Data Loading...

MAKLUMAT%20SBP[1] Flipbook PDF

MAKLUMAT%20SBP[1]


454 Views
197 Downloads
FLIP PDF 101.87KB

DOWNLOAD FLIP

REPORT DMCA

MAKLUMAT UNTUK LAMAN SESAWANG KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP), SEKOLAH KLUSTER (SK) DAN SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI (SBT)

SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP) Sejarah penubuhan SBP bermula pada tahun 1890, ketika R.O. Winsted menjadi Timbalan dan kemudiannya menjadi Pengarah Pelajaran Tanah Melayu. Pada tahun tersebut “The Selangor Raja School” ditubuhkan sebagai memulakan langkah melahirkan elit Melayu dari kalangan istana dan anakanak pembesar negeri, menerusi pendidikan aliran Inggeris. Pada tahun 1894, sekolah ini telah ditutup untuk tujuan pengubahsuaian dan dilahirkan semula dalam bentuknya yang baru pada tahun 1905 di Kuala Kangsar, yang sehingga hari ini dikenali sebagai The Malay College Kuala Kangsar (MCKK). Sultan Perak (Sultan Idris) dalam Persidangan Raja-Raja (DURBAR) pada tahun 1903 yang mengkritik dasar pentadbiran Inggeris, khususnya dalam hal pendidikan orang Melayu dengan mengatakan ianya sekadar “to producing better Malay farmers or fisherman only”. Sultan Perak sendiri telah menawarkan lokasi penubuhan MCKK di tapak sekarang ini, dengan maksud “for the education of the Malays of good family and for the training of Malay boys for admission to certain branches of the government service”. Pada tahun 1947, “Malay Girl College” ditubuhkan di Kuala Lumpur, kemudiannya berpindah ke Seremban, Negeri Sembilan dan dikenali sebagai Kolej Tunku Kurshiah sehingga sekarang, mengambil sempena nama DYMM Raja Permaisuri Agong yang pertama. Pada bulan September 1955, sebuah Jawatankuasa Pelajaran telah ditubuhkan yang akhirnya melahirkan Penyata Razak pada tahun 1956. Laporan Penyata Razak kemudiannya diluluskan dan menghasilkan Ordinan Pelajaran 1957. Penyata Razak telah memperakukan penubuhan 6 buah Sekolah Berasrama Penuh (SBP), iaitu: 1. Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR) - 1956 2. Sekolah Tun Fatimah (STF) - 1956 3. Sekolah Tuanku Abdul Tahman (STAR) - 1957 4. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim (SMSAH) - 1963 5. Sekolah Alam Shah (SAS) - 1963 6. Sekolah Seri Puteri (SSP) - 1968 Pada tahun 1955, Kolej Islam Malaya telah ditubuhkan di atas tapak bekas istana, yang diwakafkan oleh Almarhum Sultan Hishamuddin ibni Sultan Sulaiman di Klang, Selangor. Pada tahun 1966, kolej ini berpindah ke Jalan Universiti di Petaling Jaya, Selangor. Pada tahun 1967, setelah kerja-kerja pengubahsuaian selesai, kolej ini berpindah semula ke Klang dan diberi nama Kolej Islam Klang. Pada tahun 1972, pentadbiran kolej ini diambil alih sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan dinamakan sebagai Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS). Kemajuan pendidikan di kalangan murid-murid luar bandar, khususnya dalam bidang sains mendapat perhatian daripada para pemimpin negara. Kerana itu, antara projek penting yang perlu dilaksanakan dalam Rancangan Malaysia Kedua dinyatakan sebagai: "an important project in the plan is

the establishment of ten pilot residential secondary science schools to provide added educational opportunities for pupils from rural areas to pursue their education in science subjects.”

Justeru 10 buah SBP berikut telah dibina di dalam Rancangan Malaysia Kedua (2) iaitu:1.

SMS Sultan Mohamad Jiwa (1973)

2.

SMS Tun Syed Sheh Shahabudin (1973)

3.

SMS Selangor (1973)

4.

SMS Muzaffar Syah (1973)

5.

SMS Sultan Haji Ahmad Shah (1973)

6.

SMS Sultan Mahmud (1973)

7.

SMS Tengku Muhammad Faris Petra (1973)

8.

SMS Tuanku Syed Putra (1974)

9.

SMS Tuanku Jaafar (1974)

10. SMS Johor (1975) Sehingga akhir tahun 2000, jumlah SBP telah menjangkau ke angka 39 buah dengan kapasiti murid seramai kira-kira 25,000 orang dan jumlah guru seramai kira-kira 2,500 orang. Pada tahun 2002, SM Sains Seremban mula beroperasi sebagai SBP ke 40 di premis lama Sekolah Dato’ Abdul Razak, Seremban yang berpindah ke bangunan barunya di Sungai Gadut, Seremban. Manakala 4 buah SMKA yang dinaik taraf sebagai SBP mula beroperasi. Sekolah-sekolah ini dinamakan sebagai Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI). Konsep integrasi menggabungkan 3 aliran iaitu Aliran Sains Tulen, Aliran Sains Tulen Agama dan Aliran SainsTeknikal. Pada tahun 2003, SMS Seri Puteri dan SMS Alam Shah ditubuhkan mengambil alih premis lama Sekolah Seri Puteri yang berpindah ke Cyberjaya dan Sekolah Sultan Alam Shah ke Putrajaya. Manakala 7 buah Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) mula beroperasi pada tahun 2003 1 buah SBPI mula beroperasi pada tahun 2004. Pada tahun 2009, 5 buah SM Sains yang dibina dalam RMKe-9 mula beroperasi. Sehingga kini bilangan SBP di seluruh negara adalah 59 buah.

SEKOLAH BERASRAMA PENUH PROSEDUR PERMOHONAN MURID KE TINGKATAN SATU (1) SBP 1. Murid memohon menggunakan Sistem Permohonan Atas Talian Tingkatan Satu (1) melalui laman web KPM http://www.moe.gov.my 2. Murid mencetak dua (2) salinan maklumat permohonan. 3. Salinan pertama maklumat permohonan diserahkan kepada Guru Besar Sekolah masing-masing. 4. Salinan kedua maklumat permohonan dihantar kepada Pengetua SBP mengikut pilihan murid. SYARAT PEMILIHAN MURID TINGKATAN SATU (1) SBP 1. Warganegara Malaysia 2. Murid Sekolah Kebangsaan (SK). 3. Memperolehi 5A atau 4A 1B dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dengan mata pelajaran Matematik dan Sains memperoleh gred A. 4. Aktif dalam kokurikulum. KEPUTUSAN PEMILIHAN DAN PENEMPATAN MURID TINGKATAN SATU (1) SBP 1. Keputusan akan diumumkan selewat-lewatnya dalam tempoh 45 hari setelah keputusan UPSR diumumkan. 2. Semakan keputusan boleh dibuat melalui ketetapan berikut: • Laman Web Kementerian Pelajaran Malaysia www.moe.gov.my • Kaunter BPSBPSK • Talian hotline BPSBPSK • Kaunter JPN / PPD yang berhampiran 3. Surat tawaran akan dihantar terus kepada alamat pos pemohon. 4. Tawaran hanya sah sekiranya memenuhi syarat-syarat seperti berikut: • Warganegara Malaysia. • Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah atau penyakit berjangkit. • Bersetuju menerima Sekolah Berasrama Penuh yang ditawarkan dan menerima aliran yang ditetapkan. • Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah Berasrama Penuh yang berkaitan.

PAKEJ ALIRAN DAN MATA PELAJARAN TINGKATAN SATU (1) YANG DITAWARKAN DI SBP JENIS ALIRAN

Pakej Mata Pelajaran

Jenis SBP yang ditawarkan

SAINS

AGAMA



Bahasa Melayu



Bahasa Melayu



Bahasa Inggeris



Bahasa Inggeris



Matematik



Bahasa Arab Komunikasi



Sains



Matematik



Sejarah



Sains



Geografi



Sejarah



Kemahiran Hidup



Geografi



Pendidikan Islam / Moral



Kemahiran Hidup



Bahasa Antarabangsa



Pendidikan Islam / Moral

(*Satu Bahasa Pilihan; Bahasa Arab / Bahasa Jepun / Bahasa Perancis / Bahasa Jerman / Bahasa Mandarin



Bahasa Antarabangsa



(*Satu Bahasa Pilihan; Bahasa Arab / Bahasa Jepun / Bahasa Perancis / Bahasa Jerman / Bahasa Mandarin



SBP Terawal (Premier)





Sekolah Menengah Sains (SMS)

Sekolah Menengah Agama Persekutuan (SMAP)



Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI)

PROSEDUR PERMOHONAN MURID KE TINGKATAN EMPAT (4) SBP 1. Murid memohon menggunakan Sistem Permohonan Atas Talian Tingkatan Empat (4) melalui laman web KPM http://www.moe.gov.my 2. Murid mencetak satu (1) salinan maklumat permohonan. 3. Salinan maklumat permohonan diserahkan kepada Pengetua sekolah asal masing-masing. SYARAT PEMILIHAN MURID TINGKATAN EMPAT (4) SBP 1. Warganegara Malaysia 2. Murid Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan atau Bantuan Kerajaan. 3. Kelayakan akademik PMR seperti berikut: • Memperolehi gred A bagi enam (6) mata pelajaran tidak termasuk mata pelajaran Bahasa Antarabangsa (Bahasa Arab/Bahasa Jepun/Bahasa Perancis/Bahasa Jerman/Bahasa Mandarin). • Mesti memperoleh gred A bagi mata pelajaran Matematik dan Sains. • Memperoleh sekurang-kurangnya gred B bagi mata pelajaran yang lain. 4. Aktif dalam kokurikulum. KEPUTUSAN PEMILIHAN DAN PENEMPATAN MURID TINGKATAN EMPAT (4) 1. Keputusan akan diumumkan selewat-lewatnya dalam tempoh 30 hari setelah keputusan PMR diumumkan. 2. Semakan keputusan boleh dibuat melalui ketetapan berikut: • Laman Web Kementerian Pelajaran Malaysia www.moe.gov.my • Kaunter BPSBPSK • Talian hotline BPSBPSK • Kaunter JPN / PPD yang berhampiran 3. Surat tawaran akan dihantar terus kepada alamat pos pemohon. 4. Tawaran hanya sah sekiranya memenuhi syarat-syarat seperti berikut: • Warganegara Malaysia. • Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat tubuh badan dan bebas daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah atau penyakit berjangkit. • Bersetuju menerima Sekolah Berasrama Penuh yang ditawarkan dan menerima aliran yang ditetapkan. • Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah Berasrama Penuh yang berkaitan.

PAKEJ ALIRAN DAN MATA PELAJARAN TINGKATAN EMPAT (4) YANG DITAWARKAN DI SBP

BIL

1

2

JENIS ALIRAN

Sains Tulen

Sains Tulen Agama

PAKEJ MATA PELAJARAN



Bahasa Melayu



Bahasa Inggeris



Matematik



Matematik Tambahan



Fizik



Kimia



Biologi



Sejarah



Pendidikan Islam / Moral



*EST (English for Science and Technology) (*Tertakluk kepada sekolah)



Bahasa Melayu



Bahasa Inggeris



Matematik



Matematik Tambahan



Fizik



Kimia



Biologi



Sejarah



Bahasa Arab Tinggi



Pendidikan Syariah Islamiah



Pendidikan Al-Quran dan Sunnah



*EST (English for Science and Technology) (*Tertakluk kepada sekolah)

3

4

Agama Ikhtisas

Sains Teknikal



Bahasa Melayu



Bahasa Inggeris



Matematik



Matematik Tambahan



Sains



Prinsip Akaun



Ekonomi Asas



Sejarah



Bahasa Arab Tinggi



Pendidikan Syariah Islamiah



Pendidikan Al-Quran dan Sunnah



Bahasa Melayu



Bahasa Inggeris



Matematik



Matematik Tambahan



Fizik



Kimia



Lukisan Kejuruteraan



Teknologi Kejuruteraan



Sejarah



Pendidikan Islam / moral



*EST (English for Science and Technology) (*Tertakluk kepada sekolah)