Data Loading...
E-folio Unsur-unsur khurafat Flipbook PDF
E-folio Unsur-unsur khurafat
131 Views
113 Downloads
FLIP PDF 659.67KB
1
ISI KANDUNGAN TAJUK
M/S
1.0 PENDAHULUAN
2-4
2.0 DEFINISI KHURAFAT
5-6
3.0 HUKUM
7-9
4.0 PUNCA
10 - 11
5.0 CIRI-CIRI KHURAFAT DALAM PENERBITAN
12
6.0 AKIBAT PENGARUH FILEM KHURAFAT
13 - 14
7.0 BENTUK PENERBITAN KHURAFAT YANG
15 - 19
DILARANG 8.0 AKIBAT MELAKUKAN KHURAFAT
19 - 20
9.0 CARA MENANGANI PERBUATAN KHURAFAT 21 - 24 10.0 KESIMPULAN
24 - 25
2
1.0 Pendahuluan Pada era globalisasi ini, saban hari kita dihidangkan dengan pelbagai bentuk hiburan dan fenomena filemfilem yang mengandungi unsur-unsur kurafat, tahyul, perkara ghaibiyyat, sihir dan perkara misteri. Hal ini tidak kira sama ada melalui media cetak mahu pun media elektronik. Berbincang mengenai hiburan, isu yang ingin diketengahkan
di
sini
adalah
cara
mengatasi
berleluasanya amalan syirik dan khurafat dalam filem.
Industri hiburan tanah air kini semakin hari semakin berkembang dengan penghasilan pelbagai bentuk filem atau drama tidak kira sama ada berunsurkan komedi, romantik,
aksi,
mahupun
seram.
Seiring
dengan
kebangkitan filem-filem berunsur hantu dalam seram ini telah mendapat perhatian ramai pihak. Ada diantaranya memuji dan menyokong lambakan filem ini dan tidak ketinggalan juga yang mengkritiknya. Kebanyakannya yang mengkritiknya adalah disebabkan terdapat unsurunsur yang negatif yang mampu diserap kepada parah penonton. Lebih-lebih lagi golongan dari peringkat 3
remaja
dan
kanak-kanak.
Mereka
ini
merupakan
golongan yang mudah terpengaruh kerana masih berada dalam proses belajar.
Perkara ini sangat membimbangkan kerana ramai penonton yang meminati filem yang berunsurkan hantu dan seram ini terdiri daripada masyarakat melayu dan beragama Islam. Mereka ini terdiri daripada pelbagai peringkat usia iaitu golongan tua, dewasa, remaja dan kanak-kanak. Hal ini ditakuti menyempitkan fikiran dan mengancam akidah generasi muda dan kanak-kanak. Ditakuti juga mereka ini akan terpengaruh dengan aksiaksi
yang
dilakonkan
mengenai
kononnya
wujud
pelbagai jenis hantu yang direka semata-mata untuk menimbulkan rasa seram kepada penonton.
Masyarakat kita pada hari ini semakin terdedah kepada
fenomena
tahyul,
keramat,
perkara
ghaibiyyat,sihir dan cerita-cerita aneh,misteri dan ajaib. Pelbagai filem yang berunsurkan mistik mula mewarnai kanvas
media
massa.Fitrah
naluri
manusia
yang
cenderung kepada perkara baru mendorong ramai 4
penggiat seni menjadikan jalan cerita sebegini sebagai modal mempublisiti karya mereka.Meskipun sebahagian daripada
produser
meletakkan
matlamat
utama
pembikinan sebarang bentuk media sebagai medium untuk membuka mata masyarakat terhadap fenomena ini dan mengambil iktibar,namun didapati kesan negatif disebaliknya lebih berkesan mempengaruhi akidah dan persepsi masyarakat
5
2.0 Definisi Khurafat Khurafat dari segi islam adalah semua cerita sama ada rekaan, khayalan, ajaran, pantang larang, adat istiadat, ramalan, pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang daripada ajaran islam.
Secara mendalam lagi, amalan khurafat melibatkan perbuatan, ungkapan kata, cerita, benda seperti batu, kayu atau tanah, prinsip atau fahaman yang dipercayai dengan yakin boleh mendatangkan manfaat ataupun mudarat
kepada
seseorang.
Padahal
semua
itu
merupakan sesuatu yang tidak sesekali terdapat dalam sumber dan suruhan agama islam. Tambahan lago, ia adalah bertentangan dengan logic akal kerana ia merupakan sesuatu yang batil dan tidak langsung mengandungi sebarang unsur kebenaran.
Dari Abu Hurairah r.a, Rasullah s.a.w bersabda yang bermaksud “Tidak ada jangkitan (yang berlaku tanpa izin Allah), tidak ada malang pada burung hantu dan tidak ada
6
bala pada bulan Safar (seperti yang dipercayai)”. Khurafat juga terbahagi kepada dua iaitu :
1)
Tidak Merosakkan Akidah
Cerita dongeng berkaitan dengan budaya dan adat resam atau tidak berkaitan dengan ketuhanan.
2)
Merosakkan Akidah
Melibatkan ibadat dan ketuhanan seperti pemujaan, penyembahan dan membuang ancak.
7
3.0 Hukum Hukum mempercayai adanya khurafat adalah syirik, kerana
menganggap
perkara-perkara
boleh
mendatangkan manfaat, selain daripada kekuasaan Allah S.W.T.
1. Maksud firman Allah S.W.T. (Yunus : 106) “Dan janganlah engkau menyembah atau memuja yang
lain
daripada
Allah,
yang
tidak
dapat
mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat
mendatangkan
mudharat
kepadamu.
Sekiranya engkau mengerjakan yang demikian maka jadilah engkau orang-orang yang berlaku zalim.”
2. Maksud hadith Nabi saw pula: “Jauhilah tujuh perkara yang merosakkan. Para sahabat bertanya, Apakah tujuh perkara itu? Baginda menjawab: Menyekutukan Allah, sihir, membunuh orang tanpa hak, makan riba, makan harta anak yatim, lari dari medan perang dan 8
menuduh perempuan baik melakukan maksiat terkutuk.”
3. (Hadith Riwayat al-Bukhari, Kitab Sahih al-Bukhari, Kitab al-Hudud, Bab 44, hal. 33) Perkara-perkara berbentuk ghaibiyyat pula adalah wajib diimani. Namun semua perkara ghaibiyyat yang tidak disebut secara jelas dalam al-Quran dan al-Hadith adalah dilarang dipapar dan diceritakan.
Hukum beramal dengan khurafat Segala amalan dan kepercayaan yang tidak berdasarkan kepada sumber-sumber yang asal seperti al-Qur'an, alHadis, Ijma' dan Qiyas adalah ditolak oleh Islam. Sabda Rasulullah:
رد فهو منه ليس ما هذا أمرنا فى أحدث من Maksudnya: Barangsiapa mengada-adakan di dalam agama kami sesuatu yang tidak ada di dalamnya, maka yang dikerjakannya itu adalah tertolak.
9
Percaya kepada benda-benda yang dijadikan keramat seperti pokok, kubur, telaga dan sebagainya, serta memuja, memohon pertolongan dan melepaskan nazar pada benda-benda berkenaan dan percaya ianya mempunyai kuasa selain dari Allah Subhanahu wa Ta'ala, adalah membawa kepada syirik dan bertentangan dengan
kepercayaan
tauhid
kepada
Allah
SubhanahuwaTa'ala.
الظلمين من إذا فانك فعلت فان يضرك وال ينفعك ال ما هللا دون من تدع وال Dan janganlah menyembah atau memuja yang lain dari Allah,
yang
tidak
dapat
mendatangkan
manfaat
kepadamu dan juga tidak dapat memberi mudharat kepadamu.
Sekiranya
engkau
mengerjakan
yang
demikian maka jadilah engkau orang-orang yang berlaku zalim (terhadap diri sendiri dengan perbuatan syirik itu)
10
4.0 Punca Akidah seseorang yang rosak seperti pergantungan seseorang terhadap sesuatu yang lain selain daripada Allah.Dalam Islam Allah memerintahkan manusia untuk mentauhidkan Allah semata mata. Ini bermakna tiada yang berhak disembah melainkan Allah s.w.t dalam apajua keadaan.Permohonan kepada sesuatu selain Allah bermakna kita telah menyekutukan Allah yang mengakibatkan kita tergolong dalam fitnah paling besar dan amat ditakuti iaitu mensyirikkan Allah.
Selain itu, pengetahuan luar biasa bomoh dalam halhal berkaitan perkara ghaib telah menyebabkan mereka terlalu yakin dengan pengetahuan dan kelebihan yang mereka
ada
sehingga
mengakibatkan
masyarakat
terperdaya dan meminta pertolongan daripada golongan ini. Sebagai seorang Islam kita wajib meyakini bahawa tiada yang mengetahui perkara ghaib kecuali Allah S.W.T
11
Rasulullah S.A.W sendiri tidak memiliki kuasa untuk mendatangkan kemanfaatan kepada dirinya serta tidak berkuasa
untuk
menolak
bahaya
kecuali
yang
dikehendaki Allah s.w.t. jadi bagaimana manusia biasa memiliki kelebihan sedemikian walhal Rasulullah yang bersifat
maksum
tidak
dikurniakan
Allah
dengan
kelebihan itu?
Punca lain ialah wujudnya perasaan terlalu takut terhadap hantu, jin dan syaitan sehinggakan sanggup memberi salam dan tunduk hormat kepada penunggu setiap kali melalui tempat yang dianggap mempunyai keramat. Ada pula yang memberi pengeras malah memandikan kereta dengan air limau dan jampi mantera semata-mata untuk mengelakkan bala bencana.
Sebagai
seorang
Islam,
sewajibnya
kita
mendapatkan perlindungan dan berserah diri kepada Allah. Syaitan, binatang buas serta manusia tidak dapat mendatangkan manfaat atau menimpakan mudarat melainkan dengan izin Allah.
12
5.0 Ciri-ciri Khurafat Dalam Penerbitan
Antara ciri-ciri khurafat dalam penerbitan berdasarkan Jakim pada tahun 2009 adalah seperti berikut: a.
Cerita cerita yang tidak didasarkan pada nas nas syarak sama ada al quran atau hadis
b.
Cerita cerita yang berunsur mitos dan lagenda, rekaan, dongeng, khayalan atau kepercayaan karut.
c.
Cerita cerita yang bersumber kepercayaan lama dan adat yang bercanggah dengan Islam
d.
Cerita
cerita
yang
berbentuk
pemujaan
dan
permohonan kepada ‘ makhluk halus ‘ bagi bertujuan memudaratkan orang lain dan penyelewengan daripada
akidah Islam
13
6.0 Akibat Pengaruh Filem Khurafat
Terdapat beberapa unsur-unsur yang negatif yang mampu diserap kepada para penonton. Lebih-lebih lagi golongan di peringkat remaja dan kanak-kanak. Mereka ini merupakan golongan yang mudah terpengaruh kerana masih berada dalam proses belajar. Antara kesan negatif filem berunsur hantu dan seram ini adalah seperti berikut:
1. Boleh merosakkan akidah umat Islam, menimbulkan syirik dan unsur kurafat dalam diri penonton, melemahkan iman seseorang dan memesongkan seseorang dari ajaran Islam.
2. Menyempitkan fikiran dan mengancam akidah generasi muda dan kanak-kanak terutamanya. Mereka ini akan terpengaruh dengan aksi-aksi yang dilakonkan dan perasaan takut yang timbul oleh penonton dibimbangi melebihi dari Allah s.w.t. selain itu, Kekuatan kepercayaan terhadap hantu ini juga
14
akan
melemahkan
iman
dan
memesongkan
kepercayaan terhadap Allah s.w.t.
3. Tidak nyenyak tidur akibat diburu bayangan filem ngeri, perasaan takut hingga hilang daya kawal terhadap diri. 4. Wujud perasaan fobia melihat benda dikait dengan filem ditonton. Malah fobia terhadap kegelapan, binatang, bunyi atau keadaan yang terlalu sunyi menyebabkan perasaan takut berpanjangan.
15
7.0 Bentuk Penerbitan Khurafat Yang Dilarang
Bagi mendapatkan sambutan dan meningkatkan daya tarikan masyarakat, bidang perfileman berkembang mengikut peredaran dari semasa ke semasa. Namun, perkembangan ini tidak memikirkan
batasan dan
berlanggaran dalam hukum islam seperti penerbitan filem yang berunsurkan khurafat. Hal ini terjadi kerana, sikap segelintir
individu
yang
hanya
melihat
kepada
keuntungan berbanding memikirkan akibat dari tindakan yang dilakukan. Antara bentuk penerbitan khurafat yang dilarang adalah seperti berikut :
1. Semua penerbitan yang memaparkan bentuk-bentuk pemujaan dan permohonan kepada ‘makhluk halus’ bagi tujuan-tujuan tertentu seperti penerbitan yang mempromosi amalan-amalan pemujaan ‘semangat’ keris-keris lama seperti pada Rajah 7.1
16
Rajah 7.1 Aktivit Pemujaan Keris Dalam Filem
2. Semua penerbitan yang mempromosikan ‘sifat luar biasa’ sesuatu objek-objek tertentu,
contohnya
mengenai kepercayaan kepada objek-objek seperti cincin batu akek (Rajah 7.2), keris lama, tombak yang dianggap boleh memberi apa-apa manfaat ataupun pertolongan.
Rajah 7.2 Cincin Batu Akek 17
3. Mengenai kepercayaan kepada sial-majal seperti adat mandi limau, mandi safar dan adat mandi membuang sial seperti Rajah 7.3.
Rajah 7.3 Upacara Mandi Limau
4. Semua penerbitan yang memaparkan cerita-cerita rekaan, dongeng, khayalan atau kepercayaan karut seperti kepercayaan kepada cerita-cerita kononnya dengan
‘memaku’
tengkok
Pontianak
boleh
menyebabkan Pontianak tersebut menjelma semula menjadi manusia seperti Rajah 7.4.
18
Rajah 7.4 Adengan Memaku Tengkok Puntianak
5. Semua penerbitan yang memaparkan cerita-cerita bersumberkan
daripada
kepercayaan
lama,
kepercayaan kepada petanda, pantang larang dan adat istiadat yang bercanggah dengan ajaran Islam (Rajah
7.5),
contohnya
kepercayaan
kepada
petanda-petanda dan pantang larang, seperti tidak boleh melihat bayi di cermin muka kerana kononnya kelak ia akan mati di dalam air. Selain itu, kepercayaan bahawa tidak boleh keluar ketika gagak berbunyi, takut mendapat sial atau bala dan kepercayaan kepada bertambah dan berkurangnya rezeki, seperti adat memuja semangat padi dan membuang ancak. 19
Rajah 7.5 Adengan Pemujaan Dalam Filem Mona Fendi
8.0 Akibat Melakukan Khurafat 1.
Minda terkongkong Apabila seseorang itu telah terjebak dan mengikuti ajaran khurafat ia akan menyebabkan minda seseorang itu terkongkong dan menyekat akal untuk berfikir secara logik dan sistematik malah tercetusnya perbuatan-perbuatan dan kelakuan yang tidak rasional kerana sifat taksub mereka terhadap sesuatu perkara.
20
2.
Lupa tanggungjawab terhadap keluarga Mengikuti
ajaran
khurafat
juga
boleh
menyebabkan seseorang itu lupa dengan tanggungjawabnya terhadap keluarga kerana mempunyai sifat taksub yang melampau dalam beragama. Keluarga akan menjadi tidak terurus dengan sempurna seperti mana yang telah diamanahkan oleh Allah SWT. Hal ini juga boleh menyebabkan
berlakunya
keruntuhan
sesebuah institusi kekeluargaan itu sendiri.
3.
Perpaduan tergugat Perpaduan di dalam sesebuah masyarakat juga akan tergugat ekoran ajaran khurafat ini. Hal ini boleh terjadi kerana berlakunya keganasan dan tindas menindas sesama sendiri. Contohnya, apabila
perkara
yang
dipercayai
itu
bertentangan dengan orang lain yang boleh menimbulkan
perbalahan
dan
seterusnya
menjadi punca pergaduhan sesame sendiri. 21
9.0 Cara Menangani Perbuatan Khurafat Terdapat banyak impak dan kesan negatif dalam penghasilan
filem-filem
seram
di
Malaysia
yang
berunsurkan khurafat. Oleh itu, pelbagai tindakan perlu diambil untuk memastikan pengaruh negatif seperti ini tidak terus berlarutan dan berleluasa dalam kalangan penonton dan masyarakat. Selain itu, peranan semua pihak dalam hal ini juga penting dalam membendung kesan
negatif
yang
terdapat
dalam
filem
yang
dipertontonkan agar masyarakat tidak terjebak dalam perbuatan khurafat.
Antara tindakan yang boleh dilakukan adalah pihak kerajaan
perlulah
mengadakan
kempen-kempen
kesedaran terhadap bahaya amalan khurafat itu sendiri. Ianya boleh dilakukan dengan menggunakan teknologi pada masa kini yang semakin berkembang pesat menerusi televisyen dengan mengeluarkan program dakwah yang berunsurkan kerohanian seperti halaqah, al-kuliyyah
dan
tanyalah
ustaz
untuk
menambah
pemahaman mengenai bahaya amalan khurafat. Pihak 22
kerajaan juga perlulah memasukkan topik “AMALAN KHURAFAT DAN SYIRIK” di dalam buku-buku agama yang diterbitkan untuk proses pembelajaran supaya anak-anak muda mengetahui dan menjauhi amalan khurafat.
Selain itu, masyarakat juga memainkan peranan yang penting dalam menangani perbuatan khurafat. Antaranya adalah dengan mengambil berat isu-isu semasa berkenaan dengan amalan khurafat dan syirik seperti pemujaan kubur untuk mendapatkan nombor ekor, amalan-amalan ritual di kawasan sekeliling yang semakin berleluasa dalam negara untuk membantu pihak kerajaan mengatasi masalah ini. Anggota masyarakat juga boleh membuat rondaan di kawasan-kawasan yang selalu
menjadi
pusat
pemujaan
seperti
kawasan
perkuburan dan mengambil tindakan segera sekiranya ternampak amalan tersebut sedang dilakukan.
23
Seterusnya, kepesatan ekonomi pada masa kini menyebabkan ibu bapa sering mengabaikan keluarga demi mengejar wang semata-mata. Hal ini menyebabkan anak-anak terabai dan mudah terpengaruh dengan dunia luar sehingga ada di antara mereka yang terjebak dengan perbuatan syirik dan khurafat. Oleh itu, ibu bapa perlulah sentiasa mengawasi anak-anak semasa berada di dalam atau di luar rumah, memerhati tingkah laku anak-anak dan sentiasa bertanya apa yang sedang mereka
lakukan.
Selain
itu,
ibu
bapa
perlulah
mengelakkan anak-anak daripada menonton filem yang mempunyai unsur khurafat dan lebih banyak memberi tontonan yang boleh merangsang pembesaran mereka seperti program kanak-kanak dan kartun.
Akhir sekali, diri sendiri juga memainkan peranan yang besar dalam menangani perbuatan khurafat. Kita perlulah mendalami ilmu agama agar tidak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara khurafat yang selalu
dipertontonkan
dalam
filem-filem
yang
berunsurkan mistik ini. Kita juga perlulah selalu
24
mendekatkan diri kita dengan Allah SWT agar diri kita ini terpelihara dari melakukan perbuatan khurafat.
10.0 Kesimpulan Berdasarkan kajian ini dapat dilihat dengan jelas bahawa terdapat banyak filem yang ditayangkan mengandungi unsur khurafat yang semakin berleluasa di Negara Malaysia dan dengan jelas amalan khurafat adalah dilarang dalam islam.
Kerajaan perlu mengambil tahu akan perkara disekeliling mereka terutama masalah khurafat yang semakin berleluasa seperti yang terkandung dalam filemfilem di Malaysia. Kerajaan perlu lebih tegas dalam menangani dan membanteras masalah ini dengan menghadkan lagi filem-filem yang berunsurkan khurafat yang berlebihan dan memperbanyakkan lagi filem berunsurkan kerohanian.
25
Firman Allah dalam surah Yunus ayat 106, “Dan janganlah engkau menyembah atau memuja yang lain daripada Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudharat kepadamu.
Sekiranya
engkau
mengerjakan
yang
demikian maka jadilah engkau orang-orang yang berlaku zalim: Maka dengan itu kerajaan perlulah menapis terlebih dahulu setiap filem yang diterbitkan sebelum ditayangkan kepada orang ramai.
26