Data Loading...
T1_Kesusasteraan Melayu Flipbook PDF
Mengandungi tajuk konsep kesusasteraan Melayu, sejarah kesusasteraan Melayu di Malaysia, genre kesusasteraan Melayu dan
112 Views
52 Downloads
FLIP PDF 186.69KB
Tajuk 1: Kesusasteraan Melayu Konsep kesusasteraan Melayu
Perkataan kesusasteraan terbentuk daripada perkataan Sanskrit, iaitu susastera yang bermaksud huruf atau buku indah.
Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka (2017), kesusasteraan ialah hasil seni yang diwujudkan dalam karangan bebas atau dalam bentuk puisi.
Menurut Siti Hajar Abdul Aziz, kesusasteraan Melayu merujuk kepada hasil karya dan ciptaan seni yang terdapat dalam kalangan masyarakat Melayu.
Menurut Hashim Awang (1987), kesusasteraan bermaksud ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa.
Za'ba mendefinisikan kesusasteraan sebagai persuratan atau karangan.
Sejarah Kesusasteraan Melayu di Malaysia
Tradisi sastera Melayu bermula dengan kewujudan suku bangsa Melayu.
Pada abad ke-17 timbul kesedaran untuk membukukan hasil-hasil sastera lama.
Sastera tulisan bermula apabila wujud sistem tulisan. Sastera lebih berkonsepkan pengabdian kegagahan kerajaan Melayu serta jurai keturunan raja-raja Melayu.
Abdullah Munsyi dikatakan membuat pembaharuan daripada sastera klasik kepada sastera moden.
Karya beliau lebihh bersifat realiti berbanding karya-karya terdahulu.
Pada abad ke-19, banyak hasil sastera dicipta dengan menggunakan batu cetak.
Selepas merdeka, sastera lebih bertujuan untuk menyatupadukan masyarakat dan meningkatkan hasil karya
ANGELA LEE XING XING | BM SJKC3
1
Genre Kesusasteraan Melayu Genre Kesusasteraan Melayu
Prosa
Naratif
Puisi
Puisi Tradisional
Bukan Naratif
Puisi Moden
1. Prosa tradisional berbentuk naratif •
Karangan yang isinya menceritakan sesuatu peristiwa dengan tujuan agar pembaca seolah-olah mengalami kejadian yang diceritakan.
(a) Naratif lisan •
Bentuk penyampaiannya melalui lisan dari mulut ke mulut.
•
Contoh: mitos, lagenda, dan cerita rakyat
(b) Naratif tulisan •
Ketamadunan penulisan naratif ini berkembang selari dengan kemajuan percetakan.
•
Contoh:
sastera
hikayat,
sastera
sejarah,
sastera
panji,
sastera
kepahlawanan, dan sastera agama. 2. Prosa tradisional bukan naratif •
Hasil kesusasteraan yang tidak mempunyai plot yang khusus.
•
Berbentuk fakta untuk memberikan panduan khusus kepada masyarakat.
•
Contoh: sastera undang-undang, sastera kitab, sastera ketatanegaraan.
3. Prosa moden •
Ditulis dalam gaya ayat-ayat biasa dengan menggunakan tatabahasa mudah.
•
Susunan ayatnya dalam bentuk karangan, mudah difahami berbanding puisi.
•
Contoh: novel, cerpen dan skrip drama.
4. Puisi moden •
Berfungsi sebagai didaktik untuk memberikan pengajaran dan pendidikan kepada khalayak.
ANGELA LEE XING XING | BM SJKC3
2
•
Berbentuk bebas dan tidak mempunyai ciri-ciri khusus seperti bebas daripada segi jumlah suku kata, baris dan pembentukan rima.
•
Contoh: sajak
•
Terdapat tiga jenis sajak iaitu sajak bebas, sajak terikat dan sajak separuh terikat.
5. Puisi tradisional
seloka pantun
lagu rakyat
syair
Puisi tradisional
talibun
nazam
gurindam mantera
ANGELA LEE XING XING | BM SJKC3
3
Tokoh sastera
1. Shahnon Ahmad •
Menulis cerpen, cerpen terjemahan, novel,
drama, esei dan kritikan sejak tahun 1954 •
Koleksi-koleksi
cerpen
beliau
ialah
Cepu
Kencana, Anjing-anjing, Debu Merah, Selesai Sudah, dan Seketul Hati Seorang Pemimpin. •
Novel beliau ialah Rentung, Terdedah, Ranjau
Sepanjang
Jalan,
Menteri,
Protes,
Perdana,
Srengenge, Kemelut, Seluang Menodak Baung, AlSyiqaq 1, Tunggul-tunggul Gerigis, Patriarch, Tok Guru, Sutan Baginda, dan Tivi. •
Drama yang dihasilkan olehnya ialah Si Anak Rempang, Daging Darah, Monyet, Gembang-gembong Jakarta, dan Anak Rampang Karam di Kota.
2. A. Samad Said •
Cerpen beliau termuat di dalam kumpulan Liar di
Api, Daun-daun Berguguran, Debar Pertama, dan Ke Mana Terbangnya Si Burung Senja. •
Novel karya A. Samad Said termasuklah Salina,
Bulan Tak Bermadu di Fatehpur Sikri, Sungai Mengalir Lesu, Di Hadapan Pulau, Adik Datang, Daerah Zeni, Langit Petang, Hujan Pagi, dan Wira Bukit. •
Drama beliau berjudul Di Mana Bulan Selalu
Retak dan Ke Mana Terbangnya Si Burung Senja.
ANGELA LEE XING XING | BM SJKC3
4
3. Usman Awang •
Sajak beliau yang dikumpulkan dalam bentuk buku
ialah Gelombang (1961), Duri dan Api (1966), Suara Tujuh (1969) dan Teluk Gong (1967). •
Cerpen beliau seperti Mekar dan Segar (1967), Dua
Zaman (1965), Degup Jantung (1963), Pertentangan (1968) dan Cerita-cerita Pendek DBP (1958). •
Sumbangan Usman di dalam bidang drama ialah Dari
Bintang ke Bintang (1965), Serunai Malam (1966), Tamu di Bukit Kenny (1968), Di Bawah Matahari (1969), Tirai Zaman (1969), Kaki Langit (1971), dan Muzika Uda dan Dara (1967). •
Hanya sebuah novel yang berjaya beliau hasilkan, iaitu
Tulang-tulang Berserakan (1966).
4. Kamaluddin Muhamad (Keris Mas) •
Beliau cukup aktif menghasilkan cerpen bermutu
berkisar tentang masyarakat Melayu tempatan dan berunsur didaktik (bertujuan mengajar). •
Antara novel penghasilan Keris Mas ialah
Pahlawan Rimba Malaya (1946), Korban Kesuciannya (1949), Anak Titiwangsa (1967), Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur (1983) dan Rimba Harapan (1985). • cerpen
Telah menghasilkan 60 buah cerpen dengan pertamanya
yang
berjudul Wasiat
Orang
Bangsawan.
ANGELA LEE XING XING | BM SJKC3
5
5. Zurinah Hassan
•
Sasterawan wanita pertama
•
Menghasilkan sebanyak 19 buku antologi sajak,
antologi puisi, kajian sastera, autobiografi, memoir, antologi cerpen dan novel. •
Karya beliau lebih bersifat neutral dan banyak
memasukkan elemen tempat ke dalam karya.
ANGELA LEE XING XING | BM SJKC3
6