Data Loading...

EFOLIO - TYUULLIP FLOWER Flipbook PDF

EFOLIO - TYUULLIP FLOWER


120 Views
64 Downloads
FLIP PDF 871.39KB

DOWNLOAD FLIP

REPORT DMCA

KONSEP NEGARA & BANGSA DALAM PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA SUBJEK: MPU 21032 : PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN NAMA PENSYARAH : PUAN FARAHANIZA BINTI JAAFAR NAMA KUMPULAN : TYUULLIP FLOWER AHLI KUMPULAN :

NAMA AHLI

NO.PENDAFTARAN

ADILA ZAHIRAH BINTI BAHARUM

14DEV21F1028

NOORSYAMIMI NAZIRAH BINTI ABDULLAH ZAHBUDIN

14DEV21F1038

NUR AFIQAH NASUHA BINTI RAHIM

14DEV21F1031

AINA BASYIRAH BINTI AZMI

14DEV21F1018

ISI KANDUNGAN:

😊 PENGENALAN 😊 SEJARAH SOSIAL PENGARUH PERADABAN DUNIA DALAM PEMBINAAN NEGARA BANGSA

😊 KONSEP NEGARA & BANGSA 😊 KONSEP & PEMBENTUKAN NEGARA DAN BANGSA DALAM ACUAN MALAYSIA

😊KEPELBAGAIAN IDEA “BANGSA IDAMAN” & PERBAHASAN

PENGENALAN Latar belakang pembinaan peradaban majmuk di Malaysia tidak wujud tanpa sejarah dan titik permulaan. Ianya hasil penggabungan daripada gabungan peradaban besar dunia yang didahului dengan peradaban Pribumi Alam Melayu, kemudiannya muncul peradaban Asia iaitu peradaban India, Cina serta Timur Tengah dan seterusnya peradaban dari Barat. Peradaban ini terus berkembang dengan pengaruh oleh peradaban globalisasi yang bermaksud melalui jaringan digital yang kompleks.

Pembinaan peradaban majmuk di Malaysia didahului oleh pembinaan Negara bercirikan satu wilayah, satu perlembagaan dan satu kewarganegaraan. Pembangunan ekonomi mendahului pembinaan Bangsa. Oleh itu pembinaan bangsa menyusul antaranya melalui institusi sistem politik kepartian dan pilihan raya. Usaha membina peradaban beridentitikan Malaysia sangat mencabar dan perlu dikupas dan didebatkan.

Demi menjamin proses pembinaan peradaban di negara ini di atas landasan kerohanian dan moral yang dituntut oleh Islam dan agama - agama lain berterusan tanpa banyak terjejas, penilaian baik dan buruk pembinaan peradaban majmuk di Malaysia perlu dilakukan dengan lebih teliti. Kebaikannya perlu dimakmurkan dan dimanfaatkan oleh rakyat negara ini manakala keburukannya perlu dihindari dan diatasi sebaik mungkin. Akhirnya, kita perlu menggunakan segala kekuatan dan kekayaan yang ada pada kita,terutamanya kekayaan dalaman yang terdapat dalam agama dan tradisi kita baik yang berupa kerohanian mahu pun yang berupa intelektual atau keilmuan.

5.2 SEJARAH SOSIAL PENGARUH PERADABAN DUNIA DALAM PEMBINAAN NEGARA BANGSA

PERADABAN PRIBUMI ALAM MELAYU Pertuturan mereka adalah Bahasa Melayu – Indonesia dan beragama Islam. Imperialism budaya berlaku di Kawasan strategik antara Barat dan Timur, pusat perdagangan entrepot dan aktiviti keagamaan.

PERADABAN ASIA (INDIA, CINA, TIMUR TENGAH) Kedatangan orang Cina dan India dari Malaysia hasil usaha pihak penjajah membawa masuk pekerja asing bagi keperluan ekonomi. Adat resam dan tabiat pemakaian Bahasa ibunda masih dikekalkan. Segelintir bangsa India dan Cina memeluk islam.

PERADABAN BARAT Terdapat beberapa peninggalan bangunan bersejarah seperti di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Sistem Pendidikan, kewujudan masyarakat majmuk, perubahan dari segi budaya, kemunculan bandar-bandar moden dan keperluan-keperluan asas infrastruktur.

5.1.1 KEBAIKAN GLOBALISASI Peranan pelaburan asing dalam mewujudkan pekerjaan dan mengurangkan kemiskinan di sebilangan negara. Peningkatan mobiliti sosialdan pengukuhan kelas menengah. Peluang yang lebih luas untuk mendapatkan maklumat dan menyebarkan ilmu pengetahuan impak daripada teknologi baru komunikasi dan maklumat. Komunikasi yang lebih mudah dan murah. Peluang luas untuk menzahirkan simpati dan rasa keperimanusian terhadap mangsa – mangsa pelbagai jenis bencana alam dan tragedy buatan manusia. Penonjolan idea – idea dan ramalan pemerintahan yang baik seperti pertanggungjawaban awam, peraturan undang – undang & hak – hak asasi manusia. Penonjolan hak – hak asasi kaum wanita.

5.1.2 KEBURUKAN GLOBALISASI Kualiti alam sekitar semakin merosot akibat pentingkan faktor keuntungan. Pembangunan tidak seimbang & jurang perbezaan ekonomi semakin melebar antara kawasan – kawasan dan sector – sector ekonomi. Pengabaian keperluan asas hidup dalam kalangan rakyat miskin di banyak negara. Pembanjiran maklumat yang tidak berguna. Pengantarabangsaan jenayah yang menyukarkan jenayah dibendung.

5.1.3 PERADABAN BERIDENTITIKAN MALAYSIA Usaha untuk menjayakan proses pembentukan negara bangsa ini perlu diteruskan untuk melihat bangsa Malaysia wujud dan bersatu dalam suasana yang harmoni dan didamai.

Jika kita tidak endah dengan usaha para pejuang kemerdekaan, kemungkinan anak cucu kita tidak dapat mengecapi lagi kehidupan yang aman damai dan tidak mustahil akan menjadi pelarian di negara orang.

Pihak berwajib perlulah memainkan peranan agar keamanan negara bangsa dapat dikawal. Peradaban beridentitikan Malaysia.

5.3 KONSEP NEGARA DAN BANGSA

TAKRIF NEGARA

Suatu kumpulan masyarakat yang mendiami sesuatu kawasan , mempunyai kedaulatan politik dan jentera pemerintahan.

Frasa Bangsa Suatu kumpulan manusia dalam satu ikatan ketatanegaraan yang mempunyai identiti budaya , fahaman , agama dan bahasa yang tersendiri.

Konsep Bangsa Dan Negara Sebuah negara mempunyai tanah air , rakyat , kedaulatan , kemerdekaan , sempadan , perlembagaan , perundangan dan rakyatnya hidup bersatu padu tanpa wujud sentimen.

5.3.1 KONSEP NEGARA - Negara merujuk pada sebuah masyarakat yang mendiami kawasan tertentu dan adanya kerajaan yang memerintah. - Ciri – ciri Pembentukan Negara :

5.3.2 KONSEP BANGSA

- Bangsa merujuk kepada tempat asal lahirnya seseorang individu dan seterusnya satu kumpulan besar manusia. - Ciri – ciri Negara Bangsa :

5.4 KONSEP PEMBENTUKAN NEGARA DAN BANGSA DALAM ACUAN MALAYSIA Sebuah negara bangsa memiliki hanya satu watan yang lahir dalam satu negara , satu kumpulan etnik dan satu tradisi budaya tanpa ada kumpulan lain.

31 Ogos 1957

-Persekutuan Tanah Melayu diisytiharkan MERDEKA!!! -Lahirnya sebuah negara. -Bukannya sebuah bangsa.

16 September 1963

-Terbentuk Persekutuan Malaysia. -Wujudnya negara Malaysia. -Bukannya bangsa Malaysia.

Usaha untuk mencapai konsep negara bangsa perlu diutamakan agar penyatuan masih berjalan dan terus memberi perhatian supaya hasrat untuk menjadikan satu negara mengandungi satu bangsa yang dapat dicapai.

Melaksanakan sistem Pendidikan kebangsaan. Memperkasakan Sekolah Kebangsaan bagi memupuk perpaduan kaum. USAHA – USAHA KEARAH PEMBEN TUKAN NEGARA BANGSA

Menerapkan nilai jati diri , budi bahasa dan seni budaya. Memperkenalkan mata pelajaran tentang bangsa negara kepada peringkat rendah dan menengah. Melaksanakan aktiviti yang menerapkan patriotisme.

Memupuk dan meningkatkan semangat perpaduan , patriotik dan bangga menjadi rakyat Malaysia.

Pada 2018, Ku Hasnan Ku Halim mengemukakan pandangan dalam membentuk negara bangsa menurut acuan negara Malaysia, penekanan haruslah diberikan terhadap beberapa perkara iaitu untuk mengurus isu perpaduan negara dan integrasi nasional. Acuan inilah yang telah diguna pakai untuk menyusun atur , merancang, dan melaksanakan pembangunan dan pemerintahan di Malaysia sejak merdeka hingga masa kini. Kemajmukan rakyat Malaysia daripada pelbagai budaya, agama, dan bahasa telah menjadi perkiraan asas negara untuk terus utuh sampai bila-bila.

ACUAN PERTAMA

*Penubuhan parti Perikatan UMNO-MCA-MIC dan semangat permuafakatan kaum terhasil daripada kemahuan rakyat yang mahu memerdekakan negara daripada penjajah Inggeris. *Matlamat utama dalam pelaksanaan perpaduan negara adalah Dasar Ekonomi Baru , Dasar Pembangunan Negara dan Pembentukan Industri , Demokratik dan Progresif melalui Dasar Wawasan Negara.

ACUAN KEDUA

*Pembangunan ekonomi negara yang diikat dengan falfasah pembangunan yang adil antara kaum ,golongan miskin dan kaya , kawasan desa atau bandar seta wilayah. *Menjamin kestabilan sosiopolitik dan pembangunan ekonomi negara dapat berjalan secara berterusan.

Justeru, pemodenan dan pembangunan di Malaysia telah berjaya menghakis sentimen lama yang sering dikaitkan dengan etnik dan agama. Ia diperkukuhkan lagi dengan acuan tadbir urus kerajaan Malaysia yang berjaya menguruskan isu perkauman dan agama dalam bentuk pentadbiran negara hingga perbezaan yang wujud diuruskan dengan baik dan dinikmati bersama oleh masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Matlamat ini akhirnya untuk memastikan masalah sosial dan setiap perubahan dalam masyarakat dapat diurus dengan baik dalam proses kerangka negara dan bangsa Malaysia.Pemahaman dan penghayatan prinsip Rukun Negara akan membantu dalam merealisasikan kesinambungan dan kemakmuran hidup dalam negara yang aman damai dan sejahtera.

5.5 KEPELBAGAIAN IDEA “BANGSA IDAMAN” DAN PERBAHASA

“Bangsa Idaman” dinamakan kerana ia melambangkan sebuah harapan , sebuah idaman , menjalah sebuah impian dalam mencapai perpaduan antara kaum. Namun idea “Bangsa Idaman”sehingga kini masih menjadi impian malah yang wujud adalah negara tetapi bangsanya tidak terbina seperti di Malaysia.

Menurut Shamsul Amri Baharuddin (2019) , Hasrat , mewujudkan “Bangsa Idaman” di Malaysia tercetus sejak sebelum merdeka lagi. Sebelum merdeka , wujudnya pergerakan nasionalisme iaitu setiap bangsa masing-masing yang bermaksud sifat dan wajah bangsa Malaysia yang mereka inginkan adalah sesuai dengan agenda ekonomi , politik , sosial dan budaya masing-masing.

5.5.1 CONTOH KALANGAN KELOMPOK STRATEGIK NASIONALISME MELAYU

Kelompok pertama ‘Melayu Raya’ anjuran kelompok strategik kiri melayu

Kelompok kedua ‘Negara Islam’ anjuran kelompok strategik berorientasi Islam

Kelompok ketiga ‘Masyarakat majmuk pimpinan Melayu’ ialah kelompok strategi tiga rangkai etnik yang diterima oleh pihak British ketika itu.