Anak Itik Hodoh Flipbook PDF

Anak Itik Hodoh
Author:  i

61 downloads 173 Views 2MB Size

Recommend Stories


Porque. PDF Created with deskpdf PDF Writer - Trial ::
Porque tu hogar empieza desde adentro. www.avilainteriores.com PDF Created with deskPDF PDF Writer - Trial :: http://www.docudesk.com Avila Interi

EMPRESAS HEADHUNTERS CHILE PDF
Get Instant Access to eBook Empresas Headhunters Chile PDF at Our Huge Library EMPRESAS HEADHUNTERS CHILE PDF ==> Download: EMPRESAS HEADHUNTERS CHIL

Story Transcript

Seekor itik sedang mengeramkan

telurnya di sebuah ladang. Ibu itik itu menunggu telur-telurnya dengan sabar.

Tidak lama kemudian, telur-telur itu

mulai menetas. Satu demi satu anak itik berwarna kuning muncul. Ibu Itik sangat gembira. Tetapi telur yang keenam, iaitu telur yang terakhir, belum menetas. Telur itu agak ganjil kerana lebih besar daripada telur-telur lain.

2



Ibu Itik terus mengeramkan telurnya.

Beberapa lama kemudian, telur itu menetas. Muncul seekor anak itik kelabu yang besar dan....hodoh!

“Hodohnya anakku yang seekor ini,”

kata Ibu Itik sambil memandang anak itik yang hodoh itu.

Anak-anak itik yang lain tidak suka

kepada Anak Itik Hodoh itu.

“Dia tidak sama dengan kami. Kami

tidak mahu bermain dengannya!” kata mereka.

4



Anak Itik Hodoh sangat sedih. Dia tidak

tahu mengapa adik-beradiknya tidak suka kepadanya. Anak Itik Hodoh hanya mengekori anak-anak itik itu.

“Pergi dari sini! Kami tidak mahu bermain

dengan kamu,” kata mereka.

Anak Itik Hodoh duduk di tepi kolam

dengan sedih. Buat pertama kali, dia melihat bayang-bayangnya dalam air.

“Oh, hodohnya saya! Mengapa saya tidak

sama dengan adik-beradik saya yang lain?” kata Anak Itik Hodoh dengan sedih. “Saya mesti pergi dari sini. Saya malu berada di sini.”

6



Anak Itik Hodoh meninggalkan ladangnya.

Setelah beberapa lama berjalan, Anak Itik Hodoh tiba di sebuah ladang. Anak itik itu berasa keletihan dan kelaparan.

Anak Itik Hodoh bertemu dengan beberapa

ekor angsa.

“Rupa kamu sangat hodoh dan lucu,” kata

angsa-angsa itu. Haiwan-haiwan itu kemudian mentertawakannya.

Anak Itik Hodoh semakin sedih. Anak itik

yang malang itu pun meninggalkan ladang tersebut.

8

Ketika hari hampir gelap, Anak Itik Hodoh tiba di sebuah rumah. Apabila melihat pintu rumah itu terbuka, Anak Itik Hodoh pun masuk ke dalamnya. Anak Itik Hodoh kemudian tertidur disebabkan keletihan.

Keesokan harinya, penghuni rumah itu,

seorang perempuan gemuk, nampak Anak Itik Hodoh di dalam rumahnya. Dia berasa sangat gembira.

“Kamu boleh tinggal di sini jika kamu suka,”

katanya kepada Anak Itik Hodoh.

Anak Itik Hodoh sangat gembira kerana

akhirnya dia ada tempat untuk tinggal.

10



Akan tetapi, haiwan peliharaan perempuan

gemuk yang lain tidak suka kepada Anak Itik Hodoh.

“Kamu sangat hodoh!” kata haiwan-haiwan

itu kepada Anak Itik Hodoh.

“Kamu boleh buat apa? Kamu boleh

berkokok?” tanya seekor ayam jantan.

“Tidak boleh,” jawab Anak Itik Hodoh.



“Kamu boleh menyalak?” tanya seekor anjing.



“Er...tidak boleh,” jawab Anak Itik Hodoh lagi.



“Kalau begitu, kamu tidak boleh berbuat

apa-apa. Kamu memang tidak berguna!” Semua haiwan mentertawakan Anak Itik Hodoh.

12



Sekali lagi Anak Itik Hodoh berasa sedih

dan terasing. Anak Itik Hodoh pun meninggalkan tempat itu. Anak Itik itu berjalan meredah belukar, dari satu ladang ke satu ladang. Tetapi semua haiwan yang ditemuinya tidak suka kepadanya.

Musim sejuk tiba. Tanah mulai beku dan

diliputi salji. Anak Itik Hodoh sukar mendapatkan makanan. Anak Itik Hodoh semakin lemah dan kesejukan. Tidak lama kemudian, Anak Itik Hodoh terbaring di atas tanah tidak sedarkan diri.

14

Seorang petani menjumpai Anak Itik Hodoh. Petani itu membawa Anak Itik Hodoh pulang ke rumahnya. Dia merawat anak itik itu. Hari demi hari berlalu. Anak Itik Hodoh mulai sembuh. Tidak lama kemudian, Anak Itik Hodoh kembali sihat.

Anjing petani suka bermain dengan

Anak Itik Hodoh. Anjing itu selalu mengejar anak itik itu di sekeliling rumah. Anak Itik Hodoh berasa sangat takut lalu meninggalkan rumah petani.

16



Anak Itik Hodoh perlu mencari tempat

berlindung sehingga musim sejuk berakhir.

Setelah lama merayau-rayau, Anak Itik

Hodoh tiba di suatu kawasan belukar dan berlindung di situ hingga musim sejuk berakhir.

Suatu hari, Anak Itik Hodoh nampak

sekumpulan burung yang cantik terbang di langit. Anak Itik Hodoh tidak pernah melihat burung yang secantik itu. Bulu burung-burung itu putih bersinar. Kakinya panjang dan cantik, manakala badannya besar dan kuat.

“Alangkah baiknya kalau saya secantik

burung-burung itu,” fikir Anak Itik Hodoh.

18



Anak Itik Hodoh mengibaskan

sayapnya setelah lama tidak digerakkan sepanjang musim sejuk. Anak Itik Hodoh terkejut apabila badannya tiba-tiba terangkat ke udara.

Rupa-rupanya sepanjang musim sejuk,

sayapnya telah tumbuh menjadi besar dan kuat. Anak Itik Hodoh telah dewasa dan dapat terbang! Anak itik itu sangat gembira.

20



Anak Itik Hodoh terbang ke sebuah

kolam untuk minum air. Alangkah terkejutnya anak itik itu apabila melihat bayang-bayangnya dalam air. Anak Itik Hodoh tidak hodoh lagi. Sebaliknya, anak itik itu telah menjadi seekor burung yang cantik, seperti yang pernah dilihatnya dahulu.

Kini barulah anak itik itu sedar bahawa

dirinya bukan seekor itik. Impiannya menjadi kenyataan!

22

A Jawab soalan di bawah.

1. 2. 3. 4. 5.

B

Berapa biji telurkah yang dieramkan oleh Ibu Itik? Mengapakan haiwan lain tidak suka kepada Anak Itik Hodoh? Siapakah yang menyelamatkan Anak Itik Hodoh semasa musim sejuk? Berapa kalikah Anak Itik Hodoh melarikan diri? Akhirnya, apakah yang berlaku kepada Anak Itik Hodoh?

Haiwan yang manakah antara berikut bukan haiwan ladang? Pangkahkan.

Get in touch

Social

© Copyright 2013 - 2024 MYDOKUMENT.COM - All rights reserved.