Bahasa Melayu Tingkatan 2 Flipbook PDF

Bahasa Melayu_Tingkatan_2
Author:  d

44 downloads 139 Views 79MB Size

Story Transcript

Penghargaan Penerbitan buku teks ini melibatkan kerjasama banyak pihak. Sekalung penghargaan dan terima kasih ditujukan kepada semua pihak yang terlibat: •

Jawatankuasa Penambahbaikan Pruf Muka Surat, Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia



Jawatankuasa Penyemakan Pembetulan Pruf Muka Surat, Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia



Jawatankuasa Penyemakan Naskhah Sedia Kamera, Bahagian Buku Teks, Kementerian Pendidikan Malaysia



Pegawai-pegawai Bahagian Buku Teks dan Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia



Jawatankuasa Peningkatan Mutu, Dewan Bahasa dan Pustaka



Panel Pembaca Luar, Dewan Bahasa dan Pustaka



Pakar Rujuk Bahasa, Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah binti Haji Abdul Karim



Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia



Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM)



Jabatan Perhutanan Negeri Perak



Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia)



Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak



Kementerian Kesihatan Malaysia



Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara



Malaysian Medical Relief Society (MERCY)



Radio Televisyen Malaysia (RTM)



Jabatan Bomba dan Penyelamat



Bank Negara Malaysia



Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)



Majlis Sukan Negara Malaysia



Sekolah Kebangsaan Gelugor, Pulau Pinang



Majlis Adat Istiadat Sarawak



Semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam usaha menjayakan penerbitan buku teks ini. iii

KANDUNGAN

iv

v

Pendahuluan Buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 2 ini menterjemahkan hasrat yang tercakup dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Tingkatan 2, Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang disediakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) melalui persembahan bahan berwarna-warni yang menarik. Kemahiran Mendengar dan Bertutur, Kemahiran Membaca, Kemahiran Menulis, Seni Bahasa, dan Tatabahasa yang tersenarai dalam DSKP disusun atur mengikut kesesuaian daripada tahap mudah kepada tahap sukar berdasarkan susunan bab dengan harapan kemahiran dan pengetahuan tersebut dapat dipelajari secara beransur maju. Buku ini didasari oleh bahan-bahan rangsangan daripada 18 tema dengan 36 unit pembelajaran yang berasaskan modul yang dipecahkan mengikut tiga kemahiran bahasa yang utama, seni bahasa, dan pengetahuan tatabahasa. Walaupun tema-tema ini adalah sama seperti buku teks Bahasa Melayu Tingkatan 1, skop bahan yang dipilih adalah berbeza. Pemilihan bahan telah dibuat secara teliti dengan mengambil kira pelbagai faktor termasuk cita rasa kumpulan sasaran, kepentingan, keperluan, kesesuaian, kemudahbacaan, kebolehbacaan, ketepatan, kesahan, dan variasi bahan untuk memastikan bahan yang digunakan sebagai rangsangan adalah menepati piawai. Bahan-bahan juga diperoleh daripada pelbagai sumber, iaitu sumber sekunder melalui bacaan serta rujukan dan sumber primer melalui pemerhatian, kajian lapangan serta wawancara. Dari segi persembahan pula, bahan-bahan terpilih ini dipersembahkan dalam bentuk paparan yang lebih segar dan menarik. Gabungan antara teks, audio, video, dan grafik berserta permainan warna yang dimanfaatkan sepenuhnya telah menjadikan setiap halaman memberi murid pengalaman pembelajaran yang menarik dan sangat berharga. Grafik dan gambar beresolusi tinggi yang digunakan bukan sekadar hiasan kerana setiap satunya berfungsi dan membawa makna yang tersendiri walaupun grafik tersebut terletak di halaman rangsangan bagi setiap tema. Teknologi QR Code juga digunakan khusus untuk memuatkan bahan bantu belajar bagi kemahiran mendengar dan bertutur dalam bentuk audio dan video. Selain itu, QR Code ini juga digunakan bagi menampung maklumat tambahan dalam bentuk teks yang terdiri daripada nota tatabahasa, info bestari, jawapan bagi latihan tatabahasa, dan lain-lain. Untuk menjadikan buku teks ini lebih mesra pengguna, pernyataan Standard Pembelajaran (SP) disertakan dalam setiap halaman. Aktiviti yang dicadangkan juga berbentuk umum bagi membuka ruang yang seluas-luasnya kepada guru dan murid untuk menentukan strategi dan teknik pengajaran dan pembelajaran yang hendak digunakan agar bersesuaian dengan minat, kecenderungan, kesediaan dan keperluan murid, serta prasarana yang ada. Selain itu, latihan tambahan kendiri dalam bentuk eksplorasi minda juga disediakan bagi memudahkan murid memperkaya pengalaman belajar. Permainan bahasa yang kreatif, santai, dan berbentuk didik hibur juga disertakan dan menjadi nilai tambah bagi buku ini. Begitu juga dengan empat bahagian penilaian yang mencakupi semua konstruk dan kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh murid. Keempat-empat penilaian dihadirkan dalam pelbagai stimulus dan bentuk penyoalan yang mendedahkan murid kepada kepelbagaian item bagi menilai penguasaan bahasa mereka. Ikon-ikon yang menarik juga digunakan bagi menjelaskan bahagian-bahagian tertentu dalam buku ini.

vi

Kemahiran Mendengar dan Bertutur Mengandungi 18 SP yang bermula dengan mendengar dan menyebut perkataan hingga menghuraikan sesuatu perkara dengan bernas dan kritis serta mengulas bahan grafik. Aktiviti Gerak kerja yang dirancang untuk mencapai hasrat SP. Arahannya bersifat umum untuk memberikan peluang kepada guru memilih strategi pembelajaran dan teknik yang berkesan, sesuai dengan murid.

Kemahiran Menulis Mengandungi 10 SP yang bermula dengan menyatakan makna kata hingga menulis karangan menggunakan ejaan yang betul, bahasa yang indah, serta menarik dan mengedit perenggan.

Kemahiran Membaca Merupakan kemahiran yang penting kerana maklumat yang dituturkan atau ditulis diperoleh daripada bacaan. Walaupun hanya mengandungi tujuh SP, kemahiran ini perlu diulang dan dipelbagaikan untuk memastikan murid benar-benar menguasai kemahiran membaca ini.

KBAT Merupakan kemahiran yang penting dalam ciri pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 yang memberikan penekanan kepada kemahiran mengaplikasi, menganalisis, menilai, dan mencipta. Walau bagaimanapun, kemahiran mengaplikasi tidak dilabelkan kerana kemahiran mengaplikasi hadir dalam kebanyakan modul.

Info Bestari Terdiri daripada nota-nota yang berkaitan dengan tatabahasa yang diajarkan. Nota ini turut disertakan dengan peringatan tentang kesalahan yang sering dilakukan bagi tajuk tersebut. Maklumat umum juga dimasukkan untuk panduan pengguna.

vii

Seni Bahasa Mengandungi lapan SP yang bermula dengan apresiasi karya prosa hingga menghasilkan karya prosa, sajak, dan pantun serta mempersembahkannya secara kreatif, menarik, dan berkesan. Aktiviti Berkumpulan Dijalankan bagi menerapkan kemahiran berkomunikasi dan nilai kerjasama secara berpasukan serta bakat kepemimpinan. Latihan yang diberikan selalunya adalah lebih mencabar dan memerlukan idea daripada ahli kumpulan yang lebih ramai. Aktiviti Berpasangan Dijalankan untuk memastikan pelibatan yang aktif setiap ahli di samping menerapkan kemahiran berkomunikasi.

Tatabahasa Mengandungi sembilan SP yang bermula dengan pengetahuan dan pemahaman tatabahasa yang terdiri daripada kata ganti nama, akronim, kata adjektif, kata bantu, kata penguat, kata penegas, kata nafi, kata pemeri, kata arah, kata bilangan, kata penekan, kata pembenda, kata kerja transitif, kata ganda, apitan kata nama, frasa adjektif, ayat tunggal, dan jenis ayat hingga menganalisis serta membetulkan kesalahan kata dan frasa.

Pengukuhan Terdiri daripada latihan yang sama tetapi dalam bentuk dan konteks yang berbeza untuk memastikan murid mencapai tahap yang baik dalam satu-satu SP.

viii

Eksplorasi Minda Merupakan latihan lanjutan bagi memperkukuh ataupun memperkaya penguasaan SP. Latihan ini dibuat dengan atau tanpa bimbingan guru.

Pengayaan Terdiri daripada latihan aras tinggi untuk memastikan murid benar-benar menguasai SP dan bersedia untuk mempelajari kemahiran dalam SP yang lebih mencabar.



QR Code Imbas kod menggunakan alat peranti semasa untuk mendapatkan maklumat tambahan dalam bentuk video atau dokumen lain serta panduan menjawab soalan bagi menarik minat murid.

Penilaian Mengandungi empat penilaian yang mencakupi pelbagai konstruk dan jenis item bagi menilai penguasaan murid berdasarkan SP utama dan objektif mata pelajaran.

Sesuai dengan ciri pengajaran dan pembelajaran abad ke-21, buku teks ini menjadikan aktiviti belajar bahasa lebih luwes, lebih aktif, mencabar kreativiti, dan kemahiran berfikir, serta menyeronokkan. Yang lebih utama, buku teks ini dapat membantu murid lebih yakin dan terampil berbahasa serta berupaya untuk berkomunikasi bagi memenuhi tuntutan diri dan negara. Zanariah binti Abdol Amir Hazlin bin Lin Alias bin Derais@Idris ix

AKTIVITI PEMBELAJARAN ABAD KE-21 1. Meja Bulat Murid duduk dalam kumpulan Guru mengemukakan satu topik Secara bergilir-gilir, murid mencatat satu idea Murid menggunakan pen dan kertas yang sama Hasil dapatan dirujuk/dibentang

2. Fikir-Pasang-Kongsi Topik diberikan guru Murid berfikir sendiri dalam jangka masa tertentu Masa tamat dan murid berkongsi idea bersama pasangan Masa tamat dan murid berkongsi idea dengan keseluruhan kelas

3. Kerusi Panas Aktiviti susulan selepas murid membuat bacaan dan kajian (individu atau kumpulan) Seorang murid akan duduk di kerusi yang disediakan dan menjadi “pakar” atau “watak” “Pakar” atau “watak” akan menjawab segala soalan yang dilontarkan oleh murid lain

x

4. Deklamasi Sajak / Nyanyian Murid dibenarkan membuat persediaan dalam kumpulan Tajuk diberikan Murid boleh mengubah suai bahan mengikut kreativiti dan kesesuaian Murid membuat persembahan di hadapan kelas

5. Pembentangan Hasil Sendiri Murid diminta membuat pembentangan untuk mempersembahkan hasil dapatan masing-masing kepada keseluruhan kelas Boleh dilaksanakan dengan pelbagai cara dan bahan Menggunakan bahan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)/bukan TMK

6. Main Peranan Murid diberikan tanggungjawab untuk memegang peranan dan watak Perlu masa untuk membuat persediaan Membuat persembahan dengan memainkan watak

xi

7. Jalan Galeri Aktiviti selepas kajian/carian Murid menampal hasil kerja di dinding untuk dilihat oleh kumpulan lain Biasanya murid boleh menulis komen tentang hasil kerja kumpulan lain di atas hasil kerja itu

9. Peta Pemikiran

Menggunakan peta pemikiran sebagai alat untuk menjana idea murid Sebagai satu alat untuk membuat kajian/carian dan dipersembahkan dalam bentuk grafik

xii

8. Enam Topi Pemikiran Topi Putih: Maklumat Topi Kuning: Nilai Positif Topi Hitam: Pemikiran Kritis Topi Hijau: Pemikiran Kreatif Topi Biru: Proses Berfikir Topi Merah: Perasaan, Intuisi

10. Lain-lain Pembelajaran Penyelesaian Masalah Simulasi Kajian Lapangan Stesen Eksperimen Inkuiri Penemuan Pembelajaran Terbeza

TEMA KESIHATAN DAN 1

KEBERSIHAN

Daun selasih daun turi, Pemikat selera orang Timur; Sihat bersih cerminan diri, Rakyat sejahtera negara makmur.

• Datang seperti Ribut, Pergi seperti Semut • Etika Batuk dan Bersin

• Sesegar Kenangan



• Semakin Hari Semakin Sihat • Suci Rohani

• Komuniti Cergas • Apa Kata Mereka?



• Sejahterakan Hidup • Hindari Dermatofit



• Indahnya Bumiku

1

Unit

1

Anda Sihat Anda Ceria

TEMA 1

Datang seperti Ribut, Pergi seperti Semut

IMBAS SAYA

Kesihatan dan Kebersihan

1. Dengar rakaman audio untuk mengecam cara sebutan yang betul bagi rangkai kata dan istilah yang digunakan. 2. Gunakan teknik main peranan untuk menyebut rangkai kata dan istilah tersebut dalam pelbagai ujaran. Berdasarkan pemeriksaan tadi, apakah penyakit saya, doktor?

Keradangan tonsil? Bengkak? Terukkah bengkaknya, doktor?

Bagaimanakah saya dijangkiti penyakit ini?

Apakah yang perlu saya buat, doktor?

Terima kasih, doktor, atas penjelasan tadi.

Paru-paru dan perut Aiman tiada masalah. Denyutan nadi juga normal tetapi tonsil nampak kemerah-merahan dan bengkak sedikit. Gejala ini tanda keradangan tonsil.

Jangan bimbang, sedikit sahaja bengkaknya. Esok Aiman sudah boleh pergi ke sekolah. Sebenarnya, keradangan tonsil ini bukannya penyakit berjangkit. Mungkin Aiman mempunyai tahap imunisasi yang rendah. Apabila terdedah kepada bakteria yang terdapat di udara, Aiman mudah menghidap penyakit ini. Penyakit selalunya datang seperti ribut, pergi seperti semut. Oleh itu, amalkanlah gaya hidup sihat. Sama-sama.

Layari laman sesawang untuk mendapatkan maklumat tentang keradangan tonsil.

2

1.1.1 Mendengar, mengenal pasti dan menyebut perkataan, rangkai kata, istilah dan ungkapan dalam pelbagai ujaran dengan betul dan tepat.



Semakin Hari Semakin Sihat TEMA 1

1. Baca surat kiriman rasmi dengan sebutan dan intonasi yang betul. 2. Gunakan teknik bacaan 5W1H untuk mengenal pasti maklumat dalam surat.

Pakar Perubatan Kesihatan Keluarga, Pejabat Kesihatan Daerah Kluang, 86000 Kluang, Johor Darul Ta’zim.

Kesihatan dan Kebersihan

Pengetua, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Jauhari, KM 1, Jalan Batu Pahat, 86000 Kluang, Johor Darul Ta’zim.

20 JANUARI 20   

Tuan, Kempen Semakin Hari Semakin Sihat Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Jauhari akan mengadakan Kempen Semakin Hari Semakin Sihat selama sebulan bermula pada minggu hadapan. Kempen ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran murid tentang aspek kesihatan, khususnya dari segi fizikal, mental, dan emosi. 2. Sehubungan dengan itu, pihak kami ingin mengundang pegawai perubatan tuan untuk menyampaikan ceramah berkaitan dengan kesihatan kepada semua murid. Tarikh dan masa ceramah tersebut bergantung pada kesesuaian masa pegawai perubatan tersebut. 3. Semoga ceramah yang akan disampaikan dapat melahirkan generasi yang sihat, ceria, dan berjaya. Sekian, terima kasih. Saya yang menurut perintah,

Hasanah

(HASANAH BINTI AHMAD) Pengetua, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Jauhari.

Maksud tersurat ialah makna sesuatu perkataan, rangkai kata, ayat, atau perenggan sebagaimana yang dinyatakan mengikut konteks. Teknik Bacaan 5W1H ialah teknik membaca sambil mencari maklumat yang berkaitan dengan soalan-soalan, iaitu who (siapa), what (apa), where (di mana), when (bila), why (kenapa), dan how (bagaimana).

2.1.1 Membaca surat kiriman rasmi, surat kiriman tidak rasmi dan teks pengacaraan dengan sebutan dan intonasi yang betul serta mengenal pasti maksud tersurat dan tersirat.

3

Sejahterakan Hidup

Kesihatan dan Kebersihan

TEMA 1

1. Rujuk kamus untuk mencari makna perkataan dan ungkapan dalam bahan. 2. Dengan menggunakan perkataan dan ungkapan tersebut, tulis ayat-ayat mudah tentang aktiviti harian yang perlu anda lakukan supaya sentiasa sihat dan ceria.

1

Makan sebelum lapar, berhenti sebelum kenyang.

Makan lima hingga tujuh kali sehari dalam kuantiti yang sedikit untuk memastikan tahap metabolisme sentiasa tinggi.

2

Anda sihat, anda bahagia, anda berjaya.

Kesihatan merupakan aset kehidupan yang tidak ternilai. Tahap kesihatan yang baik membolehkan seseorang mampu untuk berbuat apa-apa sahaja.

3

Tidur yang berkualiti menjanakan daya fikir yang tinggi.

Tidur yang cukup dapat merehatkan minda serta menyegarkan badan.

4

Badan sihat otak cerdas.

Bersenam tiga hari seminggu dalam tempoh 20 minit bagi setiap sesi.

5

Sayangi diri anda.

Tahap kesihatan perlu sentiasa dipantau secara berterusan. Oleh itu,  pemeriksaan kesihatan perlu dilakukan sekurang-kurangnya dua kali setahun. CARA MENGIRA INDEKS JISIM BADAN (IJB) Berat badan (kg) IJB = Tinggi (m) × Tinggi (m) Jadual IJB berat badan atau kegemukan bagi umur 13-14 tahun mengikut jantina Lebih Berat Badan Gemuk IJB/BMI Umur IJB/BMI (Tahun) Lelaki Perempuan Lelaki Perempuan 13.00 21.91 22.58 26.84 27.76 13.50 22.27 22.98 27.25 28.20 14.00 22.62 23.34 27.63 28.57

(Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia)

4

3.1.1 Menulis untuk menyatakan makna kata, rangkai kata, istilah dan ungkapan serta menggunakannya dengan betul mengikut konteks.

Sesegar Kenangan TEMA 1

Ceritakan semula kisah ini dengan menggunakan ayat anda sendiri. Nyatakan dua persoalan yang terdapat dalam cerita berserta contohnya. Jika anda dihantar bertugas di kawasan pedalaman, adakah anda akan menerima tugasan tersebut? Jelaskan sebabnya.

Ketika aku terlihat papan tanda Klinik Desa Sungai Baru, jam di tanganku menunjukkan pukul 7:45 pagi. Kelihatan beberapa orang wanita bersama anak kecil mereka telah pun tiba. Wah, awal sungguh mereka tiba! Seingatku, pada tahun-tahun awal ditukarkan ke sini, hanya seorang dua pesakit yang datang. Namun kini, hari demi hari, bilangannya semakin ramai. “Selamat pagi, misi,” sapa mereka sambil berdiri dan menganggukkan kepala kepadaku. “Selamat pagi, Ambon. Anaknya sakit lagi?” jawabku sambil membalas senyuman. “Sakitnya sudah kurang, misi. Ambon ke sini menemani Indai.” Ambon menyengih sambil matanya melirik ke arah rakan di hadapannya. Ambon datang menghampiriku lalu menghulurkan seikat petai, seikat daun kayu dan seplastik buah-buahan hutan. Sambil melemparkan senyuman mesra, pemberian Ambon aku sambut dengan ucapan terima kasih. Enam tahun dahulu, aku pernah menolak pemberian hasil hutan daripada penduduk kampung. Ketika itu, aku tidak gemar memakan petai, jering, kerdas, asam kelubi, pucuk paku, dan pelbagai lagi hasil hutan. Namun, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak. Kini, hasil-hasil hutan yang segar dan berkhasiat itulah yang menjadi makanan kegemaranku. Petang itu, sebelum pulang, aku dipanggil oleh rakan setugasku, Junainah. “Sarah, jangan lupa, ya. Pukul 10:00 pagi esok, kita ke Kampung Sungai Baru. Periksa dahulu kenderaan kita itu. Jangan jadi macam bulan lepas, menjajar kita masuk ke dalam semak.” Peristiwa brek basikal tak makan semasa pergi membuat pemeriksaan di Kampung Jong menerjah ingatan. Aku dan Puan Jun ketawa terkekeh-kekeh mengingatkan peristiwa cemas tetapi lucu itu. Sesungguhnya, bertangguh itu pencuri masa. Tanpa berlengah, aku terus ke stor simpanan basikal sebelum menuju ke arah keretaku. Dalam perjalanan balik, aku membayangkan keadaan penduduk Cari maklumat Kampung Sungai Baru, terutamanya kanak-kanak dan warga emas yang berkaitan yang semakin sihat dan ceria. Aku tersenyum puas. Jerih perih kami dengan klinik desa. telah berbayar.

Persoalan ialah idea sampingan yang ingin disampaikan melalui sesebuah karya.

4.1.1 Memahami dan mengapresiasi karya prosa dari aspek sinopsis, tema, persoalan, nilai dan pengajaran, watak dan perwatakan dengan memberikan respons yang betul dan rasional.

5

Kesihatan dan Kebersihan

1. 2. 3.

Komuniti Cergas

IMBAS SAYA



TEMA 1

Kenal pasti akronim dalam bahan dan bina ayat-ayat mudah menggunakan akronim tersebut.

Kesihatan dan Kebersihan

ACARA DAN RIK HADIAH MENA MENANTI ANDA

Jerayawara Sihat Ceria

• Sukaneka, aktiviti melukis dan mewarna untuk murid tadika, tabika, dan taska • Pertandingan taridra untuk murid sekolah menengah • Pemeriksaan kesihatan percuma

• Ceramah kesihatan • Senamrobik • Pameran kesihatan • Persembahan kugiran • Pertandingan baca cerpen

Jangan Lepaskan Peluang untuk Kekal Sihat dan Ceria. Jumpa Anda di Sana.

3 – 13 Mac 20  Dataran Budiman, Kangar, Perlis 15 – 25 Mac 20  Dewan Orang Ramai, Alor Setar, Kedah Masa: 8:00 pagi – 6:00 petang

Terbuka untuk semua Acara tahunan Syarikat Ceria Sejahtera Sdn. Bhd. dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia dan MADA kembali lagi dengan sasaran 10 000 orang pengunjung sehari secara purata. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi pihak urus setia:

6

100-000-100

Buat rujukan daripada pelbagai sumber dan senaraikan akronim lain yang ditemukan.

5.1.1 Memahami dan menggunakan kata ganti nama dan akronim dengan tepat menurut konteks.

2

Kebersihan Lambang Keperibadian Etika Batuk dan Bersin IMBAS SAYA



Kesihatan dan Kebersihan

1. Dengar penerangan dengan telitinya dan kenal pasti cara sebutan yang betul bagi perkataan dan ungkapan dengan menggunakan teknik dengar-sebut. 2. Persembahkan penerangan yang didengar dengan menggunakan teknik ajuk-hafaz.

TAHUKAH ANDA? • • • • • •

Semasa batuk, dianggarkan 3000 titisan air liur dikeluarkan. Semasa bersin, dianggarkan 40 000 titisan air liur dikeluarkan. Titisan yang lebih berat akan jatuh ke lantai akibat graviti. Titisan yang lebih ringan akan diterbangkan ke udara lalu tersebar. Batuk dan bersin menyebarkan virus dan bakteria kepada orang lain. Batuk dan bersin secara sesuka hati mencerminkan imej diri yang negatif.

Cegah Sebelum Parah. Mencegah lebih baik daripada mengubati.

1 Tutup mulut dan hidung dengan tisu atau sapu tangan.

2 Buang tisu ke dalam tong sampah dengan serta-merta.

3 Cuci tangan dengan sabun dan air yang bersih atau gunakan sanitizer.

(Sumber: http://www.myhealth.gov.my) Terokai fakta menarik tentang batuk dan bersin.

1.1.1 Mendengar, mengenal pasti dan menyebut perkataan, rangkai kata, istilah dan ungkapan dalam pelbagai ujaran dengan betul dan tepat.

TEMA 1

Unit

7

Suci Rohani

IMBAS SAYA

Kesihatan dan Kebersihan

TEMA 1

1. Dendangkan syair dengan sebutan dan intonasi yang betul. 2. Berdasarkan rangkap syair yang kedua, nyatakan faedah mempunyai hati yang bersih. 3. Apakah sikap-sikap buruk yang terdapat dalam rangkap syair yang keempat dan mengapakah sikap ini perlu dijauhi? 4. Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk membersihkan hati?

Syair Sucikan Hati Dengarkan anakanda rakan budiman, Nasihat ini buat pedoman, Jaga kebersihan luaran dalaman, Berbahagia hidup zaman-berzaman.

Prasangka buruk usah diikut, Dendam dan dengki hendaklah takut, Umpatan kejian usah disangkut, Hati yang tenang akhirnya mengikut.

Bersihkan diri mudah dibuat, Apabila bersih, sihat dan kuat, Hati yang bersih lembut tak liat, Hidup diberkati sentiasa taat.

Meninggi diri mendabik dada, Dendam-berdendam tidak mereda, Sucikan hatimu jangan ditunda, Sentiasa bersyukur apa yang ada.

Berbuat baik perlulah ikhlas, Jangan berharap kebaikan dibalas, Ucapan yang baik janganlah culas, Senyuman ikhlas dipandang jelas.

Zuhaa Zayyan Kg. Bumbun, Segamat

Cari maklumat tentang jenis lagu syair dan cara mendendangkannya. Ciri-ciri syair adalah seperti yang berikut: • Empat baris serangkap. • Setiap baris mempunyai antara lapan hingga 14 suku kata. • Rima akhir aaaa. • Setiap baris merupakan isi. • Setiap rangkap tidak berdiri sendiri.

8

2.1.2 Membaca syair dan sajak secara mekanis dengan sebutan dan intonasi yang betul serta mengenal pasti maksud tersurat dan tersirat.



Hindari Dermatofit TEMA 1

1. Berikan maksud perkataan dan rangkai kata yang berwarna merah dengan merujuk kamus ataupun bahan rujukan lain. 2. Bina ayat dalam perenggan tentang panduan penjagaan kesihatan dengan menggunakan perkataan dan rangkai kata yang terdapat dalam bahan.

Kesihatan dan Kebersihan

Dermatofit boleh menjangkiti: • Kulit • Kuku • Rambut

Apa Itu Dermatofit? Dermatofit ialah sejenis kulat yang menyebabkan penyakit kurap atau tinea corporis.

Punca

✤ Pengabaian penjagaan kebersihan. ✤ Keadaan kulit yang sentiasa lembap. ✤ Pemakaian baju yang diperbuat daripada fabrik yang tidak menyerap peluh. ✤ Iklim yang lembap dan panas.

Gejala atau Simptom

Jangkitan boleh berlaku melalui sentuhan terhadap: ✤ manusia atau haiwan yang berkurap; ✤ sebarang objek yang mempunyai kulat di atasnya.

Kesan

Pesakit sentiasa berasa tidak selesa.

Tanggungjawab Pesakit

✤ Dapatkanlah rawatan segera. ✤ Plak kemerah-merahan yang bersisik. ✤ Bintik merah atau bisul halus di sekelilingnya. ✤ Pastikan penyakit ini tidak disebarkan kepada orang lain. ✤ Plak membesar dan membentuk gegelang ✤ Jaga kebersihan diri, pakaian, tempat tidur, yang kemerah-merahan di sekelilingnya. dan persekitaran seperti di dalam bilik tidur dan di rumah. Tubuh yang Dijangkiti ✤ Elakkan berkongsi tuala, pakaian, atau ✤ Bahagian pelipat. kasut dengan orang lain. ✤ Kawasan yang sering berpeluh. ✤ Pastikan kawasan kulit yang terlibat tidak ✤ Kawasan tertutup seperti di punggung, sentiasa lembap. paha, perut, dan sebagainya. (Sumber: http://www.myhealth.gov.my)

Bebaskan diri anda daripada penyakit kulit.

ANDA MAMPU MENGUBAHNYA.

Cari maklumat tentang penyakit kulit yang lain dan buat perbandingan dengan penyakit kurap.

3.1.1 Menulis untuk menyatakan makna kata, rangkai kata, istilah dan ungkapan serta menggunakannya dengan betul mengikut konteks.

9

Indahnya Bumiku

Kesihatan dan Kebersihan

TEMA 1

1. 2. 3.

Deklamasikan sajak dengan sebutan dan intonasi yang betul. Berbincanglah dengan rakan anda tentang maksud sajak rangkap demi rangkap. Suai padankan persoalan yang berikut dengan bait sajak. i. Alam yang subur menjadi habitat flora dan fauna ii. Sikap yang mengutamakan kebersihan berkaitan dengan minda iii. Keindahan alam yang mengagumkan iv. Pembangunan yang seimbang

Mensyukuri Nikmat Terpaku aku melihat indahnya bumiku air sungai jernih mengalir tenang ikan-ikan berenang riang di celahan batu-batuan. Segarnya pohon hijau merimbun menaungi kitaran kehidupan dimeriahkan unggas yang berterbangan riuh berbicara tentang limpahan rezeki di sebalik daunan di dada bumi. Terpukau aku melihat bersih dan indahnya kotaku bangunan mencakar menujah langit dilingkari jalan pelbagai arah warga berhemah, berbudaya, peramah mengimbangi pembangunan lahiriah batiniah. Tatkala kebersihan memenuhi ruang hati keindahan bertakhta di fikiran mengenali Yang Maha Pencipta mensyukuri nikmat dan pemberian-Nya melimpahkan kembali budi membangunkan bumi tercinta biar kekal indah dipandang mata. Zamir Alzima Kuala Lumpur

10

4.1.2 Memahami dan menghayati karya puisi dengan memberikan penekanan kepada aspek maksud, tema, persoalan, nilai dan pengajaran dengan betul.

IMBAS SAYA



Sama ada saya, awak, dia, atau mereka, kita bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan diri dan persekitaran. Semuanya mestilah bermula dari rumah kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Selain mendidik anak tentang penjagaan kebersihan, ibu bapa juga menjadi suri teladan kepada anak-anak kerana bapa borek anak rintik. Ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi.

Puan Katleen Lee

Saya dan beberapa orang rakan pernah mengamalkan diet yang ketat kerana ingin menurunkan berat badan sebanyak 10 kilogram dalam masa sebulan. Hasilnya, badan kami mudah lesu. Setelah berbulan lamanya mengikat perut, berat kami hanya turun tiga kilogram. Oleh itu, jika kamu ingin mengamalkan diet bagi menguruskan badan, dapatkan nasihat daripada pakar pemakanan terlebih dahulu.

Cik Nilamberry Rani a/p Thevaraj

TEMA 1

1. Kenal pasti jenis kata ganti nama diri dalam bahan. 2. Kemukakan pendapat anda tentang isu kebersihan yang lain dengan menggunakan kata ganti nama diri yang sesuai.

Tahukah anda, bahawa kerajaan telah mewajibkan pengasingan sisa pepejal di rumah mulai 1 September 2015? Sisa pepejal yang telah diasingkan hendaklah dimasukkan ke dalam bekas yang sesuai. Kemudian, letakkannya di tepi tong sampah pada hari kutipan. Syarikat konsesi yang telah pihak kami lantik akan mengutipnya mengikut jadual yang ditetapkan. Mudah sahaja, bukan? Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Puan Rafidah binti Arshad

Saya cemburu melihat rambut rakan-rakan yang lebat, hitam, dan berkilat. Apabila saya bertanya kepada mereka tentang tip penjagaan rambut, antara jawapan yang diberikan ialah kita hendaklah mengelakkan pengambilan makanan pedas dan berminyak. Oleh itu, jika anda menyukai makanan pedas dan berminyak, sudah tibalah masanya untuk anda berubah.

Encik Abdul Jais bin Abdul Rashid

5.1.1 Memahami dan menggunakan kata ganti nama dan akronim dengan tepat mengikut konteks.

11

Kesihatan dan Kebersihan

Apa Kata Mereka?

Muafakat Membawa Berkat

Kesihatan dan Kebersihan

TEMA 1

1. Kenal pasti kata ganti nama diri dan tentukan sama ada kata ganti nama diri pertama, kedua, atau ketiga. 2. Berikan maksud perkataan, rangkai kata, dan ungkapan yang bercetak warna, kemudian bina ayat dalam perenggan tentang pelaksanaan program pendidikan kesihatan menggunakan kata, rangkai kata dan ungkapan tersebut.

Memasyarakatkan Pendidikan Kesihatan

12

Terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa kerana dapat hadir dalam mesyuarat ini. Kerjasama antara kita diperlukan bagi memastikan program Memasyarakatkan Pendidikan Kesihatan berjalan lancar. Tetamu yang hadir terdiri daripada orang kenamaan dan penduduk setempat. Oleh itu, saya berharap mereka disambut dengan baik, terutamanya tetamu utama. Bukan mudah untuk mengundangnya kerana jadual beliau sentiasa padat sepanjang tahun ini.

Baik, tuan pengerusi. Kami faham bahawa program ini merupakan acara yang penting dalam takwim sekolah. Selaku penyelaras program, semalam saya telah pun menyaksikan raptai penuh persembahan drama murid. Persembahan ini bertemakan Kesihatan Aset Kehidupan. Persembahannya memang menarik. Bagi acara gotong-royong, peralatan yang diperlukan dan petugas di setiap lokasi telah pun bersiap siaga.

Tuan pengerusi, selaku penyelaras acara Demonstrasi Masakan untuk Kesihatan, saya mencadangkan agar kita membahagikan acara ini kepada dua sesi. Tempoh masa antara dua demonstrasi yang ditetapkan ialah dua jam. Tema acara masih kekal, iaitu Makan untuk Hidup Bukannya Hidup untuk Makan. Pilihan makanan mestilah bercirikan gizi seimbang.

Bagus juga cadangan itu, tuan pengerusi. Jika ada dua sesi, sebahagian daripada tetamu boleh berkunjung ke Galeri Kesihatan. Seperti yang diputuskan dalam mesyuarat yang lepas, Galeri Kesihatan ini mempunyai matlamat serampang dua mata. Di samping menyaksikan tayangan video dan pameran, tetamu juga boleh mendapatkan khidmat nasihat daripada pegawai kesihatan yang bertugas.

Teka Silang Kata IMBAS SAYA

1

TEMA 1

1. Lengkapkan teka silang kata di bawah dengan perkataan yang tepat dan bandingkan jawapan dengan kumpulan lain. 2. Bina teka silang kata berdasarkan konteks.



2

4

Kesihatan dan Kebersihan

3

5

6

7

8

9

10

11

Melintang 1. Lawan lembap 3. Sejenis kulat 4. Lama menanggung penyakit 7. Ada yang kering, ada yang berdarah 9. Pemakanan 10. Aktiviti mencergaskan badan 11. Mikroorganisma paling halus

Menegak 2. Rasa panas, bengkak, merah 4. Proses kimia dalam badan untuk menghasilkan tenaga 5. Ada yang baik, ada yang jahat 6. Suntikan perlindungan 8. Tutup mulut jika mahu 13

TEMA MENIMBA ILMU 2



• Ilmu Ada di Mana-mana • Ingin Jadi Sasterawan



• Puncak Menara • Ilmu Pengembaraan Pengakap



• Langkah demi Langkah Menuju Kejayaan • Ikhtiar Hidup

14



• Kelas Kami Ceria • Pesan Bestari



• Kembara Meluaskan Pengetahuan • Maklumat di Hujung Jari

Bunga anggerik dipetik adik, Sambil berpantun bermadah mesra; Murid terdidik masyarakat cerdik, Berpekerti santun hidup sejahtera.

15

Unit

3

Ilmu Ada di Mana-mana

TEMA 2 Menimba Ilmu

Indahnya Menuntut Ilmu IMBAS SAYA



1. Dengar perbualan dan catat perkataan dan rangkai kata yang menarik perhatian anda. Kemudian, berikan makna perkataan dan rangkai kata tersebut. 2. Berbuallah dengan rakan anda dengan menggunakan perkataan dan rangkai kata tersebut. Farhana dan Syakila berbual-bual tentang ilmu yang boleh dipelajari secara formal dan tidak formal.

16

1.2.1 Mendengar dan memahami perkataan, rangkai kata, istilah dan ungkapan serta menggunakannya dalam pelbagai ujaran dengan betul dan tepat mengikut konteks secara bertatasusila.

Puncak Menara TEMA 2

1. Baca teks dengan teliti dan berikan makna rangkai kata yang berwarna merah dengan merujuk glosari dan kamus. 2. Berdasarkan rangkai kata tersebut, nyatakan kelebihan belajar di universiti awam. Pencapaian Kualiti Universiti Awam Tidak Boleh Diragui

Menimba Ilmu

Jawatankuasa Naib Canselor/Rektor Universiti Awam menegaskan bahawa pencapaian yang dicapai institusi pendidikan awam menunjukkan tahap kualiti graduan yang tinggi dan tidak boleh diragui. Pengerusinya, Profesor Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim, menegaskan bahawa pelbagai bukti dapat dilihat selepas 60 tahun melalui perkembangan pendidikan negara termasuk lahirnya graduan berkualiti dan bertaraf antarabangsa. Banyak pengiktirafan daripada pelbagai pihak dari dalam dan dari luar negara membuktikan bahawa kualiti graduan universiti awam setanding dengan universiti luar negara. Sementara itu, Naib Canselor Universiti Utara Malaysia, Profesor Datuk Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, rakyat negara ini perlu yakin akan kemampuan pendidikan negara terutamanya universiti awam yang sudah sekian lama melahirkan graduan berkualiti. “Jangan mudah terpengaruh dengan isu yang diputarbelitkan dalam media sosial atau portal yang mahu menarik jumlah pembaca bagi mengaut keuntungan. Kualiti pendidikan negara terutamanya universiti awam bertaraf antarabangsa sehingga Malaysia menjadi hab pendidikan Asia,” kata beliau. (Dipetik dan diubah suai daripada Berita Harian, 23 Januari 2017)

Pendidikan tinggi ialah pendidikan selepas tamat sekolah menengah atas. Pada peringkat ini, pelajar akan berhempas-pulas menuntut ilmu untuk memperoleh diploma, ijazah sarjana muda, ijazah sarjana dan ijazah doktor falsafah. Institusi pendidikan yang menawarkan pendidikan pada peringkat ini terdiri daripada universiti awam dan universiti swasta. Kedua-dua jenis universiti ini menyediakan peluang pendidikan yang dapat menjamin masa hadapan. Pelajar boleh mengikuti pelbagai jurusan pengajian yang diminati oleh mereka. Seseorang yang belajar pada peringkat pengajian tinggi akan lebih banyak berdikari. Ilmu pada peringkat ini bukan hanya diperoleh dengan mendengar kuliah daripada tenaga pengajar semata-mata, tetapi juga melalui pembacaan pelbagai jenis bahan dan kajian bagi menambahkan pengetahuan. Melalui kaedah pengajian seperti ini, pelajar akan lebih berkeyakinan untuk menghadapi gelombang kehidupan pada masa akan datang. Pelajar juga akan bertambah matang kerana perlu menempuh pelbagai cabaran semasa menyiapkan kajian mereka. Tambahan pula,

pelbagai kemahiran insaniah perlu dikuasai oleh mereka untuk menjadi pelajar yang berketerampilan dan serba boleh. Seterusnya, kemahiran insaniah yang diamalkan ini akan menjadi budaya dalam kehidupan mereka. Secara tidak langsung, mereka terdidik untuk mengamalkan nilai-nilai yang baik. Segala kemahiran yang dipelajari dan diamalkan ini amat berguna apabila mereka berada dalam kancah pekerjaan nanti. Memang menjadi hasrat ibu bapa dan penjaga agar anak jagaan mereka dapat menjejakkan kaki ke menara gading. Ibu bapa ternanti-nanti akan keputusan peperiksaan awam dengan harapan prestasi akademik yang dicapai oleh anak mereka dapat membuka ruang dan peluang untuk melanjutkan pelajaran. Kejayaan menempatkan diri di universiti merupakan kebanggaan ibu bapa yang telah berkorban demi pendidikan anak-anak.

2.2.1 Membaca untuk memahami makna rangkai kata yang terdapat dalam pelbagai bahan menggunakan glosari dan kamus dengan betul dan tepat.

17

Langkah demi Langkah Menuju Kejayaan TEMA 2

Berdasarkan bahan dan pengetahuan anda, tulis maklumat tentang persekolahan di Malaysia dengan menggunakan struktur ayat yang betul.

RENDAH

MENENGAH ATAS

Menimba Ilmu

PRASEKOLAH

MENENGAH RENDAH

Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)

Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)

Murid-murid yang dikasihi, Pada tahun hadapan kamu akan menghadapi Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3). Selepas itu, kamu perlu memilih aliran yang sesuai untuk belajar di tingkatan 4. Semasa membuat pilihan, perkara yang berikut perlu dipertimbangkan: • Apakah aliran yang sesuai berdasarkan pencapaian kamu dalam PT3? Misalnya, kamu mestilah mendapat keputusan yang baik dalam Matematik dan Sains jika hendak mengambil aliran sains. • Apakah kecenderungan kamu? Selain pencapaian PT3, kamu hendaklah memilih aliran yang kamu minati. Jika kamu bercita-cita untuk menjadi pereka fesyen, kamu perlu memilih aliran yang mempunyai pilihan mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Saya berharap kamu dapat membuat pilihan yang tepat dan belajar dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai cita-cita yang diidamkan.

Cari maklumat tentang sejarah pendidikan negara.

Ayat yang gramatis menggunakan: 1. Struktur ayat yang betul. 2. Ejaan dan tanda baca yang betul. 3. Pemilihan perkataan yang tepat.

AMIR

18

3.2.1 Menulis untuk menyatakan maklumat yang betul dengan mengaitkan pengetahuan sedia ada daripada pelbagai sumber dengan menggunakan ayat yang gramatis.

Kelas Kami Ceria

Menimba Ilmu

TEMA 2

Hasilkan papan cerita berdasarkan bahan.

gaan Sijil Penghar

enengah Sekolah M ri Kencana Se n aa Kebangs

rikan an ini dibe

Pengharga

2 Tingkatan

kepada

Amanah

enangi kerana mem

H KELAS ANUGERA IH TERBERS

Papan cerita ialah siri lakaran bagi menggambarkan turutan kandungan untuk menghasilkan animasi, filem, drama, dan sebagainya. Papan cerita mengandungi: 1. lakaran atau lukisan 2. maklumat video 3. maklumat audio 4.3.1 Menghasilkan papan cerita berasaskan idea dan tema yang mudah menggunakan bahasa yang betul.

19

Kembara Meluaskan Pengetahuan



1. Kenal pasti kata adjektif jarak, pancaindera, ukuran dan sifatan dalam bahan. 2. Tulis cerita anda sendiri tentang pengalaman berkunjung ke sesuatu tempat dengan menggunakan kata adjektif tersebut.

TEMA 2 Menimba Ilmu

IMBAS SAYA

“Kita hendak ke mana, abang ngah?” tanya Aswad. “Abang ngah hendak membawa Aswad ke Kuala Kangsar dengan berbasikal,” jawab abang ngah. “Wah, jauh juga tempat itu!” kata Aswad. “Dekat sahaja, Aswad,” kata abang ngah bergurau. “Kalau kita buat kayuhan seperti biasa, kita boleh tiba di sana dalam masa tiga jam,” tambah abang ngah lagi. Mereka bertolak pada awal pagi dalam cuaca yang redup. Sebelum itu, abang ngah memastikan basikal mereka dalam keadaan baik. “Kita perlu bersarapan dahulu, Aswad. Jika tidak bersarapan, badan kita akan lemah,” kata abang ngah. “Baik, abang ngah,” kata Aswad. “Ada satu lagi pesanan. Pastikan bateri telefon pintar Aswad telah dicas. Kalau bateri telefon penuh, Aswad boleh mengambil banyak gambar.” Bagi abang ngah, kembara berbasikal itu bukan kembara biasa. Banyak perkara baharu yang boleh dipelajari dalam kembara seperti itu. Oleh sebab itu, abang ngah mencatat pengalaman kembaranya di dalam jurnal yang telah semakin tebal. Mereka mengayuh basikal dengan tenang dari Taiping ke Kuala Kangsar. Dalam perjalanan, mereka melalui beberapa buah kampung yang permai. Aswad tertarik melihat rumah-rumah tradisional negeri Perak. Namun begitu, ada beberapa buah rumah yang telah usang kerana ditinggalkan begitu sahaja. Setelah tiga jam berbasikal, mereka tiba di Kuala Kangsar. Aswad dan abang ngah menikmati semangkuk laksa pulas yang enak dan agak pedas. Walaupun tidak begitu besar, Kuala Kangsar ialah bandar diraja negeri Perak yang menarik. Mereka telah menjelajah ke tempat-tempat tumpuan Kata adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu pelancong di sana. kata nama. Kata adjektif terbahagi kepada Aswad dan abang ngah meneruskan kayuhan untuk beberapa jenis, antaranya termasuklah kembali ke Taiping setelah puas berada di bandar sifatan atau keadaan, ukuran, jarak diraja itu. dan pancaindera. Kata adjektif sifatan atau keadaan Contoh: cerdas, berani, gopoh, sihat Kata adjektif ukuran Contoh: panjang, tinggi, rendah, nipis Kata adjektif jarak Contoh: rapat, hampir Kata adjektif pancaindera Contoh: masin, comel, bising, halus, selesa

20

5.1.2 Memahami dan menggunakan kata adjektif jarak, pancaindera, ukuran dan sifatan dengan betul mengikut konteks.

4

Ilmu Penyuluh Hidup Ingin Jadi Sasterawan

IMBAS SAYA



Menimba Ilmu

1. Dengar bahan dengan telitinya. Kemudian, jelaskan maksud istilah dan ungkapan yang anda dengar. 2. Dengan menggunakan istilah dan ungkapan tersebut, berbuallah dengan rakan anda.

Sijil Penghargaan Sijil ini dianugerahkan kepada

IKMAL YUSRIN BIN YUSUF kerana menghadiri

KEM PENULIS MUDA

pada 16-18 Mac 20 di Kuala Gula, Perak

Sasterawan Negara, Dato’ Dr. Mohd. Anuar bin Rethwan

1.2.1 Mendengar dan memahami perkataan, rangkai kata, istilah dan ungkapan serta menggunakannya dalam pelbagai ujaran dengan betul dan tepat mengikut konteks secara bertatasusila.

TEMA 2

Unit

21

Ilmu Pengembaraan Pengakap

Menimba Ilmu

TEMA 2

1. Senaraikan maklumat berbentuk pesanan yang terdapat dalam bahan. Kemudian, nyatakan sebab maklumat tersebut penting kepada ahli pengakap. 2. Jelaskan kebaikan penggunaan isyarat sulit dalam pengembaraan pengakap. 3. Ikut hujung rumput

1. Ikut jalan ini

2. Ikut arah kayu dipatahkan

4. Ikut arah batu kecil

5. Jangan ikut jalan ini

6. Saya sudah pulang

7. Langkah ikut arah anak panah ada tertanam surat atau benda

8. Ada air bersih mengikut anak panah

9. Tunggu saya di sini

10. Saya sudah ke hospital

11. Ikut ke kiri

12. Ikut ke kanan

Aswad akan menyertai kegiatan pengembaraan Seminggu sebelum kegiatan pengembaraan, yang dianjurkan oleh pasukan pengakap Cikgu Halim telah mengajarkan semua isyarat sekolahnya. Mereka akan ke hutan Bukit sulit kepada ahli-ahli pengakap. Perkara Marak. Bagi Aswad, pembelajaran tidak hanya ini penting agar mereka dapat memberitahu diperoleh di dalam kelas. Dia juga boleh belajar pengakap lain tentang jejak mereka. Isyarat sesuatu melalui kegiatan kokurikulum. Tentu sulit ini menggunakan ranting kayu, batu, dan ada perkara baharu yang akan dipelajarinya tumbuh-tumbuhan. Dalam jarak yang dekat, anggota pengembaraan akan menggunakan melalui pengembaraan itu. “Kalian hendaklah membawa kompas dan isyarat wisel. “Kalian akan mengembara di hutan Bukit peta dalam kegiatan pengembaraan ini. Pastikan kalian pandai membaca peta dan menggunakan Marak ini secara berpasangan. Sebelum itu, kompas,” kata Cikgu Halim dalam taklimat baca arahan pengembaraan yang saya berikan yang diadakan. Mereka juga diingatkan agar dengan teliti. Pastikan kalian melaksanakan tajam mata sewaktu memerhatikan kawasan tugasan dalam arahan pengembaraan tersebut. sekitar kerana malang tidak berbau. Pergerakan Seminggu selepas kegiatan ini, kalian diminta mestilah dilakukan dengan berhati-hati agar menghantarkan laporan kepada saya,” kata Cikgu Halim. terhindar daripada sebarang bahaya. Dalam taklimat tersebut juga Langkah-langkah memahami dan menaakul maklumat adalah seperti Cikgu Halim telah berpesan, yang berikut: “Pastikan semua yang terlibat 1. Baca bahan secara luncuran untuk memahami maksud keseluruhan. dalam kegiatan ini membawa 2. Baca bahan sekali lagi dengan teliti untuk mengesan bekalan minuman dan makanan maklumat yang dikehendaki. 3. Catat maklumat yang ditemukan. yang mencukupi. Sila bawa juga 4. Buat pertimbangan tentang kepentingan maklumat tersebut. ubat-ubatan yang diperlukan.” 5. Nyatakan maklumat dan sebab anda memilih maklumat tersebut.

22

2.2.2 Membaca untuk memahami dan menaakul maklumat berbentuk pesanan daripada pelbagai bahan dengan memberikan respons yang betul.

Ikhtiar Hidup Kudin mengikut datuknya memancing di laut. Tiba-tiba, ribut petir melanda bot yang dinaiki oleh mereka. Bot itu karam lalu mereka terdampar di sebuah pulau tanpa penghuni. Adakah mereka berupaya meneruskan kehidupan di pulau itu? Ya, mereka tidak panik. Kudin pula masih ingat tentang ilmu ikhtiar hidup yang dibacanya daripada sebuah buku.

Membuat tempat berlindung

Menghidupkan api

Mendapatkan bantuan Mencari air

Catat maklumat tentang pelbagai ilmu ikhtiar hidup yang lain.

3.3.1 Menulis untuk melengkapkan perenggan dalam pelbagai bahan dengan betul dan tepat.

23

Menimba Ilmu

TEMA 2

Baca teks dan teliti gambar. Kemudian, lengkapkan perenggan berdasarkan gambar.

Pesan Bestari

Menimba Ilmu

TEMA 2

1. Lafazkan pantun dengan nada dan intonasi yang betul. 2. Jelaskan maksud kata-kata hikmat yang terdapat dalam pantun. 3. Bina pantun yang menggunakan maksud kata-kata hikmat.

Pantun Menuntut Ilmu Daun pintu kayu meranti, Ditukang teman di petang redup; Ilmu itu pelita hati, Penyuluh jalan panduan hidup. Duduk di titi ketika bertemu, Pada waktu bulan mengambang; Jangan berhenti mencari ilmu, Kerana ilmu selalu berkembang. Parut kelapa buah melaka, Lalu digulung kuih ketayap; Ilmu jika tidak diteroka, Umpama burung tidak bersayap. Mengait kuini untuk berjamu, Simpan seraga di dalam almari; Alam ini jendela ilmu, Banyak perkara kita pelajari. Pohon mengkudu tanam sejajar, Reput dahan kerana dedalu; Pengalaman memandu kita belajar, Daripada kesalahan masa lalu.

Merenung bulan jauh berangan, Hajat bertemu di Danau Toba; Jauh berjalan luas pandangan, Banyak ilmu boleh ditimba.

Amir Naim Kamunting, Perak Kata-kata hikmat ialah kata-kata pujangga atau perkataan orang bijak pandai yang mengandungi pengertian yang tinggi.

24

4.2.1 Memahami, menerangkan makna dan menggunakan kata-kata hikmat dan bahasa berirama dengan betul mengikut konteks.

IMBAS SAYA



TEMA 2

1. Bina kata ganda separa dengan perkataan yang bercetak warna merah. 2. Bina dialog dengan menggunakan kata ganda tersebut dalam pelbagai jenis ayat. Dani melayari beberapa laman sawang. Jarinya menyentuh tikus dan menekan papan kunci. Tiba-tiba, dia terlihat blog yang memaparkan cara-cara membuat lemang. Dia teringat akan ayahnya yang pernah ura untuk memasak lemang secara bergotong-royong. Banyak maklumat dalam blog tersebut dan Dani membacanya semua. 1

2

Buluh yang ruasnya panjang dan nipis sesuai untuk dibuat lemang. Buluh itu akan kerat mengikut ruasnya. Pohon buluh senang dicari kerana banyak terdapat di Malaysia. 3

Pucuk daun pisang yang gulung amat sesuai untuk membuat lemang. Pucuk daun ini mudah dimasukkan ke dalam buluh kerana lembut dan tidak mudah koyak. Daun pisang yang telah tua juga boleh digunakan tetapi mestilah dilayur pada api terlebih dahulu. 4

Asal lemang daripada beras pulut dan santan yang dibubuh sedikit garam. Baiknya, pulut direndam dalam santan selama dua jam. Biasanya, sementara menunggu pulut direndam, daun pisang dimasukkan ke dalam buluh. Beras pulut dan santan akan dimasukkan ke dalam buluh yang telah dibubuh daun pisang ini.

Semasa membakar lemang, api mestilah dikawal agar beras pulut masak dengan eloknya. Sebelum itu, alat untuk membakar lemang mestilah disediakan. Kerja membakar lemang ini akan mudah jika kita bantu.

5.2.1 Memahami dan menggunakan kata ganda separa tunggal dan separa berimbuhan dalam pelbagai ayat.

25

Menimba Ilmu

Maklumat di Hujung Jari

Adab Belajar

Menimba Ilmu

TEMA 2

1. Nyatakan pesanan yang terdapat dalam bahan. Mengapakah anda mesti mengamalkan pesanan tersebut? 2. Berdasarkan bahan dan pengetahuan anda, tulis maklumat tentang adab belajar dengan menggunakan struktur ayat yang betul.

Mengapakah kita mesti menghormati guru?

Guru mengajar kita pelbagai ilmu yang bermanfaat. Guru mendidik kita menjadi insan yang berguna.

Guru melatih kita menjadi seorang yang berdisiplin.

Sebagai murid, kita mestilah menghormati guru yang telah mendidik kita agar menjadi insan yang berguna. Kita mestilah menyiapkan segala tugasan yang diberikan oleh guru dengan sempurnanya. Sebelum menghantar tugasan itu kepada guru, kita perlulah menyemak hasil kerja yang telah kita buat. Jika perlu, berbincanglah bersama-sama dengan rakan untuk menyiapkan tugasan tersebut. Segala arahan yang diberikan oleh guru pula mestilah kita patuhi.

26

TEMA KERJAYA KE BOMBA

Karnival Kerjaya

BOMBA

Masa

MAKLUMAT DIRI

Usahawan

MAKLUMAT DIRI

Jujur

Doktor

TLDM Pembaca Berita Cemerlang

Masa

ARTIS

Makan Gaji

Guru

Pembaca Berita

Bekerja Sendiri

Misi

Guru arkitek

Visi Usahawan Pensyarah Pengarah

Kolar Putih Kolar Biru

MAKLUMAT DIRI

Amanah

BOMBA Kolar Putih

TLDM

JURUFOTO

JURUFOTO

Doktor

Ikhlas

PASKAL

Ikhlas

Cemerlang

Amanah

Doktor

MERCU IMPIAN

3

Pembaca Berita

arkitek

Buah keranji buah delima, Nikmati bersama buah pulasan; Ikrar janji bekerja bersama, Misi utama menggapai wawasan.



• Mengejar Impian • Kerja Ikhlas Rezeki Berkat



• Meraikan Kreativiti dan Inovasi • Memburu Cita-cita



• Serlahkan Potensi Diri • Guru, Oh, Guru!



• Kesiagaan KD PANGLIMA HITAM • Kenali Minat dan Potensi



• Klik! Klik! • Pekerja Idaman

27 27

Unit

5

Mengejar Impian

TEMA 3

IMBAS SAYA

1. Dengar rakaman dan fahami rakaman perbualan telefon. 2. Gunakan teknik main peranan untuk menuturkan ayat dalam pelbagai ujaran dengan intonasi yang betul. Cita-cita Firdaus untuk menjadi pegawai bomba dan penyelamat. Oleh itu, dia telah menelefon Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Cara Menjadi Pegawai Bomba dan Penyelamat

Kerjaya ke Mercu Impian

Cita-cita Setinggi Bintang

1 2

Mengisi dan menghantar borang SPA Menerima surat tawaran ujian dan temu duga

3

Menjalani ujian

4

Menjalani temu duga

5

Menerima surat

6

Melapor diri

7

Menjalani latihan rekrut

ketahanan fizikal

tawaran

Menjadi pegawai bomba

8

dan penyelamat

(Sumber: Jabatan Bomba dan Penyelamat) Cari maklumat tentang tugas-tugas yang berkaitan dengan pegawai bomba dan penyelamat. 28

1.1.2 Mendengar, mengenal pasti dan menuturkan ayat dalam pelbagai ujaran dengan intonasi yang betul.

TEMA 3

Serlahkan Potensi Diri

Kerjaya ke Mercu Impian

Baca bahan rangsangan dan jawab soalan-soalan yang berikut: 1. Siapakah Nur Raudhah? Senaraikan jawapan anda dalam bentuk peta pemikiran. 2. Pada pendapat anda, adakah Nur Raudhah akan diterima bekerja sebagai pembaca berita di stesen televisyen itu? Kemukakan alasan bagi jawapan anda. Nur Raudhah telah memohon jawatan sebagai pembaca berita di sebuah stesen televisyen. Seminggu selepas itu, dia telah dipanggil untuk menjalani temu duga. Nur Raudhah: Penemu duga 1: Nur Raudhah: Penemu duga 1: Nur Raudhah: Penemu duga 1: Nur Raudhah: Penemu duga 1: Nur Raudhah: Penemu duga 2: Nur Raudhah:

Penemu duga 2: Nur Raudhah:

Selamat sejahtera, tuan. Selamat sejahtera. Silakan duduk. Terima kasih, tuan. Cik Nur Raudhah memohon jawatan sebagai pembaca berita, betul? Ya, betul, tuan. Boleh jelaskan sedikit tentang latar belakang Cik Nur Raudhah? Saya kini berusia 25 tahun dan merupakan pemegang ijazah kelas pertama dalam bidang Komunikasi dan Media Massa dari Universiti Teknologi Mara (UiTM). Adakah Cik Nur Raudhah mempunyai pengalaman bekerja sebelum ini? Ada, tuan. Semasa belajar saya telah menjalani latihan amali di salah sebuah stesen televisyen swasta. Selepas tamat belajar, saya telah diambil bekerja sebagai penolong penerbit di stesen televisyen tersebut hingga kini. Mengapakah Cik Nur Raudhah memohon jawatan ini? Saya memang meminati bidang penyiaran dan mempunyai pengalaman dalam bidang ini. Semasa belajar dahulu, saya sering kali mengacarakan majlis rasmi peringkat sekolah dan universiti. Saya juga diundang untuk mengacarakan majlis rasmi dan majlis makan malam syarikat-syarikat korporat. Dengan pengalaman yang ada, saya yakin, saya dapat memberikan perkhidmatan yang cemerlang kepada syarikat ini. Nyatakan persediaan Wah, bagus begitu! Baiklah, terima kasih yang akan anda lakukan Cik Nur Raudhah. Selepas ini, sila ke bilik jika anda dipanggil untuk studio untuk ujian membaca berita. temu duga. Terima kasih dan selamat sejahtera, tuan.

Ciri Pembaca Berita yang Baik Bahasa yang baik termasuk bahasa tubuh dan penyampaian yang lancar

Penampilan kemas dan sederhana serta berperawakan menarik

Bijak, berfikiran positif, berdisiplin, dan menepati waktu

Sebutan yang jelas serta intonasi dan kecepatan yang sesuai

Suara yang baik dan lantunan suara yang sesuai mengikut berita

2.2.3 Membaca secara luncuran dan imbasan untuk memahami serta meneroka maksud keseluruhan daripada pelbagai bahan.

29

Klik! Klik!

Kerjaya ke Mercu Impian

TEMA 3

Berdasarkan bahan rangsangan, sediakan kerangka karangan tentang kerjaya yang ingin anda ceburi dalam bentuk grafik.

TAWARAN KERJA

Nama saya ialah Wazari bin Wazir. Saya bertugas sebagai jurufoto di Jabatan Penerangan Malaysia sejak tahun 2001. Sepanjang bekerja sebagai ANDA INGIN MENJADI jurufoto, banyak pengalaman berharga yang saya timba. Kerjaya ini telah membawa saya menjelajah JURUFOTO? ke seluruh ceruk rantau di Malaysia dan juga 1. Mahu menjelajah ke seluruh dunia ke 17 buah negara. sambil bekerja? Pengalaman yang paling tidak dapat saya 2. Sanggup menjalani latihan profesional lupakan ialah pengalaman dipanggil bertugas dari masa ke masa? ke luar negara dengan notis kurang daripada 24 jam 3. Anda mempunyai kelayakan dan pada bulan Ramadan. Dengan misi dan tugasan kemahiran untuk mengambil gambar? yang tidak dinyatakan atas sebab keselamatan, 4. Anda mempunyai minat dan kreativiti saya perlu bersiap siaga demi tugas untuk negara. yang tinggi? Pada masa lapang, saya akan menulis catatan 5. Sanggup bekerja lebih masa? pengalaman yang saya kongsikan dalam blog. 6. Mahu menjanakan pendapatan Tanpa diduga, hobi saya ini mendapat perhatian yang lumayan? dan blog saya telah menerima anugerah Best Photography Blog 2014 dalam Malaysia Social HANTAR RESUME ANDA! Media Week Blogger Award. Ada antara catatan MAKLUMAT SYARIKAT pengalaman saya itu telah menarik perhatian pihak penerbit dan telah pun dibukukan. Pesanan saya buat mereka yang meminati bidang kerjaya ini, minat Terokai maklumat yang mendalam dalam bidang ini amat perlu. Untuk maju, rasa ingin lain tentang kerjaya tahu yang kuat tentang sesuatu perkara, terutamanya tentang ilmu sebagai jurufoto. fotografi yang sentiasa berkembang amat perlu. Begitu juga dengan pengetahuan tentang perkembangan dunia semasa. Jurufoto juga perlu mempunyai tahap disiplin yang tinggi. Jurufoto perlu bersiap sedia sentiasa, tahan ujian, sabar menunggu sesuatu akan berlaku selama berjam-jam, sanggup berhujan berpanas, dan sanggup merentasi benua. Semuanya demi sekeping gambar yang berkualiti sebagaimana yang dikehendaki. 30

3.4.1 Membina kerangka karangan dalam bentuk grafik secara terancang.

TEMA 3

Meraikan Kreativiti dan Inovasi

Kerjaya ke Mercu Impian

Berdasarkan bahan, sediakan papan cerita yang bertemakan kegigihan pereka grafik.

Perkembangan pesat ekonomi Malaysia menyebabkan permintaan untuk pembinaan iklan, logo, laman sesawang, penerbitan filem, animasi, majalah, buku, dan seumpamanya semakin meningkat. Sehubungan dengan itu, kepakaran pereka bentuk semakin diperlukan untuk menghasilkan suatu bentuk persembahan idea atau konsep yang kreatif, berkesan lagi segar, dan sesuai dengan kehendak pelanggan. Perekaan bentuk ada banyak skop, antaranya ialah bidang pengiklanan, pembangunan laman sesawang, produksi video, cetakan, dan animasi. Pada saya, pereka bentuk ialah kerjaya yang berkaitan dengan pembinaan idea atau konsep dalam bentuk yang kreatif. Oleh itu, sebagai pereka bentuk, saya perlu menguasai lebih daripada satu kemahiran agar mampu memberikan perkhidmatan yang terbaik dalam banyak bidang. Untuk menjadi pereka bentuk yang mempunyai kepakaran yang tinggi, program komputer seperti Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator wajib dikuasai. Lebih baik lagi, jika Adobe

Acrobat, Dreamweaver, Premiere, Photoshop, InDesign, dan After Effect juga dipelajari. Walau bagaimanapun, pencapaian akademik juga penting kerana, selalunya majikan akan mengambil kira aspek kelayakan akademik untuk menentukan paras gaji yang hendak ditawarkan. Oleh itu, dapatkanlah ijazah atau diploma, atau sekurang-kurangnya sijil kursus Photoshop atau sijil komputer. Pereka bentuk mesti kreatif dan berupaya mencipta kelainan. Sehubungan dengan itu, pereka bentuk mesti sentiasa mengikuti perkembangan semasa kerana dunia perekaan bentuk ini sentiasa berkembang. Sumber ilmu tidak terhad kepada guru, buku, majalah, dan komik sahaja. Pereka bentuk mesti peka kepada persekitaran. Alam yang terbentang mesti dijadikan guru. Oleh sebab itu, pereka bentuk Terokai maklumat perlu bergaul dengan tentang masyarakat, menjadi perkembangan pemerhati, dan pemikir terkini bidang perekaan grafik. yang kreatif.

4.3.1 Menghasilkan papan cerita berasaskan idea dan tema yang mudah menggunakan bahasa yang betul.

31

Kesiagaan KD PANGLIMA HITAM

IMBAS SAYA

Kerjaya ke Mercu Impian

TEMA 3

1. Analisis penggunaan kata nafi, kata pemeri, dan kata penguat. Kemudian, bandingkan penggunaannya. 2. Bina ayat dalam perenggan tentang kepentingan pasukan keselamatan dengan menggunakan kata nafi, kata pemeri, dan kata penguat dengan betulnya.

PASKAL ialah akronim bagi Pasukan Khas Laut, yang merupakan pasukan elit dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). PASKAL amat terkenal sekali dengan sistem persenjataan, taktikal dan kelengkapan yang canggih lagi terkini.

32

Kepakaran tinggi PASKAL tidak dapat dinafikan lagi dan sungguh amat diperlukan untuk menjaga keselamatan negara. PASKAL bukan sahaja berperanan untuk membebaskan kawasan perairan daripada cengkaman pihak musuh negara malahan mengawal perairan

5.1.3 Memahami dan menggunakan kata prafrasa, iaitu kata bantu, kata penguat, kata penegas, kata nafi, kata pemeri, kata arah dan kata bilangan serta kata pascakata, iaitu kata penekan dan kata pembenda dengan betul mengikut konteks.

TEMA 3 membersihkan periuk api, malahan operasi bersepadu dengan pasukan elit tentera darat yang melibatkan teknik penerjunan bebas juga adalah sungguh amat penting. Untuk masyarakat mengenali anggota PASKAL ini, bukanlah tugas yang mudah. Namun, kehadiran mereka dapat diketahui melalui pakaian seragam celoreng, beret ungu, lanyard biru PASKAL, dan lambang trimedia yang dipakai. (Sumber: Tentera Laut Diraja Malaysia)

33

Kerjaya ke Mercu Impian

negara daripada kegiatan lanun, cubaan rampasan pelantar minyak, dan lain-lain lagi. Sehubungan dengan itu, anggota PASKAL dikehendaki menjalani latihan secara berterusan, bukan sahaja di dalam malahan di luar negara. Latihan ini adalah untuk memastikan bahawa setiap anggota menguasai kemahiran ketenteraan pada tahap yang paling tinggi dalam pelbagai aspek. Dari segi lokasi, misi PASKAL adalah tidak terhad kepada misi di lautan sahaja. Oleh itu, PASKAL turut menyertai operasi

Unit

6

Budi Disemai, Bakti Dituai

TEMA 3

Kerja Ikhlas Rezeki Berkat

IMBAS SAYA

IMBAS SAYA

Kerjaya ke Mercu Impian

1. Kenal pasti ayat majmuk daripada temu ramah yang diperdengarkan. 2. Berbincanglah dengan rakan secara bertatasusila tentang maklumat yang disampaikan dengan menggunakan ayat majmuk yang betul dan tepat.

Setiap orang mempunyai pilihan kerjaya mereka sendiri. Ada yang suka bekerja sendiri, manakala ada orang yang lebih selesa bekerja makan gaji. Walau bagaimanapun, kedua-dua bidang kerjaya ini memiliki keistimewaannya yang tersendiri kerana yang paling penting ialah keikhlasan bekerja berdasarkan konsep bekerja sebagai ibadah. 34

Bekerja sebagai ibadah bermaksud melakukan sesuatu pekerjaan untuk mendapatkan upah atau pendapatan yang dilaksanakan dengan niat yang baik, ikhlas, sempurna, serta mematuhi semua peraturan atau prosedur yang ditetapkan dan tidak menyalahi tuntutan agama. Kata Hubung bagi Ayat Majmuk AYAT MAJMUK

KATA HUBUNG

Gabungan

dan, atau, serta, lagi, tetapi, lalu, kecuali, sambil, manakala, malahan, kemudian

Pancangan Relatif

yang

Pancangan Komplemen

untuk, bahawa

Pancangan Keterangan

kerana, sekiranya, agar, jika, hingga, sementara, ketika, walaupun, setelah, tatkala, untuk, apabila

1.2.2 Mendengar dan memahami ayat majmuk serta menggunakannya dalam pelbagai ujaran dengan betul dan tepat mengikut konteks.

Guru, Oh, Guru! TEMA 3

1. Deklamasi sajak dengan sebutan dan intonasi yang betul. 2. Berikan maksud sajak rangkap demi rangkap. 3. Cadangkan cara yang sesuai untuk membalas jasa guru.

Kerjaya ke Mercu Impian

Terima Kasih, Cikgu! Sepucuk warkah untuk guruku

Kutulis warkah ini kepadamu kerana di dadaku ada rahsia terpendam bagaimana untuk kuluahkan terima kasih kepadamu insan berhati mulia setelah aku mengenal angka untuk mengira dan huruf untuk membaca. Engkaulah guru yang paling setia mengajar aku makna perjuangan hidup berdiri bagai lelaki gagah memimpin bersimpuh bagai wanita anggun dan santun bertutur dengan akal dan budi juga menjadikan aku manusia berilmu yang disanjung. Terima kasih, guruku kutulis warkah ini kerana luhur budimu yang tidak terbalas oleh pujian dan sanjungan. Norshamiah Shamsudin Madrasah Sham Al-Johori

2.1.2 Membaca syair dan sajak secara mekanis dengan sebutan dan intonasi yang betul serta mengenal pasti maksud tersurat dan tersirat.

35

Pekerja Idaman

Kerjaya ke Mercu Impian

TEMA 3

1. Bina ayat topik berdasarkan grafik yang terdapat dalam rangka karangan. 2. Bina perenggan yang mengandungi ayat topik, ayat huraian, ayat contoh, dan ayat penegas.

Menepati masa

Berilmu pengetahuan

Celik teknologi

Pekerja Cemerlang

Cekap berkomunikasi 36

Mengamalkan gaya hidup sihat

3.4.2 Menulis perenggan isi dengan membina pelbagai ayat topik, ayat huraian, ayat contoh, dan ayat penegas secara terancang.

GRA

Memburu Cita-cita

KOMP

KEJUR

FIK

AKA

UTER

UNT AN

UTER

AAN

KES

Bagi mereka yang telah bersedia untuk menceburi dunia pekerjaan, Karnival Kerjaya dan program seumpamanya dapat membantu mereka. Kunjungilah Karnival Kerjaya yang berhampiran.

Karnival Kerjaya Setiap Sabtu Dewan Sivik, Bangunan Pustaka, 55, Jalan Rukun Negara, 56100 Kuala Lumpur.

9:00 pagi – 2:00 petang

Anjuran Yayasan Harapan Malaysia • Pakai pakaian yang sesuai • Bawa maklumat diri secukupnya • Maklumat pelbagai kerjaya • Peluang temu duga terus bersama-sama dengan bakal majikan

• Peluang latihan pekerjaan • 40 majikan mengambil bahagian • Lebih 5000 peluang pekerjaan tersedia

JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI 4.4.3 Mempersembahkan iklan dan promosi melalui teknik yang menarik dan berkesan.

Terokai maklumat tentang teknik atau strategi membuat promosi yang berkesan.

37

Kerjaya ke Mercu Impian

TEMA 3

IHA 1. Persembahkan promosi Karnival Kerjaya melalui teknik yang TAN ARK menarik dan berkesan. ITEK 2. Buat penilaian tentang keberkesanan promosi kumpulan lain.

Kenali Minat dan Potensi IMBAS SAYA

Kerjaya ke Mercu Impian

TEMA 3

1. Analisis penggunaan kata bilangan yang bercetak warna dan kategorikannya mengikut jenis berdasarkan Jadual 1. 2. Bina ayat dalam perenggan tentang minat dan potensi anda dengan menggunakan kata bilangan yang betul.

Arkitek

Saintis

Usahawan

Akauntan

Nama saya Amirul Hadi bin Amirul Hakim. Saya anak kelima daripada lima orang adik-beradik. Saya mempunyai tiga orang kakak dan satu orang abang. Masing-masing telah pun mempunyai haluan kerjaya sendiri. Ketiga-tiga orang kakak saya telah bekerja, manakala satu-satunya abang saya ialah pelajar tahun akhir dalam bidang perakaunan. Masalahnya, hingga kini, saya masih belum dapat menentukan kerjaya pilihan saya. Oleh itu, saya telah mengambil beberapa langkah untuk menyelesaikan masalah saya. Setelah mengetahui kejayaan saya menyelesaikan masalah, lebih satu perdua rakan baik saya telah menemui Guru Bimbingan dan Kaunseling. Kami telah pun melakukannya. Seronoknya! Kawan-kawan yang lain, bagaimana?

Cara Menentukan Bidang Kerjaya KATA BILANGAN

JENIS Tentu Tak Tentu Himpunan Pisahan Pecahan

Jadual 1

Berbincang dengan Guru Bimbingan dan Kaunseling dan mengambil kira setiap pandangan beliau. Mendapatkan penjelasan tentang berbelas-belas jenis inventori kerjaya. Membuat keputusan untuk menjawab 160 soalan dalam Inventori Minat Kerjaya. Memilih kerjaya diminati daripada semua soalan yang dikemukakan. Menganalisis jawapan dan menentukan jenis kerjaya yang bersesuaian.

38

1 2 3 4 5

5.1.3 Memahami dan menggunakan kata prafrasa, iaitu kata bantu, kata penguat, kata penegas, kata nafi, kata pemeri, kata arah dan kata bilangan serta kata pascakata, iaitu kata penekan dan kata pembenda dengan betul mengikut konteks.

Bakti Disanjung

Yang Diraikan, Puan Zainah binti Mohd Azahari, Ketua Bahagian Buku Sekolah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Yang Berbahagia, Datuk Haji Abdul Adzis bin Abas, Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka, Yang Dihormati, Tuan Haji Abd Khalik bin Sulaiman, Pengarah Jabatan Penerbitan, ketua-ketua jabatan, ketua-ketua bahagian dan kakitangan sekalian. Salam sejahtera dan selamat pagi saya ucapkan. Bersyukur kita kepada Tuhan kerana kita dapat berkumpul untuk meraikan Puan Zainah binti Mohd Azahari yang akan bersara beberapa hari sahaja lagi. Tuan-tuan dan puan-puan, Puan Zainah merupakan orang penting Bahagian Buku Sekolah yang banyak berjasa. Untuk makluman semua, beliau ialah tulang belakang bahagian ini dan telah berkhidmat selama 36 tahun. Segala tugas yang berkaitan dengan bahagian ini ada dalam tangan beliau, khususnya tentang penerbitan buku teks. Kepakaran beliau tentang penerbitan buku teks menjadikan beliau sering dirujuk oleh hampir tiga perempat daripada kakitangan bahagian ini. Begitu besar jasa beliau kepada bahagian ini dan juga kepada Dewan Bahasa dan Pustaka. Ciri peribadi Puan Zainah unik dan istimewa. Beliau mampu melakukan beberapa pekerjaan dalam satu-satu masa. Selain itu, beliau juga mengutamakan permuafakatan terutamanya melalui mesyuarat sebelum melaksanakan penerbitan buku teks. Seperti kebanyakan kakitangan lain di bahagian ini, beliau juga tidak berkira dengan masa. Ada kalanya, hampir setiap hari beliau akan pulang lewat demi memastikan kerja-kerja penerbitan berjalan mengikut jadual yang ditetapkan. Sesungguhnya, bahagian ini cukup bertuah kerana memiliki kakitangan yang hebat dan berdedikasi seperti Puan Zainah. Tuan-tuan dan puan-puan, Sebelum mengundurkan diri, saya mewakili seluruh kakitangan bahagian ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada Puan Zainah atas komitmen yang diberikan kepada Bahagian Buku Sekolah. Jika ada salah dan silap kami sepanjang tempoh perkhidmatan puan, maaf jua dipinta. Kami mendoakan semoga puan sihat sejahtera serta berbahagia di samping keluarga yang tersayang. Sekian, terima kasih.

39

Kerjaya ke Mercu Impian

TEMA 3

1. Kenal pasti isi utama dan cerakinkan ayat topik, ayat huraian, ayat contoh, dan ayat penegas. 2. Buat analisis tentang kata bilangan dalam bahan.

Mengukir Nama di Persada Dunia

Dato’ Dr. Afifi al-Akiti ialah anak kelahiran Batu Gajah, Perak, yang telah mencipta nama di persada antarabangsa. Beliau merupakan rakyat Malaysia dan bangsa Melayu yang pertama yang berjaya dilantik sebagai pensyarah di universiti yang paling berprestij di dunia, iaitu Universiti Oxford, United Kingdom, ketika beliau berusia 34 tahun. Beliau juga dikenali sebagai Sheikh Afifi dan mendapat pendidikan awal di sekolah pondok. Beliau kemudiannya telah menyambung pengajian di peringkat universiti dan menerima Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama dalam bidang Falsafah Skolastik dan Sejarah Sains dari Universiti Queen, Belfast. Atas kecemerlangan yang ditunjukkan, anugerah biasiswa telah ditawarkan kepada beliau untuk meneruskan pengajiannya di peringkat sarjana dan doktor falsafah di Universiti Oxford. Bidang kepakaran beliau ialah teologi Islam, falsafah, dan sains.

Kerjaya ke Mercu Impian

TEMA 3

Baca secara luncuran dan ringkaskan maklumat dalam bentuk peta pemikiran. Kemudian, kemukakan pendapat anda tentang bahan dengan menggunakan kata penguat, kata pemeri, dan kata nafi dengan betul dalam ayat majmuk.

Dato’ Dr. Afifi al-Akiti

Antara jawatan yang disandang ialah:

1 Felo Kuwait Foundation for the Advancement of Sciences (KFAS) dalam pengajian Islam di Pusat Pengajian Islam Oxford, United Kingdom. 2 Pensyarah Pusat Islam dalam bidang pengajian Islam di Fakulti Teologi, Universiti Oxford, United Kingdom. 3 Felo Pensyarah di Kolej Worcester, Oxford, United Kingdom.

(Sumber: https://en.wikipedia.org/wiki/Afifi_al-Akiti)

40

TEMA INTEGRITI

AMALAN KITA

Integriti Amalan Kita

TEMA 4

4

• Cintai Buku • Ikut Arahan Saya

Bunga melati beli di pekan, Segar mekar harum baunya; Pohon integriti kita suburkan, Dari akar hingga buahnya.

• Bijak Siber • Bagai Aur dengan Tebing • Maruah Diri Mutiara Berharga • Insan Istimewa • Cemong • Integriti Amalan Murni • Permainan Mencari Harta Karun • Budi Baik Jadi Amalan

41

Unit

7

Cintai Buku

TEMA 4 Integriti Amalan Kita

Remaja Berintegriti IMBAS SAYA

1. Dengar taklimat dengan telitinya. Kemudian, berikan respons tentang taklimat tersebut. 2. Berdasarkan gambar, jelaskan amalan baik ketika berada di pusat sumber. Sekumpulan murid telah dilantik sebagai pengawas pusat sumber. Cikgu Nasir, guru pusat sumber, telah menyampaikan taklimat kepada mereka.

Integriti berkait rapat dengan peribadi baik seseorang yang mesti diamalkan dalam kehidupan bermasyarakat.

42

1.3.1 Mendengar dan mengenal pasti maklumat dalam pelbagai wacana dengan memberikan respons secara lisan dengan betul, tepat dan bermakna.

Bijak Siber

Saya menggunakan Facebook untuk: • membaca pelbagai berita dan maklumat, • mengikuti laman-laman yang menyampaikan berita sahih, • mengetahui bermacam-macam info yang berguna; dan • mencari maklumat tentang tempat-tempat yang menarik untuk dikunjungi.

Shaarani bin Mahmood, Guru Ada remaja yang memaparkan foto-foto yang tidak bermoral di Instagram. Bagi saya, hal seperti ini tidak seharusnya berlaku. Media sosial sepatutnya digunakan dengan cara yang berfaedah. Saya menggunakan Instagram untuk: • mempromosikan produk jualan saya; dan • menerima tempahan daripada pelanggan. Norazura binti Abdul Samat, Peniaga dalam talian

Media sosial seperti Twitter memudahkan saya untuk: • berhubung dengan peminat yang membaca karya saya; dan • berinteraksi dengan rakan-rakan penulis.

Integriti Amalan Kita

Penggunaan media sosial semakin popular dari semasa ke semasa. Media sosial memberikan pelbagai manfaat kepada pengguna. Walaupun demikian, media sosial mestilah digunakan dengan cara yang betul dan tidak disalahgunakan. Mari kita ikuti pandangan orang ramai tentang hal ini.

TEMA 4

Baca maklumat yang terdapat dalam setiap petak secara luncuran. Kemudian, nyatakan maksud keseluruhan bahan.

Saya tidak suka orang yang menggunakan media sosial untuk: • menyebarkan fitnah; dan • menulis berita palsu.

Divya Sri a/p Raman, Penulis Ada banyak kumpulan dalam aplikasi WhatsApp saya. Bagi saya, WhatsApp patut digunakan untuk: • bersembang tentang hal-hal yang berfaedah; dan • mengeratkan hubungan silaturahim. WhatsApp tidak sewajarnya digunakan untuk: • membincangkan hal-hal yang negatif; dan • bertelagah hingga akhirnya bermasam muka.

Yeoh Kai Wen, Murid Membaca secara luncuran ialah kemahiran membaca untuk mendapatkan gambaran keseluruhan atau idea utama. Pembaca tidak membaca perkataan demi perkataan tetapi membaca teks sekali lalu secara pantas. Membaca secara imbasan pula ialah kemahiran membaca untuk mendapatkan maklumat yang terperinci. Pembaca menggerakkan anak mata dengan cepat untuk mencari kata-kata kunci yang tertentu bagi mencari maklumat yang dikehendaki.

2.2.3 Membaca secara luncuran dan imbasan untuk memahami serta meneroka maksud keseluruhan daripada pelbagai bahan.

43

Maruah Diri Mutiara Berharga

TEMA 4

IMBAS SAYA Berdasarkan bahan, tulis empat jenis perenggan pendahuluan.

Integriti Amalan Kita

Jenis Pendahuluan dalam Karangan

Jenis Definisi

Jenis Pendapat Tokoh

Jenis Persoalan

Jenis Peribahasa

Hari ini jaga fikiran kita, emosi kita, perkataan kita, dan tindakan kita. Lihat, bagaimana hidup kita berubah. - Prof. Dr. Muhaya binti Haji Mohamad

maruah Ar 1. kehormatan (diri), harga diri: dia tidak menjaga ~nya; rakyat Malaysia bersatu padu dan teguh di belakang kerajaan dlm mempertahankan ~ tanah air; 2. sifat laki-laki, keberanian, kegagahan;

Walaupun musnah harta dan benda, harga diri janganlah jatuh. - Hamka

(Sumber: Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005. Dewan Bahasa dan Pustaka)

Rosak bawang ditimpa jambak

Tingkah Laku

Maksud: Rosak nama atau maruah seseorang kerana kelakuannya sendiri.

Kepentingan Menjaga Maruah

Sebab budi boleh kedapatan Maksud: Tingkah laku juga yang menyebabkan seseorang itu binasa. (Sumber: Diubah suai daripada Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, 2016. Dewan Bahasa dan Pustaka) 44

Pertuturan

Cara Berpakaian

Adab Sopan

3.4.3 Menulis perenggan pendahuluan dan kesimpulan karangan menggunakan bahasa yang gramatis.

TEMA 4

Cemong Lakonkan skrip drama di bawah secara kreatif. Kemudian, persembahkannya kepada kelas.

TOMPOK: CEMONG: TOMPOK: CEMONG: TOMPOK: CEMONG: TOMPOK: CEMONG: TOMPOK: CEMONG: KESAN BUNYI: CEMONG: KESAN BUNYI: TOMPOK: KESAN BUNYI: CEMONG: TOMPOK:

(Terkejut) Eh, Cemong! Di sini awak rupa-rupanya. (Terkejut) Tompok, lamanya kita tidak berjumpa! Wah, awak hidup senang sekarang! Syukurlah, Tompok. Eh, awak tertonggok saja di situ! Mari makan bersama-sama dengan saya. Terima kasih, Cemong. Saya baru sahaja makan seekor ikan. Ada seorang pekerja restoran memberikannya kepada saya tadi. Baik sungguh pekerja restoran itu. Benar, Cemong. Oh, ya! Apakah sebenarnya yang telah terjadi? Lama sungguh awak menghilang. Begini ceritanya, Tompok. Tiga bulan lepas, saya merayau-rayau di pasar raya untuk mencari makanan. Saya pun berjalan ke merata-rata tempat. Tiba-tiba, saya ternampak seekor tikus di tepi jalan. Saya pun menerkam tikus tersebut tanpa menyedari kehadiran sebuah motosikal. Motosikal itu telah melanggar saya. Badan saya luka teruk. Mujurlah seorang gadis bernama Cik Aliza lalu di situ. Dia mengambil dan merawat saya. Awak sungguh bernasib baik, Cemong. Jangan pula awak lupa akan jasa Cik Aliza terhadap awak. Saya tidak lupa, Tompok. Saya senantiasa memastikan tidak ada tikus di rumah ini sebagai cara untuk membalas jasa Cik Aliza. Kereta masuk. Pintu kereta dibuka dan ditutup. Panjang umur Cik Aliza. Baru kita sebut, dia sudah muncul. Ular tedung berdesit. (Cemas) Cemong, ular tedung itu hendak mematuk Cik Aliza! Pergelutan antara kucing dengan ular tedung. (Termengah-mengah) Nasib baik Cik Aliza dapat diselamatkan. Dulu Cik Aliza menyelamatkan awak. Sekarang, giliran awak pula menyelamatkannya. Setiap perbuatan itu ada balasannya daripada Tuhan. Setiap kebaikan akan dibalas dengan kebaikan manakala setiap keburukan akan dibalas dengan balasan yang setimpal.

Muzik penutupan.

4.4.1 Mempersembahkan karya prosa secara kreatif.

45

Integriti Amalan Kita

Muzik pembukaan.

Permainan Mencari Harta Karun

IMBAS SAYA

TEMA 4

1. Kenal pasti kata bantu, kata penegas dan kata arah yang terdapat dalam bahan. 2. Berdasarkan bahan, bina dialog dengan menggunakan kata bantu, kata penegas, dan kata arah.

Integriti Amalan Kita

ARAHAN PERMAINAN 1. 1 Para pemain akan dibahagikan mengikut kumpulan yang terdiri daripada lima hingga 10 orang peserta. 2. 2 Setiap kumpulan harus menjawab 10 soalan yang disediakan dalam bentuk kad mengikut warna identiti setiap kumpulan. Para peserta tidak dibenarkan mengambil atau merosakkan kad ahli kumpulan lain pula. 3 3. Setiap kad mengandungi satu soalan pengetahuan am. Seorang pencatat bagi setiap kumpulan hanya dibekalkan dengan sebatang pen. Pencatat sahaja yang dibenarkan mencatat jawapan pada kad soalan. 4. Kad-kad permainan akan diletakkan di kawasan tertentu di sekitar kawasan sekolah. Kad-kad 4 tersebut mungkin diletakkan secara tersembunyi atau sebaliknya. Misalnya, kad tersebut mungkin diletakkan di bawah pasu bunga atau tergantung di tepi tiang. 5 Pada setiap kad terdapat petunjuk tentang kedudukan kad yang seterusnya. Peserta perlu 5. bergerak dengan pantas sama ada ke belakang, ke hadapan atau ke sisi kawasan sekolah. 6 Para pemain dilarang meniru atau menipu dalam permainan ini. Perbincangan dengan ahli-ahli 6. daripada kumpulan lain juga dilarang sama sekali. 7 7. Kumpulan yang telah berjaya mendapatkan kesemua kad boleh menyerahkannya kepada pengadil permainan untuk pengiraan markah. Ketua kumpulan perlu meletakkan 10 kad mengikut nombor soalan di atas meja pengadil. 8. 8 Sekiranya jumlah peserta kumpulan tidak mencukupi, proses pengiraan markah bagi kumpulan tersebut tidak akan dijalankan lagi. 9. 9 Semua peserta memang mengharapkan kemenangan dalam permainan ini. Walau bagaimanapun, semua peserta mesti bermain dengan penuh kejujuran. 10 10. Penyertaan kumpulan yang melanggar arahan permainan ini akan dibatalkan.

CONTOH KAD SOALAN 1 Soalan: Siapakah pengetua ketiga Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Kencana? Jawapan: ................................................................. SOALAN SETERUSNYA: Dapatkan kad soalan di Laman Ilmu.

46

5.1.3 Memahami dan menggunakan kata prafrasa, iaitu kata bantu, kata penguat, kata penegas, kata nafi, kata pemeri, kata arah dan kata bilangan serta kata pascakata, iaitu kata penekan dan kata pembenda dengan betul mengikut konteks.

8

Integrasi Teras Kehidupan

Ikut Arahan Saya

IMBAS SAYA

Integriti Amalan Kita

1. Dengar penerangan dan nyatakan penerangan mengikut susunan. 2. Jalankan aktiviti yang didengari. 3. Apakah pengajaran yang anda peroleh daripada permainan “Ikut Arahan Saya”? Jelaskan.

Farid dan rakan-rakannya mengikuti Kem Kepemimpinan di sekolahnya. Dalam kem tersebut, beberapa aktiviti telah dijalankan. Abang Zamir telah memberikan penerangan tentang cara-cara untuk menjalankan aktiviti “Ikut Arahan Saya”.

1.3.2 Mendengar dan menyusun panduan, tunjuk cara dan arahan dengan memberikan respons yang sesuai dan bermakna.

TEMA 4

Unit

47

Integriti Amalan Kita

TEMA 4

Bagai Aur dengan Tebing Baca teks dengan telitinya. Kemudian, nyatakan idea utama dan idea sampingan. Kita sering mendengar peribahasa yang berbunyi, bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Peribahasa ini menyarankan kita agar saling bekerjasama dalam melakukan sesuatu perkara. Sesungguhnya, banyak manfaat yang kita peroleh dengan bekerjasama. Dengan bekerjasama kita dapat menjimatkan tenaga dan masa. Hal ini dikatakan demikian kerana sesuatu pekerjaan itu disiapkan bersama-sama oleh anggota masyarakat, bak kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Sebagai contoh, kebersihan kawasan kediaman dijaga oleh setiap anggota masyarakat. Oleh hal yang demikian, kerja yang berat menjadi ringan, kerja yang susah menjadi mudah. Selain itu, kita dapat meringankan beban jiran tetangga dengan adanya amalan kerjasama. Penjimatan dapat dicapai dengan cara menubuhkan persatuan penduduk di sesebuah kawasan kediaman. Persatuan ini mengutip yuran yang akan digunakan semasa ahli-ahlinya mengadakan majlis perkahwinan atau menghadapi kematian. Oleh itu, beban kewangan tuan rumah semasa menguruskan upacara tersebut dapat diringankan. Amalan bekerjasama juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama anggota masyarakat. Hubungan yang bagai aur dengan tebing dapat diwujudkan kerana setiap orang mengambil berat tentang musibah yang menimpa orang lain. Sikap ini ibarat cubit paha kanan, paha kiri terasa juga. Setiap orang tidak akan dibiarkan berada dalam kesulitan tanpa mendapat bantuan. Dengan itu, semua anggota masyarakat hidup saling membantu. Kesimpulannya, nilai yang baik ini mestilah diamalkan oleh setiap anggota masyarakat. Dengan bekerjasama, kita berharap agar kehidupan yang aman dan harmoni di negara yang tercinta ini dapat dikekalkan. Oleh hal yang demikian, amalan bekerjasama ini perlu disuburkan dalam sanubari anggota masyarakat sejak bangku sekolah lagi.

48

Perenggan

Idea Utama

Idea Sampingan

1

Kita disarankan agar saling bekerjasama dalam melakukan sesuatu perkara.

Banyak manfaat yang kita peroleh dengan bekerjasama.

Baca bahan lain yang berkaitan dengan integriti. Kemudian, kenal pasti idea utama dan idea sampingan bahan tersebut.

2.3.1 Membaca untuk mengenal pasti idea utama dan idea sampingan dengan betul dan tepat.

TEMA 4

Insan Istimewa

Integriti Amalan Kita

Berdasarkan kerangka isi karangan, tulis perenggan kesimpulan dengan menggunakan bahasa yang gramatis.

Cara-cara Membantu Insan Istimewa

Masyarakat

Pihak Kerajaan dan Swasta

 Menyayangi insan istimewa.

 Menyediakan kemudahan asas.

 Menghormati kemudahan yang disediakan.

 Memberikan latihan dan kemahiran.  Menyediakan peluang pendidikan dan pekerjaan.

Perenggan kesimpulan bertujuan untuk merumuskan keseluruhan isi karangan. Secara umumnya perenggan kesimpulan mempunyai: - penanda wacana - rumusan isi secara umum - cadangan - harapan

Contoh: Kesimpulannya, penerapan nilai murni dapat melahirkan bangsa Malaysia yang berbudi pekerti tinggi. Oleh hal yang demikian, usaha menerapkan nilai murni perlu dipupuk dalam kalangan masyarakat. Dengan itu, keharmonian dan kesejahteraan hidup di negara yang tercinta ini dapat dikekalkan. 3.4.3 Menulis perenggan pendahuluan dan kesimpulan karangan menggunakan bahasa yang gramatis.

49

Mari Berpantun TEMA 4

Integriti Amalan Murni

Integriti Amalan Kita

1. Persembahkan aktiviti berbalas pantun dengan sebutan, intonasi dan nada yang sesuai secara kreatif. 2. Bina pantun lain yang berkaitan dengan integriti.

Di Tanjung Papan naik menara, Melihat seri alam bersinar; Dalam sopan kita berbicara, Mengapakah mesti berkata benar?

Orang dagang pergi ke seberang, Mengail siakap juga gelama; Kalau memegang harta orang, Apakah sikap paling utama?

Di atas para ikan kelisa, Cantik sisiknya menawan hati; Nyatakan cara manfaatkan masa, Kerana perginya tiada ganti.

50

Usah dibiar tidak berjahit, Sulaman renda bentuknya bujur; Berkata benar walaupun pahit, Itulah petanda peribadi jujur.

Teruna berlima leka memanah, Busur di tangan tidak mengena; Paling utama sikap amanah, Harta jangan disalah guna.

Burung pekaka terbang ke desa, Hinggap di rimba dengan riang; Jangan suka membuang masa, Manfaatkan masa yang terluang.

4.4.2 Mempersembahkan pantun dengan sebutan, intonasi dan nada yang betul secara kreatif.

Budi Baik Jadi Amalan IMBAS SAYA

Isi buku itu juga bagus. Kalau Aswad rajin membaca, semestinya ibu akan membeli buku ini.

Integriti Amalan Kita

Penulis buku ini peguam. Pintarnya sudah terkenal.

TEMA 4

1. Berdasarkan ayat dalam jalur komik di bawah, kategorikan kata penekan dan kata pembenda. 2. Bina jalur komik tentang amalan baik yang lain. Gunakan kata penekan dan kata pembenda dalam jalur komik tersebut.

Terima kasih, ibu.

Ibu, segarnya buah-buahan di sini seperti baru dipetik dari ladang.

Nampaknya banyak orang di kaunter, ibu.

Ya. Kita mesti makan buah-buahan yang segar. Sememangnya buah-buahan baik untuk kesihatan.

Sungguhpun banyak orang, kita mesti ikut barisan. Kita tidak sepatutnya memotong giliran orang lain. Teruknya perbuatan seperti itu. Sikap itu tidak patut kita amalkan.

Kata penekan ialah perkataan yang memberikan penekanan terhadap sesuatu. Contoh: sebolehnya, sesungguhnya, bahawasanya, hakikatnya, sebenarnya Kata pembenda ialah perkataan yang asalnya bukan kata nama tetapi menjadi kata nama apabila kata pascakata -nya diimbuhkan. Contoh: lajunya, sakitnya, manisnya, tidurnya, tibanya 5.1.3 Memahami dan menggunakan kata prafrasa, iaitu kata bantu, kata penguat, kata penegas, kata nafi, kata pemeri, kata arah dan kata bilangan serta kata pascakata, iaitu kata penekan dan kata pembenda dengan betul mengikut konteks.

51

Budaya Kita

Integriti Amalan Kita

TEMA 4

1. Baca bahan di bawah secara imbasan. Kemudian, nyatakan maklumat tentang amalan toleransi yang anda peroleh. 2. Tulis perenggan pendahuluan dan perenggan kesimpulan bagi karangan yang bertajuk “Memupuk Amalan Toleransi dalam Kalangan Remaja”.

APA?

SIAPA?

Toleransi ialah kesanggupan bertolak ansur, sabar, dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham.

Sikap toleransi mesti diamalkan oleh sesiapa sahaja. Toleransi perlu ada dalam diri setiap ahli keluarga. Seseorang majikan pula perlu bertoleransi terhadap pekerjanya yang menghadapi masalah.

BAGAIMANA?

BILA?

Orang yang mengamalkan sikap toleransi sentiasa bertolak ansur dan mempunyai kesabaran yang tinggi. Dia tidak mudah marah dan sedia mendengar serta menerima pendapat orang lain.

Kita mesti bertoleransi pada bila-bila masa sahaja. Contohnya, sewaktu kita membeli tiket perlawanan bola sepak, kita tidak berebut-rebut. Semasa menaiki kenderaan awam, kita mestilah berbaris.

52

Amalkan Sikap Toleransi

MENGAPA?

DI MANA?

Dengan mengamalkan sikap toleransi, kita dapat mewujudkan sikap saling menghormati dan saling memahami. Sikap ini penting untuk mewujudkan suasana yang aman dan harmoni di negara ini.

Kita perlu bertoleransi di mana-mana sahaja. Contohnya, semasa memandu kenderaan di jalan raya. Selain itu, seseorang yang bertoleransi tidak akan menggunakan tandas awam terlalu lama. Hal ini dikatakan demikian kerana orang lain juga ingin menggunakan tandas awam tersebut.

TEMA BAHASA DAN SASTERA

Bahasa dan Sastera

Daun jambu rasanya kelat, Dipetik teruna letak di raga; Sastera maju bahasa berdaulat, Semarak budaya penyatu warga.

TEMA 5

5

Sasterawan Negara Kamaluddin bin Muhamad (Keris Mas) Tan Sri Dr. Haji Zainal Abidin bin Ahmad (Pendeta Za’ba)

Pakar Bahasa Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah binti Haji Abdul Karim • Sayangi Bahasa Kita • Salam Dihulur, Maaf Dipinta • Hebatnya Bahasaku • Sastera Maya • Petah Bicara • Merdunya Alunan • Utusan Sultan Melaka ke China • Gurau Senda Jalinan Kasih • Srikandi Sastera Negara • Dunia Penulisan Kreatif

53

Unit

9

Sayangi Bahasa Kita

TEMA 5 Bahasa dan Sastera

Bahasaku di Persada Dunia

1. Bincangkan isu yang terdapat dalam bahan dengan menggunakan sebutan yang betul dan bertatasusila. 2. Huraikan kesan pencemaran bahasa Melayu dalam masyarakat hari ini. Nadia menerima mesej daripada Jia Wei melalui aplikasi WhatsApp. Mereka bertukar-tukar pandangan tentang isu bahasa dalam kalangan masyarakat pada hari ini.

Nadia, ingatkah awak tentang penggunaan bahasa rojak yang dijelaskan oleh Cikgu Saroja?

Tentulah saya ingat, Jia Wei. Saya berasa sedih kerana anggota masyarakat menggunakan bahasa rojak sewenang-wenangnya.

Sepatutnya rakyat Malaysia menggunakan bahasa Melayu yang betul kerana Bahasa Jiwa Bangsa.

Barangkali mereka tidak menyedari bahawa penggunaan bahasa rojak merugikan rakyat negara ini.

Secara berkumpulan, jalankan aktiviti untuk mengenal pasti kesalahan penggunaan bahasa pada papan tanda di kawasan persekitaran anda. 54

1.4.1 Berbual untuk menerangkan sesuatu isu yang berkaitan komuniti menggunakan sebutan yang betul dalam situasi tidak formal secara bertatasusila.

Hebatnya Bahasaku

Nadia menarik nafas dalam-dalam. Hatinya benar-benar gembira. Dia puas kerana telah berjaya mematahkan hujah-hujah pihak lawan yang amat rapuh. “Yang Berhormat, kami di meja pembangkang percaya bahawa bahasa Melayu belum bersedia untuk menjadi bahasa antarabangsa atas kekangan-kekangan tertentu,” dengan lantang ketua pembangkang menyatakan pendirian pihak mereka. Selaku menteri ketiga pihak kerajaan, Nadia mencatat hujah rapuh pihak pembangkang itu. ‘Nantilah, apabila tiba saat yang sesuai, hujah Hai Nadia, ini akan dipancung sehingga tidak bernyawa!’ Saya pos poskad ini dari Beijing, China. gerutu hati kecil Nadia. Saya sedang bercuti bersama-sama dengan keluarga. Saya seperti tidak percaya apabila Sekurang-kurangnya, pihak pembangkang berkesempatan berbual-bual dengan Kepada perlu sedar bahawa bahasa Melayu sudah dua penuntut Universiti Pengajian Asing, Nadia Razman, Beijing. Mereka bertutur dengan saya No. 198, Jalan Utarid US/12, menjadi bahasa antarabangsa sejak sekian lama, menggunakan bahasa Melayu dengan Taman Mutiara Subang, iaitu pada zaman Kesultanan Melayu Melaka begitu fasih sekali. Mereka terlibat dengan Subang Bestari, program Pengajian Melayu di universiti itu. 40150 Shah Alam, lagi. Pada waktu itu, urusan perdagangan antara Nampaknya, bahasa kebangsaan negara Selangor, Malaysia. kita telah tersebar ke serata dunia. pedagang asing dengan penduduk tempatan Jumpa lagi nanti, ya. mesti menggunakan bahasa Melayu. Bukankah Nurul. itu menunjukkan sifat antarabangsa yang ada pada bahasa Melayu? Minggu lepas, sebaik sahaja mendapat tajuk bahas persahabatan dengan sekolah jiran mereka, Nadia dan rakan-rakannya melakukan penyelidikan tentang usaha-usaha mengantarabangsakan bahasa Melayu di persada dunia. Berdasarkan pelbagai sumber, Nadia dan rakan-rakannya mendapati bahawa Kursi Pengajian Melayu pernah wujud di pusat pengajian tinggi di negara Barat seperti Amerika Syarikat, Belanda, New Zealand, dan lain-lain. Di negara Asia pula, Kursi Pengajian Melayu turut ditubuhkan di Universiti Pengajian Asing, Beijing, China. Kursi Pengajian Melayu menjalankan peranan untuk mendedahkan pelbagai aspek pengajian Melayu kepada dunia luar, termasuk bahasa Melayu dan sastera Melayu. Nadia dan rakan-rakannya terpegun seketika apabila membaca hasil dapatan mereka. Bahasa Melayu bukan calang-calang bahasa. Bahasa Melayu hebat!

2.4.1 Membaca secara ekstensif pelbagai bahan fiksyen dan bukan fiksyen untuk meneroka maklumat baharu.

55

Bahasa dan Sastera

TEMA 5

1. Berdasarkan bahan, nyatakan maklumat baharu yang anda peroleh. 2. Dengan merujuk pelbagai bahan bacaan, jelaskan usaha-usaha yang dijalankan untuk memperkenalkan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa.

Petah Bicara TEMA 5

1. Analisis petikan untuk mengenal pasti isi-isi penting. 2. Hasilkan ringkasan berdasarkan petikan tersebut.

Bahasa dan Sastera

Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Pernahkah anda mendengar berita tentang Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM)? Untuk pengetahuan anda, nama PABM bukanlah asing lagi dalam kalangan masyarakat pencinta bahasa Melayu di luar negara. Hal ini dikatakan demikian kerana PABM telah dianjurkan semenjak tahun 2007. Pertandingan ini diberikan penarafan projek nasional pada tahun 2008. Kementerian Pendidikan Tinggi telah bekerjasama dengan beberapa kementerian lain untuk menjadi penganjur bersama. Kerjasama yang erat ini membuahkan hasil apabila PABM mendapat sambutan yang amat memberangsangkan dari tahun ke tahun. Idea penganjuran pertandingan ini dicetuskan oleh Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak. Salah satu objektif utama penganjuran PABM adalah untuk memperkukuh kedudukan dan martabat bahasa Melayu di peringkat antarabangsa. Hal ini berlaku kerana dalam era ledakan teknologi maklumat dan dunia tanpa sempadan ini, bahasa Melayu menghadapi cabaran yang besar. Selain itu, penganjuran PABM juga bertujuan untuk melahirkan rasa bangga dan yakin rakyat Malaysia kepada bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu yang telah tersebar ke seluruh dunia. Melalui PABM, rakyat Malaysia dapat melihat betapa istimewanya bahasa Melayu. Sifat bahasa Melayu yang mudah lentur dan mudah dipelajari dapat dibuktikan melalui penyampaian pidato secara bersahaja dan fasih oleh pemidato dari seluruh dunia. Pada awal penganjuran PABM, hanya satu kategori yang dipertandingkan, iaitu Kategori Antarabangsa. Juara PABM pertama ialah Olga Vadimovna Vasilevskaya, peserta dari Rusia. Dari tahun 2008 hingga tahun 2014, dua kategori telah dipertandingkan, iaitu Kategori Antarabangsa dan Kategori Alam Melayu. Bermula tahun 2015, Kategori Pelajar Antarabangsa di Malaysia telah diperkenalkan. Secara keseluruhannya, PABM ialah projek nasional yang amat membanggakan dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu. (Sumber: http://www.pabm.com.my) 56

3.5.1 Menulis ringkasan dan merumus pelbagai bahan prosa dengan betul menggunakan ayat yang gramatis.

Utusan Sultan Melaka ke China

Maka Tun Telanai dan Menteri Jana Putera dititahkan baginda utusan ke China. Bahawa barulah Sultan Mansur Syah berkirim sembah pada raja China, kerana sudah menjadi menantu; hanya demikian bunyinya: “Sahaya anak raja Melaka, empunya sembah pada raja benua China.” Seperti surat yang dibawa Lak Di Po, maka pada Tun Telanai pun demikianlah juga. Maka Tun Telanai pun belayarlah ke benua China. Dengan takdir Allah taala, angin besar pun turun, maka Tun Telanai dengan kedua buah perahu itu pun biaslah, jatuh ke Brunei. Setelah didengar oleh raja Brunei, maka disuruh baginda panggil; maka Tun Telanai dan Menteri Jana Putera pun masuk mengadap raja Brunei. Maka raja Brunei pun bertanya pada Tun Telanai, “Apa bunyi surat raja Melaka pada raja China?” Maka sembah Tun Telanai, “Sahaya raja Melaka empunya sembah, datang kepada paduka ayahanda raja China.” Maka kata raja Brunei, “Berkirim sembahkan raja Melaka pada raja China?” Maka Tun Telanai diam, lalu Menteri Jana Putera berkisar ke hadapan; maka sembahnya, “Tidak tuanku paduka ayahanda berkirim sembah kepada raja China, kerana erti ‘sahaya’ itu pada bahasa Melayu ‘hamba’; maka hamba paduka ayahandalah yang berkirim sembah kepada raja China, bukannya paduka ayahanda.” Maka raja Brunei pun diam mendengar sembah Menteri Jana Putera itu. (Dipetik daripada Sulalatus Salatin Sejarah Melayu, diselenggarakan oleh A. Samad Ahmad, 2000. Dewan Bahasa dan Pustaka)

4.1.1 Memahami dan mengapresiasi karya prosa dari aspek sinopsis, tema, persoalan, nilai dan pengajaran, watak dan perwatakan dengan memberikan respons yang betul dan rasional.

57

Bahasa dan dan Sastera Bahasa

TEMA 55 TEMA

1. Baca petikan dan analisis aspek nilai dan pengajaran yang terdapat dalam petikan. 2. Pada pendapat anda, apakah kepentingan hubungan diplomatik yang baik antara sesebuah negara dengan negara lain?

Srikandi Sastera Negara

IMBAS SAYA

TEMA 5

1. Baca petikan dan analisis kepelbagaian binaan frasa adjektif yang terdapat dalam petikan tersebut. 2. Hasilkan perenggan yang mempunyai frasa adjektif yang betul dan tepat.

Bahasa dan Sastera

Dani menerima e-mel daripada Sasterawan Negara, Datuk Dr. Zurinah Hassan.

Salam sastera buat saudara, Terima kasih kerana mengucapkan tahniah atas kejayaan saya dipilih sebagai Sasterawan Negara ke-13. Saya amat bersyukur sekali atas kejayaan ini. Apatah lagi saya menjadi wanita pertama di negara ini bergelar Sasterawan Negara. Melalui kejayaan ini, penat lelah dan pahit manis yang saya lalui sepanjang berkecimpung dalam dunia sastera terbayar akhirnya. Selain itu, kejayaan ini juga turut menyuntik semangat saya untuk menghasilkan karya yang lebih hebat dan menarik. Melalui kiriman e-mel ini, saya akan cuba menjawab soalan saudara tentang perkembangan dunia sastera di Malaysia kini. Pada pendapat saya, perkembangan bidang sastera agak pesat. Pada masa ini, peralatan telekomunikasi amat canggih dan capaian Internet juga begitu tinggi serta luas sekali. Keadaan ini menjadi pemangkin kepada perkembangan ini. Dahulu, karya sastera hanya dapat dinikmati menerusi bahan bercetak seperti buku dan majalah atau sayembara yang dianjurkan oleh pelbagai pihak. Kini, keadaan sudah berubah benar. Karya-karya sastera terlalu mudah untuk didapati. Malahan, pembaca dapat membaca karya-karya yang dimuat naik melalui laman-laman sesawang tertentu secara percuma. Seperkara lagi, golongan muda semakin meminati dunia penulisan kreatif. Komuniti sastera dalam kalangan golongan ini sangat besar. Karya-karya yang dihasilkan oleh mereka memaparkan kepelbagaian tema dan persoalan yang sungguh menarik sekali. Saya berharap agar dunia sastera di negara kita akan terus berkembang seiring dengan peredaran zaman. Hal ini dikatakan demikian kerana sastera memainkan peranan yang penting terhadap negara ini. Tidakkah saudara berminat dengan sastera? Hasilkanlah apa-apa karya. Saya rasa masih tidak terlewat untuk saudara mencuba sesuatu yang baharu. Sekian dahulu buat kali ini. Daripada, Datuk Dr. Zurinah Hassan Berdasarkan pelbagai sumber, dapatkan maklumat tentang Sasterawan Negara, anugerah dan keistimewaan yang diterima. 58

5.4.1 Memahami dan menggunakan pelbagai frasa adjektif dengan betul dan tepat mengikut konteks.

Unit

10

Indah Sastera, Cantik Bahasa TEMA 5

Salam Dihulur, Maaf Dipinta

Bahasa dan Sastera

1. Bincangkan dialog memohon dan memberi kemaafan secara formal dan bertatasusila. 2. Lakonkan situasi tersebut. 3. Jelaskan kebaikan yang anda peroleh daripada amalan memohon dan memberi kemaafan kepada orang lain.

Cadangan frasa yang sesuai digunakan untuk memohon maaf • saya berasa kesal Nadia terlibat dalam pementasan drama di sekolahnya. Atas sebab-sebab tertentu, dia tidak dapat menghadiri sesi latihan yang dijalankan. Nadia memohon maaf kepada rakan-rakannya.

• memaafkan saya • saya bukannya sengaja • ingin saya jelaskan • berilah saya peluang • tidak berulang kembali

1.4.2 Berbicara untuk memohon dan memberi kemaafan terhadap seseorang dalam situasi formal secara bertatasusila.

59

Sastera Maya

Bahasa dan Sastera

TEMA 5

1. Analisis petikan untuk mendapatkan maklumat tentang kebaikan-kebaikan sastera maya. 2. Pada pendapat anda, apakah usaha yang dapat dilakukan untuk mendekatkan golongan remaja kepada dunia sastera? Dunia sastera sentiasa mengalami perubahan. Dalam konteks sastera Melayu, dikatakan sastera telah bermula sekitar kurun ke-17 atau lebih awal. Sastera klasik amat sinonim dengan cerita hikayat, cerita rakyat, dan penglipur lara. Pada waktu itu, Tentang eSastera wan eSastera merupakan komuniti karya ada karya sastera yang disampaikan secara lisan. njak tahun yang bergiat di alam maya. Seme penulis ramai irkan Kemudian, kemunculan sastera moden bermula 2002, eSastera telah melah ra di yang bergiat aktif dalam dunia saste dengan penghasilan puisi dalam bentuk tulisan Singapura. Malaysia, Indonesia, Brunei, dan untuk para sekitar tahun 1913 berdasarkan penemuan manuskrip. Cerpen dan eSastera menyediakan medium eri maklum karyawan berkongsi karya dan memb novel pula mula dicetak dalam majalah mahupun buku-buku pelbagai eSastera balas kepada karya penulis lain. antu untuk saiz sekitar tahun 1920-an. Kini, perkembangan dunia teknologi percaya kegiatan sebegini memb menyuntik memupuk minat dalam sastera, serta terus untuk is maklumat sekali lagi mengubah bentuk penghasilan karya sastera. penul semangat kepada para berkarya. Melalui Internet, karya sastera disampaikan dalam bentuk multimedia yang dilengkapi dengan teks, grafik, video, dan audio. Jika HesCom mengadakan Sepanjang tahun, eSastera sering kita menggunakan perkhidmatan enjin carian Google, Yahoo, MSN, dan popular. sayembara puisi bertemakan isu-isu ini akan lain-lain, kita pasti akan mendapat maklumat dengan mudah tentang Pemenang sayembara-sayembara gkan. menerima hadiah yang dipertandin karya-karya sastera siber. Karya-karya ini dihasilkan oleh penulis ahan untuk Setiap tahun, majlis penganuger yang dikenali mapan dan komuniti sasterawan yang tidak pernah kita kenali. pemenang-pemenang diadakan, om). (HesC sebagai Hadiah E-Sastera.com Dalam alam maya, komuniti sasterawan ini menghasilkan gkan ialah andin dipert yang rah anuge a Antar , serta anugerah pelbagai bentuk karya, sama ada cerpen, kisah bersiri, sajak, pantun, Penyair Alam Siber (untuk sajak) lain. untuk penulisan dalam genre-genre dan lain-lain lagi. Karya mereka dimuat naik ke laman sesawang pada bila-bila masa tanpa sebarang kekangan daripada mana-mana pihak. Salah satu laman sesawang sastera siber yang banyak menghimpunkan pengkarya ialah www.e-sastera.com. Melalui sastera maya, khalayak pembaca mampu berkomunikasi dengan para karyawan pada bila-bila masa sahaja. Para pembaca bebas menyatakan kritikan atau pujian serta cadangan kepada pengkarya. Laman sesawang ini mempunyai fungsi yang membolehkan pembaca menyatakan komen mereka. Sastera maya juga memberikan manfaat kepada golongan remaja. Pada usia yang muda, golongan remaja dapat berkarya dan memuat naik karya mereka di ruang maya. Hal ini memberikan kelebihan kepada golongan ini untuk melihat penerimaan orang ramai terhadap karya mereka. Sesungguhnya, alam maya mampu menjadi wadah baharu untuk membantu perkembangan dunia sastera di negara ini dan mendekatkan orang ramai kepada karya-karya sastera. Namun, para pembaca perlu bijak memilih karya sastera yang sesuai untuk dijadikan bahan bacaan mereka. (Sumber: http://www.utusan.com.my/rencana/perjalanan- panjang-sastera-melayu-1.127080)

60

Teroka maklumat tentang perkembangan sastera maya di Malaysia.

2.4.1 Membaca secara ekstensif pelbagai bahan fiksyen dan bukan fiksyen untuk meneroka maklumat baharu.

TEMA 5

Merdunya Alunan Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam bahan prosa, lengkapkan rangkap syair.

Syair Kenangan Manis

“Saya amat menghargai usaha awak, Jia Wei,” kata Cikgu Marina. “Walaupun awak berbangsa Cina, namun awak dapat mendendangkan syair dengan begitu baik,” puji beliau pula. “Saya sudah lama meminati puisi tradisional. Kebetulan Nadia, yang mengambil bahagian dalam pertandingan itu, kehilangan suara pada saat-saat akhir. Saya menggantikan tempat Nadia, cikgu,” jawab Jia Wei dengan jujur. Cikgu Marina dan Cikgu Siti Fatimah mengukir senyuman ke arahnya. Jia Wei bukan sahaja baik malahan bijak. Walaupun dia tidak memenangi pertandingan itu, namun penyertaannya membuka mata banyak pihak. Sikap Jia Wei patut dijadikan contoh oleh rakyat Malaysia yang lain. Perbezaan budaya, bahasa, pegangan agama dan lain-lain tidak menghalang kita untuk menghargai kebudayaan kebangsaan. Jia Wei berazam agar dia akan menyertai pertandingan syair lagi pada masa akan datang. Dia ingin mencipta sejarah tersendiri untuk menjuarai pertandingan mendendangkan syair di sekolah itu. Dia sedar bahawa usaha yang bersungguh-sungguh pasti akan membuahkan hasil.

Sebulan sudah masa berlalu, Kenangan manis teringat selalu, Mendendangkan syair tidaklah kelu, Mendapat pujian bertalu-talu.

Bahasa dan Sastera

Sebulan telah berlalu. Namun, peristiwa manis menyertai pertandingan mendendangkan syair tidak pernah dilupakan oleh Jia Wei. Walaupun dia hanya bidan terjun, namun dia berusaha juga membuat persembahan yang terbaik sehingga mendapat pujian banyak pihak.

Guru berasa sungguh gembira, Murid berbakat bakal juara, Mengganti rakan hilang suara, Bersyair dia tidak berkira.

Guru tersenyum wajah berseri, Melihat murid bijak bestari, ........................................... ...........................................

Azam ditanam dalam hati, Pertandingan syair akan diikuti, ........................................... ........................................... Sikap positif patut dicontohi, Cabaran muncul sanggup diredahi, ........................................... ...........................................

3.6.1 Menulis dan mengolah maklumat daripada bahan dialog dan bahan prosa kepada puisi menggunakan ayat yang gramatis.

61 61

Gurau Senda Jalinan Kasih IMBAS SAYA

Bahasa dan Sastera

TEMA 5

1. Dendangkan seloka. 2. Fahami maksud seloka dan huraikan persoalan-persoalan yang terdapat dalam seloka tersebut. Contoh: Persoalan amalan kejiranan yang akrab. (baris ketiga) Huraian: Suatu ketika dahulu, anggota masyarakat mempunyai hubungan kejiranan yang akrab. Mereka saling bergurau senda sehingga ikatan kejiranan menjadi mesra dan harmoni.

Seloka Gurau Senda Dulu-dulu bukan begini nazam gurindam jadi siulan senda gurau berteman jiran pantun seloka jadi hiburan uda dan dara menjalin kasih bahasa berbunga kias-berkias manis kata madah bicara indah budaya manis bahasa sekarang tidak seperti dulu pantun seloka tidak diamalkan kias ibarat dianggap kolot seperti katak bawah tempurung sekarang tidak seperti dulu syair gurindam tidak berlagu madah pujangga dianggap lapuk indah bahasa tersisih sudah.

Teroka maklumat tentang asal-usul seloka.

Cara mendendangkan seloka adalah seperti yang berikut: 1. Seloka bebas dilagukan mengikut kesesuaian irama dan mesej yang hendak disampaikan. 2. Seloka sesuai dialunkan dengan irama yang rancak.

Alias Derais SMK (P) Sri Aman

62

4.1.2 Memahami dan menghayati karya puisi dengan memberikan penekanan kepada aspek maksud, tema, persoalan, nilai dan pengajaran dengan betul.

Dunia Penulisan Kreatif

Bagaimanakah untuk mendapatkan idea?

Bahasa dan Sastera

Anda berminat dengan penulisan kreatif?

TEMA 5

Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan yang berikut: a) Petikan 1: Kenal pasti frasa adjektif. b) Petikan 2: Analisis kesalahan frasa adjektif dan betulkan. c) Isi tempat kosong dengan frasa adjektif yang sesuai.

1. Pengalaman sendiri Seseorang penulis boleh menghasilkan karya yang sungguh menarik sekali dengan menggunakan pengalaman sedia ada pada dirinya. Pengalaman itu kemudiannya diadunkan menggunakan kreativitinya dengan begitu baik sekali untuk menghasilkan sesebuah jalan cerita. Dengan pengolahan bahasa yang indah nian dan jalan cerita yang amat menarik, tidak mustahil pembaca akan berebut-rebut untuk mendapatkan karya kreatif penulis tersebut.

2. Pengalaman orang lain Ada penulis yang sungguh terkenal mendapat idea untuk mengarang daripada pengalaman orang lain. Walaupun begitu, karya yang dihasilkan masih lagi karya yang terbaik sekali. Kadang-kadang, ada orang mengalami pengalaman yang benar hebat untuk dikongsikan dengan orang lain tetapi tidak mempunyai medium untuk bercerita. Penulis boleh meminjam pengalaman tersebut untuk menghasilkan cerita. Perkara yang terpenting sekali ialah niat asal cerita itu dihasilkan adalah untuk kebaikan semua pihak.

3. Pemerhatian Seseorang penulis sepatutnya mempunyai pemerhatian yang ... terhadap sesuatu perkara. Hal ini dikatakan demikian kerana kejadian-kejadian yang berlaku di sekeliling kita biasanya ... untuk dijadikan idea untuk menghasilkan cerita. Catatkan perkara-perkara yang dilihat dan perkara yang ... digunakan sebagai idea utama sesebuah cerita. Siapa sangka perkara-perkara yang dianggap biasa oleh sesetengah orang, apabila diceritakan semula dengan teknik penceritaan yang ..., menghasilkan karya kreatif yang ... ramai.

5.6.1 Menganalisis dan membetulkan kesalahan kata dan frasa dalam sesuatu ayat.

63

TEMA 5 Bahasa dan Sastera

A. Teliti poster yang diberikan dan buat tugasan yang berikutnya. 1. Kepada rakan anda, jelaskan maklumat yang terdapat dalam bahan dengan menggunakan sebutan yang betul secara bertatasusila. 2. Tulis perbualan tentang Minggu Bahasa yang mengandungi penggunaan kata ganti nama yang tepat. 3. Berdasarkan maklumat dalam poster di bawah, bina ayat yang mengandungi frasa adjektif.

64

1. Berdasarkan petikan, tandakan (√) bagi maklumat yang tepat dan (x) bagi maklumat yang salah. a) Kelab Eco Ranger menjalankan aktiviti untuk menjaga alam sekitar. ( ) b) Suhu di Jepun ketika lawatan Sofea adalah lebih sejuk berbanding dengan suhu di Malaysia. ( ) c) Aktiviti utama program Asian and Oceanian Students Forum ialah lawatan ke tempat bersejarah di Jepun. ( ) d) Sofea dan rakan-rakannya berada di Jepun selama seminggu. ( ) e) Negara Jepun sentiasa diancam bencana tsunami. ( ) 2. Pada pendapat anda, apakah kebaikan aktiviti lawatan sambil belajar ke luar negara? 3. Bina kerangka karangan dalam bentuk grafik secara terancang. 4. Hasilkan suatu ringkasan tentang pengalaman menarik semasa penulis mengikuti lawatan berdasarkan petikan.

65 65

Bahasa dan Sastera

Sofea terlibat dengan aktifnya dalam aktiviti Kelab Eco Rangers sekolahnya. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan menjurus ke arah melestarikan alam sekitar. Namun, peribahasa Melayu ada menyebut bahawa tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Sofea telah terpilih sebagai salah seorang peserta yang akan berangkat ke negara matahari terbit untuk suatu persidangan alam sekitar. “Nama program ini ialah Asian and Oceanian Students Forum,” kata Cikgu Zawiah. “Bilakah kita akan bertolak ke sana, cikgu?” soal salah seorang murid lain yang turut terpilih ke sana. “Kita akan bertolak ke sana pada 2 November,” jawab Cikgu Zawiah. Seingat Sofea, perjalanan ke Jepun memakan masa sekitar enam hingga tujuh jam kerana penerbangan yang dinaiki oleh mereka singgah di Vietnam sebelum ke Jepun. Pertama kali Sofea dan rakan-rakannya menjejakkan kaki ke sana, mereka sungguh teruja. Suhu di situ pada waktu itu ialah sekitar 12oC. Dalam program tersebut, mereka yang mewakili negara Malaysia membuat dua kali sesi pembentangan. Pembentangan pertama berlaku di Hidaka High School. Sementara itu, pembentangan kedua pula berlangsung di Wakayama Prefecture Hall. Kedua-dua pembentangan ini berkisar tentang isu alam sekitar. Pengalaman yang diperoleh mereka sungguh bernilai. Dalam forum ini, mereka sempat berkenalan dengan peserta dari negara-negara lain. Selain itu, mereka juga sempat membuat lawatan ringkas di Hidaka High School. Sekolah ini sungguh bersih dan aktiviti pembelajaran juga berbeza dengan sekolah di Malaysia. Seterusnya, lawatan ke pusat kajian tsunami ialah salah satu pengalaman berharga ketika berada di sana. Di sini, mereka belajar tentang punca terjadinya tsunami dan langkah-langkah yang telah dilaksanakan oleh negara Jepun untuk menangani ancaman bencana ini. Ternyata negara Jepun mempunyai langkah yang tersusun untuk berhadapan dengan situasi ini. Sofea berasa bahawa pengalaman tujuh hari berada di sana tidak cukup untuk dia dan rakan-rakannya mengutip ilmu dan pengalaman. Namun, Sofea bersyukur kerana aktiviti forum antarabangsa dan lawatan sambil belajar ini membuka matanya untuk melihat negara orang lain.

TEMA 5

B. Baca teks di bawah dengan teliti dan buat tugasan yang berikutnya.

TEMA TELADANI SEJARAH 6

HARGAI WARISAN

Anak dara menjinjing raga, Berbaju merah cantik berdandan; Sejarah negara warisan berharga, Iktibar sejarah jadikan teladan.

Tapak Arkeologi Lembah Bujang, Kedah

66

Pemasyhuran kemerdekaan

Muzium Matang, Taiping, Perak

• Arkeologi Sungai Batu • Jejak Bumi di Bawah Bayu • Pahlawan Ulu Cheka • Raikan Budaya Bangsa • Sekolah Melayu Tertua • Enaknya Juadah Kita • Lakaran Waktu • Legenda Batu Belah Batu Bertangkup • Wira Terbilang • Destar Warisan Kita

Pua kumbu

Gambus Labu sayong

Masjid Kampung Laut, Kelantan

67

Unit

11

Sejarah Kita

TEMA 6

Arkeologi Sungai Batu

Teladani Sejarah Hargai Warisan

Farhana telah melihat pameran di tapak arkeologi Sungai Batu yang IMBAS SAYA terletak di Lembah Bujang, Kedah.

Berdasarkan video yang anda tonton, ceritakan keunikan tapak arkeologi Sungai Batu.

Tuyere atau alat peniup angin Tapak peleburan besi

Hematit dan magnetit, bahan mentah yang digunakan dalam aktiviti peleburan besi

Lantai tapak jeti sungai

Ketulan jongkong besi yang dihasilkan

Sisa relau di tapak peleburan besi

(Sumber: http://arkeosungaibatu. blogspot.my/) 68

1.4.3 Menceritakan peristiwa yang didengar dan dilihat dalam situasi formal dan tidak formal dengan sebutan dan intonasi yang betul secara bertatasusila.

Pahlawan Ulu Cheka

No. 12, Kampung Ulu Cheka, 27000 Jerantut, Pahang. 6 Jun 20��



Teladani Sejarah Hargai Warisan



TEMA 6

1. Baca surat kiriman dengan sebutan dan intonasi yang betul. 2. Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu menghargai pengorbanan tokoh negara?

Menemui sahabatku, Adibah, yang kini berada di Lumut, Perak, dengan selamatnya. Saudari, Apa khabar? Semoga saudari dalam keadaan sihat dan berbahagia di samping keluarga yang tersayang. Buat pengetahuan saudari, saya sekarang di rumah datuk saya, Tuk Haji Salleh, di Kampung Ulu Cheka. Datuk banyak bercerita tentang seorang tokoh yang terkenal dengan sejarah kepahlawanan. Tokoh tersebut ialah Pawang Nong atau nama sebenarnya, Haji Nong Taib bin Santan. Menurut ceritanya, Pawang Nong telah membuka Kampung Ulu Cheka pada 7 Julai 1907. Beliau pahlawan terbilang yang pernah terlibat dalam Peperangan Perlok dan Perang Terbul bagi mempertahankan Kampung Ulu Cheka daripada serangan komunis. Kehebatan beliau terserlah apabila beliau berjaya menyelamatkan seorang pembesar negeri yang ditahan komunis di Tong Kiat, Maran, pada tahun 1945. Saudari, Untuk pengetahuan saudari, Pawang Nong telah dianugerahi pingat British Empire Medal (BEM). Selain itu, beliau juga dianugerahi pingat Ahli Mangku Negara (AMN) dan Pingat Jaksa Kebaktian (PJK) sebagai menghargai jasa dan pengorbanan beliau. Pada 10 November 1977, Pawang Nong telah pergi menghadap Ilahi. Sebagai menghargai jasa beliau, sebuah sekolah di Ulu Cheka telah dinamai Sekolah Kebangsaan Pawang Nong. Demikianlah kisah perjuangan seorang tokoh yang wajar kita kenang. Saya berharap agar perkongsian maklumat ini dapat membuka mata dan minda kita untuk lebih menghargai perjuangan wira bangsa dan negara. Sekian, terima kasih. Sahabatmu,



Farhana

(Sumber: Kosmo, 1 September 2012 Utusan Malaysia, Khamis 17 Oktober 2013)

Haji Nong Taib bin Santan

2.1.1 Membaca surat kiriman rasmi, surat kiriman tidak rasmi dan teks pengacaraan dengan sebutan dan intonasi yang betul serta mengenal pasti maksud tersurat dan tersirat.

69

Teladani Sejarah Hargai Warisan

TEMA 6

Sekolah Melayu Tertua Berdasarkan bahan dialog, cipta puisi yang sesuai.

Tahun 1826

Tahun 1930

Syahira: Yuslina, boleh kamu tolong saya? Saya mahu membuat salinan fotokopi gambar ini. Yuslina: Boleh, Syahira. Itu gambar apa? Syahira: Ini gambar sekolah Melayu pertama yang dibuka di negara kita. Nama sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan Sungai Gelugor yang terletak di Pulau Pinang. Yuslina: Bilakah sekolah itu dibuka? Pasti usianya sudah ratusan tahun. Syahira: Sekolah ini dibuka pada tahun 1826. Jika dihitung usianya, sekolah ini sudah dibina hampir 200 tahun dan merupakan sekolah Melayu yang tertua di negara kita. Syahira: Apakah yang kamu tahu lagi tentang sekolah ini, Yuslina? Yuslina: Sekolah ini telah diasaskan oleh seorang pemilik ladang di Gelugor yang bernama David Brown. Pada asalnya, bangunan sekolah ini sebuah bangsal yang berbumbungkan dan berdindingkan atap nipah serta berlantaikan papan. Syahira: Oh, begitu! Menarik sekali sejarah sekolah ini. Yuslina: Sejarah sekolah ini cukup menarik. Namun, yang lebih penting ialah sumbangannya kepada bangsa dan negara. Bayangkan jasa yang telah ditabur oleh guru-guru di sekolah ini kepada anak bangsa sejak sekian lama. Saya rasa sekolah ini perlulah diberikan pengiktirafan yang sewajarnya. Syahira: Benar, Yuslina. Saya amat bersetuju dengan pandangan kamu.

Tahun 2011 70

Sekarang

3.6.1 Menulis dan mengolah maklumat daripada bahan dialog dan bahan prosa kepada puisi menggunakan ayat yang gramatis.

Lakaran Waktu

Teladani Sejarah Hargai Warisan

TEMA 6

1. Deklamasikan sajak dengan sebutan, intonasi dan gaya yang sesuai. 2. Nyatakan perkara baik yang diterapkan dalam sajak. 3. Apakah iktibar yang anda peroleh daripada sajak?

Sejarah Wajah Kita Sejarah ialah cermin diri yang tergantung di dinding hayat menjadi penyeri kenangan di rumah kehidupan.

Polis Bukit Kepong, Muar, Johor

Sejarah ialah lukisan diri yang memaparkan wajah kita bangsa bertamadun berdiri di mercu tanda setelah melewati liku peristiwa dan onak perjuangan. Sejarah ialah wajah kita yang didewasakan oleh pengalaman. Ayuh, mari kita angkat jasa gemulah negara yang rela mengalirkan keringat dan maruah bangsa yang rela menitiskan air mata demi cinta akan tanah pusaka.

Sambutan Kemerdekaan

Sham Al-Johori Bandar Baru Bangi

Demonstrasi Malayan Union

4.1.2 Memahami dan menghayati karya puisi dengan memberikan penekanan kepada aspek maksud, tema, persoalan, nilai dan pengajaran dengan betul.

71

Wira Terbilang IMBAS SAYA

Teladani Sejarah Hargai Warisan

TEMA 6

1. Tambahkan imbuhan kata nama yang sesuai pada perkataan yang bercetak warna merah. 2. Ambil satu halaman surat khabar atau majalah secara rawak. Kemudian, senaraikan perkataan yang menggunakan apitan kata nama yang terdapat dalam halaman tersebut dan bina ayat.

Sharif Masahor • Nama sebenar ialah Sayyid Mashhyur bin Muhammad Al-Shahab. • Beliau merupakan pembesar Sarikei semasa perintah James Brooke. • Lantik beliau sebagai pembesar dilakukan oleh Sultan Abdul Mu’mein daripada pemerintahan sultan Brunei.

Faktor Penentangan • James Brooke mengambil alih wilayah Sungai Rajang daripada pemerintahan Kesultanan Brunei. • Wibawa Sharif Masahor tergugat apabila Sarikei diletakkan di bawah tadbir Brooke. • Pembinaan kubu di Kanowit dan lantik Henry Steele sebagai wakil British dianggap telah mengambil alih kuasa tadbir Sharif Masahor. • Sharif Masahor menentang baharu khususnya kenal sistem pungutan cukai terhadap penduduk tempatan.

• Berani dan hebat beliau menentang jajah Brooke di Sarawak amat disanjung tinggi oleh rakyat Sarawak. • Beliau meninggal dunia pada tahun 1890 di Selangor.

Kesan Penentangan • Meskipun juang Sharif Masahor berjaya dipatahkan tetapi gerakan menentang Brooke tidak berakhir. • Sharif Masahor terus melakukan penentangan melalui Singapura sehinggalah beliau meninggal dunia pada tahun 1890. • Pada tahun 1894, Brooke menghadapi bangkit orang Iban di hulu Sungai Batang Lupar di bawah pimpinan Banting. • Pada tahun 1931 pula, Penghulu Asun, iaitu pemimpin orang Iban di Sungai Kanowit, bangkit menentang pemerintahan Brooke. (Sumber: Buku Teks Sejarah Tingkatan 2, 2003. Dewan Bahasa dan Pustaka)

72

5.3.1 Memahami dan menggunakan apitan bagi kata nama dengan betul mengikut konteks.

12

Pusaka Tanah Air TEMA 6

Jejak Bumi di Bawah Bayu IMBAS SAYA 1. Tonton video dan labelkan gambar. 2. Berbuallah dengan rakan anda tentang bahan dengan sebutan dan intonasi yang betul secara bertatasusila. Farhana mengabadikan pengalamannya semasa berkunjung ke Sabah dalam sebuah rakaman perjalanan atau travelog.

4 Mac 20��

1.4.3 Menceritakan peristiwa yang didengar dan dilihat dalam situasi formal dan tidak formal dengan sebutan dan intonasi yang betul secara bertatasusila.

73

Teladani Sejarah Hargai Warisan

Unit

Raikan Budaya Bangsa

Teladani Sejarah Hargai Warisan

TEMA 6

1. 2. 3.

Baca teks pengacaraan dengan sebutan dan intonasi yang betul. Ceritakan perjalanan majlis “Malam Kebudayaan dan Kesenian Warisan” kepada rakan anda. Pada pendapat anda, mengapakah program seperti ini wajar diadakan?

MASA/ SKRIP TEKNIKAL PERKARA 8:30 malam Pohon cemara tegak sebatang, Kata Alu-aluan Tempat pekaka mencari makan; Salam sejahtera selamat datang, Pengacara Tirai dibuka majlis dimulakan. Majlis Para hadirin yang dihormati, Pada malam yang berbahagia ini, kita akan menyaksikan “Malam Kebudayaan dan Kesenian Warisan”. Pada malam ini, pelbagai acara kebudayaan dan kesenian warisan akan dipentaskan, antaranya termasuklah persembahan boria, tarian zapin, persembahan kompang, dan ghazal. Persembahan yang akan dipentaskan ini ialah hasil kerjasama dan idea kreatif anggota Kelab Kesenian dan Kebudayaan serta Persatuan Sejarah, Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Jati. 8:35 malam Saudagar kaya membawa lokan, Dari kota merentas gurun; Persembahan Warisan budaya usah dilupakan, Pembukaan Kebanggaan kita turun-temurun.

TINDAKAN Pengacara Majlis

Kumpulan boria

Sidang hadirin yang dihormati sekalian, Sebagai pembuka acara, saya dengan sukacitanya mempersilakan Kumpulan Boria Sekolah Menengah Kebangsaan Tanjung Jati untuk menghangatkan majlis pada malam ini dengan persembahan yang menghiburkan. Dipersilakan.

74

2.1.1 Membaca surat kiriman rasmi, surat kiriman tidak rasmi dan teks pengacaraan dengan sebutan dan intonasi yang betul serta mengenal pasti maksud tersurat dan tersirat.

Enaknya Juadah Kita TEMA 6

1. Kenal pasti kesalahan ejaan dan tanda baca dalam petikan. 2. Tulis petikan itu dengan ejaan dan tanda baca yang betul.

Teladani Sejarah Hargai Warisan

Laksa Sarawak ialah makanan tradisi di Sarawak. Laksa ini berbeza daripada laksa yang terdapat di semenanjung Malaysia. Kuahnya seperti kuah mee kari tetapi rasanya berbeza. Kuah laksa Sarawak sangat enak kerana mempunyai rasa lemak, manis dan pedas. Bahan asas makanan tradisi ini ialah sambal laksa, sop asas yang mengandungi sambal belacan, santan, asam jawa, bawang putih, lengkuas dan serai. Selain itu, bahan lain seperti udang, toge, isi ayam, hirisan telor goreng dan limau kasturi menambahkan keenakan hidangan ini.

Cendol merupakan sajian minuman tradisi yang cukup diminati oleh rakyat Malaysia. Rasanya yang lemak dan manis hasil gabongan bahan seperti ais batu yang dikisar halus, santan kelapa, kacang merah dan gula melaka memenuhi citarasa rakyat Malaysia. Kini cendol bukan sahaja dijual di gerai-gerai di tepi jalan malahan telah menjadi menu istimewa di restauran ternama. Bagi sesiapa yang belum mencubanya, nikmatilah cendol bersama dengan rojak atau pasembur. Wah sedapnya. Tahukah kamu makanan ini. Inilah tapai iaitu sejenis makanan daripada pulut atau ubi. Untuk membuat makanan ini, pulut atau ubi perlu disebatikan dengan ragi. Tapai perlu dibungkus dengan daun pisang. Tapai yang telah dibungkus dimasukan ke dalam pasu tempayan dan ditutup dengan kain. Tapai perlu disimpan dan diperam selama tiga hari. Bagi masyarakat dahulu, mereka mempunyai pantang-larang ketika membuat tapai. Antaranya mereka dilarang makan sireh kerana jika pantang ini dilanggar, tapai yang dihasilkan akan berwarna merah.

3.7.1 Mengedit ejaan, tanda baca, dan kesalahan nahu yang mudah dengan betul tanpa mengubah maksud asal dalam perenggan.

75

TEMA 6

Legenda Batu Belah Batu Bertangkup Berdasarkan bahan, cipta sajak yang bersesuaian.

Teladani Sejarah Hargai Warisan

Pada suatu hari, Mak Tanjong berjaya menangkap ikan tembakul di sungai. Dia sungguh gembira. Sudah lama dia teringin hendak makan telur ikan itu.

Melur, ikan ini kamu buat gulai. Telurnya kamu goreng. Mak mahu ke hutan untuk mencari kayu. Kalau mak lambat pulang, kamu dan adik kamu, Si Pekan makanlah dulu. Jangan lupa tinggalkan sikit telur ikan tembakul untuk mak.

Apabila Mak Tanjong pulang...

Mak Tanjong masih belum pulang. Si Pekan kelaparan. Melur pun menghidangkan nasi putih, telur dan gulai ikan tembakul untuk dimakan.

Sedapnya telur ikan tembakul ini. Minta telur ikan ini lagi, kak.

Apa? Telur ikan tembakul sudah habis?

Si Pekan merengek dan meraung apabila dilarang oleh kakaknya. Namun, dia berdegil lalu menghabiskan kesemua telur ikan tembakul.

Mak! Mak! Mak!

Mak Tanjong berasa sangat sedih. Dia kempunan hendak makan telur ikan tembakul. Dia pun berlari meninggalkan anak-anaknya.

Mak Tanjong merayu kepada Batu Belah Batu Bertangkup supaya menelannya. Akhirnya, Mak Tanjong ditelan oleh batu itu.

(Sumber: http://teechconsult.typepad.com/kids.2013/02/ dongeng-warisan-melayu-batu-belah-batu-bertangkup.html) 76

4.3.2 Menghasilkan sajak daripada bahan rangsangan dan tema yang diberi berdasarkan pengalaman murid secara kreatif.

Destar Warisan Kita

Destar Kacang Dua Daun Teladani Sejarah Hargai Warisan

Sebentar saja lagi, Juliaton akan membentangkan hasil tugasannya. Semua mata tertumpu ke Juliaton yang sedang berdiri di hadapan kelas. Cikgu Halim yang berdiri di sudut kelas memberikan isyarat agar murid-murid senyap dan memberikan tumpuan seratus-peratus. Suasana dalam kelas Tingkatan Dua Laksamana tatkala itu senyap seketika. Setelah persediaan siap diatur, Juliaton pun memulakan pembentangannya. Kajiannya ialah tentang destar. Menurutnya, destar merupakan sejenis ikatan yang diperbuat daripada kain tenun, songket dan batik. Destar juga dikenali sebagai setanjak dan tengkolok, iaitu sejenis ikatan kepala pelengkap pakaian lelaki Melayu. Seterusnya, Juliaton memaparkan pula gambar pelbagai jenis-jenis kain yang digunakan untuk mengikat destar di paparan multimedia. Juliaton membentangkan dengan tenang hasil kerjanya. Dia berbicara dengan lancar sambil jari-jemarinya menekan papan kekunci komputer riba untuk memaparkan paparan multimedia. Semua murid-murid termasuklah Nadia menyaksikan pembentangan itu dengan penuh minat. Setelah pembentangan berdurasi 20 minit itu selesai, maka tibalah giliran Nadia pula untuk membuat pembentangan. Nadia bingkas bangun maka berjalan ke hadapan kelas bila namanya dipanggil oleh Cikgu Halim. Langkahnya dihayun kemas biarpun dadanya mula berombak kencang. Berbekalkan dengan persediaan yang rapi dan keyakinan diri yang tinggi, dia berharap pembentangannya berjalan lancar dan hasil kerjanya terpilih sebagai yang terbaik sekali.

TEMA 6

1. Kelaskan kesalahan bahasa dalam petikan di bawah kepada kesalahan kata dan kesalahan frasa. 2. Betulkan kesalahan yang telah anda kelaskan itu.

Setanjak Sebang Selat

Destar Helang Menyambar

Kain destar songket

Kain destar batik bergerus

Kain destar batik Jawa

Tanjak Laksamana Terengganu

(Sumber: Destar Warisan Malaysia, Koleksi Terpilih, 2009. Jabatan Muzium Malaysia)

5.6.1 Menganalisis dan membetulkan kesalahan kata dan frasa dalam sesuatu ayat.

77

Warisan Kesultanan Melayu Melaka TEMA 6

1. Lengkapkan teks dengan kata berimbuhan apitan kata nama yang sesuai, berdasarkan perkataan yang telah dibentuk. 2. Huraikan maklumat tersurat dan tersirat yang terkandung dalam teks.

Teladani Sejarah Hargai Warisan

Bentuk perkataan yang berimbuhan apitan berdasarkan kod rahsia uan

d Pan

*=a

^=e

#=u =n “=h

+=r

:=b

/

^

m

^

+

i

>

t

*

/

^

m

:

i

>

*

*

>

/

^

+

*

t

#

+

*

>

<

^

+

*

j

*

*

>

<

^

s

^

l

#

+

#

/

^

>

t

*

d

:

i

/=p



*



*

>

+

*

>

>

Kesultanan Melayu Melaka mempunyai kawasan lingkungan pengaruh yang luas walaupun sempadannya tidak ditetapkan seperti sempadan negara moden. Empayarnya meliputi ... Semenanjung Tanah Melayu dan seluruh timur Sumatera. Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 merupakan asas ... negara dan bangsa kita. Peradaban dan ... kenegaraan ... ini tercatat dalam Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin karangan Tun Seri Lanang yang merupakan dokumen historiografi Melayu terpenting. Kesultanan Melayu Melaka telah mempunyai masyarakat yang tersusun, berperaturan serta mempunyai sistem ... dan politik yang tersendiri. Kesultanan Melayu Melaka banyak meninggalkan pelbagai kesan warisan sosiopolitik dalam sistem ... negara kita.

78

TEMA INDAH SENI

GAH BUDAYA

Indah Seni Gah Budaya

TEMA 7

7

Istana Jahar, Kelantan

• Cinta Pratuokng • Rumahku Syurgaku

• Budaya Bangsa Usah Dilupakan • Batik Malaysia Menjelajah Dunia

• Bangsawan Dekat di Hati • Enaknya Burasak

• Lautan Budi Tepian Akal • Adat Dijunjung Budaya Disanjung

• Pandai Ukir • Nostalgia Berderau

79 79

Unit

Indah Seni Gah Budaya

TEMA 7

13

Warna-warni Budaya

Dengar rakaman dengan telitinya dan nyatakan maklumat yang didengar kepada rakan anda dengan betul dan tepatnya.

IMBAS SAYA

Cinta Pratuokng

Arthur Borman Kanying meletakkan Tahukah anda, apakah itu pratuokng? Pratuokng ialah pratuokng di atas alat muzik daripada keluarga alat muzik kordofon, iaitu ribaannya semasa sejenis alat muzik yang dimainkan melalui cara petikan. membuat Pratuokng ini diperbuat daripada jenis buluh yang besar persembahan. atau patukng. Menurut Encik Arthur Borman Kanying, daripada suku kaum Bidayuh, Padawan, Sarawak, pratuokng turut dikenali dengan nama lain bergantung pada tempat dan suku kaum yang memainkannya. Antara nama lain pratuokng ialah pratuong, ratong, hletong, sirotuong, dan tun-ton. Bunyi petikannya yang mersik dan pukulannya yang mendebarkan menghasilkan irama yang sungguh indah. Oleh itu, sesiapa yang mendengar alunan muzik pratuokng ini pasti akan jatuh cinta terhadapnya. Kualiti pratuokng bergantung pada kualiti buluh dan kepakaran pembuatnya.

Paru’ atau alat pemukul diperbuat daripada kayu meragang dan buluh yang diselaputi getah.

Tangan kanan memukul tali, tangan kiri pula memetik tali dan memukul tawak.

80

Cari maklumat tentang alat muzik tradisional yang lain.

1.3.1 Mendengar dan mengenal pasti maklumat dalam pelbagai wacana dengan memberikan respons secara lisan dengan betul, tepat dan bermakna.

Bangsawan Dekat di Hati TEMA 7

1. Baca secara luncuran untuk mengenal pasti tajuk-tajuk utama, tajuk-tajuk kecil, dan maklumat yang terkandung dalam pendahuluan dan rumusan. 2. Rangka maklumat yang diperoleh dalam bentuk peta pemikiran dan buat kesimpulan tentang maksud keseluruhan bahan. 3. Berdasarkan jadual, analisiskan maklumat yang terdapat dalam jadual.

Indah Seni Gah Budaya

Bangsawan ialah teater yang menceritakan kisah raja zaman dahulu kala yang dipersembahkan di panggung. Bangsawan pernah mengecapi zaman kegemilangannya pada awal abad ke-20. Selepas berkembangnya teknologi penyiaran televisyen sekitar tahun 60-an, seni bangsawan semakin hari semakin jauh daripada hati rakyat. Menyedari hakikat ini, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah menjalankan usaha untuk memelihara, memulihara, dan membangunkan seni bangsawan ini semula agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Sehubungan dengan itu, untuk memelihara, memulihara, dan membangunkan seni bangsawan ini, Program Semarak Bangsawan telah diperkenalkan pada tahun 2007. Program ini juga bertujuan untuk memartabatkan seni persembahan bangsawan di samping menonjolkan warisan dan keperibadian bangsa. Bertitik tolak daripada usaha itu, Panggung Bandaraya Kuala Lumpur dan Auditorium Dewan Bandaraya telah menjadi saksi kepada kebangkitan semula seni bangsawan ini. PROGRAM SEMARAK BANGSAWAN: PEMENTASAN DARI TAHUN 2007 – 2016 BIL

TAHUN

BILANGAN PEMENTASAN

BILANGAN HARI

JUMLAH

1.

2007

9

4

36

2.

2008

8

4

32

3.

2009

10

4

40

4.

2010

10

4

40

5.

2011

8

3

24

6.

2012

9

3

27

7.

2013

9

3

27

8.

2014

8

3

24

9.

2015

7

3

21

10.

2016

7

3+1*

22

JUMLAH

85

-

293

*Jumlah pementasan, empat kali termasuk pertunjukan siang atau matinee. (Sumber: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara)

Cari maklumat tentang etika ketika menyaksikan seni persembahan bangsawan atau teater.

2.2.3 Membaca secara luncuran dan imbasan untuk memahami serta meneroka maksud keseluruhan daripada pelbagai bahan.

81

Budaya Bangsa Usah Dilupakan TEMA 7

Berdasarkan bahan, bina kerangka karangan tentang budaya bangsa tanah air dalam bentuk grafik.

Indah Seni Gah Budaya

Usang dibarui, lapuk dikajangi merupakan peribahasa Melayu yang bermaksud bahawa mana-mana adat atau kebiasaan yang sudah dilupakan dihidupkan kembali, manakala yang lama dibaiki atau diganti. Peribahasa ini jelas menunjukkan bahawa adat dan budaya tradisi yang baik wajar dipertahankan, dijaga, dan diwariskan daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain. Sebagaimana yang kita ketahui, negara kita, Malaysia, terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik. Setiap kaum dan etnik mempunyai budaya tradisi yang tersendiri. Oleh sebab itu, tidak hairanlah jika negara yang kita cintai ini dikagumi kerana diwarnai oleh kepelbagaian budaya tradisi yang unik lagi menarik. Budaya tradisi tersebut mencakupi pelbagai aspek kehidupan termasuklah aspek bahasa, makanan, pakaian, permainan, seni mempertahankan diri, dan adat istiadat. Adat dipakai baru, kain dipakai usang. Oleh hal yang demikian, hargailah budaya kita kerana budaya melambangkan bangsa.

Seni mempertahankan diri

Pementasan wayang kulit

Menenun kain

82

3.4.1 Membina kerangka karangan dalam bentuk grafik secara terancang.

Pementasan wayang kulit

Memakai pakaian tradisional

Lautan Budi Tepian Akal IMBAS SAYA TEMA 7

Baca dan fahami bahasa berirama, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut. 1. Apakah tanda-tanda bahawa seseorang itu berilmu dan berbudaya? 2. Apakah manfaat yang diperoleh jika seseorang itu berilmu dan berbudaya?

Indah Seni Gah Budaya

Berilmu dan Berbudaya Orang berilmu mengangkat keseniannya; Seni tersurat seni tersirat Seni membawa manfaat Seni menambah berkat Mengukur tajamnya pandangan Menyelam dalamnya fikiran Menilai tingginya peradaban Menjadi pujaan zaman-berzaman. Orang berilmu orang berbudaya; Bahasa ditatang budi dijulang Puji berpada keji tiada Cakap sepatah seribu makna Berhias berpantun berperibahasa Adat usang menjadi pusaka Elok dipakai tak elok disukat Menjadi tunjang hidup muafakat Menjadi panduan hidup tak sesat Menjadi petunjuk supaya selamat. Ilmu, seni, dan budaya; Bak lagu dan irama Berjalan seiring berpisah tiada Menjadi wajah sesuatu bangsa Menjadi lambang citra negara Menjadi pedoman nusa berjaya Rakyat hidup aman sentosa Bertiangkan agama bersendikan syarak Hidup selamat dunia akhirat.

Bahasa berirama ialah sejenis puisi lisan Melayu yang tertua. Bahasa berirama ini biasanya digunakan dalam cerita rakyat seperti Hikayat Awang Sulung Merah Muda dan Hikayat Malim Deman. Dalam bahasa berirama ini, irama sangat dipentingkan dan ungkapan dicipta melalui baris-baris yang pendek. Buat rujukan untuk mencari contoh bahasa berirama daripada bahan lain.

Zanariah Abdol SM Sains Johor

4.2.1 Memahami, menerangkan makna dan menggunakan kata-kata hikmat dan bahasa berirama dengan betul dan mengikut konteks.

83

Pandai Ukir IMBAS SAYA

Indah Seni Gah Budaya

TEMA 7

1. Kenal pasti kata kerja transitif dan tentukan sama ada kata kerja tersebut mempunyai satu atau dua objek. 2. Bina satu ayat bagi setiap kata kerja transitif yang berikut untuk membezakan penggunaannya berdasarkan konteks yang sama: i. membuat – membuatkan iii. mengikut – mengikuti ii. mengukir – mengukirkan iv. menghadiahi – menghadiahkan Bapa saudaraku, iaitu Pak Utih Salim, ialah pandai ukir. Beliau pandai mengukir kayu dengan menggunakan pelbagai teknik. Semasa mengunjungi rumah Pak Utih Salim di Besut, Terengganu, aku terpegun melihat beliau membuat ukiran. Ketika itu, beliau sedang menyiapkan kepala katil dengan menggunakan teknik ukiran tebuk tembus. Beliau telah menebuk sekeping papan hingga tembus dengan teliti menggunakan gerudi gergaji. Di bengkel yang sama, anaknya, Abang Zaid, yang juga sepupu aku, sedang mengukir sekeping papan dengan motif bunga. Teknik yang digunakan ialah teknik ukiran bunga timbul. Menurut Abang Zaid, ukiran itu untuk perhiasan rumah. Kulihat Abang Zaid sungguh cekap dan kreatif. Menurut ayah, Abang Zaid mempelajari kemahiran mengukir kayu sejak berusia 12 tahun. Pada usia 13 tahun, hasil ukirannya yang pertama telah dijual dengan harga RM500.00. Sebelum aku pulang ke Kuala Lumpur, Abang Zaid telah mengeluarkan sebuah kotak. Di dalam kotak itu, terdapat cebisan kayu sungai yang diukir untuk perhiasan rumah. Wah, kayu sungai hanyut pun boleh dibuat perhiasan! Hebat sungguh, kerana tiada rotan, akar pun berguna. Menurut Abang Zaid, akar kayu sungai itu diukir menggunakan teknik ukiran kayu hanyut yang dipelajarinya semasa mengikuti kursus. Dengan tidak disangka-sangka, Abang Zaid telah menghadiahiku ukiran tersebut. Apa lagi, aku pun melompat kegembiraan sambil mengucapkan terima kasih. Ada ubi ada batas, ada hari boleh balas.

84

Memotong

Memahat

Melarik

(Sumber: Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia)

5.1.4 Memahami dan menggunakan kata kerja transitif dengan betul mengikut konteks.

14

Segalanya Bermula di Sini TEMA 7

Unit

Rumahku Syurgaku

Indah Seni Gah Budaya

1. Bandingkan ciri-ciri rumah tradisional dengan rumah moden dan kenal pasti masalah bagi kedua-dua jenis rumah tersebut. 2. Cadangkan cara-cara untuk mengatasi masalah tersebut. Rumah ialah tempat untuk kita berlindung daripada panas matahari dan hujan ribut. Rumah juga tempat untuk melepaskan lelah setelah seharian bekerja. Selain itu, rumah juga menjadi tempat untuk kita membina keluarga yang bahagia sesuai dengan ungkapan “Rumahku, Syurgaku”. Yang berikut adalah antara ciri rumah tradisional dan rumah moden. Bumbung berlubang dan mempunyai sedikit ruang di antara bumbung atas dengan bumbung bawah untuk menarik keluar udara panas secara semula jadi.

Bahan binaan semula jadi yang digunakan merupakan penebat haba yang baik.

Tiang yang tinggi membolehkan udara beredar dengan mudahnya. Air juga boleh bergerak bebas di bawah rumah dan dapat mengelakkan banjir. Bumbung ditutup sepenuhnya dan menggunakan bahan binaan yang menyerap haba.

Bahan binaan yang digunakan merupakan bahan penyerap haba.

Langkah penyelesaian masalah

adalah seperti yang berikut: 1. Fahami maklumat dan kenal pasti masalah. 2. Jelaskan masalah tersebut. 3. Cadangkan penyelesaian masalah yang berkesan. Terokai maklumat tentang kepelbagaian reka bentuk rumah yang terkini.

Tidak mempunyai tiang. Bangunan dibina di atas tanah. 1.5.2 Memberikan jawapan dengan pelbagai penyelesaian masalah tentang sesuatu perkara dengan betul, tepat dan secara bertatasusila.

85

Enaknya Burasak

1. Sediakan peta pemikiran yang mengandungi maklumat yang sudah diketahui, yang hendak diketahui, yang telah dipelajari, serta maklumat tambahan yang diperlukan. Isi maklumat yang telah anda ketahui tentang burasak. 2. Baca kedua-dua maklumat dengan menggunakan teknik bacaan KWLH. Kemudian, lengkapkan peta pemikiran tersebut dengan maklumat yang berkaitan. 3. Rujuk bahan bacaan lain untuk mendapatkan maklumat tambahan.

TEMA 7 Indah Seni Gah Budaya

IMBAS SAYA

Setiap kali menjelang hari raya, burasak akan menjadi hidangan yang paling saya dan keluarga, nanti-nantikan. Hal ini dikatakan demikian kerana juadah ini hanya dapat dinikmati tatkala berhari raya di kampung ayah saya di Pontian, Johor. Pada pagi hari raya, burasak menjadi hidangan tradisional yang popular dalam kalangan etnik Bugis. Burasak ini akan dimasak secara bergotong-royong sebelum menjelang hari raya. Saat yang paling meriah yang saya rasakan ialah ketika pembungkusan burasak. Ayah saya dan adik-beradiknya akan berbual-bual tentang perkembangan diri masing-masing sambil bergurau senda tentang kisah lama yang melucukan. Saya dan ahli keluarga yang lain turut terhibur mendengar celoteh mereka. Sedar tidak sedar, nasi telah siap diikat dan direbus. Tidak sabar rasanya hendak merasai kelazatan burasak yang sangat enak dimakan panas-panas bersama-sama dengan asam pedas ikan parang, serondeng udang kering, bejabok, nasu metti, dan lepat lueh. Walaupun begitu lama menunggu burasak masak, namun penantian itulah yang mengeratkan ikatan kekeluargaan dalam kalangan anak cucu dan ipar-duai keluarga Haji Yusof dan Hajah Mariam, iaitu datuk dan nenek saya. Apabila difikirkan semula, keakraban dan kemesraan itulah yang menjadi perencah istimewa hingga menjadikan kami sekeluarga ternanti-nanti saat menjelangnya hari raya.

Dialog Dua Generasi Izzah: Bagaimanakah cara memasak burasak, nenek? Nenek: Oh, senang sahaja memasaknya, Izzah! Mula-mula, sediakan bahan-bahannya, iaitu beras wangi, santan, daun pandan, garam, dan daun pisang nipah yang paling muda yang telah dilayur. Izzah: Selepas itu, apakah yang perlu dibuat? Nenek: Cuci beras wangi seperti biasa dan airnya dituskan. Kemudian, panaskan santan berserta daun pandan. Setelah mendidih, masukkan beras dan kacau rata hingga santan pekat. Setelah nasi separuh masak, masukkan garam, kacau, kemudian angkat. Izzah: Setelah nasi sejuk, bungkus dengan daun pisang dan rebus selama dua atau tiga jam. Betul tidak, nenek? Nenek: Ya, betul. Pandai pun, cucu nenek.

86

Langkah meneroka maklumat adalah seperti yang berikut: 1. Senaraikan maklumat yang telah diketahui. 2. Tentukan maklumat yang ingin diketahui. 3. Baca secara pantas untuk memilih bahan bacaan yang tepat. 4. Baca bahan yang dipilih secara intensif menggunakan teknik yang sesuai.

2.4.1 Membaca secara ekstensif pelbagai bahan fiksyen dan bukan fiksyen untuk meneroka maklumat baharu.

Batik Malaysia Menjelajah Dunia TEMA 7

1. Analisis kesalahan ejaan, tanda baca, dan nahu yang terdapat dalam bahan dan tanda kesalahan tersebut menggunakan simbol yang sesuai bagi setiap kesalahan. 2. Betulkan kesalahan tersebut.

PERTUNJUKAN FESYEN BATIK MALAYSIA Indah Seni Gah Budaya

BATIK PURNAMA MERINDU SDN. BHD. Dengan Kerjasama KEMENTERIAN PERLANCONGAN DAN KEBUDAYAAN Dengan rasa penuh hormat ta’zim mempersilakan YB/YBhg. Tun/Tan Sri/Dato/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik ………………………………………………. suami-isteri Ke Majlis Perasmian Pembukaan Pertunjukan Fesyen Antarabangsa Batik Malaysia Di alamat Malaysia Hall 34 Queensborough Terrace, London W2 3ST United Kingdom

Pada Hari Sabtu, 2 Febuari 20

Semoga dengan kehadiran tuan/puan akan memeriahkan lagi majlis kami dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. Indah subang bertatah berlian, Dipakai kesuma, puteri, dan ratu; Silalah datang tetamu sekalian, Batik ternama anggun bermutu.

10:00 pagi 10:15 pagi 10:45 pagi 11:00 pagi 12:30 tengahari 2:00 petang

ATURCARA MAJLIS Ketibaan tetamu Minuman ringan Ketibaan Tetamu Kehormat Pertunjukkan bermula Jamuan makan Bersurai

*Silalah menjawab dengan menghubungi segera di talian 012-3456789



Simbol Penyuntingan Mengikut Jenis Kesalahan ______ Kesalahan bahasa / Kesalahan ejaan // Kesalahan ejaan yang berulang ( ) Kesalahan perkataan, rangkai kata atau isi λ Perkataan-perkataan lain yang tertinggal O Kesalahan tanda baca

Cari maklumat tentang jenis-jenis kad jemputan rasmi dan tidak rasmi.

3.7.1 Mengedit ejaan, tanda baca, dan kesalahan nahu yang mudah dengan betul tanpa mengubah maksud asal dalam perenggan.

87 87

Adat Dijunjung Budaya Disanjung 1. Baca teks untuk memahami dan menghayati prosa menggunakan teknik teater pembaca. 2. Berbincanglah dengan rakan anda tentang bentuk persembahan dan pembahagian tugas bagi setiap ahli kumpulan. 3. Persembahkan prosa tersebut secara kreatif.

TEMA 7 Indah Seni Gah Budaya

IMBAS SAYA

Beberapa orang wakil pihak perempuan duduk berhadapan dengan beberapa orang wakil pihak lelaki. Di hadapan mereka ada tepak sirih dan sebentuk cincin. Haji Ali: Saya, Haji Ali, selaku wakil tuan rumah, ingin mengucapkan selamat datang dan terima kasih kepada semua kerana sudi datang ke rumah kami. Sudah terang lagi bersuluh, kedatangan tuan-tuan dengan begitu beradat seperti membawa hajat. Silakanlah nyatakan hajat yang tersurat dan tersirat. Haji Wan: (Tertawa kecil) Selaku wakil rombongan, saya, Haji Wan, juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan rumah kerana sudi menerima kunjungan kami. Datangnya kami memang membawa hajat hati daripada anak buah kami, Luqman bin Sulaiman.

Haji Wan: Oh, anak buah kami begitu juga! Maklumlah orang muda yang baru tahu berpencak satu dua dan menepis pun masih berkira-kira. Tapi, bukankah kita orang tuanya? Bagai teluk timbunan kapar, bagai tanjung tumpuan angin. Haji Ali: Kalau sudah begitu, apa lagi hendak dikata? Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan. Haji Wan: (Berasa lega) Jika kedua-dua pihak telah bersetuju, terimalah cincin yang tidak sepertinya ini sebagai tanda.

Rumah sorong berlantai papan, Cantik ukirannya halus berseri; Rendah gunung tinggi harapan, Memetik bunga menjadi suri.



Bunga yang dimaksudkan ialah bunga di taman rumah ini, iaitu Aqilah Husna. Dengar khabar, Aqilah Husna masih belum disunting orang. Betul begitu? Haji Ali: (Tersenyum meleret) Ya, Aqilah Husna belum disunting orang. Tetapi bunga kami ini banyak tidak tahu daripada yang tahu. Maklumlah, membesar di bawah pisang goyangan, membesar di bawah tebu berlengkar.

88

4.4.1 Mempersembahkan karya prosa secara kreatif.

Teroka maklumat tentang istiadat peminangan, pertunangan, atau persandingan bagi kaum lain.

Nostalgia Berderau

Indah Seni Gah Budaya

TEMA 7

1. Bina satu ayat bagi setiap kata kerja transitif yang berikut untuk membezakan penggunaannya berdasarkan konteks yang sama: i. memenuhi - memenuhkan iv. mengangkat - mengangkatkan ii. memberi - memberikan v. menjadi - menjadikan iii. mengambil - mengambilkan vi. menghidangi - menghidangkan 2. Tulis semula peristiwa nostalgia berderau dalam bentuk lain dengan menggunakan kata kerja transitif yang betul.

7:30 pagi 7:35 pagi

7:45 pagi 7:50 pagi 7:53 pagi 7:55 pagi

8:10 pagi

8:15 pagi

Penduduk kampung memenuhi halaman rumah Mak Long Gayah. Tuk Alang Ibrahim, selaku Ketua Kampung dan ketua upacara, mengadakan perbincangan dengan beberapa orang kampung. Kaum wanita bergotong-royong menyediakan makanan dan minuman. Tuk Alang Ibrahim menyandangkan pembesar suara mudah alih ke bahunya dan memberi penduduk kampung taklimat. Pak Imam Hanafi memulakan upacara dengan bacaan doa. Kaum lelaki mengambil kedudukan dan memegang buluh yang telah diikat di sekeliling rumah. Tuk Alang Ibrahim memberikan arahan atau aba-aba. Penduduk kampung secara serentak mengerahkan tenaga untuk mengangkat rumah Mak Long Gayah sambil berselawat. Tiba di tapak rumah baharu, penduduk kampung meletakkan rumah Mak Long Gayah perlahan-lahan di atas batu yang menjadi alas tiang. Sorakan dan tepukan kegembiraan serta laungan memuji kebesaran Tuhan memenuhi halaman baharu rumah Mak Long Gayah. Kaum wanita menghidangi penduduk kampung juadah untuk sarapan.

5.1.4 Memahami dan menggunakan kata kerja transitif dengan betul mengikut konteks.

89

Apresiasi Gerak Tari Peribumi

Indah Seni Gah Budaya

TEMA 7

1. Nyatakan maklumat yang terdapat dalam gambar. 2. Jelaskan maksud bahasa berirama. 3. Berdasarkan gambar dan bahasa berirama, bina kerangka bagi karangan yang bertajuk "Tarian Tradisional Bumi Kenyalang".

Kaum Iban Kaum Bidayuh

Kaum Orang Ulu

Bumi Kenyalang; Suku kaum bukan kepalang, Tarian tradisi dipelihara dijulang, Lambang citra seni budaya, Busana tradisi jadi pengenalan, Setiap gerakan bertujuan, Tanda ucap selamat datang, Tanda keteguhan akal budi, Lemah-gemulai mengandung seni, Tegap tegas mendukung jati diri. 90

(Sumber: Majlis Adat Istiadat Sarawak dan Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak)

Melangkah Bergaya dengan Capal

Capal ialah alas kaki masyarakat Melayu tradisi yang masih mendapat tempat hingga hari ini. Kini, capal kulit buatan tangan dipakai pada majlis keramaian ataupun pada hari perayaan. Proses pembuatan capal masih diwarisi secara turun-temurun sehingga hari ini. 1

Melukis bentuk tapak asas capal di atas permukaan kulit dan memotongnya. Menghias tapak asas capal dan menebuk lubang untuk memasukkan bahagian atas capal.

3

Menjahit muka capal dengan menggunakan mesin jahit khas. Memasukkan muka capal, kemudian melekatkan lapisan getah yang pertama untuk dijahit.

5

4

Mencantumkan permukaan asas capal dengan lapisan getah yang pertama dengan jahitan tangan. Memasang tapak dan tumit serta mengetuk dan mengemaskan permukaan asas capal.

7

2

6

Capal siap untuk digayakan.

91

Indah Seni Gah Budaya

TEMA 7

1. Berbincang tentang bahan untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi dalam industri pembuatan capal dan cadangkan cara-cara mengatasinya. 2. Persembahkan maklumat dalam bahan dan maklumat yang dibincangkan secara kreatif.

TEMA UTAMAKAN

KESELAMATAN

Utamakan Keselamatan

TEMA 8

8

• Konvoi Berbasikal • Impian Hidup Sejahtera • Awas, Panahan Petir! • Komuniti Prihatin • Kecuaian Mengundang Padah • Perangi Jenayah Ragut • Wira Kampung Semerah Padi • Sekolah Saya Selamat • Hindarkan Buli • Keselamatan Jadikan Keutamaan

92

92

TEMA 8 Utamakan Keselamatan

Bunganya cantik akarnya kuat, Tegak berdiri di tepi paya; Setiap detik setiap saat, Jagalah diri hindari bahaya.

93

93

Unit

15

Konvoi Berbasikal

TEMA 8 Utamakan Keselamatan

Keselamatan Diri

1. Bersoal jawab dengan menggunakan soalan bercapah berdasarkan teknik penyoalan 5W1H tentang bahan secara bertatasusila. 2. Sejauh manakah masyarakat peka akan keselamatan? Bincangkan. 3. Kelab Kembara sekolah anda merancang untuk mengadakan program jelajah berbasikal. Bincangkan langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil.

Konvoi berbasikal merupakan aktiviti yang amat bermanfaat, khususnya kepada golongan remaja. Selain menyahut seruan kerajaan bagi menjayakan kempen gaya hidup sihat, aktiviti ini dapat menghindarkan para remaja daripada gejala sosial. Namun begitu, aktiviti ini boleh bertukar menjadi tragedi jika para peserta konvoi tidak berhati-hati. Aspek keselamatan jangan sekali-kali diabaikan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

Soalan bercapah ialah soalan yang jawapannya bersifat terbuka atau bebas. Jenis soalan ini menguji pemikiran supaya menaakul, meneroka, menganalisis, mengkritik, dan menghayati sesuatu perkara.

94

1.5.3 Bersoal jawab dengan menggunakan soalan bercapah dalam perbincangan dan memberikan jawapan yang sesuai dan betul secara bertatasusila.

Awas, Panahan Petir!

Petunjuk:

Nadia melayari Internet untuk mengetahui laporan kaji cuaca. Dia membaca dan memahami maklumat yang diperoleh daripada laman sesawang jabatan meteorologi dengan telitinya. Maklumat itu akan digunakan untuk membantunya merancang aktiviti di luar kelas.

Hentikan semua aktiviti luar apabila mendengar bunyi guruh di langit.

Jangan pegang atau bawa objek besi seperti payung, kayu golf, alat pancing ikan, atau basikal.

TEMA 8

Baca dan fahami teks. Mengapakah maklumat yang terdapat dalam bahan boleh dipercayai? Jelaskan. Laporan kaji cuaca amat penting kerana mampu menyelamatkan nyawa kita. Buktikan penyataan ini dengan memberikan contoh yang jelas.

Utamakan Keselamatan

1. 2. 3.

Hujan Ribut Petir Mendung Cerah

Jika anda berada di dalam bangunan seperti rumah, tutup dan jauhi tingkap.

Jangan berlindung di kawasan tinggi seperti pondok di atas bukit dan di bawah objek yang tinggi seperti pokok.

Panduan Keselamatan ketika Hujan

Jika berlaku petir, segeralah mencari tempat berlindung.

Anda boleh berlindung di dalam kenderaan tetapi jangan sentuh bahagian besi kenderaan.

Ciri-ciri maklumat yang boleh dipercayai adalah seperti yang berikut: 1. Pengarang yang berautoriti. 2. Sumber yang boleh dipercayai. 3. Pihak yang menulisnya tiada apa-apa kepentingan. 4. Maklumat terkini.

Jangan guna telefon talian tetap dan alat elektrik seperti komputer.

Layari laman sesawang dan dapatkan maklumat tentang bandar selamat.

2.2.2 Membaca untuk memahami dan menaakul maklumat berbentuk pesanan daripada pelbagai bahan dengan memberikan respons yang betul.

95

Kecuaian Mengundang Padah TEMA 8

IMBAS SAYA 1. Kenal pasti maklumat keselamatan berdasarkan bahan. 2. Tulis perenggan deduktif dan perenggan induktif berkaitan dengan bahan.

Utamakan Keselamatan

Utamakan Keselamatan

Makmal Sains Bukan Tempat Bermain

Arahan Keselamatan

Hindari Tragedi Kecuaian Mengundang Padah!

 Tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal tanpa kebenaran guru.  Tidak dibenarkan melakukan eksperimen sains tanpa pengetahuan dan kebenaran guru.  Dilarang bermain dengan sebarang peralatan dan kelengkapan makmal.  Jika bahan kimia terkena pada badan atau kulit, basuh segera dengan air.

96

Jenis Perenggan Isi Perenggan Deduktif:  Ayat topik  Ayat huraian  Ayat contoh  Ayat penegas

Perenggan Induktif:  Ayat penegas  Ayat huraian  Ayat contoh  Ayat topik

3.4.2 Menulis perenggan isi dengan membina pelbagai ayat topik, ayat huraian, ayat contoh, dan ayat penegas secara terancang.

Wira Kampung Semerah Padi

[email protected]

Kepada:

[email protected]

Perkara:

Hati-hati sahabat

Utamakan Keselamatan

Daripada:

TEMA 8

1. Jelaskan makna kata-kata hikmat yang bercetak warna merah. 2. Balas e-mel tersebut dengan menggunakan kata-kata hikmat yang sesuai.

Apa khabar sahabatku, Shukri, yang berada di Kemaman, Terengganu? Saya berharap agar saudara serta keluarga sihat sejahtera. Saya menulis e-mel ini kerana ingin menunaikan janji untuk sentiasa berhubung dengan saudara di alam maya. Saya tidak akan melupakan janji saya kerana kata mesti dikota, janji mesti ditepati. Saya ingin menceritakan kisah yang menggemparkan kampung saya pada minggu lalu. Sebuah rumah di kampung saya nyaris-nyaris dipecah masuk. Kejadian itu berlaku pada waktu maghrib ketika penghuninya tiada di rumah kerana bersolat di masjid. Mujurlah, kejadian itu telah disaksikan oleh beberapa orang pemuda kampung. Mereka bertindak berani tanpa bertangguh kerana bagi mereka bertangguh itu pencuri masa. Berbekalkan ilmu persilatan yang dipelajari, cubaan pecah rumah itu berjaya digagalkan oleh mereka. Anak-anak muda yang berani itu kini terkenal dengan jolokan “Wira Kampung Semerah Padi”. Kejadian tersebut telah membuka mata penduduk kampung agar lebih berwaspada. Mereka telah bersepakat untuk mengetatkan kawalan keselamatan kerana bagi mereka muafakat membawa berkat. Setiap hari, mereka melakukan rondaan di seluruh pelosok kampung. Mereka melakukan rondaan secara sukarela dan bergilir-gilir. Benarlah kata orang, bersatu teguh, bercerai roboh. Kini, keadaan kampung saya kembali aman. Kami berasa lebih selamat dan tenteram. Saya ingin menitipkan pesanan untuk saudara. Jagalah diri sentiasa agar keselamatan terjamin. Kita pasti akan berhadapan dengan pelbagai cabaran dan dugaan dalam kehidupan kerana hidup ini suatu perlumbaan. Usahlah terburu-buru dalam melakukan sesuatu perkara kerana sikap sebegitu boleh mengundang padah. Biar lambat asalkan selamat. Sebagai murid, kita perlu bijak merencanakan setiap tindakan supaya kehidupan kita teratur dan selamat. Ingatlah, masa itu emas. Sebagai anggota masyarakat pula, kita harus memberi dan menerima. Sikap sebegini amat penting agar masyarakat kita aman harmoni. Sampai di sini coretan saya. Jika ada cerita yang menarik, saya akan menghubungi saudara lagi. Terima kasih.

Cari kata-kata hikmat dan maksudnya dalam pelbagai bahan bacaan.

4.2.1 Memahami, menerangkan makna dan menggunakan kata-kata hikmat dan bahasa berirama dengan betul dan mengikut konteks.

97

Hindarkan Buli

Utamakan Keselamatan

TEMA 8

1. Lukis poster di bawah semula dengan kesalahan kata dan frasa yang telah dibetulkan. 2. Tulis petikan di bawah semula dengan kesalahan kata dan frasa yang telah dibetulkan. 3. Nyatakan satu isu lain yang mengancam keselamatan murid di sekolah. Bincangkan punca, kesan serta cara untuk mengatasinya.

BULI Cara untuk Menghindari Pembuli

Tindakan Anda jika Dibuli

 Jauhkan diri dari pembuli.

 Tolong jangan gentar.

 Elakkan bersendirian.

 Ambil peduli dan segeralah bertindak.

 Sentiasa berada di dalam kumpulan.

 Laporkan kegiatan buli ke pihak sekolah.

Ayuh, kita bersama menangani akan gejala disiplin murid! Isu buli dalam kalangan murid tidak seharusnya dipandang remeh kerana perlakuan ganas ini boleh mengancam keselamatan murid. Sewajarnya, masalah ini ditangani segera disebabkan kesannya pada murid amat membimbangkan. Mangsa buli akan menderita kerana didera bukan sahaja daripada segi fizikal namun mental dan emosi. Oleh kerana itu, program kesedaran wajar dilaksanakan di sekolah demi untuk mengatasi masalah ini. Di dalam program seperti ini, murid perlu diberi pendedahan tentang keburukan dan bahaya buli. Gejala buli perlu ditangani secara serius oleh semua pihak termasuklah para murid-murid, guru-guru, ibu bapa dan anggota-anggota masyarakat yang lain. Janganlah meletakkan semata-mata harapan kepada pihak sekolah sahaja untuk menyelesaikan Dapatkan maklumat tentang masalah ini. Semua pihak perlulah saling bantu-membantu dalam Program 3K yang dilaksanakan usaha membenteras gejala yang boleh menimbulkan gangguan di sekolah anda. ketenteraman dalam masyarakat kita.

98

5.6.1 Menganalisis dan membetulkan kesalahan kata dan frasa dalam sesuatu ayat.

Unit

16

Anda Prihatin, Anda Selamat TEMA 8

Impian Hidup Sejahtera

Utamakan Keselamatan

1. Saring maklumat berkaitan dengan cara penduduk Taman Sejahtera menjaga keselamatan kawasan kejiranan dalam dialog mesyuarat di bawah ini. Kemudian, sampaikan maklumat tersebut kepada rakan-rakan. 2. Sebagai anggota masyarakat, nyatakan peranan anda untuk meningkatkan keselamatan di tempat tinggal anda. Saya amat bersyukur kerana kawasan kejiranan kita selamat. Penduduk di sini dapat hidup dalam keadaan aman tenteram. Masalah gejala sosial dan jenayah seperti pergaduhan, pecah rumah, dan ragut tidak berlaku di kawasan kita.

Benar, Tuan Pengerusi. Saya bukanlah hendak mendabik dada tetapi amat berbangga dengan komitmen yang diberikan oleh penduduk di kawasan kita. Skim Rondaan Sukarela (SRS) yang kita jalankan mendapat sambutan yang menggalakkan. Begitu juga dengan Program Pengawasan Kejiranan yang kita anjurkan. Saya juga ingin memuji sikap segelintir penduduk yang mengambil inisiatif memasang sistem kamera litar tertutup di kawasan kediaman mereka.

Inilah kebaikannya jika masyarakat kita bekerjasama bagai aur dengan tebing. Sikap sebegini bukan sahaja penting dalam usaha mencegah jenayah tetapi juga dapat mengeratkan hubungan dan mengukuhkan perpaduan. Langkah-langkah menyaring maklumat adalah seperti yang berikut: 1. Tentukan maklumat yang dikehendaki. 2. Baca atau dengar sumber maklumat dengan teliti. 3. Semasa membaca atau mendengar, sisihkan maklumat yang dikehendaki dan tidak dikehendaki. 4. Catat maklumat yang dikehendaki dengan tersusun.

1.6.1 Menyaring dan menyampaikan maklumat yang tepat dan menggunakan ayat yang gramatis.

99

Komuniti Prihatin

Utamakan Keselamatan

TEMA 8

1. Baca perenggan isi taklimat dan maklumat tentang kepolisan masyarakat secara luncuran. Kemudian, nyatakan maksud keseluruhan bahan. 2. Jelaskan ciri-ciri komuniti prihatin. Gunakan pengurusan grafik yang sesuai untuk membuat penjelasan.

Yang Dihormati, Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia, Encik Azlan bin Osman, Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Sejahtera, barisan ahli jawatankuasa persatuan, rakan-rakan setugas, tuan-tuan, dan puan-puan yang saya kasihi. Selamat sejahtera dan salam perpaduan. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada tuan-tuan dan puan-puan kerana sudi mengundang saya ke majlis ini. Pada kesempatan ini, saya akan menyampaikan taklimat tentang kepolisan masyarakat. Hadirin yang saya hormati, Kepolisan masyarakat sangat penting kerana persatuan ini amat berkesan dalam usaha mengurangkan kadar jenayah. Melalui persatuan ini, anggota masyarakat berperanan sebagai mata dan telinga pihak polis. Oleh itu, segala maklumat berkaitan dengan aktiviti jenayah di kawasan persekitaran dapat disalurkan kepada pihak polis dengan cepat dan berkesan. Keterlibatan anggota masyarakat dalam usaha menangani jenayah amatlah diharapkan. Kerjasama ini penting kerana bukan sahaja dapat meringankan bebanan pihak polis bahkan juga dapat meningkatkan mutu perkhidmatan kepolisan yang sedia ada. Tanpa kerjasama daripada masyarakat, amat sukar bagi pihak polis untuk membendung kegiatan jenayah. Sikap bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing tidak seharusnya diamalkan jika kita mahu mewujudkan komuniti yang selamat.

Kepolisan Masyarakat “Ke Arah Keselamatan Komuniti” Kepolisan Masyarakat merupakan satu usaha kerjasama antara polis dengan orang awam dalam usaha membanteras jenayah dengan lebih berkesan.

Visi Untuk mewujudkan dan melahirkan kefahaman, kepercayaan dan tanggungjawab dua hala antara polis dengan masyarakat dalam usaha pencegahan jenayah dalam komuniti tempatan menerusi pendekatan yang efektif.

100

Misi √ Memberikan kesedaran tentang keperluan tanggungjawab bersama antara masyarakat dengan polis bagi mengurangkan serta menidakkan peluang untuk jenayah berlaku. √ Mendengar dan menyelesaikan aduan orang ramai terhadap polis. √ Menggalakkan dan membina jalinan yang jujur dan sihat antara polis dengan masyarakat. √ Memberikan kesedaran pencegahan jenayah kepada masyarakat awam melalui program pencegahan kemasyarakatan. (Sumber: Diubah suai daripada laman sesawang www.cops.org.my)

2.2.3 Membaca secara luncuran dan imbasan untuk memahami dan meneroka maksud keseluruhan daripada pelbagai bahan.

Berdasarkan bahan, tulis rumusan dengan menggunakan ayat yang gramatis.

Ragut atau tindakan merampas harta benda milik orang lain seperti beg tangan, rantai emas, dan telefon bimbit merupakan suatu jenayah. Jenayah ini perlu dipandang serius kerana akibatnya bukan sahaja melibatkan kerugian dan kecederaan bahkan juga kematian. Faktor desakan hidup sering dikaitkan sebagai punca berlakunya masalah ini. Jenayah ini sering dilakukan oleh golongan muda, khususnya penganggur serta penagih dadah yang terdesak untuk mendapatkan wang. Selain itu, faktor kelekaan dan ketidakpekaan masyarakat tentang jenayah jalanan turut menjadi punca jenayah ini. Perbuatan mempamerkan barang perhiasan seperti barang kemas, beg tangan, dan telefon bimbit boleh mengundang padah, terutamanya di tempat-tempat yang sering menjadi sasaran peragut. Lazimnya, peragut menyasarkan golongan wanita, warga emas, dan kanak-kanak. Walau bagaimanapun, gejala ragut secara umumnya boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Oleh hal yang demikian, orang ramai perlu berhati-hati ketika berada di tempat-tempat yang berkemungkinan menjadi sasaran peragut. Kesedaran tentang jenayah ragut ini penting demi menjaga keselamatan kita di tempat awam.

Cara Mencegah Jenayah Ragut

x x

 3.5.1 Menulis ringkasan dan merumus pelbagai bahan prosa dengan betul menggunakan ayat yang gramatis.

 101

Utamakan Keselamatan

TEMA 8

Perangi Jenayah Ragut

TEMA 8

Sekolah Saya Selamat

Utamakan Keselamatan

Berdasarkan gambar dan pengalaman, hasilkan sebuah sajak secara kreatif.

102

4.3.2 Menghasilkan sajak daripada bahan rangsangan dan tema yang diberi berdasarkan pengalaman murid secara kreatif.

Analisis kesalahan frasa adjektif yang terdapat dalam petikan. Kemudian, tulis petikan tersebut semula dengan kesalahan frasa adjektif yang telah dibetulkan.

Sehari menjelang Hari Raya Aidilfitri, Nabil sekeluarga pulang ke kampung halaman mereka. Dalam perjalanan, mereka berbual-bual untuk menghilangkan kebosanan. Topik yang paling hangat sekali diperkatakan adalah tentang keselamatan jalan raya. Nabil: Benarkah jumlah kemalangan jalan raya di negara kita sangat tinggi, ayah? Ayah: Benar, Nabil. Masalah ini amat membimbangkan. Berdasarkan laporan berita, kes kemalangan yang melibatkan penunggang motosikal adalah yang tertinggi sekali. Nabil: Mengapakah kemalangan jalan raya paling sering sekali berlaku pada musim perayaan, ibu? Ibu: Pada musim perayaan, jumlah kenderaan terlalu banyak. Nabil: Mungkinkah masalah kemalangan jalan raya berpunca daripada keadaan jalan raya yang sangat bersimpang-siur dan bengkang-bengkok sekali? Ayah: Sebenarnya, punca utama kemalangan jalan raya ialah sikap pengguna jalan raya. Menurut kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia, 80.6 peratus punca kemalangan jalan raya disebabkan oleh sikap manusia. Faktor jalan menyumbang 13.2 peratus manakala selebihnya berpunca daripada faktor kenderaan. Nabil: Eh, tengoklah penunggang motosikal itu! Dia memotong beberapa kenderaan sesuka hati dan hampir terlalu dengan kenderaan di hadapannya. Ayah: Inilah antara punca kemalangan jalan raya. Agaknya, penunggang itu menganggap dirinya penunggang yang terhebat sekali di dunia. Ibu: Sehebat-hebat sungguh dia menunggang, hebat lagi Khairul Idham bin Pawi, jaguh lumba motosikal negara. Nabil: Saya benci sikap pengguna jalan raya seperti penunggang motosikal tadi. Ayah: Sikap tidak patuh undang-undang jalan raya perlu kita hindari. Sikap sebegini boleh meningkatkan statistik kemalangan jalan raya di negara kita.

Statistik Kemalangan Jalan Raya di Malaysia dari Tahun 2013 - 2015 Tahun Jumlah Kemalangan

2013

2014

2015

477, 204

476, 196

489, 606

(Sumber: Cawangan Trafik Bukit Aman)

5.6.1 Menganalisis dan membetulkan kesalahan kata dan frasa dalam sesuatu ayat.

103

Utamakan Keselamatan

TEMA 8

Keselamatan Jadikan Keutamaan

Hindari Jenayah Siber

Utamakan Keselamatan

TEMA 8

1. Baca bahan secara luncuran dan nyatakan maklumat. 2. Berdasarkan bahan, tulis perenggan isi dengan menggunakan ayat topik, ayat huraian, ayat contoh, dan ayat penegas secara terancang. Suatu kajian telah dijalankan terhadap sekumpulan 200 orang murid di Sekolah Menengah Kebangsaan Bitara pada tahun 2016. Kajian tersebut berkaitan dengan tujuan murid-murid di sekolah tersebut menggunakan Internet. Hasil kajian tersebut dicatat dalam bentuk graf seperti yang ditunjukkan. Tujuan Murid Sekolah Menengah Kebangsaan Bitara Menggunakan Internet

15%

Petunjuk:

5%

32%

18% 30%

 Pencarian maklumat 

Pendidikan



Komunikasi



Hiburan



Ekonomi

PANDUAN KESELAMATAN ALAT ELEKTRONIK

104

1

2

3

4

Sentiasa berwaspada agar alat elektronik kita tidak diintip oleh penjenayah siber.

Pastikan alat elektronik kita dilengkapi ciri-ciri keselamatan agar tidak digodam.

Jangan dedahkan atau berkongsi maklumat sulit di media sosial.

Berhati-hati apabila memuat turun sesuatu aplikasi agar tidak terpedaya.

TEMA SUKAN DAN REKREASI TEMA 9

9

• Akur Peraturan • Remaja Berekreasi

Sukan dan Rekreasi

• Tak Kenal Maka Tak Cinta • Cabaran ATV • Lompatan Emas • Bidak di Papan Catur • Kejayaan Milik Bersama • Indahnya Kenangan • Libas • Uniknya Permainan Ini

Tika bergegas ke Tanjung Agas, Alam indah sepanjang jalan; Minda cerdas badan cergas, Bersukan beriadah jadi amalan.

105

Unit

17

Akur Peraturan

TEMA 9 Sukan dan Rekreasi

Sukan Milik Semua

1. Berdasarkan dialog dan gambar, bincangkan panduan penggunaan peralatan di stor PJPK. 2. Sampaikan panduan tersebut kepada rakan lain dengan menggunakan ayat yang gramatis. 3. Sekiranya peralatan sukan hilang, apakah langkah-langkah untuk menyelesaikan masalah ini? Pengerusi Kelab Olahraga Sekolah dan Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) diberi tugas oleh guru penasihat mereka untuk menyediakan panduan penggunaan peralatan di stor Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK). Farah, bolehkah awak dan AJK Kelab Olahraga menyediakan beberapa panduan penggunaan peralatan sukan di dalam stor ini? Boleh, cikgu, tetapi apakah aspek-aspek yang perlu diambil kira dalam penyediaan panduan itu? Kalian perlu meneliti jenis peralatan yang ada di dalam stor ini. Ada peralatan yang mahal, mudah rosak dan ada juga peralatan yang boleh mendatangkan bahaya jika digunakan secara salah. Selain itu, kalian perlu merujuk peraturan sedia ada. Baik, cikgu. Kami akan menyediakan tugasan ini segera. Sebelum kalian menjelaskan panduan tersebut kepada ahli kelab yang lain, sila tunjukkannya kepada saya terlebih dahulu untuk disemak.

Apakah yang dimaksudkan dengan panduan? Panduan ialah sesuatu yang dijadikan pegangan atau ikutan. Panduan juga bermaksud petunjuk. 106

1.6.2 Menjana dan menyampaikan maklumat dalam bentuk panduan dan pesanan dengan betul dan jelas, intonasi yang sesuai dan berkesan menggunakan ayat yang gramatis.

TEMA 9

Tak Kenal Maka Tak Cinta Baca dan analisis petikan tersebut untuk mengenal pasti idea utama dan idea sampingan.

Sukan dan Rekreasi

Sukan seperti panjat tembok tidak lagi asing kepada golongan remaja pada masa ini. Sukan ini bersesuaian dengan sifat remaja yang suka akan cabaran. Terdapat pelbagai faedah yang diperoleh dalam sukan ini. Sukan ini dapat meningkatkan tahap kesihatan mental dan fizikal peserta. Proses perpeluhan dan pembakaran kalori ketika melakukan aktiviti ini mampu menghasilkan badan yang cergas dan minda yang cerdas. Aktiviti memanjat tembok bukanlah perkara yang mudah kerana peserta hanya dibenarkan berpaut pada pemegang pemanjat yang bersaiz antara 7.62 cm hingga 20.32 cm sahaja. Selain itu, sukan lasak ini amat sinonim dengan cabaran. Sesiapa yang ingin melibatkan diri dalam sukan ini perlu mempunyai keberanian dan kekuatan diri. Perasaan gayat dan takut akan ketinggian ialah musuh utama peserta sukan ini.

Seterusnya, penglibatan remaja dalam sukan ini mampu melatih para peserta agar sentiasa bersedia untuk menghadapi sebarang cabaran. Melalui sukan ini, setiap cabaran dapat dikaitkan dengan kehidupan harian mereka. Hal ini dapat memberikan kelebihan kepada mana-mana remaja untuk menangani masalah dalam kehidupan mereka.

Secara keseluruhannya, sukan pan jat tembok ini menawarkan banyak manfaat kepada remaja. Wa laupun sukar, namun alah bisa tegal biasa. Jadi, apakah lagi yang and a tunggu? Tak kenal maka tak cinta. Ayuh, kita sertai sukan panjat tembok! Idea utama ialah buah fikiran yang penting yang menerangkan maksud keseluruhan perenggan. Idea sampingan ialah huraian dan contoh bagi menyokong dan menerangkan idea utama. 2.3.1 Membaca untuk mengenal pasti idea utama dan idea sampingan dengan betul dan tepat.

107

Lompatan Emas TEMA 9

Abdul Latif bin Romly

Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam dialog, hasilkan puisi.

Sukan dan Rekreasi

Sebaik-baik tamat latihan sukan, Azlee, atlet Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kejora, berbual-bual dengan rakan sepasukannya. Azlee: Kuhan, saya bercadang hendak menarik diri daripada acara lompat jauh. Kuhan: Mengapakah awak hendak menarik diri, Azlee? Azlee: Prestasi lompatan saya mengecewakan. Sudah berkali-kali saya mencuba tetapi masih tidak memuaskan hati. Kuhan: Janganlah mudah berputus asa, Azlee. Awak patut mencontohi semangat dan daya usaha atlet paralimpik negara kita yang bertanding dalam acara lompat jauh di Rio, Brazil, pada tahun 2016. Contohnya, lihat sahaja pencapaian Abdul Latif bin Romly yang memecahkan rekod dunia acara lompat jauh kategori T20 dalam kejohanan tersebut. Beliau memecahkan rekod dunia sebanyak tiga kali pada ketika itu. Saya percaya beliau tidak akan dapat mencapai kejayaan itu kalau berputus asa. Azlee: Janganlah awak membandingkan saya dengan beliau. Pencapaian kami bagai langit dengan bumi. Kuhan: Azlee, awak dan Abdul Latif bin Romly tidak ada apa-apa perbezaan. Awak manusia, begitu juga dengan beliau. Barangkali, perbezaannya ialah beliau berusaha sedaya upaya sedangkan awak pula mudah berputus asa. Azlee: Saya telah mencuba beberapa kali tetapi masih gagal, Kuhan. Kuhan: Azlee, tidak ada jalan pintas untuk berjaya. Jika awak berusaha dengan bersungguh-sungguh, saya pasti suatu hari nanti awak akan dapat mencapai kejayaan yang membanggakan. Usaha tangga kejayaan, Azlee. Awak ada potensi yang besar dalam acara ini. Azlee: Kuhan, awak ini seperti pakar motivasi pula. Kuhan: Sebenarnya, saya menjadikan kejayaan orang lain seperti kejayaan Abdul Latif bin Romly sebagai sumber inspirasi saya. Kalau mereka yang kelainan upaya mampu menggalas tanggungjawab mengharumkan nama negara, mengapa kita tidak mampu pula? Azlee: Betul kata awak itu. Terima kasih, Kuhan, atas nasihat dan dorongan awak. Saya akan berusaha sedaya upaya untuk memenangi acara ini. Lagipun, pepatah Melayu ada menyebut, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

Dengan merujuk pelbagai sumber, dapatkan maklumat tentang sejarah penganjuran sukan paralimpik.

108

3.6.1 Menulis dan mengolah maklumat daripada bahan dialog dan bahan prosa kepada puisi menggunakan ayat yang gramatis.

Kejayaan Milik Bersama

Di padang sekolah, satu lagi perlawanan bola sepak sedang berlangsung, antara pasukan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Rimba menentang pasukan Sekolah Menengah Kebangsaan Megah Jaya. “Saya tidak kisahlah kedudukannya nanti,” kata Gary. “Yang penting ialah pasukan kita memenangi dua perlawanan dan kalah hanya satu perlawanan sahaja,” katanya lagi. “Kalau begitu, kita tidaklah malu sangat,” sambungnya pula. Ganesan dan Sean sekadar mengangguk, mengiakan kata-kata Gary. “Walau bagaimanapun, saya kagumlah dengan kelincahan kapten pasukan kita,” puji Ganesan. “Dia berpusing-pusing lalu menggelecek pemain pasukan lawan. Dia macam Zidanelah!” katanya. Azizan sekadar tersenyum mendengar pujian itu. “Awak bertiga, jomlah kita pergi melihat gerai jualan kelas kita,” ajak Azizan, tiba-tiba. “Awak pergilah dahulu,” jawab Sean. “Kami hendak berehat sekejap,” katanya lagi. Ketika Gary, Sean dan Ganesan masih rancak berbual di tepi padang, Azizan telah tiba di tepi gerai minuman kelasnya. “Encik hendak buat pemeriksaan gerai?” usik Aliya, pengurus gerai kelas mereka. Azizan sekadar tersengih. “Sudah lamakah gerai ini ditutup?” soal Azizan. “Baru sahaja kami tutup. Jualan minuman dan kek cawan kita amat laris,” jawab Aliya. “Tahniah Azizan. Pasukan sekolah memang semakin kuat kalau awak ikut bermain,” celah Melati. “Sakitkah kepala awak menanduk bola tadi?” soal Melati pula. “Saya tidak berasa sakit pun,” kata Azizan. “Bola itu diperbuat daripada getah bukannya besi,” seloroh Azizan. “Alhamdulillah, hari ini memang hari kita. Pasukan bola sepak sekolah kita menang. Jualan minuman, kek cawan dan jambu batu kelas kita pula amat laris,” balas Aliya. “Kita dapat wang besar, wang besar!” sorak Azizan. Mereka bersorak kegembiraan sebaik-baik Proses pindah bentuk karya adalah mendengar kata-kata Azizan itu. Mereka sedar, seperti yang berikut: kerjasama semua murid kelas mereka membolehkan 1. Fahami keseluruhan teks. mereka berkongsi kejayaan ini. 2. Tentukan jenis persembahan yang



(Dipetik dan diubah suai daripada novel Zizan atau Zidane: Pasukan Paling Top, karya Alias Derais, 2014. KarnaDya Solutions Sdn. Bhd)

4.4.1 Mempersembahkan karya prosa secara kreatif.

ingin dilaksanakan. 3. Tentukan watak-watak yang terlibat, termasuk narator. 4. Tentukan skrip bagi watak-watak yang terlibat. 5. Laksanakan persembahan.

109

Sukan dan Rekreasi

TEMA 9

1. Baca dan fahami petikan yang diberikan. 2. Berbincanglah dengan rakan anda untuk menghasilkan persembahan yang kreatif daripada petikan tersebut, kemudian persembahkannya.

Libas IMBAS SAYA

Sukan dan Rekreasi

TEMA 9

1. Baca paparan komik dengan teliti dan kenal pasti kata ganti nama yang digunakan. Kemudian, kelaskan mengikut jenisnya. 2. Hasilkan satu komik pendek yang menggunakan kata ganti nama yang sesuai. Cadangan itu menarik. Setahu saya, permainan sepak takraw ini berasal daripada sepak raga.

Sekolah kita akan menubuhkan Kelab Sepak Takraw. Saya bercadang untuk menyertai kelab ini pada bila-bila masa. Apa pendapat awak?

Wah, kreatifnya beliau! Saya percaya, perubahan semasa menyebabkan sepak raga jaring berkembang menjadi sepak takraw.

Saya rasa, mereka kurang meminati sukan ini kerana tidak didedahkan kepada keunikan dan kehebatan permainan ini. Siapa-siapa yang terlibat dalam permainan ini pasti tertarik untuk terus bermain.

110

Allahyarham Hamid Mydin dari Pulau Pinang telah menukarkan konsep permainan ini menjadi sepak raga jaring sekitar tahun 1940-an.

Betul kata awak.

Kita patut berasa bangga akan apa-apa yang dilakukan oleh beliau. Namun begitu, bukan semua orang meminati permainan ini. Saya berharap, akan ada mana-mana pihak yang menjalankan apa-apa bentuk promosi untuk memperkenalkan permainan ini kepada golongan muda.

5.1.1 Memahami dan menggunakan kata ganti nama dan akronim dengan tepat mengikut konteks.

18

Seronoknya Beriadah TEMA 9

Remaja Berekreasi 1. Teliti bahan yang dipaparkan. 2. Berbincanglah dengan rakan anda tentang aktiviti rekreasi dan faedahnya dengan menggunakan ayat yang gramatis dan bahasa yang santun. Dani ialah netizen. Pada suatu petang, ketika berbual-bual dengan Alia, Dani meluahkan rasa bosannya kerana terlalu lama menghadap skrin komputer.

Bosanlah kalau asyik duduk di hadapan skrin komputer. Adakah awak mempunyai sebarang cadangan untuk mengisi masa lapang, Alia?

Saya cadangkan awak isilah masa lapang dengan melakukan aktiviti rekreasi. Banyak faedah yang akan awak peroleh, Dani.

Aktiviti rekreasi? Bolehkah awak jelaskan?

Apakah pendapat yang rasional? Pandangan atau cadangan yang wajar, iaitu logik, waras, patut, berasas, bijak, munasabah atau masuk akal. 1.7.1 Berbincang tentang sesuatu perkara untuk memberikan dan mendapatkan penjelasan secara rasional dengan ayat yang gramatis dan bahasa yang santun.

111

Sukan dan Rekreasi

Unit

Cabaran

ATV

TEMA 9

1. Baca petikan dengan telitinya. 2. Jelaskan perbezaan antara ATV dengan kenderaan bermotor yang lain. 3. Dengan menggunakan pelbagai sumber, kenal pasti kenderaan lain yang digunakan dalam sukan lasak. Apakah itu ATV?

Sukan dan Rekreasi

ATV (All Terrain Vehicle) bermaksud kenderaan pelbagai permukaan yang dapat dikategorikan sebagai kenderaan yang mempunyai tiga atau empat tayar bermotosikal. Kenderaan ini biasanya digunakan di luar jalan raya biasa. Bilakah ATV diperkenalkan? ATV pertama dihasilkan oleh Syarikat Honda Motor, di Jepun, pada tahun 1950-an untuk kegunaan umum dan mempunyai enam tayar. Kemudian, ATV diubah suai menjadi kenderaan bertayar tiga. Walaupun terdapat beberapa individu yang mereka ATV di Amerika Syarikat sebelum kenderaan ini diperkenalkan oleh Honda Motor, namun kenderaan yang direka itu bukan untuk kegunaan umum. Apakah kegunaan ATV? Pada mulanya, ATV digunakan oleh peladang untuk membawa hasil tanaman mereka keluar dari ladang yang mempunyai permukaan tidak rata. Hal ini berlaku demikian kerana kenderaan biasa tidak dapat digunakan di kawasan seperti ini. Kemudian, kegunaan ATV dinaik taraf menjadi kenderaan untuk utiliti dan aktiviti sukan lasak mahupun riadah di pantai, padang pasir dan hutan. Kenderaan ini juga digunakan oleh pihak tentera. Apakah jenis-jenis ATV? Hingga kini, syarikat pemotoran telah menghasilkan pelbagai model kenderaan ATV yang disesuaikan untuk kegunaannya. ATV yang direka juga mempunyai perbezaan dari segi keupayaan memecut dan kekuatan untuk mengangkut barangan. Apakah kelebihan menunggang ATV? ATV mudah dikendalikan oleh lelaki atau wanita. Oleh sebab kenderaan ini mempunyai tiga atau empat tayar, kenderaan ini lebih stabil, terutama jika ditunggang di permukaan yang tidak rata. (Sumber: Utusan Online, Kenderaan Lasak Pelbagai Guna, 14 Julai 2008)

112

2.4.1 Membaca secara ekstensif pelbagai bahan fiksyen dan bukan fiksyen untuk meneroka maklumat baharu.

Bidak di Papan Catur

Sofea sedang bersiap-siap di bilik ketika ibu memanggilnya turun untuk bersarapan. Hari ini penting. Pada hari ini pertandingan catur peringkat Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) akan berlangsung. Walaupun dia bertanding acara berkumpulan, dia sedar bahawa kemenangannya akan memberikan sumbangan besar kepada kumpulannya. “Waktu bermain nanti, Sofea perlu fokus betul-betul. Jika Sofea hilang fokus, kesilapan akan berlaku,” pesan Encik Syahril, ketika Sofea mula duduk di meja makan. Encik Syahril merupakan bekas pemain catur universitinya, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Bagi Sofea, Encik Syahril bukan sekadar bapa, malahan beliaulah guru catur terbaik yang pernah mengajarnya. Encik Syahril tidak jemu-jemu mengajar Sofea ilmu dan kemahiran serta teknik yang hebat untuk bermain catur. Bagi Encik Syahril, permainan catur merupakan cara yang baik untuk membentuk daya imaginasi dan kreativiti anak-anak. Puan Aniza juga sentiasa menggalakkan Sofea bermain catur. Pada hematnya, ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi. Walaupun dia sendiri tidak mahir bermain catur, namun dia sedar bahawa permainan catur ini mampu mendidik seseorang pemain untuk bijak membuat keputusan sendiri tanpa mengikut arahan sesiapa. Jika Sofea bijak mengatur bidak di papan catur dan strateginya mengena, tentulah pihak lawan akan tersungkur, sekali gus menjadikan Sofea juara. Hal itulah yang selalu didoakan oleh Puan Aniza. Dia ingin melihat Sofea meraih kejayaan dalam pertandingan catur ini. Kejayaan hari ini akan meningkatkan semangat Sofea untuk terus berjuang di papan catur. Selepas selesai bersarapan, Encik Syahril dan Sofea mula mengatur derap langkah untuk ke tempat pertandingan. Ketika kereta yang dipandu oleh Encik Syahril mula bergerak meninggalkan pekarangan rumah, sekali lagi Puan Aniza memanjatkan doa agar usaha dan harapan anak dan suaminya itu disusuli dengan kejayaan yang amat manis.

3.6.1 Menulis dan mengolah maklumat daripada bahan dialog dan bahan prosa kepada puisi menggunakan ayat yang gramatis.

113

Sukan dan Rekreasi

TEMA 9

1. Baca dan fahami petikan. 2. Olah maklumat yang terdapat dalam petikan tersebut untuk menghasilkan puisi dengan menggunakan ayat yang gramatis.

Indahnya Kenangan TEMA 9

1. Lafazkan dan hayati maksud pantun. 2. Persembahkan pantun dengan sebutan, intonasi dan nada secara kreatif.

Sukan dan Rekreasi

Pantun Kenangan Silam Bawa pengat mudik ke hulu, Hendak makan bersama kakak; Masih kuingat zaman dahulu, Bersama rakan bermain congkak. Nasi disaji berulam pegaga, Berlauk kelah bergulai kawah; Bermain dam aji seisi keluarga, Sambil berkelah di tepi sawah. Merpati terbang di tepi kali, Di dahan jambu merpati berehat; Adik dan abang bermain guli, Ayah dan ibu duduk melihat. Bersama teman meniti permatang, Singgah berteduh di Kuala Sedili; Bermain di laman setiap petang, Puas bergaduh berbaik kembali. Banyak kulat di atas pelantar, Buah delima di atas para; Gasing bulat ligat berputar, Siapa terlama dialah juara. Pergi berjalan ke Pulau Angsa, Duduk berehat di pohon jati; Wau bulan tinggi di angkasa, Kami melihat senang di hati. Iffah Alias Shah Alam

114

4.4.2 Mempersembahkan pantun dengan sebutan, intonasi dan nada secara kreatif.

Uniknya Permainan Ini TEMA 9

1 Analisis petikan dan justifikasikan kesalahan penggunaan kata ganda dalam petikan. 2. Betulkan kesalahan kata ganda tersebut.

Sukan dan Rekreasi

Sukan floorball bermula di Sweden. Pemain hoki ais di Sweden mencipta permainan ini ketika mereka berehat selepas selesai kejohanan hoki ais. Mereka bermain permainan ini untuk memastikan tahap kecergasan mereka dapat dikekalkan sebelum mengharungi musim baharu kejohanan hoki ais. Sukan ini sudah tahun-bertahun bertapak di Malaysia. Sukan ini dimainkan dengan aktif bukan sahaja di peringkat universiti, mahupun di peringkat sekolah, malahan telah dipertandingkan dalam sukan SEA sejak tahun 2013 di Myanmar. Permainan yang kian popular di Malaysia ini dapatlah dianggap sebagai alat penyatuan bangsa kerana sukan ini diminati oleh pelbagai-bagai kaum di Malaysia. Persatuan Floorball Malaysia telah memainkan peranan penting dalam mengembangkan minat dan pengetahuan anggota masyarakat terhadap sukan ini. Sebagai contoh, kejohanan demi kejohanan telah berjaya dianjurkan oleh mereka dengan kerjasama pihak lain. Permainan floorball ini seiras-iras permainan hoki ais tetapi dimainkan di dalam dewan. Terdapat perbezaan antara sukan ini dengan hoki ais. Salah satu daripadanya ialah jumlah pemain bagi setiap pasukan. Setiap pasukan mempunyai 20 pemain tetapi jumlah pemain yang berada di dalam gelanggang sebanyak enam orang sahaja. Pemain selebihnya berfungsi sebagai pemain gantian. Semua pemain-pemain boleh ditukarkan pada bila-bila masa sahaja tanpa had. Kayu pemukul floorball ini mempunyai bentuk yang sama di bahagian hadapan dan di belakang. Keadaan ini membolehkan pemain menggunakan kedua-kedua belah kayu untuk memukul bola. Ketika bermain, pemain juga tidak perlu memukul bola sekuat hati. Pemain hanya perlu meleretkan bola kepada rakan-rakan sepasukan kerana sifat fizikal bola itu direka mempunyai jisim yang ringan. Lebih menarik lagi, gol boleh dijaringkan ketika pemain berada di belakang gol. Seperti permainan-permainan lain, pelbagai strategi dan sikap saling bantu-membantu yang diamalkan dalam kalangan pemain merupakan faktor utama kemenangan sesuatu pasukan. Jadi, marilah kita bermain floorball. (Sumber: Persatuan Floorball Malaysia)

5.6.1 Menganalisis dan membetulkan kesalahan kata dan frasa dalam sesuatu ayat.

115

TEMA 9

A. Baca teks di bawah ini dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. No. 12, Jalan Ara, Taman Panglima, 47000 Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan. 4 April 20�� Menemui sahabatku, Matlan, di Tawau, Sabah. Mudah-mudahan saudara sekeluarga sihat sejahtera. Saudara, Sebagai peminat sukan boling, saya senantiasa teruja apabila kaki melangkah masuk ke pusat boling. Mata saya akan merenung jauh ke lorong lurus sepanjang 18.2 meter hingga ke hujung. Di situlah tersusun 10 pin yang menunggu balingan bola seberat 2.7 kilogram. Bola itu akan meluncur laju apabila dilontar untuk menjatuhkan pin-pin tersebut. Bagi saya, permainan boling mempunyai beberapa kelebihan. Permainan ini dapat mengeratkan hubungan antara keluarga, sanak saudara dan rakan taulan. Kita juga dapat melatih diri dalam memberikan konsentrasi semasa bermain boling. Selain itu, boling digemari kerana waktu untuk bermain permainan ini tidak dipengaruhi oleh perubahan cuaca. Namun begitu, saudara mungkin tidak mengetahui bahawa boling menjadi pilihan guru-guru pendidikan khas. Mereka mendedahkan permainan boling kepada murid-murid berkeperluan khas. Melalui permainan ini, mereka dapat melatih murid-murid tersebut kemahiran bertentang mata dan memberikan perhatian. Kemahiran ini penting dikuasai agar mereka mudah mengikuti pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Saudara, Saya berhasrat untuk menjadi pemain boling yang terkenal suatu ketika nanti. Oleh itu, ayahanda saya selalu berpesan agar saya berlatih bermain boling dengan bersungguh-sungguh. Walau bagaimanapun, ayahanda tidak mahu permainan boling menyebabkan saya lalai dalam pelajaran. Ayahanda mahu saya berjaya dalam permainan boling tanpa mengetepikan pelajaran. Cukuplah dulu tulisan saya buat masa ini. Kalau ada kesempatan, saya akan menulis surat lagi kepada saudara. Kalau saudara berkelapangan, datanglah ke tempat saya. Boleh kita bermain boling bersama-sama. Sekian. Sahabatmu,

Sukan dan Rekreasi



1. 2. 3. 4. 5.

116

Lutfi

Mengapakah Lutfi gemar bermain boling? Nyatakan kebaikan permainan boling kepada murid-murid berkeperluan khas. Apakah pesanan ayahanda Lutfi? Pada pendapat anda, mengapakah pesanan tersebut penting? Berdasarkan petikan surat kiriman, jelaskan perwatakan Lutfi. Pada pendapat anda, apakah permainan lain yang sesuai untuk murid-murid berkeperluan khas? Berikan alasan.

3

Rupa (berlendir), warna (berlainan daripada biasa), tarikh luput dan bentuk (makanan dalam tin)

TEMA 9

1. Berdasarkan bahan, tulis rumusan dengan menggunakan ayat yang gramatis. 2. Berdasarkan bahan, ceritakan pengalaman anda termakan makanan yang sudah tercemar dengan menggunakan kata ganda separa dan frasa adjektif yang betul.

LANGKAH KENALI MAKANAN ROSAK

Tidak enak dan kurang menyenangkan

Rasa pelik dan basi

C. Baca teks di bawah dengan telitinya dan buat tugasan yang berikutnya. Kami mendirikan khemah dengan cepatnya selepas mendengar taklimat oleh Cikgu Salleh. Kumpulan yang telah selesai mendirikan khemah dibenarkan beristirehat atau bermain air di jeram. “Amboi, sejuknya air,” kata rakan-rakanku sebaik mencecah kaki ke dalam air jeram. Seketika kemudian, banyak peserta kem lain yang turut bermain air di jeram. Suasana menjadi riuh rendah. Air di hutan lipor sekayu itu jernih dan bersih. Bunyi ungas dan deruan air menghentam ke batu menjadi irama yang berulang-ulang bunyinya. Sebelum menjelang waktu Zohor, kami diminta meninggalkan jeram kerana perlu bersiap-siap untuk menunaikan solat secara berjamaah. Selepas itu, kami diberikan cabaran baharu. “Pandai-pandailah kamu membahagikan tugas. Jika kamu tidak berhati-hati, makanan yang kamu masak akan rentong dan kamu terpaksa memakannya juga,” terang Cikgu Salleh. Kami mengangguk. Ada juga dalam kalangan murid yang kerisauan kerana tidak pernah memasak. Sudahlah begitu, api juga perlu dinyalakan sendiri tanpa menggunakan mancis. “Sekarang ialah masa yang tepat untuk menggunakan kemahiran yang kamu pelajari ketika menjalankan aktiviti ko-kurikulum di sekolah,” kata Cikgu Zana pula. “Dalam hutan ini, makan apa-apa pun akan rasa sedap,” kata rakan saya yang menyebabkan kami semua tertawa. Keesokan harinya kami pulang dengan membawa pelbagai kenangan yang manis untuk dikenang.

1. Kenal pasti kesalahan ejaan dan betulkan kesalahan tersebut. 2. Kenal pasti lima kata kerja transitif yang terdapat dalam petikan dan bina ayat berdasarkan petikan tersebut untuk menjelaskan maksudnya. 3. Tulis karangan bertajuk “Kelebihan Berekreasi di Hutan Lipur”.

117

Sukan dan Rekreasi

B. Teliti poster yang diberikan dan kemudian buat tugasan yang berikutnya.

TEMA SELAMAT DATANG

KE MALAYSIA

Selamat Datang ke Malaysia

TEMA 10

10

Banjaran gagah teguh berdiri, Pantai indah berpuput bayu; Pembangunan melimpah alam lestari, Tanah bertuah Malaysia dirgahayu.

118

118

TEMA 10 Selamat Datang ke Malaysia

• Jom Bercuti • Desiran Ombak • Low Peak, Aku Datang • Konservasi Penyu • Inap Desa Suku Kaum Bidayuh • Jalan-jalan Cari Nasi Dagang • Sehari di KLCC • Keistimewaan Tanah Airku • Tinta Pembaca • Kelab Pelancongan Sekolah

119

119

Unit

19

Jom Bercuti

TEMA 10 Selamat Datang ke Malaysia

Kenali Malaysia

Rancang percutian berdasarkan peta pemikiran dengan memberikan alasan yang rasional serta menggunakan ayat yang gramatis dan bahasa yang santun. Setiap negeri di negara kita memiliki tempat-tempat yang menarik untuk dikunjungi dan diterokai. Jika anda ingin melancong, buatlah perancangan dengan teliti dan ukur baju di badan sendiri. Hal ini penting supaya percutian itu menjadi kenangan manis yang sukar dilupakan dan tidak menelan belanja yang banyak.

Faktor yang Diambil Kira semasa Merancang Percutian

120

Tarikh dan tempoh Bila? Hari bekerja, hujung minggu, atau cuti sekolah? Berapa lama? Tiga hari dua malam atau sehari sahaja?

Lokasi dan aktiviti Di mana? Di dalam atau di luar negara? Apakah aktiviti yang ada? Aktiviti air, daki gunung, atau beli-belah sahaja?

Penginapan

Pengangkutan

Kos

Apakah jenis penginapan yang ada? Adakah hotel, calet, atau inap desa?

Apakah kemudahan pengangkutan yang ada? Pengangkutan darat, udara, atau air?

Berapakah kosnya? Pelancongan kos rendah, sederhana, atau mewah?

Keselamatan

Kemudahan lain

Adakah kemungkinan berlaku masalah atau risiko? Adakah dilindungi insurans?

Apakah kemudahan lain yang disediakan?

1.7.1 Berbincang tentang sesuatu perkara untuk memberikan dan mendapatkan penjelasan secara rasional dengan ayat yang gramatis dan bahasa yang santun.

Low Peak, Aku Datang TEMA 10

1. Berdasarkan catatan harian, senaraikan pesanan penting tentang perkara yang perlu dilakukan oleh pendaki sebelum dan semasa mendaki Gunung Kinabalu. 2. Berbincanglah dengan rakan untuk menentukan sama ada semua pesanan itu perlu dipatuhi atau tidak dan kemukakan sebab-sebabnya.

Selamat Datang ke Malaysia

20 Januari: Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal, impianku sejak kecil untuk menawan puncak Gunung Kinabalu akan menjadi kenyataan. 3 Februari: Aku dan rakan-rakan telah membuat pemeriksaan kesihatan yang menjadi syarat utama kepada pendaki. Syukur, kami sihat! 10 Februari: Cikgu Azura telah memohon permit pendakian. Permohonan perlu dibuat awal kerana setiap hari hanya 100 orang yang dibenarkan mendaki. Moga-moga kami termasuk dalam senarai pendaki pada 2 Mei nanti. Menurut Cikgu Azura, waktu yang sesuai untuk pendakian adalah antara bulan Mac hingga bulan November untuk mengelakkan gangguan cuaca. 26 Februari: Syukur, permohonan diluluskan. Mulai hari ini, kami melakukan senaman ringan sebagai persediaan fizikal dan mental. Selepas ini, kami akan menjalani latihan mendaki Gunung Lambak dan Gunung Ledang. Kami diberitahu bahawa banyak pendaki yang gagal ke puncak kerana mengalami kejang otot setelah mendaki separuh jalan. 7 Mac: Hari ini aku mendaki Gunung Lambak. Aduh, sakit-sakit seluruh badanku! Bagaimanakah agaknya keadaan aku selepas mendaki Gunung Ledang pada hujung bulan nanti? Mampukah aku? 12 April: Barang-barang keperluan telah pun siap sedia, antaranya krim panas untuk mengelakkan kejang otot dan jaket untuk menangani suhu di bawah 7˚C. Sejuknya! 30 April: Debaran kian terasa. Esok kami akan bertolak ke Kota Kinabalu. Doaku agar aku berada dalam keadaan yang cergas dan sihat serta berjaya menawan puncak yang ke-5 tertinggi di Asia Tenggara. Low Peak, aku datang!

Pesanan ialah sesuatu perkara yang dinasihatkan, diminta, disuruh, diarahkan, diperlukan, atau sesuatu yang ternyata kebenarannya dan perlu dijadikan iktibar atau diambil tindakan.

2.2.2 Membaca untuk memahami dan menaakul maklumat berbentuk pesanan daripada pelbagai bahan dengan memberikan respons yang betul.

121

Inap Desa Suku Kaum Bidayuh TEMA 10

Berdasarkan aktiviti dalam brosur, tulis pendahuluan dan kesimpulan bagi karangan yang bertajuk, “Pengalaman Menyertai Program Inap Desa Suku Kaum Bidayuh”.

Selamat Datang ke Malaysia

Hari Pertama 7:00 pagi

Berkumpul di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang. Penerbangan pada pukul 9:00 pagi. Bertolak ke Kuching.

10:45 pagi

Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan disambut oleh pengurus inap desa. Bergerak ke Padawan.

11:45 pagi

Tiba di inap desa rumah panjang tradisional suku kaum Bidayuh. Makan tengah hari. Menu tradisi: nasi dalam buluh, ikan sungai salai dalam daun pisang, ayam pansuh, midin goreng, dan ulam-ulaman.

2:30 petang

Lawatan ke sekitar kawasan kampung untuk melihat cara hidup suku kaum Bidayuh dan kemudahan yang disediakan.

6:00 petang

Balik ke inap desa. Rehat. Makan malam.

8:00 malam

Persembahan tarian tradisional dan alat muzik tradisional. Penerangan tentang peralatan tradisional yang digunakan oleh suku kaum Bidayuh.

10:30 malam Rehat. Hari Kedua 8:00 pagi

Sarapan.

9:00 pagi

Lawatan ke panggah. Bertolak ke air terjun dan kolam air panas.

11:30 pagi

Balik ke inap desa. Makan tengah hari. Daftar keluar.

Kesimpulan karangan adalah seperti yang berikut: 1. Merumuskan isi dan pendirian serta mengemukakan cadangan dan harapan. 2. Menyentuh perasaan atau membangkitkan semangat. 3. Ringkas, padat, dan tepat.

122

3.4.3 Menulis perenggan pendahuluan dan kesimpulan karangan menggunakan bahasa yang gramatis.

Persembahkan promosi program lawatan sehari di KLCC dengan menggunakan teknik yang menarik dan berkesan. Sesuai dengan namanya, Kuala Lumpur City Centre atau lebih dikenali sebagai KLCC, terletak di tengah-tengah kemeriahan “Segi Tiga Emas” Kuala Lumpur. KLCC menempatkan pelbagai tarikan untuk semua golongan, terutamanya golongan remaja. Kunjungilah KLCC untuk mengalami keajaibannya!

Aquaria KLCC membawa anda merasai pengalaman unik berada di dasar laut bersama-sama dengan lebih daripada 5000 hidupan laut dan darat daripada pelbagai spesies. Jika anda gemar akan aktiviti yang mendebarkan, sahutlah cabaran untuk menyelam dengan menggunakan sangkar bagi mengenali ikan jerung secara dekat.

Menara Berkembar Petronas merupakan mercu tanda kebanggaan negara yang terkenal di seantero dunia. Dengan ketinggian 451.9 meter, struktur menara berkembar 88 tingkat ini menunjuk langit dengan gagah dan megahnya. Merentasi jambatan udara di tingkat 41, menyaksikan pameran menara tertinggi dunia di tingkat 83, dan melihat pemandangan Kuala Lumpur dari tingkat 86 merupakan pengalaman berharga yang mesti dinikmati.

Petrosains merupakan pusat Galeri penerokaan sains yang Seni Petronas mencabar minda dalam bukan sahaja suasana yang menghiburkan. mempamerkan karya Pembelajaran sains berlaku secara seni yang hebat malah turut santai menerusi aktiviti yang menampilkan pelukis-pelukis menarik seperti tunjuk cara, Masjid As-Syakirin berkaliber. Pelbagai aktiviti bengkel, pertandingan, ialah masjid dua tingkat seni visual yang menarik turut dan karnival. yang berasaskan seni bina Islam. diadakan terutama pada Masjid ini mampu memuatkan 500 musim cuti sekolah. orang jemaah dan berada di lokasi yang strategik. Dalam keseronokan meneroka kehebatan dan keajaiban Ciri-ciri laras bahasa iklan adalah seperti yang berikut: yang ditawarkan di KLCC, 1. Berbentuk pemberitahuan fakta. tanggungjawab kepada 2. Maklumat ringkas tetapi mesra, padat dan jelas. Yang Maha Pencipta 3. Mengutamakan pemilihan dan penyusunan kata serta ayat. tetap ditunaikan. 4. Menggunakan bahasa pujukan yang kreatif.

4.4.3 Mempersembahkan iklan dan promosi melalui teknik yang menarik dan berkesan.

123

Selamat Datang ke Malaysia

TEMA 10

Sehari di KLCC

TEMA 10

Tinta Pembaca Analisis petikan pendapat pembaca untuk memastikan ketepatan penggunaan kata kerja transitif. Kemudian, betulkan kesalahan yang dikenal pasti.

Selamat Datang ke Malaysia

Pendapat 1

Cuti-cuti Malaysia Saudara Pengarang, Saya bersetuju dengan pendapat Saudara Luqman Hakim dalam ruangan Pendapat Pembaca ini pada minggu lepas. Industri pelancongan sememangnya memberi kesan yang positif kepada negara kita. Para pelancong akan membelikan cenderamata untuk ahli keluarga mereka. Keadaan ini dapat mempertingkat ekonomi penduduk setempat seterusnya menyumbang pendapatan kepada negara. Namun perlu diingat, industri pelancongan juga ada pasang surutnya. Jika kita mahu mensasarkan sumbangan pendapatan yang lebih

Pendapat 2

Prasarana kelas pertama Saudara Pengarang, Semasa cuti sekolah yang lalu, saya dan keluarga telah melancong ke selatan tanah air. Untuk mempercepatkan perjalanan, saya telah menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS). Saya dapati bahawa pihak pengurusan PLUS telah memperbaiki serta menaik taraf prasarana di hentian rawat dan rehat di lebuh raya. Hal ini memperlihatkan kesungguhan mereka untuk membersih dan menceriakan lebuh raya agar pengguna memperolehi manfaatnya.

besar daripada industri ini, semua pihak perlu memainkan peranan. Oleh itu, rakyat Malaysia perlu turut serta untuk memperkasa industri pelancongan di negara kita kerana tepuk sebelah tangan takkan berbunyi. Kita perlu melestari tempat-tempat pelancongan, mengketengahkan kepelbagaian budaya dan memperkukuhkan amalan berbudi bahasa. Jangan sampai nanti negara kita dikatakan indah khabar dari rupa. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Gan Swee Lan

Walau bagaimanapun, dalam keadaan pelbagai pihak sedang berusaha untuk memperlengkapkan negara kita dengan prasarana kelas pertama, masih ada rakyat di negara kita yang berminda kelas kedua. Hal ini dikatakan demikian kerana masih terdapat pemandu yang pandu kenderaan secara berbahaya. Mereka sanggup mempertaruh nyawa mereka sendiri dan nyawa pengguna yang lain. Oleh itu, pihak yang berkenaan perlulah jalankan pemantauan yang lebih kerap untuk mempastikan undang-undang jalan raya dipatuhi. Pandu cermat, jiwa selamat. Rakyat Prihatin

Cari kesalahan kata dan frasa dalam media cetak.

124

5.6.1 Menganalisis dan membetulkan kesalahan kata dan frasa dalam sesuatu ayat.

Unit

Desiran Ombak

IMBAS SAYA

Pulau Tioman, Pahang

Selamat Selamat Datang Datang ke ke Malaysia Malaysia

Berunding secara rasional untuk menentukan destinasi percutian yang menjadi pilihan kumpulan dengan menggunakan ayat yang gramatis dan bahasa yang santun. Pulau Sibu, Johor

Keistimewaan dan Aktiviti Pulau ‣ Pantai cantik ‣ Air Terjun Asah ‣ Mendaki Gunung Kajang Laut ‣ Bermain golf ‣ Selam skuba ‣ Membeli-belah ‣ Bersnorkel ‣ Mengelilingi pulau ‣ Memancing Pengangkutan dari Kuala Lumpur

Laut ‣ Dua jam sehala ‣ Feri RM70.00/orang dua hala ‣ Tiket feri boleh dibeli dalam talian Anggaran Kos Banyak pilihan pakej Pakej daripada RM150.00 hingga melebihi RM1000.00 Darat Empat hingga lima jam menaiki kenderaan ke jeti Mersing

Keistimewaan dan Aktiviti Pulau ‣ Bersiar-siar dan mandi-manda di pantai yang putih, bersih, dan cantik ‣ Meredah hutan bakau ‣ Melawat kampung nelayan | Sukan pantai Laut ‣ Jet ski | Luncur angin | Bersnorkel ‣ Mengelilingi pulau | Memancing Pengangkutan dari Kuala Lumpur Darat Empat hingga lima jam dari Kuala Lumpur ke jeti Tanjung Leman

Laut ‣ 20 - 30 minit sehala ‣ RM70.00/orang dua hala ‣ Bot berjadual

Sesuai untuk para penyelam, rakan-rakan, keluarga. Prasarana lengkap.

Ada banyak pilihan pusat peranginan. Pakej lengkap daripada RM600.00 seorang.

Pakej nilai hebat untuk semua golongan. Makan minum disediakan oleh pusat peranginan sepenuhnya. 1.7.2 Berunding untuk mendapatkan persetujuan tentang sesuatu perkara secara rasional dengan ayat yang gramatis dan bahasa yang santun.

TEMA 10 TEMA 10

Cintai Malaysia

20

125

Konservasi Penyu

Selamat Datang ke Malaysia

TEMA 10

1. Baca bahan secara luncuran dan tulis maklumat yang terdapat dalam bahan. 2. Analisis maklumat dalam jadual, kemudian berdasarkan data yang ada, kemukakan pendapat anda. 3. Cadangkan langkah-langkah yang perlu dilakukan supaya penyu akan kekal menjadi daya tarikan pelancong dari dalam dan luar negara.

Semasa melancong ke Terengganu, saya dan keluarga telah singgah di Pusat Konservasi dan Penerangan Penyu Rantau Abang. Kami sekeluarga begitu teruja untuk tahu dengan lebih lanjut tentang penyu.

Penyu agar

Penyu karah/sisik

Penyu ialah haiwan reptilia yang hidup di dalam laut. Penyu dipercayai telah wujud sejak zaman dinosaur lagi. Jangka hayat penyu agak lama. Oleh itu, penyu juga mengambil masa yang agak lama untuk matang, iaitu antara 20 - 50 tahun. Di Malaysia, terdapat empat jenis penyu yang dikenal pasti, iaitu penyu belimbing, penyu agar, penyu karah, dan penyu lipas. Penyu-penyu ini boleh dilihat mendarat di sepanjang pantai, terutamanya di negeri Terengganu dari bulan Mac - September untuk bertelur.

800000 Bilangan Sarang

Bilangan Telur

700000

Penyu belimbing

621,821

600000 500000 420,589

400000

359,527

300000

Penyu lipas

200000 100000 0

7,192 2013

4,306 2014

4,937 2015

Pendaratan Penyu Agar di Pantai Terengganu (Sumber: Jabatan Perikanan Malaysia)

126 126

2.2.3 Membaca secara luncuran dan imbasan untuk memahami serta meneroka maksud keseluruhan daripada pelbagai bahan.

Kenal pasti kesalahan ejaan, tanda baca, dan nahu dalam petikan dan resipi. Kemudian, betulkan kesalahan tersebut.

Ketika saya dan keluarga saya bercuti di Terengganu, rakan ibu saya, iaitu Puan Hajjah Nor Khatimah, telah meraikan kami. Dia telah menjamukan kami nasi dagang yang sungguh enak di rumahnya. Menurut beliau, nasi dagang adalah juadah sarapan yang popular bagi negeri-negeri di Pantai Timur. Cara persediaannya juga berbeza. Kami sekeluarga begitu sukakan nasi dagang yang dihidangkan terutamanya gulai ikan aya yang sungguh menyelerakan sekali. Oleh sebab itu ibu telah meminta resepi gulai ikan aya dari tuan rumah agar kami dapat nikmati keenakkannya di rumah sendiri. Bahan untuk ikan

Bahan untuk kuah

1 batang ikan tongkol 3 helai asam keping Sedikit garam Air secukupnya

4 sudu besar cili kisar 7 tangkai bawang merah - kisar 3 biji bawang putih - kisar 1 inci halia - kisar 1 inci lengkuas - kisar 1 inci kunyit hidu - kisar 3 sudu besar rempah gulai nasi dagang 3 cawan santan segar yang pekat

4 cawan air Air asam jawa Sedikit belacan (pilihan) Gula melaka Garam dan gula secukup rasa 7-9 butir cili padi Minyak masak Bahan penumis-bahan penumis

Cara menyediakannya Bersihkan ikan tongkol dan potong. Kemudian masukkan dalam periuk. Masukkan juga asam keping, garam, dan air. Air hendaklah melebihi paras ikan. Masak dengan api sederhana sehingga air tinggal lebih kurang 1/4. Semakin lama ikan dimasak makin sedap rasanya dan isinya pun lebih pejal. Setelah masak biarkan beberapa ketika agar rasa masam meresap masuk ke dalam isi ikan. Untuk menyediakan kuahnya panaskan minyak dalam periuk. Setelah panas, masukkan bahan-bahan penumis. Setelah wangi, masukkan cili kisar. Goreng sehingga garing. Kemudian, masukkan bahan-bahan kisar. Masakkan sehingga sedikit kering lalu masukkan rempah gulai. Selepas itu, masukkan 1/2 cawan air. Biar masak sehingga garing dan pecah minyak. Setelah itu, masukkan lebihan air dan masak sehingga mendidih. Setelah mendidih, masukkan santan dan renihkan sehingga kuah mendidih sambil kacau-kacau sekali-kali. Masukkan air rebusan ikan, air asam jawa, belacan, gula melaka, garam dan gula secukupnya. Setelah kuah sedikit pekat, masukkan ikan yang sudah direbus dan masak sehingga pekat. Akhirnya, masukkan cili padi dan biarkan didih seketika sebelum tutupkan api. 3.7.1 Mengedit ejaan, tanda baca, dan kesalahan nahu yang mudah dengan betul tanpa mengubah maksud asal dalam perenggan.

127

Selamat Datang ke Malaysia

TEMA 10

Jalan-jalan Cari Nasi Dagang

Selamat Datang ke Malaysia

TEMA 10

Keistimewaan Tanah Airku Berdasarkan bahan, hasilkan sajak yang bertemakan keistimewaan tanah airku.

Malaysia merupakan negara yang istimewa. Sekeping gambar boleh membawa seribu satu cerita tentang keistimewaan Malaysia.

Keindahan pantai memukau Deruan air mengasyikkan

Keindahan alam menggamit kenangan Warisan teguh berdiri

Budaya ialah citra bangsaku Memelihara warisan peribumi

128

4.3.2 Menghasilkan sajak daripada bahan rangsangan dan tema yang diberi berdasarkan pengalaman murid secara kreatif.

TEMA 10

Kelab Pelancongan Sekolah Analisis kesalahan bahasa yang terdapat dalam bahan, tandakannya dengan menggunakan simbol yang sesuai, dan kategorikan kesalahannya. Kemudian, betulkan kesalahan tersebut.

KELAB PELANCONGAN SEKOLAH

Aktiviti Kuiz Pelancongan • Akan diadakan semasa cuti pertengahan penggal • Penyertaan adalah terbuka kepada semua murid • Menyeru kepada murid agar tidak melepaskan peluang untuk turut serta • Di peringkat daerah peserta-pesertanya hebat-hebat • Perlu mengetahui tentang isu semasa • Hadiah wang tunai yang paling lumayan sekali disediakan • Menasihatkan mereka-mereka yang ingin turut serta agar membuat persiapan yang rapi

Selamat Datang ke Malaysia

Selaku Pengerusi, Kelab Pelancongan Sekolah, Muhammad Nor Hilmi bin Norsalihin telah diminta untuk mewara-warakan aktiviti kelab kepada murid-murid semasa perhimpunan sekolah. Sebagai persediaan, Nor Hilmi telah menyenaraikan maklumat-maklumat penting aktiviti dalam bentuk catatan ringkas.

Hilmi

Program Ekopelancongan • Destinasinya adalah Taman Negara Bako, Sarawak • Terbuka kepada 30 ahli-ahli kelab sahaja • Pelbagai aktiviti-aktiviti menarik telah disusun • Menerokai keindahan flora dan fauna selama satu setengah jam • Menyaksikan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan • Menyaksikan monyet-monyet Belanda yang berhidung panjang berkeliaran dan bergayutan • Program dapat menambahkan ilmu dan memperkayakan pengalaman Cari maklumat tentang tempat-tempat pelancongan yang ingin anda kunjungi.

5.6.1 Menganalisis dan membetulkan kesalahan kata dan frasa dalam sesuatu ayat.

129

Permainan Bahasa

Selamat Datang ke Malaysia

TEMA 10

1. Sediakan kad-kad tugasan yang mengandungi aktiviti tertentu mengikut warna petak berserta peruntukan mata. Contoh aktiviti adalah seperti yang berikut: i. warna biru – bina ayat berdasarkan kata kerja transitif (1 – 3 mata) ii. warna kuning – mengedit kesalahan dalam ayat (1 – 4 mata) iii. warna merah – aktiviti seni bahasa (2 – 4 mata) iv. warna putih – Sistem Ejaan Baharu 2. Sediakan manual pengguna, iaitu tentang cara memulakan, meneruskan, dan menamatkan permainan tanpa menggunakan dadu.

Jelajah Malaysia

130

TEMA PERPADUAN 11

Pohon mengkudu di tepi jalan, Buahnya lebat tidak terkira; Bersatu padu jadikan amalan, Negara hebat rakyat sejahtera.

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Tun Tan Cheng Lock Tun V.T. Sambanthan

• Jejak Perpaduan • Peronda Malam



• Media Sosial Penyubur Integrasi • Hikmah di Sebalik Musibah



• Mesranya Pertemuan • Jata Negara Simbol Penyatuan Rakyat



• Kasih Sahabat • Rakyat Bersatu Negara Maju



• Jalinan Kemesraan • Aduhai, Gaston!

131

Unit

21

Indahnya Ukhuwah

TEMA 11

Jejak Perpaduan

Perpaduan

1. Lihat gambar dengan telitinya. 2. Jelaskan gambar-gambar tersebut kepada rakan anda dengan menggunakan ayat yang betul, tepat, dan gramatis. 3. Berikan respons secara kritis tentang perkara yang dijelaskan. Imran melihat gambar-gambar polaroidnya kembali. Gambar-gambar itu tentang pengalamannya menyertai aktiviti Jejak Perpaduan bersama-sama dengan rakannya.

Perbezaan antara bernas dengan kritis Bernas ialah berisi dan matang. Kritis ialah kecekapan dan keupayaan menilai kemunasabahan sesuatu idea dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti.

132

1.8.1 Menghuraikan sesuatu perkara dengan bernas dan kritis secara jelas menggunakan ayat yang betul, tepat, dan gramatis.

Media Sosial Penyubur Integrasi

Melalui media sosial, integrasi dan jalinan kasih mesra antara kaum dapat ditingkatkan. Sebagai contoh, iklan-iklan yang berunsurkan kemasyarakatan yang disebarkan kepada u m u m d ap at men i n g k atk an k es ed ar an masyarakat agar terus hidup secara harmoni. Selanjutnya, media sosial berperanan sebagai wahana untuk menyemarakkan kasih sayang dalam kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira warna kulit dan agama yang dianuti. Media ini dapat menyebarkan maklumat tentang anggota masyarakat yang uzur atau miskin. Melalui maklumat ini, tindakan yang pantas dapat diambil untuk meringankan penderitaan golongan tersebut. Kesimpulannya, rangkaian media sosial sangat berpotensi untuk menyuburkan integrasi dalam kalangan anggota masyarakat yang berbilang kaum. Oleh yang demikian, pengguna media ini perlu melaksanakan tanggungjawab mereka untuk menjadi agen penyatuan masyarakat demi kesejahteraan hidup di negara ini.

2.3.1 Membaca untuk mengenal pasti idea utama dan idea sampingan dengan betul dan tepat.

133

Perpaduan

Pengguna rangkaian media sosial semakin bertambah pada setiap hari di negara ini. Penggunaan media sosial seperti Facebook, Twitter, WhatsApp, dan sebagainya oleh anggota masyarakat berbilang kaum ketika berkomunikasi menyuburkan integrasi kaum. Sebenarnya, peranan rangkaian media sosial ini amat luas jika diterokai sepenuhnya. Rangkaian media sosial mampu melahirkan masyarakat yang prihatin. Pengguna media sosial dapat menyebarkan maklumat tentang sesuatu perkara yang berlaku dalam masyarakat. Sebagai contoh, maklumat tentang anggota masyarakat yang mengalami masalah seperti kehilangan anak dan kemalangan dapat disebarkan. Dengan cara ini, bantuan yang diperlukan mudah untuk disalurkan kepada pihak yang berkenaan. Selain itu, sikap muhibah antara anggota masyarakat yang berbilang kaum juga dapat disuburkan. Kaum seperti Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, dan lain-lain telah lama hidup bersama-sama dalam masyarakat.

TEMA 11

1. Baca dan fahami petikan. 2. Analisis petikan tersebut untuk mengenal pasti idea utama dan idea sampingan dengan betul dan tepat. 3. Pada pendapat anda, apakah kesan rangkaian media sosial dalam kalangan pengguna?

1. Teliti paparan yang disediakan. 2. Hasilkan karangan tentang aktiviti perjumpaan semula. Ameera dan Nadia terlibat dalam aktiviti perjumpaan semula kelas Tahun Enam Akasia sesi 2016.

Perpaduan

TEMA 11

Mesranya Pertemuan

Bercerita sambil menikmati makanan yang a dengan sahabat Berkumpul semul li ba m lama bertaut ke terpisah, kenangan

n

anga

b

to se

afo ersw

ambil ramata s

ken agai

B

ende r-tukar c r a k u t r e B ba kan kha bertanya

134

3.4.4 Menulis karangan menggunakan ejaan yang betul dan bahasa yang tepat, indah, dan menarik.

Kasih Sahabat “Macam itulah, kawan,” balas Toh Seng, penuh kegirangan. Tiba-tiba, Kumar muncul di laman rumah Amir dengan basikalnya. Dia kehairanan apabila terlihat Toh Seng tiba lebih awal daripadanya. “Awak sudah kalah hari ini, Kumar,” kata Toh Seng. “Saya tiba lebih awal daripada awak,” kata Toh Seng lagi. “Eleh, saya tidak hairanlah. Saya bukannya terlewat. Saya masih menepati masa. Awak yang tiba terlebih awal,” balas Kumar, tidak mahu mengalah lagi. Kemudian, budak-budak bertiga itu bergerak ke pangkin di tepi laman rumah Amir. Perbincangan tentang projek baharu mereka pun bermula secara rasminya. (Dipetik dan diubah suai daripada novel Kasih Sahabat karya Alias Derais, 2010. KarnaDya Solutions Sdn. Bhd) Sejauh manakah sikap saling membantu dan integrasi kaum dapat memperkukuh perpaduan dalam kalangan masyarakat?

4.1.1 Memahami dan mengapresiasi karya prosa dari aspek sinopsis, tema, persoalan, nilai dan pengajaran, watak dan perwatakan dengan memberikan respons yang betul dan rasional.

135

Perpaduan

Amir memicit-micit sampul itu dan sahlah bahawa isinya ialah wang. Amir mengeluh. “Janganlah begini, Toh Seng. Kami tidak boleh menerima wang ini,” kata Amir. Kali ini, Toh Seng pula yang mengeluh. “Amir, kita hidup bersama-sama. Masa senang kita hadapi bersama-sama. Masa susah pun mestilah kita hadapi bersama-sama juga. Ambillah duit itu. Niat kami hendak membantu saja,” kata Toh Seng, sedikit kesal dengan sikap Amir yang tidak mahu menerima bantuan itu. Masing-masing terdiam. “Ambillah duit itu, Amir. Awak boleh menggunakannya sebagai modal untuk berniaga nanti,” kata Toh Seng. Amir serba salah untuk menerima pemberian seperti itu. Sikap keluarga Toh Seng yang terlalu baik kepadanya menyebabkan dia rimas pula. Bukan Toh Seng sahaja, malah keluarga Kumar juga begitu. Mereka sering membantunya. “Ambillah duit itu sebelum saya merajuk, Amir,” kata Toh Seng, cuba berseloroh pula. Amir ketawa terkekeh-kekeh mendengarnya. Kemudiannya, Toh Seng turut ketawa. “Silalah merajuk. Kalau Kumar sudah sampai nanti, dia boleh pujuk awak,” balas Amir yang tertawa kemudiannya. Toh Seng ikut tertawa. Toh Seng tidak dapat membayangkan Kumar memujuknya yang merajuk. Pasti buruk benar keadaannya. “Tolong sampaikan ucapan terima kasih saya dan keluarga saya kepada emak dan ayah awak. Kami sangat terhutang budi dengan keluarga awak,” kata Amir yang terpaksa menerima bantuan itu dengan berat hati pula.

TEMA 11

1. Baca dan hayati bahan yang disediakan. 2. Analisis petikan tersebut untuk mengenal pasti nilai dan pengajaran yang terdapat dalam petikan berserta contoh yang sesuai. 3. Hasilkan sketsa daripada petikan.

Jalinan Kemesraan TEMA 11

1. Kenal pasti kesalahan penggunaan kata ganti nama diri dan kategorikan mengikut jenis. 2. Betulkan kesalahan tersebut dan kemudian, tulis semula ayat yang betul.

Perpaduan

Nadia dan kawan-kawannya berbual-bual di Pondok Ilmu pada waktu rehat. Nadia: Durga, dengar khabar sekolah kita akan menganjurkan persembahan drama bersempena dengan bulan kemerdekaan. Saya ingin ikut serta. Durga: Baguslah. Kalian memang berbakat, Nadia. Lakonan kita memang mantap. Jia Wei: Menurut Cikgu Noraini sebentar tadi, mana-mana aktiviti dalam bulan kemerdekaan mesti disertai murid pelbagai kaum. Aliya: Baguslah begitu. Perpaduan antara kami dapat dieratkan lagi. Jia Wei: Benar kata-kata dia. Akan tetapi, perpaduan antara semua anggota masyarakat patut dieratkan lagi. Durga: Ya, Jia Wei. Ada dalam kalangan anggota masyarakat di negara itu tidak suka bergaul dengan bangsa lain. Dia selesa bergaul sesama sendiri sahaja. Aliya: Sikap seperti ini tidak patut diamalkan oleh mana pihak pun. Kami sudah lama hidup bersama-sama secara muhibah. Negara ini milik kami bersama. Jia Wei: Wah, anda seperti Perdana Menterilah! Dia selalu menasihati dan menyarankan mereka agar bersatu padu. Nadia: Saya memang hendak menjadi Perdana Menteri. Durga: Nadia, cuba lakonkan semula lakonan sebagai permaisuri pada tahun lepas. Nadia: Boleh. Tetapi, kami bertiga mesti menjadi dayang. (Nadia mula berlakon untuk memenuhi permintaan Durga) Nadia: Dengar sini, dayang sekalian, saya mahu semua dayang bersatu padu. Usah iri hati sesama sendiri. Sekarang, jalankan tugas masing-masing! Durga: Awak, siapkan kerja dengan cepat. (mengarahkan Aliya) Usah diingkari titah beliau. Aliya: Eh, mengapa pula aku yang perlu siapkan kerja? Andalah yang patut lakukan kerja itu. Nadia: Nampaknya tuan hamba ingkar arahan saya. Tuan hamba akan dihukum! Aliya: Ampunkan hamba berdua, tuan. & Durga (Jia Wei mencelah dan menamatkan lakonan Nadia dan kawan-kawannya) Jia Wei: Amboi, garangnya permaisuri! Marilah kita kembali ke kelas.

136

5.6.1 Menganalisis dan membetulkan kesalahan kata dan frasa dalam sesuatu ayat.

Teras Keharmonian Peronda Malam IMBAS SAYA



1. Dengar bahan dengan telitinya. 2. Berdasarkan perbualan yang didengar, susun panduan untuk menahan orang yang memasuki kawasan perumahan ketika menjalankan rondaan. 3. Berbuallah dengan rakan anda dan berikan respons yang sesuai serta bermakna. Nordin dan Haji Salim berbual-bual di tepi pondok keselamatan taman perumahan mereka.

Banyak orang luar masuk ke taman perumahan kita akhir-akhir ini. Ada antara mereka juga kelihatan mencurigakan. Saya bimbang akan keselamatan kita.

Baiklah, malam ini saya akan ikut meronda. Saya akan tahan orang luar yang masuk ke sini.

Menahan orang sewaktu rondaan juga ada panduan?

Jangan risau, kita ada pasukan rukun tetangga. Awak ikutlah penduduk-penduduk lain melakukan rondaan.

Jangan menahan orang luar sembarangan. Kita ada panduan untuk menahan orang yang masuk ke sini sewaktu rondaan.

Teroka maklumat tentang peranan Rukun Tetangga.

1.3.2 Mendengar dan menyusun panduan, tunjuk cara dan arahan dengan memberikan respons yang sesuai dan bermakna.

137

TEMA 11

22

Perpaduan

Unit

Hikmah di Sebalik Musibah

Perpaduan

TEMA 11

1. Baca dan fahami petikan. 2. Berdasarkan petikan, jelaskan misi-misi kemanusiaan serantau yang telah dilaksanakan oleh MERCY Malaysia. 3. Pada pendapat anda, sejauh manakah misi-misi kemanusiaan oleh pertubuhan seperti MERCY Malaysia mampu mengeratkan perpaduan serantau?

MERCY singkatan daripada Malaysian Medical Relief Society atau dalam bahasa Melayu dikenali sebagai Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia, telah diasaskan oleh Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood pada tahun 1999. Pertubuhan ini ditubuhkan dengan objektif untuk memberikan bantuan kemanusiaan dari sudut perubatan kepada mangsa bencana. Tarikh 26 Disember 2004 mencatat sejarah hiba apabila bencana tsunami melanda Indonesia, Malaysia, Sri Lanka, Thailand dan negara-negara lain. Banda Aceh, Indonesia, menjadi lokasi paling teruk dilanda bencana ini kerana jumlah kematian melebihi 100 ribu orang. MERCY Malaysia berada di lokasi kejadian untuk memberikan bantuan kemanusiaan kepada mangsa tragedi tersebut. Selain misi kemanusiaan di Indonesia, MERCY Malaysia turut menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada negara serantau lain, contohnya kepada mangsa Taufan Nargis 138

di Myanmar pada tahun 2008. Pada tahun 2012 pula, MERCY Malaysia membantu mangsa Ribut Tropika Wa s h i d a n Ta u f a n B o p h a y a n g melanda Filipina. Di samping menghulurkan bantuan perubatan kepada mangsa bencana, pertubuhan ini juga memberikan manfaat lain. Salah satu manfaat yang amat jelas ialah terhasilnya ikatan perpaduan yang erat dalam kalangan negara serantau yang menerima bantuan MERCY Malaysia. Jika sebelum ini negara-negara berjiran ini menjalinkan hubungan dari sudut kerjasama ekonomi atau bidang lain, kini hubungan itu dapat dipererat dengan adanya pelbagai bantuan dalam aspek kemanusiaan. Dengan cara ini, hubungan kejiranan yang akrab antara negara ini dapat dikekalkan. Secara keseluruhannya, peranan yang dimainkan oleh MERCY Malaysia ini bukan sekadar menyemarakkan nilai kemanusiaan tanpa sempadan, tetapi juga membawa hikmah yang lain. Salah satu daripadanya ialah bercambahnya semangat perpaduan antara negara serantau. Teroka bentuk jalinan kerjasama lain yang berlaku antara negara serantau yang mampu mengeratkan perpaduan.

2.4.1 Membaca secara ekstensif pelbagai bahan fiksyen dan bukan fiksyen untuk meneroka maklumat baharu.

Simbol Penyatuan Rakyat

IMBAS SAYA



TEMA 11

1. Baca petikan yang disediakan dengan telitinya. 2. Tulis ringkasan tentang fungsi jata negara dengan menggunakan ayat yang gramatis berdasarkan maklumat dalam petikan.

Negara ini mempunyai jata yang menjadi lambang rasmi negara. Jata negara ini telah diperkenan dan diwartakan oleh Raja-Raja Melayu pada tahun 1952. Sesebuah negara mestilah mempunyai identiti. Tanpa identiti, sesebuah negara itu tidak mempunyai karakter atau personaliti. Dalam hal ini, jata negara berfungsi sebagai identiti negara. Setiap warna, objek, binatang, dan cogan kata mempunyai maksud dan falsafahnya yang tersendiri. Selain menjadi identiti negara, jata negara juga berfungsi sebagai simbol perpaduan negara ini. Negara ini terbentuk daripada gabungan banyak negeri. Dalam jata ini, kewujudan setiap negeri dalam pembentukan negara ini diabadikan dalam bentuk keris, kepelbagaian warna, dan logo negeri masing-masing. Cogan kata yang berbunyi “Bersekutu Bertambah Mutu” dengan jelas menunjukkan penerapan unsur perpaduan. Selain itu, jata negara menjadi alat penyatupaduan semua rakyat dari pelbagai negeri. Cogan kata pada jata menunjukkan bahawa rakyat digesa agar bersatu. Hal ini dikatakan demikian kerana rakyat yang bersatu padu akan melahirkan negara yang kuat dan stabil. Kestabilan negara ini akan mengekalkan keamanan dan keharmonian. Di samping itu, jata negara dapat meningkatkan semangat kekitaan dalam kalangan rakyat. Perbezaan negeri tidak menghalang rakyat Malaysia bersatu padu. Sebagai contoh, masalah bencana alam yang menimpa rakyat negeri Kelantan turut dirasai oleh rakyat negeri lain seperti Selangor dan Kedah. Masing-masing menghulurkan bantuan kepada rakyat negeri lain atas faktor kemanusiaan dan kekitaan. Kesimpulannya, jata negara ialah lambang Penanda wacana ialah perkataan ataupun rangkai negara yang sangat penting. Peranannya kata yang menentukan perkaitan atau bukan sekadar menjadi identiti dan gambaran kesinambungan antara satu idea dengan satu idea yang lain dalam ayat atau perenggan. Penggunaan keperibadian negara malahan sebagai agen penanda wacana yang tepat akan menyebabkan penyatuan rakyat. (Sumber: http://pmr.penerangan.gov.my)

seluruh wacana mempunyai kesatuan dan perpautan yang lengkap.

3.5.1 Menulis ringkasan dan merumus pelbagai bahan prosa dengan betul menggunakan ayat yang gramatis.

139

Perpaduan

Jata Negara

Rakyat Bersatu Negara Maju

IMBAS SAYA

TEMA 11

1. Dendangkan gurindam di bawah. 2. Fahami maksud gurindam di bawah untuk mengenal pasti nilai dan pengajaran yang anda peroleh daripada gurindam tersebut. 3. Pada pendapat anda, apakah peranan yang wajar dimainkan oleh seseorang remaja untuk meningkatkan perpaduan kaum di negara ini?

Perpaduan

Gurindam Rakyat Jika rakyat hidup muafakat, Apa dibuat mendapat berkat. Jika rakyat hidup bersatu, Aman harmoni sudahlah tentu. Jika rakyat saling memahami, Resam budaya mudah diselami. Jika rakyat saling menghormati, Dengki khianat tidak dekati. Jika rakyat hidup harmoni, Sebarang masalah mudah ditangani. Jika rakyat saling membantu, Masyarakat pasti sentiasa bersatu. Jika rakyat pencinta damai, Mudah nanti perpaduan disemai. Jika rakyat tidak bermusuhan, Hidup muhibah jauhlah rusuhan. Jika rakyat bersatu tenaga, Kebajikan pasti selalu terjaga. Alias Derais Shah Alam

140

4.1.2 Memahami dan menghayati karya puisi dengan memberikan penekanan kepada aspek maksud, tema, persoalan, nilai dan pengajaran dengan betul.



IMBAS SAYA



Si bulu tebal sombong. Dia tidak mahu bergaul dengan Si Oren, ... kucing kampung yang ekornya kontot dan warna bulunya buruk. Biarlah Si Oren berkawan dengan Si Kelabu dan Si Keding, ... kucing siam yang tersesat ke dalam masyarakat yang hidup serba moden ini. Dia lebih rela bersendirian. “Meow..,” sengaja dipanjangkan ngiaunya itu apabila namanya dipanggil. Dia berlari-lari dan kemudiannya berhenti serta-merta di atas ... permaidani dari Turki. Pandangannya dihalakan ke arah ... reben merah yang dipintal di hujung lidi. Reben itu diacah-acahkan kepadanya. Dia kembali berlari dan melompat galak untuk menangkap reben itu. Tuannya ketawa mengekek apabila melihat aksinya yang comel itu. Sewaktu melompat, dia sempat menjeling ke arah Si Kelabu, Si Oren dan Si Keding. Mereka sekadar memerhatikannya di tepi ... pasu bunga. Dia berasa seperti mendapat kemenangan. “Gaston namanya,” beritahu tuannya kepada Haris, iaitu rakan yang datang ke rumah. “Wah, namanya seperti orang putih! Tebal sungguh bulunya,” kata Haris. “Awak pergilah bermain dengannya,” cadang tuannya. “Acah Gaston dengan lidi ini,” cadang tuannya sambil menghulurkan lidi. Haris meletakkan ... majalah yang dibawanya. Dia berlari-lari ke luar rumah dengan lidi di tangan. Gaston mengejar dari belakang. Tiba di laman, lidi diacah-acah tinggi ke udara. Gaston melompat-lompat galak.

TEMA 11

1. Baca petikan dengan telitinya. 2. Tentukan penjodoh bilangan yang sesuai untuk mengisi tempat kosong yang terdapat dalam petikan.

Tiba-tiba, dia terjatuh ke dalam longkang. Dia menyeringai kesakitan. Haris yang terkejut terus berlari masuk ke dalam rumah. “Mana Gaston?” soal tuannya. “Dia bermain-main di luar,” jawab Haris. Sebaik-baik dia melompat keluar dari longkang tersebut, dia berlari masuk ke dalam rumah. “Busuk! Keluar dari sini!” jerit salah ... pembantu rumah sambil menghalaunya kerana bulunya yang tebal telah kotor sama sekali. Badannya bersalut kotoran dari longkang itu. Dia berjalan perlahan. Tiba-tiba, ... penyapu hinggap di belakangnya. Dia berlari sekuat hati. “Jangan sesiapa pegang Gaston. Badannya berkuman,” kata pemilik rumah itu. Seisi rumah jijik memandangnya. Sewaktu dihalau keluar, dia terpandang Si Oren, Si Kelabu dan Si Keding memandangnya sinis. Saat itu muncul kekesalan dalam dirinya. Dia benar-benar bersendirian.

5.6.1 Menganalisis dan membetulkan kesalahan kata dan frasa dalam sesuatu ayat.

141

Perpaduan

Aduhai, Gaston!

Baktimu Terpahat di Hati

Perpaduan

TEMA 11

1. Baca dan analisis petikan untuk mengenal pasti idea utama dan idea sampingan dalam petikan tersebut. 2. Ringkaskan petikan tersebut. 3. Dengan merujuk pelbagai bahan, hasilkan karangan biografi tokoh yang lain. Sebut sahaja tentang Bapa Perpaduan, nama negarawan yang tidak asing lagi akan terpacul, iaitu Allahyarham Tun Hussein bin Dato’ Onn. Negarawan ini ialah Perdana Menteri Malaysia yang ketiga. Beliau memegang teraju utama pentadbiran di negara ini bermula pada 15 Januari 1976 sehingga 16 Julai 1981. Tun Hussein bin Dato’ Onn telah dilahirkan di Johor Bahru pada 12 Februari 1922. Beliau merupakan anak sulung kepada Dato’ Onn bin Jaafar dan Datin Halimah binti Hussein. Bapa beliau, Dato’ Onn bin Jaafar, merupakan presiden UMNO yang pertama. Perkahwinan beliau dengan Tun Suhailah binti Tan Sri Mohammad Noah telah dikurniai enam orang cahaya mata. Seorang daripada anak beliau yang meneruskan legasi politiknya ialah Tun Hussein bin Dato’ Onn Datuk Seri Hishammuddin bin Tun Hussein. Sebagai negarawan ulung, beliau amat menekankan aspek perpaduan. Hal ini dikatakan demikian kerana beliau sedar bahawa jalinan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat merupakan pemangkin kemajuan negara dalam pelbagai bidang. Nilai saling menghormati, toleransi, dan kebersamaan yang tinggi dalam kalangan rakyat akan menyatupadukan rakyat Malaysia. Rakyat yang bersatu padu akan menjadi teras keharmonian yang berterusan dalam kehidupan masyarakat berbilang kaum di negara ini. Rakyat yang bersatu padu tidak mudah goyah jika ada anasir-anasir luar yang cuba menggugat keamanan di negara yang berdaulat ini. Atas kesedaran inilah, beliau amat menitikberatkan perpaduan kaum dalam kalangan rakyat. Peribahasa Melayu ada menyebut, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Walaupun beliau telah lama meninggalkan kita, namun jasa bakti beliau tidak pernah dilupakan. Nama beliau diabadikan pada jalan, bandar, institusi, bangunan, dan lain-lain. Antaranya termasuklah Bandar Tun Hussein Onn, Hospital Mata Tun Hussein Onn, Universiti Tun Hussein Onn, dan Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn. Dengan merujuk pelbagai sumber maklumat, cari maklumat tentang pemimpin negara yang lain.

142

TEMA 12

Kulit berduri si ikan buntal, Kembang badannya di tengah segara; Jati diri mestilah kental, Bersemangat waja bangunkan negara.



• Penulis Kebanggaan Nusa • Kesopanan dan Kesusilaan



• Laksamana Bestari • Bulan Bahasa Kebangsaan



• Lebaran di Rantau • Hidup Saling Memahami



• Waja Bangsa • Menjunjung Kasih Tuanku



• Perkasakan Bahasa Kita • Jagat Remaja

143

Unit

Negaraku Jati Diriku

TEMA 12

23

Semarak Negara Penulis Kebanggaan Nusa

IMBAS SAYA

Berdasarkan bahan grafik, ulas maklumat tersurat dan tersirat dengan ayat yang gramatis.

LATAR BELAKANG Sewaktu melanjutkan pelajaran di Ireland, Fahd Razy telah menubuhkan Grup Karyawan Luar Negara bagi menghimpunkan karyawan di luar negara. Mereka berkarya bagi menyemarakkan semangat patriotik dalam diri masing-masing. Walaupun Fahd Razy berkelulusan dalam bidang perubatan, namun minatnya yang mendalam dalam bidang sastera menyebabkan beliau sentiasa menghasilkan pelbagai genre penulisan.

PENCAPAIAN • 2000: Hadiah Sastera Siswa Bank Rakyat Enigma Dunia (Cerpen) • 2006: Hadiah Utama Puisi, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2005 Al Andalus Menangis • 2007: Hadiah Utama Puisi, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2006 Nota Kecil di Hujung Isyak II • 2008: Hadiah Utama Puisi, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2007 Menggeledah Nurani • 2009: Hadiah Utama Puisi, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2008 Sang Semut • 2013: Hadiah Utama Puisi, Hadiah Sastera Kumpulan Utusan Nota Renyuk kepada Al Assad • 2015: Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2014 Delusisma 2.0 (Denggi) (Cerpen) • 2015: Tempat pertama Sayembara ITBM-PENA-BH (2015) Pascasejarah (Kumpulan Cerpen) 144

NAMA SEBENAR Ahmad Fadhlil bin Mohamad Pakarul Razy NAMA PENA Fahd Razy TEMPAT LAHIR Kuala Lumpur TARIKH LAHIR 1 Mac 1984

PEKERJAAN Pegawai Perubatan TEMPAT BERTUGAS Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu PENDIDIKAN • Sekolah Kebangsaan Tok Jiring, Terengganu (1992 - 1996) • Sekolah Alam Shah, Kuala Lumpur (1997 - 2001) • Kolej MARA Banting, Selangor (2002 - 2004) • Royal College of Surgeon, Ireland (2004 - 2009)

1.8.2 Mengulas bahan grafik dengan menyatakan maklumat tersurat dan tersirat dengan jelas dan bernas menggunakan ayat yang gramatis.

TEMA 12

IMBAS SAYA

Nyatakan maklumat baharu daripada bahan yang anda baca.

Amir di sofa bersendirian. Matanya digosok audio dan video. Saat ibunya mula melontarkan perlahan. Jam menunjukkan pukul 12:30 pagi. suara, air matanya bergenang. Beliau masih tidak dapat tidur pada waktu ini. “Apa khabar, Amir? Masih belum tidur?” Betapa hatinya merindui tanah airnya. soal Puan Hashimah kepada anak lelaki Waktu di New York berbeza 12 jam dengan tunggalnya itu. Malaysia. Di Malaysia sekarang ialah waktu “Khabar baik, ibu. Belum tidur lagi. Saya makan tengah hari. Perutnya berkeroncong. sedang makan keropok lekor yang ibu kirim. “Setelah menjamah spageti, sosej, dan bebola Terima kasih, ibu. Terubat rasa rindu untuk daging, aku masih menginginkan rendang, nasi makan makanan tanah air,” jawab Amir dengan lemak dan roti canai pada waktu ini. Alangkah nada sayu. indahnya Malaysia, tanah airku,” bisik Amir Semasa perbualan tersebut, Puan Hashimah di dalam hati. sempat bercerita tentang kemeriahan sambutan Sudah hampir tiga tahun Amir menuntut Hari Raya Aidilfitri yang sedang berlangsung ilmu di negara Uncle Sam ini. Namun begitu, di tanah air. Tidak ketinggalan, cerita tentang jati dirinya tetap teguh dan dia tidak pernah ayah Amir yang begitu gembira melihat ucapan melupakan budaya dan adat resam negara “Salam Perantauan” daripada Amir di dalam kelahirannya, iaitu Malaysia. akhbar yang ditatapnya. Lalu, Amir pun ke dapur pangsapurinya Apabila mendengar cerita ibunya itu, rasa untuk menggoreng keropok lekor yang dikirim rindu Amir terhadap kampung halaman bertambah oleh ibunya. Keropok lekor yang dibungkus mendalam. Dia tidak sabar untuk menghabiskan dengan teknik pembungkusan vakum itu masih pengajian yang berbaki setahun lagi. segar. Setelah siap digoreng, dia pun membawa makanan kegemarannya SALAM PERANTAUAN itu ke ruang tamu. Ta t k a l a s e d a n g m e n i k m a t i Daripada: Mazuan bin Lin dan isteri keenakan keropok lekor itu, secara di Venice International tiba-tiba terpapar satu panggilan University, Itali video di skrin komputer ribanya. Kepada: Ahli keluarga di Pulau Tiga Kiri, Perak, dan Amir tersenyum apabila mendapati rakan-rakan di Bandar Tun bahawa panggilan itu adalah daripada Razak, Kuala Lumpur ibunya di kampung. Ibunya membuat Ucapan: Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada sanak saudara panggilan itu dengan menggunakan dan rakan taulan yang berada di tanah air. Kami aplikasi Skype. rindu akan suasana hari raya yang disambut Amir segera menjawab panggilan dengan meriah, tanpa mengira kaum di Malaysia. itu. Dia mengklik butang pilihan Dari kejauhan kami mohon kemaafan. untuk membolehkan perkongsian 2.4.1 Membaca secara ekstensif pelbagai bahan fiksyen dan bukan fiksyen untuk meneroka maklumat baharu.

145

Negaraku Jati Diriku

Lebaran di Rantau

Negaraku Jati Diriku

TEMA 12

Perkasakan Bahasa Kita Berdasarkan bahan, tulis rumusan dengan menggunakan ayat yang gramatis.

Farhana: Mardiah: Farhana: Mardiah: Farhana: Mardiah: Farhana: Mardiah: Farhana: Mardiah:

Farhana: Mardiah: Farhana: Mardiah:

Farhana:

146

Kakak sedang menaip apa? Kakak sedang menaip laporan tahunan pejabat. Sudah siapkah laporan itu? Belum lagi. Sebentar tadi, kakak melayari laman sesawang PRPM. Kakak mencari kosa kata dan istilah yang sesuai untuk digunakan dalam laporan kakak. Apakah PRPM, kak? PRPM ialah singkatan bagi Pusat Rujukan Persuratan Melayu. PRPM merupakan gerbang maya yang disediakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Hana belum pernah menggunakan perkhidmatannya? Belum, kak. Apakah perkhidmatan yang disediakan oleh PRPM? PRPM menyediakan perkhidmatan kamus secara dalam talian, tesaurus, peribahasa, simpulan bahasa, buku yang berkaitan dengan perkataan yang dicari, kamus teknologi, kamus sains dan banyak lagi. Bagaimanakah caranya untuk menggunakan perkhidmatan kamus secara dalam talian dengan menggunakan PRPM, kak? Caranya mudah sahaja. Mula-mula, Hana perlu melayari gerbang maya ini. PRPM dapat diakses melalui http://prpm.dbp.gov.my. Kemudian, taip perkataan yang mahu Hana cari maknanya di ruang yang disediakan. Kemudian, klik butang “Cari”. Enjin carian akan mencari dan menyenaraikan makna perkataan tersebut dengan pantasnya. Wah, mudahnya! Selepas ini, jika Farhana ada masalah untuk menulis karangan bahasa Melayu, bolehlah Farhana menggunakan PRPM. Boleh, Farhana. PRPM bukan sahaja bermanfaat kepada murid tetapi juga kepada golongan profesional seperti kakak. Sebagai golongan profesional, mengapakah kakak menulis laporan kerja dalam bahasa Melayu? Bukankah bahasa Inggeris lebih standard? Farhana, bahasa merupakan lambang jati diri yang utama. Bahasa mencerminkan bangsa, agama, budaya dan negara. Oleh itu, kita perlulah memartabatkan dan memperkasakan penggunaan bahasa Melayu. Tambahan pula, bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan negara kita. Benar, kak. Saya amat bersetuju dengan pendapat kakak.

3.5.1 Menulis ringkasan dan merumus pelbagai bahan prosa dengan betul menggunakan ayat yang gramatis.

Persembahkan petikan prosa tradisional secara kreatif.

Maka laksamana pun menyembah seraya turun, lalu disingsing kakinya dan diasaknya kerisnya ke hadapan. Maka laksamana pun berjalanlah mendapatkan kuda itu. Maka dipegangnya tali kekang kuda itu. Maka kata laksamana pada gembala kuda itu perlahan-lahan, “Hai, gembala kuda, ajarlah syarat naik kuda tezi itu dan segala syaratnya.” Setelah sudah diajarnya, maka laksamana pun melompat naik ke atas belakang kuda itu, serta dipecutnya oleh laksamana. Apabila kuda itu merasai di atas belakangnya itu, maka kuda itu melompat seperti kilat seperti tidak berjijak di bumi lakunya. Maka dipecut oleh laksamana di hadapan balairung itu berkeliling. Maka baju laksamana pun habis carik-carik, berkeping-keping berterbangan. Maka laksamana pun ingat akan pengajar gurunya gembala kuda itu. Maka laksamana pun segera menundukkan kepalanya dilindungkan di balik telinga kuda itu. Hatta dua tiga kali dipecutnya berkeliling pada balairung itu, maka oleh laksamana ditariknya tali kekang; kuda itu pun terdiri. Maka laksamana pun segera terjun di atas kuda itu lalu sujud di bumi. Sudah itu maka laksamana pun naik duduk pada tempatnya. Maka titah Kisna Rayan, “Hai laksamana, sungguhlah engkau hulubalang besar maka engkau dapat naik kuda ini; kerana dalam hulubalangku yang banyak berpuluh-puluh keti ini, seorang pun tiada bercakap menaiki dia.” Maka sembah laksamana, “Daulat Tuanku Syah Alam, dalam itu pun dengan daulat Syah Alam maka dapat patik naik kuda ini.” Anda boleh mempersembahkan Maka Kisna Rayan pun memberi persalin akan laksamana prosa tradisional dengan emas dan perak berpuluh-puluh kati. (Sumber: Dipetik daripada Hikayat Hang Tuah, hlm. 427, 1993. Dewan Bahasa dan Pustaka)

4.4.1 Mempersembahkan karya prosa secara kreatif.

pelbagai cara, antaranya termasuklah lakonan, jalur komik, kerusi panas, dan teater pembaca.

147

Negaraku Jati Diriku

TEMA 12

Laksamana Bestari

TEMA 12

Waja Bangsa

IMBAS SAYA

Negaraku Jati Diriku

1. Analisis ayat dalam bahan dan nyatakan jenisnya. 2. Berdasarkan bahan, bina pelbagai jenis ayat.

Kem Jati Diri SMK Darul Ehsan Tarikh: 3 hingga 5 Disember 20 Tempat: Pusat Latihan dan Rekreasi Nur Lembah Lenggong, Kampung Baharu Selat Pagar, 33400 Lenggong, Perak Darul Ridzuan.

nti anda!

ihan mena b le e k k a y n Wah, ba

Objektif kem jati diri ini adalah untuk membina jati diri para peserta. Selain itu, objektif kem ini adalah untuk mengukuhkan semangat kerjasama. Kem ini juga akan memupuk nilai muafakat.

Aktiviti Hari Pertama: • Kelas Pembinaan Karakter • Berkayak • Meredah Hutan

Aktiviti Hari Kedua:

• Bengkel Pengukuhan Jati Diri • Merentas Tali Perkhemahan

Aktiviti Hari Ketiga: • Kelas Kenegaraan • Ikhtiar Hidup • Malam Kebudayaan

148

Kem ini terbuka kepada semua warga SMK Darul Ehsan • Tiada yuran dikenakan • Bawa pakaian secukupnya • Bawa peralatan mandi • Makanan disediakan enam kali sehari

5.5.1 Memahami dan membina ayat tunggal dan jenis ayat dengan betul dan tepat mengikut konteks.

Hayati Rukun Negara TEMA 12

24

Kesopanan dan Kesusilaan 1. Bersoal jawab dengan rakan anda berdasarkan bahan dengan menggunakan soalan bercapah. 2. Lakonkan sketsa. Di tengah pentas, para pelakon sedang melakonkan sketsa kehidupan masyarakat Malaysia yang harmoni.

1.5.3 Bersoal jawab dengan menggunakan soalan bercapah dalam perbincangan dan memberikan jawapan yang sesuai dan betul secara bertatasusila.

149

Negaraku Jati Diriku

Unit

Hidup Saling Memahami TEMA 12

IMBAS SAYA 1. Baca teks dan terangkan makna rangkai kata yang berwarna biru. 2. Masyarakat Malaysia hidup aman harmoni. Jelaskan usaha-usaha untuk mengekalkan keadaan ini.

Negaraku Jati Diriku

“Eh, kamu datang seorang saja, Kim Ong! Mana Segaraja?” terpacul kata-kata itu dari mulut Najmi sewaktu menyambut kedatangan rakannya itu di muka pintu. Setelah bersalaman, Kim Ong dipersilakan masuk. “Segaraja tidak dapat datang. Dia mengikut ibu bapanya pergi ke kuil. Ada upacara keagamaan, katanya,” jelas Kim Ong. Langkahnya dihayun kemas menuju ke ruang tamu rumah banglo setingkat itu. “Sunyi sepi sahaja rumah kamu, Najmi. Ibu bapa kamu mana?” tanya Kim Ong. Pandangannya melilau ke sekeliling. Lehernya dipanjangkan. “Ibu dan bapa saya ke masjid. Hari ini ada kursus haji. Kalau tiada aral melintang dan diizinkan Allah, mereka akan menunaikan haji tahun ini,” kata Najmi lalu menghidangkan minuman dan buah-buahan. “Minumlah dulu, Kim Ong. Selepas minum, barulah kita bekerja,” kata Najmi. Bibirnya menguntumkan senyuman sambil matanya mengerling ke arah timbunan buku dan majalah di atas meja. Setelah selesai berbual, Najmi dan Kim Ong pun mula menjalankan operasi mereka. Mereka mencari bahan yang sesuai bagi menyiapkan teks pidato yang bertajuk, “Kepentingan Menghayati Rukun Negara”. 150

Sehelai demi sehelai halaman majalah diselak oleh Kim Ong. Gembiranya Kim Ong apabila terjumpa artikel tentang keharmonian masyarakat Malaysia. Artikel itu dibacanya dengan teliti. Dia mencatat fakta-fakta penting untuk dijadikan isi teks pidatonya. Sedang Kim Ong dan Najmi ralit menelaah bahan bacaan tersebut, tiba-tiba laungan azan berkumandang menandakan masuknya waktu solat Asar. Najmi menyuarakan hajatnya untuk mendirikan solat. Kim Ong akur. Dia faham benar akan tanggungjawab Najmi sebagai Muslim. Hidup Harmoni Malaysia ialah negara yang penduduknya menganuti pelbagai agama. Terdapat penganut agama Islam, Buddha, Hindu, Kristian dan sebagainya di Malaysia. Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Islam ialah agama Persekutuan. Namun begitu, agama-agama lain boleh diamalkan di Malaysia. Hal ini bermakna bahawa walaupun kedudukan agama Islam itu istimewa, Perlembagaan tidak menafikan hak penganut-penganut agama lain. Rakyat negara ini begitu menghormati agama, budaya dan amalan keagamaan pelbagai bangsa. Sikap saling memahami sudah terasuh dalam jiwa rakyat Malaysia sejak bertahun-tahun lamanya.

2.2.1 Membaca untuk memahami makna rangkai kata yang terdapat dalam pelbagai bahan menggunakan glosari dan kamus dengan betul dan tepat.

Kemeriahan amat dirasai dengan kehadiran ribuan pengunjung.

Negaraku Jati Diriku

1. Kenal pasti bahasa yang indah dan menarik daripada bahan. 2. Berdasarkan bahan, tulis karangan keperihalan dengan menggunakan ejaan yang betul dan bahasa yang tepat, indah serta menarik.

Reruai pameran mewarnai karnival.

Karnival Rukun Negara

Ikrar Rukun Negara menyemarakkan karnival.

Persembahan drama hasil cetusan idea dan kerjasama masyarakat berbilang kaum.

Tembok perkauman dirobohkan apabila para peserta bersama-sama menjayakan acara sukan rakyat.

TEMA 12

Jagat Remaja

Pertandingan kuiz menguji minda peserta.

2. 3. 4.

Karangan keperihalan adalah seperti yang berikut: 1. Karangan jenis ini menggambarkan apa-apa yang dilihat, didengar, dialami, dibaca atau ditonton. Anda boleh memerihalkan orang, tempat, peristiwa, atau benda. Karangan ini tidak memerlukan format yang khusus. Bahasa yang digunakan hendaklah indah, menarik, dan berkesan.

3.4.4 Menulis karangan menggunakan ejaan yang betul dan bahasa yang tepat, indah serta menarik.

151

TEMA 12 Negaraku Jati Diriku

Persembahkan iklan melalui teknik yang menarik dan berkesan berdasarkan bahan.

Tarikh: 23 Oktober 20 Tempat: Inap Desa Kampung Sepakat, Sabak Bernam, Selangor Masa: 9:00 pagi - 5:00 petang

Berbalas Pantun ✥ Membaca Naskhah Sastera Lama ✥ Sahibba ✥ Roda Kata ✥ Kembara Bahasa

152

4.4.3 Mempersembahkan iklan dan promosi melalui teknik yang menarik dan berkesan.

Menjunjung Kasih Tuanku

Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Sistem beraja juga diamalkan di setiap negeri manakala negeri yang tidak beraja pula diperintah oleh Yang Dipertua Negeri. Yang di-Pertuan Agong Sebagai Ketua Negara, Yang di-Pertuan Agong mempunyai tanggungjawab yang sangat besar kepada rakyat dan negara. Antara tanggungjawab baginda termasuklah memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera serta kepentingan sah kaum-kaum lain. Baginda juga mempunyai kuasa untuk memanggil, menangguhkan dan membubarkan Parlimen. Baginda ialah Ketua Agama Islam bagi negeri beraja. Baginda juga berperanan sebagai Ketua Agama Islam di negeri-negeri seperti Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan. Baginda turut diperuntukkan kuasa melantik dan membatalkan lantikan jawatan menteri dan timbalan menteri. Selain itu, baginda merupakan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan. Baginda berkuasa untuk membuat pengisytiharan darurat. Pada 24 April 2017, Sultan Kelantan, iaitu Sultan Muhammad V, secara rasminya telah ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15.

Istana Negara Istana Negara ialah tempat bersemayam rasmi bagi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Istana ini terletak di Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur dan dibina merangkumi tiga komponen bangunan utama, iaitu Komponen Rasmi, Komponen Diraja, dan Komponen Pentadbiran. Komponen Rasmi menempatkan balairung seri, dewan untuk majlis menghadap, dewan menunggu sebelum majlis menghadap, dewan bankuet bagi majlis santapan, Dewan Singgahsana Kecil dan Dewan Mesyuarat Majlis Raja-Raja. Komponen Diraja pula merupakan tempat persemayaman diraja yang meliputi Kamar Peraduan, Kamar Persiraman, Kamar Pejabat Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Kamar Pejabat Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Kamar Santapan, Tempat Istirahat, serta Bilik Tetamu Diraja. Komponen Pentadbiran menempatkan Pejabat Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Pejabat Datuk Paduka Maharaja Lela, Bahagian Urusan Diraja, Bahagian Istiadat, Bahagian Khidmat Pengurusan, Bahagian Agama, serta Bahagian Juruiring. (Sumber: http://www.istananegara.gov.my)

5.1.4 Memahami dan menggunakan kata kerja transitif dengan betul mengikut konteks.

153

Negaraku Jati Diriku

TEMA 12

1. Berdasarkan bahan, senaraikan kata kerja transitif. 2. Bina ayat dalam perenggan dengan menggunakan kata kerja transitif.

Sejarah Pembentukan

Rukun Negara

TEMA 12

1. Nyatakan maklumat baharu daripada bahan yang anda baca secara ekstensif. 2. Buat rumusan berdasarkan bahan. 3. Senaraikan kata kerja transitif daripada bahan.

Negaraku Jati Diriku

Sebelum mencapai kemerdekaan, negara kita diperintah oleh Kerajaan Kolonial Inggeris. Ketika itu, pemerintahan Inggeris telah melaksanakan dasar yang tidak menyumbang kepada perpaduan kaum seperti dasar pecah dan perintah. Menerusi dasar tersebut, tiga kaum utama, iaitu Melayu, Cina dan India dipisahkan dari segi tempat tinggal dan pekerjaan. Kebanyakan orang Melayu tinggal di desa dan bekerja di sektor pertanian. Kaum Cina pula tinggal di bandar dan melibatkan diri dalam perniagaan, manakala kaum India tinggal dan bekerja di estet-estet. Pelaksanaan dasar ini telah mewujudkan masyarakat majmuk yang hidup secara berasingan. Mereka menjalani kehidupan yang berbeza-beza dari segi agama, adat budaya, bahasa, kegiatan ekonomi, dan petempatan. Dasar ini membunuh semangat muhibah dan perpaduan kaum. Akibatnya, hubungan antara kaum menjadi renggang dan timbul syak wasangka antara mereka. Masalah ini kian meruncing apabila parti-parti politik membuat provokasi antara satu sama lain semasa negara mengadakan pilihan raya umum 1969. Kemelut ini semakin serius sehingga mencetuskan peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Peristiwa tersebut merupakan kemuncak masalah perpaduan kaum di Malaysia. Tragedi yang mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda itu merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara. Ekoran peristiwa itu, kerajaan telah mencari satu formula bagi mengatasi 154

masalah pergaduhan kaum agar tidak berulang. Kesannya, sistem kerajaan berparlimen telah digantung dan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) ditubuhkan. Tujuan penubuhan MAGERAN adalah untuk mengembalikan semula keamanan, menegakkan undang-undang negara dan memupuk suasana harmoni serta saling percaya antara masyarakat b e r b i l a n g k a u m . Tu n A b d u l R a z a k bin Dato’ Hussein telah dilantik sebagai Pengarah MAGERAN dengan ahli-ahlinya terdiri daripada Tun Dr. Ismail, Tan Sri Ghazali Shafie, Tunku Osman Mohd Jewa, Tan Sri Mohamad Salleh, Leftenan Dato’ Ibrahim Ismail, Presiden MCA, dan Presiden MIC. Dua permasalahan utama yang perlu diselesaikan oleh MAGERAN ialah masalah perpaduan kaum dan ketidakseimbangan ekonomi antara kaum. Ekoran itu, Majlis Perundingan Negara dan Jabatan Perpaduan Negara telah ditubuhkan pada tahun 1970. Setelah berbincang serta mengkaji permasalahan kaum selama beberapa bulan, Majlis Perundingan Negara telah merumuskan bahawa satu ideologi yang mampu mengatasi garis pemisah antara kaum perlu diwujudkan di negara ini. Hasilnya, maka lahirlah Rukun Negara yang telah diisytiharkan oleh Yang di-Pertuan Agong Keempat pada 31 Ogos 1970 bersempena dengan ulang tahun ke-13 kemerdekaan negara. (Sumber: Jabatan Penerangan Malaysia)

TEMA

13

EKONOMI, KEUSAHAWANAN DAN PENGURUSAN KEWANGAN

Makan siakap berulam pegaga, Tambah selera kari sembilang; Usahawan cekap kewangan terjaga, Rakyat sejahtera ekonomi gemilang.



• Niaga Pascamoden • Pintar Berbelanja



• Etika dalam Perniagaan • Melabur atau Menyimpan?



• Usahawan Muda • Hikmah Menabung



• Bijaksana ketika Berbelanja • Jualan Amal



• Berhemat untuk Berlibur • Usah Berhutang

155

Unit

25

Ekonomi dan Perniagaan

TEMA 13

Niaga Pascamoden

Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan

1. Teliti paparan yang disediakan. 2. Saring maklumat tentang ciri-ciri perniagaan dalam talian dan sampaikan maklumat tersebut dengan menggunakan ayat yang gramatis. 3. Berbincanglah dengan rakan anda untuk mengenal pasti sumber pendapatan yang diperoleh. Ahli Kelab Usahawan Muda sekolah Aliya berbincang tentang perniagaan alaf baharu.

Kelab Usahawan Muda Sekolah Menengah Kebangsaan Kejora

Ciri-ciri Perniagaan Alaf Baharu beli dan bawa pulang perlukan kedai untuk beroperasi peniaga dan pembeli tidak bersemuka pembeli dapat membelek-belek produk pasaran seluruh dunia pekerja diperlukan untuk mengendalikannya tidak perlukan kedai untuk beroperasi beroperasi secara berjadual jual beli berlaku tanpa mengira masa pasaran terhad bayaran dilakukan dalam talian urus niaga secara bersemuka 156

Teroka maklumat tentang bentuk-bentuk perniagaan dalam talian yang ditawarkan kepada pengguna.

1.6.1 Menyaring dan menyampaikan maklumat yang tepat dan menggunakan ayat yang gramatis.

Etika dalam Perniagaan TEMA 13

1. Baca dan fahami bahan yang disediakan. 2. Berdasarkan bahan, jelaskan sejauh manakah pentingnya para peniaga mengamalkan etika yang betul ketika berniaga. 3. Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya untuk menggalakkan peniaga mengamalkan etika perniagaan yang betul?

Nadia: Cikgu, saya dan ahli kelab kita bercadang untuk menjalankan perniagaan pada hari keusahawanan nanti. Cikgu Marina: Bagus cadangan kalian, tetapi pastikan kalian mengamalkan etika yang sesuai ketika menjalankan perniagaan nanti. Nadia: Berniaga juga ada etika tertentu? Cikgu Marina: Tentulah ada etika, Nadia. Etika perniagaan ini ialah panduan kepada mana-mana pihak yang ingin mengendalikan perniagaan, terutamanya apabila berhadapan dengan pelanggan. Mana-mana peniaga yang tidak mengamalkan etika yang betul, dia pasti tidak disenangi oleh pelanggan. Kalau nasibnya tidak baik, gulung tikarlah nanti perniagaannya itu. Nadia: Wah, penting sungguh etika perniagaan kepada para peniaga! Cikgu, apakah etika perniagaan yang patut kami amalkan?

Etika Perniagaan • Peniaga perlu sentiasa bersikap jujur terhadap pelanggan • Peniaga perlu melayani pelanggan secara adil • Produk yang dijual mestilah berkualiti tinggi • Peniaga perlu memulangkan baki wang yang tepat • Peniaga perlu bersikap ramah dan tidak sombong • Peniaga perlu selalu bersedia membantu pelanggan • Peniaga perlu menepati masa dan menunaikan janji • Peniaga perlu memberikan maklumat yang tepat tentang produk yang dijual • Peniaga perlu meletakkan harga yang tepat terhadap produk atau perkhidmatan • Peniaga perlu sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti perkhidmatan

2.2.2 Membaca untuk memahami dan menaakul maklumat berbentuk pesanan daripada pelbagai bahan dengan memberikan respons yang betul.

157

Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan

Cikgu Marina sedang berbincang dengan Nadia tentang etika perniagaan.

Usahawan Muda

Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan

TEMA 13

Baca dan fahami petikan. Kemudian, hasilkan kerangka karangan dalam bentuk grafik.

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kejora telah menganjurkan Hari Keusahawanan yang dirasmikan oleh saudara Faizul Azwan bin Ridzuan, usahawan muda dalam bidang hartanah. Salam sejahtera saya ucapkan kepada Yang Berusaha Puan Hajah Misliah binti Kasim, Pengetua SMK Seri Kejora, barisan pentadbir sekolah, guru-guru, dan semua murid yang saya hormati. Saya amat berbesar hati kerana dijemput untuk merasmikan program ini. Saya berharap, dalam masa yang singkat ini dapatlah saya berkongsi maklumat dengan murid-murid tentang ciri-ciri usahawan yang berjaya dalam perniagaan. Hadirin yang saya hormati, Seseorang usahawan yang berjaya mesti mempunyai kebijaksanaan. Usahawan mestilah bijak menguruskan perusahaan, bijak membuat sebarang keputusan, mengatur strategi, berhadapan dengan pelanggan dan lain-lain lagi. Sebagai contohnya, usahawan perlu menyelesaikan masalah secara kreatif dan tidak merugikan sesiapa apabila berhadapan dengan masalah. Seterusnya, seseorang usahawan perlu memiliki sifat kepemimpinan. Sebagai pemimpin, usahawan mestilah mempunyai kemahiran untuk mempengaruhi pekerja-pekerja bagi melaksanakan tugas sebaik yang mungkin. Keupayaan usahawan ini penting untuk mengajak pekerja agar bersama-sama mencapai matlamat perniagaan. Hadirin yang saya sanjungi, Selanjutnya, seseorang usahawan mestilah mempunyai keberanian dan kecekalan. Perniagaan atau perusahaan memang tidak dapat dipisahkan dengan risiko dan cabaran kerana langit tidak sentiasa cerah. Seseorang usahawan perlu berani mengambil risiko dan berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam perniagaan, contohnya cabaran kenaikan harga bahan mentah atau permintaan produk merosot. Falsafah dalam peribahasa Melayu, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai perlu ada dalam diri usahawan. Akhir kata, jelaslah bahawa terdapat banyak ciri usahawan yang berjaya. Sebagai usahawan, saya berharap pihak sekolah mampu melahirkan lebih ramai usahawan muda. Hal ini saya katakan demikian kerana bidang keusahawanan menjanjikan pulangan Dengan merujuk pelbagai dan masa depan yang gemilang. Sebelum saya mengundurkan sumber, dapatkan maklumat diri, saya dengan ini, merasmikan program Hari Keusahawanan berkenaan kejayaan usahawan Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kejora. muda lain. Kongsikan Sekian, terima kasih. maklumat tersebut dengan rakan anda.

158

3.4.1 Membina kerangka karangan dalam bentuk grafik secara terancang.

Bijaksana ketika Berbelanja TEMA 13

Persembahkan pantun dengan sebutan, intonasi dan nada secara kreatif.

Pantun Bijak Berbelanja Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan

Bunga teluki bunga seroja, Indah berseri dalam jambangan; Pengguna bestari bijak berbelanja, Disiplin diri kawal kewangan. Indah berseri dalam jambangan, Berikat tali lalu ditatang; Disiplin diri kawal kewangan, Berhemah membeli elak berhutang. Berikat tali lalu ditatang, Bawa ke sini teruna berlima; Berhemah membeli elak berhutang, Amalan murni pasak di sukma. Bawa ke sini teruna berlima, Merdu alunan serata pinggiran; Amalan murni pasak di sukma, Rancang belanjawan elak pembaziran. Merdu alunan serata pinggiran, Senandung irama hati teruja; Rancang belanjawan elak pembaziran, Panduan berharga tika berbelanja. Senandung irama hati teruja, Bertingkah rentak teruna delapan; Panduan berharga tika berbelanja, Pengguna bijak ekonomi mampan. Saripah binti Khalit SMK Alang Iskandar

4.4.2 Mempersembahkan pantun dengan sebutan, intonasi dan nada secara kreatif.

159

Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan

TEMA 13

Berhemat untuk Berlibur 1. Analisis gambar yang dipaparkan dengan telitinya. 2. Berdasarkan gambar, bina ayat tunggal dan tentukan jenis ayat yang betul. Nadia berbual-bual dengan Durga tentang gambar-gambar yang diambil ketika mengunjungi Pameran Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. Nadia: Gambar-gambar ini saya ambil di pameran MATTA. Durga: Wah, ramai sungguh pengunjung pameran ini! Apakah perkara yang menarik tentang pameran MATTA? Nadia: Awak dapat melawat gerai-gerai pameran destinasi pelancongan. Pakej pelancongan dijual pada harga yang sungguh menarik. Durga: Saya ingin melawat pameran ini pada masa akan datang. Nadia: Awak akan mendapat banyak faedah jika melawat pameran itu. Durga: Saya bersetuju dengan cadangan awak.

Pameran yang bertempat di PWTC diadakan dua kali setahun, iaitu pada bulan Mac dan September. Salah satu objektif pameran ini adalah untuk mempromosikan produk pelancongan domestik yang diyakini mampu menarik minat pelancong dari dalam dan luar negara.

160

5.5.1 Memahami dan membina ayat tunggal dan jenis ayat dengan betul dan tepat mengikut konteks.

26

Bijak Wang TEMA 13

Pintar Berbelanja 1. Analisis bahan grafik yang dipaparkan dengan telitinya. 2. Jelaskan maklumat yang terdapat dalam bahan secara lisan dengan menggunakan intonasi yang betul dan ayat yang gramatis. 3. Pada pendapat anda, sejauh manakah pentingnya mematuhi panduan berbelanja secara bijak?

Kelab Keusahawanan meminta ahlinya menyediakan panduan berbelanja secara bijak untuk dimuatkan ke dalam buletin bulanan kelab mereka.

Menyenaraikan barangan

Membeli barangan berdasarkan keperluan

.50 23 0 3.5 0 3.0 0 sar 4.5 0 s e a b r Be ang i 9.5 7 aw ad 89 .00 56 67 B ili P 44 .00 n 3 12 355 C emo ilis 44 12 55 L kan B 6 34 655 I 34 lah Jum nai Tu

Tidak menggunakan kad kredit

Membandingkan harga

Meneliti resit pembelian

Teroka maklumat tentang panduan berbelanja secara bijak daripada pelbagai sumber.

1.6.2 Menjana dan menyampaikan maklumat dalam bentuk panduan dan pesanan dengan betul dan jelas, intonasi yang sesuai dan berkesan menggunakan ayat yang gramatis.

161

Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan

Unit

Melabur atau Menyimpan?

Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan

TEMA 13

1. Analisis petikan di bawah untuk membanding beza maklumat yang diperoleh. 2. Berdasarkan petikan, jelaskan perkaitan antara risiko dengan pulangan pelaburan. 3. Pada pendapat anda, apakah kebaikan yang diperoleh jika seseorang melibatkan diri dalam aktiviti pelaburan wang?

INFORMASI PENTING

Pelaburan tidak terhad dalam bentuk kewangan semata-mata, bahkan meliputi aspek yang luas. Sebagai contoh, ibu bapa bergolok bergadai untuk Kemampuan untuk seseorang itu bekerja akan berkurangan apabila berlaku peningkata memberikan peluang pendidikan yang terbaik kepada n usia. Kita tidak patut berharap kepada orang lain untuk menyara hidup kita pada usia emas. anak-anak demi masa depan yang cerah. Pendidikan untuk anak-anak Pelaburan ialah tindakan menangguh penggunaan Kos pendidikan semakin meningka t. Pelaburan yang w a ng pada masa sekarang untuk mendapat bijak akan dapat membantu ibu bapa menanggung kos pendidikan anak-anak dengan mudahny keuntungan pada masa akan datang. Pelaburan wang a pada masa hadapan. berbeza daripada simpanan wang. Bagi pelabur Meringankan beban perbelanjaan wang, mereka tidak boleh mengeluarkan wang sesuka Kenaikan harga barang di pasaran buka baharu. Jika kita tidak mempunyai danannya perkara hati kerana wang yang dilabur mempunyai tempoh tambahan hasil pelaburan, pendapatan bulanan tidak mam pu tertentu untuk mencapai kematangan pelaburan. menampung kenaikan harga barangan ini. Apa lagi yang anda tunggu? Dalam pelaburan, para pelabur diberi ganjaran dalam Mulakan pelaburan pertama anda. bentuk keuntungan atau pulangan pelaburan. Jumlah Syarikat kami menawarkan khidmat nasihat untuk sesiapa yang berminat untuk membuat keuntungan wang pula bergantung pada jumlah wang pelaburan. Hubungi kami : 03-12345678 yang telah dilaburkan oleh mereka. Syarikat XYZMAJU Sdn. Bhd Pakar Perunding Pelaburan Anda Walau bagaimanapun, para pelabur perlu sedar bahawa pelaburan berkait rapat dengan risiko. Pelabur wang berisiko tinggi kerana pelaburan wang bergantung pada keadaan ekonomi semasa. Pelabur wang boleh mengalami kerugian pada bila-bila masa atau mendapat durian runtuh hasil daripada pulangan pelaburan mereka. Bagi penyimpan wang pula, mereka boleh mengeluarkan wang daripada akaun simpanan pada bila-bila masa sahaja. Hal ini dikatakan demikian kerana tahap kecairan wang dalam akaun simpanan adalah tinggi. Ganjaran yang diperoleh oleh penyimpan wang dinamakan faedah atau dividen berdasarkan jumlah simpanan wang yang terkumpul dalam akaun masing-masing. Seperkara Jenis-jenis pelaburan: lagi, penyimpan wang berisiko rendah untuk mengalami Hartanah, emas, perniagaan, kerugian kerana simpanan wang tidak bergantung pada koperasi, unit amanah saham, Tabung Haji, insurans, dan lain-lain. keadaan ekonomi semasa. Kesimpulannya, dalam aktiviti pelaburan wang, lebih tinggi risiko yang perlu anda hadapi, lebih tinggilah juga Dapatkan maklumat tentang salah pulangan pelaburan yang akan anda nikmati. Oleh hal satu jenis pelaburan yang terdapat yang demikian, anda mempunyai pilihan sama ada untuk di Malaysia berdasarkan pelbagai menyimpan atau melabur. Pilihan di tangan anda. Tepuk sumber. dada tanya selera.

Mengapakah Anda Perlu Melab

Simpanan pada masa hadapan dan usia tua

162

ur?

2.2.3 Membaca secara luncuran dan imbasan untuk memahami serta meneroka maksud keseluruhan daripada pelbagai bahan.

Hikmah Menabung TEMA 13

1. Teliti bahan yang dipaparkan. 2. Berdasarkan grafik, hasilkan perenggan isi yang mengandungi ayat topik, ayat huraian, ayat contoh, dan ayat penegas secara terancang.

1

Menambah wang simpanan

3

Buku, alat tulis, dan keperluan lain

4

2

Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan

Cikgu Marina berbincang dengan murid-muridnya tentang kebaikan amalan menabung wang.

Menabung memberikan faedah

Membuat pembelian Teroka maklumat tentang kebaikan-kebaikan lain amalan menabung wang. Kongsikan maklumat tersebut dengan rakan anda.

3.4.2 Menulis perenggan isi dengan membina pelbagai ayat topik, ayat huraian, ayat contoh, dan ayat penegas secara terancang.

163

1. Teliti bahan yang disediakan. 2. Berbincanglah dengan rakan anda untuk menghasilkan promosi bagi barangan yang berkenaan. 3. Persembahkan promosi kumpulan melalui teknik yang menarik dan berkesan. Anda dan rakan-rakan mempunyai barang-barang terpakai untuk dijual dalam jualan amal.

Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan

TEMA 13

Jualan Amal

Harga Menarik

Pelbag ai Pilihan

Kualiti Tinggi

Apakah iklan dan promosi? Iklan: Pemberitahuan kepada orang ramai tentang sesuatu perkara. Promosi: Segala usaha dan kegiatan untuk menggalakkan atau mempertingkatkan jualan barang. 164

4.4.3 Mempersembahkan iklan dan promosi melalui teknik yang menarik dan berkesan.

Usah Berhutang

Ameer: Helo, Danish. Bolehlah saya bercakap dengan awak sebentar? Danish: Boleh, Ameer. Adakah apa yang boleh saya bantu? Ameer: Saya hendak pergi ke kelas tambahan tetapi saya kesempitan wang. Saya pun hairan. Sejak dari dahulu lagi saya menabung wang tetapi tidak pernah cukup dibelanjakan oleh saya. Kalau boleh, saya ingin pinjam wang daripada awak. Danish: Eh, sepatutnya jika menabung wang dapatlah kita gunakan pada masa yang sukar! Ameer: Saya gunakan wang tabungan saya untuk membeli beberapa barang-barang keperluan sahaja. Danish: Maaflah Ameer. Saya rasa awak menghadapi masalah oleh kerana awak berbelanja lebih banyak daripada tabungan. Setahu saya, awak baru sahaja membeli telefon pintar yang canggih. Tentu harganya sangat mahal benar. Dari mana awak dapat duit, Ameer? Ameer: Saya gunakan wang tabung dan duit raya yang saya peroleh di tahun ini. Danish: Bukankah telefon lama awak masih elok? Mengapakah awak membeli telefon baru? Ameer: Saya ingin mengikut perkembangan dari semasa ke masa. Saya tidak mahu dianggap ketinggalan zaman oleh kawan-kawan. Danish: Saya rasa, awak berbelanja mengikut kehendak, dan bukan mengikut keperluan. Sepatutnya, wang tabungan awak digunakan bagi tujuan kecemasan, membantu orang lain, pendidikan, dan lain-lain tujuan yang lebih bermanfaat. Jika awak menggunakan wang tersebut demi untuk memenuhi keinginan awak, tentulah wang tersebut tidak akan cukup. Ameer: Jadi, mahukah awak meminjamkan wang kepada saya? Danish: Jika saya pinjamkan wang pada awak, tindakan saya tidak akan menyelesai masalah awak. Ini kerana beban hutang awak akan bertambah nanti. Jadi, langkah ini bukanlah penyelesaian. Saya minta maaf. Awak patut mencari penyelesaian lain yang lebih bijak.

5.6.1 Menganalisis dan membetulkan kesalahan kata dan frasa dalam sesuatu ayat.

165

Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan

TEMA 13

1. Baca petikan dengan telitinya. 2. Analisis kesalahan kata dan frasa yang terdapat dalam bahan. 3. Betulkan ayat yang mempunyai kesalahan kata dan frasa tersebut.

IMBAS SAYA



Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan

TEMA 13

A. Teliti bahan yang diberikan. Murid-murid Tingkatan Dua Dedali tidak menyangka Negaraku Tercinta bahawa lagu yang baru didengari oleh mereka sebenarnya dicipta oleh guru Bahasa Melayu mereka sendiri, iaitu Malaysia negaraku tercinta Cikgu Alias Derais. Lagu itu bertemakan patriotik. Rakyat semua bersatu padu “Wah, sedap sungguh lagu tadi, cikgu,” kata Dani. Di bawah satu bendera “Murid-murid yang menyanyikan lagu itu ialah murid saya di sekolah lama dahulu. Mereka sungguh berbakat. Kibarkan Jalur Gemilang Lagu ini dihasilkan sempena Bulan Kemerdekaan pada Setinggi terbang helang tahun itu,” terang beliau pula. Negara kita merdeka “Wah, menarik sungguh!” celah Dani. Rakyat pemimpin berhati waja “Sempena Bulan Kemerdekaan pada bulan hadapan, sekolah kita akan menganjurkan pelbagai aktiviti yang korus menarik seperti drama, pameran kemerdekaan negara, Semangat haruslah berkobar-kobar ceramah dan lain-lain. Selain itu, ada juga pertandingan Untuk tingkatkan perpaduan gubahan lagu patriotik. Kalian sertailah pertandingan Janganlah kita berpecah belah itu. Salah satu perkara yang boleh difokuskan dalam lagu Malaysia milik bersama kalian ialah aspek perpaduan kaum kerana perpaduan kaum penting untuk mengekalkan keharmonian dan Satukan hati dan jiwa keamanan negara kita,” terang Cikgu Alias. Demi negara tercinta Murid-murid itu mengangguk kepala bersetuju dengan kata-kata Cikgu Alias. (Ulang korus) “Pastikan lagu kalian mempunyai mesej yang positif. Jangan hasilkan lagu yang menyinggung Lagu dan lirik: Alias Derais mana-mana pihak. Terapkan semangat cinta kepada negara dalam lagu itu nanti. Bukan itu sahaja, kalian patut secara tersurat atau tersirat mengajak pendengar lagu untuk berbakti kepada negara ini. Hasilkan lagu yang mudah difahami liriknya dan mudah dinyanyikan oleh anggota masyarakat,” terang Cikgu Alias. “Baiklah, cikgu. Kami akan cuba menggubah lagu seperti yang cikgu pinta itu,” azam Iza. “Baguslah kalau begitu,” kata Cikgu Alias. “Jangan berputus asa pula,” kata beliau. 1. 2. 3.

166

Kepada rakan anda, jelaskan tentang aktiviti bulan kemerdekaan negara. Senaraikan pesanan yang terdapat dalam bahan dan jelaskan kepentingan pesanan tersebut. Lengkapkan ayat berikut: a) Sambutan bulan kemerdekaan wajar dilaksanakan di sekolah kerana . b) Nyanyian lagu patriotik dapat menyemai . c) Kita tidak sepatutnya berputus asa apabila mengusahakan sesuatu perkara kerana . d) Semua rakyat Malaysia perlu mengamalkan perpaduan kaum kerana .

Menghargai kreativiti

Mengapresiasi seni

Belajar daripada pengalaman

Menghayati cara hidup tradisi

Hormati yang tua, sayangi yang muda

C. Analisis pilihan jawapan bagi kesalahan ejaan dan nahu dalam bahan. Kemudian, tandakan jawapan yang betul.

Antara Norma, Peraturan, dan Undang-undang Hidup sebagai ahli masyarakat di dalam sebuah negara yang berdaulat memang tidak lepas daripada norma, peraturan, dan undang-undang. Norma adalah/ialah amalan yang menjadi kebiasaan dan diterima oleh komuniti. Ahli komuniti yang mengabaikan norma akan dicop/dicap sebagai bukan /tidak beradab. Peraturan pula merupakan ketetapan yang disetujui/dipersetujui bersama bagi mengawal tindakan dan kelakuan ahli masyarakat. Undang-undang pula merujuk kepada peraturan yang digubal secara resmi/rasmi oleh pihak berkuasa untuk mengawal kelakuan dan tindak tanduk/tindak-tanduk anggota masyarakat sebuah/sesebuah negara. Pengabaian peraturan dan undang-undang akan mengganggu/menganggu ketenteraman ahli masyarakat dan pesalah akan dikenakan tindakan yang sesuai dengan/terhadap kesalahan yang dilakukan. Norma, peraturan, dan undang-undang adalah diperlukan/diperlukan kerana setiap manusia berbeza-beza/berbeza. Namun, pembezaan/perbezaan ini jika tidak/bukan ditangani dengan bijaksana, sudah pasti akan mengundang penggeseran/pergeseran, pergaduhan, perpecahan/pemecahan, malahan peperangan. Oleh itu, norma, peraturan, dan undang-undang amat diperlukan sebagai wadah yang menyatupadukan/menyatu-padukan manusia. Keujudannya/Kewujudannya membentuk kesepakatan di antara/antara satu sama lain, seterusnya melahirkan suasana yang aman, harmoni, hormat menghormati/hormat-menghormati, dan bersatupadu/bersatu padu. Oleh itu, pelajarilah norma komuniti, patuhilah peraturan, dan berpegang teguhlah kepada/pada undang-undang negara, di mana/di mana-mana sahaja kita berada. 167

Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan

TEMA 13

B. Berdasarkan bahan, tulis karangan tentang program inap desa. Panjang karangan anda hendaklah melebihi 180 patah perkataan.

TEMA BERBUDI KEPADA

ALAM

14

Apa disuluh di tepi muara, Pokok keladi ternampak kelam; Setitis peluh sebutir mutiara, Jasa berbudi kepada alam.







168

• Bertani Tanpa Tanah • Ayam Kampung Ayam Organik

• Khazanah Bumiku • Mari Memancing

• Pertanian Nadi Negara • Langkah-langkah Penternakan Kelulut

• Jangan Biar Tanah Terbiar • Mutiara di dalam Tiram

• Gerabak Ayer Hitam • Daripada Cangkerang kepada Hidangan

169

Unit

TEMA 14

27

Suburnya Bumiku Bertani Tanpa Tanah IMBAS SAYA

Berbudi kepada Alam

Berdasarkan bahan yang didengar, tunjukkan cara penanaman tanpa tanah.

170

1.3.2 Mendengar dan menyusun panduan, tunjuk cara dan arahan dengan memberikan respons yang sesuai dan bermakna.

TEMA 14

Pertanian Nadi Negara Berdasarkan bahan, kenal pasti idea utama dan idea sampingan.

Sektor pertanian menyumbang sebanyak 8.9 peratus kepada KDNK pada 2015

Perkhidmatan 53.5%

Kelapa sawit, 46.9%

Pembuatan 23.0%

Perlombongan & pengkuarian 9.0%

Berbudi kepada Alam

PERATUS SUMBANGAN KEPADA KDNK MENGIKUT JENIS AKTIVITI EKONOMI, 2015 (HARGA MALAR 2010)

Pertanian lain, 17.7%

Ternakan, 10.7%

RM1,062.8 bilion Perikanan, 10.7%

Pertanian 8.9% (RM94.1 bilion)

Getah, 7.2% Pembinaan 4.4% tambah Duti Import 1.3%

Perhutanan & pembalakan 6.9%

(Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia)

Statistik menunjukkan bahawa 8.9% daripada RM1,062.8 bilion pendapatan negara datangnya daripada sektor pertanian. Sumber lain pendapatan negara adalah daripada bidang perkhidmatan, pembuatan, perlombongan dan pengkuarian, pembinaan, dan duti import. Statistik ini menunjukkan bahawa kegiatan pertanian turut memainkan peranan penting dalam perkembangan ekonomi negara. Pendapatan daripada kegiatan penanaman kelapa sawit memberikan sumbangan yang paling besar, iaitu sebanyak 46.9%. Hal ini dikatakan demikian kerana kelapa sawit merupakan hasil eksport pertanian yang paling utama di Malaysia. Di samping itu, permintaan terhadap kelapa sawit di dalam negara juga tinggi. Oleh yang demikian, tidak hairanlah jika kelapa sawit memberikan sumbangan yang besar kepada pendapatan negara. Selain kelapa sawit, kegiatan penternakan, perikanan, penanaman getah, perhutanan dan pembalakan turut memberikan sumbangan kepada pendapatan negara. Hasil daripada sektor pertanian ini diperlukan untuk membekalkan makanan kepada rakyat Malaysia. Misalnya, bahan makanan seperti beras, sayur-sayuran, buah-buahan, daging, dan ikan ialah hasil daripada sektor pertanian. Di samping itu, hasil pertanian juga diperlukan sebagai bahan mentah untuk sektor perkilangan dan pembuatan. Sesungguhnya, sektor pertanian perlu digerakkan dengan sistematik Cari maklumat agar hasilnya dapat dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia. Dengan tentang adanya teknologi yang tinggi dalam bidang pertanian serta petani yang kejayaan petani berjiwa besar, sektor pertanian mampu memberikan sumbangan yang di Malaysia. besar kepada negara. 2.3.1

Membaca untuk mengenal pasti idea utama dan idea sampingan dengan betul dan tepat.

171

TEMA 14

Gerabak Ayer Hitam

Berbudi kepada Alam

Berdasarkan bahan, tulis perenggan pendahuluan dan perenggan kesimpulan dengan menggunakan bahasa yang gramatis.

Kenderaan yang berguna kepada para petani itu telah dicipta oleh Wagiman bin Dulahabedi atau lebih dikenali sebagai Wak Wagiman. Beliau dilahirkan di Muar, Johor, pada tahun 1954. Wak Wagiman telah mereka cipta trak serba guna yang dinamai Gerabak Ayer Hitam. Trak tersebut pada mulanya dihasilkan bagi memudahkan kerja mengangkut kelapa sawit di ladangnya. Trak ciptaan Wak Wagiman digerakkan dengan menggunakan enjin Vespa terpakai. Selain itu, beliau juga menggunakan rim roda terpakai. Untuk bahagian badan pula, Wak Wagiman membelinya dari kilang. Setiap komponen trak ini mudah dipasang serta dibuka. Oleh hal yang demikian, trak ini mudah dijaga dan dibaiki. Gerabak Ayer Hitam ciptaan Wak Wagiman mampu mengangkut hasil ladang seperti kelapa sawit, nanas, getah, dan tanaman lain. Trak yang pada mulanya dibuat untuk kegunaan sendiri itu telah menarik minat orang ramai. Sejak itu, beliau telah membina lebih banyak trak untuk berkongsi kesenangan bekerja di ladang dengan petani lain. Dapatkan maklumat tentang inovasi dalam bidang pertanian di Malaysia.

172

3.4.3 Menulis perenggan pendahuluan dan kesimpulan karangan menggunakan bahasa yang gramatis.

Khazanah Bumiku TEMA 14

1. Persembahkan puisi secara kreatif. 2. Nyatakan maksud setiap rangkap bahasa berirama.

Berbudi kepada Alam

Senandung

Pohon Getah Asalnya Brazil dibawa ke mari, di Kuala Kangsar tegak berdiri, subur ditanam membawa hasil, sumber pendapatan pekebun kecil.

Getah lateks hasil induk, sebelum diproses menjadi produk, dibuat sarung, kasut dan tayar, rezeki penoreh sentiasa segar.

Estet pertama terletak di Melaka, keluaran memuncak saban ketika, hasil dieksport ke luar negara, sumber komoditi setiap era.

Sebelum gajet melanda zaman, biji getah menjadi permainan, akrab sahabat rakan mengaji, hidup ceria tanpa teknologi.

Pagi hari penoreh bangun, bersiap-siap untuk ke kebun, nyamuk unggas tidak diendah, rezeki penoreh sangatlah murah.

Pokok getah mencipta inspirasi, kepada segenap lapis generasi, nama Malaysia kekal ternama, hasil getah manfaat bersama.

Pokok ditoreh dengan teliti, supaya pohon terus berbakti, begitu semangat penoreh getah, tanpa mengenal penat dan lelah.

Demikian getah besar sumbangan, memberi rezeki mengimbau kenangan, anak penoreh sudah berjaya, khazanah negara di mercu jaya.

RISDA badan sangat berjasa, membantu pekebun setiap masa, mencipta inovasi dalam torehan, hasil meningkat tambah pendapatan.

Nik Mohd Iznan Tuan Yaakub Ipoh, Perak

Hevea Brasiliensis nama saintifik, susu getah gunanya spesifik, pelbagai bahan untuk masyarakat, penebat elektrik sangat bermanfaat.

4.2.1 Memahami dan menerangkan makna dan menggunakan kata-kata hikmat dan bahasa berirama dengan betul dan mengikut konteks.

173

Jangan Biar Tanah Terbiar

Berbudi kepada Alam

TEMA 14

1. Analisis ayat yang mengandungi kesalahan kata dan frasa dalam teks. 2. Tulis ayat tersebut semula dengan membetulkan kesalahannya.

Kebanyakan tapak rumah di Kampung Tersusun Bukit Jana telah didirikan rumah. Walau bagaimanapun, masih ada sebilangan tanah yang masih terbiar. “Baik kita usaha tanah-tanah itu,” kata Tuk Penghulu Nayan. “Bukankah tanah-tanah itu ada penghuninya, tuk? Kita tidak boleh berbuat sesuka hati sahaja,” kata Badri. “Badri, kita hubungi tuan-tuan tanah itu dahulu. Jika dia bersetuju baharu kita usahakannya,” jawab Tuk Penghulu Nayan. “Oh, begitu!” balas Badri lagi kepada Tuk Penghulu Nayan sambil mengangguk kepalanya. Tuk Penghulu Nayan paling berminat sekali untuk mengusahakan tanah-tanah terbiar itu. Dia telah membentuk ahli jawatankuasa untuk menjalankan projek tersebut. Ahli jawatankuasa yang dilantik telah bermesyuarat berapa kali bagi memastikan projek tersebut berjaya. “Saya cadangkan kita menanam cili, serai, halia, kunyit, dan limau kasturi,” saran Yusri yang telah dilantik sebagai Projek Pengarah. Yusri memang gemar kerja-kerja bercucuk tanam.

174

“Saya bersetuju tentang cadangan itu. Kita boleh menjual hasil tanaman di pasar atau menjualnya terus pada pengusaha restoran atau gerai makanan,” kata Badri pula. Beberapa bulan kemudian, projek tersebut semakin hari makin menampakkan hasil. Pokok limau kasturi telah semakin tinggi dan berbuah lebat. Cili, serai, halia, dan kunyit juga tumbuh dengan suburnya. Kini, tibalah masa hasil tanaman yang sangat menjadi-jadi itu dijual oleh mereka. Wang hasil jualan direkodkan oleh bendahari yang sedang dilantik. Mereka menggunakan wang tersebut untuk menjaga kebaikan penduduk di Kampung Tersusun Bukit Jana. “Sekarang bolehlah kita membuka kelas tuisyen untuk murid-murid yang akan menghadapi peperiksaan. Mereka boleh hadiri kelas tersebut dengan percuma. Kami gunakan wang hasil projek ini untuk membayar elaun guru tuisyen,” kata Tuk Penghulu Nayan dengan nada gembiranya.

5.6.1 Menganalisis dan membetulkan kesalahan kata dan frasa dalam sesuatu ayat.

Unit

28

Di Tanah dan di Air TEMA 14

Ayam Kampung Ayam Organik

Berbudi kepada Alam

Main peranan sebagai Aswad dan abangnya. Lakonkan perundingan untuk mendapatkan persetujuan dengan menggunakan ayat yang gramatis dan bahasa yang santun. Aswad mahu menternak ayam kampung tetapi abangnya mahu menternak ayam organik. Ayah mereka meminta Aswad dan abangnya berunding untuk memilih satu jenis ayam sahaja.

Menternak Ayam Kampung

• Berikan suntikan pencegahan penyakit kepada anak ayam yang berumur satu hingga empat minggu. • Berikan makanan dan minuman yang bermutu dengan secukupnya. • Pastikan lampu disediakan untuk memberikan kepanasan kepada anak ayam sehingga umurnya dua minggu. • Boleh diberikan sisa makanan seperti nasi, hampas kelapa, ubi, dan sebagainya. • Sediakan sarang untuk ibu ayam bertelur dan mengeram.

• Sediakan reban yang berlampu untuk memanaskan anak ayam. • Tidak memberi ayam makanan yang sembarangan. • Beri ayam makanan ekstrak herba yang kaya dengan bahan antioksida, seperti halia, kunyit, pandan, habbatus sauda dan limau purut. • Beri ayam minuman herba yang terdiri daripada campuran halia bara, temulawak, dan serai yang dikisar. • Boleh dijual selepas sebulan diternak.

Menternak Ayam Organik Cari maklumat yang berkaitan dengan penternakan ayam daging dan ayam telur.

1.7.2 Berunding untuk mendapatkan persetujuan tentang sesuatu perkara secara rasional dengan ayat yang gramatis dan bahasa yang santun.

175

Langkah-langkah Penternakan Kelulut

Berbudi kepada Alam

TEMA 14

1. Apakah yang anda ketahui tentang kelulut? 2. Apakah yang anda ingin tahu lebih lanjut tentang kelulut? 3. Baca petikan di bawah dan nyatakan maklumat yang anda peroleh.

Dapatkan log kelulut yang mempunyai koloni kelulut. Log ini boleh dicari sendiri di dalam hutan atau di dusun buah-buahan. Selain itu, log ini boleh dibeli daripada pembekal.

Potong log kelulut dengan berhati-hati agar kedudukan kantung madu dan telur kelulut tidak terjejas. Pemotongan log yang tepat dapat membantu penternak memperoleh hasil dengan lebih cepat.

Periksa kotak ini selalu untuk memastikan koloni kelulut tidak diganggu musuh seperti anai-anai, lipas, cicak, semut, dan sebagainya.

Pasang kotak yang diperbuat daripada kayu. Biasanya, plastik lutsinar diletakkan di bahagian atas kotak untuk memudahkan penternak meninjau perkembangan koloni kelulut.

Te l i t i p e r k e m b a n g a n k o l o n i kelulut dari semasa ke semasa untuk memastikan sama ada kelulut sudah atau belum membina kantung kelulut madu.

176

Ambil madu setelah koloni kelulut membina “tempayan kecil” yang berisi madu dengan secukupnya.

2.4.1 Membaca secara ekstensif pelbagai bahan fiksyen dan bukan fiksyen untuk meneroka maklumat baharu.

TEMA 14

Daripada Cangkerang kepada Hidangan

Di tengah laut pesisir pantai

Restoran berasaskan makanan laut

Berbudi kepada Alam

Berdasarkan bahan, tulis karangan dengan menggunakan ejaan yang betul dan bahasa yang tepat, indah serta menarik.

Pelbagai hasil laut

Dipasarkan ke serata tempat

Juadah istimewa

Menikmati hidangan lazat

3.4.4 Menulis karangan menggunakan ejaan yang betul dan bahasa yang tepat, indah serta menarik.

177

Mari Memancing

Berbudi kepada Alam

TEMA 14

Promosikan bahan dengan menggunakan teknik yang menarik dan berkesan.

Abang Safri hendak membuka kolam ikan. Dia membuat beberapa persediaan untuk mempromosikan kolam pancing itu.

Patin

Waktu Operasi Bayaran Kemudahan

Lampan Jawa

Tongsan

178

4.4.3

Alamat

Sewa Peralatan

Mempersembahkan iklan dan promosi melalui teknik yang menarik dan berkesan.

Mutiara di dalam Tiram

Berbudi kepada Alam

TEMA 14

1. Isi tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai. 2. Bina ayat dalam perenggan dengan menggunakan kata adjektif tersebut.

Tiram ialah hidupan laut yang terkenal di Sabah. Walaupun hidupan ini ... tetapi di dalamnya terdapat mutiara, sesuatu yang sangat ... dan ... . Namun demikian, mutiara yang ... agak ... diperoleh. Oleh itu, terdapat syarikat ... yang mengambil inisiatif menternak tiram untuk mendapatkan mutiara. Syarikat tersebut merupakan syarikat usaha sama antara pelabur Malaysia dengan Jepun. Syarikat usaha sama ini telah menjalankan penternakan tiram di sebuah pulau nun ... di perairan Semporna, iaitu Pulau Bohey Dulang. Pulau yang ... ini terletak kira-kira 18 kilometer dari pekan Semporna, Sabah. Syarikat ini menternak tiram dari jenis silver lip (Pinctada Maxima) yang berupaya menghasilkan mutiara yang ... . Mutiara yang ... dan mempunyai permukaan yang ... ialah mutiara yang berkualiti. Kecacatan mutiara ditentukan melalui tanda lekuk pada permukaannya. Mutiara yang mempunyai dua tanda lekuk atau lebih dianggap kurang ... . Tanda lekuk ini boleh dikenal pasti dengan cara mengusap mutiara dengan hujung jari.

5.1.2 Memahami dan menggunakan kata adjektif jarak, pancaindera, ukuran dan sifatan dengan betul mengikut konteks.

179

Cendawan Kukur

Berbudi kepada Alam

TEMA 14

1. Baca teks dengan telitinya. Kemudian, nyatakan idea utama dan idea sampingan. 2. Berdasarkan bahan, nyatakan maklumat baharu yang anda peroleh. 3. Tulis karangan berdasarkan bahan.

Mohd Rashid bin Samsudin pengusaha tanaman cendawan kukur secara komersial. Beliau terdorong mengusahakan tanaman tersebut setelah melihat sambutan masyarakat terhadap masakan berasaskan cendawan kukur. Minat beliau bertambah mendalam apabila beliau menyertai program keusahawanan Symbiosis MTDC. Program ini dianjurkan oleh Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) dengan kerjasama The Northern Corridor Implementation Authority (NCIA) atau Koridor Utara pada tahun 2013. Dalam bidang tanaman cendawan, Rashid telah mencapai beberapa kejayaan. Pada bulan Ogos 2013, Rashid telah berjaya menubuhkan syarikatnya sendiri. Syarikatnya telah mengkomersialkan teknologi penghasilan benih cendawan kukur hasil daripada kajian oleh 180

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). Pada tahun 2015, Rashid telah menyertai pertandingan Rural Business Challenge (RBC) yang dianjurkan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Rashid dan rakan-rakannya telah berjaya memenangi pertandingan tersebut. Dalam mengusahakan cendawan kukur, Rashid menghadapi beberapa masalah. Antara masalah utama yang dihadapi oleh Rashid ialah serangan serangga terhadap cendawan kukur. Serangga yang datang akan bertelur dan membiak pada cendawan lalu merosakkannya. Untuk mengatasi masalah ini, Rashid akan merehatkan rumah cendawan. Semasa direhatkan, Rashid dapat memastikan rumah cendawan bersih dan bebas daripada serangan serangga. Rashid telah membuat beberapa perancangan untuk memajukan industri cendawan kukur yang diusahakannya. Antara perancangan beliau ialah memasarkan cendawan kukur ke peringkat antarabangsa. Selain itu, beliau juga merancang untuk mengeluarkan pelbagai produk berasaskan cendawan seperti burger dan serondeng. (Sumber: Agro Malaysia, Edisi Julai - Oktober, 2016)

TEMA SAINS, TEKNOLOGI 15

DAN INOVASI

Tumbuh langsat di tepi perigi, Buahnya lebat tidak terkata; Berkembang pesat sains teknologi, Inovasi hebat kian tercipta.



• Sepintar Mana Telefon Anda? • Cakna Warisan



• Keajaiban Dunia Penerbitan • Impian Inovasi



• Perwira Dunia CYBORG • Remaja Kreatif

• Wilayah Merdeka



• Teknologi dan Pendidikan • Kertas Nanas

181

Unit

29

Sepintar Mana Telefon Anda?

TEMA 15 Sains, Teknologi dan Inovasi

Hebatnya Teknologi

1. Berbincanglah dengan rakan anda tentang bahan. 2. Pada pendapat anda, sejauh manakah penggunaan telefon pintar memudahkan urusan kehidupan anda? Aliya membelek-belek telefon pintar baharunya. Dia sedang meneliti kecanggihan telefon tersebut dari segi fungsinya.

Teroka ciri-ciri terkini yang terdapat pada telefon pintar.

182

1.8.1 Menghuraikan sesuatu perkara dengan bernas dan kritis secara jelas menggunakan ayat yang betul, tepat, dan gramatis.

Keajaiban Dunia Penerbitan

IMBAS SAYA

TEMA 15

1. Baca petikan dengan telitinya. 2. Nyatakan maksud rangkai kata dengan merujuk glosari dan kamus. 3. Bina ayat menggunakan rangkai kata tersebut dengan betul dan tepat.

Sediakan gambar yang mempunyai latar belakang berwarna hijau.

Langkah 2

Sediakan gambar Bangunan Sultan Abdul Samad yang akan dijadikan latar belakang.

Langkah 3

Dengan menggunakan perisian suntingan video, latar belakang hijau disisihkan dan gambar Bangunan Sultan Abdul Samad dimasukkan.

Langkah 4

Teknik layar hijau ialah teknik suntingan yang menggabungkan gambar atau video menjadi suatu gambar atau video yang baharu. Layar hijau telah lama digunakan dalam penghasilan filem atau penerbitan lain. Melalui teknik ini, gambar atau video dapat diasingkan atau digabungkan di dalam satu bingkai. Jika teknik ini digunakan dalam bidang perfileman, pelakon dan kru perfileman tidak perlu pergi ke suatu tempat yang jauh semata-mata untuk berlakon. Sebagai contoh, penerbit filem dari luar negara yang ingin menjadikan Bangunan Sultan Abdul Samad sebagai gambar latar belakang dapat melakukannya di dalam studio di negara mereka. Latar belakang rakaman video di studio tersebut pula menggunakan layar yang berwarna hijau. Teknik ini telah digunakan secara amat meluas pada masa ini. Hal ini dikatakan demikian kerana penggunaan teknik ini dapat menjimatkan kos yang besar. Penjimatan kos ini termasuklah kos pengangkutan, penyediaan peralatan lakonan, sewaan tempat penyiaran, atau kos-kos yang lain. Filem-filem terkenal seperti filem adiwira Man of Steel dan filem aksi futuristik, iaitu The Matrix menggunakan teknik ini. Kesimpulannya, jelaslah bahawa penggunaan teknik layar hijau dalam industri penerbitan dan perfileman dapat mengatasi kekangan-kekangan yang muncul selama ini di samping menampilkan filem yang hebat di layar perak. Teroka maklumat tentang sejarah penghasilan video yang menggunakan teknik layar hijau.

Gambar yang telah siap diproses. Remaja ini seolah-olah berada di lokasi ini. 2.2.1 Membaca untuk memahami makna rangkai kata yang terdapat dalam pelbagai bahan menggunakan glosari dan kamus dengan betul dan tepat.

183

Sains, Teknologi dan Inovasi

Langkah 1

Perwira Dunia CYBORG

Sains, Teknologi dan Inovasi

TEMA 15

1. Teliti urutan peristiwa yang dipaparkan. 2. Hasilkan karangan menggunakan ejaan yang betul dan bahasa yang tepat, indah serta menarik. Dani ialah remaja yang amat mahir dari segi penggunaan perisian dan permainan komputer. Suatu hari, ketika sedang leka bermain permainan komputer, muncul paparan mesej pada skrin komputernya. Paparan itu merupakan paparan mesej yang memohon bantuan. Dani menyangka mesej itu merupakan peringkat cabaran yang mesti dilalui dalam permainan komputer. Dengan pantas, dia menaip perkataan CYBORG dan menekan kekunci masuk. Secara tiba-tiba, dia mendapati dirinya berada di alam digital.

1. Mengembara di alam CYBORG – bertemu Medel, perwira alam CYBORG – bekerjasama untuk menghadapi serangan Gedot

2. Dani dan Medel membaiki sistem pertahanan CYBORG – sistem digital musnah teruk akibat serangan Gedot 184

3.4.4 Menulis karangan menggunakan ejaan yang betul dan bahasa yang tepat, indah serta menarik..

TEMA 15 Sains, Teknologi dan Inovasi

3. Serang hendap Gedot – Dani membantu Medel menggunakan senjata khas – Gedot kecundang

4. Medel dan penduduk CYBORG berterima kasih – Dani dihantar kembali ke dunia nyata 185

Teknologi dan Pendidikan TEMA 15

Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan yang berikut: i. Petikan Satu: Kenal pasti kata kerja transitif. ii. Petikan Dua: Pilih kata kerja transitif yang betul. iii. Petikan Tiga: Analisis kesalahan kata kerja transitif dan betulkan.

Sains, Teknologi dan Inovasi

Petikan Satu Murid Mudah Belajar Penggunaan alat multimedia dapat membantu murid-murid belajar dengan mudah. Komputer memiliki pelbagai fungsi. Melalui penggunaan komputer, minat murid untuk mempelajari sesuatu perkara dapat ditingkatkan. Penggunaan gambar dan muzik ketika proses pembelajaran dapat merangsang daya fikir murid.

Petikan Dua Meningkatkan Interaksi Penggunaan peralatan telekomunikasi yang canggih meningkat/meningkatkan interaksi murid dengan rakan dan guru tanpa mengira/mengirai waktu dan tempat. Melalui penggunaan telefon pintar, aplikasi seperti WhatsApp, Wechat dan Facebook memberi/ memberikan murid dan rakan-rakan serta guru peluang untuk berbincang tentang apa-apa perkara. Keadaan ini mengubahkan/mengubah corak pembelajaran pada masa ini.

Petikan Tiga Mudah Menerokai Ilmu Penggunaan teknologi menyebab proses penerokaan ilmu menjadi semakin mudah. Jaringan Internet yang baik dan meliputi kawasan yang luas bolehkan murid-murid mengguna telefon pintar, i-pad, komputer riba dan peralatan lain. Perkara ini dapat memperhebatkan penguasaan ilmu pengetahuan murid-murid di negara ini.

186

5.1.4 Memahami dan menggunakan kata kerja transitif dengan betul mengikut konteks.

Unit

Dunia Kreativiti TEMA 15

Cakna Warisan IMBAS SAYA 1. Ulas bahan grafik dengan menyatakan maklumat yang tersurat dan tersirat. 2. Pada pendapat anda, mengapakah sukan rakyat perlu dipertahankan oleh generasi muda?

Gasing ialah permainan warisan. Kebiasaannya, gasing diperbuat daripada kayu. Pada masa ini, permainan warisan ini semakin mendapat tempat dalam kalangan t daripada kayu m a s y a r a k a t . N a m u n b e g i t u , Gasing tradisional diperbua pembuatan gasing menggunakan kayu mengambil masa yang lama dan kayu juga semakin sukar untuk diperoleh. Untuk mengatasi masalah ini, Mohd. Jais bin Rozali, pejuang sukan rakyat ini menghasilkan inovasi gasing plastik. Usaha beliau ini dibantu oleh Prof. Dr. Shamsudin bin Sulaiman, Prof. Ir. Dr. Mohd Khairol Anuar bin Mohd. Ariffin dan Prof. Madya Ir. Dr. B.T. Hang Tuah bin Baharudin yang merupakan Gasing inovasi tenaga pakar daripada Universiti Putra Malaysia. me y ang men

arik

mpunya

i warna

Menggunakan mesin yang canggih Dihasilkan

dalam jumla

h yang bany

ak

tama

gai bahan u

Plastik seba

1.8.2 Mengulas bahan grafik dengan menyatakan maklumat tersurat dan tersirat dengan jelas dan bernas menggunakan ayat yang gramatis.

187

Sains, Teknologi dan Inovasi

30

Impian Inovasi TEMA 15

1. Baca petikan dengan telitinya. 2. Nyatakan maklumat berbentuk pesanan yang terdapat dalam petikan. 3. Pada pendapat anda, mengapakah pencipta inovasi perlu mengikuti kriteria penciptaan produk inovasi?

Sains, Teknologi dan Inovasi

Guru Kelab Reka Cipta dan Inovasi memberikan penerangan kepada ahli-ahli kelab tentang ciri-ciri reka cipta inovasi yang baik. “Saya bercadang mahu menghantar penyertaan dalam pertandingan inovasi bersempena dengan hari inovasi peringkat daerah,” kata Cikgu Yusof. Ahli-ahli kelab terus teruja mendengarnya. Pengumuman inilah yang dinanti-nantikan oleh mereka. “Cikgu, bilakah hari inovasi peringkat daerah itu akan diadakan?” soal Dani. “Mengikut kelaziman, hari inovasi peringkat daerah akan tiba dalam tempoh tiga bulan dari sekarang. Saya berharap agar kalian sempat menyiapkan produk inovasi kalian. Aktiviti ini mestilah dijalankan secara berkumpulan. Kumpulan yang menghasilkan produk inovasi yang terbaik akan terpilih mewakili sekolah kita,” terang Cikgu Yusof. “Saya sungguh teruja mendengarnya,” celah Aliya. “Sebelum kalian memulakan projek ini, saya ada beberapa pesanan. Ada beberapa kriteria yang patut JOM HASILKAN PRODUK INOVASI! kalian ikuti untuk menghasilkan rekaan inovasi yang baik. Terdapat pelbagai perkara yang perlu Pertamanya, pastikan rekaan kalian memenuhi cita rasa diambil kira sebelum sesuatu produk inovasi dihasilkan, iaitu rekaan pengguna. Selain itu, kalian perlu memastikan bahawa inovasi sepatutnya tidak mudah rosak. produk rekaan kalian relevan untuk digunakan oleh Hasilkan produk yang tahan lama pengguna,” jelas Cikgu Yusof panjang lebar. Produk yang dan tidak merugikan pengguna untuk memiliki produk ini. tidak memenuhi cita rasa dan kurang relevan pastinya Selain itu, pencipta produk inovasi kurang menarik perhatian pengguna,” jelas Cikgu Yusof juga sepatutnya menghasilkan produk panjang lebar. inovasi yang bersifat mesra pengguna. Produk yang sukar untuk dikendalikan “Ada lagikah kriteria lain, cikgu?” soal Dani pula. sudah tentu mengurangkan minat “Tentulah ada. Pastikan produk inovasi yang kalian pengguna untuk menggunakan hasilkan mempunyai sifat mesra pengguna dan mesra alam produk ini. sekitar. Di samping itu, pastikan produk rekaan kalian Selanjutnya, produk inovasi yang dihasilkan juga tidak melibatkan kos selamat untuk digunakan. Keselamatan pengguna ialah yang terlalu tinggi. Kos yang terlalu perkara yang patut dititikberatkan. Seperkara lagi, pastikan tinggi menyebabkan harga produk inovasi akan turut melambung. rekaan inovasi kalian turut mampu menyelesaikan masalah Siapakah yang ingin membeli produk dalam kehidupan harian. Sebagai contoh, produk inovasi yang terlalu mahal harganya? kalian mampu untuk mempercepat sesuatu kerja tanpa Selamat berinovasi! peningkatan kos. Pastikan juga ciptaan inovasi kumpulan kalian dapat dijadikan contoh kepada orang lain,” terang Cikgu Yusof lagi. “Wah, banyak sungguh kriteria rekaan inovasi!” kata Aliya. “Usah risau, cikgu. Kami akan berusaha untuk menghasilkan rekaan inovasi yang dapat memenuhi kriteria tersebut,” kata Dani pula. 188

2.2.2 Membaca untuk memahami dan menaakul maklumat berbentuk pesanan daripada pelbagai bahan dengan memberikan respons yang betul.

Remaja Kreatif TEMA 15

1. Baca urutan peristiwa dengan telitinya. 2. Olah maklumat yang diperoleh untuk menghasilkan puisi menggunakan ayat yang gramatis.

Sains, Teknologi dan Inovasi

Pada waktu rehat, Shuva dan Yi Lin melihat roti telur yang begitu banyak dihasilkan oleh penebar roti canai di kantin sekolah mereka. dibuang begitu sahaja oleh Kulit telur yang banyak telah Mereka bercadang untuk penebar roti canai tersebut. r yang dibuang itu semula. menggunakan kulit-kulit telu Shuva mendapat idea. Dia mencadangkan agar mere ka berdua mencipta sesuatu menggunakan kulit telur itu seba gai bahan utama. Mereka mencari maklumat tentang sifat kulit telur. ng kulit telur, Mereka mendapat maklumat yang menarik tenta ahkan, kulit telur iaitu walaupun kulit telur rapuh dan mudah dipec menjadi amat kuat apabila bersifat mikro.

Mereka mencipta jubin menggunakan kulit telur sebagai salah satu bahan utama. Setelah mengikuti langkah-langkah penghasilan jubin kulit telur, akhirnya terciptalah produk inovasi mereka. pu menahan kepanasan yang Jubin yang dihasilkan amat berkualiti kerana mam gga beratus-ratus kilogram. sangat tinggi dan mampu menahan hentakan sehin sihkan, dan tahan calar. Jubin itu juga tidak mudah terbakar, mudah diber

Mereka menyertai pertandingan inovasi yang bertempat di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam, Selangor. Produk inovasi mereka yang amat menarik dan berkualiti itu membolehkan mereka menjuarai pertandingan tersebut. Mereka sungguh bersyukur dan berbangga atas kejayaan tersebut. Mereka bercadang untuk mencipta lebih banyak inovasi pada masa aka n datang.

3.6.1 Menulis dan mengolah maklumat daripada bahan dialog dan bahan prosa kepada puisi menggunakan ayat yang gramatis.

189

Wilayah Merdeka

Sains, Teknologi dan Inovasi

TEMA 15

1. Teliti paparan gambar dan maklumat. 2. Hasilkan papan cerita yang menggambarkan urutan peristiwa untuk menyelesaikan misi yang diberikan.

Pentadbiran Wilayah X3 hampir lumpuh kerana sistem komputer pusat wilayah tersebut digodam oleh pihak yang tidak dikenali. Sistem pengangkutan dan penyebaran maklumat kepada rakyat turut tergendala.

190

4.3.1 Menghasilkan papan cerita berasaskan idea dan tema yang mudah menggunakan bahasa yang betul.

Kertas Nanas TEMA 15

1. Baca pendapat orang ramai terhadap produk inovasi. 2. Analisis penggunaan bahasa untuk mengenal pasti kesalahan kata dan frasa. 3. Betulkan kesalahan penggunaan bahasa tersebut. Kertas yang diperbuat daripada serat daun nanas kini telah berada di pasaran. Hasil inovasi ini mendapat sambutan yang baik dalam kalangan pengguna.

Kuala Lumpur

Sa ya tempa h p ro d u k ini dari penjual yang meniaga di kompleks kraf. Produk yang saya maksudkan ialah bekas untuk mengisi cenderamata. Cenderamata ini ialah untuk majlis perkahwinan kakak saya. Walaupun pada mulanya saya agak kurang yakin dengan kualitinya tetapi ternyata andaian saya meleset. Kertas nanas ini sungguh paling berkualiti. Kebanyakan tetamu yang menerima cenderamata yang diletakkan di dalam bekas ini turut mengagumi keunikannya.

Encik Muhammad Puad bin Saad Johor

Saya menjalani perniagaan menulis tulisan khat. Salah satu produk yang biasanya ditempah oleh pelanggan saya adalah tulisan khat di atas kertas nanas. Saya merasa risau juga pada mulanya. Sangkaan saya, kertas tersebut mudah koyak. Rupanya kerisauan saya tidak berasas. Kertas tersebut berkualiti tinggi. Dakwat pen juga diserap dengan baik atas kertas itu.

Puan Mageswari a/p Krishnan

Sains, Teknologi dan Inovasi

Puan Chan York Lan

Kedah

Saya membeli bekas untuk meletakkan alat tulis anak saya. Saya tidak sangka daun nanas yang dibuang oleh saya selepas mengupas nanas dapat dibuat kertas. Seperkara lagi, bekas itu bukan sahaja unik tetapi berkualiti tinggi. Saya cadangkan kepada pengusaha inovasi ini agar memasarkan produk mereka dengan lebih lebar lagi. Tentu ada ramai pengguna lain yang ingin mencuba produk inovasi ini.

Puan Salmiza binti Abdullah Selangor

Saya belum berkesempatan untuk memiliki produk ini. Namun, sebagai pecinta alam sekitar, rekacipta inovasi ini bagus dan saya amat alu-alukan. Sekurangnya, aktiviti menebang pokok untuk menghasilkan kertas dapat dikurangkan. Harapan saya, akan ada banyak lagi ciptaan inovasi seumpama ini dapat dihasilkan demi untuk menjaga kelestarian alam sekitar.

5.6.1 Menganalisis dan membetulkan kesalahan kata dan frasa dalam sesuatu ayat.

191

Cipta Jaya Sains, Teknologi dan Inovasi

TEMA 15

1. Hasilkan inovasi menggunakan plastik kelas dua (HDPE). Kemudian, huraikan cara-cara untuk menghasilkan inovasi tersebut. 2. Kenal pasti kata kerja transitif dalam bahan tersebut dan bina ayat menggunakan perkataan itu. 3. Hasilkan karangan berkaitan reka cipta inovasi.

Contoh projek inovasi menggunakan plastik kelas dua

Plastik ialah bahan yang kita gunakan pada setiap hari. Tahukah anda bahawa plastik terdiri daripada beberapa jenis. Salah satu jenis plastik yang biasa kita gunakan ialah plastik kelas dua, iaitu plastik High-Density Polyethylene (HDPE). Produk HDPE adalah selamat digunakan kerana tidak akan memberikan tindak balas kimia atas bahan yang disimpan di dalamnya. Plastik kelas ini biasanya digunakan untuk menyimpan susu, minyak pelincir, syampu, dan bahan pencuci. Plastik kelas ini juga sesuai untuk dikitar semula. Walaupun plastik jenis ini selamat digunakan, anda mesti berwaspada. Anda boleh mengisi makanan atau minuman ke dalam bekas plastik jenis ini jika bekas plastik ini memang digunakan untuk mengisi makanan atau minuman. Jika sebaliknya, elakkan mengisi makanan atau minuman walaupun bekas plastik tersebut telah dibersihkan. Hal ini dikatakan demikian kerana tindakan ini dapat mengelakkan kesan yang tidak diingini, iaitu kesan kepada kesihatan anda jika menggunakan bekas plastik bukan untuk menyimpan makanan atau minuman. Plastik ialah bahan yang sukar untuk dilupuskan. Oleh sebab itu, tindakan mengitar atau menggunakan plastik semula digalakkan. Hingga kini, pelbagai pihak tanpa mengira usia telah mencipta pelbagai kegunaan baharu bagi plastik jenis ini. Oleh hal yang demikian, marilah kita mengorak langkah yang sama untuk mencipta inovasi baharu dengan menggunakan plastik ini sebagai bahan utama. 192

TEMA PELESTARIAN ALAM 16

Waktu malam bulan mengambang, Bintang memagar terangnya suasana; Hijau alam ekologi seimbang, Flora membugar girangnya fauna.



• Sepetang di Kuala Sepetang • Air untuk Kehidupan



• Dua Wajah Alam • Pantun Jenaka: Riang Ria Rimba



• Hijaukan Bumi Kita • Jana Tenaga, Jimat Wang



• Jurnal Pencinta Alam • Sekolah Lestari, Murid Bestari



• Damai dalam Kehijauan • Hijaukan Bumi

193

Unit

31

Dunia Hanya Pinjaman

TEMA 16

Sepetang di Kuala Sepetang

IMBAS SAYA

Pelestarian Alam

Berdasarkan bahan, kemukakan soalan-soalan bercapah untuk mencungkil pendapat secara bertatasusila.

Program Penanaman Pokok Bakau 2

1

4

5

3

6

(Sumber: Jabatan Perhutanan Perak)

194

1.5.1 Mengemukakan soalan bercapah untuk mencungkil pendapat yang sesuai secara bertatasusila.



Hijaukan Bumi Kita

Inovasi Teknologi Hijau

Teknologi hijau bertujuan untuk memelihara alam sekitar dan alam semula jadi. Teknologi ini dapat mengurangkan kesan negatif pelbagai aktiviti manusia terhadap alam sekitar melalui usaha pembangunan, aplikasi produk, peralatan, dan sistem yang memiliki kriteria teknologi hijau. Teknologi hijau berupaya meningkatkan kualiti persekitaran, menjimatkan tenaga dan sumber asli, membebaskan gas rumah hijau yang rendah, dan menggalakkan sumber yang boleh diperbaharu. Selain itu, peralatan dan sistem yang digunakan adalah selamat dan dapat menyediakan persekitaran yang sihat serta lebih baik untuk hidupan. Penggunaan teknologi hijau secara meluas menyebabkan penggunaan tenaga berkurang. Walau bagaimanapun, itu tidak bermakna pembangunan negara akan perlahan. Pembangunan negara pasti akan meningkat kerana objektif teknologi hijau ini adalah untuk meningkatkan ekonomi negara. Selain itu, pengenalan teknologi hijau ini adalah untuk mengupayakan peningkatan inovasi yang mampu berdaya saing pada peringkat antarabangsa. (Sumber: http://www.kettha.gov.my)

Beg Biorosot

Berita Amalan Hijau

Mulai 1 Januari 2016, semua premis perniagaan di negeri Melaka dilarang menggunakan dan membekalkan beg plastik serta bekas makanan polistirena sepenuhnya. Sehubungan dengan itu, mulai 1 Jun 2016, semua premis perniagaan di negeri ini diwajibkan untuk menyediakan beg biorosot boleh kompos atau kelongsong kertas sebagai ganti. (Sumber: Utusan Malaysia, 1 Jun 2016)

Panel Fotovoltik Menjelang 2020, sambungan grid solar disasarkan mampu menyalurkan tenaga yang diperbaharu sehingga 3000 megawatt. Panel fotovoltik pula mampu menyalurkan tenaga solar sebanyak 1.25 gigawatt. Penggunaan tenaga solar di Malaysia mampu mengurangkan penggunaan bahan api fosil dan mampu menjanakan pendapatan negara sehingga RM1.5 bilion. (Sumber: Utusan Malaysia, 6 Disember 2016)

2.4.1 Membaca secara ekstensif pelbagai bahan fiksyen dan bukan fiksyen untuk meneroka maklumat baharu.

195

Pelestarian Alam

Buletin Hijau

TEMA 16

1. Baca secara ekstensif untuk mengenal pasti maklumat dalam Buletin Hijau. 2. Teroka maklumat lanjut tentang amalan hijau daripada pelbagai sumber.

Damai dalam Kehijauan

Pelestarian Alam

TEMA 16

1. Berikan maksud perkataan, rangkai kata, istilah, dan ungkapan dalam bahan. 2. Tulis karangan tentang Hotel Hijau dengan menggunakan perkataan, rangkai kata, istilah, dan ungkapan tersebut.

Hotel Hijau di Malaysia • • • •

Definisi - mengaplikasikan teknologi hijau dan mendapat pengiktirafan Lebih 10 buah hotel menerima Anugerah Hotel Hijau ASEAN Memenuhi 11 kriteria dan 25 keperluan yang ditetapkan oleh Piawaian Hotel Hijau ASEAN Berjaya meminimumkan kira-kira 20 peratus penggunaan tenaga, 10 peratus penggunaan air, 10 peratus penggunaan kertas, dan 20 peratus sampah

Kesannya kepada Pengusaha Hotel dan Pusat Peranginan • Pelancong hijau dari dalam dan luar negara semakin bertambah • Mempunyai kesedaran yang tinggi tentang amalan hijau • Menuntut pihak korporat turut bertanggungjawab menjaga alam sekitar • Memilih hotel yang mengaplikasikan amalan hijau • Sambil menyelam minum air

Amalan Hijau di Hotel • Jimat tenaga elektrik – bumbung lut cahaya dan mentol khas • Jimat sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharu – sedia ruang khas untuk mengecas kenderaan hibrid dan perkhidmatan sewa basikal • Jimat air – guna semula tuala, cadar, dan selimut serta guna air hujan serta air yang dirawat • Mendidik pelanggan melalui peringatan • Usaha tidak hangat-hangat tahi ayam

Kesannya kepada Alam Sekitar • Menggunakan bahan-bahan mesra alam • Sumber tenaga terpelihara • Ingat sebelum kena, jimat sebelum habis • Alam terpelihara dan terpulihara • Pencemaran alam terkawal • Kualiti hidup bertambah baik

(Sumber: Penginapan Pelancongan Hijau, Dewan Masyarakat, Oktober 2015 ms 44 – 46.)

196

3.1.1 Menulis untuk menyatakan makna kata, rangkai kata, istilah, dan ungkapan serta menggunakannya dengan betul mengikut konteks.

DUA WAJAH ALAM

Damai Pelestarian Alam

Sengsara

TEMA 16

Berdasarkan pengalaman dan maklumat yang terdapat dalam gambar, hasilkan sajak yang bertemakan alam sekitar.

Segar Sesak

Indah Gersang

4.3.2 Menghasilkan sajak daripada bahan rangsangan dan tema yang diberi berdasarkan pengalaman murid secara kreatif.

197

Jurnal Pencinta Alam TEMA 16

1. 2. 3.

Analisis penggunaan kata kerja dan frasa nama dalam jurnal. Buat penilaian, sama ada kata kerja dan frasa nama tersebut betul atau salah. Tulis semula jurnal dan betulkan kesalahan tersebut.

Pelestarian Alam

Nama Program: Lawatan Kelab Pencinta Alam Tarikh: 17 Julai 20 Tempat: Pusat Hidupan Liar Semenggoh, Sarawak 1. Lawatan ke Pusat Hidupan Liar Semenggoh disertai oleh 30 ahli Kelab Pencinta Alam sekolah dan empat guru. 2. Pengurus pusat itu telah menyampai taklimat tentang pusat itu kepada kami. 3. Menurut beliau, 17 orang utan telah dilahirkan di pusat itu sejak ditubuhkan, menjadi jumlah keseluruhannya ialah 28. 4. Mereka memberikan orang utan di situ nama-nama yang menarik perhatian. 5. Antara nama-nama yang diberi ialah Seduku, Lela, Selina, Ritchie, Delima, Kidding, dan Ruby. 6. Pengurus tersebut juga mengumumkan bahawa kita boleh menyertai Program Anak Angkat Orang Utan dan mengikuti lain-lain program yang dianjur. 7. Kami dibawa memasuki ke dalam hutan untuk lihat secara lebih dekat orang utan tersebut setelah taklimat. 8. Di pelantar tempat orang utan ini diberi makanan, para-para pelancong yang berada di situ sibuk mengambil gambar. 9. M e r e k a m e n g g u n a k a n k a m e r a - k a m e r a y a n g canggih-canggih. 10. Beberapa keping gambar-gambar yang merakamkan pelbagai aksi-aksi menarik akan ditampal di jurnal. 11. Sekembalinya ke sekolah, kami dikehendaki menceritakan secara terperinci pengalaman menarik ini kepada kawan-kawan.

198

5.6.1 Menganalisis dan membetulkan kesalahan kata dan frasa dalam sesuatu ayat.

Unit

TEMA 16

32 Buana Menguntum Senyum Air untuk Kehidupan

PUTRAJAYA: Sembilan peratus atau 43 batang sungai di negara ini mengalami pencemaran, dengan sebahagian besar daripadanya berada di kawasan bandar, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato’ Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Beliau berkata, daripada 473 batang sungai yang dipantau Jabatan Alam Sekitar, 186 atau 39 peratus didapati mengalami sedikit pencemaran, manakala 244 atau 52 peratus lagi berada dalam keadaan bersih. Sebahagian besar bahan yang mencemarkannya berasal daripada pelbagai sumber, termasuk air daripada loji kumbahan, premis industri dan komersial serta akibat jumlah aliran yang kecil berikutan kawasan berturap yang begitu luas. “Saya menerima laporan bahawa paras kekeruhan sebatang sungai utama di Malaysia telah mencapai tahap kritikal hingga menyebabkan loji rawatan air di situ terpaksa ditutup,” kata beliau lagi. (Sumber: http://www.bharian.com.my node/157423)

Pelestarian Alam

1. Baca secara intensif untuk menyaring maklumat yang berikut: i. Data dan maklumat tentang tahap kebersihan sungai serta punca dan kesan pencemaran sungai. ii. Tujuan dan kepentingan projek pengindahan Sungai Melaka. 2. Sampaikan maklumat tersebut dengan tepat secara lisan dengan menggunakan ayat yang gramatis.

Projek Pengindahan Sungai Melaka Projek pemulihan dan pengindahan Sungai Melaka ialah satu usaha Kerajaan Negeri Melaka bagi: ♣ mengembalikan dan memulihkan sektor ekonomi dan pelancongan negeri; ♣ memulihara dan memelihara semula Sungai Melaka; ♣ menggalakkan interaksi antara elemen reka bentuk bandar; ♣ mewujudkan persekitaran yang selesa. Kini Sungai Melaka merupakan tulang belakang kepada aktiviti perdagangan, perumahan, dan institusi yang mengekalkan elemen warisan dan kebudayaan serta pelancongan dan rekreasi yang terkenal di seluruh dunia. (Sumber: Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah)

Cari maklumat tentang sungai lain yang telah dipulihara. 1.6.1 Menyaring dan menyampaikan maklumat yang tepat dan menggunakan ayat yang gramatis.

199

Jana Tenaga, Jimat Wang TEMA 16

1. Baca dan fahami kesemua bahan. Kemudian, kenal pasti maksud perkataan dan rangkai kata yang sukar dengan merujuk kamus atau glosari. 2. Tulis berita tentang biojisim dengan memasukkan perkataan dan rangkai kata dalam bahan.

Pelestarian Alam

1

Tenaga Biojisim Negara kita kaya dengan pelbagai tumbuhan sama ada yang tumbuh secara semula jadi ataupun yang ditanam secara komersial. Tumbuh-tumbuhan ini mampu menghasilkan tenaga yang boleh diperbaharu yang dinamai tenaga biojisim. Tenaga biojisim ialah tenaga yang dijana daripada pereputan benda-benda hidup. Bahan-bahan ini boleh digunakan Sisa biojisim nanas yang terdiri daripada batang, akar sama ada sebagai bahan api atau bahan dan daun ditukarkan menjadi arang teraktif melalui bakar dalam industri. Penggunaan tenaga kaedah pengaktifan kimia. biojisim ini mampu mengurangkan (Sumber: http://www.mpib.gov.my/arang) kesan rumah hijau sekali gus membantu melestarikan alam sekitar. Oleh sebab tumbuh-tumbuhan mampu 2 menghasilkan tenaga biojisim, pelbagai usaha telah dilakukan untuk menukarkan sisa atau bahan buangannya kepada tenaga biojisim. Selain teknologi biojisim, salah satu cara yang paling mudah untuk memanfaatkan tenaga daripada pelbagai tumbuhan ini adalah melalui teknik pengkomposan yang semakin popular pada masa ini.

Jerami padi dijadikan baja kompos. Sekam dan jerami padi dijadikan bahan api untuk memanaskan dandang pada loji jana kuasa tenaga. (Sumber: http://puspatani.blogspot.my) 200

2.2.1 Membaca untuk memahami makna rangkai kata yang terdapat dalam pelbagai bahan menggunakan glosari dan kamus dengan betul dan tepat.

Hijaukan Bumi

Pelestarian Alam

TEMA 16

Tulis karangan berdasarkan maklumat yang terdapat dalam peta pemikiran dengan menggunakan ejaan yang betul dan bahasa yang tepat, indah serta menarik.

60 minit tanpa cahaya lampu

Kitar Semula ANUGERAH  Industri Hijau  Sekolah Lestari  Wira Alam

♣ Suburkan bum i ♣ Tanggungjawab bersama ♣ Belajar daripad a alam sekitar ♣ Katakan tidak ke pada pencemaran

Teroka maklumat tentang keburukan pencemaran alam sekitar.

3.4.4 Menulis karangan menggunakan ejaan yang betul dan bahasa yang tepat, indah serta menarik.

201

TEMA 16

Pantun Jenaka: Riang Ria Rimba

Pelestarian Alam

Persembahkan pantun dengan sebutan, intonasi, dan nada yang sesuai secara kreatif.

Ular sawa menjeling-jeling, Melihat cacing di kaki badak; Tikus tertawa berguling-guling, Melihat kucing bertaring tidak.

Sembilang menempelak ikan sengat, Tergigit mengkudu lalu pitam; Katak tergelak tidak beringat, Menyindir berudu berwarna hitam.

Duduk merenung pokok kelempung, Nampak seladang jalan terhinggut; Ikan termenung siput melopong, Melihat udang memotong janggut.

Menahan keli menggunakan bubu, Lalu dikukus bersama serai; Tupai diperli menebuk labu, Dibaiki tikus terus terbarai.

Lengang suasana segera merajut, Terhangguk-hangguk tergigit peria; Tercengang buana segara terkejut, Melihat pungguk merindui suria.

Kumbang berdengung di hutan belantara, Ayam di paya berderai berkokok; Monyet bingung burung bercempera, Melihat buaya memanjat pokok. Zanariah binti Abdol SM Sains Johor

Teroka maklumat tentang pantun jenaka berserta contohnya. 202

4.4.2 Mempersembahkan pantun dengan sebutan, intonasi dan nada secara kreatif.

Sekolah Lestari, Murid Bestari

Pelestarian Alam

TEMA 16

1. Analisis ayat dalam brosur untuk mengesan kesalahan perkataan dan frasa. 2. Betulkan kesalahan tersebut, kemudian sediakan brosur yang baharu dengan menggunakan ayat yang gramatis.

PROGRAM SEKOLAH LESTARI Latar Belakang Anugerah Alam Sekitar ialah program usaha sama antara Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Kementerian Pendidikan Malaysia, dengan Institusi Alam Sekitar dan Pembangunan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Tujuan Program Program ini bertujuan untuk membantu dan memperkukuhkan program-program pendidikan alam sekitar yang sedia ada. Adalah menjadi hasrat program ini, ahli keluarga, komuniti setempat, kerajaan, pihak swasta dan badan bukan kerajaan turut terlibat kerana program ini berkonsepkan tentang pendekatan yang menyeluruh. Komponen Program Program ini memberi penekanan kepada empat komponen utama, iaitu pengurusan, penghijauan, kokurikulum, dan kurikulum. Program ini mencakupi semua aktiviti, yang berasaskan kepada alam sekitar di sekolah, contohnya seperti Projek Riadah Alam Sekitar, Projek Wira Alam, Program Keceriaan Taman, Program 3K (Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan), Program KitS (Kitar Semula), Kem Kesedaran Alam Sekitar, dan lain-lain aktiviti alam sekitar. Ciri Program Antara ciri-ciri Sekolah Lestari ialah perlaksanaan pendidikan alam sekitar merentas kurikulum, menganjurkan aktiviti kokurikulum yang berkaitan dengan alam sekitar, membina taman herba dan pengalakkan Program Satu Murid Satu Pokok serta bermacam program lagi. Yang terpenting sekali ialah pihak sekolah perlu mempastikan sampah sarap tidak mengotorkan kawasan sekolah secara berterusan.

(Sumber: http://www.doe.gov.my)

5.6.1 Menganalisis dan membetulkan kesalahan kata dan frasa dalam sesuatu ayat.

203

Berlibur di Pantai

Pelestarian Alam

TEMA 16

Berdasarkan bahan: i. Kemukakan soalan-soalan bercapah. ii. Tulis karangan dengan ejaan yang betul dan bahasa yang indah serta menarik. Masukkan petikan sajak atau pantun serta rangkai kata menarik dalam karangan tersebut.

Tinggi rendah bukit bukau, Merpati diusir terbang sekawan; Pantai indah hatiku terpukau, Memutih pasir jiwaku tertawan. Menari-nari pohon kelapa, Angin berpusar langit benderang; Sinar mentari ke pantai menyapa, Di lantai dasar kutemukan karang. Zareer Hafzi Kg. Bentong

204

TEMA ERA BAHARU 17

INDUSTRI

Kelajuan supersonik tidak terperi, Setangkas kata-kata secepat suara; Kehebatan sibertronik dalam industri, Bingkas mencipta kemajuan negara.



• Seperti Rusa Masuk Kampung • Industri Perikanan Negara



• Pengerang Membangun Bersama PIPC • Tarikan Papan Tanda Iklan



• Industri Kreatif di Malaysia • Perindustrian di Malaysia



• Filem Kita, Wajah Kita • Berbalas Pantun: Manfaatkan Teknologi dalam Industri • Hidangan ke Pintu Pejabat • Sembang Usahawan

205

Unit

33

Seperti Rusa Masuk Kampung

TEMA 17 Era Baharu Industri

Industri Berdaya Saing IMBAS SAYA Analisis maklumat yang didengar dan dibaca dengan telitinya. Kemudian, persembahkan maklumat tersebut dengan betul dan tepat secara lisan.

Kalau dahulu, rusa hanya ditemukan di hutan, kini rusa mulai ditemukan di kampung dan di ladang ternakan. Penternakan rusa semakin mendapat sambutan dalam kalangan penternak. Hal ini berlaku demikian kerana rusa lebih mudah dijaga manakala pulangannya amat lumayan sekali.

Kawasan yang sangat luas tidak diperlukan

Jinak tetapi agresif jika diancam

Makan rumput, daun kayu, dan makanan tambahan

Rusa jantan lebih besar dan bertanduk

Rusa Ternak

INDUK Induk Rusa Jantan - RM3000.00 – RM3500.00/ekor Induk Rusa Betina - RM3500.00/ekor DAGING Daging Rusa Tanpa Tulang - RM80.00/kg BAHAGIAN LAIN Tanduk Kering – RM3500.00/kg Daging Rusa Bertulang - RM60.00/kg Kulit – RM350.00 - RM500.00/kg Daging Batang Pinang - RM120.00/kg Tengkorak (perhiasan) - RM800.00 Pekasam Rusa - RM15.00/100g

Harga Pasaran Semasa

206

1.3.1 Mendengar dan mengenal pasti maklumat dalam pelbagai wacana dengan memberikan respons secara lisan dengan betul, tepat, dan bermakna.

Sejak tahun 2012, daerah kecil Pengerang, Johor mula berubah wajah kerana pembangunan Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang yang juga dikenali sebagai Pengerang Integrated Petroleum Complex (PIPC) yang berkeluasan kira-kira 8000 hektar. Daripada sebuah kawasan pertanian, daerah Pengerang telah berubah menjadi sebuah kawasan industri hiliran minyak dan gas bertaraf antarabangsa. Apabila pembangunannya siap sepenuhnya, PIPC akan menempatkan loji penapisan minyak, loji pemprosesan bahan petrokimia, tangki-tangki penyimpanan minyak, dermaga air dalam untuk tujuan penghantaran dan pengambilan minyak, dan kilang-kilang pembuatan barangan berasaskan petrokimia. Limpahan daripada pembangunan PIPC ini telah banyak membuka peluang perniagaan kepada usahawan tempatan sebagai pembekal barangan dan perkhidmatan langsung kepada syarikat-syarikat industri hiliran minyak dan gas. Usahawan tempatan juga turut terlibat dalam penyediaan perkhidmatan sokongan seperti pengangkutan, penyajian makanan, perniagaan runcit, dan lain-lain. Pada masa yang sama, peluang pekerjaan profesional dan berkemahiran tinggi terbuka luas untuk rakyat Malaysia. Jalan raya yang menghubungkan Pengerang dengan Bandar Penawar sedang dinaik taraf agar lebih besar dan selamat. Sementara itu, sekolah, balai polis, klinik kesihatan, balai bomba, dan lebuh raya baharu yang bakal dibina di dalam kawasan PIPC akan menawarkan tahap perkhidmatan dan kemudahan awam yang lebih baik kepada penduduk setempat. Petroliam Nasional Berhad (Petronas) sedang membangunkan Kompleks Bersepadu Pengerang yang akan menempatkan loji penapisan minyak dan kompleks memproses bahan petrokimia. Loji penapisan minyak ini dijadualkan siap dibina dan mula beroperasi pada suku tahun pertama 2019. Loji ini dijangka mampu menapis sehingga 300 000 tong minyak sehari. Terminal Laut Dalam Pengerang yang mengandungi dermaga air dalam serta tangki-tangki penyimpanan minyak dengan kapasiti muatan sehingga 1.3 juta meter padu telah dibangunkan. Cari maklumat tentang kemunculan bandar-bandar baharu yang disebabkan oleh pembangunan.

(Sumber: Johor Petroleum Development Corporation Berhad)

2.4.1 Membaca secara ekstensif pelbagai bahan fiksyen dan bukan fiksyen untuk meneroka maklumat baharu.

207

Era Baharu Industri

1. Sebelum membaca, senaraikan maklumat yang telah dan ingin anda ketahui tentang daerah Pengerang dan pembangunannya. Kemudian, baca secara intensif bahan tentang PIPC dan senaraikan maklumat baharu yang anda peroleh. 2. Untuk mencari maklumat lain, rujuk sumber yang boleh dipercayai.

TEMA 17

Pengerang Membangun Bersama PIPC

Industri Kreatif di Malaysia

Era Baharu Industri

TEMA 17

1. Dalam kumpulan, analisis maklumat tentang industri kreatif di Malaysia dan sediakan lakaran maklumat dalam bentuk peta pemikiran. 2. Melalui aktiviti sumbang saran, tambah maklumat dalam peta pemikiran tentang kejayaan Malaysia dalam industri kreatif dengan menggunakan ayat yang gramatis. Tentu ada yang masih tertanya-tanya, apakah yang dimaksudkan dengan industri kreatif? Industri kreatif ialah industri yang melibatkan kreativiti individu, keterampilan, dan bakat. Industri kreatif ini berpotensi untuk menjanakan kekayaan serta penciptaan peluang pekerjaan melalui penggalakan dan eksploitasi harta intelek. Dengan kata lain, industri kreatif merupakan seni untuk ekonomi yang melibatkan individu-individu yang berbakat dan pihak korporat. Industri ini penting kerana turut menjanakan pendapatan yang lumayan dan menaikkan imej negara. (Sumber: http://www.kkmm.gov.my/pdf/dikn.pdf)

Skop Industri Kreatif

Multimedia

Tokoh Industri Kreatif Seni Budaya Dato’ Mohammad Nor bin Khalid (Lat) • 1979 - Mula melukis dan menulis komik “Budak Kampung”. • 1984 - K o m i k b e l i a u diterjemahkan ke bahasa Jepun. • 1998 - Sebanyak 26 episod siri TV Budak Kampung diterbitkan dengan kerjasama ASTRO (Malaysia), Philippines Animated Studios Inc. (Filipina) dan Matinee Entertainment (Amerika Syarikat). • 1999 - Episod “Oh, Tok!” menerima Anugerah Siri TV Terbaik untuk Kategori 13 Minit dan ke Atas dalam Festival Filem Animasi Antarabangsa Annecy, Perancis. (Sumber: http://datolatdigitallibrary. blogspot.my/p/award.html)

1. Penerbitan Filem dan TV 2. Pengiklanan 3. Seni Reka 4. Animasi dan Kandungan Digital

Seni budaya

1. Kraf 2. Seni Visual 3. Seni Muzik 4. Seni Persembahan 5. Penulisan Kreatif 6. Fesyen dan Tekstil

Warisan budaya Aktiviti 1. Muzium 2. Arkib 3. Pemulihan 4. Pemuliharaan

208

Tulis maklumat tentang industri kreatif di Malaysia berdasarkan pelbagai sumber.

3.2.1 Menulis untuk menyatakan maklumat yang betul dengan mengaitkan pengetahuan sedia ada daripada pelbagai sumber menggunakan ayat yang gramatis.

Filem Kita, Wajah Kita

Industri perfileman di negara kita semakin berkembang. Dengan adanya sokongan daripada peminat, filem tempatan akan terus berkembang dan mampu bersaing di peringkat global.

Ingin saya ingatkan saudara dan saudari, Mari kita kejutkan sahabat handai, fakta benar tentang filem dan industri, mari kita ajak ipar-duai, sebab dan puncanya bukan lagi misteri, mari kita pakat ramai-ramai, semuanya angkara empunya diri, selagi perjuangan belum selesai, menuntut komitmen tuan puan kanan dan kiri. selagi itu hutang kita kepada negara belum langsai. Benar kata orang: tak kenal maka tak cinta, Ayuh semua, kalau dah cinta, siang malam rindu dendam, kita semarakkan industri perfileman negara, bagaikan pungguk rindu akan bulan, biar taufan datang melanda, tidak sabar menanti esok malam, biar seribu rintangan datang menerpa, menunggu kemunculan baharu, filem tempatan tetap menjadi pilihan, filem negara kita yang dirindu. tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan. Zuhaa Zayyan Alor Gajah, Melaka

4.2.1 Memahami, menerangkan makna dan menggunakan kata-kata hikmat dan bahasa berirama dengan betul dan mengikut konteks.

209

Era Baharu Industri

TEMA 17

1. Berikan maksud bahasa berirama Filem Kita, Wajah Kita. 2. Tulis perenggan tentang industri perfileman di Malaysia dan gunakan bahasa berirama yang sesuai dalam perenggan tersebut.

Hidangan ke Pintu Pejabat

Era Baharu Industri

TEMA 17

Analisis kesalahan kata dan frasa yang terdapat dalam bahan. Kemudian, kategorikan jenis kesalahan tersebut dan betulkan. Sesuatu projek industri memerlukan perancangan. Perancangan yang dibuat perlu mengambil kira pelbagai faktor-faktor dan disediakan dalam bentuk kertas kerja cadangan. Perancangan adalah terpenting sekali kerana jika kita gagal merancang, kita merancang untuk gagal. Kertas Kerja Cadangan 1. Nama Projek Merarau Sedap dan Jimat di Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur 2. Tujuan Kertas Kerja Kertas kerja ini dibuat bagi mendapat kelulusan dari pihak pengurusan untuk mengembangkan sayap perniagaan kepada perkhidmatan hantaran makanan. 3. Pengenalan Berdasarkan kepada pemerhatian, Unit Jualan dan Promosi telah mendapati permintaan untuk perkhidmatan penghantaran makanan di kebanyakan pejabat-pejabat kerajaan dan swasta ialah amat tinggi sekali. Sehubungan itu, kami mencadangkan agar syarikat memperluaskan perkhidmatan kepada perkhidmatan menghantar makanan untuk hidangan tengah hari di Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Kuala Lumpur. 4. Cadangan Perlaksanaan 4.1 Melaksana kajian tentang saiz dan keperluan pelanggan, serta saingan. 4.2 Menyedia Carta Alir Proses Kerja dari awal hingga ke akhir. 4.3 Memperinci butiran perbelanjaan operasi. 4.4 Menganggar keuntungan dan meramalkan kerugian. 4.5 Menentukan strategi pemasaran. 4.6 Mempromosikan melalui pelbagai saluran media. 4.7 Menjalani kajian impak projek. 5. Penutup Semoga program ini dapat menyediakan kepada pelanggan hidangan tengah hari yang lengkap, lazat, dan berkhasiat serta mendatangkan pulangan kepada syarikat. Disediakan oleh: Unit Jualan dan Promosi, Syarikat Sajian Tular Sdn. Bhd. 210

5.6.1 Menganalisis dan membetulkan kesalahan kata dan frasa dalam sesuatu ayat.

Unit

IMBAS SAYA

1. Baca secara intensif maklumat yang terdapat dalam petikan, gambar rajah, dan carta pai. 2. Berdasarkan maklumat dan pengetahuan sedia ada, huraikan pendapat anda tentang masa hadapan industri perikanan di negara kita secara bernas dan kritis dengan menggunakan ayat yang betul, tepat, dan gramatis. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia, pada tahun 2015, jumlah keseluruhan vesel menangkap ikan yang berlesen ialah 56 211 buah. Sebanyak 42 peratus beroperasi di Pantai Barat Semenanjung, 15 peratus di Pantai Timur Semenanjung, manakala 41 peratus di Malaysia Timur. Didapati bahawa 86 peratus daripada keseluruhan vesel beroperasi di Zon A. 0 - 5 bn

5 - 12 bn

ZON A

ZON B

kurang 40 GRT

peralatan tradisional dan pukat jerut bilis

12 - 30 bn

ZON C

kurang 40 GRT

40 – kurang 70 GRT

pukat tunda dan pukat jerut

pukat tunda dan pukat jerut

Ikan Rakyat Ikan rakyat terdiri daripada beberapa spesies ikan yang mendapat permintaan tinggi daripada rakyat yang berpendapatan sederhana dan rendah. Ikan ini dijual dengan harga yang mampu beli. Antara ikan rakyat yang popular di Malaysia ialah ikan kembung, selar, cencaru, selayang, pelaling, aya kurik, tilapia, dan keli. Inisiatif pewujudan Program Ikan Rakyat LKIM atau Program Q’Fish adalah untuk menstabilkan harga ikan. Program ini juga mengurangkan impak peningkatan kos sara hidup pengguna.

30 bn sempadan ZEE

ZON C2

Perairan Antarabangsa

ZON C3

70 GRT dan lebih

70 GRT dan lebih

pukat tunda, pukat jerut, rawai

rawai tuna, pukat jerut tuna

Sasaran Pengeluaran Perikanan Laut Dalam: Unjuran hingga Tahun 2020 (Tan Metrik)

2014 265 000 2015 315 000 2016

2020 477 000

355 000

(Sumber: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia)

1.8.1 Menghuraikan sesuatu perkara dengan bernas dan kritis secara jelas menggunakan ayat yang betul, tepat, dan gramatis.

211

Era Baharu Industri

Industri Perikanan Negara

TEMA 17

Industri Berdaya Maju

34

Tarikan Papan Tanda Iklan Baca surat secara nyaring dengan sebutan dan intonasi yang betul. Analisis maklumat menggunakan teknik bacaan 5W1H. Kemukakan pendapat anda tentang: i. Sebab-sebab syarikat Pembina Sejahtera Sdn. Bhd. dipilih oleh Ahli Lembaga Pengarah. ii. Perkara-perkara yang akan diambil kira oleh kedua-dua pihak ketika perbincangan tentang caj perkhidmatan pemasangan diadakan.

Era Baharu Industri

TEMA 17

1. 2. 3.

Syarikat Akar Teguh Sdn. Bhd., Lot 707, Taman Perindustrian, 09000 Kulim, Kedah. Pengarah, Syarikat Pembina Sejahtera Sdn. Bhd., No. 15 & 16, Persiaran Industri, Kawasan Perindustrian 2020, 13600 Prai, Pulau Pinang.

18 OKTOBER 20   

Tuan, Tawaran Pemasangan Papan Tanda Iklan Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa syarikat kami telah mendapat tender pembinaan dan pemasangan papan tanda iklan. 2. Sehubungan dengan itu, syarikat kami ingin menawarkan kerja-kerja pemasangan papan tanda yang telah disiapkan oleh syarikat kami di beberapa lokasi strategik sepanjang jalan raya utama di sekitar Pulau Pinang. Pemilihan syarikat tuan telah diputuskan dalam mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah atas dasar rekod perkhidmatan cemerlang yang telah ditunjukkan oleh syarikat tuan sebelum ini. 3. Pihak tuan diberi masa 14 hari dari tarikh surat ini untuk menyatakan persetujuan atau penolakan. Perbincangan tentang caj perkhidmatan pemasangan dan hal-hal lain boleh dibuat dengan pihak kami dalam tempoh tersebut. 4. Bersama-sama dengan surat ini dilampirkan syarat-syarat keselamatan dan spesifikasi pemasangan papan tanda yang wajib dipatuhi untuk rujukan dan panduan tuan. Sekian, terima kasih.

Jemain

Sudahkah anda membayar cukai? Jalankan tanggungjawab anda. . Cukai - daripada rakyat untuk rakyat

(DATO’ HAJI JEMAIN BIN HAJI RAQIBAN) Pengarah, Syarikat Akar Teguh Sdn. Bhd. 212

2.1.1 Membaca surat kiriman rasmi, surat kiriman tidak rasmi dan teks pengacaraan dengan sebutan dan intonasi yang betul serta mengenal pasti maksud tersurat dan tersirat.

TEMA 17

Perindustrian di Malaysia Berdasarkan peta pemikiran, bina kerangka karangan tentang faktor-faktor yang menggalakkan perindustrian di Malaysia.

Era Baharu Industri

Sektor perindustrian di negara kita telah berkembang dengan pesatnya. Hal ini dikatakan demikian kerana terdapat banyak faktor yang menjadi pemangkin kepada perkembangan sektor ini.

Faktor-Faktor yang Menggalakkan Perindustrian di Malaysia

3.4.1 Membina kerangka karangan dalam bentuk grafik secara terancang.

213

TEMA 17

Berbalas Pantun: Manfaatkan Teknologi dalam Industri Persembahkan pantun dengan sebutan, intonasi dan nada secara kreatif.

Era Baharu Industri

Buah rambutan di tepi kali, Dipetik isteri dijual di pekan; Sumber pendapatan banyak sekali, Mengapa industri tetap diutamakan? Pergi berjaja halia lengkuas, Naik sampan ke pekan dituju; Peluang kerja terbuka luas, Industri mapan berdaya maju. Pulau misteri berbeting-beting, Di tepi muara ikan berkaparan; Kalau industri itu penting, Bagaimanakah cara tingkatkan pengeluaran? Makan berangan dari Kemboja, Di atas titi di tepian perigi; Abaikan jangan latihan pekerja, Tingkatkan kualiti gunakan teknologi. Buah durian masak sebelah, Gugur sebiji tersangkut di dahan; Demi perindustrian berpenat lelah, Tatkala diuji mampukah bertahan? Hujan lebat kilat memancar, Berlarian kelasi di tepi pangkalan; Saingan hebat strategi dilancar, Kajian dan inovasi jadi amalan. Zanariah Abdol SM Sains Johor 214

4.4.2 Mempersembahkan pantun dengan sebutan, intonasi dan nada secara kreatif.

Cari maklumat tentang pertandingan berbalas pantun.

Analisis bahagian yang bercetak warna merah dan jika bahagian tersebut mengandungi kesalahan, betulkan. Kemudian, kategorikan jenis kesalahan tersebut.

5.6.1 Menganalisis dan membetulkan kesalahan kata dan frasa dalam sesuatu ayat.

Era Baharu Industri

Juruhebah: Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan salam sejahtera dan selamat datang ke studio kepada Puan Hajah Rokiah binti Mohd Salleh. Terima kasih kerana sudi hadir untuk sesi temu ramah pada hari ini. Oleh sebab masa itu emas, bolehkah puan menceritakan tentang pelibatan awal puan dalam industri membuat keropok lekor ini? Usahawan: Sebelum ini, saya adalah penjawat awam. Saya suka memperhatikan tingkah laku rakan taulan dan saudara-mara saya. Dari pemerhatian saya, makanan ringan yang dicari sama ada untuk sarapan dan minum petang ialah keropok lekor. Walau bagaimanapun, agak sukar bagi penduduk-penduduk di kawasan penempatan ini untuk memperolehi keropok lekor. Kalau ada pun, harganya agak mahal. Oleh itu, timbul idea untuk membuat sendiri keropok lekor. Rakan-rakan sekerja yang mengetahui telah memujuk saya agar membuatkan keropok lekor untuk mereka. Bak kata pepatah, rezeki jangan ditolak, maut jangan dicari, saya pun mulai mengambil tempahan secara kecilan. Juruhebah: Apakah yang mendorong puan untuk menceburi di dalam industri ini? Usahawan: Pada mulanya, saya mendapat dorongan rakan-rakan. Rakan-rakan mengadu tentang keropok lekor yang dibeli. Menurut mereka, keropok lekor yang dibeli kecil-kecil sahaja tetapi harganya mahal-mahal. Merekalah yang mencadangkan agar keropok lekor ini diusahakan secara serius. Setelah memaklumi ahli keluarga saya hasrat saya itu, mereka juga memberi sokongan. Akhirnya, saya mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan agar saya dapat mengusahakan secara sepenuh masa. Berita perletakan jawatan saya itu disambut baik oleh pelanggan tetap Nor Keropok Lekor. Hingga kini, saya telah membuka enam cawangan atas permintaan pelanggan. Juruhebah: Oh, begitu! Baiklah pendengar sekalian, kita berhibur dahulu dengan sebuah lagu. Jangan ke mana. Kita sambung Sembang Usahawan sebentar sahaja lagi.

TEMA 17

Sembang Usahawan

215

TEMA 17 Era Baharu Industri

A. Baca dan fahami bahan, kemudian jawab soalan yang berikutnya.

Perusahaan Kecil dan Sederhana Dalam Mesyuarat Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan ke-14 pada bulan Julai 2013, definisi baharu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang merangkumi semua sektor, iaitu pembuatan, perkhidmatan, pertanian, pembinaan, dan perlombongan dan pengkuarian, telah diluluskan. Setiap jenis sektor ini pula dikategorikan berdasarkan saiz operasinya, iaitu Perusahaan Sederhana, Perusahaan Kecil, dan Perusahaan Mikro. Kategori ini ditentukan berdasarkan kriteria jualan tahunan dan kriteria bilangan pekerja sepenuh masa. Sila rujuk Rajah 1. Jika sesebuah perniagaan hanya memenuhi satu kriteria sahaja seperti dalam Rajah 1, saiz yang lebih kecil akan diguna pakai. Sebagai contoh, jika jualan tahunan perniagaan berada pada Perusahaan Mikro, iaitu RM250 000.00 tetapi bilangan pekerja sepenuh masa berada pada Perusahaan Kecil, iaitu 60 orang, maka perniagaan tersebut dikategorikan sebagai Perusahaan Mikro.

Kategori Perusahaan

Jenis Sektor Pembuatan

Jenis Sektor Perkhidmatan dan Lain-lain

Jualan Tahunan

Bilangan Pekerja Sepenuh Masa

Jualan Tahunan

Bilangan Pekerja Sepenuh Masa

Kecil

RM15 juta – RM50 juta

75 – 200 orang

RM3 - RM20 juta

30 – 75 orang

Sederhana

RM300 000.00 – RM15 juta

5 – 74 orang

RM300 000.00 – RM3 juta

5 – 29 orang

Mikro

Kurang daripada RM300 000.00

Kurang daripada 5 orang

Kurang daripada RM300 000.00

Kurang daripada 5 orang

(Sumber: http://www.smecorp.gov.my)

Rajah 1: Jenis Sektor dalam PKS dan Kategorinya 1. Apakah sektor-sektor yang terangkum dalam PKS dan bagaimanakah sektor-sektor ini dikategorikan? 2. Jelaskan syarat had maksimum untuk sesebuah perusahaan dikategorikan sebagai PKS. 3.

216

Tentukan sama ada pernyataan di bawah betul atau salah. (a) Semua sektor industri mempunyai PKS. ………. (b) Kategori setiap sektor ditentukan oleh saiz operasi. ……… (c) Hanya pekerja sepenuh masa sahaja dibenarkan bekerja dalam PKS. ……...

5. Berdasarkan maklumat yang diberikan dalam Rajah 1, apakah kategori perusahaan di bawah?







A. PKS Sektor Pembuatan kategori Perusahaan Sederhana B. PKS Sektor Perkhidmatan kategori Perusahaan Sederhana C. Bukan PKS

Era Baharu Industri

Nama Perusahaan: Sos Cili Cap X Jualan Tahunan: RM25 juta Pekerja Sepenuh Masa: 70 orang

TEMA 17

4. Encik Farid menceburkan diri dalam bidang perhotelan. Apakah sektor yang diceburi oleh Encik Farid? A. Pembuatan B. Perkhidmatan C. Pembinaan

6. Pada pendapat anda, mengapakah PKS sangat penting kepada negara? Huraikan dua sebab. B. Penulisan Pilih satu daripada tajuk di bawah dan sediakan rangka karangan. Kemudian, tulis karangan yang panjangnya melebihi 180 patah perkataan. 1. Aku Usahawan Muda. 2. Kepentingan Sains dan Teknologi dalam Kehidupan. 3. Tulis sebuah rencana tentang kejayaan Malaysia berdasarkan slogan “Malaysia Boleh”. C. Mendengar dan Bertutur Berbincang secara berpasangan tentang maklumat yang tersurat dan yang tersirat berdasarkan gambar yang disediakan.

Percutian Idaman 217

TEMA PENTADBIRAN DAN 18

• Memilih Pemimpin Rakyat



• Misi Dua Anggerik • Besarnya Jasamu



• Hubungan Serantau ASEAN • Ilmu, Visi dan Karisma



• Salam dari Bumi Kenyalang • Apa Khabar, Tuk!



• Srikandi Sukan • Politik Stabil, Ekonomi Makmur



218

POLITIK

• Kursus Kepemimpinan

Terbang merpati ke pohon ara, Pohon ara di dalam taman; Pemimpin berbakti untuk negara, Terbilang negara sepanjang zaman.

219

Unit

Patriot Bangsa

35 TEMA 18

Kursus Kepemimpinan

IMBAS SAYA

Pentadbiran dan Politik

Berceritalah kepada rakan anda tentang bahan yang didengar dan dilihat dengan sebutan dan intonasi yang betul secara bertatasusila.

2

1

umpulan

Aktiviti berk

Aktiviti

3

ceramah

Kursus Kepemimpinan

5

agai ilatih seb Murid d pemimpin

Meningk

4

atkan ke

yakinan

k

iti lasa

Aktiv 220

1.4.3 Menceritakan peristiwa yang didengar dan dilihat dalam situasi formal dan tidak formal dengan sebutan dan intonasi yang betul secara bertatasusila.

Hubungan Serantau

IMBAS SAYA

Pentadbiran dan Politik

TEMA 18

1. Baca dan analisis petikan untuk mengenal pasti idea utama dan idea sampingan dalam petikan tersebut. 2. Ringkaskan petikan ini.

Persatuan Negara-negara Asia Tenggara atau lebih dikenali sebagai negara ASEAN telah ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 di Bangkok, Thailand. Pertubuhan serantau ini dianggotai oleh Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand, Brunei Darussalam, Vietnam, Laos, Myanmar, dan Kemboja. Melalui pertubuhan ini, negara serantau telah sepakat untuk mencapai pelbagai matlamat yang telah digariskan. Cogan kata bagi pertubuhan ini ialah Satu Wawasan, Satu Identiti, Satu Komuniti. Dalam sidang kemuncak ASEAN, negara yang memegang jawatan pengerusi ASEAN akan bertindak sebagai tuan rumah. Ketua-ketua negara atau ketua-ketua kerajaan negara anggota akan menghadiri persidangan ini. Dalam persidangan ini, pelbagai perkara dibincangkan meliputi pelbagai aspek seperti politik, ekonomi dan sosial demi kesejahteraan negara-negara anggota. Terdapat beberapa matlamat utama yang ingin dicapai melalui penubuhan ASEAN. Matlamat tersebut adalah untuk mengekalkan kestabilan politik dan saling membantu dalam bidang ekonomi, sosial dan kebudayaan di rantau Asia Tenggara. Matlamat lain pula adalah bagi meningkatkan taraf hidup rakyat negara serantau melalui kerjasama dalam pelbagai bidang. Penubuhan ASEAN juga bermatlamat untuk memberikan kerjasama dan bantuan dalam bentuk penyelidikan dan latihan. Sebagai contoh, penubuhan Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran Asean (SEAMEO) adalah untuk perkongsian kepakaran dalam bidang pendidikan. Selanjutnya, ASEAN juga ditubuhkan untuk mengeratkan hubungan pertubuhan serantau dan antarabangsa. Hubungan ini sudah pastilah dapat meningkatkan hubungan diplomatik antara negara serantau. Hubungan diplomatik yang erat ini sudah tentu akan mengelakkan timbulnya pergeseran politik antara negara serantau. Kesimpulannya, ASEAN yang ditadbir secara bersama oleh negara-negara anggota, merupakan suatu pertubuhan antarabangsa yang sangat relevan untuk mengekalkan keharmonian dan kemakmuran di rantau ini. (Sumber: asean.org)

2.3.1 Membaca untuk mengenal pasti idea utama dan idea sampingan dengan betul dan tepat.

221

TEMA 18

Srikandi Sukan Berdasarkan bahan, tulis karangan menggunakan ejaan yang betul dan bahasa yang tepat, indah serta menarik.

Pentadbiran dan Politik

Dunia Pentadbiran - Guru Penolong Kanan di SMK Kelana Jaya pada tahun 2003 hingga menjadi Pengetua Sekolah Sukan Bukit Jalil pada tahun 2008 - Bersara dalam dunia pendidikan pada 4 November 2014 - Mantan Pengarah Bahagian Sukan, Kementerian Pendidikan Malaysia

Datuk Marina Chin Latar Belakang - Dilahirkan pada 19 Oktober 1955 - Berasal dari Pulau Pinang - Menerima pendidikan awal di SK Convent Sentul dan SMK Convent Sentul - Menerima pendidikan tinggi di Maktab Perguruan Sri Kota dan Ohio State University Pencapaian dalam Bidang Sukan - Mewakili Malaysia dalam bidang olahraga, iaitu acara larian - Memenangi tujuh pingat emas di Sukan SEA - Memenangi dua pingat perak dan satu pingat emas di Kejohanan Trek dan Padang Peringkat Asia - Mendapat anugerah Olahragawati Kebangsaan pada tahun 1976 dan 1977

222

Strategi Pentadbiran yang Diamalkan dalam Pembangunan Sukan - Strategi pentadbiran kegemaran ialah strategi penyertaan - Memberikan peluang kepada pihak warga organisasi menyumbang idea dan kepakaran - Warga organisasi lebih bekerjasama kerana semangat kekitaan yang tinggi untuk mencapai kejayaan Kejayaan Pentadbiran - Melahirkan atlet gemilang negara ke persada dunia seperti Pandelela Rinong, Farah Ann Abd. Hadi, Nauraj Singh dan lain-lain - Mengetuai dan membimbing kontinjen Malaysia menjuarai Kejohanan Sukan Sekolah-sekolah ASEAN pada tahun 2010 – Mengetuai kontinjen Malaysia dalam Sukan SEA pada tahun 2017 Cari maklumat tentang tokoh-tokoh lain dalam pelbagai bidang.

3.4.4 Menulis karangan menggunakan ejaan yang betul dan bahasa yang tepat, indah serta menarik.

Misi Dua Anggerik TEMA 18

Hasilkan lakonan berdasarkan bahan. Analisis nilai dan pengajaran yang terkandung dalam bahan. Jelaskan sifat kepimpinan yang diamalkan oleh watak utama dalam bahan.

Samad hanya menggelengkan kepalanya. Kedua-dua orang kawannya ini nampaknya tidak pernah mengambil iktibar daripada peristiwa yang pernah berlaku antara mereka berdua dahulu. “Janganlah kalian bertekak pula, Gunalan, Boon Seng,” larang Samad. “Kita bincanglah elok-elok,” saran Samad pula. Boon Seng yang sudah mula mengherotkan bibirnya mula menarik nafas panjang. Gunalan juga begitu. Mujurlah. Mujurlah kita ada jaksa pendamai. Kalau tidak, pasti perang mulut akan membawa kepada perang dingin pula. “Kita ada dua objektif sekarang ini. Yang pertama, melalui projek kita ini, hubungan antara ibu bapa dengan murid akan bertambah erat. Ibu bapa kita juga dapat saling mengenali antara satu sama lain. Yang keduanya, objektif untuk menyatukan ibu bapa Sarah semula. Tetapi, objektif ini hanya kita sahaja yang tahu. Objektif ini tersirat, faham?” jelas Samad kepada kawan-kawannya. “Faham”, balas Gunalan, perlahan. Boon Seng pula sekadar mengangguk sahaja. “Seperkara lagi, saya perlukan beberapa cadangan aktiviti dalam program yang hendak kita anjurkan nanti. Kalau sudah ada cadangan, senanglah nanti saya menyediakan kertas cadangan,” kata Samad. “Kita buat permainan kerusi beracun, boleh?” soal Siew Mei. “Permainan itu tidak sesuailah, Siew Mei,” bantah Salamah. “Tidak mengapa. Saya akan mencatatkan dahulu cadangan kalian. Kemudian, kita senarai pendekkan semua cadangan itu,” kata Samad. Terkedu Salamah mendengarnya. Siew Mei pula tersengih kerana cadangannya diterima oleh Samad. Pada hemat Salamah, permainan itu terlalu keanak-anakan dan tidak sesuai. Samad pula mempunyai prinsip yang berbeza. Dia tidak suka menolak cadangan orang lain mentah-mentah. Setiap cadangan akan dinilai dan dibincangkan bersama-sama rakan yang lain. Dengan cara itu, barulah keputusan yang dibuat membuahkan hasil yang baik. Selain itu, muafakat dan kerjasama antara mereka juga dapat ditingkatkan. (Dipetik dan diubah suai daripada novel Jom Ikut Kami: Misi Dua Anggerik, karya Alias Derais, 2010. KarnaDya Solutions Sdn. Bhd) 4.1.1 Memahami dan mengapresiasi karya prosa dari aspek sinopsis, tema, persoalan, nilai dan pengajaran, watak dan perwatakan dengan memberikan respons yang betul dan rasional.

223

Pentadbiran dan Politik

1. 2. 3.

POSKAD

K

Berdasarkan bahan, bina dialog yang terdiri daripada ayat tunggal dan pelbagai jenis ayat dengan betul dan tepat.

UCHIN

G

Pentadbiran dan Politik

TEMA 18

Salam dari Bumi Kenyalang

laikum, ing. Assalamua dari Kuch a bangunan g n a y a s bin Salam ahan seni d in e k h la Sarawak. i r Lihat e g e N ngai dangan tebing Su i d Dewan Un k a t le ini ter Bangunan gunan ini n a B . k a w Sara , an Astana berhampir man iaitu kedia rasmi Yang eri eg Dipertua N ilah Mar Sarawak. uh ke sini. Ja as berjalan lu an. pemandang u,

Sahabatm

Nurul.

Teroka maklumat tentang bangunan pentadbiran lain yang mempunyai seni bina yang menarik.

224

5.5.1 Memahami dan membina ayat tunggal dan jenis ayat dengan betul dan tepat mengikut konteks.

Pemimpin Berjasa, Negara Berjaya

Memilih Pemimpin Rakyat IMBAS SAYA

Ulas bahan grafik dengan menggunakan ayat yang gramatis. Ahmad Arif bin Astaman teringat perbualan dengan nendanya, Allahyarhamah Tan Sri Datin Paduka Seri Dr. Aisyah binti Ghani tentang proses pilihan raya di Malaysia.

Parlimen dibubarkan

Penamaan Calon

Kempen pilihan raya

Pengundian

Nenek, bolehkah nenek ceritakan proses pilihan raya yang pernah nenek lalui dahulu?

Penjumlahan rasmi undi

Pengumuman keputusan pilihan raya

Nenek telah melalui proses pilihan raya beberapa kali. Ada enam peringkat proses pilihan raya pada waktu itu.

Berdasarkan pelbagai sumber rujukan, dapatkan maklumat tentang perjuangan Allahyarhamah Tan Sri Datin Paduka Seri Dr. Aisyah binti Ghani. 1.8.2 Mengulas bahan grafik dengan menyatakan maklumat tersurat dan tersirat dengan jelas dan bernas menggunakan ayat yang gramatis.

225

TEMA 18 TEMA 18

36

Pentadbiran Pentadbiran dan dan Politik Politik

Unit

Ilmu, Visi dan Karisma

Pentadbiran Pentadbiran dan dan Politik Politik

TEMA 18 TEMA 18

1. Baca petikan dan jelaskan ciri-ciri yang perlu ada pada pemimpin. 2. Berdasarkan pelbagai sumber, jelaskan gaya kepemimpinan yang boleh diamalkan oleh seseorang pemimpin. Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Kejora menganjurkan Kem Kepemimpinan untuk semua ahli jawatankuasa unit kokurikulum sekolah mereka. Mereka mengundang seorang tokoh pemimpin persatuan untuk menyampaikan ceramah dalam salah satu slot yang diadakan. Salam sejahtera saya ucapkan kepada Yang Berusaha Datin Noorul Aini binti Ambak, Pengetua SMK Seri Kejora, barisan guru penasihat, semua pemimpin persatuan dan kelab serta murid-murid yang saya hormati. Saya amat berbesar hati kerana dijemput menyampaikan ceramah dalam program ini. Tajuk ceramah saya pada hari ini ialah “Ciri-ciri Pemimpin Unggul.” Hadirin yang saya hormati, Seorang pemimpin yang hebat mesti mempunyai ilmu yang luas. Dengan adanya ilmu pengetahuan yang luas, pemimpin itu akan bijak mentadbir dan mampu menyelesaikan masalah dengan cara yang terbaik. Selain itu, pemimpin berilmu bijak membahagikan tugas terhadap orang bawahannya. Oleh sebab itu, sebagai pemimpin, anda perlu sentiasa belajar dan berusaha menguasai ilmu. Seterusnya, seorang pemimpin mestilah mempunyai visi untuk menentukan hala tuju pentadbirannya. Pemimpin yang bervisi dapat menetapkan sasaran yang ingin dicapai dalam pentadbirannya dan dapat meyakinkan orang lain tentang aspirasi yang ingin dicapai bersama-sama. Oleh hal yang demikian, anda perlu menetapkan visi yang ingin dicapai oleh organisasi yang anda pimpin sekarang. Hadirin yang saya sanjungi, Selanjutnya, seseorang pemimpin mestilah mempunyai karisma. Karisma berkait rapat dengan personaliti mengagumkan yang mampu membuatkan orang lain terpesona. Pemimpin seperti ini mudah membina hubungan dengan orang lain dan mudah mempengaruhi orang lain. Oleh sebab itu, anda perlu sentiasa menjaga penampilan diri, disiplin diri, dan tatatertib apabila berhadapan dengan orang lain. Akhir kata, jelaslah bahawa ilmu, visi, dan karisma amat penting dan perlu ada pada setiap pemimpin. Walaupun anda pemimpin di peringkat sekolah, anda patut berusaha membentuk diri sebagai pemimpin kerana anda bakal menerajui pentadbiran negara pada suatu hari nanti. Saya Dapatkan maklumat tentang doakan agar anda dapat menjadi kehebatan kepemimpinan tokoh pemimpin yang hebat. Sekian, pemimpin dunia. terima kasih. 226

2.4.1 Membaca secara ekstensif pelbagai bahan fiksyen dan bukan fiksyen untuk meneroka maklumat baharu.

Politik Stabil, Ekonomi Makmur

berkongsi kejayaan dan kemakmuran hidup. ‘Kalau bukan kita, siapakah yang akan menyayangi negara kita. Marilah kita satukan hati dan jiwa untuk mengekalkan keharmonian negara,’ kata-kata dan saranan sebegini sering kita dengari. Pada abad ke 21 ini, negara kita masih berdiri teguh hasil dari kesetiaan dan kecintaan terhadap negara di kalangan rakyat. Perasaan ini perlulah dipupuk oleh kita pada setiap masa. Ini dikatakan demikian kerana kesetiaan dan perasaan sayang terhadap tanahair akan meningkatkan kestabilan politik negara kita. Kestabilan politik turut mempengaruhi kekuatan ekonomi negara sekaligus membolehkan rakyat mengecapi kemakmuran dan keharmonian hidup. Ayuh, semarakkan cinta terhadap negara.

3.7.1 Mengedit ejaan, tanda baca, dan kesalahan nahu yang mudah dengan betul tanpa mengubah maksud asal dalam perenggan.

227

Pentadbiran Pentadbirandan dan Politik Politik

Nama Malaysia tidak lagi asing di seantero dunia. Persoalannya, apakah keistimewaan yang ada di negara ini sehingga dikenali dipersada dunia. Salah satu daripadanya ialah negara kita unik kerana mempunyai rakyat-rakyat yang berbilang bangsa, berlainan agama dan budaya serta bahasa. Namun, perbezaan ini tidak menjadi penghalang untuk kita bersatu demi untuk menjaga negara yang tercinta. Sebenarnya, bukan mudah bagi manusia yang mempunyai begitu banyak perbezaan untuk berkerjasama seperti di negara kita. Di Malaysia, sifat kebersamaan dan kekitaan telah dipupuk sejak dahulu lagi. Hal ini dapat dilihat bila anggota masyarakat sanggup untuk mengenepikan perbezaan budaya dan nilai hidup untuk mengharungi kehidupan bersama. Kami mengharungi cabaran, berganding bahu, sedia mengorban untuk negara. Selain itu, rakyat

TEMA 18 TEMA 18

1. Justifikasi kesalahan ejaan, tanda baca, dan tatabahasa yang terdapat dalam bahan. 2. Betulkan kesalahan tersebut dengan menyalin petikan itu semula.

Besarnya Jasamu TEMA 18 TEMA 18

1. Dendangkan gurindam. 2. Huraikan maksud gurindam.

Pentadbiran Pentadbirandan dan Politik Politik

Gurindam Pemimpin Pemimpin adil juga saksama, Rakyat bersatu hidup bersama. Pemimpin mesti kotakan janji, Rakyat menyokong tidak mengeji. Pemimpin patuh akan agama, Pemerintahan pasti kekal lama. Pemimpin sentiasa berbudi bahasa, Seluruh negara hidup sentosa. Pemimpin mulia tinggi akhlak, Rakyat tidak berasa jelak. Pemimpin bijak mengurus negara, Negara makmur rakyat sejahtera. Pemimpin telus menabur jasa, Rakyat tentu menyanjung sentiasa. Pemimpin ikhlas membantu rakyat, Namanya harum sepanjang hayat. Pemimpin sentiasa berhati budi, Ingatan rakyat kekal abadi. Irfaan Alias Shah Alam

228

4.1.2 Memahami dan menghayati karya puisi dengan memberikan penekanan kepada aspek maksud, tema, persoalan, nilai dan pengajaran dengan betul.

1. Analisis dan betulkan kesalahan kata dan frasa yang terdapat dalam bahan. 2. Salin ayat yang berkenaan. Institusi Penghulu ialah institusi yang tertua sekali di negara ini kerana telah wujud sejak pemerintahan Raja-Raja Melayu hingga sekarang. Namun, peranan penghulu telah berubah dari masa ke semasa mengikut pengedaran zaman. Sebelum campur tangan Inggeris, penghulu memainkan peranan sebagai orang perantaraan antara pembesar daerah dan penduduk kampung. Penghulu menjalankan tugas pentadbiran disamping menyuarakan masalah yang dihidapi penduduk kampung kepada pihak yang lebih tinggi. Penghulu mempunyai pengikut yang dikenali sebagai anak saudara. Biasanya jawatan penghulu diwarisi turun-menurun dan golongan ini amat dihormati oleh penduduk kampung. Penghulu tidak dikenakan gaji tetapi mempunyai sumber pendapatan daripada cukai perdagangan dan bayaran sebahagian daripada hasil pendapatan yang diterima daripada anak buahnya. Selepas campur tangan Inggeris, institusi penghulu dikekalkan oleh Inggeris. Inggeris menyedari kepentingan pengaruh penghulu dalam pentadbiran kerajaan. Penghulu adalah orang perantaraan antara kerajaan Inggeris dengan penduduk kampung. Di bawah sistem pemerintahan Inggeris, penghulu mempunyai gaji, berpencen dan biasanya mereka-mereka ini berpendidikan. Penghulu tidak lagi dikawal oleh pembesar daerah tetapi oleh pihak Inggeris. Kini, negara ini telah lama merdeka dan bebas daripada pegangan penjajah. Jawatan penghulu masih wujud tetapi mengalami perubahan ketara daripada segi bidang tugas. Penghulu-penghulu yang bertugas pada masa kini tidak lagi melakukan kutipan cukai tetapi melaksanakan tugas-tugas sebagai pegawai perantaraan untuk menyebar maklumat pentadbiran negeri, dasar-dasar kerajaan dan menganjurkan program pembangunan masyarakat pada peringkat mukim. Dengan ini, skop tugas penghulu secara khusus memberi fokus kepada aspek pembangunan, pentadbiran, keagamaan serta kebudayaan di peringkat mukim.

5.6.1 Menganalisis dan membetulkan kesalahan kata dan frasa dalam sesuatu ayat.

229

Pentadbiran Pentadbiran dan dan Politik Politik

TEMA 18 TEMA 18

Apa Khabar, Tuk!

Titip Kasih

Pentadbiran Pentadbirandan dan Politik Politik

TEMA 18 TEMA 18

1. Deklamasikan sajak. 2. Nyatakan nilai dan pengajaran yang terdapat dalam sajak. 3. Berdasarkan sajak, nyatakan peranan yang telah dilaksanakan oleh pemimpin dengan menggunakan ayat tunggal dan pelbagai jenis ayat. 4. Ulaskan maksud tersurat dan tersirat dalam sajak ini.

Setulus Juangmu Terima kasih tuan kau korbankan seluruh siangmu ke utara, selatan, timur dan barat kau jelajah hingga ke ceruk rimba demi kebajikan kami rakyat di bawah pentadbiranmu. Terima kasih tuan kau tidak pernah berhenti mengorbankan seluruh malammu memikirkan sakit dan sihat selamat dan selindung rakyat di bawah kepimpinanmu. Terima kasih tuan kau tidak pernah jemu menumpahkan keringatmu di sepanjang liku perjalanan mendahulukan kepentingan kami rakyat di bawah wilayahmu. Tuan sesungguhnya jasa baktimu kami ingati kasih sayangmu kami hargai tulus juangmu kami sanjung tinggi semoga hidupmu Tuhan berkati. Salmiza Abdullah Shah Alam

230

Jawapan/Lampiran Pilihan TEMA 1: KESIHATAN DAN KEBERSIHAN Halaman 6 1. Sukaneka 5. taridra 9. Jerayawara

2. tadika 6. Senamrobik 10. MADA

3. tabika 7. kugiran 11. purata

4. taska 8. cerpen

TEMA 2: MENIMBA ILMU Halaman 20 Jarak • jauh • dekat

Pancaindera • redup • permai • usang • enak • pedas • menarik

Ukuran

Sifatan

• penuh • besar • tebal • banyak

• baik • lemah • pintar • biasa • baharu • tenang • puas

Halaman 25 Kata Ganda Separa Tunggal • sesawang • tetikus • kekunci

• pepohon • dedaun

Kata Ganda Separa Berimbuhan • berura-ura • dikerat-kerat • bergulung-gulung

• sebaik-baik • bantu-membantu

TEMA 4: INTEGRITI AMALAN KITA Halaman 46 Kata Bantu

Kata Penegas • pula • sahaja • juga • lagi • memang

• akan • harus • mungkin • mesti

Kata Arah • bawah • tepi • belakang • hadapan • sisi • atas

Halaman 51 Kata Penekan

Kata Pembenda

• Kalau Aswad rajin membaca, semestinya ibu akan • Pintarnya sudah terkenal. membeli buku ini. • Ibu, segarnya buah-buahan di sini seperti • Sememangnya buah-buahan baik untuk kesihatan. baru dipetik dari ladang. • Nampaknya banyak orang di kaunter, ibu. • Teruknya perbuatan seperti itu. • Kita tidak sepatutnya memotong giliran orang lain.

231

TEMA 5: BAHASA DAN SASTERA Halaman 58 Bentuk frasa adjektif Frasa adjektif Bentuk amat bersyukur sekali, sungguh menarik kata penguat bebas + kata adjektif+ kata penguat belakang sekali kata penguat yang berfungsi sebagai bandingan + kata lebih hebat dan (lebih) menarik adjektif begitu tinggi, agak pesat, terlalu mudah kata penguat hadapan+kata adjektif luas sekali kata adjektif+kata penguat belakang amat canggih, sangat besar kata penguat bebas+kata adjektif sudah berubah benar kata bantu+kata adjektif+ kata penguat belakang Halaman 63 Petikan 1 sungguh menarik sekali begitu baik sekali indah nian amat menarik

Petikan 2 sungguh terkenal - terkenal benar hebat - hebat benar terpenting sekali - terpenting/ penting sekali

Petikan 3 1. sungguh tajam 2. amat/sungguh/sangat berguna/berguna sekali 3. paling unik/paling menarik 4. begitu segar/begitu menarik/sangat/amat/ sungguh menarik 5. amat/sangat/sungguh diminati

TEMA 6: TELADANI SEJARAH HARGAI WARISAN Halaman 72 • pemerintahan • pelantikan • kesultanan • keberanian • kehebatan

• penjajahan • kewibawaan • pentadbiran • pembaharuan

• pengenalan • perjuangan • kebangkitan

Halaman 77 Kesalahan Kata • tertumpu ke Juliaton - tertumpu kepada Juliaton • seratus-peratus - seratus peratus • Kajiannya ialah tentang destar. - Kajiannya adalah tentang destar. • Nadia bingkas bangun maka berjalan ke hadapan kelas bila namanya dipanggil oleh Cikgu Halim. Nadia bingkas bangun lalu berjalan ke hadapan kelas apabila namanya dipanggil oleh Cikgu Halim.

232

Kesalahan Frasa • dalam kelas - di dalam kelas • pelbagai jenis-jenis kain - pelbagai jenis kain • membentangkan dengan tenang hasil kerjanya membentangkan hasil kerjanya dengan tenang • Semua murid-murid - Semua murid/ Muridmurid • Berbekalkan dengan persediaan - Berbekalkan persediaan • berharap pembentangannya - berharap agar pembentangannya • terbaik sekali - terbaik

Halaman 78 • pemerintahan • pembinaan • peraturan • kerajaan • keseluruhan • pentadbiran

Kesultanan Melayu Melaka mempunyai kawasan lingkungan pengaruh yang luas walaupun sempadannya tidak ditetapkan seperti sempadan negara moden. Empayarnya meliputi keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu dan seluruh timur Sumatera. Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 merupakan asas pembinaan negara dan bangsa kita. Peradaban dan peraturan kenegaraan kerajaan ini tercatat dalam Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin karangan Tun Seri Lanang yang merupakan dokumen historiografi Melayu terpenting. Kesultanan Melayu Melaka telah mempunyai masyarakat yang tersusun, berperaturan serta mempunyai sistem pentadbiran dan politik yang tersendiri. Kesultanan Melayu Melaka banyak meninggalkan pelbagai kesan warisan sosiopolitik dalam sistem pemerintahan negara kita. TEMA 7: INDAH SENI GAH BUDAYA

Halaman 87

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

Dengan Kerjasama - dengan kerjasama PERLANCONGAN - PELANCONGAN Dengan rasa penuh hormat ta’zim - Dengan rasa penuh hormat takzim suami-isteri - suami isteri Ke Majlis Perasmian Pembukaan - ke Majlis Perasmian Pembukaan Di alamat - di alamat Malaysia Hall 34 Queensborough Terrace, London W2 3ST United Kingdom - Malaysia Hall, 34, Queensborough Terrace, London, W2 3ST, United Kingdom. 8. Pada Hari Sabtu, 2 Febuari 20_ _. - pada hari Sabtu, 2 Februari 20_ _. 9. Semoga dengan kehadiran tuan/puan akan memeriahkan lagi majlis kami dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih. - Semoga kehadiran tuan/puan akan memeriahkan majlis kami lagi dan kami dahului dengan ucapan jutaan terima kasih. 10. ATURCARA - ATUR CARA 11. Pertunjukkan - Pertunjukan 12. tengahari - tengah hari 13. Silalah menjawab dengan menghubungi segera di talian 012-3456789 - Silalah jawab dengan menghubungi kami segera di talian 012-3456789 TEMA 8: UTAMAKAN KESELAMATAN Halaman 98 • disebabkan kesannya pada murid - oleh sebab/kerana kesannya kepada murid • daripada segi fizikal namun mental dan emosi - dari segi fizikal tetapi juga mental dan emosi • Oleh kerana - Oleh sebab • demi untuk mengatasi masalah ini - untuk mengatasi masalah ini • Di dalam program - Dalam program • para murid-murid, guru-guru, ibu bapa dan anggota-anggota masyarakat - murid, guru, ibu bapa dan anggota masyarakat • Janganlah meletakkan semata-mata harapan kepada pihak sekolah sahaja untuk menyelesaikan masalah ini. - Janganlah letakkan harapan semata-mata kepada pihak sekolah sahaja untuk menyelesaikan masalah ini. • Semua pihak perlulah saling bantu-membantu dalam usaha membenteras - Semua pihak perlulah saling membantu / bantu-membantu dalam usaha membanteras

233

Kesalahan dalam Poster • Jauhkan diri daripada pembuli. • Sentiasa berada dalam kumpulan. • Jangan gentar.

• Laporkan kegiatan buli kepada pihak sekolah. • Ayuh, kita bersama-sama menangani gejala disiplin murid!

Halaman 103 • paling hangat sekali - paling hangat/hangat sekali • tertinggi sekali - tertinggi/tinggi sekali • paling sering sekali - paling sering/sering sekali • sangat bersimpang-siur - bersimpang-siur • bengkang-bengkok sekali - bengkang-bengkok

• hampir terlalu - terlalu hampir

• terhebat sekali - terhebat/hebat sekali • Sehebat-hebat sungguh - Sehebat-hebat • benci sikap - benci akan sikap • patuh undang-undang - patuh akan undangundang

TEMA 9: SUKAN DAN REKREASI Halaman 110 PERTAMA: saya, kita KEDUA: awak KETIGA: beliau

TUNJUK: itu, ini TANYA: apa-apa, mana-mana, bila-bila, siapa-siapa

Halaman 115 tahun-bertahun

bertahun-tahun

kesalahan penggunaan imbuhan

pelbagai-bagai

pelbagai/berbagai- kesalahan penggandaan kata ganda yang membawa bagai maksud jamak

seiras-iras

seiras /iras-iras

kesalahan gabungan kata ganda penuh dan separa

Semua pemain-pemain pemain-pemain

kesalahan menggabungkan kata ganda penuh membawa maksud jamak dengan kata bilangan tidak tentu

kedua-kedua

kesalahan menggandakan kata bilangan

kedua-dua

rakan-rakan sepasukan rakan sepasukan

kesalahan menggunakan kata ganda yang membawa maksud jamak dengan perkataan yang membawa maksud jamak

saling bantumembantu

kesalahan menggandingkan kata ganda yang membawa maksud ‘saling’ dengan perkataan saling

saling membantu/ bantu membantu

TEMA 10: SELAMAT DATANG KE MALAYSIA Halaman 124 Pendapat 1 1. memberi kesan - memberikan kesan 2. membelikan cenderamata - membeli cenderamata 3. mempertingkat ekonomi - mempertingkatkan ekonomi 4. menyumbang pendapatan - menyumbangkan pendapatan 5. mensasarkan - menyasarkan 6. memperkasa - memperkasakan 7. melestari - melestarikan 8. mengketengahkan - mengetengahkan 9. memperkukuhkan - memperkukuh 234

Pendapat 2 1. mempercepatkan - mempercepat 2. memperbaiki - membaiki 3. membersih - membersihkan 4. memperolehi - memperoleh 5. memperlengkapkan - memperlengkap 6. pandu - memandu 7. mempertaruh - mempertaruhkan 8. jalankan - menjalankan 9. mempastikan - memastikan

Halaman 129 Aktiviti Kuiz Pelancongan 1. menyenaraikan maklumat-maklumat - menyenaraikan maklumat 2. adalah terbuka - terbuka 3. Menyeru kepada murid - Menyeru murid 4. peserta-pesertanya hebat-hebat - peserta-pesertanya hebat / pesertanya hebat-hebat 5. mengetahui tentang isu - mengetahui isu 6. Menasihatkan - Menasihati 7. mereka-mereka - mereka Halaman 129 Program Ekopelancongan 1. adalah - ialah 2. 30 ahli-ahli kelab - sebanyak 30 orang ahli kelab 3. Pelbagai aktiviti-aktiviti menarik telah disusun - Pelbagai aktiviti menarik telah disusun 4. selama satu setengah jam - selama satu jam setengah 5. pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan - tumbuh-tumbuhan/pelbagai jenis tumbuhan 6. Menyaksikan monyet-monyet Belanda yang berhidung panjang berkeliaran dan bergayutan Menyaksikan monyet Belanda yang berhidung panjang berkeliaran dan bergayutan 7. menambahkan - menambah 8. memperkayakan - memperkaya

TEMA 11: PERPADUAN Halaman 136 Kalian = kita = mana-mana = kami = dia = itu = Dia = mana = Kami = kami = anda =

Awak/Kamu awak/kamu apa-apa kita awak/kamu ini Mereka mana-mana Kita kita awak/kamu

Dia mereka kami saya Awak beliau aku Anda hamba tuan

= = = = = = = = = =

Beliau kita awak/kalian beta Tuan hamba baginda hamba Tuan hamba patik tuanku

Halaman 141 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

seekor sepasang sebidang sepotong sebuah senaskhah seorang sebatang

235

TEMA 12: NEGARAKU JATI DIRIKU Halaman 148 Ayat Penyata

Ayat Seruan

• Objektif kem jati diri ini adalah untuk membina jati diri para peserta. • Selain itu, objektif kem ini adalah untuk mengukuhkan semangat kerjasama. • Kem ini juga akan memupuk nilai muafakat. • Kem ini terbuka kepada semua warga SMK Darul Ehsan • Tiada yuran dikenakan • Makanan disediakan enam kali sehari

• Wah, banyak kelebihan menanti anda!

Ayat Perintah

Ayat Tanya

• Mari sertai Kem Jati Diri, SMK Darul Ehsan. • Bawa pakaian secukupnya • Bawa peralatan mandi

• Apakah objektif Kem Jati Diri SMK Darul Ehsan?

Halaman 153 • mengamalkan • mempunyai • memelihara • memanggil • menangguhkan • membubarkan • melantik

• membatalkan • merupakan • membuat • merangkumi • menempatkan • meliputi

TEMA 13: EKONOMI, KEUSAHAWAN DAN PENGURUSAN KEWANGAN Halaman 165 Salah

Betul

Salah

Betul

apa

apa-apa

di

pada

Sejak dari dahulu

Sejak dahulu

baru

baharu

dibelanjakan oleh saya

saya belanjakan

semasa ke masa

masa ke masa/ semasa ke semasa

pinjam

meminjam

lain-lain tujuan

tujuan-tujuan lain

beberapa barang-barang

beberapa barang

demi untuk

demi/untuk

oleh kerana

oleh sebab/kerana

menyelesai

menyelesaikan

sangat mahal benar

mahal benar/sangat mahal

Ini kerana

Hal ini demikian kerana

tabung

tabungan

236

Halaman 167 Penilaian C 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

ialah dicap tidak disetujui rasmi  tindak-tanduk sesebuah mengganggu

9. dengan 10. diperlukan 11. berbeza-beza 12. perbezaan 13. tidak 14. pergeseran 15. perpecahan

16. menyatupadukan 17. Kewujudannya 18. antara 19. hormat-menghormati 20. bersatu padu 21. pada 22. di mana-mana

TEMA 14: BERBUDI KEPADA ALAM Halaman 174 • usaha - usahakan • penghuninya - pemiliknya • dia bersetuju baharu - mereka bersetuju baru • mengangguk kepalanya - menganggukkan kepalanya • paling berminat sekali - paling berminat / berminat sekali • Dia telah membentuk ahli jawatankuasa - Beliau telah membentuk ahli jawatankuasa • berapa kali bagi memastikan projek - beberapa kali bagi memastikan projek • Projek Pengarah - Pengarah Projek • gemar kerja-kerja bercucuk tanam - gemar akan kerja-kerja bercucuk tanam • bersetuju tentang cadangan itu - bersetuju akan cadangan itu • menjualnya terus pada pengusaha restoran atau gerai makanan - menjualnya terus kepada pengusaha restoran dan gerai makanan • semakin hari makin menampakkan hasil - semakin hari semakin menampakkan hasil/makin hari makin menampakkan hasil • sangat menjadi-jadi - sangat menjadi / menjadi-jadi • sedang dilantik - telah dilantik • menjaga kebaikan penduduk - menjaga kebajikan penduduk • boleh hadiri kelas - boleh menghadiri kelas • Kami gunakan - Kita gunakan Halaman 179 Tiram ialah hidupan laut yang terkenal di Sabah. Walaupun hidupan ini buruk tetapi di dalamnya terdapat mutiara, sesuatu yang sangat cantik dan berharga. Namun demikian, mutiara yang asli agak sukar diperoleh. Oleh itu, terdapat syarikat besar yang mengambil inisiatif menternak tiram untuk mendapatkan mutiara. Syarikat tersebut merupakan syarikat usaha sama antara pelabur Malaysia dengan Jepun. Syarikat usaha sama ini telah menjalankan penternakan tiram di sebuah pulau nun jauh di perairan Semporna, iaitu Pulau Bohey Dulang. Pulau yang indah ini terletak kira-kira 18 kilometer dari pekan Semporna, Sabah. Syarikat ini menternak tiram dari jenis silver lip (Pinctada Maxima) yang berupaya menghasilkan mutiara yang berkualiti. Mutiara yang berat dan mempunyai permukaan yang halus ialah mutiara yang berkualiti. Kecacatan mutiara ditentukan melalui tanda lekuk pada permukaannya. Mutiara yang mempunyai dua atau lebih tanda lekuk dianggap kurang elok. Tanda lekuk ini boleh dikenal pasti dengan cara mengusap mutiara dengan hujung jari.

237

TEMA 15: SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI Halaman 186 Petikan 1 • membantu • memiliki • mempelajari • merangsang

Petikan 2 • meningkatkan • mengira • memberi • mengubah

Petikan 3 • menyebabkan • membolehkan • menggunakan • memperhebat

Halaman 191 Puan Chan York Lan • tempah = menempah • dari = daripada • meniaga = berniaga • ialah untuk = adalah untuk • sungguh paling berkualiti = sungguh berkualiti

Puan Mageswari a/p Krishnan • sangka = menyangka • dibuang oleh saya = saya buang • lebar = luas • ramai = banyak

Encik Muhammad Puad bin Saad • menjalani = menjalankan • adalah = ialah • merasa = berasa • koyak = terkoyak • Rupanya = Rupa-rupanya • atas = di atas

Puan Salmiza binti Abdullah • pecinta = pencinta • rekacipta = reka cipta • Sekurangnya = Sekurang-kurangnya • demi untuk = demi/untuk

TEMA 16: PELESTARIAN ALAM Halaman 198 1. 30 ahli Kelab Pencinta Alam Sekolah dan empat guru - 30 orang ahli Kelab Pencinta Alam Sekolah dan empat orang guru 2. menyampai - menyampaikan 3. 17 orang utan telah dilahirkan di pusat itu sejak ditubuhkan, menjadi jumlah keseluruhannya ialah 28 - 17 ekor orang utan telah dilahirkan di pusat itu sejak ditubuhkan, menjadikan jumlah keseluruhannya ialah 28 4. memberikan orang utan di situ nama-nama memberi orang utan di situ nama-nama 5. Antara nama-nama - Antara nama 6. lain-lain program - program-program lain 7. dibawa memasuki ke dalam hutan untuk lihat secara lebih dekat orang utan tersebut dibawa memasuki hutan untuk melihat orang utan tersebut secara lebih dekat ATAU dibawa masuk ke dalam hutan untuk melihat orang utan tersebut secara lebih dekat

238

8. para-para pelancong - para pelancong 9. kamera-kamera yang canggih-canggih - kamera yang canggih-canggih ATAU kamera-kamera yang canggih 10. Beberapa keping gambar-gambar yang merakamkan pelbagai aksi-aksi menarik akan ditampal di jurnal - Beberapa keping gambar yang merakamkan pelbagai aksi menarik akan ditampalkan pada jurnal 11. menceritakan secara terperinci pengalaman menarik ini - menceritakan pengalaman menarik ini secara terperinci

Halaman 203 1. memperkukuhkan - memperkukuh 2. Adalah menjadi hasrat program ini, ahli keluarga, komuniti setempat, kerajaan, pihak swasta dan badan bukan kerajaan turut terlibat - Menjadi hasrat program ini, penglibatan/pelibatan ahli keluarga, komuniti setempat, kerajaan, pihak swasta dan badan bukan kerajaan. 3. berkonsepkan tentang pendekatan yang menyeluruh - berkonsepkan pendekatan yang menyeluruh 4. memberi - memberikan 5. berasaskan kepada alam - berasaskan alam 6. contohnya seperti Projek Riadah Alam Sekitar - contohnya Projek Riadah Alam Sekitar

7. lain-lain aktiviti alam sekitar - aktiviti-aktiviti alam sekitar yang lain 8. Antara ciri-ciri - Antara ciri 9. perlaksanaan - pelaksanaan 10. merentas - merentasi 11. pengalakkan - penggalakan 12. bermacam - bermacam-macam 13. Yang terpenting sekali - Yang paling penting/ Yang penting sekali 14. mempastikan sampah sarap - memastikan bahawa sampah sarap 15. mengotorkan - mengotori

TEMA 17: ERA BAHARU INDUSTRI Halaman 210 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

pelbagai faktor-faktor - pelbagai faktor terpenting sekali - terpenting/penting sekali mendapat - mendapatkan dari - daripada hantaran - penghantaran Berdasarkan kepada pemerhatian Berdasarkan pemerhatian mendapati permintaan - mendapati bahawa permintaan kebanyakan pejabat-pejabat - kebanyakan pejabat ialah - adalah memperluaskan - memperluas

11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18.

menghantar - menghantarkan Perlaksanaan - Pelaksanaan Melaksana - Melaksanakan Menyedia - Menyediakan hingga ke akhir - hingga akhir Memperinci - Memperincikan Menganggar - Menganggarkan Mempromosikan melalui - Mempromosikan produk/hidangan 19. Menjalani - Menjalankan 20. menyediakan kepada pelanggan menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan

IMBAS SAYA

239

Glosari

aba-aba kata perintah dalam latihan tentera, senaman dan lain-lain adiwira wira yang perkasa arkeologi kajian saintifik mengenai sesuatu kebudayaan, terutama kebudayaan prasejarah dengan cara penggalian dan penghuraian kesan-kesan tinggalannya ATV All Terrain Vehicle - sejenis motor bertayar empat yang digunakan untuk aktiviti-aktiviti lasak

bakteria organisma seni yang hidup di dalam tanah, air, bahan organik, dan lain-lain yang boleh menyebabkan penyakit balairung tempat raja dihadap rakyat bangsawan sandiwara yang disertai nyanyian dan tarian biasanya menceritakan kisah raja-raja zaman dahulu beg biorosot kelongsong kertas yang diperbuat daripada hampas tebu, jagung, kertas dan lain-lain berderau bergotong-royong beret sejenis topi yang berbentuk bulat dan leper berlibur bercuti, beristirahat berswafoto mengambil gambar sendiri bidak nama buah catur yang kecil sekali nilainya biojisim bahan organik yang diperbuat daripada tumbuhan atau haiwan buana dunia, jagat, bumi

cakna ambil peduli, ambil berat (dialek Terengganu dan Kelantan) celoreng berkaitan dengan corak baju askar yang berupa palitan pelbagai warna

dandang sejenis tangki tempat air dan lain-lain yang dipanaskan untuk mengeluarkan wap dalam enjin, untuk membekalkan air panas dedalu semua jenis pokok menumpang diet jenis dan banyaknya makanan yang ditetapkan untuk seseorang untuk mengawal berat badan digital beroperasi dengan menggunakan angka atau aksara lain untuk mewakili data dividen bahagian keuntungan yang diberikan kepada pemegang syer (saham dan lain-lain)

240

dokumentari tayangan filem, televisyen atau acara radio yang memaparkan maklumat atau fakta tentang sesuatu perkara, peristiwa dan sebagainya

eksploitasi perbuatan mengerjakan, memajukan dan sebagainya sumber-sumber alam dan sebagainya dengan sebaik-baiknya untuk mendatangkan keuntungan, faedah dan sebagainya era sesuatu jangka waktu yang bermula dari peristiwa atau dari waktu tertentu estet ladang atau kebun yang luasnya lebih daripada seratus ekar etnik bangsa manusia

fabrik kain yang diperbuat daripada benang dengan cara menenun dan sebagainya fauna keseluruhan binatang yang terdapat di sesuatu kawasan filem adiwira filem yang menceritakan tentang pendekar yang berkeupayaan luar biasa filem futuristik filem yang mengarah (menuju) ke masa depan floorball sejenis sukan yang mirip sukan hoki ais tetapi dimainkan di dalam dewan dan berbeza dari segi bilangan anggota pasukan, peralatan sukan dan cara bermain flora keseluruhan tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sesuatu kawasan fosil tinggalan haiwan atau tumbuhan yang wujud pada zaman geologi yang terdapat di dalam kerak bumi fotokopi salinan dokumen yang dibuat secara gambar foto dengan menggunakan sejenis mesin futuristik berkenaan idea yang mengarah (menuju) ke masa depan

garam jilatan garam untuk diberikan kepada haiwan ternakan untuk membekalkan mineral tambahan gerabak kereta beroda tidak berenjin untuk penumpang atau barang-barang yang ditarik oleh kereta api getah lateks cecair atau susu getah yang keluar daripada pokok getah gizi zat makanan godam menceroboh masuk ke dalam sistem komputer orang lain, terutamanya untuk mencuri, memusnahkan atau merosakkan data dan maklumat sulit yang tersimpan di dalam sistem komputer itu graviti daya tarikan yang menggerakkan jasad-jasad ke arah pusat suatu cakerawala seperti bulan dan matahari

habitat tempat haiwan atau tumbuh-tumbuhan hidup secara semula jadi hibrid sifat sesuatu sistem yang terbentuk daripada gabungan beberapa teknologi yang berlainan

241

ibadah bakti kepada Tuhan, perbuatan dan amalan yang dilakukan sebagai bakti kepada atau kerana Tuhan seperti sembahyang, berdoa, bersedekah, berbuat baik sesama manusia, dan lain-lain imunisasi perihal mendapatkan perlindungan daripada penyakit tertentu menerusi suntikan industri hiliran industri yang berkembang daripada kegiatan industri utama inovasi sesuatu yang baharu diperkenalkan seperti kaedah, sistem, adat, dan lain-lain yang baharu integrasi penggabungan atau pergabungan dua atau beberapa kaum, unsur, bahagian, dan lain-lain menjadi satu kesatuan, penyatuan integriti keadaan sempurna dan utuh; keutuhan intonasi turun naik atau tinggi rendah nada suara sewaktu bercakap isyarat sulit tanda yang diketahui oleh kelompok tertentu sahaja

Jaksa Pendamai orang yang dilantik untuk mengawasi kedamaian dan keamanan sesuatu kawasan jata lambang kebesaran negeri atau negara jati diri sifat atau ciri yang unik atau istimewa (dari segi adat, bahasa, agama, budaya, dan sebagainya) yang menjadi teras keperibadian individu jerayawara aktiviti seperti persembahan, pameran dan ceramah yang diadakan oleh seseorang atau sekumpulan orang dengan cara berkunjung dari satu tempat ke satu tempat untuk sesuatu tujuan seperti memberikan hiburan, menjelaskan sesuatu, dan mempromosikan sesuatu

kecairan kebolehupayaan sesuatu pelaburan ditukarkan semula kepada wang tunai pada bila-bila masa kejang kaku, kejur, tegang kelongsong pembungkus yang berbentuk bulat torak seperti silinder atau bulat tirus seperti kon keradangan situasi terhasil daripada kepanasan, bengkak, sakit dan kemerahan koloni sekumpulan serangga atau haiwan dari jenis yang sama yang hidup bersama komoditi barang yang diperdagangkan terutamanya keluaran ladang, bahan mentah dan bahan galian kompas alat yang rupanya seperti jam untuk menunjukkan arah mata angin kompos baja daripada bahan organik yang telah reput, contohnya daun, kayu, tahi bintang dan lain-lain konservasi pemeliharaan atau penjagaan sesuatu secara tersusun bagi mengatasi kerosakan (kemusnahan dan lain-lain) konvoi sekumpulan kenderaan darat seperti kereta, motosikal dan lain-lain yang berjalan atau bergerak bersama-sama atau beriring-iringan kru sekumpulan petugas, terutamanya yang mempunyai kemahiran teknikal tertentu, yang bekerja

bersama-sama untuk mengendalikan sesuatu tugas, projek dan sebagainya

kuda tezi sejenis kuda besar lagi tangkas dan pantas berlari; kuda teji kumbahan sesuatu yang telah digunakan atau bahan buangan bawaan air kursi jawatan profesor di universiti 242

laba keuntungan (daripada perniagaan, perdagangan, pelaburan, dan lain-lain) laman sesawang laman web lanyard tali penyandang yang dipakai pada uniform layar hijau teknik fotografi atau videografi untuk memanipulasikan latar belakang berwarna hijau pada gambar atau video daripada objek utama layar perak panggung wayang legenda cerita (yang tidak dapat dipastikan benar tidaknya) yang bersangkutan dengan kisah-kisah bersejarah log kelulut batang kayu yang menjadi sarang kelulut

menara gading universiti merajut menyirat jaring-jaring, membuat rajut merarau makan tengah hari mercu tanda sesuatu objek yang mudah dicam metabolisme tindak balas kimia dalam organisma hidup

negara serantau beberapa buah negara pesisir pantai yang berhampiran dengan sesebuah negara seperti Malaysia dengan negara-negara di Asia Tenggara netizen pengguna Internet yang memberi sumbangan untuk mengembangkan dan menggalakkan pertumbuhan Internet nusa negeri tempat tumpah darah; tanah air

panel fotovoltik teknologi yang digunakan untuk mengubah tenaga cahaya matahari kepada tenaga elektrik panggah rumah adat yang berbentuk bulat dan digunakan sebagai tempat perhimpunan penduduk kampung dan bumbungnya berbentuk kon yang menjadi tempat tengkorak manusia digantung; rumah tumpangan untuk berehat dan bermalam paralimpik Sukan Paralimpik ialah sukan antarabangsa yang bermodelkan Sukan Olimpik, diadakan khusus untuk orang cacat potensi kemampuan (untuk mencapai atau menghasilkan sesuatu), kebolehan, keupayaan untuk berkembang maju prasarana keseluruhan kemudahan dan perkhidmatan asas yang perlu bagi pembangunan dan kemajuan polaroid gambar segera selepas sahaja gambar sesuatu objek diambil dengan menggunakan kamera polaroid propagul buah atau biji benih pokok hutan bakau yang telah bercambah puisidra deklamasi puisi yang melibatkan lakonan dan pergerakan pelakon selaras dengan puisi yang dibaca

243

radioaktif mempunyai atom yang memecah dan mengeluarkan sinar dalam bentuk zarah bercas elektrik yang dapat menembusi benda legap dan memberi kesan elektrik rawai sejenis alat menangkap ikan yang terdiri daripada beberapa bentuk kail yang digantungkan pada tali atau rotan yang terentang rekrut anggota yang baharu sahaja memasuki sesuatu perkhidmatan dan sedang menjalani latihan relau dapur untuk meleburkan logam seperti timah renda pita yang dijahit berkerawang-kerawang atau berbunga-bunga dan dijadikan perhiasan, sarung bantal dan sebagainya reruai kawasan terbuka dan terhad, tempat mempamerkan atau mempromosikan produk atau perkhidmatan tertentu

sastera siber karya sastera yang diterbitkan di Internet, bersifat interaktif, berunsurkan multimedia dan kesiberan, sastera dinamik, sastera komunikatif di alam siber, dan bernilai adunan estetik diksi dan unsur multimedia; sastera maya sayembara pertandingan seperti perlumbaan, peraduan, dan lain-lain untuk mendapat hadiah segara laut siber berkaitan dengan komputer atau Internet SOS kependekan bagi “save our souls”, isyarat kecemasan yang dihantar ketika berada dalam keadaan bahaya

tali kekang tali untuk mengemudikan kuda teroksida penyebatian sesuatu unsur dengan oksigen tertonggok bertenggek tonsil tisu limfoid yang terletak di dalam rongga dan tekak travelog sesuatu ceramah, filem, brosur, dan sebagainya yang berkaitan dengan pelbagai kisah perjalanan atau pengembaraan trimedia lambang atau lencana pelbagai kemahiran yang menggabungkan keupayaan anggotanya beroperasi di darat, laut dan udara

ukhuwah persaudaraan

vesel bot virus kuman yang lebih halus daripada bakteria yang boleh menyebabkan penyakit

wadah medium 244

Senarai Rujukan A. Samad Ahmad, 2000. Edisi Pelajar Sulalatus Salatin Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ab. Alim Abdul Rahim, Balkis Wan Daud, 1992. Pengakap Remaja Malaysia Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Abdullah Hussain, 2016. Kamus Istimewa Peribahasa Melayu Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Alias Derais, 2014. Zizan atau Zidane. Kuala Lumpur: KarnaDya Solutions Sdn. Bhd. Alias Derais, 2010. Kasih Sahabat. Kuala Lumpur: KarnaDya Solutions Sdn. Bhd. Alias Derais, 2010. Jom Ikut Kami: Misi Dua Anggerik. Kuala Lumpur: KarnaDya Solutions Sdn. Bhd. Awang Sariyan, 2005. Tuntunan Bahasa Asas Pegangan Pelajar. Selangor: Pearson Longman. Azeli Ali. “Khasiat Madu Kelulut” dlm. Utusan Malaysia, 6 Julai 2015. Buk Baang Piminyuu (Daftar Kata Bidayuh Biatah), 2013, Kuching: Dayak Bidayuh National Association. “Cendawan Emas” dlm. Majalah Agro Malaysia, Edisi Julai-Oktober 2016 Hikayat Hang Tuah, 2008. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. “Hotel Hijau” dlm. Majalah Dewan Masyarakat, Oktober 2015. Jabatan Penerangan Malaysia, 2013. Rukun Negara. Kuala Lumpur: Bahagian Penerbitan Dasar Negara. Kamus Dewan Edisi Keempat, 2015. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kassim Ahmad, 1975. Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kementerian Pendidikan Malaysia, 2015. Pedagogi Bahasa Melayu Abad 21. Putrajaya: Bahagian Pendidikan Guru. Kementerian Pendidikan Malaysia, 2015. Pentaksiran Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Lembaga Peperiksaan Malaysia. Lee Lai Foon dan Raja Masittah Raja Ariffin, 2016. Petunjuk Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Maznah Abu Bakar. “Menghargai Jasa Nong Taib” dlm. Kosmo 1 September 2012. Mohd Zabidi Haji Saidi. “Agro Kukur Emas ke Pasaran Antarabangsa” dlm. Majalah Agro Malaysia Julai – Oktober 2016. Nik Safiah Karim, 2007. Liku-Liku Bahasa Ke Arah Penggunaan Bahasa yang Baik, Betul, dan Indah. Shah Alam: K Publishing. Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa, dan Abdul Hamid Mahmood, 2008. Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa, Abdul Hamid Mahmood, Muhammed Salehudin Aman dan Abdul Ghalib Yunus, 2016. Morfologi Bentuk Kata: Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Menengah Jilid 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

245

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa, Abdul Hamid Mahmood, Muhammed Salehudin Aman dan Abdul Ghalib Yunus, 2016. Morfologi Golongan Kata: Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Menengah Jilid 2. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa, Abdul Hamid Mahmood, Muhammed Salehudin Aman dan Abdul Ghalib Yunus, 2016. Sintaksis: Tatabahasa Dewan Edisi Sekolah Menengah Jilid 3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. “Pusat Tamadun, Monumen Tertua di Asia Tenggara Ditemui di Sungai Batu” dlm. Utusan Malaysia 7 Mac 2010. Sekolah Kebangsaan Sungai Gelugor. 2016. Sekolah Kebangsaan Sungai Gelugor - Menelusuri Abad ke-21. Pulau Pinang. “Sungai Batu Jadi Warisan Kebangsaan” dlm. Utusan Malaysia 29 Jun 2012. “Tamadun Awal di Sungai Batu.” dlm. Utusan Malaysia 29 Jun 2012. “Ulu Cheka Jadi Tumpuan Para Pelancong: Sarat dengan Fakta Sejarah.” dlm. Utusan Malaysia, 17 Oktober 2013.

Portal Rasmi: http://www.pabm.com.my/ www.e-sastera.com http://hamidmydin.blogspot.my/ www.dbp.gov.my http://pmr.penerangan.gov.my asean.org http://www.myhealth.gov.my http://www.kettha.gov.my http://www.bharian.com.my http://www.mpib.gov.my http://puspatani.blogspot.my http://www.doe.gov.my http://datolatdigitallibrary.blogspot.my http://istananegara.gov.my www.motac.gov.my

246

Indeks akronim 6 alam sekitar 188, 191, 195, 196, 197, 200, 201, 203 arahan 22, 26 ayat contoh 36, 39, 63 ayat huraian 36, 39, 63 ayat majmuk 34, 40 ayat penegas 36, 39, 163 ayat topik 36, 39, 163 ayat tunggal 160, 224

bahasa berirama 173, 209 bernas 132, 211 bertatasusila 194, 220

kata ganti nama diri 11, 136 kata-kata hikmat 24 kata kerja transitif 153, 154, 186, 192 kata nafi 40 kata pembenda 51 kata pemeri 32, 40 kata penegas 46 kata penguat 32, 40 kerangka 30, 49, 82, 90, 158, 213, kesimpulan 49, 52, 81, 122, 172 komuniti 203 konteks 13, 84, 89 kreatif 31, 81, 147, 159, 173, 189, 202, 205, 208, 214 kritis 132, 211

dialog 25, 224

luncuran 22, 40, 43, 81, 100, 104, 126

ejaan 151, 177, 184, 201, 204, 222 ekstensif 195

mekanis 8 menyaring 49

formal 16 frasa adjektif 58, 63, 103, 117

nada 24, 50, 114, 145, 159, 174, 202, 214 nilai 125, 135, 138, 140, 142, 148, 223, 227

glosari 17, 183, 200 grafik 30, 144, 158, 161, 163, 187 gramatis 132, 139, 144, 146, 156, 161, 172, 175, 189, 199, 208, 211

panduan 24, 106, 137, 157, 159, 161, 212 pantun 24, 50, 114, 152, 159, 183, 193, 202, 204, 214 papan cerita 9, 31, 190 pendahuluan 44, 52, 81, 122, 172 pengajaran 47, 116, 135, 140, 226, 230 perenggan 9, 12, 23, 32, 36, 38, 96, 100, 104, 107, 139, 153, 163, 172, 179, 209 persoalan 5, 10, 44 perwatakan 116 pesanan 20, 22, 26, 30, 97, 116, 121, 166, 188 promosi 37, 122, 164, 210 prosa 88, 147 puisi 44, 70, 83, 108, 113, 173 rangkai kata 2, 9, 12, 16, 17, 150, 183, 196, 200 rasional 111, 120, 125

idea 31, 133, 142, 151, 171, 180, 215, 221, 222 iklan 133, 164, 212 intonasi 8, 24, 28, 35, 159, 161, 202, 212, 214, 220 istilah 2, 21, 196

jenis ayat 148, 160, 224 kamus 4, 9, 17, 183, 200 kata adjektif 20, 179 kata bilangan 38, 39

247

ringkasan 56, 65, 139 rumusan 146

sajak 10, 35, 60, 71, 76, 102, 128, 197, 204, 230 santun 35, 175 soalan bercapah 149, 194, 204 sumber pendapatan 156, 173 surat kiriman 3 syair 8

248

teks pengacaraan 74 tersirat 187 tersurat 144, 187 tunjuk cara 170

ujaran 2, 28 ungkapan 4, 12, 21, 96 watak 223

Skrip Pendengaran IMBAS SAYA Tema 1 Unit 2 1.1.1 Mendengar dan Bertutur Etika Batuk dan Bersin – muka surat 7 Bersempena dengan Bulan Kesedaran Kesihatan dan Kebersihan, saya, Doktor Murniza binti Murad, akan menyampaikan penerangan ringkas tentang “Batuk dan Bersin”. Tahukah adik-adik, semasa batuk, dianggarkan, 3000 titisan air liur dikeluarkan? Semasa bersin pula, dianggarkan 40 000 titisan air liur dikeluarkan. Titisan yang lebih berat akan jatuh ke lantai akibat graviti. Titisan yang lebih ringan pula akan diterbangkan ke udara lalu tersebar. Bermakna, batuk dan bersin akan menyebarkan virus dan bakteria kepada orang lain. Oleh itu, cegah sebelum parah. Tatacara batuk dan bersin yang betul perlulah dilakukan untuk mengelakkan penyebaran virus dan bakteria yang membawa penyakit kepada orang ramai. Bawalah sapu tangan atau tisu ke mana-mana. Semasa hendak batuk atau bersin, segera ambil sapu tangan atau tisu tersebut untuk menutup mulut dan hidung ketika batuk atau bersin. Hal ini dapat mengelakkan titisan air liur yang keluar tersebar di udara. Tisu yang digunakan hendaklah dibuang di dalam tong sampah dengan serta-merta. Selepas itu, cuci tangan dengan sabun dan air bersih, atau gunakan sanitizer. Mencegah lebih baik daripada mengubati. Jangan batuk dan bersin secara sesuka hati di khalayak ramai atau di kawasan yang berhampiran dengan makanan. Batuk dan bersin yang dilakukan secara tidak beradab mencerminkan imej diri yang negatif. Oleh itu, batuk dan bersinlah mengikut tatacara yang betul. Sesungguhnya, kebersihan itu sebahagian daripada iman. Sihat dan bersih amalan mulia. Sekian, terima kasih.

Tema 2 Unit 3 1.2.1 Mendengar dan Bertutur Ilmu Ada di Mana-mana – muka surat 16 Farhana: Syakila: Farhana: Syakila: Farhana: Syakila: Farhana: Syakila: Farhana: Syakila:

Saya berazam untuk menjejakkan kaki ke menara gading. Bagus azam awak itu, Farhana. Bagaimanapun, ilmu bukan hanya boleh dituntut secara formal. Maksud awak? Maksud saya, kita boleh belajar sesuatu melalui pelbagai cara. Misalnya, kita boleh mendapatkan ilmu dengan membaca pelbagai bahan yang bermanfaat di media cetak dan media sosial. Benar, Syakila. Pendapat awak memang tidak dapat saya sangkal. Oh, ya! Baru saya teringat. Semalam ayah saya belajar cara-cara untuk menternak kambing boer melalui laman video Youtube. Ada banyak lagi perkara yang boleh kita pelajari secara tidak formal. Misalnya, banyak yang boleh kita pelajari sewaktu melancong ke tempat-tempat menarik. Kita boleh melalui pengalaman baharu di rantau orang. Abang saya pernah belajar membuat kimchi, iaitu makanan tradisional orang Korea Selatan sewaktu berkunjung ke sana. Eh, melancong itu aktiviti orang yang banyak duit! Saya ini orang biasa-biasa saja, Syakila. Kalau begitu, kita boleh belajar apa-apa sahaja dengan orang yang lebih berpengalaman. Saya pernah belajar menyirat atau membubul jala dengan datuk saya. Nenek saya pula mengajar saya cara-cara menganyam ketupat palas. Wah, sangat mengujakan pengalaman awak itu! Selepas ini, bolehlah saya berguru dengan awak pula. (ketawa) Boleh, apa salahnya. Awak hendak belajar menyirat jala atau menganyam ketupat palas? Saya tiada halangan untuk menurunkan ilmu saya kepada awak. Bagaimanapun, perlu awak berikan pengerasnya dahulu. (ketawa) 249

Farhana: Syakila: Farhana: Syakila:

Pengeras? (hairan) Saya bergurau sajalah, Farhana. Apabila ada waktu senggang nanti, saya ajar awak cara-cara menganyam ketupat palas. Menyirat jala itu saya tidak begitu mahir. Baiklah, Syakila. Hari telah hampir senja. Saya pulang dahulu. Jumpa lagi. Jumpa lagi.

Tema 2 Unit 4 1.2.1 Mendengar dan Bertutur Ingin Jadi Sasterawan – muka surat 21 Di rumah saya ada bilik bacaan. Di dalam bilik itu terdapat pelbagai bahan bacaan milik abang sulung saya. Ada kamus, tesaurus, ensiklopedia dan buku-buku ilmiah. Buku-buku sastera seperti novel, antologi cerpen, antologi sajak dan antologi drama juga ada di dalam bilik bacaan itu. Pada waktu lapang, saya selalu membaca buku-buku tersebut. Setelah selalu membaca buku-buku tersebut, timbul minat saya untuk menjadi penulis. Oleh sebab itu, apabila Cikgu Fasihah mencari murid yang berminat untuk menyertai Kem Penulis Muda, saya tidak melepaskan peluang keemasan itu. Tawaran itu bagai orang mengantuk disorongkan bantal. Tanpa membuang masa, saya menemui Cikgu Fasihah agar nama saya tidak terlepas sebagai peserta kem tersebut. Hari yang dinanti-nantikan pun tiba. Kem Penulis Muda itu diadakan di Kuala Gula, kawasan pelancongan yang popular di daerah Kerian. Tempat ini menjadi tumpuan pemerhati burung kerana terdapat pelbagai spesies burung di sini. Panorama yang menarik di sini pula memang sesuai untuk para penulis muda mendapatkan ilham. Fasilitator kem ini ialah dua orang penulis mapan, Encik Zaidin Abadi dan Encik Hassan Baseri Budiman. Mereka telah membimbing kami menulis cerpen dan sajak. Pelbagai teknik penulisan telah didedahkan oleh mereka kepada kami. Encik Zaidin dan Encik Hassan telah menceritakan cara mereka mencari ilham untuk menulis cerpen dan sajak. Gaya bahasa dalam penulisan turut diberikan penekanan dalam kem ini. Kedua-dua fasilitator telah memberikan penerangan yang jelas tentang gaya bahasa. Antaranya kami telah diajarkan penggunaan metafora, personifikasi, simile dan hiperbola dalam sajak. Mereka juga mengajar kami mencipta ungkapan-ungkapan menarik yang boleh digunakan dalam sajak. Kem Penulis Muda yang diadakan selama dua hari satu malam itu amat bermakna kepada saya. Semoga cita-cita saya untuk menjadi sasterawan yang terkenal pada suatu ketika nanti akan tercapai. Tema 3 Unit 5 1.1.2 Mendengar dan Bertutur Mengejar Impian - muka surat 28 RAKAMAN PERBUALAN TELEFON Pegawai: Jabatan Bomba dan Penyelamat. Selamat pagi. Firdaus: Selamat pagi. Nama saya Firdaus. Saya bercita-cita untuk menjadi pegawai Bomba dan Penyelamat. Dengan siapa saya perlu bercakap untuk bertanya tentang hal ini? Pegawai: Nama saya Norma. Encik Firdaus boleh mengajukan soalan kepada saya. Firdaus: Terima kasih, Puan Norma. Boleh saya tahu tentang tatacara untuk menjadi pegawai Bomba dan Penyelamat? Pegawai: Boleh. Encik Firdaus perlu mengisi dan menghantar borang permohonan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam atau SPA. Setelah itu, pihak SPA akan memberikan jawapan sama ada permohonan diterima atau ditolak. Jika permohonan diterima, Encik Firdaus akan dipanggil untuk menjalani Ujian Ketahanan Fizikal dan temu duga. Firdaus: Ada ujian? Apakah perkara yang diuji dalam ujian itu? Pegawai: Dalam ujian itu, setiap calon perlu menjalani pemeriksaan fizikal dan ujian kecergasan. Selepas itu, baharulah calon-calon ditemu duga. Calon yang melepasi ujian dan temu duga, akan menerima surat tawaran untuk menjalani latihan rekrut. Firdaus: Oh, ada latihan! Berapa lama latihan tersebut dan di mana pusat latihannya? 250

Pegawai: Firdaus: Pegawai: Firdaus: Pegawai:

Bagi Peringkat Sijil, tempoh latihannya ialah empat bulan setengah. Bagi Peringkat Diploma dan Diploma Lanjutan, tempohnya ialah enam bulan. Pusat latihan kami terletak di Marang, di Tronoh, di Kota Kinabalu, dan di Kuching. Latihan rekrut bagi Peringkat Diploma dan Diploma Lanjutan adalah di Kuala Kubu Bahru. Wah, banyak juga pusat latihannya, ya! Sekarang baru jelas. Ada apa-apa lagi yang boleh saya bantu? Setakat ini, itu sahaja soalannya.Terima kasih atas penjelasan puan. Jika ada kemusykilan nanti, saya akan menelefon puan semula. Silakan. Terima kasih kerana menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Tema 3 Unit 6 1.2.2 Mendengar dan Bertutur Kerja Ikhlas Rezeki Berkat – muka surat 34 RAKAMAN TEMU BUAL TEMU BUAL 1: PEMBERITA A: Apakah kerjaya pilihan saudari dan mengapakah kerjaya itu menjadi pilihan? B. Saya mahu menjadi pemberita kerana saya suka akan cabaran. Mungkin pada mulanya saya akan bekerja makan gaji untuk menimba pengalaman bekerja. Dengan pengalaman yang ada dan jika ada rezeki, saya akan membuka syarikat penerbitan saya sendiri. TEMU BUAL 2: AHLI MUZIK A: Bagaimana pula dengan Saudara Tan? C: Saya mahu menjadi ahli muzik, namun ibu dan ayah mahu saya mengambil alih perniagaan keluarga. Saya mahu memilih jalan hidup yang saya minati, namun pada masa yang sama saya perlu mendengar kata ibu bapa kerana mereka mahu yang terbaik untuk saya. Oleh itu, saya mengambil jalan tengah, iaitu berniaga dan bermain muzik. TEMU BUAL 3: CEF A: Saudara Syamsul, betulkah saudara berminat untuk menjadi cef? D: Ya, betul. Sejak kecil, saya dan adik-beradik saya memang suka melihat ibu memasak. Kadang-kadang kami sekeluarga menghabiskan masa hujung minggu dengan memasak bersama-sama. Masakan dan makanan menyatukan kami sekeluarga, malahan membangkitkan minat saya untuk menjadi cef. Tema 4 Unit 7 1.3.1 Mendengar dan Bertutur Cintai Buku – muka surat 42 Salam sejahtera, pengawas-pengawas pusat sumber sekalian. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah atas kejayaan murid-murid yang telah dilantik sebagai pengawas pusat sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Kejora. Pelantikan ini sangat bermakna kerana syarat-syarat pemilihan sangat ketat. Hanya murid yang benar-benar berkelayakan terpilih untuk menjadi pengawas pusat sumber. Dengan pelantikan ini, saya amat berharap agar kalian akan menjadi pengawas pusat sumber yang bertanggungjawab. Sebagai pengawas pusat sumber, kalian mestilah menepati masa, iaitu datang bertugas mengikut masa yang telah ditetapkan. Patuhilah masa kerana masa yang pergi tidak akan kembali lagi. Dalam melaksanakan tugas juga, pengawas pusat sumber hendaklah patuh akan arahan guru-guru pusat sumber dan ketua pengawas pusat sumber. Arahan-arahan yang diberikan dari semasa ke semasa hendaklah dijalankan bagi memastikan pusat sumber ini terurus dengan baik. Selain itu, kalian mestilah menunjukkan sikap rajin dalam bekerja. Laksanakanlah tugas seperti yang telah kalian pelajari semasa diberikan kursus tempoh hari. Pastikan pusat sumber sekolah ini senantiasa dalam keadaan kemas dan tersusun sepanjang masa. Kemaskanlah tempat ini tanpa menunggu guru-guru pusat sumber bersuara. Akhir sekali, tunjukkanlah sikap amanah dalam menjalankan tugas. Misalnya, jangan sesekali membawa sebarang bahan bacaan keluar dari pusat sumber tanpa merekodkannya. Selain itu, ambil tindakan denda terhadap 251

sesiapa sahaja yang lewat memulangkan buku meskipun yang perlu didenda itu ialah sahabat karib kalian sendiri. Menjadi pengawas pusat sumber bukanlah tiket untuk kalian berbuat sesuka hati. Patuhilah segala peraturan pusat sumber yang telah ditetapkan. Demikian sahaja taklimat saya buat kali ini. Selamat bertugas sebagai pengawas pusat sumber Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Kejora.

Tema 4 Unit 8 1.3.2 Mendengar dan Bertutur Ikut Arahan Saya – muka surat 47 Salam sejahtera, adik-adik sekalian. Nama penuh saya Mohd Zamir bin Othman. Adik-adik boleh memanggil saya, Abang Zamir. Saya fasilitator kalian dalam Kem Kepemimpinan ini. Saya ditugaskan untuk mengendalikan beberapa permainan dalam kumpulan sepanjang tempoh kem ini berjalan. Permainan-permainan ini bertujuan untuk menanamkan sifat kepemimpinan dalam diri adik-adik. Baiklah. Permainan kita yang pertama diberikan nama “Ikut Arahan Saya”. Dalam permainan ini, adik-adik perlu membawa tiga biji telur dengan selamatnya ke suatu tempat yang ditetapkan. Kumpulan yang berjaya membawa telur-telur itu dengan selamatnya dianggap berjaya dalam permainan ini. Adakah adik-adik akan membawa telur-telur itu begitu sahaja? Tidak sama sekali. Ada cabaran yang perlu dilalui oleh adik-adik. Kalian perlu meletakkan ketiga-tiga biji telur itu di atas sehelai kertas mahjung. Kemudian, semua ahli kumpulan perlu memegang kertas mahjung dan membawa telur-telur itu dengan selamatnya ke destinasinya. Adakah itu sahaja cabaran yang akan dihadapi oleh adik-adik? Tidak. Adik-adik perlu melalui satu lagi cabaran. Kalian perlu melantik seorang ketua untuk menjalankan misi ini. Ahli-ahli kumpulan yang lain pula akan ditutup mata masing-masing. Ahli-ahli kumpulan dengan mata tertutup inilah yang perlu memegang kertas mahjung dan membawa telur ini dengan selamat mengikut arahan ketua. Adik-adik tentu telah faham tentang permainan ini. Kalian perlu membawa telur-telur itu dari tepi padang ini ke bawah pokok sana. Oh, ya! Abang Zamir ada satu lagi pesanan. Sepanjang perjalanan adik-adik membawa telur ini akan ada beberapa gangguan daripada fasilitator yang lain. Hadapilah segala gangguan itu dengan bijaksana. Ayuh, bergerak sekarang. Moga berjaya melaksanakan misi ini. Tema 6 Unit 11 1.4.3 Mendengar dan Bertutur Arkeologi Sungai Batu – muka surat 68 Tapak Arkeologi Sungai Batu telah diisytiharkan sebagai salah satu daripada Warisan Kebangsaan Negara pada 10 Mei 2012. Tapak ini terletak di tepi jalan utama Merbuk-Selinsing, iaitu kira-kira dua kilometer dari Sungai Merbuk, Kedah. Berdasarkan kajian sejarah, pusat tamadun yang ditemukan di Sungai Batu berusia lebih daripada 1900 tahun. Penemuan ini membuktikan bahawa Sungai Batu merupakan pusat tamadun sejarah terawal di Asia Tenggara mengatasi Angkor Wat di Kemboja dan Borobodur, di Indonesia. Kajian arkeologi yang dijalankan di tapak ini telah menemukan khazanah sejarah yang cukup hebat. Antara bukti sejarah yang ditemukan termasuklah tapak peleburan besi, sisa relau, bahan mentah untuk peleburan besi, ketulan jongkong besi yang dihasilkan dan tuyere. Tuyere ialah alat peniup angin yang digunakan untuk mengepam angin bagi menaikkan suhu api. Penemuan bersejarah ini membuktikan bahawa industri peleburan besi telah dijalankan di tapak ini pada suatu masa dahulu. Selain itu, kajian arkeologi di tapak ini turut menemukan sisa-sisa jeti, bangunan pentadbiran serta monumen yang dipercayai menjadi kediaman suci tuhan zaman purba. Hal ini menunjukkan bahawa tapak ini pernah menjadi pelabuhan yang berkembang maju pada masa dahulu. 252

Get in touch

Social

© Copyright 2013 - 2024 MYDOKUMENT.COM - All rights reserved.