Data Loading...

erakyat SARAWAK 1 mei PDF Flipbook PDF

erakyat SARAWAK 1 mei PDF


114 Views
1 Downloads
FLIP PDF 799.6KB

DOWNLOAD FLIP

REPORT DMCA

1 MEI 2018

Kubu Tegap BN Sebarang komen, maklum balas dan pertanyaan sila emel kepada [email protected]

2

1 MEI 2018

Abang Johari (dua dari kanan) menyerahkan watikah calon BN kepada Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Optimis Sarawak kekal kubu kuat BN – Abang Johari

K

UCHING – Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg optimis bahawa Barisan Nasional (BN) di bawah pemerintahan Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengekalkan kuasa di Putrajaya selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Beliau yang juga Pengerusi BN Sarawak berkata, keyakinan itu adalah berdasarkan maklum balas positif diberikan oleh rakyat terhadap BN ketika ini. Katanya, BN terutama di Sarawak dilihat tidak menghadapi masalah untuk memenangi PRU-14, seterusnya kekal sebagai kubu kuat parti. “BN tiada masalah untuk menang secara keseluruhan dan terus kekal sebagai pemerintah di negara ini. “Malah, kita mempunyai keyakinan

Abang Johari (kanan) menyerahkan watikah calon BN kepada Lukanisman Awang Sauni

yang tinggi BN akan terus kekal sebagai pemerintah di Putrajaya di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib,” katanya kepada pemberita ketika temui selepas Majlis Penyerahan Watikah Kepada Calon-Calon BN Sarawak PRU-14 di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini, hari ini. Terdahulu, seramai 31 calon Parlimen BN Sarawak daripada komponen Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) menerima watikah pelantikan sebagai calon pada majlis berkenaan. Mengulas mengenai status Senator, Prof. Datuk Dr. Sim Khui Hian, Abang Johari berkata, Presiden SUPP itu telah meletak jawatan berkuat kuasa serta-merta bagi membolehkan beliau bertanding di Parlimen Stampin. “Beliau telah meletakkan jawatan sebagai ahli Dewan Negara serta-merta

Abang Johari (kanan) menyerahkan watikah calon BN kepada Hanifah Hajar Taib. bagi memberi laluan kepadanya bertanding di Parlimen Stampin yang mempunyai pengundi majoriti masyarakat Cina,” ujarnya. Kui Hian yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kawah merangkap Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, bakal menentang Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen di kerusi Parlimen berkenaan. Sementara itu, Presiden Parti Rakyat Sarawak (UPP), Datuk Seri Wong Soon Koh ketika ditemui pemberita, turut mengucapkan terima kasih kepada Kui Hian kerana menerima penyertaan anaknya, Wong Kee Yew @ Andrew

Wong menyertai SUPP dan dicalonkan sebagai mewakili parti di Parlimen Sibu. Soon Koh bersama beberapa ADUN yang keluar daripada SUPP pada 2014 akibat krisis dalaman parti bagi membentuk parti serpihan, UPP di mana beliau menjadi Presiden juga dilihat sudah melupakan pergeseran yang berlaku antara beliau dengan Kui Hian sebelum ini. “Saya rasa cukuplah. Sudah lama (berselisih faham). Kita mengutamakan perpaduan,” ujarnya yang turut mengesahkan akan bersara sebaik penggalnya sebagai ADUN Bawang Assan berakhir nanti.

1 MEI 2018

Impian BN Sarawak capai kemenangan bergaya di tangan SUPP

S

ETELAH puas berteka-teki, akhirnya Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg memberi jawapan kepada pelbagai spekulasi yang sudah lama menjadi perbualan hangat dalam kalangan rakyat di kedai kopi, media massa dan media sosial mengenai calon Barisan Nasional (BN) Sarawak yang dipilih bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). Menerusi sidang akhbar khas mengenai calon-calon BN PRU-14 di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Kuching itu, Pengerusi BN Sarawak itu mengumumkan, seramai 16 calon muka lama dan 15 muka baharu termasuk tambahan tiga calon baharu wanita diketengahkan pada pilihan raya kali ini. Memang ada kejutan apabila hampir separuh daripada muka lama digugurkan, namun penyingkiran nama beberapa penyandang ada yang sudah dijangka sejak awal lagi. Penyandang kerusi Parlimen Mukah, Tan Sri Dr. Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah yang diganti oleh calon muka baharu iaitu Datuk Hanifah Hajar Taib merupakan anak bongsu kepada Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud misalnya sudah diketahui lama. Difahamkan, Muhammad Leo Michael Toyad tidak dicalonkan semula kerana sudah hilang populariti dalam kalangan pengundi, ekoran didakwa jarang turun padang bertemu masyarakat dan menyelesaikan masalah penduduk meskipun sudah terlalu lama menjadi Ahli Parlimen Mukah iaitu 35 tahun sejak 1982. Dua lagi nama sudah dijangka digugurkan oleh penyandang kerusi Parlimen Selangau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Joseph Entulu Belaun bersama penyandang kerusi Parlimen Lubok Antu, Datuk William Nyallau Badak yang kedua-duanya baru dipecat daripada Parti Rakyat Sarawak (PRS). Joseph Entulu yang merupakan bekas Timbalan Presiden PRS dan William Nyallau bersama tiga lagi ahli Majlis Tertinggi parti itu dipecat kerana didakwa oleh Jawatankuasa Khas diketuai oleh Presiden parti, Tan Sri Dr. James Jemut Masing

Chieng Jen. Kui Hian bukan satu-satunya ADUN SUPP yang turut dicalonkan, parti itu turut mempertaruhkan Chong Chieng kerana kelantan Jen digelar `hero’ pembang kang gan bersuara m kerajaan. enentang dasa r

Dr. Sim Kui

Hian dianggap

hero’ SUPP.

telah keingkaran terhadap keputusan parti, selain telah mengganggu kesatuan parti. Sehingga kini, kedua-dua bekas pemimpin BN ini, masih mencetuskan tanda tanya kerana masih berdiam diri dan gagal dihubungi oleh pihak media sama ada merajuk terus lalu bersara daripada dunia politik atau bakal bertanding sebagai calon bebas atau menyertai parti pembangkang pada PRU-14. Dalam pada itu, tumpuan kini beralih kepada beberapa calon muka baharu yang diyakini mampu menguatkan BN Sarawak pada pilihan raya kali ini termasuklah impian untuk merampas tiga hingga empat kerusi dikuasai oleh pembangkang iaitu Parlimen Stampin, Parlimen Miri, Parlimen Lanang dan Parlimen Sibu. Keempat-empat kerusi Parlimen terbabit iaitu tiga disandang DAP dan satu PKR, bakal disaingi oleh calon BN daripada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) termasuk Presidennya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kawah, Senator Prof. Datuk Dr. Sim Kui Hian yang dicalonkan di Parlimen Stampin menentang `gergasi DAP’ Sarawak, Pengerusinya, Chong

tiga lagi ADUN untuk bertanding pada PRU-14 iaitu ADUN Repok, Datuk Seri Huang Tiong Sii di Parlimen Sarikei dan ADUN Piasau yang juga Setiausaha Agongnya, Datuk Sebastian Ting Chiew Yew di Miri. Selain daripada tiga ADUN mewakili muka baharu ini, SUPP turut memperkenalkan seorang calon wanita tunggul juga muka baharu di Parlimen Bandar Kuching iaitu Kho Teck Wan. Daripada 31 kerusi Parlimen yang dipertandingkan, tumpuan utama rakyat Sarawak terarah kepada Stampin kerana Kui Hian dan Chieng Jen masing-masing dianggap `taiko’ besar kepada masyarakat Cina di Sarawak. Kui Hian yang merupakan pakar bedah jantung dianggap `hero’ dan penyelamat kepada SUPP yang hampir `mati’ selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) apabila berjaya menghidupkan semula parti pimpinannya itu untuk kembali mendapat sokongan pengundi Cina pada Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11) Sarawak pada Mei 2016. Dalam PRN-11, SUPP berjaya meroboh beberapa `kubu kuat’ DAP termasuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kawah oleh Kui Hian daripada penyandangnya, Christina Chiew Wang See. Sementara itu, Chieng Jen pula dijulang oleh masyarakat Cina yang menyokong pembangkang kerana dianggap `hero’ kerana kelantangannya bersuara. Berjayakah Kui Hian meroboh `kubu kuat DAP’, berkesankah strategi BN menggunakan pengaruh tiga ADUN SUPP ini untuk mengumpan pengundi Cina?.

BERSEMANGAT...Dr. Sim Kui Hian (tiga dari kanan) bersama pasukannya termasuk calon BN Parlimen Bandar Kuching, Kho Teck Wan (dua dari kiri) semasa mengadakan ceramah di Kuching baru-baru ini.

3

4

1 MEI 2018

URDA nyaup ngelengkas pemansang infrastruktur, sosio ekonomi peranak di Kapit RINTAI CHALUN BN...Abang Johari (tiga kanan) ngangkatka tangan kelai sedia napi PRU14 begulai enggau (ari kiba) Awang Tengah, Tiong, Masing, (ari kiba) Sim enggau Uggah.

PRU14: 15 chalun baru, 16 penyandang ngarika BN

K

UCHING – Barisan Nasional (BN) Sarawak deka nyabung 15 iku chalun baru sereta 16 iku penyandang ba Pengawa Bepilih Besai Ke-14 (PRU14). Nengah rintai nama nya, Kepala Menteri ke mega Chairman BN Nengeri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg nagit Sarawak ulih menang ba 28 tauka 29 penuduk ari semua 31 sitak parlimen. Iya netapka Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) nyabung enam iku chalun baru, Parti Sa’ Ati Rakyat Sarawak (SUPP) mega enam, Parti Rakyat Sarawak(PRS) dua enggau Parti Progresif Demokratik (PDP) siku. “Kelimpah ari nya, semua chalun kitai tu beresi, nadai rikod jai ba Komiti Penyeliah Penyalah Makai Suap (SPRM) sereta beresi ba rikod polis. “SPRM enggau polis udah meresa rikod semua chalun, semua sida

beresi,” ku iya ba Indu Opis PBB di Jalai Bako ditu, baru-baru. Nitihka peneka PRS, Abang Johari madah parti nya nyabung chalun baru di P.203 Lubok Antu enggau di P. 214 Selangau iya nya Robert Pasang Alam enggau Rita Insol. Parti ngenanka Datuk Masir Kujat di P.202 Sri Aman, Datuk Wilson Ugak (P.216 Hulu Rajang), Datuk Joseph Salang (P.209 Julau) enggau Datuk Aaron Dagang di P.210 Kanowit. Ba kaul ke sama, Parti Progresif Demokratik (PDP) nyabung chalun baru di P.205 Saratok iya nya Subeng anak Mula ke alai presiden parti Datuk Seri Thiong King Sing deka ngenanka P.217 Bintulu, Datuk Anthony Nogeh di P.192 Mas Gading lalu Anyie Ngau di P.220 Baram. Enam chalun baru ngarika Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) iya nya Genot anak Sinel di P.198 Puncak Borneo, Robert Lawson Chuat (P.204 Betong), Yusuf Abdul

Wahab(P.206 Tanjung Manis), Ahmad Jonie Zawawi (P.207 Igan), Dato Hanifah Hajar Taib(P.213 Mukah) enggau Lukanisman Awang Sani di P.218 Sibuti. Chalun bukai PBB ke mega penyandang iya nya Dato Sri Fadillah Yusuf di P. 194 Petra Jaya, Datuk Seri Rohani Karim (P.201 Batang Lupar), Datuk Seri Nancy Shukri (P.200 Batang Sadong), Rubiah Wang (P.197 Kota Samarahan), Dato Henry Sum Agong (P.222 Lawas). Datuk Alexander Nanta Linggi (P.215 Kapit), Hasbi Habibolah (P.221 Limbang) enggau Dato Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar di P.193 Santubong. Enam chalun baru SUPP iya nya presiden parti Datuk Dr. Sim Kui Huan di P.196 Stampin, Sebastian Ting (P.219 Miri), Andrew Wong (P.212 Sibu), Kelvin Kong (P.211 Lanang), Huang Tiong Sii (P.208 Sarikei), Kho Teck Wan (P.195 Bandar Kuching).

KUCHING – Chalun Barisan Nasional (BN) ba penuduk Parlimen Kapit, Datuk Alexander Nanta Linggi besemaya deka majakka pengawa ngemansang infrastruktur enggau sosio ekonomi peranak menua nya. Penyandang empat renggat Parlimen Kapit nya madah, nengah atur numbuhka Ejensi Pemansang Hulu Rajang (URDA), iya pechaya ejensi deka ngelengkas pemansang sosio ekonomi peranak Datuk Alexander ke diau Nanta Linggi ngelingi. “Aku deka meratka pemaik rayat sereta pemansang ke dipinta peranak ke diau ngelingi nyengkaum sida ke diau jauh di menua ulu. “Diatu kitai udah nyapai mayuh pemujur lalu ngemansang Kapit ke nyengkaum pengawa nyendia jalai alun, bekal ai enggau lekterik, tajapan bedau 100 peratus,” ku iya. Iya mansutka jaku nya pengudah ngulu pengawa mantaika nama chalun ngarika Barisan Nasional(BN) Sarawak ba Indu Opis Parti Pesaka Bumiputera Bersatu(PBB) di Jalai Bako ditu, baru-baru tu.

BN Sarawak keran deka menang ba sitak parlimen ke dikelai kelabu KUCHING – Barisan Nasional (BN) Sarawak nguji bebendar ngerampas sitak parlimen ke dikuasa penyakal Pengawa Bepilih Besai Ke-14 (PRU14) ti deka datai. Sapit Menteri Besai Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi madah ba sitak parlimen ke dikelai ‘kelabu’ enggau chelum, BN deka bendar agi bekimpin. “Enda semua sitak parlimen dikelai putih. Tang ba kandang endur ke ‘kelabu’ kitai deka bebendar agi ngereja pengawa ngambi ulih menang. “Kitai meseti ngubah gaya politik ngambika rayat pulai nyukung BN,” ku

iya ba aum pengarang berita baru-baru tu. Netapka tagit BN Sarawak menang ba 29 penuduk parlimen, Ahmad Zahid madah semua meseti bisi runding positif sentang pekara nya. Diatu ku iya, BN keran deka mutarka sekeda isu ke bisi ditapi sekeda parti dalam gempung BN. “Tu pekara ke suah nyadi ke alai sekeda parti deka napi pemar maya pengawa bepilih bisi diadu,”ku iya. Dulu agi ari nya iya urung jam 3 lemai tadi, Ahmad Zahid ngulu program ketuai begulai enggau rayat di Simunjan.

Zahid (tengah) ba aum pengarang berita baru-baru tu.

5

1 MEI 2018

Abang Johari sereta Uggah enggau ke bukai begambar bebala mayuh enggau 31 iki chalun BN Sarawak.

31 chalun BN nerima surat kuasa

K

UCHING – Semua 31 iku chalun Barisan Nasional (BN) Sarawak Pengawa Bepilih Besai Ke-14 (PRU14) nerima surat kuasa baru-barutu. Surat kuasa Calon BN PRU14 nya disuaka Chairman BN Sarawak ti mega Kepala Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, seraya disempulang Sapit Kepala Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas diatur ba Indu Opis Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB). Dulu ari nya, Abang Johari urung sejam baum betambit pintu enggau semua chalun BN nya. Ari penyampau 31 iku chalun nya, bisi 15 iku chalun baru sereta 16 iku penyandang ngetanka sitak sida iya. Chalun baru nyengkaum enam ari PBB iya nya Jeannoth Sinel (Puncak Borneo), Robert Lawson Chuat (Betong), Yusof Abdul Wahab (Tanjong Manis), Ahmad Johnie Zawawi

(Igan), Datuk Hanifah Taib (Mukah) enggau Lukanisman Awang Sauni (Sibuti). Nambahka chalun baru ari Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) iya nya Kho Teck Wan (Bandar Kuching), Datuk Dr Sim Kui Hian (Stampin), Datuk Seri Huang Tiong Sii (Sarikei), Kelvin Kong Sien Chiu (Lanang), Datuk Andrew Wong Kee Yew (Sibu) enggau Datuk Sebastian Ting Chiew Yew (Miri). Parti Rakyat Sarawak (PRS) enchalunka dua orang baru iya nya Rita Sarimah Patrick Insol (Selangau) enggau Robert Pasang Alam (Lubok Antu). Kelimpah ari bisi siku ari Parti Demokratik Progresif (PDP) Subeng Mula ti nyadi chalun BN ba Parlimen Saratok. Kelimpah ari nya bisi 16 iku penyandang ti nyengkaum 8 ari PBB iya nya Datuk Seri Wan

Junaidi Tuanku Jaafar (Santubong), Datuk Seri Fadillah Yusof (Petra Jaya), Rubiah Wang (Kota Samarahan), Datuk Seri Nancy Shukri (Batang Sadong), Datuk Seri Rohani Abdul Karim (Batang Lupar), Datuk Alexander Nanta Linggi (Kapit), Hasbi Habibollah (Limbang) enggau Datuk Henry Sum Agong (Lawas). Datuk Seri Richard Riot Jaem ari SUPP ngetan tauka penyandang sitak Parlimen Serian. Empat penyandang ari PRS iya nya Datuk Masir Kujat (Sri Aman), Datuk Joseph Salang Gandum (Julau), Datuk Aaron Ago Dagang (Kanowit), enggau Datuk Wilson Ugak Kumbong (Hulu Rajang). Tiga Penyandang ari PDP iya nya Datuk Nogeh Gumbek (Mas Gading), Datuk Seri Tiong King Sing (Bintulu) enggau Anyi Ngau (Baram).

PRS parti ti keterubah nganjung chalun indu bediri maya PRU14 SIBU – Parti Rayat Sarawak (PRS) nibak sejarah diri alai parti tu keterubah iya nganjung chalun indu bediri maya Pengawa Bepilih Ke-14 (PRU14) ti deka datai. Chalun sida tu iya nya Rita Sarimah Insol dikeandalka ngarika parti nya bediri ba Parlimen Selangau. Nama Rita sebedau tu endang suah didinga nganti penyandang Kaban Parlimen Selangau, Datuk Joseph Entulu. Maya berandau enggau pengarang berita, iya ngarap semua rayat ba

Parlimen Selangau ulih Entulu ti enda ditejuka bediri nerima iya nyadi chalun. baru. “Aku ke dipilih Rita ngembuan Sarjana ukai semina diberi Muda Undang-Undang basa tang mega siti (kepujian) Universiti Malaya tanggungpengawa ke enggau Sarjana Pentadbiran besai lalu aku minta rayat Perniagaan Universiti Heriot ulih nyukung aku,” pia ku Watt Edinburgh, United iya madah, baru-baru tu. Kingdom. Rita kala nyadi Ketuai Iya, 56, enggau laki iya Rita Sarimah Penyanding Penemu Timothy Gima Uji bisi tiga iku Insol Undang-undang Bintulu anak. Port Holding Berhad dipilih nyadi Kelimpah ari nya, iya berengkah chalun Barisan Nasional/PRS nganti gawa nyadi Majistret ba pengelama

lima taun. Ba NGO, Rita mega Sapit Presiden Gerempung Orang Nanam Kelapa Sawit Dayak Sarawak, raban Kaunsil Adat Istiadat Sarawak sereta kala nyadi Chairperson Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) Pampang Bintulu ba pengelama 17 taun. “Aku mega amat bebasaka pengandal Kepala Menteri Datuk Patinggi Abang Johari ti nyadi Chairman BN Nengeri enggau Presiden PRS Tan Sri Dr James Jemut Masing tu,” ku iya madah baru.

6

1 MEI 2018

Fadillah (dua dari kanan) meninjau dewan yang sudah siap dibina di Kampus Infra Cawangan Sarawak di Kota Samarahan.

Fadillah (tengah ) se Sarawak yang da masa meninjau keadaan di sekit lam pembinaan di Kota Samarah ar Kampus Infra Cawangan an.

Impian 12 tahun penduduk Kampung Merdang Gayam dapatkan sekolah tercapai

K

OTA SAMARAHAN – Penantian 12 tahun penduduk Kampung Merdang Gayam di sini, mahu mendapatkan sekolah yang dekat dengan rumah menjadi kenyataan apabila kerajaan meluluskan projek pembinaan Sekolah Kebangsaan (SK) Merdang. Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kota Samarahan, Rubiah Wang berkata, kerja-kerja awal pembinaan sekolah berkenaan sudah dimulakan pada Mac lalu. Katanya, lokasi pembinaan SK Merdang terletak berhampiran Kampung Merdang Gayam, sekali gus memudahkan anakanak penduduk kampung pergi bersekolah. “Ketika ini, penduduk di Kampung Merdang Gayam yang menghantar anak ke SK St. Martin yang menumpang di bangunan kedai berdekatan kawasan perumahan berhampiran kampung tersebut. “Sebelum itu, mereka menghantar anak-anak ke SK Jalan Muara Tuang selama enam tahun sehingga timbul masalah kepadatan murid di sekolah berkenaan,” katanya dalam sidang akhbar bersama Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof selepas mengadakan tinjauan mesra di Kampus Latihan Institut Kemajuan Desa Cawangan Sarawak (Infra Sarawak) di sini baru-baru ini. Mengulas lanjut, Rubiah yang juga penyandang kerusi Parlimen Kota Samarahan berkata, masalah

Fadillah (tengah) bersama Rubiah (tiga dari kanan) meninjau keadaan di sekitar Kampus Infra Cawangan Sarawak yang dalam pembinaan di Kota Samarahan.

kepadatan murid di SK Jalan Muara Tuang telah mendapat perhatian Jabatan Pendidikan lalu mengambil keputusan memindahkan anak-anak penduduk Kampung Merdang Gayam ke SK St. Martin yang menumpang di bangunan kedai sejak tahun lalu bagi memberi keselesaan kepada murid-murid. Justeru, ujarnya, beliau berharap pembinaan SK Merdang dapat menyelesaikan masalah anak-anak penduduk Kampung Merdang Gayam bersekolah selepas ini. Sementara itu, Fadillah pula

menyampaikan khabar gembira bahawa masalah kesesakan terutama waktu puncak di bahagian Samarahan yang dihadapi pemandu ketika ini, dijangka dapat diatasi apabila pembinaan jejambat di bulatan Jalan Datuk Mohd. Musa dibina nanti. “Selain pembinaan jejambat, pelebaran jalan daripada dua kepada empat lorong dari bahagian ini menuju ke bandar raya Kuching turut mengatasi masalah tersebut. “Pembinaan kedua-dua projek yang dijangka dimulakan dalam

tempoh terdekat dilakukan, ekoran banyak rungutan berkaitan masalah kesesakan diterima daripada masyarakat khasnya pemandu yang berulang-alik antara kawasan ini ke pusat bandar raya pada setiap hari,” ujarnya. Menurutnya, penaiktarafan bulatan terbabit merupakan keperluan mendesak kerana jalan raya di bahagian Samarahan dijangka mengalami pertambahan kenderaan apabila Jambatan Batang Samarahan dibuka untuk pengguna mulai Jun nanti.

7

1 MEI 2018

‘Pencalonan saya dapat restu ayah’ – Hanifah

K

UCHING – Anak bongsu kepada Tun Abdul Taib Mahmud, Datuk Hanifah Hajar Taib memberitahu, pencalonannya bertanding di kerusi Parlimen Mukah pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) mendapat restu daripada bapanya. Hanifah, 46, yang merupakan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Sarawak mengenepikan penyandang kerusi berkenaan, Tan Sri Dr. Muhammad Leo Micheal Toyad Abdullah yang digugurkan selepas 35 tahun menjadi Ahli Parlimen Mukah iaitu sejak 1982. Sebagai salah seorang daripada 15 muka baharu dalam senarai calon BN Sarawak, Hanifah mengakui tanggungjawab dipikulnya cukup besar kepada rakyat di kawasan tersebut. Namun, ujarnya, beliau akan berusaha sebaik mungkin untuk membalas kepercayaan pucuk pimpinan

Lukanisman Awang Sauni

Ahmad Johnie Zawawi

BN memilihnya sebagai calon PRU14. “Sebagai muka baharu saya akan memberi perhatian untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan masyarakat, pemimpin dan Ahli Undangan Negeri (ADUN) dalam Parlimen ini. “Ayah (Yang Dipertua Negeri) turut memberi restu kepada saya untuk menjadi wakil rakyat. Dia menasihatkan saya agar berkhidmat dengan ikhlas dan penuh tanggungjawab kepada rakyat,” katanya ketika ditemui selepas menerima watikah

Datuk Hanifah Hajar Taib

perlantikan calon BN PRU14 daripada Ketua Menteri merangkap Pengerusi BN Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini baru-baru ini. Calon termuda BN Sarawak yang bertanding di kerusi Parlimen Sibuti, Lukanisman Awang Sauni, 36, pula memberitahu, beliau masih terkejut dengan pencalonannya. “Saya diberitahu sebagai salah seorang bakal calon sehari sebelum penamaan calon dan mendapat pengesahan ketika turun

Yusuf Abdul Wahab

dari pesawat di Lapangan Terbang Miri. “Apa pun,saya menganggap pemilihan ini sebagai amanah besar yang perlu dipikul untuk rakyat di Parlimen Sibuti,” katanya merupakan Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA). Seorang lagi calon muka baharu BN, Yusuf Abdul Wahab, 55, yang bakal bertanding di Parlimen Tanjung Manis berkata, pembangunan infrastruktur, pendidikan dan sosioekonomi merupakan tiga perkara akan diberi perhatian jika beliau dipilih sebagai wakil rakyat di

kawasan itu. Katanya, beliau yang berasal dari Kampung Paloh, Tanjong Manis cukup memahami keperitan penduduk di Parlimen itu yang merupakan kawasan luar bandar Sarawak. “Saya berjanji akan meneruskan kerja-kerja dan perjuangan bekas Ahli Parlimen, Datuk Norah Abdul Rahman yang mengundur diri ekoran masalah kesihatan,” katanya. Calon baharu BN bagi kerusi Parlimen Igan, Ahmad Johnie Zawawi, 56, menyifatkan pencalonannya sebagai amanah dan tanggungjawab besar yang perlu dipikul demi kemakmuran parti. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada pucuk pimpinan parti terutama Abang Johari dan bekas Ahli Parlimen Igan, Datuk Wahab Dolah kerana memberi kepercayaan kepada sebagai calon di kawasan itu.

Berikrar rampas kerusi pembangkang KUCHING – Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) yang dipilih sebagai calon muka baharu mewakili Barisan Nasional (BN) Sarawak pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) berikrar akan merampas kerusi disandang pembangkang. ADUN Batu Kawah, Senator Prof. Datuk Dr. Sim Kui Hian dan ADUN Piasau, Datuk Sebastian Ting Chiew

Senator Prof. Dr. Sim Kui Hian

Yew masing-masing dicalonkan melihat kembali cara saya bekerja, di kerusi Parlimen Stampin serta pengorbanan yang telah dilakukan Parlimen Miri. dan keikhlasan sepanjang Kui Hian yang merupakan berkhidmat sebagai wakil rakyat Presiden SUPP akan (ADUN Batu Kawa). menentang `gergasi’ “Saya mahu terus DAP Sarawak iaitu berkhidmat terutama Presidennya, Chong memperjuangkan Chieng Jen yang masalah kesihatan merupakan penyandang rakyat di Sarawak kerusi Parlimen Bandar kerana isu kesihatan Kuching tetapi beralih ke merupakan perkara Parlimen Stampin pada yang disenaraikan untuk PRU-14. diberi tumpuan oleh Datuk Sebastian Sebastian yang juga kerajaan Persekutuan,” Ting Chiew Yew Setiausaha Agong SUPP katanya kepada pula diamanahkan oleh pemberita ketika ditemui BN untuk merampas kembali selepas menghadiri sidang media kerusi Parlimen Miri yang jatuh pengumuman calon BN Sarawak ke tangan PRK pada Pilihan Raya PRU-14 oleh Ketua Menteri Umum Ke-13 (PRU-13). merangkap Pengerusi BN Sarawak, Menurut Kui Hian, beliau tidak Datuk Patinggi Abang Johari Tun gentar untuk menentang Chieng Openg di Ibu Pejabat Parti Pesaka Jen di kawasan yang menjadi kubu Bumiputera Bersatu (PBB) di sini kuat DAP selama ini. baru-baru ini. “Saya menyerahkan kepada Mengulas lanjut, Kui Hian penduduk di kawasan ini untuk berkata, beliau berharap pengundi

di Parlimen Stampin akan menyokongnya pada PRU-14 kerana kemenangan diperoleh membolehkan beliau meneruskan tanggungjawab menjaga kebajikan dan mengembalikan hak rakyat Sarawak yang menjadi peluang terakhir dapat dilakukan sebelum bersara daripada dunia politik selepas lima tahun akan datang. Sementara itu, Sebastian mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada pucuk pimpinan parti terutama Perdana Menteri merangkap Pengerusi BN Pusat, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana memberi kepercayaan kepadanya untuk memikul amanah merampas kerusi Parlimen Miri. “Terima kasih kepada Datuk Seri Najib dan Datuk Patinggi Abang Johari atas amanah yang diberikan ini. Saya akan cuba sebaik mungkin untuk berkhidmat kepada rakyat Miri jika diberi peluang menang nanti,” ujarnya.

8

1 MEI 2018 CERIA...Fatimah (lima dari belakang) seronok menyertai aktiviti yang diadakan sempena Program Turun Padang Majlis Tertinggi Pergerakan Wanita PBB Sarawak bersama Komponen Wanita BN Zon Miri di Miri baru-baru ini.

Wanita BN Sarawak berusaha tawan semula 4 kerusi Parlimen pembangkang Fatimah berucap dalam Program Turun Padang Majlis Tertinggi Pergerakan Wanita PBB Sarawak bersama Komponen Wanita BN Zon Miri di Miri baru-baru ini.

M

IRI – Pergerakan Wanita Barisan Nasional (BN) Sarawak akan berusaha gigih untuk merampas semula empat kerusi ‘panas’ milik pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14). Ketua Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Fatimah Abdullah berkata, kerusi terbabit ialah Parlimen Miri yang disandang PKR, manakala Sibu, Sarikei dan Stampin merupakan milik DAP. Bagi mencapai sasaran itu, beliau yang juga Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak negeri berkata, jentera wanita BN akan bekerja keras membantu calon BN menawan semula hati pengundi di kawasan pembangkang itu. “Pergerakan Wanita BN Sarawak akan bekerja keras bagi membantu calon BN merampas kembali empat kerusi milik pembangkang termasuk kerusi Miri,” katanya ketika kepada pemberita ditemui semasa menghadiri Program Turun Padang Majlis Tertinggi Pergerakan Wanita PBB Sarawak bersama Komponen Wanita BN Zon Miri di sini baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Fatimah berkata, pada masa sama, 25 lagi kerusi milik BN perlu dipertahankan. Katanya, beliau telah mengarahkan agar semua Ketua Wanita PBB Sarawak dan parti komponen BN lain agar mengerakkan jentera bagi mendekati pengund. Fatimah berkata, selain faktor pemilihan calon, paling penting adalah jentera pilihan raya yang bergerak dari peringkat akar umbi merapati pengundi. “Adalah sangat penting bagi semua jentera pilihan raya bekerjasama dan saling melengkapi antara satu sama lain untuk memastikan kemenangan besar kepada BN,” katanya. Dalam pada itu, beliau turut merakam penghargaan dengan Pengerusi BN Pusat dan negeri selepas mengumumkan enam calon wanita bertanding mewakili BN Sarawak pada PRU-14 termasuk tiga muka baharu. Tiga muka baharu calon wanita yang dipilih ialah Kho Teck Wan bagi kerusi Parlimen Bandar Kuching, Rita Sarimah Patrick Insol (Selangau) dan Datuk Hanifah Hajar Taib (Mukah).

Fatimah (tiga dari kiri) bergambar bersama ahli Wanita PBB semasa Program Turun Padang Majlis Tertinggi Pergerakan Wanita PBB Sarawak bersama Komponen Wanita BN Zon Miri di Miri baru-baru ini.

Sebarang komen, maklum balas dan pertanyaan sila emel kepada [email protected]