Data Loading...

BUKU SKRAP SAINS TAHUN 5 Flipbook PDF

PEGERAKAN BUMI BULAN DAN MATAHARI


220 Views
388 Downloads
FLIP PDF 1.47MB

DOWNLOAD FLIP

REPORT DMCA

BUKU SKRAP SAINS TAHUN 5 SEKOLAH KEBANGSAAN (1) SULTAN ALAM SHAH NAMA: MUHAMMAD AQEL QHALISH BIN MUHAMMAD RIDZWAL TAHUN: 5 CERDAS 2020 NAMA GURU: PUAN ZUHANA BINTI MUKRIM TAJUK: BUMI, BULAN DAN MATAHARI 1

ISI KANDUNGAN BIL TAJUK 1 SEKAPUR SIREH 2 PENDAHULUAN 3 PERGERAKAN BUMI, BULAN DAN MATAHARI 4 KEJADIAN SIANG DAN MALAM 5 KESAN PUTARAN BUMI 6 FASA-FASA BULAN: FAKTOR YANG MENYEBABKAN BERLAKUNYA FASAFASA BULAN 7 FASA-FASA BULAN MENGIKUT TAKWIM QAMARI 8 KESIMPULAN 9 RUJUKAN

2

MUKA SURAT 3 4 5 8 9 11

12 14 15

SEKAPUR SIREH Saya Muhammad Aqel Qhalish dari kelas 5 Cerdas ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu saya menyiapkan dan menjayakan buku skrap sains ini. Pertamanya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya iaitu En. Muhammad Ridzwal bin Shik Jan dan Pn. Azlina binti Adnan yang telah memberi saya dorongan dan sokongan serta membantu saya untuk membuat buku skrap ini. Kedua, saya ingin merakamkan setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada guru sains saya iaitu Pn. Zuhana binti Mukrim yang telah memberi saya tunjuk ajar dan bimbingan dalam merancang dan melaksanakan hasil kerja buku skrap ini. Akhir sekali, ribuan terima kasih diucapkan kepada adik-beradik dan keluarga saya kerana telah memberi bantuan dan dorongan sepanjang buku skrap ini dihasilkan.

3

PENDAHULUAN SISTEM SURIA TERDIRI DARIPADA MATAHARI, BUMI, BULAN DAN LAPAN PLANET LAIN. SATELIT SEMULAJADI SEPERTI KOMET, METEROID DAN ASTEROID JUGA BERADA DALAM SISTEM INI. KESEMUA PLANET SENTIASA BERADA DALAM SATU JALURAN YANG DISEBUT ZODIAK.

Objektif buku skrap: Setelah mempelajari bab ini, saya dapat: 1. mentakrifkan putaran dan peredaran bumi. 2. menyenaraikan kesan- kesan putaran. 3. menjelaskan kejadian siang dan malam. 4. menyenaraikan kesan-kesan peredaran bumi. 5. menghuraikan kejadian siang dan malam serta kejadian empat musim.

4

PEGERAKAN BUMI, BULAN DAN MATAHARI Bumi berputar pada paksinya dan pada masa yang sama beredar mengikut orbitnya mengelilingi Matahari.

5

PUTARAN BUMI 1. Bergerak dari arah Barat ke Timur mengikut arah lawan jam. 2. 1 putaran lengkap = 24 jam atau 1 hari. 3. Kesan putaran Bumi:    

Kejadian siang dan malam Kedudukan Matahari kelihatan berubah-ubah Perubahan panjang dan arah bayang-bayang objek Kejadian air pasang surut

6

PEREDARAN BUMI

7

KEJADIAN SIANG DAN MALAM KEJADIAN SIANG KEJADIAN SIANG BERLAKU APABILA BAHAGIAN BUMI MENGHADAP MATAHARI DAN MENERIMA CAHAYA MATAHARI.

KEJADIAN MALAM KEJADIAN MALAM BERLAKU APABILA BAHAGIAN BUMI MEMBELAKANGI MATAHARI DAN TIDAK MENERIMA CAHAYA MATAHARI.

 SELAIN KEJADIAN SIANG DAN MALAM, PUTARAN BUMI PADA PAKSINYA JUGA MENYEBABKAN KEDUDUKAN MATAHARI KELIHATAN BERUBAH –UBAH.  PERUBAHAN KEDUDUKAN MATAHARI MENYEBABKAN PERUBAHAN PANJANG DAN ARAH BAYANG–BAYANG OBJEK.

8

KESAN PUTARAN BUMI

1. Peredaran bumi menyebabkan berlakunya kejadian 4 musim 2. Perbezaan waktu siang dan malam yang tidak sama panjang. 3. Kejadian gerhana matahari dan gerhana bulan.

9

PERUBAHAN PANJANG DAN ARAH BAYANG-BAYANG: 1. Putaran Bumi menyebabkan panjang dan arah bayang-bayang berubah dari waktu pagi ke waktu petang. 2. Bayang-bayang berubah dari barat ke timur. 3. Pada waktu pagi, bayang-bayang menghala ke barat. 4. Matahari adalah rendah pada waktu awal pagi dan lewat petang.  Bayang-bayang lebih panjang pada waktu awal pagi dan lewat petang.  Bayang-bayang adalah pendek pada waktu tengah hari kerana Matahari berada tegak di atas kepala. 5. Panjang dan arah bayang-bayang boleh digunakan untuk menganggarkan waktu tanpa melihat jam. 6. Jam matahari menunjukkan bahawa Bumi berputar pada paksinya dari barat ke timur.

10

FASA-FASA BULAN: FAKTOR YANG MENYEBABKAN BERLAKUNYA FASAFASA BULAN CAHAYA BULAN  Bulan adalah satelit semulajadi Bumi. Ia mengorbit Bumi, sama seperti Bumi mengorbit Matahari. Pergerakan bulan pada orbitnya mengelilingi Bumi menyebabkan beberapa keadaan dan ia memberi pengaruh besar pada bumi.  Bulan tidak mengeluarkan cahaya, tetapi memantulkan cahaya Matahari untuk sampai ke mata kita. Bulan kelihatan terang pada waktu malam kerana Bulan memantulkan cahaya matahari.

PERGERAKAN BULAN 1. Seperti Bumi, Bulan berputar pada paksinya dan pada masa yang sama beredar mengikut orbitnya mengelilingi Bumi. 2. Bulan berputar pada paksinya dan beredar mengelilingi Bumi dalam masa 27 1/3 hari dari Barat ke Timur. 3. Tempoh edaran dan putaran Bumi adalah sama, menyebakkan kita sentiasa melihat permukaan Bulan yang sama. 4. Bentuk-bentuk Bulan yang berbeza dikenali sebagai Fasa Bulan. 5. Semasa Bulan mengelilingi Bumi, kedudukan Bulan berubah dengan masa. Ini menyebabkan fasa Bulan: 

Bahagian permukaan Bulan yang gelap menghadap Bumi disebut anak bulan.



Sebahagian kecil permukaan Bulan yang disinari menghadap Bumi disebut bulan sabit.



Separuh

bahagian permukaan Bulan yang terang menghadap Bumi

disebut bulan separa. 

Keseluruhan bahagian permukaan Bulan yang disinari menghadap Bumi disebut bulan purnama. 11

FASA-FASA BULAN MENGIKUT TAKWIM QAMARI

12

 Takwim yang kita gunakan ialah Takwim Masihi yang menunjukkan kedudukan Bumi semasa edarannya mengelilingi Matahari.  Takwim yang dibina berdasarkan fasa Bulan dikenali sebagai Takwim Qamari.

13

KESIMPULAN Setelah menghasilkan buku skrap ini, saya dapat memahami dengan lebih lanjut tentang pergerakan bumi, bulan dan matahari. Buku ini dapat memberi penjelasan kepada saya mengenai kejadian siang malam, air pasang surut, perubahan panjang dan arah objek serta kedudukan matahari yang berubah-ubah disebabkan oleh kesan putaran bumi.Kesan peredaran bumi juga memberi pengetahuan dan penjelasan kepada saya mengapa berlakunya kejadian 4 musim, perbezaan waktu siang dan malam yang tidak sama panjang serta bagaimana kejadian gerhana matahari dan gerhana bulan. Saya juga dapat menghuraikan mengapa saya permukaan bulan yang sama tetapi bentuk-bentuk bulan yang berbeza setiap kali saya memandang ke langit pada waktu malam. Akhir sekali, pemahaman saya yang lebih jelas tentang pergerakan bumi, bulan dan matahari menarik minat saya untuk lebih mengetahui dengan lebih lanjut dan lebih mendalam tentang ilmu pengetahuan dengan lebih banyak tentang sistem suria.

14

RUJUKAN:

1. Buku Teks Sains Tahun 5 2. Badan Pembangunan Kurikulum. (2014). Kurikulum Standard Sekolah Rendah: Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran Sains Tahun 5. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia. 3. Suwaibatullasmiah binti Jalaludin, Sopia binti Md Yassin, & Tan Mun Wai. (2014). Sains Sekolah Kebangsaan Tahun 5. Selangor Darul Ehsan: Dewan Bahasa dan Pustaka. 4. https://youtu.be/ZxRYVkTuOFc 5. https://youtu.be/smBgYssPaxo 6. https://youtu.be/gFtBHuLOIZc

15