Data Loading...
BUKU TEKS PENDIDIKAN SAINS SOSIAL DAN ALAM SEKITAR KSSMPK TINGKATAN 5 Flipbook PDF
KSSMPK_PSSAS_Tingkatan 5
155 Views
45 Downloads
FLIP PDF 197.08MB
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH PENDIDIKAN KHAS
TINGKATAN 5 PENULIS SHAMSUL AZAHARI BIN ZAINAL BADARI KU AHMAD YUSOF BIN KU AHMAD KHIR
EDITOR NABILAH BINTI ABDUL RAZAK
PEREKA GRAFIK FIRDAUS BIN ABDULLAH
ILUSTRATOR MOHAMAD NOR SUFIAN BIN ABDULLAH ZAUAUI
2020
No. Siri Buku: 0139 KPM2020 ISBN 978-967-2448-74-7 Cetakan Pertama 2020 © Kementerian Pendidikan Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahan dalam buku ini tidak dibenarkan diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk atau cara, baik dengan cara elektronik, mekanik, penggambaran semula mahupun dengan cara perakaman tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium. Diterbitkan untuk Kementerian Pendidikan Malaysia oleh: Aras Mega (M) Sdn. Bhd. (164242-W) No. 18 & 20, Jalan Damai 2, Taman Desa Damai, Sg Merab, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan. No. Telefon: 03-89258975 No. Faksimile: 03-89258985 Laman Web: www.arasmega.com Reka Letak dan Atur Huruf: Aras Mega (M) Sdn. Bhd. Muka Taip Teks: Azim Saiz Muka Taip Teks: 13 poin Dicetak oleh: ARIF CORPORATION SDN. BHD. No.42, Jalan Pengasah 15/13, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor. No. Telefon: 03-55137244 E-mel: [email protected]
PENGHARGAAN Penghasilan buku teks ini melibatkan kerjasama banyak pihak. Sekalung penghargaan dan terima kasih ditujukan kepada semua pihak yang terlibat: • Jawatankuasa Penambahbaikan Pruf Muka Surat, Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. • Jawatankuasa Penyemakan Pembetulan Pruf Muka Surat, Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. • Jawatankuasa Penyemakan Naskhah Sedia Kamera, Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. • Pegawai-pegawai Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan dan Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. • Jabatan Penerangan Malaysia. • Majlis Perbandaran Dungun. • Majlis Perbandaran Manjung. • Parlimen Malaysia. • Jawatankuasa Kawalan Mutu Aras Mega (M) Sdn. Bhd. • Semua pihak yang sudi berkongsi maklumat, pendapat, kerjasama, cadangan dan sokongan sama ada secara langsung atau tidak langsung bagi menyempurnakan penerbitan buku teks ini.
KANDUNGAN PENDAHULUAN PENERANGAN IKON TOPIK PEMBELAJARAN
vii viii ix
UNIT 1 : MANUSIA
1
1.1 Kehamilan 1.1.1 Maksud kehamilan 1.1.2 Perkembangan kehamilan 1.1.3 Keperluan nutrisi untuk ibu hamil 1.1.4 Kepentingan penjagaan kesihatan ibu semasa hamil Imbas Maklumat Penilaian Refleksi Diri
2 2 2 5 7 13 14 17
1.2 Kelahiran
Imbas Maklumat Penilaian Refleksi Diri
18 18 19 21 25 28 29 31
UNIT 2 : HAIWAN
33
2.1 Haiwan dan Kepentingannya 2.1.1 Hubungan antara haiwan dengan manusia dan tumbuhan 2.1.2 Kepentingan haiwan kepada manusia i. Perindustrian ii. Kesihatan iii. Pengangkutan
34 34 38 38 38 38
1.2.1 1.2.2 1.2.3 1.2.4
Maksud kelahiran Proses kelahiran bayi Kepentingan pengambilan makanan berkhasiat selepas kelahiran Kepentingan penyusuan susu ibu
iii
2.1.3 Kepentingan haiwan kepada tumbuhan i. Menyebarkan biji benih ii. Menggemburkan tanah iii. Kawalan biologi 2.1.4 Memelihara haiwan Imbas Maklumat Penilaian Refleksi Diri
41 41 41 41 44 48 49 51
UNIT 3 : TUMBUHAN
53
3.1 Tumbuhan dan Kepentingan 3.1.1 Hubungan antara tumbuhan dengan manusia 3.1.2 Kepentingan tumbuhan kepada manusia i. Perindustrian ii. Perubatan iii. Peluang pekerjaan 3.1.3 Kepentingan tumbuhan kepada haiwan i. Habitat haiwan ii. Sumber makanan iii. Keseimbangan ekosistem 3.1.4 Memelihara dan memulihara tumbuhan Imbas Maklumat Penilaian Refleksi Diri
54 54 56 56 56 57 59 59 59 59 60 64 65 67
UNIT 4 : PENGAWETAN MAKANAN
69
4.1 Pembungkusan Vakum dan Pempasteuran 4.1.1 Makanan vakum dan pempasteuran i. Pembungkusan vakum ii. Pempasteuran 4.1.2 Proses pengawetan makanan i. Pembungkusan vakum ii. Pempasteuran 4.1.3 Kepentingan pengawetan makanan 4.1.4 Membungkus makanan secara vakum dan pasteur Imbas Maklumat Penilaian Refleksi Diri
70 70 70 71 73 73 75 78 80 84 86 89
iv
UNIT 5 : ALAM SEKITAR
91
5.1 Pemanasan Global 5.1.1 Maksud pemanasan global 5.1.2 Punca berlakunya pemanasan global i. Perindustrian ii. Pengangkutan iii. Pembakaran hutan 5.1.3 Kesan pemanasan global 5.1.4 Menjaga alam sekitar Imbas Maklumat Penilaian Refleksi Diri
92 92 94 94 95 95 97 99 103 104 107
UNIT 6 : KELESTARIAN
109
6.1 Pengurusan Sisa Pepejal 6.1.1 Sisa pepejal daripada kaca 6.1.2 Cara menggunakan semula sisa pepejal daripada kaca 6.1.3 Kesan penggunaan semula sisa pepejal daripada bahan kaca 6.1.4 Mempamerkan objek yang diguna semula daripada bahan kaca Imbas Maklumat Penilaian Refleksi Diri
110 110 114
122 123 125
UNIT 7 : SEJARAH KITA
127
7.1 Negeriku 7.1.1 Kenali negeri tempat tinggal 7.1.2 Keistimewaan negeri tempat tinggal 7.1.3 Menilai keistimewaan negeri tempat tinggal berdasarkan bukti 7.1.4 Menzahirkan rasa cinta akan negeri tempat tinggal Imbas Maklumat Penilaian Refleksi Diri
128 128 131
117 119
136 139 142 143 145
v
UNIT 8 : PEMIMPIN
147
8.1 Pemimpin Negara 8.1.1 Pemimpin negara berdasarkan jawatannya 8.1.2 Pemimpin dan sumbangannya kepada negara 8.1.3 Mempamerkan sikap menghargai dan menghormati pemimpin negara Imbas Maklumat Penilaian Refleksi Diri
148 148 152 155 158 159 161
UNIT 9 : PEMERINTAHAN DI MALAYSIA
163
9.1 Demokrasi Berparlimen 9.1.1 Maksud demokrasi berparlimen 9.1.2 Fungsi wakil rakyat
164 164 166
9.2 Pilihan Raya di Malaysia
168
9.2.1
Maksud pilihan raya
168
9.2.2
Kelayakan untuk mengundi
170
9.2.3
Kepentingan mengundi
170
9.2.4 Melaksanakan tanggungjawab sebagai warganegara
172
Imbas Maklumat
176
Penilaian
177
Refleksi Diri
179
RUJUKAN INDEKS
vi
180 182
PENDAHULUAN Buku teks Pendidikan Sains, Sosial dan Alam Sekitar Pendidikan Khas Tingkatan 5 ini memfokuskan keseluruhan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), Kurikulum Standard Sekolah Menengah Pendidikan Khas (KSSMPK). Kandungan dalam buku ini merangkumi Standard Kandungan (SK) dan Standard Pembelajaran (SP) yang disediakan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK), Kementerian Pendidikan Malaysia. Kandungan buku ini dibina berdasarkan sembilan tajuk pembelajaran. Murid diberi pengukuhan pemahaman terhadap ilmu sains, geografi, alam sekitar, sejarah dan kewarganegaraan serta sosial. Buku ini bermatlamat melahirkan Murid Berkeperluan Khas (MBK) yang mampu menjalani kehidupan secara berdikari, melestari alam sekitar, boleh berinteraksi dengan masyarakat dan cinta akan negara. Melalui elemen pembelajaran sains, MBK didedahkan dengan ilmu pengetahuan asas sains yang sistematik, boleh diuji dan dibuktikan kebenarannya. Dalam elemen pembelajaran alam sekitar pula, MBK dibimbing untuk memahami bentuk persekitaran fizikal dan budaya setempat serta perkaitannya dengan alam semula jadi. Manakala melalui elemen pembelajaran sejarah dan kewarganegaraan, MBK dapat mengenal diri sendiri, keluarga, tempat tinggal dan budaya masyarakat Malaysia. Bagi memastikan matlamat dan objektif KSSMPK bagi mata pelajaran ini tercapai, elemen merentas kurikulum yang sedia ada ditambah dengan elemen sains dan teknologi, kreativiti dan inovasi, keusahawanan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) serta Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Selain itu, nilai murni dan sikap positif serta budaya kerja yang baik turut diterapkan. Diharapkan segala idea dan buah fikiran yang diadun dalam buku ini dapat membantu mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan murid yang berupaya mengaplikasi, menganalisis, menilai, dan mencipta secara kreatif dan inovatif seiring dengan Pembelajaran Abad Ke-21.
vii
PENERANGAN IKON Celik Ilmu
1
UNIT
Pembahagian unit dalam buku yang disertakan dengan halaman rangsangan.
Refleksi Diri Penilaian murid mengenai pelajaran yang telah dipelajari.
1.1.1 Pecahan unit yang lebih terperinci untuk kefahaman murid.
Celik Keusahawanan Pendidikan awal keusahawanan kepada murid.
Maklumat tambahan berkaitan unit yang diajar.
Menguji kefahaman murid mengenai tajuk yang dipelajari. Jom Buat
Aktiviti murid untuk memenuhi Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran.
Nilai-nilai murni yang diajar dan diterapkan kepada murid. Carian Internet
Imbas
viii
Imbas di Sini Mengimbas kod QR yang mengandungi maklumat tambahan.
G
Glosari
Menerangkan maksud sesuatu perkataan. 1.1.1 Nombor Standard Pembelajaran yang terkandung dalam DSKP. Imbas Maklumat
Rumusan keseluruhan kandungan pelajaran menggunakan peta minda. Penilaian
Latihan bagi menguji pengetahuan dan pemahaman murid pada akhir setiap unit.
Memberikan perhatian kepada murid terhadap aspek kebersihan dan keselamatan.
di Sini
Bimbingan kepada guru mengenai cadangan aktiviti di dalam atau luar kelas.
Latihan
Mencari maklumat yang berkaitan di laman sesawang.
Ingat !
Nota Guru
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
PAK-21 Ikon untuk Pembelajaran Abad Ke-21.
Aktiviti Aktiviti bagi menguji pengetahuan dan pemahaman murid yang dilakukan secara individu atau berkumpulan.
TOPIK PEMBELAJARAN UNIT
1
UNIT
2
MANUSIA
UNIT
3
UNIT
4
TUMBUHAN
UNIT
5
PENGAWETAN MAKANAN
UNIT ALAM SEKITAR
UNIT
7
HAIWAN
6
KELESTARIAN
UNIT SEJARAH KITA
UNIT
9
8
PEMIMPIN
PEMERINTAHAN DI MALAYSIA
ix 1
Dalam unit ini, murid dapat: 1.1 Kehamilan 1.1.1 Menyatakan maksud kehamilan. 1.1.2 Mengenal pasti perkembangan kehamilan. 1.1.3 Menerangkan nutrisi untuk ibu hamil. 1.1.4 Menjelaskan kepentingan penjagaan kesihatan sepanjang tempoh kehamilan. 1.2 Kelahiran 1.2.1 Menyatakan maksud kelahiran. 1.2.2 Menerangkan proses kelahiran bayi. 1.2.3 Memerihalkan kepentingan pengambilan makanan berkhasiat selepas kelahiran. 1.2.4 Menjelaskan kepentingan penyusuan susu ibu.
x
UNIT
1
MANUSIA
Seperti hidupan lain, manusia juga akan mengalami proses pembiakan bagi menambahkan bilangan dan memastikan spesies terus wujud di dunia ini. Secara umum, seorang wanita akan mengalami proses kehamilan selama sembilan bulan sebelum melahirkan anak.
1
1.1 Kehamilan 1.1.1
Maksud kehamilan
Kehamilan ialah keadaan seorang wanita membawa janin dalam rahim mereka. Janin terhasil daripada persenyawaan sperma dan ovum. Kehamilan berlaku selama sembilan bulan, iaitu dalam tempoh 40 minggu. Carian Internet
Celik Ilmu Pakar perubatan menggunakan tarikh haid terakhir seorang wanita sebagai titik permulaan kehamilan.
1.1.2
Taipkan perkataan “KEHAMILAN” dan baca maklumat mengenainya di Internet.
Apakah perbezaan kehamilan manusia dan haiwan dari segi tempoh kehamilan?
Perkembangan kehamilan
Masa kehamilan boleh dibahagikan kepada tiga fasa, iaitu trimester pertama, trimester kedua dan trimester ketiga. Tempoh setiap satu trimester atau peringkat kehamilan ialah selama 13 minggu. Trimester pertama (minggu 1 hingga 13) • Minggu 1 hingga 3 Zigot terbentuk. • Minggu 9 hingga 12 Embrio terbentuk, jantung janin mula berdegup dan tulang belakang terbentuk.
2
• Minggu 4 hingga 8 Lengan dan kaki janin terbentuk. • Minggu 13 Alat kelamin janin telah terbentuk walaupun belum lengkap.
Nota Guru • Bimbing murid untuk membincangkan kehamilan melalui carian Internet. • Bimbing murid untuk menghasilkan nota ringkas dalam bentuk peta i-Think mengenai perkembangan kehamilan.
1.1.1 1.1.2
Trimester kedua (minggu 14 hingga 27) • Minggu 14 hingga 18 - Janin mula terbentuk dengan lebih jelas. - Sistem saraf mula berfungsi dengan baik. - Janin sudah mula bernafas dengan baik dan jari tangan serta kaki mula terbentuk. - Alat kelamin janin menjadi lebih sempurna.
• Minggu 19 hingga 23 - Berat janin meningkat. - Rambut mula tumbuh. Kening dan kelopak mata terbentuk. - Janin mula bergerak aktif. - Tulang sumsum paru-paru, hati, dan limpa mula berfungsi.
• Minggu 24 hingga 27 - Wajah, telinga dan mata mula terbentuk sepenuhnya. - Warna mata sudah kelihatan dan sistem pendengaran terbentuk sepenuhnya. - Kitaran sedu bermula dan janin mula menghisap jari.
Trimester ketiga (minggu 28 hingga 40) • Minggu 28 • Minggu 38 • Minggu 33 hingga 32 hingga 40 hingga 37 - Sebahagian besar - Janin berubah - Tulang janin organ janin telah posisi, kepala semakin mengeras, janin perlahanbuah pinggang dan berkembang sepenuhnya. lahan bergerak hati telah terbentuk. ke bawah. - Janin telah cukup - Janin boleh membuka mata - Paru-paru janin matang pada dan bernafas berkembang. minggu ke-37. dengan baik. - Sistem - Janin mula penghadaman bersedia untuk janin telah dilahirkan. terbentuk dengan sempurna.
Imbas
Apakah yang berlaku pada minggu 1 hingga 3 kehamilan? Bincangkan.
di Sini
Layari laman web http://arasmega.com/ qr-link/perkembangan-janin-di-dalamkandungan/ untuk menonton video perkembangan janin di dalam kandungan. (Dicapai pada 4 Ogos 2020) 3
Latihan
1. Isikan jawapan yang betul mengenai perkembangan janin bagi setiap minggu kehamilan yang dinyatakan di bawah. (a) Minggu 2 hingga 8: ______________________________________ ______________________________________ (b) Minggu 4 hingga 12: ______________________________________ ______________________________________ (c) Minggu 19 hingga 23: ______________________________________ ______________________________________ (d) Minggu 28 hingga 32: ______________________________________ ______________________________________ (e) Minggu 38 hingga 40: ______________________________________ ______________________________________ 2. Tandakan (✓) pada gambar yang menunjukkan fasa kehamilan pada trimester ketiga.
4
Nota Guru • Bimbing murid untuk menjawab latihan berpandukan buku teks. • Halaman ini boleh dicetak daripada kod QR pada muka surat 16.
1.1.3
Keperluan nutrisi untuk ibu hamil
Keperluan nutrisi akan meningkat ketika ibu sedang hamil. Hal ini berlaku kerana keperluan tenaga dan kesihatan ibu itu sendiri. Tujuannya adalah untuk menggalakkan perkembangan janin di dalam kandungan. Oleh itu, ibu hamil perlu mengambil makanan yang seimbang. Jenis nutrien dan fungsi Protein
Kalsium dan fosforus Menguatkan tulang dan gigi ibu serta tulang janin di dalam kandungan.
Pembentukan sel-sel dan tisu-tisu janin yang baharu.
Asid folik
Karbohidrat dan lemak
Membantu melindungi janin di dalam kandungan daripada kecacatan dalam sistem saraf.
Membekalkan tenaga kepada ibu dan janin di dalam kandungan.
Zat besi Membantu pembentukan hemoglobin dalam sel darah merah bagi mengangkut oksigen dan karbon dioksida di dalam badan.
G
Glosari
Antibodi Kandungan dalam darah yang dapat memusnahkan bakteria yang memudaratkan atau membahayakan tubuh.
Vitamin dan mineral Membantu antibodi ibu menentang penyakit dan memastikan kesihatan janin di dalam kandungan.
Celik Ilmu Hemoglobin ialah molekul protein di dalam sel darah merah yang bergabung dengan oksigen dan karbon dioksida untuk diangkut melalui sistem peredaran darah di dalam badan.
Nota Guru Bimbing murid untuk membincangkan keperluan nutrisi ibu semasa hamil.
Mengapakah ibu hamil perlu mengambil pil asid folik dan zat besi semasa tempoh kehamilan?
1.1.3
5
Latihan
1. Lengkapkan jadual dengan jawapan yang betul.
Bil.
Asid folik
Kalsium dan fosforus
Karbohidrat dan lemak
Vitamin dan mineral
Zat besi
Protein
Nutrien
Fungsi
a.
Pembentukan sel-sel dan tisu-tisu janin yang baharu.
b.
Menguatkan tulang dan gigi ibu serta tulang janin di dalam kandungan.
c.
Membantu melindungi janin di dalam kandungan daripada kecacatan dalam sistem sarafnya.
d.
Membekalkan tenaga kepada ibu dan janin di dalam kandungan.
e.
Membantu pembentukan hemoglobin dalam sel darah merah bagi mengangkut oksigen dan karbon dioksida di dalam badan.
f.
Membantu antibodi ibu menentang penyakit dan memastikan kesihatan janin di dalam kandungan.
6
Nota Guru • Bimbing murid untuk menjawab latihan berpandukan buku teks. • Halaman ini boleh dicetak daripada kod QR pada muka surat 16.
1.1.4
Kepentingan penjagaan kesihatan ibu semasa hamil
(a) Penjagaan kesihatan ibu semasa hamil Penjagaan kesihatan ibu semasa hamil dikenali sebagai penjagaan pranatal. Penjagaan ini penting bagi memastikan kesihatan ibu dan janin di dalam kandungan.
Memastikan perkembangan dan kesihatan janin di dalam kandungan adalah normal.
Memantau kesihatan ibu dan janin di dalam kandungan. Kepentingan penjagaan kesihatan ibu semasa hamil
Mengesan dan mengelakkan komplikasi lebih awal.
Memastikan ibu mengambil makanan berkhasiat dan mendapatkan nasihat pemakanan.
Celik Ilmu Komplikasi merujuk kepada masalah kesihatan ibu dan janin semasa tempoh kehamilan.
Bagaimanakah perkembangan dan kesihatan janin di dalam kandungan dapat dikekalkan?
Nota Guru Bimbing murid untuk merumuskan maklumat berkaitan kepentingan penjagaan kesihatan ibu semasa hamil.
1.1.4
7
(b) Tabiat yang perlu dielakkan semasa hamil Ketika wanita sedang hamil, mereka perlu menjauhkan diri daripada tabiat merokok, minum minuman beralkohol dan mengambil dadah yang berbahaya. Kesan negatif merokok
• Keguguran janin. • Kelahiran pramatang. • Kematian janin di dalam kandungan. • Kelahiran bayi kurang berat badan. • Janin kekurangan oksigen.
G
Kesan negatif pengambilan alkohol
Kesan negatif pengambilan dadah
• Kerencatan mental. • Pertumbuhan janin terbantut. • Kerosakan organ janin. • Terdedah kepada Sindrom Alkohol Janin.
• Kecacatan janin. • Kelahiran pramatang. • Kematian janin di dalam kandungan. • Kurang keupayaan intelek.
Glosari
Pranatal Proses embrio manusia atau janin berkembang semasa mengandung, iaitu dari peringkat persenyawaan sehingga kelahiran. Pramatang Lahir tidak cukup bulan. 8
Celik Ilmu Sindrom Alkohol Janin ialah masalah kecacatan janin dari segi fizikal, tingkah laku dan kurang keupayaan intelek.
Carian Internet Cari video mengenai tabiat yang perlu dielakkan oleh ibu hamil.
Aktiviti
Peralatan yang diperlukan
Pen penanda (Marker pen)
Kad manila
Gambar berkaitan dengan kesan negatif merokok, pengambilan alkohol dan pengambilan dadah.
Langkah-langkah aktiviti 1. Lakukan aktiviti ini secara berkumpulan. 2. Gabungkan jawapan daripada Kotak 1 (Tabiat) dengan Kotak 2 (Kesan Negatif) mengenai tabiat yang perlu dielakkan semasa hamil. Tulis jawapan dalam peta i-Think. 3. Kumpul gambar mengenai tajuk yang berkaitan. Hias secara kreatif gambar tersebut di atas kad manila. 4. Lantik seorang ketua kumpulan untuk menerangkan jawapan di hadapan bilik darjah. Kotak 1 Merokok
Pengambilan alkohol
Pengambilan dadah
Nota Guru • Bimbing murid untuk membuat aktiviti. • Guru menyediakan peralatan dan bahan.
Kotak 2 • Keguguran janin. • Kelahiran pramatang. • Kematian janin di dalam kandungan. • Kelahiran bayi kurang berat badan. • Kerencatan mental. • Pertumbuhan terbantut. • Kerosakan organ janin. • Terdedah kepada Sindrom Alkohol Janin. • Kecacatan janin. • Kurang keupayaan intelek. 9
Latihan
1. Berdasarkan gambar di bawah, tandakan (✔) pada aktiviti yang menjamin kesihatan ibu hamil dan (✘) pada aktiviti yang menjejaskan kesihatan ibu hamil.
Nota Guru 10
• Bimbing murid untuk menjawab latihan berpandukan buku teks. • Halaman ini boleh dicetak daripada kod QR pada muka surat 16.
Jom Buat
Buku Epal 3D Kehamilan Manusia Tujuan Menghasilkan bahan grafik berkaitan kesihatan dan kehamilan secara kreatif. Alat dan bahan
Pensel
Pemadam
Kertas warna (tebal)
Gam
Gunting
Pengokot (Stapler)
Gambar janin di dalam kandungan, ibu mengandung, sayur-sayuran, buah-buahan, susu, nasi, daging, ayam, wanita merokok, minuman beralkohol, dan pelbagai jenis dadah.
Langkah-langkah
1
Cari gambar-gambar di dalam buku, surat khabar atau majalah lama.
2
Gunting gambar yang berkaitan.
11
3
4
Lakar rupa epal pada kertas warna.
6
5
Gunting rupa epal tadi.
7
Lakar rupa tangkai epal pada kertas warna dan guntingkannya.
8
Gam dan tampal tangkai epal tadi di atas rupa epal yang pertama.
9
Tampal gambar yang digunting tadi pada buku 3D Epal.
Ingat ! Jaga kebersihan dan keselamatan semasa menjalankan aktiviti ini.
12
Ulangi langkah 3 dan 4 untuk mendapatkan enam rupa epal.
Hasil
Cantum semua rupa dan tangkai epal dengan gam atau pengokot (stapler).
Imbas Maklumat
Perkembangan kehamilan • Trimester pertama (minggu 1 hingga 13)
Keperluan nutrisi untuk ibu hamil • Protein • Kalsium dan fosforus • Asid folik • Karbohidrat dan lemak • Zat besi • Vitamin dan mineral
• Trimester kedua (minggu 14 hingga 27) • Trimester ketiga (minggu 28 hingga 40)
KEHAMILAN
Kepentingan penjagaan kesihatan ibu semasa hamil • Memantau kesihatan ibu dan janin di dalam kandungan • Mengesan dan mengelakkan komplikasi lebih awal • Memastikan ibu mengambil makanan berkhasiat dan mendapatkan nasihat pemakanan • Memastikan perkembangan dan kesihatan janin di dalam kandungan adalah normal
Tabiat yang perlu dielakkan semasa hamil • Tidak merokok • Tidak minum minuman beralkohol • Tidak mengambil dadah
13
Penilaian
A. Berdasarkan jawapan yang diberi, senaraikan bahagian anggota janin yang berkembang mengikut fasa perkembangan kehamilan. Jawapan boleh digunakan lebih daripada sekali. Jantung
Otak
Kelopak mata
Mata
Jari tangan
Tulang belakang
Trimester pertama
Trimester kedua
Tangan
Kaki
Paru-paru Trimester ketiga
B. Bulatkan jawapan yang betul. 1. Kehamilan merujuk kepada wanita yang mengandungkan janin di dalam rahim selama 9 bulan. a. Betul b. Salah
14
Nota Guru • Bimbing murid untuk menjawab soalan. • Halaman ini boleh dicetak daripada kod QR pada muka surat 16.
2. _______ membantu pembentukan sel-sel dan tisu-tisu janin yang baharu. a. Kalsium b. Fosforus c. Protein d. Zat besi 3. Karbohidrat dan _________ membantu membekalkan tenaga kepada ibu dan janin di dalam kandungan. a. kalsium b. lemak c. protein d. vitamin 4. _____________ berfungsi membantu pembentukan hemoglobin dalam sel darah merah bagi mengangkut oksigen dan karbon dioksida di dalam badan ibu dan janin. a. Zat besi b. Vitamin c. Mineral d. Fosforus C. Susun semula huruf di bawah. Tuliskan jawapan pada ruangan yang disediakan. 1. m u
i
2. s
i
d a
3. t
a
v
s
i
l
a
f
n
k
i
i
n
k
m
d a
o
l
a
n
d
s
o
f
r
o
s
f
m e
l
a
r
i
n
u
15
D. Tuliskan jawapan yang tepat pada kotak kosong yang disediakan.
Kepentingan penjagaan kesihatan ibu semasa hamil
E. Senaraikan DUA kesan negatif bagi tabiat merokok, pengambilan alkohol dan pengambilan dadah kepada ibu hamil.
Merokok a. ____________________________________________________________ b. ____________________________________________________________
Pengambilan alkohol a. ____________________________________________________________ b. ____________________________________________________________ Pengambilan dadah a. ____________________________________________________________ b. ____________________________________________________________ Imbas
di Sini
16
Refleksi Diri
Tandakan (✔) mengikut tahap penguasaan anda. Pada akhir pembelajaran ini:
Ya
Tidak
Saya boleh menyatakan maksud mengenai kehamilan secara umum.
Saya boleh menerangkan proses perkembangan kehamilan.
Saya boleh menunjuk cara menjaga kesihatan ibu hamil.
Saya boleh menganalisis nutrisi yang sesuai untuk ibu hamil dengan betul.
Saya boleh menilai kepentingan menjaga kesihatan ibu hamil sepanjang tempoh kehamilan dengan yakin.
Saya dapat menjana idea dengan menghasilkan bahan grafik berkaitan kesihatan dan kehamilan secara kreatif, boleh berkongsi maklumat dengan rakan serta boleh dicontohi.
17
1.2 Kelahiran 1.2.1
Maksud kelahiran
Kelahiran atau bersalin ialah proses pada hujung kehamilan yang mana janin dan plasenta keluar daripada rahim wanita. Kelahiran boleh berlaku secara semula jadi, iaitu melalui faraj atau secara pembedahan.
G
Glosari
Rahim Dikenali juga sebagai serviks. Plasenta Bermaksud uri. 18
Hargai ibu yang telah melahirkan dan membesarkan kita. Carian Internet Cari maklumat mengenai kelahiran.
Mengapakah terdapat kelahiran yang memerlukan pembedahan? Bincangkan.
Nota Guru Bimbing murid untuk membincangkan maksud kelahiran.
1.2.1
1.2.2
Proses kelahiran bayi
Kelahiran selalunya berlaku pada minggu ke-38 hingga 40 kehamilan. Kelahiran yang berlaku kurang daripada minggu ke-37 dikenali sebagai kelahiran pramatang atau kelahiran tidak cukup bulan. Proses kelahiran terdiri daripada tiga peringkat, iaitu peringkat pertama, kedua, dan ketiga.
Peringkat pertama
Peringkat kedua
1. Awal kelahiran • Serviks telah • Rahim menipis dan terbuka. terbuka sepenuhnya • Kontraksi semakit kuat, dan berlaku tekanan iaitu berlaku setiap pada rahim ibu kerana 5 hingga 20 minit. kepala janin mula • Air ketuban mula pecah. bergerak melalui faraj. • Ibu mula berasa 2. Kelahiran aktif ingin meneran. • Kontraksi semakin kuat, lama dan menyakitkan. • Kepala bayi mula • Jarak masa antara kontraksi kelihatan setelah semakin cepat. pembukaan faraj. • Ibu akan berasa tekanan • Doktor membantu bayi di bahagian belakang badan. keluar daripada faraj. • Serviks semakin licin dan bayi mula bergerak ke pintu serviks.
Peringkat ketiga • Bayi telah keluar daripada faraj. • Tali pusat bayi dipotong. • Kontraksi berlaku 5 hingga 10 minit selepas kelahiran bayi untuk mengeluarkan uri. • Uri akan terpisah daripada dinding rahim dan keluar melalui pintu faraj sama ada secara sendiri atau bantuan doktor.
Celik Ilmu Apakah yang membezakan antara fasa kehamilan dengan fasa kelahiran? Bincangkan.
di Sini
Imbas
Kelahiran bermula apabila berlakunya kontraksi, iaitu serviks mula menipis dan terbuka bagi membolehkan janin di dalam kandungan melaluinya.
Nota Guru Bimbing murid untuk menerangkan proses kelahiran bayi.
Layari laman web http://arasmega.com/ qr-link/kelahiranbayi/ untuk menonton video kelahiran bayi. (Dicapai pada 30 Oktober 2019)
1.2.2
19
Latihan
A. Padankan pernyataan berikut dengan peringkat kelahiran bayi yang betul. Uri berpisah daripada rahim. Kepala bayi kelihatan di pintu faraj.
Peringkat ketiga
Ibu berasa ingin meneran. Peringkat kedua Air ketuban pecah. Tali pusat bayi dipotong.
Peringkat pertama
Rahim menipis dan terbuka. B. Bulatkan jawapan yang betul. 1. Kelahiran selalunya bermula pada minggu ke-38 hingga 40. Jika kelahiran berlaku sebelum minggu ke-37, kelahiran ini dikenali sebagai ___________. a. kelahiran awal bulan b. kelahiran cukup bulan c. kelahiran tidak cukup bulan d. kelahiran hujung bulan C. Isikan jawapan yang betul. 1. Kontraksi berlaku setiap 5 hingga 20 minit merujuk kepada peringkat _________________ kelahiran. 2. Kontraksi berlaku selepas 5 hingga 10 minit kelahiran merujuk kepada peringkat ________________ kelahiran.
20
Nota Guru • Bimbing murid untuk menjawab latihan berpandukan buku teks. • Halaman ini boleh dicetak daripada kod QR pada muka surat 30.
1.2.3
Kepentingan pengambilan makanan berkhasiat selepas kelahiran
Ibu perlu mengekalkan pengambilan makanan berkhasiat agar sentiasa cergas dan sihat selepas bersalin serta dapat menghasilkan susu ibu. Rajah di bawah menunjukkan kumpulan makanan utama yang perlu dimakan oleh ibu setiap hari. Zat besi • Membantu pembentukan hemoglobin di dalam sel darah merah. • Contohnya, daging tanpa lemak, kekacang, dan sayur-sayuran berdaun hijau. Kalsium • Membantu menggantikan kalsium yang hilang daripada tulang semasa kehamilan dan penghasilan susu ibu. • Contohnya, susu dan produk tenusu.
SUSU
Protein • Membina dan membaiki tisu-tisu rosak serta memastikan badan berfungsi secara optimum. • Contohnya, ikan, ayam, daging, dan kekacang. Karbohidrat • Memberikan tenaga kepada ibu. • Contohnya, nasi, mi, roti, bijirin, produk bijirin, dan ubi-ubian.
G
Celik Ilmu Kumpulan makanan sihat boleh didapati daripada Piramid Makanan Malaysia.
Mengapakah zat besi perlu diambil oleh ibu selepas kelahiran bayi?
Nota Guru Bimbing murid untuk mengenal pasti makanan berkhasiat dan kepentingannya.
Glosari
Optimum Keadaan yang terbaik atau paling menguntungkan.
1.2.3
21
Penjagaan kesihatan ibu dan bayi selepas kelahiran Penjagaan kesihatan ibu 1. Dapatkan rehat yang cukup • Tidur apabila bayi tidur. • Tidur berdekatan dengan bayi bagi memudahkan penyusuan. 2. Makan makanan sihat dan mencukupi • Makan makanan seimbang dari segi protein, karbohidrat, sayur-sayuran, dan buah-buahan. • Minum banyak air. 3. Memastikan penjagaan faraj yang bersih dan sihat • Pastikan sentiasa membuat pemeriksaan berkala. • Elakkan membuat hubungan seksual bagi memastikan faraj kembali sihat.
Penjagaan kesihatan bayi 1. Menyusukan bayi mengikut keperluan 2. Menjaga kebersihan bayi • Mengelakkan ruam dan jangkitan. • Memandikan bayi. • Mengurut lembut badan bayi selepas mandi. • Menukar lampin pakai buang bayi selepas digunakan. 3. Melakukan pemeriksaan kesihatan berjadual • Memberi suntikan vaksin dan imunisasi. Celik Ilmu Imuninasi merupakan proses memberi vaksin kepada bayi secara suntikan atau melalui mulut untuk mencegah penyakit berjangkit.
Pada pendapat anda, mengapakah ibu yang melahirkan bayi perlu mengambil makanan yang sihat dan seimbang?
Nota Guru 22
Bimbing murid untuk menjelaskan penjagaan kesihatan ibu dan bayi serta kepentingan suntikan vaksin dan imunisasi.
Latihan
1. Berdasarkan gambar bagi kumpulan makanan berikut, isikan ruangan kosong dengan maklumat nutrien dan fungsi yang betul. Kumpulan makanan
Nutrien
Fungsi
Nota Guru • Bimbing murid untuk menjawab latihan berpandukan buku teks. • Halaman ini boleh dicetak daripada kod QR pada muka surat 30.
23
2. Isikan ruangan kosong dengan jawapan yang diberi. Pemeriksaan kesihatan berjadual
Rehat yang cukup
Penjagaan faraj yang bersih dan sihat
Menjaga kebersihan bayi
Menyusukan bayi
Makan makanan sihat dan mencukupi
a
Penjagaan kesihatan ibu
b
c
a
Penjagaan kesihatan bayi
b
c
24
1.2.4
1. 2. 3. 4. 5.
Kepentingan penyusuan susu ibu
Ibu Membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal. Mengurangkan pendarahan selepas bersalin. Membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal ibu dengan cepat. Mengurangkan risiko barah payudara dan barah ovari. Menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya.
1. 2. 3. 4. 5.
G
Bayi Membekalkan nutrien kepada bayi. Mengandungi kolostrum untuk menguatkan imuniti bayi. Mencegah masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi. Memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi. Memberi peluang berinteraksi dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dengan anak.
Glosari
Ekzema Keadaan radang pada kulit bayi disertai dengan bengkak, gatal dan ruam merah. Kolik bayi Keadaan yang membuat bayi menangis secara berterusan tanpa ada penyebabnya.
Celik Ilmu Penyusuan susu ibu diberi sepenuhnya kepada bayi dalam masa enam bulan pertama selepas kelahirannya.
Nota Guru Bimbing murid untuk mengetahui kepentingan penyusuan susu ibu kepada ibu dan bayi.
Bagaimanakah sokongan ahli keluarga dapat membantu penyusuan ibu sepenuhnya? Bincangkan.
1.2.4
25
Ingat !
Aktiviti
Jaga kebersihan dan keselamatan semasa menjalankan aktiviti ini.
Cari, kumpul, tampal, dan kongsi Peralatan yang diperlukan
Buku, majalah atau surat khabar lama
Kadbod
Gunting
Gam
Kertas A4
Pen warna
Kertas warna
Langkah-langkah aktiviti 1. Bahagi murid kepada kumpulan kecil. 2. Cari maklumat mengenai kepentingan penyusuan susu ibu kepada ibu dan bayi. 3. Gunting maklumat atau gambar yang diperoleh daripada buku, majalah atau surat khabar lama. 4. Anda juga boleh menggunakan carian Internet bagi mendapatkan maklumat atau gambar. 5. Tampal hasil dapatan di atas kertas A4. 6. Hias secara kreatif dengan menggunakan kertas warna dan pen warna. 7. Tampal hasil dapatan daripada kumpulan lain di atas kadbod. 8. Lakukan pembentangan di hadapan bilik darjah.
26
Nota Guru • Bimbing murid untuk membuat aktiviti. • Guru menyediakan peralatan dan bahan.
Ingat !
Jom Buat
Pokok Saya
Jaga kebersihan dan keselamatan semasa menjalankan aktiviti ini.
Tujuan Menghasilkan bahan grafik berkaitan diri sendiri sejak dilahirkan hingga remaja secara kreatif. Alat dan bahan
Plastisin
Gambar diri sendiri sejak dilahirkan hingga remaja.
Ranting kayu
Langkah-langkah
1
Gunting gambar.
3
2
Gunting
Benang
Penebuk lubang
5
Tebuk lubang pada gambar.
4 Hasil
Ikat benang pada lubang.
Bentuk plastisin sebagai Ikat gambar pada ranting kayu. tapak dan cucukkan ranting kayu. 27
Imbas Maklumat
Proses kelahiran
• Peringkat pertama: Awal kelahiran dan kelahiran aktif • Peringkat kedua: Bayi dilahirkan • Peringkat ketiga: Uri meninggalkan rahim
Ibu Penjagaan kesihatan Bayi
KELAHIRAN
Karbohidrat Pengambilan makanan berkhasiat
• Penyusuan yang mencukupi • Menjaga kebersihan bayi • Pemeriksaan kesihatan berjadual • Nasi, mi, roti, bijirin, produk bijirin, dan ubi-ubian
Protein
• Ikan, ayam, daging, dan kekacang
Kalsium
• Susu dan produk tenusu
Zat besi
• Daging tanpa lemak, kekacang, dan sayur berdaun hijau
Ibu
Penyusuan susu ibu Bayi
28
• Rehat yang cukup • Makan makanan sihat • Penjagaan faraj supaya sihat dan bersih
• Mengecutkan rahim • Mengurangkan pendarahan • Membakar kalori • Mengurangkan risiko barah • Menjarakkan kelahiran • Sumber nutrien • Mengandungi kolostrum • Mencegah masalah alahan • Keselesaan dan keselamatan emosi bayi • Kasih sayang ibu dan anak
Penilaian
1. Proses kelahiran bayi terdiri daripada tiga peringkat. Terangkan ketiga-tiga peringkat kelahiran bayi pada ruangan yang disediakan.
Peringkat pertama
Peringkat kedua
Peringkat ketiga
2. Tuliskan jawapan BETUL atau SALAH di kotak B berdasarkan pernyataan yang diberi. Kotak A
Kotak B
Penyusuan yang mencukupi menjadikan bayi sukar untuk tidur. Pemeriksaan kesihatan berjadual perlu untuk suntikan vaksin dan imunisasi bayi. Penjagaan kebersihan bayi termasuk memberi makanan kepada bayi. Penjagaan faraj amat penting bagi memastikan faraj bersih dan sihat. Rehat yang mencukupi penting untuk ibu dan ayah. Nota Guru • Bimbing murid untuk menjawab soalan. • Halaman ini boleh dicetak daripada kod QR pada muka surat 30.
29
3. Tuliskan fungsi bagi setiap nutrien berikut. Karbohidrat Fungsi:
Protein Fungsi:
Pengambilan makanan sihat untuk ibu hamil Kalsium Fungsi:
Zat besi Fungsi:
4. Pernyataan berikut menerangkan kepentingan penyusuan susu ibu kepada ibu dan bayi. Masukkan jawapan IBU untuk kepentingan susu ibu kepada ibu dan BAYI untuk kepentingan susu ibu kepada bayi.
Mengandungi kolostrum untuk menguatkan imuniti bayi. Mengurangkan risiko barah payudara dan barah ovari. Mencegah masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi. Menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya. Menjimatkan wang kerana susu tidak perlu dibeli. Membantu meningkatkan tahap kecerdikan bayi. Mengurangkan pendarahan selepas bersalin. Lebih bersih dan mudah diperoleh pada suhu yang betul setiap masa. 30
Jawapan
di Sini
Imbas
Pernyataan
Refleksi Diri
Tandakan (✔) mengikut tahap penguasaan anda. Pada akhir pembelajaran ini:
Ya
Tidak
Saya boleh menerangkan maksud kelahiran.
Saya boleh menerangkan proses kelahiran bayi.
Saya boleh menjelaskan dengan contoh mengenai penjagaan kesihatan ibu dan bayi selepas kelahiran bayi.
Saya boleh menentukan makanan berkhasiat dan kepentingannya selepas kelahiran bayi dengan betul.
Saya boleh menyatakan kepentingan penyusuan susu ibu kepada ibu dan bayi dengan betul dan yakin.
Saya dapat menjana idea berkaitan penjagaan kesihatan ibu dan bayi selepas kelahiran dengan betul, yakin dan boleh dicontohi.
31
Dalam unit ini, murid dapat: 2.1 Haiwan dan Kepentingannya 2.1.1 Menerangkan hubungan antara haiwan dengan manusia dan tumbuhan. 2.1.2 Memerihalkan kepentingan haiwan kepada manusia: (i) Perindustrian (ii) Kesihatan (iii) Pengangkutan 2.1.3 Menjelaskan kepentingan haiwan kepada tumbuhan: (i) Menyebarkan biji benih (ii) Menggemburkan tanah (iii) Kawalan biologi 2.1.4 Memelihara haiwan.
32
UNIT
2
HAIWAN
Haiwan dapat meneruskan kehidupan dengan saling bergantung antara satu sama lain. Sebagai contoh, lembu makan rumput untuk hidup. Apabila mati, bangkainya akan dimakan oleh cacing di dalam tanah. Cacing pula akan dimakan oleh ayam atau burung. Begitulah proses kebergantungan antara haiwan yang dapat mengekalkan ekosistem di muka bumi ini.
33
2.1 Haiwan dan Kepentingannya Haiwan memberikan banyak kepentingan kepada manusia, iaitu sebagai sumber makanan, pakaian, pertanian, dan pengangkutan. Manakala tumbuhan juga memerlukan haiwan sebagai agen penyebaran benih.
2.1.1
Hubungan antara haiwan dengan manusia dan tumbuhan
Ekosistem ialah interaksi antara organisma hidup dengan komponen bukan hidup yang hidup dalam habitat yang sama. Dalam ekosistem, organisma boleh dikelaskan sebagai pengeluar, pengguna dan pengurai. Ekosistem Ekosistem merupakan interaksi antara hidupan dengan alam sekitar.
Pengeluar Tumbuhan yang menghasilkan makanan sendiri melalui proses fotosintesis.
Pengguna Haiwan yang makan pengeluar atau pengguna lain untuk hidup.
Pengurai Organisma yang menjalankan proses pereputan organisma yang telah mati menjadi nutrien atau bahan ringkas yang boleh digunakan semula oleh pengeluar.
Primer Haiwan yang hanya makan tumbuhan atau dikenali sebagai herbivor. Imbas
di Sini
34
Layari laman web http://arasmega. com/qr-link/ hubungan-haiwandengan-tumbuhan-2 untuk menonton video hubungan haiwan dengan tumbuhan dalam ekosistem. (Dicapai pada 19 Ogos 2020)
Sekunder Haiwan yang makan pengguna primer terdiri daripada haiwan omnivor dan karnivor. Tertier Haiwan yang makan pengguna sekunder atau dikenali sebagai karnivor.
Bagaimanakah pengeluar, pengguna dan pengurai bergantung antara satu sama lain?
Nota Guru Bimbing murid untuk menerangkan hubungan antara haiwan dengan manusia dan tumbuhan melalui ekosistem.
2.1.1
(a) Rantai makanan Rantai makanan ialah hubungan makanan antara benda hidup yang berlaku dalam sesebuah habitat. Rantai makanan terdiri daripada pengeluar, pengguna dan pengurai. Sebuah rantai makanan bermula dengan tumbuhan hijau atau pengeluar. Pengeluar hijau ini menghasilkan makanan dengan menjalankan proses fotosintesis. Pengguna terdiri daripada haiwan dan manusia yang makan haiwan atau tumbuhan lain untuk memperoleh tenaga. Berikut ialah contoh rantai makanan. Anak panah pada rajah tersebut bermaksud dimakan oleh.
Tumbuhan
Haiwan
Manusia
Pengurai
(b) Siratan makanan Siratan makanan ialah gabungan beberapa rantai makanan dalam sesebuah habitat. Terdapat beberapa rantai makanan di sesebuah habitat yang digabungkan membentuk siratan makanan. Contoh siratan makanan di bawah adalah untuk habitat di sawah padi.
Ayam
Ulat beluncas
Ular
Helang
Padi Burung pipit
Siput
Tikus 35
Latihan
1. Namakan jenis haiwan berikut sama ada primer, sekunder atau tertier.
36
Nota Guru • Bimbing murid untuk menjawab latihan berpandukan buku teks. • Halaman ini boleh dicetak daripada kod QR pada muka surat 50.
2. Tulis jawapan yang betul pada kotak yang disediakan untuk kitaran makanan berikut.
Pengeluar
Pengguna primer
Pengurai Pengguna tertier
Pengguna sekunder
37
2.1.2
Kepentingan haiwan kepada manusia
Haiwan memberikan banyak kepentingan kepada manusia dari segi perindustrian, kesihatan dan pengangkutan. Sumber bahan mentah untuk industri makanan seperti pembuatan pastri. Sumber bahan mentah untuk industri pakaian dan kosmetik seperti baju kulit dan gincu bibir.
Perindustrian
Haiwan digunakan untuk aktiviti pertanian seperti kerbau bagi membajak sawah dan anjing untuk menjaga haiwan ternakan. Kepentingan haiwan kepada manusia
Sumber makanan dan nutrien seperti protein, lemak, vitamin, dan mineral. Sumber ubat, vaksin, dan hormon untuk perubatan.
Kesihatan
Digunakan sebagai bahan kajian makmal untuk tujuan perubatan. Mengangkut barangan. Pengangkutan
Mengangkut manusia. Mengangkut hasil pertanian.
Glosari
Vaksin Mengandungi antigen yang diperoleh daripada sebahagian atau keseluruhan struktur virus atau bakteria yang telah dilemahkan atau dimatikan. Hormon Bahan kimia dalam badan yang bertindak sebagai penyampai maklumat atau isyarat antara sel-sel badan melalui darah. 38
Celik Ilmu Haiwan juga digunakan untuk tujuan pelancongan, keselamatan dan menjejak penjenayah.
di Sini
Imbas
G
Layari laman web https://arasmega.com/qr-link/ lagu-kereta-lembu-3/ untuk menonton video lagu kereta lembu. (Dicapai pada 10 Ogos 2020) 2.1.2
Latihan
1. Labelkan Perindustrian, Kesihatan atau Pengangkutan pada ruangan kosong berdasarkan kepentingan haiwan kepada manusia. Pil minyak ikan
Sosej ayam
Tikus makmal
Kereta lembu
Aksesori kulit
Kereta kuda
Nota Guru • Bimbing murid untuk menjawab latihan berpandukan buku teks. • Halaman ini boleh dicetak daripada kod QR pada muka surat 50.
39
2. Jelaskan kepentingan haiwan kepada manusia berdasarkan gambar yang diberi. a.
b.
40
2.1.3
Kepentingan haiwan kepada tumbuhan
Selain manusia, haiwan juga adalah penting untuk tumbuhan. Haiwan berfungsi dalam menyebarkan biji benih, menggemburkan tanah, dan kawalan biologi tumbuhan. Kepentingan haiwan kepada tumbuhan Menyebarkan biji benih Haiwan memakan buah-buahan dan bijinya dibuang ke tanah atau dikeluarkan melalui najis. Terdapat juga biji benih yang melekat pada bulu haiwan.
Menggemburkan tanah Haiwan membuat lubang untuk tempat tinggal dan ini secara tidak langsung menggembur tanah dan membaiki saliran serta pengudaraan kepada tanah untuk tanaman.
Kaedah mengawal populasi haiwan perosak terhadap tanaman tanpa menggunakan racun serangga atau bahan kimia.
Carian Internet
Celik Ilmu • Haiwan seperti lebah menjadi agen pendebungaan bagi bunga-bungaan. • Najis haiwan juga menjadi baja kepada tumbuh-tumbuhan.
Kawalan biologi
Bagaimanakah haiwan boleh menjadi bahan mineral kepada tanah? Bincangkan.
Nota Guru Bimbing murid untuk mengetahui kepentingan haiwan kepada tumbuhan.
Berdasarkan kepentingan haiwan kepada tumbuhan, senaraikan dua haiwan lain yang anda tahu.
2.1.3
41
Latihan
1. Padankan gambar haiwan berikut mengikut kepentingannya kepada tumbuhan.
Kawalan biologi
Menyebarkan biji benih
Menggemburkan tanah
42
Nota Guru • Bimbing murid untuk menjawab latihan berpandukan buku teks. • Halaman ini boleh dicetak daripada kod QR pada muka surat 50.
2. Pilih dan bulatkan jawapan yang betul bagi soalan-soalan berikut. i.
Apakah kepentingan haiwan kepada tumbuhan? a. Membantu melakukan pekerjaan. b. Membantu mengangkut barang. c. Membantu menggemburkan tanah. d. Menjadi sumber makanan.
ii. Persamaan bagi haiwan-haiwan di bawah ialah __________.
a. b. c. d.
mendebungakan bunga-bungaan menggemburkan tanah kawalan biologi menyebarkan biji benih
iii.
Haiwan menyebarkan biji benih dengan cara-cara berikut, KECUALI: a. Memakan buah-buahan dan bijinya dibuang. b. Mengeluarkan biji benih melalui najis. c. Biji benih dipancarkan oleh air atau angin. d. Biji benih melekat pada bulu haiwan.
43
2.1.4
Memelihara haiwan
Terdapat beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan dan diambil kira oleh bakal pemelihara. Faktor memelihara haiwan peliharaan Tujuan pemeliharaan • Teman kepada manusia • Pertandingan atau pertunjukan • Berkhidmat kepada tuannya • Hobi
Tabiat semula jadi haiwan peliharaan • Manja • Licik • Mencakar • Pemangsa • Garang • Berani
Gaya hidup bakal pemelihara • Agama dan kepercayaan • Pekerjaan • Budaya
Sayangilah haiwan dengan memberi makan dan membersihkan tempat tinggal mereka.
44
Kos • Kos bahan - kos bahan makanan dan ubat-ubatan haiwan • Kos upah - kos penjagaan dan rawatan • Kos penyelenggaraan - bil air dan elektrik
Ruang • Peralatan kelengkapan haiwan mencukupi • Ruang rehat, makan dan minum mencukupi • Ruang tempat tinggal yang sesuai • Pengudaraan yang baik • Mudah dibersihkan
Pada pendapat anda, mengapakah sangkar penting dalam pemeliharaan haiwan?
Nota Guru Bimbing murid untuk membincangkan faktor pemeliharaan haiwan.
2.1.4
Latihan
1. Senaraikan tiga contoh haiwan yang boleh dipelihara. a. ___________________________________________________________ b. ___________________________________________________________ c. ___________________________________________________________ 2.
Berikut merupakan tabiat semula jadi haiwan peliharaan, KECUALI: a. Manja b. Licik c. Resah d. Garang
3. Senaraikan tujuan pemeliharaan haiwan. a. ___________________________________________________________ b. ___________________________________________________________ c. ___________________________________________________________ d. ___________________________________________________________ 4. Lengkapkan keterangan kos yang perlu diambil kira untuk memelihara haiwan pada jadual di bawah. Kos
Keterangan
Bahan Upah Penyelenggaraan
5. Pernahkah anda membela haiwan? Jelaskan cara anda menjaganya. ________________________________________________________________ ________________________________________________________________
Nota Guru • Bimbing murid untuk menjawab latihan berpandukan buku teks. • Halaman ini boleh dicetak daripada kod QR pada muka surat 50.
45
Jom Buat
Kotak Rumah Kucing Tujuan Menjaga haiwan peliharaan dengan menyediakan tempat tinggalnya. Alat dan bahan
Pemadam
Bekas air Gunting Kotak terpakai
Pistol perekat panas (Hot glue gun)
Pembaris Pensel
Cat poster
Pita pelekat (Masking tape)
NT cutter
Berus lukisan
Langkah-langkah
1
Gam bahagian bawah kotak dengan pita pelekat (masking tape). 46
2
Potong kedua-dua sisi bahagian penutup kotak.
3
Lakar segi tiga pada bahagian penutup kotak yang telah dipotong tadi.
4
Gunting lakaran segi tiga tersebut.
7
5
6
Lakar rupa pintu dan tingkap pada kotak.
8
Potong lakaran dengan NT cutter.
9
Gunting kotak kedua untuk Gam hujung segi tiga pada Cantum kotak kedua pada dijadikan sebagai bumbung. kotak dengan pistol perekat bahagian segi tiga tersebut. panas (hot glue gun). Ingat !
10
Jaga kebersihan dan keselamatan semasa menjalankan aktiviti ini.
Celik Keusahawanan Selain boleh menjaga alam sekitar, kotak rumah kucing boleh dijual kepada pencinta haiwan.
Warna keseluruhan kotak dengan cat poster.
Hasil 47
Imbas Maklumat
Hubungan antara haiwan, manusia dan tumbuhan
• Pengeluar Ekosistem
• Pengguna • Pengurai
• Rantai makanan • Siratan makanan
• Perindustrian Kepentingan haiwan kepada manusia
• Kesihatan • Pengangkutan
HAIWAN
Kepentingan haiwan kepada tumbuhan
• Menyebarkan biji benih • Menggemburkan tanah • Kawalan biologi
• Tujuan pemeliharaan • Gaya hidup bakal pemelihara Memelihara haiwan
• Tabiat semula jadi haiwan • Kos • Ruang
48
Penilaian
1. Baca pernyataan di bawah dengan teliti. Garis pada jawapan yang betul. a. Rantai makanan / Siratan makanan ialah hubungan makanan antara benda hidup yang berlaku dalam sesebuah habitat. b. Tumbuhan menghasilkan makanan dengan menjalankan proses fotosintesis / pengewapan. c. Haiwan karnivor merupakan pengguna primer / tertier. d. Pengguna / Pengurai ialah organisma yang menjalankan proses pereputan organisma yang telah mati menjadi nutrien yang boleh digunakan semula oleh pengeluar. e. Pengguna sekunder terdiri daripada haiwan herbivor / omnivor. 2. Berdasarkan siratan makanan di bawah, tandakan (✓) pada pernyataan yang betul dan (✗) pada pernyataan yang salah.
a. Burung pipit hanya makan satu jenis makanan sahaja. b. Jika bilangan ayam bertambah, bilangan ulat beluncas makin berkurang. c. Ular ialah haiwan herbivor. d. Pengeluar utama dalam siratan makanan di atas ialah padi. e. Anak panah bermaksud dimakan oleh. f. Terdapat tiga siratan makanan pada rajah di atas. 3. Bina satu rantai makanan berdasarkan rajah di atas.
Nota Guru • Bimbing murid untuk menjawab soalan. • Halaman ini boleh dicetak daripada kod QR pada muka surat 50.
49
4. Jelaskan kepentingan haiwan kepada manusia pada jadual di bawah. Kepentingan haiwan kepada manusia
Keterangan
Perindustrian
Kesihatan
Pengangkutan
5. Padankan kepentingan haiwan kepada tumbuhan dengan pernyataan yang betul. Pernyataan Kaedah mengawal populasi haiwan perosak tanpa menggunakan racun serangga atau bahan kimia. Haiwan memakan buah-buahan dan bijinya dibuang ke tanah dan ini menyebarkan biji benih ke merata tempat.
Kepentingan haiwan kepada tumbuhan
Menyebarkan bijih benih Menggemburkan tanah
Haiwan membuat lubang untuk tempat tinggal dan ini secara tidak langsung menggembur tanah dan membaiki saliran serta pengudaraan kepada tanah untuk tanaman.
Kawalan biologi
6. Senaraikan tujuan pemeliharaan dan ruang bagi faktor memelihara haiwan peliharaan. a. _________________________ b. _________________________ c. _________________________ d. _________________________
50
Ruang a. _________________________ b. _________________________ c. _________________________ d. _________________________ e. _________________________
di Sini
Imbas
Tujuan pemeliharaan
Refleksi Diri
Tandakan (✔) mengikut tahap penguasaan anda. Pada akhir pembelajaran ini:
Ya
Tidak
Saya boleh menyatakan hubungan antara haiwan dengan manusia dan tumbuhan.
Saya boleh menjelaskan kepentingan haiwan kepada manusia dan tumbuhan.
Saya boleh menjaga haiwan dengan betul dan boleh menjelaskan dengan contoh kepentingan haiwan kepada manusia dan tumbuhan.
Saya boleh menganalisis hubungan antara haiwan dengan manusia dan tumbuhan melalui aktiviti pemeliharaan haiwan dengan betul.
Saya boleh menilai kepentingan haiwan kepada manusia dan tumbuhan melalui aktiviti pemeliharaan haiwan dengan betul, yakin dan tekal.
Saya boleh menyebarluaskan maklumat tentang kepentingan haiwan dalam kehidupan dengan betul, yakin dan tekal serta boleh dicontohi.
51
Dalam unit ini, murid dapat: 3.1 Tumbuhan dan Kepentingannya 3.1.1 Menerangkan hubungan antara tumbuhan dengan manusia. 3.1.2 Memerihalkan kepentingan tumbuhan kepada manusia: (i) Perindustrian (ii) Perubatan (iii) Menyediakan peluang pekerjaan 3.1.3 Menjelaskan kepentingan tumbuhan kepada haiwan: (i) Habitat haiwan (ii) Sumber makanan (iii) Keseimbangan ekosistem 3.1.4 Memelihara dan memulihara tumbuhan.
52
UNIT
3
TUMBUHAN
Tumbuhan semula jadi memberi banyak kepentingan kepada manusia dan haiwan. Tumbuhan digunakan untuk keperluan manusia seperti perindustrian, ubat-ubatan, dan menyediakan peluang pekerjaan. Selain itu, tumbuhan juga menyediakan habitat, menjadi sumber makanan kepada haiwan, dan membantu mengekalkan keseimbangan ekosistem.
Imbas
di Sini
Layari laman web http://arasmega.com/qr-link/ kepentingan-tumbuhan-2/ untuk menonton video kepentingan tumbuhan. (Dicapai pada 20 Julai 2020).
53
3.1 Tumbuhan dan Kepentingannya 3.1.1
Hubungan antara tumbuhan dengan manusia
(a) Fungsi tumbuhan kepada manusia Tumbuhan dan manusia saling bergantung antara satu sama lain bagi mengekalkan keseimbangan ekosistem di muka bumi ini. Sumber makanan Tumbuhan menjadi sumber makanan kepada manusia bagi membekalkan tenaga. Manusia dapat menjalani kehidupan seharian dengan lebih cergas dan sihat.
Pakaian Kebanyakan pakaian dihasilkan daripada tumbuhan yang merupakan keperluan asas manusia bagi melindungi diri daripada cuaca sejuk dan panas.
Tempat tinggal Tempat tinggal ialah tempat manusia berteduh dan menjalani kehidupan harian mereka. Tumbuhan dijadikan salah satu sumber untuk membina sesebuah tempat tinggal. Nyatakan dua fungsi lain tumbuhan kepada manusia. 54
Nota Guru Bimbing murid untuk membincangkan hubungan antara tumbuhan dengan manusia di dalam bilik darjah.
3.1.1
(b) Fungsi manusia kepada tumbuhan Tumbuhan memerlukan manusia untuk pembiakan, pemeliharaan dan pemuliharaan serta penjagaannya. Pembiakan tumbuhan Manusia membantu dalam proses pembiakan tumbuhan, iaitu dengan cara menyemai biji benih, menanam anak pokok, dan keratan batang atau daun. Tumbuhan membiak untuk menambah bilangan dan mengekalkan spesiesnya. Pemeliharaan dan pemuliharaan Pelbagai cara boleh digunakan untuk memelihara dan memulihara tumbuhan. Antaranya, mewartakan hutan simpan, penanaman semula pokok, pengawalan aktiviti pembalakan, penguatkuasaan undang-undang, dan menubuhkan persatuan atau kelab alam sekitar. Penjagaan tumbuhan Tumbuhan memerlukan penjagaan supaya dapat membesar dengan sihat dan menghasilkan tanaman yang banyak. Penjagaan tumbuhan terdiri daripada menyiram, merumput, menggembur tanah, membaja, mengawal serangga perosak dan lain-lain lagi.
G
Glosari
Pemuliharaan Perihal seperti proses, usaha, perbuatan untuk memulihara sesuatu. Pemeliharaan Perbuatan atau hal memelihara, penjagaan atau pembelaan.
Carian Internet Namakan tanaman yang pernah anda tanam di rumah atau di sekolah. Jelaskan cara anda menjaganya.
Dapatkan langkah-langkah lain pemeliharaan dan pemuliharaan tumbuhan. Hasilkan dapatan anda dalam peta i-Think. 55
3.1.2
Kepentingan tumbuhan kepada manusia
Tumbuhan memberi banyak kepentingan kepada manusia. Antaranya, sumber perindustrian, perubatan dan menyediakan peluang pekerjaan. (a) Perindustrian - Kayu balak digunakan untuk bahan binaan rumah. - Getah untuk membuat tayar. - Kapas untuk dijadikan benang. - Kayu jati, cengal dan meranti untuk menghasilkan perabot.
Imbas
di Sini
56
Layari laman web http://arasmega.com/ qr-link/pembuatan-perabotdaripada-rotan/ untuk menonton video pembuatan perabot daripada rotan. (Dicapai pada 20 Julai 2020).
(b) Perubatan Tumbuhan seperti herba, rempah ratus dan buah-buahan dijadikan sebagai penawar bagi merawat pelbagai jenis penyakit. Tumbuhan ini mempunyai khasiat tertentu dan berpotensi menjadi sumber dalam perubatan tradisional dan moden.
Celik Ilmu Perubatan tradisional ialah perubatan bukan saintifik bagi sesuatu kaum yang banyak menggunakan sumber tumbuhan sebagai ubat.
Nota Guru Bimbing murid untuk membincangkan kepentingan tumbuhan kepada manusia.
3.1.2
(c) Peluang pekerjaan Peluang pekerjaan banyak ditawarkan dalam sektor pertanian, perubatan, bioteknologi, makanan, pembalakan, pembinaan, perkilangan, dan pembuatan perabot yang dihasilkan daripada tumbuhan.
Selain itu, keindahan alam semula jadi seperti hutan dan tempat pertanian atau perternakan juga boleh memberi peluang pekerjaan dalam sektor agro pelancongan dan ekopelancongan.
Glosari
Bioteknologi Kegiatan atau kajian yang menggunakan mikroorganisma, sistem atau proses biologi dalam industri pengeluaran dan perkhidmatan untuk menghasilkan produk seperti antibiotik, vaksin, keju dan lain-lain lagi.
Jelaskan kesan pembalakan haram terhadap alam sekitar.
di Sini
Imbas
G
Layari laman web http://arasmega. com/qr-link/agropelancongan-dimalaysia/ untuk menonton video agro pelancongan di Malaysia. (Dicapai pada 20 Julai 2020).
57
Aktiviti
Peralatan yang diperlukan
Soalan 1 (a) Hubungan antara tumbuhan dengan manusia (b) Kepentingan tumbuhan kepada manusia (c) Kepentingan tumbuhan kepada haiwan
Pen penanda (Marker pen)
Sebuah kotak
Kertas soalan
Iringan muzik
Langkah-langkah aktiviti
1. Lakukan aktiviti ini secara berkumpulan. 2. Guru meminta murid duduk dalam bulatan. 3. Murid pertama yang memegang kotak beracun hendaklah memberikan kotak beracun kepada rakan sebelah setelah muzik dimainkan. 4. Setelah muzik berhenti, murid terakhir yang memegang kotak hendaklah mengambil soalan di dalam kotak beracun. Di dalam kotak tersebut mengandungi soalan mengenai: a. hubungan antara tumbuhan dengan manusia b. kepentingan tumbuhan kepada manusia c. kepentingan tumbuhan kepada haiwan 5. Murid dikehendaki menulis jawapan di atas papan putih di hadapan bilik darjah. 6. Permainan diteruskan dengan murid terakhir memberikan kotak beracun kepada rakan sebelah sehingga muzik berhenti.
58
Nota Guru • Bimbing murid untuk membuat aktiviti. • Guru menyediakan peralatan dan bahan.
3.1.3
Kepentingan tumbuhan kepada haiwan
Selain manusia, haiwan juga bergantung kepada tumbuhan bagi meneruskan kehidupan. Berikut ialah kepentingan tumbuhan kepada haiwan: (a) Habitat haiwan
Tumbuhan menjadi tempat tinggal atau habitat kepada haiwan untuk berlindung dan membiak.
(b) Sumber makanan
Bahagian tumbuhan seperti daun, buah-buahan, bijian, pucuk dan bahagian lain pada pokok menjadi sumber makanan penting kepada haiwan. Haiwan makan tumbuhan untuk mendapatkan tenaga.
(c) Keseimbangan ekosistem
Ekosistem ialah satu proses interaksi antara benda hidup dan benda bukan hidup seperti air, udara, tanah, dan cahaya matahari.
Kepentingan keseimbangan ekosistem
• Menyerap karbon dioksida dan menghasilkan oksigen kepada haiwan. • Mengekalkan habitat haiwan. • Membekalkan sumber nutrien kepada haiwan. • Mengekalkan rantai makanan dan siratan makanan haiwan. • Menghasilkan bahan organik untuk pertumbuhan makanan haiwan. • Mengekalkan populasi haiwan.
G Bincangkan tiga usaha yang boleh dilakukan oleh manusia untuk mengekalkan ekosistem.
Glosari
Interaksi Tindakan atau perhubungan aktif antara satu sama lain; tindak balas antara dua pihak atau lebih.
Nota Guru Bimbing murid untuk membincangkan kepentingan tumbuhan kepada haiwan.
3.1.3
59
3.1.4
Memelihara dan memulihara tumbuhan
Pemeliharaan dan pemuliharaan tumbuhan penting untuk memastikannya tidak terancam dan kekal menjadi warisan kepada generasi akan datang. Berikut ialah langkah-langkah pemeliharaan dan pemuliharaan tumbuhan: Penanaman semula hutan atau pokok Menubuhkan persatuan alam sekitar
Mewartakan hutan simpan atau taman negara
Pengawalan pembalakan hutan
Langkah-langkah pemeliharaan dan pemuliharaan tumbuhan
Rawatan silvikultur
Mewujudkan ladang hutan
Celik Ilmu Penubuhan persatuan alam sekitar dapat meningkatkan kesedaran dan tanggungjawab orang ramai mengenai kepentingan tumbuhan dan hutan dalam kehidupan.
60
G
Penyelidikan baka tumbuhan
Pada pendapat anda, nyatakan kepentingan hutan simpan atau taman negara yang terdapat di Malaysia.
Glosari
Rawatan silvikultur Rawatan spesies pokok yang semakin pupus seperti cengal, jelutong dan rotan. Rawatan ini akan memastikan pokok-pokok yang berharga sahaja diberi peluang untuk tumbuh manakala pokok tidak bernilai akan ditebang.
Nota Guru Bimbing murid untuk menjelaskan mengenai pemeliharaan dan pemuliharaan tumbuhan.
3.1.4
Latihan
1. Cari perkataan tersembunyi di bawah dan warnakan jawapan anda. Habitat
H
A
B
I
T
A
T
M
P
Interaksi
A
Y
H
N
Q
K
E
A
O
Populasi
I
G
U
T
T
U
R
K
P
Air
W
U
T
E
N
A
G
A
U
Tenaga
A
D
A
R
U
S
J
N
L
Makanan
N
A
N
A
I
X
L
A
A
Haiwan
A
R
U
K
K
V
K
N
S
Hutan
H
A
E
S
L
C
I
R
I
Udara
U
O
A
I
R
T
P
Y
W
2. Tulis BETUL bagi pernyataan yang betul dan SALAH bagi pernyataan yang salah untuk langkah pemeliharaan dan pemuliharaan tumbuhan. Bil.
Pernyataan
a.
Mewartakan hutan simpan.
b.
Membuat kebakaran secara terbuka.
c.
Membuat penyelidikan baka tumbuhan.
d.
Pembalakan hutan secara besar-besaran.
e.
Membuat penanaman semula hutan.
Jawapan
Nota Guru • Bimbing murid untuk menjawab latihan berpandukan buku teks. • Halaman ini boleh dicetak daripada kod QR pada muka surat 66.
61
Jom Buat
Kepentingan Pokok kepada Manusia dan Haiwan Tujuan Meningkatkan kesedaran murid mengenai kepentingan tumbuhan kepada kehidupan manusia. Alat dan bahan
Pemadam
Pensel 2 keping kadbod
Kertas warna hijau bersaiz A4
Pen
Gunting
Langkah-langkah
1
2
Lakar rupa pokok pada dua keping kadbod.
62
Gunting lakaran.
Nota Guru Aktiviti ini boleh dilakukan secara berkumpulan.
3
Hasilkan dua bentuk pokok yang serupa.
4
5
Cantum bahagian pokok.
6
Lakar rupa daun pada kertas warna hijau.
7
Gunting lakaran.
8
Tulis kepentingan tumbuhan kepada manusia di atas potongan daun tadi.
Gam daun pada pokok.
Ingat ! Jaga kebersihan dan keselamatan semasa menjalankan aktiviti ini.
Celik Ilmu Program Rakan Alam Sekitar anjuran Jabatan Alam Sekitar Malaysia berfungsi memberi kesedaran dan tanggungjawab menjaga alam sekitar kepada masyarakat.
Hasil
63
Imbas Maklumat
Perindustrian
• Penghasilan produk harian seperti makanan dan pakaian • Pembinaan bangunan • Pembuatan perabot
Peluang pekerjaan
• Pertanian • Pelancongan • Perkilangan • Bioteknologi • Pembalakan • Perubatan • Pembinaan • Pembuatan perabot
Sumber makanan
• Membekalkan tenaga • Peroleh makanan daripada daun, buah-buahan, bijian, dan pucuk
TUMBUHAN DAN KEPENTINGANNYA
Keseimbangan ekosistem
64
• Mengekalkan tempat tinggal atau habitat • Menghasilkan bahan organik • Mengekalkan rantai makanan dan siratan makanan • Membekalkan sumber nutrien • Menghasilkan oksigen • Mengekalkan populasi haiwan
Penilaian
1. Padankan jawapan yang betul bagi hubungan antara tumbuhan dengan manusia. Pemeliharaan dan pemuliharaan Fungsi tumbuhan kepada manusia
Tempat tinggal Sumber makanan Pembiakan tumbuhan
Fungsi manusia kepada tumbuhan
Penjagaan tumbuhan Pakaian
2. Tulis kepentingan tumbuhan kepada manusia mengikut kategori berikut: Kepentingan tumbuhan kepada manusia
Penerangan a.
Perindustrian
b. c. a.
Perubatan
b. c. a.
Peluang pekerjaan
b. c.
Nota Guru • Bimbing murid untuk menjawab soalan. • Halaman ini boleh dicetak daripada kod QR pada muka surat 66.
65
3. Lengkapkan rajah di bawah mengenai kepentingan keseimbangan ekosistem.
Keseimbangan ekosistem
4. Isi ruang kosong dengan jawapan yang betul.
Penanaman semula hutan/ pokok
Mewujudkan ladang hutan 66
Penyelidikan baka tumbuhan
di Sini
Imbas
Langkah-langkah pemeliharaan dan pemuliharaan tumbuhan
Refleksi Diri
Tandakan (✔) mengikut tahap penguasaan anda. Pada akhir pembelajaran ini:
Ya
Tidak
Saya boleh menyatakan hubungan antara tumbuhan dengan manusia.
Saya boleh menjelaskan kepentingan tumbuhan kepada manusia.
Saya boleh menjaga tumbuhan dengan betul dan menjelaskannya dengan contoh kepentingan tumbuhan kepada manusia dan haiwan.
Saya boleh menganalisis hubungan tumbuhan dengan manusia dan haiwan melalui pemuliharaan tumbuhan secara betul dan sistematik. Saya boleh menilai kepentingan antara tumbuhan kepada manusia dan haiwan melalui aktiviti pemeliharaan dan pemuliharaan tumbuhan dengan betul, yakin dan tekal.
Saya boleh menyebarluaskan maklumat tentang kepentingan tumbuhan dalam kehidupan dengan betul, yakin dan tekal serta boleh dicontohi.
67
Dalam unit ini, murid dapat: 4.1 Pembungkusan Vakum dan Pempasteuran 4.1.1 Mengenal pasti makanan yang boleh: (i) divakumkan (ii) dipasteurkan 4.1.2 Menyatakan proses pengawetan makanan secara: (i) pembungkusan vakum (ii) pempasteuran 4.1.3 Menjelaskan kepentingan pengawetan makanan. 4.1.4 Membungkus makanan secara vakum dan pasteur.
Pengawetan makanan ialah kaedah pemprosesan makanan yang berfungsi menghalang dan melambatkan pembiakan mikroorganisma pada makanan supaya lebih tahan lama dan tidak mudah rosak. Salah satu kaedah pengawetan makanan ialah pembungkusan vakum dan pempasteuran.
68
UNIT
4
PENGAWETAN MAKANAN
Kaedah pengawetan makanan secara pembungkusan vakum ialah proses mengawet makanan dengan mengeluarkan semua udara daripada bekas makanan. Pempasteuran ialah kaedah pengawetan makanan berbentuk cecair seperti susu dan jus buah-buahan dipanaskan pada suhu 63°C selama 30 minit atau pada suhu 72°C selama 15 saat dan diikuti penyejukan segera.
69
4.1 Pembungkusan Vakum dan Pempasteuran 4.1.1
Makanan vakum dan pempasteuran
(a) Pembungkusan vakum Kaedah pembungkusan vakum bertujuan mengekalkan makanan dalam keadaan tanpa udara. Udara dalam bungkusan tersingkir setelah divakumkan. Ciri-ciri makanan yang boleh divakumkan ialah: (i) Makanan kering seperti kacang dan biskut. (ii) Makanan segar seperti buah-buahan, ikan, ayam, dan daging. (iii) Makanan yang dijerukkan atau digaramkan seperti jeruk buah-buahan, jeruk sayur-sayuran, jeruk daging, dan ikan masin. (iv) Makanan sejuk beku seperti sosej ayam, nuget, dan daging burger. (v) Makanan berbentuk pes atau cecair seperti pes kari dan jus buah-buahan. Contoh makanan pembungkusan vakum
Kacang
Buah-buahan
Biskut
Sayur-sayuran Jeruk Sosej Ikan atau daging
70
Nota Guru Bimbing murid untuk mengenal pasti makanan yang boleh divakum dan dipasteurkan.
4.1.1
(b) Pempasteuran Pempasteuran ialah kaedah pengawetan makanan dengan cara memproses makanan berbentuk cecair pada suhu 63°C selama 30 minit. Antara makanan yang boleh dipasteurkan ialah: (i) Produk makanan tenusu seperti susu, minuman yogurt, dan yogurt. (ii) Makanan berbentuk cecair seperti jus buah-buahan. Contoh makanan pempasteuran
Susu
Jus buah-buahan
Minuman yogurt
Yogurt
Celik Ilmu Makanan berasaskan susu boleh diawet secara pempasteuran seperti keju, krim masam, dan mentega. Selain itu, telur dan kacang juga boleh dipasteurkan.
Pada pendapat anda, mengapakah produk makanan berasaskan susu perlu dipasteurkan?
71
Latihan
1. Isikan jawapan sama ada pengawetan makanan secara vakum atau pempasteuran pada kotak yang disediakan.
72
Nota Guru • Bimbing murid untuk menjawab latihan berpandukan buku teks. • Halaman ini boleh dicetak daripada kod QR pada muka surat 88.
4.1.2
Proses pengawetan makanan
(a) Pembungkusan vakum
Kaedah pembungkusan vakum boleh dilakukan secara manual atau menggunakan mesin vakum. Kaedah ini akan memastikan tiada udara dalam pembungkus makanan sebelum divakumkan. Langkah-langkah pembungkusan vakum menggunakan mesin vakum
1
2
3
Makanan yang telah dibersihkan perlu disimpan secara pembungkusan vakum.
Masukkan makanan ke dalam pembungkus plastik.
Letakkan bahagian pembungkus plastik yang terbuka pada mesin vakum.
4
5
6
Buka suis pada mesin vakum dan perhatikan udara dikeluarkan daripada pembungkus plastik.
Proses vakum lengkap Simpan makanan sepenuhnya apabila mesin tersebut di dalam peti vakum berhenti. sejuk atau di tempat yang kedap udara.
Imbas
di Sini
Layari laman web http://arasmega.com/ qr-link/pembungkusan-vakum-denganmesin-vakum/ untuk menonton video proses pembungkusan vakum menggunakan mesin vakum. (Dicapai pada 4 Ogos 2020)
Nota Guru Bimbing murid untuk membincangkan proses pengawetan makanan secara pembungkusan vakum.
4.1.2
73
Langkah-langkah pembungkusan vakum tanpa menggunakan mesin vakum 1
2
3
Cuci makanan hingga bersih.
Masukkan makanan ke dalam pembungkus plastik yang berzip.
Zipkan beg dan tinggalkan bahagian hujung pembungkus plastik tersebut tidak berzip.
4
5
6
Masukkan pembungkus plastik ke dalam bekas berisi air secara perlahan-lahan.
Semakin dalam pembungkus plastik dimasukkan ke dalam air, tekanan udara dari dalam pembungkus akan keluar melalui bahagian yang tidak berzip.
Imbas
di Sini
74
Layari laman web http://arasmega.com/qr-link/ pembungkusan-vakum-tanpamesin-vakum/ untuk menonton video proses pembungkusan vakum tanpa menggunakan mesin vakum. (Dicapai pada 4 Ogos 2020)
Apabila udara telah keluar kesemuanya, zipkan bahagian yang tidak berzip. Simpan makanan di dalam peti sejuk atau tempat kedap udara.
Celik Ilmu Pembungkus berzip dapat menyingkir udara dan mengekalkan kelembapan serta kesegaran makanan walaupun disimpan lama di dalam peti sejuk.
(b) Pempasteuran Proses pempasteuran memerlukan makanan dalam bentuk cecair dipanaskan pada suhu 63°C atau 72°C dan disejukkan segera. Langkah-langkah pempasteuran untuk susu
1
2
Susu yang belum dipasteur masih mengandungi mikroorganisma.
3
- Dipasteur pada suhu 63°C selama 30 minit atau - Dipasteur pada suhu 72°C selama 15 saat.
4
Susu yang telah dipasteur perlu disejukkan dengan segera.
Susu yang telah dipasteur.
Celik Ilmu di Sini
Imbas
Pempasteuran akan membunuh mikroorganisma tetapi tidak dapat membunuh spora bakteria. Makanan yang telah dipasteur hanya boleh disimpan dalam tempoh yang singkat dan pada suhu di bawah 4°C.
Layari laman web http://arasmega.com/qr-link/ proses-pempasteuran/ untuk menonton video proses pempasteuran. (Dicapai pada 4 Ogos 2020)
Nota Guru Bimbing murid untuk membincangkan proses pengawetan makanan secara pempasteuran.
75
Latihan
1. Berdasarkan rajah di bawah, padankan proses pembungkusan vakum menggunakan mesin vakum yang betul pada kotak jawapan yang disediakan.
A
B
C
D
E
F
Pernyataan C
Langkah Makanan yang telah dibersihkan perlu disimpan secara pembungkusan vakum. Buka suis pada mesin vakum dan perhatikan udara dikeluarkan daripada pembungkus plastik. Simpan makanan tersebut di dalam peti sejuk atau di tempat yang kedap udara. Masukkan makanan ke dalam pembungkus plastik. Proses vakum lengkap sepenuhnya apabila mesin vakum berhenti. Letakkan bahagian pembungkus plastik yang terbuka pada mesin vakum.
76
Nota Guru • Bimbing murid untuk menjawab latihan berpandukan buku teks. • Halaman ini boleh dicetak daripada kod QR pada muka surat 88.
2. Susun langkah-langkah pempasteuran susu dengan betul berdasarkan gambar dan pernyataan yang diberi.
- Susu yang telah dipasteur perlu segera disejukkan.
- Susu yang telah dipasteur.
- Susu yang belum dipasteur masih mengandungi mikroorganisma.
- Susu dipasteur pada suhu 63°C selama 30 minit atau 72°C selama 15 saat.
3. Pada pendapat anda, mengapakah susu perlu dipasteurkan? _______________________________________________________________ _______________________________________________________________ _______________________________________________________________ 4. Senaraikan dua makanan lain yang boleh dipasteurkan. a. ____________________________________________________________ b. ____________________________________________________________ 77
4.1.3
Kepentingan pengawetan makanan
Pengawetan makanan secara pembungkusan vakum dan pempasteuran memudahkan penyimpanan makanan di rumah. Memanjangkan jangka hayat makanan - Makanan dapat disimpan dengan selamat dan tahan lama.
Mengurangkan pembaziran makanan - Lebihan makanan boleh disimpan dan dimakan semula serta tidak dibuang.
Mengekalkan rasa dan kualiti makanan - Rasa dan kualiti makanan sama dengan makanan segar.
Kepentingan pembungkusan vakum dan pempasteuran
Menghalang pembiakan bakteria dan mikroorganisma - Bakteria dan mikroorganisma tidak dapat hidup di dalam makanan.
G
Tidak memerlukan bahan pengawet - Makanan diawet secara semula jadi.
Glosari
Bahan pengawet Bahan kimia yang ditambah dalam makanan. Tujuannya adalah untuk menghalang pertumbuhan mikroorganisma agar makanan dapat disimpan lebih lama.
78
Mencegah penyakit bawaan makanan - Penyakit keracunan makanan dapat dielakkan kerana bakteria dan mikroorganisma tidak dapat membiak.
Bagaimanakah penyakit keracunan makanan dapat dicegah daripada makanan yang dipasteurkan?
Nota Guru Bimbing murid untuk membincangkan kepentingan pembungkusan vakum dan pempasteuran.
4.1.3
Ingat !
Aktiviti
Jaga kebersihan dan keselamatan semasa menjalankan aktiviti ini.
Peralatan yang diperlukan
Kad manila
Pita dua muka (Double tape)
Gunting
Pen penanda (Marker pen)
Langkah-langkah aktiviti 1. Bahagi murid kepada beberapa kumpulan. 2. Setiap kumpulan akan diberikan keratan kad manila dan pen penanda (marker pen). 3. Guru menulis pernyataan kepentingan pembungkusan vakum dan pempasteuran pada papan putih. Contoh pernyataan: a. Memanjangkan hayat makanan. b. Menggalakkan pembaziran makanan. c. Mengekalkan nutrien dalam makanan. 4. Murid menulis jawapan sama ada BETUL atau SALAH di atas keratan kad manila. 5. Wakil kumpulan tampil ke hadapan bilik darjah untuk menampal jawapan di atas papan putih.
Nota Guru • Bimbing murid untuk membuat aktiviti. • Guru menyediakan peralatan dan bahan.
79
4.1.4
Membungkus makanan secara vakum dan pasteur
Makanan yang diawet secara vakum perlu menggunakan pembungkus khas. Pembungkus khas tersebut dapat mengekalkan kualiti makanan sehingga bungkusan dibuka untuk digunakan oleh pengguna. Pembungkus vakum plastik - makanan kering, ikan, daging, ayam, buah-buahan, dan jeruk
Pembungkusan vakum
Pouch berdiri - makanan berbentuk cecair seperti pes makanan, telur, dan jus buah-buahan
Pembungkus vakum aluminium - biskut, kek, kuih, dan makanan jenis serbuk
Pempasteuran selalunya menggunakan pembungkus jenis aseptik. Produk susu dan minuman yogurt banyak menggunakan pembungkusan ini. Selain itu, makanan yang dipasteur juga dibungkus menggunakan botol plastik berketumpatan tinggi atau bekas polistirena khas. Pembungkus aseptik - susu, minuman yogurt, dan jus buah-buahan
Pempasteuran
Botol plastik berketumpatan tinggi - minuman yogurt dan jus buah-buahan
Bekas polistirena khas - yogurt
80
Nota Guru Bimbing murid untuk membincangkan cara pembungkusan makanan secara vakum dan pasteur.
4.1.4
Latihan
Padankan gambar makanan berikut dengan jenis pembungkusan yang betul.
Pouch berdiri
Pembungkus vakum aluminium
Pembungkus vakum plastik
Botol plastik berketumpatan tinggi
Pembungkus aseptik
Bekas polistirena khas Nota Guru • Bimbing murid untuk menjawab latihan berpandukan buku teks. • Halaman ini boleh dicetak daripada kod QR pada muka surat 88.
81
Jom Buat
Mengawet Buah Epal Secara Pembungkusan Vakum Tujuan Meningkatkan pengetahuan murid mengenai teknik mengawet makanan secara pembungkusan vakum tanpa menggunakan mesin. Alat dan bahan
Buah epal
Pembungkus vakum plastik berzip
Bekas yang berisi air
Pelekat label
Papan pemotong
Pisau
Langkah-langkah
1
2
Bersihkan epal dan potong menjadi hirisan kecil.
82
Masukkan epal ke dalam pembungkus vakum plastik berzip.
Nota Guru Murid menjalankan aktiviti secara individu.
3
Zipkan pembungkus vakum plastik dan biarkan sedikit di hujung pembungkus tidak berzip.
5
Lihat pada pembungkus vakum plastik sama ada ianya semakin kempis. Semakin dalam pembungkus dimasukkan ke dalam air, tekanan udara dari dalam pembungkus vakum plastik akan memaksa udara keluar.
4
Masukkan pembungkus vakum plastik berzip secara perlahan-lahan ke dalam bekas berisi air.
6
Apabila udara telah dikeluarkan sepenuhnya, zipkan pembungkus vakum plastik berzip hingga ke hujung.
7 Ingat !
Jaga kebersihan dan keselamatan semasa menjalankan aktiviti ini.
Labelkan nama murid dan tarikh pembungkusan pada pelekat label. Simpan di dalam peti sejuk. 83
Imbas Maklumat
Jenis makanan
Proses pembungkusan vakum PEMBUNGKUSAN VAKUM
• • • • • • •
Kekacang Buah-buahan Biskut Sayur-sayuran Jeruk Daging, ikan atau ayam Sosej
• Mesin vakum • Manual
• Memanjangkan jangka hayat makanan • Mengurangkan pembaziran makanan • Mengekalkan rasa dan kualiti makanan Kepentingan
• Menghalang pembiakan bakteria dan mikroorganisma • Tidak memerlukan bahan pengawet • Mencegah penyakit bawaan makanan
Cara pembungkusan vakum
84
• Pembungkus vakum plastik • Pouch berdiri • Pembungkus vakum aluminium
• Susu Jenis makanan
• Minuman yogurt • Jus buah-buahan • Yogurt
Proses pempasteuran
• Suhu 63°C, 30 minit, sejukkan • Suhu 72°C , 15 saat, sejukkan • Memanjangkan jangka hayat makanan
PEMPASTEURAN
• Mengurangkan pembaziran makanan Kepentingan
• Mengekalkan rasa dan kualiti makanan • Menghalang pembiakan bakteria dan mikroorganisma • Tidak memerlukan bahan pengawet • Mencegah penyakit bawaan makanan • Pembungkus aseptik
Cara pembungkusan
• Botol plastik berketumpatan tinggi • Bekas polistirena khas
85
Penilaian
1. Senaraikan jenis makanan yang boleh diawet secara pembungkusan vakum dan pempasteuran dalam kotak jawapan yang disediakan. Pembungkusan vakum
Pempasteuran
a.
a.
b.
b.
c.
c.
d.
d.
e.
e.
2. Berdasarkan pernyataan berikut, tuliskan BETUL bagi pernyataan yang betul dan SALAH bagi pernyataan yang salah. Bil.
86
Pernyataan
a.
Pembungkusan vakum hanya boleh dilakukan dengan menggunakan mesin vakum sahaja.
b.
Pembungkusan vakum memastikan tiada udara di dalam pembungkus makanan.
c.
Suhu yang digunakan untuk pempasteuran susu adalah pada 63°C selama 30 minit.
d.
Pada suhu 72°C, susu dipasteurkan selama 30 saat.
e.
Makanan berbentuk cecair boleh dibungkus secara pembungkusan vakum dan pempasteuran.
Jawapan
Nota Guru • Bimbing murid untuk menjawab soalan. • Halaman ini boleh dicetak daripada kod QR pada muka surat 88.
3. Isikan jawapan yang betul pada tempat kosong yang disediakan.
72°C
singkat
disejukkan
botol
15 saat
cecair
63°C
mikroorganisma
a. Susu dan jus buah-buahan perlu dipanaskan pada suhu ini selama 30 minit. b. Suhu yang diperlukan untuk memanaskan minuman yogurt selama 15 saat. c. Susu perlu menjalani proses pempasteuran bagi membunuh ___________ di dalamnya. d. Berapakah tempoh pemanasan yang paling singkat untuk suhu yang paling tinggi bagi kaedah pempasteuran? e. Susu yang telah dipasteur perlu segera ___________. f. Makanan yang telah mengalami pempasteuran boleh disimpan di dalam ___________. g. Makanan yang mengalami pempasteuran hanya boleh disimpan dalam tempoh yang ___________. h. Proses pempasteuran melibatkan makanan dalam bentuk ___________.
87
4. Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul bagi kepentingan pembungkusan vakum dan pempasteuran. a
b
Kepentingan pembungkusan vakum dan pempasteuran
c
d
e
5. Tulis jenis pembungkusan yang digunakan untuk pempasteuran makanan berpandukan gambar yang diberi.
Imbas
di Sini
88
Refleksi Diri
Tandakan (✔) mengikut tahap penguasaan anda. Pada akhir pembelajaran ini:
Ya
Tidak
Saya boleh mengenal pasti makanan yang boleh divakumkan dan dipasteurkan.
Saya yakin untuk menerangkan proses pengawetan secara pembungkusan vakum dan pempasteuran.
Saya boleh mengawet makanan secara vakum dan pasteur mengikut kesesuaian makanan.
Saya boleh mengawet makanan dengan betul dan boleh menyatakan kepentingan pengawetan makanan dengan yakin.
Saya boleh mengawet makanan dengan betul dan boleh menyatakan kepentingan pengawetan makanan dengan yakin dan tekal.
Saya dapat membungkus makanan dengan betul dan bersih serta boleh menyatakan kepentingan pengawetan makanan dengan yakin, tekal dan boleh dicontohi.
89
Dalam unit ini, murid dapat: 5.1 Pemanasan Global 5.1.1 Menyatakan maksud pemanasan global. 5.1.2 Mengenal pasti punca berlakunya pemanasan global: (i) Perindustrian (ii) Pengangkutan (iii) Pembakaran hutan 5.1.3 Menghuraikan kesan pemanasan global. 5.1.4 Menjaga alam sekitar.
90
UNIT
5
ALAM SEKITAR
Alam sekitar memainkan peranan penting kepada kehidupan harian manusia dan hidupan lain. Namun begitu, kelalaian manusia dalam mengejar pembangunan menyebabkan mereka alpa untuk menjaga alam sekitar. Hal ini memberi kesan yang membahayakan kesihatan manusia, mengancam sumber alam lain dan ekosistem serta meningkatkan suhu dunia akibat daripada pemanasan global.
Imbas
di Sini
Layari laman web http://arasmega.com/qr-link/ lagu-hijau/-2 untuk menonton video lagu Hijau – Zainal Abidin. (Dicapai pada 20 Julai 2020)
91
5.1 Pemanasan Global 5.1.1
Maksud pemanasan global
Pemanasan global ialah peningkatan suhu atmosfera bumi secara berterusan akibat daripada kesan rumah hijau. Peningkatan suhu tersebut berpunca daripada pembebasan gas rumah hijau. Perubahan corak cuaca dunia menyebabkan berlakunya bencana alam seperti banjir besar, tsunami, tanah runtuh, kemarau, ribut salji dan ribut taufan. Rajah di bawah menunjukkan fenomena pemanasan global. Imbas
di Sini
Layari laman web https://drive.google.com/file/d/ lIHOI2i398FTVSyRIzeXQQMqy2LF7cF6T/ view?usp=sharing untuk melihat brosur pemanasan global. (Dicapai pada 30 Januari 2020)
Celik Ilmu Jabatan Alam Sekitar di bawah Kementerian Alam Sekitar dan Air bertanggungjawab memastikan pembangunan lestari dalam proses kemajuan negara dan alam sekitar sentiasa bersih, sihat serta selamat untuk kesejahteraan rakyat.
92
1
Sebahagian cahaya matahari diserap oleh bumi.
Nota Guru • Bimbing murid untuk menerangkan maksud pemanasan global. • Bimbing murid mencari video mengenai pemanasan global.
5.1.1
2
3
Cahaya matahari dipantulkan kembali oleh atmosfera ke ruang angkasa lepas.
Gas Rumah Kaca
Sebahagian cahaya matahari dipantulkan kembali ke atmosfera.
(GRK)
4
Cahaya matahari dipantulkan kembali oleh Gas Rumah Kaca (GRK) menyebabkan bumi panas.
93
5.1.2
Punca berlakunya pemanasan global
Terdapat banyak punca yang menyebabkan berlakunya pemanasan global. Masyarakat seharusnya mengambil tahu akan punca-punca yang menyebabkan pemanasan global berlaku agar dapat mencari ikhtiar untuk menanganinya. Berikut ialah punca utama berlakunya pemanasan global.
(a) Perindustrian • Pembakaran bahan api fosil bagi menggerakkan jentera dan mesin telah membebaskan banyak gas karbon dioksida dan karbon monoksida. Kedua-dua gas ini merupakan gas pencemar utama di kawasan bandar. • Kilang-kilang perindustrian yang melepaskan asap kotor dan tercemar terus ke udara seperti gas nitrogen oksida, sulfur dioksida dan sebagainya telah menyebabkan penipisan ozon. • Semakin banyak haba yang digunakan di dalam perindustrian, semakin banyak gas karbon dioksida dihasilkan. Maka, semakin banyak pula haba yang terperangkap oleh lapisan gas lalu meningkatkan suhu udara secara global.
Imbas
di Sini
94
Layari laman web http://arasmega.com/qr-link/ pemanasan-global/ untuk menonton video punca berlakunya pemanasan global. (Dicapai pada 31 Januari 2020)
Nota Guru Bimbing murid untuk memberikan punca lain berlakunya pemanasan global selain daripada contoh yang diberi.
5.1.2
(b) Pengangkutan • Sistem pengangkutan darat, air dan udara telah meningkatkan penggunaan bahan api fosil, iaitu petroleum berplumbum dan diesel. • Sumber tenaga ini tidak mengalami pembakaran yang sempurna dalam penghasilan tenaga. Pembakaran tidak sempurna akan menghasilkan gas karbon dioksida dan karbon monoksida. • Kenderaan bermotor merupakan pencemar utama hidrokarbon kerana menggunakan bahan bakar petroleum.
(c) Pembakaran hutan • Asap daripada pembakaran hutan yang terbebas ke angkasa mengandungi banyak gas karbon dioksida. • Aktiviti pembakaran hutan memusnahkan pelbagai spesies pokok. Pokok berfungsi menyerap karbon dioksida pada atmosfera untuk melakukan proses fotosintesis. • Gas karbon dioksida yang banyak terperangkap dalam ruang atmosfera ini menyumbang kepada pemanasan global.
95
Aktiviti
Gunting dan tampal gambar pada punca pemanasan global yang betul. (a) Perindustrian
(b) Pengangkutan
(c) Pembakaran hutan
Nota Guru 96
Halaman ini boleh dicetak daripada kod QR pada muka surat 106.
5.1.3
Kesan pemanasan global
Pemanasan global memberi kesan kepada hidupan bumi seluruhnya. (a) Peningkatan paras laut Suhu panas berterusan akan menyebabkan bongkah ais di bahagian kutub mencair. Peningkatan air laut mengakibatkan banjir dan hakisan serta menenggelamkan kawasan daratan. (b) Gangguan cuaca Iklim dunia akan terganggu kerana keadaan suhu ekstrem yang kerap berlaku. Perubahan suhu dan cuaca menyebabkan banjir, ribut, taufan, dan kemarau. (c) Kemerosotan sumber makanan Pemanasan global turut menjejaskan penghasilan makanan. Musim banjir dan kemarau akan menyebabkan kerosakan tanaman yang menyebabkan masalah kekurangan bekalan makanan. (d) Perubahan habitat Perubahan cuaca sama ada daripada panas ke sejuk atau sebaliknya akan menyebabkan hidupan di bumi berpindah ke tempat atau habitat baharu. (e) Ancaman kesihatan Perubahan kecil suhu persekitaran dan taburan hujan boleh menyebabkan perubahan besar dalam pemindahan penyakit berjangkit tertentu menerusi air dan nyamuk seperti taun, malaria, dan demam denggi. Nota Guru Bimbing murid untuk membuat peta i-Think mengenai kesan pemanasan global secara berkumpulan.
5.1.3
97
Latihan
1. Padankan gambar dengan jawapan yang betul.
Perubahan habitat
Ancaman kesihatan
Peningkatan paras laut
Kemerosotan sumber makanan
Gangguan cuaca
98
Nota Guru • Bimbing murid untuk menjawab latihan berpandukan buku teks. • Halaman ini boleh dicetak daripada kod QR pada muka surat 106.
5.1.4
Menjaga alam sekitar
Alam sekitar memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia. Alam sekitar yang bersih menjadikan kehidupan lebih baik. Kepentingan penjagaan alam sekitar 1
Menjamin kesihatan manusia
2
Menjadi tarikan pelancong
3
Membekalkan udara yang segar
4
Mewujudkan ekosistem yang stabil
5
Memelihara habitat hidupan darat dan air
6
Mengelakkan kepupusan flora dan fauna
G
Glosari
Flora Keseluruhan tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sesebuah daerah atau pada sesuatu masa. Fauna Keseluruhan binatang yang hidup di sesebuah daerah atau habitat tertentu.
“Kita tidak mewarisi alam ini daripada datuk nenek kita, tetapi kita meminjamnya daripada anak cucu kita.” (Mahatma Gandhi)
Nota Guru Bimbing murid untuk membuat perbincangan mengenai kepentingan 5.1.4 penjagaan alam sekitar di Malaysia secara berkumpulan.
99
Latihan
1. Lukis gambar flora dan fauna pada lukisan di bawah kemudian warnakannya.
Nota Guru 100
Halaman ini boleh dicetak daripada kod QR pada muka surat 106.
Jom Buat
Terarium Mini Terarium ialah konsep laman mini yang dihasilkan dalam botol atau bekas kaca dengan mengekalkan ekosistem bagi ruangan tertutup. Perkataan terarium berasal daripada Greek, iaitu “terra” bermaksud tumbuhan dan “rium” membawa maksud kaca.
Penjagaannya amat mudah, iaitu penutup perlu dibuka seminggu sekali untuk pengudaraan dan perlu disiram dengan sedikit air. Bagi mencantikkan lagi tanaman terarium ini, bolehlah dihias dengan batu besar, batu kecil, arang kayu, dan lumut kering.
Celik Keusahawanan Hasilkan terarium mini menggunakan pelbagai bentuk dan saiz botol. Tumbuhan dalam bekas unik ini mampu menarik minat orang ramai untuk membelinya.
101
Tujuan
Ingat !
Memelihara tumbuhan kecil secara unik.
Jaga kebersihan dan keselamatan semasa menjalankan aktiviti ini.
Alat dan bahan
Batu kecil Tumbuh-tumbuhan kecil
Pasir
Tanah Botol plastik terpakai
NT cutter
Langkah-langkah
1
Potong plastik dengan NT cutter.
5
Tanam tumbuhan kecil.
102
2
Masukkan pasir ke dalam botol plastik.
3
4
Masukkan batu kecil ke dalam botol plastik.
6
Cantum bahagian atas botol plastik dengan bahagian bawah plastik.
Hasil
Masukkan tanah ke dalam botol plastik.
Imbas Maklumat
Maksud Peningkatan suhu atmosfera bumi secara berterusan akibat daripada kesan rumah hijau. Peningkatan suhu tersebut berpunca daripada pembebasan gas rumah hijau.
• Pengangkutan Kenderaan bermotor yang menggunakan bahan bakar petroleum
Kepentingan menjaga alam sekitar • Menjamin kesihatan manusia • Menjadi tarikan pelancong • Membekalkan udara yang segar • Mewujudkan ekosistem yang stabil • Memelihara habitat hidupan darat dan air • Mengelakkan kepupusan flora dan fauna
Punca berlakunya pemanasan global • Perindustrian Jentera dan mesin yang menggunakan bahan api fosil
PEMANASAN GLOBAL
• Pembakaran hutan Pembebasan gas karbon dioksida oleh hutan yang terbakar
Kesan pemanasan global • Peningkatan paras laut • Gangguan cuaca • Kemerosotan sumber makanan • Perubahan habitat • Ancaman kesihatan
103
Penilaian
1. Bulatkan jawapan yang betul dalam kotak yang disediakan. Pemanasan global ialah peningkatan suhu atmosfera bumi secara berterusan akibat daripada kesan rumah hijau / biru . Peningkatan suhu / cuaca tersebut berpunca daripada gas / haba rumah hijau. Perubahan corak / statistik cuaca dunia menyebabkan berlakunya bencana alam / tanah seperti tanah runtuh, kemarau, tsunami, banjir, ribut salji, dan ribut taufan. 2. Berikut merupakan bencana alam yang berpunca daripada pemanasan global. Isi ruang kosong di bawah dengan jawapan yang betul.
104
Nota Guru • Bimbing murid untuk menjawab soalan. • Halaman ini boleh dicetak daripada kod QR pada muka surat 106.
3. Isi kotak kosong dengan huruf vokal untuk mengetahui kesan pemanasan global. a
p
n
n
p
r
s
l
g
k
t
n
t
n
t
b g
n
c
g
g
n
c
c k
m
r
s
m
m
k
n
n
p
r
b
h
h
b
t
t
c
m
n
s
h
t
b
s r
d n
e n k
n
105
4. Tulis nama kenderaan yang menyebabkan pencemaran alam sekitar. a. Pengangkutan darat (i) ________________________ (ii) ________________________
b. Pengangkutan air (i) ________________________ (ii) ________________________
c. Pengangkutan udara (i) ________________________ (ii) ________________________
5. Isi ruang kosong dengan jawapan yang betul mengenai kepentingan penjagaan alam sekitar. udara
fauna
habitat
kesihatan
pelancong
ekosistem
a. Menjamin ___________________ manusia.
b. Menjadi tarikan ___________________.
c. Membekalkan ___________________ yang segar.
d. Mewujudkan ___________________ yang stabil.
e. Memelihara ___________________ hidupan darat dan air.
f. Mengelakkan kepupusan flora dan ___________________. Imbas
di Sini
106
Refleksi Diri
Tandakan (✔) mengikut tahap penguasaan anda. Pada akhir pembelajaran ini:
Ya
Tidak
Saya boleh menyatakan maksud pemanasan global.
Saya boleh menerangkan maksud dan punca berlakunya pemanasan global.
Saya boleh menjaga alam sekitar demi kehidupan manusia.
Saya boleh menjaga alam sekitar dengan betul dan boleh menganalisis kesan pemanasan global pada persekitaran dengan yakin.
Saya boleh menjaga alam sekitar dengan betul dan sistematik dan boleh menilai kesan pemanasan global terhadap kehidupan sejagat dengan yakin dan tekal. Saya boleh menjaga alam sekitar dengan betul dan sistematik dan boleh menyebarluaskan maklumat kepentingan menjaga alam sekitar dengan yakin dan tekal serta boleh dicontohi.
107
Dalam unit ini, murid dapat: 6.1 Pengurusan Sisa Pepejal 6.1.1 Mengenal pasti sisa pepejal daripada kaca. 6.1.2 Memerihalkan cara menggunakan semula sisa pepejal daripada kaca. 6.1.3 Menjelaskan kesan menggunakan semula sisa pepejal daripada kaca. 6.1.4 Mempamerkan objek yang diguna semula daripada kaca.
108
UNIT
6
KELESTARIAN
Kelestarian didefinisikan sebagai keadaan (hutan, persekitaran, dan lain-lain lagi) yang tidak berubah atau terpelihara seperti asal. Secara umumnya kelestarian membawa maksud pengekalan sesuatu perkara atau keadaan. Kelestarian mempunyai kaitan dengan usaha mengekalkan dan memelihara keaslian.
Imbas
di Sini
Layari laman web http://arasmega.com/qr-link/ kelestarian-alam-sekitar/ untuk menonton video mengenai kelestarian alam sekitar. (Dicapai pada 26 Ogos 2020)
109
6.1 Pengurusan Sisa Pepejal Pengurusan sisa pepejal berfungsi mengurangkan sisa pepejal isi rumah, komersial, perindustrian, keinstitusian, awam, dan pembinaan melalui konsep 3R, iaitu kurangkan (Reduce), guna semula (Reuse), dan kitar semula (Recycle). Langkah ini adalah bagi menjamin pemeliharaan alam sekitar dan kesihatan awam.
6.1.1
Celik Ilmu Segelintir penyelidik telah mengembangkan konsep 3R menjadi 6R. Penambahan 3R yang baharu bagi membentuk konsep pelestarian secara menyeluruh. • Penemuan semula (Recover) • Reka bentuk semula (Redesign) • Pembuatan semula (Remanufacture)
Sisa pepejal daripada kaca
Sisa pepejal daripada kaca mudah didapati dan selalu digunakan dalam kehidupan seharian kita. Berikut ialah contoh sisa pepejal daripada kaca:
Botol sos
Botol jem
Botol minuman
Botol minyak wangi
Cawan dan piring
Gelas
Teko
Jag
Mentol
Cermin
Pinggan
Mangkuk
Akuarium
110
Bekas makanan
Nota Guru Bimbing murid untuk mengenal pasti dan membincangkan mengenai sisa pepejal daripada kaca.
6.1.1
(a) Barangan kaca yang boleh dikitar semula Kaca ialah bahan yang lengai secara semula jadi. Kaca mempunyai permukaan yang licin dan kalis air serta keras tetapi rapuh dan mudah pecah. Terdapat beberapa jenis sisa pepejal daripada kaca yang boleh dikitar semula dan tidak boleh dikitar semula. Barangan kaca yang boleh dikitar semula
Botol minuman
Botol sos
Botol jem
Botol vitamin
Berikut merupakan ciri-ciri sisa pepejal daripada kaca: Ciri-ciri kaca 1
Keras tetapi mudah pecah
G
2
Boleh dibersihkan dengan mudah
3
Lut sinar
Glosari
Lengai Tidak bertindak balas secara kimia dengan bahan lain. Carian Internet Cari gambar kaca yang boleh dikitar semula dan tidak boleh dikitar semula. Hasilkan nota dalam peta i-Think.
4
Boleh dikitar semula
5
Penebat haba dan elektrik yang baik di Sini
Imbas
Botol kicap
Layari laman web https://drive.google.com/file/d/ IXpJQHof274fX6kDLJcuvlr0mcvC-V0MO/ view?usp=sharing untuk melihat poster kitar semula kaca (Dicapai pada 30 Januari 2020) 111
(b) Barangan kaca yang tidak boleh dikitar semula
Peta bulatan: Barangan kaca yang tidak boleh dikitar semula Pengalaman sendiri
Internet
Tabung uji
Tingkap
Cawan
Pinggan
Barangan kaca yang tidak boleh dikitar semula
Monitor komputer
Cermin
Akuarium
Guru
Mentol
Buku
Celik Ilmu Terdapat beberapa jenis barangan kaca seperti cermin mata dan gelas minuman yang tidak boleh dikitar semula. Barangan ini mengandungi bahan kimia yang menjadikannya tidak sesuai untuk dikitar semula. di Sini
Imbas
Pada pendapat anda, mengapakah barangan kaca pada peta bulatan tidak boleh dikitar semula?
112
Layari laman web https://arasmega.com/ qr-link/pengurusan-sisa-pepejal-negara/untuk mengetahui maklumat pengurusan sisa pepejal negara. (Dicapai pada 20 Julai 2020)
Aktiviti
Buku Skrap Peralatan yang diperlukan
Gunting
Kertas A4 berwarna
Pen penanda (Marker pen)
Ingat !
Jaga kebersihan dan keselamatan semasa menjalankan aktiviti ini.
Gam
Gambar barangan kaca
Langkah-langkah aktiviti 1. Bahagi murid kepada beberapa kumpulan. 2. Setiap ahli kumpulan mengumpul gambar barangan kaca daripada buku, majalah, surat khabar lama atau carian Internet. 3. Asingkan gambar kepada barangan kaca yang boleh dikitar semula dan barangan kaca yang tidak boleh dikitar semula. 4. Gunting dan tampal gambar barangan kaca pada kertas A4 berwarna. 5. Namakan jenis barangan kaca menggunakan pen penanda (marker pen). 6. Persembahkan buku skrap yang dihasilkan di hadapan bilik darjah. Nota Guru • Bimbing murid untuk membuat aktiviti. • Galakkan murid menyediakan bahan.
113
6.1.2
Cara menggunakan semula sisa pepejal daripada kaca
Kaca ialah bahan yang tidak boleh mereput atau dikompos. Oleh itu, kaca penting diguna semula. Antara produk kaca yang boleh diguna semula di rumah:
Botol sos pasta
Botol sos cili
Botol jem
Botol minuman
Cara membersihkan barangan kaca 1. Buang semua pelekat label pada barangan kaca. 2. Cuci barangan kaca dengan bersih menggunakan bahan pencuci. 3. Keringkan barangan kaca. Cara guna semula barangan kaca Barangan kaca yang telah dibersihkan boleh diguna semula dengan mengubah suai kegunaannya. 1. 2. 3. 4.
Bekas menyimpan makanan dan minuman Bekas menyimpan barang Projek kraf Barangan hiasan
G
Glosari
Kompos Reputan tumbuh-tumbuhan dan sisa organik lain untuk menghasilkan baja.
114
Celik Ilmu Terdapat sembilan proses perkhidmatan pengurusan sisa pepejal, iaitu pengasingan, penstoran, pemungutan, pengangkutan, pemprosesan, pemindahan, pengitaran semula, pengolahan, dan pelupusan sisa pepejal terkawal.
Mengapakah sisa pepejal perlu diasingkan oleh setiap isi rumah?
Nota Guru Bimbing murid untuk memerihalkan cara menggunakan semula sisa pepejal daripada kaca.
Guna semula kaca secara kreatif Terdapat sisa pepejal kaca yang masih boleh digunakan dengan menjadikannya sebuah produk baharu yang kreatif. Selain itu, kita juga boleh menjana pendapatan dengan menjualnya kepada orang ramai. Berikut ialah beberapa produk kreatif yang dihasilkan daripada sisa pepejal kaca.
Hiasan gambar
Pasu bunga
Botol penyembur
Terarium
Bekas lilin
Bekas rempah
Tabung
Bekas alat tulis
Amalan guna semula dapat memupuk nilai-nilai murni seperti berjimat cermat, bertanggungjawab dan mencintai alam sekitar.
Imbas
di Sini
Layari laman web https:// arasmega.com/qr-link/gunasemula-botol-secara-kreatif/ untuk melihat barangan kaca yang diguna semula secara kreatif. (Dicapai pada 27 Ogos 2020) 115
Jom Buat
Pasu bunga botol kaca Tujuan Menghasilkan barangan serba guna daripada sisa pepejal kaca. Alat dan bahan
Benang atau tali
Gam
Gunting
Botol kaca terpakai
Bunga hiasan
Langkah-langkah
1
Sapu gam pada botol kaca.
3
Gunting lebihan benang.
116
Ingat !
2
Jaga kebersihan dan keselamatan semasa menjalankan aktiviti ini.
Lilit benang pada botol kaca.
4
Masukkan bunga ke dalam pasu bunga botol kaca yang telah siap.
Hasil
6.1.3
Kesan penggunaan semula sisa pepejal daripada bahan kaca
Amalan guna semula (Reuse) memberi banyak kebaikan bukan sahaja kepada manusia tetapi juga kepada alam sekitar.
1
Baik untuk alam sekitar Botol kaca yang dihantar ke tapak pelupusan mengambil masa yang lama untuk dilupuskan. Sedangkan botol kaca mengambil masa yang singkat untuk diguna semula.
2
Mampan dan lestari Kaca boleh digunakan berulang kali tanpa kehilangan kualiti dengan cara guna semula (Reuse).
3
Memelihara sumber asli Kaca yang digunakan semula dapat menjimatkan bahan mentah untuk membuat kaca baharu.
4
Menjimatkan tenaga Pembuatan produk kaca memerlukan banyak tenaga dan menghasilkan bahan pencemar dari industri termasuk gas rumah hijau.
5
Mempunyai nilai komersial Kaca boleh digunakan semula dengan selamat. Kaca mempunyai banyak kegunaan komersial seperti digunakan dalam pembuatan barangan hiasan.
Nota Guru Bimbing murid untuk menjelaskan kesan menggunakan semula sisa pepejal daripada bahan kaca.
6.1.3
117
Latihan
1. Senaraikan barangan baharu yang boleh dihasilkan daripada botol jem guna semula (Reuse).
2. Mainkan maze di bawah dengan mencari perkataan tersembunyi mengenai kesan menggunakan semula sisa pepejal daripada kaca. Tuliskan jawapan pada ruang disediakan.
MULA
O
F
I
P
U
A
L
Y
S
A
M
Z
B
U
N
O
W
K
O
A
I
P
D
I
L
A
C
A
U
D
M
G
F
E
A
J
I
G
E
T
H
U
T
S
O
T
O
R
E
K
D
N
E
M
A
E
D
I
L
E
Y
A
U
I
J
O
W
C
K
R
U
H
Jawapan:
118
Nota Guru • Bimbing murid untuk menjawab latihan berpandukan buku teks. • Halaman ini boleh dicetak daripada kod QR pada muka surat 124.
TAMAT
6.1.4
Mempamerkan objek yang diguna semula daripada bahan kaca
Pameran objek yang diguna semula daripada bahan kaca boleh meningkatkan kesedaran cinta akan alam sekitar dan melindunginya.
Tujuan pameran Tujuan pameran ini adalah untuk menyediakan maklumat asas dan idea mengenai aktiviti guna semula sisa pepejal daripada bahan kaca kepada murid-murid. Objektif pameran • Mendedahkan pengetahuan mengenai cara menggunakan semula bahan sisa pepejal daripada kaca. • Menggalakkan murid melaksanakan aktiviti mesra alam dengan berkesan seperti program guna semula. • Memupuk amalan menjaga kebersihan alam sekitar.
Nota Guru Bimbing murid untuk melaksanakan pameran projek kitar semula daripada bahan kaca.
6.1.4
119
Kepentingan pameran • • • •
Mengurangkan bahan buangan. Mengurangkan penggunaan bahan mentah baharu. Mengurangkan penggunaan tenaga. Mengurangkan pencemaran air (tapak pelupusan).
Kebaikan pameran • Mempromosikan aktiviti guna semula. • Menggalakkan penggunaan semula barangan kaca. • Meneroka peluang pasaran dan perniagaan.
Nilai komersial • Rupa dan fungsi Kepelbagaian rupa bentuk dan fungsi mampu menarik minat pengguna. • Kualiti Mampu memanjangkan hayat barangan kaca sedia ada. • Idea kreatif Produk eksklusif yang dihasilkan mampu menambah nilai dan harga. 120
Jom Buat
Pameran Produk Guna Semula Bahan Kaca Tujuan Membuat pameran hasil barangan serba guna daripada sisa pepejal kaca. Langkah-langkah 1. Murid dibahagikan kepada tiga kumpulan. 2. Setiap kumpulan dikehendaki menghasilkan produk yang diguna semula daripada bahan kaca seperti berikut: a. Kumpulan 1: Bekas bunga b. Kumpulan 2: Bekas alat tulis c. Kumpulan 3: Bekas tabung atau bekas duit 3. Produk yang siap dihasilkan dipamerkan di sudut bilik darjah melalui kaedah stesen.
Celik Keusahawanan Produk guna semula daripada bahan kaca yang dihasilkan boleh dikomersialkan untuk dijual.
4. Setiap kumpulan akan bergerak dari satu stesen ke satu stesen yang lain dengan membuat pemerhatian berpandukan perkara di bawah. a. Jenis bahan kaca yang digunakan. b. Kos untuk membuat barangan baharu. c. Kepentingan barangan kepada alam sekitar. d. Nilai komersial. 5. Maklumat yang diperoleh melalui kaedah stesen dicatat oleh setiap murid.
121
Imbas Maklumat
Sisa pepejal daripada kaca • • • • •
Botol sos Botol jem Botol minuman Botol minyak wangi Cawan dan piring
Bekas alat tulis
• • • • •
Gelas Teko Jag Akuarium Cermin
• • • •
Mentol Bekas makanan Pinggan Mangkuk
Kesan penggunaan semula sisa pepejal daripada bahan kaca
Botol penyembur
Bekas lilin Hiasan gambar
Baik untuk alam sekitar
Bekas rempah Pasu bunga Tabung
Kitar semula bahan kaca secara kreatif
Mampan dan lestari Memelihara sumber asli
Terarium
Menjimatkan tenaga Mempunyai nilai komersial
Pameran objek yang diguna semula daripada bahan kaca
Tujuan pameran 122
Objektif pameran
Kepentingan pameran
Kebaikan pameran
Nilai komersial
Penilaian
1. Tandakan (✔) bagi barangan kaca yang boleh dikitar semula dan (✘) bagi barangan kaca yang tidak boleh dikitar semula.
2. Tuliskan nombor mengikut urutan cara membersihkan produk kaca yang betul.
Cuci produk kaca dengan bersih menggunakan bahan pencuci.
Keringkan produk kaca.
Buang semua pelekat label pada produk kaca.
Nota Guru • Bimbing murid untuk menjawab soalan. • Halaman ini boleh dicetak daripada kod QR pada muka surat 124.
123
3. Cadangkan produk baharu yang boleh dihasilkan daripada barangan kaca yang disenaraikan di bawah. Produk asal Botol minuman
Produk baharu Contoh: Pasu bunga
Botol sos Botol kicap Botol jem Botol vitamin 4. Padankan kesan penggunaan semula sisa pepejal daripada bahan kaca pada jawapan yang betul.
Kaca boleh digunakan semula dengan selamat. Kaca mempunyai banyak kegunaan komersial seperti digunakan dalam pembuatan barangan hiasan. Pembuatan produk kaca memerlukan banyak tenaga dan menghasilkan pencemaran perindustrian termasuk gas rumah hijau. Botol kaca yang dihantar ke tapak pelupusan mengambil masa yang lama untuk dilupuskan. Sebaliknya, kaca mengambil masa yang singkat untuk dikitar semula.
Kaca ialah 100 peratus boleh dikitar semula berulang kali tanpa kehilangan kualiti. 124
Memelihara sumber asli Mempunyai nilai komersial Baik untuk alam sekitar
Mampan dan lestari
Menjimatkan tenaga di Sini
Imbas
Kaca yang digunakan semula dapat menjimatkan bahan mentah untuk membuat kaca baharu.
Refleksi Diri
Tandakan (✔) mengikut tahap penguasaan anda. Pada akhir pembelajaran ini:
Ya
Tidak
Saya boleh menamakan objek daripada kaca yang boleh diguna semula.
Saya boleh menjelaskan cara menggunakan sisa pepejal daripada kaca.
Saya boleh menggunakan bahan kaca yang boleh diguna semula menjadi objek menarik yang boleh dipamerkan.
Saya boleh menggunakan bahan kaca yang boleh diguna semula dan menerangkan kebaikan menggunakannya semula dengan betul.
Saya boleh menggunakan bahan kaca yang boleh diguna semula dan menilai kepentingannya kepada alam sekitar secara tekal dan yakin.
Saya boleh berkongsi idea tentang pengurusan sisa pepejal dalam aktiviti pameran yang berkaitan dengan diguna semula bahan kaca dengan betul, tekal, yakin dan boleh dicontohi.
125
Dalam unit ini, murid dapat: 7.1 Negeriku 7.1.1 Menyatakan mengenai negeri tempat tinggal. 7.1.2 Mengenal pasti keistimewaan negeri tempat tinggal. 7.1.3 Menilai keistimewaan negeri tempat tinggal berdasarkan bukti. 7.1.4 Menzahirkan rasa cinta akan negeri tempat tinggal.
Selangor
Wilayah Persekutuan
Bukit Malawati
Menara Kuala Lumpur
Kelantan
Sarawak
Perak
Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra (Masjid Beijing)
Dewan Undangan Negeri Sarawak
Masjid Ubudiah
Terengganu
Kedah
Pulau Pinang
Jambatan Angkat Kuala Terengganu
Menara Alor Setar
Jambatan Kedua Pulau Pinang
126
UNIT
7
SEJARAH KITA
Kesemua 13 negeri dan sebuah Wilayah Persekutuan di Malaysia mempunyai ciri-ciri dan keistimewaan masing-masing. Keistimewaan tersebut merangkumi tempat menarik, mercu tanda, budaya, dan warisan. Mengenali keistimewaan yang ada di sesebuah negeri tempat tinggal dapat membentuk rasa bangga dan sayang akan negeri.
Pahang
Johor
Perlis
Istana Abu Bakar
Istana Bukit Serene
Istana Arau
Melaka
Sabah
Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka
Menara Tun Mustapha
Negeri Sembilan
Teratak Za’ba
127
7.1 Negeriku Malaysia terdiri daripada Semenanjung Malaysia, Sabah, dan Sarawak.
7.1.1
Kenali negeri tempat tinggal
Setiap negeri mempunyai bendera dan jata yang menjadi identiti tersendiri bagi negeri tersebut. Bendera
Nama Negeri/Wilayah
Jata
PERLIS
KEDAH
PULAU PINANG
PERAK
PAHANG
KELANTAN
TERENGGANU
128
Nota Guru • Bimbing murid untuk mengenali negeri-negeri di Malaysia. • Bimbing murid untuk mendapatkan maklumat tambahan mengenai negeri-negeri di Malaysia melalui carian Internet.
7.1.1
Bendera
Nama Negeri/Wilayah
Jata
SELANGOR
JOHOR
MELAKA
NEGERI SEMBILAN
SABAH
SARAWAK
WILAYAH PERSEKUTUAN
Imbas
di Sini
Huraikan fungsi jata negeri.
Layari laman web https://arasmega. com/qr-link/kenali-bendera-negeri-2/ untuk mengetahui maklumat menarik mengenai bendera negeri di Malaysia. (Dicapai pada 24 Julai 2020). 129
Latihan
1. Namakan negeri dan Wilayah Persekutuan berdasarkan jata yang diberi. Jata
130
Nama Negeri/Wilayah
Jata
Nama Negeri/Wilayah
Nota Guru • Bimbing murid untuk menjawab latihan berpandukan buku teks. • Halaman ini boleh dicetak daripada kod QR pada muka surat 144.
7.1.2
Keistimewaan negeri tempat tinggal
Keistimewaan sesebuah negeri menjadi identiti yang membolehkan tempat tersebut lebih dikenali dan menarik untuk dipelajari.
Perlis
Kedah
Istana Arau
Menara Alor Setar
• Istana rasmi DYMM Tuanku Raja Perlis.
• Menara telekomunikasi di Alor Setar, Kedah.
• Dibina bermula sekitar tahun 1905 semasa pemerintahan Raja Perlis ke-4, iaitu Raja Syed Alwi Jamalullail. • Pada tahun 2010, Istana Arau telah diwartakan sebagai Tapak Warisan mengikut Akta Warisan Kebangsaan 2005.
• Merupakan menara telekomunikasi kedua tertinggi di Malaysia dan 22 tertinggi di dunia. • Reka bentuk bangunan berinspirasikan “Serumpun Padi”.
Pulau Pinang Jambatan Kedua Pulau Pinang • Dikenali sebagai Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. • Panjang jambatan ini ialah 16.9 km yang melintasi laut dan panjang sepenuhnya pula ialah 24 km. • Diiktiraf sebagai jambatan terpanjang di Malaysia oleh Malaysia Book of Records pada bulan Mac 2014.
131
Perak Masjid Ubudiah • Dibina atas kehendak Sultan Idris Murshidul Azam Shah, Sultan Perak ke-28. • Kos pembinaan masjid ini dianggarkan berjumlah RM200,000. • Tersenarai sebagai Warisan Kebangsaan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005.
Selangor Bukit Malawati • Terletak di Kuala Selangor, Selangor. • Pernah menjadi pusat pentadbiran Kesultanan Selangor pada akhir abad ke-18 dan awal abad ke-19. • Terdapat beberapa rumah pegawai tinggi kerajaan, rumah rehat, rumah api, dan kesan sejarah di atas Bukit Malawati.
Negeri Sembilan Teratak Za’ba • Dirasmikan pada 5 Februari 2001 oleh Menteri Besar Negeri Sembilan. • Diperbuat daripada kayu cengal (perak) dan reka bentuknya masih bercirikan Rumah Tradisional Negeri Sembilan. • Ciri-ciri pertukangan Melayu pada bangunan ini ialah Tupai-tupai, Tabir Layar, Kisi-kisi, Anjung Serambi, pelantar dan penyambungannya menggunakan tanggam dan pasak.
Melaka Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka • Dibina menyerupai istana Kesultanan Melayu Melaka. • Ruang dalaman muzium mengekalkan suasana zaman Kesultanan Melayu Melaka seperti Balairong Seri, delegasi pedagangpedagang dan pertarungan Hang Tuah dan Hang Jebat.
132
Johor Istana Bukit Serene • Terletak di Johor Bahru, Johor. • Istana ini dibina pada tahun 1937 dan menjadi istana kediaman rasmi Sultan Johor. • Berhampiran Istana Bukit Serene, terdapat Laman Mahkota, Laser Fountain dan Laman Serene.
Kelantan Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra (Masjid Beijing) • Masjid yang terletak di dalam jajahan Pasir Mas ini mula dibina pada tahun 2005 dan dirasmikan pada bulan Ogos 2009. • Bercirikan seni bina dan ukiran masyarakat Cina dan seni reka Islam. • Merupakan masjid pertama berkonsepkan Cina di negeri ini.
Pahang Istana Abu Bakar • Dibina pada awal 1960-an. • Istana ini dinamakan sempena nama Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin al-Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Abdullah al-Mu’tasim Billah, Sultan Pahang ke-IV. • Merupakan istana rasmi bagi majlis adat istiadat seperti pengurniaan darjah kebesaran negeri Pahang.
Terengganu Jambatan Angkat Kuala Terengganu • Merupakan jambatan angkat pertama di Asia Tenggara. • Panjang 638 meter, ketinggian dan permukaan dari paras laut ialah 106 meter. • Reka bentuknya yang unik dapat menarik pelancong sekali gus meningkatkan industri pelancongan di Kuala Terengganu. 133
Sarawak Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak • Tempat persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak. • Dibina untuk menggantikan bangunan DUN lama Sarawak.
Sabah Menara Tun Mustapha • Bangunan 30 tingkat ini merupakan Ibu Pejabat Kumpulan Yayasan Sabah. • Bangunan ini boleh berubah warna bergantung kepada keadaan awan, matahari, dan warna langit.
• Bangunan sembilan tingkat ini merupakan ikon negeri Sarawak.
Wilayah Persekutuan Menara Kuala Lumpur • Merupakan menara telekomunikasi tertinggi di Asia Tenggara dan antara tertinggi di dunia. • Menara yang berketinggian 421 meter ini mula dibuka kepada umum pada 23 Julai 1996.
134
Aktiviti
Berkongsi Maklumat Tempat Menarik di Malaysia Langkah-langkah 1. Bahagi empat orang murid dalam satu kumpulan. 2. Guru memberikan satu nama menarik kepada setiap kumpulan seperti: a. b. c. d. e.
Istana Arau, Perlis. Muzium Istana Kesultanan Melayu Melaka, Melaka. Istana Bukit Serene, Johor. Istana Sultan Abu Bakar, Pahang. Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra (Masjid Beijing), Kelantan. f. Masjid Ubudiah Kuala Kangsar, Perak. g. Menara Alor Setar, Kedah. h. Jambatan Kedua Pulau Pinang. i. Bukit Malawati, Selangor. j. Teratak Za’ba, Negeri Sembilan. k. Jambatan Angkat Kuala Terengganu, Terengganu. l. Menara Tun Mustapha, Sabah. m. Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak, Sarawak. n. Menara Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan. 3. Setiap ahli kumpulan perlu mencari maklumat tambahan mengenai tempat tersebut melalui carian Internet. 4. Setiap ahli kumpulan menulis maklumat yang diperoleh di atas kertas yang disediakan. 5. Maklumat yang ditulis hendaklah menggunakan pen berlainan warna untuk membezakan idea daripada rakan lain. Nota Guru • Bimbing murid untuk membuat aktiviti. • Guru menyediakan peralatan dan bahan.
135
7.1.3
Menilai keistimewaan negeri tempat tinggal berdasarkan bukti
Setiap negeri tempat tinggal mempunyai keistimewaannya tersendiri. Keistimewaan ini juga merupakan keunikan bagi setiap negeri tersebut yang diperhatikan dari sudut sejarah dan geografi. Bil.
Negeri
Keistimewaan
a.
Perlis
• Terkenal dengan tanaman mangga Harum Manis. • Destinasi pelancongan yang terkenal ialah gua batu kapur, Gua Kelam.
b.
Kedah
• Antara negeri tertua di Malaysia. • Pulau Langkawi antara destinasi pelancongan terkenal dan telah dianugerahkan status “Geopark” oleh UNESCO.
c.
Pulau Pinang
• Jambatan kedua Pulau Pinang atau Jambatan Sultan Abdul Halim merupakan jambatan terpanjang di Malaysia. • Mempunyai tempat menarik yang boleh dilawati, iaitu Taman Negara Pulau Pinang, Balai Seni Lukis Pulau Pinang, Muzium Negeri Pulau Pinang, dan Bukit Bendera.
d.
Perak
• Tempat menarik yang boleh dilawati ialah Kompleks Sejarah Pasir Salak dan Galeri Sultan Azlan Shah. • Dahulunya kaya dengan pengeluaran bijih timah. • Lembah Lenggong diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia.
e.
Selangor
• Diiktiraf negeri maju pertama di Malaysia pada tahun 2005. • Salah satu bandar tertua di Malaysia ialah Bandar Diraja Klang. • Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) merupakan pintu masuk utama ke Malaysia.
f.
Negeri Sembilan
• Terkenal dengan adat pepatih. • Port Dickson merupakan salah satu pantai yang popular di Malaysia. • Tempat menarik yang boleh dilawati ialah Muzium Seri Menanti, Teratak Za’ba, dan Balai Cerap Teluk Kemang.
g.
Johor
• Seni persembahan tradisional yang terkenal ialah zapin, kuda kepang, dan ghazal. • Terkenal dengan penanaman nanas. • Tanjung Piai merupakan tanah paling selatan di Benua Asia.
136
Nota Guru • Bimbing murid untuk menilai keistimewaan negeri tempat tinggal masing-masing. • Bimbing murid untuk mencari maklumat mengenai keistimewaan negeri lain di Internet.
7.1.3
Bil.
Negeri
Keistimewaan
h.
Melaka
• Padang Pahlawan menjadi tempat pengisytiharan tarikh kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj. • Bahan pameran perjuangan kemerdekaan dipamerkan di Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan yang terletak di Bandar Hilir, Melaka. • Popular dengan persembahan seni dondang sayang.
i.
Pahang
• Terkenal dengan tempat peranginan seperti Cameron Highlands, Pulau Tioman, dan Teluk Cempedak. • Tasik Chini merupakan tapak rizab biosfera UNESCO pertama di Malaysia.
j.
Kelantan
k.
Terengganu
l.
Sarawak
m.
Sabah
n.
Wilayah Persekutuan
• Seni persembahan yang terkenal ialah dikir barat dan permainan tradisional wau. • Tempat tumpuan orang ramai untuk membeli-belah di Kelantan ialah Pasar Besar Siti Khadijah, Bazaar Tok Guru, dan Pasar Wakaf Che Yeh. • Hasil seni yang terkenal ialah batik dan songket. • Terkenal sebagai tempat penyu bertelur. • Pusat peranginan popular ialah Pulau Kapas, Pulau Perhentian, dan Pulau Redang. • Rumah panjang menjadi simbol kehidupan masyarakat Sarawak. • Sarawak mempunyai lada hitam yang berkualiti tinggi dan menjadi pengeluar lada hitam kelima dunia. • Sungai Rajang di Sarawak ialah sungai terpanjang di Malaysia. • Gunung tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara ialah Gunung Kinabalu. • Salah satu Tapak Warisan Dunia ialah Taman Negara Kinabalu yang kaya dengan ekosistem dan habitat hidupan liar. • Bunga terbesar di dunia, rafflesia dan periuk kera terbesar di dunia boleh ditemui di negeri ini. • Terdiri daripada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya. • Kuala Lumpur merupakan ibu negara Malaysia. • Wilayah Persekutuan Labuan diisytiharkan sebagai pusat kewangan luar pantai dan pelabuhan bebas cukai. • Wilayah Persekutuan Putrajaya merupakan pusat pentadbiran kerajaan persekutuan.
G
Glosari
Biosfera Keseluruhan kawasan permukaan bumi, laut dan udara yang didiami oleh organisma hidup. 137
Aktiviti
Peralatan yang diperlukan
Kertas warna Kertas A4 Gam
Gambar berkaitan keistimewaan negeri tempat tinggal
Ingat !
Jaga kebersihan dan keselamatan semasa menjalankan aktiviti ini.
Penebuk lubang
Gunting
Langkah-langkah aktiviti 1. Bahagi murid kepada beberapa kumpulan. 2. Setiap kumpulan diminta menyediakan satu folio bertajuk “Keistimewaan Negeri Tempat Tinggal”. 3. Guru menyediakan kotak yang mengandungi gulungan kertas bertulis nama negeri di Malaysia. 4. Ketua kumpulan mengambil gulungan kertas di dalam kotak yang disediakan. 5. Folio yang disediakan hendaklah mengandungi: a. Nama negeri c. Keistimewaan negeri b. Jata negeri d. Gambar yang sesuai 6. Maklumat boleh diperoleh melalui buku, majalah atau carian Internet. 7. Persembahkan folio di hadapan bilik darjah.
138
Nota Guru • Bimbing murid untuk membuat aktiviti. • Guru menyediakan peralatan dan bahan.
7.1.4
Menzahirkan rasa cinta akan negeri tempat tinggal
Hargailah keistimewaan yang terdapat di tempat tinggal anda. Rasa cinta dan menghargai perlulah sentiasa diterapkan dalam diri setiap individu. Cara menzahirkan rasa cinta akan negeri tempat tinggal
Menghormati bendera.
Memelihara budaya dan warisan negeri.
Melawat muzium dan membaca buku sejarah.
Menjaga kebersihan dan persekitaran dengan tidak melakukan pencemaran.
Mengharumkan nama negeri melalui acara sukan, pertandingan dan sebagainya.
Berkhidmat untuk negara dengan jujur dan amanah.
Nyatakan cara anda menzahirkan rasa cinta akan negeri tempat tinggal. Nota Guru Bimbing murid untuk menjawab soalan dengan tepat.
7.1.4
139
Jom Buat
Penanda Buku Warisan Negeriku Tujuan Menghasilkan kraf yang menerapkan rasa cinta akan negeri tempat tinggal. Alat dan bahan
Kad tebal
Gunting
Gambar bendera negeri
Gam
Reben
Gambar mercu tanda negeri tempat tinggal
Penebuk lubang
Langkah-langkah
1
2
Potong kad tebal seperti dalam gambar. Lukis corak mengikut kreativiti. Nota Guru 140
• Bimbing murid untuk membuat penanda buku.
Pen penanda (Marker pen)
3
4
Tampal gambar bendera dan mercu tanda negeri tempat tinggal anda.
Tebuk lubang dan masukkan reben.
5
Ikat reben.
Hasil Ingat ! Jaga kebersihan dan keselamatan semasa menjalankan aktiviti ini.
141
Imbas Maklumat
Perlis
Kelantan Negeri Sembilan
Kedah
Terengganu Sabah
Pulau Pinang
Pahang Sarawak
Perak
Johor Wilayah Persekutuan
Selangor
Melaka
• Menghormati bendera • Memelihara budaya dan warisan negeri Menzahirkan rasa cinta akan negeri tempat tinggal
• Menjaga kebersihan dan persekitaran • Berkhidmat dengan jujur dan amanah • Mengharumkan nama negeri • Melawat muzium dan membaca buku sejarah
142
Penilaian
1. Tulis nama negeri atau Wilayah Persekutuan berdasarkan gambar mercu tanda berikut.
Nota Guru • Bimbing murid untuk menjawab soalan. • Halaman ini boleh dicetak daripada kod QR pada muka surat 144.
143
2. Namakan negeri bagi bendera negeri-negeri berikut. Bil.
Bendera
Nama Negeri
a.
b.
c.
d.
e.
f.
g.
h.
i.
j.
k.
l.
m.
144
Imbas
di Sini
Refleksi Diri
Tandakan (✔) mengikut tahap penguasaan anda. Pada akhir pembelajaran ini:
Ya
Tidak
Saya boleh menyatakan mengenai negeri tempat tinggal.
Saya boleh menghuraikan keistimewaan negeri tempat tinggal.
Saya boleh menunjukkan dengan contoh keistimewaan negeri tempat tinggal.
Saya dapat membuktikan keistimewaan negeri tempat tinggal melalui media atau penceritaan secara kreatif.
Saya dapat menzahirkan idea tentang keistimewaan negeri tempat tinggal dengan yakin dan sistematik.
Saya dapat menzahirkan idea tentang keistimewaan negeri tempat tinggal secara kreatif, yakin dan sistematik serta boleh dicontohi.
145
Dalam unit ini, murid dapat: 8.1 Pemimpin Negara 8.1.1 Menamakan pemimpin negara berdasarkan jawatannya. 8.1.2 Memerihalkan mengenai pemimpin dan sumbangannya kepada negara. 8.1.3 Mempamerkan sikap menghargai dan menghormati pemimpin negara.
146
UNIT
8
PEMIMPIN
Pemimpin negara menentukan kemakmuran sesebuah negara. Negara yang aman dan stabil akan membentuk suasana harmoni dalam masyarakat. Pemimpin yang adil, amanah dan bertanggungjawab serta berjiwa rakyat akan disayangi oleh rakyat.
147
8.1 Pemimpin Negara Peranan pemimpin negara amat penting dalam memastikan pembangunan sesebuah negara dan perpaduan antara rakyat. Sejak merdeka, negara kita dipimpin oleh Perdana Menteri yang merupakan ketua kerajaan Malaysia.
8.1.1
Pemimpin negara berdasarkan jawatannya
Berikut ialah senarai Perdana Menteri Malaysia. Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj Perdana Menteri Malaysia Pertama • Tempoh: 31 Ogos 1957 hingga 22 September 1970. • Tarikh lahir: 8 Februari 1903. • Tempat lahir: Alor Setar, Kedah. • Pendidikan: Berkelulusan dalam bidang Undang-undang dari Inner Temple, London. Tun Abdul Razak bin Hussein Perdana Menteri Malaysia Kedua • Tempoh: 22 September 1970 hingga 14 Januari 1976. • Tarikh lahir: 11 Mac 1922. • Tempat lahir: Pekan, Pahang. • Pendidikan: Berkelulusan dalam bidang Undang-undang dari Lincoln’s Inn, London. Tun Hussein Onn Perdana Menteri Malaysia Ketiga • Tempoh: 15 Januari 1976 hingga 16 Julai 1981. • Tarikh lahir: 12 Februari 1922. • Tempat lahir: Johor Bahru, Johor. • Pendidikan: Berkelulusan dalam bidang Undang-undang dari Lincoln’s Inn, London. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad Perdana Menteri Malaysia Keempat • Tempoh: 16 Julai 1981 hingga 30 Oktober 2003. • Tarikh lahir: 20 Disember 1925. • Tempat lahir: Alor Setar, Kedah. • Pendidikan: Berkelulusan dalam bidang Perubatan dari Kolej Perubatan King Edward VII, Universiti Malaya, Singapura.
148
Nota Guru Bimbing murid untuk mendapatkan maklumat tambahan daripada pelbagai sumber seperti Internet, buku atau surat khabar mengenai Perdana Menteri Malaysia.
8.1.1
Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi Perdana Menteri Malaysia Kelima • Tempoh: 31 Oktober 2003 hingga 3 April 2009. • Tarikh lahir: 26 November 1939. • Tempat lahir: Bayan Lepas, Pulau Pinang. • Pendidikan: Berkelulusan dalam bidang Pengajian Islam, Universiti Malaya. Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia Keenam • Tempoh: 3 April 2009 hingga 9 Mei 2018. • Tarikh lahir: 23 Julai 1953. • Tempat lahir: Kuala Lipis, Pahang. • Pendidikan: Berkelulusan dalam bidang Ekonomi Industri dari University Nottingham, United Kingdom. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad Perdana Menteri Malaysia Ketujuh • Tempoh: 10 Mei 2018 hingga 24 Februari 2020 (dilantik kali kedua menjadi Perdana Menteri Malaysia). • Tarikh lahir: 20 Disember 1925. • Tempat lahir: Alor Setar, Kedah. • Pendidikan: Berkelulusan dalam bidang Perubatan dari Kolej Perubatan King Edward VII, Universiti Malaya, Singapura.
Tan Sri Muhyiddin bin Hj. Mohd. Yassin Perdana Menteri Malaysia Kelapan • Tempoh: 1 Mac 2020 hingga kini. • Tarikh lahir: 15 Mei 1947. • Tempat lahir: Muar, Johor. • Pendidikan: Berkelulusan dalam bidang Ekonomi dan Pengajian Melayu dari Universiti Malaya.
Imbas
di Sini
Layari laman web https://arasmega.com/qr-link/senarai-perdanamenteri-malaysia-2/ untuk mengetahui senarai Perdana Menteri di Malaysia. (Dicapai pada 4 Ogos 2020)
Hormatilah pemimpin negara anda. 149
Latihan
Cara Bermain: • Bermain dalam kumpulan kecil (tiga orang). Seorang murid dilantik sebagai pencatat markah. • Sesiapa yang berhenti di kotak yang mengandungi kad, jawab soalan berdasarkan kad soalan. • Sekiranya dapat menjawab, pemain akan mendapat 2 markah. • Jika gagal menjawab soalan, pemain tidak mendapat markah dan perlu undur satu petak ke belakang. • Jika pemain berhenti di kotak kosong, tiada markah yang diberikan. • Pemain juga perlu mengikut arahan pada kotak permainan. • Pemain yang mengumpul markah tertinggi dikira pemenang.
Undur ke kotak1
Baca kad
6
KA
D
18 Baca kad
7
KA
D
19 20
17
16
J ejak
Pemimpin Kenali Perdana Menteri Malaysia berdasarkan soalan yang diberi.
21 Baca kad
8
KA
D
22 Baca kad
TAMAT
1
MULA
1
KA
D
2
KAD SOALAN KAD 1
KAD 2
Siapakah nama Perdana Menteri Malaysia ketiga?
150
Namakan tokoh ini.
KAD 3 Bilakah Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dilahirkan?
KAD 4 Siapakah nama Perdana Menteri keenam?
Nota Guru • Guru menyediakan alatan untuk bermain seperti buah dadu dan penanda, contohnya butang berwarna. • Bimbing murid untuk bermain.
3
Baca kad
Baca kad
5
KA
Rehat 1 pusingan
4
KA
D
D
15
14
13
12 11 10 Baca kad
3
KA
D
8
Maju ke kotak 14
Baca kad
2
KA
D
4 KAD 5 Namakan tokoh ini.
9
5 KAD 6 Nyatakan tempoh tokoh ini menjadi Perdana Menteri.
6 KAD 7 Bilakah tokoh ini dilantik menjadi Perdana Menteri?
Maju satu kotak
7 KAD 8 Namakan Perdana Menteri yang dilantik menjadi Perdana Menteri sebanyak dua kali.
151
8.1.2
Pemimpin dan sumbangannya kepada negara
Setiap Perdana Menteri memberi banyak sumbangan kepada negara.
Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj • Tokoh yang bertanggungjawab memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu. • Mengetuai rombongan kemerdekaan Tanah Melayu ke London.
Tun Abdul Razak bin Hussein • Menyumbang kepada pembangunan ekonomi masyarakat luar bandar dan meningkatkan produktiviti pertanian dengan menubuhkan FELDA, MARA, dan FELCRA. • Melancarkan dan memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Tun Hussein Onn • Membina perpaduan melalui penggunaan bahasa kebangsaan dan mempelbagaikan ciri-ciri nasional lain yang diterapkan dalam diri rakyat Malaysia. • Merapatkan jurang ekonomi antara rakyat dengan memperkemas dan menubuhkan Koperasi Usaha Bersatu (KUB), Lembaga Padi Beras Negara, FAMA, dan Pertubuhan Peladang Kawasan.
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad • Membawa perubahan negara daripada sebuah negara pertanian kepada negara perindustrian moden. • Mengilhamkan pembinaan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya.
152
Nota Guru • Bimbing murid untuk mencari maklumat tambahan mengenai sumbangan pemimpin kepada negara.
8.1.2
Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi • Memperkenalkan Pembangunan Modal Insan. • Memperkenalkan Dasar Bioteknologi Nasional dan Islam Hadhari.
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak • Memperkenalkan Gagasan 1Malaysia untuk menyatupadukan rakyat pelbagai kaum di Malaysia. • Memperkenalkan Program Transformasi Kerajaan yang bertujuan meningkatan kualiti dan kecekapan sektor kerajaan.
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad • Menubuhkan Majlis Penasihat Kerajaan untuk memperkukuhkan ekonomi dan kewangan negara. • Memperkenalkan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.
Tan Sri Muhyiddin bin Hj. Mohd. Yassin • Menangani pandemik COVID-19 pada tahun 2020. • Antara usaha tersebut ialah mengarahkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengurangkan penularan wabak dan pemberian Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) bagi individu, isi rumah, dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).
G
Glosari
Pandemik Wabak penyakit yang tersebar dengan begitu meluas sama ada hingga ke seluruh wilayah, benua atau dunia.
Carian Internet Cari maklumat mengenai sumbangan pemimpin kepada negara. Hasilkan dapatan dalam peta i-Think. 153
Latihan
1. Tulis sumbangan bagi tokoh-tokoh di bawah. Memperkenalkan Program Transformasi Kerajaan
Memperkenalkan Pembangunan Modal Insan
Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN)
Memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB)
Menyatukan rakyat melalui bahasa kebangsaan
Memperjuangkan Mengilhamkan pembinaan kemerdekaan Tanah Kompleks Pentadbiran Kerajaan Melayu Persekutuan Putrajaya
Menubuhkan Majlis Penasihat Kerajaan
Nota Guru 154
• Bimbing murid untuk menjawab latihan berpandukan buku teks. • Halaman ini boleh dicetak daripada kod QR pada muka surat 160.
8.1.3
Mempamerkan sikap menghargai dan menghormati pemimpin negara
Pemimpin negara telah banyak menyumbangkan jasa dan sumbangan kepada negara. Oleh itu, terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mempamerkan sikap menghargai dan menghormati pemimpin negara.
Peringkat sekolah • Menghias bilik darjah sempena bulan kemerdekaan. • Menganjurkan lawatan ke muzium dan memorial Perdana Menteri.
Celik Ilmu Kerajaan telah membina beberapa memorial mantan Perdana Menteri, sebagai tanda menghargai jasa mereka.
G Peringkat masyarakat • Bertoleransi sesama masyarakat tanpa mengira perbezaan kaum dan agama. • Melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan seperti program gotong-royong dan rumah terbuka. • Memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai sikap menghargai dan menghormati pemimpin negara melalui media sosial. • Patuh kepada arahan pemimpin dan undang-undang negara.
Glosari
Memorial Sesuatu yang dibina untuk memperingati seseorang tokoh atau sesuatu peristiwa bersejarah.
Jelaskan dua cara anda mempamerkan sikap menghargai dan menghormati pemimpin negara.
Nota Guru Guru menerangkan perkara yang perlu dilakukan sebagai tanda menghargai dan menghormati pemimpin negara.
8.1.3
155
Latihan
1. Padankan gambar dengan penerangan yang betul.
Menghias bilik darjah sempena bulan kemerdekaan
Melawat ke muzium dan memorial Perdana Menteri
Aktiviti gotong-royong
Masyarakat majmuk
Nota Guru 156
• Bimbing murid untuk menjawab latihan berpandukan buku teks. • Halaman ini boleh dicetak daripada kod QR pada muka surat 160.
Jom Buat
Mengenali Pemimpin Negara yang Berjasa Alat dan bahan
Kertas berwarna
Keratan gambar pemimpin
Penebuk lubang
Reben
Ingat !
Pen penanda
Gam
Jaga kebersihan dan keselamatan semasa menjalankan aktiviti ini.
Gunting
Langkah-langkah
1
2
3
Gunting dan tampal Tulis biodata ringkas. gambar pemimpin negara.
4
Tampal gambar peristiwa bersejarah.
5
Tulis penerangan ringkas. Tulis tajuk buku skrap dan hias mengikut kreativiti.
Nota Guru
Hasil
• Bimbing murid untuk membuat aktiviti. • Keratan gambar pemimpin boleh diperoleh daripada carian Internet, surat khabar, majalah atau buku terpakai.
157
Imbas Maklumat
Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj • Perdana Menteri Malaysia pertama • Sumbangan: Mengetuai rombongan kemerdekaan Tanah Melayu ke London
Tun Abdul Razak bin Hussein • Perdana Menteri Malaysia kedua • Sumbangan: Menyumbang pembangunan ekonomi masyarakat luar bandar
Tun Hussein Onn • Perdana Menteri Malaysia ketiga • Sumbangan: Membina perpaduan melalui penggunaan bahasa kebangsaan dan mempelbagaikan ciri-ciri nasional kepada rakyat
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad • Perdana Menteri Malaysia keempat • Sumbangan: Mengilhamkan pembinaan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya
Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi • Perdana Menteri Malaysia kelima • Sumbangan: Memperkenalkan Pembangunan Modal Insan
Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak • Perdana Menteri Malaysia keenam • Sumbangan: Memperkenalkan Program Transformasi Kerajaan
Tun Dr. Mahathir bin Mohamad • Perdana Menteri Malaysia ketujuh • Sumbangan: Menubuhkan Majlis Penasihat Kerajaan untuk memperkukuhkan ekonomi dan kewangan negara.
Tan Sri Muhyiddin bin Hj. Mohd. Yassin • Perdana Menteri Malaysia kelapan • Sumbangan: Usaha menangani pandemik COVID-19 pada tahun 2020
Mempamerkan sikap menghargai dan menghormati pemimpin negara Peringkat sekolah • Menghias bilik darjah sempena bulan kemerdekaan • Menganjurkan lawatan ke muzium atau memorial Perdana Menteri
158
Peringkat masyarakat • Bertoleransi sesama masyarakat yang berbilang kaum • Melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan • Memberi kesedaran kepada orang ramai melalui media sosial • Patuh kepada arahan dan undang-undang
Penilaian
A. Lengkapkan ejaan nama pemimpin negara di bawah. Perdana Menteri Malaysia pertama Tunku A__d__l R__ __m__n P__t__a a__-H__ j Perdana Menteri Malaysia kedua Tun A__d__l R__z__k bin H__s__e__n Perdana Menteri Malaysia ketiga Tun H__s__e__n O__n Perdana Menteri Malaysia keempat dan ketujuh Tun D__ M__h __t__i__ bin M__h__m__d Perdana Menteri Malaysia kelima Tun A__du__l__h bin Haji A__ __a__ B__ __a__i Perdana Menteri Malaysia keenam Dato’ Sri M__h__. N__ j __ b bin T__n H __ j __ __ b __ u __ R __ z __ k Perdana Menteri Malaysia kelapan Tan Sri M__ __y__dd__n bin Hj. M__h__. Y__s__i__ B. Bulatkan jawapan yang betul bagi soalan berikut. 1. Antara jasa Tun Hussein Onn ialah bertanggungjawab menyemai semangat _________________ dalam kalangan masyarakat. a. perpecahan b. perpaduan c. pembaharuan d. penjenamaan 2. Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi merupakan tokoh yang memperkenalkan ____________. a. Dasar Pendidikan Negara b. Konsep Islam Hadhari c. Transformasi Kerajaan d. Dasar Pandang ke Timur Nota Guru • Bimbing murid untuk menjawab soalan. • Halaman ini boleh dicetak daripada kod QR pada muka surat 160.
159
3. Berikut merupakan sumbangan Tun Abdul Razak bin Hussein, KECUALI: a. Menubuhkan FELDA b. Memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru c. Penyata Razak 1956 d. Gagasan 1Malaysia 4. Baca ayat di bawah. Tokoh yang bertanggungjawab memperjuangkan kemerdekaan.
Berdasarkan pernyataan di atas, siapakah tokoh yang dimaksudkan? a. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad b. Tun Abdul Razak bin Hussein c. Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj d. Tun Hussein Onn
5. Siapakah tokoh yang bertanggungjawab mencetus idea dalam pembinaan Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Putrajaya? a. Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak b. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad c. Tun Hussein Onn d. Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi 6. Tokoh yang berjasa dalam menangani penularan pandemik COVID-19 di Malaysia ialah _____________________. a. Tun Hussein Onn b. Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak c. Tun Dr. Mahathir bin Mohamad d. Tan Sri Muhyiddin bin Hj. Mohd Yassin
Imbas
di Sini
160
Refleksi Diri
Tandakan (✔) mengikut tahap penguasaan anda. Pada akhir pembelajaran ini:
Ya
Tidak
Saya boleh menyatakan mengenai pemimpin negara.
Saya boleh mengenal pasti pemimpin negara.
Saya boleh menunjukkan sikap menghormati pemimpin negara dengan cara menghargai sumbangannya kepada masyarakat.
Saya boleh menghormati pemimpin negara dengan cara menilai sumbangan yang diberikan kepada masyarakat dan negara.
Saya boleh menghubungkaitkan kepimpinan seorang pemimpin negara dengan sumbangan yang telah dilakukannya dengan yakin dan tekal.
Saya boleh menjana idea tentang sumbangan seorang pemimpin kepada masyarakat dan negara secara kreatif dan sistematik serta boleh bercerita mengenainya dengan yakin, tekal serta boleh dicontohi.
161
Dalam unit ini, murid dapat: 9.1 Demokrasi Berparlimen 9.1.1 Menyatakan maksud demokrasi berparlimen. 9.1.2 Menjelaskan fungsi wakil rakyat. 9.2 Pilihan Raya di Malaysia 9.2.1 Menerangkan maksud pilihan raya. 9.2.2 Mengenal pasti kelayakan mengundi. 9.2.3 Memerihalkan kepentingan mengundi. 9.2.4 Melaksanakan tanggungjawab sebagai warganegara.
162
UNIT
9
PEMERINTAHAN DI MALAYSIA
Malaysia ialah sebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen dan menjalankan pilihan raya bagi pemilihan pemerintah. Rakyat Malaysia terdiri daripada berbilang kaum seperti Melayu, Cina, India, Iban, Kadazandusun dan kaum-kaum lain yang dapat hidup bersatu padu dan harmoni.
163
9.1 Demokrasi Berparlimen Negara kita mengamalkan sistem demokrasi berparlimen sejak tahun 1957.
9.1.1
Maksud demokrasi berparlimen
Demokrasi berparlimen ialah pemerintahan yang dijalankan secara perwakilan yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya. Melaluinya, pemerintahan negara terletak di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Ciri-ciri sistem demokrasi berparlimen Sistem demokrasi berparlimen melibatkan pembahagian kuasa kepada tiga bahagian dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman, dan Eksekutif (pentadbiran).
Raja berperlembagaan
Celik Ilmu
Perlembagaan
Rakyat berhak menentukan kerajaan sedia ada melalui pilihan raya.
Pilihan raya
Kebebasan asasi
Ciri-ciri sistem demokrasi berparlimen
Parti-parti politik
Parlimen
Kuasa pemerintahan Imbas
di Sini
164
Layari laman web https://arasmega.com/qr-link/ demokrasi-berparlimen/ untuk menonton video mengenai Sistem Demokrasi di Malaysia. (Dicapai pada 27 April 2020)
Nota Guru • Guru menerangkan kepada murid mengenai demokrasi berparlimen. • Bimbing murid untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai demokrasi berparlimen.
9.1.1
Latihan
1. Berdasarkan kod rahsia yang diberi, isi ruang jawapan di bawah. Anda hanya perlu menulis huruf pertama bagi gambar-gambar tersebut untuk mendapatkan jawapan.
2. Gariskan jawapan yang betul. a. Demokrasi berparlimen ialah pemerintahan secara perwakilan yang dipilih oleh rakyat / ketua negara. b. Pemerintahan negara terletak di bawah pentadbiran Presiden / Raja Berperlembagaan. c. Demokrasi berparlimen melibatkan pembahagian kuasa kepada tiga bahagian iaitu, Perundangan, Kehakiman dan Eksekutif / Raja-raja Melayu. d. Dalam sistem demokrasi berparlimen, Ketua Negara ialah Yang di-Pertuan Besar / Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. e. Salah satu ciri-ciri sistem demokrasi berparlimen ialah perlembagaan / persatuan.
Nota Guru • Bimbing murid untuk menjawab latihan berpandukan buku teks. • Halaman ini boleh dicetak daripada kod QR pada muka surat 178.
165
9.1.2
Fungsi wakil rakyat
Wakil rakyat ialah seseorang yang dipilih menerusi pilihan raya. Wakil rakyat dipilih untuk menjadi wakil penduduk bagi kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diwakilinya. Wakil rakyat di peringkat Parlimen berperanan dalam urusan berkaitan pemerintahan negara. Wakil rakyat di peringkat Dewan Undangan Negeri pula melibatkan urusan pemerintahan negeri. Berikut merupakan antara fungsi wakil rakyat DUN pada rajah di bawah. Membuat atau menggubal rang undang-undang di peringkat negeri.
1 Fungsi wakil rakyat DUN
2
Menyampaikan pendapat dan kehendak serta mewakili rakyat di kawasan yang diwakilinya.
Mengambil bahagian dalam pembentangan dan perbahasan dasar.
3
Celik Ilmu Sehingga tahun 2020, terdapat 222 kerusi Parlimen dan 576 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Malaysia kecuali Kuala Lumpur, Labuan, dan Putrajaya.
Imbas
di Sini
Layari laman web https://arasmega.com/qr-link/ parlimen-malaysia-2/untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai Parlimen Malaysia. (Dicapai pada 20 September 2020)
Carian Internet Cari maklumat tambahan mengenai fungsi lain bagi wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri dan di Parlimen.
166
Nota Guru • Bimbing murid untuk menghasilkan nota ringkas mengenai fungsi lain bagi wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri dan di Parlimen.
9.1.2
Latihan
1. Isi tempat kosong dengan jawapan yang betul. pilihan raya
pendapat
negeri
undang-undang
perbahasan dasar
negara
Wakil Rakyat a. Wakil rakyat dipilih menerusi ________________ oleh rakyat. b. Urusan berkaitan pemerintahan _______________ diuruskan oleh wakil rakyat di peringkat Parlimen. c. Wakil rakyat di peringkat Dewan Undangan Negeri menguruskan pemerintahan ______________.
Fungsi Wakil Rakyat DUN
• Menyampaikan _______________ dan kehendak serta mewakili rakyat di kawasan yang diwakilinya. • Mengambil bahagian dalam pembentangan dan _______________. • Membuat atau menggubal rang _______________ di peringkat negeri.
Nota Guru • Bimbing murid untuk menjawab latihan berpandukan buku teks. • Halaman ini boleh dicetak daripada kod QR pada muka surat 178.
167
9.2 Pilihan Raya di Malaysia Setiap warganegara yang telah mencapai umur 21 tahun berkelayakan untuk mengundi bagi menentukan kerajaan dan corak pemerintahan demokrasi melalui pilihan raya.
9.2.1
Maksud pilihan raya
Pilihan raya ialah pemilihan umum yang diadakan untuk memilih wakil rakyat sama ada di peringkat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri. Pemilihan diadakan secara sulit dengan menggunakan prosedur yang telus dan sistematik. Pengiraan undi pula dibuat secara terbuka dan keputusannya direkod dan diumumkan. Calon yang mendapat undi paling banyak dikira sebagai pemenang. Terdapat dua jenis pilihan raya, iaitu Pilihan Raya Umum dan Pilihan Raya Kecil. Pilihan Raya Umum
Pilihan Raya Kecil • Mengisi kekosongan kerusi di kawasan Parlimen atau DUN. • Kekosongan kerusi berlaku sekiranya terjadi perkara di luar jangkaan seperti kematian, peletakan jawatan, hilang kelayakan dan pembatalan keputusan pilihan raya oleh mahkamah.
• Dijalankan apabila Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan atau terbubar sendiri selepas tamat tempoh lima tahun.
Celik Ilmu Imbas
Suruhanjaya Pilihan Raya ditugaskan mengendalikan Pilihan Raya Umum dan Pilihan Raya Kecil di Malaysia.
di Sini
Layari laman web https://arasmega. com/qr-link/prosesmengundi-2/ untuk menonton video proses mengundi. (Dicapai pada 25 Ogos 2020)
Nota Guru 168
Bimbing murid untuk memahami maksud dan jenis pilihan raya di Malaysia.
9.2.1
Latihan
1. Pilih dan isi jawapan yang betul.
a
Pilihan raya ialah pemilihan umum untuk memilih _______ sama ada di peringkat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.
b
Terdapat dua jenis pilihan raya, iaitu Pilihan Raya Umum dan ___________.
Presiden
Wakil rakyat
Pilihan Raya Kecil
Pilihan Raya Daerah
c
_________________ dijalankan apabila Parlimen atau Dewan Undangan Negeri dibubarkan.
Pilihan Raya Umum
Pilihan Raya Kecil
d
_________________ dijalankan bagi mengisi kekosongan kerusi di Parlimen atau Dewan Undangan Negeri sekiranya terjadi perkara di luar jangkaan seperti kematian.
Pilihan Raya Umum
Pilihan Raya Kecil
Nota Guru • Bimbing murid untuk menjawab latihan berpandukan buku teks. • Halaman ini boleh dicetak daripada kod QR pada muka surat 178.
169
9.2.2
Kelayakan untuk mengundi
Syarat-syarat yang melayakkan seseorang untuk mengundi:
b
Anggota pasukan keselamatan, pelajar di luar negara dan pegawai kerajaan yang bertugas di luar negara boleh mengundi melalui pos.
Mencapai umur 21 tahun pada tarikh kelayakan.
c
Berdaftar di dalam sesebuah kawasan pilihan raya.
d
Tidak dihalang atau hilang kelayakan untuk menjadi pemilih oleh undang-undang.
9.2.3
Celik Ilmu
Warganegara Malaysia.
di Sini
Imbas
a
Layari laman web https:// arasmega.com/qr-link/ kelayakan-pemilih/ untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai kelayakan pemilih. (Dicapai pada 28 Ogos 2020)
Kepentingan mengundi
Mengundi dapat memberi peluang kepada rakyat untuk memilih pemimpin yang akan mewakili mereka. Berikut ialah kepentingan mengundi. (a) Mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi - Sistem pemerintahan demokrasi mampu membentuk keharmonian kaum. (b) Menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia - Mengundi ialah salah satu tanggungjawab warganegara yang menyayangi negaranya. (c) Memilih wakil rakyat - Memilih wakil rakyat atau pemimpin yang berkaliber sama ada di peringkat persekutuan atau negeri. (d) Memenuhi hak memilih kerajaan - Rakyat berhak memilih kerajaan yang adil dan amanah.
170
Nota Guru • Bimbing murid untuk mendapatkan maklumat tambahan melalui carian Internet. • Guru menerangkan kepada murid mengenai kepentingan mengundi.
9.2.2
9.2.3
3
Latihan
1. Tandakan (✔) pada syarat-syarat kelayakan untuk mengundi yang betul dan (✗) pada kenyataan yang salah. a. Warganegara Malaysia. ( ) b. Berpendapatan tetap. ( )
c. Mencapai umur 21 tahun pada tarikh kelayakan.
(
)
d. Hanya boleh mendaftar di tempat lahir.
(
)
e. Tidak dihalang untuk menjadi pemilih.
(
)
f. Berdaftar di dalam sesebuah kawasan pilihan raya.
(
)
2. Tulis YA pada pernyataan yang betul dan TIDAK pada pernyataan yang salah. Pernyataan a
Kanak-kanak dibenarkan membuang undi.
b
Mengundi penting untuk memastikan ekonomi negara stabil.
c
Mengundi ialah satu tanggungjawab kepada semua warganegara Malaysia.
d
Melalui pilihan raya, kita dapat mengamalkan sistem demokrasi yang membentuk keharmonian kaum.
e
Pengundi tidak berhak memilih kerajaan yang diinginkan.
f
Membuktikan Malaysia mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi.
Ya/Tidak
Nota Guru • Bimbing murid untuk menjawab latihan berpandukan buku teks. • Halaman ini boleh dicetak daripada kod QR pada muka surat 178.
171
9.2.4
Melaksanakan tanggungjawab sebagai warganegara
Setiap warganegara mempunyai tanggungjawab terhadap negaranya. Warganegara yang baik ialah warganegara yang menyumbang kepada kemajuan dan kesejahteraan negara.
Setiap rakyat perlu menghormati semua agama dan kepercayaan.
Patuh kepada undang-undang yang ditetapkan.
Tanggungjawab sebagai warganegara
Mengamalkan kesopanan dan kesusilaan bagi membentuk warganegara yang mempunyai nilai murni dan akhlak yang baik.
G
Rakyat perlu mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan perlembagaan negara yang menjadi sumber perundangan tertinggi.
Glosari
Warganegara Penduduk sesebuah negara yang terdiri daripada penduduk asli tempatan ataupun orang asing yang telah diterima menjadi warganegara mengikut undang-undang.
172
Ketaatan kepada Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja di peringkat negeri.
Sebagai seorang murid sekolah, berikan dua contoh tanggungjawab sebagai warganegara yang boleh anda lakukan.
Nota Guru Bimbing murid untuk menjawab soalan dengan betul. 9.2.4
Latihan
1. Cari perkataan tersembunyi berpandukan soalan berikut. S
F
K
E
S
O
P
A
N
A
N
P
K
E
S
E
T
I
A
A
N
D
A
L
T
J
Y
W
M
X
T
Q
L
G
G
U
U
L
I
E
V
Z
U
E
J
F
A
Y
Q
P
O
B
C
A
H
W
K
D
M
T
P
E
R
L
E
M
B
A
G
A
A
N
a. Warganegara yang bertanggungjawab hendaklah menunjukkan ________________ kepada raja dan negara. b. Setiap rakyat perlu menghormati semua ________________ dan kepercayaan. c. Setiap warganegara perlu ________________ kepada undang-undang yang ditetapkan. d. Mengamalkan ________________ dan kesusilaan penting bagi membentuk warganegara yang mempunyai nilai murni dan akhlak yang baik. e. Kita hendaklah patuh pada ________________ yang menjadi sumber perundangan tertinggi negara.
Nota Guru • Bimbing murid untuk menjawab latihan berpandukan buku teks. • Halaman ini boleh dicetak daripada kod QR pada muka surat 178.
173
Jom Buat
Simulasi Pilihan Raya Tujuan Memberi gambaran semasa pilihan raya sebenar. Pintu 1
1 2
3
4
5
6
Pintu 2
174
7
Petunjuk Pergerakan pengundi (Langkah 1 hingga 7)
Nota Guru • Bimbing murid untuk melakukan simulasi dan melakonkan peranan individu yang terlibat dalam pilihan raya sebenar. • Guru menggunakan pelan yang diberi sebagai panduan menjalankan simulasi.
Langkah-langkah semasa melakukan pengundian 1
2
3
4
Masuk apabila dibenarkan.
Serahkah MyKad kepada Kerani Pengundian Pertama untuk menyemak dan membaca butiran diri anda.
Bergerak ke hadapan Kerani Pengundian Kedua. Letakkan tangan di atas pad dakwat kekal untuk kerani kedua mencalit jari dengan dakwat kekal.
Kemudian, bergerak ke Kerani Pengundian Ketiga untuk diberi kertas undi.
5 Pergi ke tempat memangkah kertas undi dan tandakan X pada ruang calon dalam kertas undi anda. Pilih satu calon sahaja.
6 Masukkan kertas undi ke dalam peti undi untuk Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.
7 Keluar segera dari bilik mengundi.
175
Imbas Maklumat
Demokrasi berparlimen ialah pemerintahan yang dijalankan secara perwakilan yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya
DEMOKRASI BERPARLIMEN
FUNGSI WAKIL RAKYAT DUN
Mengambil bahagian dalam pembentangan dan perbahasan dasar
Membuat atau menggubal rang undang-undang di peringkat negeri
Menyampaikan pendapat dan kehendak serta mewakili rakyat
Pilihan raya Pilihan raya ialah pemilihan umum yang diadakan untuk memilih wakil rakyat sama ada di peringkat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri Kepentingan mengundi • Mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi • Menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia • Memilih wakil rakyat • Memenuhi hak memilih kerajaan PILIHAN RAYA DI MALAYSIA
Kelayakan untuk mengundi • Warganegara Malaysia • Mencapai umur 21 tahun pada tarikh kelayakan • Berdaftar di dalam sesebuah kawasan pilihan raya • Tidak dihalang atau hilang kelayakan untuk menjadi pemilih oleh undang-undang Tanggungjawab sebagai warganegara • Menghormati semua agama dan kepercayaan • Taat kepada Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja • Mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan perlembagaan negara • Mengamalkan kesopanan dan kesusilaan • Patuh kepada undang-undang yang ditetapkan
176
Penilaian
A. Pilih dan bulatkan jawapan yang betul. 1. Demokrasi berparlimen bermaksud pemerintahan secara perwakilan yang dipilih oleh _____________ melalui pilihan raya. a. rakyat b. parlimen c. Perdana Menteri d. Yang di-Pertuan Agong 2.
Berikut ialah ciri-ciri sistem demokrasi berparlimen, KECUALI: a. Raja berpelembagaan b. Parlimen c. Rakyat d. Pilihan raya
3. Rakyat diberi peluang untuk memilih ______________ mereka melalui pilihan raya. a. pemimpin b. raja c. badan berkanun d. badan bukan kerajaan 4. Pilihan raya ialah pemilihan umum yang diadakan untuk memilih wakil rakyat sama ada di peringkat ______________ atau ________________. a. kelas/sekolah b. daerah/mukim c. kampung/bandar d. Parlimen/Dewan Undangan Negeri 5.
Berikut ialah syarat-syarat kelayakan untuk mengundi, KECUALI: a. Penjawat awam b. Warganegara Malaysia c. Mencapai umur 21 tahun pada tarikh kelayakan d. Tidak dihalang atau hilang kelayakan untuk menjadi pemilih oleh undang-undang. Nota Guru • Bimbing murid untuk menjawab soalan. • Halaman ini boleh dicetak daripada kod QR pada muka surat 178.
177
B. Tuliskan jawapan yang betul. rakyat
pilihan raya amanah
demokrasi berparlimen wakil rakyat
1. Wakil rakyat ialah seseorang yang dipilih melalui __________________. 2. Wakil rakyat terlibat dalam mewakili __________________ di kawasan yang diwakilinya. 3. Melalui pilihan raya, rakyat dapat mengamalkan sistem ____________. 4. Rakyat berhak memilih kerajaan yang adil dan __________________ . 5. Pilihan raya membolehkan rakyat mengundi __________________ yang berkaliber. C. Padankan gambar pada pernyataan yang betul.
Patuh kepada undang-undang yang ditetapkan
Ketaatan kepada Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja
Menghormati semua agama dan kepercayaan
Mengamalkan kesopanan dan kesusilaan Mematuhi dan mempertahankan keluhuran atau kemuliaan perlembagaan negara Imbas
di Sini
178
Refleksi Diri
Tandakan (✔) mengikut tahap penguasaan anda. Pada akhir pembelajaran ini:
Ya
Tidak
Saya boleh menyatakan maksud demokrasi berparlimen dan pilihan raya dengan bimbingan.
Saya dapat menerangkan fungsi wakil rakyat dalam negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen.
Saya boleh melaksanakan tanggungjawab sebagai warganegara dalam negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen.
Saya dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai warganegara dalam negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen dan menjelaskan kepentingan mengundi dalam pilihan raya dengan betul. Saya boleh melaksanakan tanggungjawab sebagai warganegara dalam negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen dan menilai kepentingan mengundi dalam pilihan raya dengan betul dan yakin.
Saya boleh menjana idea tentang kepentingan mengundi semasa pilihan raya dengan yakin, tekal dan boleh dicontohi.
179
RUJUKAN Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia, 2019. Manual Pembimbing Penyusuan Susu Ibu untuk Kegunaan Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu. Putrajaya: Kementerian Kesihatan Malaysia. Brahim et al., 2011. Penilaian Peranan dan Tugas Wakil Rakyat di Malaysia: Isu dan Cabaran. Project Report. Pulau Pinang: Universiti Utara Malaysia. Enzler, S.M, 2008. The Greenhouse Effect and Global Warming. Lenntech Holding. Goat Teck Chong, Wong Yee Hong, Suraini Basir, 2013. Buku Teks Pra-U STPM: Pengajian Am Penggal 2. Kuala Lumpur: Pearson Malaysia Sdn Bhd. Jariah et al., 2018. Sains Tingkatan 2. Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur: Karangkraf Network Sdn Bhd. Kamus Dewan Edisi Keempat, 2007. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mustapha Saud, Sukosensei, 2012. Pengajian Am Penggal 1. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn.Bhd. Low Swee Neo et al., 2011. Kimia Tingkatan 4. Petaling Jaya: Abadi Ilmu Sdn. Bhd.. Norazian Mohamed Noor, 2012. Isu Pemanasan Global. Perlis: Penerbit Universiti Malaysia Perlis. Rozaiman Mohd Noor & Mohammed Faizal Abd Wahid, 2016. Pendidikan Seni Visual Pendidikan Khas Tingkatan 1. Kajang: Aras Mega (M) Sdn. Bhd.. Sears, M and Sears, W, 2013. The Healthy Pregnancy Book: Month by Month, Everything You Need to Know from America’s Baby Experts. New York: Little, Brown and Company. Singh, R. P., and Desroiser, N. W, 2018. Food Preservation. Encyclopedia Britannica, -Inc. Dimuat turun dari https://www.britannica.com/topic/food-preservation. Sivarajan a/l Ponniah, Sharifah Afidah Syed Hamid, Ahmad Salehee Abdul, 2015. Sejarah Tahun 6 Sekolah Kebangsaan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Srivastana, M, 2018. Commonly Used Food Preservation Methods in Food Industry. Dimuat turun dari https://discoverfoodtech.com/food-preservation-methods/. Tengku Azmanira, R. H, 2014. Manual Kehamilan: Panduan Penjagaan Ibu dan Bayi. Kuala Lumpur: Must Read Sdn. Bhd.. Vengadesh, P., Noraini, A dan Fauziah, M, 2016. Sains Tingkatan 1. Kementerian Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur: Karangkraf Network Sdn. Bhd..
180
Portal Rasmi: Berita Harian Online, Kolumnis/Rabu/24 Jun 2015/ 7:43am/perenggan 1-3. https://www.bharian.com.my/berita/wilayah/2018/01/381828/laman-serene-mercu-tandajohor-bahru. (Dicapai pada 14 Oktober 2020). https://www.bernama.com/bm/am/news_wkb2030.php?id=1767448. https://www.data.gov.my/data/ms_MY/dataset/senarai-penyelidikan-warisan-tidak-ketaraseni-persembahan/resource/68328ec6-8c97-46b2-b401-f20481fa12a4. (Dicapai pada 10 April 2020). https://jpspn.kpkt.gov.my/. (Dicapai pada 5 Januari 2020). https://www.greensutra.in/glass-recycling-process/. (Dicapai pada 5 Januari 2020). http://www.ketsa.gov.my/ms-my/Pages/default.aspx. (Dicapai pada 5 Mei 2020). https://kemahkotaan.johor.gov.my/pengenalan/palaces/istana-bukit-serene-johorbahru/?lang=en. (Dicapai pada 20 Ogos 2020). https://www.menarakl.com.my/the-tower/history. (Dicapai pada 14 Oktober 2020). https://www.sabah.gov.my/cms/?q=ms/content/pengenalan. (Dicapai pada 20 Ogos 2020). https://www.pl.gov.my/sejarah-labuan. (Dicapai pada 20 Ogos 2020). http://www.mpkbbri.gov.my/ms/pelawat/beli-belah/pasar-siti-khadijah. (Dicapai pada 23 Ogos 2020). https://www.pahang.gov.my/index.php/pages/view/369?mid=139. (Dicapai pada 23 Ogos 2020). https://doa.sarawak.gov.my/modules/web/pages.php?lang=bm&mod=webpage&sub =page&id=138. (Dicapai pada 25 Ogos 2020). https://www.kdca.org.my/about/kadazandusun. (Dicapai pada 28 Ogos 2020). http://www.kabinet.gov.my/bkpp/index.php/anggota-pentadbiran/perdana-menterimalaysia. (Dicapai pada 27 Ogos 2020). https://www.pmo.gov.my/ms/perdana-putra-2/. (Dicapai pada 14 Oktober 2020). https://www.spr.gov.my/ms/pilihan-raya/perundangan/perlembagaan-persekutuan. (Dicapai pada 25 Jun 2020). http://www.dirajapahang.my/portaldiraja/?page_id=1703. (Dicapai pada 17 Julai 2020). http://www.arkib.gov.my/web/guest/mercu-tanda1. (Dicapai pada 10 Jun 2020). http://www.perzim.gov.my/ms/portfolio/melaka-sultanate-palace-museum/. (Dicapai pada 25 Ogos 2020). http://www.heritage.gov.my/. (Dicapai pada 20 Julai 2020). https://dbku.sarawak.gov.my/page-0-418-413-tid.html. (Dicapai pada 17 Julai 2020). http://www.yayasansabahgroup.org.my/bm/menara_tun_mustapha_uniqueness.cfm. (Dicapai pada 20 Julai 2020). https://www.selangor.gov.my/index.php/pages/view/124. (Dicapai pada 17 Julai 2020). https://museum.sarawak.gov.my/modules/web/pages.php?lang=bm&mod=webpage &sub=page&id=113&menu_id=0&sub_id=137. (Dicapai pada 20 Julai 2020). http://lmns.ns.gov.my/en/. (Dicapai pada 10 September 2020). 181
A aluminium 80 antibodi 5, 6 agropelancongan 57 aseptik 80, 81, 85 B bakteria 5, 38, 75, 78 berparlimen vi, 163, 164, 165, 176, 177, 178, 179 biologi iv, 41, 42, 43, 48, 50, 57 C Cecair 69 70, 71, 75, 80, 86, 87 D dasar v,vii, 166, 167, 176 demokrasi vi, 163, 164, 165, 168, 170, 171, 176, 177, 178, 179 E ekopelancongan 57 ekosistem iv, 33, 34, 48, 53, 54, 59, 64, 66, 91, 99, 101, 103, 106, 137 F fosforus 5, 6, 13, 15 fotosintesis 34, 35, 49, 95 G geografi vii, 136 global v, 91, 92, 93, 94, 95, 96, 97, 103, 104, 105, 107, 180 H haid 2 habitat iv, 34, 35, 49, 53, 59, 61, 64, 97, 98, 99, 103, 106, 137 hemoglobin 5, 6, 15, 21 hormon 38 I imunisasi I, 22, 29 intelek 8, 9 interaksi vii, 25, 34, 59, 61 182
INDEKS J janin 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 11, 13, 14, 15, 18, 19 jata 128, 129, 139 K kalsium 5, 6, 13, 15, 21, 28, 30 karbon 5, 6, 35, 59, 94, 95, 103 kesultanan 126, 135, 132 ketuban 19, 20 kitaran 3, 37 kolostrum 25, 28, 30 komplikasi 7, 13 kontraksi 19, 20 kolik 25, 30 kraf 114, 140 M manual 73, 84, 180 memorial 137, 155, 156, 158 mengundi vi, 168, 170, 171, 175, 179 mercu 127, 134, 140, 141, 144, 181 menggembur iv, 41, 42, 43, 48, 50, 55 mikroorganisma 57, 68, 75, 77, 78, 84, 87 muzium 139, 155 N nutrien 5, 6, 23, 25, 28, 30, 34, 38, 49, 59, 64, 79, 85 O ovari 25, 30 organik 59, 64, 114 P pandemik 153, 158, 160 pasteur iv, 80, 89 pateri 73, 76 pemerintahan vi, ix, 128, 131, 163, 164, 165, 168, 170171, 176. pempasteuran iv, 68, 69, 70, 71, 72, 75, 77, 78, 79, 80, 81, 85, 86, 87, 88, 89
pengawetan iv, ix, 68, 69, 71, 72, 73, 75, 78, 84, 89 pepejal v, 110, 111, 112, 114, 116, 117, 118, 119, 121, 122, 124, 125 perlembagaan 164, 165, 172, 176, 178, 181 polistirena 80, 81, 85 populasi 41, 50, 51, 59, 61, 64 primer 34, 36, 37, 49 protein 5, 6, 13, 15, 21, 22, 28, 30, 38 pouch 80, 81, 84 S sekunder 34, 36, 37, 49 serviks 18, 19, 20 siratan 35, 48, 49, 59, 64, sistematik vii, 67, 107, 145, 161, 168 spesies xi, 55, 60, 95, T tertier 34, 36, 37, 49 trimester 2, 3, 4, 13, 14, U uri 18, 20, 28 V vaksin 22, 29, 38, 57 vakum iv, 68, 69, 70, 72, 73, 74, 76, 78, 79, 80, 81, 82, 83, 84, 86, 88, 89 W warisan 60, 127, 131, 136, 137, 139-140, 142, 181 Z zat besi 5, 6, 13, 15, 21, 28, 30 zigot 2