Data Loading...

E-folio PDI Ajaran Sesat Flipbook PDF

E-folio PDI Ajaran Sesat


128 Views
67 Downloads
FLIP PDF 297.89KB

DOWNLOAD FLIP

REPORT DMCA

TAJUK E-FOLIO : FAHAMAN-FAHAMAN AJARAN SESAT DI MALAYSIA

AHLI KUMPUAN : NAMA

NO.MATRIK

1. HASSYIKIN BINTI ALI 2.SITI

NURSALBIAH

20DPM17F1015 BINTI

20DPM17F1009

MUHAMMAD ALI 3.NUR SYAHIDA BINTI RAJAK

20DPM17F1025

4.NUR HAYATI BINTI YUNOS

20DPM17F1015

5.NASRIANI BINTI NASARUDDIN

20DPM17F1021

NAMA PENSYARAH : PUAN FATIN IZATI BINTI MOHD TAHER

ISI KANDUGAN ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1. PENGENALAN

3

2. DEFINISI AJARAN SESAT

4

3.CIRI-CIRI AJARAN SESAT

5

4.AJARAN SESAT AYAH PIN

6

5.AJARAN SESAT HAJI KAHAR

7

6.AJARAN “TUHAN HARUN”

7-8

7.GERAKAN ANTI-HADITH

9

8.KESAN AJARAN SESAT

10

9.CARA MENGATASI

10

10.RUJUKAN

10

2

PENGENALAN Ajaran sesat merupakan satu manifestasi bagi satu proses yang telah bermula sejak beberapa lama dahulu. Malaysia juga tidak terlepas daripada gejala besar ini yang boleh mencemarkan kesucian islam dan boleh menggugat perpaduan ummah. Sebahagian besar daripada ajaran sesat ini jelas menampakkan fahaman-fahaman atau amalan-amalan yang bertentangan dan menyeleweng dari syariat Islam sebenar. Berbagai-bagai bentuk ajaran sesat telah muncul dan menular dalam masyarakat Islam, dan ia telah berjaya mempengaruhi bukan sahaja golongan yang cetek ilmu pengetahuan sahaja, malah golongan profesional termasuk mereka yang dalam bidang agama juga turut terpengaruh. Ajaran sesat bukanlah perkara baru yang berlaku di Malaysia, sebaliknya telah mula menular sejak di awal kedatangan agama Islam di rantau ini. Isu ajaran sesat mula mendapat perhatian dengan munculnya ajaran sesat Ayah Pin di Terengganu yang mengaku dirinya Tuhan, jelmaan Nabi dan menjadi dewa bagi semua agama serta memiliki ramai pengikut. Malah, ada pengikut ajaran sesat ini terdiri daripada kalangan profesional yang dianggap bijak untuk menilai kebaikan dan keburukan sesuatu perkara. Ekoran pengetahuan agama yang cetek, ramai orang mudah terpengaruh dengan ajaran sesat ini. Namun, pada hakikatnya individu yang menjadi dalang di sebalik ajaran sesat ini mempunyai motif tersendiri untuk kepentingan dirinya semata-mata. Ajaran sesat mula bertapak sejak awal kedatangan agama Islam di Semenanjung Malaysia pada abad ke 15 yang bergerak secara senyap. Ajaran sesat yang paling tua di Malaysia ialah ajaran Taslim yang dibawa oleh Haji Muhammad bin Syafie atau lebih dikenali sebagai Haji Ahmad Matahari pada sekitar tahun 1870an di Kampung Seronok, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Ajaran ini telah berkembang ke negeri-negeri lain seperti Kedah, Perak dan Negeri Sembilan.Di Kelantan pula wujud ajaran sesat yang dikenali sebagai ajaran Subud dan ajaran Martabat Tujuh yang disebarkan sekitar tahun 1950an dan dipercayai masih aktif di Kelantan dan beberapa negeri lain sehingga ke hari ini.

3

DEFINISI AJARAN SESAT Ajaran sesat merupakan ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang-orang Islam atau bukan Islam yang mendakwa bahawa ajaran dan amalan tersebut adalah ajaran Islam sedangkan hakikatnya ajaran dan amalan yang dibawa itu bercanggah dengan al-Quran dan As-Sunnah serta bertentangan dengan ajaran ahli Sunnah Waljamaah. Menurut Tafsir Pimpinan AR-Rahman, orang-orang yang sesat ialah orang-orang yang tidak berilmu pengetahuan agama kerana tidak berusaha mempelajarinya atau orang yang berpengalaman agama yang tidak betul kerana dipelajari dengan tidak menurut peraturan dan jalan sebenarnya. Menurut Oxford English Dictionary, ajaran sesat adalah “pandangan atau doktrin teologi atau keagamaan yang dianggap berlawanan atau bertentangan dengan doktrin Gereja Katolik atau ortodoks, atau dalam pengertian yang lebih luas, dengan doktrin gereja, keyakinan, atau sistem keagamaan mana pun yang dianggap ortodoks atau ajaran benar. Hj. Mohamed Amin Salleh, mantan Pengarah YADIM, mendefinisikan ajaran salah atau sesat sebagai semua bentuk ajaran atau amalan yang didapati bertentangan dengan syariat islam atau bertentangan dengan mana-mana hukum Islam ( Al-Quran, Hadis, Ijma’, dan Qias) sedangkan ajaran dan amalan yang bertentangan itu didakwa atau dikatan dengan ajaran Islam, serta diajarkan kepada masyarakat sama ada denga cara sulit atau rahsia atau untuk ahli sahaja atau diajarkan secara terbuka kepada orang ramai, seterusnya ajaran itu diamalkan atau menjadi pegangan kepada individu atau kumpulan yang berkenaan.

4

CIRI-CIRI AJARAN SESAT Antara ciri-ciri ajaran sesat yang pertama adalah mencemarkan kesucian Al-Quran dan Hadis seperti memansuhkan, mengubah, mempertikaikan atau membuat tafsiran menyeleweng terhadap Al-Quran dan Hadis. Contohnyanya, Kumpulan Bahai beriktikad bahawa kitab sucinya Al-Bayan memansuhkan semua Kitab Samawi. Kedua, mengubah prinsip-prinsip asas dalam akidah Islam, contohnya, adalah dengan mendakwa bahawa semua agama adalah sama dalam ajaran Bahai. Seterusnya, mendewa-dewakan pemimpin sehingga menganggapnya bersifat maksum, Al-Mahdi, nabi dan sebagai Tuhan. Keempat, menolak perkara yang Qat’ie dalam Islam seperti menghapuskan jihad. Ciri lain adalah seperti mengubah bentuk-bentuk ibadat seperti mengurangkan ibadah seperti mengurangkan ibadat puasa kepada 19 hari dan bersolat hanya dengan berniat. Selain itu, mendakwa boleh melakukan perkara pelik yang bersangkutan dengan perkara ghaib dan mengubah konsep dosa dan pahala.

5

CONTOH AJARAN SESAT 1. AJARAN SESAT AYAH PIN

Arifin Mohamad (22 Jun 1941-22 April 2016) atau lebih dikenali sebagai Ayah Pin merupakan seorang pengamal ajaran sesat Malaysia. Beliau ialah pengasas kepada Kerajaan Langit (Sky Kingdomm) dan disenaraikan dalam kumpulan agama sesat. Ayah Pin telah menyifatkan dirinya “Tuhan” kepada semua agama dan mendakwa telah menerima wahyu dari langit untuk mengembangkan ajarannya di muka bumi. Beliau hanya bersekolah sehingga darjah 2. Bagi pengikutnya, beliau ialah Tuhan dan segala yang dilakukannya berasaskan wahyu yang diterimanya dari langit. Ayah Pin dilayan seperti raja dan segala kelengkapannya disediakan seolah-olah seperti di kayangan. Beliau pernah dihukum penjara selama 11 bulan dalam tahun 2001. Pada 2002, selepas tamat hukuman penjara, Ayah Pin dan pengikutnya mula memperluaskan kerajaan langit. Ayah Pin membangunkan kawasan kerajaan Langit dengan teko, pasu, dan beberapa replika besar.Antara ciri-ciri ajaran Ayah Pin adalah, beliau mendakwa Mekah, Ka’bah dan air zam zam adalah miliknya dan dibina selepas mendapat wahyu daripada langit. Seseorang islam perlu menjadi kafir dahulu. Beliau juga menolak hukum islam dan hukum syarak berkaitan dengan Tuhan serta mengada-adakan hukum syarak seperti nikah batin. Ayah Pin meninggal dunia pada 22 April 2016 akibat sakit tua. Beliau meniggalkan 4 orang isteri dan 21 anak.

6

2. AJARAN SESAT HAJI KAHAR BIN HAJI ABDUL JALAL

Beliau dilahirkan pada 27 April 1950 dan berasal dari Hulu Kelang, Selangor. Beliau belajar agama dari ayahnya yang menjadi imam masjid Hulu Kelang dan pernah pergi ke Mekah beberapa kali membawa jemaah haji. Beliau membuat ceramah ajaran di rumah beliau No.44, Kg Kemesah, Hulu Kelang, Selangor.Pada setiap hari jumaat, mereka akan berkumpul di rumah tersebut menghuraikan dan membincangkan hal ehwal Al-Quran dan agama sebagai ganti solat jumaat. Pengikut yang terlibat hampir 20 orang di sekitar Lembah Kelang dan sebahagian daripada mereka kakitangan kerajaan. Ciri-ciri ajaran Haji Kahar adalah beliau mendakwa ‘Tuhan’ melantiknya menjadi Rasul Melayu menerusi surah Yasiin dan Surah Ibrahim menerusi ayat ke-4. Surah Yasiin khas diturunkan kepadanya. Beliau juga mencipta Al-Quran dalam bahasa Melayu dan menolak kitab suci Al-Quran. Beliau mendakwa mendapat ‘maunah’ atau pertolongan serta perlindungan Allah melalui pemberian mukjizat. Contohnya, ketika hujan turun, beliau tidak akan terkena hujan kerana mendapat perlindungan dari Allah. Haji Kahar dikatakan menerima wahyu di Bukit Kemensah, Selangor serta mempunyai mukjizat dan memberi jaminan masuk syurga berkat daripada syafaatnya. Haji juga boleh dilakukan bila-bila masa tanpa perlu pergi ke Mekah.Menganggap golongan ahli hadis termasuk Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai satu rekaan manusia selepas kewafatan Rasulullah. Kitab suci yang dikarang oleh beliau iaitu al-Furqan. Menganggap solat 5 waktu tidak wajib. Haji Kahar telah ditangkap pada 16 September 2009.

7

3. AJARAN SESAT TUHAN HARUN

Nama sebenar beliau ialah Harun Bin Mat Saat. Beliau lahir pada 8 September 1966 di Raub. Harun dulunya pernah digelar ustaz Harun ketika tinggal di Batu Talam, Raub dan seorang pengamal perubatan tradisional. Beliau pernah membuka Pusat Rawatan Islam Ar-Redha di Taman Simpang, Kalang, Raub.Beliau mempunyai 3 orang isteri dan 7 orang anak kandung serta seorang anak tiri.“Tuhan Harun” dikatakan mempunyai seramai 312 orang pengikut setia yang mempercayainya. Antara ciri-ciri ajaran sesatnya adalah yang pertama, ajaran mesti dirahsiakan. Setiap ahli hendaklah berahsia dan tidak dibenarkan sama sekali mendedahkan apa-apa ajaran yang dibawa oleh Harun kepada orang lain. Penyelidik mendapati ciri ini adalah bagi menjamin keselamatan Harun agar dirinya tidak didedahkan kepada orang awam. Ciri yang kedua, pembentukan kasih sayang. Kajian mendapati Harun menggunakan akal rasionalnya dengan memainkan minda dan perasaan pengikutnya. Buktinya, diteliti latarbelakang ahli kumpulannya terdiri daripada mereka yang mengalami kesempitan wang, masalah rumahtangga, masalah anak telibat dengan maksiat, masalah di tempat kerja dan sebagainya. Ciri yang ketiga ialah Penjelmaan Tuhan dalam diri Harun Bin Mat Saat. Harun mengaku dirinya Tuhan di dalam beberapa buku buah dokumen bercetak yang telah dibukukan. Antara buku tersebut ialah “Cerita Tuhan 2013”, “Bedah Siasat Fizikal dan Spiritual Tuhan”, “Tuhan Satu Rahsia” dan sebagainya. Harun mengatakan Tuhan Maha Sempurna menciptakan sesuatu yang sempurna agar dapat melihat dan menilai dirinya yang sempurna. Ciri seterusnya, dakwaan sebagai Imam Mahdi.Hal ini terbukti setelah kajian meneliti beberapa dokomen yang disita, mendapati Harun menggunakan banyak istilah pelik dengan gelaran yang tidak masuk akal. Antaranya ialah Imam Mahdi, Pemimpin Akhir Zaman, Ayahanda Beta, Sultan Malala, dan Tuhan Harun. Manakala pengikutnya diberikan gelaran Tentera Mahdi, Tentera Akhir Zaman Timur, Jemaah Hamba Tuhan, Tentera Besi dan Rakyat Malala. Dakwaan dirinya sebagai Imam Mahdi menjadikan pengikut fanatiknya merasa takut dengan kedatangan Hari Kiamat maka dengan itu mereka memberikan segala ketaatan terhadap Harun yang dianggap Imam Mahdi.

8

Ciri yang kelima ialah pelbagai dakwaan pelik. Harun mengatakan dirinya menerima pendidika ketuhanan secara rasmi iaitu dengan diangkat ke langit oleh Tuhan pada umur 33 tahun. Harun juga mengatakan beliau melihat lauhil mahfuz untuk menyaksikan zat Tuhan dan sekalian penghulu roh dan hakikat. Kemudian beliau dibelah dada untuk penyaksian Rasulullah S.A.W iaitu Cahaya Nurullah dan menerima pendidikan setiap hari sehingga beliau mencecah 44 tahun. Ketua ajaran sesat ‘Tuhan Harun’, Harun Mat Saat meninggal dunia di Hospital Tengku AmpuanAfazan (HTAA) pada 16 Ogos 2016 disebabkan angin ahmar.

4. GERAKAN ANTI-HADITH Golongan Anti Hadith di Malaysia telah dipelopori oleh Kasim Ahmad melalui bukunya Hadis: Satu Penilaian Semula (1986). Golongan ini meragui kedudukan hadith sebagai sebagai sumber kedua syariat Islam. Mereka menyeru agar umat Islam kembali kepada Al-Quran sahaja. Kemudian beliau cuba menubuhkan Jamaah al-Quran Malaysia (JAM) tetapi gagal kerana tidak mendapat kebenaran dari kerajaan Malaysia. Walaupun begitu, tidak bermakna beliau tidak dapat bergerak langsung, malahan beliau masih aktif menulis di akhbar-akhbar utama mencurahkan idea-idea anti Hadithnya. Antaranya ialah sebuah rencana yang ditulis di dalam sebuah akhbar tempatan mengenai masalah perpecahan umat Islam. Beliau menyeru agar umat Islam kembali kepada al-Quran sahaja. Dalam buku Hadis: Satu Penilaian Semula, Kasim Ahmad telah menolak Hadis sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam berdasarkan faktor-faktor berikut, yang pertama, pembukaan kitab-kitab hadith, terutama 6 buah buku al-Hadith (Sunan al-Sittah), dibuat pada akhir abad kedua dan permulaan abad ketiga Islam, iaitu di antara 200 dengan 300 tahun setelah Rasulullah S.A.W wafat. Kedua, pembukaan ini pula tidak dibuat lebih awal. Khasnya dengan pemerintahan al-Khulafa’ al-Rasyidin. Ketiga, kewujudan al-Hadith menimbulkan pertelagahan politik, faham kepuakan, anti intelektualisme, kebekuan dan opurtunis politik.

9

KESAN BURUK MENGAMALKAN AJARAN SESAT Antara kesan buruk terhadap individu adalah akidah seseorang akan rosak. Selain itu, banyak masa terbuang dengan aktiviti yang tidak sihat dan bertentangan dengan ajaran Islam. Di samping itu, pemikiran mereka akan sentiasa dikongkong oleh pemimpin ajaran sesat serta kehidupan tidak stabil dan mengabaikan tanggungjawab masing-masing. Manakala kesan buruk terhadap masyarakat pula akan berlakunya keruntuhan institusi kekeluargaan . Ia juga dapat menjejaskan perpaduan masyarkat kerana sikap mereka yang fanatik terhadap kumpulan. Dan akhir sekali, dapat berlaku keganasan terhadap masyarakat. Kesan terhadap negara pula ia dapat menjejaskan prestasi ekonomi negara dan boleh menggugat kestabilan politik dan ekonomi.

CARA-CARA MENANGANI AJARAN SESAT Antara cara-cara kita bagi menangani ajaran sesat daripada terus berleluasa adalah dengan melengkapkan diri dengan kefahaman Islam sebenar. Kita juga perlu mengawasi dari bergaul dengan kumpulan ajaran sesat. Kita perlulah menyebarkan agama Islam dengan mengadakan majlis-majlis ilmu seperti forum, seminar dan ceramah. Seterusnya, tindakan yang tegas harus dilaksanakan oleh pihak Penguatkuasa Undang-Undang untuk menghapuskan gerakan ajaran sesat. Akhir sekali, dengan mengadakan Program pemulihan akidah. RUJUKAN 1. hazwaniismail9.blogspot.my 2.www.academia.edu 3.https://soscilli.my 4.https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Ariffin_Mohamad 5.https://m.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/ketua-ajaran-sesat-tuha n-harun-meninggal-dunia

10