Data Loading...

Buku Teks RBT Tahun 6 2022 Flipbook PDF

Buku Teks RBT Tahun 6 2022


346 Views
107 Downloads
FLIP PDF 453.53MB

DOWNLOAD FLIP

REPORT DMCA

RUKUN NEGARA Bahawasanya Negara Kita Malaysia mendukung cita-cita hendak: Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; Memelihara satu cara hidup demokrasi; Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan pelbagai corak; Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden. MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut:

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN (Sumber: Jabatan Penerangan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia)

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH (SEMAKAN 2017)

SEKOLAH KEBANGSAAN MOHD RAHIM BIN MOHD SHARIF ABDUL KARIM BIN DAUD NORAZUAN BIN ROZALI

HAFIZUL BIN ADNEN MUHAMMAD FAIZ BIN MOHAMAD ALI

ALIF FALIQ BIN ZULKIFLI MUHAMMAD IZZUAN BIN IDRIS

Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur 2021

No. Siri: 0008 KK 607-221-0102011-49-3283-20101 ISBN 978-983-49-3283-1 Cetakan Pertama 2021 © Kementerian Pendidikan Malaysia 2021 Hak Cipta Terpelihara. Mana-mana bahan dalam buku ini tidak dibenarkan diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi, ataupun dipindahkan dalam sebarang bentuk atau cara, baik dengan cara bahan elektronik, mekanik, penggambaran semula mahupun dengan cara perakaman tanpa kebenaran terlebih dahulu daripada Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium. Diterbitkan untuk Kementerian Pendidikan Malaysia oleh: Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. No. Telefon: 03-2147 9000 (8 talian) No. Faksimile: 03-2147 9643 Laman Web: http://www.dbp.gov.my Reka Letak dan Atur Huruf: Reka Cetak Sdn. Bhd. Muka Taip Teks: Azim light Saiz Taip Teks: 13 poin Dicetak oleh: Sinaran Bros Sdn. Bhd. No. 1 & 3, Jalan 118C, Desa Tun Razak, 56000 Cheras, Kuala Lumpur.

PE N G HARGAAN Penerbitan buku teks ini melibatkan kerjasama banyak pihak. Sekalung penghargaan dan terima kasih ditujukan kepada semua pihak yang terlibat: Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. Jawatankuasa Penyemakan Pruf Muka Surat, Kementerian Pendidikan Malaysia. Jawatankuasa Penyemakan Naskhah Sedia Kamera, Kementerian Pendidikan Malaysia. Jawatankuasa Peningkatan Mutu, Dewan Bahasa dan Pustaka. Panel Pembaca Luar, Dewan Bahasa dan Pustaka. SK Sri Langat, Banting, Selangor. SK Lembah Subang, Petaling Jaya, Selangor. SK Felda Neram Satu, Kemaman, Terengganu. SMK Canossian Convent, Kluang, Johor. Terima kasih juga ditujukan kepada organisasi atau orang perseorangan yang bersama-sama menjayakan penerbitan buku ini sama ada secara langsung atau tidak langsung.

PENERANGAN IKON

iv

PENDAHULUAN

vi

APLIKASI REKA BENTUK 1 TEKNOLOGI KEJURUTERAAN REKA BENTUK PENGATURCARAAN

23

PEMBANGUNAN PRODUK

45

iii

PENERANGAN IKON

PENERANGAN IKON Soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang dapat menguji dan mencungkil pemahaman murid terhadap kandungan yang dipelajari.

Arahan ringkas kepada guru bagi menjalankan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang bersesuaian dengan kandungan pembelajaran.

5.2.1

Standard pembelajaran yang terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran yang perlu dikuasai oleh murid.

Aktiviti pengukuhan, pemulihan dan pengayaan yang perlu dilakukan oleh murid sama ada secara berkumpulan atau individu.

IMBAS KEMBALI

MEDAN AKTIVITI

Rumusan dalam bentuk rajah pengurusan grafik pada akhir setiap unit pembelajaran agar murid dapat mengimbas kembali kandungan pembelajaran.

Soalan latihan pelbagai aras pada akhir setiap unit pembelajaran yang bertujuan untuk menguji dan menilai kefahaman murid. iv

Nota Guru

Simbol atau tanda yang menunjukkan murid harus berhati-hati semasa menggunakan alatan berkenaan.

P

Maklumat sokongan yang boleh diimbas dengan menggunakan peranti mudah alih seperti telefon pintar atau tablet.

A

K- 2 1

Kemahiran Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21) yang merangkumi pelbagai kemahiran untuk dikuasai oleh murid seperti literasi digital, komunikasi interaktif, kolaboratif, fleksibiliti, produktiviti dan akauntabiliti.

Maklumat, aktiviti atau soalan yang berkaitan dengan teknologi maklumat dan komunikasi.

TAHUKAH KAMU

Maklumat tambahan yang berkaitan dengan kandungan pembelajaran untuk meningkatkan pengetahuan murid.

Penerangan secara mendalam mengenai sesuatu konsep atau teori sebagai pengetahuan tambahan kepada murid.

STEM

WADAH ILMU

Maklumat yang berkaitan dengan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta pemikiran komputasional untuk menerapkan nilai tambah dalam diri murid. v

Buku teks Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 6 Sekolah Kebangsaan merupakan pelengkap kepada buku teks Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 4 Sekolah Kebangsaan dan Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 5 Sekolah Kebangsaan. Kandungan buku teks ini ditulis berpandukan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 6 bagi mencapai matlamat Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) (Semakan 2017) Kementerian Pendidikan Malaysia serta menyokong hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kandungan buku ini bertujuan memberikan panduan kepada murid dengan menghasilkan produk elektromekanikal dan memperkenalkan asas sistem robotik. Unit terakhir pula murid ditunjuk ajar untuk membangunkan produk berdasarkan bidang-bidang ilmu di Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6. Setiap unit mengandungi halaman rangsangan dan diikuti dengan isi pembelajaran, rumusan dan soalan latihan. Di samping itu, terdapat penyendal seperti Wadah Ilmu, Tahukah Kamu?, Jejak TMK, Medan Aktiviti, KBAT, Imbas Saya, PAK-21 dan STEM untuk membangkitkan rasa ingin tahu, meningkatkan cara berfikir kritis dan kreatif dan menggalakkan kerja berkumpulan. Penghasilan produk reka bentuk yang ditunjukkan dalam buku ini hanyalah sebagai panduan dan rujukan. Murid digalakkan menghasilkan produk menggunakan idea dan kreativiti sendiri dengan mengolah bahan atau aktiviti mengikut kesesuaian persekitaran mereka. Akhir sekali, kandungan buku teks Reka Bentuk dan Teknologi Tahun 6 Sekolah Kebangsaan ini diharapkan dapat melahirkan murid yang membudayakan pemikiran kritis, kreatif dan inventif serta berinovatif bagi menghasilkan produk baharu dan seterusnya mampu menjadi pereka bentuk yang kompetitif dan bersedia menyahut cabaran sebagaimana yang dihasratkan oleh negara.

vi

UNIT

1

APLIKASI REKA BENTUK TEKNOLOGI KEJURUTERAAN

Aiman dan adiknya sedang bermain kereta kawalan jauh di halaman rumah sewaktu ayah mereka pulang dari kerja.

Abang, tolong adik masukkan bateri ini.

Sekejap, adik. Abang sedang mengawal kereta menggunakan alat kawalan jauh.

Nota Guru • Hubung kait situasi di atas dengan reka bentuk produk elektromekanikal yang akan dipelajari oleh murid. • Bersoal jawab dengan murid tentang elemen elektromekanikal yang terdapat dalam gambar.

1

ELEMEN ELEKTROMEKANIKAL Banyak perkakasan di sekeliling kita mempunyai gabungan komponen elektrik, elektronik dan mekanikal. Gabungan ketiga-tiga komponen ini merupakan elemen elektromekanikal yang membolehkan sesebuah perkakasan itu berfungsi mengikut tugasnya. Apakah perkakasan elektromekanikal yang dapat kamu perhatikan dalam gambar berikut? Mesin basuh ialah contoh perkakasan yang mempunyai elemen elektromekanikal.

Terdapat motor untuk memusingkan dram dan panel kawalan bagi memberikan arahan khusus kepada mesin basuh.

Ibu, apakah contoh perkakasan elektromekanikal yang terdapat di rumah kita?

Komponen elektrik

Elemen elektromekanikal

Komponen elektronik

Komponen mekanikal Nota Guru 2

• Berbincang dengan murid tentang perbezaan antara elemen elektrik, elektronik dan mekanikal dalam perkakasan elektromekanikal. • Berbincang dengan murid tentang perkakasan elektromekanikal selain yang dinyatakan di atas.

5.2.1

BAGAIMANAKAH ELEMEN ELEKTROMEKANIKAL BERFUNGSI? Mari lihat contoh yang ada di sekeliling kita. Mesin basuh merupakan contoh perkakasan yang mempunyai elemen elektromekanikal. Yang berikut ialah elemen elektromekanikal yang ditunjukkan melalui keratan rentas sebuah mesin basuh: Plag 3 pin (ke bekalan kuasa elektrik) Panel kawalan

Dram

Takal

Sensor keseimbangan dram

TAHUKAH KAMU

Terdapat beberapa sensor pada mesin basuh yang mempunyai fungsi tersendiri seperti mengesan aras air, mengesan suhu dan lain-lain lagi.

Tali sawat

Motor

Komponen Elektrik • Plag 3 pin • • Motor •

Komponen Elektronik Panel kawalan Sensor keseimbangan dram

Komponen Mekanikal • Takal • Tali sawat

Yang berikut ialah contoh operasi elemen elektromekanikal apabila mengaktifkan tetapan SPIN untuk mengeringkan pakaian pada mesin basuh:

1

Bekalan kuasa elektrik disambungkan ke mesin basuh melalui plag 3 pin.

5

2

Tekan butang ON pada panel kawalan. Mesin basuh berada dalam keadaan sedia.

Motor memusingkan takal yang dihubungkan dengan tali sawat. Takal akan memusingkan dram pada kelajuan tinggi untuk mengeringkan pakaian.

6

3

Tekan butang SPIN untuk proses mengeringkan pakaian.

4

Tekan butang START. Panel kawalan menghantar arahan kepada motor dan sensor keseimbangan dram.

Sensor keseimbangan dram akan menghentikan putaran dram sekiranya putaran dram tidak seimbang.

7

Dram akan berhenti berputar mengikut masa yang telah ditetapkan.

Nota Guru 5.2.2

• Bersoal jawab dengan murid tentang perbezaan fungsi komponen yang terdapat pada mesin basuh. • Dram mesin basuh merupakan komponen utama yang dihubungkan dengan komponen mekanikal, elektrik dan elektronik.

3

Elemen elektromekanikal melibatkan komponen-komponen elektrik, elektronik dan mekanikal. Komponen Elektrik Plag 3 pin

(N)

(E)

Plag 3 pin terdiri daripada tiga tamatan, iaitu hidup (L), neutral (N) dan bumi (E). Plag 3 pin menyambungkan perkakasan elektrik kepada bekalan kuasa elektrik. Kebanyakan Fungsi perkakasan elektrik di rumah menggunakan plag 3 pin. Contohnya, peti sejuk dan mesin basuh.

(L)

Motor Motor menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga kinetik untuk menghasilkan pergerakan. Motor akan dihubungkan dengan komponen Fungsi mekanikal lain. Contohnya, takal dan tali sawat untuk memusingkan dram mesin basuh.

Komponen Elektronik

Terdapat dua jenis motor, iaitu motor arus terus dan motor arus ulang-alik. Cari perbezaan kedua-dua jenis motor ini menggunakan enjin JEJAK TMK carian. Panel kawalan

Panel kawalan terdiri daripada papan litar yang dipasang dengan komponen-komponen elektronik kepada mikropengawal. Panel kawalan mengawal keseluruhan sistem Fungsi elektromekanikal. Contohnya, mengawal kelajuan putaran dram mesin basuh. Sensor Sensor ialah peranti yang dapat mengesan perubahan persekitaran seperti cahaya, haba, tekanan, kelembapan dan sebagainya. Sensor akan mengesan perubahan dan menghantar isyarat elektrik kepada panel kawalan untuk tindakan Fungsi selanjutnya. Contohnya, apabila sensor mengesan ketidakstabilan putaran dram mesin basuh, dram tersebut akan berhenti berputar. Nota Guru 4

• Guru boleh menayangkan video atau menunjukkan gambar yang berkaitan dengan komponen elektrik dan elektronik. • Tenaga kinetik ialah tenaga yang ada pada sesuatu objek akibat pergerakannya.

5.2.2

Komponen Mekanikal Takal Takal ialah roda yang mempunyai alur rim yang sesuai dipasang dengan tali atau rantai padanya. Takal berfungsi untuk menggerakkan sesuatu objek Fungsi seperti memutarkan dram mesin basuh setelah dihubungkan dengan motor menggunakan tali sawat. Tali sawat Tali sawat ialah sejenis tali yang menghubungkan dua atau lebih takal. Fungsi

Tali sawat berfungsi untuk memindahkan putaran yang dihasilkan oleh motor ke takal.

Selain takal dan tali sawat, terdapat komponen mekanikal lain yang sering digunakan dalam produk elektromekanikal, iaitu gear, gegancu dan rantai.

P

Gear merupakan susunan roda bergigi yang dihubungkan dengan roda bergigi lain bagi memindahkan kuasa supaya kelajuan atau arah pergerakan mesin dapat ditukarkan. A

K- 2 1

Dua gegancu dihubungkan melalui rantai untuk memindahkan pergerakan. Gegancu digerakkan oleh motor yang menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga kinetik.

Bentukkan tiga kumpulan. 1. Setiap kumpulan perlu memilih salah satu elemen elektromekanikal di bawah: (a) Komponen elektrik (b) Komponen elektronik (c) Komponen mekanikal 2. Setiap ahli dalam kumpulan mencari maklumat tentang komponen yang dipilih daripada pelbagai sumber. Kemudian, tulis soalan-soalan yang berkaitan dengan komponen yang dipilih pada kad yang berbeza. 3. Lakukan aktiviti Kekipas dan Pilih berdasarkan soalan yang dibina dengan kumpulan lain. Nota Guru 5.2.2

Guru menayangkan video atau menunjukkan gambar yang berkaitan seperti basikal elektrik, kren dan kereta kabel. Seterusnya, bincangkan penggunaan elemen elektromekanikal yang ditunjukkan dalam video atau gambar tersebut dengan murid.

5

JOM, BINA KERETA KAWALAN JAUH! Aiman dan rakan-rakannya bercadang membina sebuah kereta yang mempunyai elemen elektromekanikal. Mereka mempunyai pelbagai idea dan cadangan yang menarik. Kita perlu menghasilkan produk berasaskan elemen elektromekanikal.

Komponen mekanikal seperti gear, gegancu dan rantai serta takal dan tali sawat boleh digunakan.

Semua elemen elektromekanikal ada pada kereta kawalan jauh.

Kita boleh menghasilkan kereta kawalan jauh.

Motor dan bateri sebagai komponen elektrik.

Papan litar isyarat penerima dan papan litar isyarat pemancar sebagai komponen elektronik.

Yang berikut ialah kerja-kerja yang perlu dilakukan oleh Aiman dan rakan-rakannya: Melakarkan idea

Membina produk

Menilai lakaran

Menguji kefungsian

Membuat lakaran yang ditambah baik

Membuat kemasan

Menyediakan alatan dan bahan Membuat pembentangan produk

Nota Guru 6

Produk yang ditunjukkan dalam buku ini adalah sebagai panduan sahaja. Penghasilan produk sebenar perlu mengikut kesesuaian sekolah masing-masing.

5.2.3

MELAKARKAN IDEA Aiman dan rakan-rakannya mencadangkan tiga lakaran idea untuk membina kereta kawalan jauh. Lakaran Idea 1

Motor

Alat kawalan berwayar

2O cm

2 cm 3.5 cm 6 cm 3.5 cm 2 cm

9 cm

Gear

Lakaran Idea 2

Panel solar Antena penerima Motor

2O cm

Papan isyarat penerima

Rantai

2 cm 3.5 cm 6 cm 3.5 cm 2 cm

9 cm

Nota Guru 5.2.3

JEJAK TMK

Gegancu

Gunakan enjin carian untuk memperoleh maklumat tentang reka bentuk kereta kawalan jauh.

• Jelaskan kepada murid bahawa lakaran perlu dibuat secara bebas tanpa menggunakan pembaris. Pastikan lakaran bermaklumat. • Dimensi produk bergantung pada kesesuaian produk yang akan dihasilkan. Dimensi yang ditunjukkan di atas adalah untuk produk dalam buku ini.

7

Lakaran Idea 3

Antena penerima Pemegang bateri Motor

Papan isyarat penerima

2O cm

Tali sawat 2 cm 3.5 cm Takal

6 cm 3.5 cm 2 cm

MEDAN AKTIVITI

P

9 cm

A

K- 2 1

Bentukkan kumpulan yang terdiri daripada empat orang ahli. 1. Lantik seorang ketua kumpulan. 2. Ketua kumpulan mengagihkan tugasan, iaitu setiap ahli kumpulan perlu memilih dan membuat satu lakaran berbeza berdasarkan maklumat pada kad yang dipilih: • Kad 1 : Panel solar, alat kawalan berwayar, motor dan gear. • Kad 2 : Bateri, papan isyarat penerima, motor, gegancu dan rantai. • Kad 3 : Panel solar, papan isyarat penerima, motor, takal dan tali sawat. 3. Ketua kumpulan berbincang dengan ahli kumpulan tentang masa yang diperlukan untuk menyiapkan lakaran. 4. Ketua kumpulan mempengerusikan sesi perbincangan berkenaan lakaran yang dihasilkan melalui aktiviti Kerusi Panas. 5. Ketua kumpulan membuat rumusan tentang perbincangan yang telah dibuat. 6. Ketua kumpulan berbincang dengan ahli kumpulan untuk menilai lakaran bagi menghasilkan satu lakaran elektromekanikal yang terbaik. Nota Guru 8

• Terangkan kaedah PAK-21 dalam medan aktiviti di atas kepada murid. Nyatakan juga contoh-contoh lain kaedah PAK-21 dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc). • Minta murid menyatakan perbezaan yang terdapat pada Lakaran Idea 1, 2 dan 3 berdasarkan elemen elektromekanikal.

5.2.3

MENILAI LAKARAN Yang berikut ialah contoh penilaian terhadap ketiga-tiga lakaran idea dan cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan: Kesesuaian Elemen Reka Bentuk

Elemen Elektromekanikal

Huraian

Lakaran 1 S

Rupa

Bentuk

TS

Lakaran 2 S

S

Elektrik

Susunan wayar yang kemas.

Elektronik

Susunan komponen yang kemas.

/

/

/

Mekanikal

Susunan komponen mekanikal tidak menjejaskan rupa produk.

/

/

/

Elektrik

Reka letak wayar tidak berselerak.

/

/

/

Elektronik

Reka letak papan litar tidak mengganggu bentuk produk.

/

/

/

Mekanikal

Reka letak komponen mekanikal tidak mengganggu bentuk produk.

/

/

/

Elektrik

Saiz wayar bersesuaian dengan arus elektrik yang digunakan.

/

/

/

Elektronik

Saiz komponen elektronik yang sesuai dengan saiz produk dihasilkan.

Mekanikal

Saiz komponen mekanikal yang digunakan bersesuaian dengan saiz produk yang dihasilkan.

Elektrik

Ruang jarak antara wayar sesuai.

Elektronik

Ruang letak komponen yang sesuai.

Mekanikal

Ruang letak komponen mekanikal tidak mengganggu fungsi produk.

Saiz

/

TS

Lakaran 3

/

/

/

/

/ /

TS /

Kemaskan susunan wayar.

Panel solar memerlukan saiz yang besar.

/

/

/

Gegancu, rantai, takal dan tali sawat memerlukan saiz produk yang besar.

/

/

Rapatkan wayar.

/

Gegancu, rantai, takal dan tali sawat memerlukan ruang besar.

/

/

Ruang /

Catatan

/

(S - Sesuai / TS - Tidak Sesuai)

Nota Guru 5.2.4

Minta murid berbincang dengan ahli kumpulan lain untuk menilai lakaran idea yang dihasilkan serta cadangan penambahbaikan.

9

MEMBUAT LAKARAN YANG DITAMBAH BAIK Berdasarkan penilaian, beberapa elemen daripada Lakaran Idea 1, 2 dan 3 dipilih dan digabungkan bagi menghasilkan satu lakaran baharu yang ditambah baik. Papan isyarat penerima dipasang Untuk komponen elektrik Kita akan menggunakan bateri dalam produk ini.

pada kereta. Oleh itu, kita perlu memasang papan isyarat pemancar pada alat kawalan jauh.

dan mekanikal, kita akan menggunakan motor dan gear kerana ruang dan saiznya yang kecil.

Lakaran yang Ditambah Baik

Antena penerima Pemegang bateri Motor

Papan isyarat penerima

2O cm

Gear 2 cm 3.5 cm 6 cm 9 cm

3.5 cm 2 cm

Nota Guru 10

• Bimbing murid menambah baik lakaran seperti yang dibincangkan dalam penilaian. • Berbincang dengan murid tentang elemen elektromekanikal yang dipilih dalam reka bentuk produk.

5.2.4

MENYEDIAKAN ALATAN DAN BAHAN Setelah lakaran selesai dinilai dan ditambah baik, tibalah masanya untuk melakukan kerja-kerja menghasilkan produk elektromekanikal. Alatan dan bahan yang diperlukan untuk menghasilkan produk adalah seperti yang berikut: Alatan 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

7

2 3

1

4

5

6

Gunting serba guna Pelucut wayar Pensel Pembaris keluli Pisau boleh laras Pemutar skru Phillip Gerudi mudah alih Alas pemotong

8

Bahan 1

6

4

2

7 8

9

10

5

3

15

11

12

13

16

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16.

Kertas kotak Glu sentuh Batang aiskrim Pita perekat Tiub pengecutan haba Bol dan nat Gear Gandar Roda Pemegang bateri Bateri Motor Antena penerima Antena pemancar Papan isyarat penerima Papan isyarat pemancar

14

Nota Guru 5.2.5

Guru bersoal jawab dengan murid untuk mengenal pasti setiap alatan dan bahan yang akan digunakan dalam menghasilkan produk ini.

11

MEMBINA PRODUK Yang berikut ialah langkah-langkah membina produk elektromekanikal: Mengukur

Menanda

Memotong

Memasang komponen • mekanikal • elektrik • elektronik

Menguji kefungsian produk

Mencantum

Membuat kemasan

Untuk membina kereta kawalan jauh ini, terdapat tiga bahagian utama, iaitu mereka bentuk kereta, mereka bentuk alat kawalan jauh dan membina badan kereta. Bahagian-bahagian ini merangkumi pemasangan komponen mekanikal, elektrik dan elektronik. Bahagian A: Mereka Bentuk Kereta (a) Membina Kerangka Kereta 1

Ukur dan tandakan pada kertas kotak bagi membentuk kerangka kereta.

2

Potong kertas kotak mengikut ukuran yang sudah ditandakan.

Pastikan ruang untuk gear dipotong dengan betul dan sesuai.

Ruang untuk posisi gear

Nota Guru 12

• Sebelum kerja memotong dilakukan, letakkan komponen pada kertas kotak yang ditanda untuk melihat kesesuaian saiz potongan. • Jelaskan kepada murid bahawa mereka bebas membuat reka bentuk yang kreatif dan berfungsi.

5.2.5

3

Cantumkan dua batang aiskrim dengan menggunakan glu sentuh.

4

Tebuk hujung batang aiskrim dengan menggunakan gerudi mudah alih.

6

Lengkapkan pemasangan roda pada gandar.

(b) Memasang Komponen Mekanikal

5

Pasangkan gandar pada batang aiskrim. Kemudian, pasangkan roda, diikuti gear pada gandar dengan berhati-hati.

Nota Guru 5.2.5

• Bersoal jawab dengan murid tentang cara menebuk lubang pada batang aiskrim dan saiz lubang yang bersesuaian untuk gandar. • Minta murid supaya berhati-hati semasa menggunakan alatan tangan yang tajam.

13

7

8

Pasangkan kerangka dan lekatkannya dengan menggunakan glu sentuh.

Pasangkan gear pada gandar motor. Kemudian, rapatkannya dengan gear pada gandar roda. Pastikan gigi gear saling bersentuhan antara satu sama lain.

(c) Memasang Komponen Elektrik 9

Lekatkan motor pada kerangka kereta. Kemudian, lekatkan pemegang bateri pada kerangka menggunakan glu sentuh. WADAH ILMU

Glu sentuh perlu disapu pada kedua-dua permukaan yang hendak dicantum dan dibiarkan seketika sebelum dicantumkan.

MEDAN AKTIVITI 1.

Masukkan bateri pada pemegang bateri. Sambungkan wayar pemegang bateri terus kepada motor. 2. Perhatikan dan jelaskan perkara yang berlaku apabila: (a) Gigi antara gear dirapatkan dengan ketatnya. (b) Gigi antara gear dijarakkan atau dilonggarkan. (c) Kekutuban bateri ditukarkan. 3. Terangkan kedudukan gigi gear yang betul supaya produk dapat bergerak dengan lancarnya. Nota Guru Bimbing murid memasang gear dengan betul agar produk dapat berfungsi dengan lancar.

14

5.2.5

(d) Memasang Komponen Elektronik

10

Lekatkan papan isyarat penerima pada kerangka kereta dengan teliti. Kemudian, pasangkan antena penerima pada papan isyarat penerima dengan menggunakan pemutar skru.

11

Sambungkan wayar dari motor dan papan isyarat penerima dengan pemegang bateri dengan menggunakan tiub pengecutan haba. WADAH ILMU

Terdapat beberapa perkakasan yang menggunakan frekuensi. Contohnya, walkie-talkie, pagar automatik dan kipas kawalan jauh.

Sambungan litar yang telah siap pada kereta.

IMBAS SAYA

Litar Bergambar Kereta Kawalan Jauh

Nota Guru 5.2.5

• Jelaskan kepada murid tentang frekuensi isyarat pemancar dan isyarat penerima. • Terangkan kepada murid tentang jenis frekuensi dan aplikasi frekuensi dalam kehidupan harian.

15

Bahagian B: Mereka Bentuk Alat Kawalan Jauh (a) Membina Kerangka Alat Kawalan Jauh 12

Ukur dan tanda pada kertas kotak bagi membentuk alat kawalan jauh.



13



Potong kertas kotak yang telah ditandakan.

Lubang

14 Tebukkan satu

lubang untuk wayar pemegang bateri ke bahagian belakang.



Bahagian belakang

Bahagian depan

(b) Memasang Komponen Elektrik 15

Masukkan wayar pemegang bateri ke dalam lubang pada kerangka. Kemudian, lekatkan pemegang bateri dengan glu sentuh.

Nota Guru 16

• Bimbing murid semasa membuat kerja-kerja penyambungan wayar. Kesilapan penyambungan wayar akan menyebabkan alat kawalan jauh gagal berfungsi. • Murid boleh membuat lakaran idea untuk alat kawalan jauh sebelum membinanya.

5.2.5

(c) Memasang Komponen Elektronik 16

17

Pasangkan antena pemancar pada papan isyarat pemancar dan ketatkannya dengan bol dan nat.

Sambungkan wayar pemegang bateri dengan wayar papan isyarat pemancar.

18

19

Letakkan bahagian penutup alat kawalan jauh dan pastikan butang maju dan butang undur boleh ditekan.

Cantumkan kerangka alat kawalan jauh dengan pita perekat.

Nota Guru 5.2.5

• Bersoal jawab dengan murid tentang situasi yang akan berlaku jika antena pemancar dan antena penerima diperbuat daripada bahan bukan logam. • Terangkan kepada murid bahawa kesilapan penyambungan wayar papan isyarat pemancar dengan pemegang bateri akan mempengaruhi pergerakan maju dan undur kereta.

17

Pandangan hadapan

20

Pandangan belakang

Bahagian alat kawalan jauh yang telah siap.

Bahagian C: Membina Badan Kereta

21 Ukur dan tandakan kertas kotak.

Ukuran badan kereta mestilah padan dengan kerangka kereta.

22 Potong kertas kotak yang

telah ditandakan.

Nota Guru 18

• Bersoal jawab dengan murid tentang kesesuaian reka bentuk badan produk agar sesuai dengan saiz keseluruhan produk yang akan dihasilkan. • Murid telah didedahkan dengan lakaran idea reka bentuk badan kereta semasa di Tahun 4.

5.2.5

23 Cantumkan bahagian-bahagian

24 Badan kereta siap dicantumkan.

yang dipotong dengan glu sentuh. Reka bentuk badan kereta ini dibuat melengkung. Bagaimanakah cara melengkungkannya?

MENGUJI KEFUNGSIAN IMBAS SAYA

Video Kereta Kawalan Jauh

25

Masukkan bateri pada kedua-dua pemegang bateri kereta dan alat kawalan jauh.

26

Tekan butang maju dan butang undur pada alat kawalan jauh.

Nota Guru 5.2.5

Reka bentuk badan kereta boleh dibuat mengikut kreativiti murid.

19

27

Perhatikan pergerakan kereta. Jika kereta gagal bergerak, kenal pasti kesilapan pemasangan dan lakukan penambahbaikan. Jika berjaya, cantumkan badan kereta dengan pita perekat.

Terangkan punca bagi situasi berikut: (a) Kereta tidak bergerak dan tiada bunyi putaran motor. (b) Kereta tidak bergerak tetapi terdapat bunyi putaran motor. (c) Kereta bergerak tetapi tidak lancar.

Mengapakah kita tidak boleh mencantumkan badan kereta dan kerangka dengan glu sentuh?

Adakah saiz gear yang digunakan akan mempengaruhi kelajuan kereta? Bincangkan.

MEMBUAT KEMASAN Kerja membuat kemasan pada produk elektromekanikal ini dilakukan pada peringkat akhir, iaitu apabila produk ini telah berfungsi dengan baiknya. Yang berikut ialah contoh bahan yang boleh digunakan untuk membuat kemasan:

Cat sembur

Cat licau

Pen penanda

Kertas pelekat

Nota Guru 20

• Pastikan murid menjaga kebersihan dan keselamatan diri semasa melakukan kerja membuat kemasan produk. • Pastikan murid memakai apron semasa melakukan kerja membuat kemasan produk.

5.2.5

PEMBENTANGAN PRODUK Produk yang telah siap perlu dibentangkan kepada guru dan rakan-rakan. Terdapat pelbagai kaedah pembentangan produk yang boleh digunakan seperti pembentangan secara lisan atau persembahan multimedia.

Senarai yang berikut boleh dijadikan panduan semasa membuat pembentangan atau persembahan produk. Bil. 1.

Perkara

Ada

Tiada

Catatan

Memperkenalkan diri/ahli kumpulan.

2. Menyatakan tajuk projek/nama produk. 3. Menunjukkan lakaran yang dihasilkan. Menyatakan komponen dan fungsi bagi: (a) Komponen elektrik 4. (b) Komponen elektronik (c) Komponen mekanikal 5. Menyatakan alatan dan bahan yang digunakan. 6. Demonstrasi kefungsian produk. 7.

Menyatakan masalah yang dihadapi serta cara menyelesaikan masalah.

8. Sesi soal jawab. Nota Guru 5.2.6

• Pastikan setiap murid memainkan peranan semasa pembentangan produk. • Pastikan pembentangan kreatif dan berfokus pada elemen reka bentuk elektromekanikal.

21

IMBAS KEMBALI

Menyatakan elemen elektromekanikal.

Menerangkan elemen elektromekanikal.

Melakar reka bentuk produk elektromekanikal yang akan dihasilkan.

Membuat produk berdasarkan lakaran dengan menggunakan bahan dan peralatan yang sesuai.

Menilai lakaran yang dipilih untuk membuat penambahbaikan.

Membentangkan produk yang dihasilkan.

Jawab semua soalan di bawah.

1. Apakah maksud elektromekanikal? 2. Kenal pasti elemen elektromekanikal bagi komponen yang berikut:

3. (i) Nyatakan fungsi bagi setiap komponen yang berikut: (a)

(b)

(c)

(ii) Berikan satu contoh perkakasan atau peralatan yang menggunakan elemen elektromekanikal seperti yang ditunjukkan dalam 3(i). (a) ____________________________________ (b) ____________________________________ (c) ____________________________________ 4. Senaraikan alatan, bahan dan komponen yang kamu gunakan untuk menghasilkan produk elektromekanikal. 5. Aiman telah menggantikan bateri dengan panel solar yang bersesuaian pada kereta kawalan jauhnya. Adakah kereta tersebut akan berfungsi? Mengapa? Nota Guru 22

• Minta murid menyatakan perkara penting yang telah dipelajari oleh mereka dalam unit ini. • Berbincang dengan murid jawapan bagi soalan di atas.

UNIT

2

REKA BENTUK PENGATURCARAAN

Murid-murid di dalam kelas ini kelihatan gembira. Mereka sedang menguji pengaturcaraan yang dibuat pada set robot yang telah dibina. Jonis, robot ini dapat berfungsi setelah saya memuat naik pengaturcaraan yang kita buat.

Wah, robot kita sudah boleh berfungsi!

Kita sedang membina pengaturcaraan. Setelah selesai nanti kita akan menguji pada robot yang telah kita pasang. Nota Guru • Bersoal jawab dengan murid tentang situasi di atas dan pengaturcaraan yang pernah mereka buat di Tahun 4 dan Tahun 5. • Berbincang dengan murid tentang perbezaan antara memuat turun dengan memuat naik pengaturcaraan.

23

PENGENALAN ASAS SISTEM ROBOTIK Robotik merupakan satu bidang sains yang berkaitan dengan reka bentuk, pembuatan, penggunaan dan sebagainya yang berkaitan dengan robot. Bidang robotik membawa kemajuan besar dalam kehidupan manusia. Penggunaan robot dapat dilihat dalam industri seperti yang berikut:

Industri Automotif

Industri Pertanian

Industri Makanan

Industri Elektronik

Robot boleh melaksanakan tugas yang sukar dan berisiko tinggi kepada manusia. Cari maklumat dan bincangkan, bagaimanakah robot boleh melakukan JEJAK TMK tugas seperti eksplorasi angkasa lepas atau planet?

MEDAN AKTIVITI Buat satu koleksi gambar robot atau produk yang mempunyai elemen robotik dalam pelbagai industri. Kemudian, pamerkannya di dalam kelas.

Mampukah robot menandingi kecekapan manusia melakukan kerja? Mengapa?

Nota Guru 24

• Berbincang dengan murid tentang robot yang menjalankan pelbagai tugas manusia. • Minta murid menyatakan kelebihan penggunaan robot dalam melakukan pekerjaan.

ELEMEN SISTEM ROBOTIK Asas sistem robotik mempunyai elemen yang berikut: Kuasa

Kawalan Elemen Sistem Robotik

Pergerakan

Sensor

ELEMEN KAWALAN Elemen kawalan berfungsi untuk menghasilkan sesuatu tindakan seperti pergerakan mekanikal, mengeluarkan bunyi atau memancarkan cahaya. Tindakan ini berdasarkan pengaturcaraan yang telah ditetapkan pada papan mikropengawal. Antara papan mikropengawal yang digunakan sebagai elemen kawalan dalam sistem robotik.

ELEMEN KUASA Elemen kuasa yang digunakan pada sistem robotik terdiri daripada kuasa elektrik seperti bateri dan panel solar agar robot dapat beroperasi sepenuhnya.

Panel Solar

6.5.1 6.5.2

Bateri

Nota Guru • Berbincang dengan murid tentang sumber kuasa seperti tenaga boleh baharu atau tenaga fosil.

25

ELEMEN SENSOR Elemen sensor ialah peranti yang boleh mengesan perubahan pada persekitaran seperti cahaya, haba, tekanan, kelembapan, jarak dan sebagainya. Semua perubahan input ini akan dihantar kepada mikropengawal untuk diproses dan ditukarkan kepada output yang dikehendaki seperti pergerakan dan lain-lain. Sensor

Contohnya, sensor ultrasonik akan mengesan kedudukan objek dalam jarak tertentu dari sensor. Isyarat akan dihantar kepada mikropengawal untuk melakukan tindakan seperti membunyikan penggera, menghidupkan lampu dan sebagainya.

Gelombang bunyi

Objek

Jarak

Gambar rajah menunjukkan sensor ultrasonik berfungsi.

Sensor Ultrasonik

ELEMEN PERGERAKAN Elemen pergerakan yang ada pada robot membolehkannya melakukan pelbagai gerakan mengikut fungsi atau kerja yang ditetapkan. Robot juga boleh digerakkan dengan menggunakan sistem pneumatik dan hidraulik.

Sendi

WADAH ILMU

Pneumatik ialah sistem penggerak yang menggunakan tekanan udara sebagai tenaga penggeraknya, manakala hidraulik pula menggunakan tekanan cecair.

Lengan robot bergerak mengikut darjah kebebasan atau paksi gerakan yang ada pada sesuatu sendi.

Nota Guru 26

• Berbincang dalam kumpulan tentang gerakan yang boleh dilakukan oleh robot ketika melakukan kerja yang diprogramkan. • Minta murid mencari maklumat tentang jenis sensor yang ada pada robot dengan bimbingan guru.

6.5.2

PEMASANGAN PERKAKASAN PADA ROBOT Robot yang dibina perlu dipasang dengan perkakasan yang sesuai. Biasanya, perkakasan yang dipasang mempunyai elemen kawalan, kuasa, pergerakan dan sensor. Pemasangan perkakasan pada badan robot dibuat pada bahagian yang berbeza mengikut pergerakan robot tersebut. Kawalan Kuasa Perkakasan kuasa dipasangkan pada tempat yang mudah untuk menggantikan bateri.

Papan mikropengawal dipasangkan pada kedudukan yang memudahkan pemasangan.

Sensor

Pergerakan

Sensor ultrasonik dipasangkan pada bahagian hadapan bagi mengesan halangan dari jarak tertentu. Pergerakan

Motor arus terus dipasangkan pada bahagian bawah untuk robot bergerak ke hadapan atau ke belakang.

Motor servo dipasangkan pada bahagian yang memerlukan pergerakan pada sudut tertentu.

Kita juga boleh membina sistem robotik sendiri menggunakan perkakasan, reka bentuk, fungsi dan pengaturcaraan yang kita inginkan. Nota Guru 6.5.3

Tunjukkan contoh beberapa papan mikropengawal yang berbeza kepada murid.

27

MARI MELAKARKAN ROBOT PENJAGA AIR TANAMAN Dengan menggunakan perkakasan yang telah dipelajari, kita boleh membina sistem robotik sendiri. Di samping itu, kita juga boleh menggunakan perisian pengaturcaraan seperti yang telah dipelajari di Tahun 5.

Abang, tanaman di dalam takung ini sudah layu kerana airnya telah kering. Saya tidak tahu waktu untuk menambah air.

Sofea, abang rasa kita perlu membina sistem robotik bagi mengesan kandungan air di dalam takung tanaman.

Yang manakah idea terbaik untuk dijadikan sebagai robot penjaga air tanaman?

Nota Guru 28

• Bimbing murid mencari masalah yang terdapat di persekitaran atau menyelesaikan masalah yang diberikan oleh guru. • Terangkan kepada murid tentang kepentingan menjanakan idea. • Penghasilan produk sebenar perlu mengikut kesesuaian sekolah masing-masing.

6.5.4

Lakaran Idea 1

Sensor Paku dijadikan sebagai sensor untuk mengesan kandungan air.

Motor Servo Menggerakkan bendera pada sudut tertentu apabila air kering.

Papan Mikropengawal 1O cm Mengawal sistem robotik. Apabila air kering, paparan LED akan menunjukkan ikon X. 2O cm

18 cm

Takung tanaman

Lakaran Idea 2

Sensor Paku dijadikan sebagai sensor untuk mengesan kandungan air.

4 cm 4 cm 3 cm

Papan Mikropengawal Mengawal sistem robotik. Apabila air kering, paparan LED akan menunjukkan ikon X.

Takung tanaman

Lakaran Idea 3

4 cm

Papan Mikropengawal 4 cm Mengawal sistem robotik. Apabila air kering, paparan LED akan menunjukkan ikon X. Pembaz Berbunyi apabila air di dalam takung kering.

Motor Servo Menggerakkan kepala robot pada sudut tertentu apabila air kering.

Sensor Paku dijadikan sebagai sensor untuk mengesan kandungan air. Takung tanaman

18 cm 7 cm

Nota Guru 6.5.4

• Pastikan murid melakarkan sekurang-kurangnya dua lakaran idea untuk mereka bentuk sistem robotik. • Berbincang dengan murid tentang elemen lakaran yang telah dipelajari di Tahun 4.

29

MENILAI DAN MENAMBAH BAIK LAKARAN Berdasarkan penilaian yang telah dibuat, Lakaran Idea 3 telah dipilih sebagai lakaran yang terbaik. Lakaran ini perlu dinilai semula untuk membuat penambahbaikan. Kita boleh mengubah, mengekalkan atau membuang mana-mana bahagian pada lakaran tersebut.

Elemen Reka Bentuk

Rupa

Elemen Sistem Robotik

Paku dijadikan sensor untuk mengesan kandungan air.

/

Kuasa

Pemegang bateri untuk dua unit bateri saiz AA.

/

Papan mikropengawal berada di dalam badan robot.

/

Kawalan

Robot tidak mempunyai tangan untuk menunjukkan pergerakan dan memberikan peringatan.

Sensor

Sensor berkeupayaan mengesan kandungan air.

/

Kuasa

Dua unit bateri saiz AA membekalkan kuasa kepada sistem robotik.

/

Kawalan

Papan mikropengawal padan dengan fungsi sistem robotik.

/

Pergerakan

Tidak ada motor servo untuk menggerakkan tangan robot.

Bentuk

Sensor

Saiz sensor sesuai dengan fungsinya.

/

Kuasa

Dua unit bateri saiz AA membekalkan kuasa kepada sistem robotik.

/

Kawalan

Papan mikropengawal padan dengan fungsi sistem robotik.

/

Pergerakan

Ruang

Sesuai

Sensor

Pergerakan

Saiz

Kesesuaian Huraian

Tiada elemen pergerakan.

Sensor

Pemasangan sensor di bahagian luar robot.

/

Kuasa

Pemegang bateri tidak menghalang perkakasan lain.

/

Kawalan

Papan mikropengawal mempunyai ruang untuk penyambungan perkakasan lain.

/

Pergerakan

Tiada elemen pergerakan di bahagian tepi robot walaupun mempunyai ruang yang mencukupi.

Catatan

Tidak sesuai

/

Tambahkan tangan di bahagian tepi robot.

/

Tambahkan motor servo.

/

Motor servo mempunyai saiz yang sesuai untuk dipasang di bahagian tepi robot.

/

Pasangkan dengan satu motor servo.

Nota Guru 30

Beritahu murid bahawa lakaran terakhir mestilah lakaran bermaklumat. Oleh itu, minta murid menulis semua maklumat pada lakaran yang telah ditambah baik.

6.5.5

CARTA ALIR ROBOT PENJAGA AIR TANAMAN Lakaran yang Ditambah Baik

Bekas makanan

Motor servo 11 cm

Papan mikropengawal Sensor paku

Bod impra

18 cm Kotak

Takung tanaman

7 cm Botol minuman

Wayar sensor

Berdasarkan lakaran yang telah ditambah baik, kita boleh membina robot. Sebelum itu, kita perlu membuat carta alir bagi menghasilkan atur cara untuk digunakan dalam robot penjaga air tanaman ini.

Carta Alir Struktur Kawalan Ulangan Robot Penjaga Air Tanaman Aiman memikirkan satu sistem robotik yang sentiasa mengesan kadar kandungan air di dalam takung tanaman. Jika air masih penuh, paparan LED menunjukkan ikon , tetapi jika air telah kering paparan LED akan menunjukkan ikon X. Tangan robot bergerak dan pembaz berbunyi sebagai peringatan kepada Aiman dan adiknya untuk mengisi air. Sistem peringatan ini akan berfungsi secara automatik. MULA

Mengesan kandungan air Tidak

Ada air ? Ya Papan LED menunjukkan ikon

• • •

Papan LED menunjukkan ikon X Pembaz berbunyi Motor servo bergerak

TAMAT Nota Guru 6.5.6

Berdasarkan situasi dan carta alir robot penjaga air tanaman, tulis pseudokod dan carta alir struktur kawalan pilihan.

31

ATUR CARA ROBOT PENJAGA AIR TANAMAN IMBAS SAYA

Langkah-langkah atur cara menggunakan Editor MakeCode.

Laman Sesawang Editor MakeCode

Langkah-langkah Langkah 1 a. Klik New Project. b. Taip nama projek. Kemudian, klik Create. Langkah 2

Blocks Palette

Scripts Area

a. Klik blok fungsi Basic. b. Pilih show icon [ ] dan masukkan ke dalam on start. c. Pilih ikon senyum. Langkah 3 a. Klik blok fungsi Basic. b. Pilih forever dan tarik ke ruang Scripts Area. c. Susun forever di sebelah on start. Langkah 4 a. Klik blok fungsi Logic. b. Pilih if [ ] then, else dan tarik ke ruang Scripts Area. c. Masukkan ke dalam forever.

Langkah 5 a. Klik blok fungsi Input. b. Pilih pin [P0] is pressed dan tarik ke ruang Scripts Area. c. Masukkan ke dalam if [ ] then, else. • if [ pin [P0] is pressed ] then, else. d. Tukar P0 kepada P1.

Nota Guru 32

• Berbincang dengan murid tentang fitur-fitur antara muka perisian atur cara seperti yang telah dipelajari di Tahun 4 dan Tahun 5. • Langkah 3 boleh dilangkau sekiranya blok fungsi forever sudah tersedia di dalam Scripts Area.

6.5.7

Langkah-langkah

Blocks Palette

Scripts Area

Langkah 6 a. Klik blok fungsi Basic. b. Pilih show icon [ ] dan tarik ke ruang Scripts Area. c. Masukkan ke dalam if [ ] then, else. d. Klik pada show icon [ ] dan pilih ikon . Langkah 7 a. Klik kanan pada show icon [ ]. b. Klik Duplicate. c. Susun di bawah else. d. Tukar kepada ikon X. • if [ pin [P1] is pressed ] then show icon [ ], else show icon [X]. Langkah 8 a. Klik blok Music. b. Pilih play tone [Middle C] for [1 beat] dan tarik ke ruang Scripts Area. c. Susun di bawah show icon [X]. d. Tukar [1 beat] kepada [2 beat]. Langkah 9 a. Klik blok fungsi Advanced. Kemudian, klik Extensions. b. Pilih dan klik servo. c. Klik blok fungsi Servos. d. Pilih set servo [P0] angle to [90]° dan tarik ke ruang Scripts Area. e. Susun di bawah play tone [Middle C] for [2 beat]. f. Tukar [P0] kepada [P2] dan nilai sudut 90° kepada 180°.

Nota Guru 6.5.7

Selain mencari blok fungsi dalam Blocks Palette, murid boleh menyalin blok fungsi dengan cara Duplicate dalam Scripts Area.

33

Langkah-langkah

Blocks Palette

Scripts Area

Langkah 10 a. Klik blok fungsi Basic. b. Pilih pause (ms) [100] dan tarik ke ruang Scripts Area. c. Susun di bawah set servo [P2] angle to [180]°. d. Tukar nilai milisaat 100 kepada 1000 (1 saat). Langkah 11 a. Klik kanan pada set servo [P2] angle to [180]° dan pilih Duplicate. b. Susun di bawah pause (ms) [1000]. c. Tukar nilai sudut 180° kepada 0°.

Langkah 12 a. Klik kanan pada pause (ms) [1000] dan pilih Duplicate. b. Susun di bawah set servo [P2] angle to [0]°.

Langkah 13 Klik Save untuk simpan fail atur cara yang telah siap.

Fail ini akan dimuat turun pada papan mikropengawal.

Robot Penjaga Air Tanaman

Nota Guru Murid boleh melihat hasil atur cara pada ruang simulasi.

34

IMBAS SAYA

Pengaturcaraan Menggunakan mBlock

6.5.7

MEMBINA ROBOT PENJAGA AIR TANAMAN Mari kita sediakan alatan dan bahan untuk membina robot penjaga air tanaman berdasarkan lakaran yang telah ditambah baik. Alatan

1

2

3

1. 2. 3. 4. 5.

Gunting Pisau boleh laras Rod perekat panas Pembaris keluli Pistol perekat panas

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12.

Kotak Botol minuman Bekas makanan Bod impra Papan mikropengawal Pembaz Motor servo Bateri Paku Kabel USB Pemegang bateri bersuis Klip buaya

5 4

Bahan 2

1

3 5

6

4

8

11

9

7

10

TAHUKAH KAMU

12

Kabel USB mempunyai pelbagai jenis.

Nota Guru 6.5.8

• Galakkan murid menggunakan bahan kitar semula yang terdapat di sekitar mereka untuk menghasilkan produk yang dirancang. • Murid boleh menggunakan kotak sedia ada yang telah siap atau membuat kotak sendiri. • Berbincang dengan murid tentang alatan dan bahan yang akan digunakan.

35

Bahagian A :

Membina Badan Robot

Langkah 1 Ukur, tanda dan potong kotak pada bahagian A, B , C, D, E dan F untuk dipasangkan dengan perkakasan berikut: A: Paparan LED mikropengawal B: Pembaz C: Motor servo

D: Pemegang bateri bersuis E: Sambungan kabel USB F: Sambungan wayar sensor

C

B

E

A A F D Pandangan hadapan dan sisi kanan

Pandangan hadapan dan sisi kiri

Pandangan belakang

Langkah 2

Langkah 3

Potong botol untuk dijadikan sebagai leher robot.

Lekatkan botol yang dipotong pada sisi bekas makanan untuk dijadikan kepala robot.

Nota Guru 36

• Alatan dan bahan yang digunakan mestilah sesuai dengan produk yang akan dihasilkan. • Guru mestilah sentiasa mengingatkan murid agar menjaga keselamatan ketika menggunakan alatan yang tajam dan panas.

6.5.8

Bahagian B :

Menyambungkan Perkakasan

Langkah 4 Sambungkan motor servo, pembaz dan paku dengan klip buaya terlebih dahulu sebelum membuat penyambungan ke papan mikropengawal. Sambungan motor servo

Sambungan pembaz

Sambungan paku

TAHUKAH KAMU

Langkah 5 Buat pemasangan papan mikropengawal pada badan robot.

Selain paku, logam lain juga boleh digunakan sebagai konduktor elektrik untuk diinovasikan sebagai sensor.

(a) Pemasangan Papan Mikropengawal

Papan mikropengawal tidak boleh dilekatkan terlalu rapat dengan dasar kotak. Hal ini bertujuan untuk: (a) Membolehkan pengaliran udara yang baik supaya papan mikropengawal tidak panas. (b) Memudahkan klip buaya dipasangkan pada papan mikropengawal.

Nota Guru 6.5.8

• Berbincang dengan murid tentang elemen robotik yang telah dipelajari semasa membuat penyambungan dan pemasangan perkakasan. • Bimbing dan bantu murid ketika membuat penyambungan dan pemasangan perkakasan. • Murid boleh membuat pengujian litar sebelum menyambung dan memasang perkakasan.

37

(b) Pemasangan Pemegang

Bateri

Lekatkan pemegang bateri bersuis pada kedudukan D (rujuk Langkah 1). Kemudian, sambungkan wayar pemegang bateri ke soket papan mikropengawal. (d) Pemasangan Sensor

Sambungkan klip buaya dari paku ke jalur pin 0 dan jalur pin 1 pada papan mikropengawal untuk berfungsi sebagai sensor.

(c) Pemasangan Motor Servo

Sambungkan wayar dari motor servo ke papan mikropengawal. • Wayar hitam ke jalur pin bumi (GND). • Wayar merah ke jalur pin kuasa 3V. • Wayar hijau ke jalur pin 2. Kemudian, lekatkan motor servo pada kedudukan C (rujuk Langkah 1). (e) Pemasangan Pembaz

Sambungkan kaki positif (merah) pembaz ke jalur pin 0 dan kaki negatif (hitam) ke jalur pin GND. Kemudian, lekatkan pembaz pada kedudukan B (rujuk Langkah 1).

Nota Guru 38

• Bimbing murid untuk melekatkan perkakasan pada badan robot dengan menggunakan bahan perekat yang sesuai. • Susun wayar di dalam kotak dengan kemas.

6.5.8

Langkah 6 Sambungkan kabel USB ke papan mikropengawal. Kemudian, masukkan kabel ke lubang E (rujuk Langkah 1) dan wayar sensor ke lubang F (rujuk Langkah 1) pada bahagian belakang kotak.

Langkah 7 Lengkapkan pemasangan badan robot dengan mencantumkan bahagian kepala dan kaki seperti gambar di bawah. Potong bod impra untuk membuat tangan robot dan lekatkan pada B dan C (rujuk Langkah 1).

• •

Pastikan tangan kanan dilekatkan dengan betul pada motor servo. Tangan kiri perlu ditebuk lubang pada bahagian atas supaya bunyi daripada pembaz tidak terhalang. Nota Guru

6.5.8

• Guru hendaklah mengingatkan murid bahawa penyambungan wayar perlu dibuat dengan betul supaya robot dapat berfungsi dengan baik. • Bimbing murid untuk membuat kemasan pada badan robot yang telah siap dibina.

39

Bahagian C:

Memindahkan Atur Cara

Kita akan memuat naik atur cara yang telah dihasilkan ke dalam papan mikropengawal robot yang telah siap dipasang.

Langkah 8 Sambungkan kabel USB dari robot ke port USB pada komputer.

Langkah 9 1. Klik Download untuk menyimpan fail (.hex). 2. Klik fail projek dan tarik masuk ke dalam fail mikropengawal • Lampu pada papan mikropengawal akan berkelip. • Tunggu hingga muat turun selesai. TAHUKAH KAMU

Daripada Download, kita boleh memindahkan terus atur cara ke fail mikropengawal. Nota Guru 40

• Guru juga boleh merujuk cara muat turun atur cara seperti yang telah dipelajari semasa di Tahun 5. • Pengujian atur cara mestilah dilakukan setiap kali kita memuat turun atur cara yang dibuat.

6.5.9

MENGUJI KEFUNGSIAN ROBOT PENJAGA AIR TANAMAN Robot penjaga air tanaman sudah siap dibina. Jom, kita uji kefungsian robot ini!

Langkah 1

Langkah 2

Hidupkan suis pada robot. • Paparan LED menunjukkan ikon X. • Pembaz berbunyi. • Tangan robot bergerak.

Masukkan sensor, iaitu paku ke dalam air. • Paparan LED menunjukkan ikon . • Pembaz dan tangan robot akan berhenti berfungsi.

Pastikan sensor tidak bersentuhan antara satu sama lain.

IMBAS SAYA

Video Robot Berfungsi

Sekiranya Langkah 1 dan 2 berjaya diuji, maka atur cara dan pemasangan perkakasan yang dibuat adalah betul. Sekarang, bolehlah kita meletakkan robot ini di sebelah takung tanaman untuk menjaga kandungan air supaya tidak kering.

Buat perbandingan antara sensor yang menggunakan paku dengan sensor yang menggunakan kayu. Nyatakan dapatannya dan mengapakah hal tersebut boleh berlaku?

Nota Guru 6.5.9

• Murid boleh membuat kemasan mengikut kreativiti masing-masing supaya produk lebih menarik. • Berbincang dengan murid mengapa paku yang berfungsi sebagai sensor tidak boleh bersentuhan antara satu sama lain ketika pengujian Langkah 1.

41

MEMBUAT RUMUSAN Antara rumusan yang boleh kita buat tentang sistem robotik adalah seperti yang berikut: Perkara Kepentingan sistem robotik

Elemen sistem robotik

Pengaturcaraan

Rumusan

Contoh

Penggunaan robot adalah penting dalam kehidupan manusia pada masa kini. Robot dapat membantu manusia melakukan pelbagai kerja sukar seperti dalam: (a) Industri automotif (b) Industri pertanian (c) Industri makanan (d) Industri elektronik

Robot sedang memasang komponen automotif.

Pada asasnya terdapat empat elemen sistem robotik, iaitu: (a) Sensor (b) Kuasa (c) Kawalan (d) Pergerakan

Produk yang mempunyai elemen sistem robotik.

Robot memerlukan pengaturcaraan yang boleh diprogramkan untuk melakukan sesuatu kerja.

Pengaturcaraan sistem kawalan robotik. Sistem robotik

Semua orang boleh menghasilkan produk robot sendiri untuk membantu tugasan harian mereka.

P

Robot pembersih hampa gas (vakum) yang dihasilkan untuk membantu tugas harian. A

K- 2 1

Cari maklumat berkenaan dengan sistem pengesan hujan. Kemudian, buat satu atur cara menggunakan perisian yang kamu pilih untuk dipindahkan pada robot pengesan hujan. Bina robot pengesan hujan tersebut dengan sistem robotik yang sesuai mengikut kreativiti kamu menggunakan bahan yang ada di persekitaran. Nota Guru

42

• Bentukkan beberapa kumpulan. Bincangkan rumusan hasil aktiviti membuat reka bentuk pengaturcaraan dan bentangkan hasil perbincangan kumpulan. • Untuk aktiviti PAK-21, guru boleh mengubah suai aktiviti mengikut kesesuaian.

6.5.10

MEMBUAT PEMBENTANGAN

Murid perlu membuat pembentangan hasil reka bentuk produk robot penjaga air tanaman yang telah Pembentangan ini akan siap dibina. Pembentangan boleh dibuat secara lisan melatih kamu meningkatkan kemahiran komunikasi dan atau persembahan multimedia. Antara maklumat yang perlu ada dalam pembentangan termasuklah: keyakinan diri.

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

Nama produk. Elemen sistem robotik yang terdapat pada produk. Fungsi produk yang dibina. Menerangkan lakaran bermaklumat yang dipilih. Langkah pemasangan perkakasan pada produk. Kelebihan produk yang dibina. Menyatakan kesesuaian tempat atau lokasi untuk penggunaan produk. TAHUKAH KAMU

Slaid ini menunjukkan kelebihan produk kami. Produk ini boleh dipasangkan pada takung tanaman.

Bagi membentangkan hasil produk, murid boleh melakukan pelbagai aktiviti dan cara seperti Jalan Galeri, Tiga Lilau Satu Tetap, persembahan multimedia dan sebagainya.

Nota Guru 6.5.10

• Bimbing murid membuat pembentangan. • Galakkan semua murid melibatkan diri semasa pembentangan.

43

IMBAS KEMBALI

Menyatakan elemen sistem robotik.

Menghuraikan elemen sistem robotik yang terdapat pada robot.

Menilai lakaran yang dipilih untuk membuat penambahbaikan.

Menjelaskan pemasangan perkakasan pada reka bentuk sebuah robot.

Menghasilkan carta alir sebuah robot yang akan dibina.

Membina reka bentuk produk dan penyambungan perkakasan berdasarkan lakaran yang dibuat menggunakan peralatan yang sesuai.

Melakar reka bentuk produk yang mempunyai elemen sistem robotik.

Menghasilkan atur cara yang dikehendaki berdasarkan carta alir yang dibuat.

Memindahkan atur cara yang telah dihasilkan pada perkakasan dan menguji kefungsiannya.

Membuat rumusan dan membentangkan produk yang telah dibina.

Jawab semua soalan di bawah.

1. Nyatakan dua elemen sistem robotik. (a) __________________________ (b) ______________________ 2. Namakan fitur di bawah. (a)

(b)

3. Mengapakah penyambungan wayar pada perkakasan robot perlu dilakukan dengan betul? 4. Penggunaan sistem robotik lebih baik berbanding dengan menggunakan kaedah manual dalam mengurus kehidupan harian. Berikan pendapat kamu untuk menyokong pernyataan tersebut. Nota Guru 44

• Minta murid menyatakan perkara penting yang telah dipelajari oleh mereka dalam unit ini. • Bincang jawapan bersama-sama murid untuk soalan di atas.

UNIT

3

PEMBANGUNAN PRODUK

Cikgu Siew Lee berbincang bersama-sama muridnya untuk menghasilkan produk baharu di bengkel.

Selain produk-produk ini, apakah yang boleh kita hasilkan dengan menggabungkan asas teknologi yang pernah kita pelajari?

Cikgu, saya cadang kita gabungkan teknologi elektromekanikal dan reka bentuk pengaturcaraan.

Saya setuju. Apakah produk-produk yang sesuai untuk kita hasilkan?

Nota Guru • Berbincang dengan murid berkenaan gabungan asas teknologi yang berbeza untuk menghasilkan produk baharu. • Produk yang ditunjukkan dalam buku ini adalah sebagai panduan sahaja. Penghasilan produk sebenar perlu mengikut kesesuaian sekolah masing-masing.

45

PRODUK TABUNG SAYA Li Mei, Arjan dan Aggup sedang berbincang untuk membina tabung bagi mengumpul hasil jualan yang diperoleh pada hari kantin sekolah.

SUDUT RBT Saya mahu kita menghasilkan sebuah tabung yang mempunyai bunyi dan cahaya.

Saya ada idea. Tabung yang akan dihasilkan ini mempunyai penutup yang akan menjatuhkan duit syiling ke dalam tabung dan menghasilkan bunyi dan cahaya apabila duit dimasukkan.

Bagus idea itu. Kita akan menggunakan sensor sentuh untuk membuka penutup tabung ini.

Kita akan menghasilkan tabung yang mempunyai penutup yang terbuka secara automatik apabila duit syiling dimasukkan. Di samping itu, tabung juga akan mengeluarkan bunyi dan memaparkan ikon. Tabung yang akan dihasilkan ini mempunyai beberapa kepentingan. Contohnya, seperti yang berikut: Kepentingan Tabung Memupuk amalan menyimpan duit.

Simpanan untuk masa hadapan.

Mendidik murid agar tidak menjadi boros dan membazir.

Nota Guru 46

• Berbincang dengan murid mengenai masalah dan penyelesaian berkenaan teknologi reka bentuk produk yang hendak dibina. • Galakkan murid untuk membina produk yang menggabungkan pengetahuan dan kemahiran yang telah dipelajari sebelum ini.

8.1.1

MARI KITA GABUNGKAN TEKNOLOGI Tabung yang akan dihasilkan ini menggabungkan elemen elektromekanikal dan reka bentuk pengaturcaraan. Produk tabung ini akan mengaplikasikan pelajaran yang telah dipelajari di Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6. Elemen Elektromekanikal

Penutup tabung akan dihubungkan dengan sensor sentuh melalui pita perekat tembaga. Bilah motor servo akan membuka penutup secara automatik apabila sensor mengesan sentuhan. Motor servo Pintu tabung akan menggunakan kunci pintu. Apabila suis pintu ditekan, kunci akan aktif dan pintu tabung terbuka.

Kunci pintu

Reka Bentuk Pengaturcaraan

Tabung ini juga akan mengeluarkan bunyi dan cahaya apabila duit dimasukkan ke dalam tabung. Semua fungsi ini dikawal oleh atur cara pada papan mikropengawal.

Papan mikropengawal

Nota Guru 8.1.2

• Berbincang dengan murid tentang teknologi yang diguna pakai pada produk yang akan dibina. • Guru boleh memberikan pilihan kepada murid untuk menggunakan papan mikropengawal yang telah dipelajari di Tahun 5 dan melihat hasilnya.

47

JOM, KITA LAKARKAN PRODUK ! Lakaran idea ini dapat membantu murid untuk menghasilkan produk tabung. Lakaran Idea 1

Papan mikropengawal Ruang bukaan

Klip buaya 3O cm Motor servo

Bod impra

15 cm

Ruang duit 15 cm

Pemegang bateri

Lakaran Idea 2

Paparan jumlah duit Motor servo

Ruang masuk duit 3O cm Ruang duit syiling Ruang duit kertas

Pemegang bateri

15 cm 15 cm

Nota Guru Pastikan murid membuat lakaran bermaklumat.

48

8.1.3

Lakaran Idea 3

Papan mikropengawal

Sensor sentuh

Ruang bukaan

Klip buaya

Batang aiskrim

18 cm Motor servo Pemegang bateri 2O cm 2O cm

Pintu depan

Cari maklumat berkaitan asas teknologi lain yang boleh digunakan untuk menghasilkan produk.

JEJAK TMK

Nota Guru 8.1.3

Pastikan murid membuat lakaran bermaklumat.

49

MENILAI LAKARAN Lakaran Idea 3 dipilih sebagai lakaran yang terbaik. Yang berikut merupakan penilaian terhadap lakaran tersebut dan cadangan penambahbaikan yang sesuai: Elemen Reka Bentuk

Kesesuaian Asas Teknologi

Huraian

Catatan S

Komponen mekanikal Elektromekanikal yang tersusun.

TS

/

Susun komponen dengan kemas dan ikat wayar menggunakan pengikat kabel.

/

Ubah suai saiz bilah motor servo dengan menggunakan batang aiskrim.

/

Letakkan papan mikropengawal di bahagian depan tabung.

Rupa Pengaturcaraan

Menggunakan papan mikropengawal.

Bentuk komponen mekanikal yang kecil Elektromekanikal tidak mengganggu fungsi produk.

/

/

Bentuk Pengaturcaraan

Papan mikropengawal yang nipis tidak menggunakan ruang yang banyak.

/

Saiz bilah motor servo Elektromekanikal tidak mencukupi untuk menjalankan fungsinya. Saiz Pengaturcaraan

Saiz papan mikropengawal yang kecil tidak mengganggu komponen lain.

Komponen tidak Elektromekanikal mengganggu fungsi produk.

/

/

Ruang Pengaturcaraan

Papan mikropengawal tidak berada pada tempat yang sesuai.

(S - Sesuai / TS - Tidak Sesuai)

Nota Guru 50

Bimbing murid mengenal pasti masalah yang terdapat pada produk yang akan dibina dan cadangkan penyelesaian bagi masalah yang timbul.

8.1.4

Berdasarkan penilaian yang telah dibuat, terdapat beberapa penambahbaikan yang perlu dilakukan. • • • •

Gunakan sensor sentuh yang terdapat pada papan mikropengawal. Kedudukan papan mikropengawal diubah ke bahagian hadapan tabung. Tambah batang aiskrim untuk memanjangkan bilah motor servo. Ubah pintu tabung ke bahagian belakang tabung. Lakaran yang Ditambah Baik

Batang aiskrim

Penutup

Pita perekat tembaga

Motor servo Pita perekat Suis tekan tutup

18 cm Papan mikropengawal

2O cm 2O cm Pemegang bateri 12V

Pemegang bateri 6V Wayar

Kunci pintu

Nota Guru 8.1.4

Berbincang dengan murid untuk membuat penambahbaikan yang boleh menjadikan produk lebih menarik.

51

ALATAN, BAHAN, ANGGARAN KOS DAN JADUAL KERJA Yang berikut merupakan senarai alatan dan bahan yang digunakan untuk menghasilkan tabung. Alatan 1

5

1. 2. 3. 4. 5. 6.

6

4

2

Alas pemotong Pensel Pembaris keluli Pisau boleh laras Rod perekat panas Pistol perekat panas

3

Bahan

1

2

3 4

7

8

9

5

10

6

12

13

11

14

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14.

Papan mikropengawal Motor servo Kunci pintu Pemegang bateri 6V Pemegang bateri 12V Bateri AA Suis tekan tutup Klip buaya Pita perekat Pita perekat dua muka Pita perekat tembaga Wayar penyambung male to male Batang aiskrim Bod impra

Kita juga boleh menggunakan alatan dan bahan yang terdapat di bengkel atau di rumah untuk menjimatkan perbelanjaan. Mikrofon

Sensor sentuh

TAHUKAH KAMU

Pembesar suara

Papan mikropengawal yang digunakan dalam penghasilan produk ini mempunyai sensor sentuh, pembesar suara dan mikrofon yang terbina dalam (build in).

Nota Guru 52

• Galakkan murid menggunakan bahan kitar semula yang kukuh untuk menyokong binaan produk. • Berbincang dengan murid setiap alatan dan bahan yang disenaraikan.

8.1.5

Anggaran Kos Kos yang dicadangkan ini adalah secara individu.

Kos Alatan Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6.

Perkara Alas pemotong Pensel Pembaris keluli Pisau boleh laras Rod perekat panas Pistol perekat panas

Kuantiti 1 keping 1 batang 1 batang 1 bilah 3 batang 1 unit

Harga seunit (RM) 8.00 0.50 2.00 1.50 1.00 6.50 Jumlah

Jumlah (RM) 8.00 0.50 2.00 1.50 3.00 6.50 21.50

Kuantiti 1 set 1 unit 1 unit 1 unit 1 unit 6 biji 1 unit 1 set 1 gulung 1 gulung 1 gulung

Harga seunit (RM) 75.00 10.50 17.00 1.40 2.80 1.00 2.00 6.00 3.80 6.00 11.00

Jumlah (RM) 75.00 10.50 17.00 1.40 2.80 6.00 2.00 6.00 3.80 6.00 11.00

1 set

2.00

2.00

1 batang 1 keping

0.10 7.50

0.10 7.50 151.10

Kos Bahan Bil. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11.

Perkara Papan mikropengawal Motor servo Kunci pintu Pemegang bateri 6V Pemegang bateri 12V Bateri AA Suis tekan tutup Klip buaya Pita perekat Pita perekat dua muka Pita perekat tembaga Wayar penyambung 12. male to male 13. Batang aiskrim 14. Bod impra

Jumlah Kawan-kawan, amalkan sikap berjimat cermat ketika berbelanja. Nota Guru 8.1.5

• Pastikan murid tidak melakukan pembaziran. • Minta murid mengira kos untuk kumpulan jika menjalankan aktiviti secara berkumpulan. • Harga alatan dan bahan di atas hanyalah anggaran sahaja.

53

Jadual Kerja Penyediaan jadual kerja adalah untuk memastikan setiap aktiviti yang dijalankan mematuhi jumlah jam kerja yang ditetapkan. Yang berikut merupakan contoh jadual kerja pelaksanaan produk: Tempoh Masa (Minggu) Bil.

Proses Kerja 1

1.

Menjanakan idea

2.

Mencari maklumat

3.

Melakarkan idea

4.

Membina atur cara (uji)

5.

Menanda dan memotong

6.

Memasang bahan (uji)

7.

Menguji kefungsian produk

8.

Membuat dokumentasi dan pembentangan

2

Galakkan murid menggunakan perisian komputer untuk JEJAK TMK menghasilkan jadual kerja.

3

4

5

6

7

8

9 10 11 12

MEDAN AKTIVITI Bincangkan bersama murid jadual kerja yang telah dihasilkan di dalam kelas.

Nota Guru 54

Pastikan murid menghasilkan produk mengikut jadual kerja yang telah disediakan mengikut kesesuaian.

8.1.5

MARI BINA TABUNG Untuk menghasilkan tabung ini, kita akan membina atur cara terlebih dahulu berdasarkan situasi pada halaman 46. Yang berikut ialah langkah-langkahnya:

IMBAS SAYA

Carta Alir Atur Cara Tabung

A. Membina Atur Cara Langkah-langkah Langkah 1 a. Klik New Project. b. Taip nama projek. Kemudian, klik Create. Blocks Palette

Langkah 2

Scripts Area

a. Klik blok fungsi Basic. b. Pilih show icon [ ] dan masukkan ke dalam on start. c. Pilih ikon senyum.

Langkah 3 a. Klik blok fungsi Basic. b. Pilih forever dan tarik ke ruang Scripts Area. c. Susun forever di sebelah on start. Langkah 4 a. Klik blok fungsi Logic. b. Pilih if [ ] then, dan tarik ke ruang Scripts Area. c. Masukkan ke dalam forever.

Langkah 5 a. Klik blok fungsi Input. b. Pilih logo is pressed dan tarik ke ruang Scripts Area. c. Masukkan ke dalam if [ ] then.

Nota Guru 8.1.6

Murid boleh membina atur cara yang berbeza menggunakan contoh produk yang berlainan.

55

Langkah-langkah

Blocks Palette

Scripts Area

Langkah 6 a. Klik blok fungsi Music. b. Pilih start melody [dadadum] repeating [once] dan tarik ke ruang Scripts Area. c. Masukkan ke dalam if [ ] then. d. Pilih melodi entertainer. Langkah 7 a. Klik blok fungsi Advanced. Kemudian, klik Extensions. b. Klik blok fungsi Servos. c. Pilih set servo [P0] angle to [90]° dan tarik ke ruang Scripts Area. d. Susun di bawah start melody [entertainer] repeating [once]. e. Tukar [P0] kepada [P2]. Langkah 8 a. Klik blok Basic. b. Pilih pause (ms) [100] dan tarik ke ruang Scripts Area. c. Susun di bawah set servo [P2] angle to [90]°. d. Tukar nilai milisaat 100 kepada 1000 (1 saat). Langkah 9 a. Klik kanan pada set servo [P2] angle to [90]° dan pilih Duplicate. b. Susun di bawah pause (ms) [1000]. c. Tukar nilai sudut 90° kepada 0°.

Nota Guru 56

Bimbing murid menggunakan blok fungsi yang betul supaya tidak berlaku kesilapan meletakkan blok fungsi.

8.1.6

Langkah-langkah

Blocks Palette

Scripts Area

Langkah 10 a. Klik blok fungsi Basic. b. Pilih show icon [ ] dan tarik ke ruang Scripts Area. c. Susun di bawah set servo [P2] angle to [0]°. Langkah 11 a. Klik kanan pada pause (ms) [1000] dan pilih Duplicate. b. Susun di bawah show icon [ ]. c. Tukar nilai milisaat 1000 kepada 2000 (2 saat).

Langkah 12 a. Klik blok fungsi Basic. b. Pilih clear screen dan tarik ke ruang Scripts Area. c. Susun di bawah pause (ms) [2000].

Langkah 13 a. Klik Save untuk simpan fail pengaturcaraan yang telah siap dibina. b. Muat turun atur cara ke papan mikropengawal.

Tabung Duit

IMBAS SAYA

Pengaturcaraan Menggunakan mBlock

Nota Guru 8.1.6

Tunjukkan contoh simulasi papan mikropengawal yang berbeza kepada murid.

57

B. Menghasilkan Tabung Potong bod impra mengikut ukuran seperti gambar rajah di bawah. Kemudian, tandakan setiap bahagian. 3 cm x 3 cm

20 cm

2

20 cm

C

D 20 cm

20 cm

20 cm

E 4 cm

B

20 cm

18 cm

A2

20 cm

A1

18 cm

18 cm

2 cm x 2 cm

18 cm

1

20 cm

0.5 cm

Lekatkan bahagian A1, A2, B dan C dengan menggunakan pistol perekat panas.

4 cm

A1 A2

C A1

A2

3

C

0.5 cm

B

Lekatkan pita perekat tembaga pada sensor sentuh papan mikropengawal dan pita perekat dua muka pada sebelah kiri dan kanan papan mikropengawal.

Pita perekat tembaga Pita perekat dua muka Sensor sentuh Pandangan hadapan mikropengawal.

STEM

Tembaga merupakan konduktor atau bahan yang dapat mengalirkan arus elektrik dan haba dengan baik. Secara umumnya, kabel elektrik banyak diperbuat daripada tembaga.

Nota Guru 58

F

• Murid juga boleh menggunakan konduktor selain pita perekat tembaga dan lihat keberkesanan dalam memberikan tindak balas kepada sensor sentuh. • Murid boleh membuat pemasangan sensor sentuh yang berasingan jika papan mikropengawal tidak tersedia dengan sensor sentuh.

8.1.6

4

Lekatkan papan mikropengawal pada bahagian C dan pemegang bateri 6V pada bahagian A2. Kemudian, sambungkan wayar pemegang bateri kepada soket papan mikropengawal.

A2

C

B

5

Sambungkan klip buaya ke papan mikropengawal. • Wayar hitam ke jalur pin bumi (GND). • Wayar merah ke jalur pin kuasa 3V. • Wayar kuning ke jalur pin 2.

A2

C

B Pandangan belakang papan mikropengawal. Nota Guru 8.1.6

• Minta murid membuat pemasangan dan penyambungan dengan betul. • Bimbing murid untuk melekatkan bahan dengan menggunakan perekat yang sesuai.

59

6

Sambungkan wayar penyambung male to male ke klip buaya dari papan mikropengawal. • Wayar hitam ke tamatan hitam. • Wayar merah ke tamatan merah. • Wayar kuning ke tamatan putih.

C

A2

A1

B

7

Lekatkan batang aiskrim pada bilah motor servo. Kemudian, potong bod impra bersaiz 4 cm x 4 cm dan lekatkan di atas batang aiskrim untuk dijadikan penutup seperti gambar di bawah.

8

Sambungkan wayar dari motor servo ke wayar penyambung male to male.

C

A2

B

Nota Guru 60

• Minta murid membuat pemasangan dan penyambungan bahan dengan betul. • Bimbing murid untuk melekatkan bahan dengan menggunakan perekat yang sesuai. • Pemasangan wayar penyambung male to male ke motor servo boleh dibuat dengan menggunakan soket penyambung.

8.1.6

9

Lekatkan pita perekat tembaga ke penutup dari motor servo.

C

B

10

Lekatkan bahagian D di atas tabung. Kemudian, lekatkan motor servo pada kedudukan yang sesuai dengan penutup tabung.

D A1

D A2

C B

11

Lekatkan pita perekat pada bahagian A1 dan bahagian E.

E

A1

Nota Guru 8.1.6

• Bimbing murid untuk melekatkan bahan dengan menggunakan perekat yang sesuai.

61

12

Lekatkan pemegang bateri 12V pada bahagian luar A1. (a) Masukkan wayar pemegang bateri 12V ke dalam tabung. (b) Muatkan dengan suis tekan tutup.

A1

Mengapakah pemegang bateri 12V untuk kunci pintu dilekatkan di luar badan tabung?

13

Sambungkan wayar merah dari pemegang bateri 12V ke kedua-dua kaki suis tekan tutup.

A1 E

Nota Guru 62

• Minta murid membuat pemasangan dan penyambungan dengan betul. • Bimbing murid untuk melekatkan bahan dengan menggunakan perekat yang sesuai. • Bimbing murid untuk menebuk lubang dengan menggunakan alatan yang sesuai.

8.1.6

14

Lekatkan kunci pintu pada bahagian E. Sambungkan wayar pemegang bateri 12V ke wayar kunci pintu.

E

15

A1

E

A1

Lekatkan bahagian F pada bahagian A2 untuk dijadikan selak penahan pintu seperti gambar di bawah.

WADAH ILMU

A2

F IMBAS SAYA

Video Pintu Belakang Tabung

Solenoid ialah gulungan dawai tembaga yang menjadi magnet apabila dihubungkan dengan arus elektrik. Solenoid juga boleh digunakan sebagai kunci pintu.

Nota Guru 8.1.6

• Minta murid membuat pengujian produk untuk memastikan pemasangan bahan dilakukan dengan betul. • Bimbing murid untuk melekatkan bahan dengan menggunakan perekat yang sesuai.

63

Tabung yang telah siap dibina.

Pandangan hadapan

Pandangan atas

Pandangan hadapan dan sisi kanan

Pandangan belakang

MEDAN AKTIVITI Selain bod impra, minta murid fikirkan bahan yang berbeza untuk badan tabung. IMBAS SAYA

Video Tabung Berfungsi

Nota Guru 64

• Minta murid membuat pengujian produk untuk memastikan pemasangan bahan dilakukan dengan betul. • Setelah produk berjaya diuji, murid perlu membuat kemasan.

8.1.6

DOKUMENTASI DAN PEMBENTANGAN Kita akan membuat dokumentasi dan pembentangan produk yang telah dihasilkan. SENARAI SEMAK

ADA / TIADA

Lakaran awal Analisis produk Lakaran yang ditambah baik Senarai alatan dan bahan Anggaran kos Jadual kerja Membina atur cara Penghasilan produk

Yang berikut ialah pelaksanaan pembentangan secara berkumpulan: 1. Melantik ketua kumpulan. 2. Ketua kumpulan bersama-sama ahli kumpulan membentangkan perincian produk. 3. Sesi soal jawab.

Nota Guru 8.1.7

Bimbing murid menggunakan kaedah pembentangan yang pelbagai mengikut kreativit masing-masing.

65

IMBAS KEMBALI

Menyatakan produk yang hendak dibina berdasarkan situasi.

Menilai dan membuat penambahbaikan pada lakaran yang dipilih.

Menghuraikan gabungan asas teknologi yang sesuai digunakan dengan reka bentuk produk yang akan dibina.

Menyediakan senarai peralatan, bahan, anggaran kos dan jadual kerja.

Melakar reka bentuk produk yang hendak dibina.

Membina produk berfungsi berdasarkan lakaran yang dibuat.

Membuat dokumentasi mudah proses penghasilan produk dan pembentangan secara kreatif menggunakan pelbagai media.

Jawab semua soalan di bawah.

1. Senaraikan asas teknologi yang pernah kamu pelajari. 2. Nyatakan asas teknologi yang sesuai dengan gambar yang diberikan. Perkakasan

Asas Teknologi

3. Nyatakan fungsi lakaran bermaklumat produk. 4. Mengapakah kita perlu membuat analisis produk sebelum penghasilan produk sebenar? 5. Bandingkan produk konvensional dengan produk yang telah kamu bina dari aspek penggunaan teknologi. Nota Guru Minta murid menyalin dan menjawab soalan di dalam buku latihan.

66

RM6.70 ISBN 978-983-49-3283-1

9 789834 932831

BT35001