Data Loading...

Flyers CuepacCare_2020 Flipbook PDF

Flyers CuepacCare_2020


117 Views
98 Downloads
FLIP PDF 569.72KB

DOWNLOAD FLIP

REPORT DMCA

KONGRES KESATUAN PEKERJA-PEKERJA DI DALAM PERKHIDMATAN AWAM (CUEPACS) PROGRAM TAKAFUL PENGHOSPITALAN DAN PEMBEDAHAN CUEPACSCARE Kesihatan merupakan aspek kehidupan yang amat penting dan satu-satunya aset yang tidak ternilai harganya. Seiring dengan kemajuan yang telah dicapai, pelbagai kaedah moden telah diperkenalkan untuk merawat pelbagai penyakit. Penjawat Awam layak menerima rawatan komprehensif di hospital kerajaan dengan mudah tanpa bayaran. Tetapi, bilangan doktor pakar yang terhad di hospital kerajaan ada kalanya menyebabkan pesakit terpaksa menunggu giliran yang agak lama, manakala di hospital swasta, walaupun menyediakan rawatan yang pantas, kos rawatannya agak tinggi dan perlu ditanggung sendiri. Kos ini di luar kemampuan kebanyakan Penjawat Awam. Menyedari hakikat ini, CUEPACS dengan kerjasama Medicare Assistance Sdn Bhd telah memperkenalkan Program Takaful Penghospitalan dan Pembedahan CUEPACSCARE pada tahun 1999, khas untuk Penjawat Awam, Badan-badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan dengan keistimewaan berikut:

Perutusan Presiden CUEPACS CUEPACS yang mendukung slogan ‘’kebajikan dipelihara, produktiviti ditingkatkan’’ telah mengorak pelbagai langkah efisien dalam meningkatkan kualiti hidup para Penjawat Awam selaras dengan produktiviti negara. Menyedari kepentingan kesihatan dan perlindungan diri yang menjadi asas kepada kualiti hidup serta produktiviti, CUEPACS bermatlamat memastikan setiap warga Penjawat Awam memiliki sekurang-kurangnya satu perlindungan takaful agar mereka sentiasa bersedia menghadapi sebarang musibah. CUEPACS difahamkan Program Takaful CuepacsCare telah memberi perlindungan kepada lebih 500,000 warga Penjawat Awam dan sehingga kini lebih 99,000 peserta telah mendapat manfaat rawatan di hospital pakar swasta dengan jumlah tuntutan melebihi RM350 juta semenjak pelancarannya pada tahun 1999. Program Takaful CuepacsCare adalah satu inisiatif untuk mewujudkan alternatif bagi Penjawat Awam bersama keluarga untuk mendapatkan rawatan di hospital pakar swasta pada kadar yang mampu disertai oleh semua warga Penjawat Awam. Bagi mencapai objektif CUEPACS untuk terus memberi perlindungan takaful kepada setiap warga Penjawat Awam pada kadar sumbangan serendah boleh, CUEPACS melalui Agensi Korporat, Medicare Assistance Sdn Bhd, telah mengambil keputusan untuk melantik Pengendali Takaful baharu, iaitu FWD Takaful Berhad untuk menaja jamin (underwrite) Program Takaful CuepacsCare. CUEPACS difahamkan bahawa disebalik pelantikan baru ini, tiada perubahan ke atas Perjanjian Takaful sedia ada. Kadar sumbangan dan skop perlindungan juga masih kekal seperti biasa. Medicare Assistance Sdn Bhd juga masih kekal sebagai Pusat Pengurusan Setempat bagi Program Takaful CuepacsCare. Adalah menjadi harapan CUEPACS, semoga dengan pelantikan Pengendali Takaful yang baru, warga Penjawat Awam akan terus menyertai Program Takaful CuepacsCare untuk menikmati manfaat perlindungan yang komprehensif dan pada masa yang sama menyumbang ke arah pembangunan negara. TUAN HAJI ADNAN BIN MAT Presiden CUEPACS

Perlindungan 24 jam semasa KECEMASAN di seluruh DUNIA

Keistimewaan CuepacsCare Mudah Digunakan Diterima lebih 70 panel hospital pakar swasta di seluruh Malaysia

Melindungi Seisi Keluarga Tiada had untuk bilangan anak melalui satu Pelan Keluarga.

Manfaat Komprehensif Melindungi kos rawatan dari pra penghospitalan, penghospitalan dan rawatan susulan.

Mampu Dimiliki Kadar sumbangan yang mampu dimiliki.

Mudah Disertai Pemeriksaan kesihatan tidak diperlukan dan sumbangan melalui potongan gaji Biro Angkasa.

Statistik Pencapaian

Sehingga kini,

99,000 penerima manfaat RM350 juta tuntutan ...melalui

21 tahun CuepacsCare bersama Penjawat Awam sebagai alternatif yang mudah, mampu dimiliki dan melindungi seisi keluarga untuk mendapatkan rawatan perubatan di hospital pakar swasta. Sehingga kini lebih 500,000 Penjawat Awam telah menerima manfaat dengan lebih 99,000 tuntutan melibatkan nilai tuntutan melebihi RM350 juta semenjak 1999.

MUDAH DIGUNAKAN – CARA PENGGUNAAN CARA PENGGUNAAN KAD CUEPACSCARE DI HOSPITAL PANEL Anda hanya perlu mengemukakan Kad CuepacsCare semasa hadir ke panel hospital pakar swasta untuk rawatan penghospitalan. Surat jaminan akan dikeluarkan untuk rawatan penghospitalan yang dilindungi melalui skim CuepacsCare. Untuk peserta baru, terdapat penyakit yang dikecualikan daripada perlindungan termasuk penyakit khusus yang telah dihidapi dalam masa 120 hari pertama dan tempoh menunggu selama 30 hari.

1

Semasa urusan kemasukan, kemukakan Kad CuepacsCare untuk mendapatkan surat jaminan.

2

Dapatkan rawatan pakar dengan segera.

3

Semasa urusan keluar, bil hospital akan ditanggung oleh CuepacsCare. Anda boleh pulang ke rumah dengan tenang.

SENARAI HOSPITAL PANEL CUEPACSCARE Kad CuepacsCare diterima lebih 70 panel Hospital Pakar Swasta di seluruh negara. Dengan Kad CuepacsCare, kemampuan membayar bil perubatan semasa kecemasan tidak lagi menjadi satu persoalan. SELANGOR COLUMBIA ASIA HOSPITAL BUKIT RIMAU KAJANG PLAZA MEDICAL CENTRE KELANA JAYA MEDICAL CENTRE KPJ AMPANG PUTERI SPECIALIST HOSPITAL KPJ DAMANSARA SPECIALIST HOSPITAL KPJ KAJANG SPECIALIST HOSPITAL KPJ KLANG SPECIALIST HOSPITAL KPJ RAWANG SPECIALIST HOSPITAL KPJ SELANGOR SPECIALIST HOSPITAL MANIPAL HOSPITALS PANTAI HOSPITAL KLANG SENTOSA SPECIALIST HOSPITAL SRI KOTA SPECIALIST MEDICAL CENTRE SUNWAY MEDICAL CENTRE THOMSON HOSPITAL KOTA DAMANSARA KUALA LUMPUR AL-ISLAM SPECIALIST HOSPITAL DAMAI SERVICE HOSPITAL (HQ) HOSPITAL PUSRAWI KPJ SENTOSA MEDICAL CENTRE KPJ TAWAKKAL SPECIALIST HOSPITAL LOURDES MEDICAL CENTRE PANTAI CHERAS MEDICAL CENTRE PANTAI HOSPITAL AMPANG TAMAN DESA MEDICAL CENTRE TUNG SHIN HOSPITAL UKM SPECIALIST HOSPITAL MELAKA PANTAI HOSPITAL AYER KEROH PUTRA SPECIALIST HOSPITAL (MELAKA) NEGERI SEMBILAN COLUMBIA ASIA MEDICAL CENTRE SEREMBAN KPJ SEREMBAN SPECIALIST HOSPITAL N.S CHINESE MATERNITY HOSPITAL

JOHOR HOSPITAL PENAWAR KPJ BANDAR MAHARANI SPECIALIST HOSPITAL KPJ JOHOR SPECIALIST HOSPITAL KPJ KLUANG UTAMA SPECIALIST HOSPITAL KPJ PASIR GUDANG SPECIALIST HOSPITAL KPJ PUTERI SPECIALIST HOSPITAL (JOHOR) PANTAI HOSPITAL BATU PAHAT PUTRA SPECIALIST HOSPITAL (BATU PAHAT) PERAK APOLLO MEDICAL CENTRE COLUMBIA ASIA HOSPITAL TAIPING HOSPITAL FATIMAH KPJ IPOH SPECIALIST HOSPITAL KPJ SRI MANJUNG SPECIALIST HOSPITAL KPJ TAIPING MEDICAL CENTRE PANTAI HOSPITAL IPOH PERAK COMMUNITY SPECIALIST HOSPITAL YET KAI HOSPITAL PULAU PINANG HOPE CHILDREN HOSPITAL KPJ PENANG SPECIALIST HOSPITAL PENANG ADVENTIST HOSPITAL HOSPITAL LAM WAH EE KEDAH PANTAI HOSPITAL LAGUNA MERBOK KEDAH MEDICAL CENTRE PANTAI HOSPITAL SUNGAI PETANI PERLIS KPJ PERLIS SPECIALIST HOSPITAL KELANTAN KOTA BHARU MEDICAL CENTRE KPJ PERDANA SPECIALIST HOSPITAL

TERENGGANU KUALA TERENGGANU SPECIALIST HOSPITAL PAHANG DARUL MAKMUR MEDICAL CENTRE KPJ PAHANG SPECIALIST HOSPITAL KUANTAN MEDICAL CENTRE SABAH KPJ SABAH SPECIALIST HOSPITAL RAFFLESIA MEDICAL CENTRE SARAWAK BINTULU MEDICAL CENTRE COLUMBIA ASIA MEDICAL CENTRE MIRI KPJ KUCHING SPECIALIST HOSPITAL KPJ SIBU SPECIALIST MEDICAL CENTRE REJANG SPECIALIST HOSPITAL NORMAH MEDICAL SPECIALIST CENTRE TIMBERLAND MEDICAL CENTRE Nota: Kemaskini Mac 2020 Layari www.cuepacscare.my

Rawatan di hospital BUKAN PANEL juga dilindungi, anda perlu bayar kos rawatan terlebih dahulu dan buat tuntutan melalui Pusat Khidmat Tuntutan 24 Jam.

RM

50 sehari

Elaun Tunai Harian Di Hospital Kerajaan

PUSAT KHIDMAT TUNTUTAN CUEPACSCARE 24 JAM Pusat Khidmat Tuntutan CuepacsCare berkhidmat 24 jam khas untuk peserta mendapatkan sebarang maklumat berkaitan manfaat perlindungan pengeluaran surat jaminan kemasukan ke hospital dan proses tuntutan semasa discaj.

Bantuan Dihujung Jari Anda

...03-3374 6268

CuepacsCare menyediakan Pusat Khi dmat Tunt ut an 24 jam untuk memudahkan segala proses tuntutan.

MELINDUNGI SEISI KELUARGA KELAYAKAN PENYERTAAN Program Takaful CuepacsCare memberi perlindungan khas kepada Penjawat Awam, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. Penyertaan baru adalah dari umur 18 tahun hingga 59 tahun. Pembaharuan akan dilanjutkan sehingga umur 70 tahun. Program Takaful CuepacsCare menyediakan 2 jenis pelan iaitu:

1) Pelan Individu

2) Pelan Keluarga

HAD UMUR PENYERTAAN Pemohon dan Pasangan -

Ahli & Pasangan

18

tahun

- 59

Layak untuk memohon dari umur 18 tahun hingga 59 tahun dan pembaharuan akan dilanjutkan sehingga umur 70 tahun.

tahun

akan dilanjutkan

70 tahun

Anak Pemohon -

Anak-anak

30

hari

- 18

tahun

akan dilanjutkan

23 tahun

Dilindungi dari umur 30 hari hingga 18 tahun dan perlindungan akan dilanjutkan sehingga 23 tahun jika belum berkahwin dan masih belajar sepenuh masa di Malaysia.

Kad CuepacsCare dikeluarkan kepada semua ahli keluarga yang berumur 18 tahun dan ke atas. Anak-anak boleh menggunakan kad ibubapanya. Untuk setiap penambahan ahli keluarga yang baru, contohnya anak yang baru dilahirkan, hendaklah dilaporkan secara rasmi kepada FWD Takaful Berhad supaya tidak terkecuali daripada liputan skim ini.

MANFAAT KOMPREHENSIF Program Takaful CuepacsCare memberi perlindungan yang komprehensif untuk kos rawatan dari pra penghospitalan, penghospitalan dan rawatan susulan untuk semua Penjawat Awam serta ahli keluarga.

SKOP PERLINDUNGAN Pra-Penghospitalan

Penghospitalan

30 Hari Sebelum

Pasca Penghospitalan

30 Hari Selepas

PERKHIDMATAN DIAGNOSIS PRA-PENGHOSPITALAN Pembayaran balik caj rundingan doktor pakar dan kos perkhidmatan diagnostik pra-penghospitalan dan ujian makmal yang perlu dari segi perubatan yang dijalankan di hospital untuk tujuan diagnosis disebabkan oleh kecederaan atau penyakit yang berkaitan dengan hilang upaya dalam tempoh 30 hari sebelum kemasukan hospital. PENGHOSPITALAN Dimasukkan ke hospital sebagai pesakit dalam yang berdaftar untuk rawatan yang perlu dari segi perubatan bagi ketidakupayaan yang dilindungi atas nasihat pakar perubatan. RAWATAN SELEPAS KEMASUKAN KE HOSPITAL PASCA PENGHOSPITALAN Pembayaran balik caj yang berpatutan dan lazim yang ditanggung untuk rawatan susulan termasuk ubat-ubatan yang perlu dari segi perubatan dalam tempoh 30 hari selepas keluar dari hospital.

JENIS PERLINDUNGAN Jenis Rawatan

Kemasukan Wad

Pesakit Luar & Rawatan Harian

Kemalangan Pembedahan Rawatan Dialisis Buah Pinggang Rawatan Kanser Penyakit Skim CuepacsCare melindungi peserta yang memerlukan rawatan dan dimasukkan ke wad, pesakit luar atau pembedahan harian akibat kemalangan, pembedahan, rawatan dialisis pesakit luar dan rawatan kanser pesakit luar. Untuk rawatan penyakit, Skim CuepacsCare melindungi peserta yang memerlukan rawatan dan dimasukkan ke wad sahaja.

JADUAL MANFAAT

CARA PENGGUNAAN KAD CUEPACSCARE DI HOSPITAL PANEL

Jadual Manfaat Peserta & Keluarga Manfaat-manfaat

Individu

Keluarga

Bilik dan Penginapan - maksimum 150 hari

RM150

RM150

Unit Rawatan Rapi (ICU) - maksimum 60 hari

RM300

RM300

1. Perbelanjaan Hospital

Kos sebenar yang dikenakan

Bekalan dan Khidmat Hospital

RM250

Bayaran Ambulans

Semasa mendaftar masuk hospital

CuepacsCare

Kemukakan kad CuepacsCare dan kad pengenalan untuk pengesahan

IC

RM250

2. Perbelanjaan Pembedahan Ujian Diagnostik Pra Pembedahan (dalam tempoh 30 hari sebelum penginapan hospital) Bayaran Pembedahan (rawatan sebelum penginapan hospital sehingga 30 hari dan rawatan selepas pembedahan sehingga 30 hari dari tarikh keluar daripada hospital)

Permohonan untuk mendapatkan surat jaminan akan dilakukan oleh pihak hospital. Dokumen permohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan sewaktu membuat permohonan

Kos sebenar yang dikenakan

Bayaran Pakar Bius Bayaran Bilik Bedah 3. Perbelanjaan Bukan Pembedahan

* Surat jaminan akan dikeluarkan, jika penyakit yang dihidapi dilindungi sijil.

Ujian Diagnostik Pra Hospital (dalam tempoh 30 hari sebelum penginapan hospital) Rundingan Pakar Pra Hospital (dalam tempoh 30 hari sebelum penginapan hospital) Lawatan Pakar Perubatan Dalam Hospital (maksimum sehingga 150 hari) (maksimum 2 lawatan sehari)

Kos sebenar yang dikenakan

Semasa urusan keluar hospital

Rawatan Selepas Penghospitalan (dalam tempoh 30 hari dari tarikh keluar dari hospital)

Bil hospital akan dihantar kepada Pentadbir Pihak Ketiga (TPA) untuk diteliti

Manfaat Lain Rawatan Pesakit Luar bagi Kemalangan (dalam tempoh 24 jam dan rawatan susulan sehingga 30 hari)

RM1,000

RM1,000

Bayaran Laporan Perubatan

RM60

RM60

Elaun Tunai Harian di Hospital Kerajaan (maksimum 150 hari)

RM50

RM50

Pihak TPA akan meneliti kos rawatan dan mengeluarkan arahan bayaran mengikut sijil Takaful

Pemindahan organ (penerima organ sahaja) RM20,000 RM20,000 (buah pinggang, jantung, paru-paru, hati, (sekali seumur hidup) (sekali seumur hidup) sumsum tulang) Rawatan Kanser Pesakit Luar setiap bulan

RM2,000

RM2,000

Rawatan Dialisis Buah Pinggang Pesakit Luar setiap bulan

RM2,000

RM2,000

Anda hanya membayar bayaran tambahan kepada hospital (jika ada) atau untuk rawatan yang tidak dilindungi oleh sijil

peratusan semasa daripada perbelanjaan yang layak dibayar

Cukai Kerajaan (SST)

* Surat jaminan tidak akan dikeluarkan, jika penyakit yang dihidapi tidak dilindungi sijil atau doktor tidak dapat mengesahkan jenis penyakit (diagnosis)

Had Maksimum setiap Kemasukan ke Hospital dan setiap mana-mana satu hilang upaya

RM20,000

RM20,000

Had Tahunan Keseluruhan

RM40,000

RM60,000 satu keluarga

HAD PERLINDUNGAN TAHUNAN Perlindungan

Setiap Ketidakupayaan

Had Tahunan

Individu

RM 20,000

RM 40,000

Keluarga

RM 20,000

RM 60,000

SETIAP KETIDAKUPAYAAN adalah penghospitalan untuk penyakit yang sama dan komplikasinya dalam tempoh 90 hari. JUMLAH HAD TAHUNAN yang ditetapkan tidak akan berganda jika ahli tidak menggunakannya.

*Tertakluk kepada terma dan syarat

HAD UMUR PERLINDUNGAN Umur Pemohon

Pasangan

Anak

• Penyertaan baru adalah dari umur 18 tahun hingga 59 tahun. • Pembaharuan akan dilanjutkan sehingga umur 70 tahun.

• Suami atau isteri peserta yang sah dan berumur di bawah 60 tahun semasa menyertai Sijil Takaful ini. • Pembaharuan akan dilanjutkan sehingga umur 70 tahun.

• Perlindungan diberikan untuk semua anak yang berumur melebihi 30 hari hingga bawah 19 tahun, dan akan dilanjutkan sehingga bawah 23 tahun bagi yang masih belajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi.

PENGECUALIAN Sijil Takaful ini tidak melindungi sebarang Penghospitalan, Pembedahan atau bayaran yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung, secara keseluruhan atau sebahagian, oleh mana-mana satu (1) kejadian berikut: 1. Penyakit sedia ada.

13. Rawatan untuk sebarang keadaan perubatan yang timbul secara langsung atau tidak langsung dari pencemaran radioaktif atau apa-apa 2. Penyakit tertentu yang telah dihidapi dalam tempoh seratus dua puluh (120) bahan nuklear, termasuk pembakaran bahan api nuklear. hari pertama perlindungan. 3. Tempoh menunggu selama tiga puluh (30) hari bagi semua kecuali 14. Perbelanjaan yang anda tanggung untuk menderma mana-mana organ tubuh dan kos pemerolehan organ termasuk semua kos yang kecederaan kemalangan. ditanggung oleh penderma ketika pemindahan organ dan 4. Pembedahan pilihan kosmetik atau plastik termasuk tetapi tidak terhad komplikasinya. kepada dua kelopak mata, jerawat, keloid, parut, tag kulit, alopecia/keguguran rambut yang tersebar atau rawatan komplikasi mereka, kecuali pembedahan 15. Penyiasatan dan rawatan gangguan tidur dan dengkur, imbasan PET, pembentukan semula yang diperlukan untuk memulihkan fungsi selepas terapi sel stem, hiperhidrosis, terapi oksigen hiperbarik, gangguan kemalangan yang berlaku dalam tempoh perlindungan takaful. psikiatri, psikotik, gangguan mental atau saraf, termasuk neurosis dan manifestasi fisiologi atau psikosomatik, gangguan psikiatri seperti 5. Pemeriksaan mata, cermin mata, kanta sentuh dan semua jenis kanta dan neuropsikosis, skizofrenia dan lain-lain. prosedur pembedahan untuk pembetulan ralat refraktif mata dan penggunaan atau pemerolehan peralatan prostetik atau alat pembetulan luaran seperti 16. Terapi penggantian hormon dan terapi alternatif seperti rawatan, anggota tiruan, alat bantu pendengaran, perentak yang diimplankan, khidmat atau bekalan perubatan, termasuk tetapi tidak terhad kepada aerochambers dan peralatan semburan (nebulizing), pad ortopedik, dan khidmat kiropraktik, akupunktur, akutekanan, refleksologi, pengikatan preskripsinya. tulang, rawatan pakar herba, urut atau terapi aroma. 6. Penyakit gigi termasuk rawatan pergigian atau pembedahan oral kecuali yang diperlukan kerana kecederaan akibat kemalangan pada gigi asli yang sihat 17. Jagaan atau rawatan yang pembayarannya tidak diperlukan atau yang dibayar oleh mana-mana pengendali takaful lain atau indemniti yang yang berlaku dalam tempoh perlindungan takaful. melindungi anda termasuk hilang upaya akibat daripada tugas dalam 7. Penjagaan peribadi, rehat pulih atau jagaan kebersihan, dan semua jenis pekerjaan atau kerjaya yang dilindungi di bawah Workmen’s rawatan yang diterima terutamanya untuk tujuan penyiasatan, diagnosis, Compensation Takaful Contract. pemeriksaan sinar-x, pemeriksaan fizikal atau perubatan am, tetapi tidak berkaitan dengan rawatan atau diagnosis hilang upaya yang dilindungi atau 18. Kos/perbelanjaan bagi khidmat yang bersifat bukan perubatan, seperti apa-apa rawatan yang tidak perlu dari segi perubatan dan apa-apa rawatan televisyen, telefon, khidmat teleks, radio atau kemudahan yang serupa, pencegahan, ubat atau pemeriksaan pencegahan yang dijalankan oleh pakar kit/pek kemasukan, barang bukan perubatan lain yang tidak layak dan perubatan, dan rawatan khusus untuk mengurangkan atau menaikkan berat barang-barang yang tidak berkaitan secara langsung dengan rawatan badan. perubatan hilang upaya. 8. Apa-apa rawatan atau penilaian untuk penyakit kongenital, keturunan atau tumbesaran, kecacatan, dan hilang upaya atau komplikasi yang berkaitan 19. Sakit atau Kecederaan yang timbul daripada apa-apa jenis perlumbaan (kecuali perlumbaan jalan kaki), sukan berbahaya tetapi tidak terhad termasuk tetapi tidak terhad kepada sista dermoid, haemangioma, hidrosele. kepada terjun udara, luncur air, aktiviti dalam air yang memerlukan alat 9. Kehamilan, melahirkan anak (termasuk kelahiran secara pembedahan), pernafasan, sukan musim sejuk, sukan profesional, mendaki gunung keguguran, menggugurkan kandungan dan jagaan pranatal atau selepas dengan menggunakan tali atau panduan gunung. bersalin, serta apa-apa pembedahan kaedah kawalan kelahiran kontraseptif mekanikal atau kimia atau rawatan berkaitan ketidaksuburan, menukar 20. Sakit atau kecederaan akibat daripada aktiviti yang tidak dibenarkan. jantina, disfungsi seksual termasuk impotensi, ujian atau rawatan berkaitan pensterilan dan khatan yang dilakukan atas sebarang sebab. 21. Penerbangan peribadi selain sebagai penumpang yang membayar tambang dalam mana-mana penerbangan komersil berjadual yang 10. Bunuh diri, percubaan bunuh diri atau sengaja mencederakan diri sendiri mempunyai lesen untuk mengangkut penumpang melalui laluan yang ketika siuman atau tidak siuman. ditetapkan. 11. Perang atau apa-apa tindakan perang, diisytiharkan atau tidak diisytiharkan, aktiviti jenayah atau pengganas, bergiat cergas dalam mana-mana angkatan 22. Dadah terlarang, mabuk, penyakit veneral dan sekuelenya, AIDS (Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit) atau ARC (Kompleks bersenjata, penyertaan secara langsung dalam mogok, rusuhan dan Berkaitan Aids) dan penyakit berkaitan HIV, dan apa-apa penyakit kekecohan awam atau penderhakaan tentera. berjangkit yang memerlukan kuarantin oleh undang-undang. 12. Pengecualian Sekatan – Kami tidak akan memberikan perlindungan atau akan membuat apa-apa bayaran atau memberikan apa-apa perkhidmatan 23. Apa-apa rawatan yang berkaitan dengan tumbesaran yang lambat atau manfaat kepada anda atau tanggungan anda atau pihak lain sekiranya atau/dan ketidakupayaan pembelajaran. perlindungan, pembayaran, perkhidmatan, manfaat itu akan melanggar mana-mana undang-undang atau peraturan sekatan perdagangan atau ekonomi yang berkenaan.

PENYAKIT KHUSUS YANG TIDAK DILINDUNGI DALAM 120 HARI PERTAMA Penyakit-penyakit di bawah dan komplikasi yang berkaitan dengannya adalah dikecualikan daripada perlindungan jika ia berlaku kepada anda dalam masa 120 hari yang pertama: a) Hipertensi, Diabetes Mellitus dan penyakit kardiovaskular b) Semua tumor, kanser, sista, nodul, polip, batu dalam sistem kencing dan sistem biliari c) Semua penyakit telinga, hidung (termasuk sinus) dan tekak d) Hernia, hemoroid, fistula, hidrosele, varikosele e) Endometriosis termasuk penyakit sistem pembiakan f) Gangguan spinal vertebro (termasuk diska) dan penyakit lutut

PENYAKIT SEDIA ADA Penyakit sedia ada terhad kepada hilang upaya yang tersedia ada sebelum tarikh perlindungan berkuatkuasa dan yang sewajarnya diketahui oleh anda. Anda boleh dianggap mempunyai pengetahuan sewajarnya terhadap penyakit sedia ada di mana anda telah mengalami salah satu keadaan yang berikut: a) Anda telah atau sedang menerima rawatan b) Nasihat perubatan, diagnosis, jagaan atau rawatan telah disyorkan c) Gejala yang jelas dan tepat dapat atau telah dilihat dengan nyata; atau d) Kewujudannya dapat diperhatikan dengan jelas bagi orang yang mengalami keadaan itu

Risalah ini adalah untuk penerangan sahaja dan bukan sebahagian daripada Sijil Induk/Jadual Sijil Takaful. Untuk keterangan lanjut sila rujuk pada Sijil Induk/Jadual Sijil Takaful.

MAMPU DIMILIKI JADUAL CARUMAN BERDASARKAN JENIS PELAN DAN UMUR Caruman Bulanan

Lingkungan Umur

Individu

Keluarga

18 - 55 tahun

RM40.00

RM106.00

56 - 59 tahun

RM69.00

RM174.00

60 - 64 tahun

* Pembaharuan sahaja * Pembaharuan sahaja

65 - 70 tahun

* Pembaharuan sahaja * Pembaharuan sahaja

• Perlindungan hanya akan berkuatkuasa selepas 15 hari dari tarikh sumbangan pertama diterima daripada CUEPACS dan bukan dari tarikh potongan pertama. • Permohonan baru adalah melalui sumbangan bulanan sahaja. • *Pembaharuan akan dilanjutkan sehingga umur 70 tahun melalui sumbangan tahunan sahaja. Sila layari www.cuepacscare.my untuk mendapatkan kadar sumbangan terkini.

Contoh: Kadar caruman bulanan individu berumur 30 tahun sekiranya memilih pelan individu atau keluarga.

Pelan

Jumlah Caruman Bulanan (RM)

Yuran TPA (RM)

Yuran Wakalah (%)

Yuran Wakalah (RM)

Tabarru’ (RM)

Individu

40.00

1.60

20.50

8.20

30.20

Keluarga

106.00

4.60

20.50

21.73

79.67

Nota-nota: 1. Caruman mungkin berubah setiap tahun berdasarkan pengiraan untung-rugi selama 12 bulan, kadar inflasi perubatan dan faktor-faktor lain yang berkenaan. 2. Caruman adalah berdasarkan umur semasa pada setiap ulangtahun sijil. 3. Yuran wakalah kepada FWD Takaful Berhad sebanyak 20.5% akan dipotong daripada jumlah caruman yang dibayar. 4. Di samping itu, yuran TPA bulanan juga akan dipotong daripada jumlah caruman yang dibayar. Yuran TPA bulanan untuk pelan individu adalah RM1.60 dan pelan keluarga adalah RM4.60.

Nota-nota penting Skim ini diuruskan oleh FWD Takaful Berhad (200601011780 (731530-M), Pengendali Takaful yang berdaftar dengan Bank Negara Malaysia di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan beribu pejabat di Tingkat 29, Menara Shell, No. 211, Jalan Tun Sambanthan, 50470 Kuala Lumpur, Malaysia. Semua cukai, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang cukai barang dan perkhidmatan, dan/atau lain-lain bentuk cukai jualan atau kepenggunaan, sama ada yang berkuatkuasa pada masa ini atau dilaksanakan selepas tarikh sijil ini akan dikenakan mengikut undang-undang yang berkenaan pada kadar semasa. Jika perlu, kami akan meminda terma-terma sijil ini untuk mengambil kira cukai-cukai sedemikian. Maklumat lanjut Untuk maklumat lanjut berkenaan dasar produk Perubatan dan Kesihatan Takaful, sila rujuk kepada risalah “Perubatan dan Kesihatan Takaful” yang dikeluarkan oleh Bank Negara Malaysia. Anda dinasihati supaya meneliti Sijil Induk/Jadual Sijil Takaful dan dokumen keterangan produk berkenaan Skim Takaful CuepacsCare untuk mendapatkan maklumat yang mencukupi sebelum menyertai skim ini. Anda harus yakin bahawa skim ini adalah terbaik untuk keperluan anda dan anda mampu membiayai jumlah caruman yang tertera di dalam sijil tersebut.

MUDAH DISERTAI CARA PENYERTAAN 1.

Lengkapkan borang permohonan dan Borang BPA 1/79.

2.

Sertakan salinan slip gaji dan kad pengenalan (pemohon sahaja).

3.

Poskan ke alamat: Medicare Assistance Sdn Bhd A-1-8, Pusat Perdagangan Intania, Jalan Intan 1/KS1, Persiaran Raja Muda Musa, 41200 Klang, Selangor Tel: 03-3371 4248 Faks: 03-3371 4258 E-mel: [email protected] Web: www.cuepacscare.my

KEISTIMEWAAN CUEPACSCARE Pemeriksaan kesihatan tidak diperlukan. Sumbangan bulanan melalui potongan gaji Biro Angkasa. Tiada had untuk bilangan anak melalui satu Pelan Keluarga.

...Kerana Kesejahteraan, Warga Penjawat Awam Dihargai Untuk keterangan lanjut, sila layari www.mycuepacscare.my