Data Loading...
KERTAS PENERANGAN M04 Flipbook PDF
KERTAS PENERANGAN M04
111 Views
97 Downloads
FLIP PDF 652.68KB
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA ARAS 4 - 8 BLOK E9, KOMPLEKS E 62604 PUTRAJAYA
KERTAS PENERANGAN ( INFORMATION SHEET ) KOD DAN NAMA PROGRAM / PROGRAM CODE & NAME
AF-010-1 PEKERJA AM TANAMAN
TAHAP / LEVEL
L1
NO DAN TAJUK MODUL/ MODULE NO. AND TITLE
M04 MENYEMAI BIJI BENIH TANAMAN
NO. DAN PENYATAAN TUGASAN / TASK(S) NO. AND STATEMENT
02.05 SEMAI BIJI BENIH TANAMAN
OBJEKTIF MODUL/ MODULE OBJECTIVES
SEMAI BIJI BENIH TANAMAN MENGGUNAKAN BIJI BENIH, PISAU, BEKAS, PENAPIS, AIR, RACUN KULAT, SARUNG TANGAN GETAH, PENUTUP HIDUNG, KAYU PEMBUAT ALUR DAN MANUAL TANAMAN SUPAYA BIJI BENIH DISEDIAKAN, DIRAWAT DAN DISEMAI MENGIKUT KEDALAMAN YANG SESUAI BAGI BIJI BENIH BERKENAAN MENGIKUT MANUAL TANAMAN.
NO. KOD / CODE NO.
AF-010-1/M04/P(1/1)
Muka : 1 Drp : 11
TAJUK/TITLE: SEMAI BIJI BENIH
TUJUAN/PURPOSE: Kertas ini menerangkan tentang jenis biji benih, rawatan biji benih, kepentingan penyemaian biji benih dan kaedah penyemaian.
No. Kod / Code No.
AF-010-1/M04/P(1/1)
Muka : 2
Drp : 12
1. BIJI BENIH TANAMAN
1.1
Jenis Biji Benih Kasar, Sederhana Dan Halus Untuk Disemai JENIS BIJI BENIH
CONTOH BIJI BENIH
Biji benih halus •
Bayam
•
Sawi Bunga
•
Sawi Putih
•
Kobis Biji benih sawi
Biji benih bayam
Biji benih sederhana •
Kangkung
•
Kacang botor/kelisa
•
Kacang buncis
•
Kacang tanah
•
Kacang panjang
•
Bendi
•
Cili
•
Kundur
•
Terung
•
Petola
•
Timun
•
Tomato
Biji benih petola
Biji benih bendi
Biji benih cili
Biji benih tomato
Biji benih jagung
Biji benih timun
No. Kod / Code No.
AF-010-1/M04/P(1/1)
JENIS BIJI BENIH
Muka : 3
Drp : 12
CONTOH BIJI BENIH
Biji benih kasar •
Durian
•
Rambutan
•
Kelapa
•
Kelapa sawit Biji benih durian
Biji benih kelapa
1.2
Biji benih rambutan
Biji benih kelapa sawit
Tanda-Tanda Kematangan Buah i.
Buah yang matang dan benar-benar masak boleh dikenal pasti dengan melihat ciri-ciri berikut : a. Kulit luar kuning keseluruhannya – seperti langsat, mangga dan betik. b. Kulit luar hitam keseluruhannya – seperti manggis, salak. c. Kulit luar merah keseluruhannya – seperti rambutan. d. Berbau – seperti durian, bacang dan nangka.
ii.
Biji benih yang baik boleh dipilih berdasarkan ciri-ciri berikut : a. Matang. b. Tulen (tidak bercampur dengan biji benih dari baka lain). c. Berisi, segar dan bersih dari kekotoran. d. Bernas (mempunyai keupayaan untuk bercambah). e. Bebas dari penyakit dan perosak. f. Pilih biji benih dari pokok yang sihat.
iii.
Mengumpul Biji Benih Tanaman Dari Buah Yang Matang : a. Biji benih yang hendak digunakan mestilah diambil dari buah-buah yang matang atau masak. b. Biji itu dibersihkan.
No. Kod / Code No.
AF-010-1/M04/P(1/1)
Muka : 4
Drp : 12
c. Biji-biji yang telah dipilih itu kemudian dikeringkan di tempat yang terbuka dan ternaung. d. Biji benih perlu cukup kering supaya tahan lama. Dalam keadaan biasa seperti di Malaysia biji benih tidak dapat disimpan lama dan akan kehilangan daya percambahan dengan cepat. e. Jika hendak disimpan lama, biji benih hendaklah disimpan di tempat bersuhu dan peratus lembapan yang rendah. f. Jika benih dibeli, periksa tarikh luputnya. Peratus percambahan benih menurun apabila disimpan lama.
2. MERAWAT BIJI BENIH TANAMAN 2.1 Jenis, teknik dan jangka masa rawatan biji benih
Jenis Rawatan Rawatan haba
Teknik Rawatan a) Menjemur biji benih di bawah cahaya matahari. b) Merendam biji benih di dalam air suam pada suhu tertentu.
Jangka masa Rawatan
Gambar
6 -8 jam Jemur biji benih
rendam
Rawatan kimia
a) Merendam biji benih di dalam asid Sulfat, asid Hidroklorik. Padi - boleh direndam di dalam 1% Potassium chloride (KCl)
12 jam
Jenis Bijirin 12 jam
asid Hidroklorik chloride
Potassium
No. Kod / Code No. Jenis Rawatan
AF-010-1/M04/P(1/1)
Teknik Rawatan
Jangka masa Rawatan
Muka : 5
Drp : 12
Gambar
- Boleh direndam di dalam Sodium Chloride (NaCl2) (1%) 4 jam Kekacang - boleh direndam di dalam zinc sulphate (ZnSO4), magnesium sulfate (MgSO4) dan Manganous sulfate (MnSO4) (100ppm)
Rawatan fizikal
a) Memecahkan kulit biji benih b) Mengikis kulit biji beni c) Menggosok kulit biji benih d) Membuat lubang pada biji benih
Rawatan a) Merendam biji benih di pengawal dalam hormon seperti aturan Cytokinin, Auksin dan tumbuhan Gibberallin (hormon) Rawatan cahaya
a) Meletak biji benih di dalam inkubator (cahaya lampu)
Sodium Chloride
Zinc Sulphate
magnesium sulfate sulfate
Manganous
No. Kod / Code No.
AF-010-1/M04/P(1/1)
Muka : 6
Drp : 12
2.2 Teknik Rawatan Dengan Merendam Biji Benih Dalam Bahan Kimia/ Racun Perosak/ Air Suam
i.
Rawatan biji benih dibuat dengan menggunakan bahan kimia yang boleh mencegah dari anasir kulat dan serangga.
ii. Penggunaan racun kulat dan serangga adalah sebagai bahan yang digunakan dalam aktiviti rawatan biji benih. iii. Biji benih elok dirawat untuk mengelakkan serangan penyakit dan serangga seperti kulat dan semut.
2.3 Menggaul Menggunakan Bahan Kimia/ Racun Perosak/ Kulat i.
Biji benih boleh dirawat dengan cara menggaul dengan bahan kimia/ racun perosak/ kulat seperti Thiram dan Captain.
ii.
Bagi biji benih yang susah bercambah seperti berkulit keras, ia elok direndam di dalam air 12 – 24 jam.
iii.
Contoh biji benih yang elok direndam ialah limau.
2.4 Mengetos Dan Mengeringkan Biji Benih i.
Biji benih perlu ditos dan keringkan sebelum disimpan atau disemai.
3. MELAKUKAN PENYEMAIAN BIJI BENIH. 3.1 Menyatakan Kepentingan Penyemaian i.
Memastikan pertumbuhan anak benih yang optimum.
ii.
Menyediakan anak benih yang berkualiti.
iii.
Membekalkan anak benih yang mencukupi.
iv.
Murah dan menghasilkan banyak pokok.
v.
Menyediakan pokok penanti.
vi.
Menghasilkan baka-baka baru.
No. Kod / Code No.
AF-010-1/M04/P(1/1)
Muka : 7
Drp : 12
3.2 Menyatakan Kaedah Penyemaian Cara menyemai biji benih adalah bergantung kepada saiznya. Biji benih hendaklah disemai dengan cara yang betul supaya ia bercambah dengan baik dan mencapai peratus yang tinggi. Menyemai biji benih pokok penanti boleh dilakukan dengan beberapa kaedah iaitu: i.
Tabur rata (Selerak)
ii.
Tabur jalur (Alur)
iii.
Satu persatu (Lubang)
BIJI BENIH Biji benih besar
Biji benih kecil
Biji benih sederhana
KAEDAH PENYEMAIAN i.
Semai satu persatu
i.
Tabur rata
ii.
Tabur jalur
i.
Tabur rata
ii.
Tabur jalur/alur
iii.
Satu persatu
3.3 Menyemai Biji Benih Secara Selerak/ Alur/ Lubang Semaian
i. Menyemai biji benih pokok penanti secara tabur rata Kebanyakan biji benih sama ada bersaiz sederhana atau kecil boleh disemai secara tabur rata. Menyemai biji benih secara tabur rata dibuat dengan langkah seperti berikut: a.
Pastikan biji benih dan media semaian sedia untuk disemai
No. Kod / Code No. b.
AF-010-1/M04/P(1/1)
Muka : 8
Drp : 12
Tabur rata biji di atas permukaan media semaian seelok-eloknya berjarak 3-5 cm antara satu sama lain.
c.
Kemudian kambuskan dengan selapisan nipis media semaian yang sama setebal kira-kira 1-2 cm.
d.
Siram air secukupnya.
Medium semaian di dalam bekas semaian
Kaedah tabur rata
ii. Menyemai biji benih pokok penanti secara tabur jalur
Ia sesuai bagi biji benih yang bersaiz kecil seperti jambu batu, limau dan betik. Menyemai biji benih secara tabur jalur dibuat dengan langkah seperti berikut; a.
Pastikan biji benih dan media semaian sedia untuk disemai.
b.
Ukur jarak alur 5-10 cm di kedua-dua hujung media semaian dan tandakan dengan kayu pancang yang kecil.
c.
Buat alur sedalam 2-3 cm mengikut jarak yang ditandakan
d.
Tabur rata biji di atas permukaan media semaian seelok-eloknya berjarak 3-5 cm antara satu sama lain.
e.
Kemudian kambuskan dengan selapisan nipis media semaian yang sama setebal kira-kira 1-2 cm.
f.
Siram air secukupnya.
No. Kod / Code No.
AF-010-1/M04/P(1/1)
Muka : 9
Drp : 12
Kaedah tabur jalur
iii. Menyemai biji benih secara satu persatu
Ia sesuai bagi biji benih bersaiz besar dan bersaiz sederhana seperti Tembikai, durian, manggis dan rambutan. Menyemai biji benih secara satu persatu dibuat dengan langkah seperti berikut ; a. Pastikan biji benih dan media semaian sedia untuk disemai. Media semaian yang biasa digunakan untuk menyemai biji benih ialah pasir. b. Korek media semaian besar sedikit dari saiz biji benih berjarak 5 cm antara satu sama lain. c. Masukkan satu persatu biji benih ke dalam lubang secara membujur. d. Kambuskan biji benih dengan selapisan nipis media semaian yang sama. e. Siram air secukupnya.
3.4 Menutup Biji Benih Semaian Menggunakan Medium Semaian
Semua semaian mesti ditutup dengan selapisan nipis medium semaian setiap kali selepas melakukan penyemaian biji benih samada secara selerak, alur atau lubang.
3.5 Melakukan Siraman Secara Manual Atau Menggunakan Sistem Pengairan Di Tapak Semaian
Biji benih hendaklah disiram dengan air yang cukup dan lembut supaya bercambah dengan baik dan boleh mencapai 75% percambahan. Menyiram biji benih boleh dibuat dengan cara ;
No. Kod / Code No. i.
AF-010-1/M04/P(1/1)
Muka : 10
Drp : 12
Menggunakan penyiram tangan yang mempunyai muncung yang berlubang-lubang halus.
ii.
Menggunakan paip getah dengan pancutan air yang diperlahankan.
iii. Menggunakan sistem sprinkler yang lembut sebaran airnya. iv. Biji benih elok disiram 2-3 kali sehari.
No. Kod / Code No.
AF-010-1/M04/P(1/1)
Muka : 11
Drp : 12
LATIHAN:
1. Nyatakan lima ciri pemilihan biji benih. i.
.........................................................
ii.
.........................................................
iii.
..........................................................
iv.
..........................................................
v.
..........................................................
2. Nyatakan dua kaedah mengenal pasti biji benih yang matang. i.
.......................................................
ii.
........................................................
3. Nyatakan lima cara rawatan biji benih. i.
.........................................................
ii.
.........................................................
iii.
..........................................................
iv.
..........................................................
v.
..........................................................
4. Nyatakan dua kaedah rawatan biji benih secara fizikal. i.
.......................................................
ii.
........................................................
2. Nyatakan tiga kaedah penyemaian biji benih. a.
.........................................................
b.
.........................................................
c.
..........................................................
3. Nyatakan lima langkah menyemai biji benih secara tabur. a.
..........................................................................................................................
b.
..........................................................................................................................
c.
..........................................................................................................................
d.
..........................................................................................................................
e.
..........................................................................................................................
No. Kod / Code No.
AF-010-1/M04/P(1/1)
Muka : 12
Drp : 12
RUJUKAN :
1. Kemahiran Hidup Bersepadu , Kementerian Pendidikan Malaysia, Tropical Press Sdn Bhd, 1991 2. Panduan Teknologi Tanaman Dokong, Jabatan Pertanian Negeri Kedah Darulaman, 1994. 3.
Mustafa Kamal Mohd. Shariff (2002). Hortikultur Hiasan dan Landskap.Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. ISBN NO. 983-62-1075-X.