Data Loading...

Dear Darling Ebook Flipbook PDF

Oleh Hana Efriena


126 Views
125 Downloads
FLIP PDF 1.66MB

DOWNLOAD FLIP

REPORT DMCA

AUTOGRAF You know you’ve found true love When you catch yourself Falling in love with the same person Over and over again. - Unknown

Dear Darling

CETAKAN PERTAMA: JULAI 2019 Penerbit Hana Efriena (HE Dynamic Enterprise) (SSM: TR0153098-X) 350, Batu 50, Jalan Paka 23000 Dungun,Terengganu [email protected] HAK CIPTA TERPELIHARA Tidak dibenarkan mana-mana bahagian dari terbitan ini diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukar dalam apa-apa bentuk atau dengan apa jua alat sekalipun tanpa kebenaran bertulis dari pihak Hana Efriena (HE). Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-Dalam-Penerbitan Hana (HE), 1993Dear Darling / HANA (HE). 1. Malaysian Fiction (Malay). 2. Malay Fiction. I. Judul. 899. 2333 Rekaan Kulit: Sofiy Susun Letak Isi: Fadziella Ibrahim Dicetak oleh : FIRDAUS PRESS SDN. BHD (SSM-986966-A) No 28 Jalan PBS 14/4 Taman Perindustian Bukit Serdang 43300 Seri Kembangan Selangor Tel/Fax: 03 89405595 [email protected]

DEDIKASI Terima kasih buat semua yang membantu dan menyokong hingga karya ke-30 Hana, DEAR DARLING ini akhirnya berjaya ke versi cetak. Buat keluarga Hana terutamanya mama yang dikasihi, Fatimah Binti Abu Bakar.. sesungguhnya doronganmu menjadikan diri ini sentiasa bersemangat. Buat ibu saudara Hana, Che Bati Binti Abu Bakar, Che Gayah Binti Abu Bakar, terima kasih kerana sentiasa menaikkan semangat untuk Hana terus menulis. Buat keluarga, Nasihas, Nashafizi, Mohd Naim Hakimi, Zanurlida, Zazila, Zanuhazira, Zarulfizal, Zanizam, Zazulfadly, Hana ucapkan jutaan terima kasih kerana selama ini selalu menyokong Hana dari belakang. Buat arwah pa yang dah kembali ke pangkuan Yang Maha Esa, terima kasih kerana bersusah payah membesarkan Hana hingga Hana mampu menjadi diri Hana yang sekarang ini. Semoga tenang di sana, pa. Sekalung penghargaan juga buat temanteman penulis yang turut menyokong karya ini.

Buat sahabat yang bernama Syikin, thanks sebab kadang-kadang kena jadi editor aku. Buat encik suami yang dicintai, Muhammad Syafiq bin Ibrahim. Terima kasih kerana selalu jadi peneman waktu saya menyiapkan ‘DEAR DARLING’. Terima kasih juga sebab tolong saya ambil order pembacapembaca yang tak mahu ketinggalan mendapatkan naskhah ini. Tidak lupa juga sekalung ucapan terima kasih buat Ifwat dan Naim, selaku pembantu yang mengendalikan order melalui Facebook Page: HE Dynamic Publication. Dan yang takkan pernah Hana lupa, semua pembaca-pembaca yang Hana kasihi. Terima kasih kerana sentiasa menyokong Hana dari belakang. Buat TEAM PROMO yang diwakili oleh Kak Juliana, Kak Intan, Kak Zamira, Puteri Haron, Kak Hazrina, Kak Ayu Ahmad dan Kak Noorazean.. THANKS SO MUCH! Tak dapat Hana senaraikan yang lain kerana masih ramai yang menyokong Hana selama ini. Ketahuilah tanpa anda, siapalah seorang Hana Efriena. Saya sayang anda semua! Hugss..

Dear Darling It’s a miracle for two people to like each other at the same time.

HANA (HE)

HARAPAN DARIPADA SEORANG PENULIS: Selamat melayari naskhah DEAR DARLING. Ambil mana yang boleh diteladani, tinggalkan mana yang patut dihindari. Moga yang baikbaik saja anda pelajari daripada naskhah ‘DEAR DARLING’ ini.



PROLOG

H

UDZER pandang wajah Puan Khatijah dengan renungan tak puas hati. Tak tahu nak zahirkan macam mana rentak perasaan dia sekarang. Yang pasti, khabar yang Puan Khatijah baru sampaikan padanya itu cukup mengganggu perasaan Hudzer. “Jadi ibu dan baba setuju ke?” Soalan Hudzer. Berdebar-debar menantikan jawapan daripada bibir Puan Khatijah. Saat Puan Khatijah jatuhkan kepala, Hudzer mula lepaskan dengusan kasar. “Kenapa tak bincang dengan Zer dulu?” Lagak tak puas hati. “Kalau ibu bincang dengan Zer, Zer tu 1

Dear Darling w HANA (HE)

setuju ke dia tinggal kat sini?” “Of course, not!” Suara Hudzer jelas kedengaran serius. Puan Khatijah ukir senyum nipis. “Sebab ibu dah dapat agak tu jawapan Zer, ibu dan baba buat keputusan kami sendiri.” “I don’t like her.” Jujur bicara yang termuntah pada seulas bibir. Puan Khatijah senyum mendengarkan pengakuan si anak. “Ibu, Zer serius ni. Zer tak suka dia.” Tekan Hudzer lagi. Geram pula tengok Puan Khatijah senyum-senyum macam tu. “Ya, ibu tahu Zer tak suka dia. Tapi Aunty Amena dan Uncle Smith memang tak ada orang lain lagi nak minta tolong. Baba tu sajalah harapan Aunty Amena. Lagipun untuk sementara sahaja. Mereka ke Melbourne pun untuk uruskan anak syarikat di sana yang bermasalah. Dah selesai masalah kat sana, mereka baliklah jemput Qeya tu nanti.” Panjang lebar penjelasan Puan Khatijah. Malangnya, sikit pun tak melegakan Hudzer. “Kalau budak tu pindah sini, biar Zer aje yang menyewa dekat luar.” 2

Dear Darling w HANA (HE)

“Takkan sampai macam tu?” “Ibu tahu Zer ni alergik dengan dia sungguh kan?” “Sampai bila? Budak yang Zer bencikan sangat tu sepupu Zer juga.” “Lebih relalah kalau tak ada sepupu gedik dan terdesak macam dia tu.” Bibir mencebir. Bagaikan terbayang-bayang lagak kanakkanak perempuan berusia lapan tahun yang sibuk saja mengekori dia ke mana saja. Selalu sangat cari alasan untuk bermalam di rumah keluarganya. Kononnya nak minta tunjuk ajar Puan Khatijah dan Encik Rudy adakan kelas malam sebagai persediaan menghadapi ujian. Mentangmentanglah kedua-dua ibu bapa Hudzer tu cikgu. Kalau niat memang nak dapatkan ilmu, tak mengapa. Ini kecil-kecil pun dah pandai menggatal. Suka cari perhatian Hudzer sampaikan Hudzer rimas. Tak sangka perangai gedik dan terdesak itu akhirnya dibawa hingga ke tua. Alahai.. “Zer?” panggil Puan Khatijah saat dia lihat si anak bujang seakan terleka. Toleh, wajah Puan Khatijah dipandang dengan perasaan sebu. 3

Dear Darling w HANA (HE)

“Zer tahu Zer dah tak ada pilihan lain sebab ni rumah ibu dan baba. Dan Zer tahu ibu dan baba takkan benarkan Zer pindah kan?” soal Hudzer bagaikan mengerti apa yang bermain di fikiran Puan Khatijah. “Dia tumpang sekejap aje, Zer. Nanti mummy dan daddy dia balik, dia pindahlah. Aunty Amena dan Uncle Smith minta kita jagakan sekejap aje.” Naik menyampah pula dengar perkataan ‘jagakan’ tu. Macamlah gerangan yang Puan Khatijah maksudkan tu kecil lagi. Dah dua puluh tujuh tahun kut. Kalau kahwin, dah boleh beranakpinak. Sajalah tu datang nak menggedik lagi. Hish! “Bila budak tu nak pindah sini?” “Lagi dua hari selepas Aunty Amena dan Uncle Smith berlepas ke Melbourne.” Hudzer pegang dahi. Automatik rasa pening kepala. Dua hari tu bukannya lama sangat pun. Pejam-celik, pejam-celik, dia dah terpaksa nak menghadap satu-satunya perempuan yang paling dia anti sejak kecil lagi. “Kalau Zer lancarkan perang dekat dalam rumah ni, ibu jangan salahkan Zer. Sejak dulu lagi ibu tahu Zer tak suka perangai dia kan?” Ayat 4

Dear Darling w HANA (HE)

Hudzer seakan mengugut sebelum bangkit berdiri untuk naik ke tingkat atas. Puan Khatijah kebam bibir. Sejujurnya, masih ada berita hangat yang belum dia khabarkan pada Hudzer. Yakin, sebaik saja berita ini dia sampaikan, pasti bom bakal meledak di kepala Hudzer. “Zer, ibu tak habis cakap lagi ni.” Kaki Hudzer terpasak. Toleh, tayang wajah tak berminat. “Apa lagi ni, bu?” “Yang sebenarnya, Aunty Amena dan Unlce Smith ada lagi hajat yang dia minta ibu sampaikan pada Zer.” Kening berkerut. “Hajat apa?” Tak semena, jantung bekerja lebih masa untuk sekali lagi. “Mereka tanya dekat RH Holdings ada kerja kosong tak untuk..” “No! Zer takkan terima dia bekerja di RH Holdings.” Hudzer bagi kata putus. Malangnya.. 5

Dear Darling w HANA (HE)

“Tapi baba dah setuju, Zer.” Tersekatsekat suara Puan Khatijah. Cuak juga nak tengok penerimaan si anak. Dan Hudzer, hanya mampu meraup wajahnya berulang-kali. Kenapa semua orang buat keputusan tanpa bertanyakan dia terlebih dahulu? Argh, stress! Jerit Hudzer dalam hati. Kacau bilau dunia Hudzer dalam sekelip mata.

6

BAB 1

H

UDZER longgarkan tali leher yang membelit. Elok pula terserempak dengan Qeya yang baru saja turun dari kereta pemandu keluarganya. Toleh sekilas, Hudzer terus menonong untuk mengelak daripada bertembung. Laju pula si Qeya ni mengejar dari belakang. “Darling..” Suara halus itu menjerit. Hudzer ketap gigi. Panggilan itu pada siapa lagi ditujukan kalau bukan Hudzer? Pekakkan telinga, sambung melangkah. Terhenti bila sebatang tubuh itu sudah elok menghadang laluan. “You ni apahal? I balik penat-penat 7

Dear Darling w HANA (HE)

ni, jangan nak cari pasal sangat.” Wajah Hudzer bengang. Orang dah bagi tumpang, sibuk pula nak tunjuk perangai tak semenggah. Sepatutnya Qeya tahulah nak jaga tingkah-laku sikit. Qeya.

“I panggil you, you tak dengar ke?” aju Sekali lagi Hudzer mendengus.

sengih.

“You nak apa?” Kasar bertanya. Qeya “Bilik I yang mana satu?”

Terus wajah Hudzer berubah rona. Nak tanya pasal bilik, pergilah cari Puan Khatijah. Yang sibuk tanya dia kenapa? “You ingat I ni alu-alukan sangat kedatangan you ke sini sampaikan bilik you pun I yang nak kena sediakan?” Sarkastik. Undur satu tapak, Hudzer berlalu melepasi tubuh langsing milik Qeya. Qeya tak putus asa. Terus mengejar langkah Hudzer hingga ke tingkat atas. Sebelum sempat Hudzer tutup daun pintu, tubuh Qeya dah elok membolos masuk. Lepas tu selamba badak aje

8

Dear Darling w HANA (HE)

Qeya rebahkan tubuh terlentang di atas katil milik Hudzer. “Apa yang you cuba buat ni?” Celah gigi suara yang meluncur. Qeya pula masih acah-acah menikmati kelembutan tilam empuk milik Hudzer. Sampai terpejam-pejam biji mata. “Qeya Alanna!” Hudzer.

“What?” Qeya celik sebelah mata renung

“Sebelum I humban you ke luar, lebih baik you keluar dari bilik I sekarang!” jerkah Hudzer bersama tangan yang terarah ke pintu bilik. Menghalau Qeya secara terang-terangan. Spontan Qeya duduk tegak. “I tumpang kejap ajelah. Sementara I tunggu Aunty Khaty balik sebab I tak tahu bilik I yang mana satu. You tak kesian ke tengok bakal isteri you ni penat? Kaki I lenguh tau terpaksa berkejar hantar mummy dan daddy ke airport.” Tak terselit nada bersalah. Pakej mengadu, tayang wajah minta simpati lagi. Makin buat kepala Hudzer rasa berdengung. Pejam mata, Hudzer cuba titipkan 9

Dear Darling w HANA (HE)

rasa sabar. Saat dia lihat Qeya kembali rebahkan tubuh ke atas katil miliknya, rahang Hudzer mula bergerak-gerak ganas. Sebelum Qeya kena maki dengan dia, ada baiknya Hudzer angkat kaki. Malas nak tambah dosa seboleh-bolehnya. “Lagi setengah jam kalau I naik ke atas dan you masih bertenggek dekat atas katil I, jangan salahkan I kalau I terpaksa berkasar dengan you.” Sempat bagi amaran sebelum kelibat Hudzer menghilang. Tersenyum meleret Qeya memerhatikan belakang tubuh sasa milik Hudzer. Entah kenapa, makin Hudzer marah, makin Qeya rasa suka. Aura Hudzer bagaikan lebih seksi ketika lelaki itu marah. Ah, parah sungguh penyakit angau Qeya kali ini. Jangan sampai terpaksa jadi perempuan psiko sudahlah. Nak tunggu cinta Qeya berbalas bukannya mudah. Berbelas tahun Qeya mencuba, sikit pun Hudzer tak tunjukkan sebarang perubahan. Tetap beku. Tetap kaku. Namun yang beku dan kaku itu jugalah menjadi pujaan hati Qeya. 10

BAB 2

S

IBUK dengan iPad di tangan, Hudzer sikit pun tak endahkan kelibat Qeya. Pandang wajah Qeya pun Hudzer dah rasa menyampah, inikan pula kalau Qeya mula bersuara. Ingatkan bolehlah buat-buat tak nampak Qeya, nyaris nak tercampak iPad di tangan bila tak semena Qeya labuhkan punggungnya di atas paha kiri milik Hudzer. Hari kedua Qeya di sini pun Qeya dah berani buat hal, okey? Tak ke melampau perangai gedik perempuan ni? “Ops! I ingatkan sofa tadi. Sorry, darling. Punggung I salah ‘landing’ pula.” Terkekeh-kekeh ketawa sambil tayang wajah minta penampar.

11

Dear Darling w HANA (HE)

Hudzer kecilkan biji mata. Banyaklah Qeya punya salah ‘landing’. Takkan sofa dengan paha dia pun Qeya tak boleh nak bezakan? Mendengus, Hudzer bangkit berdiri dari sofa. Dah tak ada ‘mood’ nak terus duduk dekat ruang tamu kalau lintah menggeletis macam Qeya ni turut ada sama. “Where to go, darling? I baru aje turun ni.” Deras jemari Hudzer disambar. Turun pandang jemari sendiri, berasap sekeping hati milik Hudzer dibuatnya. Dengan pakaian tak cukup kain. Lepas tu, mudah-mudah aje sentuh tangan lelaki bukan mahram? ya?

Eh, perempuan jenis apa Qeya ni agaknya

“Did I give you permission to touch me, Qeya?” Keras bicara Hudzer. Sekali lagi sengih tak bersalah terpamer pada bibir Qeya. Separa rela, Qeya lepaskan jemari Hudzer bebas. Makin Hudzer beku, makin kuat perasaan mahu memiliki Hudzer. Hudzer dah kembali mengatur langkah.

12

Dear Darling w HANA (HE)

“Darlingg..” leret Qeya lalu membontoti Hudzer dari belakang. “Sekali lagi you panggil I dengan gelaran tu, I cilikan mulut you.” Bagi amaran lalu sambung angkat kaki. Geli-geleman Hudzer dengan gelaran yang Qeya selalu gunakan padanya. Hubungan mereka memang tak rapat sejak kecil lagi. Qeya saja yang tergedik-gedik nak bahasakan Hudzer dengan gelaran ‘darling’. “Darling, tunggulah I.” Terkedek-kedek Qeya mengejar tubuh tegap Hudzer sebelum hidungnya mula berlaga dengan belakang tubuh sasa itu. Waktu bila Hudzer tekan brek kecemasan pun Qeya tak tahu. Pusing tubuh, Hudzer tayang wajah bengkeng. “Berapa kali you nak I ulang, Qeya? Tell me. How many times do I have to remind you?!” Suara Hudzer tertahan-tahan. Qeya langsung zipkan mulut. Dalam berani, terselit juga rasa takut bila Hudzer dah guna suara celah gigi macam tu. “Lepas ni, I tak nak you panggil I ‘darling’ 13

Dear Darling w HANA (HE)

lagi. I bukan ‘darling’ you, Qeya.” Tegas Hudzer bersama wajah merah padam. “Tapi..” “Ini amaran I, Qeya. Dan kalau you masih nak ulangi lagi, you akan menyesal.” “You nak buat apa dekat I?” “Tahu tak dekat dapur tu banyak sangat cabai merah? Macam yang I cakap I takkan teragakagak nak cilikan mulut you tu kalau sekali lagi you panggil I macam tu,” hambur Hudzer bersama jari yang naik tinggi tanda amaran. Bibir Qeya terlopong. Goddamit! Hudzer ingat dia ni budak kecil ke sampai nak cilikan mulut dia segala? Panggil ‘darling’ aje pun? Yang nak berkira sangat, kenapa? Hentak kaki tanda tak puas hati, Qeya berlalu pergi bersama hati yang mendongkol geram.

14

BAB 3

B

ADAN Hudzer automatik tegak bila terasa ada sepasang kaki lain sedang menggesel-gesel bahagian betisnya. Ketap gigi, tak perlu dia nak intai ke bawah dia dah boleh teka siapa punya kerja. Perangai tak bertamadun macam tu, tak lain dan tak bukan pasti si Qeya ni punya angkara. Mata masih merenung tajam, naik geram bila Qeya sengaja berlagak selamba. “You lebih baik alihkan kaki you kalau tak nak I patah-patahkan kaki you tu nanti.” Suara celah gigi seraya tunduk menyudu nasi goreng. Qeya berpura-pura tersedak. “You cakap dengan I ke?” 15

Dear Darling w HANA (HE)

“I don’t like to repeat myself, Qeya.” Angkat pandangan, Hudzer hantarkan renungan membunuh. Malangnya sikit pun tak mampu buat Qeya mengalah. Tarik kaki yang sibuk ‘meraba’ betis Hudzer, Qeya bangkit berdiri. Bersama lenggok paling menggoda Qeya melangkah mendekati Hudzer. Punggung dilabukan pada hujung meja. Kaki sengaja disilang tinggi-tinggi. Kalau skirt dia nak terselak pun, biarlah. Kurangnya boleh dia duga iman si Hudzer ni setinggi mana. “You tak suka ke?” “You ingat I ni jenis lelaki terdesak nak ratah tubuh you?” hambur Hudzer dah tak berselera nak teruskan suapan. Berdenting sudu dan garpu dihempas ke pinggan. Malas nak berdepan dengan Qeya, Hudzer angkat tubuh nak berlalu dari ruangan makan. Tersekat pabila Qeya angkat kakinya dan juntaikan ke hadapan menghalang langkah Hudzer. Nah, perempuan bernama Qeya Alanna ni memang berani sungguh. Toleh ke sisi, wajah Qeya dicari. Rasa meluat tahap petala ke lapan tengok bibir Qeya tersengih-sengih miang memandang ke arahnya.

16

Dear Darling w HANA (HE)

“You nak alihkan sendiri kaki you atau you nak I yang tolong alihkan untuk you?” Sedikit berbaur ugutan. Qeya buat pekak pakej tayang wajah minta pelempang seperti selalu. Ralit merenung kuku-kukunya yang berwarna merah jambu. Tengok reaksi Qeya, Hudzer dah tak mampu nak kawal amarah dia lagi. Qeya nak cabar dia sangat kan? Sekelip mata.. “Argh!!” Jeritan Qeya bergema nyaring. Terlompat Qeya turun dari meja. Nasib baik punggung dia tak terhentak ke lantai. Pandang hujung betisnya yang berbekas kesan cengkaman tangan kasar milik Hudzer, wajah Qeya berubah merah-padam. bengang.

“Apa you ni? Sakitlah!” herdik Qeya

Giliran Hudzer pula yang menayang wajah tak beriak. Betulkan tali leher, Hudzer ukirkan senyuman sinis buat sepupunya itu. “Itu baru sakit sikit. Belum lagi sakit sebab azab dari neraka. Agak-agak kulit you tu

17

Dear Darling w HANA (HE)

jenis kalis api neraka ke, Qeya Alanna? Pakai baju terdedah macam tu, you ingat I akan tergoda ke?” selar Hudzer menegur pakaian Qeya yang selalu saja tak cukup kain. Silap haribulan, boleh bernanah biji mata dibuatnya. Huh! Tak tunggu lama, Hudzer terus berlalu ke muka pintu. Terserempak dengan Puan Khatijah yang baru nak masuk ke ruangan dapur. “Ibu dengar suara Qeya tadi. Kenapa, Zer?” Cemas nada suara Puan Khatijah. Hudzer buat muka. Memang tak berminat nak bersembang kalau nama Qeya yang dikaitkan sekali. “Zer buat apa dekat dia?” “Yang ibu nak risaukan sangat perempuan tu, kenapa? Sepatutnya ibu risaukan Zer. Lagi lama dia tinggal kat sini, boleh dapat penyakit darah tinggi Zer dibuatnya.” Wajah Hudzer mencuka. Puan Khatijah mengeluh dalam. “Dia buat apa lagi kali ni, Zer?” “Ibu tanyalah dia. Zer rimas dengan perangai gedik dia tu, ibu. Rimas sungguh. Tak pernah lagilah Zer jumpa perempuan tak tahu

18

Dear Darling w HANA (HE)

malu macam dia tu.” Tak bertapis bicara Hudzer. Puan Khatijah buat isyarat tangan di bibir. “Perlahanlah sikit, Zer. Dengar dek dia, kecil hati nanti.” Risau Puan Khatijah sambil meninjauk-ninjau kelibat Qeya. “Biarlah, Zer memang nak dia dengar. Jenis tak ada maruah macam perempuan tu payah sikit nak makan nasihat. Kena sound kerap kali. Dahlah, Zer nak ke pejabat dulu. Sembang pasal perempuan tu, buat Zer naik darah aje pagi-pagi buta ni.” Tunduk salam tangan Puan Khatijah, berlalu ke muka pintu. Sedar aturan tapak kakinya diekori Puan Khatijah. “Ibu nak tanya Zer sikit.” “Hmm.” Menggumam sambil sarungkan kasut ke kaki yang dah berstokin. “Bila Qeya boleh mula masuk kerja?” Nah, topik yang paling Hudzer tak suka. Tak cukup nak hadap Qeya dekat rumah, di pejabat pun perempuan tu nak menyemak. “Ikut suka hati dialah.” Jawapan Hudzer, endah tak endah. Sebab dari awal, dia memang tak sudi

19

Dear Darling w HANA (HE)

nak terima Qeya sebagai salah seorang staff RH Holdings. Sudahlah syarikat Hudzer baru bertapak, dapat pekerja macam Qeya, silap haribulan boleh huru-hara perniagaan dia dikerjakan gadis itu. “Kalau macam tu, ibu suruh dia lapor diri esok ya?” laung Puan Khatijah saat Hudzer hampir hendak membolos masuk ke dalam kereta. Hudzer pula, sekadar menjatuhkan kepala sahaja tanda membalas pertanyaan Puan Khatijah.

20

BAB 4

D

ARI jauh Hudzer dah nampak lenggok menggoda Qeya menuju ke arahnya. Kelibat Qeya masih jauh, tapi dada Hudzer dah mula terasa sempit. Makin sempit bila renung pakaian Qeya yang menyesakkan mata. Serupa bertelanjang! Malas nak layan perangai gedik Qeya, Hudzer pura-pura sibuk berbual dengan Qadri. Jatuh air muka Hudzer saat jemari halus Qeya tanpa segan-silu memeluk pinggangnya. Mujurlah fail di tangan tak terlepas jatuh ke bawah. “Hye, darling. Kenapa pergi kerja tak tunggu I?” ujar Qeya seakan berjauh hati seraya memuncungkan bibir. Ingat comel sangatlah tu agaknya. 21

Dear Darling w HANA (HE)

Qadri berdeham sekali. Hudzer pula dah kebas pipi. Sikit masa lagi, dia hempuk juga si Qeya ni dengan fail. Huh! “Aku masuk bilik dulu, Zer. Petang nanti sambung bincang balik.” Janggal nak berdepan dengan pasangan ‘romantis’ depan mata, Qadri rasa ada baiknya dia angkat kaki. Hudzer pula macam dah tak sabar nak basuh kepala otak si Qeya ni. Tepis jemari Qeya yang membelit, Hudzer renung Qeya dengan pandangan maha tajam. “Apa yang you cuba buat, Qeya?” “What? I buat apa?” Qeya tayang wajah tak bersalah. Hudzer kacip gigi, makin membengkak hati dibuatnya. “Peluk I depan Qadri, you boleh tak jangan nak tunjuk sangat perangai menggeletis you tu?” hambur Hudzer tak agak-agak. “I peluk you, bukan I peluk Qadri. Kalau I peluk Qadri, logiklah you nak marah-marah I. You tu sepupu I, Zer. Takkan I tak boleh nak peluk you kut?” “Eh, you ni ada agama ke tak, Qeya

22

Dear Darling w HANA (HE)

Alanna?” Hampir nak menjerit Hudzer mendengar baris ayat si Qeya. Dahlah masuk kerja pun ikut kepala sendiri. Pukul 10.25 pagi baru nak lapor diri, apa Qeya ingat syarikat dia ni tak ada peraturan ke? “Kenapa? Salah ke apa I cakap tu?” “Memang salah! Jangan sampai I hentak kepala you tu, Qeya. Bagi berfungsi sikit otak you.” “Sanggup ke nak hentak kepala I, darling? Nanti kalau I sakit, you juga yang risau,” soal Qeya sambil kelip-kelip mata. Syok sendiri yang Hudzer sudi nak bimbangkan dirinya. Hudzer nyaris nak kerasukan. Kepal penumbuk dekat bawah, Hudzer cuba kumpul sabar. Rasa menyesal akur untuk ambil Qeya bekerja di syarikat. Tak cukup dengan perangai menjengkelkan Qeya, pakaian Qeya pun buat mata Hudzer rasa kelabu. Sampai bila Qeya nak suruh Hudzer dan kaum lelaki dekat syarikat ni terpaksa zina mata? “Darling..” rengek Qeya mengusapusap dada bidang Hudzer dengan hujung jari bila 23

Dear Darling w HANA (HE)

tengok jejaka di hadapannya seakan mengelamun. Wajah sehabis boleh diriakkan manja. Laju Hudzer tepis sentuhan Qeya. Boleh gugur iman kalau Qeya selalu nak merengek macam ni. Hudzer masih lelaki normal. Menipulah kalau dia tak tergugat dengan aksi manja Qeya saban hari. “Selain suka buat perangai macam orang tak ada sivik, I ada perkara lain lagi nak tanya you.” Jeda. Qeya sekadar diam menanti Hudzer menyambung bicara. Wajah Hudzer diamati dalam. Dipandang berterusan, sungguh Qeya jadi makin jatuh cinta. Segala-galanya terletak sempurna. “Pukul berapa you masuk kerja?” “10.25 pagi.” Mudah membalas, seolaholah perbuatan dia tak salah. Hudzer senyum sinis. “You buat peraturan baru ke dekat syarikat I? Sejak bila waktu bekerja dekat sini berubah?” sindir Hudzer pedas. Qeya julingkan mata ke atas. Akur akan kesalahan sendiri. “My bad. Lepas ni I cuba datang awal.” 24

Dear Darling w HANA (HE)

Tak nak panjangkan cerita, terus saja Qeya akui kesilapan dia kali ini. “Soalan terakhir..” Qeya mendongak pandang wajah Hudzer. Berikan tumpuan sepenuhnya untuk dengar soalan terakhir Hudzer tu. “What kind of dress you’re wearing, Qeya? Terbelah sana, terbelah sini. Nak tunjuk dekat siapa?” Sambung Hudzer menayang riak serius. Semedan, Qeya ketawa halus mendengarkan pertanyaan Hudzer. Tak semena, pipi Hudzer dicuit manja dengan hujung jemari runcing miliknya. “Nak tunjuk dekat youlah, darling. Mesti you dah mula rasa tergoda kan?” Terliuk-lentok batang tubuh ramping itu sambil memintal-mintal hujung rambut. Hudzer kecilkan bebola mata. Penyakit gatal-merenyam si Qeya ni dah mula dah. Tak serik-serik ke kena hambur dengan Hudzer sebelum ni? “Syarikat I ada undang-undang. Kalau kata you nak berpakaian macam tu, lebih baik you minta kerja dekat kelab malam aje. Manalah tahu kalau kerja dekat kelab malam, you boleh 25

Dear Darling w HANA (HE)

buat peraturan sendiri waktu bila you nak masuk bekerja. Lagi satu, you rasa I terliur ke bila tengok you macam tu? You doesn’t suit my taste, Qeya.” Tegas Hudzer sekaligus buat jemari halus yang masih memintal-mintal rambut langsung terhenti. Qeya pandang Hudzer tak lepas. Sedikit tercuit rasa bengang. Naik letih Qeya nak tundukkan lelaki beku seperti Hudzer. Bukan saja mulut aci cakap lepas. Riak wajah yang sombong tu pun kadang-kala buat hati Qeya rasa bernanah. Sengajalah Qeya tolak ke tepi sebab dia tahu kalau dia merajuk sekalipun, ingat si Hudzer ni nak pujuk ke? Kirim salam sajalah! “I pakai macam ni you tak tergoda. I cuit you pun, you tetap tayang wajah dingin. Yang sebenarnya ‘adik ‘ you tu masih berfungsi ke tak, Raz Hudzer bin Rudy?” Lancang bibir Qeya meluahkan rasa tak puas hati. Hudzer? Hanya mampu mengetap bibir dengan soalan tak berlapik si Qeya. Sikit masa lagi, tak mustahil Hudzer boleh tercampak ke Tanjung Rambutan gara-gara menghadap perangai Qeya. “Kalau tak berfungsi sekalipun, susahkan hidup you ke?” Dek geram, lancar sahaja Hudzer pulangkan paku buah keras. “Of course, darling. Lepas kahwin, I 26

Dear Darling w HANA (HE)

nak kena gunakan khidmat ‘adik’ you tu untuk dapatkan anak. Jadi kalau betul you rasa ‘adik’ you tu bermasalah, cepat-cepat pergi berubat tau? I tak nak dapat suami mati pucuk macam ni.” Tak teragak-agak Qeya bersuara. Makin buat darah Hudzer naik ke kepala. Makin buat Hudzer rasa macam nak lenyapkan Qeya sekarang ni juga. “Dalam mimpilah kalau you teringin sangat nak merasa ‘adik’ I ni, Qeya. I tengok you pun I tak rasa bernafsu. Daripada batin you tu terseksa kahwin dengan I, lebih baik you rembat aje mana-mana lelaki dekat luar sana tu,” sembur Hudzer sedikit berbaur lucah. Alang-alang Qeya cakap tak tapis-tapis dengan Hudzer, dia pun redah ajelah ikut anak tekak nak basuh kepala otak Qeya tu cukup-cukup. Tengok Qeya tersenyap lepas kena sembur, Hudzer mula simpan senyum. Baru puas hati dia!

27

BAB 5

H

UDZER tak suka dia terdedah sana-sini. Kali ni, Qeya sahut cabaran Hudzer walaupun jelas Hudzer mana pernah cabar dia. Berkali-kali Qeya perhatikan penampilan sendiri. Sepasang baju kebaya yang tidak terlalu mengikut potongan badan tersarung pada tubuh langsing Qeya. Tak sangka cantik juga bila dia berkebaya macam ni. Disebabkan kebaya yang dipakai berwarna hitam, makin menyerlahkan lagi kulit putih gebu milik Qeya. Alahai, tak sabar rasanya nak tengok reaksi Hudzer. Mesti terpegun kan? Senyum lebar, Qeya pusingkan tubuh melangkah keluar dari tandas. Penuh gaya Qeya 28

Dear Darling w HANA (HE)

melangkah mahu menuju ke pejabat milik Hudzer. Waktu sampai di RH Holdings, memang Qeya sengaja melencong ke tandas dulu. Nak pastikan diri nampak sempurna. Nak pastikan penampilan dia mampu buat Hudzer teruja. Elok tercegat berdiri di hadapan pejabat Hudzer, nafas disedut dalam. Tak ketuk pintu langsung, Qeya aci redah masuk aje. Terkuak saja daun pintu, pandangan dia dan Hudzer bersabung. Terus senyum menggoda dilorek buat si dia. “Hye, darling..” Mesra Qeya menyapa. Jemari yang baru saja mahu membelek fail di atas meja terhenti. Menoleh, gigi semedan terketap rapat. Renungan tajam singgah pada wajah Qeya. “Where are your manners, Qeya Alanna? Siapa ajar masuk pejabat I tak perlu ketuk pintu dulu?” Nyaris saja suara halilintar Hudzer nak membelah gegendang telinga Qeya. Tak ada tanda-tanda bersalah, Qeya merapati meja Hudzer. “Dengan I pun you nak ikut cara formal

29

Dear Darling w HANA (HE)

ke?” Soalan cari gaduh. Hudzer hempas fail di tangan ke atas meja. Bangkit berdiri, sebelah tangan naik bercekak pinggang. Baru beberapa hari jadi staff RH Holdings pun dah buat Hudzer naik darah. Kalau dibiarkan lama sikit, memang tak mustahil boleh terkena serangan jantung. “Syarikat I, I yang tentukan undangundang. Lepas ni, tolong belajar tentang adab. Ketuk pintu dulu sebelum masuk.” “Kalau I tak nak?” Sengaja memprovok. Kalau dia bercakap elok-elok, bukannya boleh dapatkan perhatian Hudzer pun. “Bila-bila masa I boleh berhentikan you. Jangan ingat ibu suruh I ambil you kerja dengan I, you nak jadi besar kepala sangat.” Bengang sungguh riak yang terpeta. “Cut it out, darling. I masuk bukan nak bergaduh dengan you pun. By the way, have you noticed something different about me?” Tukar topik, saja nak Hudzer sedar akan penampilannya kali ini. Qeya dah mula tayang senyuman gedik sambil memintal hujung rambut. Simpan harapan Hudzer akan tunjuk minat walaupun sedikit. Malangnya saat lengkungan sinis terbit 30

Dear Darling w HANA (HE)

pada bibir sensual lelaki itu, terus Qeya rasa tak sedap hati. “Don’t try so hard, Qeya. You pakailah apa saja, you tetap takkan mampu buat I sukakan you. Kalau I dah tak berselera, you bogelkan diri you sekalipun I tetap takkan pandang. Jadi tolong, jangan berterusan buang masa you semata-mata kerana I.” Cara Hudzer jawab tu macam yakin sangat dia takkan sesekali jatuh cinta pada Qeya. Buat Qeya mula rasa suhu badannya berubah hangat. Takkan sikit pun Hudzer tak mahu pandang dia? Hudzer buat Qeya serupa tak wujud saja di RH Holdings. Bukan setahun Qeya mencuba. Lebih sepuluh tahun Qeya berusaha tanpa jemu, Hudzer tetap juga begitu. Beku seperti ais yang tak mahu mencair langsung. “Please, leave.” Dua patah perkataan sebelum Hudzer pura-pura sibukkan diri. Tarik nafas dalam-dalam, Qeya lepaskan perlahan-lahan. Pusing tubuh dan tarik tombol pintu. Beberapa minit tercegat di hadapan pintu bilik Hudzer yang dah tertutup rapat, mata Qeya terpejam untuk seketika. Ayat Hudzer bagaikan terngiang-ngiang. 31

Dear Darling w HANA (HE)

Kalau I dah tak berselera, you bogelkan diri you sekalipun I tetap takkan pandang. Celik mata, nafas Qeya mulai berombak laju. Ah, tak boleh jadi ni. Qeya sungguh-sungguh rasa tercabar. Dek sabar yang memang dah menghakis sejak tadi, Qeya turutkan rasa hati. Memberontak punya pasal Qeya rempuh masuk ke dalam bilik. Meluru ke arah Hudzer lalu Qeya tolak Hudzer merapat ke dinding. “What is wrong with you, Qeya Alanna??” jerkah Hudzer nyaris nak tercabut jantung. Tak bersedia langsung. Mana dia nak duga Qeya akan berpatah semula. “I want to make a deal with you.” Suara Qeya berubah keras. Dan tak sempat Hudzer nak membalas, Qeya sudah terlebih laju bertindak. Direntap dua butang teratas kemeja Hudzer sampai tercabut, sejurus bibir dilekapkan pada bibir Hudzer tanpa segan-silu. Kurang dari tempoh sesaat.. klik! Butang kamera telefon miliknya ditekan pantas. Terakam adegan ‘penuh mesra’ itu di dada skrin. Hudzer berang. Terus ditolak tubuh Qeya terduduk jatuh ke atas lantai. “Apa yang you buat ni, Qeya?? Give me 32

Dear Darling w HANA (HE)

your phone!” amuk Hudzer benar-benar rasa hampir hilang kewarasan. Untuk pertama kali, bibirnya disentuh oleh perempuan. Tanpa kerelaan pula tu. Hudzer masih menadah tangan, tapi Qeya laju sungguh menggeleng. Telefon bimbit disorok ke belakang tubuh. “I takkan padam gambar ni sampailah you setuju untuk kahwin dengan I. Kalau you tak setuju, I hantar gambar ni pada daddy dan mummy I. You can choose, darling. You nak ke nama baik you rosak nanti?” Gaya Qeya bercakap tu sikit pun tak terselit rasa malu. Hudzer tak tayang wajah terkejut kali ini. Ugutan Qeya tu sejak awal lagi Hudzer dah boleh baca saat Qeya mula merakam adegan mereka tadi. Cuma tak terlintas di benak dia yang Qeya akan terdesak sampai macam ni sekali. “You ugut I? Well, I’m not a kid. You ingat bila you rakam gambar tak senonoh macam tu, you boleh paksa I terima you? Come, Qeya. Let me show you something.” Terconget senyuman sarkastik di bibir Hudzer. Kasar Hudzer menarik tangan Qeya bangun. Dibawa mendekat pada mejanya lalu rakaman CCTV ditayang di hadapan Qeya. Terus 33

Dear Darling w HANA (HE)

liur yang ditelan Qeya terasa kesat. “Lain kali guna otak dulu sebelum nak buat perkara bodoh macam tu. Agak-agak bila Aunty Amena dan Uncle Smith tengok rakaman CCTV tu, nama baik siapa yang akan rosak kali ni?” hambur Hudzer tepat mengenai batang hidung Qeya. Hinggakan sepatah kata pun dah tak mampu terbit dari bibir Qeya lagi. Sia-sia dia bertindak senekad itu. Melihat Hudzer mencapai sehelai tisu lalu mula mengelap bibirnya sendiri, barulah Qeya seakan dibangunkan dari lenanya yang panjang. “Agak-agak dah berapa ramai jantan yang dah merasa bibir you tu, Qeya? Mudah sangat you cium anak teruna orang, you ni dah tak reti nak rasa malu ke?” Berdas-das Hudzer bagi, buat Qeya rasa tertampar wajah sendiri. Kebam bibir, Qeya dah tak tunggu lama-lama lagi. Langsung Qeya angkat kaki dan tinggalkan ruangan pejabat Hudzer. Malu? Menipulah kalau Qeya nafikan. Bahana ikutkan sangat rentak hati yang tak berlagu normal, sudahnya dia juga nampak teruk pada pandangan Hudzer.

34

Dear Darling w HANA (HE)

Apa kau dah buat, Qeya? Ini kali pertama kau cium anak teruna orang. Kenapa kau boleh jadi seberani tu? Suara yang memarahi Qeya. Bergema mendesak rasa kesal.

35

BAB 6

S

EMENJAK insiden memalukan empat hari yang lalu, memang Qeya banyak buat hal sendiri aje. Bertembung dengan Hudzer pun Qeya menonong masuk ke biliknya. Tapi itu tak bermakna Qeya dah mengalah nak kejar Hudzer. Qeya masih lagi dalam fasa mengutip kembali keberaniannya yang berselerakan. Lagipun Qeya bimbang kalau dia berterusan jadi bayang-bayang Hudzer, takut Hudzer makin panas bontot. Silap haribulan Hudzer benar-benar mengadu pada kedua-dua orang tua Qeya tentang perihal tempoh hari, tak ke niaya Qeya nanti? Sibuk mengelamun, Qeya terpandangkan 36

Dear Darling w HANA (HE)

Ruby yang elok berlalu melepasi mejanya. Terus tubuh Qeya tegak. Pandang segelas minuman kosong dan sepapan Panadol di tangan Ruby, makinlah rasa ingin tahu Qeya mencanak naik. “Ruby,” laung Qeya. Ruby hentikan langkah dan menoleh. “Nak bawa ke mana tu?” Bibir Qeya muncung pada tangan Ruby. “Bos tak sihat. Jadi dia minta I bawakan Panadol. Kenapa, Qeya?” Ruby soal Qeya balik. Terus Qeya berjalan mendekati Ruby. “Biar I bagi pada bos.” Konon-kononnya nak kurangkan tugas Ruby. Padahal Qeya nak ambil peluang untuk tatap wajah si jantung hati. Dah empat hari tak bertembung dengan Hudzer, haruslah hati dah pandai rasa merindu. Apatah lagi bila Ruby sebut tentang keadaan Hudzer yang kurang sihat, rasa bimbang yang menyelit buat Qeya tak senang duduk selagi dia tak masuk dan tengok keadaan Hudzer dengan sepasang mata miliknya. “Tak apa ke ni? Nanti bos ingat I nak curi tulang.” Serba-salah.

37

Dear Darling w HANA (HE)

“Ish, tak adalah. Takkan dia nak fikir you macam tu? Lagipun biarlah I hantarkan, I ni sepupu dia. Kalau I buat-buat tak tahu, nampak sangat I ni sepupu yang jenis tak boleh diharap.” Pandai sungguh Qeya mengauta. Berjaya saat Ruby mula menyerahkan gelas minuman dan Panadol pada Qeya. Tak bertangguh, Qeya terus mengatur tapak. Seperti biasa, Qeya ni mana reti nak dengar cakap sangat. Tak ketuk pintu, elok tubuh dia tercongok di dalam pejabat Hudzer. “You tak sihat ke?” soal Qeya sebaik saja terpandangkan Hudzer yang sedang bersandar pada kerusi sambil memejamkan mata. Dengar suara Qeya, terus kepala Hudzer rasa makin berdenyut-denyut. “Berapa kali you nak I ingatkan you tentang adab?” “You tengah sakit pun masih sibuk nak marahkan I lagi ke?” pangkah Qeya lalu tak hiraukan kemarahan Hudzer, Qeya makin merapati lelaki itu. Tanpa isyarat, tangan naik meraba dahi Hudzer yang membahang. Serentak juga ditepis kuat oleh Hudzer. Hinggakan Panadol yang masih terpegang mula tercampak ke atas meja. 38

Dear Darling w HANA (HE)

“Otak you tu sebenarnya masih berfungi ke tidak? Takkan ayat yang cukup mudah pun you susah nak faham. I tak suka you sentuh-sentuh I sesuka hati, Qeya!” Merah padam wajah Hudzer. Qeya gigit hujung bibir. Acap kali Hudzer buat dia tak ubah seperti perigi mencari timba. Anehnya, Qeya masih juga tak tahu nak rasa serik. Malas nak tunjuk yang hati dia dah mula rasa tercuit, Qeya pusingkan tubuh sedikit. Keluarkan dua biji Panadol lalu disuakan ke arah Hudzer. “I boleh ambil sendiri.” Lebih rela bazirkan dua biji Panadol di tangan Qeya. Usai telan ubat, Hudzer berjalan terhuyung-hayang menuju pada sofa. Tubuh dibaringkan di situ. Entah di mana silapnya dia menguruskan RH Holdings, sekarang syarikat yang baru beberapa bulan bertapak itu terpaksa menanggung hutang yang agak banyak. Namun bukan itu punca yang membuatkan Hudzer sakit kepala. Setakat nak meminjam wang daripada Encik Smith, Hudzer yakin Encik Smith takkan menolak untuk membantu. Selama ni pun lelaki itulah yang banyak berikan tunjuk ajar supaya Hudzer dapat tubuhkan RH Holdings. Cuma kali ini bantuan lelaki itu seakan mengharapkan balasan pula. 39

Dear Darling w HANA (HE)

Aduh, parah! “Uncle boleh pinjamkan Zer duit tu. Berapa sekalipun yang Zer perlukan, uncle sanggup. Cuma kali ini uncle harapkan balasan daripada Zer.” “Maksud uncle?” “Zer tahu Qeya sukakan Zer sejak kecil?” Tak tertelan liur Hudzer dibuatnya. Bagaikan mampu menghidu niat Encik Smith. Dan saat Encik Smith mula meletakkan Qeya di tengah-tengah perbincangan mereka, Hudzer kehilangan kata-kata untuk terus membalas. “Uncle akan setuju dengan permintaan Zer dan Zer boleh anggap hutang Zer pada uncle selesai kalau kata Zer sanggup peristerikan Qeya. Dia tunggu Zer. Walaupun umur dia dah cecah 27 tahun pun dia masih juga tunggu Zer.” Bicara terakhir yang masih tersemat kukuh di kepala Hudzer. Jelas memberi kata putus kepada Hudzer. Take it or leave it? Hudzer dilema. Mengerti hanya Encik Smith sahaja harapan untuk dia dapatkan wang

40

Dear Darling w HANA (HE)

tersebut dalam tempoh yang singkat. Nak susahkan orang tua sendiri, risau terpaksa bergadai tanah pula. Tak sangguplah Hudzer. Lagipun niat Hudzer hanya nak meminjam. Bila syarikat dia dah stabil semula, retilah dia nak melunaskan semula hutangnya. Masalah sekarang Encik Smith dah letakkan syarat. Kahwini Qeya dan sejumlah wang daripada dia.

Hudzer

dapat

Tolak syarat Encik Smith dan biarkan saja reputasi syarikat terjejas. tepat?

Agak-agak yang mana satu pilihan paling “Zer..”

“Can you please just shut up?” selar Hudzer tak menyempat. Suara Qeya kembali membawa Hudzer ke alam nyata. Qeya lepaskan dengusan kasar. “You demam, I bawakan you ke klinik.” Hudzer bekukan diri. Pejam rapat keduadua belah mata.

41

Dear Darling w HANA (HE)

“Raz Hudzer!” “Satu patah perkataan lagi, I akan berhentikan you kerja serta-merta.” “Habis tu you nak suruh I menggelabah ke apa ni?” Seakan mencabar diri Hudzer. Tak endahkan amaran Hudzer, Qeya keluar dari pejabat menuju ke ruangan pantri. Capai sehelai kain bersih, kembali berpatah semula masuk ke pejabat Hudzer bersama kain yang sudah siap dibasahkan. Saat kain basah mula menyentuh dahi, sepasang mata Hudzer mula terbuka luas. “Apa lagi ni, Qeya?” Rimas cara Hudzer lontarkan soalan. “Dah you degil tak nak ke klinik, macam ni ajelah cara yang I ada untuk turunkan suhu you.” “You ingat I ni budak-budak yang perlukan perhatian you?” Qeya pekakkan telinga. Langsung lekapkan tuala basah pada dahi Hudzer. Sebelum sempat jemari Qeya menjalar mahu membuka butang kemeja milik Hudzer, kemas tangannya digenggam oleh lelaki itu. Pandangan bersabung.

42

Dear Darling w HANA (HE)

“Just don’t,” ujar Hudzer tegas. Menggunakan tenaganya yang masih bersisa. Jungkitkan bahu, Qeya tetap dengan sikap keras kepala. Sebaik saja dua butang teratas kemeja Hudzer dibuka, Qeya teruskan tugasnya yang tergendala. Terhenti saat kedua-dua belah tangannya mula dikilas oleh Hudzer. Menjerit Qeya dek rasa sakit yang mula menjalar. “Jangan paksa I sakitkan you, Qeya,” ujar Hudzer, kali ini seakan cuba mengingatkan Qeya yang Hudzer itu tetap seorang manusia. Dan seorang manusia, Sabarnya bila-bila masa saja akan lebur, jika keadaan berterusan menekan jiwa dan emosi.

43

BAB 7

Q

EYA tak tahu sama ada mahu percaya atau tidak. Bagaikan sedang bermimpi. Anehnya, sebaik saja dikejutkan daripada mimpi, tetap sekujur tubuh tegap Hudzer yang menjamah pandangan mata. benar.

Menandakan khabar itu adalah yang

Membuktikan keinginannya memiliki Hudzer bakal menjadi nyata.

untuk

Namun Qeya tertanya-tanya, kenapa semuanya harus tiba-tiba? “Why?” Sepatah yang terpacul pada bibir.

44

Dear Darling w HANA (HE)

Hudzer yang masih membelakanginya pantas membalikkan tubuh. Direnung Qeya tanpa secalit senyuman. Wajah tegang, begitu ketara. Hudzer kata Hudzer bencikan Qeya, anehnya kenapa Hudzer sanggup hantarkan rombongan meminang untuk dia? “Bukan ni ke yang you nak?” Terukir lengkungan sinis pada bibir. “You hate me, don’t you? Jadi kenapa ubah fikiran masuk meminang I?” Masih lagi mengharapkan jawapan. Baru dua hari lepas Encik Smith khabarkan berita mengejut itu padanya. Bukan Qeya tak suka. Malah apa saja alasannya, Qeya akan pastikan Hudzer tak mampu nak tarik semula kata putusnya. Cuma Qeya tetap mahu lenyapkan tanda soal di kepala. Sekurang-kurangnya Qeya perlu tahu. Supaya nanti tidaklah Qeya perasan sendiri yang cinta dia sebetulnya sudah berbalas. Mustahil. “Uncle Smith tak bagitahu you?” Qeya geleng. “Bagitahu I, apa yang ada dalam kepala you sekarang?” 45

Dear Darling w HANA (HE)

“You tak cintakan I.” Jujur jawapan yang Qeya zahirkan. Hudzer terhenyak untuk seketika. “Tapi I tahu, tentu ada sesuatu yang buat you terpaksa. Tell me, what is it?” aju Qeya tak mengalah. “I bimbang you akan kecewa, Qeya.” “Sejak bila you pandai nak jaga hati I?” Sarkastik semata-mata. Mengundang dengusan kasar daripada bibir si jejaka. “I kahwin dengan you sebab duit.” Sebaris pengakuan. Tenang meluncur lancar. Qeya? Langsung tidak menunjukkan rasa terkejut. Dari awal dia seakan bisa meneka. Kalau bukan disebabkan sesuatu itu benar-benar membuatkan Hudzer tersepit, Hudzer pasti takkan sesekali memilih dia. Puas Qeya fikirkan asbab, akhirnya Qeya ketemukan juga jawapannya. “Berapa banyak you hutang dengan daddy I?“ Hudzer kerut kening. Yang benar, sekeping hati Qeya ni diperbuat daripada apa? Takkan Qeya tak terjentik langsung? “RM500K.” Tenang Hudzer membalas. Kepala Qeya terangguk-angguk. Mengerti. 46

Dear Darling w HANA (HE)

“Jadi sekarang I tahulah you kahwin dengan I sebab duit. But, it’s okay. I tak ada masalah pun dengan semua tu asalkan you jadi hak I jugak, darling.” Sengaja tonjolkan intonasi gedik. Kerana hakikat sebetulnya hanya Qeya Alanna saja yang tahu. Dijadikan bahan dagangan oleh lelaki yang dia cinta, bukankah terlalu teruk rasa peritnya? Buang jauh, sebab Qeya tak mahu menjadi wanita lembik. “You tak kisah?” Hudzer seolah-olah sangsi dengan reaksi Qeya. Hudzer.

Qeya

geleng

menjawab

pertanyaan

“Sekurang-kurangnya I tahu I ni taklah semurah yang you katakan selama ni. RM500K, cukup ke untuk kesengsaraan you sebab terpaksa jadikan I sebagai isteri you?” Hudzer.

“You perli I, Qeya?” Berubah nada suara

“Taklah. I cuma dah mati rasa selepas tahu cinta itu rupa-rupanya boleh dibeli. Kalau I tahu, dari dulu lagi I dah serahkan semua harta yang daddy wasiatkan pada I untuk you. Tak adalah I perlu tunggu bertahun-tahun untuk pastikan you jadi suami I kan?” Kedengaran biasa-biasa, tapi 47

Dear Darling w HANA (HE)

bisanya sampai ke sudut hati Hudzer yang paling dalam. Melepaskan nafas hangat, Hudzer cuba untuk tidak cepat melatah. Qeya sedang menduga dia. Lebih tepat, Qeya sedang mengurangkan rasa pedih yang menular dalam jiwa dengan menyakiti hati Hudzer kembali. Qeya ingat Hudzer ni bodoh sangat agaknya. “One thing you should know. I akan cari jalan untuk bayar hutang daddy you supaya lepas ni I tak perlu terikat dengan you lagi.” Bicara Hudzer, mahu Qeya tahu yang Qeya adalah pilihan terakhir untuk Hudzer jadikan sebagai seorang isteri. “Dah jatuh susah macam ni pun you masih nak berlagak dengan I, Zer? Dalam dunia ni I ingat perempuan aje yang boleh dibeli. Ruparupanya lelaki pun sama. You cakap I murah, sekarang ni you tengok siapa yang lebih murah? You atau I?” Sakit hati punya pasal, Qeya sembur Hudzer dengan ayat makan dalam. Bergerak-gerak rahang Hudzer mengepung marah. Merudum jatuh maruahnya sebagai seorang lelaki. tak?”

“You jangan melampau sangat boleh

48

Dear Darling w HANA (HE)

“I cakap yang betul. Hakikatnya daddy I dah berjaya belikan you untuk I. Sepatutnya you letak nilai diri you tu RM1 juta. RM500K tu macam sikit sangat, Zer. You tak rasa macam tu ke?” Lagi ayat mencalarkan emosi. Buat Hudzer rasa dah tak tertanggung lagi. nyaring.

“Qeya Alanna!” Suara Hudzer bergema Menghantar isyarat. Menghantar amaran.

Supaya Qeya jangan sesekali menduga dirinya lagi. Perang mulut ini, harus ditamatkan dengan segera. Jika tidak, siren kemarahan Hudzer bila-bila masa saja akan bergempita.

49

BAB 8

K

ATA orang jangan terlalu bencikan sesuatu, sebab akhirnya bila-bila masa ianya tetap akan berbalik pada diri sendiri. Agaknya begitulah kisah Hudzer dan Qeya. Yang Hudzer benci itu jugalah kesudahannya terpaksa Hudzer akad menjadi isteri sendiri. Tak pernah Hudzer sangka zaman bujangnya akan berakhir dengan gelaran seorang suami kepada Qeya Alanna binti Adam Smith. Paling buat Hudzer sebal bila pandang wajah Qeya. Tak lekang senyuman meniti pada bibir Qeya. Qeya nampak bahagia. 50

Dear Darling w HANA (HE)

Hudzer pula temui derita. Lagi buat telinga Hudzer bernanah bila Qeya buat permintaan yang memang awal-awal lagi Hudzer takkan sesekali bersetuju. Bagaikan terngiang-ngiang perbualan dia dan Qeya beberapa jam yang lalu. “We’re married, Zer.” Teruja nada suara yang digunakan. Masih lagi tak mampu nak menghalau kupu-kupu yang sedang berterbangan di dalam perut. Hudzer pekakkan telinga. Biarkan saja Qeya bercakap sendirian. Lebih selesa berpurapura meneguk minuman di tangan. Selesai meneguk minuman terakhir, Hudzer berura-ura untuk berlalu. Terpaku tatkala jemarinya disambar deras oleh Qeya. Toleh, pandangan mulai berlaga tepat. “Get your hands off me.” Dingin. “I want to talk with you. Sekejaplah,” ujar Qeya separuh merengek. “Apa lagi yang you nak cakap? Sebab I tak kuasa nak hadap muka you lama-lama.” Jelas kedengaran bengang. Tarik nafas dalam, Qeya cuba sabarkan 51

Dear Darling w HANA (HE)

hati sendiri. Berdepan dengan Hudzer, pasti butuhkan kesabaran yang cukup tinggi. Apa saja yang lelaki itu cuba sakitkan hati dia, Qeya perlu anggap serupa angin lalu. “Lepas ni kalau I panggil you, darling, you kenalah panggil I, dear. Boleh ke?” Tak semenamena. Membuatkan sepasang mata Hudzer mencerun memandang wajah si isteri. tak?”

“Sebelum bercakap tu, you ada guna otak

“Why? Salah ke permintaan I tu?” Qeya berbalas soalan. Mengundang dengusan kasar daripada Hudzer. “I cuma akan panggil you macam tu kalau you tu isteri pilihan I, Qeya. Jadi tolong, jangan nak buat permintaan pelik-pelik dengan I. Geli tahu tak?” Makin keras intonasi si suami. Sedikit-sebanyak buat hati Qeya terluka juga. “You ni macam yakin sangat yang you takkan sesekali terima I sebagai isteri you sampai bila-bila kan?” Bertukar nada suara Qeya. Mustahillah Qeya tak rasa marah. Baru beberapa jam status mereka berubah pun dah ada bibit-bibit pergaduhan yang bakal tercetus.

52

Dear Darling w HANA (HE)

“I lebih tahu tentang hati I. Kalau you tanya tentang cinta atau sayang, memang perasaan tu langsung tak ada untuk you. Tapi kalau you tanya tentang benci..” Jeda. Bibir mula mengukir senyum sinis. “Seluruh hati ni hanya ada benci untuk you, Qeya.” Sambung Hudzer tak berlapik. Sekaligus buat jiwa Qeya rasa terhimpit. Pujuk hati sendiri, Qeya tak boleh terlalu cepat melatah. Tak mengapalah kalau Hudzer tak menyayangi dia. Tak mengapa juga andai Hudzer tak mencintai dia. Kerana sedikit masa lagi, Qeya berjanji pada diri sendiri yang dia akan cuba takluki diri Hudzer. Bukan setakat jasad, sebaliknya seluruh hati lelaki itu juga. Tanpa membidas kata-kata Hudzer, Qeya terus pusing tubuh dan berganjak dari tempatnya berdiri.

LAMA Qeya perhatikan gerak-geri encik suami. Rasa-rasanya kalau tunggu Hudzer yang bersuara, memang kempunanlah dia nak merasa dibelai 53

Dear Darling w HANA (HE)

serupa isteri orang lain. Dah tak mampu nak tangguh-tangguh lagi bila dia nampak Hudzer dah mula memejamkan mata di atas katil. “Zer..” seru Qeya penuh kelembutan. Hudzer merengus perlahan. Tak sudahsudah suara perempuan paling dia meluat tu juga yang nak mengganggu ketenangan dia. Hajat di hati nak abaikan saja. Nyaris nak terlucut jantung bila telapak tangan Qeya dengan begitu berani menyelusuri celahan pijamanya yang sengaja tidak dibutang di bahagian atas. Meraba-raba dada bidang Hudzer yang memikat pandangan mata. Jujur, naluri Hudzer terjentik juga. Normallah sebab Hudzer tu lelaki. Nafsu cuma ada satu. Jadi sebelum tangan Qeya semakin meliar, ada baiknya kalau Hudzer menegah. “Qeya!” Hudzer marahkan Qeya seraya menepis jemari si isteri agak kuat. Isteri? Ya, hakikat yang cukup pahit. Qeya Alanna sudah selamat Hudzer akad menjadi seorang isteri. “Takkan you tak suka I buat macam ni, Zer?” Tak bersalah sungguh intonasi Qeya.  54

Dear Darling w HANA (HE)

Jemari sengaja memintal-mintal hujung rambut. Renung pakaian Qeya, memang boleh berdarah biji mata. Serba-serbi terhidang jelas pada pandangan seorang lelaki seperti Hudzer. Tak tahan nak seksa mata sendiri, Hudzer melompat turun dari katil. “You nak ke mana?” Deras bertanya seraya menyambar jemari encik suami. Biji mata Hudzer memincing tajam. “Jangan sesuka hati you nak sentuhsentuh I, boleh tak?” “Kenapa pula I tak boleh nak sentuh you? You suami I.” “Qeya..” Nada suara berbaur amaran. Qeya cebirkan bibir. Bangkit, Qeya merapati si suami. Kedua-dua telapak tangan sekali lagi diseluk masuk ke dalam celahan pijama yang terbuka. Ketap gigi Hudzer dibuatnya. Nampak jelas Qeya sengaja nak menduga dia. “Agak-agak malam ni you dengan I akan ada malam pertama tak?” Phew! Lurus dan terang soalan Qeya lontarkan.

55

Dear Darling w HANA (HE)

“Memang sejak azali ke you ni jenis perempuan tak tahu erti malu? Dah tak tahan sangat?” “Betullah cakap you tu. I memang jenis tak tahu malu pun. Dan sebab tak tahanlah I nak tanya you, you nak I mulakan dulu ke untuk malam ni?” Selamba membalas kata. Dengan Hudzer, memang perlu jadi manusia yang tak punya hati dan perasaan. Supaya Qeya tak terlalu cepat meroyan dengan lidah Hudzer yang selalu saja tajam membelah jiwa. “Gila!” Sepatah perkataan meluncur dari mulut Hudzer sebelum tubuh Qeya ditolak hingga terlentang jatuh ke atas katil. Malam pertama? Kirim salam. Setakat kahwin tanpa rela macam ni, malam pertama tu tak mungkin akan berlaku di antara mereka berdua. Noktah!

56

BAB 9

I

KUTKAN rasa, memang Qeya dah hilang sabar. Hampir dua minggu dia menanti, tak ada tanda-tanda Hudzer nak sentuh dirinya. Seolah-olah Qeya itu satu wabak penyakit yang harus Hudzer jauhi. Bukan Qeya ni gatal sangat nak Hudzer sentuh dia selayaknya pasangan suami isteri. Cuma kadang-kala terbit rasa rendah diri bila Hudzer seolah-olah tak berminat langsung dengan dirinya. Tak menarik langsungkah Qeya pada pandangan suami sendiri? Oh, sadis sungguh rasanya. Rutin Hudzer serupa saja. Balik kerja, makan dan solat. Lepas saja solat Isyak, terus 57

Dear Darling w HANA (HE)

terbaring di atas katil. Penat sangat ke sampaikan wajah Qeya pun Hudzer tak mampu nak pandang untuk seminit? Berdiri di muka pintu, Qeya ramas jemari sendiri. Dalam berani, ada getarnya. Sekujur tubuh yang masih terbaring itu menarik perhatian Qeya. Sampai bila Qeya nak biarkan hubungan suami isteri mereka suram begini? Tarik nafas, Qeya lepaskan semula. Redah sajalah. Kalau bukan dia yang harus pandai menggoda, rasanya sampai ke sudah Hudzer takkan sudi untuk rasmikan malam pertama mereka. Biar jadi manusia yang tak tahu malu. Biar jadi manusia yang hatinya tak lut dengan bicara yang nyata beku. Asalkan perkahwinan ini, mampu Qeya semaikan dengan benih-benih cinta. Jika bukan sekarang, mungkin tatkala Allah S.W.T berkehendakkan sesuatu itu. Sepasang kaki berdiri di hadapan katil yang menempatkan Hudzer. Jatuhkan kedua-dua belah lutut, Qeya dekatkan wajahnya pada dada bidang encik suami. Cubaan pertama Qeya sentuh 58

Dear Darling w HANA (HE)

bibir Hudzer yang jelas terbentuk elok. Turun pada dagu, hinggalah melatari dada bidang encik suami. Duh! Qeya pula yang berdebar-debar saat ini. Detakan jantung makin menggila saat jemarinya dicekup oleh Hudzer. Sepasang mata milik si suami tajam menikam pandangan. “I nak you.” Tak menyempat-nyempat Qeya bersuara, sebelum Hudzer muntahkan bicara lidah tak bertulang miliknya. Tolak jemari Qeya, Hudzer bingkas bangun bersandar pada katil. “I takkan sentuh you.” “Apa masalah you yang sebenarnya? I tak ada AIDS atau HIV. Yang you takut sangat nak sentuh isteri sendiri apa hal?” Tekan Qeya mulai mengetap gigi. Kalau itulah yang Hudzer takutkan selama ini. “Berhenti Rimaslah!”

mendesak

I

boleh

tak?

“I tetap nak hak I sebagai seorang isteri,” asak Qeya tak mahu beralah lagi. “Malangnya I tak terliur langsung tengok 59

Dear Darling w HANA (HE)

diri you, Qeya. Macam mana I nak sentuh you kalau you tak mampu nak buat I bernafsu pada you? Jadi tolong jangan rendahkan maruah you sendiri.” Jujur Hudzer lalu mula menjatuhkan kedua-dua belah kaki ke lantai. Bersedia untuk menjauh. Itu sajalah modal Hudzer kalau tak mahu panjangkan perbalahan mereka. Lari. Lari. Dan lari. Ketap bibir, Qeya rasa tercabar. Takkan sedikit pun Hudzer tak rasa sesuatu tatkala berdua-duaan dengannya? Memandang tubuh sasa Hudzer, perasaan ingin memiliki Hudzer semakin membuak-buak. Pantas Qeya mendakap erat tubuh Hudzer dari belakang. Pipi kanan turut dilabuhkan pada belakang tubuh encik suami. “Qeya..” “Tolong jangan layan I macam ni, Zer. I ni isteri you.” Qeya seakan merayu. Belakang tubuh Hudzer dikucup bertalu-talu. Hudzer mula rasa tak selesa. Terus dia longgarkan pelukan Qeya dan berpaling.

60

Dear Darling w HANA (HE)

you.”

“I tak boleh nak ikut semua kehendak

“Kenapa? Sebab I tak cukup seksi ke pada mata you?” Hudzer diam. Bukan soal seksi atau tidak. Tapi soal hati. Kalau dah hati tak sudi, macam mana dia nak paksa diri sendiri untuk menyentuh tubuh Qeya selayaknya sebagai seorang isteri? Diamnya Hudzer sekali lagi memaksa Qeya bertindak berani. Mendekati encik suami, Qeya buka butang pijama berwarna putih yang disarung pada tubuhnya. “If I was naked in front of you right now, what would you do to me?” soal Qeya lalu butang teratas mula direntap rakus hingga menampakkan dada Qeya yang putih mulus. Sebelum sempat jemari Qeya hendak meleraikan butang kedua, kuat Hudzer genggam sepasang tangan kecil itu bersama pandangan mencerun. “I told you once again, Qeya. I tak berminat dengan tubuh you. Kalau I dah kemaruk sangat, bersepah perempuan dekat luar sana I boleh dapat.” Tekan Hudzer satu-persatu supaya Qeya lebih faham. Tolak tubuh Qeya sedikit kasar, Hudzer berlalu meninggalkan ruangan kamar.

61

Dear Darling w HANA (HE)

Tak dihiraukan kecewa yang beraja di hati Qeya. Tak dipeduli luka yang sedang tertoreh di hati Qeya. Apa yang Hudzer tahu, perkahwinan ini tak sepatutnya berlaku. Dan Qeya, bagaikan menyimpan dendam. Cara baik dia tidak mampu memiliki Hudzer, mungkin dengan cara kotor sahaja dia boleh membuatkan lelaki itu terus terpenjara dengannya.

62

BAB 10

Q

EYA labuhkan duduk di atas sofa betul-betul berdepan dengan katil yang menjadi tempat pembaringan Hudzer. Peluh merenik, Qeya seka deras. Anehnya tatkala bilik sejuk dengan suhu penghawa dingin, tubuh Qeya tetap rasa berpeluhpeluh. Bahana sebab dia tahu dia bakal menjadi mangsa amukan Hudzer sebentar nanti. Namun pilihan apa lagi yang Qeya ada bila mana Hudzer berterusan mahu menduga hatinya? Disebabkan itu, Qeya nekad untuk tidak berpatah semula. Segar sepasang mata tatkala Qeya lihat tubuh Hudzer mula bergerak-gerak sedikit di atas katil. Liur yang ditelan terasa kesat. 63

Dear Darling w HANA (HE)

Pejam mata, cuba mencari kekuatan. Apa sahaja reaksi Hudzer nanti, Qeya harus telan dan terima. Dia sendiri yang tempah bala, hadap sajalah. Terasa ada kelainan pada tubuh sendiri membuatkan Hudzer mula menyelak selimut tebal yang membaluti tubuh. Semedan adrenalinnya terasa bergerak deras. Mengalir laju tanpa hala tuju. Kepala Hudzer rasa bagaikan bergegar. Dia cuba menafi. Tapi rasanya sesiapa saja yang melihat keadaan dia kala ini pun dah tak mampu nak menyangkal lagi. Gigi diketap kuat. Angkat pandangan, mencari kelibat Qeya. “What did you put in my drink, Qeya Alanna?” jerkah Hudzer menyebabkan seluruh banglo milik Encik Rudy seakan bergema dengan suara garang lelaki itu. Mujur saja Encik Rudy dan Puan Khatijah tiada di rumah. Kalau tidak, pasti keadaan bertambah kalut. Bangkit berdiri, Qeya berjalan merapati Hudzer. Di tangannya, tergenggam sesuatu yang sejak tadi dia usung bersama. Telapak tangan dibuka, tepat di hadapan Hudzer. Pandang telapak tangan Qeya, amarah Hudzer sudah sampai ke puncak kepala. Sekelip mata, bertaburan pil-pil itu ditepis oleh Hudzer. 64

Dear Darling w HANA (HE)

“Shit!” Tanpa sedar, perkataan yang tak sepatutnya.

bibir

terluah

“You yang paksa I buat semua ni.” Suara Qeya. Mungkin kedengaran tenang, hakikatnya hanya Qeya sahaja yang tahu. Ribut. Bagaikan baru dilanda garuda. kala ini.

Rentak hati Qeya berterabur temponya

“You main kotor, Qeya. You sengaja buat macam ni supaya I tak mampu tinggalkan you kan?” Merah sungguh wajah Hudzer. Menyinga sewaktu menghamburkan kata. Menatap pandangan si suami, Qeya tayang wajah tak beriak. Sekalipun dia melututmerayu, hubungan ‘itu’ sudah pun dilalui mereka. Walaupun dalam keadaan Hudzer separa sedar. “It’s already happened, Zer. You nak I kata apa lagi?” Suara Qeya. Buat kemarahan Hudzer semakin menggelegak. Qeya?”

“You ni memang jenis tak ada maruah ke, “Kenapa? You nak labelkan I perempuan 65

Dear Darling w HANA (HE)

tak tahu malu? You nak cakap I dah perkosa diri you? You cuba jawab I sekarang. Kalau I tuntut hak I sebagai seorang isteri dalam keadaan you sedar, you akan tunaikan ke? No, Zer. You akan berterusan abaikan I. Jadi sekurang-kurangnya I ‘perkosa’ suami sendiri, bukan lelaki yang entah siapa-siapa dekat luar tu!” Beremosi. Hampir saja menitiskan air mata. Hudzer?

Hina sangat ke dia pada pandangan

Tidak layak sungguh ke dia untuk mendapat sedikit ruang istimewa di hati Hudzer? Ketap gigi, Hudzer renung Qeya dengan paluan jantung yang semakin hilang melodi. Melangkah satu tapak ke depan, mencerun sepasang mata menikam bebola mata milik Qeya. “I memang tak faham apa yang ada dalam kepala otak you waktu you terfikir nak buat semua ni, Qeya.” Keras intonasi seraya menunjal-nunjal sisi dahi Qeya. Qeya tepis perlahan. Kala ini, separuh hati bagaikan hampir mati. “I tahu you mungkin akan bencikan I, Zer. Tapi kali ni I janji. Kalau dalam rahim ni ada anak you, I akan lepaskan you. Tak apalah kalau I tak 66

Dear Darling w HANA (HE)

berjaya buat you sukakan I, sekurang-kurangnya I ada ‘sesuatu’ untuk I kenang sepanjang I dengan you selama ni.” Bicara Qeya, setelah agak lama dia pertimbangkan kesan perbuatannya. Tak mungkin Hudzer mampu memaafkan dirinya dengan mudah. buatnya.

Kebencian lelaki itu pasti mencanak naik

“You memang anggap semua perkara ni remeh kan?” aju Hudzer masih tidak mampu membuang jauh rasa bengangnya. “Maksud you?” “You listen here, Qeya Alanna.” Jeda. Berhenti sejenak menggali nafas yang seakan menghilang. Tuntaskan pandangan ke wajah Qeya semula, lalu Hudzer kembali menyambung ayatnya yang masih tergantung. “Ditakdirkan you mengandungkan benih I, tolong jangan kaitkan anak tu dengan I. Just don’t!” Tegas bicara Hudzer. Entah kenapa rasa maruah dia sebagai seorang lelaki bagaikan tercarik. Berkahwin dengan Qeya semata-mata kerana wang. Sekarang, Qeya perlakukan pula dia sebegini. Terbalik 67

Dear Darling w HANA (HE)

sungguh situasi yang dilalui Hudzer. Lalu, tidak tercalar lagikah ego dia sebagai seorang lelaki? Tersentap hingga ke ulu hati. Tetap berusaha menayang riak sehabis tenang. Sebelum kelibat Hudzer hilang di muka pintu, naluri begitu mendesak-desak ingin tahu. “Zer..” Kaki Hudzer terpasak tanpa berpaling ke belakang. “I perempuan pertama ke yang you dah sentuh?” Perlahan, seakan berbisik pada diri sendiri. Hudzer toleh dan larik senyum sinis. Menderu-deru perasaan mahu menyakiti sekeping hati milik Qeya. “Kalau you bukan yang pertama, you nak kata apa?” Tarik nafas dalam, Qeya hela supaya hati merasa sedikit lapang. Sejurus senyum tawar diukir pada lengkungan bibirnya yang memang sudah sedia terbentuk cantik. Tak perlu Hudzer jawab, Qeya yakin dia yang pertama. Kerana kemarahan Hudzer, benar-benar luar biasa. 68

Dear Darling w HANA (HE)

Maafkan I, Zer. Lirih monolog hati Qeya. Mungkin saja selepas ini dia perlu belajar tentang sesuatu. Belajar bahawa hati manusia ini tidak boleh dipaksapaksa. Longgoklah sekalipun,

seberapa

banyak

wang

Jika tidak mencintai, tetap juga bukan dia yang Hudzer mahu.

69

BAB 11

H

UDZER bangkit mengutip pakaiannya yang bertaburan di atas lantai. Usai mengenakan kemeja pada tubuh, Hudzer melangkah ke arah pintu gelangsar. Pandang dada langit yang masih gelap, perasaan bercampur-baur. Rasa menyesal. Rasa seolah-olah lelaki yang langsung tak tetap pendirian. Bibir menyebut benci, sedangkan nafsu tetap Hudzer lampiaskan melalui Qeya. Apatah lagi sejak kali pertama dia gauli Qeya, dia bagaikan tidak mampu menepis keinginan untuk bersama Qeya lagi. Tapi salah diakah andai Qeya yang 70

Dear Darling w HANA (HE)

berterusan menggoda dia semalam? Lagipun di antara dia dan Qeya, sudah terikat dengan satu perjanjian. Untuk bebas dari perkahwinan mereka, Hudzer perlu hamilkan Qeya. Semakin cepat Qeya hamil, semakin deras jugalah Hudzer boleh terbang bebas tanpa ikatan perkahwinan ini lagi. “You touched me twice, Zer.” Suara seseorang, laju Hudzer berpaling ke belakang. Pandang Qeya yang dah bersandar pada katil, Hudzer mula menayang wajah tak beriak. Dia tahu Qeya teruja sebab kali ini mereka lakukan hubungan itu dalam sedar. Dan jujur, Hudzer sendiri langsung tak rasa terpaksa waktu sentuh tubuh Qeya semalam. Cuma demi ego, takkan Hudzer begitu mudah mahu mengaku? Ah, dasar lelaki. Tak sudah-sudah mahu hidup berajakan ego. “We already make a deal, Qeya Alanna. You cuma nakkan anak dengan I dan I akan tunaikan. Tapi selepas tu tolong bebaskan I.” Permintaan Hudzer. Kalau bukan disebabkan hutang Hudzer dengan daddy Qeya, Hudzer tak mungkin akan turutkan kehendak isterinya itu. “Semalam..” Qeya jeda. Jauh di sudut hati 71

Dear Darling w HANA (HE)

Qeya harapkan soalan dia nanti bakal menerima jawapan yang tak melukakan. “Takkan sekelumit rasa ikhlas pun tak ada waktu you sentuh tubuh I?” “Tak perlu tanya I kalau you sendiri dah tahu jawapannya. I tak nak hati you terus sakit, Qeya. I’ll make you pregnant. Cuma satu yang I harap, tolong pegang pada janji you bila sampai waktunya nanti.” Tutur Hudzer seraya berlalu membersihkan tubuh. Meninggalkan Qeya yang dah mula mengerdipkan matanya beberapa kali. Jangan menangis, Qeya. Jangan. Sebab perjanjian itu kau sendiri yang mulakan. Lambat atau cepat, kau dengan Hudzer tetap akan berpisah.

PUSING tubuh, berlaga dengan susuk sasa encik suami. Terangkat pandangan Qeya saat Hudzer hulurkan segugus kunci dan sehelai memo ke arahnya. Kening Qeya langsung berkerut. “Apa ni?” soal Qeya tak mengerti. “Petang ni you tak payah balik ke 72

Dear Darling w HANA (HE)

rumah ni. Terus pergi ke alamat yang I dah tulis dekat atas kertas tu. Kita akan pindah dari sini. Barang-barang you, I akan kemaskan dan bawa ke sana.” Arahan mandatori. Hulur bantuan untuk kemaskan barang-barang Qeya sebab waktu berpindah masuk ke situ, Qeya tak bawa terlalu banyak barang-barang peribadi miliknya. “You nak pindah dan baru sekarang you bagitahu I? You tak bincang dengan I pun.” Sedikit berubah intonasi Qeya. Perasaan berubah bercampur-baur. Memanglah dia suka bila mereka berpindah dari sini. Sekurang-kurangnya ada juga privasi. Yang buat Qeya tak berkenan, Hudzer belakangkan Qeya dalam hal ini. “I nak bawa you tinggal sekali dengan I pun you dah patut bersyukur. Bincang atau tidak, I yang buat keputusan. Tugas you hanya perlu ikut dan tak payah nak banyak songeh.” Mudah jawapan Hudzer. hati.

Ketap gigi, Qeya dah mula rasa panas

“Banyak pula duit you sampai boleh beli rumah sendiri kan?” Sinis semata-mata. Hudzer buat tak dengar. Capai stoking, 73

Dear Darling w HANA (HE)

terus disarungkan ke kaki. Automatik terpasak pada lantai bumi bila sindiran pedas Qeya begitu tepat mengenai batang hidung Hudzer. “Kali ni berapa pula yang you minta pada daddy I semata-mata untuk hamilkan I, Zer?” “Apa yang you merapu ni, hah?” Suara celah gigi. hadapan.

Qeya melangkah dekat satu tapak ke

“Untuk benih yang bakal you tanam dalam rahim I, berapa nilai yang you minta pada daddy I?” Qeya ulang soalan yang hampir sama. Berdetak-detuk bunyi gigi Hudzer berlaga. Cara Qeya menyoal tu, tak ubah seperti Qeya sedang menghina dia. Dah Qeya sibuk nak memprovok dirinya, tak salah rasanya kalau Hudzer pun balas dengan cara yang sama. “You agak-agak berapa nilai yang sepatutnya I minta? I sanggup berikan you zuriat walaupun I tak cintakan you, rugilah kalau I tak tetapkan sebarang bayaran kan? You ingat sperma I tu percuma aje ke? Untuk perempuan macam you, memang perlukan bayaran.” Lengkungan bibir yeng menjengkelkan jelas terbentuk.

74

Dear Darling w HANA (HE)

Zap! Tersiat hati Qeya. Sememangnya lelaki bernama Raz Hudzer ini sikit pun tak boleh nak menjaga hati dia ke? Tak terus membidas, Qeya selongkar tas tangan miliknya. Capai beberapa keping kad bank, Qeya lekapkan pada dada bidang encik suami. Kasar. Hinggakan tubuh Hudzer terganjak disebabkan tak bersedia dengan tindakan si isteri. “Dalam tu, ada semua duit simpanan I. You boleh ambil semua. Tak perlu libatkan daddy sebab I tak nak daddy dan mummy I tahu masalah rumahtangga kita.” Serius Qeya menegah. Berubah wajah Hudzer. Dan tak perlu Qeya tadahkan hatinya untuk terus dibelah, langsung Qeya angkat kaki masuk ke dalam kereta. Mencari nafas yang seakan makin menghilang, dada Qeya terasa ketat. Cepat saja jemarinya melurut perlahan. Tak mengapalah jika nilai seorang zuriat itu harus berbayar. Tak mengapalah jika Hudzer mahu menuntut wang dalam setiap urus niaga perkahwinan mereka. Kerana selagi Qeya mampu bersabar, akan dia lapangkan seluruh hati menerima segala 75

Dear Darling w HANA (HE)

layanan melukakan daripada si suami. Kelak jika sabarnya sudah menghakis, mungkin perkahwinan ini tidak perlu diperjuangkan lagi. Cukup berakhir sampai di situ sahaja. Sometimes, you just need to distance yourself from people. If they care, they’ll notice. If they don’t, you know where you stand.

76

BAB 12

Q

EYA renung telapak tangannya berulang kali. Alat ujian kehamilan jelas menunjukkan dua garis. Qeya bukannya terlalu bodoh untuk tidak memahami walaupun ini merupakan kehamilannya yang pertama. Positif. Di dalam rahimnya, sedang membesar satu nyawa. Siapa mampu duga secepat ini Allah S.W.T hadirkan rezeki untuk dia? ‘I tahu you mungkin akan bencikan I, Zer. Tapi kali ni I janji. Kalau dalam rahim ni ada anak you, I akan lepaskan you. Tak apalah kalau I tak berjaya buat you sukakan I, sekurangkurangnya I ada ‘sesuatu’ untuk I kenang sepanjang I dengan you selama ni.’ 77

Dear Darling w HANA (HE)

Bicara itu jelas terngiang-ngiang di deria telinga Qeya. Pejam mata, tiba-tiba Qeya rasa takut. Takut akan sebuah kehilangan. Hakikat yang harus Qeya telan. Nyawa yang baru dititipkan ke dalam rahimnya ini, harus dibayar dengan sebuah perpisahan. Dia harus lepaskan Hudzer. Rela atau terpaksa, dia perlu bebaskan Hudzer dari perkahwinan mereka. Sudah bersediakah Qeya nanti? Genggam alat ujian kehamilan itu kemas, kaki dilencongkan untuk menjejaki Hudzer. Semenjak berpindah ke rumah sendiri, Hudzer dan dia memang dah tidur di dalam bilik yang berasingan. Qeya dah agak itu salah satu tujuan Hudzer paksa dia ikut lelaki itu berpindah. Elok tercegat di hadapan bilik Hudzer, bersimpang-siur ramuan perasaan Qeya. Rasa teruja dan takut, datang bersilih-ganti. Teruja sebab Qeya sedar di dalam rahimnya ada zuriat lelaki yang amat dia cintai. Takut kerana kehadiran zuriat itu menandakan perkahwinan ini sedikit masa lagi bakal menemui titik penamat yang cukup dibenci 78

Dear Darling w HANA (HE)

oleh DIA. Tarik nafas dalam, Qeya beranikan diri mengetuk pintu bilik Hudzer. Sekali, Hudzer abaikan. Saat jemari naik mengetuk berkali-kali, barulah pintu bilik terkuak lebar. “You nak apa ni?” Suara Hudzer jelas rasa terganggu. “Boleh I masuk?” pinta Qeya. Hudzer macam teragak-agak nak benarkan Qeya masuk. Manalah tahu Qeya ada akal nak menggatal dengannya. Pelik, kali ini dia reti pula nak mengalah. Terus daun pintu dilebarkan untuk membuka laluan. you.”

“I ada perkara penting nak cakap dengan “Then, talk.” Dingin.

Ambil tempat di birai katil, Qeya gigit hujung bibir. Malas nak cakap banyak, telapak tangan langsung dibuka di hadapan Hudzer. Sejurus Qeya perasan riak wajah encik suami berubah. “I’m pregnant.” Dua patah perkataan. Sedikit bergetar suara Qeya jika diamati.

79

Dear Darling w HANA (HE)

Gulp! Liur yang ditelan terasa berpasir. Bersilih ganti melihat wajah Qeya dan alat ujian kehamilan yang masih berada di atas telapak tangan isterinya itu. “Seperti yang I janjikan, you boleh lepaskan I sebaik saja I lahirkan anak kita nanti. Cukup you serahkan anak ni pada I, I takkan tuntut apa-apa dari you lagi.” Perit, berusaha untuk noktahkan ayatnya juga. Tersekat nafas yang disedut. Bagaikan buntu mahu bereaksi bagaimana. Cuba berlagak seolah-olah berita itu tidak tinggalkan kesan, Hudzer tayang riak beku semata-mata. “Good for us. Pasal anak tu, you tak perlu risau. I takkan rebut dia daripada you. Kalau betul sekalipun I nakkan anak, I boleh kahwin dengan perempuan lain selepas diri you.” Tenang menutur kata. Dan Qeya, sekadar senyuman hambar pada bibir.

mengukirkan

Nampak jelas, Hudzer tak pernah kisah akan kewujudan bayi itu. Musnah harapan Qeya sebab dalam hubungan mereka yang jelas begitu dingin, sejujurnya Qeya selitkan sedikit harapan supaya kehadiran bayi ini bakal menyelamatkan rumahtangga mereka. 80

Dear Darling w HANA (HE)

Lebur dan ranap impian yang cuba Qeya simpul, kerana Hudzer takkan sesekali meletakkan Qeya di sudut hati lelaki itu. “I balik ke bilik I dulu. I masuk ke sini sebab I nak bagitahu you pasal ni aje.” Angkat punggung, Qeya menonong berjalan ke muka pintu. Bimbang makin lama dia di sini, makin teruk dia perlu menanggung luka. Baru tangan mahu memulas tombol pintu, suara garau Hudzer jelas kedengaran daripada belakang. “Qeya.” Qeya toleh memandang wajah Hudzer. Melalui riak si suami, yakin ada sesuatu yang Hudzer mahu perkatakan. “You takkan mungkir janji kan?” “Maksud you?” Dahi Qeya berlapis. “Selepas anak tu lahir..” “Selepas anak ni lahir, I perlu bebaskan you. Itu yang you nak cakapkan pada I?” tembak Qeya bagaikan mengerti. Remuk jiwa dan raga pabila Hudzer jatuhkan kepala tanda mengakui. Senyum tak bergula terbias pada ulas 81

Dear Darling w HANA (HE)

bibir Qeya lagi. Hati ini, sudah terlalu lali dengan bicara Hudzer yang tak bertapis. Jiwa ini, sudah terlalu biasa dengan layanan Hudzer yang sering kali mengecewakan. “Don’t worry, Zer. Anggap saja you dah tak perlu risau apa-apa tentang hal tu.” Ringkas. Qeya sorok luka di hati jauh-jauh. Jika mampu berlagak kuat, untuk apa dia menunjukkan kelemahan diri sendiri? Bukannya Hudzer tahu rasa simpati. Kelak andai Hudzer mampu selami, tak mustahil diri Qeya bakal diperlekehkan lagi. Jika itu mahu Hudzer, Qeya akan tunaikan. Cuma dengan satu syarat, selagi dia masih bergelar isteri Hudzer, dia mahu tagihkan yang manis-manis sahaja daripada lelaki itu. Anak ini, berhak mendapat kasih seorang ayah. Walaupun untuk sedetik sahaja.

82

BAB 13

T

ENGOK Hudzer duduk santai menghadap televisyen, Qeya lencongkan kaki ke ruang tamu. Tak teragak-agak labuhkan duduk di sisi Hudzer. Bukan dia tak perasan Hudzer dah mula rasa tak selesa. Abaikan saja. Selagi Qeya tak duduk di atas ribaan Hudzer, tak ada sebab Hudzer nak amukkan dia. Sandarkan tubuh pada sofa, tak semena juga si kecil dalam perut mula bergerak aktif. Maklumlah, kandungan dah menginjak ke usia lima bulan. Bayi pun sakan nak bergurau dengan mama dan papanya. Tarik telapak tangan Hudzer, Qeya lekapkan pada perut yang kelihatan sedikit 83

Dear Darling w HANA (HE)

membukit. Selamba. Sikit pun tak hirau wajah Hudzer yang ketara nampak tak berkenan dengan tindakannya. “Mama harap muka baby nanti ikut iras papa. Jadi sekurang-kurangnya bila papa tinggalkan mama, mama boleh tengok baby untuk hilangkan rindu mama pada papa.” Suara Qeya berbisik perlahan. Sepantas kilat Hudzer tarik jemarinya menjauh. Rasa makin tak betah. Rasa macam ada satu perasaan asing sedang menghentak sudut hati. Dan sungguh, Hudzer tak sukakan rentak perasaan yang begitu. “Why?” Qeya soal Hudzer dalam nada yang jelas kedengaran terkilan. “Boleh tak jangan gunakan budak tu untuk kepentingan you?” Serius wajah Hudzer menentang pandangan Qeya. “Maksud you?” “Just don’t do it again. Don’t use that baby to make me stay, Qeya Alanna. You ingat I tak tahu semua ni taktik you untuk lembutkan hati I?”

84

Dear Darling w HANA (HE)

Ulang Hudzer kali ini dengan lebih jelas. Qeya terdiam. Remuk-redam hatinya. Cuba mengumpul tabah yang berselerakan, Qeya dongak pandang wajah Hudzer bersama secebis senyuman canggung. “Sorry.” Malas nak panjangkan perbalahan, Qeya angkat bendera putih awal-awal. Hudzer tak membalas. Bangkit dari sofa, berura-ura hendak daki tangga ke tingkat atas. Kembali menoleh saat ada sesuatu melonjaklonjak minta diluahkan kepada Qeya. “Qeya..” Pusing tubuh sedikit supaya wajah Hudzer bisa ditatap. “If possible, could you please..” Nafas Hudzer tenggelam seketika. Sedut dalam-dalam, Hudzer mahu noktahkan juga ayatnya yang tergantung. “Could you please don’t tell her that I’m her daddy?” aju Hudzer tanpa sedikit pun perasaan bersalah. Kalau tadi sekeping hati Qeya remukredam, agak-agak sekarang dah berkecai menjadi

85

Dear Darling w HANA (HE)

serpihan gara-gara Hudzer. Pandang belakang tubuh tegap yang dah kembali memasang langkah, Qeya ukir senyum hambar pada bibir. “Do you really hate us that much, Zer?” Merujuk kepada diri sendiri dan bayi di dalam kandungan. Hudzer raup wajah. “Ini bukan soal benci, Qeya. Tapi dari dulu lagi I memang tak nak terikat apa-apa dengan you. You yang paksa I berikan you zuriat. I setuju sebab I pegang pada janji you. I tak bencikan anak tu, I hanya nak kehidupan I yang dulu. Tanpa you, tanpa dia.” Panjang lebar jawapan Hudzer. Bagaikan menganggap Qeya itu lahir tanpa hati. Sambung langkah yang terhenti, kelibat Hudzer sudah tiada. Saat itu jugalah kerdipan mata Qeya diiringi dengan genangan mutiara jernih. “Mama kuat. Mama kuat kan, baby?” Berbicara sendiri dengan insan kecil di dalam rahimnya. Walaupun hakikatnya, Qeya dah lelah hendak menagih kasih seorang Raz Hudzer lagi. Ego seorang Raz Hudzer, seakan tidak mampu hendak dirobohkan Qeya. Kukuh. Sikit pun tidak berganjak. 86

BAB 14

Q

EYA tahu perkahwinan ini takkan bertahan dengan lebih lama. Hari semakin berganti hari. Detik kian berlalu. Qeya hanya mampu menghitung hari menanti kelahiran bayi di dalam kandungan. Lahirnya si kecil ke dunia, maka terhentilah perjalanan rumahtangga dia dan Hudzer. Disebabkan itu Qeya tak nak sia-siakan masa yang tersisa lagi. Pada mata Hudzer, Qeya ni ‘seburuk-buruk’ wanita untuk dijadikan isteri. Disebabkan itulah Qeya mahu buktikan dia bukanlah seteruk yang Hudzer sangka. lain.

Qeya nak merasa jadi isteri seperti orang

87

Dear Darling w HANA (HE)

Qeya nak merasa lakukan rutin untuk beli jiwa suami sendiri. Langkah pertama, Qeya gagahkan diri belajar memasak untuk Hudzer. Kata Puan Khatijah, Hudzer suka makan sambal tumis udang. Harap-harap menjadilah untuk kali ini. Tiga kali percubaan, gagal nak dapatkan rasa yang serupa seperti dimasak oleh Puan Khatijah. Pandang jam pada dinding, Qeya nantikan kepulangan Hudzer. Hujung minggu pun Hudzer nampak sibuk. Ada urusan di luar waktu pejabat semata-mata nak naikkan syarikat yang baru bertapak. Yakin Hudzer tentu penat. Qeya nak bila Hudzer balik, hati Hudzer rasa tenang bila tengok Qeya dah sediakan makan malam untuk lelaki itu. Ralit termenung, bunyi pintu utama terkuak. Panjang langkah Qeya menuju ke ruang tamu. Senyum terukir melihat batang tubuh si suami. Pandangan berlaga, sedikit berkecil hati bila Hudzer buat Qeya macam tak wujud di depan mata. Mustahil Hudzer tak nampak dia. Usia kandungan dah nak masuk enam bulan, tubuh Qeya bukannya makin mengecil. “Zer..” seru Qeya saat Hudzer berpapasan 88

Dear Darling w HANA (HE)

bahu dengannya. Hudzer menoleh sekilas. Tayang wajah lesu. Kudrat dia benar-benar menghilang kala ini. Terbuang masanya. Sedangkan dia masih lagi belum mampu meyakinkan Datuk David untuk bekerjasama dengan RH Holdings. “I dah siapkan makan malam untuk you. Sambal tumis udang, you suka kan?” Terbersit rasa canggung bila Qeya sambut dia begitu. Tak pernah-pernah Qeya memasak untuk dia. Qeya dah buang tabiat ke? “I tak rasa nak makan. Penat..” Hudzer jelas tak menghargai penat lelah si isteri. Wajah Qeya berubah keruh. “Tapi I dah penat-penat masakkan untuk you, Zer,” pujuk Qeya supaya Hudzer sudi nak menjamah air tangannya sedikit. Mendengus, Hudzer mula rasa rimas bila Qeya susah nak faham bahasa yang dia tuturkan. Dia penat dan tak lapar. Takkan itu pun Qeya tak faham? Dahlah emosi dia sedang terganggu. Tak pasal-pasal Qeya yang menjadi mangsa amukan nanti.

89

Dear Darling w HANA (HE)

“Nak I guna bahasa apa lagi supaya you faham?” Kasar bicara si suami. Qeya kebam bibir. “I tahu you penat. Takkan nak temankan I makan pun you tak sudi? Dari tengahari tadi I tak jamah apa-apa. You tak kesiankan I dengan anak you ke?” Cuba memancing simpati. Malangnya, makin tegang pula wajah Hudzer kelihatan. Sungguh Hudzer tak suka bila Qeya gunakan bayi di dalam perut untuk kepentingan Qeya sendiri. “Anak dalam perut you tu belum tentu anak I, Qeya. Jadi kenapa I perlu kisah? You nak makan ke tak, itu pilihan you. Bukannya I yang paksa you ikat perut.” Tak bernada suara si suami. Terhenyak Qeya pabila Hudzer hamburkan ayat yang langsung dia tak duga. Pedih mencucuk-cucuk segenap hati. Rasa seakan tak mampu terubat lagi. Tarik nafas dalam, Qeya cuba kawal hembusan nafasnya supaya kelihatan normal. “I cuma ajak you makan, kenapa you perlu nak sakitkan hati I sampai macam ni?” “Tak betul ke apa yang I cakap?” selar Hudzer kembali.

90

Dear Darling w HANA (HE)

Silaplah Qeya sebab mendesak Hudzer tatkala lelaki itu sedang serabut dengan urusan syarikat yang masih bermasalah. “Kalau you nak buat DNA test pun boleh, Zer.” Qeya masih berbicara tenang. Walaupun jelas rasa terhina dengan ayat Hudzer tadi. Hudzer pamer senyum sinis. “I don’t trust you, Qeya. You perempuan licik. Kalau you boleh perangkap I untuk hamilkan you, I yakin bukannya susah setakat you nak pastikan bukti DNA test tu memihak kepada you.” Hudzer masih lagi mahu menyakiti hati Qeya. Alahai, Hudzer. Terkilan dengan Datuk David, kenapa kemarahan itu perlu dilampiaskan terhadap Qeya? Atur tapak satu langkah menghampiri Hudzer, Qeya beranikan diri menongkah pandangan tajam Hudzer. Bibir melorek senyum. Senyum tak berperisa yang pastinya. “Jadi siapa lelaki yang dah sedap-sedap ambil dara I pada malam pertama kita? Ada Hudzer lain ke selain Raz Hudzer bin Rudy dalam bilik I malam tu?” Bicara Qeya yang dah membuatkan Hudzer rasa tertampar pipi sendiri. “I’m too hot for you, Zer. You can’t deny 91

Dear Darling w HANA (HE)

it. Don’t you?” Kalau Hudzer mampu menyindir, Qeya juga sama hebatnya. Saat Qeya pusingkan tubuh, kuat Hudzer tarik Qeya hingga terhempap pada dada bidangnya. Wajah Hudzer tegang. Rahang Hudzer meletup-letup tanda berlaga kuat. “You paksa I sentuh you dalam keadaan I tak sedar. You nak I cakap ke you ni perempuan jenis macam mana?” ujar Hudzer tak mahu mengaku kalah. Keadaan berubah semakin hangat. Qeya diam menutup mulut. “You ni lebih teruk daripada seorang pelacur, Qeya.” Sambung Hudzer tak berperasaan. Qeya ketawa. Ketawa yang jelas mahu membakar sekeping hati milik sang suami. Dah alang-alang jiwanya remuk, biarlah dia terima saja hinaan Hudzer kepadanya. Telan dan hadam saja sampai hancur. Kelak bila dah hancur, Qeya harap rasa sakit itu akan hilang. “Dalam situasi kita sekarang, I sebenarnya lebih kesiankan you berbanding diri I sendiri. Kesiannya dengan you sebab pelacur ni juga yang jadi isteri you. Kesiannya dengan you sebab pelacur 92

Dear Darling w HANA (HE)

ni juga yang akhirnya mengandungkan anak you. You tak boleh nafikan hakikat tu, Zer. You tak boleh.” Beremosi suara Qeya sebelum merentap jemari Hudzer supaya lepas bebas daripada terus membelit lengannya. Undur satu tapak ke belakang, Qeya putar tubuh dan terus membawa diri naik ke tingkat atas. Perut yang lapar, Qeya biarkan saja berkeroncong hebat. Seleranya sudah mati. Andai saja dia tahu pelawaannya bakal dibalas dengan hinaan yang maha dahsyat, takkan sesekali dia biarkan sekeping hatinya dilapah-lapah dengan kejam oleh Hudzer. Hati Qeya, walaupun sering tersakiti, cinta itu seakan tak mampu dia usir menjauh pergi. Bodohkah dia?

93

BAB 15

S

EJAK Qeya tahu syarikat Hudzer makin bermasalah, Qeya dah tak selalu nak cari pasal dengan suami sendiri. Kadang-kadang Qeya biarkan saja Hudzer sakiti hati dia. Dia tahu Hudzer tertekan. Dan dia tahu keadaan syarikat sekarang sedang bertambah tenat. Kalau tidak, Hudzer takkan meminta dia untuk meletakkan jawatan. “Syarikat I dah tak mampu nak bayar gaji you. I sarankan you berhenti kerja.” “I tak kisah kalau you tak bayar gaji I. I boleh bekerja tanpa gaji. Sekurang-kurangnya kalau I ada di RH Holdings, I boleh tolong you mana-mana yang I mampu.”

94

Dear Darling w HANA (HE)

“Apa sangat yang you boleh tolong I, Qeya? You ada ke tak ada, RH Holdings tetap tunggu masa untuk gulung tikar. Selama ni, you tak pernah datangkan apa-apa faedah pada syarikat I selain menyemakkan mata I setiap kali I nampak muka you. You’re not welcome in my company, Qeya.” Perbualan dia dan Hudzer, hampir lima hari yang lalu. Permintaan Hudzer supaya Qeya berhenti kerja awal-awal lagi Qeya dah tolak. Hudzer kata Qeya tak datangkan apa-apa faedah pada RH Holdings. Baiklah, kali ini Qeya akan buktikan yang Qeya ni bukan hanya satu beban pada Hudzer. Qeya nak buktikan yang Qeya mampu lakukan sesuatu untuk selamatkan RH Holdings. Disebabkan itulah Qeya dah rancang sesuatu di belakang lelaki itu. Tak, Qeya tak harapkan Hudzer terharu. Qeya ikhlas nak tolong Hudzer sebab Qeya tahu RH Holdings begitu penting untuk Hudzer. Jika tidak, Hudzer takkan sanggup kahwini perempuan yang paling dia benci semata-mata untuk teguhkan kembali RH Holdings beberapa bulan yang lalu. Deringan telefon membuatkan lamunan Qeya pecah bertaburan. Menoleh, tangan menggagau mencari telefon bimbit di dalam tas 95

Dear Darling w HANA (HE)

tangan. Intai nama pemanggil, debar di hati mula terrasa menggila. Datuk David. Qeya cukup arif akan perangai lelaki tua itu. Sejenis lelaki yang pantang tengok perempuan berdahi licin. Dulu, waktu Qeya hadiri majlis makan malam syarikat daddynya, Datuk David pernah juga beberapa kali cuba hendak menggatal dengannya. Tahu kelemahan Datuk Davidlah, Qeya cuba nak rebut peluang untuk pujuk lelaki itu teruskan kerjasama dengan RH Holdings. Mana tahu, dia boleh berjaya dengan niatnya itu kan? “Ya, datuk.” Suara Qeya sebaik saja lekapkan telefon bimbit pada telinga. “I’m on my way, Qeya. You kat mana? I bagitahu awal-awal yang I tak suka menunggu.” “I pun dah nak gerak. Datuk tunggu I kat sana. Kejap lagi I sampai,” balas Qeya sebelum mematikan panggilan. Dada mula rasa berdebar-debar. Kemaskan tas tangan yang tersangkut pada bahu, Qeya capai satu fail lalu dia bersedia mahu membuka langkah. Tersekat saat tubuh Hudzer tegap menghalang laluannya. 96

Dear Darling w HANA (HE)

Turun naik bebola mata Hudzer merenung Qeya. Qeya ingat Hudzer nak amukkan dia sebab tak dengar cakap lelaki itu supaya Qeya dah tak perlu bekerja di RH Holdings. Sebaliknya saat Hudzer pertikaikan penampilan Qeya pada hari ini. Qeya akui pakaiannya sedikit terdedah. Semenjak disahkan hamil, Qeya dah kurangkan memakai pakaian yang mampu mengundang zina mata. Cuma untuk kali ini Qeya perlu jadi dirinya yang dahulu. Kalau klien dia bukan Datuk David, tak kuasalah Qeya nak balut tubuh dia dengan pakaian serupa ini. “Pakai baju tak cukup kain macam tu, you nak anak you dalam perut tu pun ikut perangai menggeletis macam you ke nanti?” sembur Hudzer tak pernah nak bersembang elok-elok kalau terserempak dengan Qeya. Qeya diam menayang wajah tak beriak. Anak you? Bukankah lebih tepat kalau Hudzer sebut anak kita? Berhentilah berangan, Qeya. Dia tak sudi. Sampai bila kau nak tersua-sua lagi? “I ada klien petang ni.” “Who?” 97

Dear Darling w HANA (HE)

“Datuk David.” Terus bibir Hudzer terketap sedikit. Datuk David Tan, spesies lelaki gatal tak sedar diri. Pantang tengok perempuan seksi sikit, adalah yang nak diraba atau digesel olehnya. Faham sangat Datuk David nekad untuk tidak bekerjasama dengan dia pun disebabkan Qeya. Baru dua hari lepas Hudzer hadiahkan penumbuk pada muka Datuk David. Siapa suruh cakap tak guna otak? Tak teragak-agak langsung Datuk David minta dia serahkan Qeya untuk tempoh semalam. Sebagai habuan, tender akan diserahkan kepada RH Holdings. “You tahu dia macam mana kan, Qeya? You sengaja nak tempah bala ke apa ni?” “I tahu, Zer. Dan sebab I tahu tu kelemahan dialah I terpaksa pakai macam ni.” “What??” Suara Hudzer melengking sedikit. Qeya senyum segaris. “You pernah cakap I ni tak berguna untuk you terus simpan dalam syarikat you. Kali ni I akan buktikan sekurang-kurangnya I mampu dapatkan salah satu tender supaya syarikat you dapat bekerjasama dengan Datuk David.” Jawapan Qeya yang mengundang urat hijau pada pangkal 98

Dear Darling w HANA (HE)

lengan Hudzer. “I’m not selling my wife, Qeya Alanna.” Tegas Hudzer. Zer.”

“Let me make something that worth you,

“Tapi bukan dengan cara macam ni. Syarikat I tak perlukan cara kotor untuk dapatkan tender dengan sesiapa sekalipun. You cuba langgar polisi syarikat, esok serta-merta I akan berhentikan you!” Jari telunjuk Hudzer naik tegak.  Qeya tak menyahut langsung. Sekadar memerhatikan Hudzer melangkah ke muka pintu. Sekelip mata, berdentum pintu pejabat dihempas Hudzer. Mengundang mata-mata lain menyaksikan drama sebabak itu. Bahu Qeya mengendur. Serba-serbi yang dia lakukan nampak salah pada pandangan encik suami. ‘Apa sangat yang you boleh tolong I, Qeya? You ada ke tak ada, RH Holdings tetap tunggu masa untuk gulung tikar. Selama ni, you tak pernah datangkan apa-apa faedah pada syarikat I selain menyemakkan mata I setiap kali I nampak muka you. You’re not welcome in my company.’

99

Dear Darling w HANA (HE)

Bait kata yang cukup meremukkan jiwa. Disebabkan itulah Qeya nekad. Dia perlu buktikan yang dia bukanlah hanya satu beban buat encik suami. Hiraukan arahan Hudzer, Qeya kemaskan pegangan pada fail berwarna hitam yang masih dikepit oleh jemarinya. Sedang elok juga telefon bimbitnya berdering nyaring lagi. Panggilan daripada Datuk David. Pandang jam pada tangan, Qeya nyaris nak tepuk dahi. Dia dah lambat! “I’m coming..” ujar Qeya lalu terus memasang langkah. Tergesa-gesa sebab suara Datuk David dah mula nampak tegang kerana terpaksa menanti Qeya. Harap-haraplah emosi Datuk David tak berubah teruk. Harap-harap juga usaha Qeya bakal menjadi untuk kali ini. Fuh!

100

BAB 16

T

ARIK pintu kereta yang dipandu Datuk David, terbantut niat Hudzer nak hamunkan si Qeya. Mahu dia tak naik angin bila dia keluar dari pejabat, kelibat Qeya dah tak ada. Tanya pada staff lain, kata mereka yang Qeya dah keluar. Ke mana lagi kalau bukan berjumpa dengan Datuk David? Rasa nak baling segala benda disebabkan amarahnya yang memuncak. Kenapa Qeya perlu nak bantah cakap dia? “Qeya, come out!” desak Hudzer cuba menarik Qeya untuk keluar. Mula mengerutkan kening tatkala memerhatikan wajah Qeya yang dah mula 101

Dear Darling w HANA (HE)

berpeluh-peluh. Qeya nampak pelik. Nampak macam dahagakan ‘sesuatu’. Mata si isteri kelihatan terpejam-pejam sambil meracau-racau halus. Malah, butang kemeja yang dipakai turut Qeya buka satu-persatu. Pap! Automatik Hudzer genggam jemari Qeya. Menghalang si isteri supaya tidak mendedahkan seluruh tubuhnya. Tali bra yang dipakai sudah mula terpampang pada mata. Qeya nampak makin tak keruan. Dan sentuhan Hudzer membuatkan nafsu Qeya mulai membuak-buak. Buka mata, pandangan Qeya redup memandang si suami. “Apa yang dah berlaku, Qeya?” soal Hudzer, dibalas dengan rengekan terus-menerus dari bibir mongel Qeya. “Zer, I nak you. I nak you. I dah tak boleh tahan.” Tarik lengan Hudzer hinggakan Hudzer dah mula terhempap pada si isteri. Tubuh Hudzer cuba dirangkul Qeya. Kali ni Hudzer dah mula dapat hidu sesuatu. Pasti angkara Datuk David, Qeya jadi macam ni. Datuk David dah berikan Qeya sesuatu untuk merangsang nafsu Qeya. Tak guna betul orang tua ni. Guna cara kotor!

102

Dear Darling w HANA (HE)

Tak cukup Qeya buka butang kemeja sendiri, butang kemeja Hudzer turut cuba Qeya tanggalkan. “Qeya, don’t do it. You tak sedar ni!” Hudzer cuba menghalang. Malangnya, Qeya bertambah agresif. Kemeja Hudzer direntap begitu sahaja sehingga mendedahkan tubuh tegap encik suami. Tangan Qeya menyelusuri dada bidang si suami hinggalah jemari Qeya terhenti pada butang jeans yang dipakai oleh Hudzer. “Qeya Alanna!” jerkah Hudzer berusaha menyedarkan Qeya agar kembali waras. Sia-sia usahanya pabila Qeya semakin rakus mahu melucutkan seluar Hudzer. Sebelum keadaan menjadi bertambah panas, Hudzer terpaksa mengasari tubuh Qeya. Pipi Qeya dicengkam kuat sebelum tubuh itu dihentak rapat pada seat yang diduduki oleh si isteri. Ini punca dia suruh Qeya jauhkan diri daripada Datuk David. Tapi Qeya degil. Qeya nak juga tunjukkan padanya yang Qeya boleh dapatkan sesuatu untuk syarikat Hudzer. Ini mujur kemeja Hudzer yang direntap, kalau kemeja si tua bangka tu? Memang senyum sampai telinga dibuatnya. Sia-sialah Hudzer bagi penumbuk pada Datuk 103

Dear Darling w HANA (HE)

David tempoh hari. “Jangan nak tunjuk gila sangat boleh tak??” hambur Hudzer menayang wajah bengis. Wajah Qeya nampak berubah sedikit. Pipi Qeya bertukar merah. Tubir mata Qeya mulai bergenang. Perlahan-lahan jemari yang tadinya rakus mahu menanggalkan pakaian Hudzer terkulai jatuh ke sisi. “I.. I tak boleh kawal diri I, Zer. I want to do ‘it’ with you.” Suara Qeya bergetar. Kecil hati sebab Hudzer tidak sudi mahu melayani batin Qeya. Qeya masih lagi di bawah pengaruh pil khayal. Tegakkan tubuh, Hudzer raup wajah dengan kedua-dua belah tangan sebelum sebelah tangan lagi mula naik memicit kepala. Macam mana dia nak bawa Qeya keluar dari kereta Datuk David kalau Qeya masih lagi menggeliat serupa pacat yang mahu melekat dan menggesel pada tubuhnya? Tengok Qeya sesekali mendesah tak selesa. Kemarahan pada Datuk David dan Qeya datang silih-berganti. “Isteri aku pun kau nak sapu, datuk? Kau ni memang spesies tempah bala betul!” rungut 104

Dear Darling w HANA (HE)

Hudzer walaupun Qeya itu bukan isteri yang dia iktirafkan selama ini. Menanggalkan Qeya, Hudzer berlalu pada kereta miliknya. Capai jaket, Hudzer dapatkan Qeya semula. Diselimuti tubuh Qeya yang sesekali nampak menggigil kesejukan. “I’ll take you home, Qeya. Come!” Hudzer cuba paut tubuh Qeya untuk ditarik keluar daripada kereta mewah Datuk David. “No, Zer. I tak nak balik. I nak you layan I. I isteri you, you kena layan I. I dah tak boleh tahan, Zer.” Qeya sambung merengek lagi. Hudzer ketap gigi dia rapat. Ikutkan hati, memang nak saja dia tinggalkan Qeya di situ. Tak tergamak biarkan Qeya digauli Datuk David sedangkan Qeya itu isterinya yang sah. “Zer..” “Please, Qeya. Stop it. Kalau you nak I sangat, dekat rumah nanti I layan you sampai puas!” herdik Hudzer aci ikut sedap anak tekak sahaja. Bercampur-baur dengan kesabaran yang dah semakin nipis. Kalau Qeya dengar cakap dia, tentu 105

Dear Darling w HANA (HE)

semua ni takkan terjadi. Qeya yang degil dan keras kepala! Tak sudah-sudah mahu menyusahkan dia. Huh! Mudah kerja Hudzer pabila rontaan Qeya semakin lemah. Cempung tubuh si isteri, Hudzer bawa Qeya masuk ke dalam kereta yang dipandu olehnya. Tentang Datuk David, Hudzer tetap akan buat perhitungan kali kedua dengan lelaki itu. Jangan harap Datuk David boleh terlepas.

106

BAB 17

Q

EYA raba pangkal lehernya yang jelas berbekas gigitan Hudzer. Tanda yang Hudzer tinggalkan sewaktu mereka berdua hanyut. Segala-galanya tidak dirancang. Terbabas saat Hudzer bawa dia pulang ke rumah dalam keadaan mabuk. Kerana kesan gigitan itu juga, dia menjadi mangsa usikan kedua-dua orang tuanya. Oh, kedua-dua orang tua Qeya baru saja pulang ke tanah air beberapa hari yang lalu. Kata Encik Smith dan Puan Amena, urusan di luar Negara sudah selesai. “Apa you dapat dengan berpura-pura yang you ni bahagia dengan I?” Suara Hudzer membuatkan Qeya pantas menoleh ke belakang. 107

Dear Darling w HANA (HE)

Pandang wajah Hudzer, Qeya renung si suami agak lama. “You ambil kesempatan ke atas I, Qeya. You tahu I tak pernah layan you elok-elok, sebab tu you sibuk sangat nak menempel dengan I depan keluarga you. Seronok ke jadi manusia hipokrit? Apa yang you dapat dengan berbuat macam tu?” Lagi soalan sama Hudzer muntahkan pada bibir. “I dapat jaga maruah you sebagai suami.” “You nak cakap I ni suami yang dayus?” “I didn’t say anything. Tapi kalau you sedar, baguslah.” Mudah Qeya menjawab sekaligus mengundang kemarahan encik suami. Tak sempat Qeya nak pasang langkah kembali, lengannya sudah dilelar kemas oleh Hudzer. “Apa lagi yang tak kena dengan I, Zer?” Suara Qeya hampir tidak terkeluar. Bosan hendak terus menadah telinga mendengar pertelingkahan mereka berdua. “Tanda pada leher you tu, mesti mummy dan daddy you ingat I sentuh you dengan rela hati. Sedangkan..” “Kalau you rasa menyesal sangat tiap kali you sentuh I, you tak perlu ingatkan lagi kejadian 108

Dear Darling w HANA (HE)

tu.” Deras membidas. Hudzer kacip gigi. “Mujur I yang sentuh. Kalau Datuk David yang sentuh you, you nak kata apa?” Amarah Hudzer mulai terusik pabila mengingatkan punca mereka berdua hanyut tempoh hari. “Dia tak sempat sentuh I pun kan?” “Tak sempat sebab I yang datang!” lama?”

“Tak habis-habis lagi ke nak ungkit hal

“You ni memang jenis anggap semua perkara tu remeh ke, Qeya Alanna?” “I tak nak bergaduh dengan you.” “Stand still. I’m not done with you yet!” Hampir hendak menjerkah. Qeya pejam mata. Rasa lelah. Rasa penat. Takkan setiap hari dia perlu bertikam lidah dengan Hudzer? “Okey, that’s enough. I dah tak nak bergaduh dengan you. Tentang Datuk David, memang I yang salah. Dan I tahu I yang paksa you kahwin dengan I. I juga tahu I yang desak 109

Dear Darling w HANA (HE)

you sentuh tubuh I dan hamilkan I. Dah sampai waktunya, I akan berhenti buat semua tu. I’ll keep my promise, Zer. You akan bebas tak lama lagi.” Laju serupa peluru berpandu. Malangnya sikit pun tak mampu nak redakan kemarahan Hudzer. “Hanya perempuan murah sahaja yang sanggup khayalkan suami sendiri semata-mata untuk bersetubuh. Dan hanya perempuan tak ada maruah sahaja yang sanggup gadaikan diri sendiri untuk dapatkan sesuatu dengan mudah.” Pedas ayat Hudzer seakan masih tak berpuas hati. Mendengarkan bait kata encik suami, Qeya seakan sesak nafas buat seketika. “Is that the best things you can describe about me, Raz Hudzer?” Luluh jiwa Qeya. Hinggakan intonasi miliknya juga sudah mulai bergetar. Sekaligus buat Hudzer bagaikan hilang peti suara dalam sekelip mata. Untuk pertama kali, Hudzer terkesan dengan lontaran kata daripada bibir si isteri. “Kalau itu tanggapan you pada I, you tak perlu risau. Sebab sedikit masa lagi, perempuan paling hina ni akan pergi dari hidup you. Mungkin, untuk selama-lamanya.” Sambung Qeya sembari 110

Dear Darling w HANA (HE)

memutarkan tubuh untuk membawa diri. Tekap dada sendiri, Qeya usap berulang kali. Saat ini Qeya seakan bukan Qeya yang dulu lagi. Berulang kali hatinya ditujah kejam oleh Hudzer, semangat Qeya bagaikan semakin melumpuh. Hakikat pahit yang Qeya harus telan, suatu hari nanti Qeya tetap perlu lepaskan Hudzer pergi. Dear darling, It doesn’t matter how much I love you. If we’re not meant to be together, I had to break it off.

111

BAB 18

H

UDZER tak faham kenapa semua orang seakan sedang mencari kesalahan dia kali ini. Pulang ke banglo orang tuanya, pedih telinga dia kena bebel dengan Encik Rudy. Yang buat Hudzer rasa tertanya-tanya, macam mana perihal itu juga yang Encik Rudy mahu bangkitkan? Qeya mengadu ke? Mulalah fikiran jahatnya menghasut. Sebelum keadaan menjadi bertambah genting, terus diajak Qeya pulang ke rumah mereka. Lagipun naluri mendesak-desak mahu bersemuka dengan Qeya. Jika benar isterinya itu ada mengadu, memang teruklah Qeya kena hambur malam ni.

112

Dear Darling w HANA (HE)

“You ada mengadu apa-apa dekat ibu dan baba I ke?” “Nak mengadu apa?” “Apa-apa ajalah. Yang buruk pasal I.” Dingin suara Hudzer. Qeya yang baru melabuhkan duduk pada birai katil mula memanggung wajah. Pelik tiba-tiba Hudzer aju dia dengan soalan menuduh macam tu. Teringatkan sesuatu, pantas bahu Qeya mengendur. Perbualan Hudzer dengan Encik Rudy bagaikan terngiang-ngiang pada deria telinga. “Barang-barang keperluan Qeya dan anak dalam perut tu Zer dah sediakan ke?” “Zer beli apa yang patut aje.” Hudzer berbohong. Tak berani nak tentang sepasang mata milik Encik Rudy lama-lama. Takkanlah Hudzer nak terus-terang yang dia langsung tak ambil tahu tentang kandungan Qeya pula. Memang tempah bala namanya tu. Encik Rudy lepaskan keluhan panjang. “Zer jangan nak tipu baba. Baba tahu Zer tepaksa kahwin dengan Qeya. Tapi tu tak bermakna Zer boleh abaikan tanggungjawab Zer. Zer tak

113

Dear Darling w HANA (HE)

takut kena soal dekat ‘sana’ nanti ke?” Terkilan nada suara Encik Rudy. Setahu dia Hudzer anak yang tahu mengenai hukum agama. “Apa maksud baba?” Encik Rudy sedut nafas dalam. Makin kesal bila Hudzer seakan berkeras mahu membohongi dirinya. “Isteri dan anak ni amanah Allah S.W.T untuk kita, Zer. Jagalah, bimbinglah.. supaya kita tidak sesekali mencerahkan peluang untuk ke neraka. Gagalnya kita dekat dunia ni, akan disoal di akhirat nanti. Baba tak nak kaki Zer tersekat nak masuk ke syurga gara-gara Zer abaikan tanggungjawab Zer selama ni.” Panjang lebar. Sekaligus buat Hudzer rasa tertampar wajah sendiri. Baru Hudzer nak membalas, menangkap pula kelibat Qeya yang mula muncul di ruangan tamu. Tergantung perbualan dia dan Encik Rudy setakat itu. Hudzer tak tahu sama ada Qeya dengar atau tidak. Yang Hudzer tahu hati dia sakit bila fikirkan Qeya dah pandai menjaja perihal rumahtangga mereka merata-rata. you ni.”

“Earth to, Qeya Alanna. I cakap dengan “Huh?” Qeya tersentak. Wajah bingung 114

Dear Darling w HANA (HE)

ditayang. Buat Hudzer mula mendengus bengang. Dah malas nak ulang-ulang soalan dia lagi. Capai dompet miliknya, Hudzer tarik keluar isi di dalam. Campak beberapa not RM50 tepat jatuh di atas paha Qeya. Sekaligus membuatkan Qeya terpaksa memusatkan pandangan tepat ke wajah si suami. “Apa ni, Zer?” soal Qeya seraya mencapai not-not yang bertaburan di atas pahanya. Wajah serius encik suami dipandang dengan penuh riak tanda-tanya. “I tak suka umi dan baba pertikaikan lagi tanggungjawab I pada you dan anak dalam perut tu. Ambil duit tu, you belilah keperluan budak tu. I tak ada masa nak buatkan semua tu untuk you. Lagipun I risau you bawa mulut lagi yang I ni tak pedulikan langsung you dengan anak dalam perut you tu.” Seakan tak bernada bicara yang Hudzer suarakan. Qeya ketap kuat bibir yang jelas bergetar. Kolam mata terasa panas. Tak pernah-pernah hati dia cepat tersentap begini. Kali ni, bicara Hudzer benar-benar meninggalkan kesan. Sedikit masa lagi, andai lidah Hudzer masih berbisa, tak mustahil dia bakal menangis di hadapan lelaki itu. Hilang Qeya Alanna yang gedik. 115

Dear Darling w HANA (HE)

Hilang Qeya Alanna yang keras kepala mahukan sesuatu. Semakin lama bergelar isteri Raz Hudzer, seakan sekeping hati milik Qeya dibunuh secara perlahan-lahan. Bangkit, Qeya letakkan kembali not-not yang Hudzer campakkan itu di atas telapak tangan si suami. “I tahu I dan anak I cuma pengemis, Zer. Pengemis yang jelas harapkan kasih sayang daripada you. Tapi tolong, jangan buat kami berdua tak ubah mengemis duit dari you pula kali ni. You tak perlu bertanggungjawab pada anak I kalau you tak mahu. Kali ni I pegang janji I. Sebaik saja anak ni dilahirkan, you boleh lepaskan I.” Bergetar intonasi Qeya. Cuba menahan benteng tangisan yang hampir tumbang. Hudzer senyum sinis. “Dan I memang tak sabar nak tunggu budak tu lahir. Jadi suami you, ibarat seluruh jasad I terkurung dalam neraka, Qeya. I’m sick of it!” Tak teragak-agak, Hudzer belah jiwa Qeya untuk kesekian kalinya. Atur tapak, tak dihirau perasaan Qeya yang terdera. Qeya dongak pandang siling berukir 116

Dear Darling w HANA (HE)

cantik. Kerdipkan mata beberapa kali. Cuba menahan titisan paling berharga. Malangnya tatkala luruh titisan itu, bahu Qeya mengendur jatuh. Salah dia. Salah dia sebab paksa Hudzer masuk ke dalam perkahwinan ini. Jika tidak, tentu dia tidak perlu menanggung deraan hati paling dahsyat sebegini. Dear darling, Loving someone who doesn’t love you back is like hugging a cactus, The tighter you hold on, the more it hurts.

117

BAB 19

K

ATA orang, sabar seseorang itu ada batas. Begitu juga dengan Qeya. Bukan setahun, bukan juga dua tahun.. malah bertahun-tahun dia cuba untuk mengambil hati Hudzer. Tatkala dia masih menemui titik kegagalan, Qeya rasa cukuplah usaha dia berkubur setakat ini. Hudzer tak pernah nak hargai dia. Hudzer tak pernah pandang dia sebagai seorang isteri. Lebih mengecewakan, Hudzer tak alualukan kehadiran bayi mereka sendiri. Qeya tak tahu kenapa dia boleh mencintai lelaki tak berperasaan seperti Hudzer. 118

Dear Darling w HANA (HE)

Mungkin ada hikmah Allah S.W.T uji Qeya begini. Daripada seorang perempuan gedik dan kadangkala tak tahu menjaga batas, Qeya bagaikan mula menghargai diri sendiri. pergi.

Qeya kikis sikap gila-gila dia menjauh

Qeya lebih matang dalam membuat keputusan dan tak kebudak-budakan lagi. Kerana mahu menghargai diri sendiri juga, hari ini Qeya buat keputusan paling payah sepanjang hidup dia. Untuk apa Qeya bertahan lagi? Kalau Hudzer setakat membenci diri Qeya, Qeya boleh hadamkan lagi. Pabila nyawa si kecil di dalam perut pun pernah Hudzer pertikaikan, Qeya dah tak sanggup nak biarkan diri sendiri nampak begitu bodoh di mata suami. Malam ini, Qeya mahu noktahkan segalagalanya. Pandang bagasi yang sudah siap berada di hujung pintu, tunduk pandang pula pada perutnya yang membulat. Qeya senyum pasrah. Sekejap saja lagi, Qeya akan tinggalkan rumah agam ini. Bukan dia sengaja mahu menjadikan si kecil sebagai anak yatim. Keadaan yang menekan memaksa Qeya memilih jalan ini. Qeya tak mahu berterusan dilukai. Bimbang hati perlahan-lahan mula mengajar erti 119

Dear Darling w HANA (HE)

dendam. Kata-kata Hudzer cukup meninggalkan kesan. Disebabkan itulah Qeya dah sebulat hati tak mahu berpatah semula. ‘Dan I memang tak sabar nak tunggu budak tu lahir. Jadi suami you, ibarat seluruh jasad I terkurung dalam neraka, Qeya. I’m sick of it!’ Untuk terakhir kali, Qeya ukirkan senyum hambar. “You dah tak perlu tunggu sehingga anak kita lahir, Zer. Sebab mulai malam ini, I akan pergi. Pergi jauh daripada kehidupan you. Moga you lebih bahagia selepas ini,” tutur Qeya seakan sedang berbicara dengan Hudzer. Bangkit, Qeya sedut nafas dalam. Cuba mengumpul semangat yang kadang-kala menghilang. Berjalan menuju pada muka pintu, jemari mencapai bagasi. Tanpa menoleh ke belakang, Qeya atur tapak meninggalkan ruangan kamar. Hudzer masih belum pulang ke banglo. Yakin pabila Qeya menjenguk ke dalam bilik si suami, jelas tidak berpenghuni. Sudahnya Qeya buat keputusan mahu menanti Hudzer di ruang tamu saja.

120

Dear Darling w HANA (HE)

Hampir dua puluh minit menghitung waktu yang berlalu, pintu utama banglo mula dipulas dari luar. Sekejapan, berdiri sesusuk tubuh di hadapan Qeya. Bingkas Qeya bangun. Menyeru Hudzer sebelum lelaki itu menghilang ke tingkat atas. “Zer..” panggil Qeya pabila Hudzer sekadar berlalu melepasi tubuhnya. Makin berderai hati Qeya saat Hudzer tunjukkan sikap acuh tak acuh. Takkan Hudzer tak nampak bagasi yang elok diletakkan bersebelahan dengan Qeya? “Can we talk?” soal Qeya saat Hudzer mula memalingkan wajah padanya. “Talk.” Beku seperti selalu. Berpaling, tenang berpeluk tubuh. “I nak keluar dari rumah ni.” Bicara yang amat jelas. Memandangkan Qeya sendiri dah tak tahu nak susun ayat bagaimana lagi. “Kalau keluar, pastikan you takkan kembali ke sini semula.” Tak teragak-agak, Hudzer hamburkan sebaris ayat itu. Berselerakan sekeping hati Qeya entah untuk ke berapa kali. Tunduk, bagaikan mengutip 121

Dear Darling w HANA (HE)

serpihan hati yang bertaburan. Kerdipkan mata, cuba menghalang mutiara yang hampir membasahi birai mata. Cuba dikutip semangat yang berkurangan. Sudahnya Qeya genggam tangan sendiri kuat-kuat. Dia tak boleh kalah pada perasaan lagi. Yang nyata, memang Hudzer tak pernah kisah tentang dia. “I tahu you takkan sesekali halang I pergi. Dan I tak pernah simpan harapan yang you akan batalkan niat I untuk tinggalkan rumah ni. I cuma..” Sebak datang bersilih-ganti. Qeya palingkan wajah seketika, menggigit hujung bibir. Dia harus kuat. Kuat untuk akhiri perkahwinan mereka. “Zer, I minta maaf sebab selama ni I dah banyak susahkan hidup you. I tahu I tak pernah layak untuk jadi isteri you. Disebabkan tu I tak nak seksa diri you lagi. I pergi bukan sebab I tak sayang. I pergi sebab I nak berikan kehidupan kepada orang yang I sayang. Kehidupan yang you mahukan selama ni. Untuk hidup tanpa bayangbayang I. I bebaskan you, Zer. Di antara kita, dah tak ada apa-apa hutang yang tersisa lagi. Halalkan makan minum I selama menjadi isteri you.” Panjang lebar. Bersusah-payah cuba menyorok sebak, akhirnya Qeya gagal. Birai mata yang 122

Dear Darling w HANA (HE)

terasa lembap, pantas Qeya sapu sebelum tangisan menjadi semakin lebat. Perit di jiwa, Hudzer tetap menayang riak bersahaja. Hampir melutut jatuh, saat sebaris soalan meniti tenang pada bibir encik suami. “Are you done?” Lalu serpihan hati Qeya bagaikan tak melekat untuk menjadi bentuk asalnya kembali. “I tunggu you dekat mahkamah syariah selepas anak kita lahir.” Renung Hudzer dalamdalam, Qeya undurkan tapak menjauh. Heret bagasi, terus menghala ke pintu utama. “Qeya Alanna.” Tersekat saat suara tegas Hudzer memanggil namanya. Tak menoleh, sekadar statik di hadapan muka pintu. “Macam yang I pernah cakap..” Jeda. “Once you step out of my house, just don’t come back. Tentang anak tu, I takkan tuntut dia daripada you. Jadi, you tak perlu risau.” Lagi ayat yang mengilukan sekeping hati. Menandakan Hudzer memang sudah lama menunggu detik ini. 123

Dear Darling w HANA (HE)

Menangis Qeya dalam hati. Pergilah.. Lepaslah.. Hakikat yang cukup pahit, Raz Hudzer bukan tercipta untuk Qeya Alanna lagi. Tanpa bertangguh, Qeya sambung berlalu keluar. Meninggalkan banglo yang hanya sempat dihuni oleh dia buat seketika. If you create some space for them in your heart and they choose to ignore, Let them go, If the two of you were meant to relate, you will eventually reconnect in future.

124

BAB 20

S

URAT perletakan jawatan Qeya dipandang dengan perasaan libang-libur. Sepatutnya Hudzer dah mampu nak hela nafas lega. Peliknya sejak tadi Hudzer bagaikan dihurung rasa bersalah pula menerima berita perletakan jawatan tersebut. Makin buat Hudzer rasa serba-salah bila setiap bicara tak bertapis dan layanan buruk dia pada Qeya seolah-olah berulang-tayang. Jelas menunjukkan betapa teruknya Hudzer selama menjadi suami Qeya. Hudzer kata Qeya buruk perangai, walhal Hudzer lebih menjengkelkan. Hudzer kata Qeya seakan tak tahu agama, 125

Dear Darling w HANA (HE)

sedangkan Hudzer itu yang lebih jahil. Kalau Hudzer tak jahil, takkan sesekali Hudzer abaikan tanggungjawab sebagai suami selama ini. Hinggakan nyawa yang tak berdosa pun Hudzer anggap sebagai satu beban dalam hidupnya. Meraup wajah, dada tiba-tiba terasa dihempap dengan sesuatu. Padat, sesak. Semakin tak mampu untuk bernafas. Bertambah galau jiwa Hudzer pabila keluarga sendiri dah mula pulaukan dirinya. Wajah kecewa Puan Khatijah. Rona tegang Encik Rudy. Jelas tidak senang dengan tindakannya mahu melepaskan Qeya daripada ikatan perkahwinan mereka. Itu belum lagi Puan Amena dan Encik Smith bertentang mata dengan dia. Silap haribulan, lebam biji mata Hudzer dikerjakan Encik Smith. Sandar tubuh pada kerusi, Hudzer pandang dada siling. Entah sampai bila dia berpeluang duduk di atas kerusi pengarah ini lagi. RH Holdings makin terumbang-ambing tika ini. Tersilap sedikit langkah, bakal diisytiharkan muflis dalam sekelip mata. 126

Dear Darling w HANA (HE)

Keluarkan dompet, Hudzer tarik keluar kad perakuan nikah miliknya. Terpampang wajah dia dan Qeya di situ. Membuatkan Hudzer menutup rapat bebola mata. Sekali lagi, dada dihentak rasa asing. Deras Hudzer simpan semula kad itu di tempat asal. Tak mahu melayan hati yang berbelah-bagi. Ini keputusan dia. Keputusan yang akhirnya Qeya turut persetujui. Takkan di saat-saat akhir begini, Hudzer mahu menjilat ludah sendiri? Hela nafas panjang, Hudzer bingkas bangun daripada kerusi. Tak boleh berterusan melayan perasaan. Bimbang hati semakin goyah. Belum sempat Hudzer mahu melangkah, bunyi deringan telefon bimbit membuatkan kakinya tergam pada lantai bumi. Tunduk pandang skrin yang menyala-nyala, tertera satu nama. Uncle Smith. Telan liur, jelas terasa berpasir. Hudzer biarkan panggilan itu mati dengan sendiri. Lega pabila tiada panggilan buat kali kedua yang masuk. Sebaliknya diganti dengan satu pesanan ringkas yang akhirnya membuatkan bahu Hudzer 127

Dear Darling w HANA (HE)

mengendur jatuh. Smith

Daddy nak jumpa Zer. Now! – Uncle

Raup sebelah wajah dengan tangan, Hudzer tahu sejauh mana dia cuba mengelak, dia tetap perlu bersemuka dengan kedua-dua orang tua Qeya. Hadap sajalah, Zer. Kau juga yang sibuk nak menempah masalah. Suara hati, terang-terang turut tidak berpihak dengan diri Hudzer.

BINGKAS bangun bersalaman dengan Encik Smith. Canggung, pertama kali Hudzer rasa kehadirannya disambut dengan dingin. Wajah Encik Smith dan Puan Amena tegang. Tiada secalit senyuman. “Daddy rasa Zer tahu kenapa kami panggil Zer ke sini kan?” Hudzer panggung lambat Hudzer mengangguk.

128

kepala.

Lambat-

Dear Darling w HANA (HE)

“Why, Zer?” Sarat dengan nada terkilan. “Zer tak cintakan Qeya.” Menjawab pertanyaan Encik Smith. Kedengaran nafas Encik Smith dihela panjang. “Memang ini ke jalan terakhir yang ada? Qeya mengandung, Zer. Takkan Zer tak boleh pertimbangkan langsung?” Puan Amena pula menyampuk. Hudzer terhenyak. Tak tahu jawapan versi apa harus dia berikan. “Zer dah tak nak dera hati Qeya lagi, mummy. Kami memang tak pernah sehaluan.” Bersepai harapan yang digantung oleh pasangan itu tatkala Hudzer suarakan nekadnya. Nampaknya beginilah kesudahan perkahwinan anak tunggal mereka. Dah tak ada apa yang perlu dibincangkan lagi. Pandang wajah Puan Amena, Encik Smith tahu mereka berdua harus pasrah. Jodoh Qeya dan Hudzer tak panjang. Marah? Ibu bapa mana yang tak marah pabila anak perempuan mereka diperlakukan seperti sampah. Mereka tahu Qeya itu banyak kekurangan. Namun tak pernah mereka sangka dalam keadaan sarat berbadan dua, emosi Qeya perlu dibebankan dengan ujian seberat ini. 129

Dear Darling w HANA (HE)

Teringatkan amanah yang Qeya berikan, Encik Smith sedut nafas panjang. Perlahan-lahan Encik Smih keluarkan satu sampul. Diletakkan di atas meja lalu dihulurkan kepada Hudzer. “Ikutkan hati daddy, memang Zer takkan keluar dari rumah ni sebagaimana Zer melangkah masuk ke sini tadi. Disebabkan permintaan anak daddy, daddy lepaskan Zer. Ini amanah Qeya yang perlu daddy serahkan pada Zer. Ambil dan jangan kembali ke sini lagi. Anggap saja di antara Zer dan Qeya tak pernah wujudnya satu perkahwinan sebelum ni.” Panjang lebar bicara Encik Smith. Buat rona wajah Hudzer bertukar kelat. Merenung sampul putih di hadapan, Hudzer beranikan diri menyoal sebelum keduadua susuk tubuh itu beredar. “Apa ni, daddy?” “She really loves you, Zer. Walaupun Zer dah patahkan hati dia berkali-kali, dia masih fikirkan Zer.” “Zer tak faham.” “Dekat dalam tu ada sekeping cek dan surat yang Qeya minta kami berikan pada Zer. Qeya dah jual semua saham dia di salah-sebuah syarikat milik daddy. Dia minta serahkan pada 130

Dear Darling w HANA (HE)

Zer. Selebihnya Zer boleh baca sendiri surat yang Qeya tinggalkan.” Suara Puan Amena. Sekaligus membuatkan wajah Hudzer berubah rona. Terbersit hatinya dengan satu rasa. Menyambar sampul di atas meja, Hudzer mula meneliti isi di dalam. Pandang jumlah yang tertera pada cek pun dah buat Hudzer telan liur. Saat bait perkataan yang tertulis di atas sehelai kertas menjamah ruangan mata, tiba-tiba Hudzer rasakan separuh daripada nyawanya bagaikan melayang pergi. Zer, Untuk pertama kali, I berhenti mengejar you. Rasa pelik. Rasa hidup I terlalu sunyi. Tapi I perlu belajar. Belajar untuk hidup tanpa diri you. I takkan ganggu you selepas ini. Malah, I takkan biarkan you nampak bayang-bayang I lagi. I tahu you membenci, sebab tu I perlu pergi. Terima kasih di atas segala-galanya. Untuk nyawa yang you hadiahkan di dalam rahim I, I akan jaga sehabis baik yang I mampu. You pernah kata I tak mampu bawa apa-apa kebaikan dalam hidup you. Untuk kali yang terakhir, I masih mencuba. Mencuba untuk berikan you sesuatu. Gunalah pemberian I dengan sebaik mungkin. RH Holdings you bina 131

Dear Darling w HANA (HE)

dengan penat-lelah you sendiri. I tak mahu lihat RH Holdings berkubur. Jangan pernah terhutang budi. Pemberian I kali ni bukan atas urusan perniagaan lagi. Perkahwinan itu bukannya mampu di beli dengan wang ringgit. I ikhlas, tanpa mengharapkan apa-apa balasan daripada you. I doakan you dari jauh, Zer. Maafkan segala salah-silap I. I juga dah lama memaafkan you. Setakat ini saja jodoh kita. I harus redha. Redha untuk melepaskan you jauh dari sisi I. Sebaik saja anak kita lahir, I akan hadir ke mahkamah untuk uruskan perceraian kita. Ini janji I dan I akan tepati. You jangan risau ya? Yang ikhlas mencintaimu, Qeya. Lipatan surat kembali ditutup. Hudzer tak tahu apa yang sedang hati dia rasa. Yang Hudzer tahu, dia rasa kehilangan. Kehilangan sesuatu yang amat berharga. Dongak pandang wajah Encik Smith dan Puan Amena, bibir bergrak-gerak mahu menanyakan sesuatu. “Where’s Qeya?” Terlepas juga soalan itu dari bibir. 132

Dear Darling w HANA (HE)

“Dia suruh bagitahu Zer yang dia baikbaik saja.” “Zer nak jumpa dia.” “Untuk apa?” Hudzer hilang ayat. Soalan Puan Amena itu ringkas. Malangnya Hudzer tak mampu terus berikan jawapan. Ya, kenapa dia perlu berjumpa Qeya? Untuk menyakiti hati Qeya lagikah? Tarik nafas dalam, Hudzer ikut saja desakan hati. “Boleh tak Zer nak jumpa Qeya?” “No!” Laju jawapan Puan Amena. Wajah Hudzer berubah. Renung wajah Encik Smith, jelas lelaki itu turut menyokong tindakan Puan Amena. Hancur harapan Hudzer. “Mummy tak nak Qeya menangis lagi. Kalau Zer nak balas jasa Qeya, Zer jangan tuntut apa-apa daripada Qeya. Kami boleh jaga Qeya. Kami boleh jaga anak kamu dan Qeya. Pergi, Zer. Pergi dan jangan kembali lagi.” Sambung Puan Amena. Kedengaran cukup tegas.

133

Dear Darling w HANA (HE)

Buat Hudzer rasa seakan wajahnya dilempang berulang-kali. Perit. Pedih. Jadi inilah yang Qeya rasa? Ayat itu, pernah Hudzer muntahkan juga kepada Qeya sebelum ini. ‘Once you step out of my house, just don’t come back. Tentang anak tu, I takkan tuntut dia daripada you. Jadi, you tak perlu risau.’ Terngiang-ngiang. Buat Hudzer bagaikan baru saja dibangunkan daripada mimpi panjang. Segera Hudzer beristighfar dalam hati. Selama ini, suami jenis apakah seorang Raz Hudzer? Selama ini, bakal ayah jenis apakah seorang Raz Hudzer hinggakan benih sendiri pun Hudzer tak pernah mahu ambil peduli? Kesal? Rasanya sudah terlalu lambat. Yakin, hati yang benar-benar terluka pasti sudah tertutup mahu menerima Hudzer kembali. Nafas Hudzer tersekat-sekat. Resah memikirkan satu hakikat. Hakikat bahawa dia dan Qeya sudah 134

Dear Darling w HANA (HE)

semakin jauh. Sometimes you’ll realize the value of people, Only when they either leave you, Or their gone forever.

135

BAB 21

K

EADAAN RH Holdings semakin teruk. Keluarga sendiri pula semakin memencilkan diri. Hudzer seakan-akan hidup sebatang kara. Tanpa sesiapa pun di sisi. Hukuman yang cukup berat. Di atas kesilapan Hudzer selama ini. Sibuk mencari kesalahan orang lain, hinggakan Hudzer terlupa mahu mengorek keburukan sendiri. Berjuta kali Hudzer luahkan kekesalan di hati pun dah tak ada sesiapa mahu ambil peduli. Qeya? Sudah lama menghilangkan diri. Bukan Hudzer tak pernah cuba mahu menambat hati Qeya kembali. Lelah pabila Qeya tunjukkan sisi keras Qeya yang tak pernah dia ketahui. Makin berantakan jiwa dan hati Hudzer 136

Dear Darling w HANA (HE)

tatkala diari milik Qeya yang tertinggal di banglo mereka Hudzer jumpai beberapa hari yang lalu. Diari yang merakamkan kenangan mereka ketika kecil. Tak tahu waktu bila Qeya ambil gambar Hudzer. Semuanya jelas diambil secara sembunyisembunyi. Paling buat Hudzer tersentuh hati, belek saja satu gambar sewaktu majlis konvokesyen Hudzer beberapa tahun yang lalu, ayat yang Qeya loretkan di bawah buat Hudzer terkesan hingga ke ulu hati. Mulalah kenangan lalu terimbas di ruangan mata. Boleh ke kalau I nak pergi ke majlis konvokesyen you nanti? – Qeya I tak alu-alukan kehadiran you. Tak payah nak semakkan mata I dan rosakkan mood I waktu majlis tu. Lagipun I cuma ajak orang yang penting dalam hidup I. You tu, penting ke dalam hidup I? – Hudzer Hudzer ingat Qeya dah mengalah tika itu. Meleset kerana Qeya hadiri majlis konvokesyen Hudzer tanpa pengetahuan Hudzer. Cukup memerhatikan Hudzer dari jauh. 6 OKTOBER 2019. Majlis konvokesyen si dia. Tahniah, Zer. Kalau boleh I nak muncul di depan you dan katakan betapa I bangga dengan pencapaian you. 137

Dear Darling w HANA (HE)

Tapi you pernah pesan, jangan semakkan mata you dan rosakkan mood you. Disebabkan I tak nak musnahkan hari bahagia you, I perhatikan you dari jauh pun dah memadai. You nampak kacak dalam jubah tu, Zer. Makin buat I jatuh cinta. Disebabkan I tak mampu nak bergambar dengan you, I curi-curi ambil gambar you. Balik nanti I ingat I nak cantum dan editkan gambar I di sebelah you. Nampaklah macam kita bergambar berdua pada hari konvokesyen you tu. Bijak tak idea I? Hehe! Renung gambar yang sudah diedit oleh Qeya, mata Hudzer terpejam. Kasihannya pada Qeya. Qeya sukakan dia sejak kecil. Malah, Qeya tak pernah jemu mencintai dia walaupun layanan Hudzer begitu teruk terhadap Qeya selama ini. Hudzer terlalu mencari kesempurnaan. Kononnya wanita liar dan kuat bersosial seperti Qeya tak layak berdampingan dengan dia. Dalam situasi sekarang, bukankah Hudzer sebenarnya jauh lebih teruk daripada Qeya? Tak betah duduk meratapi kesalahan diri, Hudzer nekad. Dia perlu jejaki Qeya. Perlu tebus segala kesilapannya dengan Qeya. Sebelum keadaan benar-benar sudah terlanbat, Hudzer perlu bertindak. Semakin yakin dengan kemahuan hati sendiri, takkan sesekali dia mampu 138

Dear Darling w HANA (HE)

melepaskan Qeya pergi. Hudzer sayangkan Qeya. Hudzer cintakan Qeya. Maka, hadap sajalah walaupun jelas dia bakal dihalau oleh Puan Amena dan Encik Smith lagi. Capai kunci kereta, Hudzer terus memasang langkah. Berharap-harap usahanya kali ini mampu membuahkan sedikit hasil. Dengan izin-Nya.

SENYUM kelegaan terbentuk pada bibir. Pertolongan DIA datang tepat pada waktu. Selalu tiap kali bertandang ke rumah Encik Smith, pasti Qeya berkurung saja di dalam bilik. Itu yang menjadi punca Hudzer tak pernah berpeluang mahu bertemu dengan Qeya. Kali ini nasib baik memihak kepadanya tatkala kelibat Qeya berjaya ditangkap berada di ruang tamu banglo mewah itu. Sebelum Qeya melarikan diri, cekap jemari melelar pergelangan tangan si isteri. “Qeya, wait!” halang Hudzer. Tubuh 139

Dear Darling w HANA (HE)

Qeya mengeras. Perhatikan diri Qeya, begitu banyak kelainannya. Pakaian Qeya, lebih kelihatan sopan berbanding sebelum ini. “We need to talk.” “I tak ada perkara penting yang nak dibualkan dengan you lagi.” “Tapi, I ada.” Deras memintas. Buat Qeya melepaskan nafas lelah. “Apa lagi yang you nak dari I, Zer?” Lemah nada yang melontar. Dek desakan hati yang meronta-ronta, tubuh Qeya tak semena ditarik kejap ke dalam pelukan. Mahu menggugurkan rasa rindu. Terbuntang biji mata Qeya. Terkaku di dalam pelukan si suami. Kembali tersedar setelah hampir beberapa minit berlalu. “I rindukan you, Qeya.” Pengakuan Hudzer. Sekaligus menerima tolakan kuat daripada si isteri. Terganjak tubuh Hudzer ke belakang. Pandangan bersabung. Situasi yang benar-benar terbalik. “Apa yang you mengarut ni?” Qeya cukup 140

Dear Darling w HANA (HE)

tak suka Hudzer permainkan dia hingga ke tahap ini. you.”

“Qeya, I memang betul-betul rindukan Qeya gelengkan kepala berkali-kali.

“No, Zer. You tak sedar apa yang you cakapkan tadi. You cakap macam tu sebab you kasihankan I. I pernah pesan pada you, jangan terhutang budi dengan I. Jadi you tak perlu berlakon hingga sejauh ni.” Bertubi-tubi bicara yang Qeya hamburkan. Qeya.

Hudzer pegang kedua-dua belah bahu “I’m not acting, Qeya Alanna.”

“Dan I takkan sesekali percayakan you dengan mudah. Macam mana seorang yang begitu bencikan I, mampu rindukan I dalam sekelip mata? You gotta be kidding me.” Tertawa halus. Tawa yang jelas sedang menutup rasa debar yang menggila. “You tahu I tak bergurau kan, Qeya? You tahu I dah banyak kali datang ke sini untuk jejaki you. Tapi..” “Balik, Zer. I dah tak nak dengar apa-

141

Dear Darling w HANA (HE)

apa lagi. Kalau daddy dan mummy ada letakkan syarat pada you, tolong abaikan. I dah tak nak paksa sesiapa sekalipun untuk terus hidup dengan I.” Bersedia untuk memulakan langkah. Terpasak tatkala Hudzer ungkapkan tiga perkataan keramat. “I cintakan you.” Diam. Qeya tak mampu nak bereaksi apa-apa. Hinggakan hendak bernafas pun Qeya dah tak reti. “I cintakan you, Qeya Alanna.” Ulang Hudzer lagi. Kali ini dengan pengakuan yang lebih yakin bahawa ayat itu benar-benar ditujukan pada Qeya. Oh, Tuhan. Sedang bermimpikah Qeya? Lelaki yang dia cintai, sedang membalas dengan rasa cinta yang sama. Malangnya rasa teruja itu sudah tiada. Pernah dibunuh oleh Hudzer sendiri selama ini. “Qeya..” Hudzer capai tangan Qeya dari belakang. Cuba membalikkan tubuh itu. Hampa kerana Qeya berkeras tidak mahu memandang wajahnya. Mengeluh panjang Hudzer dengan tindak balas Qeya.

142

Dear Darling w HANA (HE)

“Tolonglah jangan dera hati I lagi, Zer. I penat. I dah tak larat nak tanggung semua ni. I dah lepaskan you, kenapa you perlu kembali lagi?” Bergetar. Jelas kedengaran menghalang tangis. Buat Hudzer dihentam perasaan bersalah yang maha dahsyat. “I tahu I dah banyak sakitkan hati you, Qeya. Terlalu banyak kesilapan yang I dah lakukan pada you dan anak kita. Payah untuk you maafkan I. Disebabkan tu I datang bukan untuk memaksa you terima I kembali. I datang untuk berikan you pilihan. Sebelum I kuburkan harapan I untuk mulakan hidup baru dengan you, I nak tanya you satu soalan terakhir..” Jeda. Qeya gigit bibir kejap. Seakan bisa meneka soalan yang bakal Hudzer ajukan kepadanya. “Do you still love me?” Lalu tekaan Qeya sungguh-sungguh tidak tersasar. Pejam mata sesaat, Qeya cuba kumpulkan semangat yang menghilang. Masih cintakah dia kepada Hudzer? Entahlah, Qeya sendiri sudah keliru. Perasaan yang Qeya sedang alami, amat bersimpang-siur. Berliku-liku hinggakan rentak 143

Dear Darling w HANA (HE)

perasaan mana yang harus Qeya dahulukan pun Qeya tak tahu. Cuma satu rasa yang Qeya tak mampu nak tepis jauh-jauh. Rasa terluka. Ya, luka yang Hudzer tinggalkan padanya benar-benar memberikan kesan. Hingga membuatkan seluruh hati Qeya sudah tidak mampu untuk terus mencintai lagi. Pusingkan tubuh, Qeya gagahkan diri sendiri untuk menatap wajah Hudzer lalu.. “I dah berhenti mencintai you, Zer. Cinta tu, dah tak ada. Dah tak tersisa untuk you lagi.” Tenang menoktahkan bicara. Sekaligus menjemput senyum hambar di bibir Hudzer. “You nak bebas, Qeya?” “Sebagaimana you harapkan untuk bebas dari I dulu, itu juga yang I harapkan dari you sekarang.” “Do you hate me now?” Qeya geleng. “I cuma tak nak hubungan kita berterusan keruh. Perpisahan, itu sahaja jalan yang terbaik.” “Then, you’ll get what you deserve. Kalau perpisahan mampu buatkan you lebih bahagia, I 144

Dear Darling w HANA (HE)

anggap peluang kedua tu tak layak untuk diri I,” balas Hudzer dengan suara yang jelas tenggelamtimbul. Undur satu langkah ke belakang, Hudzer terus memasang langkah untuk berlalu pergi. Dan Hudzer lepaskan Qeya bukan sebab Hudzer sekadar bermain-main dengan pengakuan cinta pada bibir. Hudzer lepaskan Qeya sebab Hudzer sedar yang Hudzer rupa-rupanya dah terlalu mencintai. Qeya perlu cari bahagianya yang dah lama menghilang. Walaupun bukan tanpa kehadiran Hudzer di sisi lagi. The moment you’d find the courage to give up your happiness for someone, It would be the moment you understand love.

145

BAB 22

T

ERCEGAT berdiri menanti susuk tubuh Puan Amena kembali. Hudzer gelisah. Gementar sebab dia tahu dia tidak layak berada di situ. Sebaik saja khabar Qeya sudah selamat melahirkan bayi perempuan sampai pada pengetahuannya, Hudzer langsung tak fikir panjang. Capai kunci kereta, terus memandu ke hospital. Cuma Hudzer tak terus terjah masuk ke wad yang menempatkan Qeya. Bimbang Qeya tak sudi mahu bertentang mata dengannya. Namun naluri mahu menatap wajah comel si kecil benarbenar mengasak ruangan dada. Untuk kesekian kalinya Hudzer rasa malu pada diri sendiri. Dulu, bukan main lagi dia tidak 146

Dear Darling w HANA (HE)

ambil peduli tentang kewujudan si kecil. Pabila sudah lahir ke dunia, pandai pula Hudzer nak terhegeh-hegeh kononnnya dialah bapa kepada bayi perempuan mereka. Bunyi derap kaki membawa pandangan Hudzer lurus ke hadapan. Berdiri wajah beku Puan Amena dan Encik Smith. Puan Khatijah dan Encik Rudy terlebih dahulu mendapatkan besannya. “Macam mana, Mena? Boleh ke anak aku nak tengok Qeya dan anak mereka?” soal Encik Rudy bagi pihak Hudzer. “Saya ni bukannya kejam sangat nak pisahkan anak-beranak. Ikutkan hati memang saya tak nak Hudzer jejak kaki ke sini. Tapi..” “Qeya suruh Hudzer masuk iqamatkan Qaysara.” Encik Smith memintas. Mengkhabarkan keizinan Qeya. Terentang riak kelegaan pada wajah Hudzer. Jadi si kecil comel itu diberi nama Qaysara? Cantik nama tu, pandai Qeya pilih. Terkilan sebab sepatutnya dia dan Qeya harus sama-sama memilih nama anak mereka. Kejamnya Hudzer sebab Hudzer biarkan Qeya bersendirian menguruskan segala keperluan sepanjang kehamilan isterinya itu.

147

Dear Darling w HANA (HE)

Ah, tak berhati perut sungguh. “Masuklah. Tapi jangan lama sangat, Qeya perlukan rehat.” Suara Puan Amena yang jelas dingin, sebelum menapak menjauhi Hudzer sekeluarga.

HUDZER renung puas-puas wajah Qaysara yang masih lena dalam dukungan. Pipi gebu Qaysara dikucup bertalu-talu. Rasa sebu seluruh hati. Macam manalah dia boleh tergamak mengabaikan kewujudan Qaysara suatu ketika dahulu? “She’s beautiful. Macam muka you, Qeya..” Tanpa sedar. Qeya gigit hujung bibir. Memandang Hudzer seakan terpaku dengan bicara si suami. Ya, masih suami. Gelaran itu belum terlucut lagi. Sedang menghitung detik dan waktu, saat Hudzer leraikan ikatan yang menghalalkan hubungan mereka. Perasan sepasang mata Qeya bagaikan tunak padanya, Hudzer alihkan pandangan. Bersabung bebola mata mereka. Menikam di antara satu sama lain. 148

Dear Darling w HANA (HE)

“Kali pertama you bercakap sesuatu yang baik mengenai I, Zer. Selama ni..” Qeya tak mampu nak noktahkan ayat. Sekadar mengukirkan senyum hambar pada bibir. Hakikatnya Hudzer mana pernah mahu menyebut yang baik-baik mengenai Qeya. Selalu saja memandang Qeya dengan sudut negatif. Terhenyak. Bicara Qeya tepat membidas wajahnya. “Does it still hurt?” aju Hudzer parau. Qeya hilang lidah untuk membalas. Serba-salah sama ada mahu menafikan atau mengiyakan. Sudahnyan Qeya lencong topik mereka. Hudzer.”

“Nama dia, Qaysara Amneiya binti Raz “Such a nice name. Pandai you pilih.”

“Maaf sebab terpaksa libatkan you dengan dia, Zer.” “Maksud you?” “I terpaksa bintikan dia dengan nama you.” Ukir senyum kelat lagi. Untuk kesekian kalinya Hudzer rasa 149

Dear Darling w HANA (HE)

terkesan. Qeya bukan menyindir dia. Qeya cuma mengulang kembali apa yang Hudzer pernah pintakan dahulu. Kalau Hudzer nak terasa, padanlah dengan muka Hudzer. Bercakap tak pandai nak jaga hati orang, sekarang giliran Hudzer pula rasakan peritnya. Kucup Qaysara sekali, Hudzer letakkan si kecil di atas katil miliknya. Berdiri tegak, pandang wajah Qeya tak berkelip. Hudzer tahu sebaik saja Qaysara lahir, dia perlu mengotakan janji. Janji untuk membebaskan Qeya pergi. Walaupun hati memang tak rela, pilihan apa lagi yang masih tersisa? Hudzer dah banyak tersilap selama ini. Nak undurkan waktu kembali, memang dah terlambat. Sungguh-sungguh terlambat. “Qeya..” Hudzer.

Qeya pusatkan pandangan ke wajah

“I tahu apa yang I kedengaran pelik bagi you. ucapkan terima kasih pada sebab sudi lahirkan zuriat Hudzer meluah rasa.

nak cakap ni akan Tapi I ikhlas nak you. Terima kasih I.” Dalam senafas

“Qaysara bukan satu beban untuk I, Zer. I sudi lahirkan dia sebab dia anak kepada lelaki yang 150

Dear Darling w HANA (HE)

I pernah cinta. Walaupun kita dah tak berjodoh nanti, I takkan halang you jenguk dia.” Dengar bicara Qeya, Hudzer makin mengerti. Qeya memang tak pernah berniat untuk teruskan perkahwinan mereka lagi. Mendekati, Hudzer masih teragak-agak. Menyedari mungkin ini adalah peluang dia yang terakhir, sudahnya Hudzer beranikan diri mengucup ubun-ubun Qeya. “Maaf sebab I tak pernah berikan you bahagia.” Perlahan bicara Hudzer. Mata Qeya terkedip beberapa kali. “Bukan salah you.” Sedapkan hati Hudzer semata-mata. “Terima kasih juga sebab benarkan I jumpa Qaysara.” “You papa dia, Zer. Tak patut kalau I nak halang you untuk ke sini.” “Tapi I tak layak, Qeya.” Hampir tenggelam suara Hudzer. “Apa sekalipun yang pernah berlaku di antara kita, I hanya nak lupakan segala-galanya.” “Peluang tu memang takkan ada lagi kan, 151

Dear Darling w HANA (HE)

Qeya?” “Sometimes divorce is the only option to be happy, Zer. Divorce is not a tragedy. A tragedy is staying in an unhappy marriage. Demi kebahagiaan masing-masing, I tak jumpa jalan lain yang lebih baik melainkan berpisah dengan you.” Jawapan Qeya. Jelas mahu meletakkan noktah pada hala tuju perkahwinan mereka. Biar berkubur. Cukup setakat ini sahaja.

152

BAB 23

Q

AYSARA yang masih lena di dalam kendongan diserahkan kepada Puan Amena. Pagi ini Qaysara tak banyak meragam. Seakan-akan mengerti yang Qeya perlukan waktu untuk bertenang. Sekejap lagi, segala-galanya bakal terlerai. Hubungan dia dan Hudzer, akan mula dipisahkan dengan satu perkataan yang sering kali menggerunkan kaum isteri. Cerai. Ya, proses perceraian mereka sedang berlaku. Kedua-dua lutut Qeya menggigil. Sejuk telapak tangan, jelas menggambarkan keadaan Qeya yang gementar sedari tadi.

153

Dear Darling w HANA (HE)

“Qeya dah nekad?” Qeya angguk menjawab pertanyaan daddynya. “Hold my hand.” Encik Smith hulurkan tangan pada Qeya. Qeya sambut dan genggam kemas. Merenung wajah anak perempuannya, bersilih-ganti dengan jemari Qeya yang semakin menggigil. “I’m shivering..” Bibir Qeya bergetar. Birai mata mulai terasa panas. Apatah lagi saat dia pandang ke hadapan, susuk tubuh si suami yang bersongkok hitam mula menjamah ruangan mata. Deras Qeya alihkan pandangan ke sisi dan sapu kelopak matanya yang mula basah. “If you’re not ready, just don’t do it.” Suara Puan Amena. “Kita masuk, mummy.” Kata putus Qeya. Sejurus, mula mengatur langkah. Malangnya sebelum sempat pintu utama dikuak, tangisan Qaysara di belakang bergema memenuhi perkarangan mahkamah syariah. Qeya menoleh. Cemas mendapatkan si kecil. Bayi berusia empat bulan itu mula bertukar tangan.

154

Dear Darling w HANA (HE)

Puas Qeya pujuk. Puas Qeya usap dan belai. reda.

Tangisan Qaysara tetap juga tidak mahu

Membuatkan Hudzer turut berpatah mendapatkan bayi perempuannya. “What’s wrong?” soal Hudzer dijentik rasa bimbang. “I tak tahu, tiba-tiba aje menangis.” Masih lagi menepuk-nepuk punggung Qaysara. Hampa, tangisan Qaysara tetap juga begitu. Hinggakan wajah Qaysara mula berubah membiru. “Bagi dia pada I, biar I yang cuba pujuk.” Hudzer terus hulurkan tangan untuk mengambil Qaysara. Ajaibnya sebaik saja Qaysara mula berada di dalam dakapan Hudzer, automatik tangisan Qaysara lenyap. Sekadar teresak-esak memerhatikan wajah Hudzer lama. Pandangan Qaysara bagaikan sedang berbicara sesuatu dengan Hudzer. “What’s wrong, pretty?” soal Hudzer 155

Dear Darling w HANA (HE)

melekapkan dahinya pada dahi Qaysara. Bibir Qaysara menceber. Sayu renungan sepasang mata jernih itu. “Papa faham. Everything’s gonna be fine, pretty. You won’t lose me. Papa akan tetap jenguk Qaysara selepas ni. Qaysara tidur ya? Jangan tengok, dengar dan ambil tahu apa pun yang berlaku sekejap lagi,” parau nada suara Hudzer memujuk. Dan pujukan Hudzer benar-benar sampai ke deria pendengaran Qeya. Qeya gigit hujung bibir. Tiba-tiba dia rasa bersalah terhadap Qaysara. Tiba-tiba dia rasa macam dah berlaku kejam pada Qaysara. Qaysara baru berusia empat bulan. Tapi Qeya pula bagaikan sedang cuba merampas kebahagiaan anak kecil yang masih belum mengerti apa-apa. Berganjak, Qeya dah tak sanggup nak dengar bicara yang meniti pada bibir Hudzer lagi. Sekadar membiarkan Hudzer memujuk dan menidurkan Qaysara. Cukup menjadi pemerhati dari jauh. Makin lama pandangan dia tertancap pada Hudzer, makin kabur pula bayangan Hudzer dan Qaysara. Qeya menangis! “Kenapa masih nak sulitkan keadaan?” 156

Dear Darling w HANA (HE)

Suara Encik Smith. “Qeya takut terluka lagi, daddy.” Dongak, meleleh mutiara jernih mengotori pipi Qeya. Encik Smith sedut nafas panjang. Menyeka air mata yang menitis pada pipi anak tunggalnya. Sebagai seorang ayah, Encik Smith hanya mahu pastikan kebahagiaan itu milik Qeya Alanna. “Look at him, Qeya. Dia menyesal dan dia pernah minta Qeya pertimbangkan keputusan Qeya. Kenapa Qeya tak cuba berikan peluang tu untuk kamu berdua?” Beku. Mulut Qeya bagaikan lumpuh. Bukan Qeya tak mahu berikan peluang. Hanya hati yang terluka pernah merasa peritnya. Disebabkan itulah Qeya ragu-ragu. Qeya takut pada bayangbayang lalu. “Tanya diri sendiri. Kalau kata kamu berdua berpisah, Qeya yakin ke Qeya boleh bahagia selepas ini? Time is ticking. Qeya dah tak ada banyak masa. Cuma daddy harap Qeya memang tak tersilap buat keputusan kali ini.” Tepuk bahu Qeya sekali, Encik Smith berikan ruang untuk Qeya bersendirian. Supaya Qeya bisa menghadam. 157

Dear Darling w HANA (HE)

Supaya Qeya mampu bermuhasabah. Benarkah perpisahan ini adalah jalan terakhir untuk menemui titik bahagia?

158

BAB 24

K

ETUKAN jemari pada papan kekunci terhenti. Hudzer angkat pandangan dan luruskan ke hadapan. Lama memerhati, Hudzer kebam bibir sendiri. Tak betah sekadar memerhati, tubuh diangkat. Berjalan mendekati sofa yang berada betul-betul berhadapan dengan meja pejabatnya. Jatuhkan kedua-dua belah lutut, jemari naik mengelus pipi si dia. Bergerak-gerak si dia kerana rasa terganggu. Mata terbuka luas, pandangan bertemu. “Are you done?” Soalan pertama. Menggosok-gosok sedikit kelopak mata cuba mengusir kantuk yang masih bersisa.

159

Dear Darling w HANA (HE)

Hudzer geleng. “Penat ke terpaksa temankan I dekat sini?” soal Hudzer kembali. Semenjak RH Holdings makin pulih dari masalah yang bertimpa-timpa, Hudzer memang makin sibuk dengan urusan pejabat. Dah banyak hari dia abaikan Qeya. Disebabkan itulah hari ini dia tekad untuk usung Qeya ke RH Holdings. Sekurangkurangnya dapatlah juga dia tatap wajah Qeya. Kalau dulu, wajah itulah yang Hudzer meluat mahu pandang lama-lama. Tatkala Allah S.W.T balikkan hati Hudzer, sudahnya wajah itu yang Hudzer dambakan setiap detik. “You ada masa untuk I sekarang?” “Why?” Sepatah Hudzer soal. “I just want a hug from you.” Polos. Nampak sangat si isteri rasa terabai sejak kebelakangan ini. Bangkit, Hudzer labuhkan duduk di atas sofa. “Come..” gamit Hudzer lalu Qeya ditarik ke dalam pelukan. Kepala Qeya berlabuh di atas dadanya. Terasa tenang Qeya mendengar degupan jantung Hudzer. “Bila kita nak balik?” aju Qeya seraya 160

Dear Darling w HANA (HE)

hujung jemari mula melakar-lakar sesuatu di atas dada bidang Hudzer. “Kalau kita balik, I ada dapat apa-apa tak?” Nakal si suami menyoal. “You can get me.” Selamba Qeya membalas. “Tak balik rumah pun I masih boleh dapatkan you kan?” “Huh?” Tak sempat nak soal panjangpanjang, terasa tubuh Qeya sudah ditekan lembut ke atas sofa. Bibir si suami semakin meliar. Buat Qeya terasa lemas. “Zer, tak siap kerja you nanti.” Cuba menghalang bibir Hudzer daripada terus mencumbui wajahnya. Telapak tangan Qeya, Hudzer diamkan pada sofa. Wajah diangkat sedikit supaya dapat melihat raut Qeya. Pandangan Hudzer redup. “Five minutes, Qeya. I betul-betul rindukan you.” “Kalau terbabas, macam mana?” “Biarlah, paling teruk pun Qaysara bakal dapat adik lagi.” 161

Dear Darling w HANA (HE)

“Zer!” Qeya menjerit manja. Qaysara baru beberapa bulan, takkan dia dah nak mengandung lagi? Haish! Tak larat nak menghalang perangai nakal si suami, Qeya biarkan saja Hudzer dengan tindakannya. Terpinga-pinga bila Hudzer jauhkan muka daripada terus dibenamkan pada leher Qeya. Lama Hudzer renung wajah Qeya sebelum.. “Happy anniversary, Qeya,” luah Hudzer buat kedua-dua belah mata Qeya terbuntang. “You ingat?” Qeya teruja. Yang sebetulnya Qeya sendiri dah terlupa. Bila Hudzer ucapkan selamat hari ulang tahun perkahwinan mereka barulah Qeya ingat. “I hafal supaya I tak terlupa sesuatu pun tentang you.” Bicara manis bergula. Tak menyempat, Qeya hadiahkan kucupan pada pipi kanan Hudzer. “You nak hadiah tak?” “Kata tak ingat, takkan sempat pula sediakan hadiah?” Kening Hudzer berkerut. Qeya tayang senyum gedik. Tengok Qeya mula nak leraikan butang blaus yang dipakai,

162

Dear Darling w HANA (HE)

pantas Hudzer jegilkan mata. Dah mula boleh teka hadiah yang dimaksudkan oleh si isteri. Amboi, rupa-rupanya perangai suka menggoda Qeya masih belum terhakis lagi ya? “Qeya Alanna.. don’t!” Cepat saja sambar jemari si isteri. Lalu tawa Qeya bergema. Saja nak acahacah dengan Hudzer. Terkejut sungguh encik suami nampaknya. Sampai pucat lesi. “Gurau ajelah..” sahut Qeya masih dalam tawa yang bersisa. “Nasib baik jantung I tak tercabut.” “Okey, kali ni I serius. Tak nak mainmain dah. You nak hadiah tak sempena ulang tahun perkahwinan kita?” Jungkit sebelah kening. “I want you.” “Siapkan kerja cepat-cepat. Balik nanti I bagi seluruh diri I pada you.” Kenyit mata sekali. “Betul ni?” Qeya jatuhkan kepalanya berkali-kali. Sengih miang Hudzer makin melebar.

163

Dear Darling w HANA (HE)

“Dan you, you nak hadiah tak?” Qeya terdiam agak lama. Usap pipi Hudzer bersama senyuman nipis, bibir kembali dibuka untuk membuat permintaan yang dah lama belum tertunai lagi. “I’m waiting to hear you call me ‘dear’.” Sebaris ayat, jelas meniti pada pendengaran Hudzer. Membuatkan senyum gatal Hudzer menghilang dalam sekelip mata. Walaupun Qeya tak berniat nak mendera hatinya, kenangan lama buat Hudzer masih diburu dengan kekesalan. Untuk kesekian kali, Qeya ditarik rebah ke dalam pelukan. Hudzer dakap Qeya bagaikan tidak mahu dilepaskan langsung. “I’m so sorry that I hurt you, dear. I janji I takkan sesekali buat you menangis lagi.” Parau bicara yang terluah. Saat panggilan keramat itu meluncur pada bibir Hudzer, Qeya tahu selepas ini hanya akan muncul pelangi di dalam hidupnya. “Terima kasih sebab tunaikan impian I selama ni, Zer.” Tulus ungkapan Qeya. “Maaf sebab I buat you menunggu terlalu lama untuk dengar panggilan tu daripada I.”

164

Dear Darling w HANA (HE)

“I’m okey with it, darling. Jangan risau tau?” Qeya tepuk-tepuk belakang Hudzer. “Thank you for not leaving me. Walaupun dah banyak kali I lukakan hati you. I cintakan you, Qeya Alanna. Sangat-sangat cintakan you.” Tekan Hudzer mahu Qeya letakkan seluruh kepercayaan pada si suami. Tanpa sedar, ada air mata bahagia yang sedang mengalir pada pipi Qeya. Walaupun terlalu lama dia harus menunggu, sekurang-kurangnya penantian dia itu bukanlah sesuatu yang sia-sia. Syukur, Ya Allah. Dear darling, Ever since the day you came in my life, I know that you’re the one I’ll truly love till the end.

165

BAB 25

Q

EYA pandang Hudzer yang dah elok bergolek di atas katil. Bercekak pinggang, Qeya berjalan merapati si suami yang santai bersilang kaki. Dia suruh jagakan Qaysara sekejap pun Hudzer dah sibuk nak mengelat. “Qaysara kat mana?” “I pass the baton to daddy.” Ringkas jawapan Hudzer seraya menayang riak nakal pada Qeya. Dengar saja jawapan Hudzer, terus kaki dilencongkan ke muka pintu. “Where to go, dear?” soal Hudzer laju menyambar pinggang Qeya. “Nak ambil Qaysara naik ke ataslah.” 166

Dear Darling w HANA (HE)

“Biarlah daddy jaga malam ni. I baru aje nak luangkan masa dengan you.” Wajah Hudzer masam sedikit. Dia sajalah tidurkan Qaysara siapsiap di atas pangku sebelum diserahkan kepada Encik Smith dan Puan Amena. “Nanti apa pula kata daddy?” “Daddy takkan kata apa-apa sebab I dah bagitahu dekat daddy yang I nak manja-manja dengan you malam ni.” Tak tersekat-sekat langsung Hudzer noktahkan ayat. cepuk.

“Zer!” Tak pasal-pasal bahu Hudzer kena

“Wait, dear. I tutup lampu dulu.” Melompat turun, bersedia nak menuju pada suis utama. Tersekat pabila Qeya mula menarik lengannya. tali.

“I tak cakap pun I nak?” Bermain tarik “You tak nak ke?” Soalan berbalas soalan.

Qeya nyaris nak tepuk dahi sendiri. Kenapa dia nampak Hudzer sekarang seakan begitu dahagakan perhatian dia? “Tunggu malam sikitlah, darling.”

167

Dear Darling w HANA (HE)

“Sekarang, tak boleh ke?” Phew! Pijar pipi Qeya dibuatnya. Toleh ke belakang semula, Qeya mula renung wajah Hudzer dengan riak curiga. “Actually what’s in your mind?” “Nothing. I cuma rindu waktu you beriaia goda I dulu.” Masih cuba nak berselindung. Mengecil bebola mata Qeya. “I don’t think so, darling. You ada agenda lain kan?” “Ish, tak baik syak-wasangka dengan suami sendiri.” “Tell me, Zer. Kalau tak, I takkan tunjukkan bakat menggoda I malam ni.” Ayat mengugut. Hudzer tunduk pasrah. Mengaku kalah pabila Qeya gunakan satu-satunya kelemahan yang dia ada. “I want baby,” akui Hudzer cukup tenang. “Qaysara kan dah ada?” lelaki.”

“Qaysara tu perempuan. I nak anak

168

Dear Darling w HANA (HE)

“You ingat kalau kata I mengandung, you boleh tempah ke nak jantina anak tu perempuan ke lelaki? Kalau kata dapat perempuan juga, macam mana?” “Kita cuba lagi sampai dapat anak lelaki. Sementara I masih kuat ni.” Aci ikut sedap anak tekak aje Hudzer menjawab. Ternganga Qeya dibuatnya. Tengok Qeya terkedu dengan jawapan dia, Hudzer terus ambil kesempatan. “Kira jadilah projek dapatkan anak lelaki malam ni ya? Lagipun I dah tua, dah terlalu banyak masa yang I bazirkan. You tak kesian dekat I ke, sayang?” soal Hudzer memancing simpati. Qeya julingkan biji mata ke atas. Bila Hudzer letakkan diri Qeya dalam keadaan serbasalah, agak-agak Qeya mampu nak menolak lagi ke? “Pastikan projek you malam ni berjaya.” Cukup dengan sebaris ayat itu, Hudzer tahu umpan dia dah mengena. Sekelip mata ruangan bilik sudah pun bergelap. Sisi Hudzer yang tak pernah Qeya ketahui. Qeya ingat Qeya seorang aje yang pandai menggoda. Rupa-rupanya Hudzer lebih hebat 169

Dear Darling w HANA (HE)

daripada dia. Cukup dengan ayat membeli jiwa pun Hudzer dah berjaya buat Qeya tersungkur. Agak-agak, jampi apalah yang Hudzer dah pakai kan? Saat sepotong doa dibaca oleh Hudzer, Qeya sekadar mengikut rentak Hudzer membawa dirinya jauh terbang ke bulan. Jika ada rezeki yang Allah S.W.T mahu titipkan buat mereka kali ini, moga rezeki itu terhasil melalui hubungan yang dirahmati. Mudah-mudahan, dengan izin DIA.

170

BAB 26

M

UNCUL di hadapan Hudzer, resah menantikan komen encik suami. Kurang yakin sebab ini kali pertama dia kenakan tudung pada kepala. Sebelum ini mahkotanya yang satu itu seringkali disajikan pada mata-mata nakal lelaki di luar sana. “Okey ke?” “Perempuan mana yang nampak tak okey kalau bertudung, sayang?” Lembut pertanyaan Hudzer. “I nampak cantik tak?” “Lebih cantik daripada apa yang I jangkakan. Do you want to know something, dear?” 171

Dear Darling w HANA (HE)

aju Hudzer seraya memaut rapat pinggang Qeya supaya melekat pada tubuhnya. “What?” “Yang terlindung itu sebenarnya lebih cantik. I sukakan you macam ni.” Pujian yang ikhlas, bukan sekadar mainan pada bibir. “Jadi selepas ni tak ada sebablah you nak pandang perempuan lain kan?” “I pernah pandang perempuan lain ke sebelum you?” “Maksud you?” “You yang pertama dan terakhir, Qeya. I tak pernah bercinta dengan sesiapa.” Membulat biji mata Qeya. Rasa macam tak percaya. Jika benar apa yang Hudzer perkatakan, betapa beruntungnya dia. “Oh, really? Sebab tulah you beku sampai tak ingat dunia kan?” “Haip! Mengutuk depan-depan nampak?” Hudzer picit hidung mancung milik Qeya. Qeya tepis perlahan lalu hamburkan tawa pada bibir.

172

Dear Darling w HANA (HE)

“Patutlah I pikat banyak kali pun tak dapat-dapat. Mujurlah akhirnya you sudi juga nak pandang I.” Laju saja Qeya berceloteh. Sekaligus membuatkan Hudzer terkedu. Merenung Qeya, jemari naik memegang keduadua belah pipi si isteri. “I’m sorry, dear..” “Sebab apa nak kena minta maaf pula ni?” Qeya terpinga-pinga. “Sebab dah banyak kali lukakan hati you. Teruk kan perangai I dulu? Sibuk nak mencari kesempurnaan, sampaikan I lupa nak tilik dosa I sendiri.” Mengeluh, lalu menunduk menekur hujung kaki. “Tak seronoknya ungkit hal lama,” tutur Qeya cuba nak elakkan topik menyentuh jiwa. “I bukan saja-saja nak ungkit. I cuma nak bagitahu you yang I betul-betul kesal dengan sikap I yang dulu. I menyampah dengan you bila you cuba nak dekati I. I rasa you tak sesuai untuk I sebab gaya hidup you yang kuat bersosial. I ego nak terima hakikat I terpaksa beristerikan perempuan macam you. Dari awal I berangan nak dapatkan perempuan yang bertudung litup. Bila I terpaksa jilat ludah I sendiri, I rasa tercabar. Sebab tu..” 173

Dear Darling w HANA (HE)

“Sebab tu you selalu sakitkan hati I kan?” Lambat-lambat, Hudzer mengangguk. Qeya senyum segaris. “I dah tak kisah pasal tu.” “You masih terluka, sayang?” Qeya geleng. “Kan you dah ubati?” “Tapi parutnya masih ada kan?” tembak Hudzer buat Qeya terdiam. Benar kata Hudzer, parut itu masih ada. Setiap bicara menghiris jiwa yang pernah Hudzer hamburkan pada dia pun bagaikan terngiangngiang hingga ke hari ini. Tapi percayalah, setiap kali Hudzer melayani Qeya dengan santun, parut itu Qeya yakin lambat-laun akan terkikis habis dari hatinya. “Time will heal the wound.” Ayat nak buang perasaan bersalah Hudzer jauh-jauh. “I risau tempoh tu ambil masa yang lama. Ada cara lain lagi tak untuk I hilangkan parut di hati you tu?” Sungguh-sungguh Hudzer bertanya. “Terus bahagiakan I, Zer. Itu pun dah 174

Dear Darling w HANA (HE)

memadai.” “I will. I will, sayang.” Ulang Hudzer cukup yakin. Berkobar-kobar perasaan mahu membahagiakan Qeya. Jujur, bicara Hudzer bukan sekadar omongan kosong. Kerana sebaik saja Qeya berikan dia peluang kedua, hanya bahagia yang Hudzer mahu janjikan untuk kehidupan Qeya yang mendatang. Kerana sebaik saja Qeya batalkan niatnya untuk menuntut perpisahan, hanya seluruh hati yang Hudzer mahu kosongkan supaya dapat dihuni oleh seorang Qeya Alanna. “Zer, I’m sorry.” “Untuk?” “Sebab walaupun you yang pertama ada dalam hati I, I pernah..” “I faham, sayang. I tak nak salahkan you. Cukup I tahu, you masih jagakan maruah you untuk I. Lagipun I tetap lelaki yang pertama kan?” Kembang-kuncup hati Hudzer. Rasa bertuah sebagai seorang suami. Mengingatkan malam pertama mereka, 175

Dear Darling w HANA (HE)

memadai itu sebagai bukti yang Qeya tak pernah menyerah pada mana-mana lelaki. Hudzer dah tak mahu pertikaikan semua tu lagi. Lagipun melalui Qeya, Hudzer dapat belajar tentang satu pengajaran. Jangan sesekali menilai seseorang dari luaran. Kadang-kadang yang kamu nampak jahil itu sebenarnya lebih baik daripada apa yang kamu cuba bandingkan. Dear darling, I may not be perfect but I will love you with all of my heart.

176

EPILOG

H

UDZER menapak mendekati Qeya yang leka memandang ke luar balkoni. Memeluk Qeya dari belakang, rapat melabuhkan dagu pada bahu si isteri. Pelukan semakin dikejapkan. Jauh di sudut hati, Hudzer rasa tak percaya. Tak percaya perempuan yang pernah dia benci akhirnya dia dakap dengan sepenuh hati. Tak percaya perempuan yang pernah dia alergik separuh mati akhirnya diakad menjadi isteri. “I ada sesuatu nak tunjukkan pada you.” Terus Qeya hentikan usapan pada lengan Hudzer yang membelit tubuhnya. Membalikkan 177

Dear Darling w HANA (HE)

tubuh, menghadap susuk tegap encik suami. Tak perlu dia soal, saat dia terpandangkan diari di tangan Hudzer pun dia dah mula mengerti. “Mana you dapat diari tu?” “Mana I dapat dah tak penting. Yang penting I nak tahu, sebanyak tu ke cinta you pada I selama ni?” Hudzer renung anak mata Qeya dalam-dalam. “You rasa I terlalu obses dengan you tak? Mesti you rimas waktu tu kan?” Qeya gelak-gelak. “Sayang..” Hudzer tak gemar Qeya tuturkan ayat begitu. “Satu soalan sebelum I berikan you jawapan.” Jeda. Hudzer diam menanti Qeya menyambung bicaranya yang tergantung. “Disebabkan diari tu ke you mula terima I dalam hidup you?” “Bukan, sayang.” “Habis tu?” “I sedar I perlukan you sebaik saja you melangkah keluar dari banglo I. Waktu tu I tahu, 178

Dear Darling w HANA (HE)

hidup I akan sunyi tanpa you. I dah mula menyesal. Bila I jumpa diari tu, lagilah kekesalan I makin berganda. Perempuan mana lagi yang sanggup cintakan I sebagaimana yang you lakukan, Qeya?” Sendu nada suara Hudzer. Elus pipi Hudzer, yang sejujurnya kolam mata Qeya pun dah terasa menghangat. “Waktu konvokesyen you, I minta daddy dan mummy bawakan I ke sana. Disebabkan you tak nak tengok muka I, I hanya mampu ambil gambar you dari jauh. You know what, Zer? Waktu tu I bangga sangat sebab you dapat tamatkan pengajian you dengan cemerlang. I nak ucapkan tahniah pada you, tapi I tak mampu. I tak nak rosakkan hari bahagia you. Apatah lagi bila I teringatkan waktu kecil-kecil dulu I pernah datang sambut majlis hari lahir you. Nampak aje muka I, you terus merajuk tak nak potong kek.” Qeya kembali mengimbau kenangan lalu. Terbit tawa lucu pada bibir Qeya. Buatkan Hudzer rasa bagaikan mahu menghantuk kepalanya laju-laju. Ketawa Qeya sumbang. Tawa yang jelas sedang menutup rasa. tu kan?”

“Mesti you terkilan dengan sikap I waktu “Taklah, I rasa you comel sangat. 179

Dear Darling w HANA (HE)

Sampaikan menangis-nangis you minta ibu dan baba you halau I balik. Kalau I di tempat you pun I akan buat perkara yang sama. I sejak kecil lagi dah obses dengan you. Mahu you tak rasa seram kan?” Sambung Qeya lagi dalam gelaknya yang masih berlagu. “I minta maaf, Qeya.” “Zer, you dah banyak kali minta maaf. Stop it, darling..” Manja Qeya meminta. Hudzer hela nafas panjang. Kucup dahi Qeya agak lama, sebelum pandangan mereka kembali bertentang semula. “Janji dengan I yang you takkan tinggalkan I?” “Selagi you perlukan I di sisi you, Zer.” sayang.”

“Sampai hujung nyawa I mahukan you,

“Then, I’ll stay with you. Till the end..” Jawapan balas Qeya. Membuatkan Hudzer merasa sedikit lapang. Yang benar Hudzer resah andai kata kenangan pahit itu kembali bergentayang, Qeya akan mengubah fikiran untuk meninggalkan dia.

180

Dear Darling w HANA (HE)

Yang benar Hudzer bimbang andai kata setiap layanan buruk yang pernah dia berikan pada Qeya akan membuatkan Qeya serik untuk terus mencintai dia. Menarik tubuh Qeya ke dalam pelukan, Hudzer mahu merasai detak jantung Qeya. Mahu memastikan detak jantung itu seiring dengan detak jantung miliknya. Nyaman. Tenang. Mengasyikkan. Dan melalui melodi yang sedang berdetak merdu itu, Hudzer yakin akan sesuatu. Cinta Qeya itu masih ada buat seorang Raz Hudzer. Dulu, kini dan selama-lamanya. Dear darling, I’m sorry I hurt you. I’m sorry for being rude. I’m sorry I’m guilty. I’m sorry I can’t change the past. But I don’t want to lose you. Please stay with me and never let go.

TAMAT 181

TINTA PENULIS DEAR DARLING, akhirnya ‘baby’ Hana ini berjaya ke versi cetak hasil daripada terbitan Hana sendiri (HE Dynamic Enterprise). Alhamdulillah, dah kali ke-24 Hana berjaya hasilkan novel hasil cetakan Hana sendiri. Tak ada apa yang Hana harapkan dalam naskhah ini melainkan pengajaran yang dapat andaanda (readers) Hana manfaatkan. Tugas Hana sudah selesai untuk merealisasikan DEAR DARLING ke versi cetak. Maaf sekiranya naskhah ini tidak menepati cita rasa anda. Sesungguhnya Hana hanyalah manusia biasa. Menulis kerana minat dan ingin mencari rezeki yang halal. Mudah-mudahan DEAR DARLING bakal mendapat tempat paling tinggi di hati anda semua. Insya-Allah. Sebarang komen boleh dihantar ke: Facebook 1: Hana Efriena (HE) Facebook 2: Hana Efriena II Email: [email protected]

Untuk membaca sedutan-sedutan menarik, sila layari: Group 1 (FB) : Group 2 (FB) : Facebook Page :

Nukilan Dari Hati: Novelis Hana Efriena (HE) Group Gojes: Follower HE Dynamic Publication. HE Dynamic Publication

BIODATA PENULIS

Lebih ingin dikenali dengan nama pena, Hana Efriena atau Hana (HE). Dilahirkan pada 17 Februari 1993 dan kini berusia 26 tahun. Menamatkan zaman bujang pada 22 Jun 2018 dengan jejaka pilihan hati dari negeri Kedah. Dikurniakan seorang cahaya mata bernama Putri Nur Hanan Sophea yang kini berusia tiga bulan. Anak jati Kuala Terengganu. Merupakan anak bongsu perempuan dalam kalangan adik-beradik. Lepasan Diploma In Business Studies dari UiTM Kuala Terengganu, Kampus Chendering dan telah menamatkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Operasi (Pentadbiran Perniagaan), Kampus Puncak Alam. Pada Januari 2019, Hana baru sahaja menamatkan pengajian pada peringkat Master in Office Systems Management di kampus UiTM Dungun. Seorang yang berdikari. Suka berangan dan suka merapu ada kalanya. Cita-cita? Sangat tinggi. Ingin menjadi seorang pensyarah berkelulusan PhD dan mewujudkan empayar perniagaan sendiri suatu hari nanti. Moga Allah S.W.T permudahkan segala urusan Hana.

KARYA2 LAIN

Drama Queen vs Kutu Buku JS Adiwarna RM23.00 (SM) RM26.00 (SS)

Main-main Cinta Idea Kreatif Publication RM25.00 (SM) RM28.00 (SS)

Dan Kerana Cinta (LE) HE Dynamics RM23.00 (SM) RM26.00 (SS)

Yang Pernah Terluka Idea Kreatif Publication RM27.00 (SM) RM30.00 (SS)

Idea Kreatif Publication

Idea Kreatif Publication

Dia... Suami Tak Dirancang HE Dynamic Enterprise RM26.00 (SM) RM29.00 (SS)

Akan Tetap Dirimu HE Dynamic Enterprise RM26.00 (SM) RM29.00 (SS)

Jadi Isteri Aku HE Dynamic Enterprise RM28.00 (SM) RM31.00 (SS)

Cinta Untuk Dia HE Dynamic Enterprise RM30.00 (SM) RM33.00 (SS)

Pemilik Hati HE Dynamic Enterprise RM32.00 (SM) RM35.00 (SS)

Biar Hati Mencintai HE Dynamic Enterprise RM30.00 (SM) RM33.00 (SS)

Hati Tetap Cinta HE Dynamic Enterprise RM32.00 (SM) RM35.00 (SS)

Izinkan Aku Mencintaimu HE Dynamic Enterprise RM30.00 (SM) RM33.00 (SS)

A.Y.D.A.N.I.A HE Dynamic Enterprise RM30.00 (SM) RM33.00 (SS)

Idea Kreatif Publication

Kompilasi Hati HE Dynamic Enterprise RM24.00 (SM) RM27.00 (SS)

Duda Milik Aku HE Dynamic Enterprise RM32.00 (SM) RM35.00 (SS)

Qidran: One Night Stand RM32.00 (SM) RM35.00 (SS)

Korban Cinta HE Dynamic Enterprise RM32.00 (SM) RM35.00 (SS)

Dia... Suami Tak Dirancang (Edisi Baru) HE Dynamic Enterprise RM34.00 (SM) RM37.00 (SS)

Mr. Hunter HE Dynamic Enterprise RM32.00 (SM) RM35.00 (SS)

Duda Milik Aku HE Dynamic Enterprise RM32.00 (SM) RM35.00 (SS)

  Kerana Cinta Teragung HE Dynamic Enterprise RM32.00 (SM) RM35.00 (SS)

Misi Mencari Cik Ikhlas HE Dynamic Enterprise RM32.00 (SM) RM35.00 (SS)

Quds: Cold-hearted Guy HE Dynamic Enterprise RM32.00 (SM) RM35.00 (SS)

Adya: One More Time HE Dynamic Enterprise RM32.00 (SM) RM35.00 (SS)

Yang Terindah Vol. 1 HE Dynamic Enterprise RM29.00 (SM) RM32.00 (SS)

Yang Terindah Vol. 2 My Sugar Lady HE Dynamic Enterprise HE Dynamic Enterprise RM29.00 (SM) RM25.00 (SM) RM32.00 (SS) RM28.00 (SS)

BAKAL TERBIT 2019 (HE DYNAMIC PUBLICATION)

OKTOBER 2019 GHAZ: THE EVIL GUY

QAZREL EDRAQI: PEREMPUAN TAK KU IKTIRAF ISTERI TUAN DHAZRIF (sambungan TAHANAN TUAN DHAZRIF)