Data Loading...
RICE CHECK BERNAS Flipbook PDF
RICE CHECK BERNAS
107 Views
7 Downloads
FLIP PDF 214.14KB
RICE CHECK CHECK UTAMA 1 PENENTUAN KESESUAIAN TANAH Pastikan pH Tanah Sawah Tidak Berasid (Masam) Dan Keupayaan Pertukaran Kation (KPK) Yang Sesuai Bagi Mendapatkan Pertumbuhan Pokok Padi Yang Optimum 1. Dapatkan bantuan Pegawai Pengembangan untuk menentukan keasidan tanah. pH tanah yang optimum untuk ketersediaan nutrient adalah pH 5.5 – 6.5. pengapuran diperlukan jika pH kurang daripada 5.0. Jadual 1: Keperluan kapur mengikut pH tanah Nilai pH
Tahap
Kapur GML (t/ha) ≥5.0 Mencukupi Tiada pengapuran 4.9 – 4.5 Sedikit berasid 1.0 4.4 – 3.4 Berasid 3.0 ≤3.3 Sangat berasid 5.0 Nota: Dalam keadaan terendam bacaan pH boleh meningkat. Sebagai contoh pH 5.0 boleh meningkat kepada pH optimum pH 5.5 2. Keupayaan Pertukaran Kation (KPK atau CEC) yang sesuai ialah 20 cmol (+)/kg tanah. 3. Tanah yang mempunyai KPK kurang daripada 10 cmol (+)/kg, tanah perlu dirawat menggunakan bahan organik (Contoh: kompos) dan bahan pemegang nutrien (Contoh: zeolite).
CHECK UTAMA 2 KEADAAN PETAK SAWAH Pastikan Infrastruktur Berkeadaan Baik dan Sempurna Bagi Memudahkan Pengurusan Sawah
1. 2. 3. 4.
Terdapat saluran air masuk dan keluar bagi setiap petak sawah. Mempunyai struktur kawalan air dalam setiap petak sawah. Lebar batas sawah 30 – 45 cm dengan ketinggian air 15 – 20 cm. Batas mestilah kukuh dan tidak bocoe untuk mengawal air di dalam petak sawah dan mengurangkan tempat pembiakan tikus. 5. Batas mestilah bersih daripada rumpai bagi menghalang menjadi perumah kepada perosak. 6. Sistem pengairan dan saliran serta struktur kawalan air berfungsi dengan baik. 7. Jalan ladang mencukupi dengan lebar sekurang-kurangnya 4.5m.
PADIBERAS NASIONAL BERHAD
1
RICE CHECK CHECK UTAMA 3 PENYEDIAAN TANAH Pastikan Permukaan Sawah Rata untuk Mendapatkan Penapakan Anak Benih Maksimum dan Tumbesaran Pokok Seragam 1. Rancang penyediaan tanah supaya benih dapat ditabur atau ditanam mengikut jadual penanaman. 2. Pembakaran Jerami secara terkawal dilakukan sekiranya terdapat masalah penyakit dan infestasi padi angin yang serius pada musim sebelumnya. 3. Bahan pereput jerami hendaklah digunakan bagi meningkatkan kesuburan tanah. 4. Sebelum pembajakan tanah, pastikan petak sawah dibersihkan daripada jerami, tunggul, rumpai, padi batat dan padi angin. 5. Awasi semua operasi tractor supaya aktiviti penyediaan tanah dijalankan dengan sempurna Jadual 2: Aktiviti Penyediaan Tanah Aktiviti Pembajakan Bajak 1 (30 hari sebelum tanam)
Keadaan Tanah Kering atau basah
•
• •
•
•
Bajak 2 (7 – 10 hari sebelum tanam)
Kering atau basah
•
• Bajak 3 atau Badai (1 – 2 hari sebelum menanam)
PADIBERAS NASIONAL BERHAD
Basah (paras air: 3 – 5 cm)
2
• •
Keterangan Tujuan: memecah dan membalik-balikkan tanah untuk membasmi tunggul dan menggalakkan pereputan. Kedalaman bajakan: 10 – 15 cm. Saiz ketulan tanah yang dihasilkan ialah 20% kurang daripada 2.5 cm, 40% antara 2.5 – 5.0 cm dan 40% melebihi 5.0 cm. Gunakan traktor berkuasa kuda 60 – 70 untuk pembajakan tanah kering bagi memelihara lapisan padat tanah. Pastikan alat bajak putar diangkat semasa membuat pusingan bagi menjaga lapisan tanah. Tujuan: melumatkan tanah. Saiz ketulan tanah kurang daripada 2.5 cm (bajak kering). Kedalaman bajakan: 5 cm. Tujuan: meratakan permukaan tanah. Permukaan sawah mestilah rata pada tahap kerataan tanah ±2.5 cm
RICE CHECK CHECK UTAMA 4 PENAMARAN Pastikan Benih Padi Sah Digunakan bagi Mendapatkan Pertumbuhan Pokok Padi yang Cergas, Bebas Penyakit dan Padi Angin 1. Gunakan benih padi sah yang telah diperakukan oleh Jabatan Pertanian. 2. Pilih varieti padi mengikut kesesuaian sawah. Jadual 3: Kaedah penanaman dan kadar benih Kaedah Tabur terus (basah)
Kadar Benih 120 – 140 kg/ha
Keterangan 1. Buka beg benih dan rendam benih padi dalam air bersih selama 24 jam. 2. Laksanakan rawatan benih jika menggunakan varieti padi yang rentan penyakit. 3. Tos dan peram (selimutkan dengan guni) selama 24 – 48 jam di tempat berbumbung untuk percambahan optimum. 4. Pastikan keadaan tanah sawah telah diratakan dan tepu air sebelum menabur benih. 5. Tabur dengan mesin penyembur bagi memastikan taburan benih adalah sekata supaya mencapai sekurang-kurangnya 400 biji benih/m2.
Tabur terus dalam air (untuk mengawal padi angin) Mencedung (mekanikal)
150 – 180 kg /ha
Bertakung pada kedalaman optimum 10 cm.
80 kg/ha
Gunakan anak semaian berumur 15 – 18 hari. Jarak tanaman 18 cm x 30 cm. Bilangan anak semaian 3 – 5 anak/perdu.
Mencedung (manual)
40 kg/ha
Gunakan anak semaian berumur 21 – 25 hari. Jarak tanaman 25 cm x 25 cm. Bilangan anak semaian 3 – 5 anak/perdu.
PADIBERAS NASIONAL BERHAD
3
RICE CHECK Jadual 4: Sasaran Komponen Hasil Padi Peringkat Pertumbuhan 15HLT (3 helai daun)
Sasaran Komponen Hasil Catatan Bagi 10 t/ha 260 anak benih/m2 Sekiranya kepadatan pokok kurang 200 pokok/m2, kurangkan aras air sawah untuk menggalakkan pengeluaran anak padi
35HLT
500 pokok/m2
100HLT
460 pokok/m2 100 biji/tangkai 80% bernas 27 gram berat 1,000 biji
CHECK UTAMA 5 PENGURUSAN PEMBAJAAN Pastikan Pembajaan Dilakukan Dengan Cukup dan Tepat Pada Waktunya Bagi Menjamin Hasil Yang Tinggi 1. Pembajaan penting untuk memastikan sasaran komponen hasil cepat dicapai 2. Kadar baja dan masa pembajaan disyorkan mengikut variety adalah seperti berikut:
PADIBERAS NASIONAL BERHAD
4
RICE CHECK Jadual 5: Kadar dan masa Pembajaan bagi Kaedah Tabur Terus
JENIS BAJA
PENGESYORAN SEBENAR (kg/ha)
BANTUAN PEMBERIAN KERAJAAN (kg/ha)
KEPERLUAN TAMBAHAN OLEH PETANI (kg/ha)
Baja Sebatian* (17.5:15.5:10 atau 17:20:10)
140
140
-
57
-
57
42
-
42
Urea 46%
80
80
-
Baja Sebatian* (17.5:15.5:10 atau 17:20:10)
107
100
7
Baja Sebatian Tambahan* (17:3:25+2 MgO)
100
100
-
Urea 46%
12
-
12
Baja Sebatian Tambahan* (17:3:25+2 MgO)
50
50
-
Urea 46%
20
-
20
TEMPOH MATANG PERINGKAT 95-105 105-115 >115 PEMBAJAAN HARI LEPAS TABUR (HLT)
Pembajaan Pertama
Pembajaan ke-2
Pembajaan ke-3
Pembajaan ke-4
15
25-30
45-50
65-70
15
30-35
50-55
70-75
15
35-40
60-65
85-90
Nota: *Baja bantuan kerajaan a) b) c)
Penggunaan baja foliar Kadar nutrient pengesyoran – 120.25:69:87.4 Kadar nutrient pemberian – 103.5:41.7:61.5
PERINGKAT TUMBESARAN
Vegetatif (3 helai daun)
Beranak Aktif
Pembentukan tangkai
Terbit dan berbunga
Triple Super Phosphate (TSP-46% P2O5) Muriate of Potash (MOP-60% K2O)
RICE CHECK Jadual 6: Kadar dan masa Pembajaan bagi Kaedah Mencedung
JENIS BAJA
PENGESYORAN SEBENAR (kg/ha)
BANTUAN PEMBERIAN KERAJAAN (kg/ha)
KEPERLUAN TAMBAHAN OLEH PETANI (kg/ha)
Baja Sebatian* (17.5:15.5:10 atau 17:20:10)
140
140
-
57
-
57
42
-
42
Urea 46%
80
80
-
Baja Sebatian* (17.5:15.5:10 atau 17:20:10)
107
100
7
Baja Sebatian Tambahan* (17:3:25+2 MgO)
100
100
-
Urea 46%
12
-
12
Baja Sebatian Tambahan* (17:3:25+2 MgO)
50
50
-
Urea 46%
20
-
20
TEMPOH MATANG PERINGKAT 95-105 105-115 >115 PEMBAJAAN HARI LEPAS TABUR (HLT)
Pembajaan Pertama
Pembajaan ke-2
Pembajaan ke-3
Pembajaan ke-4
5-7
20-25
40-45
60-65
5-7
25-30
45-50
65-70
5-7
25-30
55-60
75-80
PERINGKAT TUMBESARAN
Vegetatif (3 helai daun)
Beranak Aktif
Pembentukan tangkai
Terbit dan berbunga
Triple Super Phosphate (TSP-46% P2O5) Muriate of Potash (MOP-60% K2O)
Nota: *Baja bantuan kerajaan 1.
Penggunaan baja foliar sebagai baja tambahan sangat digalakkan pada peringkat 65HLT dan 85 HLT bagi meningkatkan pengisian biji padi.
RICE CHECK CHECK UTAMA 6 PENGURUSAN AIR Pastikan Air Diurus dengan Cekap untuk Mengawal Rumpai dan Mendapatkan Kepadatan Pokok yang Optimum 1. Air dimasukkan ke dalam sawah mengikut jadual pengairan yang dikeluarkan oleh agensi yang berkaitan. 2. Sekiranya perlu, lorong air dibuat untuk mempercepatkan pengairan dan saliran mengikut kesesuaian tempat. 3. Kedalaman air di dalam sawah dinaikkan secara beransur-ansur (Jadual 7). Jadual 7: Kedalaman Air Mengikut Peringkat Pertumbuhan Padi Hari Lepas Tabur (HLT) 0-7 7-10 15-40 40-90 Air dikeluarkan 10-14 hari sebelum penuaian
PADIBERAS NASIONAL BERHAD
7
Peringkat Pertumbuhan Padi Percambahan Penapakan Beranak Pembentukan tangkai, bunting, terbit, bunga dan pengisian biji Tuai (masak)
Kedalaman Air (cm) 0 (tanah tepu) 3-5 5-7 5-10 Air dikeluarkan
RICE CHECK CHECK UTAMA 7 PENGURUSAN PEROSAK BERSEPADU Pastikan Rumpai dan Perosak Dikawal Kerana akan Mengurangkan Hasil Padi A. Kawalan Rumpai Pemantauan rumpai perlu dijalankan setiap minggu dan tindakan kawalan diambil jika perlu Jadual 8: Syor Kawalan Mengikut Jenis Rumpai Peringkat Penanaman Peringkat penyediaan tanah (sebelum pembajakan pertama) Selepas tabur benih dan sebelum masuk air (0-7 HLT) a) Penanaman padi selain Clearfield b) Penanaman padi Clearfield Peringkat vegetative (sebelum bunting) Sebelum 40 HLT untuk varieti matang awal (100 hari) Sebelum 60 HLT untuk varieti matang lewat (125 hari)
PADIBERAS NASIONAL BERHAD
8
Jenis Rumpai Rumpai Padi angin Padi batat
Syor Kawalan Sembur racun Glufosinateammonium/Glyphosate
Rumpai & Padi angin Padi angin
Sembur racun pracambah Pretilachlor Sembur racun On Duty mengikut panduan Sistem Pengeluaran Clearfield
Rumpai daun tirus Contoh: Rumput Sambau (Echinochloa crus-galli) Rumput Colok Cina (Ischaemum rugosum) Rumput Bunga Tebu (Leptochloa chinensis)
Metsulfuron-methyl Bensulfuron/ 2,4-D/ Quinclorac dan lainlain
Rumput daun lebar Contoh: Paku Rawan: (Limnocharis flava) Keladi Agas (Monochoria vaginalis) Cabai Kera (Sphenoclea zeylanica)
RICE CHECK Peringkat Penanaman
Jenis Rumpai Rusiga Contoh: Rumpai Air (Cyperus difformis) Rusiga Anak Emas (Cyperus iria) Rumput Tahi Kerbau (Fimbristylis miliacea)
Peringkat pembungaan
Padi angin, Rumput Sambau (Echinochloa crus-galli) dan lainlain
Syor Kawalan 2,4 D/Bentazone sodium dan lain-lain
Membuang rumpai secara manual (penakalan). (Penggunaan racun rumpai tidak disyorkan)
*Penggunaan racun perlulah mengikut label pada produk
Langkah-langkah bagi mengawal padi angin adalah seperti berikut : 1. Gunakan biji benih padi sah yang diperakukan oleh Jabatan Pertanian Malaysia. 2. Penyediaan tanah perlu dilakukan dengan sempurna supaya bank biji benih padi angin di dalam tanah dapat dikurangkan. 3. Pastikan kedalaman air 5-10 cm sepanjang pertumbuhan pokok untuk mengelakkan pertumbuhan padi angin. 4. Pantau infestasi padi angin dan jalankan penakaian selepas umur padi 40 HLT hingga matang (padi angin hanya dapat dibezakan dengan padi varieti sebenar selepas padi berumur 40 HLT). 5. Penggunaan Sistem Pengeluaran Padi Clearfield (MR220 CL1/CL2) disyorkan selama 2 musim penanaman sahaja.
B) KAWALAN PEROSAK DAN PENYAKIT
1. Kawalanperosak perlulah mengikut kaedah Pengurusan Perosak Secara Bersepadu (IPM). 2. Elakkan menyembur racun serangga sebelum 40 HLT KECUALI serangan telah mencapai Tahap Ambang Ekonomi (ETL) bagi memulihara musuh semulajadi (MSJ). 3. Elakkan daripada penggunaan baja berunsur nitrogen berlebihan.
PADIBERAS NASIONAL BERHAD
9
RICE CHECK Jadual 9: Tahap Ambang Ekonomi (ETL) Beberapa Perosak Utama Padi Peringkat Padi
Perosak Tikus (Rattus sp.)
Semua peringkat tanaman
0-14 hari
14-50 hari
14-50 hari
40-70 hari
14-60 hari Peringkat pengisian
Ulat ratus (Mythimna separata, Spodoptera sp.) Siput gondang (Pomacea sp.) Ulat gulung daun (Cnaphalocrocis medinalis, Marasmia patnalis) Ulat batang (Scirpophaga incertulas, Sesamia inferens, Chilo sp.) Benah Perang (Nilaparvata lugens) Benah belakang putih (Sogatella furcifera) Benah hijau (Nephotettix sp.)
Kutu beruang (Scotinophara coarctata) Sera tombak padi (rice gall midge) (Orseolia oryzae) Kesing atau Pianggang (Leptocorisa sp.)
Tahap Ambang Ekonomi (ETL) 5% serangan
1 ekor/kuadrat*
1 ekor/m2 30% serangan
10% serangan atau 1 kelompok telur/m2 atau 1 ekor kupu-kupu dewasa/m2 5 dewasa atau 10 nimfa/kuadrat* 5 dewasa ata 10 nimfa/kuadrat* 5 dewasa/25 sauk (kawasan-ve PMV) 1 dewasa/25 sauk (kawasan +ve PMV) 2 dewasa/kuadrat* 5% serangan
2 dewasa/kuadrat*
Contoh (Perawis Aktif) Chlorophacinone Brodifacoum Warfarin Carbaryl, Diazinon, Fenitrothion Niclosamide Metaldehyde Cartap hydrochloride, Flubendiamide
Fipronil Chlorantraniliprole
Buprofezin Imidacloprid Thiamethoxam Pymetrozine
Fenthion, Malathion Fipronil, Imidacloprid Thiamethoxam Fenthion, Carbaryl, Alpha• Cypermethrin,
Kepinding (Nezara viridula) Nota: • •
*10kuadrat diperiksa bagi setiap lot sawah (saiz kuadrat 15cm x 15cm). ETL perosak adalah purata bilangan perosak bagi 10 kuadrat tersebut. Diameter sauk 35cm.
PADIBERAS NASIONAL BERHAD
10
RICE CHECK 4. Kawalan penyakit dilakukan apabila terdapat simptom serangan, walau bagaimanapun bagi penyakit hawar daun bakteria dan karah tangkai perlu semburan pencegahan sekiranya menanam varieti rentan. PERHATIAN: Kekerapan penyemburan perlu ditingkatkan pada musim hujan bagi kawalan penyakit hawar daun bakteria Jadual10: Syor Kawalan Penyakit Mengikut Pertumbuhan Pokok Padi Peringkat pertumbuhan padi Semaian
Penyakit Karah daun (Pyricularia oryzae)
Beranak aktif Hawar daun bakteria (Kresek) (Xanthomonas oryzae pv oryzae) Bakanae (Gibberella fujikuro)
Beranak maksimum Pembentukan tangkai
Bunting Terbit
Penyakit merah virus (PMV/Tungro) Hawar daun bakteria (Xanthomonas oryzae pv oryzae) Jalur Daun bakteria (Xanthomonas oryzae pv oryzicola) Hawar seludang (Rhizoctonia solani) Reput seludang (Sarocladium oryzae) 'Collar rot' dan karah tangkai (Pyricularia oryzae)
Masuk susu Membeku Matang
PADIBERAS NASIONAL BERHAD
Bintik perang tirus (Cercospora oryzae) Bintik perang (Cochliobolus miyabeanus) Bertih (Ustiloginoidea virens)
11
Contoh (Perawis Aktif) Azoxystrobin, Trifloxystrobin, Carbendazim, lsoprothiolane, Tricyclazole Berasaskan kuprum: Copper sulphate, copper hydroxide Rawatan biji benih menggunakan Thiram atau Benomy Kawal vektor (benah hijau) dengan semburan racun. Berasaskan kuprum: Copper sulphate, Copper hydroxide Berasaskan kuprum: Copper sulphate, Copper hydroxide Difenoconazole, Propineb, Tebuconazole, Pencycuron Tebuconazole, Carbendazim, Mancozeb Azoxystrobin, Trifloxystrobin, Carbendazim, Isoprothiolane, Tricyclazole Propiconazole, Propineb, Carbendazim, Benomyl Propiconazole, Carbendazim Carbendazim
RICE CHECK CHECK UTAMA 8 PENGURUSAN PENUAIAN Pastikan Aktiviti Penuaian Diselia bagi Mengurangkan Kehilangan Hasil Semasa Penuaian 1. Keringkan air di petak sawah 10- 14 hari sebelum penuaian. 2. Tuai padi apabila 85-90% biji padi dalam tangkai berwarna kuning. 3. Penuaian dijalankan dalam keadaan persekitaran sawah yang kering dan tidak berembun, biasanya antara pukul 11.00 pagi-6.00 petang dan elakkan menuai pada waktu hujan. 4. Jentuai mesti dibersihkan supaya bebas daripada padi angin, rumpai dan siput gondang sebelum aktiviti penuaian dijalankan. 5. Operasi jentuai mesti diawasi untuk mengurangkan kehilangan hasil dan menjamin kualiti hasil, melalui tumpuan kepada perkara berikut: a) Pastikan pelarasan jentuai dilakukan pada bahagian pengaut, pemotong dan kipas pengangin supaya dapat beroperasi pada kecekapan yang tinggi. b) Pokok padi perlu dipotong 1/3 daripada hujung ketinggian pokokdan lebar tuaian perlu diselaraskan 3/4 daripada lebar meja pemotong. c) Jentuai beroperasi pada kelajuan sederhana (