Data Loading...
SERANI_ATHIRAH'S SUZANA Flipbook PDF
SERANI_ATHIRAH'S SUZANA
5,741 Views
900 Downloads
FLIP PDF 683.95KB
MPU21012 (PENGAJIAN MALAYSIA)
SEJARAH DAN CIRI-CIRI MASYARAKAT SERANI DI MALAYSIA
NAMA KUMPULAN
NO. MATRIKS
NUR ATHIRAH BINTI ABD AZIZ
25DPM19F1027
ATHIRAH AINA BINTI AZMI
25DPM19F1025
NORSUZANA BINTI SUHAIMI
25DPM19F1036
NAMA PENSYARAH : USTAZ KHAIRUL FITRI BIN MOHD
PENGENALAN MENGENAI MASYARAKAT KAUM SERANI
Serani merujuk kepada suatu bangsa di malaysia yang merupakan hasil daripada perkahwinan campur antara tentera portugis dan orang tempatan pada abad ke 16 dan menganut agama katolik roma.Menurut banci kebangsaan malaysia 2000 jumlah penduduk serani di negara ini ialah seramai 12,650 orang dan kebanyakannya bertumpu di melaka dan pulau pinang. Kebanyakan masyarakat serani tinggal di melaka di kawasan perkampungan portugis atau portuguese settlement,terletak lebih kurang 5km di kawasan ujong pasir,melaka.
LATAR BELAKANG DAN SEJARAH KEDATANGAN KAUM SERANI •
•
Masyarakat serani dipercayai bermula daripada hubungan dan perkahwinan antara wanita tempatan dan lelaki portugis (pelaut , askar dan pedagang). Serani ialah ringkasan bagi “nasrani” yang bererti pengikut jesus dari nazarene dan “gragok” (istilah slanga bagi “geragau” atau udang , merujuk kepada fakta bahawa keturunan portugis melaka secara tradisi merupakan nelayan udang) Ekspedisi portugis pertama telah tiba di melaka pada tahun 1507. Melaka menjadi pangkalan strategik bagi pengembangan portugis di hindia timur, di bawah negeri portugis india sejak april 1511. Pada tarikh tersebut afonso de albuquerque belayar dari goa ke melaka dengan angkatan kirakira 1200 askar dan 17 atau 18 buah kapal. Dengan itu juga, maka perkahwinan antara pihak berkuasa portugis dan penduduk tempatan telah digalakkan oleh afonso de albuquerque bagi menyebarkan ajaran kristian, memenuhi rancangan sebagai wizurai india. Satu surat daripada raja portugal memastikan pembebasan dan pelepasan cukai untuk rakyat portugis bujang yang ke luar negara dan berkahwin di melaka. Perkahwinan campur berkembang pesat digalakkan oleh pemerintah portugis, kirakira 200 pasangan mendaftar pada 1604. Mubaligh jesuit francis xavier menghabiskan beberapa bulan di melaka pada 1545, 1546 dan 1549.
•
• •
Hubungan dengan portugal berakhir pada tahun 1641 apabila mereka ditewaskan belanda dan melaka portugis ditangkap. Melaka diserahkan kepada british selepas perjanjian anglobelanda pada tahun 1824 di bangkahulu di sumatera. Walau bagaimanapun, hubungan perdagangan kekal dengan koloni portugis di macau yang berpanjangan sehingga ke hari ini. Antara orang serani yang terkenal ialah tony fernandes pemilik syarikat penerbangan airasia dan kimberly legget miss universe malaysia 2012. Istilah serani juga digunakan secara umum bagi merujuk kepada semua orang berkacukan darah asia dan eropah • Masyarakat serani juga dikenali sebagai kristang,merujuk kepada kumpulan etnik yang berdarah campuran portugis dan melayu serta sesetengahnya berdarah belanda,inggeris ,cina dan india. • Ketika ini perkahwinan campur antara masyarakat kristang yang beragama kristian dan penduduk tempatan iaitu cina dan india memandangkan kaum melayu islam tidak membenarkan penganutnya mengahwini individu yang berlainan agama.
TONY FERNANDES
KIMBERLY LEGGET
AGAMA Kebanyakannya mengamalkan ajaran Katolik, beberapa ritual keagamaan masih disambut di Portugis dan masyarakat ini sentiasa dirujuk sebagai orang Portugis oleh rakyat Malaysia.
ADAT ISTIADAT DAN PANTANG LARANG Ketua kampung mereka digelar regedor, masyarakat nya bebas mengamalkan agama dan adat resam yang diwarisi oleh nenek moyang mereka. Perkampungan itu dibina secara tersusun dengan reka bentuk rumah yang tidak jauh beza dengan orang melayu. Mereka suka kan hiburan, minuman keras boleh dikatakan satu kewajipan dalam apa saja perayaan mereka. Kelebihan wanita serani ialah mereka hebat dalam aktiviti kebudayaan seperti poco poco.
Mereka yang sudah bercerai tidak dibenarkan berkahwin lagi selagi bekas suami atau isteri masih hidup. Perkahwinan mereka hanya pada hari selasa.
MAKANAN TRADISIONAL Makanan tradisional masyarakat serani adalah ikan dan makanan laut yang diperoleh seperti ikan garam jeruk (acar ikan), jeruh ikan roe, cencaluk,kering karing – karing dan sentiasa ada belacan, belacan kering khususnya yang tinggal di melaka . Golongan serani juga makan masakan melayu seperti bergedil,cucuk satay,daging dan makanan sayur yang dicelur.
PERAYAAN Christmas ialah satu majlis perayaan keagamaan yang utama dengan ahli keluarga berkumpul untuk meraikanya. Juga turut diadakan perayaan lain seperti hari St John (San Juang) pada 24 Jun, kini menjadi salah satu tarikan pelancong terbesar di Melaka, São Pedro (San Pedro), penaung kudus nelayan, pada 29 Jun. Muzik dan tarian orang serani dikenali sebagai branyok. Melodi branyok yang terkenal ialah "Jingkli Nona", dilihat sebagai lagu kebangsaan tidak rasmi komuniti serani yang berketurunan portugis.
PAKAIAN Gaya pemakaian mereka tidak menampakkan mereka orang portugis Kebanyakannya suka memakai seluar, tidak kira jantina,meskipun sebenarnya mereka dulu juga berkebaya.
CONTOH AMALAN BAIK DAN BURUK – PANDANGAN MASYARAKAT LAIN
Amalan baik - Mengekalkan tradisi , agama dan bahasa mereka yang mempunyai persamaan budaya dan bahasa dengan leluhur mereka di portugal - Memelihara kebudayaan mereka - Boleh menerima orang tempatan untuk berkahwin
Amalan buruk - Mereka sukakan hiburan melampau dan kerap minum minuman keras
PERKAHWINAN MASYARAKAT SERANI
Perkahwinan tukaran hantaran. Hanya ketika bertunang, lelaki datang ke rumah perempuan dengan sebotol wain.
KESIMPULAN Kesimpulan yang dapat dihuraikan di sini adalah,kami dapat mengetahui bahawa masyarakat Serani wujud kerana percampuran darah antara orang Portugis dan orang tempatan. Rakyat Serani tidak perlu malu akan adat dan budaya yang mereka amalkan kerana adat dan budaya yang mereka amalkan sangat menarik. Saya berharap masyarakat Serani akan terus bersatu dan sentiasa mengekalkan perpaduan antara kaum. Masyarakat luar juga harus menghormati masyarakat Serani dan tidak memperlekehkan budaya dan adat nenek moyang mereka.
Sebagai rakyat Malaysia, kita seharusnya bangga kerana mempunyai pelbagai etnik. Walaupun berbeza dari pelbagai sudut tetapi Malaysia tetap hidup dalam keadaan harmoni tanpa pertumpahan darah. Di sini juga kita dapat huraikan bahawa perpaduan dalam kalangan masyarakat juga memainkan peranan penting dalam mengekalkan masyarakat Serani serta menentukan kemakmuran serta kesejahteraan sesebuah negara. Hanya negara yang makmur dan sejahtera dapat meneruskan agenda pembangunan pada masa akan datang.
RUJUKAN https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Serani https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Papia_ Kristang Scribd.com (by Patrick Aling) http://lahabaw.blogspot.com/2014/05/sejar ah-masyarakat-serani-di-melaka.html https://mforum.cari.com.my/forum.php?mo d=viewthread&tid=641931 PERKAMPUNGAN SERANI DI MELAKA