Data Loading...
SISIPAN KISAH 1 - ISU ETNIK ROHINGNYA DI MYANMAR (LATAR BELAKANG) Flipbook PDF
SISIPAN KISAH 1 - ISU ETNIK ROHINGNYA DI MYANMAR (LATAR BELAKANG)
130 Views
93 Downloads
FLIP PDF 90.37KB
Tajuk: Latar Belakang Isu Rohingnya di Myanmar
“Selamat Malam Rohingnya, Meski lenamu di sisi mayat, Jangan menangis, sahabat, Ini Tuhan mengujimu”
Pernahkah anda mendengar lirik lagu ini? Melodinya tenang namun mampu membuat pendengarnya menitiskan air mata. Etnik Rohingnya. Sering kita dengar bahawa etnik ini adalah etnik yang didiskriminasi dan disisih melalui pelbagai bentuk penindasan yang tidak dapat diterima oleh akal manusia. Salah satu bentuk kekejaman daripada kerajaan Myanmar yang dikenakan kepada mereka adalah seperti pembunuhan secara beramai-ramai. Apakah yang berlaku sebenarnya? Dari manakah ia bermula? Pertama sekali, mari kita kenali sedikit sebanyak tentang Rohingnya. Muslim Rohingnya berjumlah 20% daripada keseluruhan penduduk Myanmar yang berjumlah 55 juta orang. Mereka menempati wilayah Arakan yang mana wilayah ini menjadi bahagian dari negeri Muslim sejak abad ke-7 M di bawah pimpinan Harun ar-Rasyid.. Masihi di bawah kepimpinan Harun ar-Rasyid. Kaum Muslim telah memimpin negeri ini sejak 1430 – 1784 Masihi. Namun, tahun-tahun setelahnya ia dipimpin oleh raja Burma. Sejak itulah pembunuhan-pembunuhan terhadap Muslim Rohingnya dilakukan, harta benda kaum Muslim dihancurkan dan mereka dimasukkan ke penjara-penjara. Seterusnya, terdapat pelbagai konflik dan rusuhan yang telah dan sedang berlaku di Negara tersebut. Beberapa sumber menyatakan bahawa rusuhan tersebut disebabkan oleh peristiwa rompakan dan pemerkosaan terhaap perempuan Rakhine bernama Ma Thida Htwe pada 28 Mei 2012. Dalam pada itu, adalah penting untuk kita mengetahui bahawa konflik-konflik serta isu penindasan etnik Rohingnya yang berlaku di Negara tersebut sudah berjalan sejak puluhan tahun lamanya yang mana antara
konflik yang wujud berlaku khususnya antara etnik Rohingnya dan etnik majoriti Rakhine. Salah satu akar masalahnya ialah apabila etnik Muslim Rohingnya yang merupakan etnik minoriti di Negara tersebut dianggap pendatang asing atau para imigran ilegal dan perkara tersebut masih terjadi sehingga ke hari ini. Akibatnya, etnik tersebut tidak berpeluang untuk mendapatkan pendidikan, pekerjaan mahupun mendapatkan rawatan kesihatan. Justeru, pada tarikh 29 Julai 2012, Presiden Myanmar, Thein Sein telah menegaskan bahawa Myanmar tidak mungkin akan memberikan kewarganergaraan kepada etnik Rohingnya. Hal ini sudah dilakukan sejak pemerintahan para pemerintah terdahulu yang mana kewarganegaraan Rohingnya tidak diberikan kerana etnik Muslim Rohingnya tidak dianggap kelompok etnik yang sedia ada di Myanmar sejak sebelum kemerdekaan Myanmar pada tahun 1948. Akar konflik yang lain termasuklah kecemburuan etnik Rakhine terhadap etnik Rohingnya. Hal ini kerana populasi etnik Rohingnya terus meningkat. Bagi mereka, keberadaan etnik Rohingnya sahaja pun sudah dianggap Sesuatu yang terus mengganggu. Malah, keberadaan mereka dianggap mengurangi hak tanah dan ekonomi khususnya di wilayah Arakan, Rakhine yang menjadi pusat kehidupan etnik Muslim. Sentimen penghapusan kaum perlu dicegah dan ditegah sekeras-kerasnya kerna setiap manusia mempunyai hak untuk berdiri dan membina naluri.