Data Loading...

BAB 3 TEKNIK MENGUKUR PARAMETER KESIHATAN BADAN Flipbook PDF

BAB 3 TEKNIK MENGUKUR PARAMETER KESIHATAN BADAN


122 Views
101 Downloads
FLIP PDF 692.75KB

DOWNLOAD FLIP

REPORT DMCA

BAB 3 TEKNIK MENGUKUR PARAMETER KESIHATAN BADAN

3.1 SUHU BADAN

SUHU BADAN • Suhu ialah darjah kepanasan dan kesejukan sesuatu bahan. • Suhu badan ialah darjah kepanasan dan kesejukan badan kita. • Kita perlu memastikan suhu badan kita sentiasa berada dalam julat suhu normal.

• Suhu badan kita memastikan badan kita berfungsi pada tahap yang optimum.

TERMOMETER KLINIK • Pastikan suhu termometer berada di bawah 35°C sebelum digunakan. • Jika suhu melebihi 35°C, termometer tersebut hendaklah dikibas-kibaskan sehingga bacaan berada di bawah 35°C. • Letakkan termometer tersebut di bawah ketiak ataupun di dalam mulut selama kira-kira 2 hingga 3 minit (atau sehingga kedengaran bunyi ‘Bip’ jika anda menggunakan termometer klinik digital). • Keluarkan termometer tersebut dan rekodkan bacaan suhu.

PENCERUTAN PADA TERMOMETER KLINIK

TERMOMETER MAKMAL • Termometer makmal tidak sesuai digunakan untuk menyukat suhu badan kerana termometer makmal tidak mempunyai bahagian pencerutan pada turus merkuri. • Apabila termometer dikeluarkan daripada badan, sama ada daripada bahagian mulut ataupun ketiak, bacaan suhu akan turun dengan cepat. • Hal ini akan menyebabkan bacaan suhu badan yang diambil tidak tepat.

• Jika menggunakan termometer makmal untuk menyukat suhu badan, bacaan suhu perlu diambil ketika termometer masih di dalam mulut atau di bawah ketiak untuk memastikan bacaan yang lebih tepat.

TERMOMETER REKTAL (DUBUR)

• Termometer rektal biasanya digunakan pada bayi yang kurang daripada 3 bulan • Bersihkan muncung termometer menggunakan alkohol • Sapukan jeli petroleum pada muncung termometer untuk memudahkan termometer dimasukkan ke dalam dubur bayi. • Angkat kaki bayi • Masukkan termometer ke dalam dubur bayi kira-kira 1.5 − 2.5 cm. • Biarkan termometer sehingga kedengaran bunyi ‘Bip’. • Rekodkan bacaan suhu.

TERMOMETER INFRAMERAH

• Termometer inframerah boleh digunakan tanpa bersentuhan dengan individu. • Arahkan termometer pada jarak kira-kira 5 cm pada individu tersebut. (Jangan halakan termometer ke arah mata secara langsung atau tidak langsung). • Rekodkan bacaan suhu.

• Pembacaan suhu menggunakan termometer ini adalah sangat cepat.

MENGINTERPRETASI SUHU BADAN

FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN SUHU BADAN MELEBIHI NORMAL

Jangkitan

FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN SUHU BADAN MELEBIHI NORMAL

Terdedah kepada keadaan panas melampau

FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN SUHU BADAN MELEBIHI NORMAL

Senaman

3.2 KADAR DENYUTAN NADI

TITIK NADI PADA BADAN • Kadar denyutan nadi ialah pengukuran bilangan degupan jantung per minit. • Terdapat beberapa tempat pada badan untuk merasai denyutan nadi. • Tempat-tempat ini adalah titik nadi. • Di kawasan ini, arteri terletak sangat dekat dengan permukaan kulit. • Apabila jantung berdegup, denyutan dihantar ke arteri-arteri ini dan boleh dirasai melalui kulit. • Doktor biasanya mengambil bacaan nadi di bahagian pergelangan tangan kerana jelas, menonjol dan mudah.

3.3 TEKANAN DARAH

ALAT MENGUKUR TEKANAN DARAH • Tekanan darah ialah tekanan yang dikenakan oleh darah pada dinding salur darah semasa peredaran darah. • Tekanan darah boleh diukur menggunakan sfigmomanometer. • Unit untuk mengukur tekanan darah ialah milimeter merkuri dan simbolnya ialah mmHg.

MENGUKUR DAN MEREKOD TEKANAN DARAH

• Tekanan darah diukur dengan mengambil dua ukuran. • Nombor atas menunjukkan tekanan yang dikenakan pada dinding salur darah semasa otot jantung mengecut. • Tekanan yang disukat ini ialah tekanan sistolik. • Nombor bawah menunjukkan tekanan yang dikenakan pada dinding salur darah apabila otot jantung berehat (antara denyutan jantung), dan disebut tekanan diastolic. • Kedua-dua tekanan ini dinyatakan dalam milimeter merkuri (mmHg) kerana merkuri telah digunakan dalam tolok tekanan pertama yang mengukur dengan tepat dan masih digunakan sebagai unit piawai pengukuran tekanan dalam perubatan.

• Pengukuran tekanan darah direkodkan sebagai sistolik/diastolik (disebut sistolik per diastolik).

BACAAN TEKANAN DARAH

• Bacaan tekanan darah yang tinggi dan berlarutan menunjukkan bahawa anda mempunyai penyakit tekanan darah tinggi atau hipertensi.

• Bacaan tekanan darah yang rendah dan berlarutan menunjukkan anda mungkin mengalami penyakit tekanan darah rendah.

3.4 INDEKS JISIM BADAN (BMI)

ME NG I RA DAN ME NE NT UKAN I NDE K S J I SI M B ADAN

• Indeks Jisim Badan atau lebih dikenali sebagai BMI (Body Mass Index) ialah ukuran jisim badan berbanding dengan ketinggian. • BMI boleh dikira menggunakan rumus.

MENGINTERPRETASI INDEKS JISIM B ADAN

• Kajian menunjukkan jisim badan yang berlebihan boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius. • Keadaan ini akan meningkatkan risiko menghidap beberapa penyakit yang serius seperti serangan jantung, tekanan darah tinggi, strok, diabetes melitus (kencing manis) dan komplikasi sendi dan tulang. • Kurang jisim badan juga boleh meningkatkan risiko seseorang untuk mendapat masalah kesihatan seperti penyakit jantung, penurunan daya tahan badan melawan penyakit, keletihan, anemia dan kemurungan. • Namun begitu, mencapai dan mengekalkan jisim badan unggul melalui pemakanan yang sihat dan aktiviti fizikal yang konsisten dapat membantu mencegah penyakit-penyakit ini.

CARA MENAMBAH JISIM BADAN

• Mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang berpandukan piramid makanan Malaysia dan Pinggan Sihat Malaysia. • Makan mengikut waktu yang tetap. • Ambil snek yang padat dengan nutrien bagi menambah kalori. • Makan makanan yang berkhasiat lebih daripada biasa.

CARA MENURUNKAN JISIM BADAN • Tetapkan sasaran yang realistik seperti menurunkan setengah kilogram dalam seminggu. • Pantau dan rekod jisim badan anda seminggu sekali. • Makan makanan yang sihat secara sederhana berdasarkan piramid makanan Malaysia dan Pinggan Sihat Malaysia. • Buat beberapa perubahan dalam cara pemakanan anda seperti mengubah cara penyediaan makanan.

CARA MENURUNKAN JISIM BADAN

• Kurangkan atau elakkan makanan yang tinggi kandungan gula atau lemak. • Lakukan senaman sederhana seperti berjalan laju, berbasikal dan berenang sekurang-kurangnya 30 minit, tiga hari seminggu. • Dapatkan sokongan daripada orang yang rapat.