Data Loading...
BERNAS 25 RECIPE BOOK Flipbook PDF
BERNAS 25 RECIPE BOOK
122 Views
57 Downloads
FLIP PDF 16.54MB
Isi Kandungan Prakata - Padiberas Nasional Berhad
7
Jenis-Jenis Beras Tempatan Sarawak
9
Jenis-Jenis Beras
10
Kompilasi 25 Resipi Sajian Sarawak Berasaskan Beras
12
• • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • •
Bubur Pedas Leraak Kenyah Ruya Ubi Kaboh Asam Siok Sungkoi Aroi Pulut Periuk Kera Nasi Aruk Ketupat Pulut Pangkang Tapai Nasi Pulut Panggang Lemang Kelupis Senape Setumong Nuba Laya Takir Basong Bongkol Kuih Anyie Tumpik Celorot Kuih Cina Penganan Jala Deram
14 16 18 22 24 26 28 30 32 34 36 38 40 42 44 46 50 52 54 56 58 60 62 64 66
Tip-tip Memasak Beras
68
Sajian
Sarawak berasaskan Beras
6
Prakata
PENGARAH URUSAN PADIBERAS NASIONAL BERHAD
S
aya ingin mengucapkan tahniah
kepada semua pihak dan juga Kampung Budaya Negeri Sarawak yang telah menjayakan penerbitan buku ‘Kompilasi 25 Resipi Sajian Sarawak Berasaskan Beras’ sempena Ulang Tahun BERNAS yang ke 25. Seperti yang kita ketahui, Negeri Sarawak memang terkenal dengan penduduknya yang berbilang kaum, kebudayaan serta cara hidup yang istimewa dan unik. Dari pelbagai keistimewaan ini maka lahirlah pelbagai masakan dan kuih muih yang bermacam-macam citarasa dan keunikan rasa yang begitu mempersonakan. Penerbitan buku ‘Kompilasi 25 Resipi Sajian Sarawak Berasaskan Beras’ ini adalah sebahagian dari sumbangan BERNAS kepada masyarakat Sarawak khususnya, untuk mengetengah dan memelihara masakan berasaskan beras yang popular dari beberapa masakan etnik di Sarawak. Dengan penerbitan buku ini diharap dapat memberi peluang kepada semua pihak untuk lebih mengenali keunikan masakan pelbagai etnik di Sarawak. Semoga usaha BERNAS yang murni ini akan memberi manfaat dan peluang kepada rakyat Malaysia untuk mengenali sebahagian masakan yang popular di Sarawak.
Ismail bin Mohamed Yusoff
7
Maklumat Berkenaan Beras
8
Jenis-Jenis Beras Tempatan Sarawak
Beras Merah
Beras Ukong Skuduk
Beras Bario Halus Istimewanya beras ini kerana ditanam di kawasan tanah tinggi Bario dan Ba’kelalan, Limbang. Bijirin beras ini adalah lebih kecil, rasanya berlemak manis serta sedikit melekit. Beras ini adalah beras yang termahal di Malaysia.
Varieti beras merah yang terkenal adalah Silah Merah kerana bukan saja ianya lembut dan enak malah sesuai untuk dimakan sebagai sajian tempatan. Beras merah yang ditanam secara komersial dan organik ini sangat terkenal sebagai makanan bernutrisi untuk bayi.
Beras perang tempatan ini ditanam secara kecil-kecilan, dituai dan diproses secara manual. Beras ini sering digunakan untuk menyediakan sajian dan juadah tempatan. Beras ini terkenal kerana rasanya yang manis dan lembut setelah dimasak.
Beras Wai Beras ini adalah beras putih tempatan dan biasanya ditanam sekitar kawasan Matu dan Daro. Beras putih ini unik dari segi rasanya yang lemak manis serta teksturnya lembut dan sedikit melekit setelah dimasak.
Beras Biris Beras ini berasal dari Simunjan. Beras wangi ini mempunyai aroma yang unik dan tekstur nasi yang lembut dan gebu. Ianya melalui proses pengusangan selama 6-12 bulan agar beras ini mempunyai rasa yang enak bila dimasak.
Beras Mamut
Beras Bajong
Beras hitam tradisional ini banyak ditanam di Batang Lupar. Beras ini ditanam secara kecil-kecilan serta seluruh proses penanaman dan penuaian dilakukan secara manual. Ianya terkenal dan unik kerana aroma dan berwarna ungu yang sering dihidangkan pada musim perayaan.
Beras wangi hitam yang istimewa ini ditanam secara kecil-kecilan di kawasan Lubok Nibong. Beras tradisional ini berwarna hitam gelap serta mempunyai aroma yang unik dan tekstur yang lembut setelah dimasak.
Beras Selasih Beras hitam ini biasanya ditanam secara tradisional di Sri Aman dan Miri. Beras yang berwarna hitam keunguan ini sangat unik dari segi warna, rasanya yang manis berlemak dan sering dihidangkan semasa musim perayaan tempatan.
Beras Bali Beras yang terkenal di Sri Aman dan Betong ini berwarna hitam kemerahan. Beras ini mempunyai aroma yang menyelerakan serta tekstur yang lembut dan melekit selepas dimasak. Beras ini biasanya dihidangkan pada musim perayaan.
9
Jenis-Jenis Beras Beras Putih Import Beras Putih Import memiliki ciri-ciri yang hampir sama dengan beras putih tempatan dan kebanyakannya diimport dari Thailand dan Vietnam. Setelah dimasak, ianya mempunyai rasa yang tawar dan kurang berlemak berbanding dengan beras tempatan. Beras ini sesuai untuk pelbagai hidangan termasuklah nasi dagang, nasi berlauk mahupun nasi kukus.
Beras Putih Tempatan Beras Putih biasanya bersaiz sederhana dan memiliki purata panjang melebihi 6mm. Beras ini mempunyai rasa lemak manis dan juga sesuai sebagai masakan tempatan. Beras putih yang dikukus boleh menghasilkan rasa yang enak dan sesuai untuk dihidang sebagai juadah tempatan termasuk nasi lemak, nasi kandar dan ketupat.
Beras Perang Beras Perang terhasil melalui pengupasan kulit luaran biji padi (sekam), tetapi lapisan dedaknya yang kaya dengan nutrisi masih kekal menjadikan nasinya sedikit kenyal setelah dimasak, namun tekstur nasinya akan tetap lembut dan peroi. Beras yang berkhasiat ini sesuai untuk dimasak nasi goreng dan bubur ataupun dihidangkan bersama juadah-juadah sampingan lain.
Beras Basmati Beras Basmati yang bermaksud ‘Ratu haruman’ memiliki saiz bijian yang panjang dan tirus berasal dari India dan Pakistan. Beras ini akan memanjang dua kali ganda apabila dimasak, bersifat peroi dan gebu serta menghasilkan aroma yang unik. Ia amat bersesuaian untuk penyediaan juadah seperti nasi beriani dan nasi minyak serta masakan Timur Tengah seperti nasi Arab dan yang seumpamanya.
10
Beras Pulut Beras Pulut berasal dari variasi Oryza Sativa L. Glutinosa dan bijiannya berwarna putih legap. Ia mengandungi kandungan kanji yang lebih tinggi berbanding dengan beras-beras biasa. Untuk mendapatkan tekstur yang lembut dan kurang melekit, beras pulut biasanya direndam terlebih dahulu sebelum dikukus. Ianya sangat sesuai untuk penyediaan juadah seperti lemang, ketupat atau kuih-muih.
Beras Merah Beras Merah adalah beras istimewa yang melalui proses separa kisaran dan mempunyai kandungan nutrisi menyerupai beras perang. Beras ini kaya dengan sumber antioksidan. Ia juga mempunyai rasa yang lebih kenyal dan berlemak berbanding beras putih. Namun, disebabkan lapisan dedaknya yang tebal, tempoh memasak beras ini adalah lebih lama. Maka seeloknya beras merah direndam selama 30 minit sebelum dimasak agar nasi menjadi lebih lembut.
Beras Ponni Beras Ponni yang berasal dari India ini bersaiz agak kecil . Beras ini mudah dimasak dan sifat nasinya adalah lembut dan peroi. Ia mempunyai kandungan protein yang tinggi serta karbohidrat yang rendah menjadikannya pilihan yang lebih sihat dan sesuai untuk diet kalori rendah. Beras ini sesuai dijadikan hidangan harian terutamanya untuk masakan kaum India.
Beras Rebus
Beras Japonica
Beras Rebus dihasilkan daripada padi yang melalui proses pengewapan haba panas sebelum ianya dikeringkan dan dikisar. Proses pengewapan tersebut dilakukan bagi membolehkan bijian beras menyerap dan menyimpan segala kandungan nutrisi yang terdapat pada lapisan dedak sebelum ianya diproses dan disingkirkan. Proses ini turut membantu mengurangkan kandungan kanji yang berlebihan pada beras tersebut dan menjadikan nasinya lebih peroi, gebu dan tidak melekit setelah dimasak. Beras ini sering menjadi pilihan utama kaum India terutamanya hidangan nasi daun pisang.
Beras Japonica ini adalah ruji dalam diet pemakanan orang Jepun dibezakan dengan rupa bentuknya yang pendek dan hampir bulat. Setelah dimasak, nasinya berderai namun bertekstur lembut dan sedikit melekit berbanding beras putih yang lain. Ianya amat sesuai untuk masakan Jepun seperti Sushi, Onigiri dan sebaganya.
Beras Wangi Beras Wangi ini memiliki aroma ‘pandan’ asli dan semulajadi yang kebanyakannya berasal dari Thailand. Apabila dimasak, beras ini akan menghasilkan aroma yang harum dan tesktur nasi yang lembut dan sedikit melekit. Ianya amat popular di kalangan kaum Cina dan sesuai untuk juadah nasi ayam, nasi goreng mahupun dikukus dan dimakan bersama Tom Yam atau Green Curry.
11
Kompilasi 25 Resipi Sajian Sarawak Berasaskan Beras
12
Bubur
13
Info Sajian
14
Tahukah anda? Bubur Pedas adalah sajian istimewa dan popular terutamanya pada bulan Ramadhan dalam kalangan masyarakat Melayu Sarawak.
BUBUR PEDAS
Bubur Pedas JUMLAH HIDANGAN 10 Orang
Bahan Tumis : ♦
Minyak masak
½ cawan
♦
Bawang merah (dikisar)
12 ulas
♦
Bawang putih (dikisar)
6 ulas
♦
Cili kering (direndam lembut, dibuang biji dan dikisar)
15 gm
Bahan-bahan lain : ♦
Bumbu bubur pedas (adunan beras dan rempah ratus - boleh diperolehi di pasaran)
100 gm
♦
Udang (dibuang kulit)
200 gm
♦
Kulit sapi (yang telah dipanggang dan direbus hingga empuk)
200 gm
♦
Isi ayam (dipotong halus)
500 gm
♦
Kacang panjang (dipotong kecil)
30 gm
♦
Ubi keledek (dipotong dadu)
100 gm
♦
Jagung muda (dipotong kecil)
10 ulas
♦
Daun kesum (diracik)
2 helai
♦
Daun kunyit (dihiris)
3 helai
♦
Serai (dihiris halus)
2 batang
♦
Udang kering
100 gm
♦
Santan kelapa
500 ml
♦
Air
½ liter
♦
Garam dan gula
Secukup rasa
Cara penyediaan : 1.
Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan bahan tumisan sehingga naik bau.
2.
Masukkan rempah bumbu bubur pedas. Tambah sedikit air.
3.
Masukkan udang, kulit sapi dan isi ayam.
4.
Masukkan bahan-bahan lain.
5.
Masukkan santan dan kacau hingga rata.
6. Masukkan garam dan gula secukup rasa. 7.
Anggaran masak selama 45 minit.
KO MP I LAS I 2 5 RE S I P I SA J I A N SA RAWA K B E RASAS K A N B E R AS
15
Info Sajian
16
Tahukah anda? Leraak Kenyah ialah bubur nasi ikan yang merupakan sajian tradisional dalam kalangan masyarakat Kenyah.
L E R A A K K E N YA H
Leraak Kenyah JUMLAH HIDANGAN 10 Orang
Bahan-bahan : ♦
Beras huma
200 gm
♦
Halia (ditumbuk halus)
200 gm
♦
Bawang merah (ditumbuk halus)
50 gm
♦
Bawang putih (ditumbuk halus)
50 gm
♦
Kunyit (dilenyek)
½ inci
♦
Air
1 liter
♦
Ikan kecil/ikan sungai
500 gm
♦
Daun bawang (dihiris halus)
10 gm
♦
Sambal cili padi (cili padi ditumbuk dengan garam)
10 biji
♦
Garam dan lada
Secukup rasa
Cara penyediaan : 1.
Rendam beras huma selama 15 minit dan bersihkan serta toskan.
2.
Ikan dibersihkan (dibuang insang, perut dan sisik).
3.
Masukkan beras bersama semua bahan-bahan lain ke dalam periuk.
4.
Renehkan selama 45 minit dengan api sederhana sehingga masak menjadi bubur nasi.
5.
Masukkan garam dan lada secukup rasa.
6. Hidangkan bersama sambal cili padi.
KO MP I LAS I 2 5 RE S I P I SA J I A N SA RAWA K B E RASAS K A N B E R AS
17
Info Sajian
18
Tahukah anda? Ruya Ubi ialah bubur nasi bercampur ubi yang sinonim dengan masyarakat Bidayuh.
R U YA U B I
Ruya Ubi JUMLAH HIDANGAN 10 Orang
Bahan-bahan : ♦
Beras pulut (direndam selama 2 jam dan ditoskan)
250 gm
♦
Ubi kayu (dipotong dadu)
350 gm
♦
Santan
600 ml
♦
Air
400 ml
♦
Gula
Secukup rasa
♦
Garam
Secukup rasa
♦
Daun pandan
2 helai
Cara penyediaan : 1.
Masakkan ubi kayu bersama air secukupnya.
2.
Setelah air mendidih, masukkan beras pulut.
3.
Setelah ubi kayu dan beras pulut menjadi lembut, perlahankan api.
4.
Masukkan gula dan garam. Gaulkan sehingga sebati.
5.
Masukkan daun pandan sehingga naik aroma.
6. Anggaran masa memasak adalah selama 30 minit.
KO MP I LAS I 2 5 RE S I P I SA J I A N SA RAWA K B E RASAS K A N B E R AS
19
Nasi & pulut
Info Sajian
22
Tahukah anda? Kaboh Asam Siok ialah masakan tradisi masyarakat Bidayuh.
KABOH ASAM SIOK
Kaboh Asam Siok JUMLAH HIDANGAN 10 Orang
Bahan-bahan : ♦
Nasi
1 kg
♦
Halia (dipotong halus)
250 gm
♦
Air rebusan ayam
2 liter
♦
Ayam
1 kg
♦
Garam dan lada
Secukup rasa
♦
Daun ubi kayu
Secukupnya
♦
Buluh
2 batang
Cara penyediaan : 1.
Bersihkan potongan ayam dan toskan.
2.
Rebus potongan ayam sehingga setengah masak dan dapatkan air rebusannya.
3.
Gaulkan potongan ayam bersama nasi. Masukkan garam dan lada secukup rasa.
4.
Masukkan gaulan tadi bersama air rebusan ayam ke dalam buluh.
5.
Tutup buluh menggunakan daun ubi kayu.
6. Masak di atas bara api sederhana selama 45 minit.
KO MP I LAS I 2 5 RE S I P I SA J I A N SA RAWA K B E RASAS K A N B E R AS
23
Info Sajian
24
Tahukah anda? Sungkoi Aroi ialah makanan tradisi masyarakat Kaum Dayak yang seringkali dihidangkan pada hari perayaan Gawai Dayak.
SUNGKOI AROI
Sungkoi Aroi JUMLAH HIDANGAN 10 Orang
Bahan-bahan : ♦
Beras huma
1 kg
♦
Halia (dihiris halus)
100 gm
♦
Bawang putih (dihiris halus)
15 ulas
♦
Bawang merah (dihiris halus)
8 ulas
♦
Serai (ditumbuk)
2 batang
♦
Kunyit (dilenyek)
½ inci
♦
Pati ayam
½ kiub
♦
Daging ayam (dipotong sebesar 1 inci)
1 kg
♦
Paru-paru ayam
50 gm
♦
Jantung ayam
50 gm
♦
Tulang ayam
150 gm
♦
Air
1 liter
♦
Garam dan lada
Secukup rasa
♦
Daun pisang
2 helai
♦
Buluh
2 batang
Cara penyediaan : 1.
Rebus daging ayam, paru-paru, jantung dan tulang ayam sehingga separuh masak.
2.
Masukkan pati ayam, garam dan lada secukup rasa.
3.
Asingkan bahagian ayam dan air rebusan.
4.
Tumiskan bahagian ayam bersama beras dan halia sehingga kekuningan.
5.
Masukkan bahan-bahan tumisan tadi ke dalam batang buluh sehingga separuh sukatan buluh tersebut.
6. Masukkan air rebusan ayam ke dalam buluh dan tutup menggunakan daun pisang. 7.
Masak di atas bara api sederhana selama 1 jam.
KO MP I LAS I 2 5 RE S I P I SA J I A N SA RAWA K B E RASAS K A N B E R AS
25
Info Sajian
26
Tahukah anda? Masakan pulut di dalam periuk kera ini sinonim dengan masyarakat Bidayuh.
PULUT PERIUK KERA
Pulut Periuk Kera JUMLAH HIDANGAN 10 Orang
Bahan-bahan : ♦
Beras pulut
200 gm
♦
Santan
900 ml
♦
Garam
Secukup rasa
♦
Kacang tanah
50 gm
♦
Periuk kera
10 biji
Cara penyediaan : 1.
Beras pulut dibersih dan ditoskan.
2.
Periuk kera diisikan separuh sukatan dengan beras pulut.
3.
Masukkan sedikit garam ke dalam santan dan isikan ke dalam periuk kera
4.
Taburkan sedikit kacang tanah yang telah direbus di atas adunan tadi.
5.
Kukus sehingga masak selama 45 minit.
KO MP I LAS I 2 5 RE S I P I SA J I A N SA RAWA K B E RASAS K A N B E R AS
27
Info Sajian
28
Tahukah anda? Nasi Aruk ini lebih dikenali sebagai nasi goreng dalam masyarakat Melayu di Sarawak. Sajian yang ringkas tetapi enak dinikmati sebagai sarapan pagi.
NASI ARUK
Nasi Aruk JUMLAH HIDANGAN 10 Orang
Bahan-bahan : ♦
Nasi
1 kg
♦
Bawang putih
2 ulas
♦
Garam
Secukup rasa
♦
Minyak masak
5 ml
Cara penyediaan : 1.
Panaskan kuali dan masukkan minyak.
2.
Tumiskan bawang putih.
3.
Masukkan nasi dan gaul rata.
4.
Masukkan garam secukup rasa.
5.
Teruskan menggoreng dengan api kecil sehingga nasi menjadi garing.
KO MP I LAS I 2 5 RE S I P I SA J I A N SA RAWA K B E RASAS K A N B E R AS
29
Info Sajian
30
Tahukah anda? Ketupat Pulut merupakan satu hidangan popular dalam kalangan pelbagai kaum di Sarawak dan sering dihidangkan sewaktu musim perayaan.
K E T U PAT P U LU T
Ketupat Pulut JUMLAH HIDANGAN 10 Orang
Bahan-bahan : ♦
Beras pulut
1 kg
♦
Santan
1 liter
♦
Garam
Secukup rasa
♦
Daun pandan
3 helai
♦
Kelongsong ketupat
20 biji
Cara penyediaan : 1.
Sediakan kelongsong ketupat daripada daun nipah muda.
2.
Masukkan beras pulut ke dalam setengah bahagian kelongsong ketupat.
3.
Masukkan ketupat ke dalam periuk dan masukkan air santan meliputi ketupat.
4.
Ketupat dimasak dalam rebusan santan, daun pandan dan garam selama 45 minit menggunakan api sederhana.
5.
Apabila ketupat masak, angkat dan toskan.
KO MP I LAS I 2 5 RE S I P I SA J I A N SA RAWA K B E RASAS K A N B E R AS
31
Info Sajian
32
Tahukah anda? Pangkang ialah makanan tradisi masyarakat Bidayuh yang sering dihidangkan pada musim perayaan.
PANGKANG
Pangkang JUMLAH HIDANGAN 10 Orang
Bahan-bahan : ♦
Beras pulut (rendam semalaman)
1 kg
♦
Santan
1 liter
♦
Garam
Secukup rasa
♦
Buluh pangkang (jenis buluh yang kecil)
10 batang
Cara penyediaan : 1.
Basuh dan toskan beras pulut yang telah direndam.
2.
Letak garam secukup rasa ke dalam santan.
3.
Masukkan beras pulut ke dalam buluh.
4.
Tuang santan ke dalam buluh mengikut paras pulut.
5.
Kukuskan dalam periuk hingga masak selama 40 minit.
6. Setelah dikukus, bakar di bara api yang sederhana selama 10 minit
KO MP I LAS I 2 5 RE S I P I SA J I A N SA RAWA K B E RASAS K A N B E R AS
33
Info Sajian
34
Tahukah anda? Tapai Nasi merupakan sebahagian daripada sajian pencuci mulut dalam kalangan masyarakat Sarawak.
TA PA I N A S I
Tapai Nasi JUMLAH HIDANGAN 10 Orang
Bahan-bahan : ♦
Beras putih
500 gm
♦
Ragi (ditumbuk halus)
250 gm
♦
Gula
Secukup rasa
♦
Daun nipah muda (untuk membungkus)
10 biji
Cara penyediaan : 1.
Masak beras dan sejukkan pada suhu bilik.
2.
Leraikan nasi yang telah disejukkan.
3.
Masukkan ragi dan gula. Gaul sehingga sebati.
4.
Bungkuskan adunan tadi ke dalam daun nipah. Sematkan dengan lidi.
5.
Peramkan selama dua hingga tiga hari sebelum dihidangkan.
KO MP I LAS I 2 5 RE S I P I SA J I A N SA RAWA K B E RASAS K A N B E R AS
35
Info Sajian
36
Tahukah anda? Pulut Panggang ialah sajian yang terkenal dalam masyarakat Sarawak, terutamanya di daerah Sibu.
PULUT PANGGANG
Pulut Panggang JUMLAH HIDANGAN
Bahan Pulut : ♦ ♦ ♦
Beras pulut (direndam semalaman) Santan pekat Garam
1 kg 1 liter Secukup rasa
10 Orang
Bahan Inti : ♦
Udang kering
100 gm
♦
Bawang putih
3 ulas
♦
Bawang merah
♦
Halia
♦
Kunyit
1 cm
♦
Serai
1 batang
♦
Halba
1 sudu kecil
♦
Santan
1 cawan
♦
Garam dan gula
Secukup rasa
Ditumbuk halus
10 ulas 2 cm
Bahan Pembungkus : ♦
Daun pisang (dilayurkan atas bara api)
♦
Lidi (Potongan 2 inci)
20 helai
Cara penyediaan : Pulut 1. Basuh dan toskan beras pulut. 2. Masukkan beras pulut, santan dan garam secukup rasa ke dalam bekas pengukus. 3. Kukus sehingga masak. Inti 1. Masukkan semua bahan inti ke dalam kuali dan goreng sehingga kering sebelum memasukkan santan. 2. Gaul sentiasa sehingga hampir kering. Tabur garam dan gula secukup rasa. 3. Setelah masak, sejukkan pada suhu bilik. Cara penyediaan 1. Leperkan pulut di atas daun pisang. 2. Letakkan inti di atasnya. 3. Gulung dan balut dengan kemas. 4. Sematkan lidi di hujung kedua-dua bahagian. 5. Panggang atas bara api sederhana sehingga naik aroma daun pisang selama 2 minit.
KO MP I LAS I 2 5 RE S I P I SA J I A N SA RAWA K B E RASAS K A N B E R AS
37
Info Sajian
38
Tahukah anda? Lemang ialah sajian tradisi yang digemari oleh pelbagai kaum di Sarawak dan sering dihidangkan pada hari perayaan.
LEMANG
Lemang JUMLAH HIDANGAN 10 Orang
Bahan-bahan : ♦
Beras pulut
500 gm
♦
Santan kelapa
2 liter
♦
Garam
Secukup rasa
♦
Buluh lemang
2 batang
♦
Daun pisang
4 helai
Cara penyediaan : 1.
Rendam beras pulut selama 3-4 jam. Kemudian, bersih dan toskan airnya.
2.
Bersihkan buluh lemang dan daun pisang.
3.
Masukkan daun pisang ke dalam buluh mengikut bulatan buluh.
4.
Masukkan beras pulut ke dalam buluh.
5.
Masukkan sedikit garam ke dalam santan sebelum dituangkan ke dalam buluh.
6. Bakar dengan menggunakan api yang perlahan selama 1 ½ jam
KO MP I LAS I 2 5 RE S I P I SA J I A N SA RAWA K B E RASAS K A N B E R AS
39
Info Sajian
40
Tahukah anda? Kelupis merupakan sajian pulut popular dalam masyarakat Sarawak yang sering dijadikan hidangan utama pada musim perayaan.
KELUPIS
Kelupis JUMLAH HIDANGAN 10 Orang
Bahan-bahan : ♦
Beras pulut
800 gm
♦
Santan
2 liter
♦
Garam
Secukup rasa
♦
Daun palas
20 helai
Cara penyediaan : 1.
Bersih dan rendam beras pulut, kemudian toskan.
2.
Masukkan santan, beras pulut dan garam secukup rasa ke dalam periuk nasi.
3.
Masakkan beras pulut seperti biasa.
4.
Bentukkan pulut yang telah dimasak dengan menggolongnya dan kemudian dibungkus dengan daun palas.
5.
Ambil 4 hingga 5 bungkus kelupis, kemudian diikat menjadi satu dengan menggunakan tali.
6. Kukus lagi selama 45 minit.
KO MP I LAS I 2 5 RE S I P I SA J I A N SA RAWA K B E RASAS K A N B E R AS
41
Info Sajian
42
Tahukah anda? Sajian tradisional ini terkenal dalam kalangan masyarakat Orang Ulu. Senape sering dibawa sebagai bekalan ke sawah.
SENAPE
Senape JUMLAH HIDANGAN 10 Orang
Bahan-bahan : ♦
Beras pulut hitam
100 gm
♦
Gula apong
150 gm
♦
Santan
½ liter
♦
Garam
Secukup rasa
♦
Daun isip
20 helai
Cara penyediaan : 1.
Bersih dan rendamkan beras pulut selama 3 jam dan toskan.
2.
Beras pulut dimasak bersama santan, gula apong dan garam selama 35 minit.
3.
Setelah masak, biarkan sehingga sejuk.
4.
Cedok nasi ke daun isip dan bungkus menjadi segi empat bujur.
5.
Kukus selama 10 minit.
KO MP I LAS I 2 5 RE S I P I SA J I A N SA RAWA K B E RASAS K A N B E R AS
43
Info Sajian
44
Tahukah anda? Setumong merupakan makanan tradisional yang sinonim dengan masyarakat Melanau dan sesuai dimakan bersama hidangan lain.
SETUMONG
Setumong JUMLAH HIDANGAN 10 Orang
Bahan-bahan : ♦
Beras putih
300 gm
♦
Kelapa parut
300 gm
♦
Garam
Secukup rasa
♦
Daun simpoh
10 helai
Cara penyediaan : 1.
Beras direndam semalaman dan toskan.
2.
Tumbuk beras sehingga halus.
3.
Gaulkan tepung beras dan kelapa parut bersama air masak panas.
4.
Masukkan gaulan tersebut ke atas daun simpoh dan dibungkus menjadi segi empat bujur.
5.
Kukus sehingga masak selama 30 minit.
KO MP I LAS I 2 5 RE S I P I SA J I A N SA RAWA K B E RASAS K A N B E R AS
45
Info Sajian
46
Tahukah anda? Nuba Laya ialah makanan tradisi masyarakat Orang Ulu. Nama lain bagi Nuba’ Laya ini adalah Nasi Lenyek.
N U B A L AYA
Nuba Laya JUMLAH HIDANGAN 10 Orang
Bahan-bahan : ♦
Beras Adan (bario) merah
1 kg
♦
Kulat kering
150 gm
♦
Air
1.5 liter
♦
Garam
Secukup rasa
♦
Daun isip
10 helai
Cara penyediaan : 1.
Bersihkan beras dan toskan.
2.
Masakkan beras bersama kulat kering dan garam selama 30 minit.
3.
Apabila masak, nasi dibungkus didalam daun isip yang dilipat menjadi segi empat bujur.
KO MP I LAS I 2 5 RE S I P I SA J I A N SA RAWA K B E RASAS K A N B E R AS
47
Kuih muih
Info Sajian
50
Tahukah anda? Takir ialah hidangan pencuci mulut istimewa dalam kalangan masyarakat Melayu Sarawak, terutama sekali pada bulan Ramadhan.
TA K I R
Takir JUMLAH HIDANGAN 10 Orang
Bahan-bahan : ♦
Tepung beras
250 gm
♦
Santan (dari sebiji kelapa)
125 ml
♦
Gula apong (dicairkan)
250 gm
♦
Kelongsong daun nipah muda
20 biji
Cara penyediaan : 1.
Gaul rata tepung beras dan santan.
2.
Sediakan kelongsong daun nipah muda berbentuk sampan.
3.
Isikan sedikit cecair gula apong diikuti oleh adunan tepung beras.
4.
Kukuskan dalam pengukus sehingga masak selama 20 minit .
KO MP I LAS I 2 5 RE S I P I SA J I A N SA RAWA K B E RASAS K A N B E R AS
51
Info Sajian
52
Tahukah anda? Kuih Basong ialah antara kuih tradisional yang digemari di Sarawak.
BASONG
Basong JUMLAH HIDANGAN 10 Orang
Bahan A : ♦
Gula apong
200 gm
♦
Jus pandan
100 ml
Bahan B : ♦
Tepung beras
100 gm
♦
Tepung gandum
250 gm
♦
Air
350 ml
Bahan-bahan lain : ♦
Santan
1 liter
♦
Gula pasir
250 gm
♦
Air kapur
1 sudu teh
♦
Garam
Secukup rasa
♦
Kelongsong kon daun pisang
20 biji
Cara penyediaan : 1.
Cairkan Bahan A.
2.
Gaul rata Bahan B dan masukkan bahan adunan A. Gaul sehingga sebati.
3.
Masukkan santan mendidih.
4.
Masukkan gula pasir, air kapur dan garam. Gaul sehingga sebati.
5.
Isikan adunan ke dalam kelongsong daun pisang.
6. Kukus di atas api sederhana sehingga masak selama 15 minit.
KO MP I LAS I 2 5 RE S I P I SA J I A N SA RAWA K B E RASAS K A N B E R AS
53
Info Sajian
54
Tahukah anda? Kuih tradisional ini merupakan salah satu hidangan utama pada bulan Ramadhan di Sarawak.
BONGKOL
Bongkol JUMLAH HIDANGAN 10 Orang
Bahan-bahan : ♦
Tepung beras
250 gm
♦
Tepung ubi kayu
150 gm
♦
Santan pekat
350 ml
♦
Garam
Secukup rasa
♦
Gula apong
50 gm
♦
Daun pisang (dilayurkan)
20 x 24cm
♦
Jus pandan (untuk pewarna)
Cara penyediaan : 1.
Gaulkan tepung beras, tepung ubi, santan dan jus pandan di dalam bekas.
2.
Masakkan adunan sehingga pekat menggunakan api kecil.
3.
Setelah masak, ambil sedikit adunan dan letak ke atas daun pisang.
4.
Tuangkan sedikit gula apong yang telah dicairkan ke atas adunan.
5.
Bungkus kemas di bahagian tepi dan sematkan dengan lidi di bahagian atas.
6. Kukus selama 20 minit.
KO MP I LAS I 2 5 RE S I P I SA J I A N SA RAWA K B E RASAS K A N B E R AS
55
Info Sajian
56
Tahukah anda? Kuih ini sinonim dengan masyarakat Orang Ulu dan selalu dihidangkan semasa minuman petang.
KUIH ANYIE
Kuih Anyie JUMLAH HIDANGAN 10 Orang
Bahan-bahan : ♦
Tepung beras pulut
500 gm
♦
Gula
150 gm
♦
Air
120 ml
♦
Minyak masak
500 ml
Cara penyediaan : 1.
Campurkan air dan gula hingga sebati.
2.
Masukkan tepung beras pulut.
3.
Gaulkan sehingga menjadi doh separa keras.
4.
Bentukkan menjadi membujur sepanjang 3 inci setiap satu.
5.
Panaskan minyak dalam kuali.
6. Gorengkan dalam minyak panas sehingga masak.
KO MP I LAS I 2 5 RE S I P I SA J I A N SA RAWA K B E RASAS K A N B E R AS
57
Info Sajian
58
Tahukah anda? Tumpik merupakan makanan tradisi masyarakat Melanau dan Melayu di Sarawak yang sering dihidangkan sewaktu sarapan pagi dan minum petang.
TUMPIK
Tumpik JUMLAH HIDANGAN 10 Orang
Bahan-bahan : ♦
Beras
200 gm
♦
Lemantak
200 gm
♦
Kelapa parut (dimayang)
200 gm
♦
Air suam
10 ml
♦
Udang (direbus dan dicincang kasar)
20 ekor
♦
Garam
Secukup rasa
Cara penyediaan : 1.
Beras dimasak seperti biasa. Biarkan nasi yang telah dimasak sejuk mengikut suhu bilik.
2.
Gaulkan sehingga rata nasi sejuk, tepung lemantak serta kelapa parut dan tambahkan sedikit air suam. Masukkan garam secukup rasa.
3.
Canaikan adunan tersebut dan taburkan isi udang di atasnya.
4.
Bakar menggunakan kuali leper di atas api sederhana selama 2-3 minit hingga garing.
KO MP I LAS I 2 5 RE S I P I SA J I A N SA RAWA K B E RASAS K A N B E R AS
59
Info Sajian
60
Tahukah anda? Kuih Celorot adalah sejenis snek manis tradisional yang diperbuat dari tepung beras dan amat terkenal dalam semua kalangan masyarakat di Sarawak.
CELOROT
Celorot JUMLAH HIDANGAN 10 Orang
Bahan-bahan : ♦
Tepung beras
500 gm
♦
Santan
500 ml
♦
Gula apong
150 gm
♦
Garam
Secukup rasa
♦
Kelongsong celorot (daun nipah muda)
20 biji
Cara penyediaan : 1.
Panaskan santan pekat dan gula apong di atas api sederhana.
2.
Masukkan tepung beras dan gaul sehingga sebati.
3.
Apabila sebatian cukup cair, cedok dan masukkan kedalam kelongsong celorot secara menegak menggunakan corong.
4.
Kukus sehingga masak selama 25 minit.
KO MP I LAS I 2 5 RE S I P I SA J I A N SA RAWA K B E RASAS K A N B E R AS
61
Info Sajian
62
Tahukah anda? Kuih Cina dihasilkan sejak turun-temurun oleh masyarakat Melayu Saribas dan sering dihidangkan pada musim perayaan.
KUIH CINA
Kuih Cina JUMLAH HIDANGAN 10 Orang
Bahan-bahan : ♦
Tepung beras
1 kg
♦
Kelapa parut
200 gm
♦
Gula
200 gm
♦
Garam
Secukup rasa
Cara penyediaan : 1.
Gaulkan tepung beras bersama gula dan kelapa parut sehingga sebati.
2.
Sediakan acuan pelbagai corak.
3.
Ayakkan menggunakan pengayak halus, campuran tadi sehingga rata di atas acuan.
4.
Keluarkan dari acuan dan kukus selama 45 minit.
5.
Keluarkan hasil kuih yang dikukus tadi dan biarkan sejuk pada suhu bilik.
6. Susunkan di atas dulang besi dan dibakar di atas bara api sehingga kekuningan.
KO MP I LAS I 2 5 RE S I P I SA J I A N SA RAWA K B E RASAS K A N B E R AS
63
Info Sajian
64
Tahukah anda? Sejenis kuih tradisional masyarakat Sarawak dan merupakan makanan istimewa bagi musim perayaan.
PENGANAN JALA
Penganan Jala JUMLAH HIDANGAN 10 Orang
Bahan-bahan : ♦
Tepung beras
250 gm
♦
Gula apong
150 gm
♦
Air
100 ml
♦
Minyak masak (untuk menggoreng)
Cara penyediaan : 1.
Gaulkan tepung beras bersama gula apong. Kemudian masukkan air dan gaul sehingga sebati.
2.
Panaskan minyak dalam kuali kecil (berdiameter 6 inci).
3.
Masukkan adunan ke dalam acuan tempurung kelapa yang berlubang halus.
4.
Ayak dan penuhkan ke dalam kuali sehingga membentuk bulatan.
5.
Apabila separuh masak, lipatkan bulatan tersebut sebanyak dua kali membentuk segi tiga sehingga masak.
KO MP I LAS I 2 5 RE S I P I SA J I A N SA RAWA K B E RASAS K A N B E R AS
65
Info Sajian
66
Tahukah anda? Kuih ini diperbuat daripada adunan gula apong (gula nipah) dan amat digemari masyarakat Sarawak.
DERAM
Deram JUMLAH HIDANGAN 10 Orang
Bahan-bahan : ♦
Tepung beras
500 gm
♦
Tepung gandum
150 gm
♦
Gula apong
300 gm
♦
Air
100 ml
♦
Minyak masak (untuk menggoreng)
Cara penyediaan : 1.
Campurkan tepung beras bersama tepung gandum dan gaul sehingga sebati.
2.
Masakkan gula apong dan air sehingga larut.
3.
Tapiskan air gula dan masukkan ke dalam adunan tepung.
4.
Gaul adunan sehingga sebati.
5.
Simpan adunan selama 2-3 jam sebelum digoreng.
6. Bentukkan leperan bulat sebesar 4 inci dan bentukkan 4 lubang cincin ke atas leperan tersebut. 7.
Goreng sehingga coklat keemasan selama 2 hingga 3 minit.
KO MP I LAS I 2 5 RE S I P I SA J I A N SA RAWA K B E RASAS K A N B E R AS
67
Tip-tip Memasak Beras
Beras Putih Tempatan
Beras Putih Import
Beras Perang
Sukatan air dalam beras
: 1 cawan beras
1 1/2 cawan air
Sukatan air dalam beras
: 1 cawan beras
1 1/2 cawan air
Sukatan air dalam beras
: 1 cawan beras
2 1/2 cawan air
Sukatan air dalam beras
: 1 cawan beras
1 1/2 cawan air
Sukatan air dalam beras
: 1 cawan beras
1 1/2 cawan air
Sukatan air dalam beras
: 1 cawan beras
2 cawan air
Sukatan air dalam beras
: 1 cawan beras
1 1/2 cawan air
Sukatan air dalam beras
: 1 cawan beras
2 1/2 cawan air
Beras Wangi
Beras Basmati
Beras Ponni
Beras Pulut
68
Beras Merah