Data Loading...

Buletin-2019-Edisi-3 Flipbook PDF

Buletin-2019-Edisi-3


112 Views
64 Downloads
FLIP PDF 16.33MB

DOWNLOAD FLIP

REPORT DMCA

BULETIN PPK KUALA BERANG EDISI 3/2019

PERTUBUHAN PELADANG KAWASAN KUALA BERANG, JALAN BESAR, 21700 KUALA BERANG, TERENGGANU TEL: 09-6811279 FAX: 09-6811278 EMEL: [email protected]

Buletin Peladang

.

Lawatan Kerja Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang Malaysia

Majlis Taklimat Paddy-i serta Taklimat Musuh dan Perosak Tanaman

Program Penyerahan Zakat Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Berang

Projek Fertigasi Gantung Tanaman Timun Batang di Paya Benih

BULETIN PPK KUALA BERANG EDISI 3/2019

BULETIN PPK KUALA BERANG EDISI 3/2019

EDISI 3/2019 SEPT-DIS PENAUNG Tuan Haji Omar bin Mat Amin PENASIHAT Syed Nadzuan bin Sayed Jaafar KETUA PENGARANG Nor Kasuhaliza binti Zakaria

Isi kandungan SEPTEMBER 

SIDANG PENGARANG Puan Nurul Huda binti Azmi Puan Suriati binti Tanjungi Encik Muhammad Amiruddin bin Mohd Nor Encik Muhammad Haniff bin M. Zahid Encik Muhammad Azwani bin Zakaria Cik Ruzaidiah binti Mohamad

  

GRAFIK Unit Fotografi PPK Kuala Berang



DITERBITKAN OLEH Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Berang, 21700 Kuala Berang, Terengganu Tel : 09-6811279 Fax : 09-6811278 Email : [email protected]

WAWASAN PPK Kuala Berang menjadi peneraju pembangunan unit peladang dan ahli peladang yang unggul dan cemerlang. VISI Menjadikan PPK Kuala Berang sebagai agen perkhidmatan yang berkesan ke arah ahli peladang komersial.

PPK KUALA BERANG



Perlantikan pengerusi dan Jawatankuasa Kecil/ Biro PPK Kuala Berang Sesi 2019-2021 Lawatan Pengerusi LPP Kuala Lumpur Ziarah Kakitangan Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Terengganu Pemeriksaan Audit Dalam

OKTOBER

Majlis Taklimat Paddy-I (Tawarruq) serta Kawalan Musuh dan Perosak Tanaman

NOVEMBER    

Pemeriksaan Audit Dalam Di Projek Fertigasi Lawatan SBMT Bersama Pegawai Teknikal Program Penyerahan Zakat Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat Kebangsaan

DISEMBER     

Tinjauan ke Projek Anggota yang Terlibat Dengan Bencana Banjir Lawatan Timbalan Pengarah Lawatan Penilaian/Pemantauan Projek TPUP Pembekalan Kepada Peserta Projek Rezeki Tani Projek Fertigasi Gantung Tanaman Timun Batang di Paya Benih

BULETIN PPK KUALA BERANG EDISI 3/2019

Selasa, 03 September 2019 Mesyuarat Ahli Jemaah Pengarah (AJP) kali pertama selepas Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PPK Kuala Berang kali ke-41

tahun 2019. Mesyuarat diselia oleh Wakil Pendaftar Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu Encik Ramzuddin bin Abd Kadir dan Encik Mohamed bin Abd Rahman. Mesyuarat ini dihadiri oleh 7 orang AJP yang dilantik semasa MAT PPK Kuala Berang dan juga 3 orang AJP lantikan menteri. Antara agenda mesyuarat adalah melantik pengerusi serta melantik jawatankuasa kecil/biro PPK Kuala Berang. Mesyuarat berjalan dengan lancar dan ucapan tahniah kepada Tuan Haji Omar bin Mat Amin diatas perlantikan pengerusi AJP PPK Kuala Berang.Uucapan tahniah juga kepada semua barisan AJP yang terpilih bagi sesi 2019 hingga 2021.

Semoga PPK Kuala

Berang terus maju jaya.

BIODATA PENGERUSI AJP Nama

: Tuan Haji Omar bin Mat Amin

Tarikh Lahir

: 13 Febuari 1957

Umur

: 62 Tahun

Tarikh Keahlian : 12 April 1989 Alamat

TAHNIAH diatas perlantikan sebagai Pengerusi AJP yang baru bagi sesi 2019 hingga 2021

: No. 52 Kampung Matang, 21700 Kuala Berang, Terenganu.

Jawatan Dalam Peladang : - Pengerusi AJP PPK Kuala Berang - Ketua Unit Peladang Matang - Perwakilan Mesyuarat PPNT

BULETIN PPK KUALA BERANG EDISI 3/2019

Nama

: Tuan Haji Omar bin Mat Amin

Jawatan

: Pengerusi

Unit Peladang

: Matang

Nama: Tuan Haji Abdullah @

Nama: Tuan Haji Abu Bakar bin

Nama: Tuan Haji Salleh bin Ali

Abd. Aziz bin Muda

Mohd Hassan

Jawatan: Ahli Jemaah Pengarah

Jawatan: Ahli Jemaah Pengarah

Jawatan: Ahli Jemaah Pengarah

Unit Peladang: Gaung 1

Unit Peladang: Kuala Pueh

Unit Peladang: Tanjung Putat

Nama: Encik Sa’ari bin Mohd

Nama: Puan Gayah binti Ngah

Nama: Encik Abd. Manan bin

Jawatan: Ahli Jemaah Pengarah

Jawatan: Ahli Jemaah Pengarah

Yusof

Unit Peladang: Butut

Unit Peladang: Langgar

Jawatan: Ahli Jemaah Pengarah Unit Peladang: Langgar

BULETIN PPK KUALA BERANG EDISI 3/2019

Nama: Encik Abdul Halim bin Isa

Nama: Encik Wan Hasan bin Wan

Nama: Encik Fong Tuck Ming

Jawatan: Ahli Jemaah Pengarah

Jusoh

Jawatan: Ahli Jemaah Pengarah

Jawatan: Ahli Jemaah Pengarah

JAWATANKUASA KECIL/BIRO PPK KUALA BERANG SESI 2019 HINGGA 2021

Bil

Nama Jawatankuasa

Nama

Jawatan

1.

Jawatankuasa Pentadbiran dan Kewangan

1. 2. 3. 4. 5.

Haji Omar bin Mat Amin Haji Abdullah @ Aziz bin Muda Haji Salleh bin Ali Pengurus Besar Pengurus Akaun 6. Pengurus Pentadbiran

Pengerusi AJK AJK AJK AJK AJK Setiausaha

Jawatankuasa Pembangunan Hartanah, Pembangunan Ladang Estet Nuklius, Kejentereraan Ladang dan Ternakan Ikan Sungai Como.

1. En. Abd Halim bin Isa 2. Wan Hassan bin Wan Jusoh 3. En.Abd Manan bin Yusof 4. Pengurus Besar 5. Pengurus Projek

Pengerusi AJK AJK AJK Setiausaha

3.

Jawatankuasa Pembangunan Unit Sosial & Kumpulan Wang

1. 2. 3. 4. 5.

Haji Abdullah @ Aziz bin Muda Puan Gayah binti Ngah Haji Abu Bakar bin Mohd Hassan Pengurus Besar Pengurus Projek

Pengerusi AJK AJK AJK AJK Setiausaha

4.

Jawatankuasa Perniagaantani dan Kredit Simpanan

1. 2. 3. 4.

Haji Abu Bakar bin Mohd Hassan En.Fong Tuck Ming En.Sa’ari bin Mohd Pengurus Besar 5. Pengurus Projek

Pengerusi AJK AJK AJK AJK Setiausaha

2.

BULETIN PPK KUALA BERANG EDISI 3/2019 .

Lawatan Kerja Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang Malaysia Jumaat. 6 September 2019 Satu lawatan kerja Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang Malaysia,Ybhg. Datuk Mazlan bin Aliman serta rombongan ke Projek Ternakan Ikan Sangkar Sungai Como. Turut hadir Timbalan Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu, Puan Hasmila binti Abas. Taklimat projek ternakan ikan sangkar Sungai Como dan perbincangan telah diadakan di sangkar Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Berang.

Terima kasih diucapkan kepada Ybhg. Datuk Pengerusi kerana sudi meluangkan masa serta memberi pandagan serta pendapat yang bernas kepada PPK Kuala Berang untuk terus maju dalam sektor yang diceburi.

Ketibaan Ybhg Datuk Pengerusi LPP Malaysia di sambut oleh Pengerusi , Ahli Jemaah Pengara serta Pengurus Besar PPK Kuala Berang

Sesi perbincangan bersama Ybhg Datuk Pengerusi LPP

Ybhg Datuk Pengerusi LPP bersama Pengerusi PPK Kuala Berang menaiki bot untuk ke projek ternakan ikan Sungai Como PPK Kuala Berang

Sesi bergambar bersama Ybhg Datuk Pengerusi LPP

Ybhg Datuk Pengerusi LPP memberi makanan pada ikan Talipia

Penyampaian cenderhati kepada Ybhg. Datuk Pengerusi

BULETIN PPK KUALA BERANG EDISI 3/2019

Rabu, 11/09/2019 Pihak pengurusan telah mengadakan lawatan ke rumah Encik Mohd Hasmizan Faisal bin Jusoh iaitu pemandu di PPK Kuala Berang atas kelahiran anak kedua yang bernama Nur Hana Khaina binti Mohd Hasmizan Faisal. Ahad, 13/10/2019 Pihak pengurusan juga telah membuat kunjungan ke rumah Pengurus Pentadbiran Encik Muhamad Azwani bin Zakari atas kelahiran anak ketiga beliau yang bernama Nur Aina binti Muhamad Azwani. Kunjungan ini disertai oleh Pengurus Besar, Encik

Syed Nadzuan bin Sayed Jaafar, Timbalan Pengurus Besar Puan Nurul Huda binti Azmi, pengurus-pengurus bahagian dan juga kakitangan Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Berang bagi melawat isteri dan anak yang telah selamat melahirkan anak. Dalam kunjungan tersebut, pengurus besar telah menyampaikan cenderhati sebagai tanda prihatin kepada perkerja bagi meraikan kelahiran anak mereka.

BULETIN PPK KUALA BERANG EDISI 3/2019

Khamis, 26 September 2019 Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan (HPPN) peringkat Negeri Terengganu telah diadakan di Dataran Pekan Jabi, Besut, Terengganu pada 25 September 2019 sehingga 28 September 2019. Sambutan HPPN Peringkat Negeri Terengganu ini telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Ahmad Samsuri bin Mokh-

tar (Menteri Besar Terengganu) pada 26 September 2019. Sebanyak 60 gerai jualan produk usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) serta 35 gerai pameran jabatan dan agensi kerajaan yang ada sepanjang hari tersebut. Pihak pengurusan PPK Kuala Berang telah membuat rombongan pada hari perasmian tersebut. Di mana, 40 orang anggota yang terdiri daripada Ahli Jemaah Pengarah, ketua-ketua Unit Peladang dan juga anggota-anggota telah menghadiri Majlis Perasmian Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat Negeri Terengganu. Dalam Majlis Perasmian tersebut dua orang anggota telah menerima mock chek Tabung Pem-

bangunan Ushawan Peladang iaitu Encik Mohd Aiman Fahmee bin Fauzi dan Encik Muhamad Faizul Azimi bin Mamat bagi Skim Bantuan Modal Tani (SBMT).

BULETIN PPK KUALA BERANG EDISI 3/2019

Isnin, 30 September 2019 Pengauditan dalaman adalah satu fungsi penilaian bebas yang diwujudkan di dalam sesebuah organisasi bagi memeriksa dan menilai aktiviti-aktiviti sebagai suatu perkhidmatan kepada organisasi tersebut. Ia adalah kawalan yang berfungsi bagi mengukur dan menilai kesempurnaan dan keberkesanan sistem kawalan yang lain. Ianya meliputi pengauditan kewangan dan pengauditan pengurusan/operasi. Pemeriksaan audit dalam kali ke-2 telah dilakukan di PPK Kuala Berang. Skop semakan adalah semakan wang tunai ditangan, stok baja padi dan stok kedai tani. Audit dalam yang baru dilantik adalah Tuan Haji Sulaiman bin Daud dan Encik Mohamad bin Jusoh telah menjalankan pemeriksaan pada hari tersebut.

Pemeriksaan buku tunai

Pemeriksaan stok fizikal di stor

Pemeriksaan stok fizikal di Kedai Input Pertanian

BULETIN PPK KUALA BERANG EDISI 3/2019

Khamis, 10 Oktober 2019 Majlis Taklimat Paddy-i (Tawarruq) serta Taklimat Kawalan Musuh dan Perosak Tanaman yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat PPK Kuala Berang. Taklimat Paddy-i (Tawarruq) telah disampaikan oleh Encik Haimi bin Kassim (Pengurus Agrobank cawangan Kuala Berang. Dalam taklimat tersebut Encik Haimi bin Kassim menerangkan tentang Paddy-i yang merupakan pembiayaan tanpa cagaran bagi membiayai modal kerja untuk aktiviti penanaman padi di kawasan sawah padi yang disahkan oleh agensi kerajaan. Produk ini berasaskan konsep Tawarruq. Manakala, taklimat kawalan musuh dan perosak tanaman pula disampaikan oleh Encik Nik Ahmad Tajuddin bin Nik Ismail dari syarikat Agriculture Chemicals (M) Sdn Bhd (ACM). Taklimat ini dihadiri oleh penanam padi di Unit Peladang Matang, Tok Lawit dan juga Kemat. Malah, Ahli Jemaah Pengarah PPK Kuala Berang turut hadir mendengar taklimat ini.

BULETIN PPK KUALA BERANG EDISI 3/2019

LAWATAN KE TAPAK PROJEK PERMOHONAN SKIM BANTUAN MODAL TANI (SBMT) BERSAMA PEGAWAI TEKNIKAL Isnin, 18 November 2019 Kerajaan Negeri Terengganu telah memperkenalkan kemudahan pinjaman tanpa faedah iaitu Skim Bantuan Modal Tani (SBMT) kepada mereka yang menceburi sektor pertanian, penternakan dan perikanan di Negeri Terengganu mulai tahun 2019. Tumpuan pelaksanaan skim ini adalah kepada aktiviti pengeluaran makanan sahaja dan skim bantuan adalah dalam bentuk barangan sahaja yang akan diuruskan oleh Lembaga Pertubuhan Peladang melalui Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK).

Matlamat SBMT adalah seperti berikut: i.

Menyediakan pinjaman mudah kepada usahawan tani

ii.

Melahirkan usahawan yang lebih aktif dalam pengeluaran dan mampu menghasilkan produk pertanian yang berkualiti dan berdaya saing

iii.

Pinjaman diberikan untuk pembesaran projek dan projek baru yang berpotensi (mendapat pengesahan Jabatan dan Agensi di bawah Kementerisn Pertanian dan Industri Asas Tani)

Lawatan pegawai teknikal telah mengadakan pemeriksaan dan pengesahan bagi permohonan SBMT di tapak projek permohon. Pegawai teknikal yang terlibat adalah dari Jabatan Pertanian, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan juga Jabatan Perikanan Daerah Hulu Terengganu.

Antara permohonan yeng telah diperiksa dan disahkan oleh Pegawai Teknikal adalah : i.

Tun Mohd Ramadhan bin Tun Abdullah

ii.

Habsah binti Dollah

iii.

Muhamad Faizul Azimi bin Mamat

iv.

Esa bin Kosni

v.

Zakari bin Abdul Wahab

BULETIN PPK KUALA BERANG EDISI 3/2019

Ahad, 24 November 2019 Program penyerahan zakat PPK Kuala Berang dan Zakat Agrobank kepada anggota PPK Kuala Berang. Penyerahan zakat oleh Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah (AJP) Tuan Haji Omar bin Mat Amin diiringi oleh Pengurus Besar PPK Kuala Berang Encik Syed Nadzuan bin Sayed Jaafar. Program ini berbentuk kunjungan ziarah disamping menghulurkan sumbangan kepada golongangolongan asnaf. Program ini secara tidak langsung telah berjaya meningkatkan serta merapatkan hubungan silaturahim dikalangan pihak pengurusan PPK Kuala Berang dan anggota-anggota Unit Peladang. Seramai lima orang terpilih untuk menerima zakat tersebut. Antaranya ialah: i.

Fatimah binti Mat Yunus - Unit Peladang Buloh 2

ii.

Gayah binti Hassan - Unit Peladang Gaung 2

iii. Harun bin Ismail - Unit Peladang Sekayu iv. Ismai bin Hamzah - Unit Peladang Matang v.

Tuan Asmah binti Tuan Endut - Unit Peladang Getang

BULETIN PPK KUALA BERANG EDISI 3/2019

Rabu & Khamis, 27 & 28 November 2019 Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Kebangsaan (HPPNK) 2019 telah diadakan di Plaza Angsana, Johor Bharu bermula 28 November 2019 hingga 1 Disember 2019 bagi menghargai sumbangan peladang, penternak dan nelayan

yang menjadi penyumbang utama makanan Negara. HPPNK menjadi platform kepada para peladang, penternak dan nelayan untuk mempromosi hasil dan produk pertanian mereka, memperkenalkan teknologi terkini industri pertanian disamping membuka peluang perniagan kepada para pengusaha dalam sector pertanian. Tema HPPNK tahun 2019 adalah bertemakan “Makanan Kita Masa Depan Kita”.

Pihak pengurusan PPK Kuala Berang telah mengadakan lawatan ke Majlis Perasmian HPPNK 2019 yang telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Malaysia YAB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Dato Dr. Wan Ismail. Di mana, 30 orang anggota yang terdiri daripada Ahli Jemaah Pengarah, ketua-ketua Unit Peladang dan juga anggota-anggota telah menghadiri Majlis Perasmian Hari Peladang, Penternak dan Ne-

layan peringkat Kebangsaan.

BULETIN PPK KUALA BERANG EDISI 3/2019

Rabu, 04 Disember 2019 Timbalan Pengurus Besar, Puan Nurul Huda binti Azmi telah membuat tinjaun ke projek anggota yang terlibat dengan bencana banjir. Tapak projek yang sempat dilawatu di Unit Peladang Sekayu, Unit Peladang Gaung, Unit Peladang Langgar dan juga Unit Peladang Kuala Akob. Laporan banjir telah dubuat dan telah dihantar kepada Lembaga Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu untuk tindakan selanjutnya.

Timbalan Pengurus Besar bersama salah seorang anggota yang terlibat dengan bencana banjir.

Antara tanaman yang musnah akibat bencana banjir.

Tanaman jagung milik Che Ku Jusoh bin Che Ku Yahya turut musnah

Harun bin Salleh menunjukantanaman tembikai dan bendi miliknya yang telah musnah akibat bencana banjir.

Anggota sedang melihat tanaman timun yang rosak ditenggelami banjir di Kampung Sekayu. Tanaman bendi milik Fatimah binti Mamat juga turut musnah.

BULETIN PPK KUALA BERANG EDISI 3/2019

Isnin, 16 Disember 2019 Puan Hasmila binti Abas, Timbalan Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Negeri Terengganu diiringi oleh Encik Syed Nadzuan bin Sayed Jaafar, Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala berang ke tapak projek Fertigasi Gantung di Paya Benih.

Pada hari yang sama juga Puan Hasmila binti Abas turut mempengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Projek Ternakan Kambing di Bilik Mesyuarat PPK Kuala Berang.

BULETIN PPK KUALA BERANG EDISI 3/2019

LAWATAN PENILAIAN/ PEMANTAUAN TPUP Selasa, 24 Disember 2019 Encik Mohd Farhan bin Zainul Alam dan Puan Suhaila binti Saad, Bahagian Pembangunan Usahawan dan Pembiayaan, Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) telah membuat lawatan penilaian/pemantuan Projek Tabung Pembangunan Usahaniga Peladang (TPUP) di LPP Negeri Terengganu. Usahawan TPUP yang terlibat ialah Encik Aiman Fahmee bin Fauzi dari Unit Peladang Tapah yang menjalankan projek ternakan ikan sangkar di Como, Tasik Kenyir.

BULETIN PPK KUALA BERANG EDISI 3/2019

PEMBEKALAN KEPADA PESERTA PROJEK REZEKI TANI Pembekalan barangan kepada peserta projek rezeki tani bagi tahun 2019 telah selesai dilaksanakan. Barang -barang

yang

diperlukan

oleh

peserta

projek

telah

dihantar

pada

bulan

November.

Semoga dengan bantuan ini dapat mengurangkan beban para peserta serta dapat meningkatkan lagi pendapatan. Berikut adalah senarai nama anggota yang terlibat:1.

Puan Sanada binti Deraman dari Unit Peladang Langgar (Projek Tanaman Jagung)

2.

Cik Wan Nurfadzillah binti Wan Omar dari Unit Peladang Gaung 2 (Perusahaan Kuih)

3.

Encik Abdul Samad bin Ali dari Unit Peladang Tajin (Perusahaan Kerepek Pisang)

Puan Sanada binti Deraman

Cik W\an Nurfadzillah binti Wan Omar

Encik Abdul Samad bin Ali

BULETIN PPK KUALA BERANG EDISI 3/2019

Teknologi fertigasi gantung adalah satu revolusi dalam perusahaan sayur-sayuran dan buah-buahan bagi memastikan kitaran tanaman sentiasa berkualiti serta konsisten. Fertigasi gantung mampu mengoptimumkan penggunaan tanah untuk industri berkenaan. Kelebihan teknologi ini juga dapat meningkatkan pendapatan yang baik disebabkan peningkatan hasil melalui penggunaan baja secara efisien, konsisten dan jangka hayat ekonomik tanaman lebih lama. Kedudukan tanaman yang tidak berasa di atas tanah dan system pengudaraan yang lancar dapat mengurangkan risiko serangan penyakit daripada ‘soil borne’. Selain itu kelebihan mengamalkan teknik fertigasi gantung adalah dapat mengurangkan kos tenaga kerja dari sudut kawalan rumpai, kawalan serangga perosak, penyakit serta kerja memungut hasil. Secara keseluruhan kos tenaga ker-

Ekoran daripada itu, pihak pengurusan PPK Kuala Berang telah memohon untuk menjalankan projek fertigasi gantung bagi tanaman timun batang di tanah milik PPK Kuala Berang di Paya Benih. Kertas kerja telah dibuat dan dibentangkan di LPP Negeri Terengganu. Alhamdulilah projek ini telah mendapat kelulusan dan mendapat peruntukan daripada LPP Kuala Lumpur sebanyak RM 154,000.00. Setelah permohonan diluluskan kerja-kerja pembersihan tanah, memagar, serta memasang kelengkapan untuk fertigasi telah dijalankan. Pada 18 November

2019 pihak pengurusan telah menyemai benih timun batang sebanyak 12,480. Pada 26 November 2019 kerja mengalih anak timun ke dalam 5,000 polibeg telah dipindahkan. Pada 30 Disember 2019 hasil tuaian timun batang yang pertama telah dituai. Hasil tuaian pertama adalah sebanyak 1,370 kilogram. Semoga projek baru yang dilaksanakan di PPK Kuala Berang beroleh keuntungan yang lumayan.

BULETIN PPK KUALA BERANG EDISI 3/2019

1 2 8

7

September hingga Disember 2019 3

6

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

5

4

Ziarah isteri dan anak Encik Mohd Hasmizan Faisal bin Jusoh Ziarah isteri dan anak Pengurus Pentadbiran Encik Muhamad Azwani bin Zakaria Lawatan kerja Pengerusi LPP Ybhg. Datuk Mazlan bin Aliman Antara Ahli Jemaah Pengarah dan anggota yang hadir ke Majlis Perasmian HPPN Peringkat Negeri Terengganu Sebagaian peserta yang hadir ke majlis taklimat Paddy-i (Tawarruq) serta kawalan mush dan perosak tanaman

Lawatan pegawai teknikal dari Jabatan Pertanian Daerah untuk penilaian permohonan SBMT Lawatan pegawai teknikal dari Jabatan Perkhidmatan Vaterinar Daerah untuk penilaian permohonan SBMT Lawatan ke tapak projek permohona SBMT oleh Timbalan Pengurus Besar

BULETIN PPK KUALA BERANG EDISI 3/2019

16

9 10

September hingga Disember 2019

15

14

11

12 13

9. 10. 11. 12. 13. 14. 15. 16.

Antara anggota yang menerima zakat PPK Kuala Berang ( Unit Peladang Sekayu) Antara anggota yang menerima zakat PPK Kuala Berang ( Unit Peladang Gaung 2) Antara Ahli Jemaah Pengarah dan anggota yang hadir ke Majlis Perasmian HPPNK di Plaza Angasana, Johor Bharu Timbalan Pengurus Besar membuat tinjauan ke projek anggota yang terlibat dengan bencana banjir Timbalan Pengarah LPP Negreri Terengganu membuat lawatan ke projek fertigasi gantung milik PPK Kuala Berang Lawatan penilaian/ pemantuan bagi pesrta TPUP Antara peserta yang telah menerima barangan unntuk projek rezeki tani Aktiviti memungut hasil tanaman timun di projek fertigasi gantung

BULETIN PPK KUALA BERANG EDISI 3/2019

1.

MASALAH NASI MENTAH

6.

MEMBERSIHKAN SIPUT SEDUT

Isikan air panas ke dalam sebiji mangkuk kecil yang tahan

Ambil sebekas hamoas kelaoa,gauhkan siuput sedut yang

panas. Buatkan lekuk pada bahagian tengah nasi, kemudian

masih hidup itu dan biarkan semalamamn. Esoknya barulah

masukkan magkuk yangberisi air panas tadi. Tutup periuk

anda mula mengerat bahagian hujung cengkerang siput itu

rapat-rapat danbiarkannya diatas api yang perlahan beberapa

sebelum dimasak. Dengan demikian bau lumpur dari siput

minit sehingga masak.

itu akan hilang, malah bertambah rasa lemaknya apabila dimasakan.

2.

CARA HILANGKAN GRIS 7.

MEMBERSIHKAN MINYAK GORENGAN

Titiskan secaamca minyak tanah dan kemudiansapukan ratarata sedikit sabun serbuk atau buku. Biar seketika dan

Ambik beberapa keeping asam keeping dan masukkan ke

kemudian sental kuat-kuat. Ulangibeberapa kali sehingga

dalam kuali bersama bahan gorengan anda. Asam keping

kesannya hilang.

tadi akan menyerap kehitaman pada minyak gorengan anda dan hasilnya anda dapat menggunakan minyak gorengan

3.

LAUK TERLEBIH MASIN

Ambik sedikit daun pisang, cucikannya sehingga bersih.

tadi beberapa kali. 8.

MENGHILANGKAN GATAL SAYUR KELADI

Kemudian masukkan kedalam masakkan itu tadi. InsyaALLAH rasa masin akan berkurangan.

Masukkan pelepah pisang yang dikerat sepanjang satu inci ke dalam masakan keladi . InsyaAllah, ia tidak akan gatal

4.

HILANGKAN LEMAK AYAM

Basuh ayam dengan menggunakan air bersih kemudian bu-

malah lebih sedap. 9.

BUBUR KACANG LEBIH ENAK

angkan air tersebut dan ambil tepung gandum, sapukan pada ayam tersebut dengan sedikit air. Selepas itu bolehlah ianya

Sebelum merebus, gorengkan kacang tanpa minyak terlebih

dibersihkan semula menggunakan dengan air. Seterusnya

dahulu sehingga garing dan berbau wangi. Selepas itu, ren-

barulah campurkan dengan apa sahaja bahan yang hendak

dam kacang dalam air lebih kurang 2 jam supaya kacang

dicampurkan sebelum memasak.

cepat kembang dan lebih cepat dimasak. Untuk memekatkan bubur kacang, masukkan sedikit biji sagu, pasti bubur ka-

5.

RASA GARAM DALAM MASAKAN

Letakkan kuah di atas jari anda. Sekiranya kuah itu tidak

cang akan lebih enak. 10.

MENGHILANGKAN BAU IKAN AIR TAWAR

meleleh ia menandakan masakan anda cukup masin tetapi

jika jari anda merasa perit ini menandakan masakan anda

Bersihkam ikan dengan air asam jawa. Kemudian ratakan

terlebih garam.

cuka pada ikan. Bilas dengan air bersih dan bolehlah dimasak mengikut cara anda.

6.

UDANG TAHAN LEBIH LAMA

Campurkan udang tersebut dengan perahan air limau nipis.

BULETIN PPK KUALA BERANG EDISI 3/2019

CARI 10 OBJEK TERSEMBUNYI DALAM GAMBAR

CARI PERKATAAN TERSEMBUNYI (BUAH-BUAHAN)

BULETIN PPK KUALA BERANG EDISI 3/2019

#ppkkualaberang #makankitamasadepankita