Data Loading...
5_6266949565149086065 Flipbook PDF
5_6266949565149086065
109 Views
55 Downloads
FLIP PDF 400.85KB
BAB 1 Latihan 11
Jun 2020
1 Dengan menggunakan carta/gambar rajah aliran pusingan pendapatan/aliran wang, huraikan aliran pusingan pendapatan dalam ekonomi tiga sektor @ jelaskan peranan isirumah, firma dan kerajaan dalam ekonomi tiga sektor. [10]
(1)Pendapatan factor pengeluaran (Y) PASARAN FAKTOR (5)Tabungan (S)
ISI RUMAH
(6)Pelaburan (I) INSTITUSI KEWANGAN
(3) Cukai (T)
FIRMA (3) Cukai (T)
KERAJAAN N (4) Perbelanjaan kerajaan (G)
(4) Perbelanjaan kerajaan (G) PASARAN BARANG (2) Perbelanjaan penggunaan (C)
Isirumah: i. Mendapat pendapatan (Y) iaitu upah, sewa, bunga dan untung kerana menawarkan faktor pengeluaran kepada firma (aliran 1) ii. Melakukan perbelanjaan penggunaan (C) iaitu membeli barang dan perkhidmatan daripada firma (aliran 2) iii. Membayar cukai kepada kerajaan (aliran 3) iv. Melakukan tabungan ke dalam institusi kewangan (aliran 5) Firma: i. Membayar kepada isi rumah kerana membeli faktor pengeluaran untuk mengeluarkan barang (aliran 1) ii. Melakukan pelaburan seperti membeli barang modal (aliran 6) iii. Membayar cukai kepada kerajaan (aliran 3) Kerajaan : i. Melakukan perbelanjaan kerajaan kepada isi rumah dan firma (aliran 4) ii.Menerima cukai daripada isi rumah dan firma (aliran 3)
2 Huraikan lima alasan untuk mencapai matlamat ekonomi berikut: (a) Tingkat guna tenaga penuh [10] (b) Memperbaiki imbangan pembayaran/imb. pembayaran yang memuaskan /imb. Pembayaran lebihan [10] (c) Kestabilan tingkat harga umum [10] (d) Pertumbuhan ekonomi yang tinggi [10] (a) Alasan untuk mencapai tingkat guna tenaga penuh ialah: i.
Mengurangkan kadar pengangguran hingga kadar 3-4%
ii.
Meningkatkan taraf hidup kerana buruh ada pendapatan
iii.
Mengelakkan pembaziran sumber
iv.
Meningkatkan pendapatan negara/pertumbuhan ekonomi kerana keluaran negara dapat dimaksimumkan
(b) Alasan untuk memperbaiki imbangan pembayaran ialah: i.
Mengukuhkan kadar pertukaran asing/nilai matawang. Ini kerana permintaan RM melebihi penawaran RM
ii.
Meningkatkan rizab asing/antarabangsa.
iii.
Dengan rizab asing yg meningkat maka dapat membayar import tertangguh Menggalakkan pelaburan asing ke dalam negeri kerana harga stabil menyebabkan kos pelaburan stabil
iv.
Menstabilkan harga dalam negeri di mana penawaran wang tidak bertambah dgn banyak
(c) Alasan untuk mencapai kestabilan tingkat harga ialah: i.
Mengekalkan kestabilkan kuasa beli.
ii.
Ini menstabilkan kos sara hidup/taraf hidup Meningkatkan pertumbuhan ekonomi
iii.
Ini kerana perbelanjaan agregat (AE) meningkat maka pendapatan negara meningkat Menggalakkan tabungan
iv.
Ini kerana penyimpan mendapat pulangan benar yang stabil Menggalakkan pelaburan
v.
Ini kerana kos pelaburan yg stabil Meningkatkan sektor luar Ini kerana menggalakkan eksport kerana harga eksport stabil dan mengurangkan import
(d) Alasan untuk mencapai pertumbuhan ekonomi yg tinggi i.
Meningkatkan taraf hidup/taraf kebajikan penduduk
ii.
Ini kerana pertumbuhan ekonomi meningkatkan pendapatan negara maka pendapatan per kapita meningkat Meningkatkan guna tenaga/ mengurangkan pengangguran .
iii.
Ini kerana pertumbuhan ekonomi mewujud banyak peluang pekerjaan Meningkatkan pelaburan asing dan domestik.
iv.
Ini kerana pertumbuhan ekonomi meningkatkan kuasa beli masyarakat dan ini menarik pelabur untuk melabur Meningkatkan hasil/pendapatan kerajaan.
v.
Pertumbuhan ekonomi meningkatkan keuntungan syarikat, meningkatkan pendapatan pekerja. Maka dapat meningkatkan kutipan hasil cukai syarikat dan cukai pendapatan. Mencapai kestabilan sosio politik Ini kerana pertumbuhan ekonomi menyebabkan pendapatan negara meningkat, kemiskinan berkurang menyebabkan agihan pendapatan semakin seimbang dan masalah jenayah berkurang.
vi.
Mengurangkan hutang kerajaan Ini kerana dengan pendapatan negara meningkat maka pendapatan kerajaan meningkat dan dapat membayar hutang kerajaan
3 Takrifkan dan terangkan petunjuk makroekonomi berikut mengukur prestasi ekonomi sebuah negara (i) Kadar pengangguran (ii) Kadar inflasi (iii) Kadar pertumbuhan ekonomi [10] (i) Kadar pengangguran Kadar pengangguran ialah peratusan tenaga buruh yang aktif mencari kerja tetapi tidak memperoleh pekerjaan. Kadar pengangguran = Tenaga buruh – Gunatenaga ______________________ x 100 Tenaga buruh Kadar pengangguran meningkat menunjukkan keadaan ekonomi yang tidak baik /berada dalam kemelesetan (ii) Kadar inflasi Kadar inflasi ialah peratusan kenaikan tingkat harga umum suatu tahun berbanding dengan tingkat harga umum tahun sebelumnya. Kadar inflasi = Indeks Harga Pengguna (IHP)t1 - IHP t0 ______________________________ x 100 IHP t0 Kadar inflasi meningkat menunjukkan nilai wang merosot dan mengurangkan AE/ pertumbuhan ekonomi terjejas
(iii) Kadar pertumbuhan ekonomi Kadar pertumbuhan ekonomi ialah peratus perubahan KDNK benar sesuatu tahun berbanding dengan tahun sebelumnya. Kadar pertumbuhan ekonomi = KDNK benar t 1 – KDNK benar t0 _____________________________ x 100 KDNK benar t0 Kadar pertumbuhan ekonomi yang positif/meningkat menunjukkan berlakunya perkembangan ekonomi .
4
Jelaskan mengapakah isu makroekonomi berikut perlu diatasi/diberi perhatian: a) pengangguran [5] b) Inflasi [5] c) pertumbuhan ekonomi [5] d) imbangan pembayaran [5] a) Pengangguran
i.
Pembaziran sumber manusia– kemahiran buruh tidak digunakan dan meningkatkan kos latihan semula
ii.
Kemerosotan taraf hidup kerana ramai tiada pekerjaan maka tiada pendapatan
iii.
Kadar kemiskinan meningkat dan meluaskan jurang agihan pendapatan
iv.
Menjejaskan pertumbuhan ekonomi kerana keluaran negara berkurang/tidak optimum
v.
Masalah sosial meningkat . Tekanan hidup menyebabkan jenayah meningkat
b) Inflasi i. Kos hidup meningkat maka taraf hidup jatuh ii. Kuasa beli jatuh kerana pendapatan benar jatuh iii. Aliran modal ke luar negara meningkat kerana kenaikan kos pengeluaran dalam negara iv. Tabungan merosot kerana perbelanjaan penggunaan meningkat v. Pertumbuhan ekonomi terjejas kerana kegiatan pelaburan terjejas c) Pertumbuhan ekonomi i. Meningkatkan pelaburan asing dan dalam negeri ii. Meningkatkan taraf hidup dan kebajikan masyarakat iii. Meningkatkan peluang pekerjaan kerana aktiviti ekonomi meningkat iv. Meningkatkan kuasa beli kerana pendapatan per kapita meningkat v. Mengurangkan masalah kemiskinan kerana banyak peluang pekerjaan d) Imbangan pembayaran Jika berlaku imbangan pembayaran kurangan maka i. Rizab matawang asing merosot dan ini mengurangkan keupayaan untuk membiayai import ii. Nilai matawang merosot kerana penawaran RM melebihi permintaan RM iii. Pelaburan asing berkurang kerana kos pelaburan tidak stabil iv . Kegiatan ekonomi terjejas kerana pelaburan asing berkurang iv. Pengangguran meningkat /guna tenaga berkurang
5
Jelaskan tiga dasar makroekonomi yang boleh dilaksanakan untuk menstabilkan ekonomi semasa inflasi. [10] i. Dasar fiskal menguncup Kerajaan mengurangkan perbelanjaan kerajaan , AE turun, Y turun atau Y tetap jika berlaku gunatenaga penuh, AD turun dan harga turun
Atau Kerajaan meningkatkan cukai , Yd turun, C turun, AE turun, Y turun, AD turun dan harga turun. Atau
Kerajaan mengurangkan perbelanjaan dan meningkatkan cukai, AE turun, Y turun, AD turun dan harga turun ii. Dasar kewangan menguncup Bank pusat akan mengurangkan jumlah penawaran wang, kadar bunga meningkat, pelaburan turun, AE turun, AD turun, Y turun dan harga turun. Atau Menaikkan kadar bunga, kos meminjam meningkat, pinjaman berkurangan, AE turun, AD turun, Y turun dan harga turun. iii. Dasar kawalan langsung Dasar harga maksimum iaitu menetapkan harga yang lebih rendah drp harga pasaran , harga terkawal, inflasi dapat dikawal iv. Dasar sebelah penawaran Menurunkan cukai pendapatan syarikat, keuntungan selepas cukai bertambah ,pengeluaran meningkat, penawaran agregat bertambah dan harga turun.
Latihan 12 JUN 2020
6
Jelaskan tiga langkah untuk mengatasi pengangguran.
i.
Melaksanakan dasar fiskal mengembang iaitu kerajaan akan menurunkan cukai @ menambahkan perbelanjaan kerajaan. Maka AE dan AD meningkat dan Y meningkat. Keperluan buruh meningkat. Melaksanakan dasar kewangan mengembang iaitu bank pusat akan menambahkan bekalan wang dan menurunkan kadar bunga. Maka AE dan AD meningkat dan Y meningkat. Keperluan buruh meningkat. Kemahiran dan pendidikan yang bersesuaian Menambah bilangan institusi kemahiran dan menambah bilangan pelajar untuk keperluan bidang tertentu spt sains dan teknologi.
ii.
iii.
7
Jelaskan tiga langkah untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi.
[6]
[6]
(a) Membangunkan kemudahan infrastruktur Kerajaan membangun dan memajukan pelbagai kemudahan infrastruktur. Contoh, jaringan pengangkutan darat, udara dan laut yang menyeluruh. Lapangan terbang , pelabuhan yang memudahkan urusan keluar masuk negara dan perdagangan antarabangsa. Kemudahan teknologi maklumat juga diperluaskan. (b) Meningkatkan taraf pendidikan Menyediakan peluang pendidikan dalam pelbagai bidang terutama sains dan teknologi. Penubuhan pelbagai kolej, university dan pusat-pusat kemahiran . Ini untuk melahirkan tenaga kerja profesional dan buruh mahir yang sangat penting untuk meningkatkan produktiviti. (c) Menggalakkan pelaburan asing Pelaburan asing sangat penting untuk membangunkan sektor-sektor penting spt perkilangan, industry minyak dan gas. Ini menyumbang kepada penubuhan industry dan produk baru dan perkembangan teknologi baru. Contoh galakan spt taraf perintis.
8 (a) Terangkan tiga alasan mengapa imbangan pembayaran kurangan perlu diatasi. [6] (b) Jelaskan dua langkah yang dapat membaiki defisit dalam imbangan pembayaran.[4]
(a) Isu imbangan pembayaran defisit/ kurangan/ kurang memuaskan perlu diatasi kerana: i.
Rizab matawang asing merosot. Ini mengurangkan kemampuan negara untuk membiayai import
ii.
Nilai matawang merosot Ini kerana penawaran RM melebihi permintaan RM
iii.
Pelaburan asing berkurang Ini kerana kos pelaburan tidak stabil
iv.
Kegiatan ekonomi merosot Ini kerana pelaburan asing berkurang
b) Dua langkah yang dapat membaiki defisit dalam imbangan pembayaran. 1.
2. perintis
Mengurangkan import Cth - Mengenakan tarif dan kuota. Maka harga import relatif mahal dan permintaan import berkurang. Meningkatkan eksport dgn galakan fiskal dan kewangan spt subsidi eksport, taraf
Maka kos pengeluaran berkurang, pengeluaran barang eksport bertambah, eksport meningkat 3. Kawalan pertukaran asing Mengehadkan penjualan mata wang asing terutama untuk barang import yang kurang penting. Keutamaan tukaran asing diberi kpd barang mesti dan input-input pengeluaran. Maka import berkurang.
9
Takrif dan huraikan bagaimana perkara berikut dapat menjelaskan prestasi ekonomi sesebuah negara. (a) Keluaran Negara Kasar (KNK) potensi dan Keluaran Negara Kasar (KNK) sebenar [5] (b) Imbangan pembayaran kurangan dan imbangan pembayaran lebihan [5]
(a) KNK potensi ialah tingkat keluaran negara kasar yang boleh dicapai oleh ekonomi sesebuah negara jika semua faktor pengeluaran digunakan sepenuhnya. KNK sebenar ialah keluaran negara kasar yang sebenarnya dikeluarkan dalam ekonomi Prestasi ekonomi yg dapat dijelaskan oleh KNK potensi dan KNK sebenar ialah apabila: i. KNK potensi melebihi KNK sebenar maka ekonomi alami kemelesetan/deflasi ii.
KNK potensi kurang drp KNK sebenar maka ekonomi alami inflasi
iii.
KNK potensi = KNK sebenar maka ekonomi mencapai guna tenaga penuh
(b) Imbangan pembayaran kurangan ialah keadaan di mana aliran keluar wang ke luar negeri melebihi aliran masuk wang ke dalam negeri. Imbangan pembayaran lebihan ialah keadaan di mana aliran masuk wang ke dalam negeri melebihi aliran keluar wang ke luar negeri. Prestasi ekonomi dapat dijelaskan iaitu: Apabila ekonomi megalami imbangan pembayaran kurangan ia merugikan sesebuah negara kerana rizab antarabangsa bersih bank pusat berkurang. Maka keupayaan negara untuk membiayai import berkurang dan nilai mata wang merosot. Sebaliknya apabila ekonomi megalami imbangan pembayaran lebihan ia menguntungkan sesebuah negara kerana rizab antarabangsa bersih bank pusat meningkat. Maka keupayaan negara untuk membiayai import meningkat dan nilai mata wang meningkat.
10.
Dengan menggunakan gambar rajah kitaran perniagaan, huraikan keadaan ekonomi yang berikut: (a) Kemelesetan ekonomi [4] (b) Pengembangan ekonomi
/ekonomi melambung
[4]
(c) Kestabilan ekonomi
[2]
KNK / Y
Y sebenar Y potensi/gtp
0 T1
T2
T3
T4
T5
Tahun
(a) Kemelesetan ekonomi Berlaku antara tahun T2 – T3 Pendapatan negara sebenar /Y keseimbangan (Ya) merosot sehingga berada di bawah pendapatan negara potensi (Yf). Wujud lompang deflasi, kadar pengangguran tinggi /guna tenaga rendah dan kadar pertumbuhan ekonomi negatif
(b) Pengembangan ekonomi (ekonomi melambung) Berlaku antara tahun T4 – T5 atau pada pendapatan negara sebenar Pendapatan negara sebenar /Y keseimbangan (Ya) meningkat dengan pesat sehingga berada di atas pendapatan negara potensi (Yf). Wujud lompang inflasi, kadar pengangguran rendah/guna tenaga tinggi dan kadar pertumbuhan ekonomi positif/sangat tinggi
(c) Kestabilan ekonomi Berlaku pada tahun T2 @ T4 Pendapatan negara sebenar /Y keseimbangan (Ya) sama dengan pendapatan negara potensi (Yf). Guna tenaga penuh berlaku dan kadar pertumbuhan ekonomi stabil/tetap