Data Loading...
19 RESIPI MASAKAN SAYUR Flipbook PDF
Resepi Masakan Melayu
123 Views
68 Downloads
FLIP PDF 1.2MB
Resepi Masakan Melayu | https://www.facebook.com/ResepiMasakanMelayu/ Semua resipi ini dikumpul dari pelbagai blog dan fb. Dikumpulkan untuk manfaat bersama. Kami mengucapakan terima kasih kepada pemilik resipi asal. Sila hubungi kami sekiranya pemilik resipi ingin meletak kredit di dalam ebook pdf ini.
Resipi yang terdapat dalam ebook pdf ini:
1.
Kangkung Goreng Belacan Rencah Sotong
2.
Bendi Goreng Bersama Ikan Bilis
3.
Terung Goreng Berlada
4.
Kailan Ikan Masin
5.
Paprik Sayuran Campur
6.
Sup Bayam Dan Cendawan
7.
Sayur Pucuk Manis Tumis Air
8.
Sayur Bayam Tumis Sos Tiram
9.
Sayur Pak Choy Masak Sos Tiram
10.
Sayur Campur Goreng
11.
Sayur Campur Bersama Kupang
12.
Bendi Goreng Berlada
13.
Kacang Buncis Tumis Berlada
14.
Sayur Sawi Goreng Belacan
15.
Sayur Chan Choy
16.
Cili Sambal Goreng
17.
Sayur Cendawan Goreng
18.
Rebung Masak Lemak Cili Api Pedas
19.
Sayur Kacang Panjang Dengan Jejari Ketam
1) KANGKUNG GORENG BELACAN RENCAH SOTONG
1 ikat kangkung 2 ekor sotong sederhana Bahan Tumbuk 2 ulas bawang merah 1 ulas bawang putih 1 biji cili hijau 4 biji cili api merah Belacan sesedap rase korang Garam Gula 1 sudu serbuk perasa CARA MEMASAK: 1. Tumis bahan tumbuk. Tumis sampai agak garing, sampai naik bau. (anda rasa
nak terbatuk tersedak, maksudnya sedaplah tu) 2. Masukkan sotong dalam 4 – 5 minit. Kalau lama sangat sotong akan liat. Rasakan dengan garam, gula dan cukup rasa. 3. Masukkan pula kangkung. Masa ini boleh kuatkan api, Kacau laju-laju sikit INFO: Boleh tukar cili merah ke cili padi bagi yang suka pedas. KREDIT RESIPI & GAMBAR: dapur lazz
2) BENDI GORENG BERSAMA IKAN BILIS
BAHAN-BAHAN : 15 biji kacang bendi 1 biji bawang merah 1 ulas bawang putih 1 biji bawang besar 4 biji cili api 2-3 genggam ikan bilis - rendam sekejap bagi lembut 1-2 sudu besar sos tiram - boleh tambah CARA MEMASAK : -Tumbuk lumat bawang merah + bawang putih dan cili api , ketepikan dulu . Bersihkan kacang bendi dan potong menyerong . Bersihkan semua ikan bilis dan digoreng garing , tos dan ketepikan . Bawang besar dikupas kulit dan dipotong nipis-nipis . -Panaskan minyak secukupnya dalam kuali dan tumis bahan tumbuk sampai naik wangi . Masukkan bawang besar dan kacau serta biarkan sampai bawang besar layu . Masukkan semua kacang bendi dengan sos tiram dan kacau , jika bendi nampak sedikit kering boleh ditambah minyak masak lagi . Bila kacang bendi dah separuh masak boleh la dimasukkan semua ikan bilis yang sudah digoreng tadi . Kacau semua bahan dan rasa kacang bendi jika tak masin baru di tambah garam secukup rasa . Kacau semua bahan dan bila sayur bendi dah masak baru la di tutup api dapur .
3) TERUNG GORENG BERLADA
Terung di goreng (toskan minyak) 1 biji Bwg besar(di hiris kasar goreng layu je) 2ulas bwg putih(di goreng layu) Cili padi(byk ikut suka) Lada hidup merah n hijau (patah2kan goreng layu je) Sikit belacan bakar Caranya 👉Tumbuk kesemuanya mcm buat sambal belacan 👉Perasakan garam n gula sikit Sesuaikan rasa Golek-golekan kat terung goreng td... Siap... Nak rasa masam perahkan sikit limau kasturi... Yummyyyy..
4) KAILAN IKAN MASIN
Bahan-Bahan:
1 ikat sayur kailan 3 ulas bawang putih, kupas kulit dan ketuk 4 biji cili padi, ketuk 1 keping kecil isi ikan masin, potong kecil 1 sudu besar sos tiram 2 sudu besar minyak garam dan gula, secukup rasa Cara-cara
Basuh dan rendam sayur kailan di dalam air sehingga daunnya segar dan keras. Potong daun sepanjang 1 inci, batang sayur pula dihiris nipis. Panaskan minyak, tumis bawang putih sehingga naik bau dan masukkan cili padi beserta isi ikan masin. Kacau seketika. Masukkan pula bahagian batang kailan dan sos tiram, kemudian diikuti bahagian daun. Tuang sedikit air sebagai kuah dan perasakan dengan garam dan gula, secukup rasa. Angkat dan hidang.
5) PAPRIK SAYURAN CAMPUR
Bahan-bahan : 2 biji terung – dipotong memanjang 1 biji lobak merah – dipotong 4 batang jagung muda – dipotong
10 biji kacang panjang / buncis secukupnya – dipotong serong memanjang Sedikit isi udang (jika suka) 1 sudu kecil chilli flakes ½ sudu kecil lada sulah 2 sudu besar sos cili Maggi® ½ sudu besar sos tiram Maggi® 2 ulas bawang putih – diketuk 1 ulas bawang besar – dibelah tebal 1 helai daun limau purut 3 sudu besar minyak masak Maggi® CukupRasa™ secukupnya Cara-cara : Terung digoreng sekejap terlebih dahulu dengan sedikit minyak. Angkat dan ketepikan. Gunakan minyak yang sama, tumis bawang putih yang diketuk dan masukkan isi udang. Masukkan sos cili dan sos tiram bersama sedikit sahaja air. Masukkan daun limau purut, chilli flakes dan lada sulah. Masukkan semua bahan sayuran yang dipotong dan bawang besar. Masak Sekejap. Masukkan terung goreng. Kacau rata Tabur Maggi® CukupRasa™ keatasnya. Kacau sebati Tutup api dan siap! Masak tetap kena masak, dan kalau jumpa sesuatu yang membantu dan mempercepatkan ibu-ibu memasak, wajarlah kita cuba. Masa yang selebihnya tu bolehla digunakan untuk diluangkan bersama anak-anak
6) SUP BAYAM DAN CENDAWAN
BAHAN-BAHAN: 2 ikat sayur bayam 150gm cendawan tiram 1 genggam udang kering-direndam 2 biji bawang kecil 2 ulas bawang putih 2 sudu sos tiram 1 sudu kecil minyak bijan air secukupnya untuk kuah sup Garam secukup rasa
CARA MEMASAK : 1. Kupas semua bawang dan dimayang halus , potong sayur bayam dan rendam udang kering dalam air panas sehingga lembut kemudian ditos dan ketepikan . Tumbuk semua bawang dengan udang kering sehingga lumat. 2. Bersihkan cendawan kemudian disiat-siat menjadi kecil . Panaskan sedikit minyak dalam frying pan dan tumis semua bahan yang ditumbuk sampai layu . Masukkan air , sos tiram , minyak bijan dan kacau biar mesra serta biar sampai kuah hampir mendidih . 3. Bila kuah dah nak mendidih boleh dimasukkan semua sayur bayam dan cendawan kemudian terus kacau . Boleh la dirasa jika kurang masin boleh ditambah garam , bila sayur bayam dah masak boleh la ditutup api dapur
7) SAYUR PUCUK MANIS TUMIS AIR
BAHAN-BAHAN : 1 ikat sayur pucuk manis 1 peket suhun/fucuk 1 sudu besar sos tiram 1/2 sudu kecil minyak bijan - kalau tak ada pun ok Air secukupnya
Garam secukup rasa BAHAN DITUMBUK LUMAT: 2 biji bawang merah 2 ulas bawang putih 1 genggam ikan bilis CARA MEMASAK: 1) Bersihkan sayur pucuk manis dan ambil daun sahaja . Rendam suhun serta fucuk sampai kembang dan ditos ketepikan dulu . 2) Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan ditumbuk sampai wangi kemudian masukkan sos tiram dan dikacau rata , boleh la dimasukkan air untuk kuah . Kacau kuah dan biarkan sampai mendidih , kemudian masukkan sayur pucuk manis dan dikacau . Bila sayur dah masak boleh dimasukkan suhun serta fucuk dan kacau semua bahan-bahan . Boleh terus ditutup api dapur fucuk serta suhun akan masak dalam kuah sup yang masih panas .
8) SAYUR BAYAM TUMIS SOS TIRAM
BAHAN-BAHAN:
1 ikat sayur bayam 150gm cendawan raja 1 genggam ikan bilis -direndam 2 biji bawang kecil 2 ulas bawang putih 3 sudu besar sos tiram 1 sudu kecil minyak bijan air secukupnya untuk kuah sup Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Kupas semua bawang dan dimayang halus , potong sayur bayam dan rendam ikan bilis dalam air panas sehingga lembut kemudian ditos dan ketepikan . Tumbuk semua bawang dengan ikan bilis sehingga lumat.
2. Bersihkan cendawan kemudian dipotong menjadi kecil-kecil. Panaskan sedikit minyak dalam frying pan dan tumis semua bahan yang ditumbuk sampai layu . Masukkan air , sos tiram , minyak bijan dan kacau biar mesra serta biar sampai kuah hampir mendidih .
3. Bila kuah dah nak mendidih boleh dimasukkan semua sayur bayam dan cendawan kemudian terus kacau . Boleh la dirasa jika kurang masin boleh ditambah garam , bila sayur bayam dah masak boleh la ditutup api dapur .
9) SAYUR PAK CHOY MASAK SOS TIRAM
Bahan :
4 ikat sayur pak choy, bersihkan, potong hujungnya 1 tin kecil cendawan butang dihiris 3 biji bawang putih, cincang 2 biji bawang merah, cincang 1 sb sos tiram 1 sk kicap manis 1 sk kicap masin Garam dan lada secukupnya 1 sb gula 1 sb minyak bijan Air secukupnya (kira-kira 1 gelas) Sedikit tepung jagung untuk pekatkan kuah Cara Masak Sayur Pak Choy Masak Sos Tiram 1. Rebus Pak Choy di dalam air mendidih seketika saja. Angkat dan tos, susun didalam pinggan 2. Tumis bawang putih dan bawang merah sampai wangi, kemudian masukkan cendawan Tumis sebentar.
3. Masukkan air secukupnya, Gaul rata. Masukkan soss tiram, kicap manis, kicap masin, garam dan gula. 4. Masukkan lada dan minyak bijan & gaul rata 5. Masukkan tepung jagung yg dah dicampur sedikit air. 6. Masak sehingga kuah pekat kemudian tuang atas sayur pakchoy tadi
10) SAYUR CAMPUR GORENG
Bahan-Bahannya:1/2 cawan isi udang (boleh lebihkan) 1 biji bawang besar, hiris kasar 4 ulas bawang putih, diketuk 1 batang lobak merah, belah dua dan hiris serong 10 tangkai snow peas, potong dua 1 cawan potongan bunga kobis
10 batang kacang buncis, kerat 3 setiap batang 7 kuntum cendawan butang, belah dua 1/2 biji capsicum merah, potong dadu 1/2 biji capsicum hijau, potong dadu 4 kelopak kobis, hiris kasar 2 camca besar sos tiram 1/2 cawan air Garam secukup rasa Cara membuatnya:Panaskan 2 camca besar minyak masak, tumis bawang besar hiris dan bawang putih ketuk hingga harum, masukkan udang dan sos tiram. Kacau rata dan masukkan lobak merah, bunga kobis dan cendawan butang. Gaul rata dan tuang air. Masak sekejap hingga semua lembut sedikit. Masukkan kacang buncis, capsicum merah/hujau dan hirisan kasar kobis. Masukkan sedikit garam (anggaran 1/2 camca teh), dan gaul rata. Masak guna api besar. Kacau dan gaul utk 30 saat hingga 1 minit. Padamkan api dan rasa, jika ok angkat dan hidangkan bersama nasi hangat.
11) SAYUR CAMPUR BERSAMA KUPANG
Bahan-bahan: ✔1 biji bawang besar - hiris ✔3 ulas bawang putih - hiris ✔1 camca besar sos tiram ✔15 keping sweet peas ✔2 batang putik jagung - hiris ✔10 biji bebola ikan - belah 2 ✔15 ekor kupang - rebus, ambil isi ✔Sedikit air Cara-cara penyediaannya: 1. Tumis bawang besar & bawang putih hingga naik bau. 2. Masukkan sos tiram, kacau rata & masukkan sedikit air. 3. Biar sekejap Masukkan putik jagung, sweet peas & kupang Kacau rata. 4. Masukkan bebola ikan, kacau rata & biar kuah kering. . Siap dihidang.
12) BENDI GORENG BERLADA
Bahan-bahan : bendi - saya guna sepaket beli dari family store, ada la dlm berbelas btg bendi. lumayan! cili merah - dlm 7-8 tangkai. saya siap-siap buang biji nyer. tak elok kan. dan kurangkan pedas. bwg kecil - saya guna dlm 5-6 biji. bwg putih - ni confirm, saya guna 7 ulas. udang kering - ni saya ceduk dlm 2 sudu besar. garam secukup rasa. cara-cara nak masak sgt la simple : bahan no. 2 hingga no. 5 - kisar sederhana halus. then, kita tumis bahan kisar sampai naik bau, cantik warna dia... bendi potong serong. masukkan dlm kuali. ratakan. perisa lah dgn garam pastu. Siap dihidang.
13) KACANG BUNCIS TUMIS BERLADA
Bahan-bahannya: Kacang buncis - dipotong serong nipis Segenggam udang kecil 4 sudu makan cili kering kisar 3 ulas bawang putih - hiris nipis 1 biji bawang besar - hiris nipis Cara Memasak Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi. Masukkan cili kisar. Tumis lagi hingga wangi dan terbit minyak. Masukkan udang. Gaul rata hingga udang separuh masak. Masukkan kacang buncis, secawan air, garam dan sedikit serbuk perasa. Gaul rata hingga kacang layu dan masak. Sedia untuk dihidangkan.
14) SAYUR SAWI GORENG BELACAN
Bahan-bahan : 1 ikat sawi - di potong sederhana panjang 1 biji bawang merah - ditumbuk 1 ulas bawang putih - diketuk 3 biji lada cili 1/2 inci belacan- dibakar 2 biji cili merah - di belah tengah (jangan putus) Sedikit minyak untuk menumis Sedikit air masak Garam, gula dan ajinomoto secukup rasa 1/2 sudu kecik sos tiram Cara membuat : Tumbuk bawang merah, belacan dan lada cili Bawang putih diketuk sahaja
Panaskan minyak dalam kuali Tumis bahan tumbuk, bawang putih dan sos tiram sehingga naik bau Masukkan batang sawi dan kacau sebati Bila batang sawi mulai layu, masukkan daun sawi dan lada yang telah dibelah tadi Masukkan sedikit air dan kacaukan ia Masukkan garam, gula dan ajinomoto secukup rasa Kacau dan rasakan kuahnya Biarkan mereneh seketika dan angkat
15) SAYUR CHAN CHOY
– 1 Ikat sayur chan choy. – 1 Bawang besar dipotong bulat. – 3 Biji bawang putih. – 1 Cili merah dipotong nipis. – 1 Sk Minyak bijan. – 1 Sk Serbuk lada hitam. – 1 Sk Udang kering ditumbuk. – Garam dan gula secukupnya.
. Cara penyediaan : ● Tumis bawang putih yang diketuk hingga wangi diikuti dengan bawang besar. ● Biar hingga layu. ● Masukkan gula dan udang kering tumbuk. ● Masukkan sayur chan choy. ●Kacau hingga sedikit layu. ● Masukkan cili merah dan serbuk lada hitam. ● Kacau lagi. ● Masukkan minyak bijan. ● Perasakan denga garam dan gula. ● Siap dihidang. 16) CILI SAMBAL GORENG
Bahan-bahan 5 ulas bawang merah 1/2 inci halia
1 sudu besar udang kering 1/2 inci belacan 1 mangkuk kecil cili kisar @ cili kering buang biji secukupnya, rendam sekejap dlm air panas kemudian kisar bersama bahan bertanda * diatas nati. 3 keping tauhu - hiris nipis 1 biji ubi kentang saiz sederhana besar - hiris nipis 1 batang lobak merah - hiris panjang 3 ulas bawang putih - hiris nipis 4-5 keping sayap ayam - potong kecik @ 1 mangkuk kecil jantung ayam/pedal 1 labu bawang besar - hiris nipis kacang panjang secukupnya garam @ serbuk pati ayam dan gula secukup rasa Cara 1. Kisar lumat bahan bertanda *. 2. Dalam kuali panaskan minyak secukupnya, goreng ubi kentang biar masak atau sedikit garing kemudian angkat dan ketepikan. 3. Goreng pula tauhu hingga sedikit perang, angkat dan ketepikan, kemudian goreng kepak ayam.
4. Dengan kuali yang sama, tinggalkan minyak untuk menumis secukupnya dan tumis bahan kisar bersama cili kisar hingga wangi. 5. Masukkan bawang putih, lobak merah dan ayam, masak sambil dikacau sekali sekala. 6. Masukkan bahan lain dan perasa secukup rasa, kacau balik biar semua bahan mesra dan sambal sedikit kering.
17) SAYUR CENDAWAN GORENG
BAHAN2NYA;cendawan(ikut nak sebyk mana) 50 sen daun sup serta daun bawang 5-6 ekor udang sedang 1 labu bawang besar 3 ulas bawang putih sebiji cili merah garam secukup rasa
sedikit air . CARA2NYA;cendawan dicarikkan jika besar saiznya tumiskan bawang putih serta bawang besar yg dihiris masukkan udang..masukkan cendawan. masukkan garam,sedikit air serta cili merah yang dipotong serong..akhir sekali masukkan daun bawang dan daun sup yang dipotong agak2 1 inci...siap
18) REBUNG MASAK LEMAK CILI API PEDAS
Bahan-bahan: 300 gram rebung 250 gram udang 3 batang serai – diketuk 3 helai daun kunyit – disiat 1 keping asam keping 1 liter santan cair
1 biji santan Garam dan gula secukupnya Bahan yang perlu dikisar : 20 biji cili padi atau ikut tahap kepedasan setengah inci kunyit hidup 8 biji bawang merah 6 ulas bawang putih Cara-cara memasak: 1.Bersihkan rebung dahulu dan direbus sekejap.Selepas direbus perlulah ditoskan 2.Masukkan kesemua bahan yang telah dikisar, santan serta serai ke dalam periuk kemudian kacau sehingga sebati 3.Kemudian masukkan rebung, garam dan masak lagi hingga keluar minyak 4.Jika sudah masak bolehlah ditutup apinya. 5.Siap untuk dihidangkan P/s:Resepi Rebung Masak Lemak Cili Api Pedas lebih sedap jika dimasak dengan menggunakan santan segar.Selain itu,kuahnya perlulah sentiasa di kacau atau dilimbuk supaya kuahnya tidak berbiji-biji.
19) SAYUR KACANG PANJANG DENGAN JEJARI KETAM
Bahan-bahannya : ● 10 batang kacang panjang ● 10 jejari ketam - di potong kecil-kecil ● 2 sudu besar sos tiram - boleh tambah ● Garam secukup rasa ● Sedikit minyak bijan - 1/2 sudu kecil Bahan-bahan ditumbuk lumat : ● 2 biji bawang merah- kupas kulit ● 2 ulas bawang putih - kupas kulit Cara-caranya : 1. Bersihkan kacang panjang dan dipotong menyerong . Jejari ketam dipotong kecil-kecil . Kupas semua bawang dan ditumbuk semua bawang sampai lumat . Panaskan minyak secukupnya dan boleh la ditumis semua bahan yang ditumbuk kemudian dikacau sampai bawang jadi wangi dan layu . 2. Masukkan semua jejari ketam dan kacau bagi sedikit kekuningan dan masak . Boleh dimasukkan semua kacang dan dikacau rata , masukkan sos tiram secukup rasa serta minyak bijan . Kacau semua bahan dan jika kurang masin baru lah di masukkan garam , bila kacang dah masak boleh la ditutup api dapur .
Terima kasih kerana sudi mendapatkan Ebook 19 Resipi Masakan Sayur. Jangan lupa share dengan rakan-rakan yang lain