Data Loading...
Assesment sastera Flipbook PDF
Assesment sastera
116 Views
96 Downloads
FLIP PDF 291.19KB
E – MINI TESIS
OLEH MUHAMMAD KHAIRUL SYAZWI BIN SHARIL
14 OGOS 2021 MAKTAB RENDAH SAINS MARA BALIK PULAU
1
ISI KANDUNGAN ABSTRAK PENGHARGAAN 1. BAB 1 : PENGENALAN 1.1.PENDAHULUAN – LATAR BELAKANG (APA MAKSUD NOVEL) 1.2. APA ITU NOVEL FIKSYEN DAN BUKAN FIKSYEN 1.3. PENYATAAN MASALAH (BAGAIMANA UNTUK MENARIK PELAJAR MINAT MEMBACA NOVEL) 1.4. OBJEKTIF KAJIAN 1.5. SKOP PENYELIDIKAN (8 NOVEL) 1.6. HIPOTESIS AWAL (PANDANGAN AWAL BERKAITAN 8 NOVEL) 1.7. KEPENTINGAN KAJIAN
2. BAB 2 : TINJAUAN BACAAN 2.1. BIOGRAFI SETIAP PENULIS 2.2. SINOPSIS 8 NOVEL 2.3. TARIKAN SETIAP NOVEL (APA YANG MENJADI TARIKAN DALAM SETIAP NOVEL-CERITA DALAM PERENGGAN BAGI SETIAP NOVEL
3. BAB 3 : METODOLOGI KAJIAN 8 NOVEL 3.1. JENIS NOVEL (FIKSYEN/BUKAN FIKYSEN) PRPM 3.2. PROSES PENGUMPULAN DATA (RUJUKAN 8 NOVEL DARI MANA) 3.3. TEMA SETIAP NOVEL 3.4. KEUNIKAN DALAM NOVEL 3.5. PERSAMAAN YANG TERDAPAT DALAM 8 NOVEL 3.6. KETERBEZAAN ANTARA 8 NOVEL 3.7.BANDING BEZA NOVEL MALAYSIA DAN NOVEL LUAR NEGARA (PENGALAMAN) 3.8. NOVEL
DAN
KEHIDUPAN
(NILAI,
PENGAJARAN
DALAM
MASYARAKAT REALITI) 3.9. KEDUDUKAN NOVEL (PILIH NOVEL YANG PALING DIGEMARI) 3.10.
KESIMPULAN (BERKAITAN 8 NOVEL
2
4. BAB 4 : PENUTUP 4.1. RUMUSAN KAJIAN (BAGAIMANA CARA TARIK MINAT MEMBACA) 4.2. IMPLIKASI DAN CADANGAN (TUJUAN PENAMBAHBAIKAN NOVEL) 4.3. HIPOTESIS AKHIR 4.4. PENUTUP
3
ABSTRAK Kajian yang saya buat adalah tentang novel – novel yang digunakan bagi pelajar – pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5 di Malaysia. Novel yang digunakan di tingkatan 4 ialah Leftenan Adnan Wira Bangsa. Jendela Menghadap Jalan, Pantai Kasih dan Di Sebalik Dinara. Bagi tingkatan 5 pula ialah Silir Daksina, Songket Berbenang Emas, Tirani dan Bimasakti Menari.
4
PENGHARGAAN Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru – guru bahasa melayu yang telah banyak memberikan tunjuk ajar tentang cara menyiapkan tugasan ini serta panduan untuk membuat tugasan ini. Seterusnya kepada rakan sekelas yang telah membimbing saya semasa saya mempunyai kekeliruan dan tidak lupa juga ibu bapa yang banyak membantu dalam menyediakan kemudahan seperti gajet dan capaian internet.
5
1.1
PENDAHULUAN
Cerita dalam bentuk prosa, biasanya panjang dan kompleks, yang berkaitan dengan pengalaman manusia dan kelakuan sosial. Novel juga ialah sesuatu bentuk sastera terdiri daripada karangan prosa panjang yang ditulis oleh seorang penulis atau novelis yang mengandungi rangkaian cerita kehidupan seseorang watak dengan orang sekelilingnya dengan menonjolkan perwatakan dan sifat pelaku dalam kisah yang diceritakan sebagai bahagian tertentu dalam bentuk bab mengisahkan permulaan, konflik dan peleraian.
1.2
NOVEL FIKSYEN DAN BUKAN FIKSYEN
Novel fiksyen ialah novel yang mengandungi watak – watak yang hanya ciptaan penulis dan khayalan penulis. Fiksyen terbahagi kepada dua iaitu fiksyen realistic dan bukan realistic. Fiksyen realistik ialah sesuatu yang tidak benar tetapi sebenarnya boleh berlaku, manakala fiksyen bukan realistik pula ialah sesuatu yang tidak benar-benar berlaku. Ia menangani hal-hal ghaib dan perkara-perkara yang mustahil dan tidak disokong oleh faktafakta sejarah. Novel bukan fiksyen adalah bertentangan dengan fiksyen. Novel bukan fiksyen adalah kisah yang diceritakan tentang peristiwa benar dan orang atau watak yang benar. Umumnya seperti ,jurnal, surat khabar atau kejadian yang sedang berlaku di dunia ini.
1.3
PENYATAAN MASALAH
Kajian yang saya lakukan adalah untuk mengkaji bagaimana untuk menarik minat pelajar untuk membaca novel yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Mengapakah novel yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia tidak mendapat sambutan seperti novel yang laris dikeluarkan oleh pasaran. Novel yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan Malaysia mempunyai unsur – unsur pengajaran dan berbentuk ilmiah dan membuatkan pelajar bosan membaca novel tersebut. Kebanyakkan pelajar berminat amat berminat untuk membaca novel yang laris di pasaran berbanding novel yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia kerana novel yang berada di pasaran adalah sama dengan minat pelajar dan dapat menaikkan minat pelajar untuk membaca novel tersebut. Mengapakah pelajar lebih memilih untuk membaca novel fiksyen, berbanding novel – novel ilmiah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia?
6
1.4
OBJEKTIF KAJIAN
Supaya dapat mengkaji tentang ciri – ciri nvel yang akan diminati pelajar. Selain itu, saya juga dapat mengkaji cara – cara menaikkan minat pelajar dalam membaca novel keluaran Pendidikan Kesihatan Malaysia.
1.5
SKOP PENYELIDIKAN NOVEL
Skop penyelidikan saya ialah Novel Tingkatan 4 dan TIngkatan 5 dari 4 zon yang berbeza. Novel Tingkatan 5 dari zon Perlis, Pulau Pinang, Kedah dan Perak adalah novel Songket Berbenang Emas.karya Khairudin Ayip.dari zon Selangor, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah novel Tirani karya Beb Sabariah, dari zon Melaka, Pahang, Terengganu dan Kelatan adalah novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop, dari zon Johor, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan adalah novel Silir Daksina karya Nizar Parman
Novel TIngkatan 4 dari zon Perlis, Pulau Pinang, Kedah dan Perak adalah Jendela Menghadap Jalan karya Rohaini Matdarin, dari zon Terengganu, Pahang, Kelantan dan Melaka adalah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin, dari zon Selangor, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah novel Leftenan Adnan karya Abdul Latip Talib dan dari zon Johor, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan adalah novel Disebalik Dinara karya Dayang Noor
1.6
HIPOTESIS AWAL
Setiap orang mempunyai minat yang tersendiri. Oleh itu saya berpendapat bahawa minat seseorang kepada novel terletak pada tajuk buku, jalan cerita dan genre tersendiri serta buku itu fiksyen mahupun bukan fiksyen
7
1.7 KEPENTINGAN KAJIAN Novel – novel ini dapat memberi impak yang positif iaitu dengan meletakkan nilai yang dapat diamalkan oleh pembaca dan dapat memperbaiki akhlak pembaca untuk masa akan datang. Selain itu ,membaca novel dapat meluaskan minda pembaca. Seterusnya, novel juga dapat memberikan seseorang lebih memahami konsep sastera dengan lebih yakin. Penggunaan bahasa yang diisi oleh penulis pasti akan memberi rangsangan kepada pembaca kepada pembacanya
8
2.1 BIOGRAFI PENULIS ❖ Dayang Noor •
Nor Aziza binti Sulaiman
•
Dilahirkan pada tahun 1974 Pahang, Malaysia
•
Pemilik karya novel disebalik Dinara
•
15 tahun pengalaman bekerja dalam bidang IT
•
Bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kerayong, Triang,, Pahang dan Sekolah Menengah Tun Fatimah, Johor Bahru(Aliran Sains)
•
Memiliki Ijazah Kejuruteraan (Elektronik dan Komputer) UPM
❖ Azmah Nordin •
Dilahirkan pada 10 Januari 1958 di Kulim, Kedah
•
Menghasilkan novel Pantai Kasih
•
Pada tahun 1973, beliau berpindah dan menetap di Sabah
•
Beliau mula berjinak dengan dunia penulisan pada awal 1980 – an, iaitu dalam penulisan rencana. Beliau menulis dalam bidang sastera pada awal tahun 1986
•
Beliau minat penulisan sajak, cerpen dan novel
❖ Abdul Latip Talib •
Abdul Latip Bin Talib
•
Dilahirkan pada 2 Jun 1954
•
Pemilik karya novel Leftenan Adnan : Wira Bangsa
•
Terkenal dengan penulis prolific melalui novel – novel sejarah Islam yang ditulis beliau yang dikenali sebagai siri Novel Sejarah Islam
9
❖ Ruhaini Matdarin •
Dilahirkan pada 16 Mac 1981, Kota Kinabalu, Sabah
•
Merupakan anak sulung daripada tiga orang adik – beradik
•
Penulis novel Jendela Menghadap Jalan
•
Pada tahun 2006 menang tempat pertama peraduan mengarang cerpen sempena kempen Budi Bahasa Budaya Kita anjuran Kekwa, pada tahun 2008 menang Hadiah Sastera Sabah 2006/2007, kategori novel remaja menerusi novel Gadis Adikara dan pada tahun 2009 menang tempat kedua Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2008 menerusi novel Jendela Menghadap Jalan. Manakala Waris Pejuang menang Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2011 juga di tempat kedua.
❖ Nizar Parman •
Md Nizar Parman
•
Dilahirkan pada 31 Ogos 1973
•
Merupakan penulis novel Silir Daksina
•
Mendapat Pendidikan di SK Seri Paya, Parit Raja dan SMK Dato’ Menteri, Ayer Hitam
•
Guru Bahasa Melayu di SK Seri Lalang, Kluang, Johor
•
Telah dilantik sebagai Jurulatih Utama Bahasa Melayu negeri Johor mulai tahun 2002
•
Beliau mula berkecimpung dalam penulisan kreatif pada tahun 1995
•
Memenangi tempat pertama Sayembara Menulis Cerpen Hari Guru Peringkat Negeri Perak 1995, tempat ketiga Sayembara Cerpen Hari Guru anjuran DBP - BPG 1998, dan hadiah saguhati Sayembara Jubli Emas DBP kategori cerpen 2007
•
Karya-karya pernah tersiar dalam Mingguan Malaysia, Berita Minggu, Dewan Sastera, Dewan Pelajar, Mingguan Wanita dan URTV serta beberapa buah tabloid.
10
❖ Sri Rahayu •
Sri Rahayu Bt Mohd Yusop
•
Dilahirkan pada 18 Jun 1976 di Tanjung Karang, Selangor
•
Penulis novel Bima Sakti Menari
•
Sekolah Rendah Kebangsaan Batu 9, Tanjong Karang dari (1983-1988), Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor (1989 -1993). Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras; University of Otago, New Zealand dan Dunedin College of Education, New Zealand (1994-1999)
•
Guru Bahasa Inggeris di SMK Dato' Harun, Tanjong Karang (2000 - 2003), SMK Pandan Jaya, Ampang (2004-2020)
❖ Beb Sabariah •
Bibi Sabariah Bt Haji Abang Awet
•
Lahir pada 7 November 1949 di Kampung Pusa, Saribas, Bahagian Betong, Sarawak
•
Menghasilkan novel Tirani
•
Lulus Senior Cambridge dari SMK Green Road Kuching,
•
Beliau terus mendapat pendidikan ikhtisas diploma dari Maktab Perguruan Rajang Bintangor, Sarikei dan Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Baharu.
•
Beliau mula aktif dalam penulisan karya kreatif pada tahun 1999 dalam genre cerpen, puisi, rencana serta rencana kritikan sastera.
•
Menetap di Bandar raya Kuching
•
Beb Sabariah adalah ahli KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) dan PEKASA (Persatuan Karyawan Sastera Sarawak).
11
❖ Khairuddin Ayip •
Khairuddin Bin Ayip
•
lahir pada 25 Februari, 1962 di Karnpung Jelotong, Parit Raja, Batu Pahat, Johor.
•
Merupakan penulis novel Songket Berbenang Emas
•
Beliau merupakan anak keenam daripada sembilan adik beradik
•
. Ayahnya pekerja JPT sementara ibunya seorang penoreh getah.
•
Pada tahun 1969, beliau mendapat pendidikan awal di SK Pintas Raya dan pada tahun 1975, beliau meneruskan persekolahan di SM Tun Ismail sehingga lulus SPM. Pada tahun 1980, Khairuddin melanjutkan pelajaran ke tingkatan enam di SM Dato' Bentara Luar. Setelah lulus STP, pada tahun 1982 hingga 1984 beliau mengikuti kursus dalam bidang Pendidikan Sekolah Menengah, Pendidikan Seni dan Pengajian Melayu di Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim, Johor Bahru.
•
Mulai tahun 1985, Khairuddin bertugas sebagai guru di SRK Sri Petaling, Petaling Jaya. Setelah sepuluh tahun di sekolah tersebut, beliau bertugas di SR Seksyen 18, Shah Alam sebagai Penyelia Petang. Bermula Disember 1995, bertugas sebagai Guru Penolong Kanan I di SK Seksyen 20, Shah Alam. Mulai bulan Julai 1996,
•
Beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang Pengkhususan Bahasa dan Linguistik Melayu, Fakulti Bahasa Moden dm Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. Setelah tamat, pada tahun 1999 beliau bertugas di SM Teknik, Shah Alam, Selangor.
•
Kini beliau bertugas sebagai Pegawai School Improvement Specialist Coaches (SISC) di Pejabat Pendidikan Daerah Petaling Perdana, Selangor.
12
2.2 SINOPSIS SETIAP NOVEL •
Leftenan Adnan : Wira Bangsa Pada awal penceritaan, novel ini mengisahkan kehidupan Adnan semasa kecil. Beliau dilahirkan di sebuah kampung di Sungai Ramal, Selangor. Rata-rata penduduk kampung itu masih berada dalam kemiskinan. Kehidupan mereka bergantung pada sawah dan kebun getah yang luasnya sekadar cukup makan sahaja. Keadaan ini turut dirasai oleh Pak Saidi dan Mak Milah, iaitu bapa dan ibu Adnan yang membesarkan tiga orang anak, iaitu Adnan, Ahmad dan Amarullah. Adnan merupakan anak sulung keluarga Pak Saidi. Sejak kecil, Adnan rajin membantu keluarganya dan merupakan anak yang taat akan perintah orang tuanya. Walaupun usianya baru mencecah sepuluh tahun, setiap pagi Adnan akan pergi ke kebun getah membantu orang tuanya menoreh getah. Selain itu, dia turut membantu keluarganya mengerjakan sawah bendang. Pak Saidi dan anak-anaknya tidak suka membuang masa dengan duduk bersembang di kedai kopi.
Pak Saidi sebenarnya berketurunan pahlawan. Beliau sengaja merahsiakan keturunannya kerana khuatir akan diburu oleh pihak penjajah kerana moyangnya menjadi orang buruan inggeris. Darah kepahlawanan itulah yang mengalir dalam jiwa Adnan. Semangat patriotik yang dimiliki oleh Pak Saidi amat tebal. Pak Saidi amat mengambil berat tentang sejarah tanah air. Beliau sentiasa menekankan betapa pentingnya orang-orang Melayu mengubah kehidupan di negara sendiri. Para penjajah telah mengambil kekayaan negeri ini dan menjadikan kaum peribuminya hidup dalam kemiskinan. Nasib orang Melayu terpinggir dan tidak terbela.Pak Saidi tidak mahu anak-anaknya mewarisi pekerjaannya. Pengetahuan Pak Saidi yang luas tentang sejarah tanah air amat dikagumi oleh penduduk kampungnya. Pak Saidi banyak membaca tulisan pengarang tanah air ketika itu seperti Syed Syeikh Al-Hadi. Keberanian pahlawan Melayu seperti Dol Said, Mat Kilau, Datuk Bahanam dan Datuk Siamang Gagap sering menjadi inspirasi dalam meningkatkan semangat patriotisme yang ada dalam dirinya.
Pak Saidi tidak mengabaikan tanggungjawabnya untuk memberikan pendidikan terbaik untuk anak-anaknya. Beliau mahu anak-anaknya berbakti kepada agama,bangsa,dan tanah air.Oleh sebab itu,Adnan telah dilengkapi dengan ilmu 13
keagamaan dan ilmu persilatan. Pak Saidi sedar bahawa dengan ilmu pengetahuan sahajalah negara akan dapat dibangunkan.Pihak penjajah sememangnya tidak suka orang melayu menjadi pandai. Pelajaran yang diperolehi mereka setakat boleh membaca dan menulis sahaja.Atas dasar itu, Pak Saidi berhasrat mahu menghantar anak-anaknya ke sekolah aliran Inggeris untuk memperoleh ilmu pengetahuan. Tindakan Pak Saidi itu mendapat tentangan daripada masyarakat kampung yang khuatir anak-anak Pak Saidi akan diresapi pengaruh agama Kristian dan seterusnya menjadi murtad. Tentangan penduduk kampung itu tidak mematahkan semangat Pak Saidi untuk menghantar anak-anaknya menimba ilmu di sekolah aliran inggeris. Bagi Pak Saidi, masyarakat Melayu perlu belajar daripada orang Inggeris yang lebih maju dalam pelbagai bidang keilmuan. Anak-anak perlulah dilengkapi dengan ilmu pengetahuan kerana itu sahaja caranya untuk mengambil alih pemerintahan negara ini daripada tangan penjajah.
Adnan bersekolah di sebuah sekolah aliran inggeris.Di sekolah, Adnan terkenal sebagai pelajar rajin dan pintar. Sikap ringan tulangnya amat disenangi oleh teman-teman dan juga guru-guru sekolah.Adnan menyatakan cita-citanya untuk menjadi askar.Setelah tamat persekolahan, beliau diterima menjadi guru pelatih di Sekolah Melayu Sungai Ramal. Namun,bidang perguruan bukanlah minatnya. Citacitanya hanyalah satu, iaitu untuk menjadi askar.Adnan telah terpilih menjadi askar dalam suatu sesi temu duga yang diadakan di Port Dikson. Kejayaan Adnan terpilih untuk menjalani latihan ketenteraan menjadi buah mulut di pelosok kampung. Konflik berlaku apabila Nordin memperlekehkan usaha Adnan untuk menjadi tentera. Adnan dituduh sebagai pengkhianat bangsa kerana menjadi tali barut Inggeris. Adnan tidak menghiraukan tempelak rakan-rakan sekampungnya. Beliau menjadi pengasas Kompeni Percubaan Pasukan Askar Melayu yang hanya berjumlah 25 orang. Kegigihan Adnan membolehkan beliau terpilih mewakili platun Askar Melayu dalam perbarisan memberi hormat bagi menyambut upacara pertabalan King George VI di London. Adnan telah berkahwin dengan Sophia,anak Pak Fakih. Adnan membawa Sophia dan anak-anaknya ke Singapura. Namun, Adnan terpaksa menghantar anak-anaknya dan Isterinya pulang ke kampung selepas mendapat berita yang mengejutkan. Beliau mendapat tahu bahawa Jepun mahu menyerang Singapura. Mereka juga mahu menjajah Tanah Melayu.
14
Kesungguhan dan kecekalan 25 orang perintis askar Melayu ini telah berjaya menyakinkan Mejar G.MC Bruce mengenai kemampuan anak-anak muda Melayu menjadi tentera lalu diadakan pengambilan rekrut baharu. Pada 1 Januari 1935, pasukan percubaan Askar Melayu telah ditukarkan menjadi Rejimen Askar Melayu dengan kekuatan anggota sebanyak 150 orang. Kemudian dipercepatkan pengambilan anggota baharu menjadi 232 orang. Mereka dibahagikan kepada dua kompeni dilengkapi dengan platun mesingan, seksyen semboyan dan unit tambur. Pada 1 Januari 1938, Batalion Pertama Askar Melayu ditubuhkan dengan dianggotai 17 pegawai British, 6 pegawai melayu, 11 pegawai waran, 759 pegawai dan lain-lain pangkat. Pada bulan Mac 1941, Rejimen Askar Melayu ditambah kekuatan menjadi dua batalion. Mereka diberi tanggungjawab untuk mempertahankan Tanah Melayu daripada serangan Jepun.
Pada Sabtu 6 Disember 1941, satu persidangan telah berlangsung di Manila yang dihadiri oleh pegawai-pegawai Tentera Laut Amerika Syarikat dan British. Laporan perisikan menyatakan bahawa angkatan laut Jepun telah berlayar menuju Asia.Risikan mendapati sekurang-kurangnya 25 buah kapal pengangkut yang diiringi oleh kapal tempur,kapal penjajap, dan kapal pembinasa menuju Laut China Selatan.Hal ini merupakan isyarat jelas Bahawa Jepun akan terlibat dalam Perang Dunia Kedua.
Batalion Kedua Askar Melayu ini ditempatkan di Kelantan menentang pendaratan askar Jepun dan mereka terlibat dalam pertempuran di Pantai Cahaya Bulan pada 8 Disember 1941. Pada hari pertama askar Jepun mendarat,mereka telah ditentang hebat oleh askar Melayu yang dibantu oleh tentera India British yang berkubu di sepanjang pantai. Pada hari kedua,kapal-kapal perang Jepun telah melepaskan tembakan di sepanjang pantai menyebabkan ramai yang terkorban.Hal ini banyak menyebabkan askar India yang berkhidmat dengan tentera British melarikan diri. Namun, askar Melayu terus bertahan dan berjaya menggagalkan pendaratan askar Jepun. Namun,pada hari ketiga,askar Melayu yang sedang bertempur diarahkan
15
berundur. Dengan itu, askar Jepun berjaya mendarat di Kelantan setelah tiga hari bertempur. Mitos keunggulan tentera British di Tanah Melayu dapat dihancurkan oleh Jepun dalam masa tiga hari sahaja apabila askar Jepun berjaya mendarat di Kota Bharu, Kelantan. Pertahanan tentera British mudah sahaja ditewaskan oleh tentera Jepun
Yang cukup licik dan memiliki kemahiran dalam peperangan. Akibatnya, negeri-negeri di Tanah Melayu satu persatu jatuh ke tangan tentera Jepun. Kemudian,mereka terus mara ke Singapura dan dalam masa 69 hari Inggeris terpaksa menyerah kalah kepada Jepun.
Pada mulanya British begitu yakin akan kekuatan tenteranya untuk menangkis serangan askar Jepun. Sebaik-baik sahaja mendapat laporan tentang tentera Jepun mendarat di Kota Bharu, Inggeris telah menghantar askarnya berkubu di sepanjang pantai.British juga menghantar dua buah kapal perang, iaitu Prince Of Wales dan Repulse untuk mempertahankan Tanah Melayu.Malangnya,kedua-dua buah kapal perang kebanggaan British itu berjaya ditenggelamkan oleh kapal terbang Jepun yang melakukan serangan kamikaze.Berita tenggelamnya dua buah kapal perang itu telah mengejutkan
British sekali gus melemahkan moral dan semangat askarnya. Namun, mereka masih percaya satu-satunya kubu pertahanan yang dianggap kebal ialah Singapura. Malah Inggeris yakin kubunya di Singapura itu tidak akan dapat ditembusi oleh askar Jepun. Dalam pertempuran dengan askar Melayu di Kelantan dan di Singapura,naskar Melayu telah menunjukkan keberanian dan semangat keperwiraan yang hebat. Sebanyak 152 orang askar melayu, termasuk 7 pegawai Melayu yang dipinjamkan ke Rejimen Askar Melayu terkorban. Antara pegawai askar Melayu yang terkorban itu termasuklah Leftenan Adnan bin Saidi. Beliau bersama-sama dengan 42 orang anggotanya yang masih hidup telah berjuang sehingga titisan darah yang terakhir.nPada 15 Februari 1942, askar Jepun berjaya menakluki Singapura setelah berlaku pertempuran hebat. Akhirnya, British terpaksa menyerah kalah kepada Jepun.
16
•
Disebalik Dinara
Farisha berkenalan dengan Aqram dalam penerbangan dari Nusa Jaya ke KLIA. Tanpa disedari, Aqram telah mengambil cawan minuman Farisha dengan tujuan untuk menguji DNA gadis itu. Jurutera keselamatan sistem itu tidak dapat memasuki rumahnya kerana Azraai (abang Farisha) telah memasang pengimbas retina pada pintu rumahnya yang disewa bersama-sama Shida. Azraai bimbang akan keselamatan adiknya. Keesokan hari, Farisha dan Rosman bertemu dengan Aqram di sebuah simposium. Aqram menawarkan sebuah projek mini kepada mereka. Beberapa hari kemudian, Farisha menyatakan persetujuannya terhadap projek itu. Aqram memperkenalkan Farisha dan Rosman kepada Dr. Maxi. Mereka berada di rumah kepunyaan Karl iaitu seorang penyelidik di Soft Lab yang banyak berjasa malah pernah menerima anugerah inovasi peringkat kebangsaan. Dr. Maxi menawarkan RM1.5 juta kepada Farisha dan Rosman untuk menggodam tiga kelompok komputer Soft Lab dalam tempoh empat minggu.
Kini, Karl terlantar akibat barah dan projek Dinara di Soft Lab terhenti. Farisha dan Shida memulakan kerja di Soft Lab. Shida diminta oleh Soft Lab untuk menulis sebuah rencana manakala Farisha akan menggodam dan mengukuhkan sistem Dinara. Farisha diperlukan oleh Dr. Maxi untuk rancangan mereka manakala Shida pula ialah physical backup kepada Farisha. Rakan kongsi Farisha iaitu Rosman tidak dapat bersama-sama di Soft Lab kerana mengurus projek di Senawang. Pagi berikutnya, Farisha telah dipukau oleh Alia berdasarkan arahan Dr. Maxi. Dalam keadaan bawah sedar, Alia telah berkomunikasi dengan Karl yang meminta pertolongan Farisha untuk menyelamatkan Dinara. Hal ini mengundang kemarahan Alia yang menyangka Farisha menjalin hubungan dengan Karl. Ketika makan tengah hari, Shida mengungkapkan persoalan tentang Medina yang menghilangkan diri secara tiba-tiba dari Soft Lab. Pada pendapat Farisha, kehilangan Medina bukanlah persoalan yang besar.
17
Semasa meneliti kontrak yang diberikan oleh Soft Lab, Farisha mengalami sakit kepala secara tiba-tiba. Rosman, Farisha dan Shida memutuskan untuk pulang ke rumah. Uncle Seng, pemilik kedai runcit di bangunan itu memberitahu mereka bahawa dia melihat dua orang yang kelihatan mencurigakan namun tiada laporan polis dibuat. Dua malam kemudian, Farisha mengunjungi Azraai dan keluarganya. Dia terkejut apabila mendapat tahu bahawa Azraai terkena serangan jantung dan hakikat bahawa dia ialah anak angkat kepada keluarga Azraai.
Keesokan pagi, Farisha pengsan di Soft Lab lalu dikejarkan ke hospital. Aqram mendapatkan Shida untuk mengetahui penyakit yang sedang dihidapi oleh Farisha namun Shida tidak tahu apa-apa mengenainya. Dr. Maxi bersedia dengan Plan B iaitu menyediakan Shida sebagai pengganti Farisha. Di rumah, Shida mencari bukti tentang penyakit Farisha tetapi tidak berjaya sebaliknya dia mengetahui rahsia Farisha yang merupakan anak angkat. Di hospital, Farid dan Amin menggunakan peranti untuk mendapatkan maklumat daripada fikiran Farisha dan berjaya. Selepas mereka beredar, Aqram pula datang dan mengukur tahap kesihatan gadis itu. Kesihatannya amat tidak memuaskan. Dr. Maxi mengarahkan Aqram, Khairul Anwar dan Alia bersedia untuk menyediakan Shida sebagai pengganti Farisha.
Keesokannya, Shida menjalani sesi bawah sedar untuk berkomunikasi dengan Karl. Dr. Maxi hanya menghentikan sesi tersebut setelah lima minit walaupun Shida menunjukkan tindak balas di luar jangkaan. Farisha pula dihubungi oleh mummy melalui minda bawah sedar. Di suatu tempat yang lain, Farid dan Amin kehairanan melihat Marilyn kegembiraan. Rupa-rupanya Marilyn (mummy) telah dapat berhubung dengan Farisha. Di Soft Lab, Shida yang kemurungan mengurungkan diri di bilik Farisha. Aqram mencuba menerobos minda Shida namun gagal.
Di hospital, Azraai memberitahu Farisha tentang ibu kandung Farisha. Setelah Farisha memaklumkan Azraai bahawa mummy telah menghubunginya, Azraai membawa Farisha keluar dari hospital lalu menuju ke selatan. Di Soft Lab pula, Shida berhubung dengan Karl melalui sesi bawah sedar. Karl mengarahkan supaya Farisha dibawa ke situ kerana virus yang disusup ke dalam Dinara akan diaktifkan lalu memusnahkan Dinara serta ribuan manusia. Dalam perjalanan ke Kulai, Farisha 18
diculik oleh orang suruhan mummy. Karl (Shida) mendedahkan kisah silamnya. Antaranya ialah penyeksaan terhadap seorang wanita hingga cacat dan pendedahan identiti sebenar Khairul Anwar. Alia mengakui bahawa dialah wanita cacat yang diseksa oleh Karl kerana enggan meninggalkan agamanya. Medina pernah menjalani proses seperti Shida tetapi gagal. Rosman dan Azraai menuju ke Soft Lab. Keadaan di Soft Lab semakin tegang apabila Karl (Shida) menyanyikan lagu yang didendangkan setiap kali dia selesai menyeksa Alia. Aqram merayu kepada Dr. Maxi supaya mengembalikan diri Shida yang sedia kala. Marilyn berusaha mengambil hati Farisha dengan menceritakan perkara sebenar yang terjadi. Melalui telefon, Dr. Haris memberikan amaran tentang kesihatan Karl yang semakin merosot namun tidak dipedulikan oleh Dr. Maxi. Karl(Shida) berusaha untuk menghapuskan virus dalam Dinara dengan menggunakan komputer table. Kedatangan Marilyn (Medina / mummy) ke Soft Lab telah membongkar rahsia bahawa Marilyn (Medina / mummy) dan Karl ialah ibu bapa kandung Farisha. Karl (Shida) dipengsankan kerana Karl yang sebenar sedang nazak.
Semua orang bergegas ke rumah Karl. Mereka diberikan peluang untuk berjumpa dengan Karl buat kali terakhir. Karl menghembuskan nafas terakhir tepat pada pukul 7.00 malam. Wasiat terakhir Karl ialah mayatnya dibakar, dan abunya ditabur di Selat Melaka. Upacara dijalankan di Port Dickson. Shida yang berkelakuan aneh menyebabkan Aqram berpendapat bahawa Karl masih berada dalam diri Shida. Farisha yang terkejut berlari mendapatkan Marilyn. Apabila Karl (Shida) menyatakan bahawa dia tidak sanggup meninggalkan Akeem, Aqram terus terdiam
19
•
Songket Berbenang Emas Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang murid yang cerdik dan disenangi oleh teman-temannya. Namun, Dahlia menghadapi masalah keluarga sehingga mengganggu tumpuannya terhadap peperiksaan STPM yang bakal didudukinya. Sebagai anak sulung, Dahlia terpaksa memberikan perhatian kepada adik-adiknya setelah pelbagai masalah melanda keluarganya. Ibunya, Saleha dirawat di Hospital Permai kerana mengalami masalah tekanan mental. Ayahnya dipatuk ular sehingga dimasukkan ke wad selama beberapa hari. Adik lelakinya pula terpengaruh dengan kawan-kawan sehingga tidak berminat untuk belajar. Situasi ini telah menyebabkan Dahlia terpaksa keluar dari asrama untuk menjaga adikadiknya.Tekanan hidup Dahlia semakin bertambah apabila hubungannya dengan Azhari dipandang serong oleh jirannya. Tindakan berani Dahlia terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said tidak dihargai, malah dicemuh pula kerana gagal menyelamatkannya.Walau bagaimanapun, Dahlia tetap tabah menghadapi dugaan. Hadiah atas kesabarannya menghadapi pelbagai dugaan hidup ialah kejayaan Dahlia yang dapat melanjutkan pelajaran ke Jepun dan pertunangannya dengan Azhari.
•
Tirani Novel ini mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Waheeda mahu menjadi cantik dan berhidung mancung kerana hidung asalnya pesek. Waheeda juga ingin mencapai kemajuan atas nama dirinya dalam bidang pelancongan sehingga suaminya, Zahid mengatakan bahawa Waheeda telah mengabaikan batas-batas pergaulan sebagai isteri. Bagi menjadi cantik Waheeda yang kebetulan hidungnya digigit monyet melakukan pembedahan rekonstruksi atau pembinaan semula wajahnya dengan memasang hidung palsu menjadikannya hidungnya mancung dan cantik. Dengan kejayaannya menjadi cantik datang jugalah kejayaannya dalam bidang kerjaya. Bidang pelancongan yang diterokainya telah mempertemukannya dengan suaminya, Zahid, anak rakan niaganya di Sarawak iaitu Datuk Yasser. Kecantikan dan kejayaan dalam kerjaya yang dicapai oleh Waheeda tidak menjamin kebahagiaan rumah tangga. Sebenarnya tidak menjadi kenyataan kerana apa yang diperolehnya itu yang merosakkan kehidupannya. Kecantikannya itu menyebabkan tugasnya bertambah berat dan harapan orang terhadapnya melambung tinggi sehingga Waheeda tidak larat memikulnya. Dalam novel TIRANI cinta Waheeda terhadap suaminya
20
begitu mendalam sehingga jatuh sakit jiwa setelah diceraikan oleh suaminya. Penceraian itu berpunca daripada wajah anaknya yang tidak ada mewarisi kecantikan dirinya dan ditambah dengan rasa cemburu oleh Zahid. Akhirnya Waheeda bertekad untuk berjaya dan berdikari dalam bidang pelancongan dengan menguruskan sebuah chalet di Cameron Highland. Kemajuan chalet yang diusahakan oleh Waheeda dan anaknya Izzati telah menarik kehadiran ramai pelancong termasuklah Zahid. Akhir mereka dipertemukan di chalet itu. Namun, di sudut hati Waheeda dan Zahid terserlah satu falsafah hidup bahawa kecantikan seseorang hanyalah satu TIRANI •
Pamtai Kasih Novel ini menceritakan, Raiha seorang doktor muda yang terpaksa melalui pelbagai bentuk cabaran sebelum berjaya menjadi doktor pakar bedah. Selepas menghadapi kegagalan dalam perkahwinannya, dia akhirnya menerima pelawaan mentornya, Doktor Uwang agar menyertainya di pusat rawatan mewah yang dikenali sebagai Pusat Rawatan Pantai Kasih.
Di sepanjang bertugas di pusat rawatan tersebut, fikiran Raiha sering terganggu tentang komplikasi pesakit namun mereka masih mampu untuk bertungkus lumus menabung wang bagi mendapatkan rawatan operasi daripada para pakar perubatan di pusat rawatan itu. Anehnya, yang kaya raya tidak ramai pula yang menghadapi komplikasi yang serupa. Kian terganggu Raiha, apabila melihat X-Ray milik salah seorang daripada pesakit. Dari mata kasar, memang tiada yang aneh-aneh berlaku. Namun nalurinya memberitahu ada sesuatu yang tidak kena pada X-Ray itu. Ini membuatkan Raiha tambah tertekan.
Di samping itu, Raiha juga sering diganggu gambaran bekas suaminya yang perlahan-lahan mengingatkan dia pada kisah silamnya yang amat mengerikan dan menyayat hati. Bagaimanapun, oleh semangatnya yang kuat, dia teruskan juga perjuangan dalam bidang perubatan.
Apabila dia cuba meluahkan perasaan tentang masalah itu kepada Doktor Uwang, ternyata mentornya itu agak tidak senang. Padahal sebelum itu, Doktor Uwang adalah guru demonstrator dalam bidang anatominya dan mengajarnya tentang
21
unsur-unsur surgeri ataupun pembedahan. Ketika itu, dia menjadi siswi tahun pertama dalam spesifikasi ortopedik, di institusi tinggi tempatan dahulu. Selang beberapa tahun kemudian, apabila dia memulakan klinikal yearnya di sebuah hospital kerajaan, pernah beberapa kali membantu Doktor Uwang dalam bilik pembedahan, selain kerap mengiringi lelaki itu ke ceramah-ceramah perubatan dan sebagainya. Malah, hatinya perrnah tersangkut pada doktor kacak itu, biarpun lelaki itu mungkin tidak menyedari pun akan kewujudannya. Biar apa pun, ketika itu, selain daripada sebagai mentor, Doktor. Uwang adalah doktor nombor satu di hatinya.
Tetapi, apabila bekerja di pusat rawatan mewah milik Doktor. Uwang dan ditugaskan untuk mengambil alih tugas membedah salah seorang pesakit yang menghadapi komplikasi berulang-kali, pandangannya terhadap doktor itu mula berubah. Pelbagai tanda tanya, menyelubunginya. Dan peristiwa aneh-aneh berlaku, sehinggalah Doktor Uwang mengalami kemalangan di jalan yang berhampiran dengan pusat rawatan itu.
Biar apa pun perasaannya, sebagai seorang doktor yang profesional, Raiha tentang menjalankan operasi ke atas Doktor Uwang dengan menggunakan peralatan yang dibeli khas oleh doktor itu sendiri. Peralatan yang digunakan untuk pesakitpesakit yang berpendapatan sederhana.
22
•
Jendela Menghadap Jalan Lili ialah seorang remaja berusia 17 tahun yang tinggal bersama--sama ibu dan bapanya di Kuala Lumpur. Ketika cuti sekolah, ibu ingin menghantar Lili bercuti bersama-sama nenek di kampung. Walaupun Lili agak keberatan untuk pulang ke kampung, tetapi disebabkan perasaan hormatnya kepada ibu, Lili pulang juga untuk bercuti bersama-sama datuk dan neneknya.
Ketika berada di kampung, Lili menyaksikan beberapa peristiwa yang menjadikan dirinya lebih tertarik untuk tinggal lebih lama di situ. Datuk Lili merupakan antara orang pertama yang membuka kampung itu. Datuk merupakan seorang pengamal perubatan tradisional. Sejak belakangan ini, pesakit datuk semakin berkurangan kerana mereka beralih kepada cara perubatan moden disebabkan oleh pengaruh yang dibawa oleh anak-anak mereka yang masih muda.
Lili juga menyaksikan pertentangan pendapat antara golongan muda dengan golongan tua berkaitan dengan isu kubah masjid, sama ada perlu diletakkan di atas surau sedia ada ataupun membina masjid baharu. Geetha dan Danel yang ditemuinya ketika dalam perjalanan ke kampung menjadi sahabat baiknya. Mereka mempunyai cara pemikiran yang sama, tetapi bertentangan pendapat dengan masyarakat yang lebih tua di situ.
Terdapat sebuah keluarga yang porak-peranda di kampung itu, iaitu keluarga Che Jah. Anak Che Jah, iaitu Rafiq dan Haziq sering dibelasah oleh orang kampung kerana suka mencuri dan terlibat dalam pengambilan dadah. Pada suatu ketika, sewaktu Lili pulang dari bandar, dia telah ditangkap oleh Rafiq dan Haziq. Lili dibawa ke suatu kawasan yang tidak diketahui dan telah ditawan oleh mereka. Akhirnya, Lili berjaya diselamatkan oleh Danel.
Walaupun Lili pernah ditawan oleh Rafiq dan Haziq, namun dia mempunyai pendapat yang berbeza dengan orang kampung. Dia tidak memandang rendah kepada Che Jah dan anak-anaknya kerana baginya semua yang terjadi disebabkan oleh suami Che Jah yang tidak bertanggungjawab. Dengan pertolongan Hamimah yang kebetulan datang untuk berubat dengan datuk, akhirnya suami Che Jah ditangkap dan anak-
23
anaknya akan dibantu sehingga pulih. Setelah pulang ke Kuala Lumpur, datuk dan nenek telah menceritakan sejarah kedatangan mereka ke situ dan rahsia jendela yang menghadap jalan. •
Bima Sakti Menari Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang murid yang cerdik dan disenangi oleh teman-temannya. Namun, Dahlia menghadapi masalah keluarga sehingga mengganggu tumpuannya terhadap peperiksaan STPM yang bakal didudukinya. Sebagai anak sulung, Dahlia terpaksa memberikan perhatian kepada adik-adiknya setelah pelbagai masalah melanda keluarganya. Ibunya, Saleha dirawat di Hospital Permai kerana mengalami masalah tekanan mental. Ayahnya dipatuk ular sehingga dimasukkan ke wad selama beberapa hari. Adik lelakinya pula terpengaruh dengan kawan-kawan sehingga tidak berminat untuk belajar. Situasi ini telah menyebabkan Dahlia terpaksa keluar dari asrama untuk menjaga adik-adiknya. Tekanan hidup Dahlia semakin bertambah apabila hubungannya dengan Azhari dipandang serong oleh jirannya. Tindakan berani Dahlia terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said tidak dihargai, malah dicemuh pula kerana gagal menyelamatkannya. Walau bagaimanapun, Dahlia tetap tabah menghadapi dugaan. Hadiah atas kesabarannya menghadapi pelbagai dugaan hidup ialah kejayaan Dahlia yang dapat melanjutkan pelajaran ke Jepun dan pertunangannya dengan Azhari
•
Silir Daksina Kisah dalam Silir Daksina bermula apabila Haiqal mendapat sebuah manuskrip lama. Alamat pengirim manuskrip tersebut sama dengan alamat tempat lahirnya tetapi pengirimnya berbangsa Cina iaitu Ong See Hwa. Haiqal mendapati bahawa kisah yang terdapat dalam manuskrip tersebut seakan-akan benar berlaku dan menceritakan kisah hidup arwah ayahnya; Abdullah bin Kayan tetapi kisah itu dimainkan oleh watak Cikgu Nizam. Haiqal bertekad untuk pulang ke Johor untuk menjejak warisan ayahnya walaupun niat itu ditentang oleh uminya. Walid tidak menghalang pemergian Haiqal malah berjanji akan mengirimkan wang kepadanya untuk dibelanjakan ketika di Johor.
24
Kehadiran Haiqal di Kampung Seri Purnama disambut baik oleh pendudukpenduduk di sana terutamanya Tauke Ong. Kemudian, Tauke Ong telah menyerahkan wang simpanan, hasil jualan kelapa sawit dan kebun kelapa sawit kepada Haiqal untuk diuruskan. Haiqal telah mengenali anak Tauke Ong iaitu Ong See Hwa. Haiqal mendapati bahawa perwatakan Ong See Hwa mirip dengan watak Ai Ling. Haiqal juga telah bersahabat baik dengan Lazim. Perkenalan Haiqal dengan Lazim dan Ong See Hwa memudahkan Haiqal untuk menjejak warisan Abdullah bin Kayan. Mereka telah menunjukkan kisah hidup Abdullah bin Kayan melalui pameran di balai raya lama. Haiqal mendapat bahawa arwah bapanya merupakan orang yang hebat dalam bidang seni dan sastera. Haiqal juga mendapat tahu bahawa bakat arwah ayahnya diiktiraf oleh pihak kerajaan negeri.
Kehadiran Haiqal di Kampung Seri Purnama hanyalah untuk mencari kenangan yang ditinggalkan oleh Abdullah bin Kayan. Penduduk kampung seperti Pak Cik Bakar, Haji Salim dan Tauke Ong mengharapkan Haiqal supaya mengembalikan kegemilangan tarian zapin di kampung mereka kerana mereka melihat semangat kepemimpinan Haiqal mirip arwah ayahnya, Abdullah bin Kayan. Haiqal tidak mahu menghampakan harapan mereka kerana mereka telah melayan Haiqal dengan baik. Haiqal dan penggiat tarian zapin jincat seperti Pak Cik Bakar dan Haji Salim telah bersepakat untuk mengadakan persembahan tarian zapin. Ketika hari persembahan, Lazim telah ditimpa kemalangan. Haiqal dan Ong See Hwa telah menarikan tarian zapin sehingga ada sebilangan penduduk kampung yang berasa terharu kerana terkenangkan arwah Abdullah bin Kayan. Umi, walid dan Nurul Aisyah juga turut hadir untuk menyaksikan persembahan zapin tersebut. Umi juga telah ke kubur Abdullah bin Kayan dan umi telah mengaku kesilapannya memisahkan Haiqal daripada bapa kandungnya kerana darahnya turut mengalir dalam tubuh Haiqal. Setelah beberapa bulan di Kampung Seri Purnama, Haiqal melanjutkan pelajaran dalam bidang keguruan di sebuah universiti di Sarawak.
25
2.3 TARIKAN SETIAP NOVEL o Pantai Kasih Novel ini membuatkan pembaca tertanya – tanya tentang apa yang akan berlaku selepas itu, sebagai contoh, pembaca akan tertanya – tanya mengapa Unong Sinon membuat pembedahan sebanyak lima kali tetapi masih belum sembuh dan apakah yang berlaku seterusnya? Novel begini jugak adalah ciri – ciri novel yang diminati remaja kerana meraka akan terus membaca novel tersebut sehingga pertanyaan mereka terungkai
o Songket Berbenang Emas Novel ini menampilkan banyak nilai murni di dalamnya, nilai dan pengajaran dalam sesebuah karya perlu diberi penekanan bagi menghasilkan karya yang menarik dan bermutu tinggi. Sesebuah karya haruslah menampilkan nilai – nilai murni yang dapat memberi kesan kepada pembaca dan secara tidak langsung membentuk jati diri pelajar bermoral tinggi dalam usaha melahirkan modal insan yang berminda kelas pertama
o Silir Daksina Novel ini mengadungi ciri- ciri yang diminati oleh sesetengah remaja dan penggemar novel. Hal ini demikian kerana novel ini menyelitkan unsur tanda tanya tentang kewujudan manuskrip lama. Selain itu, novel tersebut juga memaparkan masalah yang dihadapi oleh watak utama yang merupakan masalah realiti yang akan berlaku dalam kehidupan kita. Jadi, penulis memberikan situasi kita dalam mendalami dan dapat memahami situasi watak utama tersebut. Mengadungi nilai murni dan pengajaran serta mengadungi unsur saspens yang akan menimbulkan rasa ingin tahu kepada pembaca.
26
o Bima Sakti Menari Novel ini membuatkan pembaca tertanya-tanya tentang penyelesaian yang akan dibuat oleh Nurul Hafsa yang berjanji untuk mengembalikan kegelapan di Negeri Selangor agar bintang-bintang kelihatan semula dan juga ingin mengetahui sama ada cara tersebut berjaya atau tidak dalam usaha melestarikan alam sekitar. Selain itu, novel ini juga memaparkan nilai tidak putus asa dalam menepati janjinya itu. Novel ini dapat diberikan pengajaran kepada remaja kini dan juga dapat menarik minat remaja untuk membacanya disebabkan oleh watak perwatakan yang boleh dijadikan contoh kepada remaja kini.
o Tirani Remaja boleh memupuk nilai murni yang terdapat dalam novel tersebut. Waheeda yang sentiasa bersikap positif dan mempunyai pendirian yang tegas boleh menjadikan ikhtibar kepada remaja kini untuk terus bangkit walaupun berada dalam keadaan yang sangat genting. Novel ini sangat menarik dan dapat diberikan perhatian oleh remaja kini kerana daripada nilai-nilai yang terdapat di dalam novel tersebut dan atur cerita yang menarik yang dapat memberikan inspirasi kepada pembaca.
o Disebalik Dinara Novel ini mengisahkan ketaksuban sesetengah golongan remaja yang mengejar kemajuan sains dan teknologi sehingga mengabaikan nilai kemanusian. Novel ini juga mengisahkan tentang dendam sesebuah pihak kepada pihak yang lain. Novel ini bergenre fiksyen iaitu genre yang sering digemari remaja kini. Masyarakat Malaysia pada hari ini lebih gemar sesuatu yang bertentangan dengan kehidupan normal.
o Jendela Menghadap Jalan Novel ini mengisahkan tentang persahabatan dan kekeluargaan. Novel ini dapat menarik minat remaja kini untuk membaca adalah kerana penulis menampilkan tema masalah cita rasa remaja kini kerana ia bertepatan dengan cita rasa mereka dan juga mereka dapat mendalami perwatakan watak tersebut
27
o Leftenan Adnan : Wira Bangsa Novel ini menarik perhatian pembaca dan istimewa kerana perwatakan watak utama dalam novel ini berjaya meninggalkan kesan yang mendalam dalam jiwa pembaca terutamanya kepada generasi muda yang masih mempunyai kudrat untuk berjuang mempertahankan negara. Novel ini memberikan nilai dan pengajaran kepada remaja kini untuk membuka minda mereka. Selain itu, mereka juga dapat melahirkan motivasi diri dalam kehidupan harian mereka. Sebilangan remaja lebih gemar novel yang bergenre sebegini.
28
3.1 JENIS NOVEL Tingkatan 4 •
Di Sebalik Dinara : Fiksyen
•
Jendela Menghadap Jalan : Fiksyen
•
Pantai Kasih : Fiksyen
•
Leftenan Adnan Wira Bangsa : Bukan Fiksyen
Tingkatan 5 •
Tirani : Fiksyen
•
Songket Berbenang Emas : Fiksyen
•
Silir Daksina : Fiksyen
•
Bimasakti Menari : Fiksyen
3.2 PROSES PENGUMPULAN DATA 28/7/2021 – Membuat kajian tentang buku fiksyen dan bukan fiksyen 29/7/2021 – Mencari dan membaca sinopsis setiap novel 30/7/2021 – Mencari biografi setiap penulis 1/8/2021 – Penghantaran draf bab 1 dan bab 2 2/8/2021 – Mencari tema setiap novel 5/8/2021 – Membaca novel luar negara dan membuat perbandingan 7/8/2021 – Siapkan bab 3 dan bab 4 9/8/2021 – Menyiapakan dan menghantar e – mini tesis
3.3 TEMA SETIAP NOVEL Tingkatan 4 1. Jendela Menghadap Jalan : Kecekalan seorang gadis menghadapi pelbagai cabaran rintangan
29
2. Pantai Kasih : Tabah menghadapi kematian anak perempuannya 3. Leftenan Adnan Wira Bangsa : Keberanian seorang anggota tentera dalam mempertahankan tanah air 4. Di Sebalik Dinara : Penghasilan teknologi canggih berdasarkan pengetahuan sains Tingkatan 5 1. Tirani : kegigihan seorang wanita dalam menempuh berbagai – bagai cabaran dan dugaan dalam kehidupannya 2. Songket Berbenang Emas : ketabahan seorang gadis menghadapi dugaan idup 3. Silir Daksina : kekeluargaan .Konflik keluarga yang berpunca dari penceraian ibu dan ayah sesebuah keluarga 4. Bimasakti Menari : kegigihan anak muda dalam usaha melestarikan alam sekitar
3.4 KEUNIKAN DALAM NOVEL Antara keunikan novel yang ada di dalam Jendela Menghadap Jalan adalah penulis menulis jalan cerita yang saspen dan menarik minat pembaca iaitu dimana kes penculikan yang menjadi tanda tanya kepada pembaca. Seterusnya, novel Di Sebalik Dinara pula menceritakan tentang sistem teknologi yang amat maju dan saya sebagai pelajar berasa minat untuk membaca novel tersebut. Selain itu, novel Pantai Kasih yang mrmpunyai keunikan tentang seorang doktor yang menghadapi pelbagai bentuk ujian dan rintangan sebelum dia menjadi doktor pakar bedah. Di samping itu, novel Leftenan Adnan mempunyai keunikan yang tersendiri iaitu penulis menceritakan perjuangan seorang askar Melayu yang berani berjuang mempertahankan negara demi kemerdekaan. Novel Songket Berbenang Emas penulis menceritakan tentang kegigihan seorang pelajar Tingkatan 6 yang menghadapi masalah keluarga yang menggangu tumpuannya terhadap peperiksaan . Keunikan cerita ini dimana penulis menunjukkan ketabahan seorang pelajar dalam menghadapi masalahnya. Seterusnya, ialah novel Tirani, keunikan cerita ini adalah cara penulis membuatkan tanda tanya kepada pembaca setelah wanita itu diserang oleh beruk dan membuat pembedahan di Singapura. Novel seterusnya ialah novel Bima Sakti Menari. Keunikan novel ini ialah penulis berjaya memberi pembaca berasa saspen buat seketika. Akhir sekali, novel Si;ir Daksina. Keunikan novel ini ialah penulis menceritakan tentang seorang anak gigih mencari bapanya selepas menerima manuskrip dari bapanya. 30
3.5 PERSAMAAN DI DALAM NOVEL Persamaan yang ada di dalam novel Tirani dan Pantai Kasih ialah jalan cerita yang menunjukkan kegigihan seseorang untuk mencapai sesuatu kejayaan. Manakala, novel Jendela Menghadap Jalan dan Bimasakti Menari yang menunjukkan unsur saspen di dalam jalan cerita. Akhir sekali, novel Songket Berbenang Emas dan novel Silir Daksina yang bertemakan kekeluargaan.
3.6 KETERBEZAAN ANTARA 8 NOVEL Keterbezaan yang ada novel – novel ini adalah tujuh daipada novel ini merupakan novel fiksyen. Manakala satu novel daripadanya iaitu novel Leftenan Adnan adalah novel bukan fiksyen Akhir sekali, terdapat pelabagai nilai murni yang berbeza yang terdapat di dalam setiap novel, yang dapat memberi pengajaran kepada pembaca
3.7 BANDINGKAN NOVEL MALAYSIA DAN LUAR NEGARA Pada pendapat saya, novel luar negara lebih menarik kerana penulis – penulis luar negara yang lebih kreatif dalam menggunakan imaginasi mereka dalam menulis sebuah cerita yang dapat memberi impak yang banyak kepada pembacanya serta dapat menambah minat seseorang untuk membaca.
31
3.8 NOVEL DAN KEHIDUPAN Setelah mengkaji kelapan – lapan novel banyak nilai yang dapat dicontohi. Antara nilai yang dapat dicontohi ialah nilai ketabahan. Novel yang mempunyai nilai tersebut ialah novel Di Sebalik Dinara, Leftenan Adnan, Pantai Kasih dan Songket Berbenang Emas. Pengajaran yang kita dapat dari novel -novel tersebut adalah kita hendaklah sentiasa tabah dalam menghadapi ujian. Seterusnya, nilai kasih sayang. Antara novel yang mempunyai nilai tersebut ialah novel Di Sebalik Dinara. Pengajaran yang kita dapat dari nilai tersebut ialah kita hendaklah sayang akan ahli keluarga. Selain itu, nilai kegigihan. Novel yang mempunyai nilai tersebut di dalamnya ialah novel Di Sebalik Dinara. Pengajaran yang saya dapat dari nilai tersebut ialah kita hendaklah sentiasa gigih dalam mencapai sesuatu dalam hidup kita.
3.9 KEDUDUKAN NOVEL 1. Leftenan Adnan Wira Bangsa 2. Pantai Kasih 3. Tirani 4. Jendela Menghadap Jalan 5. Pantai Kasih 6. Di Sebalik Dinara 7. Songket Berbenang Emas 8. Bimasakti Menari
3.10 KESIMPULAN Kesimpulannya, kebanyakkan novel keluaran pihak Kementerian Pelajaran Malaysia membosankan para pelajar dan ada juga novel yang menyebabkan para pelajar berasa tidak
32
selesa semasa membacanya kerana ada unsur – unsur yang tidak sepatutnya. Novel – novel ini banyak memberikan pengajaran yang dapat saya ikut untuk memperbaiki hidup saya
4.1
RUMUSAN KERJA
Pada pendapat saya, berdasarkan kesemua novel yang saya kaji , novel yang menarik minat saya ialah novel Leftenan Adnan. Novel ini meninjukkan semangat, keberanian, ketabahan dan kegigihan seorang tentera dalam melindungi negara tercinta.
4.2
IMPLIKASI DAN CADANGAN
Pada pandangan saya, antara cadangan yang dapat dilakukan untuk penambahbaikan novel adalah penulis menulis cerita yang menarik seperti novel – novel yang di luar negara. Selain itu, manambah gambar untuk memberi pembaca lebih faham dengan situasi yang ingin disampaikan.
4.3
HIPOTESIS AKHIR
Setiap orang mempunyai minat masing – masing. Novel juga mempunyai keunikan dan daya tarikan yang tersendiri. Hal ini disebabkan oleh penulis yang bersusah payah untuk menyiapkan karyanya bagi mendapatkan jalan cerita yang dapat menarik minat para pelajar.
4.4
PENUTUP
Kesimpulan yang dapat saya buat disini berdasarkan kajian yang saya lakukan adalah setiap penulis mempunyai minat mereka sendiri. Hal ini kerana kebanyakkan novel yang telah saya baca menunjukkan idea daripada imaginasi mereka yang pelbagai minat. Oleh itu, kita hendaklah memperbanyakkan membaca karya sastera di dalam negara mahupun di luar negara.
33
4.5
RUJUKAN
https://karangan.net/komsas-bm-sinopsisnovelhttp://noveljendelamenghadapjalan.blogspot.com/2016/12/sinopsis.html-silir-daksina/ https://cikgukumuzz.blogspot.com/2020/12/sinopsis-novel-leftenan-adnan-wira.html https://bmblogr.blogspot.com/2016/01/novel-bima-sakti-menari-komsas.html https://www.ipendidikan.my/novel-songket-berbenang-emas.html https://www.ipendidikan.my/novel-tirani.html https://mesradidik.blogspot.com/2017/04/novel-pantai-kasih-sinopsis-keseluruhan.html https://cikgukumuzz.blogspot.com/2020/12/sinopsis-novel-di-sebalik-dinara.html
34