Penggunaan Closed Circuit Televisyen System atau lebih dikenali dengan nama singkatannya iaitu CCTV pada masa kini dilihat efisen dan berkesan mengikut peredaran zaman yang kian maju dalam membantu mengesan dan memantau aktiviti yang dilakukan di sesuatu kawasan. Oleh itu, di dalam konteks penggunaan rakaman video dari CCTV ini sebagai satu pembuktian dalam penyabitan kes hudud telah menjadi salah satu tanda tanya dalam masyarakat pada masa kini yang ingin mendapatkan jawapan yang benar bagi persoalan ini. Oleh hal yang demekian, terdapat beberapa pandangan ulama yang boleh memberi jawapan kepada persoalan yang wujud ini. pendapat yang pertama adalah dari jumhur ulama yang terdiri daripada Hanafi, Maliki dan sesetengah pengikut Imam Syafi’e dan Hambali yang menolak penerimaan dokumen ini sebagai kaedah bagi mendapatkan pembuktian. Hujah kepada penolakan daripada jumhur ulama ini adalah kerana wujudnya dokumen yang mudah terdedah kepada senangnya pemalsuan. Pendapat kedua pula merujuk kepada mazhab maliki, sesetengah Riwayat Ahmad dan sesetengah ulama’ mutaakhhirin. Dokumen sebegini sebenarnya adalah satu cara yang atau kaedah pembuktian yang dibenarkan syara’. Pendapat ini dilihat agak kuat oleh kerana wujudnya kekuatan itu dari firman Allah dari Surah Al-Baqarah iaitu Firman Allah Taala ” Wahai orang-orang yang
beriman!Apabila
kamu
menjalankan
sesuatu
urusan
dengan
hutang
piutang
yang diberi tempoh hingga ke sesuatu masa yang tertentu maka hendaklah kamu menulis(hutang dan masa bayaran itu”. Hal ini membuktikan bahawasanya dokumen itu boleh wujud dalam apa jua keadaan sesekali pun. Oleh itu juga, prnggunaan CCTV sebagai bukti dalam hudud tidak boleh ditolak mentahmentah kerana pada masa ini semesti ada teknologi yang boleh membuktikan bahawa sesuatu benar ataupun palsu. Selain itu juga, syariat Islam juga ada menetapkan sesuatu segala dengan terperinci dan mengikut apa yang telah disyariatkan oleh Allah SWT. Kesimpulannya, penggunaan CCTV dalam membuktikan bahawa seseoarng itu boleh dihukum dengan hudud adalah boleh digunakan tetapi perlulah diteliti terlebih dahulu kesahihan dan kebenaran dalam menyatakan pembuktian tersebut oleh kerana kita ingin mengelakkan fitnah daripada berlaku.