi kau cakap sudah hutang nyawa!” Khairul mendengus. Nyawa atau tidak, dalam dunia mereka tak ada istilah percaya mempercayai. Sekarang tengok apa dah jadi. Dia juga susah dengan onar yang dibuat Jan dan Rio. Mujur Jan dah mati, sekarang dia tunggu apa pula jadi pada Rio. Kalau mati, itu bonus tapi mikrocip yang mengandungi semua rahsia mereka

Kau & Aku |132

dah lepas ke tangan orang lain. Rio memang bijak tapi bodoh melibatkan ramai orang. Rio tak fikir keselamatan perempuan itu. Adakah kerana perempuan itu anak seorang peguam maka dia boleh menaruh rasa percaya? “Okey. Aku salah sebab percaya Rio sama Jan. Mereka memang licik sampai aku tak tahu mereka adalah perisik yang memang tunggu masa nak ngap kita.” Robert menghempaskan badannya atas sofa. Tangannya mencapai gelas berisi minuman berwarna kuning. “Aku cakap, tak nak percaya. Tengok pun boleh tahu dah.” “Aku salah tak percaya kau, Khairul.” Robert terasa hendak membanting badannya sendiri ke dinding. “Sekarang target kita adalah budak perempuan tu. Ikut dia, cari masa yang sesuai untuk kita dapatkan beg dia. Dia mungkin tak tahu rahsia tu, tapi kena ingat bapanya siapa. Kalau Rio sempat beritahu bapak budak perempuan tu tentang mikrocip, kita mati!” “Aku yakin bapak dia tak tahu. Rio sudah kena langgar,” ujar Khairul perlahan. “Bukan kita saja Robert, seluruh empayar yang kau bina. Apa saja yang terlindung di sebalik nama besar kau akan ikut runtuh. Kena ingat tu.” Robert mengeluh. Menyesali kebodohannya sendiri.

Kau & Aku |133

BAB 18 AKU terjaga dengan kepala yang cukup sakit berdenyut. Suasana gelap gelita. Dekat mana aku ni? Aku cuba untuk bangun tetapi benar-benar tak berdaya. “Dija.” Satu suara sayup-sayup kedengaran menujah cuping telinga aku. “Bangun, Dija.” Suara itu meminta aku bangun. Masalahnya kepala aku terasa hendak pecah. “Hadija Azwani.” Suara itu memanggil lagi. Aku gagahkan juga membuka mata walaupun kepala aku terasa berdenyut. Pandangan mata aku sangat kabur. Aku hanya nampak bayangan seorang lelaki duduk di sebelah. “Aku dekat mana ni?” tanya aku kembali. Seingat aku, aku berada di Melaka. Tapi ini bukan di Melaka. Aku rasa sejuk sangat. “Kau dengan aku. Kau selamat dengan aku.” Suara itu berkata lagi. “Selamat? Aku dekat mana ni? Apa dah jadi? Mana Abang Mat, mana Abang Sahak? Ya Allah Abang Sahak dah mati ke?” Bertalu-talu aku mengemukakan pertanyaan kepada suara itu. “Kau siapa?” Kekaburan mata aku semakin menjadi-jadi. “Aku, Hairil.” “Ya Allah… Aku di mana ni? Aku dah mati ke? Aku merayau-rayau lagi macam sebelum ni?” “Bangun, Dija. Apa kau merepek ni?” Lelaki yang mengaku namanya Hairil mula meninggikan suara. Kau & Aku |134

“Hairil… kau dah datang balik. Allah… Aku rindu sangat dengan kau. Dah lama aku tunggu kau datang.” Aku menangis lalu peluk erat tubuh di hadapanku tanpa rasa segan-silu. “Merepek apa ni?” Perlahan tubuh itu menolak pelukan erat aku. “Bangun, Dija. Sebelum aku simbah kau dengan air ni,” ugutnya lagi. “Mata aku kelabu. Aku tak nampak.” “Bangun. Pergi basuh muka. Dah lebih dua puluh empat jam kau tidur.” Ha? Aku terkejut. Tidur apa sampai macam tu sekali? Aku tak ingat apa-apa. Aku hanya ingat Abang Sahak kena langgar sebab nak selamat aku daripada kena langgar dekat Melaka. Lepas tu tuan seret aku masuk dalam kereta dan ada seseorang menekup mulut aku. Aku kena culik? Tapi kenapa tuan ada dekat sini? “Apa benda semua ni?” Aku mengeluh perlahan. Kenapa tuan culik aku pula? Alasan ke Melaka tu sebenarnya memudahkan dia nak culik aku? Bertambah sakit kepala aku. “Kenapa kau culik aku, Hairil?” Aku menjerit tiba-tiba. Hilang sudah rasa hormat aku pada dia. Kirim salam nak panggil tuan ke apa. Dia nak buat apa sebenarnya pada aku? “Hello! Siapa culik kau?” Kali ini aku sudah boleh melihat imejnya dengan jelas. Dia kelihatan sangat relaks dengan baju T-shirt berwarna kelabu dan tracksuit berwarna hitam. Rambutnya tersisir rapi ke belakang, macam

Kau & Aku |135

baru lepas mandi. Bau Vanilla Musk meresap ke dalam rongga hidung aku. “Habis… kalau kau tak culik aku, kenapa kau seret aku masuk kereta? Lepas tu kenapa kau tekup hidung aku dengan benda tu?” “Benda tu namanya klorofom. Nak bagi kau tidur. Kalau tak, kau tak akan ikut aku. Kau ingat senang nak suruh kau ikut aku kalau kau sedar? Tengoklah, bila dah sedar meroyan macam mak lampir kena botak kepala,” katanya sinis. “What?” Aku terdiam. Nak suruh ikut dia sampai sanggup pengsankan aku? Macamlah aku tak kan meroyan bila aku dah bangun macam sekarang ni. “Kau dengar sini baik-baik. Kau dengan aku dan dua orang bodyguard akan stay dekat sini sampai semua benda selesai.” Aku tak faham. Benda apa yang selesai? Aku memandang sekitar bilik, beg tangan aku bersepah isinya di atas meja. Bilik yang besar dengan kesejukan melampau dan aku berdua dengan lelaki ni. Memanglah aku tak faham langsung. “Stay dengan kau dan bodyguard kau? Weh! Kerja aku, mama dan papa aku. Kau ingat aku ni yatim piatu ke? Kau ingat aku tak ada kerja nak buat ke?” Aku kembali membengis. Ikut suka hati dia je nak suruh aku duduk dekat sini. Sini tu dekat mana? “Kau kerja dengan siapa? Aku, kan? Jadi, jangan nak banyak bunyi. Mama dan papa kau dah tahu yang kau akan selamat dengan aku. Tak ada masalah dekat situ. Masalahnya sekarang, kau tak selamat dekat luar tu. Kau nak kena langgar macam

Kau & Aku |136

di hari perkahwinan kau tu dulu. Kau nak koma lagi ke?’ tanya Hairil perlahan. Nak kena langgar macam dulu, masa hari perkahwinan aku. Apa ni? “Aku tak tahu nak bagi kau faham macam mana. Aku bertanggungjawab pada kau jadi aku kena pastikan semua benda selesai dan kau selamat,” sambungnya. “Tak ada apa pun jadi pada aku selama ni. Selama hari ni dekat rumah aku okey, kerja pun aku okey. Apa yang tak selamatnya?” Dah berbulan selepas kemalangan yang hampir meragut nyawa aku, tak ada siapa pun yang cuba nak bunuh aku ke apa. “Kau ingat, bila dua kali kereta biru tu nak langgar kau, kau selamatlah? Aku yang bertanggungjawab. Jadi aku nak pastikan kau terus selamat. Itu je.” Aku pandang wajahnya. Kereta biru! Ya memang aku pernah dilanggar dan cuba dilanggar dek kereta berwarna biru tetapi apa pula kaitan dengan dia? Sebenarnya, dia ni siapa? “Cuba kau cakap benda betul dengan aku, Hairil. Aku tak akan duduk dekat sini dengan kau dan bodyguard kau tu. Aku dekat mana sekarang ni? Aku nak balik.” Aku sudah separa merayu. “Kau tak boleh balik selagi operasi tu tak settle. Aku kena pastikan kau selamat. Itu saja. Kau pergi mandi. Makanan ada atas meja dekat luar. Jangan keluar daripada bilik.” Pesannya sebelum keluar. Dia langsung tak jawab soalan aku. Nak tak nak, aku bangun juga walaupun kepala aku masih lagi pening. Entah apa yang dia bagi aku agaknya. Kau & Aku |137

Aku memeriksa badan aku sendiri kalau ada apa-apa yang pelik. Pakaian aku masih pakaian yang sama masa ke Melaka. Ni kalau aku mandi, aku nak pakai baju apa? Aku meluru keluar dari bilik. “Mana ada baju. Tak kan mandi tak tukar baju.” Aku bertanya pada dia yang sedang menonton televisyen sambil bermain telefon bimbit. “Check dalam almari,” jawabnya tanpa menoleh. Aku mendengus. Ikut suka hati dia nak kurung aku dalam bilik ni. Dahlah sejuk! Aku mula bertekateki. Di mana aku sebenarnya sekarang? Sejuk macam ni mesti dekat Cameron Highland atau Genting Higland. Atau di Fraser Hill. Aku membuka almari di dalam bilik. Mak aih! Banyaknya baju. Ada lebih tiga puluh pasang semuanya siap dengan baju tidur, baju kecil seluar kecil. Saiz? Macam mana dia tahu saiz aku ni? 36B! Dia memang belek aku agaknya. Jahatnya mata dia! Ah! Pakai je, nanti baru tanya dia macam mana dia tahu saiz bra aku. Usai mandi, aku ke ruang tamu. Dia masih ada di situ, tidak berganjak. Aku berdeham, dia mengangkat wajah. Kemudian dia bangun dan mendapatkan aku di meja makan. “Semua okey? Saiz padan tak?” Wajah aku sudah rentung terbakar. Selamba betul dia ni. Tak sempat aku nak tanya dia dah cakap dulu. “Semua okey, termasuklah baju tidur Hello Kitty ni. Cantik.” Malas nak fikir apa. “Good. So, apa lagi? Sila santap. Aku tak tahu apa kau suka. Ada KFC, ada nasi, ada pizza. Ikut kaulah nak makan apa.” Kau & Aku |138

Dia kembali ke tempatnya tadi menyambung bermain dengan handphone. Perut aku memang lapar gila. Tanpa bercakap lagi aku terus saja mengambil ayam KFC dan pizza yang masih lagi panas. “Kau tak makan?” “Kau makanlah. Aku tak makan malam.” “Bodyguard kau dekat luar tu tak makan ke?” Sengaja aku bertanya lagi, hendak mencuri tumpuannya. “Dia orang dah makan,” jawabnya tanpa menoleh. “Hairil…” Hilang sudah panggilan tuan aku padanya. Lagipun ini adalah sikap dia ketika kami bersama di alam satu lagi. Adakah dia ingatkan aku? Aku teringin sangat hendak bertanya. “Kau makan diam-diam, boleh? Jangan banyak bunyi. Aku malas nak layan.” Poyonya! Macamlah aku ni menyemak sangat dekat sini. Aku terus terdiam. Tak jadi nak tanya macam-macam. “Aku nak ingatkan kau, jangan fikir nak keluar dari apartmen ni. Kalau kau nak keluar juga, kau jangan ikut pintu. Kau boleh terjun.” “What?” Ada akal ke tak ada akal dia ni. “Terjun dari tingkat dua puluh. Mati. Hati aku pun senang. Lepas tanggungjawab aku.” Sadisnya dia ni! “Ada aku suruh kau culik aku ke? Tak ada, kan? Kau sendiri yang rela hati nak culik aku bawa aku dekat sini. Konon nak aku selamat. Hello… Aku sayang nyawa aku lagilah. Apa pun tanggungjawab yang kau cakap tu, pasti ada salah yang kau buat. Kau & Aku |139

Kau kena tebus kesalahan tu walaupun aku tak tahu apa salah kau pada aku.” Done! Puas hati aku dapat membebel panjang. Dia pandang aku dengan renungan yang cukup tajam. Sakit hati ke? Nak juga aku bertanya. “Dari aku bertekak dengan kau, baik aku makan. Kau tak nak, aku habiskan.” Aku menyambung kata. Ini Dija lah. Kurus-kurus pun aku tetap kuat makan nak pula bila stres macam ni. Aku mula teringatkan mama dan papa. Mesti mereka sangat risaukan aku. Sepantas kilat kehangatan aku pada dia menghilang, buat muka tapai basi. “Aku nak pinjam handphone kau, boleh? Aku nak call mama dan papa aku.” Aku hulur tangan padanya. “Tak boleh.” “Telefon aku mana?” Aku tanya dia lagi. Aku ada telefon sendiri, kenapa perlu telefon dia? “Kau tak boleh guna telefon. Jangan risau, mama dan papa kau tahu kau dekat mana. Mereka tak akan cari kau.” Jawabnya tanpa memandang aku walaupun dengan ekor mata. Hailah dia ni. Jahat sangat dah kenapa? “Telefon tak boleh guna. Keluar tak boleh. Sebenarnya kau culik aku untuk minta tebusan, kan? Kau dah kaya-raya kot. Buat apa duit banyakbanyak?” “Ini bukan soal duit, Dija. Ini soal nyawa.” Wajah membengis. Bengis sangat sampai aku rasa takut. Tetapi rasa takut itu aku tepis cepat-cepat. Buat apa nak takut dengan dia?

Kau & Aku |140

“Aku tak fahamlah dengan kau ni. Mula-mula aku jumpa kau dalam tidur. Lepas tu aku jumpa kau dekat KLCC. Sekarang kau culik aku pula. Apa ni? Takdir aku ke kena jumpa manusia macam kau ni.” Mulut aku memang dah tak boleh control. Mulalah nak smash dia macam-macam. “Dija.” Dia mahu bersuara lagi tetapi aku cepat-cepat mengangkat tangan. Aku tak habis lagi bercakap, jangan cuba nak potong. “Tak cukup lagi ke aku terseksa?” Wajahnya aku pandang dengan pandangan yang aku sendiri tak tahu hendak kata apa. Marah! Geram. Bercampur-baur. “Dija… Kau boleh tak sabar?” Dia berkata perlahan. Wajah bengisnya mengendur sedikit. “Aku dah lama sangat sabar. Sekarang aku nak sabar lagi ke? Tak cukup lagi ke, Hairil… Aku, kau perbodohkan.” “I don’t mean it.” “Whatever! Kau memang tak layak duduk dalam hati aku lepas kau perbodohkan aku.” Aku berlari masuk ke dalam bilik. Menangis! Serius hati aku rasa hancur sangat-sangat.

Kau & Aku |141

BAB 19 BOSAN gila! Dia sudah lama hilang meninggalkan aku dengan Abang Mat yang skema. Pedulilah kalau dia sakit hati dengan aku pun. Aku dah malas nak layan. Abang Mat sudah ada kawan baru mengantikan Abang Sahak. Apa khabar Abang Sahak agaknya? Adakah Abang Sahak selamat selepas dilanggar kereta biru itu? Kereta biru itu aku memang kenal. Itulah kereta yang melanggar aku sewaktu aku melintas jalan selepas majlis pernikahan aku dengan Firhad. Apa motif kereta biru tu asyik nak langgar aku? Adakah aku cuba dibunuh oleh seseorang? Tapi kenapa? Adakah Hairil terlibat sama dalam konspirasi cubaan membunuh aku? Kata-katanya sukar untuk aku fahami terutamanya soal tanggungjawab. Dia bertanggungjawab pada aku atas sebab apa? Aku penat berteori. Siapa Hairil sebenarnya? Kenapa dia culik aku macam ni? Aku memang nak sangat tahu tapi bila tengok muka Abang Mat yang tak ada perasaan, aku tak jadi nak bertanya. Kawan dia yang lagi seorang tu pun sama. Bila malam menjelma baru dia balik. Nampak sangat penat. Ke mana dia seharian? Aku malas mahu bertanya apa-apa tapi aku tahu dia pasti sedang menyelesaikan sesuatu. “Kau baik hari ni?” “Kalau aku jahat pun, taklah sejahat kau tu.” Aku menjawab kasar. “Aku jahat sangat ke?” Wajahnya jelas keletihan.

Kau & Aku |142

“Jahat macam syaitan. Suka hati culik, kemudian kurung orang.” Aku menjawab tanpa menoleh kepadanya. Benci! Ah! Benci tapi rindu! “Kalau aku culik dan kurung kau, tak kan kau bebas duduk dalam apartmen mewah ni. Sabar, Dija. Semua pasti akan selesai. Aku tak nak dedahkan diri kau sebab aku bertanggungjawab.” “Kau asyik sebut tanggungjawab. Tapi kau tak cakap aku pun sebabnya, Hairil.” “Kalaulah aku boleh bagi tahu kau. Tapi aku tak mampu sebab aku tak nak kau rasa dipergunakan atau rasa terluka. Maaf, Dija. Kami terpaksa.” “Siapa kami tu?” Apa maksudnya KAMI? Mesti ada seseorang di belakangnya juga. Siapa? Hairil terus menghilang ke dalam biliknya tanpa jawapan. Aku mengeluh. Sudah empat hari aku di tempat ini. Aku tak tahu di mana aku sekarang. Tak tahu situasi di luar sana. Aku langsung tak boleh menonton televisyen atau membaca surat khabar. Buntu kepala otak aku dibuatnya. “Nanti kau, Hairil. Bila aku terlepas, aku akan suruh papa saman kau. Kau ingat papa aku tu biasabiasa je ya. Dia lawyer terkenal. Dah banyak kes dia handle dan dia tidak pernah kalah. Apa sangat dengan kes macam ni. Mesti papa akan lawan habishabisan.” Masalahnya tergamak ke aku nak saman manusia yang aku sayang. Aduhai! Setiap hari Hairil lesap meninggalkan aku dengan Abang Mat dan rakannya. Aku lelah memikirkan apa masalah dia sebenarnya. Kau & Aku |143

Hampir menjangkau ke satu minggu aku terkurung. Dia hilang pada waktu pagi, balik ketika sudah lewat malam. Mahu bertekak dengan dia pun tak boleh. Aku jadi patung di dalam apartmen mewah yang berlatar belakang hutan banat. Kerja aku makan dan tidur saja. Aih! Penat macam ni. *** AKU mendengar suara orang bercakap cakap di luar pintu ketika aku terjaga tengah malam. Siapa pula dekat pintu bilik aku ni? Aku bangun melekapkan telinga pada pintu bilik, mencuri dengar. “Operasi berjaya, tuan.” Aku dengan suara Abang Mat. “Bagus Mat.” Aku dengar suara Hairil pula. “Kita dah bebas…” Aku dah tak dengar apa-apa lagi. Operasi apa yang berjaya? Dah bebas? Aku terus membuka pintu memandang mereka bertiga yang berdiri di meja makan. Ketiga-tiga mereka memandang aku. Pantas aku memandang batang tubuhku sendiri. Alamak! Aku hanya memakai kemeja labuh paras lutut. Kemeja siapa aku tak tahu. Main rembat dalam almari. Abang Mat tersengih memandang aku, buat pertama kali. Ish! Sengihan dia membuatkan aku rasa gawat. Ada yang tak kena ke? “Kami gerak dulu, tuan.” Abang Mat mengundur setapak lalu hilang di sebalik pintu, meninggalkan aku dan tuannya berdua tengah malam buta begini.

Kau & Aku |144

Aku memandang wajahnya. Aku nak kepastian. Dia pasti tahu aku dengar apa yang dia bualkan tadi. “Kau bebas tanpa aku lepaskan.” Apa maksud dia agaknya? “Pergi sambung tidur Dija dan…” dia memandang aku. Apa? Aku jegilkan mata. Pandangannya memang sentiasa membunuh hati aku. “Cantik kemeja tu. Kau pakai ada minta izin aku ke?” Erk! Kemeja dia ke? “Okey, aku tanggal sekarang.” Pintu aku hempaskan kuat. Bergema tawa di luar sana. Pertama kali dia ketawa setelah menjadi makhluk paling brutal. Sengaja nak kenakan akulah tu! “Dija… kau pakai apa pun lawa. Pakai je baju tu. Untung-untung mimpikan aku.” Eh, dia ni. Aku ke pintu balkoni. Pasti dia di balkoni sebelah. Tak cukup kacau aku dekat ruang tamu, tepi balkoni pun jadi. “Tak habis lagi nak usik aku, nak gelakkan aku?” Tak berani berdiri di balkoni dalam cuaca sejuk begini. Aku ni mudah mendapat selsema kalau sejuk sangat. “Baru hari ni aku dapat usik kau, Dija. Sebelum ni tak boleh nak pandang kau pun,” jawabnya perlahan. Aku dengar dia melepaskan keluhan. “Kenapa pula tak boleh nak pandang? Buruk sangat ke aku?” “Sebab kau cantik dan kau milik orang maka aku tak boleh pandang kau.”

Kau & Aku |145

Aku milik orang? Dia baca borang kerja akulah tu, confirm. Aku tekup mulut rasa nak ketawa. Hairil… Aku bukan milik sesiapa. “Pergi tidur, Dija.” Aku yang kesejukan cepat-cepat menyusup masuk ke dalam selimut. Membungkus diri sebelum terlena sehingga ke pagi. Bunyi pintu bilik diketuk membingitkan telinga. Baru 6.30 pagi dah sibuk ketuk pintu bilik orang. “Kau boleh siap-siap. Kita gerak balik.” Katanya sebaik saja aku membuka pintu. “Nak siap apa? Aku lepas subuh dah siap cantik-cantik. Kalau nak gerak sekarang pun boleh.” Dia memandang aku dan kemudian menggeleng kepala. Mungkin tak jangka aku akan lebih pantas dan tuntas. Semalam aku dengar perkataan bebas, pastilah aku dah bebas. Cukuplah tujuh hari aku terseksa menunggu dibebaskan. “Aku rasa kau dah boleh terangkan pada aku kenapa kau culik aku.” Aku memandang dia yang memandu kereta milik entah sesiapa. Tak pernah aku nampak pun kereta ni dia bawa pergi kerja. Dia tidak menjawab apa-apa, terus membisu. Kepala angin betul! Malam tadi dia okey. Pagi ni terus jadi batu. Bukan air batu atau batu sungai. Dah jadi batu dari angkasa lepas. “Okey kalau kau tak nak cakap apa-apa. Tapi kalau boleh tolong beritahu. Aku nak sangat tahu kenapa kereta biru tu asyik cuba nak bunuh aku. Dua kali. Kali pertama aku koma. Kali kedua Abang Sahak yang kena dan aku langsung tak tahu apa jadi pada Abang Sahak.” Kau & Aku |146

“Kereta biru tak akan wujud lagi dah.” “Macam tu je? Kau memang tak nak terangkan pada aku apa semua ni? Kau ajak aku miting dekat Melaka tapi kau culik aku bila kereta biru cuba nak bunuh aku sekali lagi. Lepas tu kau kurung aku dekat apartmen tu tanpa terangkan apa-apa. Aku patut tahu semua ni, kan?” “Nope! Kau tak patut tahu, tanggungjawab aku dah lepas jadi kau bebas. Aku akan hantar kau balik. Esok kau boleh masuk kerja.” Mudahnya hidup dia! Culik aku, acah-acah bagus, acah-acah bertanggungjawab tapi lepas tu bebaskan aku. What the…! “Aku patut tahu, Hairil. Benda ni dah libatkan hidup mati aku, tahu tak?” Aku mendongkol, sungguh aku memang nak sangat tahu. “Percayalah. Kau tak akan nak tahu.” Matanya hanya memandang ke arah jalan menuruni lot parkir. “Kau bawa aku sampai ke Cameron Highland?” Aku menoleh memandang signboard yang baru saja kami lalui sebaik saja menuruni bukit. Dia hanya angguk. “Kau nak strawberi ke?” “Boleh lagi kau tanya? Persoalan aku, kau tak jawab pun.” Wajah aku mencuka kembali. Aku tanya lain, aku nak tahu benda lain, kenapa dia tukar tajuk cerita pasal strawberi. “Alang-alang dah ada dekat sini, kau nak tak?” tanya Hairil lagi. “Kau ni manusia ke apa?”

Kau & Aku |147

Tak faham ke dia? Aku tak nak strawberi. Aku nak dia beritahu kenapa dia culik dan larikan aku jauh sampai ke mari. “Manusialah.” Sepatah jawapannya. “Kalau manusia kau patut faham apa yang aku minta sekarang ni.” Wajahnya aku pandang tak berkelip. “Aku tengah memandu so tak payah nak goda aku dengan pandangan yang membunuh.” Walawei! Aku cakap benda lain, kenapa dia asyik tukar tajuk. Aku sendiri yang rasa sakit hati dengan perangai sengal dia ketika ini. Akhirnya aku diam, bungkam. Lebih baik tak payah tanya apa-apa lagi. Jawapan tak selari dengan soalan. Fail! *** PAPA menyambut aku pulang. Mama pula hanya membelek tubuh aku, memeriksa jika ada apa apa yang terkurang. Macam-macam mama tanya, tapi jawapan aku hanya, ‘entah tak tahu’. Aku memang tak tahu apa jadi. Aku hanya mampu memandang papa dengan Hairil yang leka berbual. Memang sangat serius perbincangan mereka dan aku tak berpeluang hendak mendengarnya walaupun sedikit. “Papa ada kes penting ke dalam dua tiga hari ni?” tanya aku pada mama. “Ada. Kes pecah amanah berbilion ringgit. Melibatkan kongsi gelap dan beberapa NGO berdaftar. Kenapa?” “Ada libatkan menteri ke, ma?” “Ada tapi papa tu kan mana nak cerita apaapa pasal kerja dia. Tuan adik tu dah beberapa kali datang sini jumpa papa selama adik tak ada.” Kau & Aku |148

Aku pandang mama, jadi papa dan Hairil memang ada urusan selama ini? “Dan lagi satu, papa kata orang yang langgar adik dah kena tangkap,” sambung mama. Aku terkejut. Patutlah Hairil kata aku dah selamat. “Siapa ma?” Aku mahu kepastian. Kalau tanya mamat tu memang tak adalah jawapan. “Seseorang yang memang ada kaitan dengan kes papa.” “Tapi apa orang tu nak daripada adik?” “Itu mama tak tahu. Papa pun tak ada cakap apa-apa. Semua dah selesai dan adik tak payah nak risau-risau lagi.” Mama tersenyum. Aku tak pernah jumpa mama yang relaks apabila anak diculik. Boleh pula buat baik dengan si penculik. “Selama adik kena culik, mama tak risaulah?” Keliru dengan sikap tenang mama. “Mama tak risau sebab Hairil ada jaga adik. Dia tuan adik, bos adik. Mama percaya dia.” Mama tersenyum. Senang macam tu je? “Kenapa mama percaya sangat dengan Hairil? Mama bukan kenal dia pun, kan?” “Siapa kata mama tak kenal dia? Dia selalu ada dengan papa. Adik yang tak kenal sebab adik selalu tak ada bila dia datang ke sini. Adik masa tu sibuk bercinta dengan Firhad. Lepas tu sibuk nak kahwin. Hairil tu datang atas urusan kerja.” Sambung mama. Wah! Aku lagi tak faham. Hairil bukankah bekerja di H&D Resources? Dia gantikan papanya yang sakit. Apa pula urusan dia dengan papa aku? Papa aku lawyer dan apa kaitan mereka berdua? Kau & Aku |149

“Adik tak payahlah nak fikir sangat. Janji adik dah selamat,” kata mama lembut. “Adik tetap nak tahu kenapa Hairil dan papa simpan adik dekat apartmen tu?” Aku bangun dan pantas mengatur langkah menuju ke arah papa dan Hairil. Tak sempat pun aku sampai, mamat tu dah sibuk bersalaman dengan papa dan melangkah ke pintu pagar. “Adik nak apa?” tanya papa. “Nak Hairil.” “Ha? Nak dia? Boleh. Nanti papa pinangkan.” Papa tersenyum. “Ish! Bukanlah. Adik nak tanya dia banyak benda tapi kenapa dia balik pula?” “Oh! Nak tanya banyak benda. Dia ada kerja lain nak diuruskan,” jawab papa dan kemudian melangkah masuk ke dalam rumah. “Papa pun boleh bagitau adik kenapa papa dan Hairil simpan adik dekat apartmen tu.” Aku memegang lengan papa. Terhenti langkah papa apabila terasa tangan aku menarik lengannya. “Kami simpan sebab kami nak adik selamat.” Papa membalas pandanganku dengan mata berkaca, sedih barangkali. Bila papa menjawab begitu, aku tidak jadi bertanya lagi. Ya! Papa nak aku selamat tapi selamat daripada apa? Itu yang aku nak sangat tahu. Dan aku perlukan soalan itu berjawab.

Kau & Aku |150

BAB 20 “DIJA, good morning.” Kak Rosiah ceria saja apabila melihat aku sudah berada di pejabat. Setelah seharian berehat, rasanya aku dah boleh masuk ke pejabat untuk menyambung tugasan yang banyak tertangguh. “Dija dah baik demam? Kesian Dija kena demam panas ya,” kata Kak Rosiah lagi. Siapalah yang buat cerita kata aku demam panas ni? “Papa Dija kacak walaupun dah berusia.” Kak Rosiah ketawa. Oh! Jadi papa yang datang sini beritahu aku tak sihat. Suka hatilah, papa. Demam panas pun demam panaslah asalkan bukan dengan alasan yang tidak masuk dek akal. “Tuan pun, bila Dija tak ada sesekali je masuk ofis. Lepas tu ada pula kes besar dekat sini.” “Uiks akak. Ada gossip panas ke?” Teringin juga aku nak tahu. “Pasal supplier terbesar bahan binaan kita. Khabarnya mereka banyak terlibat dengan rasuah. Buka quotation tak sama dengan harga tender. Barang yang mereka bagi pun tak berkualiti, tak sama dengan apa yang sepatutnya. Satu projek dekat Johor dah terkena. Kena sita. Tak boleh nak teruskan selagi kes tak selesai.” “Siapa punya syarikat, kak?” “Robert Resources. Khabarnya dia pun ada banyak bisnes luar yang memang tak masuk akal.” Aku tertarik dengan cerita Kak Rosiah. “Bisnes tak masuk akal?” Ada ke bisnes tak masuk akal? Bisnes apa? “Masa pejabat mereka diserbu, jumpa dadah dalam kuantiti yang banyak. Lepas tu bila polis siasat, Kau & Aku |151

bukan setakat dadah je, mereka pun terlibat dengan sindiket pelacuran dan pemerdagangan manusia.” Ya Allah! Aku terkesima. Di sebalik bisnes yang maju, ada lagi bisnes yang terang-terang melanggar undang-undang dan hak asasi manusia. Dah kaya, nak kaya lagi tanpa sedar menidas orang lain. Apa nak jadi dengan dunia sekarang ini. “Dahsyatnya.” Aku hanya mampu menjawab begitu saja. Tapi kes ni ada kaitan dengan Hairil, dengan papa dan dengan aku juga ke? “Kan… Akak pun tak sangka sebab Mr.Robert tu baik. Banyak kali dah akak jumpa dia. Mujur juga tak buat baik sangat, Dija. Kalau tak, harus akak pun kena dagang. Nak dilacurkan, tambun ganyut.” Kak Rosiah ketawa terkekeh-kekeh. Aku ikut gelak sama. Kak Rosiah ni memang suka buat lawak. Memandang fizikal dia je, belum tentu ada yang sudi melanggan. RM50 pun belum tentu ada yang sudi. “Mesti kau fikir tak akan ada pelanggan nak akak, kan?” Kak Rosiah menyambung tawa. Memang betul pun, Kak Rosiah. Aku mendapatkan Abang Mat yang berdiri di luar bilik bos. Aku senyum memandangnya dan macam sebelum ni, sumbi emas dia memang tak akan ditayang. Geram pula aku dengan dia. Abang Sahak memang tak muncul langsung. Sudah hampir seminggu kata Kak Rosiah tadi. Mungkin kecederaan Abang Sahak sangat teruk, tapi aku memang langsung tak buka mulut pasal kemalangan itu.

Kau & Aku |152

“Tuan bagitau akak lepas ni dia nak Dija je

settle-kan perihal sarapan dan makan tengah hari dia.

Susun fail macam biasa. Akak dah letak fail yang nak disusun dekat dalam bilik bos. Dija ada banyak kerja dekat dalam tu.” Kak Rosiah menyerahlan aku lima buah fail lagi untuk disusun. Dalam bilik tuan? Seharian dengan dia? Fuh! Dulu memang aku suka sebab bau Vanilla Musk tu memang buat aku syok habis. Tapi lepas adegan menculik ala-ala manja dia tu, aku rasa tak berbaloi aku suka dia macam dulu. Dia banyak menipu! Aku rasa tertipu. Banyak benda dia kena beritahu aku sebenarnya tetapi dia langsung ambil peduli. Dia dengan papa aku sama je. Kalau cinta, kenapa nak berahsia? Hello Dija, kau je yang cintakan dia. Dia tak. Jadi jangan nak macam-macam fikir. Aku mengeluh. Nak tak nak, aku kena juga masuk dalam bilik tu dan menempel dekat rak fail. Okey! Buat bodoh. Buat-buat tak nampak. Hairil is nobody! Aku menyusun fail di sebelah bawah dahulu. Duduk bersila di atas karpet. Tuan tu? Leka dengan telefon, pandang aku pun tidak. Menyapa? Jauh sekali. Aku saja yang berbahasa, terhegeh-hegeh ucap selamat pagi. Pagi yang selamat. Dia langsung tak selamat daripada kutukan aku. Dalam hati, berbakul sumpah seranah aku hamburkan. “Awak duduk bersila hadap fail tu, awak tak terasa lapar ke, Hadija?” Suaranya memecah keheningan pejabat yang macam dilanda garuda. “Oh mak kau lapar nasi kerabu!”

Kau & Aku |153

Aku mengurut dada. Terkejut dengan suara dia yang menyapa tiba-tiba. Nak pula aku memang tengah mengutuk dia dalam hati. Nasib baik nasi kerabu yang keluar. Kalau keluar benda lain? Tak pasal-pasal cari gaduh. “Kau nak makan nasi kerabu ke? Aku tahu kedai best yang jual nasi kerabu tengah hari macam ni,” sambungnya. Aku hanya memandang wajahnya. Baik pula dia, tadi acah-acah sombong sangat. Dah kenapa dia berkau beraku dalam pejabat ni? Bukan dia selalu ikut protokol? Aku ber-Tuan dia, dia ber-Hadija Azwani dengan aku. “Tak apalah. Lagipun kau kan suka makan dalam ofis je.” Jual mahal, walhal aku rasa air liur dah meleleh sampai ke dagu. Sedap nasi kerabu terasa sampai ke anak tekak. Aku memang tengah kebuluran! Sarapan pagi aku tak ambil, minum air kosong saja. “Tak payahlah nak bajet jual mahal sangat. Jom ikut aku. Aku tahu air liur kau meleleh. Banyak dah kau telan. Sebelum kau mati kempunan nasi kerabu, tersedak air liur… jom.” Nak belanja tapi menyindir. Tak ikhlas langsung. “Kau bukan nak culik aku sekali lagi, kan?” Takut juga kalau dia nak bawa aku pergi entah ke mana sekali lagi. “Tak hingin aku nak culik kau. Aku nak bawa kau pergi makan je.” Nasi kerabu punya pasal, aku tambah balik cinta yang sudah sedikit berkurangan. Bagi penuh gelas, macam tambah air sirap ais di tengah hari yang terik. Kau & Aku |154

Dia bawa aku ke dalam kawasan Hospital Kuala Lumpur. Bersesak-sesak di jalan raya sematamata nak makan dekat kantin hospital? Teruknya perangai dia ni. Macam tak ada kedai lain, kenapa kedai dalam Hospital Kuala Lumpur ni juga yang dia pilih. Dia tak kan tak tahu yang aku trauma dengan hospital? “Nasi kerabu dekat kantin ni sedap. Aku suka.” “Kau biasa makan dekat sini?” Aku tanya dia yang sedang beratur panjang semata-mata untuk sepinggan nasi kerabu. “Biasa. Aku biasa makan, tapi paling biasa tengok orang makan.” Dia tersenyum. Aku cuba mencari makna di sebalik kata-kata ‘biasa tengok orang makan’ dia tu, tapi aku tak nampak reaksi pada wajahnya. Aku hampa lagi! Dia hanya makan tanpa suara, aku apatah lagi. Memang nasi kerabu tu sangat sedap. Aku tak pernah rasa nasi sesedap ini. Rasa nak tambah lagi, tapi aku segan. Betul dia cakap nasi kerabu ini memang sedap. “Kau nak lagi?” Dia ni memang boleh baca fikiran aku ke? Memang sejak azali ke dia boleh meneka apa yang ada dalam kepala aku? “Tengok muka kau yang teruja makan tak toleh kiri kanan lepas tu habis licin, aku fikir mesti kau nak tambah lagi, kan?” Baik! Dia tak istimewa, dia memang tak tahu baca fikiran aku. Dia Cuma memerhati dengan mata, macam helang! “Tak apa. Perut kecil, tak ada ruang nak isi lagi. Tapi kalau esok lusa aku nak makan lagi nasi ni bolehlah kau temankan aku.” Aku menolak. Memang aku kenyang tapi rasa tamak tu tetap ada.

Kau & Aku |155

“Boleh. Setiap hari pun boleh,” jawabnya dengan senyuman. Aduh! Dah lama aku tak nampak dia tersenyum begitu. Terbunuh terus jiwa aku melihat senyumannya itu. Kenapa kau dilahirkan begini, wahai tuan? “Sudah-sudahlah pandang muka aku, Hadija.” Kena sound. Alamak! Aku over sangat ni. “Sorry tuan. Ada mata, pandanglah.” Aku menjawab. “Kau… kalau tak menjawab memang tak boleh, kan?” Dia jegilkan mata. Seksi pula! “Mesti kena jawab. Nanti orang kata sombong pula.” “Huh! Kalau jawapan tak menyakitkan hati, tak apa juga.” Dia terus bangun menuju ke kaunter pembayaran. Mahu membayar harga makanan kami. Aku keluar daripada kawasan kantin menunggu dia di luar. Malas mahu bersesak-sesak. “What a pleasant surprise…” Satu suara menegur. Mendengar nada suara itu, aku sudah tahu siapa gerangannya. Malas aku nak layan. Kalau dah namanya makan dekat hospital, peratusan hendak terserempak dengan perempuan ni memang tinggi. “Kau buat apa dekat sini?” soalnya tanpa silu. “Dating.” Aku menjawab acuh tak acuh. “Wow! Dating dekat hospital. Kesian betul kau ni, kan.” Mula dah perempuan ni nak sakitkan hati aku. “Ada masalah?” Aku menjeling. Malasnya aku nak layan. “Nope. Aku saja nak tanya bila nampak kau terpacak dekat sini. Mana boyfriend kau?” Kau & Aku |156

Aku diam. Memang taklah aku nak cakap apaapa dengan perempuan ni. “Sorry sayang, lambat. Siapa ni? Kawan you ke?” Suara itu memecah kebuntuan. Tapi… Sayang? Ishh… dia ni! “Ah… Doktor Haziqah, isteri Firhad.” Aku memperkenalkan perempuan ini kepada Hairil. “Oh… I see. Jom sayang. I dah lambat. Ada meeting lepas ni.” Dia menarik lengan aku menuju ke kereta. Aku tahu Haziqah pasti mencebik memandang aku dan Hairil yang sah-sah lagi kacak daripada Firhad. Bekas laki aku! Kak Rosiah memandang aku yang gembira masuk ke pejabat sebaik saja habis waktu makan tengah hari. “Happy nampak? Tuan bawa lunch. Untunglah orang tu.” Perli Kak Rosiah dengan senyuman. Aku sengih! Mestilah untung. “Jaga-jaga. Nanti ada yang cemburu pula,” sambung Kak Rosiah. Serta-merta senyuman aku terhenti. “Ada yang cemburu ke kak? Siapa?” Ada perkara yang aku tak tahu lagi ke? Kot dia ada kekasih. Jenuh aku nanti. “Nanti Dija tahulah. Akak nak Dija berhati-hati je. Jangan sampai kena serang macam yang sudahsudah.” Apa maksud Kak Rosiah? Kena serang? “Hati manusia ni, Dija… lagi kita tak nak, lagilah dia datang. Tak mampu ditolak-tolak. Dan kadang-kadang tu ada langsung tak faham bahasa pada erti penolakan. Dija faham sajalah kalau ada orang tu, rasa dia yang berhak. Padahal pada sebelah Kau & Aku |157

pihak lagi tak kata apa. Bertepuk sebelah tangan, masa kan ada bunyinya.” “Dija tak fahamlah, kak.” Blur aku dengan kata-kata Kak Rosiah. “Nanti Dija fahamlah. Dah. Pergi siapkan kerja. Banyak lagi fail atas lantai tu akak tengok tadi.” “Haah kak. Dija semak satu-satu semula. Manalah tahu kalau ada tersalah filing. Sebelum kena marah, baik periksa dulu.” Masuk saja ke dalam bilik tuan, aku lihat dia terbaring di atas sofa. Wah! Sedapnya dia berbaring. Dah kenyang, tidur macam ular sawa. “Tak baik lepas makan terus tidur macam tu.” Aku bersuara, sekadar berbahasa. “Mengantuk, malam tadi aku tak tidur. Rasa macam tak tidur berhari-hari lamanya.” “Kau ke mana sampai tak tidur semalaman?” Aku melayan dia berbual sambil buat kerja. Tahutahu dia sudah duduk atas lantai, sebelah aku. “Kenapa kau duduk sini. Kotorkan karpet tu? Kata tadi mengantuk, nak tidur.” “Kau ajak aku berbual, aku bangunlah. Segar biji mata aku ni,” katanya. “Yalah kau tu. Masa tu jugalah nak segarbugar.” “Dija…” Dia memanggil nama aku dengan nada yang paling lembut. Aku berpaling. “Kenapa kau tipu status? Kau kan dah bercerai?” “Siapa bagitau kau? Mesti papa aku, kan? Aku saja tulis macam tu dalam borang kerja sebab aku tak nak sesiapa ganggu aku.” Tenang saja aku menjawab.

Kau & Aku |158

“Kau tak rasa bersalah pada aku ke?” Aku memusingkan badan aku menghadap dia. “Apa maksud kau? Wait… wait! Ada benda yang aku tak tahu ke atau ada benda yang kau tahu tapi kau nafikan? Hairil?” Dia hanya tersenyum memandang aku. Bibirnya yang macam Sunkist itu digigitnya perlahan. Seksi kot kalau dia buat aksi macam tu. Tergoda dan terbuai perasaan aku dibuatnya. Sama macam aksi dia ketika kami di dalam tidur yang panjang. “Kau kalau tak buat aksi seksi macam tu, boleh tak? Kau nak goda aku ke?” Spontan aku berkata. Cepat-cepat aku menekup mulut. Dia ketawa. Ketawa yang aku rindu selama ni. “Apa yang seksinya kalau setakat gigit bibir sendiri. Hati kau yang buat dia jadi seksi. Aku tak rasa pun nak goda kau. Kalau aku nak kau, tak payah nak goda sangat. Automatik kau datang pada aku dengan satu panggilan saja.” “Huh! Berlagaklah kau ni. Poyo!” Aku malas nak melayan dia lagi, buat sakit hati je. Layan fail ni lagi bagus. “Kenapa agaknya kan, orang lain sibuk berTuan, ber-Bos dengan aku, dengan kau… aku selesa ber-Kau, ber-Aku?” Manalah aku tahu. “Bila perkara dah jadi kebiasaan, maka terbiasalah jadi macam tu. Di mana-mana atau pada apa situasi sekali pun.” Dia membantu aku menjawab soalan yang dia sendiri kemukakan. Aku angkat bahu. Yalah agaknya. Aku malas mahu berfikir. “Kau mungkin nampak apa yang aku nampak tapi kau takut nak meniti pada realiti,” bisiknya perlahan. Kau & Aku |159

Dia bangun. Aku pula terkebil-kebil macam cicak tertelan kapur. Cuba menghadam apa yang dia maksudkan. Weh! Apa ni? Bahasa macam ni, berbungabunga. Aku tak fahamlah! “Cuba kau cakap terus-terang. Tak payah nak bengkang bengkok sangat.” Wajahnya aku pandang tak berkelip. “Kadang-kadang kita nampak cinta. Tapi bila kita pandang sekali lagi, ia mungkin ilusi. Kadangkadang rasa betul dah apa kita rasa. Tapi bila kita fikir balik, mungkin kita salah.” Berbelit lagi. “Boleh tak kalau kau cakap terus-terang je. Penatlah nak fikir.” Aku membentak. “Kau memang selalu tak nak berfikir sebab kau pentingkan diri sendiri. Buka mata tu luas-luas. Kosongkan kepala kau. Fokus apa yang ada di depan mata. Kau akan jumpa jawapannya.” Dia bangun dan kembali menyambung tidurnya di atas sofa. Aku geleng kepala, kalau bab teka-teki aku memang malas nak fikir. Semak!

Kau & Aku |160

BAB 21 “ADIK, jom turun. Kita ada tetamu.” Mama mengetuk pintu bilik aku ketika aku sedang enak melayan kartun Naruto dekat You Tube. “Siapa ma?” tanya aku malas. Malas betul nak turun, nak salin baju semua. “Turunlah dulu. Hari ni ramai tetamu kita. Adik kena tolong mama.” “Mama suka macam tu. Last minute baru khabar ada tetamu datang. Kenapa tak bagitau adik awal-awal?” “La… Bukan mama minta adik masak. Mama hanya nak adik bantu mama layan tetamu saja,” pujuk mama. “Yalah… Lima minit lagi adik turun.” Aku mengeluh. Malas betul! Tetapi aku bangun juga bersiap. Aku mengenakan palazzo berwarna merah hati dengan blaus warna putih. Tudung aku sarungkan ke kepala. Bibir aku calitkan sedikit dengan lipstik berwarna pink. Asalkan tidak pucat sangat. Sebaik saja turun, aku dengar kakak sedang melayan tetamu dan aku kenal sangat tetamu mama dan papa malam ini. Mama Firhad dan papanya. Lebih sadis kedua makhluk yang aku benci tu pun ada sekali menempel. Macam dah tak ada rumah lain nak pergi. “Mama, sihat?” Terpaksa juga aku bermanis muka. “Sihat, sayang,” jawab mama Firhad. Lelaki yang dah menjadi bekas suami aku tu hanya memandang tanpa senyuman. Takut nak menyengih agaknya sebab ada bini ikut sekali. Kau & Aku |161

Lapang pula doktor ni. Bukan doktor sentiasa sibuk ke? Atau dia cemburu sebab Firhad asyik ikut mama dan papa dia datang ke rumah bekas isteri dia? Aku tak hadap pun lelaki macam tu. Nak pula dah jadi laki orang. “Marilah kita makan.” Suara mama kedengaran dari ruang makan. Aku terus ke ruangan makan dan aku lebih terkejut apabila melihat Hairil juga berada di situ. Dia pun dijemput juga? Isyarat Hairil meminta aku duduk di sebelahnya menyebabkan aku laju saja menarik kerusi. Tepat pada masanya sebab Haziqah memang dah tahu Hairil itu boyfriend aku. “Siapa jemput kau datang sini?” tanya aku perlahan. Dia hanya menunjuk dengan isyarat tangan. Papa? Dia angguk. Aku tak berkata apa lagi. Tetamu, kenalah layan sebaik-baiknya. “Siapa lelaki tu?” tanya Hairil sebaik saja kami sudah duduk di luar rumah menikmati kopi o panas sebaik saja selesai menjamu selera. “Itulah Firhad, bekas suami aku,” jawab aku acuh tak acuh. Kalau Hairil ingat Firhad masa di alam mimpi itu mesti dia tak akan bertanya aku apa-apa. “Baik ya mama dia rajin datang bertandang. Bekas suami kau tu pun baik, siap bawa bini datang ke mari.” Perli Hairil. Aku menjeling. Apa salahnya berbuat baik sesama manusia. Bukan jadi kudis pun. Samalah macam kau juga datang sini sebab baik dengan papa. Hairil tersenyum. Dia seolah-olah tahu aku sedang menyindirnya dalam hati. “Kau ada hati pada dia lagi ke?” Soalan apakah ini? “Perlu ke aku jawab? Ada kepentingan pada kau ke?” Cepumas sangat soalan tu, kan?

Kau & Aku |162

“Mungkin tak ada kepentingan pada aku, tapi mungkin pada kau.” Dah… Aku pula yang kena! “Aku tak ada kepentingan. Dah lama perasaan tu tak ada sejak aku koma. Perasaan aku pada dia hilang tak ada jejak.” “Orang kata bila koma, roh akan berjalan. Kau percaya?” Dia memandang aku dengan pandangan yang sangat menggoda. Argh! Aku rasa dia memang saja nak goda aku supaya terus jatuh cinta padanya berkali-kali. Aku benci dengan perasaan ni sebab dia tak ada rasa yang sama. Aku kicap manis, dia sos tiram. Sangat jauh berbeza. “Aku percaya sebab aku ada semua ingatan tu.” Aku masih ingat tentang kau, Hairil. Tak ada satu pun yang tertinggal. “Roh urusan Allah. Aku percaya pada ketentuan Allah. Kau ingat apa waktu koma?” tanya dia, polos. “Aku ada semua ingatan pada seseorang yang aku temui waktu koma.” Aku memandang wajahnya. Hairil… Seseorang itu adalah engkau! “Siapa? Lelaki ke perempuan?” Aku hampa. Dia memang tak ingat apa-apa. “Lelaki. Aku kira lelaki tu sangat kacak.” “Ada macam aku?” Dia membetulkan rambutnya, menyisir dengan kedua belah tangan. Kemudian dia tersenyum senget. “Kau kacak ke?” Sengaja nak menyakat menyakitkan hati dia. “Aku? Kacak kot. Cuba kau pandang aku betul-betul. Adakah aku kelihatan kacak? Adakah aku memenuhi karakter seorang jejaka idaman Malaya?” Aku mencebik, poyo tak sudah. Kau & Aku |163

“Yalah. Kau memang kacak. Aku tak nafikan tapi kasut Kickers kelabu yang kau selalu pakai lagi menarik perhatian aku daripada wajah kau.” Aku gelak jahat. Padan muka, aku dapat kenakan dia. “Kau memang sengaja, kan? Puji, lepas tu samakan aku dengan kasut.” Dia menjeling. Jelingan paling mahal yang aku rindu setiap saat. “Amboi… Seronoknya.” Suara halus seorang wanita menegur aku. Doktor Haziqah! Aku menguntum senyum. Suka hatilah kalau aku nak berseronok pun. Bukannya kacau kau. “Marilah join.” Aku mempelawa dia duduk di sebelah. Hairil beralih tempat duduk untuk memberi ruang pada Doktor Haziqah. “Kenapa ya mama Firhad suka sangat datang sini?” Aik! Itu dah macam berbau provokasi, nak cari gaduh. Ikut sukalah kalau mama selalu nak datang sini. Mereka dah berkawan lama. Bukan kerana hubungan aku dengan Firhad. “Aku pun tak tahu kenapa mama tu suka sangat datang sini. Mungkin sebab mama dan papa aku tak suka bermusuh. Dan aku pula sudah lama reda,” jawab aku sinis. Tapi itu jawapan yang terbaik aku boleh beri padanya daripada mencetuskan pergaduhan. “Dan setiap kali mama dan papa datang sini Firhad mesti ikut sekali. Kenapa agaknya?” Ishh… Ni yang aku tak gemar. Nama je doktor, sarjana kedoktoran, anugerah dekan semua ada. Tapi otak tersimpul mati bila bab laki baik dengan bekas bini. “Itu kau kena tanya Firhad, kenapa kau tanya aku pula?” Kau & Aku |164

“Kau mandrem dia ke?” What? Gila punya doktor! Tak kuasa aku nak buat kerja khurafat macam tulah. Aku ada agama, aku tahu hukum hakam. Bercakap ikut suka je. “Aku nak mandrem dia? Sorry, Doktor Haziqah. Aku tak berminat dengan benda khurafat. Nak buat dosa sikit pun aku fikir berkali-kali. Kau yang hidup dengan dia, kau lagi tahu perangai laki kau macam mana. Sedangkan masa dia dengan kau buat dosa pun, dia mengendeng aku. Tak mustahil bila kau dah dapat dia, dia masih mengendeng tak tau malu.” Tulus suci murni aku bercakap dengan bahasa paling molek. Bergaduh sebab lelaki apa ke jadahnya? Lelaki yang dengan aku sekarang ni sepuluh kali hebat daripada Firhad. Kalau dah yang ada di depan mata paus biru, kenapa aku nak serah diri pada jerung. Mengarut punya teori. “Manalah tahu. Manusia sekarang lebih percaya benda mengarut daripada menggunakan kelebihan diri sendiri.” Ewah! Ikut sedap mulut kau je bercakap ni. “Aku tak ada bakat nak rampas hak orang, mengendeng macam tak ada maruah. Sorry. Maruah dan harga diri aku tak boleh dikira dengan syiling lima sen macam kau.” Smack down terus. Berubah wajahnya. Dia kemudian menghentak gelas yang dia pegang ke atas meja. Cari pasal lagi dengan aku. Silap oranglah kot. Bunyi tepukan perlahan bergema di belakang aku. “Itulah diri kau. Mempertahankan diri daripada benda yang boleh menggugat hati. Benci betul kau dengan dia, kan? Aku boleh nampak

Kau & Aku |165

kebencian tu,” ujarnya. Dia kembali duduk di sebelah aku. “Perempuan tu memang wajar aku benci. Dan aku juga benci dengan diri aku yang buta dengan cinta selama ini.” “Jangan butakan hati kau dengan cinta, Dija. Buka mata kau luas-luas. Walaupun kau tak mungkin dapat memeluk dunia tapi kau boleh meraih apa saja yang ada dekat dengan kau.” Aku terkesima seketika. Kata-kata itu aku macam pernah dengar. Aku pandang wajahnya yang tersenyum. Senyuman yang penuh makna tersirat. Tak mampu aku nak teka. Dia ni bijak bermain dengan kata-kata. Sentiasa buat aku keliru. “Dija… Mama dan papa Firhad nak balik.” Ala… Potonglah kakak ni. Aku baru nak tanya Hairil mana dia dapat kata-kata ajaib itu. Dia seolah membayangkan yang punya memori tentang tersesat bersama aku dalam koma dulu. “Firhad. Aku suka nak ingatkan kau, jaga hati isteri kau tu sikit,” pesan aku pada Firhad perlahan ketika dia berdiri di sebelah aku. Firhad memandang aku tajam. Whatever Firhad. Aku memang tak nak Doktor Haziqah tu pandang aku bagai manusia yang akan melakukan rampasan kuasa. Aku dah banyak mengalah. Sudah memberi mereka banyak peluang untuk bergembira walaupun hati aku sendiri terluka dan disakiti. Air mata aku memang tak ada untuk manusia bernama bekas suami. Kerana aku sendiri dah puas menangis di dalam tidur. Siap aku meraung di tepi jalan sebelum naik lori kambing ketika tu. Simpati aku memang dah lenyap.

Kau & Aku |166

Kalau aku boleh reda menerima ketentuan, mengapa tidak mereka berdua? “Saya pun nak balik pak cik, mak cik.” Hairil juga meminta izin untuk pulang. Elok lah. Lama-lama dekat sini pun bukannya bagus. Kau tu anak bujang orang. Nanti jiran keliling mesti berbunyi. Aku naik ke bilik. Berbaring atas katil dan merenung siling. Betul ke Hairil langsung tak ingat perjalanan kami semasa dalam keadaan koma? Ke mana ingatan dia? Dalam pada aku masih berfikir-fikir, bunyi mesej masuk ke dalam inbox telefon aku menarik perhatian.

lah.

+Good night bunga. -Kau siapa eh? Nama aku bukan bunga

+Aku tahu nama kau Dija. -Aku kenal kau ke? +Kau tak kenal aku, tapi aku cukup mengenali engkau. Good night flower. Sweet dream. -Hey! Mesej itu terus terhenti. Kenapa nak panggil aku bunga segala? Sedangkan dia tahu nama aku Dija? Aku cuba mendail tapi awek berbahasa inggeris itu yang menjawab. Pengacau hidup aku betul dia ni. Siapalah yang rajin sangat nak jadi stalker ni? Aku kembali merenung siling, kipas berputar laju. Aku melepaskan satu keluhan. Dada aku sakit Kau & Aku |167

sangat. Sakit yang teramat sangat. Bila cinta dan rindu segalanya tersekat di dada tapi tak mampu nak diluahkan. Aku rasa nak mati menahan segala rasa. Anehnya hati yang sekeping ini. Hanya bertemu di alam mimpi, aku sudah boleh jatuh hati. Bila bertemu di dunia nyata, segalanya tak sama. Aku benar-benar termasuk dalam lorong waktu yang tidak berpaksi. Hanya aku. Hanya kau dan aku.

Kau & Aku |168

BAB 22 BUNYI kecoh dari bilik tuan tengah hari itu menarik perhatian. Kak Rosiah mundar-mandir di hadapan bilik tuan. Macam ayam nak bertelur saja lagaknya. Aku yang baru saja naik daripada makan tengah hari kehairanan. Abang Mat pula hanya terpacak macam biasa. “Apa kecoh sangat tu?” tanya aku pada Kak Rosiah. “Habislah, Dija.” Kak Rosiah menarik tangan aku segera ke pantri. “Cik Juwita datang.” Siapa pula Juwita tu? “Juwita tu bekas tunang tuan,” bisik Kak Rosiah. Ha? Aku terkejut sakan. Memang tak menduga langsung Hairil sebenarnya dah ada tunang. Ops! bekas tunang. “Tetiba datang sini mengamuk macam mak lampir. Apa kes entah.” “Nak rujuk balik ke kak?” Aku telan air liur pahit. Habislah kalau Hairil rujuk balik dengan bekas tunang dia. Aku? Rasa nak pergi meraung kat tepi jalan. Kalau ada lori, aku nak tumpang lagi dan merayau pergi ke mana-mana mencari ketenangan. “Tak tahu, tapi macam ada isu panas kat dalam tu,” bisik Kak Rosiah. Janganlah dia nak rujuk balik dengan Hairil. Please. Aku harap sangat. Aku dengan Kak Rosiah kembali ke tempat kami. Suasana di dalam masih lagi kedengaran kecoh. Akhirnya kami dengar bunyi benda dilempar. Kemudian tuan keluar dengan wajah yang cukup mencuka. Butang kemejanya sudah terbuka di Kau & Aku |169

bahagian leher. Nampak comel walaupun dia dah bertukar menjadi Angry Bird. Wanita bernama Cik Juwita itu keluar dengan wajah yang sembab dek air mata. Maskara menghitam pada kelopak mata. Aku teringat situasi aku suatu ketika dulu. Saat ketika hati aku disakiti. Menjerit dan meraung di tepi jalan. Mujur tak ada sesiapa pun yang melihat kecuali Hairil a.k.a. tuan aku tu. “I tak tengok muka you dekat sini, Juwita. Kita dah lama habis.” Eh? Sambung dekat luar pula? Aku dan Kak Rosiah berpandangan. “I sayang you, Hairil. Please,” rayu Cik Juwita. “No. I said, no! I tak akan balik pada perempuan yang dah hancurkan hati dan harapan I. Banyak peluang I dah bagi. Tapi you tetap buat benda yang menyakitkan hati. I nak bagitau you satu benda, I dah ada orang yang lagi layak untuk I cintai.” Kata-kata Hairil menyebabkan aku terpana. Bukan saja buat Cik Juwita meraung, aku pun turut tersentap! Tangkai hati aku putus dan gugur ke dalam perut. Orang yang aku cintai itu rupanya sudah ada kekasih hati. Nampak sangatlah aku sekadar menyimpul impian sendirian. Aku duduk di kerusi dan mula menumpukan perhatian pada kertas-kertas bernombor yang meminta untuk disemak dan disimpan. Nombor itu kelihatan semakin kabur. Aku menangis? Tidak! Aku tidak akan menangis, cuma hati aku yang sudah siap sedia meraung.

Kau & Aku |170

“Kak, saya nak turun kejap ya. Nak jumpa kakak kejap.” Sebenarnya aku rasa sedih sangat. Aku nak sudah oksigen di luar sana. “Ada kecemasan ke?” tanya Kak Rosiah. “Ya kak… Sekejap je ya.” Pantas aku mencapai beg tangan dan kaki melaju menuju ke arah lif. “Kau nak ke mana?” Tiba- tiba saja dia ada di sebelah aku, mungkin juga mahu turun menenangkan hati. “Nak turun.” Aku menjawab sepatah. Bau Vanilla Musk itu tiba-tiba menjadi seperti bau yang aku tak berminat lagi nak hidu. Buat apa? Dia sudah ada insan yang layak dia cintai. Yang pasti insan tu bukan aku. Sebaik saja pintu lif terbuka, aku terus saja masuk. Dia ikut melangkah masuk. Nak ke mana dia agaknya? Ekori aku atau dia nak kejar Cik Juwita tu semula? Aku terus menuju ke pintu utama. Aku tahu dia mengekori sebab bau tu sentiasa singgah pada rongga hidung aku. Aku tak nak prejudis mengatakan dia memang ekori aku sebab aku nampak Cik Juwita tersandar pada keretanya. “You nak apa lagi ni, Juwita?” Suaranya melengking kuat. Ish! Kalau ya pun nak marah janganlah sampai mencemarkan reputasi sendiri. “I nak you.” Jawapan yang bakal meletupkan bom atom. “Kau ni memang tak faham bahasa atau memang bodoh? Orang tak nak itu tandanya memang kau kena blah.” Hilang I, you dia. Brutal! “Hairil…” rengek Juwita lagi. Aku hanya pandang dengan ekor mata. Dia terus saja masuk ke Kau & Aku |171

dalam kereta, start enjin dan pergi. Cik Juwita terkulat-kulat memandang kereta yang meluncur laju. Aku? Apa hal duduk dekat hentian teksi sekarang ni? Ke mana aku nak pergi? Aku nak tahan teksi ke mana? Akhirnya aku yang terkulat-kulat menumpang kebodohan Cik Juwita. Aku termangu di hentian teksi. Balik rumah? Apa alasan aku? Frust? Sakit hati atau nak lari? Aku tak dapat berfikir waras ketika ini. Kenapa dengan aku? Yang bergaduh Cik Juwita dengan Hairil. Aku nak sentap, dah kenapa? “Kau nak pergi mana sebenarnya ni?” Suara itu tiba-tiba muncul dari belakang. Ya Allah… Bukankah tadi dia dah blah meninggalkan Cik Juwita begitu saja? “Eh! Kenapa pusing balik ke sini? Ada benda tinggal ke?” Aku bertanya, polos. “Ada yang tertinggal. Aku lupa nak angkut sekali.” “Nak aku ambikkan ke? Atau nak naik ambik sendiri? Ha… Pergilah naik.” “Buat apa aku nak naik kalau benda yang aku tertinggal tu ada pada kau.” Aku tak faham. Seingat aku memang tak ada barang dia dekat aku. Semua ada dekat atas. “Dija… Yang tertinggal ada dekat kau,” ulangnya sekali lagi. Aku segera membuka beg dan mencari apa saja yang menjadi miliknya tapi memang tak ada. Hatta sebatang pen. “Apa yang kau cari?” “Barang kaulah. Memang tak adalah apa-apa dekat aku.” Dah memang betul. Tak ada apa-apa dekat aku.

Kau & Aku |172

“Aku tak tahu nak kata kau ni apa, Dija. Nak kata kau bodoh, sebenarnya kau sangat cerdik. Nak kata kau cerdik, ada juga lurus bodoh kau tertinggal. Kau simpan sikit boleh tak?” Ikut suka hati dia nak bodohkan aku. “Malaslah nak layan kau ni. Aku tak tahulah apa kau cakap. Aku kan bodoh.” Aku mencebik. Aku nampak dia mengukir senyuman sinis. “Kau nak pergi mana ni? Nak tumpang lori atau kau nak naik bas atau kau nak tahan teksi? Atau lagi baik kau naik dengan aku.” “Aku rasa aku nak tahan lori sayur. Dekat sini teksi tak berhenti.” Aku jeling dia dengan jelingan membunuh. Dia ketawa! Beberapa pasang mata memandang kami. Ikut suka hati dia je. “Mujur kau fikir lori sayur. Aku ingat kau nak naik lori kambing.” Aku berpusing dan memandangnya tajam. “Kenapa kau pandang aku macam tu? Aku ada salah cakap ke?” “Tak. Kau tak salah cakap. Tapi kenapa lori kambing? Kau tahu tak, kambing tu…” Aku terhenti. Argh! Masa kan dia ingat pasal lori kambing yang kami tumpang. “Ikut aku nak?” Tak putus asa dia mengajak. “Tak naklah. Takut dalam kereta kau tu ada lagi makhluk asing yang suka hati nak tidurkan aku nanti.” Aku berterus-terang. Sejak peristiwa di Melaka hari tu, aku memang mengambil sikap berhati-hati. Hairil sungguh pun nampak baik dengan papa, tapi aku tak tahu apa agenda dia. “Aku nak bawa kau pergi hospital, nak ziarah kawan aku,” jawabnya kembali. Kau & Aku |173

“Baik. Kalau macam tu bolehlah kau belanja aku nasi kerabu sedap tu, kalau boleh aku nak nasi lebih. Ayam dua ketul, sayur pun lebih. Boleh tak?” “Kau ni nak makan ke nak melantak?” “Dua-dua. Kalau tak, aku tak nak ikut.” “Yalah. Kau ni kan, macam bela saka.” “Kau baru tahu aku bersaka ke?” tanya aku sambil mengekori dia masuk ke dalam kereta. *** “TADIKAN, masa bergaduh dengan Cik Juwita, kau ada sebut pasal ada seseorang yang layak kau cintai. Kau dah ada calon bini eh?” tanya aku. Dalam hati aku berdoa, biarlah dia jawab itu cuma alasan yang dia cipta untuk menghindari Cik Juwita. “Kalau ada, kenapa?” “Tak ada apa. Aku saja nak tahu.” “Memang ada dan kalau boleh aku nak kahwin secepat yang boleh.” Aku rasa dunia aku gelap gelita pula. Eh! Aku nak pitam ke? Aku menarik nafas panjang, kemudian aku lepaskan. “Kau kenapa? Kenapa kau nampak tak sihat?” Dia meletakkan telapak tangannya di dahi aku. Nampak sangat aku rasa nak pitam dengan jawapan tadi. “Pening sikit. Panas sangat agaknya.” “Aku kuatkan aircond ya.” Tangannya pantas memusing butang penghawa dingin. Hati aku turut menjadi dingin dan membeku. Ya Allah! Berikanlah hamba-Mu ini kekuatan. Sebal rasanya. Dia patut bersama aku sebab aku dengan dia dah bahagia di dunia sana. Tiba-tiba Kau & Aku |174

aku rasa sangat menyesal kerana membiarkan diri kami berdua kembali ke dunia nyata. Kalau aku tahu hanya aku yang ada ingatan itu, sumpah aku rela koma selama-lamanya. Ucapan keramatnya sebelum aku hilang di dalam tubuh aku kembali menerobos ke dalam ingatan. “I love you too.” Aku berbisik perlahan, membalas ucapan itu. “What?” “Nothing,” jawab aku. “Aku dengar apa kau cakap tadi.” “Apa yang aku cakap?” Sengaja mahu menduga. “I love you too,” katanya lagi. “I love you, two, three, four...” Sengaja aku mengejek balasannya. Dia tersenyum. “And I love you infinity.” Dia mengenyitkan mata. “Sakatlah aku sampai kau puas!” Aku mencebik. Dia ketawa!

Kau & Aku |175

BAB 23 AKU dan Hairil sampai di pekarangan hospital ketika belum waktu melawat. Kami ke kantin hospital, mencari nasi kerabu yang sedap. Dan sebagaimana yang aku minta, memang sedap aku makan dengan nasi tambah. Habis licin! Kalau hati dah sakit memang aku akan makan tak ingat dunia. Mama selalu marah. “Pak cik.” Aku memandang Hairil yang menyapa seseorang di belakang aku. Aku menoleh. “Papa? Apa papa buat dekat sini?” tanya aku sebaik saja aku melihat pak cik yang Hairil maksudkan adalah papa. “Apa yang menyebabkan adik sakit hati, makan sampai macam ni?” soal papa. Aku tersengih. Mamat depan papa ni yang buat aku sakit hati. Papa memang dah faham perangai aku. “Oh Dija… Kalau sakit hati memang macam tu, ya pak cik? Makan dan makan,” usik Hairil. Papa ketawa dengan anggukan. Aku menjeling. “Apa papa buat dekat sini?” tanya aku lagi. “Papa melawat seseorang,” jawab papa tanpa memandang aku. Dia mengeluarkan satu fail yang bertulis SULIT lalu diberikan kepada Hairil. “Kau patut pergi tengok Rio,” ujar papa tegas. “Ya. Saya akan pergi pak cik. Ni pun memang nak pergi melawat dia.” “Siapa Rio?” Aku hendak juga menyibuk. Macam nama burung biru dalam cerita Rio. “Kau nak bawa Dija pergi sekali?” tanya papa. Hairil angguk. Kau & Aku |176

“Kau patut jelaskan semuanya. Jangan berahsia lagi atau kau, aku reject,” kata papa sinis. “Rahsia? Reject? Papa cakap apa ni? Adik tak faham langsung.” “Insya-Allah adik akan faham nanti. Good luck, Hairil. Hati-hati.” Pesan papa sebelum dia bangun dan berlalu pergi meninggalkan aku terlopong. “Pelik betul kau dengan papa ni. Kau orang memang banyak simpan rahsia, kan?” Aku sekadar memandang papa yang beredar pergi. “Segala rahsia tak akan jadi rahsia lagi. Kau akan tahu nanti.” Dia bangun, aku sekadar ekori dia menuju ke wad kelas pertama di dalam bangunan HKL. *** HAIRIL melangkah ke arah bilik yang dikawal dua orang polis. Polis-polis tu pula siap angkat tangan menabik Hairil. Dia ni polis ke? Pasti ada sesuatu. “Macam mana dia?” tanya Hairil kepada anggota polis yang bertugas. Kemudian mereka kelihatan bercakap dan berbisik perlahan. Aku hanya melopong. “Jom masuk.” Aku pantas saja mengekori. Di dalam bilik yang berbau ubat itu kelihatan seorang lelaki berkepala botak dengan jahitan hampir mengelilingi kepalanya sedang asyik memandang keluar jendela hospital di atas kerusi roda. “Rio…” tegur Hairil. Lelaki itu berpusing menghadap aku dan Hairil. Aku terkesima! Wajahnya seolah-olah aku pernah lihat sebelum ini. Kau & Aku |177

“Kau datang juga akhirnya,” ucap Rio perlahan. “Kau kenal aku?” tanya aku kembali. “Sangat kenal.” Aku memandang Hairil. Apa semua ni? Apa yang terjadi sebenarnya ketika ini? “Kau mesti tak faham jalan cerita ni, kan Dija? Tapi aku kenal kau sangat,” ucap Rio lagi. “Aku ingat dah. Aku dah ingat. Kau langgar aku dekat stesen LRT. Kemudian kau juga yang duduk di sebelah aku dengan muka tak bersalah. Tapi kau siapa? Macam mana Hairil boleh kenal kau pula?” Aku cuba mengingati peristiwa itu. Ya. Aku juga yang menjerit meminta orang ramai memanggil ambulan sewaktu lelaki itu dilanggar kereta biru. Allahuakhbar… Kereta biru yang sama melanggar aku! “Aku yang suruh Hairil cari kau,” jawab Rio. Fuh! Ini memang complicated. Otak aku tepu tiba-tiba. Kenapa suruh Hairil cari aku? Aku memang dah kenal dia selama ni dan aku kenal dia semasa aku koma. “Dija, kau percaya pada mimpi? Dejavu?” tanya Rio. Hairil hanya menjadi pemerhati. Dia langsung tidak bersuara, seolah-olah melawat Rio adalah urusan aku. “Percaya.” Laju aku menjawab. Sesaat aku memandang Hairil yang berdiri sambil memeluk tubuh. “Aku dan Hairil tak pernah kenal selama ini tapi…” Rio memandang Hairil, seolah-olah meminta keizinan untuk meneruskan cerita.

Kau & Aku |178

“Teruskan Rio. Aku keluar.” Hairil berkata dan dia terus menghilang di sebalik pintu. Aku menelan air liur.

Kau & Aku |179

BAB 24 RIO “Kena ada orang guide dia. Macam aku guide kau bulan lepas. Kau dah lupa ke masa kau mulamula sampai sini dulu?” Aku memandang wajah Hairil. “Ishh… Aku seramlah.” “Wei! Apalah kau ni.” Aku gelak. Lawak sungguh! “Ingat Hairil… Tak dapat tidak, kau kena guide juga. Dia jadi macam tu sebab kita juga. Tak pasal-pasal dia ikut kita tersesat dekat sini.” “Aku tak jangka semua ni…” “Relakslah bro… Kau dah kenapa sampai menggelabah tenuk ni?” Aku ketawa lagi. Tak kanlah sampai macam itu sekali rasa malunya. “Aku takutlah.” Hairil mengeluh. “Weh, dalam situasi kita sekarang, tak ada istilah takut. Dia sesat, sama saja macam kita. Kau dah tengokkan apa jadi dekat dia? So, jangan biarkan dia terus sesat.” Aku pandang wajah kacak Hairil. Wajah nampak kacak, segak dan brutal tetapi bila sampai bab mahu memulakan sesuatu, memang ke laut. Hendak pula bila perihal perempuan. “Rio… Kau ingat, dia nak layan aku tak?” soal Hairil. Sudah… macam budak pula. Aku hanya geleng dan senyum. “Layan atau tidak, kau kena pergi jugak.” “Mana aku nak jangka benda ni semua nak jadi. Haishh… Stres aku!” Hairil melurutkan rambutnya. Kau & Aku |180

“Kita sama-sama yang bertanggungjawab atas hal ni, Hairil. Jadi kita selesaikan sama-sama. Setidaktidaknya kita bantu cari jalan untuk dia balik. Untuk kau balik dan untuk aku juga. Dekat luar sana banyak benda kita yang kena selesaikan. Kita tak boleh selama-lamanya ada di sini.” “Atau… Kau sebenarnya dah jatuh cinta dengan target kita tu?” Aku gelak kuat kuat. Hairil terpinga-pinga. “Nak mati eh?” Wajah Hairil serius, kembali kepada perwatakan asal dia. Masam, muncung dan tidak tahu hendak senyum. “Ishh… Janganlah doakan aku macam tu. Aku nak hidup. Belum puas menikmati dunia.” Aku semakin galak mengusik. “Whatever! Eh! Kaulah pergi settle-kan. Malas pulak aku.” Hairil berkalih duduk. Dia mula melangkah menjauhi padang permainan tersebut. Suara riuh-rendah kanak-kanak bermain langsung tidak menarik perhatiannya. “Hairil… Come on. Janganlah ambik hati. Gentleman, bro.” Aku memujuk lagi. “Gentleman apanya?” Dia berhenti melangkah. “Yalah… Bila kita dah bawa orang lain dalam masalah kita, maknanya kenalah take action, dude. Selesaikan.” “Siapa yang bawa dia dalam masalah kita? Aku ke kau?” “Okey aku mengaku, aku yang salah. Tapi aku tak ada pilihan. Sangat tidak ada pilihan waktu tu.” Aku mengeluh. Kalau aku diberi pilihan, aku pun tidak mahu libatkan dia dalam hal ini.

Kau & Aku |181

“Then… bila kau dah tak ada pilihan, janganlah letakkan beban kat bahu aku. Itu langsung tak gentleman namanya,” bidas Hairil. “Okay, fine! Kalau macam tu, kau lupakan dia. Biar aku yang pergi settle. Kau boleh pergi balik. Settle-kan hal lain dekat sana.” Aku berpusing mahu kembali ke taman. “One more thing… Kalau aku tackle dia, kau tak kisah, kan?” Aku membuat memek wajah serius. “Peduli apa aku!” Sombongnya jawapan dia! “Macamlah aku tak nampak pandangan mata kau tu. Aku boleh baca apa yang ada dalam hati kau tu.” “Kalau kau tak mahu dia, tak apa. Aku ada!” Aku semakin galak menyakitkan hati si Hairil. Berlagak gila! “Kau ni kan, macam budak- budaklah nak ugut aku! Celaka, kau tahu tak?” Hairil menyinga. “Whatever! Aku mencari kepuasan.” Aku menghamburkan tawa. Senang sangat nak buat dia berpaling. Gunakan saja apa yang terkait dengan hati dia. Confirm jalan! “Nak simpan berapa lama, bro?” Wajahnya aku pandang. “Sampai aku yakin yang dia memang ditakdirkan untuk aku.” “Takdir boleh berubah, kau percayalah cakap aku. Ini masanya. Go, Hairil. Dapatkan dia. Jangan lepaskan lagi. Di sini mahu pun di sana.” “Dia isteri lelaki tu, remember that. Kita berdua yang tercongok dalam masjid waktu mereka diijab qabulkan.” “Yes… Dan aku masih ingat macam mana rupa kau yang sedih gila sampai terduduk tak bersuara. Di sebalik semuanya, kita tahu. So, kau guide dia. Kau & Aku |182

Tunjukkan dia apa yang kita tahu. Ubah takdir kau dan dia.” Aku memujuk. “Bukankah itu namanya kerja gila?” “Cinta memang gila!” “Tak semua orang sanggup gila untuk cinta, Rio…” “Tapi aku percaya kau sanggup.” Aku angguk, berikan Hairil keyakinan. “Pergi…” Hairil masih teragak-agak. Aku angguk sekali lagi, cuba menyakinkan dia sehinggalah dia akur untuk melangkah menghampiri si gadis berbaju pengantin berwarna putih dan merah jambu samar itu. “Dapatkan pengantin kau, Hairil…” ujarku untuk kesekian kalinya. “Bantu aku hancurkan empayar Robert, itu janji kita.” Aku menepuk bahunya, memberi semangat.

Kau & Aku |183

BAB 25 AKU terdiam. Cerita Rio memang tak masuk dek akal tapi memang pertemuan aku dengan Rio benar-benar terjadi di stesen LRT itu. Dia langgar aku tapi bila masa dia masukkan benda tu dalam beg aku memang aku tak nampak. Patutlah masa Hairil culik aku, beg aku terburai isinya. Mesti dia dah jumpa benda yang dia nak. “Semua benda dah selesai, Dija. Papa kau dah buka kes, Robert dah kena tangkap. Tan Sri Hamzah pun dah pulih. Kereta biru adalah orang yang sama cuba bunuh aku, Tan Sri Hamzah dan kau. Orang suruhan Khairul. Dia adalah orang kanan Robert. Dan aku juga yang suruh Hairil culik kau bawa jauh daripada semua ni sementara papa kau settle-kan kes. Manusia jahat itu sentiasa menanti peluang untuk membawa kau lari. Jadi sebelum mereka culik kau, baik Hairil culik kau dulu,” cerita Rio panjang lebar. “Ya. Aku percaya apa kau cakap. Tapi Hairil tak ingat aku.” Rio ketawa. Dia sekadar menggelengkan kepala. “Kau percaya pada hati kau tak, Dija? Kau percaya pada aku tapi kenapa kau tak percaya pada dia? Kenapa kau tak pernah tanya dia terus? Kau yang salah sebab sembunyikan apa yang kau rasa. Dia kecewa dengan Juwita dan kau mesti tahu dia tolak Juwita di hadapan kau sendiri. Masa kan kau lupa. Baru sekejap tadi, kan?” Aku terdiam, cuba menghadam. Macam mana pula Rio tahu Hairil menolak Juwita sebentar tadi? “Hairil berputus asa sebaik saja Juwita curang. Berhari-hari dia murung sehingga satu ketika dia Kau & Aku |184

mengambil keputusan membunuh diri, tapi nyawanya masih panjang. Allah beri dia kekuatan melalui aku dan kau. Cuba kau ingat, Dija… dia gembira dengan kau. Aku sentiasa melihat. Aku sentiasa mengekori kalian berdua.” “Kau ingat dia lupa?” Aku terus diam. Rio geleng kepala. “Sesaat pun dia tak lupa Dija yang berbibir merah bak delima.” Rio tersenyum. “Tapi kenapa Hairil tak pernah membayangkan dia ingat aku? Kadang-kadang aku nampak kebenaran tapi bila aku tengok balik, aku rasa kebenaran tu macam ilusi aku je.” Sama ada aku tak nampak atau aku yang buta meneliti. “Dia hampa bila kau mention kau isteri orang pada borang kerja. Sebab dia rasa kau sengaja menipu. Dia tak suka orang menipu. Trauma!” ujar Rio. Allah… Mana aku tahu itu akan memberi kesan kepadanya? “Tapi kau ingat dia tak buat kerja ke? Apa guna dia jumpa papa kau selama kau terkurung dalam apartmen? Dia dah lama tahu, hanya dia tunggu dan lihat sejauh mana kau jujur dengan status kau. Bila dia tangkap kau menipu, dia kecewa. Kenapa mesti nak sorok status kau tu?” “Aku ada alasan aku tersendiri.” Aku tak nak sesiapa pun tahu aku janda muda yang suci murni. Termasuklah Hairil. “Aku tahu kau pasti ada alasan. Itu yang aku terangkan pada dia. Asalkan dia tahu kau bukan milik sesiapa.”

Kau & Aku |185

Rio tersenyum lagi, nampak parut panjang di bawah dagunya. “Dija, kau tahu tak? Dia, aku kenali hanya di alam mimpi. Ketika kami sama-sama koma. Aku cuba dibunuh, dia cuba membunuh diri. Kau dan dia juga bertemu di sana. Tak mustahil boleh bersatu di sini. Semua ini rahsia Allah.” “Aku minta maaf. Sepatutnya dia yang buka rahsia hatinya sendiri tapi dia tak akan buat macam tu sebab dia benar-benar hilang jiwa dan keyakinan diri pada perempuan. Sebab tu dia kadang-kadang okey dengan kau dan kadang-kadang dia buat tak tau.” Apa yang Rio cakap tu memang benar. Ada masanya Hairil, si limau Sunkist tu nampak sangat mesra. Ada masanya memang membeku macam ais. Rupanya ada sesuatu yang menjadi rahsia hatinya. “Tapi dia mengaku pada Juwita, dia sudah ada seseorang yang layak dia cintai,” kata aku pada Rio. “Aku tahu siapa gadis tu tapi dia memang tak akan cakap. Aku bercerita pada kau ni bukan semata mata nak suruh kau faham. Aku nak kau dapatkan apa yang hati kau nak, Dija. Bila lihat kau sekarang, aku rasa kau sangat dambakan Hairil. Kau cinta dia, kan? Sejak dari alam sana. Betul tak apa aku cakap?” Wajah aku memerah. Ish! Pandai betul dia ni menilik hati orang. “Aku ni dah biasa sangat, Dija. Aku diajar supaya tahu membaca gerak hati orang.” Dia senyum lagi. Aku tersipu malu. Ya. Aku memang tak dapat nak sembunyikan hati aku tentang Hairil. “Kau kena mulakan.”

Kau & Aku |186

“Aku kena mulakan? Weh! Agak-agaklah. Aku perempuan. Tak kan perempuan nak mencari perigi pula?” “Kau kena buat sebab Hairil memang tak akan cari kau dan membuka rahsia hatinya sendiri. Kau yang kena bawa dia keluar dari sarang. Buatlah apa saja untuk dia membuka mulut. Ingat Dija, jiwanya memang ada pada kau.” Aku terdiam, jiwa lelaki itu pada aku? Hebat! Tapi macam mana? “Dia sebenarnya jatuh hati pada kau ketika dia pertama kali melihat kau di alam nyata. Ketika kau dia temui bersama papa kau.” Jadi Hairil memang kenal aku ketika aku belum kemalangan? “Fikirkan jalannya. Walaupun kau terpaksa menjadi timba yang mencari perigi.” Rio memandang aku dan kemudian dia beralih memandang pintu yang terbuka. “Waktu melawat dah habis, bro. Aku kena gerak dulu. Dija, jom balik.” Hairil muncul di sebalik pintu. “Dija, good luck!” bisik Rio perlahan. Hairil hanya memandang. Barangkali dia memahami apa yang Rio cakap. Barangkali juga dia langsung tak memahami apa-apa. Dia tu kadangkadang memang blur habis! “Rio jaga diri. Jangan stres. Sesi terapi tu InsyaAllah akan memulihkan kau. Ingatan kau akan pulih seratus peratus. Sekarang pun lapan puluh peratus dah pulih.” Hairil sempat berpesan pada Rio. Rio angguk. ***

Kau & Aku |187

“LAMA kau berbual dengan Rio. Apa kau orang bualkan?” Tanya Hairil sebaik saja aku dan dia masuk ke dalam kereta. “Pasal kes dekat stesen LRT tu, mikrocip yang dia sorok dalam beg aku. Pasal kereta biru yang langgar aku. Kau culik aku sebab Rio yang suruh. Dia mahu aku berada di tempat yang selamat sebelum operasi pembersihan tu.” “Lagi dia cerita apa?” tanya Hairil. “Tak banyak. Dia hanya cerita pasal Robert yang menjadi dalang sehingga dia hampir terbunuh. Jan kawan dia pun, mati kena bunuh. Kesian, kan? Nasib baik aku tak mati. Orang Khairul langgar aku sebab benda tu tapi sumpah aku memang tak tahu benda tu ada pada aku. Mungkin kau yang ambik dari beg aku. Kalau tak, macam mana nak settle-kan kes.” “Tak sangka Tan Sri Hamzah pun jadi mangsa. Papa kau tu pun kena langgar sebab kalau rahsia Robert terbuka, semua benda terlibat. Empayar dia akan runtuh. Dia memang kena cuci bersih.” “Kau dengan papa aku yang jadi antara pendakwa raya.” Aku pandang wajahnya. Tak sangka dia seorang yang hebat, sama macam papa aku. Hairil hanya diam mendengar cerita aku. “Sekarang kau dah tahu kenapa aku culik kau, kan?” Aku angguk. ‘Tapi kau patut beritahu aku, sebahagian lagi ingatan kau pada aku.’ Suara itu hanya bergema di dalam minda. Macam mana aku nak bawa dia ke alam realiti kehidupan bercinta yang pasti ada kemanisannya? Juwita adalah jiwa dia yang parah. Aku pula Kau & Aku |188

mungkin kemanisan bagi dia walaupun dia anggap aku delima yang masam. “Aku tak sangka, kau memang bukan bos H&D. Sebaliknya kau ada syarikat guaman kau sendiri, kan? Kenapa kau sorok dari aku?” “Tak penting pun.” “Dan lagi satu, Hairil. Kau koma sebab cuba bunuh diri. Kau seorang peguam, tapi kau hilang kewarasan sebab cinta.” Dia memandang aku, kemudian dia menumpukan perhatian pada jalan raya. “Itu khilaf aku. Aku sangat kesal,” jawabnya perlahan. Aku hanya diam. Dia mungkin tidak berfikir panjang dek kecewa. Walau apa pun, dia sewajarnya mendapat ucapan terima kasih daripada aku. “Terima kasih sebab bertanggungjawab di atas amanah yang Rio tumpahkan pada kau. Kesian kau. Tak pasal-pasal terlibat sama. Tapi bagus juga sebab kau dapat selamatkan papa kau sekali, kan?” ujar aku sambil memandang wajahnya yang fokus melihat deretan kereta di hadapan kami. Jeda. “Hairil…” panggil aku perlahan. “Siapa yang layak kau cintai tu? Boleh aku tahu?” “Kenapa kau nak tahu?” Dia merenung aku seketika sebelum dia memandang ke hadapan melihat kereta yang tak bergerak. “Kereta dekat depan tu tak bergerak tapi aku tahu hati kau sentiasa berdenyut.” Pick-up line aku yang langsung tak kelakar. Muka dia skema, tak ada tone. Senyum pun mahal. Kedekut! Kau & Aku |189

“Tak lawak pun.” Akhirnya dia jawab macam tu. Sakit betul hati. “Kau ni memang hidup macam ni ke? Skema?” Dia menoleh memandang aku. “Kalau aku skema pun, kau tak payah peduli,” jawabnya pula. “Kalau aku nak peduli?” “Kenapa kau nak peduli pula? Kau bukan bini aku pun.” “Kalau macam tu, aku nak jadi bini kaulah.” Emergency break terus! Aku terdorong ke depan. Sakit dahi aku terkena dashboard. “Kau ni apa hal break macam tu? Dahi aku ni ada nilai, tahu tak?” Aku marah, sakit. Dahi aku cepat-cepat digosoknya. “Sorry Dija, aku tak sengaja. Aku terkejut.” “Terkejut apanya?” Aku pandang wajahnya. Tangannya aku raih. Aku pegang erat. “Eh! Jangan sesuka hati nak pegang tangan aku. Kita bukan mahram.” Dia menarik tangannya. Ala. Yang dia gosok dahi aku tu, bukan bersentuhan juga ke? Ke-POYOan detacted! “Apa yang buat kau terkejut?” “Terkejutlah bila kau cakap…” Dia terhenti dan memandang aku. Aku tersenyum nakal. “Kau jangan buat muka menggoda macam tu, boleh tak, Dija?” Dia mengeluh perlahan. “Senyum macam ni pun kau kata menggoda? Kenapa?” Sengaja aku menduga. Dia hanya geleng, malas nak melayan aku yang tiba-tiba mabuk cendawan. Akhirnya aku ketawa sambil menekan perut. Dah lama aku tak rasa seronok macam ni. Waktu di alam sana, dia suka

Kau & Aku |190

sangat ketawakan aku. Hari ni giliran aku membalas dendam. “Kau tahu, Hairil… Kau sangat comel. Bila kau senyum kau, lagi menggoda daripada aku, tau. Dan kalau kau nak tahu bibir kau memang macam seulas limau Sunkist.” Aku menyambung tawa melihat wajahnya merona merah. “Rio bagi kau minum ketum ke apa?” “Taklah. Rio suntik aku dengan sesuatu yang menyeronokkan.” Aku tersengih. Dia memandang aku dengan pandangan yang sukar untuk dijelaskan. Mungkin dia fikir benar Rio memberi aku sesuatu yang menyebabkan aku jadi gedik sebegini. “Apa Rio bagi kau?” Wajahnya kerisauan. “Aku suka bila kau risaukan aku. Itu tanda positif yang aku boleh move on dengan kau. Hairil… Kalau aku pinang kau, kau nak tak?” tanya aku terus, tak berselindung lagi. Kali ini dia tidak menekan brek kecemasan, sebaliknya dia berhenti di tepi jalan. Dia memusingkan badannya, memandang aku. Tajam. “Kau ni gila!” La! Aku ingat dia nak cakap ‘I love you’. Ada ke patut dia cakap aku gila! “Gilakan kau bukan satu kesalahan pun.” Aku tersenyum. Dia geleng kepala. “Dija, stop! Aku menyampah dengan perangai gedik kau tu.” Dia kembali memandu tanpa mempedulikan aku lagi.

Kau & Aku |191

BAB 26 “KENAPA kau cakap aku gila? Bukan salah pun kalau perempuan pinang lelaki. Aku memang gila. Aku rasa aku gilakan kau.” Aku terus bercakap tanpa kisahkan apa yang dia sedang rasa ketika ini. “Dija… Stop it! Kau boleh tak jaga tingkah laku kau? Jadi perempuan baik, jangan jadi macam Juwita. Aku benci!” tengkingnya. Sentap aku! “Kenapa pula nak tengking aku bagai ni? Pe hal pulak nak samakan aku dengan bekas tunang kau tu?” Aku pula menjerit pada dia. Sengal. Aku tak suka sesiapa pun menjerit pada aku. Tadi elok je. Tiba-tiba pula nak berangin. “Kau tu… perangai tolong jaga. Aku tak suka. Dah macam perempuan tak ada maruah. Tak ada harga diri.” Aku terdiam. Sampai macam tu sekali pandangan dia pada aku? Apa yang salahnya pada kata-kata aku? Hanya kerana Juwita yang hancurkan hidup dia, dia nak samakan aku dengan perempuan tu ke? Hei! Aku ada maruahlah! Aku pun pernah terluka. Tapi tak adalah sampai bodoh nak kaitkan orang lain! “Senangnya kau cakap aku macam tu, kan? Aku bukan Juwita. Aku Hadija Azwani. Aku memang nampak bodoh macam ni. Tapi aku nak kau tahu, kadang-kadang kita kena cakap apa yang kita nak supaya kita mampu meraih apa yang kita suka. Aku tak mampu memeluk dunia, tapi aku yakin aku mampu memeluk orang yang aku sayang.”

Kau & Aku |192

Air mata pula bagaikan ban pecah. Aku berpusing ke belakang. Mencapai beg tangan dan aku menarik pintu kereta. Berkunci! “Stop.” Kereta masih bergerak walaupun tidak laju. Dia cepat-cepat memberhentikan kereta sebelum aku betul-betul menggila terjun daripada kereta. Sebaik saja kereta berhenti, aku cepat turun tanpa menutup pintu. “Dija… wait!” Aku dengar dia menjerit tapi aku tak nak peduli. Hati aku benar-benar sakit. Aku ada maruah dan harga diri. Aku terus saja menaiki bas yang kebetulan berhenti. Ke mana tujuan bas itu aku langsung tak tahu. *** Dija kau dekat mana? Pertanyaan kakak lewat mesej tidak aku layan. Aku duduk merenung air sungai yang mengalir lesu di belakang Bangunan Sultan Abdul Samad. Dija jawablah kau dekat mana? Mama risau ni. Mesej kakak aku renung. Belakang mahkamah KL. Kejap lagi Dija balik. Aku jawab juga sebab mama risau. Aku tak nak mama susah hati pula.

Kau & Aku |193

Dulu, di sinilah kau dan aku mencapai satu keputusan untuk kembali ke dunia asal dengan harapan semuanya akan kembali seperti biasa. Kau ada ingatan itu tapi kau tak sanggup mengingatinya. Aku ada ingatan tu dan aku sayang nak lepaskannya. Bila aku luahkan, kau anggap aku gila dan tak ada harga diri. Itukah sayang kau? Rio tipu aku agaknya! Macam mana aku nak betulkan keadaan ini? Kau ternyata tak mahu mengakui kerana masa silam kau. Aku tak nak peduli pasal Juwita. Sikit pun aku tak nak peduli. Aku hanya tahu hati aku, aku tahu hati kau. Apa yang kau cakap pada aku, aku masih ingat. Tapi kenapa kau nafikan? Hanya kerana kau takut terluka? Kau lemah, Hairil… Kau sangat lemah kerana cinta kau pada Juwita. Aku balik ketika senja sudah berlabuh. Mama kerisauan, kakak juga bertanya aku macam-macam benda. Hanya papa yang tidak bertanya apa-apa. Aku sedar papa tahu dan papa memang amanah menyimpan rahsia. “Dija…” Aku menoleh memandang papa. “Bagilah masa pada hati Dija sendiri. Tak perlu mendesak. Ya. Kita memang tak tahu takdir kita. Takdir orang lain pun kita tak tahu. Membaca hati sendiri memang mudah tapi membaca hati orang itu payah.” Aku memandang papa dengan mata yang berkaca. Aku tahu hakikat itu. Berilah diri aku peluang, peluang membetulkan hati aku sendiri. Kalau dia tak mampu menerima aku, tak mengapa. Kalau telah tertulis dia memang untuk aku, tak payahlah aku mencari. Dia akan datang sendiri.

Kau & Aku |194

“Berserah dan menerima apa saja itu lagi baik, Dija, daripada memaksa dan terseksa. Ingat pesan papa, tak semua benda kita mampu dapat di dunia ni.” Papa menepuk bahu aku mesra. Aku mengelap air mata dengan hujung lengan baju. “Pergi masuk. Dah lewat sangat. Nanti Dija demam.” Aku angguk. Aku dan papa bergandingan masuk ke dalam rumah. Esoknya aku kerja seperti biasa. Kali ini aku memang tidak peduli dia langsung. Aku susun fail ketika dia belum sampai. Kak Rosiah mengambil alih melayan sarapan pagi dan makan tengah hari dia. Dia pun tak ada nak interkom aku. Semua benda Kak Rosiah buat. Aku hanya buat kerja aku saja. “Pelik tengok Dija hari ni. Kenapa? Nampak murung sangat,” tanya Kak Rosiah. “Putus cinta kak, dengan suami sendiri.” Aku menjawab dengan sengihan. Betullah. Aku memang putus cinta sekarang ni tapi bukan dengan suami sendiri. Aku dah lama menjanda. “Bergaduh suami isteri ni biasalah, Dija,” jawab Kak Rosiah. “Akak… Saya ada benda nak cerita, tapi saya segan.” Aku memandang Kak Rosiah dengan pandangan memohon pengertian. “Ceritalah. Akak sudi dengar.” Kak Rosiah memegang tangan aku yang sejuk. “Sebenarnya saya tipu dekat borang kerja tu, tulis saya dah kahwin.” Kak Rosiah terkejut. Aku angguk saja. “Saya memang dah kahwin kak. Tapi pada hari saya dinikahkan, saya dilanggar sehingga saya koma.” Aku terus menyambung cerita.

Kau & Aku |195

“Ya Allah… kesiannya. Lepas tu, Dija?” tanya Kak Rosiah. “Akak percaya tak pada dejavu, pada roh yang merayau di dalam koma?” tanya aku perlahan. “Akak tak tahu nak komen apa. Itu urusan Allah, Dija.” “Mungkin saya bermimpi tapi mimpi tu macam benar-benar berlaku. Semalam saya jumpa seseorang yang bermimpi sama seperti saya.” “Dija mimpi apa? Menarik ke?” “Saya bertemu seorang lelaki yang memujuk hati saya. Dalam mimpi tu kak, saya jumpa suami yang saya nikahi curang dengan seorang wanita yang dia cintai. Suami terpaksa menikahi saya kerana mamanya. Bayangkan kak… saya yang berdiri di sebelahnya mendengar dia memujuk rayu buah hatinya. Hancur rasa hati.” Kak Rosiah terlopong. “Habis tu bila Dija sedar, memang betul ke suami Dija curang?” Aku angguk perlahan. “Betul kak. Suami saya, Firhad, memang curang. Rupanya kakak dan mama saya memang tahu tapi mereka rahsiakan sebab mereka fikir saya buta dengan cinta.” “Ya Allah… kasihannya Dija.” “Saya nekad bercerai daripada teruskan perkahwinan kami.” Aku menyambung kata. “Kalau akak pun lebih baik begitu, Dija. Tak sanggup akak menerima kecurangan seorang suami.” “Masa tu saya ada seorang lelaki yang tak putus-putus memujuk. Lelaki yang membahagiakan saya di alam koma.” Aku tunduk memandang kaki sendiri. Kak Rosiah menggosok belakang aku. “Siapa lelaki tu?” Kau & Aku |196

“Dia lelaki yang saya akan cintai sampai mati,” jawab aku perlahan. Aku tidak menyambung kata apabila Kak Rosiah tiba-tiba hilang tumpuan. “Tuan.” Bingkas Kak Rosiah bangun. Aku kembali menekuni kerja. Sedikit pun aku tidak memandang wajahnya. Aku kena ikut cakap papa. Tak semua benda aku boleh dapat, termasuklah si limau Sunkist. “Saya nak ke Putrajaya. Saya tak masuk ofis lagi ya.” Aku dengar Kak Rosiah menjawab ya, dan selepas itu suasana kembali sunyi. “Kenapalah dengan tuan tu. Macam orang putus cinta pula. Semalam bergaduh dengan Juwita. Kita sendiri dengar dia menolak Juwita. Siap cakap dia ada orang lain yang lebih layak dicintai. Tapi hari ni, macam tikus mondok. Masam. Muncung.” Aku tidak menjawab. Lakonan cuma! Rupa dia tu nak putus cinta, memang taklah. Aku ni baru betul putus cinta, putus nyawa. Patut aku yang mogok dan monyok macam tikus mondok, bukan dia. “Biarlah kak. Esok lusa bahagialah tuan kita bercinta sakan dengan orang yang dia cintai sangat tu.” Aku menjawab tanpa aku sedari tuan kami berdiri di belakang aku. “Er… tuan.” Kak Rosiah terkesima. Aku lagilah, terkejut beruk. Ingatkan dah pergi. Ada lagi rupanya dia dalam pejabat. “Mengumpat saya ke apa?” tanya dia tanpa perasaan. “Haah, tuan. Mengumpat.” Aku jawab dengan selamba. Kalau kau tak ada perasaan, aku lagi tak ada! Kau & Aku |197

Aku melihat dia menggeleng dan berlalu pergi. Aku dan Kak Rosiah berpandangan. “Dah kenapa dengan tuan tu?” Kak Rosiah pula merasa pelik. “Kecanduan agaknya.” “Ishh... Apalah Dija ni.” “Betullah.” Lantaklah dengan dia!

Kau & Aku |198

BAB 27 “KAK Rosiah…” Aku memanggil dia dengan nada manja menggedik. Aku jeling lelaki di sebelahnya yang sedang menunggu sesuatu. Malas nak layan, dia tak ada dalam agenda. “Dija tak jadi makan dengan akak tau. Dija ada date.” Aku sengaja menekan nada date tu. Nak sakitkan hati dia? No! Aku dah fikir masak-masak. Tak guna aku menunggu takdir yang tak pasti. “Wah… keluar dengan boyfriend baru ya?” tanya Kak Rosiah, seolah-olah tuan aku tu langsung tak ada depan mata. “Move on, Kak Rosiah. Cinta tak jatuh dari langit, jodoh tak akan datang bergolek.” Tergelakgelak aku menyindir. Kalau nak terasa, biarlah. “Baik-baik. Jaga diri, Dija,” pesan Kak Rosiah. “Insya-Allah kak. Saya ni masih ada harga diri. Masih mahal hantarannya kalau dipinang orang.” Menyindir lagi. Ya! Aku boleh nampak wajahnya memerah. Marah? Ada aku kisah? Kau yang cakap aku macam-macam, kan? “Ishh… Tak baik Dija cakap macam tu.” Kak Rosiah serba salah dengan keceluparan mulut aku. Dia memberi isyarat, ‘tuan di hadapan’. Huh! Ada aku kisah? Sebenarnya aku tak keluar dengan sesiapa pun tapi aku pergi melawat Rio di hospital. Banyak benda aku nak tanya Rio. ***

Kau & Aku |199

“KAU kenapa?” tanya Rio sebaik saja aku melepaskan keluhan di hadapannya. “Aku dah putus asa.” “What? Tak akan mudah macam tu.” “Aku benci orang menjerit pada aku. Aku benci bila orang kata aku gila dan tak tahu jaga maruah.” Rio ketawa. Berair matanya. “Kau ketawakan aku?” “Taklah. Aku menangis untuk kau,” katanya sambil mengelap air mata. Menangis sangatlah kononnya. “Kau orang berdua memang macam budak sekolah,” sambung Rio. “Si Hairil, pagi-pagi dah bawakan aku nasi lemak dengan kopi o dan macam kau juga cakap dengan aku, ‘dah putus asa, aku sakitkan hati dia’. Ni kau pula yang cakap, ‘aku dah putus asa, aku tak suka orang menjerit pada aku’.” Rio menyambung tawa. Oh! Pagi tadi Hairil datang? Patutlah awal dia masuk pejabat hari ni. “Sampai bila korang nak berdrama ni?” tanya Rio ketika tawanya hilang. “Aku hanya berterus-terang. Bukan salah pun, kan?” Aku memandang wajah Rio yang kemerahan. “Ya memang tak salah, tapi kau gelojoh. Aku dah pesan dengan kau, hati-hati. Dia sangat sensitif. Ingat, Dija. Dia koma sebab cuba membunuh diri. Jiwa dia sangat rapuh.” Kenapa aku terlupa tentang itu? Ya Allah… Kenapa aku terlupa pesanan Rio? Nampak sangat aku gelojoh. Memang salah akulah ni? “Dekati dia baik-baik. Pujuk, bukan paksa. Dia ingat semua pasal kau, Dija. Tapi dia takut nak bercerita sebab takut kau akan jadi macam Juwita. Kau & Aku |200

Jadi cuba jadi perempuan yang baik-baik, yang menunjukan taat setia. Dia tak suka perempuan yang nampak mudah mengikut mana-mana lelaki,” nasihat Rio panjang lebar. “Alamak… Apa aku dah buat ni?” Aku mengeluh. “Apa kau buat?” tanya Rio. “Depan dia aku cakap yang aku pergi dating.” Aku geleng kepala. Kesal rasanya. “Kau ni sengaja cari pasal.” “Aku kena pujuk dia ni.” “Macam mana kau nak pujuk?” Aku pandang Rio. Aku memang tak ada idea! “Fikir, kalau kau betul-betul nak Hairil Danish.” Rio memandang aku. Aku tertunduk. Padan muka kau, Dija. Sekarang kau telan balik sindiran kau tu! Aku melangkah masuk ke dalam pejabat dengan seribu rasa kesal kerana menyindir. Macam mana nak minta maaf dengan dia? Dia makan pujuk tak agaknya? Macam mana aku nak mulakan ni? Aku pandang fail di atas meja. Argh! Buntu. Belasah sajalah, Dija! Buatlah apa-apa yang boleh kembalikan kecerian hidup kau dengan dia. Aku melangkah masuk dengan sebeban fail yang hendak disusun. Dia kelihatan tertidur di atas sofa. Mesti tak makan lagi sebab aku tengok makanannya langsung tak berusik. Kak Rosiah pula menghilang. Selalu waktu begini dia memang ada di surau pejabat. Perlahan-lahan aku hampiri dia. Aku goyang bahunya. Dia membuka mata, memandang aku yang tercegat di sisinya. “Kau tak makan ke?” Kau & Aku |201

“Belum.” Sepatah saja jawapannya. “Kenapa kau tak makan? Dah pukul tiga petang.” Aku masih berdiri di tepinya. “Aku sakit tekak. Boleh tak kau pergi ambil air suam dengan Panadol.” Tangan aku pula pantas meraba dahinya. Dia hanya diam tak membantah, tak larat sangat barangkali. “Kau demam ni,” kata aku. Tanpa berlengah aku keluar ke pantri mengambil air suam dan Panadol untuknya. Pantas aku kembali ke biliknya. “Kau rehatlah. Sambung tidur balik, tapi kalau boleh baik kau makan sikit.” Aku mengambil gelas daripada tangannya. “Aku tak selera nak makan. Aku dah lama tak sakit macam ni. Aku rasa tak larat betul.” “Kau nak balik ke? Aku suruh Abang Mat hantar kau balik. Atau kau nak aku temankan ke klinik?” Aku cuba memujuk. Dia hanya mengangguk. Tak jadi aku menyusun fail. Pantas aku keluar mencari Abang Mat. “Tuan tak sihat, Abang Mat. Jom bawa dia ke klinik.” Aku mendekati Abang Mat yang sedang bersantai-santai dekat meja Kak Rosiah. Abang Mat masuk ke dalam pejabat dan kemudian dia keluar dengan Hairil. “Jom Dija, kita settle-kan bos dekat klinik dulu. Nanti Abang Mat hantar bos balik.” “Baik Abang Mat.” Aku mencapai handbag dan telefon bimbit. Setelah meninggalkan mesej untuk Kak Rosiah, aku mengekori Hairil dan Abang Mat ke lif. Kemudian kami ke klinik berhampiran.

Kau & Aku |202

“Demam Encik Hairil agak tinggi. Kena rehat cukup-cukup. Nanti Puan Dija buatkan bubur, beri suami makan ya,” kata doktor di hadapanku. Suami? Aku memandang Hairil yang terpejam rapat matanya. *** “Cik Dija nak naik ke?” tanya abang Mat sebaik saja kami sampai di kediaman Hairil. “Tak kot Abang Mat, segan saya,” jawab aku perlahan. Aku menoleh memandang Hairil yang tertidur di belakang. “Tapi kalau boleh, saya perlukan pertolongan Cik Dija ni. Tuan ni nampak macam tak larat sangat. Siapa nak siapkan dia makanan?” Aku pandang Hairil sekali lagi kemudian aku pandang Abang Mat. Hendak tak hendak, aku terpaksa juga naik ke tingkat sepuluh, rumah Hairil. Sebaik saja aku dan Abang Mat membaringkan Hairil di dalam bilik, Abang Mat meminta aku memasak makanan untuk Hairil. Hari ni aku yang terpaksa menjadi bibik. “Tak memasal aku kena jadi bibik.” Adu aku pada Rio. “Bibik? Tak faham.” “Kawan baik kau ni sakit, demam panas. Aku pula yang kena masakkan bubur untuk dia.” “Oh... haha! bagus! Belajar jadi surihati tuan besar.” Kuat kedengaran tawa di corong telefon. Aku melepaskan keluhan. Rio memang sentiasa gembira walaupun dia sedang menanggung beban yang agak kronik. Kecederaan yang dialami menyebabkan dia lumpuh separuh badan seumur hidup. Aku sangat teruja dengan semangatnya. Kau & Aku |203

Mungkin rasa kecewa itu ada tapi dia langsung tak pamerkan. Rumah Hairil memang sempurna. Semua ada termasuklah peti ais yang penuh dengan barangan. Cukup lengkap dan menurut Abang Mat, dia memang jenis tak makan luar. Lebih suka memasak. Bagus! Kalau menjadi isteri dia tak payahlah aku masak. Suami aku ada, boleh masak. Itu baru betul, tanggungjawab suami beri isteri makan. Sempat pula aku berangan melihat si dia memasak untuk aku yang konon-konon isterinya. Haih… Berangan sajalah. Siap masak bubur, aku panggil Abang Mat tetapi lelaki bodyguard itu sudah lenyap entah ke mana. Tak kan aku pula yang nak masuk ke dalam bilik dia? Jangan nak cari pasal! Abang Mat ni pergi mana pula? Dalam pada aku tercari-cari Abang Mat, loceng pintu hadapan berbunyi. “Abang Mat pergi ma…” Tak sempat aku habiskan ayat, pintu terbuka menyebabkan aku terlopong. Alamak! Bukan Abang Mat tetapi seorang wanita dan lelaki terpacak di muka pintu. Mereka berdua kelihatan terkejut melihat aku yang membuka pintu. “Hairil ada?” tanya lelaki itu. Aku angguk. Mereka berdua masuk ke dalam rumah. Aku menelan air liur. Bayangan Abang Mat langsung tidak kelihatan. “Mana Hairil? Mama, pergi tengok dia.” Arah lelaki segak dan berusia di hadapanku. Pasti itu Tan Sri Hamzah, papa Hairil. “Sejak bila Hairil pandai bawa perempuan balik?” Eh! Tan Sri ni dah salah sangka ni. Kami bertiga, bukan berdua. Kau & Aku |204

Puan Sri Delina masuk ke dalam bilik Hairil mengejutkan anaknya bangun. “Ma… Kenapa datang sini?” Hairil terkejut, tak pernah pun mamanya nak datang ke rumah kecuali asyik menyuruh bibik datang untuk mengemas rumahnya. “Papa pun ada,” jawab Puan Sri Delina. Dia mengambil baju T-shirt Hairil lalu diberi kepada anaknya. “Apa dah jadi ni, Hairil?” Puan Sri Delina bertanya. Dia tidak sangka Hairil sanggup membawa seorang gadis pulang ke rumah. Nampak macam pelik sangat perlakuan anaknya itu. Bukankah dia tidak suka mana-mana perempuan mengekorinya sejak Juwita buat hal sehingga dia cuba membunuh diri? “What? Apa yang jadi? Mama ni cakap apa?” Hairil memegang kepalanya yang terasa berdenyut. Dia sakit kepala sangat tadi dan dia sedar Mat bawa dia balik dengan Hadija. Dija! Oh my… Mesti mama dah salah sangka. “Mama jangan fikir yang bukan-bukan. Dija hantar Ril balik dengan Mat. Mat mana?” Dia beriringan dengan mamanya keluar ke ruang tamu. Hairil memandang aku. Pasti kepalanya masih lagi terasa sakit walaupun mungkin tak sesakit tadi. “Aku nak balik dah. Bubur aku dah siap masak.” Aku memandang dia yang kelihatan sedikit segar, maklumlah dah lama juga dia tidur. “Kamu tak boleh balik.” Tan Sri Hamzah melarang, aku terkejut. Dah apa hal tak boleh balik? Aku nak buat apa dekat sini? Ini urusan anak beranak, bukan urusan aku. Kau & Aku |205

Hairil memandang aku. Dia angkat bahu tanda tidak faham. “Papa salah faham ke tengok perkara yang terjadi dalam rumah ni, Ril?” Tegas nada Tan Sri Hamzah. Mak datuk! Aku dah mula menggigil. Macam ada benda tak baik je ni. Papa dan mama Hairil mesti dah salah sangka dengan kami. “Kamu tahu tak, berdua di dalam rumah lelaki dan perempuan yang bukan mahram itu berdosa besar?” Wah! Soalan maut tu. Aku memang cuak. Tan Sri ni fikir aku dengan anak dia berzina ke dalam rumah ni? Baru masak bubur je kot, Tan Sri. Aku rasa nak bagi tahu aku ni baru je jadi bibik tak bergaji anak lelaki dia. Tapi tengok muka Tan Sri tu aku dah gerun. Garang gila! Kemudian mereka bertekak. Bla… bla… bla… Aku angkat kasut, pakai dan blah! Aku benci nak dengar teori Tan Sri tu. Nampak aku sangat kurang ajar tapi buat apa aku nak dengar mereka bergaduh anak beranak hanya kerana aku masak bubur untuk anaknya. Jauh sangat nak buat adengan 18SX tu. “Bala apa pula yang akan menimpa kau, Dija.” Aku memang risau dan susah hati, tapi aku tak boleh fikir. Lantaklah mereka nak bergaduh anak beranak pun.

Kau & Aku |206

BAB 28 AKU ingatkan peristiwa di siang hari itu dah settle antara mereka anak-beranak. Rupanya meleret sampai ke malam. Tiba-tiba mereka tiga beranak muncul di halaman rumah. Ah! Memang parah ni! Adalah gunung berapi bakal meletus ni nanti. “Apa Hadija dah buat?” tanya kakak setengah jam kemudian. “Kak… Kalau tak menjerit dekat aku, boleh tak? Aku bencilah orang menjerit dekat aku ni.” Hilang terus panggilan manja. Aku pasti sangat dekat bawah tu suasana tengah hangat membara. “Kenapa pergi rumah lelaki bukan mahram sesuka hati?” soal kakak macam polis pencen. Wajah mama terjongol di sebalik pintu. “Kakak dengan mama memang tak percaya adik ke?” Aku menarik nafas panjang. Dah kenapa semua orang menuduh aku yang bukan-bukan ni? “Mama percaya adik tak akan buat benda tak elok tapi kenapa tak fikir dulu. Hairil tu kan lelaki. Adik pergi rumah lelaki.” “Ma, adik naik dengan Abang Mat. Kebetulan masa Tan Sri sampai Abang Mat ghaib.” “Mustahil ghaib,” sindir kakak. “Kak… Ingat adik ni sangap ke? Nak buat benda tak senonoh tu semua? Kalau adik nak, baik adik ajak je sesiapa lelaki tu kahwin. Halal. Dah tentu seronok nak buat apa pun.” “Adik… Apa cakap macam ni?” Mama tak suka aku bercakap ikut sesedap rasa.

Kau & Aku |207

Walaupun aku suka Hairil tapi aku tak fikir nak buat benda tak baik. Aku hanya tolong dia je. Dah memang dia sakit masa tu. Buat baik pun salah ke? “Mama tak tahu nak cakap apa dah. Adik patut tahu kenapa mereka datang sini.” Mama berlembut sedikit. Aku pandang mama, tak berminat nak tahu. Mama hulurkan aku kotak baldu berwarna biru. No way! Apa benda yang mengarut sangat ni? Dah gila ke apa mereka tu semua? “Kahwin jelah daripada teringin nak buat dosa,” kata kakak menyindir. Sakit pula hati aku. Ingat aku kebuluran laki ke apa? Nak je aku marah kakak aku sendiri tapi aku hormatkan mama. Cuma, aku adik dia. Patut kakak tahu bagaimana sikap aku. Aku capai tudung aku, dengan wajah agak bengis aku turun. Tapi separuh jalan aku cuba maniskan wajah, nak pula tengok papa dengan Tan Sri Hamzah bukan main mesra. Puan Sri Delina pun kelihatan riang ria bergelak ketawa. “Apa benda kau dah buat ni?” Aku menarik Hairil ke tepi kolam dan bercakap sendiri dengan dia. “Bukan aku. Mama dengan papa aku.” Nampak sangat dia buat semua ni sebab kena paksa. “Mama dan papa kau? Baik papa kau je yang kahwin dengan aku,” bisikku, sinis. “Melampau. Jaga sikit mulut tu. Kalau mama dengar, macam mana?” marahnya. “Aku peduli apa. Biar semua orang dengar. Kau sebagai anak, tak boleh ke nak bagitau mereka hal sebenar? Janganlah menurut sangat.” Marah aku lagi.

Kau & Aku |208

Dia boleh menolak. Ini bukan zaman kahwin paksa walaupun nampak macam aku dengan dia buat dosa. Kebenarannya kami berdua lebih tahu. “Kau tak nak?” “Tak nak apa? Cincin ni? Kalau ikutkan memang aku tak nak tapi…” “Tapi apa?” tanya Hairil lagi. “Maruah aku bukan dekat tapak kaki kaulah,” jawab aku, geram! “Maknanya kau naklah, kan,” sindirnya. “Eh! Aku tak hadap sangatlah. Mama dan papa aku yang nak sangat.” Ikut suka hati kau nak sindir aku. Aku ada maruah. Aku ada harga diri. Aku ada keluarga. “Kita jaga maruah keluarga sudahlah, Dija. Soal kita jatuh nombor dua. Itu nanti kita fikir.” Dia melepaskan keluhan berat. Wajahnya nampak sedikit murung. Aku teringat pesanan Rio. Ini peluang dan gunakan sebaik-baiknya. Pada satu sisi yang lain, aku rasa beruntung sikit. Mulalah akal jahat aku berjalan. Aku mula memujuk hati bagi sejuk sikit. Kemudian aku menyambung kata. “Tak apalah, reda je. Nak buat macam mana. Salah aku juga tak fikir apa tanggapan orang. Benda dah jadi. Mama dan papa kita tu pula cuba kau tengok.” Aku memanjangkan muncung menunjuk ke arah mereka. “Happy.” “Macam tak ada benda apa pun jadi. Ke ada perancangan di sebalik semua ni?” Aku mula berteori. “Kau fikir mereka yang rancang?” Apalah punya soalan. Peguam tapi tak tahu teori, tak tahu selesaikan masalah. Kau & Aku |209

“Kalau dah Abang Mat tiba-tiba hilang masa aku tengah masak bubur. Lepas tu muncul mama dan papa kau. Malam ni muncul pula mereka dekat rumah aku siap dengan cincin bagai. Eh! Kau tak pelik ke?” “Kan… Aku pun pelik.” Aku dan Hairil berpandangan. Nak kahwinkan kami pun kena ada konspirasi ke? Alahai! Bagi tahu saja sudahlah. Tak payah nak buat konon-konon kami kantoi. “Habis sekarang macam mana?” “Macam mana apanya? Aku memang nak jadi bini kau, kan? Kau tu, aku tak tahulah. Suka atau tidak, aku tak nak ambil tahu.” Aku pandang wajahnya. Dia menyebak rambutnya ke belakang. Bibir seksinya mula bekerja macam selalu. Wow! Belum lagi apa-apa dah rasa tergoda. Ishh! Mulalah imaginasi aku merewang entah ke mana-mana. “Kau memang tak suka aku ke, Hairil?” Aku bertanya. Terus-terang lagi baik. Tak perlu nak berselindung apa- apa lagi. “Aku…” Dia tidak menyambung kata. “Aku tak kisah kalau kau masih terkesan dengan Juwita. Aku faham. Tapi aku nak kau tahu, aku bukan Juwita. Aku memang nampak gedik tapi aku gedik dengan orang yang aku cinta saja.” Aku merenung wajahnya. “Kau cintakan aku?” “Kau ada jawapan tu di sini. Kau dan aku.” Aku pegang dadanya perlahan kemudian aku lepaskan tangan aku. Sebak! Dia tahu, cuma dia menidakkan perasaan yang bertandang. “Kau dan aku?” Tajam matanya merenungku. Kau & Aku |210

“Lari dari kenyataan itu bukan sesuatu yang bagus untuk kau, Hairil. Aku faham perasaan tu. Aku tahu semuanya walaupun kau tak pernah cakap. Tapi aku tahu kesakitan tu. Kau patut bagi peluang pada seseorang menjadi penawar. Boleh jadi orang itu adalah aku. Dan aku nak kau memberi peluang dan ruang untuk aku di sini.” Sekali lagi aku menyentuh dadanya. “Perasaan cinta dalam diri kau mungkin pernah mati. Tapi, please... Beri cinta itu peluang untuk tumbuh kembali,” bisikku perlahan. “Aku kagum dengan kau, Dija. Tadi kau beria marah, tapi sekejap saja.” “Kau tahu kenapa?” “Sebab aku tak pernah tak sayangkan kau sejak pertama kali kita bertemu.” Aku menyambung kata. “Kau tak akan menyesal?” “Tangan aku memang tak mampu memeluk dunia tapi aku boleh peluk orang yang aku sayang.” Matanya bersinar. Jelas apa yang aku rasa sama saja dengan dia. Hanya kerana trauma, Hairil sembunyikan rasa itu. “Aku sentiasa beri peluang, tak kira berapa banyak pun untuk kau. Wish you good luck, dear!” ucapku sebelum tinggalkan dia di tepi kolam. *** SIAPAKAH punya agenda? Aku rasa aku dapat agak, sebab selain Abang Mat, Rio saja yang tahu aku di rumah Hairil petang itu. “Apa jadi pada aku dan Hairil, kau yang rancang. Betul, kan Rio?”

Kau & Aku |211

“Kenapa kau tuduh aku rancang semua tu? Cuba kau jelaskan.” “Kau je yang tahu aku dekat rumah dia.” “Then?” “Kau yang bagitau Tan Sri dan Puan Sri, kan?” “Aku hanya nak menyenangkan kau, Dija. Hairil asyik sembunyikan rasa. Jadi aku ambil keputusan buat macam ni. Hatinya memang untuk engkau. Sekarang tugasan engkau menyemarakkan lagi hatinya dengan cinta. Tu sebab aku suruh Tan Sri ke rumah Hairil ketika kau di sana. Hairil sentiasa patuh pada tanggungjawab.” “Aku dah agak, tapi aku mampu ke?” “Kau akan sentiasa boleh. Aku yakin kau boleh. Dia hanya perlukan masa dan sokongan. Good luck, Dija. Wish you happiness.” Rio! Kenapa lelaki macam Rio bersusah-payah untuk Hairil? Adakah kerana dia mahu menebus kesalahannya pada aku? Melibatkan aku dalam kesnya sedikit masa dulu. Kerana dia, nyawa aku hampir melayang. Kerana dia, aku jumpa Hairil di alam sana. Hari ini, kerana dia juga, aku dan Hairil berpeluang membina satu ikatan. Menempah tiket untuk menjejak bahagia.

Kau & Aku |212

BAB 29 “KAU dah kenapa, dik? Tak pernah orang buat macam ni.” Kakak merungut-rungut. “Kau nak temankan aku ke tidak?” Aku pandang wajah kakak. “Memanglah aku nak temankan tapi…” “Tak payah pertikaikan apa-apa, kak. Adik nak macam tu, kita hormatlah. Nanti kita buatlah kenduri besar-besaran untuk adik. Dulu dengan Firhad dia tak merasa pun nak naik pelamin.” Mama menyokong aku dengan senyuman. Aku membalas senyuman mama. “Ma, masyarakat memang suka bercakap. Nanti mesti ada yang berbunyi, kahwin dekat pejabat agama. Tak ada saudara-mara datang. Dah mengandung ke apa?” ujar kakak, tidak bersetuju dengan apa yang aku mahu buat ketika ini. Mulut kakak memang tak ada insuran. Tak kan aku nak buat perangai bodoh macam tu. “Pedulikanlah. Pak cik bawang dengan mak cik bawang memang ramai. Kalau asyik nak layan mulut orang apa benda pun tak jadi.” Memang aku tak bersetuju langsung kalau asyik nak dengar cakap orang, anggapan orang. Yang penting kita tahu diri kita sudahlah. “Adik nak jimatkan duit hantaran. Kalau apa apa jadi lepas ni, selamat duit tu.” “Adik… Kau dah kenapa macam ni punya bodoh? Kau fikir apa sebenarnya?” “Adik tak fikir apa pun. Adik cuma tak nak benda buruk jadi macam yang lepas walaupun sebenarnya adik yakin kali kedua ini akan menjadi lebih baik.” Kau & Aku |213

Kakak geleng kepala. Aku memang melampau agaknya tapi Hairil faham. Hairil pun memilih begitu. Senang katanya. *** AKU memandang wajah segak kacak bergaya di hujung kaki lima pejabat agama. Dia pakai baju melayu berwarna peach dan aku baju kurung berwarna oren. Kontra gila warna! Tak sedondon langsung. Macam datang pejabat agama nak bercerai-berai bukan nak bernikah. Mama dan papa serta kakak memang dah geleng kepala melihat kami berdua. Mama dan papa Hairil juga sama. Aku ingat seminggu yang lepas semasa aku menyusun fail di dalam pejabatnya. “Confirm kau tak nak tempah baju melayu atau sewa baju nikah?” tanya aku padanya yang asyik melihat telefon. “Tak.” Sepatah dia jawab. “Okey aku andaikan kau ada baju melayu raya tahun lepas yang masih baru. Apa warna baju kau?” “Peach.” Sepatah lagi. Dia memang tak berminat dengan apa yang aku cakap. “Okey aku ada baju warna tu.” “Good.” Skema sungguh. Macam tak nak kahwin tapi dia setuju. Okey, sabar… Mujur Rio suruh aku bersabar. Just follow the flow! Hasilnya, kamilah pengantin buah oren separuh masak dan yang dah masak. Nampak sangat kelakar. Tuan kadi pun pandang aku dan dia pelik. Aku yakin walaupun warna baju kontra, hati kami tetap senada.

Kau & Aku |214

“Akhirnya, kita berbesan juga.” Papa dan papa mentua aku nampak gembira sungguh. Ini menguatkan lagi teori aku memang mereka yang rancang semua ni selain daripada Rio menjadi dalang. Mastermind betul! “Ingat, Dija. Ini bukan kisah kahwin paksa. Papa tahu anak papa rela,” bisik papa. Aku angguk. Ya, memang benar ini bukan kahwin paksa. Ini semua dengan rela hati. “Semoga anak papa menjadi isteri yang baik. Jangan lama-lama berahsia, nanti banyak fitnah yang timbul.” Papa memandang aku. Sejujurnya aku pun memang tak nak berahsia tapi buat masa ni aku biarkan saja seketika sementara lelaki itu mahu membetulkan hatinya. Mama dan papa Hairil berpesan macammacam kepada aku dan Hairil. Macam kami ni bakal duduk dekat medan perang pula. Balik daripada pejabat agama, sudah ada makanan terhidang. Lepas zohor akan ada jemaah dari surau untuk majlis doa selamat dan membaca yasin. Aku terus saja naik ke atas menyalin baju. Rimas dengan baju oren yang aku pakai. “Mama dan papa Firhad pun ada?” Waktu aku turun, Nampak kelibat mereka. Aku memandang kakak. Kelihatan mereka berbual dengan mama dan Datin Seri Delina. “Mestilah. Kawan baik mama, kan? Adik macamlah tak tahu,” jawab kakak. “Hantu dua orang tu mana?” “Firhad dengan Haziqah ke? Ada tu.” Panjang muncung kakak menunjuk ke arah mereka berdua.

Kau & Aku |215

Aku mendapatkan Hairil yang sedang berdiri keseorangan di tepi kolam ikan sementara menanti jemaah surau datang. “Aku kena ikut kau balik ke hari ni?” bisik aku. “Habis kau nak duduk mana? Rumah papa kau? Kau yang kata kau rela kahwin. Jadi kalau rela, kau patut ikut aku balik.” “Aku tak boleh lawan cakap kau, kan? Baik. Aku ikut kau balik. Aku dah siap packing pun.” Eh! Terlebih teruja pula aku. Dia memandang aku dengan pandangan yang aku susah nak cakap. Pandangan sinis barangkali, siapa tak terujakan dapat suami? Yang aku cinta pula tu. “Bekas laki kau tu memang rajin bertandang, kan?” katanya. Aku pandang wajahnya, aku ukir senyum. Pandangan mata aku tertumpu pula pada Firhad dan Haziqah. Aku tahu di dalam nada suara itu ada rasa cemburu. “Dia biasalah. Memang suka datang sini. Kadang-kadang berbual dengan papa atau mama. Lagipun bekas mentua aku tu dah biasa datang sini,” jawab aku perlahan. “Jomlah, join mama dengan papa.” Aku mengatur langkah meninggalkannya. “Aku nak ingatkan kau, jangan nak layan bekas laki kau tu lebih-lebih.” Aku tersenyum bahagia. “Sweet-nya kau. Cemburu ya?” Aku mengusik. Wajahnya merah. “Ketara sangat ya?” Aku ketawa, apa da! Lagi mahu tanya. “Orang kata, kalau cemburu tandanya sayang. Kau sayang aku ke?” tanya aku, mengusik dia lagi. Kau & Aku |216

Hairil menggelengkan kepalanya. Boleh jadi gila melayan aku agaknya. Aku ketawa. Aku bahagia sekarang. “Amboi… Bukan main gembira lagi.” Suara seorang perempuan tiba-tiba mencelah. Penyibuk dah datang. Haziqah ni, kalau tak kenakan aku, tak aman agaknya hidup dia. “Suka hati akulah. Aku bukan buat dosa pun.” Aku hadiahkan dia jelingan. Haziqah ni memang tak faham agaknya. Dah tahu benci aku, yang ikut juga laki kau datang sini, kenapa? Biarlah Firhad tu nak datang sini. Dia dah biasa dengan mama dan papa aku sejak dari zaman remaja dia. Mama dan papa aku pun tak pernah kisah. “Dah mesra lelaki dan perempuan mestilah buat dosa,” sambung Haziqah. Amboi! Mulut… jahatnya. Aku pandang wajah Hairil yang sudah merah padam. “Aku suka nak ingatkan kau. Sejahat-jahat aku, aku tak suka kata orang bukan-bukan. Aku tahu semua rahsia kau. Aku malas nak cakap banyak dengan kau sebab aku masih nak jaga aib kau. Jangan sampai aku jeritkan pada semua orang siapa Doktor Haziqah sebenarnya. Nama je doktor, ada pelajaran tapi bertuhankan nafsu. Sebelum aku canangkan satu taman ni, baik kau jangan jolok sarang tebuan.” Aku jegilkan mata memandang Haziqah yang kelihatan merah wajahnya. “Lebih baik kau diam.” Aku menyambung kata sebelum aku meninggalkan dia di halaman rumah. Usai menyalami mama dan papa Firhad aku naik ke bilik, membiarkan Hairil berada bersama mereka. Aku mengambil beg yang padat berisi Kau & Aku |217

pakaian dan kembali turun. Niat di hati hanya mahu menyimpan beg di dalam kereta. “Dija nak pergi mana?” tanya mama Firhad. Aku memandang mamanya dengan senyuman. Haziqah memandang aku dengan cebikan. Nak cari peluang kenakan aku lagi ke? Meh! Sini aku nak bagi tahu. “Dija nak ikut suami Dija balik rumah dia, mama.” Kata-kata aku bergema di dalam rumah. Semua orang memandang aku. Ikut suami je. Bukan salah pun. “Dija dah kahwin? Dengan siapa? Mama tak tahu pun.” Mama Firhad kelihatan terkejut, wajah Haziqah juga sudah kelihatan berubah warna. Padan muka kau! “Kenalkan suami Dija.” Aku memandang Hairil yang tersenyum dan kemudian memandang mama Firhad. Firhad, aku hanya pandang sepintas lalu. Janda dia berkahwin lain, itu bukan masalah dia pun. Aku sendiri pun tak pernah peduli pasal dia. “Maaf sebab tak sempat nak bagitau apa-apa. Majlis ringkas ni pun majlis nikah kami sebenarnya. Cukup saudara mara saja yang tahu.” Aku tersenyum, wajah Haziqah sudah lebam. Cakap lagi aku buat dosa, kan. “Baguslah, Dija. Mama doakan Dija bahagia. Tahniah dari mama.” Mama Firhad mengucup dahi aku. Dan aku melemparkan senyum bahagia pada semua orang termasuk kepada si penyibuk yang sibuk sangat jaga tepi kain aku. “Adik ni, tak kan tak nak tunggu habis kenduri.” Kakak mencuit aku. “Tunggulah. Saja nak simpan baju dulu, tak sabar.” Aku mengenyitkan mata. Kau & Aku |218

“Adik… kenapa gedik sangat ni.” Kakak mencubit lengan aku. Ala… Itupun salah ke?

Kau & Aku |219

BAB 30 AKU ikut Hairil balik. Agak ganjil. Aku dengan dia biasanya berdua dalam pejabat, bukan di dalam rumah. Jadi suasana tu nampak sangat asing dan aneh. “Kalau bukan kau yang mulakan, semua tak akan jadi apa apa. Move!” Kata-kata Rio menyesakkan minda. Aku memang kena mulakan. Kalau tak, memang mati keringlah dengan ego Hairil yang melambung. Ini bukan perkahwinan olok-olok. Aku isteri dan dia suami. Titik! “Kau boleh pilih nak duduk bilik mana satu. Ikut suka hati kau,” katanya sebaik saja kami masuk ke dalam rumah. Nak asing bilik? Memang tak akan jadi apalah jawabnya. “Kau memang nak asing bilik ke?” “Taklah macam tu tapi kau mesti nak privacy. Mesti nak rasa selesa,” ujarnya perlahan tanpa memandang aku. “Jadi kau naklah aku duduk sebilik dengan kau?” “Aku ada cakap tak nak ke?” “Jadi aku andaikan kau nak duduk sebilik dengan aku.” Aku angkat beg dan terus masuk ke dalam biliknya. Aku menggulum senyum. Idea nakal aku datang dah! “Sana tu almari, ada space lagi untuk kau.” Aku dah agak dia mesti nak aku duduk dengan dia dalam bilik dia. Almari yang ada ruang itu buktinya. Dah dia siapkan awal-awal. Kau & Aku |220

“Kau tahu apa beza kau dengan almari tu?” Aku pandang dia dengan pandangan sedikit menggoda. “Kau memang suka mengarut, kan?” Dia menjeling. “Kau tahu tak? Almari tu agak sempit. Tapi ruang di hati aku sentiasa luas untuk kau.” Aku gelak dan aku nampak senyuman di hujung bibirnya. Jadilah, daripada tak senyum langsung. “Kau suka tidur sebelah mana?” Aku tanya sambil menyusun pakaian dalam almari. “Kau?” “Aku nak tidur di sebelah kiri kau kerana aku adalah pelengkap tulang rusuk kau yang kurang.” Aku kelipkan mata memandangnya. “Kau goda aku ke?” Telus sungguh pertanyaan. “Kau suka tak aku goda kau?” Aku tanya dia kembali. Dia tidak jawab apa-apa. Sebaliknya dia terus keluar daripada bilik tidur kami. Tapi aku nampak senyuman dari bibir Sunkistnya itu. Aku berbaring di atas tilam empuk. Niat aku hanya nak melelapkan mata seketika tapi sedar-sedar waktu maghrib sudah pun berlalu. Kelam-kabut aku mandi dan menunaikan solat. Kemudian aku keluar mengintai di mana gerangan encik suami. “Wow! Bau sedap.” Aku teruja melihat dia di dapur. Sudah siap memasak untuk makan malam. “Aku tak tahu kau suka makan apa. Jadi aku masak apa yang aku suka dan aku harap kau ada citarasa yang sama,” katanya sambil menanggalkan apron. “Sedaplah ni. Aku memang suka sambal tumis udang dengan kailan ikan masin ni. Baunya saja dah buat aku terbuka selera.” Kau & Aku |221

Pantas aku mencedok nasi untuk aku dan dia. Dia duduk dan baca doa makan. Kami samasama menyuap nasi. Bertambah pula aku makan. Sepatutnya aku yang masak untuk dia tetapi dia pula memasak untuk aku. Romantik! “Esok aku masak untuk kau pula,” kata aku sebaik saja aku selesai membasuh pinggan dan mengemas dapur. “Kau pandai masak ke?” “Aku taklah bodoh sangat kot. Goreng telur masak kicap, sambal telur, sambal sardin.” “Itu je kau pandai masak?” “Apa kau nak, aku masak. Cakap je. Tugas seorang isteri adalah mengenyangkan perut si suami.” Aku tersenyum. “Lagi, apa tugas seorang isteri?” “Gembirakan hati suami, lahirkan zuriat buat suami. Memanjangkan keturunan.” “Tapi awal lagi kalau nak panjangkan zuriat keturunan ni. Malam masih muda,” aku sambung, Wah! Wajah dia bertukar warna. Merah. Malu! Aku jadi seronok mengusik dia. Aku pergi ke koridor yang terbuka luas. Angin malam begitu mengasyikkan. Sejuk dan mendamaikan. Aku memandang ke atas, mencari bulan. Cahaya yang sangat terang. Bintang juga bertaburan menghiasi dada langit. “Kau tahu tak, Hairil.” Aku tahu dia berada di belakang aku, melihat aku yang leka merenung bulan dan bintang. “Aku suka sangat bulan dan bintang. Bulan tu macam kau dan aku macam bintang tu. Bulan dan bintang yang melengkapkan alam. Cantik dan mendamaikan. Aku harap kita mampu lengkap-

Kau & Aku |222

melengkapi. Mampu bahagia walaupun mungkin merangkak.” Aku berpusing memandang dia. Dia datang menghampiri. Dekat, sangat dekat! Bau Vanilla Musk menyebabkan aku terasa ingin memeluknya. “Kau tak paksa diri kau menerima aku, kan Dija?” tanya Hairil perlahan. “Tak, langsung tak. Rasa tu ada di sini.” Aku meraih tangannya lalu aku bawa ke dada aku, merasai degup cinta yang berdetak. “Aku harap rasa yang sama juga ada di sini.” Aku meletakkan tangannya dan tangan aku ke dadanya. “Hanya kau yang aku harap dapat bahagiakan aku.” “Kau percaya aku mampu bahagiakan kau?” “Aku percaya,” bisikku perlahan. Aku memeluk tubuh sasanya. Dah lama aku nak lakukan begitu sejak di alam sana. Ada rasa bahagia menjengah jiwa. Walaupun tidak membalas, tetapi dia tidak menolak maknanya peluang aku cerah. Lama aku dan dia berdiri di koridor melihat keindahan malam. Suatu ketika dahulu aku dan dia pernah berada di atas bukit. Hari ini situasinya sama hanya tempatnya berbeza. Malam semakin larut, aku melepaskan pelukan dan menyusup masuk ke dalam bilik. Indah tu indah juga, tidur kena cukup. Esok nak kerja! Cukup untuk malam ini. Esok malam masih ada, Insya-Allah pasti muncul. Jadi tak payah gelojoh.

Kau & Aku |223

BAB 31 “TUAN.” Pagi-pagi lagi Kak Rosiah sudah pamerkan wajah cuak. Aku yang ada di belakang tuan merasa sedikit pelik. “Apa hal?” aku bertanya dengan gerakan mulut. “Cik Juwita ada dekat dalam,” kata Kak Rosiah. Aku geleng kepala. Perempuan bernama Juwita ni memang tak pernah serik agaknya. “Confirm bergaduh lagi ni,” bisikku pada Kak Rosiah. “Haruslah. Juwita tu memang tak reti bahasa,” rungut Kak Rosiah. Tak sampai pun lima minit, Juwita sudah keluar dengan wajah masam mencuka. Tak berjaya lagi misi dia. Aku sendiri pun tak dapat nak goda dia, Juwita pastilah tidak. “Fail banyak nak kena susun tu, Dija. Semalam kau tak datang. Kenapa?” tanya Kak Rosiah. “Emergency kak. Ada urusan keluarga sikit. Tak apalah. Kejap lagi saya susun dalam bilik bos tu ya.” Aku ke pantri untuk bancuh air buat tuan. “Abang Mat nak air tak?” tanyaku pada Abang Mat yang turut berada di pantri. Tak pernah-pernah lelaki bersumbi emas ni ada dekat pantri. Nak buat air agaknya tapi tak tahu di mana letaknya susu dan kopi. “Boleh ke puan buatkan?” Aku gelak. “La? Kenapa pula tak boleh, Abang Mat.” “Segan dengan puan,” katanya lagi. Kau & Aku |224

“Nak segan apanya, Abang Mat. Saya ni sama je macam staf lain tu. Upgrade sikit je.” Aku ketawa, dia tersengih. Aroma kopi o begitu mengujakan. Siap aku bawa biskut sekali untuk tuan kesayangan aku tu. Kemudian aku keluar mengambil fail yang hendak aku susun. Banyaknya fail! Aku terbaring di atas karpet tebal di hadapan rak fail. “Kenapa kau baring kat situ?” Suaranya memecah keheningan ruangan pejabat. “Tengok fail ni rasa nak muntah hijau. Aku hanya terfikir nak pergi bercuti dekat tempat sejuk.” Aku pandang wajahnya. “Jom…” Dia memegang lengan aku. Eh! Baru ajak-ajak ayam, cepat je dia jomkan. “Kau sakit hati ke dengan Juwita tu tadi?” “Aku pun rasa nak muntah hijau dengan perangai dia tu. Jom. Kita lari, nak?” Biar betul dia ni? “Nanti apa kata Kak Rosiah?” tanya aku. “Aku bos dekat sini, ikut suka aku nak heret sesiapa pun ke mana aku pergi.” “Okey kalau kau kata macam tu. Fail ni macam mana?” “Biar Kak Rosiah uruskan,” jawabnya. “Kak Rosiah, tolong settle-kan fail semua ya. Saya nak ke Pulau Pinang untuk tengok projek dekat sana. Hadija saya bawa sebagai PA saya. Kalau saya ajak akak, mesti akak tak dapat pergi.” “Betul tuan. Suami saya kurang gemar saya ke mana-mana. Nak pula jauh daripada dia. Nanti jadi satu kerja pula dia nak cuti,” jawab Kak Rosiah. “Hadija. Awak boleh balik kemas baju, bagi alamat rumah, nanti saya ambil.”

Kau & Aku |225

Bagi alamatlah sangat! Aku nampak Abang Mat senyum senget. Mentang-mentang dia tahu rahsia. “Baik tuan.” Aku ambil helaian kertas. Aku tulis alamat rumah papa dan aku pasti dia tak akan ambil aku dekat situ. Sengal dan mengada-ngada sungguh! *** SEBAIK saja kami selesai packing baju, kami terus membelah lebuh raya menuju ke utara. Betullah dia cakap dia nak ke Pulau Pinang. Bekerja sambil bercuti. Muka dia? Ketat tak ubah macam mat rock pakai jeans sendat. Telefon dia asyik berbunyi meminta diangkat. Setiap kali dia melihat nombor yang tertera, dia akan meletakkan kembali telefon tersebut di celah peha. Kesian aku tengok muka stres dia tu dan aku boleh agak siapa yang call berpuluh kali tanpa jemu. Juwita memang tak akan berputus asa. “Aku bosan dengan perempuan ni,” rungutnya. Sesekali dia mengetuk stereng kereta. “Kesian stereng tu kau ketuk. Meh sini.” Aku raih tangannya ke dalam genggaman. Konon nak bagi dia hilang stres. Sentuhan seorang isterikan selalunya mampu menyejukkan hati suami, kan? “Kau tahu tak? Perempuan tu tak putus asa sebab kau tak berani nak cakap segala yang kau simpan dalam dada. Kau patut jadi berani beritahu dia.” “Beritahu dia apa? Semua dah jelas tapi dia tak faham-faham dan aku tak pernah jumpa perempuan macam ni,” rungutnya lagi. Kau & Aku |226

“Beritahu dia yang kau dah kahwin, dan isteri kau tak rela bermadu.” Aku senyum memandangnya. Nak ke tak nak? “Kalau macam tu nanti, gerenti semua orang akan tahu. Dia tu kaki kepoh.” “Aku lagi suka kaki kepoh macam tu. Biarlah satu dunia tahu aku isteri kau. Atau kau nak rahsiakan juga?” Dia diam. Aku meletakkan tangannya kembali ke stereng. Telefon berdering lagi. Pantas dia menyambut panggilan itu. Dia diam. Mendengar saja suara di talian. “Kau memang tak faham bahasa ya? Cukup sekali kau bunuh hati aku. Sekarang aku nak kau tahu, aku dah kahwin. Aku dah ada isteri. Isteri aku berpuluh kali ganda cantik dari kau.” Aku tersenyum. Kan senang! Cantik ke aku? Perasan sekejap. Dia masih melekapkan telefon pada telinga. “Whatever, Juwita. Aku dah rasa mati tu sekali. Kalau kau nak rasa pula, silakan. Aku tak akan memperbodohkan diri aku lagi untuk perempuan macam kau!” Dia terus mencampakkan telefonnya ke belakang. Kesian telefon tu, apalah dosa dia. Wajahnya yang mencuka aku pandang. Kesian suami aku! “Kalau kau tak kisah, aku nak sangat tahu. Apa maksud kau dah rasa mati sekali?” Aku memancing minatnya untuk bercakap, bercerita jika dia sudi. Dia memandang aku sekilas, kemudian melepaskan keluhan. “Aku ni nama saja lawyer, terpelajar tetapi bila bab perempuan aku kalah.” Dia mengeluh. Kau & Aku |227

“Dia cinta pertama kau?” soal aku lagi. Dia angguk. “Aku dengan dia berkawan sejak dari sekolah. Kami dah hampir berkahwin. Semua aku dah siapkan, tetapi akhirnya apa yang aku nampak adalah kecurangan dia.” “Aku jumpa dia dengan kawan baik aku sendiri. Business partner aku. Macam mana aku nak terima hakikat tu. Berhari-hari aku murung, depression. Segala kerja tertangguh. Hidup aku macam tak ada makna.” “Aku langsung tak dekatkan diri aku dengan Tuhan. Aku tak jumpa ubat kepada sakit jiwa aku. Sampailah aku koma sebab pil yang aku telan,” sambungnya. Aku simpati!

Kau & Aku |228

BAB 32 KAMI sampai ke hotel ketika malam sudah pun berlabuh. Aku benar-benar keletihan. Masuk saja ke dalam bilik aku terus menghumbankan diri atas katil. “Kalau ya pun, mandi dulu. Solat,” tegurnya. Aku berpaling memandang dia yang sedang menanggalkan baju. Eww! Body dia… Eh? Dia terlupa ke aku ada dalam bilik ni? Selalu kalau dekat rumah dia dah bersiap dalam bilik air kami yang luas tu. Aku pun terikut habit dia. Pakai baju dalam bilik air. “Kau selalu pergi gim?” Mulut aku laju pula menegur. Berkerut dahi Hairil. “Tak.” Pendek saja jawapannya sebelum dia menghilang ke dalam bilik air. Bau Vanilla Musk yang tertinggal aku hidu. Rasa macam nak merakus pula. Bajunya aku ambil dan peluk. Tanpa sedar aku tertidur dengan baju itu. Aku terjaga apabila terasa sejuk menggigit tulang-temulang. Aku pandang seluruh bilik. Mana Hairil? Sampai hati dia tinggalkan aku dalam honeymoon suite ni. Aku pantas bangun ke bilik air. Sempat menjeling baju yang berada di atas katil. Baiknya dia bagi aku peluk baju tu. Untung-untung dia simpati pada aku dan bagi aku peluk dia pula malam nanti. Aku tersenyum panjang. Macam dapat bunga setaman pula rasanya. Walhal peluk baju je pun. Sebaik saja aku keluar daripada bilik air, dia sudah berada di dalam bilik. Aku mengenakan baju tidur pendek separas lutut tanpa lengan. Sejuk memanglah sejuk tapi aku acah-acah nak try suami sendiri. Apa ada kisah, kan? Suami sendiri. Kau & Aku |229

“Kau pergi mana?” Dia leka menghidangkan makanan. “Aku beli makananlah. Lapar ni,” jawabnya tanpa menoleh pada aku. Aku menghampiri dia, menarik kerusi dan duduk di hadapannya. Dia pandang aku. “Aku lapar. Tapi aku lapar nasi. Yang kau hidangkan aku dengan diri kau ni dah kenapa?” Selamba dia bertanya, aku gelak. Nampak juga hidangan yang satu ni. “Kita makan nasi dulu. Kalau lapar lagi, aku serve kau pula. Bukan susah pun,” jawab aku dengan tawa memanjang. “Baby doll sangat kau ni.” Terselit sikit pujian. “Ini kira bulan madu kita ke?” Sambil makan aku sempat lagi berceloteh. “Kau suka berbulan madu dekat sini ke? Kalau ini tempat yang kau suka, aku on je.” “Kau ada plan lain? Mana tau, nak bawa aku ke bulan, ke bintang…” Nak tengok apa dia jawab. “Setakat nak bawa kau ke bulan ke bintang tu, dalam bilik ni pun boleh. Bukan takat bulan bintang, keruhan kepenatan sekali ikut serta.” Dia bangun membawa pinggan kertasnya ke tong sampah di sudut bilik. Melawan nampak! Good. Ada perubahan sikit. Taklah keras kejung. “Try me...” Aku berdiri di tepinya. Menyinggung sedikit bahunya dan kemudian aku berpaling sebaik saja pinggan kertas aku masuk dalam tong sampah. Dia terhenti kaku. Mungkin tak sangka aku terus bagi dia lampu hijau. Menggoda ala-ala cerita Seducing Mr. Perfect. Dia melepaskan keluhan kecil.

Kau & Aku |230

Dah agak! Dia memang susah nak digoda. Biarlah dia. Aku malas nak ganggu lagi. Aku berbaring membelek telefon. Ada mesej daripada Rio. “Honeymoon? Good luck, Dija.” Tak habis-habis dengan good luck dia tu. Dia tahu tak aku memang susah nak jadi diri aku bila dengan Hairil. Aku terpaksa ikut rentak dia yang slow. Tak kan aku nak berlagak bagai akulah jerung dalam cerita ni? Dia sepatutnya jadi jerung dan aku ikan bilis. Tapi ni dah terbalik! Aku memandang Hairil yang berdiri di balkoni. Memandang kegelapan malam. Goda lagi! Jangan give up. Perlahan-lahan aku bangun menuju ke arahnya. “Apa yang kau nampak dalam kegelapan?” Aku bersuara, seakan berbisik di belakangnya. Dia berpaling memandang aku. Aku berdiri di sisinya, bersentuhan bahu. “Gelap. Mana nak nampak apa-apa.” “Tapi kalau kau pandang betul-betul, kau akan nampak cahaya. Macam kau pandang depan tu, kemudian kau pandang aku. Akulah cahaya tu.” Aku ukir senyuman paling manis. “Kau memang, kan? Semua benda kau nak bandingkan. Tak penat, tak jemu.” “Aku memang tak akan jemu kalau berkaitan dengan kau.” “Kau tak putus asa bila berkaitan dengan aku, kan?” Dia mencuit hidung aku. “Aku hanya ada kau saja.” “Ya.” “Kau tahu, kan? Hanya kau yang boleh bahagiakan aku.” Kau & Aku |231

“Ya. Itu pun aku tahu.” Perlahan dia menjawab. Aku memeluk pinggangnya, merebahkan kepala aku di dadanya. “Degupan ni aku pernah dengar dulu.” “Masa tu kau takut dengan hantu dalam jamban.” Dia tergelak. Bingo! Akhirnya. “Kau ingat semua, kan? Tapi kenapa kau tak nak terus terang?” Aku mendongak memandang wajahnya. “Kalau kau di tempat aku, Dija… kau akan faham. Aku ingat semua tu. Kau tahukan Khairul sentiasa mencari peluang untuk membunuh kau dan Rio. Aku tahu semua kesakitan kau tapi aku tak mampu nak ubati semua tu. Aku sendiri sedang sakit, sakit dengan Juwita. Aku perlukan masa dan aku harap kau faham.” “Tapi ingatan kau sewaktu kita di sana, tak ada kena mengena pun dengan mereka.” “Kau kena faham, Juwita tu pembunuh hati aku. Bila aku jumpa kau di sana, aku nampak sengsaranya kau. Dan aku sangat kagum dengan ketabahan kau bila berdepan dengan kecurangan Firhad.” “Tapi setabah-tabah aku, meraung juga di tepi jalan. Aku naik lori kambing tu, merayau tak tentu hala.” Aku ketawa. Bau bawang, bau kambing memang tak best kalau nak dibandingkan dengan bau Vanilla Musk. “Aku sayang kau sangat,” ucapku perlahan. “I love you…” bisik Hairil, perlahan. Aku memandang wajahnya. Aku cukup puas hati tapi aku masih belum puas mengusik dia. Kau & Aku |232

“Kau tipu aku banyak benda.” “Tipu kau? Bila masa?” Dia meregangkan sikit pelukan. “Yalah. Kau cakap limau Sunkist kalau dengan delima bersatu, manis. Tapi bila aku balik rumah, aku cuba. Masam gila!” Dia ketawa! Dahi aku ditunjalnya perlahan. “Aku dah cakap banyak kali, kan? Bodoh kau simpan sikit, Dija. Kau nak rasa yang manis?” “Nak!” Aku gigit bibir sendiri. Terlepas cakap pula. Ishh… Aku pula yang malu. Aku nak usik dia je, aku pula yang terkena. Tiba-tiba ulas limau Sunkist tu ada di bibir delima milikku. “Manis atau masam?” “Manis…” ujar aku tanpa segan silu. Dia ketawa. “Kau sentiasa telus, aku suka. Maafkan aku sebab buat tak kenal kau bila pertama kali kita jumpa semula masa dekat lif. Hari kau datang temuduga.” “Kau kenal aku? Kau nampak aku?” “Mestilah. Tapi aku terpaksa buat tak kenal. Hari ni aku nak kau tahu masa tu aku rasa, nak peluk kau kuat-kuat. Dada aku nak runtuh. Tapi aku tahan sebab nak selesaikan dulu kes Robert dan Khairul. Aku kena fikir macam mana nak dapatkan benda yang ada pada kau tu.” “Habis tu… selama aku duduk dalam pejabat kau susun fail tu semua, kau tak pernah peduli pun.” “Kau ingat aku buat apa dengan telefon yang aku belek sentiasa tu?” “Kau skod aku?” “Bukan setakat skod saja, wahai cik bunga.” Dia ketawa galak. Kau & Aku |233

“Bunga?” Aku garu kepala. “Kau ke yang hantar mesej panggil aku bunga tu?” “Ya. Aku. Aku takut dengan perasaan aku sendiri. Tapi percayalah Dija, bila aku sedar di hari yang sama kita berpisah aku hanya teringat pada kau. Tapi sebab aku dah berjanji dengan Rio maka aku utamakan dia dulu.” “Kau dengan Rio pun memang bertemu di alam mimpi tu, kan?” “Ya. Betul. Dia yang temankan aku. Dia koma di hari yang sama aku koma, sebulan kemudian baru kau yang koma. Kuasa Allah semua ni, tak terjangkau dek akal.” “Baru aku faham.” “Jadi sekarang kau dah faham, kan? Aku bukan tak ingat kau. Aku ingat kau sangat-sangat.” Aku memandang wajah Hairil, lantas aku hadiahkan dia senyuman. Mata kami bertentangan. Kau dan aku. Memang ditakdirkan bersatu.

Kau & Aku |234

EPILOG BULAN madu yang simple tapi mengujakan. Hairil bebas menzahirkan rasa cinta di hatinya. Tanpa rasa takut lagi. “Kita bercinta di sana, bersatu di sini. Pelik rasa tu tapi bila bahagia macam ni, aku rasa berbaloi aku koma dek cinta yang punah tu.” “Aku rasa ada bagus juga Khairul langgar aku.” “Kalau kita tak koma, mesti kita tak jumpa.” Balik daripada Pulau Pinang, Hairil sudah melepaskan syarikat kembali kepada papa mentua aku dan dia menumpukan sepenuh perhatian kepada syarikat guaman miliknya. Aku pula tentulah menjadi pembantu papa mentua aku. Tak nak aku ikut Hairil. Poyonya tetap ada. Rio sudah keluar daripada hospital dan perlu menjalani terapi penuh. Kerjayanya sebagai seorang penyiasat memang berkubur begitu saja. Hairil yang banyak membantu Rio. Benarlah kata orang, persahabatan jika disulami dengan keikhlasan mesti akan berkekalan. Setakat ini hubungan kami suami isteri okey saja, bahagia melayari kehidupan. Tak ada rahsia antara kami. Walau dugaan kata, bahaya… takdir kata, cinta! Hebat hikmah yang kami nikmati selepas segalanya berlalu.

-TAMAT-

Kau & Aku |235