Data Loading...

Kerja Kursus GKB PPISMP Sem 1-converted Flipbook PDF

Kerja Kursus GKB PPISMP Sem 1-converted


347 Views
135 Downloads
FLIP PDF 1.03MB

DOWNLOAD FLIP

REPORT DMCA

GKB 1053

KEMAHIRAN BELAJAR

PENGURUSAN GRAFIK NAMA : LIM YIE WEN KELAS : MT2 TUGASAN : PERSEMBAHAN - INDIVIDU

PENGURUSAN GRAFIK Menurut Kamus Dewan, pengurusan bermaksud mengurus dan mentadbir sesuatu yang berkaitan dengan tanggungjawab dan kerja sendiri. Grafik pula bererti maklumat atau paparan yang terdiri daripada lukisan, gambar rajah atau simbol untuk menyatakan atau menyampaikan idea.

Selain itu, grafik juga merujuk lukisanlukisan pada susunan halaman dalam majalah.

MENGAPAKAH PENGURUSAN GRAFIK DIPERLUKAN? - merancang dan menyusun idea supaya teratur dan jelas. - mengawal dan memahami proses pemikiran kendiri. - menjadikan proses berfikir lebih sistematik dan aktif.

KEBAIKAN PENGURUSAN GRAFIK - Mempelajari kandungan pelajaran dengan lebih jelas dan efektif. - Menjadi sesuatu tugas yang rumit lebih mudah difahami - Mengukuhkan ingatan dalam masa yang singkat

Menjimatkan masa ulangkaji Peta minda yang lebih ringkas dan mudah dapat menjimatkan masa untuk mengulangkaji pelajaran. Semasa sesi ulangkaji, kita tidak perlu mengeluarkan buku yang panjang lebar dengan isi kandungan yang belum pasti memberikan info yang sangat berguna

Mudah membuat rumusan topik Selepas kita memahami isi penting yang terdapat dalam buku, kita memerlukan grafik untuk menulis idea yang terdapat dalam memori minda kita. Namun, peta minda dapat menjadikan rumusan topik menjadi lebih ringkas dan padat. Dengan ini, dapat memberikan impak yang sangat baik kepada memori minda kita.

JENIS-JENIS PENGURUSAN GRAFIK Pengurusan grafik membanding dan membeza - Bagi mendapatkan kejelasan dan pemahaman bagi konsepkonsep yang sukar dan mengelirukan. - Dapat melihat persamaan dan perbezaan di antara dua konsep atau tajuk dengan jelas. - Contoh :

Pengurusan grafik membuat kategori - dapat membuat analisis dan klasifikasi - menerangkan ciri-ciri sesuatu objek atau item untuk menunjukkan hubung kait antara objek-objek dalam kategori yang sama. - Contoh :

Pengurusan Grafik Meneliti Bahagian Kecil dan Keseluruhan - membantu kita melihat dengan jelas terutamanya bahagianbahagian kecil dalam suatu benda serta fungsinya dan kaitan bahagian-bahagian kecil itu secara keseluruhahan. -

- membantu kita memahami dengan lebih jelas terhadap tugasan tersebut.

Pengurusan Grafik Meramal Kesan dan Akibat - Membantu pelajar membiasakan diri untuk membuat ramalan yang bijak berdasarkan bukti-bukti sokongan yang kukuh. - Kemahiran berfikir membuat ramalan boleh digunakan untuk isu-isu tetentu bagi semua mata pelajaran.

Pengurusan Grafik Mengusul Periksa Andaian - Digunakan untuk memeriksa sesuatu andaian, sebelum bertindak.

- Bertujuan mengelakkan daripada membuat keputusan yang merugikan. - Kemahiran ini boleh dilakukan dengan cara pengurusan lisan atau pengurusan grafik.

PETA PEMIKIRAN ( i-THINK ) Pengenalan program i-THINK adalah bertujuan untuk melahirkan modal insan masa depan yang mempunyai pemikiran kreatif, kritis dan inovatif serta memupuk kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) yang mampu berdaya saing. Program ini juga bertujuan untuk melahirkan pelajar yang berpengetahuan dan tahu bagaimana cara untuk mengaplikasikan ilmu mereka dalam kehidupan seharian.

CIRCLE MAP (PETA BULATAN) Digunakan untuk sumbangsaran idea dan mempamerkan pengetahuan sedia ada yang berkaitan sesuatu tajuk dengan memberikan maklumat mengikut tajuk yang dikaji. Tajuk yang dikaji = Cuaca Contoh :

BUBBLE MAP (PETA BUIH) - Digunakan untuk meningkatkan kebolehan murid bagi mengenal pasti atau menunjukkan kualiti - Menerangkan sesuatu benda atau watak - Bulatan tengah ialah subjek, manakala bulatan yang mengeliling bulatan tengah ialah huraian yang menerangkan subjek

DOUBLE BUBBLE MAP (PETA BUIH BERGANDA) -

-

-

-

Digunakan untuk membanding beza sesuatu perkara atau situasi Bulatan tengah yang besar merupakan dua perkara yang hendak disbanding Bulatan yang terletak di tepi menunjukkan perbezaan Bulatan yang terletak antara dua bulatan besar ialah persamaan

TREE MAP (PETA POKOK) - Digunakan untuk mengklasifikasikan bahan atau idea. - Petak yang paling atas ialah tajuk - Baris yang seterusnya ialah kategori yang berbeza - Baris yang terakhir ialah ciri-ciri bagi kategori tersebut.

BRACE MAP (PETA DAKAP) - Digunakan untuk menganalisis objek fizikal - Garisan kiri ialah sesuatu perkara yang menyeluruh - Maklumat di baris tengah ialah bahagian yang terkandung dalam garisan kiri - Baris yang terakhir menunjukkan maklumat yang lebih spesifik

FLOW MAP (PETA ALIR) - Digunakan untuk membuat urutan sesuatu proses - Petak yang pertama ialah peristiwa pertama - Petak yang seterusnya menunjukkan sambungan cerita

MULTI FLOW MAP (PETA PELBAGAI ALIR) - Digunakan untuk menganalisis hubungan sebab dan akibat. - Segi empat tengah menunjukkan peristiwa penting - Bahagian sebelah kiri ialah sebab-sebab peristiwa - Bahagian sebelah kanan ialah akibat peristiwa.

BRIDGE MAP (PETA TITI) - Digunakan untuk membuat anologi dengan menggunakan factor penghubungan - Garis kiri merupakan faktor penghubung - Maklumat atas garisan menunjukkan sesuatu perkara - Maklumat bawah garisan menunjukkan pasangan yang berkaitan

RUMUSAN Pengurusan grafik merupakan cara yang baik dalam bidang pendidikan. Dengan menggunakan pengurusan grafik, golongan pendidik dapat mendapat manfaat seperti mengukuhkan memori minda. Situasi ini dapat membantu ramai pelajar dan meningkatkan tahap pendidikan dan ilmu pengetahuan di negara kita. Dengan ini, barulah negara kita akan berdiri di pentas yang lebih tinggi dan mampu bersaing dengan negara maju yang lain.

RUJUKAN Wong S.L, Lam C.P. Pengurusan Grafik. Dimuat turun 27 Ogos 2019 daripada https://wsllcp.wordpress.com/pengurusan-grafik/

Staff.Q. Kelebihan peta minda berkesan dalam pelajaran. Dimuat turun 28 Ogos 2019 daripada https://www.xpresi.org/kelebihan-peta-mindaberkesan-dalam-pelajar/ Fa.F.S Peta I-think (Pembelajaran abad ke-21). Dimuat turun pada 2 September 2019 daripada https://www.slideshare.net/FaFaiS/peta-ithinkpembelajaran-abad-ke21