Data Loading...

BUKU SKRAP SAINS PENGAWETAN MAKANAN Flipbook PDF

BUKU SKRAP SAINS NURAIN QAISARA


612 Views
382 Downloads
FLIP PDF 1.66MB

DOWNLOAD FLIP

REPORT DMCA

PENGAWETAN MAKANAN

BUKU SKRAP SAINS TAHUN 6 SEKOLAH KEBANGSAAN (1) SULTAN ALAM SHAH NAMA

: NURAIN QAISARA BINTI MUHAMMAD RIDZWAL.

KELAS

: 6 CERDIK.

NAMA GURU : PUAN ZUHANA BINTI MUKRIM. TAJUK

: PENGAWETAN MAKANAN.

1

PENGAWETAN MAKANAN

ISI KANDUNGAN BIL 1 2 3 45 6-

7 8 9 10

TAJUK SEKAPUR SIREH PENDAHULUAN KEROSAKAN MAKANAN PUNCA KEROSAKAN MAKANAN PENGAWETAN MAKANAN KAEDAH PENGAWETAN MAKANAN 1) PENDIDIHAN 2) PENJERUKKAN 3) PEMBUNGKUSAN VAKUM 4) PENGERINGAN 5) PENYEJUKBEKUAN DAN PENDINGINAN 6) PEMASINAN 7) PELILINAN 8) PENGETINAN DAN PEMBOTOLAN 9) PEMPASTEURAN 10) PENYALAIAN KEPENTINGAN TEKNOLOGI PENGAWETAN MAKANAN KEBAIKAN DAN KELEMAHAN KAEDAH PENGAWETAN MAKANAN KESIMPULAN RUJUKAN

2

MUKA SURAT 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19-21 22 23

PENGAWETAN MAKANAN

SEKAPUR SIREH Saya Nurain Qaisara dari kelas 6 Cerdik ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu saya menyiapkan dan menjayakan buku skrap sains ini. Pertamanya, kami ingin menggucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya iaitu En. Muhammad Ridzwal bin Shik Jan dan Pn. Azlina binti Adnan yang telah memberi saya dorongan dan sokongan serta membantu saya untuk membuat buku skrap ini. Kedua, saya ingin merakamkan setinggi penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada guru sains kami iaitu Pn. Zuhana binti Mukrim yang telah memberi saya tunjuk ajar dan bimbingan dalam merancang dan melaksanakan hasil kerja buku skrap ini. Akhir sekali, jutaan terima kasih diucapkan kepada adik-beradik dan keluarga saya kerana telah memberi bantuan dan dorongan sepanjang buku skrap ini dihasilkan.

3

PENGAWETAN MAKANAN

PENDAHULUAN OBJEKTIF BUKU SKRAP :

Melalui buku skrap ini, saya dapat: 1) Memerhati kerosakan makanan. Malah, secara tidak langsung saya dapat mengenalpasti ciri-ciri makanan yang telah rosak dan melatih diri saya supaya berhati-hati dalam pemilihan makanan yang baik untuk kesihatan. 2) Mengetahui punca kerosakan makanan. Oleh itu saya dapat mengambil langkah-langkah selamat supaya terhindar daripada keracunan makanan. 3) Mengetahui definisi pengawetan makanan dan tujuannya untuk memenuhi keperluan asasi kehidupan. 4) Mempelajari kaedah pegawetan makanan yang baik dan selamat supaya makanan lebih tahan lama dan tidak mudah rosak. 5) Mengukuhkan hubungan sosial dengan ibu bapa, guru dan ahli keluarga. Ini disebabkan ketika menghasilkan buku skrap ini, saya akan berhubung diantara satu sama lain untuk mendapatkan maklumat. Secara tidak langsung, hubungan dalam keluarga dapat dieratkan dan semangat hormat menghormati akan wujud.

4

PENGAWETAN MAKANAN

KEROSAKAN MAKANAN Makanan yang rosak boleh diperhatikan dengan menggunakan deria penglihatan, bau, sentuhan dan rasa. Diantara ciri-ciri makanan yang telah rosak adalah seperti:

Daging: Bertukar warna jadi kehitaman, berbau busuk dan berlendir. Ikan: Rosak, berubah tekstur dan berbau busuk. Susu: Berubah tekstur, berbau busuk, berbasa masam, berbuih dan berketul-ketul.

Sayuran: Bertukar warna kekuningan dan layu.

Buah-buahan: Berubah tekstur, berkulat dan berubah warna. Nasi: Lembik, berlendir, bertompok hitam dan berbau masam.

Roti dan kek: Berkulat dan mempunyai tompok kehitaman.

Makanan dalam tin: Berbuih dan keruh, berbau busuk, tin menjadi kemek, mengembang dan berkarat.

5

PENGAWETAN MAKANAN

PUNCA KEROSAKAN MAKANAN

Makanan menjadi rosak disebabkan oleh tindakan mikroorganisma yang bertumbuh dalam makanan.

Mikroorganisma seperti bakteria dan fungi membiak dengan cepat dalam keadaan yang sesuai.

Bakteria dan kulat memerlukan yang berikut untuk membiak : Udara, air, nutrien, suhu yang sesuai dan keasidan yang sesuai.

Keadaan yang lembap dan panas membantu bakteria dan fungi bertumbuh dengan lebih cepat.

6

PENGAWETAN MAKANAN

PENGAWETAN MAKANAN

Pengawetan makanan ialah kaedah pemprosesan makanan yang boleh menghalang atau melambatkan proses hidup mikroorganisma. Tujuan pengawetan makanan ialah supaya lebih tahan lama dan tidak mudah rosak.

7

PENGAWETAN MAKANAN

KAEDAH PENGAWETAN MAKANAN

1) PENDIDIHAN

Proses memanaskan makanan pada suhu yang tinggi.

Kaedah pemanasan pada suhu yang tinggi akan membunuh kebanyakan mikroorganisma seperti bakteria dan fungi.

Oleh itu, makanan boleh tahan lebih lama apabila bakteria dan fungi dibunuh.

8

PENGAWETAN MAKANAN

2) PENJERUKKAN

Proses merendamkan makanan di dalam cuka, larutan gula dan garam.

Penjerukkan mengurangkan air dalam makanan. Ia menjadikan keadaan tidak sesuai untuk mikroorganisma bertumbuh atau membiak.

9

PENGAWETAN MAKANAN

3) PEMBUNGKUSAN VAKUM

Proses mengeluarkan semua udara daripada bekas atau pembungkus makanan. Ketiadaan udara menyebabkan bakteria dan kulat tidak boleh bertumbuh atau membiak.

10

PENGAWETAN MAKANAN

4) PENGERINGAN

Kaedah ini mengeluarkan atau menyingkirkan kabanyakan air daripada makanan.

Makanan boleh dikeringkan dibawah cahaya matahari atau ketuhar.

Ketiadaan air menyebabkan mikroorganisma akan mati atau menjadi tidak aktif.

11

PENGAWETAN MAKANAN

5) PENYEJUKBEKUAN DAN PENDINGINAN

Kaedah Suhu rendah Kaedah menyimpan menyebabkan menyimpan makanan di mikroorganisma makanan pada dalam kurang aktif dan suhu takat beku persekitaran lambat (0֯C) dan ke bersuhu kurang bertumbuh bawah. dari (180֯C). serta membiak.

12

PENGAWETAN MAKANAN

Penggunaan garam untuk menyingkirkan kandungan air dan juga pengawalan keasidan pada makanan merupakan petua yang diwarisi sejak turun temurun lagi.

6) PEMASINAN

garam akan menyingkirkan kelembapan pada makanan.

13

PENGAWETAN MAKANAN

7) PELILINAN

Dapat mengekalkan kesegaran buah atau sayuran. Proses menyalut buah dan sayuran dengan lilin cair untuk mencegah pertumbuhan mikroorganisma di permukaannya.

14

PENGAWETAN MAKANAN

8) PENGETINAN DAN PEMBOTOLAN

Proses mendidihkan makanan untuk membunuh mikroorganisma. Makanan kemudiannya disejukkan dan dimasukkan ke dalam bekas kedap udara.

Pemanasan pada suhu didih dapat membunuh kebanyakan bakteria aktif tanpa merosakkan rasa dan nilai nutrisi makanan itu.

15

PENGAWETAN MAKANAN

16

PENGAWETAN MAKANAN

10) PENYALAIAN Kaedah mengeringkan makanan dengan cara mengasapnya untuk satu tempoh yang agak lama.

Ia boleh membantutkan pertumbuhan mikroorganisma.

17

PENGAWETAN MAKANAN

Buah-buahan bermusim dapat dinikmati sepanjang tahun. Makanan yang diawet dapat disimpan lebih lama dan boleh memenuhi keperluan bekalan makanan sepangjang tahun.

Makanan yang telah di tinkan boleh mengatasi masalah bekalan makanan semasa kecemasan. Contohnya, banjir melanda sesebuah kawasan.

KEPENTINGAN TEKNOLOGI PENGAWETAN MAKANAN

18

Sesetengah makanan yang dihasilkan sesebuah negara boleh dinikmati oleh negara lain. Teknologi pengawetan makanan memudahkan makanan disimpan dan mudah diangkut untuk dipasarkan ke tempat lain.

PENGAWETAN MAKANAN

KEBAIKAN DAN KELEMAHAN KAEDAH PENGAWETAN MAKANAN KAEDAH PENGAWETAN PENDIDIHAN

PENJERUKKAN

KEBAIKAN

KELEMAHAN

Dapat membunuh bakteria

Makanan perlu sentiasa

dan fungi semasa

dipanaskan untuk

dipanaskan pada suhu takat

membunuh mikroorganisma

didih yang tinggi.

secara berterusan.

Penyingkiran kandungan air

Rasa makanan yang dijeruk

pada makanan

akan berubah dan teksturnya

menyebabkan

juga akan berubah

mikroorganisma tidak

berbanding dengan makanan

mempunyai keperluaan asas asal. untuk membiak.

Pengambilan makanan jeruk yang mengandungi pengawetan yang berlebihan akan memudaratkan kesihatan dan menyebabkan kanser.

PEMBUNGKUSAN VAKUM

Dapat mengekalkan rasa,

Risiko makanan untuk rosak

tekstur dan warna makanan

amatlah tinggi kerana

yang asal.

sekiranya pembungkusan tersebut terkoyak atau terdapat lubang, maka udara dapat memasuki ke bungkusan makanan tersebut, lantas menyebabkan mikroorganisma dapat bertindak dan makanan menjadi rosak.

19

PENGAWETAN MAKANAN

KAEDAH PENGAWETAN PENGERINGAN

KEBAIKAN

KELEMAHAN

Makanan kelihatan kering

Rasa dan teksturnya akan

dan tahan lama.

berubah menjadi kering, keras dan masin kerana dibubuh garam yang banyak semasa proses pengeringan.

PENYEJUKBEKUAN

Suhu yang rendah

kos elektrik yang tinggi

DAN PENDINGINAN

menebabkan

memandangkan makanan

mikroorganisma menjadi

perlu sentiasa disejuk beku

tidak aktif dan tidak

dan didinginkan.

membiak atau bertumbuh di atas makanan. PEMASINAN

Makanan dapat dikekalkan

Rasa dan tekstur makanan

dan tahan lama untuk angka

akan berubah menjadi

masa yang panjang.

masin. Pengambilan garam yang berlebihan pada makanan juga tidak baik untuk kesihatan.

PELILINAN

Makanan tersebut tidak

Lilin yang digunakan

terdedah kepada udara,

sebenarnya tidak begitu baik

kelihatan segar sekali gus

untuk kesihatan dan

menyekat keperluan asas

dicadangkan kupas atau

mikroorganisma untuk

menyiatkan kulit makanan

membiak.

tersebut supaya kita tidak termakan lilin yang digunakan untuk mengawet makanan.

20

PENGAWETAN MAKANAN

KAEDAH PENGAWETAN

KEBAIKAN

KELEMAHAN

PENGETINAN DAN

Membunuh mikroorganisma Melibatkan kos yang lebih

PEMBOTOLAN

semasa pengetinan

tinggi memandangkan

menerusi pemanasan pada

memerlukan tin dan mesin

suhu tinggi kemudian

untuk memeprosesnya,

mengeluarkan semua udara dalam tin tersebut supaya menjadi bentuk kedap

Rasa dan tekstur serta warna makanan juga akan berubah.

udara.

PEMPASTEURAN

Amat baik untuk mengawet

Makanan akan rosak dengan

susu atau jus buah-buahan

lebih cepat jika

kerana melalui proses

pembungkusannya tidak

pemanasan dan penyejukan

ketat atau bocor.

segera, mikroorganisma akan terbunuh.

PENYALAIAN

Konsep menyingkirkan

Makanan ini akan menjadi

kandungan air dalam

rangup atau kering di

makanan menghalang

samping tekstur rasa

pembiakan mikroorganisma. makanan tersebut akan berubah.

21

PENGAWETAN MAKANAN

KESIMPULAN

Setelah menghasilkan buku skrap ini, saya dapat memahami lebih dalam tentang ciri-ciri kerosakan makanan dan punca kerosakan makanan. Hasilnya, saya lebih peka dan berhati-hati dalam pemilihan makanan supaya tidak mengganggu kesihatan diri. Di samping itu, melalui penghasilan buku skrap ini juga saya dapat mempelajari kaedah pengawetan makanan. Ini secara tidak langsung saya dapat memilih makanan yang baik untuk kesihatan. Akhir sekali, kepelbagaian kaedah pengawetan makanan dapat memenuhi keperluan makanan asasi rakyat Malaysia sepanjang tahun. Sebagai rakyat Malaysia, saya merasa bangga dan amat menghargai kebaikan kaedah teknologi pengawetan makanan ini walaupun terdapat beberapa kelemahan. Namun begitu, kita harus bijak memilih dan berhatihati dalam pengambilan makanan yang berkhasiat supaya tidak mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan. Kemodenan teknologi ini perlu dipraktiskan untuk kelangsungan hidup manusia di muka bumi ini.

22

PENGAWETAN MAKANAN

RUJUKAN 1) Buku teks KSSR tahun 6. 2) Buku rujukan Focus UPSR Sains KSSR 3) https://www.changtunkuet.com/unit-8-pengawetan-makanan/nota-sains-tahun-6-unit8-pengawetan-makanan 4) https://www.google.com/search?q=gambar+pendidihan: 5) https://www.google.com/search?q=Boiling+Water+use+glass+pot 6) https://www.google.com/search?q=gambar+penjerukkan&client=firefox-bd&tbm=isch&source=iu&ictx=1&fir=uj2pPX8CUvo_- : 7) https://www.google.com/search?q=gambar+penjerukkan&client=firefox-bd&tbm=isch&source=iu&ictx=1&fir=uj2pPX8CUvo_8) https://www.google.com/search?q=gambar+pembungkusan+vakumh=: 9) https://www.google.com/search?q=gambar+pembungkusan+vakum+sayursayurand73_ 10) https://www.google.com/search?q=gambar+pengeringan 11) https://www.google.com/search?q=gambar+penyejukbekuan+dan+pendinginan 12) https://www.google.com/search?q=gambar+penyejukbekuan+dan+pendinginan&client 13) https://www.google.com/search?q=gambar+pemasinan&client 14) https://www.google.com/search?q=gambar+telor+masin 15) https://www.google.com/search?q=gambar+pelilinan: 16) https://www.google.com/search?q=gambar+pempasteuran :

23