ALQURAN DAN SAINS Flipbook PDF

BAHAN BUKAN BUKU https://www.astroawani.com/berita-malaysia/lima-fakta-menarik-tentang-alquran-dan-sains-241999
Author:  O

86 downloads 157 Views 359KB Size

Story Transcript

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/lima-fakta-menarik-tentang-alquran-dan-sains-241999

Kejadian Manusia  Ahli biologi dunia menemui bahawa penciptaan manusia adalah terjadi dengan gabungan sperma dan ovum yang membentuk zigot.  Penemuan ini adalah hasil kajian yang dibuat oleh ilmuan barat pada 1940.  Proses ini diterangkan dengan jelas oleh Al-Quran dalam surah AlMukminun 12-14:  “Lalu Kami menciptakan anak keturunannya berkembang biak dari air mani yang tersimpan kokoh dalam rahim hingga waktu kelahirannya.  “Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani yang disimpan dalam tempat yang kukuh iaitu rahim dalam perut perempuan.”

Peredaran matahari dan bumi  Sejak sekian lama para saintis telah mengkaji dan membuat kesimpulan bahawa planet-planer mengelilingi matahari manakala bulan mengelilingi bumi.  Mereka juga mendapati bahawa kesemua planet-planet dan bintang mempunyai garis peredarannya sendiri.  Hal ini juga telah dijelaskan oleh AlQuran sejak lebih 1,400 tahun dahulu.  “Dan Dia lah (Tuhan) yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas).” -Al Anbiya 33  “dan matahari berjalan ditempat peredarannya. Demikianlah ketetapan

Yang Maha Perkasa lagi Mengetahui." -Yaasin 38

Maha

Alam semesta yang berkembang  Pada abad ke-20 seorang ahli fizik dari Rusia Alexander Friedmann dan ahli kosmologi George Lemaitre telah membuat satu penemuan yang mengejutkan bahawa alam semesta ini tidak statik sebaliknya terus berkembang dari semasa ke semasa.  Ini juga telah dinyatakan oleh AlQuran dalam surah Ad Dariyat ayat ke-47  “Dan langit itu kami bangunkan dengan kekuasaan kami dan sesungguhnya kami benar-benar meluaskannya!”

Kekuatan dan Rahsia Besi  Ahli astronomi moden mengakui bahawa logam besi yang ditemui di bumi ini adalah bukan berasal dari bumi sebaliknya ia adalah dari bintang-bintang raksasa di luar angkasa sana.  Al Quran menerangkannya dalam Surah Al Hadid ayat 25:  “Dan kami menurunkan besi yang padanya terdapat kekuatan yang hebat dan pelbagai manfaat bagi manusia”

Cap jari  Dunia hari ini mengakui bahawa sekalipun manusia telah wujud sekian lama dan jumlahnya berbilion namun fakta mengenai cap jari manusia sangat ajaib.  Al-Quran bukanlah buku sains namun ia telah dinyatakan mengenainya sejak sekian lama dalam surah Al Qiyaamah 3-4  “Patutkah manusia menyangka bahawa Kami tidak akan dapat mengumpulkan tulang-tulangnya (dan menghidupkannya semula)?  “Bukan sebagaimana yang disangka itu, bahkan Kami berkuasa menyusun (dengan sempurnanya segala tulang) jarinya, (tulang yang lebih halus dari yang lain).

Get in touch

Social

© Copyright 2013 - 2024 MYDOKUMENT.COM - All rights reserved.