Data Loading...
BIO T5 KSSM BAB 5 Gerak Balas dalam Tumbuhan zila khalid =) Flipbook PDF
BIO T5 KSSM BAB 5 Gerak Balas dalam Tumbuhan zila khalid =)
138 Views
362 Downloads
FLIP PDF 1.75MB
Bab 5 Gerak Balas dalam Tumbuhan Biologi Tingkatan 5 KSSM Oleh Cikgu Norazila Khalid
Smk Ulu Tiram, Johor
5.1 Jenis Gerak Balas
Jenis Gerak Balas Tumbuhan • Gerak
Balas Tropisme
• Gerak
Balas Nasti
Gerak Balas Tropisme •
Gerak balas tropisme merupakan gerak balas bahagian-bahagian tertentu tumbuhan seperti akar dan pucuk, sama ada tumbuh mendekati atau menjauhi rangsangan.
•
Terdapat pelbagai jenis gerak balas dalam tumbuhan, iaitu tigmotropisme, geotropisme, hidrotropisme, fototropisme dan kemotropisme.
Contoh Gerak Balas Tropisme • Tigmotropisme • Geotropisme • Hidrotropisme • Fototropisme • Kemotropisme
Gerak Balas Nasti • Gerak
balas nasti terdiri daripada beberapa jenis, iaitu fotonasti, seismonasti, niktinasti, termonasti dan tigmonasti.
Fotonasti o Biasanya,
kelopak bunga terlibat dalam gerakan fotonasti yang bergerak balas terhadap cahaya.
o Bunga
ros Jepun berkembang apabila menerima cahaya matahari yang maksimum.
o Bunga
ros Jepun menguncup pada waktu malam.
Seismonasti • Seismonasti
merupakan gerak balas yang berlaku disebabkan oleh rangsangan mekanikal seperti kejutan, sentuhan, tiupan angin dan titisan air hujan.
• Gerakan
seismonasti dapat dilihat pada daun, stigma dan stamen
• Contoh
semalu
Niktinasti •
Niktinasti merupakan gerak balas ritma sirkadian tumbuhan terhadap keadaan gelap.
•
Biasanya, daun pokok kekacang seperti daun pokok petai belalang, menguncup pada waktu malam dan kembali terbuka pada waktu siang
•
Contoh pokok petai belalang
Termonasti
•
Termonasti merupakan gerak balas tumbuhan terhadap perubahan suhu persekitaran.
•
Sebagai contoh, bunga tulip kembang mekar disebabkan kenaikan suhu dan menguncup apabila suhu menurun
•
Contoh Tulip
Tigmonasti •
Tigmonasti merupakan gerak balas tumbuhan terhadap getaran.
•
Gerak balas ini dapat diperhatikan pada tumbuhan karnivor seperti perangkap lalat Venus.
•
Rangsangan yang diterima menyebabkan daun tertutup dan memerangkap serangga
5.2 Fitohormon
Fitohormon • Tumbuhan
tidak mempunyai sistem saraf seperti manusia dan haiwan yang menggunakan sistem saraf dan hormon bagi mengawal atur aktiviti hidupnya.
• Hal
ini dikatakan demikian kerana gerak balas yang dilakukan oleh tumbuhan dapat diperhatikan dengan jelas selepas suatu tempoh masa tertentu.
• Fitohormon
atau hormon tumbuhan, merupakan bahan kimia yang merangsang dan menyelaras gerak balas dalam tumbuhan terhadap rangsangan pada kepekatan yang sangat rendah.
Kesan Auksin terhadap Gerak Balas Pertumbuhan •
Tumbuhan bergerak balas terhadap rangsangan dalam bentuk pertumbuhan.
•
Gerak balas pertumbuhan dikawal oleh auksin.
•
Gerak balas tropisme berkait rapat dengan taburan auksin.
•
Rangsangan luar seperti cahaya dan graviti mempengaruhi taburan auksin dalam tumbuhan.
•
Auksin memberi kesan yang berbeza kepada sel-sel di pucuk dan sel-sel di akar.
•
Kepekatan auksin yang tinggi merangsang pemanjangan sel di pucuk tetapi merencatkan pemanjangan sel di akar
Peranan Auksin dalam Gerak Balas Fototropisme •
Arah gerak balas hujung pucuk bergantung kepada arah rangsangan cahaya.
•
Taburan auksin pada pucuk adalah sekata jika didedahkan kepada cahaya dari semua arah.
•
Hal ini menyebabkan pucuk tumbuh tegak ke atas.
•
Apabila pucuk didedahkan kepada cahaya dari satu arah sahaja, auksin akan bergerak menjauhi cahaya.
Peranan Auksin dalam Gerak Balas Fototropisme •
Kepekatan auksin lebih tinggi di bahagian teduh.
•
Kepekatan auksin menjadi tidak sekata di pucuk.
•
Sel di bahagian teduh mengalami pemanjangan yang lebih berbanding dengan sel pada bahagian yang terkena cahaya.
•
Kesannya, pucuk membengkok ke arah cahaya.
•
Pucuk menunjukkan fototropisme positif.
Peranan Auksin dalam Gerak Balas Geotropisme •
Gerak balas tumbuhan terhadap tarikan graviti juga dikawal oleh auksin.
•
Biji benih bercambah di dalam tanah secara mendatar.
•
Auksin berkumpul di bahagian bawah hujung pucuk dan akar disebabkan oleh tarikan graviti.
•
Akar menunjukkan gerak balas geotropisme positif kerana tumbuh ke bawah, iaitu mengikut arah tarikan graviti, manakala pucuk menunjukkan gerak balas geotropisme negatif kerana tumbuh ke atas, melawan arah tarikan graviti.
5.3 Aplikasi Fitohormon dalam Pertanian
Aplikasi Fitohormon dalam Pertanian •
Fitohormon merupakan bahan kimia yang banyak membantu dalam perkembangan bunga, buah, batang dan akar.
•
Fitohormon bukan sahaja dihasilkan secara semula jadi, malah dapat dihasilkan secara sintetik didalam makmal.
•
Menggalakkan pertumbuhan tanaman
•
Merangsang pengembangan akar (pembiakan aseks) pada keratan batang tumbuhan berkayu bagi tanaman hortikultur
•
Menghasilkanbuah rumpai tanpa biji melalui kaedah partenokarpi
•
Digunakan sebagai racun
•
Melambatkan pertunasan ubi kentang semasa penyimpanan atau pemasaran
•
Pembentukan tumbuhan yang rendah dan rimbun
Auksin
Giberelin •
Merawat tumbuhan kerdil akibat mutasi tumbuh ke ketinggian normal
•
Merangsang pemanjangan tangkai bunga dengan cepat
•
Digunakanuntuk menghasilkan buah anggur yang lebih besar
•
Menggalakkan percambahan biji benih tanaman seperti salad, oat dan tembakau pada keadaan suhu rendah atau kekurangan cahaya
Asid Absisik • Memberi
kesan perencatan ke atas proses percambahan dan pertumbuhan
Sitokinin •
Teknik kultur tisu - merangsang pembahagian dan pembezaan sel
•
Teknik kultur tisu – digunakan bersama auksin untuk merangsang pembentukan organ tumbuhan seperti akar dan batang
•
Digunakan untuk melambatkan penuaan daun bagi pokok bunga yang baru dipotong
Etilena •
Digunakan secara komersil untuk merangsang pemasakan buah dengan cepat dan secara sekata
•
Merangsang pembungaan serentak pada tumbuhan dalam ladang
TAMAT