Data Loading...
ALAT MUZIK TRADISIONAL Flipbook PDF
BD2 ALAT MUZIK TRADISIONAL
110 Views
87 Downloads
FLIP PDF 425.08KB
ALAT MUZIK TRADISIONAL : NOOR IKHWAN MUSLIMIN BIN HARIZAL
KOMPANG Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional gegendang bagi masyarakat Melayu. Selain itu, kompang juga kadangkala digunakan oleh suku Bajau di pesisir Sabah, Malaysia, meskipun tidak termasuk dalam tradisi asli mereka. 1
SERULING Seruling ataupun flut ialah sebuah alat muzik dari famili alat tiup kayu atau woodwind. Berlainan dengan alat berlelidah, seruling ialah sebuah alat aerofon atau alat tiup tanpa rid yang mengeluarkan bunyi daripada aliran udara yang merentasi lubang. 2
GONG Gong merupakan sejenis alat muzik 'idiophone' yang berasal dari Asia Selatan dan Asia Tenggara. Gong telah wujud semenjak zaman gangsa lagi dari Yunani. 3
GAMBUS
Gambus atau qanbūs ialah sejenis lut (kecapi) berleher pendek yang berasal dari Yemen dan tersebar ke seluruh semenanjung Arab.
4
REBANA Rebana ialah sejenis alat muzik tradisional yang sering dimainkan bagi mengiringi lagu-lagu budaya. Bagi masyarakat Melayu di negeri Pahang, permainan rebana sangat popular, terutamanya di kalangan penduduk di sekitar Sungai Pahang.5
SAPE Sape', juga disebut sampe'(sampek) dan sambe'(sambek) merupakan sebuah alat muzik jenis kordofon yang berasal dari kaum Orang Ulu terutamanya kaum [[Kenyah]] dan [[Kayan]].
6
GENDANG Gendang ialah alat bunyian yang diperbuat daripada kulit binatang seperti kerbau, kambing atau lemb u. Ia merupakan salah sebuah alat muzik dalam kelompok alat yang khusus dipalu atau diusap menghasilkan bunyi disebut 7 sebagai "alat perkusi".
ANGKLUNG Angklung merupakan sejenis alat muzik yang diperbuat daripada buluh dalam kategori idiofon. Ia lazimnya terdiri dari dua hingga empat tiub yang diikat pada rangka yang dikenali sebagai 'ancak'.
8
SERUNAI Serunai atau juga disebut puput serunai adalah nama alat muzik tiup yang dikenali secara tradisional dalam kalangan masyarakat Minangkabau di Sumatera Barat, Indonesia. Bahagian unik dari serunai adalah ujungnya yang mengembang, berfungsi untuk 9 memperbesar volume suara.
REBAB Rebab merupakan sejenis alat muzik bertali yang berasal dari Afghanistan. Rebab menggunakan penggesek dan mempunyai tiga utas tali daripada dawai logam. Rebab dianggap merupakan keluarga kecapi. 10
TERIMA KASIH KERANA MEMBACA