Data Loading...

Cinderella Flipbook PDF

Cinderella


107 Views
46 Downloads
FLIP PDF 2.01MB

DOWNLOAD FLIP

REPORT DMCA

Pada masa dahulu, ada seorang

perempuan bangsawan yang bongkak dan bengis. Dia ada dua orang anak perempuan dan seorang anak tiri.

Perempuan itu cemburu akan anak

tirinya kerana gadis itu sangat cantik dan baik hati. Dia memaksa anak tirinya melakukan semua kerja rumah. Gadis itu akan bekerja sepanjang hari. Apabila penat, dia akan berehat di tepi pendiangan. Sejak itu, gadis itu digelar Cinderella (si gadis bara).

2



Suatu hari, raja negeri itu hendak

mengadakan suatu majlis tari-menari di istana. Majlis itu diadakan untuk memilih calon isteri untuk putera raja. Raja mengundang semua golongan bangsawan ke majlis itu.

Kakak-kakak tiri Cinderella sangat

gembira. Mereka mulai merancang pakaian dan perhiasan yang hendak dipakai dalam majlis itu.

4



Hari yang ditunggu-tunggu telah

tiba. Ibu tiri dan kakak tiri Cinderella telah bersiap sedia untuk pergi ke istana. Mereka memakai pakaian yang cantik dan berwarna-warni.

“Mak cik, bolehkah saya pergi

bersama-sama?” kata Cinderella kepada ibu tirinya.

“Kamu dengan pakaian yang kotor

begini hendak menghadiri majlis tarimenari? Tidak boleh!” marah ibu tirinya.

Mereka kemudian meninggalkan

tempat itu.

6



Cinderella sangat sedih. Dia menangis

di dapur. Tiba-tiba, muncul seorang perempuan tua.

“Mengapa kamu menangis, anakku?”

tanya perempuan tua itu.

Cinderella sangat terkejut. “Siapa

nenek?”

“Saya pari-pari. Saya ingin menolong

kamu. Sekarang ceritakan mengapa kamu menangis,” kata perempuan tua itu.

“Saya ingin pergi ke istana, tetapi

saya tidak ada pakaian yang cantik,” kata Cinderella.

8



Perempuan tua itu mengangkat

tongkatnya. Dengan sekelip mata,



Cinderella berubah menjadi seorang

puteri yang sangat cantik dengan pakaian yang indah dan bergemerlapan. Dia juga memakai sepasang kasut kaca yang sangat cantik.

Perempuan tua itu kemudian

menukarkan sebiji labu menjadi kereta kuda dan tiga ekor tikus menjadi pengawal dan pemandu kereta kuda.

10



Cinderella berasa sangat gembira.



“Pergilah sekarang sebelum terlambat,”

kata perempuan tua. “Tetapi, ingat! Kamu mesti pulang sebelum tengah malam. Keadaan akan kembali seperti sedia kala selepas tengah malam.”

“Baiklah, saya akan ingat pesan

nenek,” kata Cinderella.

Kereta kuda itu kemudian berderap

dengan laju menuju ke istana.

12



Apabila tiba di istana, Cinderella

melangkah masuk ke dewan tari-menari. Semua orang yang berada di dewan itu terpegun melihat kecantikan Cinderella.

“Siapa gadis itu. Tentu dia seorang

puteri sebuah kerajaan yang besar,” kata mereka.

Putera raja jatuh hati kepada

Cinderella. Dia mengajak Cinderella menari bersama-samanya. Cinderella sangat gembira. Mereka menari sepanjang malam.

14



“Ding! Ding! Ding!” tiba-tiba

kedengaran bunyi jam berdenting yang menunjukkan pukul 12 tengah malam. Cinderella terlalu leka menari sehingga terlupa akan pesanan perempuan tua. “Oh, tidak!” Kata Cinderella. Dia terus berlari keluar dari istana itu. Dalam keadaan tergesa-gesa, sebelah kasutnya tercicir.

Apabila tiba di rumah, pakaian

yang cantik, kereta kuda, dan pengawalnya hilang dengan sekelip mata. Cinderella kembali memakai pakaian yang kotor dan buruk.

16



Keesokan harinya, seluruh negeri



heboh bercerita tentang Cinderella.



“Puteri itu tertinggal sebelah kasut

kaca,” kata mereka.

Utusan raja kemudian membuat

pengumuman. “Putera raja akan berkahwin dengan gadis yang dapat memakai kasut kaca ini!”

Utusan raja pergi ke setiap rumah

di kota itu untuk mencari gadis yang dapat memakai kasut kaca Cinderella. Tidak lama kemudian, utusan itu tiba di rumah Cinderella.

18



Kakak-Kakak tiri Cinderella cuba

memakai kasut kaca itu, tetapi kasut itu terlalu besar atau terlalu kecil untuk mereka.

“Saya diberitahu bahawa ada tiga

orang gadis di dalam rumah ini. Di manakah gadis yang seorang lagi?” tanya utusan raja.

“Cinderella? Gadis yang kotor

dan hodoh itu? Dia tidak mungkin dapat memakai kasut ini,” kata ibu tiri Cinderella.

“Tidak mengapa. Dia boleh mencuba

kasut ini,” kata utusan raja.

20



Cinderella pun mencuba kasut itu.

Sudah tentu kasut itu muat dengan kaki Cinderella!

Ibu dan kakak-kakak tiri Cinderella

sangat terkejut. Mereka tidak menyangka bahawa Cinderellalah puteri yang menari dengan putera raja.

Cinderella dibawa ke istana. Apabila

putera raja terpandang Cinderella, dia

terus mengenali Cinderella. Putera raja

kemudian melamar Cinderella.

Mereka pun berkahwin dan hidup

bahagia hingga ke akhir hayat.

22

A Imbas kembali.

1. Mengapakah Cinderella tidak disukai oleh ibu tirinya? 2. Bagaimanakah Cinderella mendapat namanya? 3. Perempuan tua menukar sebiji labu dan tiga ekor tikus menjadi apa? 4. Dapatkah kakak-kakak tiri Cinderella memakai kasut kaca? 5. Mengapakah ibu tiri Cinderella mengatakan kepada utusan raja bahawa Cinderella seorang yang kotor dan hodoh? B Padankan perkataan yang berlawanan.



kecil



cantik

siang



putera

besar



suka



berjalan

puteri



malam

hodoh

sedih

gembira

berlari

benci