Data Loading...

Sejarah Tingkatan 4 KSSM Flipbook PDF

Bab 1 : Warisan Negara Bangsa Nota : Cikgu Hasni (2021)


113 Views
42 Downloads
FLIP PDF 245.83KB

DOWNLOAD FLIP

REPORT DMCA

Sejarah Tingkatan 4 KSSM BAB 1: WARISAN NEGARA BANGSA

Nota Cikgu Hasni (2021)

1.1 LATAR BELAKANG NEGARA BANGSA SEBELUM KEDATANGAN BARAT KEMUNCULAN KERAJAAN ALAM MELAYU Abad Pertama Kerajaan Funan

Abad Kedua Keraajan Champa

Abad Ke 16 Kesultanan Johor

Abad Ketujuh Keraajan Srivijaya

Abad Ke 15 Kesultanan Melayu

CIRI – CIRI NEGARA BANGSA KERAJAAN ALAM MELAYU

CIRI –CIRI NEGARA BANGSA KERAJAAN ALAM MELAYU

 

  

RAJA Tonggak utama kerajaan Kedudukan raja diperkukuh dengan sistem pentabiran yang dibantu oleh pembesar Memperoleh ketaatan daripada rakyat Dianggap suci Contoh: Raja Champa – Dewa Siva.

UNDANG –UNDANG  Dilaksanakan untuk kesejahteraan sesebuah kerajaan  Dipakai di seluruh wilayah pengaruh  Menjadi panduan dalam pemerintahan kerajaan  Contoh: Kerajaan Majapahit mengamalkan undang undang Kutara Manawa.

WILAYAH PENGARUH  Merupakan kawasan yang rakyatnya menerima dan memperakui pemerintahaan seseorang raja  Contoh: Kerajaan Funan mempunyai wilayah pengaruh yang luas dari Sungai Mekong , Teluk Cam Rah , selatan Myammar dan Segenting Kra.

RAKYAT  Merujuk penduduk di dalam sesebuah wilayah yang setia kepada raja dan tidak menderhaka.  Contoh: Kerajaan Srivijaya membuktikan kesetian mereka kepada Raja Srivijaya dengan upacara persetiaan dan meminum air sumpah.

Sejarah Tingkatan 4 KSSM BAB 1: WARISAN NEGARA BANGSA

Nota Cikgu Hasni (2021)

1.2 CIRI-CIRI NEGARA BANGSA KESULTANAN MELAYU MELAKA CIRI-CIRI NEGARA BANGSA KESULTANAN MELAYU

KERAJAAN Muncul disebabkan oleh adanya raja. Raja merupakan pemerintah tertinggi dan dibantu oleh pembesar Pemerintahan raja diperkukuh dengan Sistem Pembesar Empat Lipatan Sistem pentadbiran kerajaan yang tersusun menjadikan Melaka sebagai empayar yang terkenal.  Selepas kedatangan Islam, pemerintahaan Kesultanan Melayu Melaka mula menggunakan gelaran Sultan.    

RAKYAT     

Rakyat menumpahkan taat setia kepada Sultan Melaka Mematuhi undang-undang yang dikuatkuasakan dalam Kesultanan Melayu Melaka Rakyat Melaka terdiri daripada orang Melayu dan Orang Laut. Golongan diperintah terdiri daripada golongan merdeka dan hamba Raja menjamin kesejahteraan rakyat Melaka , rakyat mengakui kekuasaan sultan (mewujudkan persefahaman dan ikatan).

Golongan Pemerintah Sultan dan Pembesar

Golongan diperintah Rakyat

Hierarki Sosial Kesultanan Melaka

KEDAULATAN  Ialah lambang kekuasaan tertinggi seseorang sultan  Merupakan hak mutlak sultan untuk mengawal rakyat dan wilayah  Kesultanan Melayu Melaka diakui oleh kerajaan lain dan bebas daripada campur tangan kuasa asing  Diiktiraf oleh Kerajaan Dinasti Ming (KDM) China  KDM menghantar beberapa orang utusan antaranya Laksamana Cheng Ho untuk mngeratkan hubungan antara China dengan Melaka

Sejarah Tingkatan 4 KSSM BAB 1: WARISAN NEGARA BANGSA

Nota Cikgu Hasni (2021)

WILAYAH PENGARUH  Merujuk kawasan pemerintahan raja yang diterima dan diakui oleh rakyat  Kesultanan Melayu Melaka (KMM) mempunyai wilayah pengaruh yang luas merangkumi keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu dan Pantai Timur Sumatera  Diperoleh melalui penaklukan, naungan dan perkahwinan  Yang luas membuktikan kewibawaan pemerintah kerajaan ini

UNDANG –UNDANG    

Terdapat dua undang-undang bertulis pada zaman Kesultanan Melayu Melaka Hukum Kanun Melaka & Undang –undang Laut Melaka Digunakan untuk mengukuhkan kerajaaan dan melindungi rakyat Menjadikan Kesultanan Melayu Melaka sebagai sebuah kerajaan unggul

LAMBANG KEBESARAN    

Merupakan identiti sesebuah kerajaan dan keistimewaan Sultan Melaka Ini juga menjadi simbol kedaulatan sultan yang memerintah Ini termasuklah adat istiadat, penggunaan warna , nobat, regalia and cap mohor Cap Mohor digunakan untuk mengesahkan arahan daripada sultan.

WILAYAH TAKLUKAN  Wilayah yang diperoleh melalui peperangan  Contoh : Pahang, Kuala Linggi, Kelantan, Rokan, Inderagiri & Kampar

WILAYAH NAUNGAN  Wilayah yang menerima ketuanan KMM samada melalui perkahwinan @ persahabatan  Contoh: Lingga, Patani & Kedah

3

PEROLEHAN WILAYAH MELALUI PERKAHWINAN  Contoh: Kerajaan Majapahit menghadiahkan Siantan kepada Sultan Mansur Shah kerana mengahwini puteri Majapahit

Sejarah Tingkatan 4 KSSM BAB 1: WARISAN NEGARA BANGSA

Nota Cikgu Hasni (2021)

1.3 KEUNGGULAN SISTEM PENTADBIRAN DAN UNDANG-UNDANG SISTEM PENTADBIRAN

SULTAN

BENDAHARA

TEMENGGUNG

PENGHULU BENDAHARI

LAKSAMANA

SISTEM PENTADBIRAN KESULTANAN MELAYU MELAKA

  



Adalah suatu sistem yang tersusun and berhierarki. Dikenali sebagai PEMBESAR EMPAT LIPATAN Sultan memberikan kuasa memerintah @ mentadbir sesuatu wilayah , sungai atau pulau kepada para pembesar berempat (Bendahara, Temenggung, P. Bendahari, Laksamana) Setiap kawasan pentadbiran ini dikenali sebagai KAWASAN PEGANGAN

JAWATAN

TUGAS

Sultan



Bendahara

   

Mengetuai pemerintahan yang mempunyai kuasa dalam segala aspek pemerintahan, peperangan, hubungan diplomatik & agama Ketua pentadbir@ketua turus angkatan tentera Menasihati sultan dalam pelbagai perkara Pemangku sultan Menguruskan perbendaharan secara teratur

   

Mengutip cukai di pelabuhan Menjaga keselematan Kota Melaka Panglima angkatan laut Melaka Menguruskan pentadbiran di daerah dan kampung

Penghulu Bendahari Syahbandar Temenggung Laksamana Pembesar

4

Sejarah Tingkatan 4 KSSM BAB 1: WARISAN NEGARA BANGSA     

1.

Nota Cikgu Hasni (2021)

Mempunyai dua peringkat iaitu PENTADBIRAN PUSAT & PERINGKAT JAJAHAN Pentadbiran peringkat pusat dilaksanakan oleh Pembesar Berempat yang terdiri daripada Bendahara,Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana. Pada peringkat jajahan, pembesar ditugaskan untuk menguruskan pentadbiran di dearah dan kampung Pembesar ini diantik oleh Sultan dan Pembesar Berempat Peranan :- menjaga dan mengekalkan keamanan kawasan pentadbiran dan dibenarkan mengutip cukai

UNDANG –UNDANG  Kesultanan Melayu Melaka mempunyai dua undang undang 1) Hukum Kanun Melaka 2) Undang- undang Laut Melaka  Ini diperkenalkan bagi melaksanakan pentadbiran untuk menjamin kemakmuran dan kesejahteraan Kesultanan Melayu Melaka UNDANG-UNDANG KESULTANAN MELAYU

UNDANG-UNDANG LAUT MELAKA

HUKUM KANUN MELAKA Mengandungi 44 fasal Membincangkan Jenayah Bidang kuasa sultan dan pembesar 3. Kekeluargaan 4. Hal berkaitan dengan ekonomi   1. 2.

 Diusahkan oleh beberapa nakhoda 1) Nakhoda Jenal 2) Nakhoda Diri 3) Nakhoda Sahak  Diperkenan oleh Sultan Mahmud Shah  Mengandungi 1)Peranan Nakhoda 2)Pelayaran 3)Jenayah 4)Percukaian

5

Sejarah Tingkatan 4 KSSM BAB 1: WARISAN NEGARA BANGSA

Nota Cikgu Hasni (2021)

HUKUM KANUN MELAKA 1. JENAYAH Perbuatan jenayah menggugat ketenteraman dan keharmonian Kesultanan Melayu Melaka Pelbagai hukuman setimpal dikenakan terhadap perbuatan jenayah seperti membunuh, menikam dan mencuri Fasal 5.1 apabila seseorang didapati membunuh orang lain tanpa pengetahuan raja atau pembesar , maka dia akan dihukum bunuh Fasal 4, hukuman bunuh dikenakan kepada sesiapa yang ingkar arahan dan memalsukan titah sultan 2. PERANAN SULTAN DAN PEMBESAR Fasal 1 dijelaskan tugas Sultan, Bendahara , Temenggung dan Penghulu Bendahari Sultan bertanggungjawap untuk melantik pembesar contohnya Bendahara dan Temenggung 3. KEKELUARGAAN Bertujuan mewujudkan keharmonian dalam keluarga dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh keluarga atau dalam perkhawinan Fasal 26 yang menyatakan bahawa pernikahan memerlukan empat orang saksi, jika tidak cukup memadai 2 orang sahaja Hamba abdi dan wanita tidak boleh menjadi saksi dalam pernikahan 4. EKONOMI Mempunyai peraturan yang jelas tentang urus niaga untuk mengawal perdagangan di Melaka agar tidak berlaku sebarang kesalahan yang bertentangan dengan ajaran Islam. Fasal 30, dinyatakan amalan riba diharamkan dalam urusan perniagaan Orang yang menjalankan perniagaan hendaklah akil baligh, siuman dan perlu melafazkan niat jual beli

UNDANG UNDANG LAUT MELAKA 1. PERANAN NAKHODA Nakhoda berperanan penuh dan diibaratkan sebagai raja dalam pelayaran Semua pihak harus mematuhi arahan dan perintah nakhoda Fasal 13.1 dinyatakan bahawa nakhoda perlu diberikan keutamaan untuk berniaga selama empat hari Fasal 13.3 sekiranya nakhoda hendak singgah di tempat yang tiada dalam senarai persinggahan, nakhoda perlu bermesyuarat dengan semua orang di dalam kapal untuk mendapatkan persetujuan

6

Sejarah Tingkatan 4 KSSM BAB 1: WARISAN NEGARA BANGSA

Nota Cikgu Hasni (2021)

2. JENAYAH Perbuatan jenayah di atas kapal akan menggugat ketenteraman dan keselamatan isi kapal Hukuman terhadap perbuatan jenayah yang berlaku meliputi perbuatan mencuri, membunuh dan memberontak Fasal 5 seseorang yang berkelakuan jahat dan membunuh orang di atas kapal maka orang tersebut akan dikenakan hukuman mati 3. PELAYARAN Peranan beberapa pegawai selain nakhoda, antaranya termasuklah jurumudi, malim dan jurubatu Pelaksanaan peranan masing-masing akan menjadikan pelayaran selamat dan lancar Fasal 9 seorang malim harus arif tentang ilmu pelayaran , malim perlu mengetahui keadaan ombak, arus dan kedudukan bulan dan binang agar pelayaran berada dalam keadaan selamat Jika malim lalai dalam menjalankan tugas sehingga menyebabkan pelanggaran dan kerosakan dia akan dijatuhkan hukuman bunuh

4. PERCUKAIAN Pelbagai cukai dikenakan dalam urusan pelayaran untuk perdagangan Cukai perjalanan dan hasil perniagaan Fasal 6.3 nakhoda menentukan jumlah cukai yang dikenakan terhadap penumpang iaitu satu persepuluh daripada hasil penumpang sekiranya penumpang ingin turun sebelum sampai janjinya sama ada tiga tahun, tiga bulan atau tiga hari.

1.4 PERANAN PEMERINTAH DAN RAKYAT PERANAN PEMERINTAH DAN RAKYAT  Hubung kait pemerintah dan rakyat sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka selaras dengan konsep WAADAT  Rakyat bernaung di bawah pentadbiran sultan dan pembesar saling berkait antara satu sama lain GOLONGAN PEMERINTAH DAN RAKYAT Golongan pemerintah – terdiri daripada sultan, pembesar, kerabat raja dan ulama Rakyat – terdiri daripada pelbagai golongan seperti peniaga, petani, tukang dan nelayan Hamba – terdiri daripada hamba raja, hamba berhutang dan hamba biasa

7

Sejarah Tingkatan 4 KSSM BAB 1: WARISAN NEGARA BANGSA

Nota Cikgu Hasni (2021)

PERANAN RAJA  Menaungi dan menjaga keselamatan rakyat negeri baginda  Mewujudkan perpaduan rakyat  Bertanggungjawab terhadap kemakmuran serta kestabilan kerajaan  Memperkenalkan undang-undang untuk mengawal rakyat

PERANAN PEMBESAR  Memelihara keamanan dan kebajikan rakyat di kawasan pegangan  Menjadi perantara antara sultan dengan rakyat  Mengutip hasil melalui sistem serah dan membekalkan tenaga tentera melalui sistem kerah

PERANAN RAKYAT  Menunjukkan taat setia kepada Pemerintah  Mematuhi segala arahan pemerintah dan tidak akan menderhaka kerana takut ditimpa tulah  Menjadi tentera  Menghadiri majlis umum seperti gotong royong  Menjadi pengayuh atau pendayung kapal perang  Menyumbang tenaga kerja melalui sistem kerah seperti membina istana atau jalan

8