Data Loading...
Cara menulis esei Sejarah dan kemusykilan yang dihadapi para pelajar Flipbook PDF
Cara menulis esei Sejarah dan kemusykilan yang dihadapi para pelajar
234 Views
57 Downloads
FLIP PDF 817.87KB
Cara Penulisan Esei Sejarah yang Betul 2017
Cara menulis esei Sejarah dan kemusykilan yang dihadapi para pelajar-Artikel 2 Mulai tahun 2013, mata pelajaran Sejarah telah menjadi subjek wajib lulus sebagai syarat untuk layak mendapat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Ekoran ini,satu lagi kertas baru iaitu Kertas Sejarah 3 diperkenalkan dan kertas ini dibenarkan dijawab dengan membuka buku teks,bahan bacaan ilmiah, akhbar,bahan internet dan bahan-bahan yang berkaitan.Kertas Sejarah 3 yang merupakan soalan berbentuk tugasan esei menyumbang sebanyak 20 peratus daripada markah keseluruhan. Pengenalan kertas ini bermakna penulisan esei menjadi begitu penting kerana peruntukan markah untuk esei Kertas Sejarah 2 dan esei Kertas Sejarah 3 telah menduduki sebanyak 50 peratus,yakni setengah daripada jumlah keseluruhan markah Kertas Sejarah SPM. Memandangkan kepentingan penulisan jawapan dalam bentuk esei dalam Kertas Sejarah SPM yang telah dijadikan subjek wajib lulus sebagai syarat untuk layak mendapat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang telah tersebut tadi,penulis ingin memberikan beberapa petua atau garis panduan menulis esei untuk para bakal calon peperiksaan SPM agar mendapatkan prestasi yang cemerlang. Pertama,jawapan dalam bentuk poin tidak digalakkan.saya bermula membuat penerangan dengan pengemukaan satu soalan daripada buku teks Sejarah tingkatan 5 (Bab 2 Tingkatan Lima,M.S.30-M.S.31)dan jawapan juga merujuk kepada diagram 1 yang diberikan oleh buku teks berkenaan di bawah ini . soalan ini yang berbunyi “Mengapakah masyarakat tempatan Tanah Melayu menentang British pada hujung abad ke-19 dan awal abad 20 ?” Pelaksanaan Pentadbiran Barat Terhadap Masyarakat Tempatan
Dasar Penaklukan British
Eksploitasi terhadap Ekonomi Tempatan
SEBAB-SEBAB PENENTANGAN
Kesulitan Penduduk Tempatan
Pembesar Tempatan Kehilangan Kuasa dan Pengaruh
Campur Tangan British dalam adat Resam Tempatan
Diagram 1 1
Pelaksanaan pentadbiran Barat terhadap masyarakat tempatan Dasar penaklukan British membawa kepada penentangan tokoh tempatan Ekploitasi terhadap ekonomi tempatan menyebabkan tokoh tempatan menentang British ……………… .......................
Nota: pelajar masih boleh menggunakan bentuk poin ini jikalau anda kesuntukan masa tetapi markah pasti dipotong.
Jawapan yang terdiri daripada poin atau fakta,huraian dan contoh harus ditulis dalam bentuk perenggan seperti berikut :
Kedua, tiada perenggan pengenalan dan perenggan penutup.Tidak semacam esei Kertas Bahasa Melayu,esei Sejarah tidak memerlukan keduadua perenggan tersebut.Markah tidak akan diberikan kepada kedua-dua perenggan tersebut mengikut skima pemarkahan. Ketiga, setiap perenggan hanya ada satu poin dan poin itu ialah jawapan kepada soalan esei tersebut .Rujuk jawapan esei untuk soalan dikemukakan tadi “Mengapa masyarakat tempatan Tanah Melayu ……….”dalam diagram 1.
2
Keempat,poin itu terus ditulis pada ayat pertama pada permulaan setiap perenggan.Tidak sama dengan esei Kertas Bahasa Melayu , pelajar tidak payah menggunakan bahasa yang berbunga-bunga melainkan menggunakan perkataan yang mudah,senang difahami dan terus terang . Keempat,fahamkan apa itu huraian? Huraian ialah penghuraian atau penguraian(分解) terhadap poin (fakta) tersebut . Pendek kata , huraian mengembangkan ( 展 开 ) poin ( jawapan ) tersebut yang membawa kepada kejadian sesuatu peristiwa Sejarah ,fenomena Sejarah atau fakta Sejarah. Kadang kala,contoh pun ada dalam ayat huraian sendiri. Kelima,ingat bahawa penyemak kertas ialah manusia yang berdaging dan berdarah.Untuk mendapatkan markah yang tinggi bagi bahagian esei , pelajar harus diingatkan menulis dengan perkataan yang cantik setidaktidaknya kemas kerana penyemak esei ialah manusia.Mereka yang telah menyemak banyak kepingan esei akan berasa bosan atau anginnya tidak berapa baik.Tidak hairan setiap tahun , ada pelajar yang mengatakan mereka tidak menduga mereka boleh mendapat pangkat A dalam esei BM atau Sejarah atau mata pelajaran lain yang memerlukan banyak penulisan.Penulisan perkataannya secara tersirat telah menjadi sebabnya yang tidak diketahuinya. Keenam,isi esei anda bukan pendapat kamu. Perbezaan esei BM dan esei Sejarah ialah bagi esei BM , isi karangan mereka boleh dibentuk oleh pendapat mereka ( pelajar).Tetapi bagi esei Sejarah , isi ( poin+huraian+contoh ) itu ialah pendapat sejarawan.Penerangan sesuatu fenomena Sejarah oleh sejarawan adalah melalui kaedah penyelidikan kuantitatif atau Kualitatif (Boleh rujuk buku Mastering Research Methods,tulisan Profesor Chua Yan Piaw dari Institut Kepimpinan Pendidikan,pengkaji metodologi dan statistik Universiti Malaya.Jadi lebih baik bagi pelajar memulakan esei dengan “ Menurut Profesor Khoo Kay Kim atau Ramlah Binti Adam” untuk satu atau dua perenggan demi meninggalkan tanggapan kepada guru penyemak bahawa pelajar ini pelajar pintar. Ketujuh,panjang sesuatu jawapan bagi sesuatu soalan boleh dianggar dengan markah yang diperuntukkan. Berapa panjangnya setiap jawapan bergantung kepada markah yang diberikan.Markah yang tinggi bererti jawapan bagi sesuatu soalan atau sub-soalan itu lebih panjang.Perkara ini penting terutamanya untuk Kertas Sejarah 3.Pengalaman lepas melihat pelajar menjawab empat sampai lima perenggan untuk peruntukan 5 markah sahaja bagi perenggan pengenalan kertas ini membawa padah yang serius .Walaupun masa selama tiga jam diperuntukkan untuk menjawab,pelajar tidak sempat menjawab semua soalan.Alangkah sayangnya bagi pelajar yang tidak sedar akan hal ini.
3
Kelapan, Sub-soalan mesti ditulis.Jika tidak,ada kemungkinan markah hanya diberi kepada kepada sub-soalan pertama sahaja atau terdahulu sahaja .contohnya berikut : 1. (a)
(b) 2. (a)
(b)
(c)
Petua terakhir, ikatlah kepingan esei anda dengan dua atau tiga kali. Jangan-jangan anda mengikat dengan membuat simpulan berbentuk rama-rama (蝴蝶结). Kami sebagai guru selalu mendapati kepingankepingan esei pelajar tercicir dan tertanggal .Bayangkan apa akibatnya ! Biarlah saya merujuk satu soalan esei langsung diambil dari buku teks Tingkatan Lima.Kamu akan mengetahui cara pengolahan isi oleh pengarang buku teks Tingkatan Lima sendiri- Bab 2 (M.S. 45-49).
4
1
2
3
Penjajahan British pada tahun 1874 melalui Sir Andrew Clarke telah memperkenalkan sistem politik Barat dan memusnahkan sistem politik tradisional tempatan. British telah meletakkan seorang Residen yang mengambil alih pentadbiran negeri daripada pembesar tempatan. Para pembesar ini diberikan pencen dan tempat mereka digantikan oleh pegawai British. Bagi orang tempatan perubahan ini mencabar sistem atau amalan tradisi mereka dan juga menjatuhkan maruah mereka. Hal ini telah membangkitkan kebencian penduduk tempatan terhadap British.”Contohya di Perak,J.W.W.Birch memperkenalkan sistem cukai Barat”. Perkembangan sistem pendidikan juga mempercepat nasionalisme .Sistem pendidikan lnggeris dan sekolah vernakular Melayu yang diperkenalkan pada akhir abad ke -19, telah melahirkan golongan intelek Melayu yang mampu berfikir tentang kemajuan bangsanya.Mereka menyedari perlunya sumbangan tenaga dan fikiran mereka untuk menyedarkan bangsa Melayu. Mereka telah menggunakan idea baru untuk memajukan diri dan menolak penjajahan British. Dasar British dalam mentadbir Tanah Melayu telah menggalakkan sesiapa sahaja datang untuk melabur, berniaga, berdagang, bekerja dan menetap di Tanah Melayu. Dengan itu, ramai orang asing telah datang ke Tanah Melayu dan menetap di sini. Kemasukan orang asing yang berterusan telah meningkatkan jumlah imigran di Tanah Melayu dan menimbulkan persaingan kepada penduduk tempatan. Mereka menguasai ekonomi Tanah Melayu dalam bidang perlombongan bijih timah, perladangan getah dan perniagaan. Orang Melayu pula kekal dengan pertanian padi yang tidak dimajukan oleh British. 2 perenggan untuk 1poin kerana huraian panjang.Kes luar biasa. British juga telah membuka bandar baru sebagai pusat pentadbirannya sedangkan orang Melayu tetap tinggal di kampung-kampung dengan segala kekurangan. Kemajuan ekonomi seperti perniagaan serta kewujudan prasarana contohnya elektrik, perkhidmatan pos, telefon, sekolah, hospital dan lain-lain telah meningkatkan taraf hidup di bandar. Keadaan ini menjarakkan lagi jurang taraf hidup antara orang tempatan di luar bandar dengan imigran dan penduduk lain di bandar. Ternyata, dasar British telah memundurkan lagi taraf hidup orang Melayu. Hal ini disedari oleh golongan intelek Melayu dan mereka menjadikannya isu gerakan nasionalisme Melayu.
4
Pendudukan Jepun juga menjadi pemangkin terhadap gerakan nasionalisme di Tanah Melayu. Pihak Jepun dengan konsep Kawasan Kesemakmuran Asia telah menekankan kebebasan negara-negara Asia untuk menentukan kemajuan masing-masing dan meningkatkan persaudaraan di kalangan negara tersebut. Dengan konsep ini Jepun menggalakkan orang tempatan bekerjasama dengannya dan berjanji akan memerdekakan mereka. Bagaimanapun, kesengsaraan hidup akibat kekurangan makanan dan ubat-ubatan serta kekejaman pentadbiran 5
Jepun, menyebabkan sebilangan besar penduduk Tanah Melayu membenci penjajahan sama ada oleh kuasa Barat atau Timur. Bagi mereka semua penjajah tetap zalim dan menekan kehidupan orang tempatan. Lantaran semangat itu, apabila British memperkenalkan Malayan Union pada tahun 1946, tentangan orang Melayu amat jelas. Mereka tidak mahu dijajah oleh sesiapa pun. 5
6
Penguasaan Parti Komunis Malaya (PKM) selama 14 hari pada tahun 1945 juga telah membangkitkan semangat menentang penjajahan dan memulakan penyebaran ideologi komunis. Dalam tempoh itu, PKM telah menguasai balai-balai polis dan memerintah dengan kejam. Mereka membunuh dan menangkap sesiapa sahaja yang dianggap sebagai penyokong Jepun. Gerakan ini telah mencetuskan konflik perkauman. Banyak orang Melayu terbunuh dan rumah mereka dibakar oleh anggota PKM. Serangan mereka telah dibalas oleh orang Melayu di Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Pahang. Kemunculan mesin cetak telah memberikan kesan kepada penyebaran ilmu pengetahuan dan mendorong penentangan terhadap British. Perkara ini berlaku kerana melalui buku, akhbar, majalah, kitab agama dan lain-lain, idea menentang penjajah itu dapat disebarkan. Penyisipan profesor ini untuk meninggalkan tanggapan yang positif
7
8
“Mengikut Prof Ramlah Binti Adam”,Gerakan Pan-Islamisme sedunia telah memberikan kesan kepada kesedaran semangat kebangsaan di Tanah Melayu. Gerakan Pan-Islamisme merupakan gerakan intelektual Islam seluruh dunia untuk membangkitkan pemahaman yang lebih progresif terhadap Islam untuk menentang penjajahan Barat ke atas negara-negara Islam. Gerakan ini didokong oleh pelajar Islam dari seluruh dunia. Gerakan reformis Islam yang dimulakan oleh Syeikh Muhammad Abduh, pensyarah di Universiti al-Azhar, Mesir, telah tersebar luas. Dalam tulisannya, beliau telah memberikan kupasan bahawa Islam ialah cara hidup yang menekankan kepentingan dunia dan akhirat, di samping mendorong umatnya menuju kejayaan. Tulisan Syeikh Muhammad Abduh ini disebarkan dalam majalah al- Manar. Selain itu, gerakan Wahabi yang berlaku di Arab Saudi juga mendesak matlamat yang sama. Kesedaran politik yang berlaku di sekitar Asia Tenggara, terutama di Indonesia turut mendorong kebangkitan nasionalisme di Tanah Melayu. Indonesia yang amat rapat dengan Tanah Melayu dari segi geografi dan budaya telah mempengaruhi gerakan nasionalisme di Tanah Melayu. Kesedaran politik dan pendidikan Indonesia yang lebih matang telah melahirkan ramai golongan intelektual. Antaranya ada yang menjadi penulis besar dan karya mereka ini telah menjadi bacaan masyarakat di Tanah Melayu, terutama yang berpendidikan vernakular Melayu. Idea kebebasan politik dan penentangan terhadap penjajahan dalam tulisan mereka yang tersebar luas di sini dapat dihayati oleh masyarakat ternpatan. Kemasukan 6
orang Indonesia ke Tanah Melayu memudahkan penerimaan unsur kegiatan nasionalisme Indonesia di Tanah Melayu. Petunjuk : ialah poin atau fakta Tulisan dengan berlatarbelakangkan warna kuning ialan bahagian huraian Tulisan dengan “bold dan italic”(粗体和斜体) ialah bahagian contoh
kemusykilan yang dihadapi para pelajar Mengikut logik setiap bab hanya ada bilangan soalan esei yang tetap (kerana buku teks pelajar tidak akan mengalami proses tumbesaran) dan soalan hanya menguji apa yang telah dipelajari oleh pelajar sekalian dalam buku teks.Jadi,jika pelajar rajin menjawablah soalan-soalan yang ada dalam buku latihan sekolah dan soalan tambahan struktur dan esei yang diedarkan oleh pihak sekolah (kes sekolah penulis),langsung tiada masalah berlakunya kegagalan dalam Kertas Sejarah SPM. Soalan esei dan soalan struktur boleh saling bertukar ganti.Dalam kata erti lain,soalan esei boleh dijadikan soalan struktur dan sebaliknya. Adakala para pelajar sekalian berperasan sesuatu soalan seolah-olah tiada jawapan dalam buku teks.Ini bererti pelajar tidak memiliki KBAT(Kemahiran berfikir aras tinggi) dan belajar dengan “Rote learning 死记.Bukankah telah penulis menyebut tadi bahawa soalan hanya menguji apa yang telah dipelajari oleh para pelajar dalam buku teks Tingkatan 4 dan 5. Di sini penulis memberikan satu contoh soalan yang berbunyi : Bagaimanakah kerajaan British mentadbir Tanah Melayu selepas pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948 ? Jawapan ada dalam m.s.107 dan 108 dalam buku teks Tingkatan 5.Tetapi pelajar mungkin berfikir hanya ada satu perenggan saja yang tertera dalam m.s. 107 buku teks iaitu : Dalam rajah sistem pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu 1948 di bawah, ternyata British masih menguasai Tanah Melayu kerana kemerdekaan belum diberikan. Namun begitu, perkongsian kuasa telah dilakukan antara Majlis Raja-Raja dengan Pesuruhjaya Tinggi pada peringkat pusat. Pada peringkat negeri, Sultan menjadi ketua negeri dan berkuasa melantik Menteri Besar sebagai ketua pentadbir negeri. Perjanjian ini telah mengasaskan sistem pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri dan seterusnya membentuk Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri. Jadi,bagamanakah dengan jawapan yang sebegini pendek boleh diperuntukkan markah 20 atau 12 ? 7
Jawapan sebenarnya ada dalam ciri-ciri utama Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 pada halaman 108 :
Penulis pasti pelajar boleh menjawab jika soalan berbunyi : “Apakah perkara-perkara dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 ? ”. Betulkah cakap penulis,fikirkan!
8