Data Loading...
analisis jsu Flipbook PDF
analisis jsu
119 Views
84 Downloads
FLIP PDF 763.82KB
JSU PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 4 (2013)
Soalan 2 KEKUATAN Berdasarkan contoh JSU bagi subjek pendidikan Islam tahun 4, kita dapat melihat bahawa pembinaan jsu tersebut disusun secara sistematik dan teratur mengikut topik-topik dalam sesuatu bidang serta penyusunan komponen seperti paksi pertama adalah paksi kandungan,kemudian paksi kemahiran dan seterusnya paksi bilangan soalan. Ini memudakan guru untuk membuat sesuatu ujian dengan baik dan teratur. Seterusnya cara penyusunan aras mengikut taksonomi bloom adalah tepat serta mengikut aras kemahiran iaitu dari aras pengetahun sehingga ke aras analisis. KELEMAHAN Walaupun pembinaan JSU tersebut ada kelebihannya, namun terdapat juga kelemahan yang dilihat berdasarkan pembinaan jsu tersebut. Antaranya penggunaan aras taksonomi bloom. Jika dilihat, aras yang digunakan adalah aras yang lama iaitu dimulai dengan aras pengetahuan sehingga aras analisis. Jika dibandingkan dengan taksonomi bloom sekarang ia dimulai dengan aras mengingat sehingga ke aras mencipta. Slaian itu juga, kelemahan yang boleh dilihat berdasarkan JSU tersebut adalah dari segi kandungannya yang mana kandungannnya itu tidak merujuk sama ada pembinaan jsu itu untuk soalan objektif atau subjektif atau esei. Ini membuatkan guru keliru untuk membuat soalan sekiranya topik yang ingin diuji tidak dilabel sebagai soalan objektif ataupun subjektif.