563_Misteri Mawas Gergasi (NEW_novel misteri_haiwan) Flipbook PDF

563_Misteri Mawas Gergasi (NEW_novel misteri_haiwan) Author: Tomi Jefri Publisher: DB United | Audience: Children | PDF
Author:  P

97 downloads 206 Views 23MB Size

Recommend Stories


Porque. PDF Created with deskpdf PDF Writer - Trial ::
Porque tu hogar empieza desde adentro. www.avilainteriores.com PDF Created with deskPDF PDF Writer - Trial :: http://www.docudesk.com Avila Interi

EMPRESAS HEADHUNTERS CHILE PDF
Get Instant Access to eBook Empresas Headhunters Chile PDF at Our Huge Library EMPRESAS HEADHUNTERS CHILE PDF ==> Download: EMPRESAS HEADHUNTERS CHIL

Story Transcript

Pra & Kan- Air Azimat

1/23/07

3:48 PM

Page 1

Pra & Kan- Air Azimat

1/23/07

3:02 PM

Page 1

Kandungan - M.Mawas Gergasi

K A

N D

U

N

G A

N

12/28/06

9:06 PM

Page 1

b Ba B e rkelah d i A ir

1 Terjun Sungai Tupai

1–6

b Ba

2 Misteri Mawas Gergasi

7 – 11

b Ba

3 Siasatan Lanjut

12 – 17

b Ba

4 Menemu Ramah Tupai

18 – 23

b Ba

5 Jelmaan Mawas Gergasi

24 – 29

b Ba

6 Serangan Terakhir

30 – 38

S.MatLabi-Misteri Mws Gergasi

12/28/06

8:28 PM

Page 1

BAB 1

Berkelah di Air Terjun Sungai Tupai

Pak Kura, Mak Kura, dan anak bongsu mereka, Kuti

Kura pergi berkelah di kawasan Air Terjun Sungai Tupai. Mat Labi juga pergi bersama-sama mereka. Pak Kura rakan setugas dan kawan baik Mat Labi. Setiap kali keluarga Pak Kura pergi berkelah, Mat Labi tentu sekali akan diajak bersama-sama. Mat Labi juga tidak berasa segan untuk menyertai mereka. Hubungan Mat Labi dengan keluarga Pak Kura memang baik sejak dahulu lagi. Malah, hubungan Mat Labi dengan anak Pak Kura, iaitu Kuti Kura juga amat rapat sekali.

Sudah hampir tiga jam mereka berkelah di kawasan Air Terjun Sungai Tupai itu. Memandangkan saiz badan mereka yang kecil, Pak Kura telah memilih kawasan jeram yang cetek. Namun, kawasan jeram yang cetek airnya itu tidak menghalang Mat Labi dan Kuti Kura untuk mandi-manda di situ. Malah, selama hampir tiga jam jugalah Mat Labi dan Kuti Kura berendam di dalam air di jeram itu. “Sudahlah, Labi, Kuti, marilah naik. Nasi lemak yang Mak Kura sediakan ini sudah hampir sejuk,” panggil Pak Kura di situ. 1

S.MatLabi-Misteri Mws Gergasi

12/28/06

8:28 PM

Page 2

Mat Labi dan Kuti Kura pun berhenti bermain sebaikbaik sahaja mendengar panggilan Pak Kura. Mereka terus berjalan naik ke atas tebing jeram lalu duduk di tepi Pak Kura dan Mak Kura. Mak Kura terus menghidangkan nasi lemak yang telah disediakannya itu. Selepas itu, dia terus memberikan nasi lemak itu kepada Mat Labi dan Kuti Kura. “Sedap benar nasi lemak ini, Mak Kura,” puji Mat Labi. “Kalau sedap, makanlah banyak sikit,” balas Mak Kura. “Tak boleh makan banyak, Mak Kura. Nanti buncit pula perut saya ini,” gurau Mat Labi. “Betul kata Pak Cik Labi, mak,” balas Kuti Kura pula. “Pak Cik Labi kena menjaga perutnya supaya tidak buncit. Kalau perut Pak Cik Labi buncit, tentu dia tidak larat hendak mengejar penjahat lagi,” sambung Kuti Kura. “Wah, kamu sudah pandai sekarang, Kuti Kura!” usik Mat Labi. “Mestilah, Pak Cik Labi. Saya kan sudah bersekolah sekarang,” jawab Kuti Kura dengan bangga sekali. “Kalau begitu, bolehkah kamu beritahu pak cik tentang sejarah tempat ini?” tanya Mat Labi lalu menyuap nasi lemak itu ke mulutnya. “Janganlah mencuba menguji saya, Pak Cik Labi. Sebenarnya, saya memang tahu tentang sejarah kawasan air terjun ini. Pada suatu masa dahulu, tentera kura-kura 2

S.MatLabi-Misteri Mws Gergasi

12/28/06

8:28 PM

3

Page 3

S.MatLabi-Misteri Mws Gergasi

12/28/06

8:28 PM

Page 4

Jepun telah menawan kawasan air terjun ini. Mereka telah membina sebuah kubu yang besar,” jelas Kuti Kura. “Memang benar, Kuti, tetapi tahukah kamu cerita legenda tentang tempat ini semasa pendudukan kura-kura Jepun di sini?” tanya Mat Labi lagi. Dahi Kuti Kura berkerut seketika. “Saya tidak tahu tentang legenda itu. Cikgu saya tidak pernah mengajar legenda itu di sekolah. Pak Cik Labi, tolonglah ceritakan kepada saya,” pujuk Kuti. “Pak cik memang boleh menceritakannya, tetapi kamu mesti berjanji yang kamu tidak akan berasa takut,” balas Mat Labi lalu tersenyum. “Mengapakah saya perlu berasa takut, Pak Cik Labi? Tempat ini ada hantukah?” tanya Kuti Kura. “Hesy, Kuti, jangan bercakap yang bukan-bukan di kawasan ini,” celah Mak Kura dengan segera. Kuti Kura terus menundukkan kepalanya. Dia berasa begitu malu sekali selepas dimarahi ibunya. Mat Labi berasa kasihan pula apabila melihat keadaan Kuti. Lantas, dia pun bercadang untuk meneruskan kisah yang pernah didengarinya semasa dia kecil dahulu. “Semasa Pak Cik Labi kecil dahulu, ibu dan ayah pak cik selalu membawa pak cik ke tempat ini. Pak cik pula suka berjalan di kawasan yang tinggi di atas kawasan air terjun ini. Di kawasan yang tinggi itu, ada sebuah kampung yang cantik. Di kampung itu pula, ada sebuah batu yang besar. Pada batu itu terdapat ukiran tapak kaki binatang yang besar. 4

S.MatLabi-Misteri Mws Gergasi

12/28/06

8:28 PM

Page 5

“Namun, kawasan itu agak berbahaya. Ayah dan ibu pak cik selalu memarahi pak cik. Mereka melarang pak cik pergi ke tempat itu. Tetapi pak cik berdegil, sehinggalah ayah pak cik menceritakan suatu kisah tentang kawasan hutan yang terdapat di situ. “Menurut cerita ayah Pak Cik Labi, kawasan hutan di atas kampung itu merupakan tempat larangan. Tiada seekor binatang pun yang berani berjalan mendekati kawasan itu. Kononnya, ada seekor mawas gergasi yang besar menetap di dalam hutan itu. Mawas gergasi itu tidak suka akan binatang-binatang lain. Sekiranya dia ternampak binatang-binatang lain di hutan itu, dia akan terus menangkap binatang-binatang tersebut. Malah, tapak kaki besar yang terdapat di kampung itu dipercayai tapak kaki mawas gergasi itu. “Menurut ayah Pak Cik Labi lagi, pernah sekali, seekor singa yang gagah telah mencuba masuk ke dalam hutan itu untuk bertemu dengan mawas gergasi itu. Tetapi, selepas masuk ke dalam hutan itu, tiada seekor binatang pun yang pernah melihat singa itu lagi. Banyak binatang yang percaya bahawa singa itu telah dibunuh oleh mawas gergasi itu,” jelas Mat Labi dengan panjang lebar. Pak Kura dan Mak Kura juga begitu asyik mendengar cerita Mat Labi. Kuti Kura pula terus terdiam di situ. Dia mula berasa takut selepas memikirkan semula kisah yang diceritakan oleh Pak Cik Labinya itu. “Cerita itu cerita benarkah, Pak Cik Labi?” tanya Kuti Kura selepas itu. “Memang cerita benar!” pintas Mak Kura di situ. 5

S.MatLabi-Misteri Mws Gergasi

12/28/06

8:28 PM

Page 6

“Kamu panjatlah lagi kawasan air terjun ini, Kuti. Kalau terserempak dengan mawas gergasi itu, baru kamu tahu. Biar mawas gergasi itu menangkap kamu dan menjadikan kamu anak angkatnya selepas ini. Biarlah kamu tinggal di dalam hutan sahaja!” usik Mak Kura lagi. Pak Kura dan Mat Labi terus ketawa terkekek-kekek selepas mendengar usikan Mak Kura itu. Kuti Kura pula mula berasa takut. Malah, dia mula menarik kepalanya masuk ke dalam cangkerangnya. “Janganlah takut, Kuti. Emak kamu bergurau dengan kamu sahaja tadi,” celah Mat Labi sambil ketawa. Kuti Kura pun menolak kepalanya keluar daripada cangkerangnya semula. Kuti tersenyum lebar di situ. “Maksudnya, kisah itu tadi cuma kisah rekaan sahajalah, ya, Pak Cik Labi?” tanya Kuti mencari kepastian. Mat Labi menganggukkan kepalanya sambil tersenyum lebar. “Tolong! Tolong! Mawas gergasi! Mawas gergasi!” Tiba-tiba kedengaran pekikan dari arah atas.

6

S.MatLabi-Misteri Mws Gergasi

12/28/06

8:28 PM

Page 7

BAB 2

Misteri Mawas Gergasi

Suasana di sekitar kawasan air terjun itu terus

menjadi kecoh. Semua binatang yang sedang mandimanda dan berkelah di kawasan itu terus lari lintangpukang. Kuti Kura berasa begitu takut sekali selepas mendengar pekikan itu. Dia terus memeluk Pak Kura dan menangis teresak-esak di situ. Pak Kura terus mengarahkan Mak Kura membawa anak mereka, Kuti Kura ke tempat meletak kereta. Mat Labi berasa sangat marah selepas mendengar pekikan itu. Pekikan itu telah menyebabkan keadaan di kawasan itu menjadi huru-hara. Mat Labi terus memandang ke atas. Dia mendapati, seekor tupai terjeritjerit menyebut mawas gergasi sambil berlari menuruni kawasan yang beralun itu. Tanpa berlengah lagi, Mat Labi terus berjalan ke arah tupai itu dan menghalangnya. “Mengapakah kamu mencuba menakut-nakutkan binatang-binatang lain?” tanya Mat Labi dengan marah sekali. Tupai itu berdiri tercungap-cungap di situ lalu berkata, “Saya tidak mencuba menakutkan binatangbinatang lain! Saya sendiri yang terserempak dengan mawas gergasi di dalam hutan itu!” 7

S.MatLabi-Misteri Mws Gergasi

12/28/06

8:28 PM

Page 8

“Kamu jangan merepek! Apakah buktinya?” balas Mat Labi dengan marah. “Semua penduduk kampung boleh menjadi saksi! Bukan saya sahaja yang melihat mawas gergasi itu. Hampir semua penduduk kampung turut melihat mawas gergasi itu!” pekik tupai itu. Mat Labi terkaku selepas mendengar kata-kata tupai itu. Mat Labi cuma tersedar daripada lamunannya selepas dia terdengar bunyi pekikan itu semula. “Aaahhhh!” Kedengaran pekikan yang amat panjang sekali dari arah atas. Mat Labi dan Pak Kura memandang ke atas. Mereka berasa sungguh terkejut apabila melihat begitu banyak tupai yang sedang berlari turun dari kawasan air terjun itu. Malah, ada banyak tupai yang telah terjatuh di dalam sungai akibat keadaan yang kecoh itu. Mat Labi terus mencuba mengawal keadaan. Kemudian, Pak Kura dan Mat Labi terus bergegas ke bahagian atas kawasan air terjun itu. Tidak lama kemudian, Mat Labi dan Pak Kura pun sampai di sebuah kawasan yang beralun. Terdapat sebuah kampung di situ. Namun, keadaan di kawasan kampung itu sudah lengang. Semasa Mat Labi dan Pak Kura sampai di situ, masih ada tupai-tupai yang sedang mencuba melarikan diri dari kawasan kampung itu. Banyak barang yang turut dibawa bersama-sama mereka.

8

S.MatLabi-Misteri Mws Gergasi

12/28/06

8:28 PM

9

Page 9

S.MatLabi-Misteri Mws Gergasi

12/28/06

8:28 PM

Page 10

Mat Labi dan Pak Kura segera berjalan mendekati seekor tupai yang berkaca mata dan agak tua. Tidak seperti tupai-tupai yang lain, tupai tua itu tidak membawa apa-apa barang. “Bagaimanakah keadaan encik?” tanya Mat Labi. “Keadaan saya baik. Saya cuma mahu meninggalkan tempat ini untuk seketika waktu,” jelas tupai tua itu. “Encik pun terserempak dengan mawas gergasi itu tadi?” tanya Pak Kura pula. “Tidak, tetapi banyak penduduk yang terserempak dengan mawas gergasi itu,” jawab tupai tua itu. “Mengapakah encik tidak membawa barang- barang encik?” tanya Pak Kura agak hairan “Sebenarnya, saya bercadang untuk pulang ke kampung ini semula. Saya mahu meninggalkan tempat ini untuk sementara waktu sahaja. Seperti kebanyakan tupai yang lain, saya terkejut apabila terdengar tentang mawas gergasi itu. Saya terlalu panik,” jawab tupai tua itu. “Mengapakah encik masih mahu pulang ke kampung ini?” tanya Mat Labi pula. “Sebenarnya, saya bukanlah penduduk tetap di kampung ini. Saya cuma bekerja di sini. Nama saya Doktor Tat Tupai. Saya penyelidik barang-barang purba,” jelas tupai itu. “Penyelidik barang-barang purba?” tanya Pak Kura. “Ya, sebenarnya saya datang ke sini untuk menyelidik batu yang mempunyai tapak kaki mawas 10

S.MatLabi-Misteri Mws Gergasi

12/28/06

8:28 PM

Page 11

gergasi yang terdapat di Kampung Tupai. Selepas menjalankan siasatan, saya dapati kawasan itu mempunyai nilai sejarah. Atas sebab itulah, saya mahu meneruskan penyelidikan ini,” jelas Doktor Tat Tupai. “Maksudnya, mawas gergasi itu juga merupakan sebahagian daripada penyelidikan doktor?” tanya Mat Labi pula. Doktor Tat Tupai itu ketawa berdekah-dekah. “Sepatutnya, mawas gergasi itu merupakan sebahagian daripada kajian saya. Tetapi, selama ini, saya memang tidak percaya akan kewujudan mawas itu. Selepas kamu bertanyakan soalan itu, saya berasa malu pula sekarang. Saya sepatutnya mengkaji tapak kaki mawas itu, tetapi selepas mendengar pekikan tupai-tupai itu, saya pula yang berasa takut dan melarikan diri bersama-sama mereka. Memang memalukan sekali!” jelas doktor itu. Mat Labi dan Pak Kura terus bersembang dengan Doktor Tat Tupai. Doktor itu memang peramah. Bagaimanapun, sebagai salah seekor tupai yang mendiami kawasan kampung itu, Mat Labi dan Pak Kura mengajak Doktor Tat Tupai untuk pergi ke balai polis. Seperti tupai-tupai lain yang telah melarikan diri tadi, Mat Labi dan Pak Kura harus mengambil keterangan lanjut daripada doktor itu. Selepas itu, barulah Mat Labi dan Pak Kura boleh meneruskan siasatan tentang kes itu.

11

S.MatLabi-Misteri Mws Gergasi

12/28/06

8:28 PM

Page 12

BAB 3

Siasatan Lanjut

Selepas menghantar Kuti Kura dan Mak Kura pulang

ke rumah, Mat Labi dan Pak Kura terus ke balai polis. Mereka benar-benar tergamam apabila sampai di hadapan Balai Polis Alam Rimba. Balai polis itu dipenuhi dengan begitu banyak tupai. Hampir semua tupai yang berkumpul di situ berasal dari Kampung Tupai.

Anggota polis yang bertugas begitu sibuk mengambil keterangan daripada tupai-tupai itu. Pada masa yang sama, anggota polis itu juga menghadapi masalah yang besar. Hal ini kerana tupai-tupai itu memberikan keterangan yang berbeza-beza tentang mawas gergasi yang telah dilihat mereka. Ada setengah-setengah tupai yang mengatakan bahawa mawas gergasi itu memang besar sekali saiznya. Ada pula tupai yang mendakwa melihat lebih daripada seekor mawas gergasi. Lebih banyak tupai lagi yang berkata bahawa mawas itu ganas sekali. Gigi mawas itu sungguh tajam. Bulunya berwarna perang dan lebat sekali. Menurut setengah-setengah tupai itu, mawas itu mengeluarkan bunyi yang begitu menggerunkan sekali. Selepas sehari suntuk mengambil keterangan daripada tupai-tupai ini, anggota polis yang bertugas itu 12

S.MatLabi-Misteri Mws Gergasi

12/28/06

8:28 PM

13

Page 13

S.MatLabi-Misteri Mws Gergasi

12/28/06

8:28 PM

Page 14

menghadapi masalah yang lain pula. Tidak ada seekor tupai pun yang mahu pulang ke kampung halaman mereka semula. Mereka takut akan diserang oleh mawas gergasi itu. Doktor Tat Tupai yang bercadang untuk pulang ke kampung itu turut menunda niatnya. Katanya, dia juga berasa takut untuk pulang ke kampung itu bersendirian. Mat Labi dan Pak Kura pun meminta bantuan daripada jabatan lain untuk menempatkan tupai-tupai itu buat sementara waktu di tempat yang selamat. Akhirnya, tupai-tupai itu ditempatkan di sebuah dewan sekolah. Selepas itu, Mat Labi dan Pak Kura berkumpul di pejabat mereka semula. Mereka berbincang dengan lebih mendalam tentang kes itu. “Nampaknya, ada pelbagai cerita yang diberitahu oleh tupai-tupai itu, Pak Kura,” kata Mat Labi. “Memang benar, Labi, tetapi kesimpulannya, hampir semua tupai itu melihat mawas gergasi itu. Maksudnya, kewujudan mawas gergasi itu bukannya kisah rekaan lagi. Mawas gergasi itu memang benar-benar wujud,” jelas Pak Kura. “Selalunya, saya tidak mempercayai kisah-kisah sebegini. Namun, memang betul kata Pak Kura tadi. Terlampau banyak saksi yang mendakwa melihat mawas gergasi itu. Tidak mungkin mereka semua menipu semasa memberikan keterangan tadi,” sambung Mat Labi. “Jadi, apakah yang harus kita lakukan sekarang, Labi?” tanya Pak Kura. 14

S.MatLabi-Misteri Mws Gergasi

12/28/06

8:28 PM

Page 15

“Sekiranya benar mawas gergasi itu wujud, kita harus menangkapnya dengan segera. Sekiranya tidak, tentu tupai-tupai itu akan terus hidup dalam ketakutan,” jelas Mat Labi. “Kamu berani hendak menangkap mawas gergasi yang ganas itu, Labi?” tanya Pak Kura. “Kalau kamu berani sekalipun, di manakah kita hendak meletakkan mawas gergasi itu nanti?” “Janganlah bimbang, Pak Kura. Saya sudah pun memikirkan caranya. Kalau kita berjaya menangkap mawas itu, kita boleh meletakkannya di dalam Zoo Binatang Buas bersama-sama dengan binatang buas dari Asia, Eropah, dan Afrika yang terdapat di dalam zoo itu,” jelas Mat Labi.

Pak Kura sekadar menggeleng-gelengkan kepalanya. “Entahlah, Labi. Sepanjang hidup saya menjadi anggota polis, tak pernah terlintas dalam fikiran saya bahawa kita akan ditugaskan untuk menangkap mawas gergasi,” kata Pak Kura. 15

S.MatLabi-Misteri Mws Gergasi

12/28/06

8:28 PM

Page 16

“Janganlah bimbang, Pak Kura. Nampaknya hari sudah pun malam. Marilah kita pulang dahulu,” cadang Mat Labi. Pak Kura pun meminta diri untuk pulang ke rumah. Mat Labi juga turut pulang ke rumahnya selepas itu. Mat Labi sudah mempunyai rancangannya sendiri. Sebelum menangkap mawas gergasi itu, Mat Labi mahu mengkaji latar belakang dan kelakuan mawas itu terlebih dahulu. Mat Labi juga mahu mengkaji latar belakang hutan dan kawasan di sekitar Kampung Tupai. Selepas itu pula, Mat Labi bercadang untuk membuat penyelidikan di Perpustakaan Besar Alam Rimba. Mat Labi juga akan mendapatkan bantuan Doktor Tat Tupai sekiranya perlu. Pada keesokan harinya, Mat Labi bangun awal. Dia terus menunggang motosikalnya ke Perpustakaan Besar Alam Rimba. Mat Labi mencari buku-buku yang berkaitan dengan binatang buas di dalam perpustakaan itu. Malangnya, buku-buku yang dicarinya itu tidak memuatkan maklumat tentang latar belakang mawas gergasi. Cuma ada sebuah buku yang mengandungi maklumat tentang mawas gergasi. Namun, menurut buku itu, mawas gergasi merupakan sejenis mawas yang sudah pupus sejak beratus-ratus tahun dahulu. 16

S.MatLabi-Misteri Mws Gergasi

12/28/06

8:28 PM

Page 17

Yang paling aneh, menurut buku itu juga, mawas gergasi bukanlah haiwan yang ganas. Malah, mawas gergasi tidak akan mengganggu binatang-binatang lain selagi dia tidak diganggu. Mat Labi mula meragui keterangan yang diberikan oleh tupai-tupai itu sebelum ini. Mungkinkah tupai-tupai itu telah berbohong? Ataupun, jika mawas itu benar-benar wujud, mungkinkah terdapat tupai-tupai yang telah menceroboh kawasan hutan dan mencuba mengganggu mawas gergasi itu? Mat Labi tidak dapat berfikir panjang lagi. Untuk sementara waktu, dia mahu melupakan tentang mawas gergasi itu. Dia mahu mengetahui dengan lebih lanjut tentang kehidupan di Kampung Tupai. Jadi, Mat Labi pun meninggalkan perpustakaan itu dan terus pergi ke dewan sekolah. Mat Labi mahu menemu ramah tupai-tupai dari Kampung Tupai dan bertemu dengan Doktor Tat Tupai.

17

S.MatLabi-Misteri Mws Gergasi

12/28/06

8:28 PM

Page 18

BAB 4

Menemu Ramah Tupai

Mat Labi sampai di dewan sekolah itu sejam

kemudian. Mat Labi berasa agak terkejut apabila melihat bilangan tupai di situ telah berkurangan berbanding semalam. Selepas bercakap dengan beberapa ekor tupai di situ, tahulah Mat Labi tentang keadaan yang sebenarnya. Banyak tupai yang telah pulang ke kampung halaman mereka. Sebelum semua tupai itu pulang, Mat Labi mengambil kesempatan itu untuk menemu ramah mereka. Daripada keterangan yang diberi oleh tupai-tupai itu, Mat Labi mengetahui tentang sejarah dan cara hidup mereka. Dari segi sejarah, Kampung Tupai itu merupakan suatu kawasan yang bersejarah. Beribu-ribu tahun dahulu, Sungai Tupai dipercayai menjadi tempat perlombongan. Banyak pihak yang mencuba menawan kawasan Sungai Tupai. Kali terakhir Sungai Tupai ditawan adalah semasa pemerintahan askar kura-kura Jepun berpuluh-puluh tahun dahulu. Menurut cerita tupai-tupai itu, pada ketika itulah, tapak kaki mawas gergasi dijumpai. Kesan tapak kaki 18

S.MatLabi-Misteri Mws Gergasi

12/28/06

8:28 PM

Page 19

mawas gergasi itu terdapat di atas sebuah batu yang besar. Tambah tupai-tupai itu lagi, berpuluh-puluh ekor askar kura-kura Jepun telah dihantar ke dalam hutan untuk mengangkat batu yang mempunyai kesan tapak kaki mawas gergasi itu. Selepas itu, batu tersebut terus diletakkan di kawasan markas mereka. Pada ketika itu jugalah, mawas gergasi dipercayai muncul dan mencuba mengganggu askar kura-kura Jepun yang menetap di situ. Menurut cerita, mawas gergasi itu marah kerana askar-askar itu telah mencuri batu yang mempunyai kesan tapak kakinya. Batu itu dipercayai merupakan kasut yang dipakai oleh mawas gergasi itu. Mat Labi hampir-hampir ketawa selepas mendengar kenyataan terakhir itu. Namun, dia mencuba menahan ketawanya. Dia masih mahu mengetahui tentang latar belakang dan sejarah penduduk di situ. Menurut sejarah, askar kura-kura Jepun itu terus berpindah selepas kerap kali diganggu oleh mawas gergasi itu. Tapak kaki mawas gergasi itu ditinggalkan di tempat itu sehinggalah ke hari ini. Selepas kejadian itu juga, mawas gergasi itu tidak kelihatan lagi di manamana. Menurut tupai-tupai itu juga, kebanyakan daripada mereka bekerja sebagai petani di tanah subur sepanjang Sungai Tupai. Sungai Tupai pula menjadi sumber air dan makanan mereka. Selepas mendengar penerangan yang panjang lebar itu, barulah Mat Labi berpuas hati. Mat Labi tidak mahu membuang masa lagi. Dia terus 19

S.MatLabi-Misteri Mws Gergasi

12/28/06

8:28 PM

Page 20

menunggang motosikalnya sehingga sampai di kawasan Air Terjun Sungai Tupai. Selepas meletakkan motosikalnya di tempat meletak kenderaan yang telah disediakan, Mat Labi mendaki kawasan beralun itu untuk pergi ke Kampung Tupai. Sudah ada banyak tupai di situ yang meneruskan kehidupan mereka seperti biasa. Kebanyakan anak-anak tupai sudah mula bermain di sekitar kawasan itu. Selepas melihat anak-anak tupai itu, Mat Labi berasa kasihan pula akan nasib mereka. Sekiranya mawas gergasi itu benar-benar wujud, sudah tentu nyawa anakanak tupai itu akan terancam. Tanpa mahu melengahkan masa lagi, Mat Labi pun terus memeriksa kawasan sekitar. Mat Labi bercadang untuk menangkap mawas gergasi itu dengan seberapa segera. Semasa berjalan di sekitar kawasan kampung itu, Mat Labi telah bertembung dengan Doktor Tat Tupai. “Apa khabar, inspektor?” tanya Doktor Tat Tupai. “Khabar baik,” balas Mat Labi. “Apakah yang kamu buat di sini?” tanya Doktor Tat lagi. “Sebenarnya, saya sedang mengkaji kawasan di sekitar kampung ini. Saya risau akan keselamatan penduduk kampung. Saya ingin menangkap mawas gergasi itu dengan segera,” jelas Mat Labi. “Memang bagus sekali niat kamu itu. Kalau kamu memerlukan apa-apa bantuan, inspektor, janganlah 20

S.MatLabi-Misteri Mws Gergasi

12/28/06

8:28 PM

Page 21

berasa malu pula untuk memberitahu saya. Saya memang bersedia untuk membantu,” jelas Doktor Tat Tupai dengan bersungguh-sungguh. “Menyebut tentang perkara itu, saya memang memerlukan bantuan doktor. Sebenarnya, saya telah membuat kajian tentang mawas gergasi itu di perpustakaan. Namun, saya dapati, maklumat tentang mawas itu begitu terhad. Mungkin doktor boleh memberikan sedikit penjelasan tentang mawas itu,” kata Mat Labi. Doktor Tat Tupai ketawa kecil. “Janganlah kamu percaya sangat akan apa yang telah kamu baca di perpustakaan itu. Maklumat dalam buku-buku itu tidak boleh digunakan lagi. Sebenarnya, legenda mawas gergasi ini bukan sahaja ada di Alam Rimba tetapi juga di tempat-tempat lain. Saya telah banyak melawat tempat lain. Tempat-tempat lain juga mempunyai legendanya yang tersendiri. Namun, satu persamaan yang ketara tentang legenda ini ialah keganasan mawas gergasi itu sendiri,” jelas Doktor Tat Tupai. “Tetapi, daripada apa yang saya baca di perpustakaan, mawas gergasi tidak termasuk dalam kumpulan haiwan yang ganas,” sambung Mat Labi. “Saya tahu. Menurut buku itu, mawas gergasi cuma akan mengganggu sekiranya dirinya diganggu binatang lain. Namun, maklumat dalam buku itu sudah tidak boleh diterima pakai lagi. Saya ada beberapa buah buku yang lebih baik. Sekiranya kamu mahu, saya boleh mendapatkannya sekarang,” cadang Doktor Tat Tupai.

21

S.MatLabi-Misteri Mws Gergasi

12/28/06

8:29 PM

22

Page 22

S.MatLabi-Misteri Mws Gergasi

12/28/06

8:29 PM

Page 23

Mat Labi bersetuju sekali dengan cadangan itu. Doktor Tat Tupai menjemput Mat Labi ke pejabat sementaranya. Namun, Mat Labi menolak ajakan itu. Kata Mat Labi, hari sudah semakin gelap. Sementara menunggu Doktor Tat Tupai membawa buku itu, Mat Labi bercadang untuk mengkaji batu yang mempunyai kesan tapak kaki mawas gergasi yang terdapat di kampung itu. Doktor Tat Tupai bersetuju dengan cadangan Mat Labi itu lalu meminta diri dari situ. Mat Labi terus berjalan ke arah batu besar itu untuk memerhatikan kesan tapak kaki itu. Tiba-tiba, dia berasa amat takut sekali apabila mendapati saiz kesan tapak kaki yang terdapat di atas batu itu. “Sekiranya benar mawas gergasi itu wujud, tentu besar sekali mawas itu,” fikir Mat Labi. Mat Labi pun menyentuh permukaan batu itu. Dia mendapati batu itu agak berdebu. “Mungkin juga itu bukan kesan tapak kaki mawas. Mungkin kesan tapak kaki itu terbentuk akibat rekahan sahaja,” fikir Mat Labi. Selepas itu, Mat Labi pun mengambil sedikit sampel batu itu dan memasukkannya ke dalam sebuah plastik kecil. Mat Labi meninggalkan tempat itu lalu berjalan ke arah sungai yang terdapat di situ pula. “Tolong! Mawas gergasi! Mawas gergasi!” Secara tiba- tiba, kedengaran bunyi jeritan itu dari arah belakang.

23

S.MatLabi-Misteri Mws Gergasi

12/28/06

8:29 PM

Page 24

BAB 5

Jelmaan Mawas Gergasi

Mat Labi terus mengeluarkan pistolnya dan meluru

ke arah jeritan itu. Kawasan di sekitar Kampung Tupai mula huru-hara jadinya. Mat Labi terpaksa mengetepikan perasaan takutnya dan berlari mendekati tupai betina yang sedang menjerit ketakutan itu. “Di manakah mawas gergasi itu?” tanya Mat Labi dengan segera. “Di dalam hutan! Mawas gergasi itu sudah berlari masuk ke dalam hutan selepas menangkap dan membunuh anak ayam peliharaan saya!” pekik tupai betina itu. Mat Labi terus memandang ke arah tanah tidak jauh dari tempat dia berdiri. Kelihatan bangkai seekor ayam yang berlumuran darah di situ. “Nampaknya, kata-kata awal Doktor Tat Tupai itu memang ada kebenarannya. Mawas gergasi ini memang ganas dan sanggup membunuh binatang lain untuk mendapatkan makanan,” fikir Mat Labi. 24

S.MatLabi-Misteri Mws Gergasi

12/28/06

8:29 PM

Page 25

Mat Labi semakin bimbang akan keselamatan tupaitupai di dalam kawasan kampung itu. Tanpa berfikir panjang, Mat Labi terus berlari masuk ke dalam kawasan hutan itu. Mat Labi mengekori titisan-titisan darah yang terdapat di atas tanah. Selepas titisan darah itu tidak kelihatan lagi, Mat Labi terus berhenti di situ. Mat Labi pasti, tentu mawas gergasi itu berada tidak jauh dari tempat itu. Debaran semakin terasa. Mat Labi terus mengacukan pistolnya ke serata arah. Bila-bila masa sahaja, mawas gergasi itu mungkin akan muncul di hadapan matanya. “Grrraaaauuu!!!” Tiba-tiba, kedengaran bunyi yang begitu menggerunkan sekali. Mat Labi terus menoleh dan mendapati seekor mawas yang besar sedang meluru ke arahnya. Mat Labi mencuba menembak mawas itu tetapi mawas itu bertindak dengan lebih pantas lagi. Mawas itu terus mencakar tangan Mat Labi menyebabkan pistol Mat Labi terlepas daripada tangannya. Selepas itu, mawas itu mencuba menerpa ke arah Mat Labi sambil mengangakan mulutnya yang penuh dengan darah dan bulu ayam. Tanpa berfikir panjang, Mat Labi terus mengambil seketul batu di atas tanah lalu membaling mawas gergasi itu. Batu itu mengenai tepat pada muka mawas itu. Oleh sebab kesakitan, mawas gergasi itu terus menghilangkan diri ke dalam hutan.

25

S.MatLabi-Misteri Mws Gergasi

12/28/06

8:29 PM

26

Page 26

S.MatLabi-Misteri Mws Gergasi

12/28/06

8:29 PM

Page 27

Mat Labi ingin mengejarnya. Namun, hari sudah malam. Pistol Mat Labi pula hilang entah ke mana. Tambahan pula, kecederaan yang dialami Mat Labi pada tangannya itu perlu dirawat. Akhirnya, Mat Labi memutuskan untuk keluar dari hutan itu dengan segera. Semasa berjalan keluar dari hutan itu, Mat Labi benar-benar berasa letih sekali. Dia hampir-hampir pengsan di situ. Mujurlah, Doktor Tat Tupai yang kebetulan lalu di situ pantas memapah Mat Labi. “Lebih baik kamu berehat di pejabat saya sahaja untuk sementara waktu. Lagipun hari sudah gelap,” ajak Doktor Tat Tupai. Oleh sebab tiada pilihan lain, Mat Labi terus bersetuju. Doktor Tat Tupai cepat-cepat kembali ke pejabatnya. Tidak lama kemudian, Doktor Tat datang semula bersama-sama sebuah kereta sorong untuk membawa Mat Labi yang sudah tidak terdaya untuk berjalan ke rumahnya. Selepas berehat hampir setengah jam di pejabat Doktor Tat Tupai, Mat Labi meminta diri. Dia mahu meneruskan siasatan. Mat Labi sampai di Balai Polis Alam Rimba tidak lama kemudian. Sungguhpun masih tercedera dan berada dalam keadaan lemah, namun Mat Labi tetap mahu bergegas ke makmal sains. Dia mahu menjalankan penyelidikan lanjutan di situ.

27

S.MatLabi-Misteri Mws Gergasi

12/28/06

8:29 PM

Page 28

Semasa berjalan ke arah makmal itu, Mat Labi telah bertembung dengan Pak Kura. “Eh, Labi, ke manakah kamu pergi sepanjang hari ini? Saya baru sahaja menerima laporan tentang serangan mawas gergasi di Kampung Tupai,” jelas Pak Kura dengan cemas sekali. “Saya tahu, Pak Kura. Sebenarnya, saya juga berada di sana. Saya sendiri telah bertembung dengan mawas gergasi itu,” jawab Mat Labi. “Maksudnya, benarlah mawas gergasi itu wujud, Labi?” tanya Pak Kura. “Sebenarnya, saya sendiri telah diserang oleh seekor mawas yang besar. Tetapi, saya tidak pasti, adakah mawas itu yang dikatakan mawas gergasi. Mawas yang menyerang saya itu tidaklah sebesar yang saya sangkakan,” balas Mat Labi. “Mawas itu menyerang kamu tadi?” tanya Pak Kura dengan cemas sekali. “Memang benar. Dia telah mencakar dan mencuba membunuh saya,” balas Mat Labi dan menunjukkan kesan lukanya. “Mat Labi, saya rasa lebih baik kamu pergi mendapatkan rawatan di hospital dengan segera. Takut pula kalau-kalau kuku mawas itu beracun,” jelas Pak Kura. “Memanglah saya hendak pergi ke hospital sekarang, tetapi Pak Kura yang menghalang saya!” balas Mat Labi sambil berseloroh.

28

S.MatLabi-Misteri Mws Gergasi

12/28/06

8:29 PM

Page 29

Pak Kura menggeleng-gelengkan kepala sambil ketawa kecil. “Biarlah saya bantu kamu, Mat Labi,” jawab Pak Kura. Mat Labi pun bersetuju. Selepas pergi ke hospital dan menerima rawatan, Mat Labi dan Pak Kura terus pergi ke makmal sains. Mat Labi menyerahkan beberapa bahan yang diperolehnya untuk dikaji selidik. Selepas selesai tugas mereka itu, Mat Labi dan Pak Kura pun pulang ke rumah masing-masing. Mat Labi tidak mampu tidur dengan nyenyak pada malam itu. Dia mendapat suatu mimpi buruk. Dalam mimpi buruk itu, Mat Labi telah melihat bagaimana mawas gergasi itu telah menyerang anak-anak tupai yang tidak berdosa. Mat Labi berasa sedih dan takut sekali selepas mengenangkan mimpinya itu. “Mawas itu masih lagi bermaharajalela di dalam hutan. Aku mungkin cuma bermimpi, tetapi mimpiku itu boleh bertukar menjadi kenyataan pada bila-bila masa sahaja,” fikir Mat Labi. Mat Labi masih tidak dapat tidur selepas itu.

29

S.MatLabi-Misteri Mws Gergasi

12/28/06

8:29 PM

Page 30

BAB 6

Serangan Terakhir

Sebaik-baik sahaja matahari terbit pada keesokan

harinya, Mat Labi terus bergegas ke Kampung Tupai. Mat Labi sudah lebih bersedia pada kali ini. Malah, sebagai langkah keselamatan, Mat Labi turut membawa dua pucuk pistol. Setibanya di situ, Mat Labi berasa amat terkejut sekali. Dia mendapati beberapa ekor tupai sedang mengerumuni tempat batu yang mempunyai kesan tapak kaki mawas gergasi itu diletakkan. Mat Labi terus bergegas ke kawasan yang menjadi tumpuan tupai-tupai itu. Alangkah terkejutnya Mat Labi apabila mendapati batu itu tidak ada lagi di situ. Mat Labi terserempak dengan Doktor Tat Tupai yang turut berada di situ. Doktor Tat Tupai kelihatan begitu sedih dan marah sekali. “Apakah yang telah berlaku, doktor?” tanya Mat Labi. “Mawas itu telah keluar dari hutan dan mengambil batu itu, semalam!” kata Doktor Tat Tupai. Selepas itu, Doktor Tat Tupai terus beredar dari situ dengan marah sekali. 30

S.MatLabi-Misteri Mws Gergasi

12/28/06

8:29 PM

Page 31

Mat Labi berasa risau apabila melihat keadaan Doktor Tat Tupai, lalu dia pun mengekori Doktor Tat Tupai. “Kamu hendak ke mana, doktor?” tanya Mat Labi. “Saya tidak mahu berdiam diri lagi. Selama bertahuntahun saya menghabiskan masa saya untuk mengkaji batu itu, senang-senang sahaja mawas itu mencurinya. Saya mahu membunuh mawas itu! Saya tidak mahu terus hidup dalam ketakutan lagi!” Doktor Tat Tupai terus masuk ke dalam pejabatnya lalu mengeluarkan senapangnya. “Bolehkah kamu membantu saya, Mat Labi?” tanya Doktor Tat Tupai. Mat Labi menganggukkan kepala. Memang itu pun niat Mat Labi sejak mendapat mimpi buruk semalam. Selepas itu, Mat Labi dan Doktor Tat Tupai pun masuk ke dalam kawasan hutan itu bersama-sama. Mereka mencari mawas gergasi itu di serata arah, tetapi tetap tidak menjumpai bayangan mawas gergasi itu. Akhirnya, Mat Labi bersetuju dengan cadangan Doktor Tat Tupai supaya mereka berpecah. Mat Labi terus berjalan mengikuti denai yang terdapat di situ. Mat Labi mula mengesan sesuatu yang aneh apabila mendapati terdapat serpihan-serpihan batu kecil di atas tanah. Serpihan batu itu seolah-olah sama seperti serpihan batu besar yang mempunyai kesan tapak kaki mawas itu. Mat Labi menjadi semakin berdebar-debar. Dia pasti bahawa batu besar itu berada tidak jauh dari tempatnya. 31

S.MatLabi-Misteri Mws Gergasi

12/28/06

8:29 PM

Page 32

Sekiranya batu itu berada tidak jauh dari tempatnya, sudah tentu mawas gergasi itu juga berada di sekitar kawasan itu sahaja. Jangkaan Mat Labi memang tepat sekali. Selepas berjalan beberapa langkah ke hadapan, Mat Labi akhirnya menemui batu besar itu. Mat Labi terus memandang ke serata arah untuk memeriksa keadaan batu itu. Dia takut kalau-kalau mawas itu muncul pada bila-bila masa sahaja. Namun, lain yang dicari Mat Labi, lain pula yang ditemuinya. Mat Labi memandang jauh ke hadapan dan mendapati terdapat sebatang denai yang panjang di situ. Denai itu seolah-olah jalan pintas yang menghubungkan tempat itu dengan jalan besar. “Mustahil mawas gergasi itu menggunakan jalan pintas ini untuk keluar ke jalan besar. Bukankah mawas itu tinggal di dalam hutan sahaja?” Mat Labi bercakap dengan dirinya sendiri. Selepas itu, Mat Labi memandang ke arah suatu benda yang terdapat di kawasan belukar di tepinya. Dia berjalan mendekati benda itu. Rupa-rupanya, ada sebuah kereta sorong yang diletakkan di situ! Di dalam kereta sorong itu pula, kelihatan sepasang kayu yang agak panjang dan dibuat khas untuk dipakai pada kaki. Di tepi kayu itu pula, kelihatan sebuah beg plastik besar.

32

S.MatLabi-Misteri Mws Gergasi

12/28/06

8:29 PM

Page 33

Mat Labi mula mengesyaki sesuatu. Tanpa berfikir panjang, Mat Labi pun terus mendekati kereta sorong itu. Dia terus meleraikan ikatan beg plastik yang besar itu. Alangkah terkejutnya Mat Labi apabila dia mendapati di dalam beg plastik itu terdapat satu sut sarung yang lengkap menyerupai seekor mawas yang besar. “Ada sesuatu yang tak kena. Tak mungkin mawas sebenar itu memerlukan kereta sorong untuk mengangkat batu ini! Kayu ini pula dipakai dengan tujuan supaya kelihatan lebih tinggi daripada saiz yang sebenar. Bagaimana pula dengan sarung mawas ini? Janganjangan ada haiwan yang mencuba untuk menyamar!” Mat Labi mencuba berteka-teki. “Memang benar, inspektor!” Tiba-tiba kedengaran suatu suara dari arah belakangnya. Mat Labi terus menoleh dan mendapati Doktor Tat Tupai sedang mengacukan muncung senapang ke arahnya. Mat Labi berasa begitu marah sekali. “Rupa-rupanya, kamulah dalang di sebalik peristiwa ini!” “Memang benar, inspektor. Sayang sekali, kamu sahaja yang mengetahuinya. Itu pun hanya untuk sementara waktu sebelum saya menembak kamu selepas ini,” jawab Doktor Tat Tupai. Mat Labi semakin memahami apa yang berlaku. Kekeliruan Mat Labi terjawab juga akhirnya. “Oh, rupa-rupanya kamulah yang menyamar selama ini! Kamu memakai kayu yang tinggi itu supaya badan 33

S.MatLabi-Misteri Mws Gergasi

12/28/06

8:29 PM

34

Page 34

S.MatLabi-Misteri Mws Gergasi

12/28/06

8:29 PM

Page 35

kamu yang kecil nampak lebih tinggi. Sarung mawas itu pula kamu pakai untuk menyamar sebagai mawas gergasi!” “Ha, ha, ha!” Doktor Tat Tupai ketawa selepas melihat kerutan pada wajah Mat Labi. “Terima kasih, Mat Labi, tetapi ini bukanlah bermaksud yang saya bijak dalam segala-galanya. Cuma penduduk kampung ini sahaja yang bodoh hingga sanggup mempercayai cerita karut itu!” “Maksudnya, mawas itu memang tidak wujud?” tanya Mat Labi, untuk mendapatkan kepastian. “Entahlah, menurut legenda, mawas itu memang wujud, tetapi mawas yang menyerang kamu semalam memang bukan mawas sebenar!” kata Doktor Tat Tupai. “Sayalah yang telah mencederakan tangan kamu semalam, inspektor”. “Kenapa kamu berbuat demikian? Kenapakah kamu sanggup mengganggu kehidupan penduduk di kampung ini?” tanya Mat Labi dengan marah sekali. “Mudah sahaja, inspektor. Saya memerlukan batu yang besar itu. Saya harus memindahkan batu besar itu dari tempatnya. Tetapi, tupai-tupai di kampung itu terlalu memuja batu itu. Saya terpaksa menyamar sebagai mawas untuk menghalau mereka dari kampung itu. Saya mahukan batu yang besar itu. Tiada sesiapa pun yang boleh memilikinya kecuali saya!” kata Doktor Tat Tupai dengan tegas. “Kamu boleh mengambil batu yang tak berguna itu. Kami semua tidak memerlukannya!” balas Mat Labi dengan marah. 35

S.MatLabi-Misteri Mws Gergasi

12/28/06

8:29 PM

Page 36

“Jangan bertindak melulu, inspektor. Kalau kamu tahu isi kandungan batu itu, mungkin kamu juga akan memerlukannya! Berdasarkan kajian saya, batu itu padat dengan bijih emas yang mungkin telah dilombong beriburibu tahun dahulu. Selama ini, tiada sesiapa pun yang tahu. Tupai-tupai yang menetap di tempat ini memang bodoh. Mereka percaya akan perkara-perkara karut. Tapak kaki mawas gergasi, konon! Saya sudah lama menjalankan penyelidikan di sini, jangankan mawas, monyet pun belum pernah saya jumpa!” Doktor Tat Tupai ketawa terbahak-bahak. “Kamu memang kejam! Kamu sanggup menakutnakutkan kaum kamu sendiri semata-mata hendak mengejar kekayaan itu! Tupai jenis apakah kamu ini, hah?” tanya Mat Labi dengan marah sekali. “Tupai yang bijak!” jawab Doktor Tat Tupai dengan pantas. “Jangan bercakap banyak!” Doktor Tat Tupai terus mengacukan senapangnya ke arah Mat Labi. Mat Labi berasa begitu cemas sekali. “Grraaauuu!!!” Secara tiba-tiba, kedengaran bunyi mawas yang begitu menggerunkan sekali. Doktor Tat Tupai terkejut besar dan memandang ke serata arah. Mat Labi mengambil kesempatan itu lalu meluru ke arah Doktor Tat Tupai dan menolaknya hingga jatuh tertiarap di atas tanah. Senapangnya terus dirampas oleh Mat Labi. Dengan pantas Mat Labi terus mengacukan senapang itu ke arah Doktor Tat Tupai.

36

S.MatLabi-Misteri Mws Gergasi

12/28/06

8:29 PM

Page 37

Namun, mereka menghadapi masalah yang lebih besar selepas itu. Rupa-rupanya, mawas gergasi itu memang wujud. Mawas gergasi itu sedang bersembunyi di celahcelah belukar itu. “Lebih baik kamu bunuh mawas itu dahulu! Kalau kamu membunuh saya dengan senapang itu, tentu mawas itu akan menyerang kamu nanti!” pekik Doktor Tat Tupai dengan takut sekali. Mat Labi mula berasa serba salah. Perasaan takut mula menguasai dirinya dengan tiba-tiba. Tanpa berfikir panjang, Mat Labi terus mengacukan senapang itu ke arah mawas itu. “Jangan tembak, Labi!” Tiba-tiba, mawas itu bersuara. Mat Labi berasa begitu terkejut sekali. Mawas gergasi itu bukan sahaja dapat bercakap, malahan mawas itu mengenali namanya. Dengan tiba-tiba, mawas itu berjalan keluar dari kawasan belukar itu. Mat Labi bertambah terkejut apabila melihat mawas yang berbadan kura-kura itu. Tangan kura-kura itu pula sedang memegang bahagian kepalanya. Selepas itu, ‘kepala’ mawas itu terlucut begitu sahaja. Rupa-rupanya, Pak Kura yang telah menyamar sebagai mawas tadi. “Minta maaf, Labi, kalau kamu terkejut tadi. Sebenarnya, topeng ini kepunyaan Kuti. Saya meminjamnya sebelum datang ke sini tadi,” jelas Pak Kura sambil tersenyum lebar. 37

S.MatLabi-Misteri Mws Gergasi

12/28/06

8:29 PM

Page 38

Mat Labi melepaskan nafas lega. Dia terus mengacukan senapang itu ke arah Doktor Tat Tupai semula. Pak Kura terus ke hadapan dan menggari Doktor Tat Tupai. Selepas itu, Pak Kura pun menceritakan segalagalanya. Pak Kura terus datang ke Kampung Tupai selepas mengetahui keputusan penyelidikan makmal. Bulu mawas dan sampel kuku daripada kesan luka pada Mat Labi akibat dicakar semalam telah terbukti bukan daripada mawas sebenar. Sebaliknya, penyelidik itu percaya bahawa bulu dan kuku itu merupakan barang tiruan yang digunakan untuk membuat topeng mawas. Sampel batu yang diuji pula menunjukkan terdapat logam emas di dalamnya. Selepas mengetahui keputusan itu, Pak Kura sudah dapat mengagak pembabitan Doktor Tat Tupai. Tidak cukup dengan itu, Pak Kura juga meminjam topeng mawas daripada anaknya. Dia bercadang hendak menakutkan Doktor Tat Tupai sekiranya ada peluang. Dia berasa geram sekali selepas memikirkan apa yang telah dilakukan oleh doktor itu terhadap penduduk kampung. Kini, impian Pak Kura sudah pun tercapai. Doktor Tat Tupai sudah merasai sendiri ketakutannya apabila digertak mawas. Doktor Tat Tupai telah ditangkap dan dibawa ke muka pengadilan. Penduduk-penduduk di Kampung Tupai hidup aman dan damai semula. Haiwan yang tinggal di Alam Rimba juga dapat berkelah di kawasan Air Terjun Sungai Tupai dengan gembira.

38

Pra & Kan- Air Azimat

1/23/07

3:48 PM

Page 2

Get in touch

Social

© Copyright 2013 - 2024 MYDOKUMENT.COM - All rights reserved.