Data Loading...
T6_Amalan Terbaik TS25_SMK Paka pdf Flipbook PDF
T6_Amalan Terbaik TS25_SMK Paka pdf
109 Views
32 Downloads
FLIP PDF 542.94KB
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PAKA, 23100, PAKA, DUNGUN, TERENGGANU PROGRAM CAKNA TANDA SAYANG PEMANGKIN KECEMERLANGAN GURU DAN MURID SMK PAKA TEMA: KEPIMPINAN YANG BERKESAN PENGENALAN Tingkatan Enam telah ditubuhkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Paka pada tahun 2003. Pada tahun 2013 sistem penggal berubah kepada sistem modular sehingga sekarang. Sistem modular adalah sama dengan sistem di universiti yang membabitkan tiga semester. Menerusi sistem modular, pelajar hanya menumpukan pada modul semester berkenaan berbanding sistem penggal. Banyak program yang dilaksanakan di sekolah meliputi komuniti setempat dalam usaha melahirkan pelajar lepasan Tingkatan Enam yang berkualiti dan berupaya menjejakkan kaki ke universiti serta menjadi contoh terbaik kepada anak-anak pelajar arus perdana dan dapat membuka mata masyarakat akan kelebihan memasuki Tingkatan Enam. Pegawai/ Guru/ Murid Yang Terlibat - Penolong Kanan Tingkatan 6 - Ketua Unit Program Kecemerlangan Tingkatan Enam - Murid Tingkatan 6, 2020 Objektif Pelaksanaan Program: Antara objektif ialah: - Melahirkan kesedaran kepada calon stpm untuk menetukan sasaran dalam peperiksaan STPM 2021 - Meningkatkan motivasi bersama kecaknaan dan amanat daripada tuan pengetua - Memberi motivasi dan meningkatkan kesedaran pelajar untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam STPM - Memberi insentif dan galakan kepada pelajar untuk lebih Berjaya Kaedah Penulisan: Penyelesaian Masalah: a) Pernyataan masalah - Murid kurang bermotivasi ekoran PdPR; pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian akibat pandemik covid-19 - Penyelarasan program kecemerlangan kurang berfokus akibat kekangan pandemik covid-19 - Isu dan masalah murid dan guru tingkatan 6 tiada penyelesaian, lambat bertindak
b) Amalan terbaik - Kepimpinan – CAKNA. i. Program yang dijalankan iaitu perjumpaan lebih kerap antara pengetua dengan para pelajar. ii. Dialog prestasi antara pengetua, guru dan pelajar untuk berbincang dan mencari kata sepakat dalam usaha meningkatkan prestasi pelajar Pelaksanaan Program/ Aktiviti: i. Proses Pelaksanaan a) Pada peringkat awal setiap semester, pelajar akan dinilai melalui TOV sebelum percubaan untuk melihat tahap pencapaian murid. b) Pengetua memulakan langkah pertama dengan masuk ke kelas untuk bersama murid. c) Selepas peperiksaan percubaan, ketua unit kecemerlangan aka mengelompokkan pelajar berdasarkan pencapaian peperiksaan percubaan; Pelajar Target – pelajar 4.0 Pelajar Permata – target straight A MAySA – pelajar 1.50 ke bawah – motivasi daripada pengetua; berkumpul di bilik pengetua d) Dialog bersama pengetua di dalam kelas; pengetua bergerak dari kelas ke kelas e) Selepas peperiksaan sebenar, pengetua berjumpa semula dengan pelajar cemerlang STPM 2020 untuk menyampaikan sijil kepada mereka. ii.
Impak - Keputusan gps 3.23 peringkat sekolah - Nombor 1 Daerah Dungun - Nombor 6 pngk 3.0 ke atas peringkat negeri iaitu 30 daripada 40 org (70.0%) - Nombor 9 keputusan semua principal tertinggi peringkat negeri - 100% pelajar lulus penuh - 100% pelajar layak mendapat dapat sijil penuh
iii.
Kekuatan dan kekurangan - Antara kekuatan program Cakna Tanda Sayang ini ialah pengetua cemerlang Cikgu Mohd Inderam bin Yaacob yang berpengalaman dalam tingkatan enam, yang sentiasa cakna dan peka dengan masalah dan perkembangan anak-anak pelajar. Kehadiran beliau dalam program ini telah membuka mata dan kesedaran kepada anak-anak pelajar untuk mengorak langkah lebih jauh. -
Sementara kekurangannya pula disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan 2020-21 (PKP); keberkesanan program yang dilaksanakan secara dalam talian atau pembeajaran di alam maya kurang berkesan berbanding pembelajaran secara bersemuka. Ada antara anak-anak
pelajar kurang memahami tajuk yang dipelajari di samping kemudahan internet yang kurang lancar. Keadaan ini sedikit sebanyak menyebabkan guru mata pelajaran berada dalam dilema.
PELAKSANAAN PROGRAM
Perjumpaan Khas bagi Program MAySA (Masih ada yang Sayang) bagi pelajar PNGK 1.5 ke bawah dalam Peperiksaan STPM Sem 1
Pihak pengurusan memberikan hadiah kepada murid cemerlang setiap kali keputusan peperiksaan diumumkan.
Program Amanat Kasih Pengetua
Program Pengetua bersama Pelajar STPM
Dialog Prestasi STPM
Bacaan Yaasin mingguan
PENUTUP Program Cakna Tanda Sayang ini telah memberi impak yang sangat baik terhadap pencapaian peperiksaan STPM 2021. Daripada kecaknaan pengetua cemerlang ini telah membuahkan hasil yang membanggakan kepada warga SMK Paka apabila dinobatkan sebagai sekolah yang berjaya meletakkan diri di tempat teratas dalam daerah Dungun. Dapatlah diperkatakan bahawa peranan pemimpin di sekolah menjadi suntikan semangat kepada anak-anak pelajar untuk belajar mengendalikan diri dan meninggalkan kebiasaan bersenang-senang bak kata pepatah tolak tangan berayun kaki, peluk tubuh mengajar diri. Kecaknaan pengetua ini secara tidak langsung menempias guru-guru tingkatan 6 itu sendiri untuk merealisasikan hasrat sekolah melahirkan anak-anak pelajar yang terbilang. Hal ini jelas dilihat menerusi lonjakan stpm 2021. Aleza binti said Norhayati binti Abdul Manaf SMK Paka, Dungun, Terengganu