Data Loading...
E-MAJALAH ADAB BERJIRAN Flipbook PDF
EMAJALAH
191 Views
416 Downloads
FLIP PDF 1.69MB
PORTFOLIO : E-MAJALAH TAJUK E-MAJALAH: ADAB BERJIRAN
NAMA PENSYARAH : PUAN SHARIFAH NUR BINTI ABU NAMA AHLI: MIMI AFNISYA BINTI JAAFAR (14DAT17F2009) SOFIANI BINTI MOHD ASKAR (14DAT17F2007) SOVINESHNHI A/P GUNASEELAN (14DAT17F2011) PAVITHERA A/P SAMUGAM (14DAT17F2031)
1
ADAB BERJIRAN 2
Isi kandungan Bil
Tajuk
Muka Surat
1.
Definisi berjiran
4
2.
Adab yang perlu diamalkan sesama jiran.
5
3.
Ciri – ciri jiran yang baik.
6
.4
Hak dan kewajipan seorang muslim terhadap jiran.
7
5.
Keperluan dan kelebihan hidup berjiran.
6.
Cara menyemarak hubungan berjiran.
7.
Hikmah memelihara adab berjiran.
8
Akibat tidak beradab kepada jiran.
9.
Penghayatan berjiran.
10.
Hak – hak jiran ke atas kita (dipetik daripada “ bimbangan mukminin” Iman Al – Ghazali.)
8-10 11 12
13-14 15 16
11.
Implikasi tidak beradab kepada jiran kesimpulan.
17
12.
Kesimpulan
18
13.
Quiz
19-20
Jiran Orang yang tinggal berdekatan rumah kita sama ada di kanan, di kiri, di depan, atau di belakang, di tingkat atas atau di tingkat bawah hingga 40 buah rumah dari
4
Adab yang perlu diamalkan bersama jiran Saling ziarah menziarahi jiran tertangga Saling bantu membantu bagi mengurangkan beban jiran tertangga
Peka dan prihatin terhadap persekitaran bagi mengurangkan kebimbingan jiran tertangga Selalu bersangka baik terhadap jiran dan menjauhi sikap hasad dengki
5
Kita wajib menolong jiran yang dalam kesusahan walaupun mereka bukan beragama Islam.
Hidup aman damai jika wujud persafahaman dan kerjasama antara jiran tetangga.
Islam menyuruh kita memuliakan dan menghormati jiran tetangga.
Bertanggungjawab dan sentiasa prihatin dengan jiran lain. 6
1.Jiran muslim yang mempunyai hubungan persaudaraan
• Hak muslim • Hak kejiranan • Hak kekeluargaan
2. Jiran yang bukan islam
• Hak kejiranan
3. Jiran yang muslim tanpa perhubungan darah
• Hak muslim • Hak kejiranan
Hak & kewajipan seorang muslim terhadap jiran
7
KEPERLUAN DAN KELEBIHAN HIDUP BERJIRAN Bagi memantapkan hubungan kejiranan dalam masyarakat, maka semestinya terlebih dahulu kita menyedari keperluan dan kelebihan hidup berjiran. Di antaranya: 1. Bantuan ketika kecemasan 2. Menambah kenalan 3. Menjamin keselamatan setempat 4. Menjaga keharmonian masyarakat 5. Menjaga kebajikan penduduk setempat 6. Memupuk perpaduan
Dari „Aisyah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Jibril terus menerus berwasiat kepada ku untuk berbuat baik terhadap jiran, sampai-sampai (sehingga) aku mengira dia akan menjadikannya sebagai ahli waris.” [Bukhari dan Muslim]
1. Bantuan ketika kecemasan Jiran adalah orang yang paling hampir dengan tempat tinggal kita. Segala perkara yang berlaku ke atas diri kita, ahli keluarga, harta benda dan sebagainya terlebih dahulu diketahui oleh jiran. Justeru, jiran adalah orang yang paling dekat untuk memohon pertolongan pada saat kita ditimpa bencana atau musibah seperti kebakaran, kecurian, kemalangan, kematian dan lain-lain.
2. Menambah kenalan Mempunyai jiran yang berbeza latar belakang seperti pekerjaan, pendidikan, agama, bangsa, keturunan, budaya, adat resam dan sebagainya akan menambahkan lagi pengetahuan dan kenalan kita.
3. Menjamin keselamatan setempat Jiran yang sepakat dan bersatu padu mampu menjamin keselamatan kawasan setempat daripada sebarang ancaman kecurian, pecah rumah, penyalahgunaan dadah, penculikan, samseng dan sebagainya.
9
4. Menjaga keharmonian masyarakat Segala perkara yang mencemar keharmonian dan kesejahteraan masyarakat dapat dicegah dengan semangat kerjasama, prihatin dan kesatuan sesama jiran. Gejala-gejala sosial seperti khalwat, penderaan kanak-kanak, dan banyak lagi kes-kes jenayah dapat dibendung jika jiran memainkan peranan dan mengambil inisiatif melaporkannya kepada pihak berkuasa.
5. Menjaga kebajikan penduduk setempat Jiran yang hidup dalam suasana bekerjasama dan mengambil berat antara satu sama lain, sudah semestinya dapat menjana satu program atau aktiviti yang menyumbang kepada kebajikan masyarakat setempat Pelbagai jawatankuasa boleh diwujudkan seperti jawatankuasa kemajuan pembelajaran anak-anak, jawatankuasa pembangunan insan dan lain-lain bagi tujuan menganjurkan aktiviti-aktiviti berfaedah.
6. Memupuk perpaduan Perpaduan antara kaum adalah kunci kemakmuran dan kesejahteraan negara kita. Tanpa perpaduan, negara akan berada dalam keadaan kucar-kacir dan masyarakat tidak lagi dapat hidup dalam aman dan damai. Bagi mempastikan perpaduan dan kemakmuran ini kekal, ia perlu dimulai dengan hubungan baik sesama jiran. 10
CARA MENYEMARAKKAN HUBUNGAN BERJIRAN Jiran merupakan komuniti paling hampir dengan kehidupan setiap individu. Jiran sangat penting kerana merekalah yang tinggal berdekatan dengan rumah kita.
Dari Abdullah bin „Amr r.a : Rasulullah saw bersabda, “Sebaikbaik teman di sisi Allah adalah orang yang paling baik di antara mereka terhadap temannya. Dan sebaik-baik jiran di sisi Allah adalah orang yang paling baik di antara mereka terhadap jirannya.” [Sahih, At-Tirmidzi, Ahmad, Darimi dan Hakim]
1.Kunjung-mengunjungi semasa jiran ditimpa musibha,kesakitan dan malapetaka 2. Gotong-royong perdana 3. Rumah terbukan semasa hari perayaan 4. Bertukar-tukar juadah lauk-pauk sesama jiran
11
12
Hikmah memelihara adab berjiran.
Keamanan dan keharmonian dapat dikekalkan.
Mewujudkan suasana harmoni.
Melahirkan masyarakat yang penyayang.
Mudah mendapat pertolongan apabila berada dalam kesusahan.
AKIBAT TIDAK BERADAP KEPADA JIRAN Pelbagai perkara sering berlaku didalam kerukunan jiran tetangga. Selain dari sifat-sifat baik yang ditonjolkan dalam pergaulan seharian yang melibatkan kejiranan, terdapat juga segelintir masyarakat yang tidak tahu menghormati kejiranan serta membuat kebaikan yang dapat mewujudkan keharmonian. Sifat paling ketara adalah apabila tidak beradab dengan jiran.
Antara kesan apabila tidak beradab dengan jiran adalah seperti berikut :
1. Tidak akan mendapat ketenangan hidup 2. Terpinggir daripada masyarakat 3. Berlaku perselisihan faham antara jiran tetangga 4. Merosakkan perpaduan dan membangkitkan permusuhan dalam kalangan masyarakat
Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Tidak masuk syurga seseorang yang jirannya tidak merasa aman dari kejahatannya.” [Bukhari dan Muslim dan lain-lain]
13
Tidak akan mendapat ketenangan hidup - Apabila kita tidak beradab dengan jiran, kita tidak akan mendapat ketenangan hidup apabila seringkali diselubungi rasa bersalah dan sering mewujudkan perkaraperkara negatif di dalam minda hingga akhirnya wujud pula masalah hati yang tidak tenang.
Terpinggir daripada masyarakat - Masyarakat tidak akan bergaul dengan jiran yang tidak beradab dan tidak tahu menghormati hati dan perasaan jiran tetangga. Selain itu, apabila tiadanya adab, maka kita akan mengganggu ruang peribadi kejiranan kita.
Berlaku perselisihan faham antara jiran tetangga - Perkara ini dilihat cenderung berlaku apabila diantara jiran, tiada komunikasi yang baik malahan lebih membimbangkan apabila berlakunya fitnah dikalangan masyarakat setempat yang melibatkan jiran tetangga. Adakalanya, permusuhan itu tidak wujud dengan sendirinya tetapi berpunca dari perselisihan faham yang tidak cuba dirungkaikan dengan pihak yang sepatutnya.
Merosakkan perpaduan dan membangkitkan permusuhan dalam kalangan masyarakat - Jiran yang tidak beradab akan lebih menjejaskan perpaduan dikalangan masyarakat. Hal ini lebih mudah dilihat apabila tiadanya kerukukan diantara jiran tetangga dan lebih buruk lagi apabila permusuhan dikalangan masyarakat berpunca dari ketiadaan adab dari jiran tetangga yang berlainan agama. Perkara yang melibatkan agama lebih mudah dibangkitkan menjadi permusuhan dikalangan jiran tetangga. 14
Menghormati jiran dengan menunjukkan muka yang ceria dan sentiasa memberi salam apabila bertemu
Memberikan sumbangan baik kepada jiran
Mengambil berat dan bertegur sapa dengan berjiran
Mempunyai semangat rela berkorban dan prihatin terhadap jiran
15
Hak –hak jiran ke atas kita (dipetik daripada “ bimbingan mukminin” Iman Al – Ghazali.)
16
Hak- hak seseorang muslim terhadap jirannya untuk kita sama- sama mengambil iktibar dan pengajaran yang berguna sebagai panduan bersama ketika berinteraksi dengan jiran tetangga iaitu:
Hendaklah mendahulukan ucapan salam kepadanya setiap kali bertemu.
Jangan terlalu banyak bertanya kepadanya tentang keadaannya seharihari.
Menziarahi dirinya atau kaum keluarganya apabila sakit ataupun ditimpa musibah.
Tunjukkan bahawa kita turut berdukacita dan bersimpati jika mereka ditimpa musibah dan bersegera memberikan pertolongan jika perlu sekalipun tanpa diminta.
Menyatakan perasaan gembira apabila mereka memperoleh kesenangan atau kurniaan Allah SWT.
Ampunilah segala kesalahan – kesalahan atau keburukkannya, baik dengan apa – apa cara sekalipun.
Jangan mengintai –ngintai apa yang dibawa olehnya ke dalam rumahnya.
Tutuplah kecacatan atau kekurangan yang Nampak di matamu dan jangan hebohkan kepada sesiapapun.
Tidak mendapat ketenangan hidup
Terpinggir daripada masyarakat
Berlaku perselisihan faham antara jiran tetangga
Kemungkaran berlaku secara berleluasa
17
KESIMPULAN jiran membawa erti orang-orang yang tinggal berdekatan atau berhampiran dengan rumah kita. Semangar kejiranan amat penting didalam kehidupan bermasyarakat. Ternyata semangat yang kias pupus ini amat penting untuk terus diamalkan kerana pelbagai kesan buruk yang akan terhasil jika masyarakat masih belum sedar tentang kepentingan semangat kejiranan ini.
peranan jiran juga amat penting untuk menetukan kemakmuran dan kesejahteraan seseduah negara. Impian untuk mempunyai jiran yang baik tidak akan terlaksanan sekiranya kita sendiri belum menjadi seorang jiran yang baik terlebih dahulu. Kekuatan perhubungan kejiranan yang sempurna
dan harmoni akan mengukuhkan ikatan kasih sayang sesama jiran. Kehidupan yang baik ialah kehidupan yang sentiasa dikelilingi dengan kebaikan dan kesejahteraan serta jauh daripada anasir kerosakan dan kebinasaan. Ibarat kata pepatah, “Jiran Sepakat Membawa Berkat.” Surah An-Nahl [16] : 90 90. Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran.
18
19
Quiz
1. Apakah maksud jiran dari segi bahasa ialah orang yang berada o
Di sebelah rumah
o
Disekeliling
o
Dibelakang
o
Didepan
2. Maksud jiran dari segi istilah ialah orang yang tinggal berdekatan sehingga ________ buah rumah dari setiap penjuru. o
10
o
20
o
30
o
40
3. Sabda Rasulullah SAW, daripada Abu Hurairah bermaksud : Sesiapa yang beriman kepada Allah dan _____________ , maka dia hendaklah memuliakan jirannya. o
Rasul
o
Kitab
o
Hari Akhirat
o
Qada dan Qadar
4. Adab berjiran yang diamalkan oleh Rasulullah ialah : o
Memberi salam dahulu sebelum jiran memberi salam.
o
Memberi hadiah dan makanan kepada jiran.
o
Menolong jiran ketika jiran mengadakan kenduri kesyukuran.
o
Meminta tetamu memberi salam disisi pintu supaya tidak ternampak aib didalan rumah.
5. Sekiranya jiran kita adalah pakcik kita, apakah hak yang dia akan dapat : o
Saudara
o
Muslim
o
Kerabat
o
Jiran
6. Antara berikut, yang manakah perbuatan yang kita mesti jauhi dalam hidup berjiran?
8. Apakah contoh aktiviti yang sesuai dilakukan bersama-sama jiran? o
Gotong-royong membersihkan taman perumahan.
o
Meronda sekitar kawasan perumahan untuk keselamatan.
o
Menggunakan air paip jiran untuk mencuci kereta kita.
o
Senyum kepada jiran.
o
o
Bertanya khabar mengenai kesihatan jiran.
Mengumpat jiran tetangga yang lain.
o
Menceritakan keburukan jiran.
o
Memberi ayam goreng ala KFC kepada anak jiran.
7. Kewajipan kita terhadap jiran bukan islam ialah : o
Memanggil jiran dengan suara yang sesuai.
o
Memberi nasihat.
o
Mengamalkan amal makruf nahi mungkar.
o
Tidak mengintai aurat jiran.
9. Hikmah mengamalkan adab berjiran dalam kehidupan ialah : o
Saling bermusuhan antara satu sama lain
o
Sentiasa berasa curiga sesama jiran
o
Sentiasa berasa selamat dan selesa
o
Kecurian sentiasa berlaku.
10. Bagaimanakah cara kita meringankan beban jiran sekiranya rumah mereka terbakar? o
Memadamkan api
o
Menulis status di Facebook mengenai musibah jiran
o
Menyediakan makanan
o
Memberi pakaian