Data Loading...

hakimi (Autosaved) Flipbook PDF

hakimi (Autosaved)


115 Views
71 Downloads
FLIP PDF 645.34KB

DOWNLOAD FLIP

REPORT DMCA

2020

Pembinaan Masyarakat Majmuk di Malaysia : Isu & Cabaran MPU21032 | PENGHAYATAN ETIKA & PERADABAN

KELAS : DDT3B NAMA PENSYARAH : ENCIK NAZIMI JABATAN : TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI NAMA : MOHAMAD HAKIMI BIN ROSLI NO MATRIKS : 18DDT19F1101

ISI KANDUNGAN BIL. 1. PENGENALAN 2. PEMBINAAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA : ISU & CABARAN : 1) APAKAH MAKSUD MASYARAKAT MAJMUK 2) SIAPAKAH ORANG PERTAMA YANG MENGEMUKAKAN KONSEP MASYARAKAT MAJMUK 3) DALAM MIGRAN PERTAMA, KAUM MANAKAH YANG BERHIJRAH KE TANAH MELAYU 4) KAUM MANAKAH YANG TERGOLONG DALAM MIGRAN KEDUA TERBESAR YANG BERHIJRAH KE TANAH MELAYU 5) PADA PENDAPAT ENCIK, APAKAH CABARAN RAKYAT MALAYSIA DALAM MEMBINA MASYARAKAT MAJMUK 6) PADA PENDAPAT ENCIK, KESIMPULAN DALAM PEMBENTUKAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA 3. RUJUKAN

M/S 2

3-13

14

1

PENGENALAN Negara ini mencapai kemerdekaan setelah melalu suatu proses yang panjang. Pengalaman negara dijajah oleh beberapa kuasa asing selama beratus-ratus tahun menjadikan semangat sebahagian besar rakyat tanah air untuk memiliki negara sendiri yang berdaulat kian menebal. Oleh itu, semangat dan kesedaran ini mula disalurkan melalui pelbagai cabang sehingga berjaya memberi kesedaran secara menyeluruh kepada rakyat. Kempenkempen oleh para pejuang kemerdekaan yang tidak kenal putus asa, akhirnya membuahkan hasil apabila British meluluskan piagam kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Negara kemudian bergerak matang dan lebih ke hadapan untuk membentuk sebuah negara yang lebih ke hadapan untuk membentuk sebuah negara yang lebih mantap dalam mengatasi cabaran semasa. Hasilnya, terbentuknya negara Malaysia seperti yang dikenali pada hari ini secara rasminya pada 16 September 1963.

2

PEMBINAAN MASYARAKAT MAJMUK DI MALAYSIA : ISU & CABARAN 1. Apakah maksud masyarakat majmuk: Menurut Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, edisi keempat, majmuk bermaksud “terdiri atau terbentuk daripada beberapa bahagian dan sebagainya tetapi merupakan kesatuan”. Masyarakat majmuk pula ialah masyarakat yang terdiri daripada beberapa kaum (suku bangsa) atau bangsa. Menurut Furnivall (1967:54) pula , masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri. M.G. Smith juga menganggap masyarakat majmuk sebagai masyarakat yang mempunyai pelbagai budaya, perpecahan sosial dan perselisihan. Kesimpulannya, masyarakat majmuk ialah masyarakat yang terdiri daripada pelbagai bangsa, kaum dan etnik. Kepelbagaian kaum dan etnik ini telah mewujudkan pelbagai budaya, bahasa, agama dan adat resam tetapi masih bersama dan menjadi satu kesatuan.

3

2. Siapakah orang pertama yang mengemukakan konsep masyarakat majmuk? J.S.Furnivall merupakan orang pertama yang mengemukakan konsep masyarakat majmuk berdasarkan kajiannya di Indonesia dan Burma. Menurut Furnivall (1967:54), masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai kebudayaan, agama, bahasa dan adat resam yang tersendiri. Walaupun pelbagai kaum berganding bahu di bawah sistem politik yang sama tetapi kehidupan mereka adalah berasingan dan interaksi sosial dalam kalangan mereka amat berkurangan dan hubungan mereka hanya terbatas kepada hal ekonomi dalam jual beli. Pembahagian tugasan dilakukan atas garis-garis ras.

JOHN SYDENHAM FURNIVALL (J.S FURNIVALL) 4

3. Dalam migran pertama,kaum manakah yang berhijrah ke Tanah Melayu. Sebelum abad ke-18, penduduk di Tanah Melayu dan kepulauan borneo ketika itu didominasi oleh orang Asli, orang Melayu dan kaum bumiputera Sabah dan Sarawak. Migrasi daripada luar juga berlaku tetapi jumlahnya terhad. Selain itu, terdapat juga kaum pendatang daripada Sumatera, Indonesia. Tetapi tidak menjejaskan corak masyarakat ketika itu kerana kaum pendatang ini adalah daripada rumpun bangsa yang sama (James P. Ongkili, 1985:4). Pada awal abad ke-18, perubahan dalam struktur masyarakat berlaku di Malaysia disebabkan oleh fenomena migrasi dari luar yang berlaku akibat faktor penarik yang ada di bumi mahupun faktor penolak di negara asal masingmasing yang bertanggungjawab mencernakan perubahan yang berkekalan sehingga ke hari ini. Struktur masyarakat di Malaysia berubah adalah disebabkan migrasi daripada luar dan juga faktor penolak dan penarik. 5

Migrasi ini berlaku sedikit demi sedikit sebelum penjajahan barat, tetapi berleluasa setelah penjajahan berlaku. Aktiviti ekonomi dan perladangan menjadi faktor utama dalam aktiviti migrasi daripada luar terutamanya daripada China dan India. Menurut B.W. Andaya dan L.Y Andaya (1983:159), masyarakat Cina daripada negara China sebenarnya ingin keluar daripada hidup penuh dengan kemiskinan dan penderitaan. Oleh itu, mereka terpaksa keluar berhijrah sehingga ke Tanah Melayu. Kemasukan buruh-buruh Cina ke Tanah Melayu melalui beberapa cara yang dikenalpasti diusahakan oleh orang Cina sendiri yang telah menetap lama di Tanah Melayu melalui sistem tiket yang sangat popular. Menurut W.L. Blythe (1953:3), bilangan buruh Cina yang berhijrah memang ramai dan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa. Namun angka yang tepat sukar ditentukan kerana ketiadaan dokumen yang sah dan kemasukan secara haram ke Tanah Melayu. Kemasukkan masyarakat Cina ke Tanah Melayu menunjukkan bermulanya proses pembentukan masyarakat majmuk daripada pengaruh masyarakat Cina yang semakin bertambah. Pengaruh masyarakat Cina ke Tanah Melayu telah mengubah corak dan sistem sosial Alam Melayu dan juga masyarakat Melayu ketika itu. Kedatangan masyarakat Melayu ke Tanah Melayu akhirnya telah membentuk satu masyarakat baru iaitu Baba Nyonya dan Cina Muslim. Wujudnya golongan baru ini membawa kepelbagaian atau 6

kemajmukkan masyarakat di Malaysia dan mengambarkan keunikannya pada pandangan masyarakat luar. Sebagai kesimpulannya, jelaslah bahawa migrasi pertama yang berlaku ke Tanah Melayu adalah terdiri daripada orang Cina atas faktor penarik dan faktor penolak

7

4. Kaum manakah yang tergolong dalam migran kedua terbesar yang berhijrah ke Tanah Melayu Migran kedua terbesar selepas Cina adalah kelompok daripada India. Kebanyakan mereka berasal daripada India Selatan iaitu dari Negapatam dan Madras. India juga mengalami masalahnya tersendiri yang menyebabkan penduduknya berhijrah ke luar. Suasana di negara itu yang dilanda kemiskinan dan kebuluran yang mendorong penduduknya berhijrah keluar ke negara-negara lain termasuk ke Tanah Melayu ketika itu. Migran India datang sejak pembukaan Pulau Pinang oleh Inggeris. Pada waktu itu bilangan mereka masih kecil dan bertambah setelah Inggeris berjaya benguasai negeri-negeri Melayu. Kebanyakkan mereka ini bekerja di ladang-ladang getah atau estet.

8

5. Pada pendapat encik, apakah cabaran rakyat Malaysia dalam membina masyarakat majmuk? Cabaran pembentukan masyarakat majmuk boleh dibahagikan ke pada empat iaitu aspek politik, ekonomi dan sosial. a) Cabaran dari aspek politik Masih lagi terdapat politik perkauman/ rasis : menjadi lebih parah apabila isu-isu perkauman diperalatkan utk kepentingan sesuatu pihak dan mendapat sokongan rakyat. b) Cabaran dalam aspek ekonomi Apabila bijih timah ditemui oleh Long Jaafar pada tahun 1948 maka bermula era kemasukkan secaran besarbesaran kaum Cina yang datang dari negeri China. Ianya telah dibawa masuk oleh pihak Inggeris untuk menjadi buruh-buruh di lombong-lombong bijih tersebut. Dengan sebab itu di kawasan-kawasan bandar di mana terdapatnya lombong-lombong bijih populasi penduduknya dominasi oleh orang-orang Cina. Pembukaan ladang-ladang getah di Tanah Melayu telah menyebabkan pihak Inggeris membawa orang-orang India dari negara India masuk ke Tanah Melayu bagi ditempatkan di estet-estet untuk menjadi buruh-buruh di ladang-ladang getah dan kelapa sawit. Manakala orang-orang Melayu masih tinggal di kawasan-kawasan kampung mengerjakan tanam-tanaman pertanian, menangkap ikan dan lain-lain 9

pekerjaan kampung. Hanya sebilangan kecil sahaja orangorang Melayu yang tinggal di bandar dan bekerja sebagai kerani-kerani di sektor pentadbiran. Dasar ini menyebabkan terjadinya pemisahan di antara 3 kelompok kaum utama di negara ini. Sistem atau dasar yang dilakukan oleh pihak Inggeris ini dinamakan sebagai ‘sistem pecah dan perintah’ iaitu kaum-kaum ini dipisahkan mengikut tempat tinggal dan pekerjaan mereka. Kesan daripada sistem yang dilakukan oleh pihak Inggeris ini maka wujudlah satu kesan negatif dikalangan kaum-kaum yang ada ini. Antara kesannya ialah wujud sifat perkauman dan saling curiga-mencurigai di antara satu kaum dengan kaum yang lain. Orang-orang Melayu yang merupakan penduduk asal negara ini hidup di dalam keadaan miskin di kampung-kampung dan ketinggalan di sektor ekonomi sedangkan orang-orang Cina yang merupakan pendatang telah memguasai sektor-sektor ekonomi di bandar-bandar. Orang-orang Melayu ketinggalan di dalam mencapai kemajuan dan insfratuktur yang baik kerana proses tersebut tertumpu di kawasan-kawasan bandar sedangkan orang-orang Melayu kebanyakkannya tinggal di kampung-kampung. Dan ini menyebabkan orang-orang Melayu tidak berpuas hati dengan perkara ini. Sementara orang-orang Cina dan India yang pada ketika itu turut merasa tidak berpuas hati. Ini kerana mereka perlu melalui proses yang ketat bagi mendapatkan taraf kerakyatan di Tanah Melayu. Disebabkan rasa tidak puas 10

hati di antara kaum ini maka wujudlah siri-siri rusuhan kecil namun ianya masih boleh dikawal, namun akhirnya berlaku juga satu rusuhan besar yang telah terjadi pada 13 Mei 1969. Kesan dari terjadinya rusuhan besar pada 13 Mei 1969 telah membuka mata pihak kerajaan untuk melihat betapa seriusnya masalah di antara kaum di negara ini. Bagi menanganinya beberapa tindakan telah diambil oleh kerajaan bagi mengatasi masalah ini. c) Cabaran dalam aspek sosial Pemisahan penempatan: bukan shj boleh merenggangkan hubungan & interaksi pelbagai etnik tetapi memperkuatkan lagi perasaan kekitaan & etnosentrisme dalam kalangan anggota yg seterusnya menimbulkan prasangka, streotaip & mengekalkan kejahilan di klgn etnik trhadp etnik yg lain. Pengasingan sistem pendidikan masih lagi terdapat sk dan sjk ini menyebabkan interaksi hanya berkisar dlm kalangan etnik yg sama sahaja. Perbezaan Bahasa, di Malaysia terdapat lebih kurang 19 bangsa / suku dan setiap bangsa menggunakan bahasa bangsa / suku masing-masing. Ini menggambarkan betapa banyaknya bahasa petuturan yang digunakan di negara ini. Kepelbagaian bahasa petuturan ini menyebabkan akan timbulnya masalah komunikasi di kalangan rakyat yang pelbagai. Sekiranya setiap bahasa hanya mengutamakan bahasa-bahasa pertuturan bangsa mereka sahaja maka akan menyebabkan terjadinya pemisahan pergaulan di antara satu bangsa dengan bangsa yang lain. 11

Keadaan ini akan menyebabkan terjadinya pergaulan yang amat minimum di kalangan bangsa-bangsa ini. Ia adalah kerana mereka tidak dapat berkomunikasi dengan baik sesama masyarakat lain kerana mereka hanya fasih menggunakan bahasa ibunda mereka sahaja. Kesannya, akan menyebabkan hubungan di antara masyarakat yang berlainan bangsa menjadi renggang dan tidak mesra dan ini akan membuka ruang-ruang untuk menyebabkan terjadinya konflik di antara kaum.

12

6. Pada pendapat encik, kesimpulan dalam pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia Kesimpulannya, pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia bermula apabila kemasukan migran daripada luar terutamanya semasa penjajahan British di Tanah Melayu. Kesannya wujud masyarakat berbilang kaum, ras, etnik dan bangsa di Malaysia. Kehadiran kelompok-kelompok ini telah menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang kaya dengan budaya, adab resam, bahasa dan latar berlakang kebudayaan yang berlainan. Walaupun begitu, pelbagai cabaran dan rintangan terpaksa dilalui oleh masyarakat di negara ini bagi mewujudkan sebuah masyarakat majmuk yang bersatu-padu.

13

Rujukan INTERNET : 1) https://zanas.wordpress.com/tirai-kemerdekaannegara/pembentukan-masyarakat-majmuk-di-malaysia/ 2) https://www.coursehero.com/file/56163731/Topik-5PEMBINAAN-PERADABAN-MAJMUK-DI-MALAYSIAversi-panjangpptx/ 3) https://www.slideshare.net/wakanuk/konsep-masyarakatmajmuk 4) https://core.ac.uk/download/pdf/11489642.pdf

14

TERIMA KASIH

15