Data Loading...
MY SUGAR BABY Ebook Flipbook PDF
Oleh Hana Efriena
111 Views
35 Downloads
FLIP PDF 1.16MB
EDISI EBOOK: JUNE 2020 PENERBIT HANA EFRIENA (HE DYNAMIC ENTERPRISE), 350, BATU 50, JALAN PAKA, 23000, DUNGUN, TERENGGANU
HAK CIPTA TERPELIHARA Tidak dibenarkan mana-mana bahagian dari terbitan ini diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukar dalam apa-apa bentuk atau dengan apa jua alat sekalipun tanpa kebenaran bertulis dari pihak HANA EFRIENA (HE). Grafik: Sofiy Layout: AY Design
Harapan daripada seorang penulis:
Selamat melayari ebook ‘MY SUGAR BABY’. Ambil mana yang boleh diteladani, tinggalkan mana yang patut dihindari. Moga yang baik-baik saja anda pelajari daripada ebook ‘MY SUGAR BABY’ ini. Cerita ini adalah rekaan semata-mata. Tidak berkait dengan yang hidup mahu pun yang mati. Buat pembeli budiman, anda dilarang keras untuk berkongsi ebook ini dengan mana-mana pihak yang tidak pernah membeli ebook ini secara langsung daripada penulis Hana (HE). Ebook ini hanya dijual pada pembeli yang berurusan secara langsung dengan Hana (HE) dan agen-agen sah sahaja. Segala tindakan menyalahgunakan ebook ini menyebabkan anda tidak akan terlepas daripada hukuman di dunia, mahupun di akhirat sana. J
DEDIKASI (HANA EFRIENA) Terima kasih buat semua yang membantu dan menyokong hingga karya ke-39 Hana, MY SUGAR BABY ini akhirnya berjaya ke versi ebook. Buat keluarga Hana terutamanya mama yang dikasihi Fatimah Binti Abu Bakar, sesungguhnya doronganmu menjadikan diri ini sentiasa bersemangat. Buat ibu saudara Hana, Che Bati Binti Abu Bakar, Che Gayah Binti Abu Bakar, terima kasih kerana pernah membantu Hana sepanjang Hana menceburi dunia penulisan. Buat keluarga, Nasihas, Nashafizi, Mohd Naim Hakimi, Zanurlida, Zazila, Zanuhazira, Zarulfizal, Zanizam, Zazulfadly, Hana ucapkan jutaan terima kasih kerana selalu menyokong Hana dari belakang. Buat arwah pa yang dah kembali pada DIA, terima kasih kerana bersusah payah membesarkan Hana hingga Hana mampu menjadi diri Hana yang sekarang ini. Semoga tenang di sana, pa. Buat encik suami yang dicintai, Muhammad Syafiq bin Ibrahim. Terima kasih kerana selalu jadi peneman waktu saya menyiapkan ‘MY SUGAR BABY’. Terima kasih juga sebab tolong jagakan Sophea untuk saya. Sekalung penghargaan juga buat teman-teman penulis yang turut menyokong karya ini. Dan yang takkan pernah Hana lupa, semua pembaca-pembaca, agen dan seller yang Hana kasihi. Terima kasih kerana sentiasa menyokong Hana dari belakang. Terima kasih sudi beli dan sudi jual karya seorang HANA EFRIENA (HE). Buat TEAM PROMO yang diwakili oleh Kak Juliana, Kak Intan, Kak Zamira, Puteri Haron, Kak Hazrina, Kak Ayu Ahmad dan Kak Noorazean.. THANKS SO MUCH! Tak dapat Hana senaraikan yang lain kerana masih ramai yang menyokong Hana selama ini. Ketahuilah tanpa anda, siapalah seorang Hana Efriena. Saya sayang anda semua! Hugss.. Tulus Ikhlas,
Hana Efriena
MY SUGAR BABY OLEH: HANA (HE)
HANA (HE)
Prolog
T
URUN dari kereta, berat sungguh hati Elzara nak melangkah masuk. Tercegat berdiri sampaikan pinggangnya dah mula dicucuk Ean. Menoleh, Ean angkat keduadua belah kening tanda menyoal. “What’s wrong, baby?” Lunak suara Ean bertanya, pabila sedar air muka Elzara nampak tak senang semenjak 1 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
mereka sampai di hadapan banglo milik Isabella dan suaminya. “Kalau I tak nak masuk boleh tak?” Teragak-agak suara Elzara, takut dimarahi Ean. Ezrael dekat belakang sibuk buat hal sendiri. “You jangan cakap you masih cemburukan I dan Bella, El. Bella kan dah kahwin. Kita datang ni pun sebab nak tengok anak dia,” tembak Ean meneka buat jemari Elzara laju saja mengisyaratkan jari telunjuk pada bibir. Suruh diam. “Ish, nanti Ezrael dengarlah. Tak pasal-pasal dia bagitahu dekat Bella. You nak ke Bella salah faham dengan I? Nak I bergaduh dengan Bella lagi?” Elzara sempat kerling Ezrael di belakang. “Jadi betullah ni?” “What?” 2 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
“You cemburukan Bella? Tak suka I dekat-dekat dengan Bella.” Kening Ean terangkat sebelah. Elzara julingkan mata ke atas. “No, Ean.” Tegas Elzara, menafikan. “Good to hear that. Lagipun you tak perlu cemburukan I dengan mana-mana perempuan, El. Sebab dalam hati I hanya ada you. Takkan ada perempuan lain selepas you.” Capai jemari Elzara, Ean elus hangat. “Betul ke tu?” provok Elzara lebih kepada mahu melupakan apa yang menggusarkan jiwa perempuannya. “Betullah. Kalau tak percaya lepas balik dari rumah Bella, I bawa you singgah hospital.” Memek muka Ean serius. Sebut pasal hospital, dada Elzara mula dipagut debar. 3 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
“Nak buat apa dekat hospital?” Kening Elzara berkerut. “Nak uruskan temu janji dengan doktor. Bila I boleh buat operation. I nak belah dada I dan tunjukkan pada you yang dalam hati I ni tak pernah ada nama perempuan lain, selain Elzara Hanan.” Senyum senget, memang ayat Ean ni pakej beli seluruh jiwa raga Elzara. Tak mampu tahan bibir untuk tersenyum, terus Elzara sembamkan wajah pada dada bidang Ean. Senyum simpul Elzara menahan malu. Hati memang berbunga-bunga.
dah
mula
rasa
Kadang-kadang mulut manis Ean boleh buat pipi Elzara bertukar merah dalam sekelip mata. Magik sungguh. “Such a sweet talker, Ean Aditya,” tutur Elzara meleret dalam senyuman 4 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
sebelum jemari Ezrael disambar untuk masuk ke dalam. Tak mahu berlama-lama, risau makin teruk pula Ean menyakat dia nanti. ELZARA sebolehnya memang tak nak semakkan kepala fikir tentang anak. Dah namanya seorang perempuan, memang tak lari daripada berfikir yang bukanbukan. Bermacam-macam perkara negatif menyemak ke dalam fikiran Elzara. Buat Elzara jadi tak senang duduk. Nak tenangkan fikiran, Elzara pamit ke ruangan dapur dengan alasan nak sediakan minuman untuk tetamu. Isabella masih berpantang. Sebagai bekas ibu tiri, kononnya tak mahulah Isabella kalut nak hidangkan air untuk mereka bertiga. Dah dia pun bukannya tak biasa datang ke rumah Isabella, tak 5 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
jadi masalah kalau setakat nak bancuhkan minuman sendiri. Malangnya air tak siap-siap, tapi Elzara pula dah lebih sepuluh minit habiskan masa dengan mengelamun. “I tak tahu pula sekarang ni kalau nak buat air, cukup sekadar tenung. Pejamcelik, air pun dah siap terhidang atas meja.” Teguran seseorang, buat bahu Elzara sedikit tersentak. Sekejapan terasa ada lingkaran tangan seseorang menjalar dari belakang. Elzara tak perlu toleh dia tahu sepasang tangan itu milik Ean. Dagu si suami berlabuh pada bahu. Mengucup beberapa kali sebelum terasa hembusan nafas hangat Ean menampar pipi kiri Elzara. “Selalu kalau you macam ni, mesti you tengah susah hati kan?” tebak Ean, tepat seratus-peratus mengenai batang hidung Elzara. 6 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
Tanpa bisa ditahan, kedengaran Elzara mengeluh dalam. Balikkan tubuh, Elzara berdiri menghadap si suami. Wajah muram, tak berseri seperti selalu. “You dengar tak Rael cakap apa tadi?” “What?” “Rael kata dia nak adik ‘sebiji’ macam anak Bella. Bukan sekali Rael cakap macam tu, tapi berulang-ulang kali.” “Kalau macam tu, kita bawa ajelah anak Bella balik ke rumah kita. Nak I tanya Bella tak?” Saja Ean buat-buat tak faham. Pap! Lengan Ean ditampar perlahan. Wajah Elzara mencuka seketika. Ean menyeringai, sedar waktu sekarang tak sesuai nak ajak Elzara bergurau. “You tahu perangai Rael tu macam mana, Ean..” Meleret suara Elzara.
7 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
Faham sangat kalau Ezrael dah berkenan akan sesuatu, memang akan disebut-sebutnya sampai dapat. Selalu tak ada masalah kalau Ean atau Elzara nak tunaikan keinginan Ezrael. Masalah kali ini apa yang Ezrael sebut-sebutkan tu bukannya mudah mereka nak dapat. Berkait dengan kuasa DIA. Kalau DIA nak beri, maka tercapailah hajat Ezrael. Oh, silap. Hajat Elzara juga yang sebetulnya. Dan jika DIA tidak mahu memberi, perlu belajar untuk redha hanya Ezrael tanda cinta mereka berdua sampai bilabila. Kelak pasti ada yang lebih baik sedang menanti mereka. “Masalah you ni tak besar sangat pun, El. Tak payah fikirlah, nanti you juga yang sakit kepala. Soal rezeki, bukan di bawah kuasa kita. Sekarang ni lagi bagus kalau 8 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
you siapkan minuman. I tunggu dekat depan tau? Jangan nak mengelamun pula. Tak pasal-pasal suami you ni pergi teguk air paip kejap lagi. Haus, sayang. Hauss..” Sempat kucup dahi Elzara sebelum Ean mula memutar tubuh. Kaki tak sempat nak melangkah pabila Elzara mula menyambar lengan dia. “Tapi I stress, Ean. I cuba tak nak fikir, tapi kesudahannya I tetap kalah dengan perasaan I sendiri.” “Sebab yang sama ke buat you jadi macam ni?” Elzara angguk. Ean ukir senyum nipis sebelum jemari naik mengusap kepala Elzara. “Nak I cakap apa supaya hati you kembali tenang?”
9 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
“I masih mampu berikan you zuriat ke?” Soalan berbalas soalan. “Dengan izin DIA.” “Kalau kata I dah tak boleh mengandung lagi?” “I cari anak kucing. Bela anak kucing pun seronok kan?” “Ean Aditya..” Suara Elzara dah mula menderam. “Bela anak kucing pun dapat pahala, El.” “I tak nak anak kucing, I nak anak dengan you.” “Kalau macam tu, minta dengan Allah S.W.T. I hanya boleh jadi penyumbang, yang memberi itu hanya DIA.” Putus Ean, sejurus buat Elzara terkesima.
10 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
Ikutkan hati, kecil hati jugalah Elzara dengan bicara si suami. Ean ingat selama ni Elzara tak pernah berdoa ke? Rasa-rasanya setiap kali selepas solat Elzara tak pernah lupa. Cuma rezeki itu masih bukan milik dia. Kadang-kadang Elzara takut. Takut kekurangan dia ini akan membuatkan cinta Ean bakal beralih arah. Oh, janganlah begitu. Elzara tak sanggup nak hadapinya nanti. Boleh patah sebelah sayap. Boleh hilang separuh jiwa.
11 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
Bab 1
T
ARIK Elzara duduk ke riba, Ean dapat rasakan tubuh Elzara sikit pun tak beri reaksi dengan tindakannya. Selalu kalau Ean manjakan Elzara begini, cepat saja Elzara respons. Sekarang, kejung serupa patung. “What’s wrong, El?” aju Ean seraya menongkat dagu pada belakang tubuh si
12 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
isteri. Terdengar keluhan panjang meniti pada bibir Elzara. Sejak-kebelakangan ni Ean tengok emosi Elzara macam tak stabil. Berbeza dengan Elzara yang dulu. “Tahun ni umur you dah berapa, Ean?” “Eh, takkan umur suami pun you dah lupa? You jangan buat pasal, El. Risau I kalau-kalau nanti you turut lupa yang I ni masih suami you lagi.” Tegak tubuh Ean sebab terkejut. Jemari Elzara mula bermain-main dengan lengan Ean yang membelit perutnya. “Answer me, Ean.” Elzara mendesak buat Ean dah mula rasa ada sesuatu yang tak kena dengan si isteri.
13 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
“Kalau ikutkan tahun, umur I dah 37 tahun. Kenapa tanya soalan macam ni?” soal Ean masih tak mengerti. “Semalam I tengok you beria-ia main dengan anak Bella.” “So?” Tepuk pinggul Elzara, menyuruh Elzara bangun sebelum posisi tubuh si isteri diubah. Kalau tadi Elzara membelakangkang Ean, kali ni dada Elzara elok bertemu dengan wajah Ean. Ean sengaja buat macam tu sebab nak tengok air muka Elzara waktu berikan jawapan. “I betul-betul nak anak, Ean. I dah 42 tahun. Kalau I tak boleh beranak, nanti you cari perempuan lain minta tolong tambahkan anak.” Wajah Elzara cemberut. Kalau tadi Ean rasa sedikit berdebar, elok saja Elzara luahkan apa yang terbuku terus Ean tayang wajah tenang. 14 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
Tak melatah. Dah terbiasa dengan topik ‘tambah anak’ yang sering meluncur pada bibir Elzara. “You belum menopause lagi kan? Selagi tak menopause, I usaha buat anak dengan you aje. Kita usaha sampai ketar kepala lutut, okey?“ Bercakap dengan Ean, tak pernah serius. Tahu kenapa? Sebab Ean tak mahu Elzara semakkan kepala otak sendiri dengan sesuatu yang dipanggil REZEKI. Prinsip Ean mudah. Usaha-Doa-Tawakal. Kalau DIA nak bagi, DIA tetap akan bagi. “Kalau I dah menopause, tapi kita tetap cuma ada Ezrael?“ “Jadi belajar untuk redha. Lagipun terang-terang kalau you dah menopause, I pun dah tua bangka waktu tu. You ingat 15 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
I ni tak ada kerja lain, selain buat anak?“ Sedas Ean bagi, sejurus lelaki itu mula menolak perlahan tubuh Elzara untuk bangun. Tengok Ean mula menarik tangan dia ke katil, Elzara tayang riak terpingapinga. “Nak ke mana?” “Buat anaklah, nanti you merungut pula I tak dapat tolong you tambahkan anak.” Selamba, gigi Elzara terketap. “Tadi kata banyak kerja lain lagi selain buat anak.” Elzara memerli. “Itu tadi, sekarang kerja I dah habis. Jom, kita proses buat anak. Manalah tahu bulan ni juga positif, bolehlah mulut you tu berhenti pertikaikan urusan DIA kan?” Memek wajah Ean, buat Elzara mula mendengus geram.
16 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
Tahu Ean sengaja nak ‘sekolahkan’ dia. Tahu Ean sengaja nak suruh Elzara sentap supaya Elzara dah tak mengungkit soal rezeki daripada DIA lagi selepas ini. “Where to go, sugar baby?” tanya Ean bila Elzara leraikan pautan jemari mereka dan mahu melangkah menuju ke muka pintu. Tak sempat saat Ean sambar pinggang Elzara daripada belakang. “Ambil angin dekat luar, dalam bilik ni dah rasa panas pula.” “Habis tu proses buat anak macam mana?” “You proseslah sorang-sorang, I tak ada mood.” “Haip, mana boleh. I perlukan rahim you untuk tanam benih I. Lagipun nak buat anak, tak perlukan mood. Hanya
17 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
perlukan ‘skills’ yang tepat seterusnya berserah pada Allah.”
dan
“Ean Aditya!” Pusing tubuh, Elzara cekak pinggang sambil tayang wajah menyinga. Sakit hati sungguh bila dengar Ean mula ketawa-ketawa depan mata dia. “Malam ni I ajar you posisi baru untuk senang dapatkan anak.” “I tak nak.” “Eh, kena nak jugalah. Kalau tak, macam mana I nak buntingkan you?” Nakal riak wajah si suami, buat Elzara bertambah geram. Lelaki ini, waktu bila saja dia serius? Kalau boleh semua perkara nak dibuat bergurau oleh Ean. Urgh! 18 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
MERAJUK dengan Ean, Elzara buat si suami macam tak wujud saja di dalam bilik. Garu kepala Ean dibuatnya. Tak sangka gurauan kali ini buat Elzara berubah laku hingga ke tahap ini. Melampau sangat ke cara dia tadi? “El, marahkan I?” Kerling wajah si suami, Elzara kembali larikan wajah memandang ke hadapan. Tangan naik menyisir rambut sebelum sikat di tangan terasa diambil seseorang. Mendongak, senyum manis Ean terukir untuk Elzara. “I tolong..” “Tak payah..” Adegan rebutkan sikat di tangan Ean. Laju saja Ean larikan menjauh, sudahnya buat Elzara terus mengalah. “Marahkan I sekalipun jangan halang I nak manjakan you.” 19 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
Diam. Hanya bunyi cengkerik yang kedengaran dari luar. Sisir rambut Elzara hingga rapi, sikat di tangan Ean letakkan ke atas meja. Sejurus Ean pusingkan Elzara menghadap dia. Paut dagu Elzara, paksa Elzara pandang dia walaupun jelas Elzara nampak macam tak sudi. “Sampai bila isu ni akan buat you tertekan, El?” “You tak faham apa yang I lalui. Sebab tulah you selalu main-main, tak pernah serius.” Kali ini barulah suara Elzara sudi mahu berbicara dengan Ean. Air muka Elzara jelas kelihatan mendung. “You nak baca satu kisah sedih tak?” aju Ean seraya menjatuhkan kedua-dua belah lutut ke lantai sebelum telefon bimbit sendiri dihulur pada Elzara. Teragak-agak Elzara nak menyambut. Tak faham apa motif Ean berikan dia telefon bimbit lelaki itu. Saat sepasang 20 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
mata mula membaca sebaris tajuk utama yang tertera di atas dada skrin, barulah Elzara mengerti. “Mereka menunggu untuk tempoh lebih 20 tahun, El. Dan sepanjang 20 tahun tu mereka tak pernah merungut. Sabar menanti hinggalah DIA memberi. Jadi satu soalan I untuk you. Perlu ke you beratkan kepala sendiri fikirkan tentang anak sedangkan sekarang ni kita dah pun ada Ezrael? DIA tetap beri walaupun hanya seorang, El.” Lembut Ean menasihati. Sebolehnya tidak mahu sampai mengguris hati. Rasa-rasanya bukan kali pertama dia pujuk Elzara dengan ayat yang sama. Tapi kesudahannya isu yang serupa tetap dibangkitkan Elzara. Tak salahkan Elzara sepenuhnya kerana naluri seorang wanita memang begitu. Tapi kalau dah sampai tiap hari Elzara nak bermasam 21 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
muka disebabkan topik ini, Ean pun rasa dah tak seronok macam dulu lagi. “You nasihatkan I, tapi you tanya diri you sendiri ikhlas ke you untuk redha kalau kata Ezrael tu seorang saja penyambung keturunan you nanti?” “You tak percayakan suami you? You rasa I ni spesies lelaki yang hanya mahu jadikan you sebagai kilang untuk proses ‘benih-benih’ I?” asak Ean menayang wajah serius. Bangkit berdiri, Elzara berjalan ke ruangan balkoni. Langsir diselak hingga menampakkan cahaya bulan di luar sana. Terang-benderang. “Kawan I baru diceraikan suami dia.” Sebaris ayat, sedikit-sebanyak buat Ean terkedu. “Sebab anak?”
22 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
Toleh sejenak, Elzara jatuhkan kepala sekali. Automatik sebelah tangan Ean naik mengusap dahi. Jadi inilah yang Elzara takutkan? “I kahwin dengan you bukan untuk dilepaskan, El. You sendiri tahu betapa banyak usaha yang I buat semata-mata untuk memiliki you dulu kan?” “Suami Nora pun pernah cakap hal yang sama. Tapi kesudahannya..” “Berhenti samakan I dengan lelaki lain, boleh tak?” cantas Ean berbaur geram. Sakit hati jugalah bila orang lain yang buat ‘perangai’, tapi Ean pula yang turut perlu merasa tempiasnya. Tak adil! “Tapi you tetap seorang lelaki, Ean. Kaum lelaki, selalunya memang suka cari alasan untuk pasang dua-tiga dan empat.” Berpeluk tubuh, wajah Elzara cemberut. 23 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
“Sampai hati you cakap suami you sendiri macam tu kan?” Suara Ean berubah perlahan. Sedar diri sudah terlebih mengikut emosi, perlahan-lahan kedua-dua belah tangan Elzara jatuh ke bawah. Cuba gapai tangan Ean, satu tapak Ean berundur ke belakang. Wajah Ean mula berubah tegang. “Jangan sentuh I kalau dalam kepala you tu masih tak mampu berhenti fikir yang bukan-bukan pasal I.” Jari telunjuk Ean naik tegak. Tanda amaran. Menunduk wajah Elzara merenung hujung kaki. Mula berkecil hati kerana sepanjang perkahwinan mereka, Ean memang jarang-jarang sekali meninggikan suara dengan Elzara. “I takut you tinggalkan I, Ean. Kalau boleh I nak nampak sempurna di mata you. Apa saja yang you mahu, I tak nak 24 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
hampakan langsung.” Akhirnya terluah pengakuan sayu meniti pada bibir Elzara. Dengar intonasi Elzara, bahang yang baru saja bertamu perlahan-lahan terasa seperti disimbah ketulan ais. Apatah lagi saat Ean sedar ada titisan air mata yang menitik pada hujung kaki si isteri. Elzara menangis. Raup wajah dengan kedua-dua belah tangan, Ean sempat beristighfar di dalam hati. Tenang sedikit, dipaut Elzara rapat ke tubuh. “Kenapa nak jadi sempurna di mata I, Elzara Hanan?” “Sebab I tak nak ditinggalkan macam Nora. I tak mampu nak hadap semua tu.” Suara Elzara tenggelam-timbul di balik dada bidang Ean. “What’s his name, El?” tanya Ean tak semena. 25 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
“Siapa?” “Suami Nora.” “Hisham,” jawab mengesyaki apa-apa.
Elzara
tanpa
“Then let me remind you one thing, sugar baby.” Tunduk menggali nafas seketika. Tubuh Elzara sikit pun tak lepaskan. “Nama suami you, Ean Aditya. Nama suami Nora pula, Hisham. Jelas dekat situ I dan Hisham adalah orang yang berbeza. Jadi untuk sekali lagi, I minta pada you tolong jangan samakan I dengan dia. Bukan setakat Hisham, tapi mana-mana lelaki di luar sana sekalipun. You nak tahu kenapa?” Jarakkan tubuh Elzara, Ean mahu melihat air muka si isteri. “Sebab dalam dunia ni hanya ada seorang lelaki bernama Ean Aditya yang akan mencintai Elzara Hanan sampai ke syurga. Dan I juga takkan sesekali cari 26 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
walau satu alasan sekalipun untuk tinggalkan you, apatah lagi kalau perihal yang melibatkan soal rezeki.” Tekan Ean, berharap benar Elzara memahami. Sekurang-kurangnya untuk kali ini.
27 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
S
Bab 2
EMENJAK kena ‘basuh’ dengan Ean, Elzara macam kurang sikit bangkitkan topik tentang anak. Mungkin juga sebab Ean dah lama tak bawa Elzara ke rumah Isabella. Jadi tak adalah isu anak itu tiba-tiba diungkit semula. Sejujurnya memang Ean dah mula hembus nafas lega. Cuma hari ni Ean tak tahu kelegaan dia tu kekal lama atau 28 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
tidak bila Ezrael tiba-tiba merengek. Tak henti-henti ajak dia dan Elzara ke rumah Isabella. “Kita dah lama tak tengok baby Aunty Bella. Jomlah, Rael bosan ni asyik duduk rumah dengan mummy. Daddy tak kesian dekat Rael ke?” Ezrael dah mula tayang wajah minta simpati. Ean pegang dahi. Buntu. Bukan tak nak bawa, tapi risau bila nampak anak Isabella mulalah fikiran Elzara berubah negatif semula. “Lain kali kita pergi. Daddy bawa Rael dan mummy jalan-jalan dekat shopping mall nak tak?” Cuba pusing perhatian Ezrael. Hampa, Ezrael kekal berkeras. “Tak nak. Rael nak jumpa baby. Rael tak ada kawan. Daddy bagilah Rael kawan dengan baby.” Petah Ezrael memujuk. Hati Ean dah mula berbelah bagi. Tengok Elzara, riak muka si isteri 29 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
nampak bersahaja. Tegak tubuh Ean bila Elzara tiba-tiba saja bangun daripada duduk. “Nak ke mana, sayang?” “Rael nak jumpa anak Bella, bawa sajalah ke sana.” Putus Elzara disambut sorakan teruja oleh Ezrael. Tak menyempat-nyempat Ezrael meluru lalu memeluk tubuh Elzara. Wajah disembamkan pada perut Elzara. Manja. “Rael janji lepas mummy beri Rael adik, Rael tak minta daddy bawa Rael main dengan baby Aunty Bella lagi. Mummy cepat-cepatlah bagi Rael adik, boleh?” Terkelip-kelip sepasang mata Ezrael merenung Elzara. Ean terdiam. Elzara terkebam.
30 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
Tengok air muka Elzara berubah, cepat-cepat jemari si isteri disambar lalu dielus hangat. Kepala digeleng perlahan. Faham sangat Elzara dah mula nak berfikir yang bukan-bukan. Yang inilah paling Ean takutkan. Risau emosi Elzara terusik semula. Risau topik yang sama buat mereka bergaduh lagi. “Baby, don’t.” Air muka Ean jelas mengharap. Sedut nafas dalam, Elzara pejam mata untuk seketika. Sedaya-upaya bibir dipaksa untuk tersenyum. Walaupun hati di dalam sebenarnya sudah mula berbolak-balik. Ingat, El. Anak itu adalah rezeki. Kalau DIA tak memberi, pasti akan ada yang lebih baik DIA akan ganti. Jangan persoalkan. Jangan pertikaikan. Jadi 31 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
manusia yang bersyukur dengan apa yang dah kau punyai. Cepat Elzara ingatkan diri sendiri. Mengulang kembali nasihat yang tak pernah menyepi daripada bibir seorang suami. PEJAM mata, benak mengimbas kembali insiden di rumah Isabella petang tadi. Tak tahulah apa masalah Ezrael sejak kebelakangan ni. Sampai menangisnangis minta Ean dan Elzara angkut anak dara Isabella balik ke rumah mereka. Ezrael ingat anak Isabella tu anak patung ke? Boleh diangkut sesuka hati. Puas Elzara dan Ean pujuk, itu pun masih belum terpujuk lagi. Sampai tertidur dalam tangisan kanak-kanak itu. Naik kesian pula Elzara yang melihat. 32 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
Mulalah Elzara nak salahkan diri sendiri. Kalau bukan sebab usianya yang dah agak berumur, dia rasa mudah saja kalau Ean nak tambahkan lagi kuota anak sendiri. “Ean..” “Kalau nak bahas tentang perangai Rael petang tadi, I nak tidur. I tak nak bergaduh dengan you malam-malam buta macam ni.” “Tak, kali ni I nak bercakap pasal you.” “Kenapa dengan I?” aju Ean bersama kerutan di dahi. Elzara nampak bermain-main dengan jemari sendiri. Ada riak gusar yang terpeta. Tak tahu patut atau tidak Elzara luahkan. Kelak dia bimbang dengan penerimaan si suami. Mengamuk ke tidak Ean nanti? “Rael betul-betul nakkan adik.” 33 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
“Kan kita dah bagitahu Rael yang kita akan usahakan untuk dia. Tadi I ajak you proses anak, you kata you penat. Sekarang you dah ubah fikiran ke? Kalau dah ubah, sekarang juga..” “Ean, I tengah serius ni,” sampuk Elzara tak mahu Ean melalut yang bukanbukan. Lagipun topik yang bakal Elzara sentuh nanti bukannya perkara mainmain. Silap haribulan boleh ribut taufan pula banglo dua tingkat kepunyaan mereka. “Habis tu you nak I cakap apa lagi? I tahu Rael nak adik. Dan kita pun dah sama-sama usaha kan? Tunggu sajalah hasilnya nanti.” “Kalau hasilnya tetap belum ada?” “Kita hidup bertiga.” Mudah jawapan Ean, langsung tak menjemput senyum di bibir Elzara. 34 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
“Ean, kalau keadaan dah betul-betul mendesak..” “Tolong jangan minta I duakan you, sebab itu perkara terakhir yang I akan buat.” Seperti memahami, tepat sekali Ean meneka. Berubah kelat wajah Elzara. Macam mana si suami tahu apa yang dia mahu luahkan tadi? “I tak nak sekat kebahagiaan you.” “You sanggup bayangkan I buat anak dengan perempuan lain?” selar Ean buat Elzara tergeliat lidah sendiri. Membayangkan Ean di sisi wanita lain pun sudah menyakitkan sekeping hati. Sementelah semua itu benar-benar terjadi di depan mata. Tak sanggup Elzara rasa. Boleh mati jiwa. Boleh lumpuh seluruh hati. 35 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
Tengok si isteri hilang lidah mahu membalas, Ean rasa dia sendiri sudah tahu apa jawapannya. “Kalau tak mampu, jangan sesekali berani meminta. Sekelip mata Allah S.W.T boleh makbulkan. Waktu tu kalau you dah terpaksa berkongsi I dengan perempuan lain, jangan baru nak rasa menyesal.” Amaran Ean, bukan saja-saja nak takutkan Elzara. Cuma memang dia tak suka Elzara menyebut sesuatu yang boleh membuatkan mereka berdua semakin ‘jauh’. Tengok Ean melencong mahu keluar dari bilik, buru-buru Elzara memintas lalu menghadang pintu bilik mereka dengan kedua-dua belah tangan. Pandangan bersabung. “You marahkan I, Ean?” “I terasa hati bila isteri sendiri suruh I pergi pada perempuan lain.” 36 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
“I minta maaf..” “Lepas tu you ulang lagi kan?” Sarkastik intonasi Ean. “Kali ni I betul-betul minta maaf.” Tangan Ean digoncang perlahan. Ean mengeluh dalam. Nak berkeras, tak sampai hati. Lagipun tak tenanglah nak tidur dalam keadaan masing-masing tarik muka macam ni. “I dengar lagi sekali you suruh I kahwin dengan perempuan lain sematamata untuk dapatkan anak, hari yang sama juga kita akan uruskan proses ambil anak angkat. Faham?” soal Ean tanpa senyuman. Elzara angguk tanpa banyak soal. Tak mahu keruhkan keadaan. Tengok dada bidang Ean mulai berombak perlahan, yakin emosi Ean sudah sedikit terpujuk.
37 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
“I mungkin boleh dapatkan anak dengan mana-mana perempuan, El. Tapi I memilih untuk punya anak dengan you seorang saja sampai hujung nyawa. Tak perlu dua atau tiga, cukuplah Ezrael seorang kalau itu saja rezeki yang tertulis untuk I.” Ayat beli jiwa, tapi bukan sekadar manis di bibir saja. Datangnya luhur dari sekeping hati yang ikhlas mencintai. InsyaAllah, hanya Elzara Hanan di hati Ean sampai akhir usia.
38 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
S
Bab 3
IAPKAN segala keperluan Ean, namun sepatah kata pun tak terluah pada bibir Elzara. Hanya tangan yang bekerja, tapi mulut membisu. Elzara perasan renungan suami bagai nak tembus ke wajah dia, tapi sengaja Elzara kawal rasa gugup. “Sejak bila dah mula meluat nak pandang muka I?” Diam. 39 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
“Sejak bila pula suara you tu dah terlalu mahal untuk I dengar?” Pun masih diam. Ean sudahnya lepaskan keluhan panjang. Hentikan jemari Elzara yang masih sibuk membetulkan tali leher, sebelah tangan naik mengelus pipi Elzara. “Why, baby? Apa lagi yang tak kena?” “Nothing, Ean.” “Habis tu kenapa kunci mulut?” “I takut you masih marahkan I pasal semalam.” Anak mata Elzara, kelihatan sarat dengan perasaan bersalah. “Marah tu singgah sekejap sahaja kalau dengan you. Mana boleh I nak marahkan sugar baby I ni lama-lama. You tayang muka sedih macam ni pun hati I dah terdera. You ingat I boleh buat kerja dengan tenang sedangkan I tahu dalam
40 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
hati ni..” Telapak tangan Ean mendarat pada dada Elzara. “Tak keruan..” Sambung Ean tepat sekali meneka. Ean kenal Elzara luar dan dalam. Jadi dia tahu waktu bila Elzara sedih, marah atau gembira. Mengingatkan perihal semalam, memang ada lagi secubit rasa yang menggores jiwa. Tapi Ean tak nak serabutkan kepala fikirkan hal yang remeh. Mungkin saja Elzara terlepas cakap sedangkan hati Elzara tak pernah rela. “I’m sorry I hurt you.” “Jadi tahulah permintaan semalam tu melukakan I?”
you
Elzara angguk. “Lepas ni nak suruh I kahwin lain lagi?”
41 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
Kali ni Elzara menggeleng pula. Semedan tubuh Ean dipeluk erat. Kepala berlabuh pada dada bidang Ean. “Biar I seorang sahaja kekal sebagai isteri Ean Aditya sampai hujung nyawa. Walaupun apa yang berlaku, jangan cari perempuan lain untuk gantikan tempat I.” Gemersik suara Elzara meminta, tersenyum Ean seraya mengusap rambut si isteri yang mengurai. “I won’t.” Seakan berjanji lalu bibir tunduk mengucup ubun-ubun Elzara. Jarakkan tubuh, Ean tarik Elzara duduk di birai katil. Jemari Elzara dielus lembut. Mahu bercakap dari hati ke hati, supaya isu ini tak perlu berbangkit lagi. “You know what, sugar baby?” Elzara pasakkan pandangan ke wajah Ean.
42 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
“Sekalipun rezeki anak tu dah tak ada untuk I lagi, I takkan pernah merungut. Sebab bagi I, apa yang I ada sekarang pun dah mencukupi. Terlalu melengkapkan kehidupan I sebagai seorang lelaki. I ada you dan I ada Ezrael. Cuma satu aje I nak minta tolong pada you, jangan sendatkan otak you fikirkan pasal ni lagi. Just go with the flow, El.” Bicara Ean, mahu mendamaikan sekeping hati Elzara yang tak selalu tak tenang sejak kebelakangan ini. Bibir Elzara membeku. Bukan dia tak cuba untuk ikutkan saja rentak takdir yang tersusun. Tapi tiap kali itu jugalah hati dia berantakan. Sementelah melihat betapa terujanya Ezrael setiap kali bermain dengan anak dara Isabella. “You berikan I segala-galanya, Ean. Kalau boleh..” “You dah berikan Ezrael untuk I.” 43 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
“Cukup?” Ean senyum. “Terlalu cukup kalau nak dibandingkan dengan pasangan lain yang langsung tak ada anak.” “You muda lagi, Ean. I risau kalaukalau you menyesal kahwin dengan perempuan berusia macam I. Ean..” Suara Elzara meleret di hujung bicara. Ean jungkit kening, tanda dia mendengar apa yang Elzara mahu bicarakan selanjutnya. “You masih ‘puas’ dengan I?” “Maksud you?” “Err..” Pipi Elzara merah. Garu hujung kening, mulalah Elzara rasa segan hendak berterus-terang. Mula-mula lambat juga Ean nak hadam.
44 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
Tengok gaya Elzara malu-malu kucing, terus senyum Ean meleret nakal. “Janganlah senyum macam tu, Ean.” “Kenapa I tak boleh senyum?” Menyakat semata-mata. “Sebab.. sebab you buat I rasa malu.” Terus menunduk pandang hujung jemari sendiri. Terlepas gelak yang cuba ditahan Ean. “Pagi-pagi macam ni you tanya I puas ke tak dengan layanan batin you, you nak ke I heret you panjat katil sekarang juga?” Kening Ean menari ronggeng. Acah nak tarik Elzara naik ke katil, cepat saja Elzara keraskan tubuh. “You nak kena masuk pejabat.” “I boleh ambil cuti.” “Tapi rambut I masih basah ni. Tak sempat kering pun lagi.” Elzara makin rasa tak keruan. 45 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
Risau juga kalau Ean tiba-tiba buat gila. Haish, nak menyesal pun dah tak guna. Patut dia tahan dulu tanya soalan sensitif macam tu tadi. “Tak apa, nanti I tolong keringkan.” Cepat saja Ean cari jawapan, langsung buat Elzara dah tak ada daya hendak membalas lagi. Hanya renungan saling menikam sebelum perhatian mereka teralih sebaik saja pintu bilik terasa dikuak seseorang. Muncul di situ Ezrael berjalan dalam keadaan mamai. Nampak muka Ezrael, Elzara hela nafas lega. “Nasib you baik sebab Ezrael jadi orang ketiga, El.” Kenyit mata, Ean bangun mendapatkan Ezrael. Tubuh Ezrael didukung. Manja si anak lentokkan kepala pada bahu. “Daddy, nanti daddy habis kerja boleh ke kita pergi rumah Aunty Bella?” Soalan 46 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
Ezrael, sejurus buat Ean cari wajah si isteri. “Nak buat apa pergi sana? Kita kan baru aje jenguk Aunty Bella.” “Rael bukan nak jumpa Aunty Bella, tapi Rael nak main dengan baby. Tunggu baby mummy, lambat sangat. Perut mummy pun tak buncit-buncit.” Petah si kecil menjawab. Elzara dah mula angkat punggung nak keluar dari bilik. Berpapasan dengan tubuh tegap Ean, Ean sambar tangan si isteri. “He knows nothing, baby. Jangan ambil hati, okey?” Risau kalau-kalau hati Elzara terguris. Tak mahu gusarkan hati Ean, Elzara jatuhkan kepala. Turunkan Ezrael, Ean jatuhkan kedua-dua belah lutut. Rambut Ezrael disisir dengan jari supaya sedikit terurus. Maklumlah, baru bangkit tidur. 47 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
“Rael betul ke dah tak sabar-sabar nak ada adik?” Ezrael angguk. Senyum, telapak tangan kecil Ezrael dicapai lalu didiamkan pada perut Elzara. “Kalau macam tu kita sama-sama doa supaya dalam perut mummy nanti ada baby.” “Nak doa macam mana, daddy?” “Lepas solat, Rael doa banyak-banyak supaya Allah S.W.T berikan Rael adik.” “Kalau Rael doa, Allah S.W.T dengar ke?” “Dengar, sayang. Sebab tu kalau kita nakkan sesuatu, kita jangan jemu langsung untuk berdoa.” “Rael faham. Kalau macam tu Rael doa sekarang ya?” Ezrael dah mula tadah tangan. Terkumat-kamit bibir Ezrael memanjat doa. Sebaik saja telapak tangan 48 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
diraup ke wajah sendiri, mulalah hati Elzara rasa tersentuh. “Mummy jangan risau, Rael dah doa tadi. Nanti Allah mesti bagi mummy baby. Mummy nak baby kan?” Seakan memujuk, cepat saja Ezrael hadam nasihat yang Ean beri. Elzara sekadar menggangguk mengiyakan pertanyaan si kecil. “Good boy. Sekarang Rael masuk bilik, mandi. Nanti macam biasa tolong jaga mummy waktu daddy tak ada.” “Okey, daddy.” Melenggang keluar dari bilik, kelibat Ezrael menghilang. Terus pinggang Elzara dipaut merapat. “I dah nak kena pergi kerja. Tentang soalan you tadi, malam nanti baru kita cari jawapan sama-sama.” “Soalan yang mana?” Lurus Elzara tanya sebab dia pun dah lupa topik apa yang mereka bualkan tadi. 49 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
“Soalan sama ada I puas ke tidak dengan ‘prestasi’ you sekarang.” “Eann..” “You yang mula dulu tanya soalan mengarut macam tu, I cuma nak berikan jawapan. Nakkan jawapan, kenalah ‘lalui’ semua tu dulu. Kalau tak susahlah I nak berikan markah.” “Pengalaman sebelum kan ada? Tak perlu tunggu praktis dulu pun boleh jawab, Ean.” “Eh, kenalah praktis dulu. Sebab I dah lupa. Yang I ingat, semalam I aje yang terlebih bertenaga sebab ada orang tu tengah merajuk dengan I. Mesti mood dia ke lautan paling dalam kan?” Sengih Ean menayang memek muka gatal. Sekaligus mengundang satu cubitan halus singgah pada perut. Biarkan Ean ketawa, Elzara mula berlalu ke sisi katil capai briefcase milik si 50 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
suami. Terasa nama diseru, Elzara kembali menoleh ke belakang. “El..” Lembut suara Ean menyebut nama si isteri. “Ya?” “Perkahwinan bukan semata-mata untuk melengkapkan nafsu seorang lelaki. Tapi perkahwinan adalah untuk menutupi kekurangan pasangan masingmasing. I dan you, masing-masing tak sempurna. Jadi lepas ni jangan tanya soalan macam tu lagi kalau tak nak terima jawapan mengarut daripada I.” Panjang bebelan Ean, mahu menyedarkan Elzara bahawa Ean nikahi Elzara bukan sematamata untuk memenuhi tuntutan nafsu. Tapi Ean nikahi Elzara kerana seluruh hatinya mahukan wanita itu. 51 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
Bab 4
T
ENGOK Elzara tertidur bersama iPad di tangan, pantas Ean mendekati si isteri. Usai makan malam, Elzara awal-awal lagi minta diri nak naik ke bilik. Timbul juga rasa pelik sebab gaya si isteri tu macam sibuk kejarkan ‘sesuatu’. Capai iPad yang masih bernyala, Ean baru nak letakkan ke atas meja kecil. Terhenti sebaik saja dia 52 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
terpandang pautan utama yang tertera pada dada skrin. Jadi sejak tadi Elzara nampak kalut tinggalkan ruang makan semata-mata sebab perkara ni ke? Mulalah dada Ean rasa meruap. Di antara rasa marah dan penat. Marah sebab Elzara masih tak sudahsudah nak semakkan kepala sendiri fikirkan hal sama. Penat sebab dah berbuih mulut dia menasihati, Elzara tetap juga begitu. Jadi nasihat dia selama ni langsung tak bergunalah kan? Ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Hempas iPad di tangan, memang sengaja nak suruh Elzara terjaga. Tubuh si isteri pun dah mula bergerak-gerak sebelum sepasang mata mula tertancap pada wajah Ean. 53 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
Tiada senyuman di bibir Ean. Berpeluk tubuh, merenung Elzara serupa seorang pesalah. Perasan iPad sudah tiada di tangan, melilau bebola mata Elzara mencari. “Cari apa, El?” “Cari..” “Cari ni kan?” iPad di tangan digawangkan ke udara. Tengok riak serius si suami, Elzara mula telan liur. Bingkas bangun daripada katil, berdiri tegak berdepan dengan Ean. “Patutlah Rael kata you tak hiraukan dia sangat hari ni. Hidang makan, you terus lesap usung iPad ke hulur-hilir. Jadi perkara tak berfaedah macam ni ke yang you sibuk nak tahu sejak tadi?” Sedas Ean bagi. Elzara mendengus sebelum iPad di tangan Ean dirampas.
54 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
“Tak berfaedah pada you, tapi perkara tu buat I serabut dan tak tenang selama ni.” “Maknanya betullah nasihat I tu cuma lekat sekejap aje dekat dalam kepala otak you?” Kali ni bicara Ean sedikit kasar. Geram punya pasal. Tips Untuk Dapatkan Zuriat. Tips Untuk Suburkan Kaum Lelaki. Dan bermacam-macam tips lagi yang Elzara ‘search’ sampaikan Ean sendiri pun dah malas nak sebut. Semuanya berkaitan dengan ‘anak’. “I dah tak tahu nak cakap apa lagi dengan you, El.” Rendah suara Ean, kecewa. “Tak perlu cakap apa-apa. Biar I yang usaha sendiri. Lagipun Nora kata orang lelaki cakap saja tak kisah, tapi
55 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
kesudahannya bila dah bosan memang itu alasan mereka untuk berpisah.” “Nora lagi?” Kening Ean terjungkit tinggi. Rasa-rasa macam dah hilang sabar dengan perempuan bernama Nora ni. Sekalipun kecewa dengan bekas suami, tak perlu sogok pada Elzara yang semua lelaki itu sama. “You tak nak ikhtiar, biar I saja yang ikhtiar. Entah-entah you sengaja buatbuat tak kisah pasal anak supaya nanti you ada alasan untuk tinggalkan I kan?” “Elzara!” Naik satu oktaf nada suara Ean. Elzara pula sikit pun tak mahu mengalah. Putar tubuh, nak berlalu keluar. Saat lengannya disambar Ean, terus langkah kaki termati.
56 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
“Apa masalah you sekarang ni, El? Kenapa berubah sangat?” “Usia I makin bertambah, Ean. Kalau tak usaha dari sekarang, sampai bila-bila I takkan mengandung. You nak ke macam tu?” Agak-agak kaum perempuan memang suka menyulitkan keadaan ke? Ean kan dah pernah kata jika mereka tidak diberikan peluang untuk ada anak lagi, bermakna Allah S.W.T hanya mahu Ean manjakan Elzara dan Ezrael. Takkan itu pun Elzara masih tak faham-faham juga? “You dah rimas I manjakan you? You dah bosan I terlebih beri kasih sayang pada you? Atau you sebenarnya dah tak nak jadi sugar baby I lagi? Anak tu hanya alasan untuk you selalu cari pasal dengan I aje kan?” Tak mampu kawal, laju saja tuduhan meniti pada bibir Ean pula.
57 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
“Suka hati you nak fikirkan apa pasal I. Cukup I tahu apa yang diri I mahu. I cuma nakkan anak. Salah ke, Ean?” “Apa yang you nak tu tak salah, tapi sikap tak reti sabar you tu yang salah. You sibuk nak tahu tips untuk cepat dapatkan zuriat sedangkan jawapan tu dah memang jelas ada depan mata you. You nak tahu tak apa tips paling berkesan kalau you betul-betul nak mengandungkan anak I lagi?” aju Ean dalam intonasi sinis. Elzara diam tak membalas. “Tips paling berkesan, minta pada DIA. You cari bermacam-macam tips sekalipun kalau DIA tak nak bagi, sampai bila-bila pun you takkan berpeluang nak mengandung lagi. Silap haribulan kalau perangai you berterusan macam ni, Ezrael tu pun DIA akan ambil semula. You abaikan Ezrael sampai dia mengadu pada I. Belajar bersyukur, El. Tolonglah dengar 58 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
cakap I,” tegur Ean kali ni dalam nada yang jelas kedengaran tertekan. Malangnya Elzara buat tak endah. Terus menonong ke arah katil lalu baringkan tubuh di situ. Tunjuk protes punya pasal, pakej tarik selimut tebal hingga ke muka. Tanda tak membebel lagi.
mahu
dengar
Ean
Perhatikan tingkah-laku Elzara, berbahang juga hati Ean. Sebelum ni Ean bebel atau nasihat, sudi jugalah Elzara nak mengalah. Kali ni keras kepala lain macam pula. “I tak habis cakap dengan you lagi, Elzara Hanan.” Senyap, Elzara bekukan diri di bawah selimut. Buat Ean dah mula pejamkan mata minta sabar dia bertahan. Nampak saja telefon bimbit Elzara di atas meja, terus Ean menapak ke situ. Jemari mula 59 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
mencari applikasi WhatsApp. Jumpa nama Nora, Ean terus baca perbualan mereka berdua. Baru dia baca mesej terakhir pun dada dia dah menghangat. Nampaknya betullah memang Nora yang selalu sangat racun fikirkan Elzara selama ini. “You buat apa tu, Ean?” Elzara angkat tubuh bila sedar suara si suami hilang tak berdebat dengan dia. Pandang Elzara sekali, Ean menonong capai kunci kereta. “You nak bawa ke mana telefon bimbit I tu?” “That’s none of your business!” Jari telunjuk Ean naik tegak. Tanda amaran yang kali ini emosi Ean benar-benar tidak baik. “Ean, I tanya ni. You nak ke mana dengan telefon bimbit I??” Elzara 60 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
mengejar daripada belakang. Seakan bisa menebak apa yang Ean mahu lakukan. Ean nak jejaki Nora. Ean nak ‘cuci’ kepala otak Nora pula. “You jangan nak malukan I, Ean. You nak cari Nora ke?” “Dia yang selalu hasut you. Kita bergaduh pun sebab you lebih percayakan dia. Jadi biar I sendiri yang selesaikan dengan kawan baik you tu. You duduk rumah diam-diam, jaga Rael.” “Ean, no. I janji lepas ni I tak dengar cakap Nora lagi.” Elzara dah mula merayu. Ean ketawa sinis. “You rasa I percaya?” selar Ean seraya memboloskan diri masuk ke dalam kereta.
61 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
Pintu kereta dikunci daripada dalam. Tak hiraukan langsung Elzara yang sibuk mengetuk-ngetuk cermin kereta. Dah banyak kali bagi muka. Dah banyak kali Ean nasihatkan juga. Bila Elzara tetap juga terpengaruh dengan orang lain yang tak ada kenamengena dengan perkahwinan mereka, agak-agak boleh ke Ean nak bertahan lagi? Sebelum ni soal anak tu taklah begitu menyesakkan kepala Elzara. Sejak kebelakangan ni saja Elzara makin tak duduk senang. Kalau boleh tiap hari Elzara nak buat ujian kehamilan sampaikan pregnancy test kit yang Ean jumpa dalam tong sampah tu dah tak terkira dengan jemari. Sajalah Ean tak sebut-sebut selama ni sebab tak nak besarkan isu.
62 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
Kadang-kadang Ean pula yang naik bimbang. Takut lambat-laun Elzara bakal mengalami tekanan perasaan. Gara-gara terlalu membebankan fikiran tentang rezeki yang jelas bukan di bawah kuasa mereka.
63 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
S
Bab 5
EJAK insiden Ean bersemuka dengan Nora, Elzara dah tak banyak bercakap dengan Ean. Mogoklah tu kononnya. Tapi ada Ean kisah? Asalkan lepas ni Nora dah tak pandai-pandai nak jadi batu api lagi. Kalau Nora gagal dalam rumahtangga dia, Nora tak bolehlah buat rumahtangga orang lain turut gagal. Tak boleh samakan lelaki lain dengan bekas suami Nora. 64 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
Rasa puas hati Ean dapat ‘tazkirahkan’ si Nora dua hari lepas. Sampai biru wajah Nora sebab terkejut dengan kedatangan dia. Bila sabar dah mengikis, apa pun Ean sanggup redah. “Mummy dan daddy gaduh ke?” Muncul Ezrael di tengah-tengah tempat duduk Ean dan Elzara. Waktu tu Ean baru saja berhentikan kereta di halaman rumah Tok Jah, nenek Ean. Dah lama tak jenguk Tok Jah, sajalah Ean bawa balik Elzara dan Ezrael ke kampung. Manalah tahu boleh bantu tenangkan fikiran Elzara. “Taklah, mummy dengan daddy mana pernah gaduh.” “Betul ke?” “Betullah.” Cepat Ean jawab. Nampak Ezrael macam berfikir-fikir sambil ketuk hujung jari ke dagu. 65 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
“Kalau macam tu, cuba daddy cium pipi mummy sikit.” Tersentak Elzara dengan permintaan Ezrael. Nak pastikan sangat mummy dan daddy dia tak bergaduh, panjang saja akal Ezrael cari jalan. Ean pandang Elzara. Elzara amaran.
masamkan
muka
tanda
Jangan-berani-sangat-nak cium-dia. Tapi Ean macam biasa, bukannya makan saman sangat. Tayang wajah selamba, Ean paut belakang kepala Elzara lalu.. Cup! Cup! Ciuman berlabuh pada kedua-dua belah pipi si isteri. “See? Mummy dengan daddy tak gaduh. Kalau mummy dengan daddy 66 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
gaduh, mummy mesti marah daddy cium mummy. Sekarang Rael percaya tak?” umpan Ean seraya menggosok kepala Ezrael. Ezrael angguk dalam senyuman. Puas hati. “Dah, turun cepat. Bagi salam dekat Tok Jah.” Patuh akan arahan Ean, cepat saja Ezrael melompat keluar dari kereta. Berlari anak ke muka pintu rumah Tok Jah. Hilang kelibat Ezrael, Ean sedar pandangan tajam Elzara sedang melekat pada dia. Toleh, kening dijungkit sebelah. “What?” “I tak berikan keizinan pun untuk you cium pipi I.” “Sejak bila pula seorang suami perlu dapat izin untuk sentuh isteri sendiri? Nak I gunakan kuasa I? Setiap inci tubuh you nanti I boleh raba sampai puas.” 67 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
Jawapan Ean, mengundang dengusan kasar daripada bibir Elzara. Pintu kereta Ean ditolak sedikit kuat. Tak dan kaki cecah tanah, lengannya dipaut oleh Ean. Ean buat isyarat supaya Elzara ukir senyum pada bibir. “Smile, sugar baby. Nak Tok Jah tahu ke you dengan I sedang bermasam muka?” “Nak senyum macam mana kalau hati sedang sakit?” “I buat apa?” “You tahu jawapannya, Ean.” Tekan Elzara, Ean cebirkan bibir. “Kalau pasal Nora, maaflah. Memang I tak rasa menyesal langsung ‘basuh’ kawan you tu sampai insaf.” “You buat Nora jauhkan diri daripada I.” 68 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
“Baguslah, sebab kawan yang baik dia takkan hasut kawan sendiri fikir bukanbukan pasal suami mereka,” balas Ean mudah lalu melangkah keluar. Berdiri di bahagian sebelah pemandu, Ean tunggu Elzara keluar. Tengok Elzara membatu tanda protes terus Ean tundukkan wajah sedikit. “I kalau boleh tak naklah tunjuk sangat yang I ni sebenarnya suami yang romantik. Tapi kalau dalam masa seminit you tak keluar dari kereta, I dukung you masuk ke dalam. You bukannya tak tahu dekat kampung Tok Jah ni ramai sangat mak cik-mak cik bawang, tak pasal-pasal tersebar satu kampung pula nanti. Nak ke macam tu?” Lemah-gemalai suara Ean. Dan sebelum Ean memang nekad nak bertindak gila, ada baiknya Elzara jangan nak menduga sangat. Turun dari kereta, menonong Elzara berjalan ke depan dulu. 69 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
“Elzara Hanan.” “Apa lagi?” “Walk with me.” Tegas Ean seraya mengisyaratkan supaya Elzara sambut jemari kasar dia. Bersama muncung sedepa, Elzara menurut. SERONOK balik ke kampung Tok Jah. Yang tak seronoknya pantang tengok ada kereta mewah menjalar masuk, mesti ada saja yang datang bertandang ke rumah Tok Jah. Bertandang dengan niat baik tak apalah juga. Ini tidak, ada saja yang nak dipersoalkan mereka. Soalan tipikal. Bila nak kahwin? Bila nak ada anak? Bila nak tambah anak? 70 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
Kadang-kadang boleh hilang sabar juga Ean dibuatnya. Nasib baiklah yang bertanya tu golongan tua, masih tahulah Ean nak tunjuk hormat. Setakat melaser sikit-sikit tu tak apa kut kan? “Tak nak tambah anak lagi ke? Ezrael tu dah besar, kesian dia nakkan adik. Seorang anak mana nak cukup, El. Tak meriah orang kata.” Mulut mak cik bawang, buat air muka Elzara berubah kelat. Dekat kampung, Mak Kiah memang terkenal dengan perangai suka menyibuk. Dapat saja berita sensasi, habis disebarnya satu kampung. Ini yang buat Elzara tak suka kalau balik ke kampung Ean. Mesti acap-kali diajukan dengan soalan yang sama. Perasan air muka Elzara berubah, Ean yang duduk di sofa langsung bangkit mendekati si isteri. 71 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
“Mak Kiah tanya apa tadi?” “Tak adalah, aku ni sajalah nak tahu. Kamu berdua merancang ke? Bini kamu tu bukan makin muda, Ean. Tak teringin ke nak beranak lagi? Dah cecah angka 50 tahun nanti, bertambah susah kamu nak timang anak.” Menceceh bak bertih jagung. “Kalau ikutkan sperma saya ni, memang antara yang terbaik sebab Ezrael dulu sekejap aje ‘prosesnya’. Tuptup perut El dah membulat. Sampai tak menyempat-nyempat Ezrael nak keluar. Tapi tulah rasa-rasanya Mak Kiah pun mesti nak tahu kan kenapa kami masih tak tambah-tambah anak lagi sampai sekarang?” Kening Ean terjungkit sebelah. “Kenapa?” Lurus Mak Kiah bertanya. Ean senyum meleret, dah bersedia nak melaser. 72 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
“Sebab rezeki itu urusan Allah S.W.T. Kita boleh meminta, yang nak memberi itu tetap DIA. Mak Kiah dah tua, takkan Mak Kiah tak pernah belajar tentang konsep rezeki?” “Kamu mengata aku, Ean?” Jegil biji mata, tanda Mak Kiah dah mula bengang. “Bukan mengata, saja nak bagi ilmu dekat Mak Kiah. Betul tak, Tok Jah?” Panjangkan leher, Ean sengaja berpurapura ajukan soalan pada Tok Jah. Disebabkan Tok Jah pun memang tak berapa berkenan dengan perangai Mak Kiah, cepat saja Tok Jah mengiyakan. “Tengok, Tok Jah pun setuju tau? Mak Kiah mesti ada telefon canggih. Nanti balik rumah daripada Mak Kiah layan TikTok, baik Mak Kiah belajar pasal konsep rezeki ni. Dapat juga ilmu berguna.” Lagi ayat pedas berapi.
73 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
Semedan buat orang tua itu bangkit berdiri. Kembang-kempis tahan bengang. “Eh, dah nak balik? Dah tak sabar nak belajar ilmu baru ke, Mak Kiah?” Acahacah tak mengerti. “Susah betul cakap dengan orang muda zaman sekarang. Niat kita baik nak bertanya, disindirnya kita habis-habisan. Sebelum nak nasihatkan aku, kamu tu patutnya belajar dulu pasal adab bila nak bercakap dengan orang tua.” Beria-ia Mak Kiah membebel, sakitnya hati Ean boleh pula tayang sengih bergula. “Baik, Mak Kiah. Saya menurut perintah..” Leret Ean. Habis modal, sudahnya Mak Kiah terus angkat kaki balik ke rumah sendiri. Terkekek-kekek Ean ketawa bila ingatkan balik wajah merah padam Mak Kiah.
74 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
“Tulah, menyibuk lagi hal rumahtangga orang.” Ean mengomel perlahan. Rasa lega bila salah seorang mak cik bawang terkenal dah angkat bendera putih dengan dia. Taubat mesti Mak Kiah takkan bertandang ke rumah Tok Jah selagi Ean ada di situ. “Kamu jangan ambil hati sangat dengan apa yang Mak Kiah tanya tadi tu, El.” Suara Tok Jah, seakan faham hati Elzara pasti tersinggung kala ini. Ukir senyum kelat, Elzara tak menyahut. “Tak apa, tok. Lagipun betullah apa Mak Kiah cakap. El ni dah tua, payah bila beristerikan perempuan berusia macam El.” Hampir tidak kedengaran suara Elzara. Perlahan-lahan turut bangkit dan meninggalkan ruangan dapur.
75 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
Tok Jah dan Ean langsung berpandangan sesama sendiri. “Kamu berdua ada masalah ke, Ean? El nampak tak gembira macam selalu. Sejak sampai rumah tok, muram aje muka dia kali ini.” Tok Jah seperti dapat hidu sesuatu yang tak elok sedang berlaku. Ean usap belakang kepala sendiri. Nak menipu, rasa tak sampai hati. Akhirnya Ean putuskan saja untuk berterus-terang. Manalah tahu kalaukalau Tok Jah ada cara macam mana nak hilangkan perasaan rendah diri seorang Elzara Hanan.
76 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
Bab 6
B
UNYI tangisan Ezrael sampai ke ruang tamu. Ean dan Tok Jah yang sedang ralit menonton televisyen langsung panjangkan leher. Masing-masing dah kerut kening. Kalau tak silap tadi Ezrael kata nak masuk tidur dengan Elzara. Dah kenapa tiba-tiba boleh melalak?
77 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
“Kenapa tu?” Tok Jah bersuara risau. Takkanlah Ezrael kenal sampuk pula malam-malam macam ni. “Kejap, Ean pergi tengok.” Ean dah berlalu menuju ke bilik. Elok pintu dikuak, Ean nampak Elzara elok berbaring di atas katil sambil membelakangkan Ezrael. Sementelah Ezrael duduk memeluk lutut di atas lantai. Berjurai-jurai air mata Ezrael. “What’s wrong, Rael?” aju Ean seraya menjatuhkan kedua-dua belah lutut. Dagu Ezrael dipaut. Penuh kolam mata Ezrael buat simpati Ean tumpah. Tak pernah-pernah Ezrael menangis sampai teresak-esak macam ni, tapi Elzara langsung tak ambil tahu atau memujuk. Jangan cakap gara-gara kejadian siang tadi Elzara masih nak tunjuk perangai.
78 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
Takkan disebabkan orang lain, anak sendiri jadi mangsa? “El, you tak dengar ke Rael menangis ni?” Suara Ean dah menderam. Boleh terhakis terus sabar Ean kalau Elzara berterusan macam ni. Elzara kekal statik. Sikit pun tak respons akan pertanyaan si suami. Geram, Ean bergerak mendekati Elzara. Dipaut kasar bahu Elzara supaya bertentang dengan dia. “Apa masalah you ni? You tak dengar ke anak kita menangis?” “I.. I tak boleh tengok muka Rael.” “What??” kepalang.
Terkejut
Ean,
bukan
Mulalah dada Ean rasa berdebardebar. Bimbang Ezrael dengar, terus Ean dukung Ezrael dan bawa ke bilik Tok Jah. Itu pun puas dipujuk si anak supaya 79 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
menurut kata. Mujurlah Ezrael sudi nak bagi kerjasama. Usai pindahkan Ezrael ke bilik Tok Jah, Ean kembali mendapatkan Elzara. Nafas Ean dah turun naik mengingatkan balik ayat Elzara tadi. “You ulang balik apa you cakap tadi, El.” Tutup pintu, berdiri bercekak sebelah pinggang di depan isteri. Elzara angkat tubuh bersandar pada katil. Tengok air muka Elzara, naik resah pula Ean dibuatnya. Takkanlah Elzara dah mula mengalami tanda-tanda kemurungan? Ya Allah, minta selisih. “I tak boleh tengok muka Rael.” “You sedar tak apa you cakap ni?” “I sedar, Ean. Tapi sumpah I tak minta pun nak jadi macam ni. Tiba-tiba saja I rasa rimas kalau Rael nak dekat-dekat 80 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
dengan I.” Suara Elzara tenggelamtimbul. Elzara sendiri keliru dengan apa yang sedang dilalui olehnya. “Habis tu tadi you pukul Rael ke?” tuduh Ean sebab tak mustahil kalau tengok gaya Ezrael menangis tadi. Sampai hampir hilang suara. Elzara geleng menafikan. “I cuma tepis bila dia cuba nak peluk I.” “Kalau macam ni keadaan you, esok juga I bawa you jumpa doktor.” “I tak sakit.” “Memang you tak sakit, tapi..” Ean tunjal sisi dahi sendiri. “Tapi mental you ni makin lama dah makin tak sihat, El. You banyak sangat berfikir dan tertekan pasal anak, sebab tu you jadi macam ni. I dah nasihat banyak kali, sampai berbuih mulut I ni cuba nak 81 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
positifkan you. Ada ke you dengar? Tak ada. Langsung tak ada!” Dada Ean turun naik menahan amarah. Bukan Ean tak sedar bibir Elzara dah mula tercebik-cebik mahu menangis. Saja butakan mata, tak mahu berlembut untuk kali ini. “You buat I hilang sabar, El. Sikap you ni dah terbawa-bawa sampaikan hati Ezrael pun you sanggup lukakan. I masih boleh bersabar sebab I faham keadaan you. Tapi Ezrael tu budak-budak lagi, takat mana sangat dia faham? Yang dia tahu dia nakkan kasih sayang you. Sampai hati you buat anak sendiri macam tu. Agak-agaknya sebab tulah you masih tak mengandung lagi sampai sekarang. Sebab seorang anak pun you dah tak mampu nak jaga, you masih ada hati nak meminta dua dan tiga?” Dek geram, mulut Ean dah tak bertapis 82 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
langsung. Ikut sedap rasa saja mengata Elzara. Sejurus buat air mata Elzara gugur menimpa pipi. Kecil hati, tapi dia tahu kata-kata Ean itu ada benarnya. Sebelum sempat si suami keluar meninggalkan ruangan bilik, laju Elzara melompat turun daripada katil. Tubuh Ean dipeluk kejap daripada belakang. “Lepas, El.” Terasa gelengan kepala Elzara di belakang tubuh. “I cakap, lepas.” “I tak sengaja, Ean. I minta maaf..” “You dah banyak kali minta maaf, tapi kesudahannya you tetap buat.” Ean cuba longgarkan pegangan Elzara. Gagal pabila si isteri ketatkan pelukan. 83 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
Bukannya Ean tak mampu nak leraikan. Bimbang terlampau berkeras, bakal menyakiti Elzara pula. Sebolehnya fizikal dan mental Elzara, Ean tak nak calarkan waima sebesar kuman. Tapi kalau dah keadaan bertambah teruk begini, daya apa sangat Ean ada sebagai seorang manusia? “I nak you pujuk Rael semula. Kalau tak, lepas ni I tidur dengan Rael. You tidur seorang diri. Lagipun sejak kebelakangan ni I dah tak rasa you sayangkan I lagi, El. You banyak jauhkan diri daripada I. Sekarang ni giliran Rael pula yang makan hati. You tak rasa ke yang you dah betulbetul melampau?” Suara Ean berubah rendah, jauh hati. “Ean..” Dan belum sempat Elzara nak bersuara lanjut, Ean terus longgarkan pegangan Elzara. Tak tunggu lama, Ean menapak keluar dari ruangan bilik. 84 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
Masuk ke bilik Tok Jah, Ean kuncikan diri di dalam. Ingatkan Elzara tak mengejar. Bila ketukan pada pintu bilik Tok Jah kedengaran bertalu-talu, siapa lagi yang mengetuk kalau bukan Elzara? “Ean, buka pintu ni..” laung Elzara merayu dalam tangisan. Tok Jah yang masih memeluk Ezrael mula menghela nafas panjang. “Tak baik buat dia macam tu, Ean.” Tok Jah jadi tak sampai hati pula dengan suara sayu Elzara di luar sana. “Biarkan dia, tok. Ada ke patut dia kata dia rimas dengan Rael. Rael tu anak dia, lahir daripada rahim dia!” Mencuka wajah Ean. Berani ungkit balik sebab dia tengok Ezrael dah tertidur di ribaan Tok Jah.
85 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
“Tok tengok perangai El tu pelik sikit kali ini. El betul-betul sihat ke, Ean?” “Otak dia yang dah tak sihat, tok. Kalau sihat, dia takkan terbawa-bawa dengan perkara remeh hinggakan perasaan orang di sekeliling pun dia dah tak ambil peduli. Anak tu rezeki. Kalau dah tak ada rezeki, takkan nak melawan takdir DIA sampai macam ni sekali?” Bersungguh-sungguh Ean meluah rasa. Tanda kesabaran Ean dah betul-betul menurun ke angka sifar. “Pergilah buka pintu tu, bincang elokelok. Takkan kamu nak tidur dengan tok pula?” Malas nak hangatkan hati Ean, Tok Jah ubah topik. “Memang Ean nak tidur sini. El tu, pandai-pandailah dia bawa diri. Cakap Ean, bukan dia nak dengar pun.” “Kamu dah tak sayang El?”
86 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
Ean senyap. Terus ambil Ezrael dari ribaan Tok Jah. Baringkan Ezrael di atas katil, Ean turut berbaring di sebelah. Buat Tok Jah mula menggelengkan kepala. Dua-dua sama saja, jenis tak makan nasihat. TERASA ada sepasang tangan yang menjalar pada perut, lena Ean sedikit terganggu. Ezrael elok tidur pulas di depan mata. Habis tu tangan siapa pula yang memeluk dia daripada belakang? Takkan Tok Jah kut? Tunduk pandang jemari yang melekap pada perut, Ean terus tak berkutik. Cincin pada jari si empunya tangan itu cukup Ean kenali. Cincin kahwin dia dan Elzara.
87 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
Macam mana Elzara boleh ada dekat sini? Fikir punya fikir, rasa-rasanya Ean dah mula faham. Mesti Tok Jah punya kerja. Kesiankan sangat cucu menantu, sampaikan Tok Jah sanggup pindah bilik dan biarkan Elzara tidur dengan dia. Cuba larikan tangan Elzara, terasa dahi Elzara melekap rapat pada belakang tubuhnya. Tanda si isteri belum lagi lena. “I nak tidur dengan you, Ean. I tak nak tidur seorang diri dekat bilik tu.” Suara Elzara, silap haribulan boleh buat Ean tak jadi nak merajuk lama-lama. Tak pasalpasal ada yang kena terkam kejap lagi. Haish! “I nak bangun kencing, takkan you nak I kencing dekat atas tilam ni pula?” “You tak lari? You takkan kunci I dekat luar lagi kan?” aju Elzara, semedan buat perasaan bersalah menyelit ke
88 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
tangkai hati Ean. Cara Elzara bertanya tu serupa anak kecil. Sebenarnya ada apa dengan seorang Elzara Hanan? Kenapa perangai Elzara selalu berubah-ubah? Tak menentu. “Cepatlah, El. I dah tak tahan ni..” Gesa Elzara supaya leraikan pelukan. Menggeletik Ean tahan rasa nak terkucil. Hujung-hujung. “You janji dulu you izinkan I tidur dekat sebelah you.” “El..” “Janji dulu, Ean?” “Ya, I janji. Dah, tepi sikit. Karang terburai dekat sini, satu kerja nak kena mop.” Tukas Ean dalam hati separa rela. Yakin dengan janji si suami, lambatlambat pelukan dileraikan. Sesaat pun Ean tak bertangguh. Berdesup Ean berlari ke tandas untuk lepaskan ‘hajat’. 89 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
Bimbang juga dah tua bangka pun masih terkencing dekat atas lantai, tak ke niaya kalau kena bahan dengan Tok Jah nanti? 90 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
Bab 7
E
AN dah pening kepala nak fikirkan tentang perubahan Elzara. Usai tidurkan Ezrael, bergegas Ean dapatkan Elzara di bilik. Tak tahu cara apa lagi yang masih ada untuk dia fahamkan Elzara. Ikutkan hati memang Ean dah nak angkat bendera putih. Tetap bertahan memandangkan cinta dan kasih itu masih lagi berada pada carta teratas dalam hatinya. 91 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
“Sampai bila you nak layan Rael macam tu?” Toleh sejenak, sebelum Elzara kembali menyembamkan dahi pada kedua-dua belah lutut. Kalau Ean nantikan jawapan, Elzara pun sama. Dia sendiri bingung dengan perasaan yang melanda dirinya. Tiba-tiba saja dia jadi rimas dengan Ezrael. Tiba-tiba juga dia jadi tak boleh berenggang dengan Ean. “I bukan sengaja nak layan Rael macam tu.” “Kalau bukan sengaja, apa lagi alasan you?” jerkah Ean buat bahu Elzara terhinggut sedikit. Semenjak isu anak ini mula menyesak benak Elzara, bibit-bibit pergaduhan itu
92 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
sudah terlalu biasa berlaku dalam rumahtangga mereka berdua. “I tak boleh kawal perasaan I, Ean. Tapi sumpah, I sendiri pun tak faham apa yang berlaku pada diri I. I cuba nak layan Rael macam biasa, tapi I tak boleh.” Berjurai air mata mengalir pada pipi Elzara. Dihimpit rasa bersalah. Seakan terngiang-ngiang tangisan Ezrael. Seperti masih terbayang-bayang raut wajah Ezrael yang lencun bermandikan air mata. “You tak boleh berterusan macam ni, El. You kena lawan perasaan mengarut tu kalau you sayangkan perkahwinan ni. Sabar I ada batas, I risau..” “You nak tinggalkan I, Ean?” Tegak tubuh Elzara, ajukan pertanyaan dalam debar yang mula menggila.
93 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
Ean ukir senyum plastik. Senyuman yang nyata sekali tidak berperisa. “I dah bagitahu you banyak kali, Elzara Hanan. Apa sekalipun yang berlaku, you tetap akan jadi sugar baby I sampai hujung nyawa. Tapi kalau keadaan berterusan macam ni, I risau salah seorang daripada kita akan mengalah. Topik anak tu tak perlu jadi salah satu asbab punca kita bertekak tak sudahsudah macam ni. Cukuplah you lepaskan tekanan you pada I, jangan libatkan Rael. Kesian Rael, dia tak tahu apa-apa.” Panjang lebar bicara Ean, mengharapkan sedikit pengertian. Supaya Elzara mampu berfikir secara waras kembali. Supaya hubungan mereka sekeluarga bisa pulih seperti dahulu semula.
94 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
Menyedut nafas dalam, Ean dah mula merangka-rangka di dalam kepala. Tak tahu tepat atau tidak. Cuma Ean rasa ini saja jalan yang terbaik daripada membiarkan Ezrael berterusan makan hati dengan sikap Elzara. Sejak pulang dari kampung Tok Jah, dah lebih tiga hari Ezrael disisihkan. Mula-mula Ean masih mampu buat-buat tak endah. Malam ini, sabarnya menghakis sudah. Elzara marah Ezrael serupa Ezrael dah buat satu kesalahan yang amat besar. Ezrael cuma merengek minta disuapkan nasi. Salah ke seorang anak mahu bermanja dengan ibu kandung sendiri? Kalau dulu tak perlu Ezrael minta, Elzara terlebih dulu yang sua tangan mahu menyuap Ezrael. Kadang-kadang suasana yang dulu.
Ean
95 | MY SUGAR BABY
rindukan
HANA (HE)
Yang lebih bahagia. Yang selalu penuh dengan gelak tawa. Tak sangka isu anak itu akan melarat hingga menjadi ‘barah’ sebegini. “Kalau you rasa dah benci sangat dekat Rael, I bawa Rael balik rumah orang tua I.” “No!” jerit Elzara tak bersetuju dengan keputusan Ean. Raup wajah, Ean sendiri menemui jalan buntu. Jauh di sudut hati, Ean yakin keputusan dia kali ini sudah terlalu tepat. Elzara perlukan bermuhasabah diri.
ruang
untuk
Ezrael perlukan seseorang untuk memujuk hati yang berduka. “Pagi esok I hantar dia rumah orang tua I. Lepas ni you dah tak perlu nak mengamuk macam tadi lagi.” 96 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
“You tak boleh bawa Rael. Rael anak I, I tak benarkan.” Kalut, Elzara melompat turun dari katil. Membontoti langkah kaki Ean ke bilik Ezrael. Bila Elzara bangkitkan perihal anak, semedan Ean pusing tubuh. “You cakap Rael tu anak you, tapi you sedar tak semenjak you sibuk nak mengandung lagi you dah banyak abaikan Rael? You selalu ikutkan emosi you. Bahkan I sendiri pun dah rasa terabai dengan sikap pentingkan diri sendiri you. You changed a lot, El.” Nada suara Ean jelas kedengaran kecewa. “No, I didn’t.” Deras juga Elzara menafikan. “Then why did you start avoiding me? Bukan setakat I, tapi Rael juga!” Paut kedua-dua belah bahu Elzara, Ean gegar supaya Elzara kembali sedar.
97 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
Terkunci rapat bibir Elzara. Sejujurnya Elzara sendiri tidak punya jawapan. Mendongak, sepasang mata bundar Elzara redup merenung Ean. “Bagi I masa, Ean. I akan cuba cari dekat mana silapnya diri I kali ni.” “I dah bagi you banyak peluang, tapi kesudahannya you tetap ikutkan emosi you. Jadi kali ni I hanya bagi you peluang terakhir. Kalau kata lepas ni I dapat tahu Rael menangis disebabkan sikap you lagi, I akan bawa Rael balik ke rumah orang tua I. Ini keputusan muktamad I. Tak ada sesiapa boleh halang termasuk you.” Bengkeng wajah Ean sewaktu menghambur bicara. “You tak pernah marah I sampai macam ni, Ean..” Terluah rungutan perlahan daripada ulas bibir Elzara. “Memang I tak pernah marah you seteruk ni sebab selama ni I cuba 98 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
bersabar. I tahankan saja hadap karenah you yang kadang-kala tak masuk akal. Cuma kali ni memang I tak nak bagi muka lagi. Makin dibiarkan you makin melampau.” “Jadi sekarang you nak cakap I dah mula menyusahkan you?” “Jangan putar-belitkan apa yang I cakap, Elzara.” Amaran Ean, tak mahu Elzara bertambah menyulitkan keadaan. “Kalau kata you dah tak mampu nak jaga I lagi, lebih baik you lepaskan I saja.” “You cakap apa ni, El? Dulu you minta I cari perempuan lain untuk diri I sendiri, sekarang you nak I lepaskan you pula? You cakap apa ni?” Lengan Elzara dicengkam tanpa sedar. Menyeringai Elzara tahan sakit. “Ean.. ss.. sakit.” Si isteri dah mula mengaduh. Sedar keterlanjuran diri, Ean jatuhkan kasar tangan ke sisi. Sempat 99 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
beristigfar di dalam hati, supaya dia tak lupa diri. “Kalau macam nilah perangai you, lebih baik you tak perlu mengandung langsung selepas ni. I pun dah tak hadap nak ada anak dengan you lagi,” luah Ean bukan datang dari hati. Sekadar terbabas mengikut amarah yang masih bersisa tak mahu pergi. Usai robekkan hati Elzara, tubuh Ean menghilang di dalam kamar yang menempatkan Ezrael. Meninggalkan Elzara termangu menjerut rasa di hadapan pintu bilik. Tersandar lemah pada dinding, Elzara sentuh dada sendiri. Jelas sedang berdegup laju. Tanda emosinya benar-benar terusik. Tanda jiwanya benar-benar tak tenteram.
100 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
Tanda sekeping hati sudah mula tercarik sedikit. Yang sebenar ada apa dengan mu, Elzara Hanan? Bermonolog, kerana Elzara sendiri tidak mengerti. Sesungguhnya apa yang melanda sekeping hati benar-benar di luar kawalan seorang Elzara Hanan. Elzara tak salahkan Ean, sebab dari awal lagi Elzara tahu yang terlebih bersalah adalah diri dia. Bukan orang lain.
101 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
Bab 8
E
AN baru nak fokus pada kerja, panggilan telefon yang tertera buat perhatiannya terganggu. Pandang dada skrin, terpapar nama ‘My Sugar Baby’. Merujuk kepada Elzara. Mengenangkan perang dingin masih tak habis, Ean abaikan saja panggilan yang masuk. Sekali.. 102 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
Dua kali.. Masuk kali ketiga barulah Ean mengalah. Itu pun sebab hati dia dah mula rasa tak keruan sedikit. Risau jugalah kalau-kalau berlaku kecemasan di rumah sepanjang ketiadaannya. Lekap telefon bimbit ke telinga, suara tangisan Ezrael yang pertama dulu Ean dengar. Terus tubuh Ean tegak. Jantung seakan tak duduk diam di kedudukan asal. Melompat-lompat mahu jatuh ke lantai. “Rael, kenapa ni?” aju Ean resah. Tangisan Ezrael makin bergema. “Daddyy.. mummy tak sayang Rael,” ujar Ezrael dalam sedu-sedan. Ketara si anak mesti sudah menangis agak lama sebelum berjaya menelefon dia. Dengar Ezrael mengadu, tersirap terus darah Ean naik ke muka. Baru semalam dia ingatkan Elzara, hari ini 103 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
Elzara dah buat anak tunggal mereka menangis lagi. Elzara ni betul-betul dah keterlaluan. “Mummy buat apa kali ni, Rael?” Gigi Ean sudah mula terketap geram. “Rael lapar. Rael suruh mummy buatkan susu, mummy buat tak tahu. Mummy tak bercakap langsung dengan Rael..” Tenggelam-timbul suara Ean garagara berselang-seli dengan tangisan. Pandang jam di tangan, sudah menginjak ke angka sebelas pagi. Jangan cakap sejak Ean pergi kerja Elzara biarkan Ezrael berlapar. Kalau betul, kali ni Ean memang nekad akan hantar Ezrael balik ke rumah Tan Sri Eshan. “Pagi tadi mummy siapkan breakfast tak?” “Tak, mummy cakap mummy letih. Mummy cakap mummy nak tidur sekejap. Tapi Rael lapar sangat, sebab tu 104 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
Rael minta susu. Tapi mummy tak bangun-bangun pun buatkan susu untuk Rael.” Jawapan Ezrael, tak mungkin Ezrael tahu menipu. Makin bernanah hati Ean yang mendengar. Kalau Elzara ada depan mata dia, memang teruk Elzara kena hambur. “Rael tunggu daddy, kejap lagi daddy sampai. Jangan letak telefon. Tunggu daddy tau?” Bibir berbicara, manakala tangan laju capai kunci kereta. Bergegas keluar dari pejabat, sempat Ean maklumkan kepergian dia pada setiausahanya. Kali ini apa nak jadi, jadilah. Ean memang dah tak peduli. Bergaduh sampai retak bumbung rumah sekalipun Ean tetap akan hantar Ezrael ke rumah Tan Sri Eshan. Sampai dibiarkan Ezrael kebulur, itu dah dikira sikap seorang ibu yang tak bertanggungjawab. Takkan Elzara tak 105 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
tahu yang Ezrael tu ada penyakit gastrik? Memang cari pasal kalau dah sampai memudaratkan kesihatan anak sendiri. You’re just too much, El. You’re just too much! Bentak Ean dalam hati, tak tahu macam mana mahu bersabar lagi. TAK cukup tanah Ean berlari masuk ke dalam banglo mewah kepunyannya. Bunyi tangisan Ezrael tiada, makin buatkan panik Ean mencanak naik. Kepala otak dah mula berfikir yang bukan-bukan. Bergegas ke bilik utama, pintu dikuak. Luluh hati Ean tengok Ezrael tertidur mengerekot di atas lantai. Bibir terketap. Rasa geram berpindah serta-merta kepada Elzara yang tidur pulas di atas 106 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
katil. Menjatuhkan kedua-dua belah lutut ke atas lantai, tubuh kecil Ezrael disauk ke dalam dukungan. Terbuka sepasang mata Ezrael bila sedar tubuhnya dicempung seseorang. Nampak muka Ean, terus bibir mencebik mahu hamburkan tangisan. “Shh.. daddy ada. Don’t cry, Rael.” “Mummy tak sayang Rael.” “Tak, Rael. Mummy sayang. Rael jangan cakap macam tu ya?” pujuk Ean seraya mengusap belakang tubuh Ezrael. Ezrael dah mula menangis perlahan. Teresak-esak di bahu Ean. Memikirkan si anak yang kelaparan, Ean bawa Ezrael ke ruangan dapur. Bancuhkan susu, Ean suruh Ezrael tunggu dia di bilik kanak-kanak itu. Sementelah Ean kembali masuk ke bilik utama dapatkan Elzara. 107 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
Menghangat hati Ean bila tengok Elzara sedap tidur di atas katil. Sikit pun tak rasa bersalah biarkan Ezrael menangis sendirian. Goncang bahu Elzara, paksa Elzara bangun. Tetap tak berkutik. “You jangan nak buat pekak, El. I cakap bangun, bangunlah. We need to talk!” amuk Ean mahu bersemuka dengan Elzara. Keadaan tetap sama. Sunyi-sepi. Sejurus buat Ean mula meraup wajah berulang kali. Mundar-mandir, Ean cuba titipkan kesabaran dalam diri. Kalau cara macam ni Elzara tak mahu bagi kerjasama, terpaksa Ean guna cara lain. Tentu menggelupur Elzara bangun merayu-rayu supaya Ean tak bawa Ezrael pergi nanti. “I anggap you memang sengaja nak mencabar I, El. Mulai hari ni I akan pindahkan Rael ke rumah mama. 108 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
Sekarang juga I akan kemaskan baju Rael. Lepas ni you jangan terhegeh-hegeh nak jumpa Rael lagi.” Ugutan Ean, berharap suara Elzara akan kedengaran menghalang tindakannya. Ean acah-acah mahu keluar dari bilik. Berkerut kening bila sebelah kaki sudah pun menapak keluar, Elzara tetap begitu. Tak bergerak walaupun seinci. Sekaligus buat Ean mula rasa sesuatu yang ganjil. Lambat-lambat Ean kembali mendekati katil yang diduduki Elzara. Renung, Amati, Sungguh dada Ean dah mula rasa hendak meletup. Kenapa gaya Elzara tidur tu macam sesuatu sangat? “Elzara..” Ean sentuh bahu Elzara, pegun.
109 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
Tiada respons daripada si isteri. Bertambah kuat hati Ean mengatakan sesuatu. Naik ke atas katil, Ean tepuk pipi Elzara berulang-kali. Pun tak berubah, Elzara tetap statik. Kali ni Ean dah mula rasa menyesal dan bersalah. Sibuk himpun kemarahan, kenapa Ean tak perasan wajah Elzara kelihatan pucat? ‘Pagi tadi mummy siapkan breakfast tak?’ - Ean ‘Tak, mummy cakap mummy letih. Mummy cakap mummy nak tidur sekejap. Tapi Rael lapar sangat, sebab tu Rael minta susu. Tapi mummy tak bangunbangun pun buatkan susu untuk Rael.’ - Ezrael Putarkan kembali perbualan dia dan Ezrael, Ean cuba sedarkan Elzara lagi. Saat tiada pergerakan yang dirasai, 110 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
yakinlah Ean yang Ean dah pun salah faham. “El, I’m really-really sorry..” tutur Ean, hampir saja mahu menangis. Tak bertangguh, tubuh Elzara dicempung keluar daripada bilik. Sempat berikan arahan pada Ezrael supaya ikut dia ke kereta. Hala tuju Ean kali ini hanya satu. Hospital!
111 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
Bab 9
T
AK salahkan Elzara kalau Elzara merajuk dengan dia. Selalu Ean tak pernah kalah dengan perasaan marah. Gagal untuk pertama kali sampaikan Ean tak sedar pun keadaan Elzara sewaktu sampai di rumah. Elzara pengsan.
112 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
Dan Ean masih sibuk nak melampiaskan rasa marah sebelum memeriksa dahulu keadaan si isteri yang terbujur kaku. Ah, suami jenis apa Ean ni? Sibuk salahkan Elzara, walhal salah sendiri lebih terbentang luas. Sepatutnya dari awal Ean dah boleh agak. Perubahan Elzara pastinya bersebab. Ragam wanita mengandung kan bermacam-macam jenis. Cuma Elzara antara yang paling unik. Selalu kalau disahkan mengandung, ada kaum isteri yang tak boleh dekatdekat dengan si suami. Terbalik situasi Elzara kerana yang menjadi mangsa adalah Ezrael. Peliknya bila dah tahu diri sendiri hamil, automatik perasaan itu menghilang tanpa disedari. “Sugar baby..” tegur Ean cuba meraih tangan Elzara. 113 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
Elzara tak tarik, tapi cara Elzara tu Ean tahu sangat Elzara masih terasa hati dengan dia. Buktinya Elzara hanya pandang Ean sekilas sebelum larikan pandangan. “I minta maaf, I tak tahu..” “Anak I mana, Ean?” cantas Elzara saat teringatkan Ezrael. Yang sebetulnya Elzara sengaja sentuh pasal Ezrael sebab nak alihkan topik mereka. Tak mahu terlalu mendesak, Ean ikutkan saja rentak Elzara. “Ada dekat luar, nak I panggilkan Rael?” Elzara angguk. Ean terus keluar dari wad. Tak sampai dua minit, muncul semula bersama Ezrael di sisi. Nampak kelibat Ezrael, senyum terukir pada bibir Elzara. 114 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
“Rael, sini dekat mummy..” panggil Elzara supaya Ezrael datang memeluk tubuhnya. Mula-mula nampak Ezrael macam takut-takut. Bila dongak pandang Ean dah Ean pujuk supaya Ezrael menurut barulah anak lelakinya itu menapak perlahan-lahan. Elok Ezrael berdiri dekat, terus Elzara paut Ezrael dan peluk erat. Bertalu-talu wajah Ezrael dicium. Seakan sudah berbulan-bulan dia dan Ezrael berpisah. Rindu. “Mummy minta maaf pagi tadi tak sempat nak buatkan susu untuk Rael. Mesti Rael lapar kan? Rael dah makan, sayang?” “Dah, tadi tok papa belikan makanan untuk Rael. Mummy tak marah Rael lagi?” Kedua-dua belah tangan Ezrael naik memegang pipi Elzara.
115 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
Tersentuh jiwa Elzara. Perasaan bersalah berlumba-lumba ke segenap hati. “Tak, mummy tak marah. Mummy sayang sangat dekat anak mummy ni.” “Betul?” “Betul, mummy sayang.” “Rael pun sayang mummy.” Jujur bicara Ezrael seraya memeluk tubuh Elzara. Lama keadaan mereka begitu sebelum Ean hantar Ezrael pada Tan Sri Eshan semula. Ezrael dah lepaskan rindu pada Elzara. Elzara pun dah minta maaf dan hubungan dua beranak tu pun dah kembali pulih. Cuma hubungan Ean dan Elzara saja yang masih belum dijernihkan. Elok tinggal mereka berdua, Ean mendekati Elzara di atas katil.
116 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
“Dah hampir 5 minggu.” Ayat mukadimah, sebab tak tahu macam mana nak mulakan perbualan. “I tak tahu I mengandung.” Sepasang mata bundar, redup merenung Ean. Ikutkan perasaan gembira yang merajai hati, dah lama Elzara tunduk buat sujud syukur. Benarlah kata Ean, Jika DIA mahu memberi, DIA tetap akan memberi. Dan pemberian itu tiba pada waktu yang paling tepat. “Kalau you tahu, mesti you takkan layan Rael macam tu. Emosi you tak menentu disebabkan pembawakan budak. Sepatutnya I yang lebih peka. I minta maaf, El..” Ean dah mula bersuara, mengakui khilaf sendiri. Sedut nafas dalam, Elzara lepaskan semula. Tak tahu nak beri reaksi bagaimana. Terus menyalahkan Ean dan 117 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
merajuk atau berikan peluang untuk mereka berdua berbaik kembali? Kalau salahkan Ean, rasa macam tak adil sebab selama ni pun Elzara juga selalu cari pasal dengan encik suami. Buat perangai tak kira masa. Percaya dengan omongan Nora sampaikan Ean terpaksa ikut campur. Paranoid tahap dewa. Tu tak dikira menyusahkan Ean lagi ke? Rasa-rasanya Elzara sendiri pun dah ada jawapan. “I dah banyak buat you susah hati kan, Ean?” aju Elzara tiba-tiba, buat Ean terkedu tak tahu nak jawab apa. “Tak seteruk I buat you makan hati, El..” luah Ean kesal. Elzara senyum segaris. Dah buat keputusan, nak noktahkan segala salah 118 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
faham cukup setakat ini saja. Nak hidup macam dulu, bahagia sentiasa. Penuh gelak tawa. “You tak tahu I bawa anak you dalam perut I.” “I tetap rasa bersalah.” “Anggap saja you dah berjaya tebus kesalahan you pada I.” “Sejak bila?” “Sejak I tahu dalam rahim I..” Jeda, telapak tangan Ean ditarik lalu dilekapkan pada dinding perut. Menjalar satu perasaan tenang ke dalam jiwa masing-masing. “Sejak I tahu dalam rahim I bakal ada zuriat you lagi.” “You tak kecil hati?” Elzara angguk. Menipulah kalau Elzara nak nafikan. Sedikit-sebanyak 119 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
tercalar juga jiwa dia dengan Ean sebelum ini. “Tapi you pun pernah kecil hati dengan I juga kan?” Giliran Elzara pula yang bertanya. Ean senyum kelat. Mengerti, belakang telapak tangan Ean dibawa rapat ke bibir. Dikucup berulang kali menzahirkan rasa kesal. “I minta maaf, Ean. Maaf sebab jadi isteri yang tak sempurna untuk you. Sepatutnya I senangkan hati you, tapi..” “You dengan I, kita sama-sama pernah buat silap. Tak perlu minta maaf sebab I dah lapangkan hati I sejak dulu lagi untuk memaafkan you.” “Terima kasih sebab masih bertahan dengan I. Terima kasih sebab tak pernah tinggalkan I walaupun I dah banyak kali menduga kesabaran you.” 120 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
“You’re my sugar baby, El. Sampai bila-bila pun I akan tetap memilih untuk ada di sisi you,” ujar Ean tulus, seraya menyelitkan juntaian rambut ke celah telinga Elzara. Mendengarkan bicara Ean, sejalur rasa tenang mengalir ke separuh hati. Sementara separuh lagi ketenangan perlu Elzara cari. Bukan dengan meminta pada Ean. Tapi pada DIA. Rasa-rasanya dah terlalu banyak dosa yang membebani, sepanjang menanti kehadiran si jantung hati yang menghuni rahimnya kini. Dear Allah S.W.T, I want to take a minute, not to ask anything from you. But simply to say thank you, for all I have. 121 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
Untuk kali ini, hanya ungkapan terima kasih yang mahu Elzara lafazkan berulang kali. Hanya untuk DIA, DIA yang memegang kunci kepada segala rezeki.
122 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
Bab 10
L
ENA tidur, terasa dahinya disapa dengan sesuatu yang basah. Daripada dahi, beralih pula pada kedua-dua belah pipi. Perlahan-lahan mata dibuka. Dalam mamai, sepasang mata mengesan kemunculan Ean dan Ezrael yang memakai.. “You buat apa ni?” Parau suara Elzara menyoal. Rasa nak tergelak pun ada 123 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
tengok Ean dan Ezrael elok memakai apron. “Pagi ni I dengan Rael siapkan sarapan untuk you.” “Pandai ke masak?” Kening Elzara terjungkit sebelah. “Pandailah, mummy. Daddy buat nasi goreng. Lepas tu Rael tolong daddy buatkan kek untuk mummy.” Ezrael menyampuk ceria. Berseri-seri wajah Ezrael pagi ini. “Buatkan kek?” Macam tak percaya Ean berbakat dalam bab-bab memasak macam ni. Ezrael angguk mengiyakan.
berulang-kali,
“Ya, I buatkan kek untuk you. Kek perisa apa, Rael?” Kerling si anak dekat sebelah, minta tolong jawabkan.
124 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
“Kek perisa cinta!” laung Ezrael seraya menyeringai menayang barisan gigi yang tersusun cantik. Ean mula memutar tubuh mencapai dulang di atas meja. “Pagi ni kita sarapan dekat bilik aje.” Letak dulang, Ean tengok Elzara macam tengah tahan senyum. “Kenapa senyum?” “I tak sangka lelaki sado macam you pun pandai buatkan kek.” “I ni spesies suami serba boleh, El. You cakap aje you nak makan apa hari ni, semua I boleh buat.” “Really?” Bebola bersinar-sinar.
mata
Elzara
“Yes, sugar baby. Kalau kata you nak makan..” Ean ukir senyum penuh makna. Tunduk merapat pada bibir Elzara, Ean 125 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
mahu berbisik sesuatu. Elzara dah mula tayang riak curiga. “Kalau kata you nak makan I pun boleh. Tapi kenalah tunggu Rael keluar dulu.” Sambung Ean buat kedua-dua belah pipi Elzara terasa kebas. Pandang Elzara. Pandang Ean. Bibir Ezrael tak menyempat langsung mahu bertanya. “Daddy bisik apa, mummy?” Ezrael panjat katil dan bersila di sebelah Elzara. Usap rambut Ezrael, Elzara menggeleng perlahan. Tak puas hati dengan jawapan Elzara, Ezrael tanya pula pada Ean. “Daddy bisik apa? Kenapa tak nak bagitahu Rael?” Muncung si anak dah mula kelihatan. 126 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
“Daddy cakap dekat mummy, petang nanti nak bawa Rael pergi Toys ‘R’ Us. Ish, baru nak buat kejutan. Tak jadi kejutanlah sebab Rael dah tahu.” Ean terpaksa menipu. Takkanlah Ean nak berterus-terang pula dengan Ezrael. Urusan orang tua mana boleh budak-budak ikut campur. Tercemar otak Ezrael nanti. “Betul ke, mummy?” Sekelip mata muncung Ezrael menghilang. Nak buat Ezrael percaya terpaksalah Elzara bersekongkol sekali. Tipikal kanak-kanak, mana ada yang tak suka pabila disogok dengan mainan? Terus bersorak giranglah Ezrael dibuatnya. Mesti lepas ni Ezrael sibuk pandang jam. Dah janji waktu petang, memang petang nanti berkicaulah mulut Ezrael datang menuntut janji.
127 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
“Dah lama mummy tak bawa Rael jalan-jalan kan? Kalau keluar pun kadang-kadang Rael dengan daddy aje.” Riak wajah Elzara seakan terkilan. Rasanya dah terlalu banyak dia abaikan Ezrael sebelum ini. Ezrael jatuhkan kepala. “Rael merajuk dengan mummy tak?” Kali ni Ezrael menggeleng pula sebagai jawapan. “Hari tu Rael merajuk bila mummy tak layan Rael. Rael ingat mummy tak sayang Rael lagi. Tapi daddy cakap..” Sepasang mata Ezrael tunak ke wajah Ean. “Daddy cakap sampai hujung nyawa mummy, mummy tetap akan sayangkan Rael. Walaupun nanti Rael dah ada adik.” Sengih, telapak tangan Ezrael mengusap perut Elzara yang masih kempis. Tersentuh hati Elzara. 128 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
Polosnya seorang kanak-kanak. Mana reti mahu menyimpan rajuk lama-lama. Tak pernah tahu erti dendam dan benci. “Mummy minta maaf tau?” “Rael maafkan mummy. Mummy pun maafkan Rael ya?” Tangan Elzara dibawa ke pipi. “Rael buat salah apa dekat mummy?” Kening Elzara berkerut. “Kadang-kadang Rael nakal, mesti mummy rasa penat dengan Rael.” Usia Ezrael walaupun hanya empat tahun, cerdiknya Ezrael berbicara seakan mengalahkan orang dewasa. “Rael tak nakal. menyusahkan mummy.”
Tak
pernah
“Nanti Rael tolong mummy jaga adik.” Lain pula yang meniti pada ulas bibir Ezrael. Ean yang memerhati perbualan
129 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
dua beranak itu sekadar mengukirkan senyum. Rasa lapang hati Ean. Rasa tenang seluruh jiwa. Tak sangka di sebalik ujian yang melanda rumahtangga mereka, ruparupanya Allah S.W.T mahu gantikan dengan sesuatu yang lebih berharga. “Terima kasih, El.” “Untuk apa?” “Terima kasih sebab sudi tumpangkan zuriat I dalam perut you lagi. Bukan senang nak mengusung satu nyawa selama 9 bulan 10 hari.” “I yang patut berterima kasih pada you. You suami yang baik, Ean Aditya. Yang selalu mengingatkan I di saat I lalai. Maaf sebab sebelum ni hati I keras nak terima semua nasihat you. Lepas ni I janji I akan cuba berubah, okey?” balas Elzara, 130 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
memang dah pasang niat untuk buang mana-mana sikap dia yang menjengkelkan. Paling penting selepas ini Elzara perlu belajar jadi seorang manusia yang tahu untuk bersyukur. Bersyukur dikurniakan suami sebaik Ean. Bersyukur diberikan anak yang soleh seperti Ezrael. Segala yang Elzara mahu, tak pernah lagi Allah S.W.T tak memberi. Lalu apa lagi yang Elzara mahu rungutkan selepas ini? Percayalah kadang-kadang Allah S.W.T tidak terus memberi sesuatu yang kita pinta itu hanya kerana satu asbab. Dan asbabnya adalah kerana DIA lebih tahu bila waktu yang paling tepat.
131 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
Epilog
E
LZARA baru nak lelapkan mata, waktu tu jugalah si kecil mula merengek. Tak sempat Elzara nak angkat tubuh, terasa ada tangan lain elok menolak kembali tubuh dia berbaring di atas katil. Terkelip-kelip sepasang mata Elzara pandang wajah Ean. “You rehat, El. Biar I yang jaga Meena.” Ean tak sampai hati nak suruh Elzara berjaga malam. 132 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
Dah banyak hari Elzara tak cukup tidur. Elzara masih dalam pantang, sebolehnya Ean tak mahu buat Elzara merasa penat. Sejak dapat adik, Ezrael pun dah tumpang sekali tidur dalam bilik mereka. Ada hari Ean bertegas. Ada hari Ean terpaksa mengalah. Lagipun Ezrael bukannya nak menyusahkan. Kata Ezrael, nak tolong tengok-tengokkan adik perempuannya. Sayang sangat pada Elya Ameena. “Tapi esok you kerja, Ean.” ‘Tak apa, I kan lelaki? Kuat lagi setakat nak jagakan Meena. You tidurlah. Susu you dah pump letak dalam botol kan? Kejap lagi I susukan Meena.” Ean ukir senyum segaris.
133 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
Sekadar memerhati Ean dodoikan Ameena di dalam dukungan, kantuk Elzara terasa menghilang. “Kenapa tak tidur lagi ni?” “Tak boleh tidur.” “Tak selesa Rael dekat sebelah ke? Nak I pindahkan ke bilik dia?” “Tak payah. Biarlah Rael tidur kat sini. Katil kita pun besar. Meena kan tidur atas katil dia.” Elzara menghalang. Tangan naik menyebak rambut Ezrael yang menutupi mata. Suasana sepi. Nak tidurkan Ameena, mana boleh bising-bising. Pantang dengar orang berbual, mesti Ameena sibuk nak intai di sebalik celahan mata yang terbuka. Comel. Hampir lima belas minit berlalu, Elzara tengok Ean dah mula menapak ke arah katil bayi. Dah terlena agaknya si 134 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
Ameena. Berhati-hati Ean letakkan tubuh si kecil di atas katil. Menapak menghampiri Elzara, nampak Ean mula membetul-betulkan urat. “Penat, Ean?” “Sikit..” Jujur, bersama senyum nipis yang bergayut pada bibir. “You pula, mesti lagi penat kan? Masa you lebih banyak dihabiskan dengan anak-anak,” tutur Ean. Dia yang baru ambil alih jaga Ameena pada waktu malam pun dah rasa letih, inikan pula Elzara yang hampir dua puluh empat jam bersama Ezrael dan Ameena. Walaupun Ean dah upahkan seseorang untuk menjaga Elzara sewaktu berpantang, tugas Kak Chah sampai ke petang sajalah. Lepas habis waktu bekerja Kak Chah, segala tugas menjaga dua orang permata hati dah tergalas pada bahu mereka. 135 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
“I tak boleh merungut, sebab dari dulu I yang nak sangat lahirkan anak untuk you lagi. Cuma..” Leret Elzara tak tahu nak teruskan bicara atau tidak. “Cuma apa?” “Cuma sekarang I perlu usaha lebihlah untuk dapatkan perhatian you.” “Maksud you?” “Daripada bertiga, sekarang dah berempat. Kasih sayang you pun you dah terpaksa agihkan untuk Meena juga.” “Cemburu?” “Tak.” “Hanya rindu.” “I kan ada depan mata you, El.” “I tahu. Jadi sekarang boleh ke kalau I nak peluk suami I?”
136 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
“I hak you, Elzara Hanan. Tak perlu minta izin. Come and hug me,” ujar Ean seraya merapatkan kedudukan. Sekejapan tubuh Elzara dipaut ke dalam pelukan. Ulas bibir membeku. Hanya degup jantung yang saling berbicara. Menyebut rasa cinta. Meluah rasa kasih. Melampiaskan rasa rindu. “Lepas ni nak mengandung lagi tak, El?” Tiba-tiba. “Nak.” “Tak menyesal berkongsi I lagi?”
kalau
terpaksa
“Tak. Tapi..” Elzara mula jarakkan kedudukan mereka sedikit.
137 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
“Tapi apa?” Dahi Ean berlapis. “Tapi kalau waktu tu I belum menopause lagilah. I dah nak masuk 43 tahun ni, Ean. You lupa ke isteri you ni dah tua?” “Tak pernah tua di mata I.” “Hakikatnya tetap tua juga kan?” “Tua-tua pun kalau I dah geram, I tarik naik ke katil juga.” “Ean..” “El, lepas ni dah tak payah tambah anak lagi ya?” sampuk Ean buat sepit ketam Elzara tak sempat nak berjalan. “Kenapa? You tak suka ada anak dengan I?” “Bukan macam tu, you jangan salah faham. I tak nak you mengandung lagi sebab I risau risikokan diri you. Lagipun dah cukup ada Meena dan Rael. Lepas ni 138 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
kita fokus pada keluarga kecil kita saja. Boleh?” Sedut nafas dalam, Elzara hembus perlahan-lahan. Sebelah tangan naik mengusap pipi Ean. “I dah banyak kali tak dengar nasihat you selama ni kan?” Ean diam. “You buat sesuatu keputusan untuk I sebab you dah fikirkan semua tu untuk kebaikan I kan?” Kali ni Ean angguk menjawab pertanyaan Elzara. Tersenyum Elzara merenung si suami. “Jadi kali ini I akan dengar cakap you, Ean Aditya. Lagipun I tahu usia I ni dah tak sesuai nak mengandung lagi. Dah cukup ada you. Dah cukup ada Meena dan Rael. Lepas ni I hanya mahu jadi manusia yang tahu bersyukur.” Putus Elzara, 139 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
mengundang satu kucupan hangat singgah pada dahi. Jika ditanya salah satu kenangan indah yang pernah terjadi dalam hidup seorang Elzara Hanan, jawapan Elzara adalah memiliki Ean Aditya sebagai seorang suami. “Ean, boleh ke I nak tanya sesuatu pada you?” “You nak tanya apa?” “Sampai bila I akan jadi sugar baby you?” “Sampai hujung nyawa I, El. Sampai hujung nyawa. Walaupun I dah ada Meena dan Rael, you tetap akan jadi yang paling istimewa dalam hati I.” Ulang Ean bersungguh-sungguh. Supaya Elzara percaya.. Hanya Elzara Hanan yang Ean mahu jadi penghuni hatinya. 140 | MY SUGAR BABY
HANA (HE)
Bukan saja dulu, tapi kini dan hingga sampai ke syurga. Love is not a temporary feeling or emotion. Emotions and feelings change, sometimes daily. But true unconditional love is everlasting. -TAMAT-
141 | MY SUGAR BABY
TINTA PENULIS MY SUGAR BABY, akhirnya ‘baby’ Hana ini berjaya ke versi ebook untuk kali kelima. Sebelum ni Hana hanya jual ebook bagi karya-karya (versi cetak) yang dah habis terjual dan rata-rata adalah keluaran lama iaitu sekitar 2017-2018 sahaja. Untuk MY SUGAR BABY, Hana garapkan khas buat pembaca tersayang. Tak ada apa yang Hana harapkan dalam naskhah ini melainkan pengajaran yang dapat anda-anda (readers) Hana manfaatkan. Tugas Hana sudah selesai untuk merealisasikan MY SUGAR BABY ke versi ebook. Maaf sekiranya nukilan ini tidak menepati cita rasa anda. Sesungguhnya Hana hanyalah manusia biasa. Menulis kerana minat dan ingin mencari rezeki yang halal. Mudahmudahan MY SUGAR BABY bakal mendapat tempat paling tinggi di hati anda semua. Insya-Allah. Sebarang komen boleh dihantar ke: Facebook 1: Hana Efriena (HE) Facebook 2: Hana Efriena II Email: [email protected] Untuk membaca sedutan-sedutan menarik keluaran HE Dynamic Publication yang lain, sila layari: Group 1 (FB): Nukilan Dari Hati: Novelis Hana Efriena (HE) Group 2 (FB): Group Gojes: Follower HE Dynamic Publication. Facebook Page: HE Dynamic Publication
Biodata (HANA EFRIENA) Lebih ingin dikenali dengan nama pena, Hana Efriena atau Hana (HE). Dilahirkan pada 17 Februari 1993 dan kini berusia 27 tahun. Menamatkan zaman bujang pada 22 Jun 2018 dengan jejaka pilihan hati dari negeri Kedah. Dikurniakan seorang cahaya mata bernama Putri Nur Hanan Sophea yang kini berusia tiga bulan. Anak jati Kuala Terengganu. Merupakan anak bongsu perempuan dalam kalangan adik-beradik. Lepasan Diploma In Business Studies dari UiTM Kuala Terengganu, Kampus Chendering dan telah menamatkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Operasi (Pentadbiran Perniagaan), Kampus Puncak Alam. Pada Januari 2019, Hana baru sahaja menamatkan pengajian pada peringkat Master in Office Systems Management di kampus UiTM Dungun dan kini dalam proses untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Doktor Falsafah. Seorang yang berdikari. Suka berangan dan suka merapu ada kalanya. Cita-cita? Sangat tinggi. Ingin menjadi seorang pensyarah berkelulusan PhD dan mewujudkan empayar perniagaan yang semakin maju suatu hari nanti. Moga Allah S.W.T permudahkan segala urusan Hana.
EBOOK/EDISI APRIL-MEI 2020