Data Loading...
BAB 10 KIMIA DALAM PERUBATAN DAN KESIHATAN Flipbook PDF
BAB 10 KIMIA DALAM PERUBATAN DAN KESIHATAN
151 Views
109 Downloads
FLIP PDF 1.59MB
BAB 10 KIMIA DALAM PERUBATAN DAN KESIHATAN
STANDARD KANDUNGAN 10.1 Perubatan Tradisional, Perubatan Moden Dan Perubatan Komplementari 10.2 Radikal Bebas 10.3 Bahan Antioksidan 10.4 Produk Kesihatan
10.1 PERUBATAN TRADISIONAL, PERUBATAN MODEN DAN PERUBATAN KOMPLEMENTARI
10.1 PERUBATAN TRADISIONAL, PERUBATAN MODEN DAN PERUBATAN KOMPLEMENTARI
PERUBATAN TRADISIONAL Kaedah perubatan yang menggunakan tumbuhtumbuhan, haiwan dan bahan semula jadi yang diaplikasikan secara khusus mahupun gabungan bagi diagnosis dan merawat penyakit.
PERUBATAN MODEN Campuran seni merawat dengan pelbagai bidang ilmu sains yang mempunyai hubungan langsung dengan sains kesihatan dan bioperubatan melibatkan bidangbidang seperti perubatan klinikal, penyelidikan perubatan dan pembedahan dalam mengubati penyakit.
PERUBATAN KOMPLIMENTARI Kepelbagaian kaedah dalam penjagaan kesihatan yang berasal daripada pelbagai bentuk budaya sejak zaman-berzaman.
UBAT-UBATAN YANG DIGUNAKAN DALAM PERUBATAN TRADISIONAL, MODEN DAN KOMPLEMENTARI UBAT ~ Dadah atau bahan yang diambil untuk mengawal kesihatan, merawat atau mencegah penyakit. Jenis Ubat ; ➢ Ubat Tradisional ➢ Ubat Moden ➢ Ubat Komplimentari
Ubat yang diperoleh daripada sumber semula jadi seperti tumbuhan dan haiwan tanpa diproses secara kimia.
Lendiran digunakan utk mengurangkan kesakitan kulit akibat selaran matahari (sunburn) @ terkena benda panas.
Daun~ -melegakan sakit kepala. -merawat masalah keguguran rambut.
Perubatan tradisional kaum Cina untuk memelihara kesihatan badan.
Ubat penyakit malaria.
Melegakan bengkak dan sengal-sengal. Menghilangkan angin dalam badan.
➢ Ubat yang dihasilkan di dalam makmal untuk kegunaan ramai dan dijual di pasaran secara meluas. ➢ Disediakan dalam pelbagai bentuk seperti pil, kapsul, pasta, ampaian dan larutan. ➢ Dikelaskan kepada tiga jenis iaitu;
ANALGESIK ➢ Berfungsi untuk melegakan kesakitan. ➢ Contoh; ➢ Aspirin ➢ Parasetamol ➢ Kodeina
ANTIBIOTIK ➢ Berfungsi untuk membunuh atau menghalang pertumbuhan bakteria berjangkit. ➢ Dihasilkan daripada ; ➢ kumpulan mikroorganisma seperti fungus atau bakteria ➢ sintesis bahan kimia ➢ Perlu dihabiskan mengikut dos yang diberikan untuk memastikan bakteria dihapuskan. ➢ Contoh ; ➢ Penisilin ➢ Streptomisin
PSIKOTERAPUTIK ➢ Digunakan untuk merawat pesakit psikiatrik. ➢ Tidak boleh diambil sewenang-wenangnya. ➢ Perlu mengikut dos yang ditetapkan oleh doktor. ➢ Boleh menyebabkan perubahan perasaan, pemikiran dan kelakuan seseorang. ➢ Dikelaskan kepada tiga jenis, iaitu: ➢ stimulan − merangsang dan mengaktifkan kegiatan otak, badan dan perasaan pesakit; ➢ Contoh; amfetamina ➢ antidepresan − ubat ini berfungsi untuk mengawal keadaan kemurungan; ➢ Contoh; imipramin dan amitriptilin ➢ antipsikotik − ubat penenang; ➢ Contoh; trankuiliser, barbiturat, dozapin dan haloperidol
Perubatan yang memastikan pesakit sihat secara holistik merangkumi fizikal, mental dan emosi Ia adalah rawatan tambahan yang dilakukan bersama dengan perubatan moden dalam merawat penyakit.
HOMEOPATI AKUPUNTUR ➢ Jarum steril dimasukkan ke dalam titik-titik tertentu pada kulit, yang disebut “titik akupunktur” secara perlahan dan lembut. ➢ Ia akan merangsang sistem saraf untuk melegakan kesakitan.
KIROPRAKTIK ➢ Menggunakan kemahiran ahli kiropraktor untuk membetulkan semula kedudukan tulang menggunakan tangan. ➢ Berkesan untuk merawat sakit belakang dan leher, sakit sendi, sakit kepala dan kecederaan sukan.
URUTAN TRADISIONAL ➢ Kaedah untuk memanipulasi tisu lembut badan menggunakan tangan, jari dan penumbuk. ➢ Dapat melegakan keresahan, kesakitan, keletihan, ketegangan otot dan masalah urat saraf.
➢ Diberikan kepada pesakit berdasarkan gejala yang ditunjukkan oleh pesakit seperti demam, rasa sakit atau batuk. ➢ Menguatkan keupayaan tubuh melawan penyakit yang menyerang. ➢ Tidak membunuh kuman penyakit tersebut.
TERAPI HERBA ➢ Menggunakan bahagian tumbuhan yang memiliki khasiat untuk mengubati penyakit. ➢ Lebih diyakini kerana sumber semula jadi tidak mendatangkan kesan sampingan dan tidak mengandungi kandungan dadah yang memudaratkan kesihatan.
(sintetik)
10.2 RADIKAL BEBAS
10.2 RADIKAL BEBAS Atom atau molekul yang kekurangan satu elektron yang menjadikan atom atau molekul tersebut tidak stabil, reaktif dan cenderung untuk menyerang atom atau molekul lain.
FAKTOR YANG MENGHASILKAN RADIKAL BEBAS 1.
FAKTOR DALAMAN
➢ Proses pengoksidaan ialah tindak balas kimia yang berlaku apabila suatu bahan tindak balas mengalami kehilangan elektron. ➢ Proses pengoksidaan yang berlaku secara semula jadi di dalam badan menghasilkan radikal bebas. ➢ Keadaan ini mencetuskan tindak balas berantai untuk menghasilkan lebih banyak radikal bebas. ➢ Metabolisme dan keradangan adalah antara dua faktor dalaman yang menghasilkan radikal bebas di dalam badan.
FAKTOR YANG MENGHASILKAN RADIKAL BEBAS
2. FAKTOR LUARAN
KESAN RADIKAL BEBAS TERHADAP KESIHATAN MANUSIA ➢ Merosakkan struktur DNA dengan mengambil elektron daripada molekul yang membina DNA.
➢ Hal ini membentuk bahan karsinogen yang mungkin menyebabkan mutasi dan kanser. ➢ Menyebabkan penyakit kardiovaskular dan ketidaksuburan. ➢ Merosakkan buah pinggang, hati dan peparu. ➢ Menyebabkan penuaan awal seperti wajah berkedut dan rambut beruban.
10.3 BAHAN ANTIOKSIDAN
10.3 BAHAN ANTIOKSIDAN Antioksidan ~ sebatian kimia yang diperlukan oleh badan kita untuk melambatkan atau menghentikan proses pengoksidaan. ➢ Ia melindungi sel badan daripada kerosakan akibat radikal bebas. ➢ Dianggap sebagai barisan pertahanan terhadap risiko mendapat sesetengah penyakit. ➢ Badan kita berupaya menghasilkan bahan antioksidan, namun apabila usia meningkat, keupayaan ini akan berkurang. ➢ Oleh itu, kita perlu mendapatkan bahan antioksidan melalui makanan.
CONTOH BAHAN ANTIOKSIDAN DALAM MAKANAN
BETA KAROTENA
LUTEIN
LIKOPENA
VITAMIN C
VITAMEN E
➢ Biasa ditemui dalam kebanyakan makanan yang berwarna merah, kuning atau jingga. ➢ Cth; lobak merah, mangga dan ubi keledek
➢ Untuk kesihatan mata. ➢ Terdapat dalam kuantiti yang banyak dalam sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam, kubis dan brokoli.
➢ Bahan antioksidan yang ditemui dalam buah-buahan seperti betik, jambu batu, tembikai, tomato, aprikot, limau gedang dan oren.
➢ Vitamin larut air yang juga dikenal sebagai asid askorbik. ➢ Terdapat dalam buahbuahan sitrus, bayam, brokoli, kiwi, strawberi, kranberi, kubis, lada hijau dan bijirin.
➢ Juga dikenal sebagai alfa-tokoferol. ➢ Terdapat dalam pelbagai jenis minyak termasuklah minyak kelapa sawit, minyak germa gandum, minyak jagung dan minyak kacang soya. ➢ Boleh juga ditemui dalam aprikot, brokoli, kekacang dan mangga.
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGOKSIDAAN MAKANAN
➢ Proses pengoksidaan boleh dilihat berlaku kepada makanan yang terdedah kepada udara. ➢ Larutan yang mengandungi bahan antioksidan seperti larutan jus limau dapat melambatkan proses pengoksidaan.
10.4 PRODUK KESIHATAN
10.4 PRODUK KESIHATAN
BAHAN AKTIF dalam produk kesihatan; ➢ ~Komponen tertentu di dalam sesuatu produk yang mempunyai kesan terhadap penyembuhan atau pencegahan penyakit. ➢ Bahan aktif akan memberikan kesan atau tujuan yang sama walaupun digunakan dalam produk dengan jenama yang berbeza. ➢ Kadangkala, dua atau lebih bahan aktif tidak boleh digunakan bersama kerana boleh bertindak balas dan menghasilkan kemudaratan kepada kesihatan.
PENGGUNAAN PRODUK KESIHATAN YANG TERDAPAT DALAM PASARAN Faktor yang menyebabkan permintaan terhadap produk kesihatan semakin tinggi; Diambil untuk memulihkan penyakit dan mengekalkan kesihatan. Dapat menjamin tumbesaran yang normal dan meningkatkan daya pencegahan penyakit. Contoh ~ pengambilan multivitamin dapat meningkatkan proses tumbesaran kanakkanak. Gaya hidup masyarakat kini yang sibuk bekerja dan tidak mengamalkan pemakanan yang seimbang. Contoh ~ pengambilan pil-pil vitamin
SEKIAN, TERIMA KASIH.