Data Loading...
BAB 1 RANGSANGAN DAN GERAK BALAS DALAM MANUSIA Flipbook PDF
BAB 1 RANGSANGAN DAN GERAK BALAS DALAM MANUSIA
180 Views
72 Downloads
FLIP PDF 1.05MB
RANGSANGAN DAN GERAK BALAS DALAM MANUSIA SIT DOLOR AMET
Perubahan persekitaran inilah dikenali sebagai RANGSANGAN. Contoh rangsangan: Cahaya, bunyi dan bahan kimia. Manusia menggunakan organ deria
untuk mengesan rangsangan. Manusia mempunyai lima organ
deria, iaitu mata, telinga, hidung, kulit dan lidah
Struktur mata manusia
MUKA SURAT 12
Retina mengandungi dua jenis
fotoreseptor, iaitu sel rod dan sel kon. i) Sel rod peka kepada keamatan cahaya yang berbeza termasuklah cahaya yang samar tetapi tidak peka kepada warna cahaya.
Ii) Sel kon peka kepada warna cahaya dalam keadaan yang cerah. Terdapat tiga jenis sel kon, iaitu sel kon yang peka kepada cahaya merah, hijau dan biru.
Struktur telinga
Struktur hidung Hidung ialah organ deria bau. Bau
merupakan bahan kimia yang wujud dalam udara. Lebih kurang 10 juta sel deria bau
terletak di bahagian atas rongga hidung Fungsi Sel Deria Bau
Sel deria bau amat halus dan diselaputi
dengan lapisan mukus.
Proses pengesanan bau Bau dipersekitaran
Bahan kimia dalam udara akan melarut dalam lapisan mukus
merangsang sel deria bau untuk menghasilkan impuls saraf
Jenis bau ditentukan
Impuls saraf kemudiannya dihantar ke otak untuk ditafsirkan
LIDAH
Terdapat bintil kecil yang dikenali sebagai papila
pada permukaan lidah. Permukaan papila pula dilapisi oleh beratus-ratus
tunas rasa. Setiap tunas rasa pula mengandungi 10 hingga 50
reseptor rasa. Reseptor rasa ini dapat mengesan lima jenis rasa
asas, iaitu manis, masin, masam, pahit dan umami (rasa yang menyelerakan)
Fungsi tunas rasa makanan dikunyah
sebahagian atau semua bahan kimia dalam makanan lazimnya melarut dalam air liur
Impuls saraf ini kemudiannya dihantar ke otak dan ditafsirkan sebagai rasa manis, masin,
masam, pahit, umami atau kombinasi rasa asas ini
Bahan kimia terlarut meresap ke dalam tunas rasa melalui liang
reseptor rasa di dalam tunas rasa dirangsang untuk menghasilkan impuls saraf.
KULIT Kulit ialah organ deria yang paling
besar dalam badan manusia.
Kulit manusia terdiri daripada 2
lapisan nipis: i) bahagian luar yang dikenali
sebagai epidermis ii) lapisan dalam yang dikenali sebagai dermis.
Fungsi deria kulit Lima jenis rangsangan yang dapat dikesan oleh reseptor dalam kulit: i) Sakit ii) Sejuk iii) Haba iv) Sentuhan
v) tekanan
Apabila reseptor pada kulit dirangsangkan, impuls saraf dihasilkan
Impuls saraf dihantar melalui sistem saraf ke otak
Gerak balas yang sesuai dihasilkan
Kepekaan kulit terhadap rangsangan
bergantung pada i) bilangan reseptor
ii) ketebalan epidermis kulit. Contohnya, hujung jari sangat peka terhadap sentuhan kerana di hujung
jari kerana terdapat bilangan reseptor sentuhan yang banyak dan epidermis yang nipis. Lidah, hidung dan bibir juga sangat
peka terhadap sentuhan. Siku, tapak kaki dan belakang badan pula
kurang peka terhadap
sentuhan.
Kepekaan lidah terhadap rangsangan rasa yang berbeza
Lidah boleh mengesan lima
jenis rasa, iaitu manis, masam, masin, pahit dan umami. Setiap rasa dikesan oleh
reseptor yang berbeza.
Kombinasi antara deria rasa dengan deria bau
Perhatikan Gambar foto 1.10.
Dapatkah budak itu menikmati kelazatan ayam goreng tersebut? Deria bau memainkan
peranan semasa seseorang merasa makanan.