Data Loading...

Buku Teks Pendidikan Moral Tahun 6 (KSSR Semakan 2017) Flipbook PDF

Buku Teks Pendidikan Moral Tahun 6 (KSSR Semakan 2017)


474 Views
106 Downloads
FLIP PDF 75.24MB

DOWNLOAD FLIP

REPORT DMCA

RUKUN NEGARA

Bahawasanya Negara Kita Malaysia mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara satu cara hidup demokrasi; Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak; Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden. MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN (Sumber: Jabatan Penerangan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia)

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (SEMAKAN 2017)

PENULIS:

KUGAN A/L RAVENDRAN SING BEE KHIM WANG LOCK HUI

EDITOR:

MOHD HADI BIN ROSLAN ZAIDI BIN ISMAIL PEREKA BENTUK:

SAFIYAH BINTI NAZRI ERMASARI BINTI SURANI ILUSTRATOR:

ABDUL HALIM BIN AHMAD YUSRY BIN SAMSURI

Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur 2021

i KPM

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

KANDUNGAN PENDAHULUAN

vi

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN MENJAMIN KESEJAHTERAAN NEGARA

UNIT

1

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN

UNIT

2

BAIK HATI

UNIT

3

BERTANGGUNGJAWAB

UNIT

4

BERTERIMA KASIH

• Kepercayaan kepada Tuhan Menjamin Kehidupan yang Sejahtera • Kepercayaan kepada Tuhan Pegangan Kita • Kepercayaan kepada Tuhan Keharmonian Negara Terpelihara • Kad Inspirasi • Mari Uji Diri

2 4 6 8 10

BANTUAN DAN SOKONGAN MORAL KEPADA NEGARA

• • • • • •

Bantuan Diberikan Beban Dikurangkan Ikhlas Membantu Keamanan Dijaga Sokongan Moral Menjamin Kesejahteraan Negara Hulurkan Bantuan Jadikan Amalan Sumbanglah demi Negara Mari Uji Diri

12 14 16 18 19 20

TANGGUNGJAWAB SEBAGAI WARGANEGARA

• • • • • • •

Kita Anak Malaysia Negaraku Tanggungjawabku Fikir Sebelum Kongsi Jaga Nama Negara Tanggungjawab Bersama Jaga Diri Lindungi Negara Tanggungjawab Dilaksanakan Kewajipan Terlaksana Mari Uji Diri

22 24 26 27 28 29 30

HARGAI KEUNIKAN NEGARA

• • • • • •

Hayati Keunikan Negara Keunikan Baba dan Nyonya Masyarakat Malaysia Masyarakat yang Unik Keunikan Pemerintahan Negara Kita Keunikan Membuat Sarung Ketupat Mari Uji Diri

32 34 36 37 38 40

AMALAN HEMAH TINGGI MENINGKATKAN IMEJ NEGARA

UNIT

5

HEMAH TINGGI

• • • • • •

Sikap Berhemah Negara Disanjung Budaya Sopan Jadikan Amalan Personaliti Terbaik Tingkah Laku Terpuji Insan Berbudi Pekerti Insan Dihormati Berhemah Tinggi demi Negara Mari Uji Diri

42 44 46 48 49 50 iii

HORMATI IDENTITI NEGARA

UNIT

6

HORMAT

• • • • • •

Identiti Negara Kebanggaan Kita Megah Berkibar Jalur Gemilang Hormati Identiti Negara Kewajipan Kita Semarakkan Identiti Negara Identiti Negara Pembentukan Jati Diri Mari Uji Diri

52 54 56 57 58 60

CINTA AKAN NEGARA

UNIT

7

KASIH SAYANG

• • • • • •

Sebarkan Semangat Cinta akan Negara Malaysia Negaraku Tercinta Kenali Sejarah Cintai Negara Buktikan Kita Cinta akan Negara Kempen Amalan Hijau demi Negara Tercinta Mari Uji Diri

62 64 66 68 69 70

AMALAN ADIL DEMI KESEJAHTERAAN NEGARA

UNIT

8

• • • • •

Tindakan Adil Asas Kesejahteraan Keadilan Membawa Keamanan Kenali Institusi Keadilan Keadilan Ditegakkan Rakyat Sejahtera Mari Uji Diri

72 74 76 78 80

KEADILAN BERANI MEMPERTAHANKAN MARUAH NEGARA

UNIT

9

KEBERANIAN

• • • • • •

Mempertahankan Maruah Malaysia Tercinta Berani kerana Benar Teguran Membina Maruah Negara Terpelihara Berani demi Negara Saya Berikrar Saya Berani Mari Uji Diri

82 84 86 87 88 90

KEJUJURAN DEMI KESEJAHTERAAN NEGARA

UNIT

10 KEJUJURAN

iv

• • • • • •

Kejujuran Diamalkan Kesejahteraan Negara Diutamakan Pantun Kejujuran demi Kesejahteraan Negara Kesan Pengabaian Kejujuran Permainan Kejujuran Kejujuran Membawa Tuah Mari Uji Diri

92 94 96 97 98 100

RAJIN DEMI KEMAJUAN NEGARA

UNIT

11

KERAJINAN

• • • • • •

Usaha Berterusan Membuahkan Kejayaan Sikap Dedikasi Asas Kemajuan Gigih Berusaha Negara Maju Teruskan Semangat Dedikasi Rajin Berusaha Usahawan Berjaya Mari Uji Diri

102 104 106 107 108 110

KERJASAMA DEMI KEHARMONIAN NEGARA

UNIT

12

KERJASAMA

• • • • • • •

Kerjasama Kunci Keharmonian Negara Sepakat Membanteras Jenayah Projek Kerjasama Pupuk Semangat Kerjasama Rakyat Bekerjasama Negara Aman Kerjasama Cerminan Perpaduan Mari Uji Diri

112 114 116 117 118 119 120

AMALAN KESEDERHANAAN DEMI KESEJAHTERAAN NEGARA

UNIT

13

KESEDERHANAAN

• • • • •

Amalan Bersederhana Teras Kebaikan Kesederhanaan Diamalkan Negara Sejahtera Kesihatan Dijaga Negara Sejahtera Rakyat Bersederhana Negara Sejahtera Kesederhanaan Diamalkan Kesejahteraan Negara Dikecapi • Mari Uji Diri

122 124 125 126 128 130

AMALAN TOLERANSI MENJAMIN PERPADUAN NEGARA

UNIT

14

• • • • •

Toleransi Diamalkan Perpaduan Dikukuhkan Kisah Hari Ini Budayakan Amalan Toleransi Bersikap Toleransi demi Perpaduan Negara Mari Uji Diri

132 134 136 138 140

CADANGAN JAWAPAN SENARAI ALAMAT LAMAN SESAWANG KOD QR

141 144

TOLERANSI

v

PENDAHULUAN Matlamat utama mata pelajaran Pendidikan Moral adalah untuk membentuk insan berakhlak mulia dan berintegriti yang berpegang kepada nilai universal berasaskan prinsip moral. Usaha ini dapat menyumbang ke arah perpaduan dan kesejahteraan negara serta masyarakat global. Sejajar dengan itu, buku teks Pendidikan Moral Tahun 6 Sekolah Kebangsaan ini dihasilkan bagi memenuhi matlamat tersebut. Buku teks ini ditulis berteraskan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) KSSR (Semakan 2017) Pendidikan Moral Tahun 6 yang diterbitkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Tema Pendidikan Moral Tahun 6 ialah “Saya dan Negara” dan merangkumi 14 nilai yang perlu diamalkan oleh murid. Kandungan buku teks ini memberikan penekanan kepada kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid-murid bagi menghadapi cabaran pada abad ke-21. Kemahiran tersebut ialah elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan Pembelajaran Abad Ke-21. Kemahiran ini diterapkan agar dapat merangsang pemikiran berstruktur dan berfokus dalam kalangan murid. Hal ini dilaksanakan untuk mencapai hasrat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), iaitu membangunkan insan yang seimbang dan sejahtera. Selain itu, elemen kreativiti dan inovasi, keusahawanan, teknologi maklumat dan komunikasi (TMK), patriotisme, kelestarian alam sekitar dan kelestarian global diterapkan dalam aktiviti bagi mengukuhkan kemahiran dan keterampilan murid. Aktiviti dan soalan yang dikemukakan dapat membantu murid menyelesaikan isuisu moral berlandaskan pertimbangan moral yang sesuai, tepat serta konsisten. Penulis berharap agar buku teks ini dimanfaatkan untuk mengembangkan pemikiran dan perasaan moral agar murid dapat mengamalkan tingkah laku yang bermoral berasaskan nilai universal. Akhir kata, diharapkan penerbitan buku ini dapat merealisasikan kemenjadian murid sejajar dengan hasrat FPK bagi membentuk insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Kugan a/l Ravendran Sing Bee Khim Wang Lock Hui

vi

PANDUAN IKON RA

NGS

PE

AN

GA

N

ANGA

N

NG A Y AAN

KONSEP

PEN

PE

IL A I A N

AN KUH PE M U LI H A N NGU

N PE

RA

KONSEP

NG A Y AAN

NGS

PE PE

N ANGA

M U LI H A N

NGU

PEN

KUH

Komponen ini bertujuan untuk merangsang pemikiran murid tentang sesuatu nilai yang akan dipelajari. PE NG A Y AAN KONSEP Komponen ini menerangkan konsep nilai dalam standard pembelajaran yang menjadi fokus sesuatu unit. Komponen ini bertujuan untuk membantu nilai secara berkesan P E murid memahami AN N A G Y A melalui aktiviti yang dirancang. PE PE NGU AN M U LI H A N KUH Komponen ini bertujuan untuk memberikan peneguhan dari segi pemahaman dan pemikiran murid tentang nilai yang dipelajari melalui pelbagai aktiviti yang dirancang. PE NGU AN KUH Komponen ini menyediakan aktiviti yang lebih mencabar pemikiran murid agar potensi murid PE NG A Y AAN dapat dikembangkan ke tahap yang lebih optimum untuk membantu mereka menghayati dan bertindak mengikut nilai moral.

Komponen ini membantu murid meningkatkan PE N N K O Nmereka pemahaman dalam usaha menguasai G A Y A A dan P SE mengaplikasikan nilai yang telah dipelajari melalui PE N NG aktiviti yang lebih U K mudah U H A dan berkesan.

AN

IL A I A N

Komponen ini menyediakan pelbagai aktiviti penilaian bagi mengukur tahap penguasaan murid PE tentang P Esesuatu nilai. NGU AN M U LI H A N KUH vii

Bahagian ini memberikan panduan kepada guru untuk membimbing murid mencapai Standard Pembelajaran yang ditetapkan dalam DSKP.

Bahagian ini bertujuan untuk menerangkan cadangan pengajaran dan pembelajaran serta idea tambahan bagi membantu guru melaksanakan aktiviti yang dirancang.

Bahagian ini bertujuan untuk menjelaskan sesuatu fakta dan memberikan maklumat tambahan bagi menerangkan sesuatu perkara atau peristiwa.

Aktiviti tambahan untuk membantu dan memantapkan amalan murid berkaitan dengan nilai.

Soalan beraras tinggi yang dapat menguji keupayaan murid berfikir dan membuat penaakulan moral sehingga aras yang lebih tinggi untuk menyelesaikan masalah.

Maklumat tambahan yang boleh diakses melalui alat peranti.

viii

1

UNIT

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN MENJAMIN KESEJAHTERAAN NEGARA

RA

NGS

PEN

ANGA

IL A I A N

1

N

UNIT 1

KONSEP

Kepercayaan kepada Tuhan Menjamin Kehidupan yang PE N N G A YSejahtera AA

Baca dan fahami pengisian forum.

1

Selamat sejahtera. Selamat datang 2 ke Forum Rukun Negara. Apakah Kepercayaan kepada Tuhan dalam prinsip pendapat para panel tentang PE Rukun N Negara menjelaskan bahawa bangsa P EKepercayaan kepada Tuhan dalam N A N G H M U LI H A U K U dan negara ini diwujudkan atas kepercayaan prinsip Rukun Negara? yang kukuh kepada Tuhan. Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Islam ialah agama Persekutuan. Agama dan kepercayaan lain boleh diamalkan di Malaysia.

FORUM RUKUN Zaimi (Pengerusi)

2

 pakah maksud Kepercayaan kepada Tuhan dalam prinsip A Rukun Negara? Berdasarkan forum ini, mengapakah amalan Kepercayaan kepada Tuhan penting demi kesejahteraan negara? Jelaskan cara kamu mengamalkan Kepercayaan kepada Tuhan demi kesejahteraan negara.

Pragash (Panel 1)

UNIT 1

3

Betul kata Saudara Pragash. Sebagai contoh, tindakan membeza-bezakan antara satu sama lain atas alasan agama dilarang sama sekali. Agama atau kepercayaan dapat membentuk keperibadian seseorang serta membina peradaban bangsa dan negara.

4 Saya setuju dengan pandangan Saudari Hui Ling. Negara yang sejahtera dapat dibentuk apabila rakyatnya bebas mengamalkan ajaran agama tanpa sikap prasangka tentang ajaran agama lain.

Selain itu, apabila kita berpegang pada 5 prinsip Kepercayaan kepada Tuhan, negara menjadi harmoni, aman dan sejahtera.

NEGARA Hui Ling (Panel 2)

William (Panel 3)

Kongsi hasil temu ramah bersama-sama tokoh agama mengenai Kepercayaan kepada Tuhan dan kaitannya dengan kesejahteraan negara. 1.1 1.2 1.3

Risalah Ini Janji Kita

• Bimbing murid melayari laman sesawang http://dbook.penerangan.gov.my untuk mendapatkan maklumat tentang Rukun Negara. • Minta murid membuat carian mengenai agama bagi persekutuan dan agama lain di Malaysia.

3

UNIT 1

PE

NGU

KUH

AN

Kepercayaan kepada Tuhan Pegangan Kita

Baca dan fahami maklumat dalam sesi perkongsian ilmu. Ahli Kelab Rukun Negara telah mengadakan sesi perkongsian ilmu tentang penghayatan prinsip Kepercayaan kepada Tuhan dalam Rukun Negara. Agama Islam ialah agama Persekutuan.

Berikan pandangan kamu tentang prinsip pertama Rukun Negara, iaitu Kepercayaan kepada Tuhan.

1

8

2 Agama atau kepercayaan lain juga boleh diamalkan secara aman di Malaysia.

Prinsip Kepercayaan kepada Tuhan ialah pegangan yang penting dalam kehidupan rakyat Malaysia.

Kita meraikan perayaan pelbagai kaum bersama-sama supaya persefahaman dapat dipupuk untuk mengekalkan keharmonian negara.

7 4

Rakyat Malaysia sentiasa berganding bahu menghulurkan pertolongan kepada sesiapa sahaja yang berada dalam kesusahan dan memerlukan bantuan.

UNIT 1

3

Agama dan kepercayaan membentuk keperibadian insan serta menjamin keamanan negara.

4

Agama atau kepercayaan menyeru penganutnya ke arah kebaikan dan kebenaran agar jati diri yang utuh dapat dibentuk dalam kalangan rakyat.

5

Kita patut menghormati agama atau kepercayaan lain agar hubungan antara rakyat berbilang bangsa dan agama menjadi erat.

6

Kita patut melibatkan diri dalam aktiviti kebajikan, kemasyarakatan dan majlis sosial tanpa mengira bangsa atau agama untuk memperkukuh perpaduan.

Kongsi pengalaman kamu mengamalkan Kepercayaan kepada Tuhan melalui foto atau rakaman video.

 pakah perasaan kamu apabila mengamalkan A Kepercayaan kepada Tuhan demi kesejahteraan negara? Kepercayaan kepada Tuhan dapat membentuk negara yang sejahtera. Berikan pendapat kamu.

1.1 1.2 1.3 1.4 1.5

• Minta murid melayari Internet untuk mencari maklumat tentang prinsip Kepercayaan kepada Tuhan. • Bimbing murid menghasilkan peta minda berkaitan dengan maksud Rukun Negara yang pertama.

5

UNIT 1

PE

NG A Y AAN

Kepercayaan kepada Tuhan Keharmonian Negara Terpelihara

Bincang dan hasilkan slaid persembahan. Kepercayaan kepada Tuhan ialah pegangan yang penting dalam kehidupan kita untuk mengekalkan keharmonian negara. • Bagaimanakah situasi dalam gambar dapat dikaitkan dengan prinsip P E Kepercayaan N kepada Tuhan? NGU A H K U dan lengkapkan borang perbincangan secara berkumpulan. • Bincang • Hasilkan slaid persembahan dengan cara yang kreatif berdasarkan borang perbincangan. 1

5

2

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KEHARMONIAN NEGARA TERPELIHARA

4 6

3

UNIT 1 Borang Perbincangan Nama kumpulan : Ahli kumpulan : Bil.

Situasi

1.

Sambutan Tahun Baharu Cina

2.

Aktiviti Sukan Rakyat

3.

Sambutan Hari Kebangsaan

4.

Aktiviti Gotong-royong

5.

Program Membantu Mangsa Banjir

Cara Mengamalkan Kepercayaan kepada Tuhan

Kepentingan Mengamalkan Kepercayaan kepada Tuhan

Perasaan:

Refleksi:

 enghayatan prinsip Kepercayaan kepada Tuhan dapat P membentuk rakyat Malaysia yang patriotik. Bincangkan. Borang Perbincangan

1.2 1.3 1.4

• Minta murid mempersembahkan hasil kerja dengan menggunakan pelbagai media. • Minta murid simulasikan cara mengamalkan Kepercayaan kepada Tuhan berdasarkan situasi.

7

UNIT 1

Kad Inspirasi PE

PE

M U LI H A N

NGU

KUH

AN

Mari buat kad inspirasi. Hasilkan kad inspirasi secara kreatif yang berkaitan dengan cara dan kepentingan mengamalkan Kepercayaan kepada Tuhan.

Bahan dan Peralatan

Kad tebal

Gam

Gunting

1

Komputer riba

Mesin pencetak

2

Hasilkan bingkai kad.

8

Taip kandungan kad.

UNIT 1 3

4

Cetak bingkai dan kad.

5

Gunting kad.

6

Tampal kad.

J elaskan perasaan kamu setelah berkongsi kad inspirasi dengan rakan-rakan pelbagai bangsa dan agama. Bincangkan cara dan kepentingan lain amalan Kepercayaan kepada Tuhan demi kesejahteraan negara dalam prinsip Rukun Negara.

1.2 1.3 1.4 1.5

Kad inspirasi yang telah siap.

Hasilkan kad inspirasi berdasarkan pengalaman kamu dan kongsi bersama-sama rakan.

• Bimbing murid menghasilkan kad inspirasi bertajuk Kepercayaan kepada Tuhan dengan menggunakan pelbagai media. • Kad inspirasi boleh dihasilkan mengikut kreativiti murid. • Pamerkan kad inspirasi di sudut Pendidikan Moral.

9

UNIT 1

MARI UJI DIRI PEN

IL A I A N

PE

M U LI H

AN

PE

NGU

KUH

AN

A. T  ulis betul atau salah pada penyataan di bawah dan berikan alasan. 1. Setiap agama atau kepercayaan di Malaysia sentiasa menyeru penganutnya berbuat baik dalam kehidupan harian.

Alasan: 2. Kamu tidak boleh mempersendakan agama atau kepercayaan rakyat Malaysia yang lain.



Alasan: 3. Kamu patut mendoakan kesejahteraan dan keharmonian negara Malaysia.



Alasan: 4. Kamu tidak perlu mengambil tahu mengenai agama atau kepercayaan rakyat Malaysia yang lain.



Alasan: B. J awab soalan di bawah.

1. Nyatakan Kepercayaan kepada Tuhan berdasarkan prinsip Rukun Negara. (a) (b) 2.  Jelaskan kebaikan mengamalkan ajaran agama atau kepercayaan masing-masing di Malaysia. 10

2

UNIT

BANTUAN DAN SOKONGAN MORAL KEPADA NEGARA

RA

NGS

PEN

ANGA

IL A I A N

11

N

UNIT 2

KONSEP

BANTUAN DIBERIKAN BEBAN DIKURANGKAN PE AN N GAYA

Baca dan fahami cerita. Pada hujung minggu, Sujitra dan Monika ke perpustakaan awam. Mereka ditemani oleh ayah Sujitra. Semasa berada di stesen Mass Rapid Transit (MRT), mereka melihat iklan Kempen Derma Darah. Nampaknya, bekalan darah di PDN papan iklanPitu. N E NPusat P E Monika, Alihat A N G H U K U2 semakin berkurangan. Keadaan ini Negara (PDN) menyeru rakyat U LI H 1 MDarah mendermakan darah.

amat membimbangkan.

Betul, Monika. Apakah yang kita patut lakukan

3 untuk meringankan beban kerajaan?

12

Saya cadangkan kita sebarkan kempen 4 ini dalam WhatsApp persatuan penduduk di taman kita. Mereka boleh turut serta dalam kempen ini.

UNIT 2 Monika, tindakan kamu 5 merupakan salah satu cara memberikan bantuan dan sumbangan kepada negara.

7

6

Ya, Sujitra. Pada masa yang sama, kempen ini membantu kerajaan menambahkan bekalan darah untuk menyelamatkan nyawa pesakit.

Bantuan yang diberikan juga dapat mewujudkan kesejahteraan kepada negara kita.

8

Betul, Monika. Jika begitu, saya juga ingin berkongsi maklumat mengenai kempen ini dalam media sosial ayah saya.

Senaraikan contoh bantuan dan sokongan moral yang pernah kamu berikan kepada negara kita. Bagaimanakah Kempen Derma Darah ini dapat meningkatkan kesejahteraan rakyat? Mengapakah kamu patut memberikan bantuan dan sokongan moral kepada negara? Berikan alasan. 2.1 2.2 2.3 2.5

Tindakan kamu

9 merupakan amalan yang terpuji.

Ceritakan pengalaman kamu memberikan bantuan dan sokongan moral kepada negara.

• Galakkan murid mencari maklumat tentang PDN dan bentangkan hasil dapatan mereka di dalam kelas. • Minta murid menghasilkan risalah tentang Kempen Derma Darah dan mengedarkannya kepada orang ramai.

13

UNIT 2

PE

NGU

KUH

AN

IKHLAS MEMBANTU KEAMANAN DIJAGA

Baca dan fahami catatan diari.

20.... ISNIN, 25 MAC

ota polis dan Saya melihat angg an Malaysia (RELA) Jabatan Sukarelaw n jalan raya bertugas di sekata landa pandemik semasa negara di polis dan RELA COVID-19. Anggota i dengan berdedikas menjalankan tugas hari hujan. walaupun semasa

14

RABU,

MAC 20....

ibu dan ayah Saya memberitahu n an patut diberika bahawa sumbang lis dan RELA kepada anggota po n beban mereka. untuk mengurangka untuk memberikan Kami merancang an dan minuman sumbangan makan kepada mereka.

UNIT 2

S, 28 MAC 20.... MIIS, KHAM

Saya mengagihkan sumbangan makanan dan minuman kepada anggota polis dan RELA dengan bantuan ayah. Saya juga memberikan kata-kata semangat kepada mereka. Kemudian, kami mengambil gambar sebagai kenangan.

SABTU, 30 MAC 20.... Saya melihat gambar yang dirakamkan. Tindakan baik hati saya dapat menaikkan semangat petugas barisan hadapan. Saya gembira kerana dapat memberikan bantuan dan sokongan moral semasa negara dilanda pandemik COVID-19.

Berdasarkan catatan diari, mengapakah kamu patut memberikan bantuan dan kata-kata semangat kepada anggota polis dan RELA? Kongsi perasaan kamu setelah memberikan bantuan kepada anggota polis dan RELA.

2.1 2.2 2.3 2.4

• Bimbing murid mencari maklumat tentang tugas dan tanggungjawab anggota polis serta RELA. • Minta murid mencadangkan contoh sokongan moral yang lain.

15

UNIT 2

PE

NG A Y AAN

SOKONGAN MORAL MENJAMIN S KESEJAHTERAAN NEGARA

Baca dan hayati e-mel. Mesej Baharu Kepada: [email protected] Subjek: Makluman tentang bantuan kepada orang papa.

P E Selamat sejahtera, NGU AN KUH

Saya merupakan salah seorang penduduk di Taman Budaya Alam, Jelebu, Negeri Sembilan. Tujuan saya menghantar e-mel ini adalah untuk memaklumkan tentang seorang wanita yang mengemis di sini. Untuk makluman tuan, saya sering melihat wanita itu di bawah Jambatan Taman Budaya Alam. Pada hari hujan, beliau tidur dalam keadaan basah. Selain itu, wanita itu juga meminta-minta makanan daripada penduduk. Kehidupan wanita tersebut terbiar dan menderita. Sehubungan dengan itu, saya ingin menunjukkan sikap prihatin kepada wanita tersebut dengan memaklumkan hal ini. Saya memohon jasa baik Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk membantu beliau. Saya berharap agar bantuan yang akan diberikan dapat mengatasi isu orang papa ini. Sekian, terima kasih. Yang benar, Veronica Teoh

16 16

UNIT 2 Mesej2Baharu Unit

Kepada: [email protected] Subjek: Maklum balas tentang aduan orang papa. Tarikh dan masa: 25 Februari, 10:00 pagi Tindakan: Pegawai Kebajikan Masyarakat telah menjalankan siasatan terhadap aduan yang diterima. Orang papa tersebut didapati tidak mempunyai keluarga. Beliau telah dihantar ke Desa Bina Diri Mersing untuk tujuan perlindungan, penjagaan dan pemulihan. Beliau berada dalam keadaan sihat dan selamat. Sekian, terima kasih. Pegawai Kebajikan Masyarakat

Bagaimanakah agensi di atas dapat memberikan bantuan dan sokongan moral kepada orang papa ini? Layari laman sesawang www.jkm.gov.my dan hasilkan peta minda mengenai bantuan dan sokongan moral yang akan diberikan oleh jabatan ini. Jika kamu diberi peluang, bagaimanakah kamu membantu dan memberikan sokongan moral kepada orang papa? Mengapakah amalan memberikan bantuan dan sokongan moral penting kepada negara? Jelaskan perasaan kamu jika dapat memberikan bantuan atau sokongan moral kepada orang papa. Ceritakan pengalaman kamu membantu dan memberikan sokongan moral kepada orang papa. 2.1 2.3 2.4 2.5

• Bimbing murid mencari maklumat tentang JKM dalam laman sesawang rasmi. • Minta murid melayari laman sesawang rasmi JKM untuk mengetahui maklumat tentang orang papa.

JKM

17

UNIT 2

PE

M U LI H A N

HULURKAN BANTUAN P E JADIKAN AMALAN N AN GUKUH

Fahami situasi dan jawab soalan.

Dua buah negeri di Malaysia dilanda ribut taufan. Kehidupan mangsa mengalami kesukaran akibat kemusnahan harta benda dan tempat tinggal.

Kempen Bumi Hijau

Nyatakan bantuan dan sokongan moral yang boleh kamu sumbangkan.

Pemain skuasy negara menyatakan perasaan sedihnya kerana gagal dalam pemilihan untuk mewakili negara ke sukan Olimpik.

Kerajaan Malaysia melancarkan Kempen Bumi Hijau. Ekoran daripada itu, Program 1 Murid 1 Pokok diadakan.

Berdasarkan situasi, bagaimanakah kamu memupuk budaya memberikan bantuan dan sokongan moral? Mengapakah kamu patut mengamalkan sikap memberikan bantuan dan sokongan moral kepada negara?

18

2.1 2.2 2.3

• Jalankan aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21 (Meja Bulat). • Bimbing murid melakonkan cara memberikan bantuan dan sokongan moral berdasarkan situasi di atas mengikut kreativiti. • Guru boleh mempelbagaikan situasi untuk aktiviti murid.

UNIT 2 Unit 2 PE

SUMBANGLAH DEMI PE NEGARA N AN

M U LI H A N

GUKUH

Fahami situasi dan lakukan aktiviti. Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) akan mengadakan program kesedaran bahaya dadah. Sebagai peserta Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah, kamu ingin melibatkan diri dalam program ini. Apakah bantuan dan sokongan moral yang boleh disumbangkan dalam program ini? 1. Mengadakan kutipan derma 2. Mencari sukarelawan untuk menyertai program 3. ________________________________________ 4. ________________________________________ Bagaimanakah kamu memupuk budaya memberikan bantuan kepada negara?

1. Mengedarkan risalah 2. Mengiklankan program tersebut dalam media sosial 3. ________________________________________ 4. ________________________________________

Jelaskan perasaan kamu apabila memberikan bantuan dan sokongan moral dalam program ini.

2.1 2.2 2.4 2.5

Hasilkan video bantuan dan sokongan moral yang pernah kamu lakukan untuk disumbangkan kepada negara.

• Galakkan murid memuat naik video yang dihasilkan dalam media sosial. • Galakkan murid melibatkan diri dalam program sebegini untuk memberikan bantuan dan sokongan moral kepada negara.

AADK

19

UNIT 2

MARI UJI DIRI PEN

IL A I A N

PE

M U LI H

PE

AN

NGU

KUH

AN

A. Tulis jawapan yang sesuai. 1. 2. 3. 4. 5.

Bantuan yang diberikan dalam bentuk k ___ ___ ___ n ___ ___ n, peralatan atau perkhidmatan kepada mangsa bencana dapat meringankan beban mereka. Kita patut memberikan bantuan dengan i ___ ___ l ___ s tanpa mengira bangsa dan agama. Kata-kata semangat dan s ___ ___ o ___ ___ ___ n moral dapat mewujudkan warganegara yang prihatin. Kita akan berasa g ___ ___ b ___ ___ a kerana dapat membantu rakyat Malaysia yang memerlukan. K ___ p ___ k ___ ___ n kepada isu alam sekitar dapat mewujudkan rakyat yang sihat dan negara yang sejahtera.

B. Fahami situasi dan jawab soalan. 29 Mac

BANTUAN DAN SOKONGAN MORAL KEPADA PETUGAS BARISAN HADAPAN HOSPITAL KULIM

Kulim, 28 Mac - Sekolah Kebangsaan Seri Gigih memberikan bantuan dan sokongan moral kepada petugas barisan hadapan Hospital Kulim dengan menyumbangkan 100 kotak pelitup muka.

20

1. Berdasarkan keratan akhbar, mengapakah kita patut memberikan bantuan dan sokongan moral kepada petugas barisan hadapan? ___________________________ ___________________________ 2. Pada pendapat kamu, apakah bantuan lain yang patut diberikan kepada wira negara ini? Jelaskan. ___________________________ ___________________________

3

UNIT 3

UNIT

TANGGUNGJAWAB SEBAGAI WARGANEGARA

RA

NGS

ANGA

Maka kami, rakyat Malaysia, berikrar akan P E NIL A I A N menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN (Sumber: www.penerangan.gov.my, dicapai pada 5 September 2021)

21

N

UNIT 3 Unit 3

KITA ANAK MALAYSIA PE

KONSEP

NG A Y AAN

Baca dan fahami maklumat. Setiap warganegara Malaysia akan memiliki kad pengenalan diri untuk mengesahkan taraf kewarganegaraan. Kad pengenalan warganegara Malaysia dikenali sebagai MyKad. PE

M U LI H

PE

A N1

NGU

KUH

AN

Hai, kawan-kawan! Lihatlah MyKad yang telah saya terima semalam.

2 Saya juga sudah mempunyai MyKad.

3 Saya belum ada MyKad.

4 Wei Meng, jangan risau. Kamu boleh dapatkan MyKad apabila mencapai umur 12 tahun.

5 Tahukah kamu, terdapat banyak maklumat pada MyKad kita?

22

MyKad kali pertama perlu dibuat apabila mencapai umur 12 tahun. Walau bagaimanapun, permohonan MyKad tertakluk pada syarat-syarat yang ditetapkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Gantian MyKad wajib dibuat semasa berusia antara 18 tahun hingga 25 tahun. (Sumber: Jabatan Pendaftaran Negara)

UNIT 3 MAKLUMAT ASAS PADA MYKAD Kod Negeri Kelahiran Tarikh Lahir Status Kerakyatan

Nama

H O T N

Jantina

CO

Alamat

Sebagai pemilik MyKad, kita mesti melaksanakan tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia.

1

Berbakti kepada negara

4

Menunjukkan kesetiaan kepada raja dan negara

2

Mematuhi undang-undang

5

Menjauhi perlakuan jenayah

3

Menjaga alam sekitar

6

Mempertahankan maruah negara kita

Nyatakan cara kamu melaksanakan tanggungjawab sebagai warganegara. Apakah perasaan kamu apabila dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai warganegara?

3.1 3.2 3.4

Maklumat Permohonan MyKad 12 Tahun

• Minta murid melayari Internet untuk mencari maklumat tentang tanggungjawab sebagai warganegara. • Minta murid kongsikan maklumat yang diperoleh dengan rakan-rakan dan buat refleksi.

23

UNIT 3

PE

NGU

KUH

AN

NEGARAKU TANGGUNGJAWABKU

Fahami gambar dan maklumat. Kemajuan ekonomi dan sosial sesebuah negara bergantung pada keamanan dan keharmonian negara tersebut. Sebagai warganegara Malaysia, kita patut memahami kewajipan kita dan melaksanakan tanggungjawab untuk mencapai kecemerlangan negara.

Mematuhi Undang-undang demi Keselamatan Semua

Memelihara Khazanah Negara Mengekalkan Warisan Negara 24

Mengekalkan Keharmonian Simbol Perpaduan Negara

UNIT 3

Melestarikan Alam Sekitar Tanggungjawab Semua

Menerima Kepelbagaian Kaum demi Keamanan Negara

TANGGUNGJAWAB WARGANEGARA MALAYSIA Menjaga Imej Negara Tanggungjawab Kita

Pengabaian tanggungjawab sebagai warganegara Malaysia akan mengancam kestabilan negara kita. Oleh itu, setiap warganegara patut melaksanakan tanggungjawab dengan penuh komitmen demi tanah air tercinta. Apakah definisi warganegara? Bincangkan kesan pengabaian tanggungjawab sebagai warganegara. Simulasikan cara kamu melaksanakan tanggungjawab sebagai warganegara.

3.1 3.2 3.3 3.5

Hasilkan ungkapan tanda pagar (#) tentang tanggungjawab sebagai warganegara dan kongsi ungkapan dalam media sosial.

• Minta murid menyatakan perasaan selepas melakukan simulasi. • Minta murid mencari artikel tentang kepentingan tanggungjawab warganegara terhadap negara dan kongsi maklumat dengan rakan-rakan.

25

UNIT 3 Unit 3 PE

FIKIR SEBELUM KONGSI

NG A Y AAN

Lengkapkan peta minda. Sebagai warganegara Malaysia, kita patut memastikan kesahihan sesuatu maklumat sebelum disebarkan dalam media sosial. PE

Wah, N ada harimau NGU A H di Ulu Yam, Selangor! KU

Patutkah kamu sebarkan maklumat itu?

Tidak patut

Patut Mengapa?

Apakah yang akan berlaku?

Apakah perasaan kamu?

Apakah kesimpulannya? Portal SEBENARNYA.MY ialah pusat sehenti bagi rakyat Malaysia untuk menyemak kesahihan berita.

26

3.2 3.3 3.4

• Sediakan situasi lain supaya murid dapat menganalisis tindakan yang sepatutnya dilakukan oleh mereka. • Minta murid membentangkan peta minda yang telah dihasilkan.

UNIT 3

PE

NG A Y AAN

JAGA NAMA NEGARA TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Jalankan aktiviti perbahasan. Media sosial merupakan saluran komunikasi yang penting pada masa ini untuk berhubung antara satu sama lain. Kita boleh berkongsi maklumat dengan orang awam dalam bentuk teks, video atau gambar. Selain itu, media sosial menjadi salah satu saluran bagi warganegara menyuarakan PE pendapat mereka dengan bebas. NGU AN H KU

TAJUK PERBAHASAN Penggunaan media sosial dalam kalangan warganegara perlu ada batasannya. Tuan Pengerusi Majlis, barisan pembangkang dan para hadirin, selamat pagi dan salam sejahtera. Penggunaan media sosial perlu ada batasannya.

Senaraikan tanggungjawab kamu sebagai warganegara. Huraikan kesan pengabaian tanggungjawab sebagai warganegara. Nyatakan perasaan kamu apabila melaksanakan tanggungjawab sebagai warganegara. 3.2 3.3 3.4

• Beri murid masa selama 20 minit untuk menjanakan idea dan menyediakan teks yang berkaitan dengan tanggungjawab mereka sebagai warganegara. • Minta murid membuat refleksi selepas aktiviti perbahasan.

27

UNIT 3 Unit 3 PE

JAGA DIRI P ELINDUNGI NEGARA N AN

M U LI H A N

GUKUH

Mari bermain. Pandemik COVID-19 yang melanda Malaysia menyebabkan kebimbangan kepada rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia disarankan untuk mengamalkan kebiasaan baharu dalam kehidupan dan mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) untuk menangani penularan pandemik ini. Panduan Permainan 1. Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. 2. Pemain bergilir-gilir membaling pundi kacang ke arah kad bintang untuk menjawab soalan dan mengumpulkan bintang. 3. Pemain akan hilang giliran menjawab soalan jika pundi kacang tidak jatuh pada mana-mana kad bintang. 4. Kumpulan yang mendapat bintang paling banyak dianggap sebagai pemenang.

Bintang

Soalan Nyatakan tanggungjawab kamu mengamalkan kebiasaan baharu dalam kehidupan. Berikan contoh SOP yang perlu dipatuhi oleh warganegara yang bertanggungjawab. Apakah kepentingan mengamalkan kebiasaan baharu dalam kehidupan? Jika warganegara tidak mengamalkan kebiasaan baharu dalam kehidupan, apakah yang akan berlaku?

Ceritakan pengalaman kamu melaksanakan tanggungjawab sebagai warganegara apabila negara kita dilanda malapetaka.

28

3.2 3.3 3.5

• Sediakan situasi dan soalan lain jika perlu. • Aktiviti di atas boleh dijalankan dengan menggunakan peralatan lain yang bersesuaian.

UNIT 3

TANGGUNGJAWAB DILAKSANAKAN KEWAJIPAN PE N G UTERLAKSANA AN KUH

Unit 2 PE

M U LI H A N

Bincang dan lengkapkan jawapan.

Situasi 3

Situasi 1 Bercuti di luar negara atau di dalam negara?

Tindakan Bertanggungjawab Kami membuat keputusan untuk bercuti _________ Kesan Dapat meningkatkan ekonomi negara

Situasi 2

Tindakan Bertanggungjawab Saya melaporkan _________________ Kesan Dapat mengekalkan ketenteraman negara

Apakah perasaan kamu apabila dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai warganegara? Mengapakah kita patut mematuhi undang-undang yang ditetapkan oleh kerajaan?

3.2 3.3 3.4

BEG PLASTIK DAN POLISTIRENA

Tindakan Bertanggungjawab Saya membawa bekas makanan ketika membeli makanan di kedai. Kesan Dapat menjaga _________________

Jika kita mengabaikan tanggungjawab sebagai warganegara, ______________________ ______________________

• Minta murid melakonkan situasi yang diberikan. • Guru boleh mencadangkan situasi lain untuk aktiviti murid.

29

UNIT 3

MARI UJI DIRI PEN

IL A I A N

PE

M U LI H

AN

PE

NGU

KUH

AN

A. Nyatakan cara kamu melaksanakan tanggungjawab sebagai warganegara berdasarkan penyataan yang diberikan. 1. Mengamalkan gaya hidup lestari 2. Mematuhi undang-undang negara 3. Mempertahankan maruah negara 4. Meningkatkan ekonomi negara

B. Teliti poster dan jawab soalan. 1. Apakah E-waste yang dimaksudkan dalam poster? 2. Sebagai warganegara Malaysia, bagaimanakah kamu menyahut Kempen E-waste? 3. Jika kamu tidak menyokong Kempen E-waste, apakah yang akan terjadi? 4. Nyatakan kempen-kempen yang pernah kamu sertai untuk menunjukkan tanggungjawab sebagai warganegara.

30

E-waste

4

UNIT

HARGAI KEUNIKAN NEGARA

RA

NGS

PEN

ANGA

IL A I A N

31 31

N

UNIT 4 Unit 3 KONSEP

HAYATI KEUNIKAN NEGARA PE AN N GAYA

Fahami maklumat. Malaysia sebuah negara yang unik. Penduduknya yang terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik mempunyai budaya dan adat resam. Malaysia juga kaya dengan khazanah flora dan fauna. Antara keunikan Malaysia adalah seperti yang berikut: PE N

PE

M U LI H A N

NGU

KUH

A

PERSEMBAHAN BORIA Cara Menghargai • Menyertai kumpulan boria di kawasan setempat Kepentingan • Memelihara persembahan kesenian yang unik

BANGUNAN STADTHUYS Cara Menghargai • Memperkenalkan keunikan Bangunan Stadthuys kepada rakan-rakan dari negeri lain atau luar negara Kepentingan • Mengekalkan bangunan yang bersejarah sebagai warisan

32

UNIT 4 PERMAINAN WAU Cara Menghargai • Mempelajari cara membuat dan bermain wau Kepentingan • Mengekalkan kesenian membuat wau yang unik

BUNGA PAKMA Cara Menghargai • Tidak menyentuh bunga ini dan hanya melihat dari jauh Kepentingan • Menjaga khazanah alam seperti flora daripada ancaman manusia

BURUNG KENYALANG Cara Menghargai • Tidak memburu burung kenyalang kerana haiwan ini dilindungi sepenuhnya Kepentingan • Melindungi khazanah alam seperti fauna daripada pupus

Nyatakan perasaan kamu apabila dapat mengamalkan sikap menghargai keunikan negara. Ceritakan pengalaman kamu dalam usaha menghargai keunikan negara. 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5

• Bimbing murid memahami maklumat. • Minta murid menyatakan keunikan negeri-negeri yang lain. • Minta murid mencari foto keunikan negara dan pamerkan di sudut Pendidikan Moral.

33

UNIT 4

PE

NGU

KUH

AN

KEUNIKAN BABA DAN NYONYA

Baca dan fahami cerita. Pada cuti sekolah yang lepas, Ah Leng sekeluarga ke Melaka. Mereka melawat ke Muzium Baba dan Nyonya. Mereka melihat pelbagai kebudayaan dan keunikan Baba dan Nyonya di situ. Di dalam muzium itu, ada pelbagai hiasan rumah yang cantik dan unik.

Ah Leng membaca informasi tentang perkahwinan Baba dan Nyonya. Keturunan Baba dan Nyonya telah wujud di Melaka sejak beberapa ratus tahun yang lalu. Etnik ini wujud hasil daripada perkahwinan antara pedagang Cina dengan masyarakat tempatan pada ketika itu. Kumpulan etnik minoriti ini memiliki dua budaya warisan, iaitu tradisi Cina dan pada masa yang sama mengamalkan ciri budaya hidup masyarakat Melayu. Pakaian tradisional golongan nyonya pada zaman dahulu ialah baju panjang dan kain sarung. Mereka memakai kerongsang sebagai hiasan pada baju. Mereka juga memakai kasut yang dihiasi manik. 34 34

UNIT 4

Tarian Baba Nyonya

Di Muzium Baba dan Nyonya, Ah Leng juga mendapat maklumat mengenai seni tari yang digemari oleh mereka. Antaranya Joget Trila-trila, Tarian Bimpo dan Tarian Bakul Sia. Mereka selalu mendendangkan lagu Dondang Sayang dengan berbalas-balas pantun secara spontan dalam majlis keramaian. Setelah penat melawat ke muzium, keluarga Ah Leng singgah di restoran Baba dan Nyonya untuk menikmati makanan yang lazat. Makanan Baba dan Nyonya yang sangat popular ialah ayam pongteh dan ayam buah keluak. Mereka juga menikmati kuih-muih tradisional Baba dan Nyonya yang enak. Keluarga Ah Leng amat menghargai warisan budaya Baba dan Nyonya. Ayam pongteh Mereka berasa bangga dan gembira kerana dapat mengetahui budaya kehidupan masyarakat Baba dan Nyonya di Melaka. Kuih-muih (Sumber: Persatuan Peranakan Baba Nyonya Malaysia)

Senaraikan keunikan Baba dan Nyonya selain yang terdapat dalam cerita. Terangkan cara kamu menghargai keunikan negara. Keunikan negara perlu dikekalkan dan dihargai oleh kita. Bincangkan.

4.1 4.2 4.3

Ayam buah keluak

• Minta murid mengenal pasti keunikan pelbagai kaum di Malaysia dengan melayari Internet. • Minta murid menghasilkan peta minda keunikan pelbagai kaum di Malaysia dan bentangkan.

35

UNIT 4 Unit 3 PE

NG A Y AAN

MASYARAKAT MALAYSIA MASYARAKAT YANG UNIK

Lengkapkan jawapan dan bentangkan. Negara kita mempunyai keunikan dari aspek kebudayaan masyarakat. Keunikan kebudayaan masyarakat Malaysia ini perlu dihargai dan diiktiraf. Berdasarkan penyataan ini, senaraikan keunikan mengikut kategori yang Pdiberikan secara N berkumpulan. EN

GUKUHA

Pakaian

KEUNIKAN KEBUDAYAAN MASYARAKAT MALAYSIA Makanan

a





Keunikan makanan

Keunikan pakaian

1

• •

• •

Bahasa

Tarian





Keunikan bahasa

3

2

Keunikan tarian



4

• •

• a

Bagaimanakah kamu menunjukkan cara berterima kasih mengenai keunikan negara? Jelaskan kepentingan amalan menghargai keunikan warisan kebudayaan di Malaysia. Huraikan perasaan kamu apabila dapat menghargai keunikan negara.

36

4.1 4.2 4.3 4.4

• Bimbing murid menghasilkan peta minda keunikan negara yang lain dan bentangkan. • Jalankan aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21 (Jalan Galeri).

UNIT 4

PE

KEUNIKAN PEMERINTAHAN NEGARA KITA

NG A Y AAN

Teliti penyataan dan bincangkan secara berkumpulan. Sistem raja berperlembagaan merupakan salah satu keunikan di negara kita. Sebagai rakyat, kita harus menghormati dan menghargai sistem raja berperlembagaan di Malaysia. PE

NGU

KUH

AN

RAJA BERPERLEMBAGAAN Yang di-Pertuan Agong merupakan institusi bebas yang melambangkan keyakinan rakyat terhadap sistem pemerintahan demokrasi. Seri Paduka Baginda secara simbolik berperanan sebagai tonggak kepada simbol perpaduan melangkaui kaum. Institusi ini mempunyai kedudukan istimewa seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. (Sumber: Buku Raja dan Rakyat Berpisah Tiada, 2017)

Cara Menghargai Sistem Raja Berperlembagaan

Kepentingan Amalan Menghargai Sistem Raja Berperlembagaan

(a)

(a)

(b)

(b)

Jelaskan perasaan kamu apabila menghargai sistem raja berperlembagaan. Keunikan sistem raja berperlembagaan menjadi lambang perpaduan negara kita. Bincangkan. 4.1 4.2 4.3 4.4

• Bimbing murid menjalankan aktiviti perbincangan dan bentangkan. • Minta murid mencari maklumat tentang keunikan raja-raja Melayu dari aspek persalinan.

37

UNIT 4 Unit 3 PE

KEUNIKAN MEMBUAT P ESARUNG KETUPAT N AN

M U LI H A N

GUKUH

Mari belajar membuat sarung ketupat.

1 Bahan

Daun kelapa muda

Lilitkan daun kelapa muda tiga kali pada tangan kiri dan kanan.

2 3

Masukkan daun kelapa muda dari kanan ke bahagian bawah daun kiri. 38

Masukkan daun kelapa muda dari kanan secara berselang-seli pada bahagian atas dan bawah.

UNIT 4 4

5

Masukkan daun kelapa muda secara berselang-seli sehingga membentuk sarung ketupat.

Tarik dan ketatkan daun kelapa muda sehingga berbentuk sarung ketupat.

6

Hidangan ketupat dengan serondeng. Sarung ketupat yang telah siap. Bagaimanakah kamu dapat menghargai keunikan makanan tradisi yang terdapat di negara kita? Nyatakan kepentingan menghargai keunikan makanan tradisi rakyat Malaysia. 4.1 4.2 4.3 4.5

• Bimbing murid semasa membuat sarung ketupat. • Bantu murid mencari maklumat untuk menghasilkan buku skrap mengenai keunikan makanan di Malaysia.

Cara Membuat Sarung Ketupat

39

UNIT 4

MARI UJI DIRI PEN

PE

IL A I A N

M U LI H

PE

AN

NGU

KUH

AN

Lengkapkan teka silang kata. PEMBAYANG

Melintang

3. ___________ penting dalam sesebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum. 6. ___________ budaya dan bahasa melambangkan keunikan masyarakat Malaysia. 8. Setiap kaum di Malaysia mempunyai sambutan ___________ yang tersendiri. 9. Negara luar akan berasa ___________ dengan keunikan negara kita yang pelbagai. 10. Khazanah flora dan fauna merupakan ___________ yang terdapat di Malaysia. Menegak

1. 2. 4. 5. 7.

Masyarakat Malaysia yang unik hidup dalam suasana yang ___________. Amalan kunjung-mengunjungi semasa perayaan menjadi ___________ di Malaysia. Rakyat Malaysia harus menerima keunikan negara ini dengan hati yang __________. Persefahaman antara masyarakat dapat membentuk negara yang ___________. Saya berasa ____________ apabila dapat menghargai keunikan negara sendiri. 1

3

4

H

P

2

U

T 5

A Y

6

K

P

A I 7

8

P

R

9

10

40

K

B

U

K

G

K

5

UNIT 5

UNIT

AMALAN HEMAH TINGGI MENINGKATKAN IMEJ NEGARA

RA

NGS

PEN

ANGA

IL A I A N

41

N

UNIT 5

KONSEP

SIKAP BERHEMAH DISANJUNG PNEGARA EN AN GAYA

Baca dan hayati maklumat. Amalan hemah tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia dapat membentuk imej baik negara. Rakyat Malaysia dapat meningkatkan imej baik negara dengan pelbagai cara. PE

P E MENGAMALKAN CONTOH DAN CARA SIKAP HEMAH TINGGI NGU AN N H M U LI H A U K DEMI MENINGKATKAN IMEJ NEGARA 1

Contoh tutur kata

• Menggunakan tutur kata yang baik dan sopan dalam pergaulan dan kehidupan harian

Cara tutur kata • Menggunakan bahasa yang sopan tanpa menyinggung perasaan orang lain Contoh pemikiran

2

• Mempunyai pemikiran yang baik dan positif dalam pergaulan serta kehidupan harian

Cara pemikiran • Bersangka baik terhadap semua orang dalam pergaulan harian

42

3

Contoh perlakuan • Berkelakuan baik dan sopan dalam pergaulan dan kehidupan harian

Cara perlakuan • Bergaul mesra dan memberikan layanan yang baik tanpa mengira agama dan kaum

1

Memastikan Malaysia sentiasa dihormati dan dipandang tinggi oleh negara lain

6

KEPENTINGAN MENGAMALKAN SIKAP HEMAH TINGGI DEMI MENINGKATKAN IMEJ NEGARA

Mengekalkan perpaduan dan keharmonian antara kaum

2

Menjaga dan meningkatkan imej negara yang baik

Meningkatkan ekonomi negara kita

5

UNIT 5

4

3

Mewujudkan kemesraan dalam kalangan rakyat

Memberikan tanggapan yang baik kepada imej negara kita

Berikan contoh amalan hemah tinggi kamu untuk meningkatkan imej negara. Terangkan perasaan kamu apabila dapat mengamalkan adab sopan dan berbudi pekerti mulia dengan rakyat Malaysia.

5.1 5.2 5.3 5.4

• Galakkan murid mencari maklumat lain tentang amalan hemah tinggi yang meningkatkan imej negara dan kongsi maklumat itu di kelas.

43

UNIT 5

PE

NGU

KUH

AN

BUDAYA SOPAN JADIKAN AMALAN

Baca dan hayati dialog. Sathish sentiasa beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam kehidupan harian. Amalan Sathish ini meningkatkan imej negara. Saya mahu merakamkan gambar pemandangan laut. Bolehkah puan ke tepi?

Baiklah, adik.

Terima kasih, encik.

Bagus, adik. Pertuturan kamu sangat sopan. Kesopanan kamu dapat meningkatkan imej rakyat Malaysia.

Mohon maaf, puan. Bolehkah ibu saya duduk di sini? Terima kasih, puan Boleh. Silakan duduk.

44

UNIT 5 Saya mohon maaf, puan. Kita tidak boleh memakai kasut di dalam kuil. Ini merupakan salah satu peraturan di kuil. Puan boleh letakkan kasut di rak yang disediakan.

Terima kasih, adik. Kami tidak perasan papan tanda itu. Kami akan menanggalkan kasut.

Terima kasih, adik. Tutur kata kamu sungguh sopan dan lemah lembut. Rakyat Malaysia memang berbudi pekerti mulia.

Selamat pagi, adik. Baju yang kamu pakai ini sopan dan kemas.

Selamat pagi, puan. Terima kasih. Kita patut menjaga penampilan dan berpakaian sopan di tempat awam.

Betul, adik. Amalan kamu sangat terpuji.

Bagaimanakah kamu mengamalkan sikap hemah tinggi demi meningkatkan imej negara? Mengapakah kamu patut berhemah tinggi untuk menjaga nama baik negara kita? Ceritakan pengalaman kamu mengamalkan sikap hemah tinggi demi meningkatkan imej negara. 5.1 5.2 5.3 5.5

• Bimbing murid melakonkan sikap hemah tinggi mereka dalam pelbagai situasi. • Minta murid menghasilkan sepanduk bertemakan amalan hemah tinggi. Pamerkan sepanduk di sudut Pendidikan Moral.

45

UNIT 5

PE

NG A Y AAN

PERSONALITI TERBAIK TINGKAH LAKU TERPUJI

Mari bermain. Panduan Permainan 1. Murid membentuk kumpulan. diberi sampul berisi potongan gambar. P E 2. Setiap kumpulan N N G3. A U KKetua U H kumpulan perlu menutup mata dan mencantumkan gambar mengikut arahan ahli kumpulannya. 4. Kumpulan yang berjaya mencantumkan gambar boleh menuju ke destinasi mengikut gambar yang dicantumkan. 5. Kumpulan perlu mencipta dialog dan melakonkan amalan hemah tinggi mengikut situasi di destinasi. 6. Selepas berlakon, setiap kumpulan akan diberi pelekat bintang oleh guru berdasarkan lakonan. 7. Kumpulan yang menerima paling banyak pelekat bintang ialah pemenang. SITUASI 1

Kamu menghadiri Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi. Terdapat banyak pelancong semasa kamu dan rakan-rakan mahu membeli tiket. Apakah tindakan kamu? SITUASI 2

Kamu mengikut ibu ke hospital. Kamu mendapati dua orang pekerja asing sedang gelisah mencari sesuatu. Kamu menghampiri mereka. Apakah tindakan kamu? SITUASI 3

Kamu dan keluarga ke Litar Formula 1 untuk menyaksikan acara lumba kereta. Selepas acara itu berakhir, kamu mendapati banyak plastik makanan dan minuman di bangku penonton. Apakah tindakan kamu? 46

UNIT 5

Destinasi 1

SITUASI 1

Destinasi 3

Destinasi 2

SITUASI 2

SITUASI 3

Mengapakah amalan hemah tinggi sangat penting dalam setiap situasi yang diberikan? Amalan hemah tinggi menjadikan Malaysia terkenal pada peringkat dunia. Bincangkan.

5.1 5.2 5.3 5.5

• Sediakan gambar dan replika destinasi mengikut kreativiti. • Guru boleh menyediakan situasi lain untuk aktiviti ini.

47

UNIT 5

PE

M U LI H A N

INSAN BERBUDI PEKERTI P EINSAN DIHORMATI N AN GUKUH

Hayati berita dan lakukan aktiviti.

Pemain bola sepak bawah 15 tahun yang mewakili Malaysia ke Kejuaraan AFF B-16 anjuran Persatuan Bola Sepak Asean di Kemboja mendapat perhatian kerana sikap hemah tinggi mereka. Bilik persalinan dibersihkan selepas perlawanan tamat. Sebelum meninggalkan stadium, mereka bersalaman dengan pasukan lawan. Mereka mengucapkan terima kasih kepada pegawai negara lain. Mereka telah mendapat pujian daripada pihak penganjur. Tahniah diucapkan kerana mengharumkan nama baik Malaysia. (Sumber: Dipetik dan diubah suai daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia)

Jika kamu ialah pemain pasukan bola sepak ini, jelaskan perasaan kamu apabila mengamalkan tingkah laku yang sopan.

48

5.1 5.2 5.4

Isi 1: • Membersihkan bilik persalinan Isi 2: • Bersalaman dengan pasukan lawan selepas perlawanan Isi 3: • Mengucapkan terima kasih kepada pegawai

Tulis sebuah teks berita.

• Bimbing murid menulis teks berita berdasarkan isi-isi yang diberikan. • Minta murid bercerita tentang amalan hemah tinggi lain yang dapat menjaga imej negara.

UNIT 5

PE

M U LI H A N

BERHEMAH TINGGI PE DEMI NEGARA N AN GUKUH

Hayati lagu dan lengkapkan jawapan.

Berhemah Tinggi demi Negara

Cara Berhemah Tinggi demi Meningkatkan Imej Negara

Berhemah tinggi demi negara Pegangan hidup sepanjang masa Imej negara patut dijaga Sopan santun budaya semua Tingkah laku cerminan diri Perbuatan baik patut contohi Sikap bermoral menjadi pedoman Rakyat sopan negara gemilang Tutur kata patut dikawal Kata disusun elak sengketa Terlajak kata membawa padah Amalan mesra kita berasa bangga Hemah tinggi, pertuturan mulia Hemah tinggi, tingkah laku yang sopan Hemah tinggi, dipandang mulia Dihormati, disegani semua

Apakah perasaan kamu apabila mengamalkan sikap hemah tinggi demi meningkatkan imej negara?

Hemah tinggi, berpakaian sopan Hemah tinggi, bersikap peramah Hemah tinggi, berbudi pekerti Meningkatkan imej negara kita. Lagu Berhemah Tinggi demi Negara

5.1 5.2 5.3 5.4

• Bimbing murid menyanyikan lagu mengikut irama lagu Keranamu Malaysia. • Galakkan murid merakamkan lagu ini dan memuat naik dalam media sosial.

49

UNIT 5

MARI UJI DIRI PEN

IL A I A N

PE

M U LI H

PE

AN

NGU

KUH

AN

Hayati situasi dan hasilkan dialog. 1. Ayah kamu menghadiri persidangan ekonomi di Singapura. Kamu dan ibu mengikut ayah. Tunjukkan amalan hemah tinggi kamu sepanjang perjalanan dan ketika berada di sana. (a) Situasi di dalam kapal terbang.

Baiklah, adik. Jika jus oren sudah habis, saya akan berikan jus epal.

2. Wajarkah kamu bersikap hemah (b) Situasi di dalam tinggi dalam situasi? Berikan bilik hotel. alasan kamu. ___________________________ 3. Patutkah kamu bersikap hemah tinggi terhadap individu yang bertutur secara kurang sopan? Jelaskan jawapan kamu. ___________________________

50

Selamat petang. Baiklah, saya akan minta juruteknik hotel memeriksa televisyen sekarang juga.

6

UNIT

HORMATI IDENTITI NEGARA

RA

NGS

PEN

ANGA

IL A I A N

51 51

N

UNIT 6 Unit 3 KONSEP

IDENTITI NEGARA KITA P EKEBANGGAAN AN N GAYA

Baca dan fahami infografik.

A

Malaysia merupakan sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. Negara kita mempunyai lambang yang mencerminkan identiti negara. Kita patut menghormati identiti negara untuk memperkukuh semangat diri rakyat Malaysia.P E N N Pjati E M U LI H A N G ITUIKNUEG HA T AR EN D I Jata Negara

Bendera Kebangsaan

Bahasa Kebangsaan

Bunga Kebangsaan

Rukun Negara

RUKUN NEGARA Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-undang Kesopanan dan Kesusilaan

Parlimen Malaysia

Murid-murid, nyanyikan lagu Jalur Gemilang dengan penuh bersemangat sambil mengibarkan Jalur Gemilang. 52

Lagu Jalur Gemilang

UNIT 6 Cara Menghormati

RUKUN NEGARA Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-undang Kesopanan dan Kesusilaan

Kepentingan

Memahami dan menghayati maksud Jata Negara

Mewujudkan perasaan bangga akan negara

Memasang Jalur Gemilang dengan betulnya

Memupuk semangat patriotik

Menggunakan bahasa Melayu dengan betulnya

Menyatupadukan rakyat yang pelbagai kaum

Menggunakan simbol bunga raya sebagai hiasan dalam majlis rasmi

Meningkatkan imej negara

Mengamalkan prinsip Rukun Negara sebagai panduan dalam kehidupan

Mengukuhkan perpaduan negara kita

Mematuhi undang-undang dan Mengekalkan keamanan dan amalan demokrasi negara kemakmuran negara

Nyatakan kepentingan lain menghormati identiti negara dalam bentuk peta minda. Jelaskan perasaan kamu apabila dapat menghormati identiti negara.

6.1 6.2 6.3 6.4 6.5

• Minta murid mencari maklumat tentang tatacara penggunaan Jalur Gemilang. • Minta murid mencari maklumat identiti negara dan mengadakan pameran identiti negara.

53

UNIT 6

PE

NGU

KUH

AN

MEGAH BERKIBAR JALUR GEMILANG

Baca dan fahami gambar. Jalur Gemilang ialah nama bendera kebangsaan Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia, kita hendaklah mengibarkan dan menghormati Jalur Gemilang yang menjadi identiti negara.

Rakyat Malaysia mengibarkan Jalur Gemilang semasa bulan kemerdekaan di kediaman mereka.

Rakyat Malaysia berdiri tegak dan memandang ke arah Jalur Gemilang semasa menyanyikan lagu Negaraku. 54

UNIT 6

Jalur Gemilang yang terjatuh patut dikutip dengan segeranya bagi mengelakkannya daripada terpijak.

Jalur Gemilang yang semakin pudar warnanya atau sudah koyak perlu digantikan dengan Jalur Gemilang yang baharu.

Jelaskan cara menghormati identiti Malaysia yang lain. Apakah perasaan kamu apabila menghormati identiti negara? Terangkan. “Hormati Identiti Negara, Maruah Negara Terpelihara”. Bincangkan.

6.1 6.2 6.3 6.4

Tatacara Penggunaan Jalur Gemilang

• Imbas kod QR pada halaman ini. • Bincangkan tatacara penggunaan Jalur Gemilang secara berkumpulan dan kaitkannya dengan nilai hormat. • Minta wakil kumpulan bentangkan hasil perbincangan.

55

UNIT 6

PE

NG A Y AAN

HORMATI IDENTITI NEGARA KEWAJIPAN KITA

Jalankan aktiviti perbincangan dan hasilkan peta minda. Kita patut menghormati identiti negara sebagai tanda cinta akan negara. Adakah kamu dapat menjelaskan identiti negara dan menunjukkan cara penghormatan terhadapnya? Jalankan aktiviti ini.

PE

NGU

AN

KUH Panduan Aktiviti

1. Murid membentuk beberapa kumpulan mengikut kesesuaian. 2. Murid mencari maklumat tentang identiti negara melalui pelbagai media yang sahih. 3. Murid berbincang untuk melengkapkan borang. 4. Murid membentangkan hasil perbincangan secara kreatif.

Borang Perbincangan

1. Namakan identiti negara di atas. 2. Di manakah kamu pernah melihat identiti negara ini? 3. Mengapakah identiti negara ini berada di bangunan rasmi kerajaan? 4. Senaraikan cara kamu menghormati identiti negara ini. (a) (b)

MyGovernment

Lakonkan cara kamu menghormati identiti negara secara berkumpulan.

56

6.1 6.2 6.3 6.4 6.5

5. Apabila kamu menghormati identiti negara, apakah perasaan kamu? Berikan ulasan.

• Bimbing murid mencari maklumat berdasarkan identiti negara yang dipilih oleh mereka. • Bimbing murid menghasilkan peta minda identiti negara yang dipilih. • Minta murid membuat refleksi selepas melakukan pembentangan.

UNIT 6

PE

NG A Y AAN

SEMARAKKAN IDENTITI NEGARA

Jalankan projek secara berkumpulan. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menganjurkan pertandingan reka cipta dengan menggunakan bahan terpakai bersempena dengan Kempen Hormati Identiti Negara. Kamu dan rakan-rakan ingin menyertai Ppertandingan Ntersebut. Bincangkan identiti negara yang hendak dihasilkan EN GUKUHA dan cipta replika tersebut secara berkumpulan. Contoh replika Bangunan Parlimen Malaysia.

Contoh bahan yang diperlukan.

Senaraikan contoh identiti Malaysia yang lain. Ceritakan pengalaman kamu menghormati identiti negara. Pada pendapat kamu, sejauh manakah amalan menghormati identiti negara memberikan impak kepada kesejahteraan negara?

6.1 6.2 6.3 6.5

Pamerkan replika identiti negara yang dihasilkan dan terangkan cara kamu menghormati identiti negara tersebut.

• Bimbing murid menghasilkan replika mengikut kreativiti masing-masing. • Pamerkan hasil ciptaan murid di sudut Pendidikan Moral.

57

UNIT 6

PE

IDENTITI NEGARA PE PEMBENTUKAN JATI DIRI N AN

M U LI H A N

GUKUH

Lengkapkan jadual dan hasilkan kotak ajaib identiti negara. Bincangkan tentang identiti negara dan kepentingan menghormati identiti negara. Kemudian, hasilkan kotak ajaib identiti negara.

1. Bunga Raya

Kepentingan Menghormati Identiti Negara 1. Menjaga maruah negara

2.

2.

3.

3.

Identiti Negara

Bahan dan Peralatan Kad warna berukuran 54 cm x 27 cm

Kertas warna

Kertas warna berukuran 8 cm x 8 cm

Kertas warna berukuran 15.5 cm x 15.5 cm

8 cm

1

Pen penanda

Pembaris

Gam Gunting

Gambar identiti negara

27 cm

2

9 cm 9 cm

8 cm

54 cm

58

Tulis kepentingan dan tampal gambar identiti negara.

Potong dan lipat kad berwarna ungu.

UNIT 6 4

3

15.5 cm

15.5 cm

Tampal gambar, lukis dan hias.

5

Potong dan lipat kertas berwarna merah jambu. 6

Lekatkan penjuru kertas yang dipotong untuk membentuk penutup.

Tampalkan tajuk pada penutup kotak identiti.

7 Bagaimanakah kamu menghormati identiti negara kita?

Cara Melipat dan Membuka Kotak

Lipat rangka kotak dan tutup dengan penutup. Hadiahkan kotak ajaib identiti negara kepada rakan-rakan kamu.

6.1 6.2 6.3

• Bimbing dan pantau keselamatan murid semasa menjalankan aktiviti. • Minta murid menjelaskan maklumat pada kotak ajaib identiti negara kepada rakan-rakan di sekolah untuk menerapkan nilai menghormati identiti negara.

59

UNIT 6

MARI UJI DIRI PEN

PE

IL A I A N

M U LI H

AN

PE

NGU

KUH

AN

A. Kenal pasti identiti negara dan lengkapkan tempat kosong.

(a) Nama identiti negara: (b) Cara menghormati: (c) Kepentingan menghormati:

RUKUN NEGARA Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang-undang Kesopanan dan Kesusilaan

Negaraku Tanah tumpahnya darahku Rakyat hidup bersatu dan maju Rahmat bahagia Tuhan kurniakan Raja kita selamat bertakhta Rahmat bahagia Tuhan kurniakan Raja kita selamat bertakhta

(a) Nama identiti negara: (b) Cara menghormati: (c) Kepentingan menghormati:

(a) Nama identiti negara: (b) Cara menghormati: (c) Kepentingan menghormati:

(a) Nama identiti negara: (b) Cara menghormati: (c) Kepentingan menghormati:

B. Tulis refleksi kamu setelah mempelajari identiti negara.

60

7

UNIT

CINTA AKAN NEGARA

RA

NGS

PEN

ANGA

IL A I A N

61

N

UNIT Unit 3 KONSEP

SEBARKAN SEMANGAT CINTA AKAN NEGARA PE AN N GAYA

Baca dan fahami perbualan dalam laman sosial. Cari

PE

M U LI H A N

BahPAtai

N E 2 jam N G U K U H A

Pengalaman membuat sepanduk untuk menyertai perarakan Hari Kebangsaan. #cintailahnegarakita #banggajadirakyatMalaysia

Syafa dan 345 yang lain suka

9 komen

komen

kongsi

Mereka membuat sepanduk. Kita patut mencontohi amalan mereka. 1 jam lepas

suka

Wah, terbaik! Inilah cara menaikkan semangat cinta akan negara. 50 minit lepas

suka

40 minit lepas

suka

1

balas

Baru-baru ini, kami membuat penanda buku yang tertulis kata-kata cinta akan negara. Kemudian, kami mengedarkan penanda buku kepada orang ramai. 62

4

balas

balas

1

UNIT

Ya, semangat cinta akan negara seperti ini patut dipupuk dan disemaikan sejak kecil. 1 30 minit lepas

suka

balas

Kami pula melawat ke Muzium Tentera Darat di Port Dickson. Semangat cinta akan negara semakin berkobar-kobar dalam diri kami. 20 minit lepas

suka

Setuju. Kita juga perlu menghargai tokoh negara yang berbakti kepada negara. Jasa mereka patut kita kenang. 15 minit lepas

suka

suka

suka

6

balas

Ekonomi negara juga akan terjejas. Rakyat akan menghadapi kesusahan. 5 minit lepas

1

balas

Betul. Kalau kita tiada perasaan cinta akan negara, keadaan negara menjadi huru-hara. 10 minit lepas

1

balas

1

balas

Oleh itu, marilah kita pupuk amalan cinta akan negara. 1 3 minit lepas

suka

balas

Nyatakan cara lain kamu memupuk amalan cinta akan negara. Ramalkan kesan sekiranya kamu tidak mengamalkan sikap cinta akan negara. Jelaskan perasaan kamu setelah mengamalkan sikap cinta akan negara.

7.1 7.2 7.3 7.4

• Bimbing murid memahami isi kandungan perbualan dalam laman sosial. • Jalankan aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21 (Main Peranan).

63

UNIT

PE

NGU

KUH

AN

MALAYSIA NEGARAKU TERCINTA TERCINTA

Deklamasi sajak dan hayati maksudnya. Pertandingan Deklamasi Sajak Peringkat Kebangsaan diadakan bersempena dengan sambutan Hari Malaysia. Tema sajak ialah Malaysia Negaraku Tercinta. Melissa mengambil bahagian dalam pertandingan itu. PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK PERINGKAT KEBANGSAAN BERSEMPENA DENGAN HARI MALAYSIA

64

UNIT

Malaysia Negaraku Tercinta Malaysia negaraku tercinta Tanah air kemegahanku Dari sanubari lahirnya perasaan cinta Setia kepada raja dan negara. Negaraku kaya flora dan fauna Alam semula jadinya terpelihara Marilah semua rakyat Malaysia Kita cintai khazanah negara. Kebersihan kawasan perlu dijaga Agar terserlah keindahan negara Negara aman rakyat sejahtera Kekalkan kedamaian negara ini. Ekonomi negara bersama-sama dijana Belilah barangan buatan Malaysia Setanding jenama kualiti terjamin Sokongan rakyat demi negara. Jangan diabaikan cinta akan negara Kelak tiada perpaduan antara kita Menjadi punca rakyat bersengketa Dipandang rendah maruah kita. Seruan buat rakyat Malaysia Jangan lalai jangan lupa Wujud kesedaran kepada semua Cintailah negara kebanggaan kita. Sajak Malaysia Negaraku Tercinta

Berdasarkan sajak: (a) Senaraikan contoh amalan cinta akan negara. (b) Ramalkan kesan pengabaian sikap cinta akan negara kita. (c) Jelaskan penghayatan perasaan cinta akan negara kamu. 7.1 7.2 7.3 7.4 7.5

Cipta sajak bertemakan cinta akan negara. Terbitkan dalam majalah sekolah kamu.

• Bimbing murid mendeklamasi sajak mengikut intonasi yang betul. • Minta murid membincangkan maksud sajak secara berkumpulan dan bentangkan.

65

UNIT Unit 3 PE

KENALI SEJARAH CINTAI NEGARA

NG A Y AAN

Kenali tempat bersejarah dan lengkapkan kad tugasan. Pernahkah kamu melawat ke tempat-tempat bersejarah di negara kita? Kenali tempat bersejarah dan lengkapkan kad tugasan yang diberikan secara berkumpulan. Projek ini bertujuan untuk memupuk semangat cinta negara Ndan menghayati sejarah negara kita. Pakan E NGU

KUH

A

Lembah Bujang

Muzium Matang

Perigi Hang Li Po

Bukit Malawati

Kad Tugasan Projek Kenali Tempat Bersejarah Nama tempat: Keistimewaan: Cara kamu memupuk semangat cinta akan tempat yang dikaji: 66

UNIT Lengkapkan kesan pengabaian cinta akan tempat bersejarah berdasarkan kad tugasan yang diberikan. Kemudian, bentangkan hasil tersebut.

KESAN PENGABAIAN CINTA AKAN TEMPAT BERSEJARAH

Tulis satu catatan refleksi tentang sikap cinta akan negara melalui projek yang telah kamu jalankan. Catatan tersebut mestilah mengandungi perkara yang berikut: (a) Contoh amalan. (b) Cara memupuk. (c) Kepentingan amalan. (d) Kesan pengabaian. 7.1 7.2 7.3 7.5

Ceritakan pengalaman kamu melawat ke tempat bersejarah.

• Bimbing murid melengkapkan kad tugasan secara berkumpulan. • Bimbing murid membuat catatan refleksi. • Murid boleh memilih tempat bersejarah yang pernah dilawati oleh mereka untuk melakukan aktiviti.

67

UNIT

PE

M U LI H A N

BUKTIKAN KITA CINTA P E AKANN NEGARA N A GUKUH

Hasilkan e-poster dengan menggunakan slaid persembahan. Hari Kebangsaan bakal tiba. Oleh itu, hasilkan e-poster untuk menunjukkan perasaan cinta akan negara.

1

2

Cari gambar bertemakan Malaysia.

Buka perisian slaid persembahan.

3

4

Pilih dan masukkan gambar.

Taip slogan yang kreatif.

Kongsi perasaan kamu setelah menghasilkan e-poster. Bincangkan cara lain untuk memupuk amalan cinta akan negara.

5

Hias e-poster mengikut kreativiti.

68

7.1 7.2 7.3 7.5

• Bimbing murid menghasilkan e-poster. • Galakkan murid memuat naik e-poster dalam media sosial.

UNIT

PE

M U LI H A N

KEMPEN AMALAN HIJAU PE DEMI NEGARA TERCINTA N AN GUKUH

Lengkapkan teks dan bentangkan. Sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai semangat cinta akan negara, apakah yang harus kamu lakukan dalam Kempen Amalan Hijau?

Kelab Bumi Hijau... Kugan, Sing Bee Khim, A...

Kerajaan telah melancarkan Kempen Amalan Hijau. Sebagai rakyat Malaysia yang cinta akan negara, kita patut memberikan sokongan pada kempen ini. 4:58 petang

Mari kawan-kawan, kita sertai kempen ini. 5:00 petang

Ekspresikan perasaan kamu setelah menyahut seruan kerajaan dalam Kempen Amalan Hijau.

Tindakan saya ialah 5:10 petang

Sekiranya kita tidak menjalankan kempen ini, 5:20 petang

Ceritakan pengalaman kamu mengamalkan sikap cinta akan negara kita. 7.2 7.3 7.4 7.5

Taip mesej

• Minta murid melayari Internet untuk mencari maklumat yang berkaitan dengan Kempen Amalan Hijau.

69

UNIT

MARI UJI DIRI PEN

IL A I A N

PE

M U LI H

AN

PE

NGU

KUH

AN

Fahami situasi dan jawab soalan. Pada hujung tahun ini, kita hendak melancong ke mana? Pulau Langkawi atau Bali?

Kita hendak pilih yang mana?

1. Sebagai rakyat yang cinta akan negara, tempat pelancongan yang manakah menjadi pilihan kamu? Berikan alasan. 2. Bagaimanakah cara kamu menggalakkan rakan-rakan untuk melancong di dalam negara? 3. Sekiranya kamu sentiasa melancong ke luar negara, apakah kesan kepada negara kita? 4. Apakah perasaan kamu setelah mengamalkan sikap cinta akan negara? 70

8

UNIT

AMALAN ADIL DEMI KESEJAHTERAAN NEGARA

RA

NGS

PEN

ANGA

IL A I A N

71

N

UNIT 8 Unit 3 KONSEP

TINDAKAN ADIL ASAS KESEJAHTERAAN PE AN N GAYA

Baca dan fahami cerita. Hemanika mengikut ayahnya membeli barang dapur. Dalam perjalanan, mereka mendengar berita di radio. PE

M U LI H

AN

PE

NGU

A KUH

N

Dengar itu, harga sekilogram ayam RM8.50. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan ambil tindakan tegas jika harga dinaikkan.

Apabila tiba di pasar raya, Hemanika memberitahu ayahnya bahawa harga ayam di Pasar Raya Celik berbeza daripada harga yang ditetapkan oleh kerajaan. Menurut ayah, “Perbuatan menaikkan harga ayam adalah tidak patut dan tidak adil kepada pengguna.” Ayah mengajak Hemanika ke kedai runcit sahabatnya, Kedai Runcit Minda.

72

UNIT 8

Ayah mahu melaporkan harga ayam di Pasar Raya Celik melalui e-aduan KPDNHEP.

Harga ayam di Kedai Runcit Minda lebih mahal daripada Pasar Raya Celik. Hemanika berkata, “Perbuatan menaikkan harga ayam adalah salah. Perbuatan ini menyebabkan rakyat Malaysia tidak berpuas hati.”

Betul kata kamu. Ini hak kita. Ayah akan laporkan perkara ini sekarang juga.

Ayah, kita tidak boleh berat sebelah. Kita patut laporkan harga ayam di kedua-dua tempat tersebut kepada KPDNHEP. Barulah hak kita sebagai pengguna terbela.

Adakah tindakan ayah Hemanika membuat laporan itu adil? Berikan alasan. Bagaimanakah kamu memupuk amalan sikap adil dalam situasi ini? Mengapakah kamu patut bersikap adil demi kesejahteraan negara? Jelaskan perasaan kamu apabila bersikap adil dalam situasi ini.

8.1 8.2 8.3 8.4

• Bimbing murid membuat contoh aduan dengan menggunakan saluran yang betul.

KPDNHEP

73

UNIT 8

PE

NGU

KUH

AN

KEADILAN MEMBAWA KEAMANAN

Baca situasi dan hayati carta alir. Jian Sen menemu ramah seorang peguam untuk mengetahui cara sesuatu kes dibicarakan secara adil demi kesejahteraan negara. Encik Siveram, jika Benneth berusia 12 tahun disabitkan kerana kesalahan mencuri wang tunai milik Doshan, bagaimanakah kes ini akan dibicarakan secara adil?

Kes akan dibicarakan secara adil mengikut undang-undang.

Mangsa, iaitu Doshan akan membuat laporan polis.

Polis akan merakamkan percakapan saksi daripada Doshan.

Polis akan memanggil Benneth ke balai polis untuk membantu siasatan.

Polis akan membuat rakaman percakapan saksi daripada Benneth.

Polis akan menyiasat dan mengumpulkan bahan bukti.

Polis boleh menahan Benneth untuk tujuan reman.

Benneth juga boleh dibebaskan dengan jaminan pihak polis.

74

Polis berurusan dengan timbalan pendakwa raya dengan bukti.

UNIT 8 Timbalan pendakwa raya memberikan arahan untuk mendakwa Benneth di Mahkamah Bagi Kanak-Kanak. Polis memfailkan kes di Mahkamah Bagi Kanak-Kanak. Benneth bersama-sama ibu bapa perlu hadir di Mahkamah Bagi Kanak-Kanak. Di Mahkamah Bagi Kanak-Kanak, pertuduhan dibacakan kepada Benneth. Jika Benneth mengaku salah, mahkamah memohon laporan akhlak daripada pegawai kebajikan. Pegawai kebajikan akan menyiasat latar belakang Benneth daripada pihak sekolah, jiran dan ahli keluarga yang terdekat. Pegawai kebajikan menyediakan dan menyerahkan laporan akhlak kepada mahkamah.

Mahkamah bersidang dan penasihat akan menasihati majistret.

Majistret akan membuat keputusan menurut Akta Kanak-Kanak 2001. (Sumber: Rama & Associates)

Berdasarkan carta alir, senaraikan pihak yang terlibat dalam proses menegakkan keadilan. Mengapakah semua pihak patut bersikap adil semasa menyiasat kes ini demi kesejahteraan negara? Pernahkah kamu bersikap adil demi kesejahteraan negara? Bincangkan. Senaraikan institusi keadilan lain yang menegakkan keadilan di Malaysia. 8.1 8.2 8.3

• Minta murid mencari maklumat tentang tugas dan dasar utama Polis Diraja Malaysia (PDRM). Bentangkan. • Galakkan murid mencari maklumat tentang Mahkamah Bagi Kanak-Kanak.

75

UNIT 8

PE

NG A Y AAN

KENALI INSTITUSI KEADILAN

Hayati situasi dan lakukan aktiviti. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengadakan ceramah kesedaran di sekolah kamu untuk mendidik murid-murid menjadi rakyat Malaysia yang menghindari rasuah. Sebelum PE N Ceramah NGU A H U KamuKmencari maklumat dalam laman sesawang rasmi SPRM. VISI, MISI DAN MOTO SPRM

PIAGAM PELANGGAN SPRM

KOD ETIKA SPRM

Semasa Ceramah Kamu bersoal jawab dengan pegawai SPRM berdasarkan borang.

SPRM

Soalan-soalan yang Diajukan oleh Pegawai SPRM 1. Bagaimanakah kamu mengamalkan sikap adil demi kesejahteraan negara? (a) ___________________________________ (b) ___________________________________ 2. Mengapakah kamu perlu bersikap adil? (a) ___________________________________ (b) ___________________________________ 3. Jelaskan kesan pengabaian sikap adil kepada kesejahteraan negara. _____________________________________

76

4. Nyatakan perasaan kamu apabila dapat bersikap adil dalam kehidupan harian. _____________________________________

UNIT 8 Selepas Ceramah

Berdasarkan maklumat yang dikumpulkan, secara berkumpulan hasilkan peta minda mengenai SPRM mengikut kreativiti. 1

Sediakan rangka peta minda yang hendak dihasilkan.

Tulis maklumat yang dikumpulkan 2 pada nota lekat.

3

Tampalkan nota lekat yang ditulis maklumat pada peta minda.

4

Peta minda yang telah siap.

Setujukah kamu sikap adil yang diamalkan oleh institusi keadilan di Malaysia dapat meningkatkan kepercayaan rakyat kepada pentadbiran negara? Bincangkan. Ceritakan pengalaman kamu bersikap adil demi kesejahteraan negara. 8.1 8.2 8.3 8.4 8.5

Program Wira Anti Rasuah (WAR)

• Bimbing murid mencari maklumat tentang Program WAR anjuran SPRM dan bentangkan. • Galakkan murid menganjurkan program ceramah atau lawatan ke institusi yang menegakkan keadilan di Malaysia.

77

UNIT 8

PE

M U LI H A N

KEADILAN DITEGAKKAN PE RAKY ATANSEJAHTERA N GUKUH

Mari jalankan aktiviti. Panduan Aktiviti 1. Murid membentuk kumpulan. 2. Setiap kumpulan dibekalkan dengan kertas sebak, kad situasi dan pen warna. 3. Tulis soalan pada bahagian tengah kertas sebak. 4. Berdasarkan soalan, setiap ahli kumpulan akan menulis jawapan mereka dengan menggunakan pen warna yang berbeza. 5. Wakil kumpulan akan membentangkan jawapan.

78

UNIT 8 Situasi Bernard dan kawan-kawannya telah meletakkan basikal di tempat khas di taman permainan. Seorang remaja yang menunggang motosikal dengan lajunya telah terbabas dan melanggar basikal mereka. Di situ, terdapat papan tanda yang tercatat bahawa motosikal dilarang menggunakan laluan tersebut. Anggota polis peronda yang kebetulan berada di kawasan itu telah mengambil tindakan.

Andaikan kamu ialah anggota polis peronda. • Bagaimanakah kamu bersikap adil semasa menjalankan tugas? • Mengapakah kamu patut bersikap adil semasa menjalankan tugas?

(Sumber: www.kehakiman.gov.my)

Apakah perasaan kamu apabila bersikap adil demi kesejahteraan negara? Lakonkan situasi di atas dengan mengamalkan sikap adil demi kesejahteraan negara. 8.1 8.2 8.3 8.4 8.5

• Bimbing murid melakukan aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21 (Main Peranan).

79

UNIT 8

MARI UJI DIRI PEN

IL A I A N

PE

M U LI H

PE

AN

NGU

KUH

AN

A. Teliti gambar dan jawab soalan.

1. Nama institusi:

1. Nama institusi:

2. Bagaimanakah institusi ini menegakkan keadilan negara?

2. Bagaimanakah institusi ini menegakkan keadilan negara?

B. Fahami situasi dan jawab soalan. Situasi Terdapat segelintir ibu bapa memberhentikan persekolahan anak mereka kerana pelbagai alasan. 1. Sekiranya kamu terlibat dalam situasi ini, adakah tindakan kamu adil terhadap anak tersebut? 2. Bagaimanakah kamu dapat bersikap adil dalam situasi ini? 3. Mengapakah kamu patut mengamalkan sikap adil dalam situasi ini demi kesejahteraan negara?

C. Ramalkan kesan sekiranya tiada institusi yang menegakkan keadilan di Malaysia. Hasilkan karangan pendek. 80 80

9

UNIT

BERANI MEMPERTAHANKAN MARUAH NEGARA

RA

NGS

PEN

ANGA

IL A I A N

81

N

UNIT 9

KONSEP

MEMPERTAHANKAN MARUAH MALAYSIA TERCINTA PE AN N GAYA

Baca dan fahami perbualan dalam laman sosial.

PE

M U LI H

Tweet AN

Yi Hui @yihui123

PE

NGU

KUH

Keistimewaan Malaysia, kebanggaanku. Rakyatnya pelbagai agama, bangsa, budaya dan bahasa. Kami hidup aman dan damai.

AN

Tweet Yi Hui @yihui123 . 1d Replying to @kenneth85 Ya. Walaupun negara kami terdiri daripada pelbagai kaum, kami saling menghormati antara kaum sejak kecil lagi. Kami juga saling mengambil berat antara satu sama lain apabila berada dalam keadaan susah.

3:30 PM 45 Retweet 30 Quotes Tweet 155 Likes Munie @munie010 . 1d Saya juga bangga menjadi rakyat Malaysia. Kenneth @kenneth85 . 1d Replying to @yihui123 Negara saya satu bangsa tetapi tidak aman dan damai. Adakah negara kamu aman dan damai walaupun pelbagai kaum?

Munie @munie010 . 1d Replying to @kenneth85 Ya, kami hidup muafakat dan gembira di Malaysia yang aman dan damai. Kami mendapat pendidikan bersama-sama. Kami diajar bersuara untuk menyatakan kebenaran.

Tweet your reply Tweet your reply

82

UNIT 9 Tweet Kenneth @kenneth85 . 1d Replying to @munie010 Betulkah? Bagaimanakah kamu memupuk sikap berani dalam kalangan masyarakat yang pelbagai kaum?

Munie @munie010 . 1d Replying to @kenneth85 Oh, kami mengamalkan prinsip Rukun Negara dalam kehidupan! Kami menganggap diri kami sebagai rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan budaya.

Kenneth @kenneth85 . 1d Replying to @munie010 Bagaimanakah pengamalannya?

Tweet Munie @munie010 . 1d Replying to @kenneth85 Kami memahami dan menghormati agama serta budaya masing-masing. Yi Hui @yihui123 . 1d Replying to @kenneth85 Kami gembira kerana dapat menikmati keharmonian dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum. Ini dapat mempertahankan maruah negara. Kenneth @kenneth85 . 1d Replying to @yihui123 Oh, barulah saya faham! Tahniah saya ucapkan kerana berani mempertahankan maruah negara serta hidup dalam keadaan aman dan damai.

Tweet your reply

Nyatakan sikap berani kamu dalam usaha mempertahankan maruah negara. Jika kamu tidak mempertahankan maruah negara, apakah yang akan terjadi? Jelaskan perasaan kamu setelah dapat mempertahankan maruah negara. 9.1 9.2 9.3 9.4

• Minta murid membuat refleksi tentang kepentingan amalan berani mempertahankan maruah negara.

83

UNIT 9

BERANI KERANA BENAR PE

NGU

KUH

AN

Baca cerita dan lakonkan. Jun Tian berada di depan kedai ibunya di Jonker Walk, Melaka. Tiba-tiba, Jun Tian melihat seorang pelancong pengsan.

Pasti kamu yang melanggarnya. Jika tidak, dia tidak jatuh dan pengsan. Baik kamu mengaku. Saya tidak langgar kawan encik.

Betul, encik. Jangan kata begitu. Siasat dahulu. Wanita ini tidak melanggar kawan encik. Saya berani memberitahu kerana saya nampak kejadian yang berlaku.

84

Saya tidak percaya akan kamu. Saya akan lapor kepada polis.

UNIT 9 Encik lihat perakam video kamera di dalam kereta ini.

Tidak mengapa.

Kami minta maaf kerana menuduh kamu tanpa usul periksa. Saya kagum akan kamu. Kamu berani walaupun masih kecil.

Wajarkah Jun Tian bertindak sedemikian? Bincangkan. Jika Jun Tian tidak berani untuk menyuarakan keadaan sebenar, apakah yang akan berlaku? Patutkah kamu mengamalkan sikap berani? Huraikan.

9.1 9.2 9.3 9.5

• Minta murid berkongsi pengalaman mereka bersikap berani mempertahankan maruah negara dalam kehidupan harian.

85

UNIT 9

PE

NG A Y AAN

TEGURAN MEMBINA MARUAH NEGARA TERPELIHARA

Fahami situasi dan jalankan aktiviti. Kaji isu vandalisme dalam gambar dan hubungannya dengan sikap berani demi mempertahankan maruah negara. Persembahkan dalam bentuk grafik yang kreatif. PE

NGU

KUH

AN

Perkara yang perlu dibincangkan 1. Isu vandalisme 2. Kesan vandalisme 3. Amalan berani

4. Kepentingan sikap berani 5. Kesan pengabaian sikap berani 6. Perasaan bersikap berani

Patutkah kamu bersikap berani untuk mengatasi keadaan ini? Mengapa? Ramalkan kesan jika rakyat Malaysia tidak berani mempertahankan maruah negara.

86

9.1 9.2 9.3 9.4

• Galakkan murid menghasilkan grafik secara kreatif. • Minta murid berbincang tentang cabaran yang dihadapi oleh mereka apabila bertindak berani. Kemudian, hasilkan rumusan.

UNIT 9

BERANI DEMI NEGARA PE

NG A Y AAN

Fahami situasi dan jalankan aktiviti rotating review. Kamu mewakili negara untuk menyertai kejohanan tae kwan do peringkat antarabangsa. Kebolehan kamu dipandang rendah oleh peserta negara lain.

Situasi

1

Selesaikan situasi PE dengan N G Ubertindak AN KUH berani.

Cara? Kepentingan?

Situasi

2

Kesan Pengabaian?

Situasi

3

Kamu terbaca sebuah artikel yang memburuk-burukkan sungai di Malaysia dalam media sosial.

Kamu melihat dua orang awam membuang tisu di singki tandas pusat beli-belah dan menyebabkan singki menjadi kotor.

Nyatakan perasaan kamu apabila bertindak berani demi negara. Berdasarkan situasi, mengapakah kamu perlu bersikap berani demi mempertahankan maruah negara? Bincangkan.

9.1 9.2 9.3 9.4

• Aktiviti boleh dijalankan dengan menggunakan kaedah lain. • Bilangan kumpulan tidak terhad. • Sediakan situasi tambahan jika perlu.

Panduan Aktiviti Rotating Review

87

UNIT 9

SAYA BERIKRAR SAYA BERANI PE

PE

M U LI H A N

NGU

KUH

AN

Lengkapkan kad ikrar keberanian dan lafazkan ikrar dengan menggunakan lencana yang dihasilkan. Kita patut berani apabila berlaku sesuatu isu yang menjejaskan nama baik negara. Bincangkan sikap berani yang patut kamu amalkan dan lengkapkan kad ikrar keberanian.

IKRAR KEBERANIAN Saya _________________________, dengan ini berikrar dan berjanji akan berusaha untuk mengamalkan sikap berani seperti cara yang berikut: (a) Saya berani menegur perbuatan seseorang yang memburuk-burukkan negara kita. (b) _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ (c) _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ Demi mempertahankan maruah negara. Yang benar, Disaksikan oleh, _______________ _______________ Nama: _______________ Nama: ___________ _______________ Tarikh: _______________ Tarikh: _______________

Hasilkan lencana keberanian. Bahan dan Peralatan

Kertas Kertas warna 88

Pen penanda

Gam Gunting

Pembaris Pin baju

UNIT 9 1

2

15cm x 2cm

4cm x 2cm

8cm

Gunting kertas kepada beberapa bahagian.

Lipat dan cantumkan kertas.

3

4

Tampalkan kertas pada bahagian yang dicantumkan.

Tulis cara bersikap berani.

Lafazkan ikrar.

Lencana keberanian yang telah siap.

Apakah perasaan kamu semasa berikrar untuk bersikap berani dalam usaha mempertahankan maruah negara? Jelaskan. Adakah kamu tetap akan bertindak berani dalam usaha mempertahankan maruah negara walaupun tiada pengiktirafan? Berikan alasan. 9.1 9.2 9.4

Cara Membuat Lencana Keberanian

• Bimbing dan pantau keselamatan murid semasa menjalankan aktiviti. • Minta murid pilih salah satu cara bersikap berani daripada kad ikrar keberanian untuk ditulis pada lencana keberanian. • Minta murid menghasilkan kad ikrar keberanian secara kreatif.

89

UNIT 9

MARI UJI DIRI PEN

IL A I A N

PE

M U LI H

AN

PE

NGU

KUH

AN

Baca dan lengkapkan jawapan. Saya berbakat dalam tarian tradisional dan telah terpilih untuk mewakili negara menyertai pertandingan tarian peringkat antarabangsa. Namun begitu, saya kurang berkeyakinan. Baru-baru ini, ada orang luar mengatakan bahawa tarian di Malaysia tidak menarik dan tidak popular di mata dunia. Mereka memperkecil-kecil tarian di negara saya. Sebagai warganegara Malaysia, apakah yang patut saya lakukan untuk mempertahankan maruah negara? Tindakan 1

Tindakan 2

Jika saya berani

Jika saya tidak berani

Tindakan Kesan Perasaan

Tindakan yang manakah menjadi pilihan kamu? Jelaskan. ________________________________________________________________ ________________________________________________________________ 90

_

10

UNIT 10

UNIT

KEJUJURAN DEMI KESEJAHTERAAN NEGARA

RA

NGS

ANGA

Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

PEN

IL A I A N

91

N

UNIT 10

KEJUJURAN DIAMALKAN KESEJAHTERAAN NEGARA PE N NGAY DIUTAMAKAN AA

KONSEP

Baca dan fahami maklumat. Sebagai rakyat Malaysia, kita patut mengamalkan sikap jujur untuk membentuk negara yang sejahtera. PE

M U LI H A N

CARAPEBERSIKAP JUJUR N AN GUKUH

Saya lewat kerana terlupa masa janji temu.

Tidak mengapa.

Bercakap Benar

1

• Tidak berbohong semasa bercakap • Berterus terang dalam percakapan • Memberikan maklumat yang sahih

Amanah

2

92

• Berintegriti dalam kehidupan harian • Berdedikasi semasa menjalankan tugas • Dipercayai dan diyakini oleh orang ramai

Saya mesti menjaga amanah majikan saya.

UNIT 10 Terima kasih kerana membantu saya.

Tidak perlu, puan.

Ikhlas

3

• Tidak mengharapkan pujian dalam kehidupan harian • Tidak mengharapkan balasan apabila berbuat baik • Memiliki ketulusan hati

CON

TOH

Kepentingan Bersikap Jujur demi Kesejahteraan Negara • • • • •

Melahirkan rakyat yang bermaruah Meningkatkan imej negara Menguatkan jati diri Mengukuhkan pentadbiran negara Menjadikan diri dihormati

Kesan Pengabaian Sikap Jujur demi Kesejahteraan Negara • • • • •

Imej negara akan terjejas. Kehidupan rakyat huru-hara. Rakyat hilang kepercayaan. Perpaduan rakyat terancam. Maruah negara akan tercemar.

Berdasarkan maklumat yang diberikan: (a) Terangkan cara kamu bersikap jujur demi kesejahteraan negara. (b) Jelaskan perasaan kamu apabila bersikap jujur demi kesejahteraan negara. (c) Ceritakan pengalaman kamu apabila bersikap jujur demi kesejahteraan negara.

10.1 10.2 10.3 10.4 10.5

Kongsi pengalaman kamu bersikap jujur demi kesejahteraan negara dalam media sosial.

• Bimbing murid memahami maklumat dalam infografik. • Minta murid simulasikan cara bersikap jujur.

93

UNIT 10

PE

NGU

KUH

AN

PANTUN KEJUJURAN DEMI KESEJAHTERAAN NEGARA

Baca dan hayati pantun. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah menganjurkan Pertandingan Mencipta Pantun bersempena dengan sambutan Hari Malaysia. Tema utama pantun ialah Kejujuran Teras Kesejahteraan Negara. Chen Ming telah mengambil bahagian dan mencipta pantun seperti yang di bawah. Kejujuran Teras Kesejahteraan Negara Membuat cucur dan pulut panggang, Hidangan makanan keluarga Raju; Amalan jujur harus dipegang, Rakyat berkeyakinan negara maju. Cahaya bersinar dari banjaran, Pancar ke hutan nampak kilauan; Bercakap benar jadikan amalan, Bina kepercayaan sesama insan. Beli laksa di Pekan Petagas, Sedap dimakan penuh selera; Amanah masa menjalankan tugas, Dapat tingkatkan wibawa negara.

94

UNIT 10

Daun pandan daun palas, Petik melati dengan bidara; Sumbangan disalurkan secara ikhlas, Rakyat menikmati amat gembira. Mendaki banjaran usahlah gayat, Bersama teman ke Gunung Tera; Ciri kejujuran amalan rakyat, Negara aman hidup sejahtera. Bawa talam berisi durian, Menjamu saudara bersuka ria; Jujur dalam kehidupan harian, Rakyat gembira hidup ceria. Pak Cik Hatta memasang joran, Duduk di batu makan cermai; Mari kita amalkan kejujuran, Negara maju, aman dan damai.

Pantun

Apakah kesan pengabaian sikap jujur kepada negara? “Kejujuran Teras Kesejahteraan Negara”. Bincangkan.

10.1 10.2 10.3 10.4

Cipta kad pantun bertemakan kejujuran demi kesejahteraan negara. Edarkan kad kepada rakan-rakan.

• Bimbing murid memahami pantun dan melafazkannya dengan intonasi yang betul.

95

UNIT 10

PE

NG A Y AAN

KESAN PENGABAIAN KEJUJURAN

Fahami dan sambung cerita komik.

PE

NGU

A KUH

N

PERTANDINGAN MENULIS CERITA KOMIK PERINGKAT KEBANGSAAN

Hadiah Utama

RM500.00

Saya ingin memenangi pertandingan ini.

Saya mahu tiru komik lain.

Ramalkan kesan sikap watak pada masa hadapan.

Nyatakan perasaan kamu setelah bersikap jujur demi kesejahteraan negara. “Siakap senohong, gelama ikan duri, bercakap bohong, lama-lama mencuri”. Bincangkan dan kaitkannya dengan sikap kejujuran.

96

10.2 10.3 10.4

• Bimbing murid semasa menjalankan perbincangan. • Bentangkan hasil perbincangan dengan menjalankan aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21 (Kerusi Panas).

UNIT 10

PERMAINAN KEJUJURAN PE

NG A Y AAN

Mari bermain. Panduan Permainan 1. Sediakan sembilan kad yang mengandungi pelbagai soalan. 2. Bincang dan lengkapkan soalan dalam kumpulan. 3. Guru menyebut nombor kad secara rawak. PE N N G U4. Ahli A H kumpulan akan membawa kad yang lengkap dengan jawapan dan KU menampalkannya pada papan tulis. 5. Semak jawapan yang dihasilkan bersama-sama guru. 6. Tiga markah akan diberikan jika jawapan adalah betul. 7. Ulang aktiviti ini sehingga semua kad disemak. 8. Kumpulan yang mendapat markah terbanyak ialah pemenang.

1

4

Saya apabila memberikan penerangan kepada pihak polis. yang Sikap diamalkan oleh rakyat dapat meningkatkan kepercayaan pelabur luar negara.

7

2

5

8 Rakyat yang jujur dapat kesejahteraan negara.

Saya mengikuti kelas PdPR yang diselaraskan oleh sekolah dengan . Sekiranya rakyat mengabaikan sikap jujur, negara akan . Saya berasa kerana mengamalkan sikap yang jujur demi kesejahteraan negara.

3

6

9

Sebagai rakyat, saya mengamalkan kejujuran apabila . Kita patut menjalankan tugas tanpa mengharapkan balasan dan pujian. Sebagai rakyat, saya patut mengamalkan sikap yang jujur demi .

Berdasarkan permainan, kenal pasti penyataan yang menunjukkan cara kejujuran, kepentingan amalan kejujuran dan kesan pengabaian kejujuran demi kesejahteraan negara. 10.1 10.2 10.3 10.4

• Bimbing murid menjalankan permainan. • Guru boleh mempelbagaikan soalan mengikut keperluan.

97

UNIT 10

KEJUJURAN MEMBAWA TUAH PE

M U LI H A N

PE

NGU

KUH

AN

Fahami cerita dan lengkapkan peta minda. Pada zaman dahulu, seorang raja yang bijaksana mentadbir sebuah negeri. Baginda tidak mempunyai anak. Baginda ingin mencari kanak-kanak yang jujur sebagai pewaris takhta. Baginda membuat pengumuman di seluruh negeri. Banyak kanak-kanak hadir ke istana. Baginda memberikan dua ekor ikan puyu kepada setiap kanak-kanak itu. Setelah 10 bulan, mereka datang ke istana. Mereka Sesiapa yang mempersembahkan ikan berjaya membiakkan puyu yang membiak. ikan ini akan Namun begitu, Si Kudu, mendapat ganjaran. mempersembahkan dua ekor ikan puyu seperti yang diberikan oleh raja. Dia tunduk malu kerana ikannya tidak membiak. Semua kanak-kanak yang hadir mentertawakan Si Kudu.

98

UNIT 10 Raja tersenyum melihat Si Kudu. Kemudian, baginda mengumumkan bahawa Si Kudu akan diangkat sebagai pewaris takhta. Baginda meminta Si Kudu tampil ke singgahsana. Mereka yang berada di situ terdiam. Raja kagum akan kejujuran Si Kudu. Sebenarnya, ikan puyu yang diberikan oleh raja itu ikan jantan dan tidak mungkin membiak. Mereka telah memasukkan ikan puyu betina ke dalam balang. Selepas peristiwa itu, Si Kudu diberi didikan sempurna oleh raja. Apabila dewasa, Si Kudu ditabalkan menjadi raja. Beta memilih Berkat didikan dan sikapnya yang Si Kudu sebagai pewaris jujur serta amanah, Si Kudu takhta beta kerana dia berjaya memerintah negeri bersikap jujur. dengan jayanya.

Nyatakan pengajaran yang kamu peroleh daripada cerita ini. Jelaskan perasaan kamu apabila bersikap jujur demi kesejahteraan negara kita. Secara berkumpulan, simulasikan cerita di atas dan buat refleksi.

Kesan Amalan Jujur dan Tidak Jujur demi Kesejahteraan Negara Bersikap jujur

Tidak bersikap jujur Tindakan

Akibat 10.1 10.2 10.3 10.4 10.5

• Bimbing murid memahami cerita. • Bimbing murid menjalankan aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21 (Main Peranan).

99

UNIT 10

MARI UJI DIRI PEN

IL A I A N

PE

M U LI H

AN

PE

NGU

KUH

AN

A. Fahami cerita dan lengkapkan jadual.

Soon Kian ke Perpustakaan Negeri Melaka untuk memulangkan buku cerita yang dipinjam. Dia risau kerana beberapa halaman buku itu terkoyak akibat kecuaiannya. Soon Kian memberitahu pembantu pustakawan dan meminta maaf daripadanya. Dia berjanji akan menggantikan buku yang rosak itu. Soon Kian meminta tempoh seminggu. Pada minggu yang berikutnya, Soon Kian ke Perpustakaan Negeri Melaka untuk mengganti buku cerita itu. Pembantu pustakawan itu memuji sikap Soon Kian kerana menepati janji dan mewujudkan kesejahteraan kepada pengguna yang lain. Dengan perasaan rendah diri, Soon Kian menyatakan bahawa dia tidak layak dipuji kerana kesalahan itu berpunca daripadanya.

Ciri-ciri Kejujuran

Amalan Kejujuran demi Kesejahteraan Negara

Kepentingan Kejujuran demi Kesejahteraan Negara

Bercakap benar Amanah Ikhlas

B. Tulis karangan pendek mengenai kejujuran asas kesejahteraan negara. ________________________________________________________ ________________________________________________________ ________________________________________________________ ________________________________________________________ ________________________________________________________ 100

11

UNIT

RAJIN DEMI KEMAJUAN NEGARA

RA

NGS

PEN

ANGA

IL A I A N

101

N

UNIT 11

KONSEP

USAHA BERTERUSAN MEMBUAHKAN KEJAYAAN PE AN NGAYA

Baca dan hayati biografi bintang peluncur ais negara.

1 Sree Abiraame a/p B. Chendren ialah bintang PE PE N AN N G H A sukan ais negara yang terkenal M U Lluncur U U K H I di Malaysia. Anak kelahiran Selangor ini telah memenangi 50 buah pingat emas, 10 buah pingat perak dan empat buah pingat gangsa bermula dalam pelbagai Kejohanan dari tahun 2017 hingga 2020.

2 Minatnya yang mendalam dalam permainan luncur ais telah mendorongnya aktif sejak kecil lagi. Usahanya yang berterusan dan berdedikasi telah membuahkan hasil. Sree Abiraame a/p B. Chendren memenangi pingat pada peringkat antarabangsa.

3

102

Sikap rajin Sree Abiraame a/p B. Chendren dalam sukan luncur ais membolehkannya mencipta tiga rekod. Pencapaiannya boleh dijadikan contoh kepada kita. Namanya diiktiraf dalam Buku Rekod Malaysia pada tahun 2017 dan 2019. Namanya juga diiktiraf dalam Buku Rekod Asia pada tahun 2019.

UNIT 11

4 Sree Abiraame a/p B. Chendren sentiasa bersemangat tinggi dan bersungguh-sungguh semasa menjalani latihan. Dia akan bangun seawal pukul 5:00 pagi untuk memulakan sesi latihan. Sikap gigih ini membolehkannya menyerlah dalam setiap pertandingan.

5 Pada masa ini, Sree Abiraame a/p B. Chendren

sedang menjalani latihan di Akademi Luncur Ais Antarabangsa di Riga, Latvia. Dia bersemangat tinggi untuk mewakili Malaysia dalam Sukan Olimpik Musim Sejuk 2030. Dia pasti akan mengharumkan nama negara dalam sukan Olimpik.

Selain Sree Abiraame a/p B. Chendren, siapakah suri teladan yang mengharumkan nama negara dalam bidang sukan? Apakah sikap rajin Sree Abiraame a/p B. Chendren yang patut kamu contohi demi memajukan sukan negara? Mengapakah amalan rajin kamu penting untuk kemajuan negara?

Kejayaan Tokoh

11.1 11.2 11.3

• Bimbing murid untuk menghasilkan risalah tentang kejayaan atlet-atlet muda dalam bidang sukan. Kemudian, pamerkan risalah di sudut Pendidikan Moral.

103

UNIT 11

PE

NGU

KUH

SIKAP DEDIKASI ASAS KEMAJUAN

AN

Baca dan hayati perbualan. Selamat pagi semua. Sembilan orang murid dari Malaysia mengharumkan nama negara di Tokyo, Jepun. Mereka mendapat pingat emas dalam World International Mathematical Olympiad (WIMO). Berita yang paling membanggakan ialah tiga orang murid adalah dari sekolah kita. Syabas dan tahniah!

Kita patut mencontohi mereka. Sikap rajin dan dedikasi menyebabkan mereka terkenal pada peringkat antarabangsa.

Ya. Sikap rajin mereka telah menaikkan imej negara. 104

UNIT 11 Situasi di bawah sedang berlangsung di bilik radio sekolah. Murid-murid yang berjaya dalam pertandingan tersebut sedang ditemu ramah oleh pengacara radio sekolah. Saya membuat latihan setiap hari. Saya sering bertanya kepada guru dan mempelajari teknik mudah untuk menyelesaikan soalan Matematik dengan melayari Internet. Saya sentiasa berusaha untuk menyelesaikan soalan Matematik yang sukar. Sikap gigih ini menjadikan saya seorang yang mahir dalam Matematik.

Latihan yang kami lakukan secara berterusan merupakan kunci kejayaan kami.

Bagaimanakah sikap rajin peserta pertandingan tersebut boleh kamu contohi demi kemajuan negara? Jelaskan perasaan kamu apabila bersikap rajin demi kemajuan negara. Ceritakan pengalaman kamu bersikap rajin demi kemajuan negara. 11.1 11.2 11.3 11.4 11.5

• Minta murid mengumpulkan maklumat mengenai pencapaian anak-anak Malaysia pada peringkat antarabangsa daripada pelbagai sumber. • Bimbing murid membentangkan hasil dapatan dan menyimpan bahan di sudut aspirasi atau pusat sumber sekolah.

105

UNIT 11

PE

GIGIH BERUSAHA NEGARA MAJU

NG A Y AAN

Baca dan lengkapkan peta minda. Sikap rajin rakyat Malaysia boleh menyumbang kepada kemajuan negara dalam pelbagai bidang. PE

NGU

Senaraikan amalan dan kepentingan bersikap rajin. N A H KU Amalan Sikap Rajin

Kepentingan Sikap Rajin

1

1

2

2

3

3

Dato’ Dayang Fatimah Tom Abang Saufi anak kelahiran Sarawak merupakan pereka fesyen yang terkenal di Malaysia dan luar negara.

11.1 11.3

106

Kerajinan perlu disertai dengan keikhlasan. Bincangkan.

• Bimbing murid melengkapkan peta minda dengan amalan rajin demi kemajuan negara. • Galakkan murid mencari maklumat tentang sikap rajin pereka-pereka fesyen Malaysia demi kemajuan negara. Bentangkan hasil dapatan.

UNIT 11

PE

TERUSKAN SEMANGAT DEDIKASI

NG A Y AAN

Hayati situasi dan lengkapkan infografik. Joel bercita-cita untuk menjadi seorang penulis novel yang terkemuka di dalam negara. PE

NGU

K

N UHA

Suri teladan: Dato’ Dr. Usman bin Awang (Usman Awang)

Usman Awang

Bagaimanakah Joel boleh berjaya seperti Usman Awang? _____________________________ Pada pendapat kamu, mengapakah amalan rajin Usman Awang penting untuk kemajuan negara? _______________________________

Kamu ingin menjadi seorang cef yang terkenal di dalam negara dengan memasarkan produk makanan ke luar negara. Suri teladan:: ________________

Apakah usaha kamu untuk menjadi seorang cef seperti suri teladan? _____________________________ Mengapakah kamu patut bersikap rajin demi kemajuan negara? ______________________________ 11.1 11.2 11.3

• Bimbing murid memilih suri teladan yang diminati oleh mereka daripada pelbagai bidang. • Minta murid mencari maklumat tentang suri teladan daripada pelbagai sumber. Kongsi maklumat dengan rakan-rakan.

107

UNIT 11 Unit 11 PE

M U LI H A N

RAJIN BERUSAHA PUSAHAWAN BERJAYA EN AN GUKUH

Hayati situasi dan lakukan aktiviti. Brian mempunyai minat dalam bidang pertanian. Mari kita contohi sikap rajin Brian yang menyertai Program Pertanian Bandar anjuran Jabatan Pertanian.

1

Brian melayari laman sesawang rasmi Jabatan Pertanian untuk mendapatkan maklumat Program Pertanian Bandar.

Brian memberitahu ahli keluarganya 2 tentang program tersebut dan mengisi borang permohonan.

3 Brian melayari Internet untuk mencuba teknik penanaman tanpa berputus asa.

Brian mendapatkan maklumat 4 daripada ahli keluarga yang telah mengikuti kursus pertanian.

Brian mengikuti program ini dengan cara 5 menanam pokok cili. Dia sentiasa merujuk kepada panduan penanaman cili.

6 Kegigihan Brian menjadikannya usahawan cilik yang berjaya.

108

UNIT 11 Mari kita menanam pokok cili merah di dalam dulang semaian. Tunjukkan amalan rajin kamu demi kemajuan negara. 1

Sediakan dulang semaian. Isi lubang dulang semaian dengan peat moss.

2

Masukkan satu biji benih cili di dalam setiap lubang dulang semaian.

3

Sembur air pada biji benih yang disemai dengan semburan halus sebelum ditutup dengan kertas surat khabar.

4

Letakkan dulang semaian di tempat yang terlindung daripada cahaya matahari selama tiga hingga empat hari.

5

Buka penutup surat khabar selepas hari ketiga atau keempat. Dulang semaian perlu terdedah kepada cahaya matahari. Sembur air dua kali sehari.

6

Pindahkan anak pokok cili ke ladang dalam tempoh tiga hingga empat minggu selepas proses semaian.

7

Cili boleh dipetik selepas 12 minggu.

Apakah perasaan kamu apabila menyertai program anjuran Jabatan Pertanian? Kongsi pengalaman kamu bersikap rajin dalam aktiviti pertanian demi kemajuan negara.

11.2 11.3 11.4 11.5

• Bimbing murid melakukan aktiviti penanaman cili dengan menggunakan dulang semaian mengikut kreativiti. • Bimbing murid merujuk kepada panduan menanam cili yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian. • Galakkan murid mengutip dan menjual hasil tanaman mereka.

Penanaman Cili

109

UNIT 11

MARI UJI DIRI PEN

IL A I A N

PE

M U LI H

AN

PE

NGU

KUH

AN

A. Hayati penyataan dan jawab soalan.

Suri teladan penting sebagai inspirasi kejayaan sesebuah negara.

1. Senaraikan suri teladan yang mengharumkan nama negara. (a) ___________________________ (b) ___________________________ (c) ___________________________ (d) ___________________________ 2. Jika kamu ingin menjadi seperti suri teladan tersebut, apakah sikap rajin yang patut kamu amalkan? _____________________________________________________________ 3. Mengapakah kamu patut bersikap rajin dalam bidang yang diceburi? _____________________________________________________________ ______________________________________

B. Hasilkan karangan pendek mengenai amalan kerajinan angkasawan pertama Malaysia.

110

____________________________________________ ____________________________________________ ____________________________________________ ____________________________________________ ____________________________________________

12

UNIT

KERJASAMA DEMI KEHARMONIAN NEGARA

RA

NGS

PEN

ANGA

IL A I A N

111

N

UNIT 12 Unit 3 KONSEP

KERJASAMA KUNCI KEHARMONIAN NEGARA PE AN NGAYA

Baca dan fahami maklumat. Sikap kerjasama dan semangat perpaduan antara kaum amat penting. Sikap ini dapat mengekalkan kesejahteraan dan keamanan negara. PE

CONTOH KERJASAMA DEMI NKEHARMONIAN NEGARA PE

M U LI H A N

NGU

KUH

A

1 Memelihara dan memulihara demi kelestarian alam sekitar

Mematuhi Standard Operating Procedure 2 (SOP) yang ditetapkan berkaitan dengan isu kesihatan awam

Mengekalkan warisan budaya negara 3 ini bersama-sama

Memberikan bantuan kepada mangsa 4 bencana alam

5 Menangani isu pencemaran air

Berganding bahu dengan pihak 6 berkuasa untuk mencegah jenayah

112

UNIT 12 Rakyat mampu menghadapi pelbagai cabaran dengan wujudnya sikap kerjasama. Banyak manfaat dapat diperoleh apabila kita mengamalkan sikap kerjasama. Memakmurkan dan memajukan negara kita Mengukuhkan ekonomi negara kita

KEPENTINGAN AMALAN KERJASAMA DEMI KEHARMONIAN NEGARA

Meningkatkan imej negara kita Menjamin keselamatan negara kita

Oleh itu, amalan kerjasama perlu dipupuk dalam diri kita untuk membina negara yang harmoni.

Mengadakan pelbagai kempen kesedaran Menyertai aktiviti kemasyarakatan

CARA MEMUPUK AMALAN KERJASAMA DEMI KEHARMONIAN NEGARA

Menghasilkan brosur dan mengedarkannya Menanam semangat kerja berpasukan

Sikap kerjasama patut dijadikan amalan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Dengan adanya kerjasama, rakyat Malaysia pasti dapat hidup dengan sejahteranya. Berikan contoh kerjasama yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia. Jelaskan perasaan kamu apabila bekerjasama dengan semua pihak. Bincangkan amalan kerjasama dalam usaha mengukuhkan perpaduan antara rakyat Malaysia pelbagai kaum.

12.1 12.2 12.3 12.4

• Minta murid menyatakan program atau situasi yang memerlukan kerjasama daripada rakyat. • Minta murid menceritakan pengalaman mereka mengamalkan sikap kerjasama demi keharmonian negara.

113

UNIT 12

PE

NGU

KUH

SEPAKAT MEMBANTERAS JENAYAH

AN

Fahami perbualan dalam talian.

AWAS PENIPUAN

DALAM TALIAN Kawan-kawan, ibu saya ditipu sebanyak RM20 000 setelah menjawab panggilan telefon daripada seseorang yang menyamar sebagai ibu saudara. Kok Seng Penipuan dalam talian seperti ini sering berlaku. Nisrina Saya berpendapat bahawa kita mesti bekerjasama untuk menyedarkan orang ramai supaya tidak menjadi mangsa penipuan dalam talian. Haggai Ya. Demi keharmonian negara, kita juga perlu bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) agar jenayah penipuan dalam talian tidak menular. Sujata

114

Kok Seng

Selain itu, kita juga boleh menyebarkan penggunaan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) bagi memudahkan pengguna membuat laporan atau aduan.

UNIT 12 Baiklah, saya cadangkan kita cipta satu halaman dalam media sosial untuk menyiarkan maklumat tentang perkara ini. Nisrina Selain itu, saya cadangkan kita membuat poster atau risalah untuk diedarkan kepada orang ramai di sini. Haggai Haggai, poster dan risalah itu juga boleh dimuat naik dalam media sosial. Sujata Marilah kita mengajak kawan-kawan lain turut melibatkan diri dalam program ini. Kok Seng Baik. Saya yakin bahawa kerjasama daripada semua pihak pasti dapat membanteras jenayah untuk mengekalkan keamanan negara. Nisrina VSP

Apakah perasaan kamu apabila dapat bekerjasama dalam usaha membanteras jenayah demi keharmonian negara? Ceritakan pengalaman kamu bekerjasama dengan pihak lain dalam usaha membanteras jenayah demi keharmonian negara. Adakah tindakan membanteras jenayah memerlukan kerjasama daripada pihak tertentu sahaja? Bincangkan. 12.1 12.2 12.3 12.4 12.5

VSP merupakan inisiatif baharu PDRM bagi mewujudkan kolaboratif dan kerjasama strategik mencegah jenayah bersama-sama masyarakat tempatan sebagai mata dan telinga pihak polis. (Sumber: www.moha.gov.my)

• Layari Internet untuk mencari maklumat tentang penipuan dalam talian. • Minta murid menghasilkan risalah tentang pencegahan penipuan dalam talian untuk diedarkan kepada orang ramai.

115

UNIT 12

PROJEK KERJASAMA PE

NG A Y AAN

Jalankan projek. Murid-murid, marilah kita menjayakan program Hari Alam Sekitar Negara untuk melestarikan alam sekitar. PE 1

NGU

AN

Bincangkan bahan yang KUH hendak dikumpulkan.

2

Agihkan tugas.

3

Jalankan aktiviti.

4

Hasilkan laporan.

5

Bentangkan laporan.

Maklumat projek Slaid persembahan atau buku skrap

Foto aktiviti Rekod kewangan Refleksi

Adakah kamu berpuas hati apabila bekerjasama dengan kawan-kawan untuk menjayakan projek? Mengapa? Amalan kerjasama dapat menangani pelbagai masalah yang dihadapi oleh negara kita. Bincangkan. Huraikan refleksi kamu berdasarkan pengalaman menyertai program alam sekitar.

116

12.1 12.2 12.4 12.5

• Projek boleh dilaksanakan dalam jangka masa yang sesuai untuk memupuk sikap kerjasama dalam kalangan murid. • Pendapatan yang diperoleh melalui aktiviti boleh digunakan untuk tujuan kebajikan.

UNIT 12

PE

PUPUK SEMANGAT KERJASAMA

NG A Y AAN

Fahami situasi dan selesaikan masalah. Isu gangguan bekalan air dan kejadian banjir bukan perkara baharu. Isu ini mengganggu kesejahteraan hidup. Rakyat, kerajaan dan Non-Governmental Organization (NGO) patut bekerjasama menangani isu ini. PE

NGU

KUH

AN

Secara berkumpulan, selesaikan isu tersebut dalam bentuk peta minda dan bentangkan. 1

Kenal pasti punca gangguan bekalan air atau kejadian banjir.

3

Nyatakan kepentingan amalan kerjasama untuk mengatasi isu.

PANDUAN MENGHASILKAN PETA MINDA

Sejauh manakah sikap kerjasama dapat mengatasi isu ini? Bincangkan. Nyatakan perasaan kamu apabila bekerjasama dengan semua pihak dalam usaha menangani pelbagai isu.

Nyatakan contoh 2 amalan kerjasama untuk mengatasi isu.

4

Buat kesimpulan dan bentangkan.

NGO ialah badan atau pertubuhan sukarela yang bergerak dalam bidang sosial, ekonomi, kebudayaan dan sebagainya dengan matlamat dan fungsinya yang tertentu. (Sumber: www.prpm.dbp.gov.my)

12.1 12.3 12.4

• Ramalkan kesan jika usaha penyelesaian isu tersebut tidak mendapat kerjasama daripada semua pihak. • Bimbing murid menyelesaikan isu.

117

UNIT 12

PE

RAKYAT BEKERJASAMA P E NEGARA AMAN N AN

M U LI H A N

GUKUH

Fahami poster dan jalankan aktiviti perbincangan. Sebagai rakyat Malaysia, kita patut memberikan kerjasama bagi memutuskan rantaian nyamuk Aedes dan COVID-19.

Senaraikan contoh amalan kerjasama bagi menangani pandemik COVID-19 dan demam denggi. Nyatakan cara memupuk amalan kerjasama untuk menangani COVID-19 dan demam denggi. Terangkan kepentingan amalan kerjasama dalam usaha menangani isu kesihatan awam tersebut. Jelaskan perasaan kamu apabila dapat bekerjasama untuk menangani isu kesihatan awam tersebut.

Isu kesihatan awam wajar mendapat kerjasama daripada semua pihak. Bincangkan.

118

12.1 12.2 12.3 12.4

• Jalankan aktiviti perbincangan dengan teknik Pembelajaran Abad Ke-21 (Meja Bulat). • Minta murid membuat refleksi selepas aktiviti perbincangan.

UNIT 12

PE

KERJASAMA CERMINAN PE PERPADUAN N AN

M U LI H A N

GUKUH

Cari perkataan dan hasilkan slogan. Panduan Aktiviti 1. Cari empat patah perkataan daripada jadual. Petunjuk Malaysia terdiri daripada r ___ ___ ___ ___ t yang berbilang kaum. N ___ ___ ___ ___ a ini aman dan h ___ ___ ___ ___ ___ i kerana rakyatnya b ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ ___ a. 2. Susun perkataan untuk membentuk slogan.

R A K Y A T H N B D

N O P A O E K T E M

K H U Y K A H I K K

A A N H N Y J S E G

N R L T E P A T R A

O M K R G D O T J A

S O T E A L S A A I

S N B B R N I K S D

D I L O A A E Z A G

G A K E E Q K M M W

S N H N B G A R A S

SLOGAN

Terangkan maksud slogan dan kaitkannya dengan contoh amalan kerjasama. Bagaimanakah kamu memupuk amalan kerjasama demi keharmonian negara? Kongsi pengalaman kamu menyertai program negara. 12.1 12.2 12.3 12.5

• Minta murid menghasilkan slogan lain untuk menghayati nilai kerjasama. • Minta murid menghasilkan poster dengan slogan yang dihasilkan. • Pamerkan poster yang dihasilkan di kawasan sekolah untuk menggalakkan murid mengamalkan sikap kerjasama demi keharmonian negara.

119

UNIT 12

MARI UJI DIRI PEN

IL A I A N

PE

M U LI H

AN

PE

NGU

KUH

AN

A. Teliti gambar dan jawab soalan.

1. Apakah perasaan kamu apabila melihat gambar di atas? Mengapa? _______________________________________________________________ 2. Nyatakan dua contoh kerjasama yang patut kamu amalkan bersama-sama pihak lain untuk menyelesaikan masalah tersebut. (a) _____________________________________________________________ (b) _____________________________________________________________ 3. Huraikan kepentingan amalan kerjasama dengan pelbagai pihak dalam usaha menyelesaikan masalah tersebut. _______________________________________________________________ 4. Ramalkan kesan kepada negara sekiranya kebersihan pantai tidak dijaga dengan baiknya. _______________________________________________________________

B. Tulis pandangan kamu tentang amalan kerjasama kunci keharmonian negara.

_____________________________________________________________ _____________________________________________________________

120

13

UNIT

AMALAN KESEDERHANAAN DEMI KESEJAHTERAAN NEGARA

RA

NGS

PEN

ANGA

IL A I A N

121

N

UNIT 13 Unit 3 KONSEP

AMALAN BERSEDERHANA KEBAIKAN P E TERAS AN N GAYA

Fahami kandungan poster. Sebagai rakyat Malaysia, kita patut mempunyai kesedaran dalam aspek penggunaan elektrik dan air. Kita wajar mengamalkan sikap bersederhana semasa menggunakan elektrik dan air. PE BERSEDERHANA P EAMALAN N G U DALAM AN N M U LI H A KUH

PENGGUNAAN ELEKTRIK

LANGKAH PENJIMATAN ELEKTRIK MENTOL Gunakan mentol jimat tenaga seperti diod pemancar cahaya.

PENDINGIN HAWA Pastikan pendingin hawa anda mempunyai kuasa kuda yang betul.

KOMPUTER Tutup suis komputer anda jika tidak digunakan.

SUIS Tutup suis yang tidak digunakan.

Kepentingan Amalan Bersederhana dalam Penggunaan Elektrik

122

• Sumber tenaga elektrik digunakan secara optimum. • Kelestarian alam dapat dikekalkan. • Kos penggunaan tenaga elektrik dapat dijimatkan.

Kesan Pengabaian Amalan Bersederhana dalam Penggunaan Elektrik • Pembaziran sumber tenaga elektrik berlaku. • Pemanasan global berlaku. • Pengguna menanggung beban kos elektrik.

UNIT 13

AMALAN BERSEDERHANA DALAM PENGGUNAAN AIR

PROGRAM JIMAT

AIR

Gunakan secawan air semasa memberus gigi.

Tutup pancuran air semasa bersabun.

Gunakan air di dalam baldi semasa mencuci kereta.

Kepentingan Amalan Bersederhana dalam Penggunaan Air • Dapat menjimatkan penggunaan air • Dapat menjamin bekalan air bersih mencukupi untuk semua • Dapat mengatasi masalah pencatuan air

Jangan biarkan air mengalir semasa mencuci pinggan mangkuk.

Kesan Pengabaian Amalan Bersederhana dalam Penggunaan Air • Menjejaskan ekonomi negara • Mengganggu kehidupan harian • Meningkatkan kos pemprosesan air bagi mencari sumber alternatif lain

Nyatakan contoh amalan bersederhana yang patut kamu amalkan demi kesejahteraan negara. Jelaskan perasaan kamu setelah mengamalkan sikap bersederhana demi kesejahteraan negara. Ceritakan pengalaman kamu bersikap sederhana demi kesejahteraan negara.

13.1 13.2 13.3 13.4 13.5

• Bimbing murid memahami maklumat dalam poster. • Minta murid mencari maklumat tambahan mengenai amalan kesederhanaan yang lain demi kesejahteraan negara.

123

UNIT 13

PE

NGU

KUH

AN

KESEDERHANAAN DIAMALKAN NEGARA SEJAHTERA

Fahami petikan yang diberikan. Minggu ini, ayah menghantar Siew Chin dan adiknya ke sekolah. Siva dan Prema juga menumpang kereta mereka. Pada minggu berikutnya, giliran ayah Siva dan Prema pula mengambil Siew Chin dan adiknya di rumah. Mereka berkongsi kereta ke destinasi yang sama. Budaya berkongsi kereta dapat mengurangkan kesesakan jalan raya di negara kita. Mereka sedar bahawa jika tidak berkongsi kereta, kesesakan jalan raya akan berlaku dan menyebabkan pencemaran udara. Di samping itu, kesesakan jalan raya menyebabkan tekanan emosi kepada pengguna.

Berdasarkan petikan, ceritakan amalan kesederhanaan yang diamalkan oleh Siew Chin dan rakan-rakannya demi kesejahteraan negara. Jelaskan kepentingan amalan kesederhanaan dalam petikan yang diberikan. Ramalkan kesan pengabaian amalan kesederhanaan di jalan raya demi kesejahteraan negara.

124

13.1 13.2 13.3

• Bimbing murid memahami petikan yang diberikan. • Minta murid berbincang tentang kebaikan budaya berkongsi kereta.

UNIT 13

PE

NGU

KUH

AN

KESIHATAN DIJAGA NEGARA SEJAHTERA

Baca dan fahami gambar. Amalan bersederhana dalam pemakanan amat penting dalam kehidupan harian kita. Jika kita mengabaikan pemakanan sihat, kita akan menghadapi masalah kesihatan. Contohnya, masalah obesiti semakin serius di negara kita. Mari kita ikuti kisah Ah Meng. Amalkan pemakanan yang sihat dan sentiasa beriadah.

Saya mimpi. Saya tidak mahu obesiti.

Berdasarkan gambar, berikan contoh kesederhanaan yang diamalkan dalam aspek kesihatan awam. Sekiranya kamu bersederhana dalam pemakanan harian, apakah kebaikannya kepada imej negara? Ceritakan gaya hidup sihat yang kamu amalkan demi kesejahteraan negara.

13.1 13.2 13.3 13.5

• Bimbing murid memahami gambar. • Bimbing murid menghasilkan piramid makanan dan kaitkannya dengan amalan kesederhanaan.

125

UNIT 13 Unit 3 PE

NG A Y AAN

RAKYAT BERSEDERHANA NEGARA SEJAHTERA

Fahami cerita fantasi dan bincangkan.

PE

NGU

KUH

AN

Titi dan Tuti, robot dari angkasa lepas. Titi dan Tuti ternampak kawasan hutan yang musnah akibat aktiviti penebangan hutan.

Dari luar jendela rumah,Titi dan Tuti melihat Jia Jie sedang menulis surat. Dia membuang banyak kertas yang menyebabkan pembaziran. 126

UNIT 13

Titi dan Tuti menasihati Jia Jie supaya menggunakan e-mel bagi menggantikan surat. Hal ini disebabkan tindakan Jia Jie akan memusnahkan kawasan hutan.

Semenjak hari itu, Jia Jie menggunakan e-mel untuk menghantar surat. Tindakannya telah menjimatkan penggunaan kertas dan mengurangkan penebangan pokok.

Amalan Kesederhanaan demi Kesejahteraan Negara Contoh Amalan Bersederhana

Kepentingan Amalan Bersederhana

Kesan Pengabaian Amalan Bersederhana

• _________________ • _________________

• _________________ • _________________

• _________________ • _________________

Jelaskan perasaan kamu apabila mengamalkan sikap bersederhana demi kesejahteraan negara. 13.1 13.2 13.3 13.4

• Bimbing murid semasa menjalankan aktiviti perbincangan. • Minta murid membentangkan hasil perbincangan berdasarkan aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21 (Kerusi Panas).

127

UNIT 13

PE

KESEDERHANAAN DIAMALKAN KESEJAHTERAAN NEGARA PE N G U DIKECAPI AN KUH

M U LI H A N

Mari jawab soalan kuiz. Panduan Aktiviti 1. 2. 3. 4.

Kuiz boleh dijalankan secara berkumpulan. Setiap kumpulan diberi 10 kad soalan. Soalan perlu dijawab dalam masa 10 minit. Pemenang ditentukan berdasarkan jumlah jawapan yang betul.

SOALAN-SOALAN KUIZ

1 Berikan satu contoh kesederhanaan yang kamu amalkan demi kesejahteraan negara.

3 Nyatakan satu kepentingan apabila kamu berjimat cermat semasa menggunakan air demi kesejahteraan negara.

128

2 Ceritakan amalan kesederhanaan yang dapat kamu amalkan semasa berada di hospital kerajaan.

4 Nyatakan satu kepentingan apabila kamu mengurangkan penggunaan kertas demi kesejahteraan negara.

UNIT 13 5

6

Nyatakan kesan kepada negara sekiranya kamu tidak mengamalkan kesederhanaan semasa berbelanja.

7

Nyatakan kesan pengabaian terhadap negara apabila kamu tidak berjimat cermat semasa menggunakan sumber air.

8

Kongsi perasaan kamu apabila mengamalkan sikap bersederhana semasa menggunakan sumber tenaga demi kesejahteraan negara.

9

Nyatakan kepentingan kepada negara apabila kamu menggunakan beg kitar semula semasa membeli-belah.

10

Nyatakan perasaan kamu apabila dapat mengamalkan sikap bersederhana demi kesejahteraan negara kita.

Ceritakan kesan terhadap negara apabila rakyat tidak mengamalkan sikap bersederhana dalam kehidupan harian.

Jelaskan perasaan kamu setelah mengamalkan sikap bersederhana demi kesejahteraan negara.

13.1 13.2 13.3 13.4

• Bimbing murid menjawab soalan kuiz. • Guru boleh mempelbagaikan soalan kuiz.

129

UNIT 13

MARI UJI DIRI PEN

IL A I A N

PE

M U LI H

AN

PE

NGU

KUH

AN

A. Bulatkan jawapan yang betul. 1. Pilih tindakan bersederhana dalam kehidupan harian demi kesejahteraan negara. A. Saya makan nasi berlaukkan ayam goreng dan telur setiap hari. B. Saya menggunakan kedua-dua halaman kertas secara optimum. C. Saya membiarkan air mengalir semasa mencuci pinggan mangkuk. D. Saya menghidupkan suis lampu di bilik walaupun saya berada di dapur. 2. Aiman menggunakan beg kitar semula semasa membeli barang-barang di pusat beli-belah. Apakah kepentingannya kepada negara? A. Aiman dapat memperagakan kecantikan beg kitar semula itu. B. Aiman dapat mengurangkan masalah pencemaran alam di Malaysia. C. Aiman boleh mendapat pujian dan penghargaan daripada rakan-rakan. D. Aiman boleh mengatasi masalah kekurangan beg plastik di pusat beli-belah. Negara kita menghadapi masalah untuk menyediakan pusat pelupusan sampah. Pusat pelupusan sampah yang sedia ada telah penuh. 3. Berdasarkan penyataan ini, apakah kesan pengabaian amalan kesederhanaan dalam pembuangan sampah di Malaysia? A. Sampah di dalam negara dapat diurus dengan baiknya. B. Kita dapat membuang sampah mengikut jenis yang ditetapkan. C. Kerajaan terpaksa membuka tapak pelupusan sampah yang baharu. D. Sampah yang dibuang dapat dikitar semula untuk dijadikan bahan baharu.

B. Tulis esei pendek tentang amalan kesederhanaan demi negara kita. _________________________________________________________________ ______________________________________________ _________________________________________________________________ ________________________________________ _________________________________________________________________

130

14

UNIT

AMALAN TOLERANSI MENJAMIN PERPADUAN NEGARA

RA

NGS

PEN

ANGA

IL A I A N

131

N

UNIT 14 Unit 3 KONSEP

TOLERANSI DIAMALKAN PERPADUAN DIKUKUHKAN PE AN N GAYA

Baca dan fahami petikan. Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai rakyat berbilang kaum. Rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini hidup dalam suasana harmoni. Pelbagai kebudayaan dan pegangan agama tidak menjadi penghalang kepada rakyat P E untuk terusN bersatu padu dan mengekalkan Pperpaduan N GiniUberlaku A E M U L I H A Nnegara. Perkara K U H kerana wujudnya toleransi antara kaum di negara kita.

Sambutan Tahun Baharu Cina akan dimeriahkan dengan tarian singa. Bunyi gendang yang kuat dalam tarian singa boleh diterima dengan hati terbuka oleh rakyat Malaysia.

Penganut agama Hindu akan berarak di jalan raya semasa sambutan Hari Thaipusam. Rakyat Malaysia memberikan laluan atau menggunakan laluan alternatif semasa perarakan tersebut.

132

UNIT 14

Seruan azan menandakan masuknya waktu sembahyang untuk penganut agama Islam. Masyarakat setempat memahami keadaan ini dan menerimanya sebagai satu kebiasaan.

Hari Gawai disambut setiap tahun di Malaysia. Kita turut serta dan saling memberikan ucapan “Selamat Menyambut Hari Gawai” kepada mereka yang menyambut perayaan ini.

KEPENTINGAN AMALAN TOLERANSI • Mewujudkan persefahaman antara masyarakat • Mengekalkan keharmonian di dalam negara kita • Memupuk perpaduan antara kaum di Malaysia Terangkan sikap toleransi kamu dalam kehidupan harian demi perpaduan negara. Apakah kepentingan yang kamu peroleh apabila bertoleransi demi perpaduan negara? Nyatakan perasaan kamu setelah mengamalkan toleransi demi perpaduan negara.

14.1 14.2 14.4

• Bimbing murid memahami petikan dan kaitkannya dengan amalan toleransi. • Minta murid jalankan aktiviti Pembelajaran Abad Ke-21 (Meja Bulat).

133 133

UNIT 14

KISAH HARI INI PE

NGU

KUH

AN

Fahami cerita dan lakonkan situasi. Saya mendapat johan dalam pertandingan robotik peringkat kebangsaan. Ibu menghantar saya menghadiri majlis penyampaian hadiah yang telah diadakan di Dewan Intan.

Majlis penyampaian hadiah akan bermula dalam masa 15 minit lagi tetapi saya patut bersabar dan memberikan laluan kepada rombongan pengantin.

134

Ibu, lihat. Ada satu tempat letak kereta yang kosong di sana. Bertuahnya kita!

UNIT 14 Ibu, bertenang. Kita patut kawal diri.

Saya hendak ke kuil untuk berdoa. Anak saya sedang menjalani pembedahan.

Terima kasih.

Akhirnya, saya menerima hadiah walaupun terlewat menghadiri majlis penyampaian hadiah. Namun begitu, saya berasa sangat bangga kerana dapat bertoleransi dengan kaum lain. Pada pendapat kamu, mengapakah budak lelaki itu bertoleransi walaupun kesuntukan masa? Pengabaian amalan toleransi dalam kehidupan akan menjejaskan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat. Bincangkan.

14.1 14.2 14.3 14.5

• Minta murid menyatakan perasaan mereka selepas menghayati amalan toleransi melalui lakonan. • Minta murid berkongsi pengalaman mereka bertoleransi dengan kaum lain dalam kehidupan harian.

135

UNIT 14 Unit 3 PE

NG A Y AAN

BUDAYAKAN AMALAN TOLERANSI

Jalankan aktiviti perbincangan. Berdasarkan Global Peace Index (GPI), pada tahun 2020 Malaysia berada di kedudukan ke-20 daripada 163 buah negara. Kedudukan ini membuktikan bahawa Malaysia ialah negara yang aman walaupun terdiri daripada kaum. Ppelbagai N E NGU

136

KUH

A

Global Peace Index (GPI) ialah indeks antarabangsa yang dikeluarkan oleh Institute for Economics and Peace (IEP). Fokus indeks ini adalah untuk memahami aspek keselamatan, ketenteraman dan konflik yang berlaku di dalam negara dan pada peringkat antarabangsa berdasarkan penelitian terhadap tahap kedamaian di 163 buah negara. (Sumber: Buku Dasar Perpaduan Negara)

UNIT 14 Secara berkumpulan, bincangkan perkara berikut dan bentangkan hasil perbincangan dengan menggunakan pelbagai media.

1 2 3 4 5

Bagaimanakah Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dapat mengekalkan keamanan negara?

Nyatakan cara rakyat Malaysia yang berbilang kaum bertoleransi dalam kehidupan harian.

Huraikan kepentingan amalan toleransi antara rakyat Malaysia dari aspek perpaduan negara.

Ramalkan kesan jika rakyat Malaysia mengabaikan amalan toleransi dalam pergaulan harian.

Apakah usaha yang perlu dilakukan untuk membolehkan Malaysia berada di kedudukan GPI yang lebih baik pada masa depan?

Apakah perasaan kamu ketika bertoleransi antara rakyat Malaysia berbilang kaum? Terangkan sebabnya.

14.1 14.2 14.3 14.4

Tulis sebuah karangan pendek yang bertajuk “Toleransi Menjamin Perpaduan Negara”.

• Minta murid membuat refleksi selepas perbincangan. • Bimbing murid membuat pembentangan.

137

UNIT 14 Unit 3 PE

M U LI H A N

BERSIKAP TOLERANSI DEMI PE PERPADUAN NEGARA N AN GUKUH

Hayati situasi dan hasilkan risalah. Kamu hendak menghasilkan risalah tentang kepentingan amalan toleransi demi perpaduan negara. Risalah tersebut akan dimuat naik dalam media sosial untuk menyedarkan rakyat tentang sikap bertoleransi.

1

3 138

Tekan Start dan pilih Microsoft Publisher.

Pilih Event Flyer.

2

Tekan New.

4

Tekan Create.

UNIT 14

5

Taip kepentingan amalan toleransi.

7

6

Masukkan gambar yang sesuai dan hiaskan.

Risalah yang telah siap.

Kumpul keratan akhbar atau majalah tentang amalan toleransi rakyat Malaysia demi perpaduan negara dan bentangkan.

Jelaskan perasaan kamu apabila dapat menyemaikan amalan toleransi melalui penghasilan risalah. Ramalkan perkara yang akan berlaku pada masa akan datang jika rakyat Malaysia tidak bersikap toleransi.

14.1 14.2 14.3 14.4

• Bimbing murid menghasilkan risalah dengan menggunakan pelbagai aplikasi. • Bimbing murid mencari maklumat tentang amalan toleransi rakyat Malaysia dalam pelbagai media.

Cara Membuat Risalah

139

UNIT 14

MARI UJI DIRI PEN

IL A I A N

PE

M U LI H

AN

PE

NGU

KUH

AN

A. Baca penyataan dan jawab soalan.

Rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Sebagai rakyat Malaysia, kamu patut mengamalkan sikap toleransi demi perpaduan. (a) Nyatakan sikap toleransi yang pernah kamu amalkan demi perpaduan

negara kita. __________________________________________________________ (b) Mengapakah kamu patut mengamalkan sikap toleransi demi perpaduan negara? __________________________________________________________ (c) Terangkan perkara yang akan berlaku jika kamu mengabaikan amalan toleransi demi perpaduan negara. __________________________________________________________ (d) Huraikan perasaan kamu apabila bersikap toleransi demi perpaduan negara kita. __________________________________________________________

B. Tulis ucapan ringkas bertajuk “Toleransi Teras Perpaduan Negara”. Sampaikan ucapan ringkas kamu dalam perhimpunan sekolah.

140

CADANGAN JAWAPAN UNIT 1

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN (MUKA SURAT 10)

Bahagian A 1. Betul - Agama atau kepercayaan membentuk kehidupan harian yang sempurna. 2. Betul - Tidak mengganggu sensitiviti agama atau kepercayaan. 3 Betul - Kita dapat hidup dalam keadaan aman dan tenteram. 4. Salah - Kita patut saling memahami dan menghormati agama atau kepercayaan. Bahagian B 1. (a) Bangsa dan negara ini diwujudkan atas kepercayaan yang kukuh kepada Tuhan. (b) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Islam agama Persekutuan. 2. Persefahaman dapat diwujudkan kerana saling menghormati dan mengekalkan perpaduan negara.

UNIT 2

BAIK HATI (MUKA SURAT 20)

Bahagian A 1. kewangan 2. ikhlas 3. sokongan

4. gembira 5. Kepekaan

Bahagian B 1. Kita dapat mengurangkan beban mereka dan mewujudkan suasana kerja yang aman dan tenteram. 2. Bantuan kebendaan atau bantuan perkhidmatan bagi meringankan beban wira negara.

UNIT 3

BERTANGGUNGJAWAB (MUKA SURAT 30)

Bahagian A 1. Saya mengitar semula bahan terbuang. 2. Saya tidak terlibat dalam kegiatan jenayah. 3. Saya dapat membetulkan tanggapan yang salah terhadap negara. 4. Saya membeli barangan buatan Malaysia. Bahagian B 1. E-waste ialah barangan elektrik dan elektronik yang telah rosak, tidak berfungsi atau lama seperti telefon bimbit, komputer, televisyen, mesin basuh, peti sejuk dan pendingin hawa. 2. Saya akan menghantar E-waste ke pusat pengumpulan yang berdaftar atau kemudahan pemerolehan kembali yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS). 3. Kesihatan kita terjejas dan pencemaran alam sekitar berlaku. 4. Kempen Alam Sekitar, Kempen Antidadah dan Kempen Jom Sihat.

UNIT 4

BERTERIMA KASIH (MUKA SURAT 40)

Melintang 3. Perpaduan 6. Kepelbagaian 8. perayaan 9. kagum 10. keunikan

UNIT 5 1.

Dialog 1 Dialog 2 Dialog 1 Dialog 2

Menegak 1. harmoni 2. budaya 4. terbuka 5. aman 7. bangga

HEMAH TINGGI (MUKA SURAT 50) - Selamat pagi, cik. Bolehkah saya minta jus oren? - Tidak mengapa. Terima kasih. - Selamat petang, encik. Saya dari bilik 341. Saya tidak dapat menghidupkan televisyen. - Terima kasih, encik. Saya akan menunggu seketika.

2. Wajar. - Saya dapat mengeratkan hubungan yang baik. - Saya dapat meningkatkan imej negara. - Saya dapat mewujudkan kemesraan. 3. Patut. - Saya dapat mewujudkan suasana yang aman dan tenteram. - Kita dipandang tinggi sesama rakyat atau negara lain. - Kita dapat menjadi contoh yang baik kepada orang lain.

141

UNIT 6

HORMAT (MUKA SURAT 60)

Bahagian A 1. (a) Jalur Gemilang/Bendera Kebangsaan (b) Memasang Jalur Gemilang dengan cara yang betul. (c) Memupuk semangat patriotik. 2. (a) Rukun Negara (b) Mengamalkan prinsip Rukun Negara sebagai panduan dalam kehidupan. (c) Mengukuhkan perpaduan negara. 3. (a) Lagu Kebangsaan (b) Menyanyikan lagu Negaraku dengan bersemangat dan menghayati seni kata lagu. (c) Membentuk jati diri Malaysia. 4. (a) Bahasa Kebangsaan (b) Menggunakan bahasa Melayu dengan betulnya. (c) Rakyat bersatu padu. Bahagian B - Saya dapat mengenali dan memahami identiti negara. - Kita menghormati identiti negara untuk mengekalkan perpaduan negara. - Saya berasa bangga.

UNIT 7 1. 2. 3. 4.

KASIH SAYANG (MUKA SURAT 70)

Saya akan memilih untuk bercuti di Pulau Langkawi untuk menunjukkan semangat cinta akan negara. Saya akan menceritakan kepada rakan-rakan, menunjukkan foto atau menyebarkan melalui laman sosial. Ekonomi negara akan terjejas. Saya berasa bangga dan gembira.

UNIT 8

KEADILAN (MUKA SURAT 80)

Bahagian A 1. Polis Diraja Malaysia (PDRM). 2. PDRM melaksanakan segala kewajipan dan kuasa-kuasa dengan tegas, berani, adil dan saksama. 1. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 2. SPRM bebas dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak dalam membuat keputusan. Bahagian B 1. Tidak adil. 2. Ibu bapa patut menghantar anak ke sekolah kerana ini merupakan hak dan menjadi kewajipan mereka untuk mendapatkan pendidikan. 3. Hak kanak-kanak terjamin dan mewujudkan kehidupan yang selesa dan aman dalam negara. Bahagian C - Keamanan negara tergugat. - Pertelingkahan dalam kalangan rakyat. - Masalah jenayah akan meningkat.

UNIT 9

KEBERANIAN (MUKA SURAT 90)

Jika saya berani Saya menyertai pertandingan peringkat antarabangsa dengan penuh semangat. Saya mempertahankan maruah negara. Saya berasa bangga.

Jika saya tidak berani Tindakan

Saya menolak peluang menyertai pertandingan peringkat antarabangsa.

Kesan

Saya tidak dapat menunjukkan kehebatan tarian Malaysia pada peringkat dunia.

Perasaan

Saya berasa sedih.

Saya akan bertindak berani dengan menyertai pertandingan kerana berpeluang untuk mempromosikan tarian Malaysia dan membuktikan kehebatan tarian Malaysia.

142

UNIT 10

KEJUJURAN (MUKA SURAT 100)

Bahagian A Bercakap benar

Soon Kian memberitahu beberapa muka surat buku itu terkoyak akibat kecuaiannya.

Amanah

Soon Kian menggantikan buku itu dalam tempoh masa yang dijanjikan.

Ikhlas

Soon Kian menyatakan bahawa dia tidak layak dipuji kerana kesalahan itu berpunca daripadanya.

- Kejujuran membentuk keperibadian yang mulia. - Buku di dalam perpustakaan dapat digunakan dengan sebaik-baiknya.

Bahagian B Pengenalan: - Ciri kejujuran ialah bercakap benar, amanah dan ikhlas. Kepentingan amalan kejujuran demi negara: - Kejujuran melahirkan rakyat yang berintegriti. - Kejujuran meningkatkan kekuatan jati diri. - Kejujuran mengukuhkan pentadbiran negara. Kesimpulan: - Amalan kejujuran rakyat dapat membentuk masyarakat yang harmoni dan kesejahteraan negara dapat dikekalkan.

UNIT 11

KERAJINAN (MUKA SURAT 110)

Bahagian A 1. (a) Datuk Lee Chong Wei, pemain badminton Malaysia. (b) Dato’ Pandelela Rinong, atlet terjun Malaysia. (c) Datuk Mohd Nor bin Khalid (Datuk Lat), Kartunis Malaysia. (d) Tan Sri Michelle Yeoh Choo Kheng, pelakon antarabangsa. 2. Saya sentiasa gigih dan berusaha bersungguh-sungguh sehingga mencapai peringkat tertinggi dalam bidang sukan atau saya membuat latihan setiap hari dengan penuh semangat. 3. Saya dapat meningkatkan imej negara dan negara melahirkan lebih ramai cendekiawan dan pakar dalam bidang yang diceburi. Bahagian B - Beliau berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai impian. - Beliau memiliki kekuatan mental yang berterusan. - Beliau selalu membayangkan bahawa suatu hari nanti beliau akan ke angkasa.

UNIT 12

KERJASAMA (MUKA SURAT 120)

Bahagian A 1. Saya berasa sedih kerana pantai dipenuhi dengan botol plastik yang mencemarkan alam sekitar. 2. (a) Saya mengadakan gotong-royong mengutip botol plastik dan sampah yang lain. (b) Saya bekerjasama membuat pelbagai papan peringatan untuk menyedarkan orang ramai menjaga kebersihan pantai. 3. Kerjasama dapat mengeratkan silaturahim dan mengukuhkan semangat perpaduan. 4. Imej negara akan terjejas jika pelancong asing berkunjung ke pantai yang tercemar. Hal ini akan menyebabkan ekonomi negara merosot kerana tidak dapat menarik pelancong asing ke Malaysia. Bahagian B - Sikap kerjasama patut diamalkan dalam kehidupan harian. - Contoh amalan menjaga alam sekitar, membanteras jenayah, menangani masalah kesihatan awam dan sebagainya. - Rakyat bersatu hati mengatasi pelbagai masalah. - Hubungan rakyat semakin erat dan kukuh. - Negara menjadi aman harmoni.

UNIT 13

KESEDERHANAAN (MUKA SURAT 130)

Bahagian A 1. B 2. B

3. C

Bahagian B - Kita berjimat cermat dalam semua penggunaan sumber seperti elektrik dan air. - Kita berkongsi kereta atau menaiki kenderaan awam. - Kita menjimatkan penggunaan kertas bagi mengurangkan aktiviti pembalakan.

143

UNIT 14

TOLERANSI (MUKA SURAT 140)

Bahagian A (a) Saya bertolak ansur dengan semua rakyat tanpa mengira agama dan bangsa. (b) Saya mewujudkan negara yang aman atau mengeratkan hubungan antara rakyat pelbagai kaum. (c) Saya mewujudkan jurang perpaduan atau negara menjadi kucar-kacir dan tidak aman. (d) Saya berasa gembira apabila bertoleransi demi perpaduan negara. Bahagian B Toleransi Teras Perpaduan Negara Cara

- Bertolak ansur, sabar dan kawal diri dalam situasi yang mewujudkan kekecohan.

Kepentingan

- Menjamin perpaduan. - Mewujudkan suasana kehidupan yang harmoni dalam negara.

Kesan pengabaian

- Mewujudkan salah sangka dalam kalangan rakyat Malaysia. - Keamanan negara tergugat.

Perasaan

- Bangga - Seronok

SENARAI ALAMAT LAMAN SESAWANG KOD QR 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16. 17. 18. 19. 20. 21. 22. 23. 24. 25.

144

Muka surat 3: http://dbook.penerangan.gov.my/dbook/?product=risalah-ini-janji-kita Muka surat 7: http://bukuteks.dbp.gov.my/media.php?id=3452 Muka surat 17: https://www.jkm.gov.my/jkm/index.php Muka surat 19: https://www.adk.gov.my/ Muka surat 23: https://www.jpn.gov.my/my/perkhidmatan/kad-pengenalan/mykad-12 Muka surat 30: https://ewaste.doe.gov.my/index.php/ms/apakah-e-waste/ Muka surat 35: http://bukuteks.dbp.gov.my/media.php?id=3798 Muka surat 39: http://bukuteks.dbp.gov.my/media.php?id=3306 Muka surat 49: http://bukuteks.dbp.gov.my/media.php?id=3813 Muka surat 52: http://bukuteks.dbp.gov.my/media.php?id=3311 Muka surat 55: http://dbook.penerangan.gov.my/dbook/dmdocuments/jalurgemilang2020/files/downloads/ jalurgemilang_2020.pdf Muka surat 56: https://www.malaysia.gov.my/portal/category/86 Muka surat 59: http://bukuteks.dbp.gov.my/media.php?id=3318 Muka surat 65: http://bukuteks.dbp.gov.my/media.php?id=4120 Muka surat 73: https://www.kpdnhep.gov.my/ms/kepenggunaan/hak-pengguna/aduan-pengguna.html Muka surat 76: https://www.sprm.gov.my/index.php?page_id=74&language=my Muka surat 77: https://www.sprm.gov.my/index.php?id=21&page_id=75&articleid=1074 Muka surat 87: http://bukuteks.dbp.gov.my/media.php?id=3312 Muka surat 89: http://bukuteks.dbp.gov.my/media.php?id=3856 Muka surat 95: http://bukuteks.dbp.gov.my/media.php?id=3799 Muka surat 103: http://bukuteks.dbp.gov.my/media.php?id=3316 Muka surat 107: http://lamanweb.dbp.gov.my/index.php/pages/view/1200 Muka surat 109: http://bukuteks.dbp.gov.my/media.php?id=3315 Muka surat 115: https://www.moha.gov.my/index.php/ms/terkini/3409-volunteer-smartphone-patrol-vsp Muka surat 139: http://bukuteks.dbp.gov.my/media.php?id=3801

Dengan ini, SAYA BERJANJI akan menjaga buku ini dengan baiknya dan bertanggungjawab atas kehilangannya, serta mengembalikannya kepada pihak sekolah pada tarikh yang ditetapkan.

Skim Pinjaman Buku Teks Sekolah _______________________________________ Tahun

Darjah

Nama Penerima

Tarikh Terima

Nombor Perolehan: ______________________________ Tarikh Penerimaan: ______________________________ BUKU INI TIDAK BOLEH DIJUAL

RM15.80

BT11001