Data Loading...
The_Chronicles_of_Kesang_The_true_story_no_title_full_word (2) (1) Flipbook PDF
The_Chronicles_of_Kesang_The_true_story_no_title_full_word (2) (1)
104 Views
68 Downloads
FLIP PDF 758.09KB
THE CHRONICLES OF KESANG : A true story by Juriati Jamaluddin @2020 by Juriati Jamaluddin. All rights reserved.
This novel is a true story but all names has been subtituted to retain anonymity. No part of this book may be reproduced in any written, electronic, recording or photocopying without written permission of the author. The exception would be in the case of brief quotations embodied in the certified articles or reviews and pages where permission is specifically granted by its author. For permission contact : [email protected]
Cover Design and Layout : Juriati Jamaluddin Editor : Illustrations : Juriati Jamaluddin
Published in Malaysia by : 2020 D'tees Art 1340 Jalan 18/53 Taman Sri Serdang Sri Kembangan 43300 Selangor
1
Bismillahhirrahmanirrohim.... Alkisah tersebut di suatu masa dahulu di sebuah bandar pencen di panggil Muar. Jeng...jeng...jeng .. ha ha ha Amacam best dak intro?
I. KISAH SILAM Episod 1 Assalamualaikum. Nama aku Juriati Jamaluddin. Masa tu umoq aku 30 tahun. Aku dengan bekas suami (Abd Rahim) ada perniagaan sendiri di Muar. Perniagaan kami sangat maju dan terkenal sebab ada iklan di radio juga. Tak payah sebut la bab bisnes ni. Ketika itu aku baru saja melahirkan anak kedua kami bernama Nur Azimah. Dari sinilah segala-galany bermula dan baru lah aku boleh kaitkan banyak kejadian misteri dalam hidup aku di mana aku sering musykil dan sendiri tidak faham selama ini. Memang bengong! Semasa tu kami sering berangan-angan nak beli rumah atau lagi bagus boleh beli tanah lot di kawasan-kawasan kampung. Lepas tu boleh la aku desain rumah sendiri. Bekas suami aku berasal dari Batu Pahat, Johor. Entah macam mana satu hari kami pulang ke Batu Pahat tiba-tiba terjumpa pulak rumah taman tepi lereng bukit yang ngam dan cantik. Pemandangannya memukau dan kami sangat teruja. Rumah tu terletak di barisan hadapan sekali dan terhampar di hadapannya pemandangan seluruh bandar Batu Pahat. Jadi kami pun beli dan bayar deposit rm20 ribu. Setelah sebulan berlalu, bila di fikir-fikirkan semula macam payah pulak nak tinggal menetap di Batu Pahat kerana bisnes kami bertapak di Muar. Semasa beli tempohari pun sebab bercadang untuk membuka satu lagi cawangan bisnes di Batu Pahat.
2
Jadi, tak apa lah. Anggap saja sebagai satu bentuk pelaburan. Hari-hari berlalu tidak lama kemudian selang beberapa minggu, kami terjumpa pula sebuah rumah kembar berbandung. Bila di selidik, ternyata ianya adalah rumah seorang nyonya berbangsa cina dan dia mahu menjualkannya dengan harga rm150 ribu. Kerana selama itu kami menyewa rumah orang, maka kami mengambil keputusan untuk membelinya lantaran rumah di Batu Pahat tu agak jauh dan tidak praktikal untuk berulang-alik setiap hari ke pejabat di Muar. Maka kami pun bayarlah deposit rumah sebanyak rm15 ribu. Ha ha ha. Kemudian tunggu pinjaman bank lulus saja lah. Dek kerana terlalu gembira sangat, pinjaman belum lulus lagi kami dah tergedikgedik pindah masuk ke rumah tersebut. Orang muda lah katakan... Kami siap panggil tukang pecahkan dinding buat sedikit pengubahsuaian. Pinjaman sepatutnya lulus paling lamapun 3 bulan. Tapi kemudian 3 bulan terus berlalu, akhirnya pinjaman kami tidak lulus. Kerana kecewa menunggu terlalu lama agaknya, maka cina tu pun dah bertukar fikiran dan ambil keputusan untuk tidak mahu menjualkan rumah itu kepada kami. So, frust la sangat!! Walau bagaimanapun, selepas berbincang dia bersetuju untuk menyewakan saja rumah tu pada kami memandangkan kami telahpun mengeluarkan sejumlah wang untuk pengubahsuaian tempohari. Masa tu yang pelik sikit, cina tu cakap 'tak apa awak duduk sewa saja dulu sebab nanti awak akan dapat rumah yang lagi cantik dan lagi besar bagus punya...jangan sedih-sedih'. Malah dia pulangkan sekali seratus peratus wang deposit rm15 ribu tu. Alhamdulillah....
3
Episod 2 Sayugia, boleh dikatakan semenjak hari itu misi kami mencari rumah atau tanah pun bermula. Angan-angan kami masih kental di dada. Ha ha ha. Tika waktu pulang dari kerja dalam pukul 6 petang seminggu dalam dua tiga kali kami akan pergi meninjau kawasan Kesang Laut di bahagian Tanjung Agas Muar menghala ke Melaka untuk mencari kalau-kalau ada orang iklan nak jual tanah...boleh lah beli. Di sinilah detik bermulanya satu lembaran sejarah dalam hidup aku yang teramat unik. Pertama kali melalui Kesang Laut, rasa teruja sangat sebab terdapat banyak rumah-rumah kampung yang cantik-cantik. Sepanjang jalan ini cuma ada satu saja taman dalam kira-kira 2km dari jalan masuk Kesang Laut tu. Ini zaman 24 tahun dulu lah. Sekarang ni sudah tahun 2020 dan sudah banyak taman-taman perumahan di sepanjang jalan. Ada suatu hari tu kami berkunjung lagi ke Jalan Kesang Laut tu selepas waktu kerja. Di satu kawasan terdapat Jalan Parit Karang yang boleh terus tembus ke muara sungai di hujung sekali yang merupakan sebuah jeti nelayan. Ada sebuah Taman di sebelah kanan jalan iaitu Taman Merdeka. Bila sampai di Taman tu, jalan sikit lagi ke depan dalam 50m sebelah kiri terdapat hamparan padang rumput lalang yang cantic dan damai. Lalangnya semua sama tinggi cantik menghijau. Lebar padang dalam ukuran satu row rumah taman lah. Nun di hujung sekali ada pokok2 getah dan kelapa. Lepas pokok getah dan kelapa tu pastilah laut Selat Melaka. Kami pun berhenti di situ sebab suka sangat tengok tanah tu. Mana tau mungkin ada orang nak jual tapi kami tidak tahu nak bertanya pada siapa sebab memang tak kenal langsung orang-orang di situ.
4
Di kiri kanan tanah tu terdapat dusun durian dan duku tapi pokok durian mungkin sudah melebihi 50 atau 60 tahun sebab tinggi-tinggi dan besar-besar. Di dusun sebelah kanan padang tu terdapat sebatang pohon durian yang agak unik dan aku sangat suka memerhatikannya. Batang pokok dia agak pelik. Bahagian bawahnya adalah sebatang pokok tiba-tiba di bahagian tengah terbahagi menjadi dua batang pokok kemudian di bahagian atas bercantum semula menjadi sebatang. Kami berhenti agak lama juga untuk menghayati suasana di situ. Rahim pun suka juga tengok padang lalang tu. Makanya, selepas hari tu semakin keraplah kami bertandang mencari padang lalang tu selepas waktu kerja dan berangan tak sudah. Masuk kali ketiga kunjungan kami ke sana, kami tengok di padang tu ada orang sedang berkebun menanam sayur. Mungkin sayur kacang panjang atau apa la sebab terdapat para-para buluh untuk pokok menjalar naik. Semasa kami tengah lalu, ada seorang lelaki di situ. Sedang kami melihat dia, dia juga melihat ke arah kami. Kemudian Rahim angkat tangan pada dia, dia amat terkejut lalu mencampak parang di tangan dan terus menoleh ke belakang memanggil seorang mak cik bongkok-bongkok sabut macam nenek kebayan sambil menunjuk-nunjukkan tangannya ke arah kami. Semasa itulah baru kami perasan muka mereka agak pelik sedikit macam orang asli atau apa lah aku kurang pasti apa yang tidak kena pada mukanya tu. Masa tu pulak keadaan macam jadi warna hitam putih macam cerita P.Ramlee yang tidak ada warna tak ubah seperti lukisan. Kami pun terkejut tengok dia jadi kalut dan ingatkan dia marah pada kami nak datang bergaduh ke apa maka Rahim terus memecutkan kereta. Semasa di dalam kereta, aku berkata, 'ehh.. tak tau pulak kat Muar ni ada kampung orang asli kan? Kalau macam tu lain kali lebih baik kita bayar zakat kat depa ni saja lebih bagus sebab lebih pasti duit tu ke mana kan?' Semasa lelaki tu panggil mak cik tu, mak cik tu sedang berjalan arah ke dusun durian sebelah kanan yang ada pokok pelik tu. Tapi semasa tu pokok durian pelik dan
5
durian serta duku dalam lima enam batang sudah tiada. Tapi telah berganti dengan pondok-pondok kayu kecil yang sudah agak usang. Pondok-pondok itu semuanya terletak di atas tanah yang satu meter tinggi. Jadi semasa kami meneruskan perjalanan kami berbual-bual dalam kereta, 'eeii...sayangnya pokok durian pelik tu dah tak ada dan dah tak boleh tengok lagi! Dekat depan pondok-pondok tu aku nampak ada peti kayu macam peti lanun yang berisi harta karun tu. Bucu-bucunya berukiran besi dan cantik sangat sebab aku suka juga barangbarang antik. Semasa terlihat peti tu tadi dalam kotak fikiran aku sempat juga terbayang boleh buat coffee table letak di ruang tamu ni...hi hi. Terlintas juga nak suruh Rahim berhenti boleh la tanya mungkin mereka nak jual sebab di campak-campak saja ke tanah seperti tiada harga. Tapi tengok mereka kalut maka lupakan sajalah dan cabuttt....
Episod 3 Arakian, dua minggu selepas itu kami pergi lagi ke Jalan Kesang Laut tu. Alangkah terkejutnya kami! Jeng...jeng...jeng...
Kami tercari-cari tak jumpa pun kawasan padang lalang tu. Memang di depan taman tu la. Kat mana lagi?? Memang ada satu taman saja di jalan Kesang Laut tu. Bukan ada taman lain pun kalau pun kami ni tersilap. Dan sudah beberapa kali kami datang ke sini. Memang menghairankan dan bulu roma kami pun terus meremang masa tu. Yang ada sepanjang jalan cuma dusun durian pokoknya pun besar-besar dan sudah tua.
6
Ini bermakna semua padang lalang dan pondok-pondok itu sebenarnya tidak wujud pun selama ini. Tapi apakah yang kami nampak ketika itu ya? Bukan aku sorang tetapi Rahim pun nampak sekali. Semasa kami nampak tu, memang terasa agak pelik juga sebab pondok-pondok tersebut kelihatan sudah usang di makan usia. Jika pohon-pohon durian itu baru saja di tebang, tentu pondok-pondok yang baru didirikan kelihatan baru. Tetapi kenapa kelihatan agak lapuk? Dan sekarang... sudah tidak wujud lagi di pandangan. Hmmm.... Kami tak puas hati maka Rahim mula menahan motosikal yang lalu dan bertanya 'awak orang sini ka?' Dia cakap 'ya kenapa?'. Kami pun tunjuk dusun di depan kami tu sambil bertanya 'dusun ni memang dah lama ka ada kat sini?'. Dia ketawa kecil sambil menjawab soalan bodoh kami. 'Ehh.. inikan pokok durian dah tua-tua buah pun dah tak berapa menjadi memang la dah lama puluhan tahun. Kenapa bang?' Kami pun tanya ada padang penuh lalang tak kat sini dulu? Dia pun tak tau macam mana nak jawab agaknya, dia tengok kami macam pelik. 'Saya tinggal kat sini dari kecil kak, mana ada lalang.' Dia pun berlalu.
Episod 4 Dua tahun sudah berlalu. Di suatu hari yang hening ketika aku sedang membereskan kerja-kerja di pejabat, tiba-tiba ada seorang lelaki cina masuk dan bertanya 'apakah di sini ada seorang akitek? Untuk makluman, bisnes kami tu bukan firma akitek tapi bisnes lain terletak di Bangunan Aked Muar. Dan dalam masa yang sama kami juga menjalankan bisnes sampingan seperti rekabentuk dan cetakan kad-kad undangan, brosur dan lain-lain.Sudah tiga empat tahun kami menjalankan bisnes ini tapi tidak seorang pun di bandar
7
Muar yang tahu aku adalah seorang akitek. Jadi semasa cina tu tanya aku jadi terpingapinga... 'ehh macam mana dia tau pulak ek?' Jadi aku pun angguk teragak-agak lah acuh tak acuh. Mr. Teo tu bagitau dia adalah seorang pemaju perumahan nak desain brosur dan cetak sekali. Jadi aku tanya dia mana dia tau aku ni seorang akitek? Dia cakap dia pergi ke sebuah firma akitek di tingkat atas kami dan mereka yang suruh dia ke ProData. To make it short, aku pun tanya la Mr. Teo tu nak buat desain apa? dia cakap nak buat brosur jual rumah taman. Dia ada projek perumahan di Jalan Kesang Laut berdekatan Parit Karang tu. Rumah dah hampir siap jadi dia nak suruh lukis semula pelan rumah tu untuk dimasukkan ke dalam brosur tu. Maka aku pun ambil order tu dan buat la brosur seperti yang dikehendaki. Mendengar Mr. Teo sebut lokasi di Kesang Laut tu langsung aku teringat tentang dusun yang kami nampak dulu. Masa tu kami dah lama tak berkunjung ke Jalan Kesang Laut. Bila aku mula melukis pelan rumah tu, aku dapati saiz banglo tu macam besar juga dan laman agak luas. Keluasan campur tolak dalam linkungan 5500 kaki persegi. Maka setelah beberapa hari aku pun ajak Rahim ke Kesang Laut untuk meninjau kawasan tapak perumahan tu. Dalam hati dok ingat dulu tak dapat beli tanah kat situ, mana tahu kalau rumah taman tu ok, boleh lah minta beli dengan Mr. Teo saja. So that evening.. off we go. Maka di sinilah titik permulaan terbukanya hijab kejadian dua tahun dulu tu. Jeng...jeng...jeng... Cari punya cari, jalan terus jalan, tak jumpa pun taman yang Mr. Teo cakap tu. Hinggalah sampai ke Taman Merdeka, kami lajak sikit lagi dalam 50m nak tengok mungkin ada lagi padang lalang yang kami nampak dulu tu. Astaghfirullahalazhimmm....
8
Di situlah projek perumahan dia!! Sepatutnya kawasan tu penuh dengan pokok durian. Tetapi sekarang sudah terdapat sederet rumah banglo sembilan biji dan arah ke belakang lagi beberapa rumah kos rendah. Taman tu kecil sahaja cuma ada satu lorong dengan sederet rumah. Betulbetul saiz padang lalang tu. Apa lagi... kami pun terus bergegas masuk ke salah sebuah rumah. Ketika tu tersangat excited tengok rumah cantik dan hampir 90% siap langsung aku terlupa bab kampung yang kami pernah lihat di situ dulu. Masuk saja salah sebuah rumah aku jadi excited semacam. Rasa seronok sangat dan Rahim pun pandang aku semacam. Pusingpusing dalam rumah jalan sampai ke belakang. Kemudian aku buka pintu dapur di belakang dan kelihatan dusun durian dan duku... Astaghfirullahalazhimmm !! Mashaallah !! Guess what ?? Betul-betul semeter di luar pagar terpacak pokok durian pelik yang aku suka tengok dulu tu! Baru aku terus teringat dan menjerit-jerit panggil Rahim. Aku tuding kat dia pokok tu dan dia cakap 'ehh...ini pokok kegemaran mommy dulu tu kan?' Kami sangat terkejut tapi sangat teruja sebab dapat tengok pokok tu dari dekat. Hi hi... pokok durian saja pun....hahaha... For information, aku ni memang seorang yang sangat suka alam semulajadi dan natur dan gemar merenung sesuatu tempat atau objek lama-lama. Maka, apakah maksud semua ini?? Bahawa apa yang kami nampak dua tahun dulu tu adalah semuanya benar belaka lah. Sebab pokok durian tu memang wujud dan ada di dalam dusun itu tetapi
9
terlindung dengan pohon-pohon durian lain di depan hinggalah ke tepi jalan besar tu. Yang sepatutnya kalau ikut lojik akal mana boleh kami nampak pokok durian pelik ni kat sebelah dalam. Dan sekarang pokok durian pelik ni memang betul-betul wujud di depan mata aku. 'Hangpa faham dak cerita aku takat ni? hahaha... Semasa berada di dalam rumah tu, memang ada satu perasaan yang sangat kuat macam aku nak sangat beli rumah tu. Suka sangat-sangat. Tapi kalau rumah dah 90% siap mesti la dah ada orang beli. Tapi kalau semua unit dah terjual kenapa si Teo tu sibuk nak buat brosur untuk jual rumah pula? Hah! Masih ada harapan lagi ni... Jadi kami ambil keputusan esok pagi-pagi nak pergi ke pejabat Teo dan tanya dia. Malam tu aku tak boleh tidur sebab risau takut semua rumah telah dibeli orang. Pagipagi lagi kami bangun awal giler nak pergi jumpa Teo. Kami pun bercerita tentang kunjungan kami ke Taman Dusun Damai kelmarin dan rasa macam berminat untuk beli jika masih ada lagi. Aku terus straight to the point tanya rumah yang keempat dari jalan tu dah ada orang beli ke? Dia tenung aku. Dia cakap sebenarnya semua rumah telah terjual dan yang membeli pun orangorang kampung situ juga dimana anak-anak yang telah berkahwin tapi mahu tinggal berasingan dengan ibubapa tetapi masih tetap di dalam kampung yang sama. Tiba-tiba Teo berkata, 'tapi ada satu saja lagi rumah yang saya susah nak jual. Orang tengok tak jadi beli sebab tu saya pergi buat brosur untuk diedarkan. Kalau awak nak memang rumah tu saja lah yang masih available dan tak boleh pilih-pilih lagi dah. Rumah tu ialah rumah yang awak mahu ni lah. Bingo!! Pucuk di cita, ulam mendatang... Jadi, apakah maknanya yang tersirat disebalik semua kejadian ini?
10
Ok now we are safe. Rumah tu nampak gayanya memang dah ditakdirkan untuk kami lah. Tapi aku cakap dengan Teo kami ada satu masalah sikit sebab kalau nak beli rumah tu rm150 ribu, kami kena dulukan deposit sebanyak rm15 ribu. Buat masa sekarang kami tiada wang tunai sebanyak itu. 'Boleh tak kami bayar deposit tu pecah dua tiga kali?' Dia cakap 'ikut suka hati awak lah. The house is yours. It's destined for you.' Senangnya..... Dan nak dijadikan cerita, dalam beberapa hari saja kami dapat bayaran rm15 ribu tak semena-mena dari pelanggan kami yang berhutang jadi kami langsaikan semua deposit tu dengan Teo. Hidup aku ni sebenarnya dari dulu lagi banyak sangat yang kes tak semena- mena ni. Kalau jatuh susah atau masalah atau apa, tak semena-mena ada saja bantuan yang tiba-tiba datang dan masalah selesai.
Episod 5 Beberapa purnama telah berlalu. Kami pun mencemar duli ke rumah baru. Hahaha. Nampak gayanya kamilah orang yang terakhir beli rumah taman tu dan kamilah orang pertama yang tak sabar-sabar nak pindah masuk. Kami pindah barang pakai van syarikat saja ulang-alik beberapa kali. Abang ipar aku yang pandu van. Semasa kami sedang mengemas rumah baru, abang ipar aku tiba lagi dengan barang-barang dan carpet segala. Tapi kali ini dia kelihatan macam kelam- kabut panik panggil-panggil Rahim. Bila di tanya kenapa, katanya tadi dia singgah sebentar di warung tepi Jalan Kesang untuk beli goreng pisang. Kakak warung tu tanya
11
dia jual carpet ke? Dia cakap bukan. Tapi sedang pindah rumah. Kakak tu pun tanya 'oo...rumah kat mana?' Dia pun cakap la taman baru Taman Dusun Damai. Dia cakap kakak tu macam terkejut sikit. Abang ipar aku pun tanya kenapa? Kakak tu cakap bukannya apa, cuma taman tu mereka buat di kawasan hitam. Kawasan tu agak keras sikit. Dia cakap duduk elok-elok la di situ jangan buat benda-benda yang tak baik. Orang-orang di sini semua tahu pasal tempat tu keras. Jeng...jeng...jeng... Maka hari-hari pun berlalu dan kami hidup di rumah tu dengan aman damai bahagia. Seronok sungguh tinggal di situ tapi ada satu keanehan. Setiap hari sekeliling rumah kami penuh dengan kupu-kupu bermacam-macam warna dan saiz. Maid aku kira setiap hari ada kira-kira dalam 60 ekor semuanya. Yang paling banyak warna kuning. Hairan juga macam mana kupu-kupu boleh datang kerumun sebab semua rumah tiada rumput atau pokok bunga. Jiran-jiran yang lain pun belum pindah masuk lagi dan laman kami pun hanya tanah saja. Dan kupu-kupu semua hanya terbang di dalam kawasan rumah kami sahaja. Apabila genap 30 hari semua kupu-kupu tersebut hilang macam tu saja. Sungguh pelik. 'Agaknya dia buat sambutan jubli emas sebulan sambut kedatangan kita ke sini ye Mas?' (Mas ialah maid aku)...itu yang terpacul dari mulut aku ketika itu. Hari-hari yang mendatang seterusnya, maka banyaklah lagi kejadian-kejadian aneh yang berlaku pada aku dan Mas. Aku dengan Mas ni memang serasi sangat sebab dua-dua minat pokok, hutan dan kerja-kerja kasar bertukang. Mas dari Bengkalis maka dia bercakap Bahasa Malaysia bukan Bahasa Indonesia. Aku bahasa dengan dia aku ko, aku ko saja. Semasa dia mula bekerja dengan aku umur dia baru 19 tahun. Dia ni buta huruf tak tau membaca dan menulis. Kalau korang nak tau macam mana rupa si Mas ni, rupa dan saiz dia dua biji macam Oprah Winfrey. So, korang boleh bayangkanlah...hahaha. Malam pertama tidur di rumah baru, aku telah didatangi sebuah mimpi.
12
Aku bermimpi buaya tembaga keemas-emasan turun dari kayangan ke sungai. Nun jauh di atas awan aku nampak macam ada sebuah istana. Semasa buaya tu turun suasana sungai tu macam ada kepulan asap macam tengah tengok movie seram pula.... Bila aku bangun rasa macam real sangat mimpi aku tu. Tapi pelik apahal mimpi macam tu pulak. Macam cerita P. Ramlee. Aku pun cepat-cepat lukis takut terlupa sebab kita selalu tak ingat mimpi kita setelah kita bangun. Itulah mimpi pertama aku tentang depa-depa ni dan diikuti oleh banyak lagi mimpi-mimpi lain seterusnya selama aku tinggal di rumah tu.
Episod 6 Dua tahun sudah berlalu. Tahun tu mungkin tahun 1997 kalau tak silap aku la. Pada suatu hari ada satu couple kenalan kami datang bertandang ke rumah. Kedua-dua suami isteri itu masuk tetapi isterinya agak teruja dengan taman aku sekeliling rumah maka dia minta izin untuk tengok-tengok di bahagian luar dulu sebelum masuk ke dalam. Yang suaminya pula masuk macam biasa dari pintu depan. Tapi masuk saja, diapun tidak mahu duduk juga dan berkata, 'ehh..cantik la rumah ni. Lepas tu dia terus minta untuk jalan-jalan tengok bahagian dalam. Itu adalah rutin biasa kalau orang pertama kali datang ke rumah aku. Aku dah imun. Memang macam tu mesti tak jadi duduk tapi excited nak tengok semua ruang. So dia jalan ke belakang. Lagi ke belakang sampai keluar pintu belakang di dapur. Keluar saja dia cakap "ehh.. bestnyer, cantiknyer.' Dapur aku separuh outdoor sebelah kolam mandi meja makan di situ. Kolam mandi tu pun aku buat sendiri dengan seorang tukang Indon dan Mas. Memang itu saja meja makan siang dan malam. Masak pun kat luar tu. Dari komen tamu-tamu yang pernah bertandang ke rumah aku, mereka cakap rumah aku setiap penjuru cantik dan bersih. Selalunya di ceruk-ceruk dapur di penjuru-
13
penjuru orang tak berapa peduli dan tak bagi perhatian. Tapi rumah aku agak berlainan. Setiap penjuru yang orang pergi mesti dia akan rasa macam nak duduk menghayati suasana sebentar. Sebenarnya rumah aku tu bukannya cantik sangat. Aku buat yang murah-murah saja tapi setiap ruang ada suasana tersendiri. Port yang paling orang suka ialah di dapur luar tepi kolam mandi tengok dusun yang sangat permai di belakang. Couple tu suami dia nama Johan dan isterinya nama Aida. Johan dah keluar ke belakang diapun duduk la dekat meja makan tu sambil menghayati keindahan suasana kampung di situ. Rumah aku ni kalau kita masuk dia macam ada satu majis dan mood. Seronok tak pasal-pasal...tak tau nak habaq lagu mana. Masa tu Aida dah berjalan sampai ke belakang juga dan nampak la kami di dapur tu. Tapi dia diam saja jalan terus ke pagar sebelah sana kolam dekat gazebo kayu nibong yang aku buat sendiri beratap lalang. Aida berdiri di pagar tu agak lama di bawah panas terik matahari. Sekali sekala dia pandang ke arah kami. Tak lama kemudian, tiba-tiba dia lari datang ke meja kami dan berkata, 'ehh Ti, dah lama ke kampung ni kat sini? Kenapa rapat sangat dengan rumah Ti?' Tersentak aku!!! Laki dia pulak cakap...'hahh!! Dia dah buat dah...'. Untuk makluman hangpa, masa dalam dua tahun tu kami dah tak ingat langsung tentang kisah kami nampak kampung tu dulu. Macam memori terpadam bahagian tu. Dan semasa kami nampak kampung tu dulu kamipun tak tau nama depa tu bunian. Aku dok sebut orang halimunan. Aku tak pernah dengar nama bunian atau apa sebelum tu. Laki akupun tak tau sebab kami ni jenis moden tak tau sangat bab-bab mistik ni. Kami memang agak naif. Maka, akupun tanya Aida kampung apa? Diapun tuding jari ke pokok durian pelik dan beberapa lagi pokok durian dan duku di belakang, 'tu...kan pondok-pondok tu.'
14
Kamipun tercengang sama sendiri. Aku cakap 'mana ada pondok?' Dia cakap 'ada laa...kenapa diorang buat rumah rapat sangat dengan Ti?' Masa tu aku dengan Rahim masing-masing terkedu pandang sama sendiri. Kami cakap 'patuuutt laaaa. ' Sebab selama ni banyak kejadian berlaku tapi kami sendiri tak berapa faham dan sekarang baru boleh relate. Dan.. 'aah la.. ya laa.. patut la. ' Hahaha. Selepas tu, Aida cakap tadi dia berdiri di pagar bersembang dengan sorang mak cik. Mak cik tu panggil dia dan tanya siapa dia. Mak cik tu cakap kat Aida cantik kolam mandi Ti buat ni. Mak cik tu pesan kat Aida suruh bagitau aku ambil la lagi kayu-kayu ke apa kat dusun tu kalau nak buat apa-apa desain lagi kat rumah aku ni. Mak cik tu cakap pada Aida ' Ti ni orang seni, saya suka sangat seni Ti'. Terkejut bukan kepalang kami laki-bini sebab Aida memang tak tau langsung babbab kejadian taman-taman kami buat sendiri ni. Depa first time kot mai rumah kami. Aku pun belum sempat cerita kami buat sendiri semuanya. Jadi memang sahlah benar dia cakap ada kampung dan mak cik kat belakang tu sebab hanya mak cik tu saja yang tau kami buat sendiri. Kami angkut kayu bemban, tebang buluh, buang duri nibong dan tebang angkat semua bawa balik ke rumah dengan bantuan sorang budak lelaki Indon (Anto). Masa tu dalam pukul 12 tengahari atau 1 petang. Semasa Aida sedang bercakap tu tiba-tiba dia kata 'Ehh! Mak cik tu tengah datang ke sini! Makcik tu tengah datang ke sini!' Meremang bulu roma kami masa tu. Selepas tu semua terdiam kejap. Kerusi hujung meja hala ke dusun tu kosong. Tiba-tiba Aida tunjuk ke kerusi tu dia cakap 'Ni ha.. mak cik ni ada kat sini. Mak cik ni tanya Ti ada nak tanya dia apa-apa ka?' Terdiam aku masa tu sebab aku tak bersedia langsung. Semuanya berlaku sepantas kilat.
15
Akupun tanya la dah lama ka dia tinggal di situ? Aida cakap, 'dia kata lama dah. Dah lama dia tunggu Ti baru la ni Ti sampai.' Aku tanya 'kenapa dia tunggu Ti pulak?' aku cakap aku ni bukan siapa-siapa. Aku dari Kedah dan Selangor. Bukan orang kampung tu pun dan tak kenal dia. Dia kata memang dia yang panggil aku tinggal di situ. Aku cakap 'kenapa dia tak panggil orang kampung situ saja yang lagi dia kenal.' Dia kata sebab 'aku ni lurus dan jujur, orangnya selamba'. Dia cakap dia kena jaga aku memang tugas dia. Lepas tu Aida bagitau lagi, dia cakap mak cik tu tanya Ti tak ingat ka dulu Ti pernah lalu sini Ti nampak dia?' Aku tanya, 'bila masa pulak tu? Ya ka?' Memang aku tak ingat langsung. Dan pelik juga dia cakap macam tu sebab dia orang ghaib apahal pulak aku boleh nampak dia? Masa tu kami memang macam bengong-bengong sikit la. Kemudian aku tanya lagi. Kenapa dia nak kena jaga aku? Dia cakap sebab martabat aku tinggi (itu bahasa yang dia gunakan). Dia cakap ada juga orang-orang dia dok jaga seorang menteri ni di Sg. Mati. Namanya Ghani Osman. Sg. Mati tu memang dekat saja dengan rumah aku. Memang ada rumah Ghani Osman tu kat situ. Dia cakap memang depa ditugaskan untuk menjaga orang-orang tertentu saja. Dia kata orang dia ramai. Kalau nak tuduh Aida menipu pun tak boleh juga sebab mereka baru saja datang Muar dan tak tahu tentang selok belok Muar atau di mana rumah menteri ka apa la. Dan Aida sebut spesifik pula tu... di Sg. Mati. Mak Biah juga tanya aku adakah aku nampak baju atau sarung tu? Aku tanya sarung apa? Aida tunjuk somewhere. Dia cakap kalau depa pakai sarung tu kita tak boleh nampak dia. Kami tengok sama sendiri masa tu. Bunyi macam katun pun ya jugak. Macam dalam cerita Harry Potter je... Tapi itulah hakikatnya. Memang betul lah depa ni lebih advance dari kita. Kalau zaman-zaman dulu sebelum ada telefon, kalau kita bagitau orang kita boleh dail telefon dan boleh bercakap dengan orang yang berada jauh dari kita, pun mereka akan fikir tak lojik macam katun juga kan. Sama juga dengan tv dan sekarang hand phone siap ada camera boleh ambil gambar pulak lagi. Entah apa lagi yang sudah advance di dunia bunian ni... kita pun tak tahu.
16
Aida juga cakap mak cik tu pesan, Rahim kalau tengah makan jangan suka merungut-rungut depan makanan tak baik depan rezeki. Dan dia faham Rahim ni ada kencing manis sebab tu dia jadi macam tu. Aida cakap mak cik tu minta Rahim banyakbanyak bersabar jangan runsing-runsing sangat tak bagus untuk penyakit dia. Kami pun jadi segan dengan couple tu sebab masa tu memang bisnes agak down dan ada masalah kewangan sikit. Dalam masa yang sama aku jadi sedikit segan dengan couple ni sebab tak pasalpasal diorang tau pula masalah rumahtangga kami. Akupun tanya la mak cik tu nama apa? Aida cakap dia suruh panggil Mak Biah saja. Akupun minta maaf la kat mak cik tu sebab rumah kami terlalu rapat dengan rumah dia. Dan aku juga bagitau kami nak duduk dengan aman di situ tak mahu ada gangguan-gangguan yang menakutkan ke apa la. Hahaha. Mak Biah cakap Azimah tu suka main-main kat luar petik-petik bunga. Nanti besar Imah jadi Duta. Tapi Aida cakap Mak Biah sebut kurang jelas. Dia dengar macam duta macam tu la. Yang kakaknya Amylia jadi cikgu, duta juga. Ada lagi benda lain dia bagitau tapi aku lupa banyak dah. Pastu Aida cakap Mak Biah dah balik ke belakang dah. Malam tu aku tidur aku terus di datangi mimpi. Tapi mimpi tu bukannya mimpi apa pun. Cuma aku diimbas kembali kejadian di mana satu ketika dulu aku dan Rahim ternampak kampung Mak Biah semasa Mak Biah dan lelaki tu tengah berkebun dan Rahim angkat tangan pada depa. Memori aku seperti di putar kembali ke masa kejadian tu supaya aku ingat kembali. Dan esok paginya ingatan aku tentang kejadian yang berlaku dulu tu amat jelas terpahat di kepala. Hmm...aneh ya. Sekarang ni tahun 2020. Aku ada anak perempuan dua orang. Yang sulong bernama Nur Amylia. Yang bongsu Nur Azimah. Bila Imah dah besar barulah aku tahu sebenarnya Imah akan jadi doktor gigi. Mak Biah sebut doktor tu bunyinya macam duta kot. Selama ni aku ingat
17
Imah akan jadi duta produk ke apa yang sewaktu dengannya...hahaha. Atau duta Malaysia ke negeri China ke sebab dia sekolah cina. Sekarang ni Imah masih belajar dentistry di IMU Bukit Jalil. Amy pula sekarang adalah tutor di Uitm Jasin dan ingin menyambung PHD tak lama lagi. Harap-harap dia berjaya dan satu hari nanti menjadi seorang doktor falsafah. Begitulah serba sedikit kisah permulaan hidup aku di Twilight Zone tu. Seterusnya masih banyak lagi kisah-kisah menarik dan mistik yang telah aku lalui yang tak masuk dek akal dan tak boleh nak di hadam! Tunggu!! Selama dua tahun kami tinggal di rumah tu macam-macam lah kejadian- kejadian aneh berlaku. Ini semua terjadi semasa kami belum diperkenalkan kepada Mak Biah dan Aida lagi.
Kejadian 1 Satu hari aku sedang bersiap-siap di hadapan meja solek di dalam bilik tidur aku. Masa tu aku sorang-sorang di rumah dalam kurang lebih pukul 2 petang. Entah macam mana aku rasa seperti ada orang lalu di belakang aku maka akupun menoleh ke pintu. Mak aii...! Aku nampak kaki orang lari keluar bilik dekat pintu seolah-olah dia terkejut. Kelihatan kaki bahagian bawah saja badan tiada. Tapi bukan kaki yang jelas. Cuma bayangbayang kaki tapi sekejap sangat beberapa detik kemudian lesap. Tersirap darah aku. Aku pun lari keluar nak ligan la...tapi tak dak orang pun.
18
Kejadian 2 Sama juga seperti kes pertama. Aku tengah baring di bangku nibong belakang dapur tepi pagar betul-betul depan pokok durian pelik tu sambil membaca Reader's Digest. Jarak pokok durian pelik tu cuma dalam 1m saja dari pagar tu. Tiba-tiba aku dengar bunyi derap macam orang pijak daun kering. Masa tu tengah rembang iaitu tengahari Jumaat selepas orang balik dari masjid. Akupun toleh dan nampak kaki yang sama juga lari ke sebalik pokok durian pelik tu dan lesap. Akupun buat tak tahu saja la dan terus baring dan membaca semula. Aku ni memang jenis yang selamba saja. Tapi semenjak kes kelibat-kelibat kaki ni aku tahu there is something out there but i dont know what it is. Yang pasti ianya bukan hantu tapi orang betul cuma aku tak boleh nampak dia saja. Macam tu la kejadian sehari-hari. Kadang-kadang tengah sidai baju di ampaian kat belakang sayup-sayup dengar suara orang bagi salam. Pergi jengok di pagar depan tak ada orang la pulak. Dan tak dengar bunyi motosikal ataupun kereta jika betul ada orang datang bagi salam. Jika ikut lojik, kalau orang bagi salam di gate depan memang tak boleh dengar sebab jauh maka kena tekan loceng. Tapi yang dengar orang bagi salam semasa tengah duduk kat belakang tu lamakelamaan menjadi kebiasaan selepas dua tahun pertama tu. Mas pun dengar juga. Jadi kalau orang bagi salam tu...kami jawab saja la. Pernah aku tengah sikat rambut di depan cermin bilik tidur, tiba-tiba nampak dari ekor mata aku ada orang lalu di luar tingkap bilik tu. Aku memang rasa macam ada orang mengintai aku kalau aku tengah bersolek. Lantak dia lah... jangan dia mai kacau aku betuibetui sudah la. Masa Aida datang haritu aku sempat juga tanya dalam kawasan rumah kami tu ada ka pondok depa ke apa? dia cakap dapur luar tu ada pondok satu dan kiri rumah aku tu adalah laluan depa keluar masuk. Patut lah aku selalunampak kelibat orang lalu kat luar tingkap bilik aku tu.
19
Kejadian 3 Selama ini aku pergi kerja aku tinggalkan Imah dengan Mas di rumah. Memang senang nak jaga Imah sebab dia jarang menangis. Dia suka duduk dalam walker di dapur luar tu sambil pandang ke dusun belakang. Dia akan tengok tenung diam lama-lama macam memandang sesuatu sekali sekala tergelak-gelak macam ada orang sedang agah-agah dia...ada kawan bermain. Budak-budak yang Mak Biah dok ajar mengaji tu la kot... kat belakang tu pagi-pagi selalu dengar suara perempuan mengaji sambil mengajar anak-anak. Suara depa jelas sangat kedengaran dari arah pokok-pokok kat belakang tu. Masa pertama kali dengar tu kami semua berkumpul kat belakang tu tercengangcengang sambil mencari-cari dari mana arah datangnya suara-suara ngaji tu. Suara tu bukan datang dari jauh tapi betul-betul dari pokok-pokok tu. Memang kami tak boleh nak hadam ketika tu. Tapi lama-kelamaan ianya dah menjadi macam biasa sebab selalu sangat. Jadi kami biarkan je sambil teruskan buat aktiviti kami di belakang macam biasa. Bila Imah dah besar sikit dan boleh berjalan, dia suka main sorang-sorang di bilik dia atau kat luar rumah. Kadang-kadang dia hilang, cari-cari rupanya duduk dalam almari. Kalau kat luar dia suka petik-petik bunga sambil nyanyi-nyanyi sorang-sorang. Tapi lamalama aku dengan Mas suka intai tengok dia dari dalam rumah. Kadang-kadangdia akan menari satu tarian yang khusus. Dia ada satu step joget dia. Setiap kali dia menari mesti langkah yang sama. Comel sangat. Dan kamipun hairan pandainya dia joget. Dia reka sendiri ke step-step tu atau ada yang dok mengajar dia? Sebab step-step tu nampak macam step budak dah besar menari. So satu hari kamipun tanya Imah 'mana Imah belajar menari?' Dia cakap kawan dia ajar. 'Siapa nama kawan tu?' Salwa. Ooo jadi kami pun tahu la. Ada budak perempuan kat belakang tu bernama Salwa.
20
Kejadian 4 Aku suka makan ulam. Satu hari aku cakap dengan Mas. 'Mas, cuba ko gi cari pokok ulam beluntas kat kebun belakang bawa balik sini kita tanam.' Dia pun pergi cari dan bawa balik satu pokok kecil. Dia tanam tepi rumah sebelah jiran melayu kami iaitu sebelah kanan. Semasa tengah berjalan sepanjang pagar tu, tiba-tiba ada ular sederhana besar melingkar dekat pokok manjat di pagar. Ular tu pun terkejut nampak kami dia melompat terus lesap depan mata. Wuisshhh! Terkejut betui kami. Masa tu tengahari. Cara ular tu lompat pun agak pelik sebab dia lompat sambil terlentang dan hilang macam tu saja. Kemudian kami pun tanam pokok beluntas tu kat situ saja la. Selang beberapa hari, aku pergi cek, pokok tu dah mati. Redho saja la tak ada rezeki. Aku pun cabut buang saja la pokok tu. Keesokkannya aku pergi sidai baju kat situ. Tengok-tengok dah ada pokok beluntas yang baru macam baru saja ditanam tapi agak kecil sedikit. Aku pun panggil la si Mas. Aku tanya dia mana dapat pokok tu. Dia tanya aku balik pokok apa? Aku tunjuk pada dia, 'tu...pokok beluntas tu mana ko dapat?' Dia cakap mana ada kan dah buang semalam dah mati? Aku cakap lagi 'ni ada pokok baru bukan ko yang tanam? Dia cakap 'bukan!' Jeng-...jeng...jeng...
Kejadian 5 Tak lama selepas tu, aku ingat nak duduk dan main buaian ikat pada pokok pulak. Tapi dalam kawasan rumah tak ada pokok besar. Maka aku suruh la Mas pergi cari pokok ceri pula. Then off she goes dan bawa balik anak pokok ceri kecil ada empat lima helai daun saja. Senang saja cari sebab ceri ni tumbuh merata-rata di jalan luar sana.
21
Kesnya sama macam beluntas juga. Ceri ni tanam di penjuru kiri laman depan sebelah jiran cina. Malangnya pokok tu tak nak hidup. Aku pun buang la pokok ceri tu. Keesokkannya aku gi check, hihi ada pokok ceri baru macam baru tanam tanah merah masih gembur lagi. Kali ni aku dah agak dah. Aku panggil Mas datang tengok. Mas cakap 'diorang tanam ye kak?' Hahaha.... Pokok ceri tu bila dah besar ada dahan melintang yang agak besar. Aku pun suruh Mas ikat tali buat buaian kayu kat situ. Masa tu laman depan rumah aku tu dah penuh dengan rumput carpet menghijau. Tapi yang hairannya di bawah buaian kayu tu rumputnya sikit2 saja seperti selalu dipijak dan tanahnya juga agak lekuk ke dalam. Padahal kami semua jarang main buai di situ. Satu hari dalam pukul 11 pagi aku duduk buat kerja sikit kat meja tepi tingkap bilik aku. Tingkap tu betul-betul mengadap porch dan laman depan. Tiba-tiba tak semenamena aku tengok buai tu bergerak-gerak. Lepas tu makin laju macam ada orang sedang naik hayun. Masa tu memang tak ada angin tiup langsung. Kalau betul angin yang tolak, takkan lah dahan besar tu boleh terhayun-hayun ke atas ke bawah. Tiba-tiba Mas meluru kat aku yang sedang duduk kat depan meja tulis tu. Dia cakap 'akak! akak tengok dahan pokok ceri tu dengan buaian tu kak!' sambil menuding jarinya dari tingkap tu ke pokok ceri tersebut. Akupun jawab, 'aku tengah tengok la ni..Mas. Aku baru ja ingat nak gi panggil ko suh tengok!'
Kejadian 6 Kes yang ni memang havoc betui!! Jiran cina aku yang sebelah kiri tu dia ada bela itik dua tiga ekor. Ada ke rumah taman gi bela itik? Busuk dan tanah belakang rumah dia jadi lecak-lecak dan sentiasa
22
basah dengan najis itik tu. Dah tu bising pulak lagi. Kami ni pula meja makan di luar sebelah kolam mandi. Masa makan tu memang busuk giler la... Untuk pengetahuan semua, jiran cina sebelah aku ni pun tak tau la kenapa dia benci sangat dengan kami terutama Mas. Kalau aku balik kerja, nanti Mas cakap tadi cina sebelah (isteri dia) jerit-jerit panggil marah-marah cakap Mas pergi cabut pokok dia la dan macam-macam lagi yang tak masuk akal. Macam mana Mas nak masuk? Rumah berpagar dan isteri dia sentiasa ada di rumah sebab tak bekerja. Dia sakit hati sungguh dengan kami macam-macam dia tuduh. So, suatu pagi masa aku tengah duduk-duduk dengan Mas di tepi kolam mandi tu, itik dia bising-bising. Sambil berseloroh aku cakap pada Mas, 'Mas, kita racun itik dia nak?' Mas ketawa dia cakap, 'akak kalau cakap tu jaga-jaga sikit mulut tu. Nanti dengar kat orang belakang dia gi buat betul-betul pulak kang.' Then aku cakap, 'ishh...tak de la Mas aku gurau je pun'. Pastu kami pun gelak-gelak. Esok paginya, Mas kelam-kabut panggil aku kat bilik suruh pergi ke belakang tengok cina tu dah naik hantu bising-bising terjerit-jerit. Astaghfirullahalazhimmm!!! Dia pergi buat betui-betui!! Terus World War III Aku dengan Mas tengok dia tercengang-cengang sama sendiri. Kami terkial-kial kat situ tak tau nak gelak ka apa. Cina tu maki hamun tiga ekor itik dia mati serentak. Dia tuduh Mas bagi makan racun. Aku dengan Mas terkedu tak boleh nak cakap apa. Nak cakap macam mana pun tak tau. Kami tau kenapa mati tapi tak boleh nak defend diri sendiri... memang haru!! Hawau sungguh!! Dalam pada cina tu terjerit-jerit, tiba-tiba Imah (baru tiga atau empat tahun masa tu) keluar dan dia terus pergi ke pagar berdepan dengan cina tu dia tengking cina tu balik berlawan cakap. Dia bergaduh macam orang tua. Tak tau apa dia cakap. Cina tu
23
terkejut terdiam kami pun terkejut dan terdiam sekali. Aku dengan Mas tengok sama sendiri. Lepas Imah marah-marah cina tu dia pusing belakang jalan masuk dalam semula macam robot tak pandang kami langsung pun. Mas cakap kat aku. 'Kak! Sape tu? Imah mana tau cakap macam tu?' Aku pun tak tau nak cakap apa aku geleng kepala. Lepas Imah masuk ke dalam, cina tu jadi takut langsung dia lepaskan bangkai itik tu dan lari masuk dalam rumah. Tak lama lepas tu dari dalam rumah kami nampak cina tu dok menyangkul kat dusun belakang rumah dia dan tanam itik-itik tu. Semenjak hari tu, kalau aku nak cakap apa-apa yang tak elok aku fikir-fikir dulu. Takut ada lagi yang teraniaya pulak. Hihi.. banyak sungguh kenangan yang tak dapat dilupakan selama aku tinggal di Muar dulu. Memang giler tahap gaban!!
Kejadian 7 Aku kalau tengah dok buat kerja kat dapur luar belakang tu kadang-kadang macam dok bercakap sorang-sorang dalam hati macam sedang berbual-bual dengan seseorang. Bila tersedar, tertanya-tanya sendiri 'ehh.. aku cakap dengan siapa tadi ek?' Mula lah toleh kiri toleh kanan jenguk sana jenguk sini. Kadang-kadang tengah cuci pinggan dengar bunyi kerusi bergerak kat meja macam orang bangun atau duduk. Kalau tengah duduk kat meja makan tu, kadang dengar bunyi orang kentut dari arah bangku nibong belakang (sebelah pokok durian pelik). Kadang-kadang dengar bunyi suara orang halau kucing shuhh... shuhh... shuhh... Sebab dapur terbuka maka banyak kucing luar suka datang. Pernah sekali aku membongkok sedang ambil barang dari dalam kabinet bawah. Bila aku bangun berdiri tangan aku terlanggar tangan orang macam lengan atau bahu dia. Bukan main terkejut aku! Terus aku bagi salam. Pastu aku terus buat kerja macam
24
biasa. Semua ini terjadi waktu siang tengahari dalam pukul 3 petang macam tu. Aku memang selamba dan pemberani. Tak rasa takut cuma gementar sikit-sikit saja. Ada satu hari aku sedang cuci pinggan tiba-tiba dalam hati berkata, nanti jumpa la..Jeff. Aku terus tersentak. Eh, Jeff mana pulak ni? Mana aku ada kawan nama Jeff? Jeff masa Sekolah Menengah tingkatan dua dulu ada la ketika tinggal di Alor Merah, Alor Star. Mana aku ada hubungi dia pun dah berpuluh tahun...nanti tu bila? Esok? Minggu depan? Bulan depan? Tahun depan? Tunggu punya tunggu dah bertahun berlalu aku pun akhirnya lupa langsung bab si Jeff ni.
Kejadian 8 Dapur luar belakang rumah aku tu, sebelah kiri ada dinding. Sebelah kanan dan belakang tiada dinding. Kanan ada kolam mandi saiz dalam tiga kali empat meter dan nampak rumah jiran cina tu. Belakang nampak dusun la. Dusun belakang tu memang nampak aman dan permai. Berangin dan banyak burung-burung terutama dalam bulan Februari hingga April. Mungkin musim burungburung berhijrah kot. Aku siap beli teropong kecil for bird watching aktiviti. Hahaha... Tak perlu pergi jauh-jauh belakang rumah aku pun dah macam pergi natural resort. Kalau musim ni, nanti ada satu jenis burung 'Sri gunting' sebab kat ekor dia ada keluar dua batang ekor panjang macam antenna atau lidi dan berbulu di bahagian hujung sekali. Antenna tu panjang dalam lima belas inci. Ada lebih kurang empat lima ekor sahaja. Mereka selalu hinggap atas pokok durian tu. Kemudian, ada juga burung belatok dok tebuk pohon durian dan macam-macam burung lagi. Tapi yang Sri gunting ni bila habis musim tu dia pun hilang sekali. Dia cuma akan muncul semula tahun depan di musim yang sama dan hinggap di pohon yang sama. Menarik sangat. Rumah aku tu memang unik. Kalau aku dekat pejabat mesti teringat-ingat tak sabar nak balik rumah. Kalau keluar pintu belakang tu perasaan satu macam. Macam
25
masuk ke magicland atau fairyland. Feeling dan suasananya happy mood seronok tak tau nak cakap lagu mana. Maka laman belakang tu macam-macam la aku plan nak buat sejak Mak Biah dah offer suruh ambil lagi kayu-kayu kat belakang. So on one fine day, aku pun start projek baru dengan Mas dan Anto. Sebelah sana kolam, dekat pagar cina tu aku nak buat gazebo untuk bakar-bakar ikan atau BBQ. Mas dengan Anto ni la juga yang dok korek tanah buat kolam mandi bodo-bodo jer kat belakang tu tempohari. Mas ni badan dia sasa, kaki bagong dan ganaih orangnya. Boleh buat kerja-kerja kasar panjat bumbung ke panjat pokok tapi boleh jaga baby juga. Masak pun lama-lama pandai. Dia kerja dengan aku dari aku belum lahirkan Imah sampai la Imah umur sepuluh tahun. Off they go to the woods, spotted some nibong, buang duri-duri nibong tu dulu tebang dan bawa balik. Ada sekali tu tunggu-tunggu depa tak balik-balik... lama sangat. Maka aku pun menyusul masuk ler ke dalam dusun tu. Di bahagian ke dalam-dalam sikit memang penuh semak-semak yang kena redah. Ada beberapa tempat terdapat kuburkubur lama dua tiga kubur satu kelompok macam tu. Batu nisannya ialah batu-batu sungai bulat-bulat panjang dan berlumut sebab tak berapa kena cahaya matahari di bawah pokok-pokok. Masa aku berjalan tu rasa macam jadi 'Little Red Riding Hood' pula. Tapi rasa seronok dan nyaman. Adakala aku depa kedua-dua tangan dan memusing-musing badan macam orang menari sufi tu. Rasa enjoy sangat macam enchanted. Rasa seperti bebas terleka dengan angin sepoi-sepoi bahasa. Kemudian aku terhenti sebab terperasan macam ada orang sebalik pokok durian dan dengar bunyi derap daun kering macam orang pijak. Aku pun terus berjalan ke dalam hutan agak jauh juga la. Setelah lima belas minit berjalan aku mula dengar suara orang bercakap-cakap dan bunyi gergaji. Aku jejak bunyi tersebut dan dari kejauhan kelihatan Mas dengan Anto tengah potong kayu balak pakai gergaji yang depa bawa tadi. Hahaha.....
26
Entah pokok apa memang dah ada orang tebang panjangnya macam pokok durian. Diameter dalam 10 inci camtu. Aku cakap pada Anto pokok kayu tu boleh buat ganti tiang besi bumbung yang bahagian penjuru tepi kolam tu. Pohon tu sangat berat tapi anehnya depa dua orang boleh jinjing di bahu saja jalan balik ke rumah. Panjang pohon tu dalam 9 kaki. Sampai ja kat rumah Mas bisik kat aku, 'kak..kenapa macam ringan ja kami angkat?' Hihihi...sebenarnya ntah berapa orang yang dok tolong jinjing tu. To cut short masa proses sedang membangunkan gazebo tu, tiba-tiba ada orang datang. Rupa-rupanya pintu pagar luar lupa tutup. Budak lelaki tu masuk sampai ke belakang tempat kami sedang buat kerja. Dia cakap dia lalu kat luar nampak daun-daun lalang (untuk atap) tu semua. Jadi dia berminat nak tengok kami tengah buat apa jadi dia minta maaf sebab terus masuk. Budak tu umur lebih kurang dalam 23 tahun macam tu la. Semasa berbual-bual dengan aku, dia cakap, 'akak buat la batu-batu ferro cement kat belakang ni...cantik nanti.' Aku tanya ferro cement tu apa? Dia cakap itu teknik buat batu supaya nampak macam batu asli. Dia cakap 'akak kenal tak En Man?' Aku cakap 'tak'. Dia cakap lagi, 'alaa... yang buat Taman Buaya kat Melaka tu..hah..Che Man tu memang pandai buat ferro cement ni. Betul akak tak kenal?' Aku memang tak kenal dan tak pernah dengar pun. Tak lama dia minta diri dan balik.
Kejadian 9 Anak-anak aku memang suka mandi di kolam tu. Boleh kata hari-hari lah depa berenang kat dalam tu dengan aku-aku sekali. Ada satu hari tu, kami plan nak pergi shopping di Mahkota Parade Melaka. Masa tu Mahkota Parade masih baru lagi kira happening la shopping kat situ. So pagi tu lepas budak-budak mandi kolam aku suruh Mas kemas-kemas semula keliling kolam yang dah berkecah. Aku suruh dia gantung pelampong semula di tempat asal. Memang tabiat aku
27
kalau tinggalkan rumah mesti kemas dan cantik semula seperti showroom supaya bila balik penat-penat nanti rasa happy dan tenang masuk rumah. So off we go the whole mortly crew dengan Mas sekali. Kami keluar kira-kira dalam pukul 11 pagi. Dah shoppingshopping, makan-makan kami pun balik la. Sampai rumah dalam pukul 3 petang. Buka saja pintu dapur belakang... Astaghfirullahalazhimmm....... Berkecah bagai nak rak basah habis lantai dekat-dekat kolam tu dengan pelampong berterabur merata. Kami semua tercengang. 'Dah sapa pulak yang mai mandi ni tinggai kecah macam ni?' Takkan anak jiran kot. memang terkejut sangat time tu.... Selama ni pun actually kalau kami tengah makan kat sebelah kolam tu memang dengar bunyi air kocak macam orang sedang berenang tak kira la siang atau malam. Tapi yang hairannya air sedikit pun tak berkocak. Lama-lama jadi terbiasa dah dan tak hirau sangat lagi. Tapi tak pernah pula ada pengalaman sampai berkecah macam ni. Dan pernah juga sekali waktu nak masuk maghrib aku dengan kakak ipar aku tengah duduk di buaian di depan rumah, tiba-tiba dengar bunyi bising budak-budak menjerit-jerit main sambil mandi di kolam. Sebab dah nak maghrib maka kamipun bergegas masuk ke dalam rumah je la. Aku terus pergi belakang ingat nak marah budakbudak tu kenapa maghrib-maghrib masih dok mandi tak habis-habis lagi. Sebab depa dok mandi dari petang tadi dah berapa jam dah. Elok saja aku lalu dekat bilik Mas dia letak jari kat mulut dia sign shhhh tak bagi aku bising. Dia tarik tangan aku masuk bilik dia pergi dekat tingkap yang hala betul-betul depan kolam. Kami dua-dua orang garu kepala....kolam tak ada orang, tenang saja air sikit pun tak berkocak tapi bunyi bising suara budak-budak mandi bagai nak rak!
28
Aku cakap dengan Mas aku baru nak pergi sergah Amy dengan Imah suruh masuk dalam rumah. Rupa-rupanya depa tengah tidor nyenyak di bilik sebab penat lepas mandi kolam tadi. Hmmm Jadi siapa yang mandi bising-bising tu? Sebenarnya kawasan sepanjang Kesang Laut ni adalah tanah bersejarah sebab di merata-rata tempat ada makam atau kubur zaman dulu kala berterabur dalam kebun, dusun, dekat rumah-rumah orang. Kesang Laut ni adalah kawasan lanun-lanun Selat Melaka simpan harta-harta karun depa masa zaman dahulu kala. Jadi harta-harta tersebut sebenarnya masih ada banyak tersimpan oleh bunian-bunian ni dan kita tak nampak. Dalam 150m belakang rumah aku tu ada satu rumah lama. Rumah tinggal dah lapok nak roboh. Orang cakap kat situ ada mak dayang tinggal dia pakai cucuk sanggul emas. Allahuaklam...
Sebenarnya, selama aku tinggal di rumah tu aku pernah bermimpi sekali saja iaitu mimpi buaya tembaga semasa malam pertama pindah ke rumah tu. Maksud aku mimpi yang real yang bila bangun rasa amat terkesan dan dapat mengingati dengan jelas. Mimpimimpi mainan tidur yang lain tu memang biasa la semua orang pun mengalaminya. Cuma selepas beberapa tahun bila dah tahu pasal Mak Biah, baru la bertubi-tubi macam-macam mimpi masuk. Mas pun ada mimpi-mimpi juga.
Mimpi 1 Selepas kehadiran Johan dan Aida di rumah aku, satu persatu benda-benda aneh berlaku. Suatu malam aku bermimpi sedang berdiri di luar rumah. Dari kejauhan di Jalan Kesang tu, aku nampak sayup-sayup ada bus stop empat tiang. Tapi yang hairannya lama-kelamaan bus stop tu semakin dekat pula. 'Ehh... bus stop tu bergerak ka?' Hihihi...
29
rupanya yang aku nampak tu bukannya bus stop tapi bas kayu bergerak. Basnya simple sangat sebiji macam pangkin ada empat tiang dan bumbung. Tiada dinding, bangku atau kerusi. Saiz lebih kurang 1.3m x 2m. Ada roda, enjin dan pemandu. Orang naik bas dari kiri dan kanan dengan melangkah naik dalam satu kaki tinggi saja. Kemudian masingmasing pegang mana-mana tiang lah. Bas tu pun bergerak perlahan. Bila tiba destinasi masing-masing melangkah turun la sebelah kiri atau kanan.
Mimpi 2 Semenjak Mak Biah dah tahu aku sudah sedia maklum tentang kewujudan kampung depa kat belakang tu, maka MB pun dah tak segan-segan lagi nampaknya nak sampaikan apa-apa mesej dekat kami. Selepas beberapa malam setelah kehadiran Johan dan Aida, Mas pun bermimpi. Bangun pagi dia cari aku dia cakap semalam MB datang bagitau dia kalau nak kunci pintu belakang masa nak tidur malam, jangan tutup lampu di dapur luar tu sebab gelap. Anak dia Lina sekarang sudah dua minggu terlantar kat hospital kemalangan sebab bawa motosikal terlanggar pokok kat belakang semasa balik kerja malam. Jadi dia suruh buka saja lampu tu supaya terang sedikit. Maka sejak daripada hari tu kami pun tak tutup lagi lampu tu biar nyala saja sampai pagi. MB cakap dia dah penat dok ulang-alik jengok Lina kat hospital. Lina kerja kat kilang ST Microelectronics. Dulu dipanggil SGS Thompson sebelah jambatan Muar tu. Aku sendiri pun pernah beberapa kali masuk wad hospital Muar tu. Ada sekali kena gigit tebuan atau semut besar, aku terus pengsan masuk wad tiga hari satu badan bengkak. Maka itulah peluang aku nak korek-korek tanya nurse-nurse ni mana tau depa ada pengalaman yang pelik-pelik kat wad. Ada sorang nurse ni aku tanya dia. Dia cakap memang ada kak. Macam-macam kes tapi ada juga kes yang pelik depa sendiri pun tak faham. Dia kata kadang ada orang
30
masuk wad. Dah dirawat esoknya pesakit tu pun hilang. Kalau ya pun nak keluar bagitau la dulu.. nak discharge kena doktor yang bagi izin dulu bukan balik macam tu saja.
Mimpi 3 Aku sedang berdiri di luar sebuah rumah dan memakai pakaian yang cantik. Ada ramai orang di situ kelihatan seperti ada kenduri ke apa. Suasana macam kenduri kahwin. Tak lama pengantin sampai orang-orang tabur/renjis-renjis beras pada pasangan pengantin tu. Kemudian aku pun terjaga. Hihihi..
Mimpi 4 Aku macam berada di sebuah warung. Kemudian ada orang bagi aku makan tak tau apa benda. Makanan tu dalam daun warna putih macam tepung dah digaul dengan air, kental-kental ke apa lah. Makanan tu tak ada rasa apa-apa macam makan tepung kosong saja.
Mimpi 5 Mas mimpi MB bagitau aku dia ada anak lelaki kerja dekat kedai tayar Dunlop. Kedai tu sebelah stesen minyak BHP di simpang masuk Jalan Kesang Laut tu. Mas beberapa kali desak ajak aku pergi cari tapi aku tak nak.
Mimpi 6 Aku memang suka buat gardening and landscaping tanam pokok-pokok bunga kat luar rumah. Ada satu ketika tu aku dok tanam pokok-pokok ni, malamnya aku
31
bermimpi tengah berdiri di depan tangga rumah kayu. Tangga tu naik lurus di sisi rumah ke tingkat atas. Railing besi ada karat-karat macam rumah lama. Lepas tu sepanjang anak tangga naik ke atas ada pasu bunga macam pokok daun keladi. Bentuk daun keladi tu sebiji macam corak pada cengkerang kura-kura. Sangat cantik dan aku terkesima. Rupanya MB nak tunjukkan kat aku species pokok dia kot... Warna daun kura-kura tu sebiji macam alocasia ni. Cantik dan unik kan? Jadi sepanjang tangga tu nampak macam penuh dengan kura-kura. Semasa aku kecil-kecil dulu di Kampung Alor Merah, AS Kedah, aku ada jiran yang tinggal kat pondok belakang tepi sungai dekat-dekat pokok buluh belakang rumah aku. Tapi depa tinggal kat situ sat saja. Dia ada anak perempuan umur dalam belasan tahun. Depa kalau nak keluar kena lalu sebelah dapur rumah aku dulu sebab itu saja laluan yang ada sebab jalan lain ditutup oleh jiran-jiran lain tak izin lalu tanah depa. Tiap kali nak keluar, budak perempuan tu akan lalu depan tingkap tempat aku selalu belajar. Di situ ada meja di tepi tingkap. Maka selalu lah dia lalu masa aku tengah belajar. Tiap kali lalu dia akan tengok aku dan senyum. Masa tu umur aku dalam tiga belas tahun. Tiba-tiba satu hari dia berhenti dan bercakap sambil tersenyum, 'Ti ni kann...rajin dan hati mulia...'. Lepas tu dia jalan terus. Aku terpinga-pinga sorang-sorang. Masa tu aku budak lagi memang tak berbual-bual dengan orang besar sangat. Dan tak pernah pun berbual dengan dia jadi macam mana dia siap tau nama aku. Tak lama lepas kejadian tu, ada budak-budak kampung kawan-kawan yang sebaya aku datang kecoh-kecoh depa cakap, 'Ti! Hang tau dak tadi kami nampak (aku tak tau nama dia) kakak belakang rumah hang tu jalan masuk kat belakang pokok lepastu dia hilang terus.' Aku cakap, 'hangpa tipulahh'. 'Betui kami nampak!' Bila aku fikirkan balik, mungkin betul mereka tak tipu sebab ada beberapa orang satu geng kot...kalau satu orang mungkin dia tipu saja buat cerita. Dan budak-budak jarang nak menipu bab-bab macam tu. Dan depa nampak bersungguh-sungguh beriya-
32
iya cerita kat aku. Budak-budak ni geng-geng Man Belon, Wat Siam semua kalau hangpa kenai laa....hahaha. Rumah aku tu bertiang tinggi. Masa dia tengok aku tu dia kena dongak sikit ke atas. Masa zaman tu memang selalu juga orang minta sedekah mai rumah-rumah orang minta beras. Bagi satu cawan beras dia pun pergi la.
Mimpi 7 Ada satu musim aku gila buat gardening. Kalau tengah mood tu memang menjadi la. Aku trim-trim pokok bunga, bersih-bersihkan laman dan tanam pokok-pokok baru. Mas pun sama minat macam aku juga. Dua-dua memang ganaih. Hari tu penat tak sangga, letih satu badan. Malam tu apa lagi, tidur ternganga la. Ada sekali tu aku tengah tido meniarap tiba-tiba aku terasa ada orang panjat kesot-kesot atas badan aku. Siku dia tekan mulamula kat betis pastu naik pangkal peha, punggong, naik ke pinggang sampai ke bahu sebelah bahagian kiri atau kanan aku tak berapa ingat. Cara dia urut tu lain macam sikit sebab dia bukan urut mengusap tekan-tekan. Dia cuma tekan dengan siku ke titik-titik tu saja sambil berbaring atas aku. Badan dia yang tak berapa berat tu macam put some weight supaya tekanan dia lebih effective tiap kali dia tekan. Woww! Memang best! Terasa sedap sangat. Tiba-tiba azan berkumandang makcik tu pun terkejut lalu bingkas bangun! Bila dia terkejut aku pun tersedar sekali terus bingkas bangun juga. Rupanya aku bermimpi tadi. Dah subuh rupanya. Pergghh! Aku berdiri tak balance wei! Aku jalan tersenget-senget sebelah. Sebelah badan yang dia urut tu terasa ringan dan sebelah lagi masih berat dan sengal- sengal...real sangat!
33
Mimpi 8 Aku selalu bermimpi. Kadang-kadang bangun tak ingat kadang ingat tapi macam dah nak hilang-hilang. Jadi, kalau mimpi macam pelik-pelik tu aku bangun tidur terus celapak cari pen dengan kertas la. Aku lukis atau tulis cepat-cepat sebelum memori tu hilang terus. Tapi kalau mimpi-mimpi yang so real ni selalu aku akan ingat dan terlekat macam gam di minda tak hilang bertahun-tahun sebab sendiri pun wondering dimanakah lojiknya benda macam ni boleh berlaku. Puas dok pikiaq...ada ka benda- benda macam ni wujud? Macam tak masuk akal laa.... Contoh satu malam aku bermimpi tengah duduk dalam satu rumah kampung. Aku tengah tengok muka di cermin, juga nampak jam bulat di dinding. Ada sesuatu pada jam tu tapi aku tak ingat apa dia. Dalam bilik tu juga ada seorang perempuan muda tapi muka dia pelik sikit. Muka dia macam boleh diherot-herot sikit macam belon. Mulut kecil, mata kecil, hidung tirus je tak ubah macam kita lukis muka orang lidi. Nampak macam bulat lonjong belon. Macam kalau tarik dia kenyal-kenyal macam tu la. Kulitputih cerah. Pastu ada makcik yang sama yang pernah aku nampak dalam mimpi-mimpi yang lain. Mak cik tu dok cakap kat aku. 'Ni..barang-barang kemas ni banyak hah pastu budak perempuan tu angkat berjurai-jurai rantai emas dari dalam satu peti. Peti kayu macam peti lanun tu. Aku pergi dekat jengok. Mak aii! Penuh satu peti tu rantai-rantai emas tapi yang paling banyak rantai mutiara. Lepas tu akupun tersedar dari mimpi. Bila aku tersedar, baru aku perasan peti yang dia tunjuk tu sama dengan peti yang aku nampak masa lalu dekat padang lalang dulu tu di mana ketika aku tengok dulu tu terlintas di fikiran aku nak minta beli peti tu boleh buat coffee table atau side table kat ruang tamu. Sebab tengok dia campak-campak saja atas tanah kat depan pondok. Jadi sekarang baru aku tau rupa-rupanya peti tu bukannya kosong tapi ada isi! Dan dia campak tinggal kat luar rumah saja sebab bukan ada manusia boleh nampak pong!! Hahaha....
34
Mimpi 9 Ada satu malam aku bermimpi. Aku di bawa berjalan-jalan lihat kenderaankenderaan depa. Aku tengok ada van kayu. Rupanya betul-betul macam van kita tapi diperbuat daripada kayu. Lepas tu macam mana entah aku nampak di awan ada haiwanhaiwan terbang seperti gajah, kuda dan ada lagi yang kurang jelas. Peliknya...masa tu aku pakai pakaian macam baju kurung tapi cantik. Kemudian tiba-tiba sayup-sayup nampak keretapi berlalu pergi. Bila aku toleh aku baru perasan aku sedang berada macam di stesen keretapi. Ianya macam stesen terbuka tak ada dinding dan boleh nampak roof beam diperbuat daripada kayu. Macam stesenstesen MRT la tapi semua daripada kayu. Keretapi pun dibuat daripada kayu. Stesen tu dua tingkat dan siap ada lift juga diperbuat daripada kayu. Hahaha...memang kelakar!. Bila terbangun pagi tu aku kelam-kabut pergi ke belakang nak cari Mas seronok sangat nak cerita pada dia. Tut-tut diapun tengah keluar lari nak ke bilik aku...hihihi...cuba teka? Hahaha...nampak aku ja dia jerit. 'Akak! Semalam Mas mimpi nampak akak pakai baju cantik sangat macam tuan puteri. Akak cantik lah! Cantik sangat berseri-seri! Ntah Mas tak tau nak cakap macam mana. Mas nampak akak tengah nak naik van kayu, akak nak gi mana?' Kih kih kih...aku cakap pada Mas 'ye ke? Aku tak nampak ko pun!?? Hahaha.... Pelik bin ajaib, kami boleh mimpi benda yang sama. Tapi Mas tak tengok keretapi tu semua. Mungkin aku naik van tu pergi ke stesen keretapi la kot. Dia cuma nampak van kayu dan dia boleh terangkan pada aku dengan lebih baik. Aku punya mimpi macam kabur-kabur sikit dan aku tak berapa ingat details....
35
Dunia depa ni memang agak pelik sikit. Orang perempuan kalau pakai baju merah, tudung pun merah. Kalau baju hijau, hijau la semua. Depa balun satu warna saja.Hahaha...
Mimpi 10 Pernah juga aku bermimpi sedang berjalan di satu pekan macam pekan cowboy. Bila di amati betul-betul, ianya adalah sebuah pasar malam. Ada gerai-gerai kiri dan kanan jalan jual macam-macam makanan la. Aku tengok ada macam-macam jenis orang. Rupa mereka lain-lain pelik-pelik rasa macam dok dalam filem Grinch ke macam tu la. Tapi yang aku paling ingat ialah ada seorang tu kepala dia ada balung macam ayam. Dia jalan pun bongkok-bongkok sabut slow motion ja macam pink panther. Muka dia sekali imbas macam ayam lah! Memang macam katun rupa dia.
Mimpi 11 Aku sedang berada di dalam satu rumah kayu yang besar tapi kosong. Rumah tu dua tingkat dan aku berada di tingkat atas. Rumah tu kosong dan lebih kelihatan seperti gudang simpanan. Cuma ada satu tingkap kecil kat atas dan silau cahaya matahari pagi masuk melalui tingkap kecil tu. Kayu-kayunya nampak macam dah seasoned. Kat luar rumah tu ada pokok besar sangat macam pokok banyan. Mesti pokok tu dah beratus tahun. Kemudian tiba-tiba aku berada di luar rumah pula. Bila aku toleh, rupanya aku berada di tepi laut macam muara sungai yang besar. Tepi laut tu ada benteng-benteng tembok batu yang dah pecah-pecah. Rupa tempat tu macam pelabuhan tinggal yang sudah tidak digunakan lagi. Kemudian aku nampak ada sebatang jalan menuju ke darat dan aku pun berjalan keluar ikut jalan tersebut. Semakin lama aku berjalan, kiri kanan
36
aku nampak seperti Parit Karang saja.. Ya! Sampai ke luar memang sah lah itu adalah Jalan Pt. Karang dekat-dekat kawasan rumah aku tu. Maknanya tadi tu adalah muara Pt. Karang rupanya. Agaknya itu lah pemandangan dulu kala Pt. Karang. Mungkin suatu zaman dahulu ianya adalah sebuah pelabuhan sebab ada gudang untuk menyimpan barang.
Mimpi 12 Aku juga pernah bermimpi berada di atas sebuah bukit kecil. Ada sebuah rumah kayu besar di atas bukit tu. Di luar rumah tu ada dua batang pokok besar yang sangat pelik. Pokok tu naik sebatang saja tiada cabang-cabang dahan. Daun-daunnya pula punya la besar sebesar sebuah motosikal kot. Jadi apabila kita tengok pemandangan tu jadi macam tak proportion bila di bandingkan dengan rumah tersebut. Satu pemandangan yang aneh...
Episod 10 Ada satu ketika kami semua satu keluarga ke rumah Aida di Keramat. Lepas tu kami pergi makan di restoran beramai-ramai. Ketika balik dari makan, bila tiba depan rumah dia kami lalu di bawah satu pokok. Semasa tu aku dan Rahim berjalan betul-betul belakang Aida. Johan dah masuk ke dalam rumah. Di atas pokok tu ada seekor burung sedang berkicau bising. Tiba-tiba si Aida ni toleh pada kami dia cakap 'Ehhh! Burung tu cakap nak cerai! nak cerai! Korang dengar tak' sambil tuding jari dia pada burung tu. Kamipun cuba dengar betul-betul bunyi burung tu. Aah la...memang ada macam bunyi nak cerai! nak cerai!. Kami semuapun
37
pandang sama sendiri. Aida pun dok tengok kami sebab tak ada orang lain pun kat situ. Kemudian Aida tanya kami 'siapa yang nak cerai?' Aku cakap 'tak tau..sapa yang nak cerai?' Dan aku tanya dia lagi macam percaya tak percaya betul ke burung tu cakap nak cerai? Dia cakap 'betul! Korang pun dengar sendiri kan??' Memang kami pening masa tu sebab kami laki-bini tak ada apa-apa masalah pun apa lagi nak bercerai! Setahun kemudian kami pergi ziarah Aida lagi. Kami memang jarang jumpa. Lamalama sekali baru jumpa. Kali ni macam ulang kejadian yang lebih kurang nak sama. Kali ni semasa kami tengah berjalan di belakang Johan tiba-tiba dia berkata, 'ha... Jeff tu duduk dekat Kampung Pasir tu la. Seberang jalan besar ke sana sikit sambil tuding jari. Aku pun tanya dia Jeff mana? Dia jawab Jeff kawan sekolah Ti dulu ka apa. Macam sure tak sure. Masa dia tengah bercakap tu dia jalan terus tak toleh ke belakang tengok kami pun. Rahim pun bisik kat aku, ' Jeff kawan you masa kat sekolah di Kedah dulu tu ke?' Aku cakap 'ntah ler... dia ni cakap apa sebenarnya?' Kalau Jeff tu la, mana dia kenal. Itu kan kawan semasa aku budak-budak dulu. Masa tu aku bingung sangat pasaipa tiba-tiba dia boleh dok sebut nama Jeff siap bagitau tinggal kat mana. Padahal aku tak tanya pun. Jeff ni pun dah hilang dari ingatan dah berkurun lamanya. Tak puas hati masa kat dalam rumah, aku pi tanya Johan lagi. 'Tadi awak cakap pasal Jeff tu awak kenal dia ka?' Dia tanya aku balik Jeff mana? Aku cakap la yang dia dok sebut tadi yang tinggal kat Kampung Pasir mana entah. Dia tercengang-cengang tengok aku dia cakap ' bila masa saya cakap macam tu?. Rupanya dia tak ingat dan tak tahu pun apa yang dia sedang cakap masa tengah jalan tadi. Hmmm.... Ini kes kali ke berapa aku pun tak ingat la.... Sebelum ni pun pernah terjadi macam tu juga. Seolah-olah bukan mereka yang bercakap tapi ada orang lain yang take the body dan cakap. Ianya boleh terjadi pada sesiapa sahaja yang sedang bercakap
38
dengan aku seperti nak sampaikan sesuatu mesej. Tak kira la badan siapapun. Lebih kurang macam tu la.
Berbalik di Muar... Hari-hari berlalu dengan aku didatangi mimpi-mimpi dan beberapa kejadian aneh. Pejabat aku tu selalu sangat orang naik minta tolong itu la ini la... Kadang ada yang datang minta duit sikit tengah susah tak cukup duit untuk belanja keluarga la,untuk anak sekolah la, macam-macam lagi. Orang-orang ni semua aku dan Rahim tak kenal pun. Tapi setakat ni kalau kami mampu tolong kami bagi la. Dan seingat aku kalau aku tak dak duit pun sikit sebanyak mesti aku bagi juga. Rahim pun memang sangat pemurah senang kesian pada orang. Aku tak mau depa balik tangan kosong jika tidak nanti aku sendiri resah rasa bersalah. Ada sekali, ada orang datang minta tolong lagi aku pun tanya kenapa datang pejabat aku nak minta tolong? Pasaipa tak pergi pejabat sebelah-sebelah ni? Dia cakap tanya orang kat bawah nak minta tolong, orang tu cakap pergi la ke ProData kat sana ada orang boleh tolong. Hmm...sapa yang depa dok tanya tu ha? Kalau aku dapat mau aku cekik! hahaha....
Episod 11 Maka ada satu hari di pejabat waktu petang kami tengah berkemas-kemas nak balik kerja tiba-tiba ada seorang budak lelaki masuk. Dia macam kelam-kabut sikit. Lepas tu dia terkial-kial kat depan tu aku suruh dia duduk dan tanya ada apa hal? Dalam hati aku masa tu dah tau dah. Ni mesti nak minta tolong apa pulak ni. Setelah tu dia tengok muka aku tersipu-sipu semacam.
39
Aku tanya pasai apa? Dia cakap nak pinjam duit sikit buat belanja nak pergi ke KL boleh tak? Dia ada temuduga kerja esok di KL jadi perlu duit tambang dan makan tempat tinggal semua. Dia terdesak sebab masa tu dia betul-betul tak ada duit tapi kena pergi juga. Dia cakap 'kalau puan tak percaya saya, puan boleh ambil jam tangan saya ni sebagai cagaran'. Budak tu pakai baju buruk lusuh saja. Jam tangan dia pun macam jam antik zaman dulu ja. Sebenarnya hari tu kutipan tunai pun tak banyak cuma rm300 saja sikit sangat. Rahim pun macam teragak-agak nak bagi ke tidak. Dia dok cakap apa ntah. Jadi dalam hati aku dok berkata-kata...bagi! bagi! Bagi kat dia rm50. Immediately budak tu terus jawab kat aku, 'tak pa puan. Lima puluh pun tak apa. Puan ambil jam tangan saya.' Terkejut aku, 'ehh... dia boleh dengar aku cakap dalam hati ka?' Kesian pulak aku tengok dia dah tak dak apa nak offer, jam buruk tu pun dia nak bagi. Pastu Rahim bagi rm50 kat dia. Tapi kami cakap 'tak pa la adik simpan ja jam tangan tu.' Pastu dia keluar dan turun tangga. Dan aku pula terus kejar dia masa tu lari turun tangga juga sebab apa ntah. Tak ingat mungkin dia ada tertinggal barang kot. Tapi aku dah tak nampak dia dah! Dua-dua lorong dalam Aked Muar tu kosong tak dak orang langsung. Kalau dia tengah jalan keluar kat lorong tu mesti aku dah nampak sebab lorong-lorong keluar tu agak panjang juga. Hilang sekelip mata! Pastu aku cakap pada Rahim. Entah-entah budak belakang rumah kita kot. Sebab haritu Aida ada sebut MB cakap kadang-kadang depa ikut kami sekali tumpang pi bandar. Ntah-ntah kejap lagi budak tu ikut kita balik kot... hahaha...
40
Episod 12 Semasa pejabat kami masih di Bangunan Aked Muar, kami agak rapat juga dengan Zack ni. Dia ni tokey minyak angin. Kedai dia di tingkat bawah. Kedai kami di tingkat satu. Masa tu anak-anak kami kecil-kecil lagi. Anak dia sebaya dengan anak aku, masih di dukungan lagi. Zack ni selama ni tak pernah datang ke rumah kami. Jadi, ada satu malam tu kami ajak dia datang dinner di rumah. Sebenarnya dulu kami rajin juga jemput kawan-kawan atau saudara-mara datang ke rumah untuk makan. Aku dan Mas akan masak sedap-sedap untuk dinner siapdengan dessert. So malam tu Zack dan isteri dia Ain datang dengan baby depa tu. Macam biasa la, masing-masing terkesima tengok suasana rumah kami terutama di dapur luar tu. Kami jamu dinner di tepi kolam mandi ala-ala buffet siap candle light. Memang cozy sangat la kat belakang tu masa tu. Semasa aku sedang berbual-bual dengan Ain, dia tengah dukong anak dia. Tibatiba anak dia gelisah. Baby tu nangis-nangis sekejap toleh kiri sekejap toleh kanan, belakang macam nak melarikan diri daripada sesuatu dalam dukongan emak dia tu. Ain pun jadi hairan. Dia pula dok tanya aku kenapa dengan anak dia? Dia nak dukong pun jadi susah sebab budak tu meronta-ronta. Tiba-tiba Ain cakap kenapa panas sangat ni? 'Akak tak rasa panas ke?' dia tanya aku. Aku pun hairan juga sebab kat luar tu sejuk berangin sepoi bahasa apahal pula dia cakap panas? Lepas tu dia lari masuk dalam dan dia cakap panasnya akak. Padahal kat dalam semua tempat ada air-con. Ruang tamu 2.5hp. Tiap bilik pun ada air-con dan semua on. Memang sejuk! Anak dia kemudian menangis-nangis terus dan Ain jadi kelam-kabut. 'Panas la akak! Panas la! Ehh... saya tak tahan la akak macam nak terbakar! Macam mana akak boleh tahan ekk?' Masa tu juga Zack datang dia pun cakap tak tahan panas kami nak balik la. Terkejut kami dinner dah ready tak sempat nak jamah pun. Depa minta maaf banyak-banyak kemudian terburu-buru masuk dalam kereta dan balik.
41
Kami terus terduduk dan bingung. Mas dan Rahim pun pelik sebab memang tak rasa panas langsung! Hmmm......
Episod 13 Masa tu aku pun terus teringat aku pernah lalu pada detik 12 malam di Jalan Kesang Laut tu dekat simpang Pt. Ismail. Betul-betul dekat simpang tu ada sebuahrumah batu masih elok tapi tak berpenghuni dah bertahun-tahun. Aku tau rumah tu di jaga rapi oleh pemiliknya sebab sentiasa bersih rumput selalu di potong. Maka pada malam tu sedang Rahim memandu dari kejauhan nampak macam ada api di depan sebab jalan tu agak gelap tiang lampu jauh-jauh. Masa nak sampai ke simpang tu, kat tepi jalan kami nampak ada beberapa orang berjalan kaki sambil menyorong basikal tua. Ada beberapa orang yang sedang pegang obor-obor api. Depa semua belok masuk laman rumah tinggal tu. Masa tu aku cakap pada Rahim. 'Ehh masih ada lagi orang guna obor api kan?' Pasaipa tak pakai lampu suluh saja kan? Semasa lalu sebelah depa aku pun toleh la nak tengok muka. Jeng! Jeng! Jeng! Pergghh! Tak dak lekuk atas bibir! Sama macam orang lelaki yang tengah berkebun kat padang lalang dulu tu. Jadi pelik la sikit rupa depa ni. Jadi, untuk kes Zack dan Ain ni apa yang aku boleh simpulkan ialah, orang belakang tu mungkin dok acu-acu obor api kat depa nak halau depa balik. Tapi...kenapa?? Hmm...
42
Episod 14 Selepas beberapa hari berlalu, tiba-tiba Zack jengoi kat pejabat aku. Dia terjah masuk macam tergesa-gesa dan tercungap-cungap. Aku tanya dia dari mana? Apa hal panik semacam? Dia cakap dia dari Bank Bumiputra. Bank tu terletak dekat blok depan Aked Muar saja. Dia cakap semasa kat dalam bank tadi, masa dia tengah isi borang ada seorang pegawai bank tu tegur dia. Lepas tu depa berbual-bual. Zack bagitau la kedai dia kat depan sana saja...kedai minyak angin tu. Then pegawai tu cakap 'Oo...dekat bawah ProData bawah Aked tu ya? Rahim punya tu. Lepas tu Zack tak tanya apa-apa pun tapi pegawai tu dok cerita..Rahim tu bukannya apa, dia stress tu lagipun orang kencing manis memang macam tu. Dia tu kalau time makan tu mula la merungut-rungut. Si Zack ni pelik kenapa orang ni dok bercerita benda yang sepatutnya orang lain tak tau. Dia sendiri tau sebab dia memang kawan Rahim. Tapi dia hairan macam mana orang ni tau hal-hal dalam rumah aku?? Zack pun tanya la orang tu, 'Encik kenal ke Rahim tu?' Dia jawab, kenapa tak kenal pulak? Saya tinggal dekat belakang rumah dia saja.' Sebab tu lah Zack bingung jadi dia pun terus naik ke pejabat aku nak tanya jiran aku kerja kat Bank Bumi ke? Aku cakap tak. Jiran aku yang melayu tu kerja JPS. Yang cina tu engineer kilang Pioneer Tj Agas. Then Zack tanya aku, jadi orang yang dia jumpa tadi tu jiran yang mana satu pulak? Aku pun tak tahu. Then Zack cakap, 'aku sure dia mesti orang kat belakang rumah ko tu.' What!? Zack tau belakang rumah aku ada kampung ka? Aku tak pernah cerita kat dia pun. Then Zack pun mula la keluarkan cerita. Actually malam dinner tu dari rumah aku depa tak balik rumah terus pun. Depa pi Sg. Mati jumpa bomoh. Dia cakap nak ubatkan anak dia nangis tak henti-henti dalam kereta. So, bomoh tu tanya tadi depa dari
43
mana dan dia cerita la dari rumah aku. Bomoh tu cakap tadi anak aku kena usik belakang rumah tu ada kampung. Aku pun buat-buat tak tau dan menafikan la...hmmm.... Zack dengan family dia ni memang aku ada dengar orang cakap depa ni percaya sungguh dengan bomoh suka pi menengok-nengok bomoh...ntah ler. Aku memang tak boleh hadam la bab-bab bomoh ni. .. syirik guna jin dan khadam ni. Allah tak ampunkan.
Episod 15 Aku pernah pergi pasar malam Tj. Agas. Aku tengah belek-belek nak beli sayur, ada sorang mak cik ni mai berdiri sebelah aku dok pegang-pegang sayur juga. Aku nak toleh tengok dia tapi tak boleh..pelik sangat. Sampai ke sudah masa aku nak beredar dari gerai tu pun aku tak boleh nak tengok muka dia. Memang hairan sungguh! Masa aku tengah berjalan nak pergi ke kereta, dari jauh aku nampak ada empat lima orang perempuan umur baya-baya aku la. dok senyum-senyum simpul dari jauh tengok aku malu-malu sambil depa cakap sama sendiri. Aku pun senyum balik la tapi dalam hati dok tanya, apasal depa dok senyum-senyum kat aku? Aku tak kenai pun. Bila dan berserempak depan mata salah sorang tegur aku.. 'nak balik dah ka?' Hihi. Aku jawab 'aah' Huishh! Pelik laa...
44
Episod 16 Ada satu tahun tu aku sambut Hari Raya Aidil Fitri buat pertama kalinya di rumah mak aku di Sg. Ramal Dalam. Itulah kali pertama aku beraya hari pertama denganmak aku. Selama berkahwin hari raya pertama memang kena sambut sebelah family Rahim di Batu Pahat. Makanya, aku seronok sangat lah. Lalu teringat la nak pergi raya ke rumah Pak Lang aku di Hulu Langat. Saudara-mara aku yang lain lebih ramai di Kedah. Di kawasan Kajang ni, saudara yang terdekat di Hulu Langat tu lah. Lagipun dah lama tak jumpa Pak Lang aku dah bertahun-tahun. Jadi pagi tu selepas beraya adik-beradik, makan-makan, salam-salam, kami pun mula bergerak nak ke Hulu Langat. Tapi entah macam mana aku teringin nak tengok macam mana orang-orang kampung beraya jadi kami pergi ke Langat melalui Semenyih tak nak ikut bandar Cheras. So, off we go... Perjalanan memakan masa lama sedikit la sebab lalu jalan pedalaman. Tapi tak apa sebab memang niat aku nak menghayati alam semulajadi sambil lalu kampungkampung orang. No need to rush pun. Kami jalan sampailah ke Empangan Semenyih. Berhenti sekejap menghayati keindahan alam ciptaan Allah swt. Selepas empangan tu ada simpang ke Langat jadi kami pun masuk la ke simpang tu. Sepanjang jalan tu memang tiada kampung langsung semua hutan kiri dan kanan. Lepas tu tak jauh dari simpang dalam 500m tiba-tiba aku nampak satu kampung. Letaknya atas tanah tinggi dalam 1m. Ada dua tiga pondok yang cantik. Dinding semua di anyam dari buluh. Keliling atap ada ukiran kayu yang sangat halus. Aku jadi terpesona sat. Pastu nampak ada orang-orang tengah tumbuk beras atau padi guna kaki pakai alat kayu tu. Berhampiran orang-orang tu ada seekor binatang macam ostrich ke apa tapilain sikit. Dia ikat ostrich tu kat palang macam kat tempat cowboy tu.
45
Sungguh cantik pemandangan tu bak lukisan. Terasa macam sedang berada di zaman-zaman dahulu kala. Semasa aku tengah menghayati tu, tut-tut ... ostrich tu berbunyi dan mengepak-ngepak sayap dia. Ya Allah!!! Masyaallah!!! Nak tau apa? Ostrich tu mengepak-ngepak sambil dua kaki depan dia terangkat dan bunyi kuda! Rupa-rupanya itu bukan ostrich tapi kuda terbang (unicon) dan ada satu tanduk kat tengah kepala dia. Sebab dia ada kepak jadi mula-mula tu aku ingat ostrich la. Dan ostrich ni macam pelik sikit sebab kaki dia ada empat bukan dua! Kuda tu pun bukannya cantik putih macam unicon kat cerita-cerita fairytale tu. Warna dia kelabu biasa saja dan muka dia tak la hensem macam dalam majalah tu. Masa dia bunyi tu aku pun terkejut la. Tapi lidah aku kelu tak boleh nak bercakap time tu. Fenomena biasa aku lah tu jika sedang nampak orang bunian nih. So bila dah agak jauh sikit baru aku boleh gerak. Terus aku suruh Rahim patah balik. Aku cakap aku nampak kuda terbang Rahim pun pelik la. Kami patah balik memang dah tak ada la. Semua hutan kiri kanan. Rahim cakap aku hallucinate. Tak kan lah aku hallucinate sampai boleh perasan details yang aku nampak tadi siap admire ukiran-ukiran dia. Actually aku pun tak berapa nak ingat kami sampai ke empangan Semenyih dulu atau ke kampung tu dulu baru empangan. Dah lama dah insiden ni sebelum aku jumpa padang lalang tu lagi. Kami pun teruskan perjalanan. Tiba di batu berapa ntah dekat kawasan Sg. Lui berhampiran sebuah kedai hardware (sebelah kanan), sebelah kiri tu ada sebatang sungai. Di seberang sungai tu aku nampak ada pondok-pondok rumah orang betul-betul dekat dengan tepi sungai. Sungai tu macam jeram cetek saja dan batu-batu disusun
46
bertingkat-tingkat dengan rapi. Indah pemandangannya terasa seperti melihat sebuah lukisan. Kami tiba di Batu 11 Sg. Serai dan beraya dengan Pak Lang aku dan keluarga dia. Masa balik tu kami ambil keputusan untuk lalu jalan yang sama kami datang tadi sebab aku nak tunjuk sungai-sungai yang cantik tadi pada Rahim tapi tiba di area kedai hardware tu kami tengok di depan kedai tu tak ada sungai pun cuma parit kecil penuh dengan semak belukar. Hmm.....
Episod 17 Al kisah pada suatu hari aku sedang buat projek bina pondok dari kayu bemban dan buluh dekat sebelah kolam untuk menggantikan gazebo nibong dulu yang dahreput. Tiba-tiba semasa aku sedang bertukang tu dalam pukul 5 petang si Zack ni muncul di dapur belakang. Terkejut aku macam mana dia boleh masuk. Dia cakap gate tak kunci so dia pun buka gate dan masuk ikut luar rumah terus ke belakang nak jengok aku tengah buat apa. Ada ka macam tu? Bagi salam pun tak. Sekurang-kurangnya tekan la loceng dulu biar tuan rumah yang bagi izin masuk. Masa tu aku tengok Zack ni pun semacam saja. Macam nak menggatal dengan aku ke apa. Ehh.. memang pelik la. Mas pun perasan jugak. Ok tak pe lah... Beberapa hari lepas tu aku sedang kerja di pejabat tiba-tiba Zack masuk. Rahim tak ada masa tu. Zack memang pelanggan kami juga. Dia selalu tempah printing kad nama, brosur dan lain-lain lagi. Jadi petang tu dia datang nak tempah kad nama. Tiba-tiba dalam dok berbualbual dia dok puji-puji aku ni pandai buat macam-macam kerja la, cekap la buat kerja bla
47
bla bla. Tiba-tiba dia cakap you tak nak ikut i ke? Aku cakap ikut ke mana? Dia cakap dia tengah rancang nak besarkan bisnes dia dan dia cakap aku sesuai sangat untuk urus atau buat marketing untuk dia...macam-macam boleh sama-sama buat dengan dia. Pastu dia tanya 'you nak tak kahwin dengan i? Time tu aku terkedu. Dalam hati 'what the f_ _ _k are you talking about? Aku pun cakap kat dia 'ko ni gila ka apa? Rahim tu kan kawan ko? Apasal ko ajak bini dia kahwin dengan ko?' Dan dia pun dah ada anak bini! Lepas tu dia buat gelak-gelak dia pun malu dan belah. Anyways, lepas kejadian tu aku jadi geram pulak dengan si Zack ni. Kawanmakan kawan! Memang dia ada niat tak baik dengan Rahim. Depan lain belakang lain siap kacau bini orang pulak tu. Jadi aku pun susun strategi nak nyahkan dia supaya tak mai pejabat aku lagi. Then, the next day dia mai nak ambil kad nama dia aku caj double. Dia tanya aku macam nak marah. 'Ehh pesal tiba-tiba harga naik semacam ni?' Aku cakap ink printer naik harga. Sejak haritu dia dah tak mai naik pejabat aku lagi. Tapi aku tak cerita insiden tu pada Rahim pun sebab aku tau dia memang tak kan percaya cakap aku pun. Dia memang macam tu. Suka menangkan kawan dia dan lebih percayakan kawan dari aku bini dia. Ini bukan pertama kali berlaku. Sebelum tu pun ada kes ngan kawan dia pengamal iridology, dia defend kawan dia bukan aku. Menyampah betui! Selepas kejadian tu barulah aku faham kenapa MB halau dia dari rumah aku malam tu. Kami punya la baik siap masak-masak special nak jamu dia makan. Hampeh!! Mas pernah bermimpi, dia bagitau aku MB cakap dia ada sorang anak lelaki kerja pangkat besar juga selalu pergi luar negara. Dia cakap anak lelaki tu kerja di Bank Bumiputra. Namanya Jamaluddin sama macam nama ayah aku. Jadi, aku rasa Jamaluddin tu la kot yang dok cerita pada Zack masa dia dekat bank tu tempohari. Aku sendiri tak pernah pun cerita pada Mas tentang Zack di tegur kat bank tu.
48
Episod 18 Masa zaman kegawatan ekonomi tahun 1997 dulu bisnes kami pun terpalitteruk juga. Jadi, entah macam mana Rahim bagi idea suruh aku buat jual pizza delivery sebagai side income. Maka aku pun buat lah. Aku gajikan sorang budak lelaki pakai motosikal kami pergi hantar pizza kalau orang buat pesanan. Tak sangka pula pizza aku tu dapat sambutan menggalakkan. Masa tu bisnes online delivery ni memang belum wujud la dan Muar pun belum ada Pizza Hut dan Domino's Pizza. Kalau depa nak makan Pizza depa kena pergi ke bandar Melaka. Kalau yang tinggal di Kundang Ulu, Pagoh, Bukit Gambir payah lah sikit jauh nak pergi Melaka. Depa setakat boleh tengok iklan pizza kat TV saja. Tapi hanya dengan mengharapkan delivery saja macam agak terhad sedikit pendapatannya. Jadi aku plan untuk buat jual pizza tepi jalan saja sebab tidak mahu mengeluarkan modal yang tinggi sebab tak rancang untuk buat side bisnes ni dalam jangkamasa panjang. Cuma untuk musim ekonomi meleset tu saja. Kemudian bila aku buka gerai dekat bawah Bangunan Aked mula pukul 8 malam orang yang lalu Jalan Abdullah tu pun mula perasan ada jual pizza. Tak lama ramai la orang berpusu-pusu datang beli pizza aku. Sambutan hangat giler lepas dua tiga hari saja aku baru berniaga orang siap datang sampai kena beratur panjang kat tepi jalan. Memang havoc sikit la time tu di bandar Muar. Bila aku tanya dari mana datang, depa cakap dari Pagoh, Bukit Pasir, Bukit Gambir dan ceruk-ceruk mana lagi lah. Terkejut aku. Maka hari-hari aku dengan Mas bergelumang dengan tepong la dekat rumah sebab by 7 malam kami dah kena gerak keluar dah. Masa tu aku tinggalkan kerja kat pejabat sat. Bagi training pada Mas dulu so nanti dia dah boleh handle sendiri. Mummy's Pizza punya penangan, by first week aku dapat kutip rm18 ribu jual pizza tepi jalan saja. Alhamdulilalh.
49
Tapi biasalah, orang Muar ni cepat bosan. Lama-kelamaan jualan tak lah serancak mula-mula dulu. Aku berniaga pizza dalam setahun saja kot. Lepas tu dengar Pizza Hut dah nak masuk Muar, aku pun tutup la.
Mimpi 13 Semasa zaman kegawatan ekonomi 1997 tu, pernah sekali aku, Mas dan Rahim dok sembang-sembang dekat tepi kolam belakang tu. Entah macam mana Rahim dok gurau-gurau dengan Mas dia cakap 'Mas, ko cakap Mak Biah selalu datang jumpa ko. Cer ko minta dia emas ke berlian ke tengok dia bagi tak? Ko cakap la aku nak bayar hutang at least boleh lepas sikit jadi la...pastu kami gelak-gelak.' Hahaha.... Maka keesokkan paginya, Mas ketuk bilik kami knock! knock! knock! 'Abang! Semalam MB datang kelam kabut suruh gi ambil buah kundur kat pokok durian belakang. Dia cakap ada tiga biji ambil sebiji saja. Mas tak sempat nak tanya dia lagi, dia dah pergi.' Kami terpinga-pinga dua orang. Yang si Mas ni pula dah lari ke belakang dah! Kami pun bergegas ke belakang. Nampak Mas tengah pegang parang kat pintu pagar kecil tu. Dia cakap 'Macam mana ek akak?' Banyak ular ni dah lama tak masuk belakang ni. Rumput pun dah panjang giler. Kami tiga orang pun terjengok-jengok kat pagar tu tercari-cari kot ternampak pokok kundur. Padahal kami pun tak tau pokok kundur tu macam mana rupa. Mas cakap pokok tu macam jenis menjalar. Selepas tu Mas masuk dusun belakang tu dia tebas- tebas sikit dan selak-selak keliling beberapa batang pokok durian tu tapi akhirnya tak jumpa apa-apa. Kami bertiga pun duduk menenggung kat meja makan. Rahim tanya Mas, kenapa MB suruh ambil buah kundur tu? Dia cakap 'entah.. nak suruh makan kot.' Lepas
50
tu tiba-tiba Mas tuding jari ke satu pokok durian yang ada pokok liar menjalar keliling pohon dia. Tapi pokok liar tu dah tebal betul. Mas cakap kat situ dia blum cek. So, dia pun pergi dan selak-selak tapi susah nak nampak sebab gelap sikit di dalamnya. Akhirnya dia tebas habis semua dengan parang maka muncullah 3 biji buah kundur tergantung pada pokok durian tu. Pokok kundur tu memanjat lilit pohon durian di bahagian dalam sebab tu tak kelihatan dari luar. So, Mas pun ambil sebiji dan bawa balik. Kami pun belek-belek buah tu. Saiznya macam buah pelam kecil warna hijau. Aku tertanya-tanya, ni buah apa Mas? Setahu aku buah kundur tu besar juga macam buah betik yang kecil. Kemudian kami sama-sama membelek tapi tak tau nak buat apa. Rahim pun ambil pisau dan potong dua buah tu. Bahagian dalamnya cantik ada lapisan bulu lembut macam baldu warna merah. Dalam tu macam ada rongga kosong. Bukan ada isi pun, memang tak boleh makan. Kecil sangat buahnya. Rahim tanya Mas 'lepas tu MB cakap apa lagi Mas?' Mas cakap dia tak tau. Dia suruh ambil saja. Dia datang cepat sangat lepas tu terus balik. Kes ni habis macam tu saja dan kami pun tak tau apa tujuan MB suruh ambil buah tu.
Mimpi 14 Pernah satu malam aku bermimpi aku sedang terbang di celah-celah pokokpokok besar. Rupa-rupanya aku sedang membonceng seekor kuda terbang. Di depan aku ada seorang lelaki dan aku duduk di belakang dia. Perasaan masa tu memang taktau nak cakap macam mana. Terasa sangat thrill, rasa bebas seronok sangat. Dia meluncur laju di atas dan di celah-celah pucuk-pucuk pohon besar. Bila aku terjaga dan kenangkan semula, terus aku teringat filem ET dulu-dulu yang dia tengah terbang naik binatang apa ntah. Ini adalah kali pertama aku experience naik kuda terbang dalam mimpi.
51
Mimpi 15 Suatu malam sedang aku tidur di pangsapuri aku di Pluit Jakarta, aku bermimpi ada seorang lelaki dengan kuda terbang datang menghampiri aku. Dia cakap 'nak tengok pokok buluh perindu tak?' Aku cakap 'nak'. Then dia cakap 'jom ikut'. Aku pun naik kuda tu dan kami terbang bersama-sama masuk ke sebuah kebun. Ini adalah kali kedua aku bermimpi naik kuda terbang. Mimpi ini berlaku dua tahun lalu. Lepas itu, kuda tu pusing-pusing di sekeliling sebatang pokok kelapa sawit. Pokok sawit tu rendah sahaja dalam 2m atau 3m tinggi. Aku pun tanya dia mana pokok buluh tu? Dia cakap 'inilah pokoknya'. Aku terus terdiam, hairan. Sebab selama ini aku bayangkan pokok buluh perindu ni macam pokok buluh lah. So this is beyond my expectation. Aku cakap dengan dia 'ini pokok kelapa sawit bukan pokok buluh perindu.' Then dia turun dan cabut sehelai bulu yang keluar dari celah-celah pelepah daun di bahagian pohon tu. Dia tunjuk pada aku, dia cakap 'inilah bulu perindu'. Ohh ho ho ho (hahaha) Rupa-rupanya its not buluh at all! It's called 'bulu perindu'. Bukan 'buluh'. So, i have got it wrong selama ini. Dan pokok dia seakan-akan pokok kelapa sawit tapi lebih kecil sedikit. Berbeza dengan kelapa sawit, pelepah daunnya sikit saja di atas. Bulunya panjang dan halus saja macam rambut bukan macam bulu burung atau bulu ayam. Lepas tu aku terus terjaga.
52
Mimpi 16 Ini adalah kemuncak penceritaan kisah yang telah aku ceritakan tentang jiranjiran aku kat belakang rumah di Kesang, Muar tu. Di harap kalian semua dapat menghayati kisah kali ini sambil kunyah-kunyah muruka ya...hahaha... Alkisah di suatu malam yang hening aku tidur begitu nyenyak sekali. Tiba-tiba aku terbangun dan mendapati diriku sedang berdiri di sebuah kampung. Aku toleh kiri kanan aku dapati ada lebih kurang tiga atau empat buah rumah kayu kecil-kecil. Kalau nak panggil pondok mungkin tak berapa sesuai sebab rumahnya lengkap dari kayu dan zink tapi kecil-kecil sahaja beserta dapur juga. Aku berjalan perlahan-lahan mengamati bahagian luar rumah-rumah tersebut. Rumah-rumah tu rapat-rapat dan dipisahkan oleh parit-parit kecil di antara rumah. Parit-parit itu cetek sahaja seperti untuk air dari dapur mengalir masuk ke parit yang lebih besar di belakang kampung tu. Dalam 10m di kiri kampung tu ada sebatang jalanraya kecil. Dan rumah yang paling kanan sekali pula dua tingkat. Aku perasan ada tangga di sisi luar rumah tu naik ke atas. Di atas tiap anak tangga tu ada pokok keladi daun kura macam yang aku pernah mimpi sebelum ni. Hmm...dalam hati aku tertanya-tanya 'kampung siapakah ini?...' Kemudian aku pusing ke arah depan kampung tu pulak. Aku nampak ada pagar chainlink di depan kampung tu. Then betul-betul sebelah sana pagar ada kolam mandi dan dapur terbuka tiada dinding. Ehhh! Wait a minute! Nampak macam belakang rumah aku ja tuu.... Ma sha Allah !!! Terus aku terjaga rupanya aku sedang bermimpi tadi! Barulah aku tersedar, rupa-rupanya tadi aku telah di bawa berjalan-jalan dalam kampung MB di belakang rumah aku. Kampung yang so far yet so near....
53
Then aku pun baring cuba tidur balik semula tapi memang for sure dah tak boleh tidur dah la. Dalam hati rasa berdebar-debar tak sabar nak tunggu pagi nak pergi jengok kat belakang tu. Keesokkan paginya aku pun bangun kejutkan Mas. Dalam hati memang nekad kali ni aku nak suruh Mas tebas semua rumput lalang and all the shrubs. Aku pun cerita pada Mas tentang mimpi aku tu and off we go to the back! Sampai saja dekat pintu pagar kecil di belakang tu...ma sha Allah! Terpacak sebilah parang panjang betul-betul depan pintu tu. Tapi sebab lalang panjang sangat nampak hulu parangnya saja. Mas tengok aku sambil tuding kat parang tu. Aku cakap 'Hah! Elok lah tu MB bagi parang sekali memang dia nak suruh kita tebas habis lah tuh!' Maka Mas pun cabut parang tu terus mula menebas. Mas memang ganas boleh buat kerja jantan. Dia tebas sapu bersih semua. Habis saja dia tebas semua... Ma sha Allah!! Jelas terserlah semua parit-parit yang aku langkah-langkah semalam kat kampung tu! Terduduk aku kat situ. Aku dengan Mas dua-dua terdiam terpegun. Mas tanya ini ka kampung yang akak pergi semalam? Aku cakap 'aah'. Then dia tanya 'tu ada lekuk-lekuk kering panjang bersambung-sambung macam kotak tu lekuk apa kak?' Aku bagitau dia itu adalah paritparit longkang rumah depa sebenarnya. Kami berdua pun masuk dan jalan-jalan dalam dusun tersebut. Yang paling kami terkejut nak tau apa dia? Selama ini sudah bertahun-tahun jika kami keluar masuk dusun yang ke belakangbelakang sana tu, kami kena melintas satu titi kecil di buat dari batang pohon durian. Berhampiran situ ada sebatang pokok durian kecil tapi sudah bertahun-tahundia tak membesar pun. Tingginya sama saja.
54
Setelah ditebas semua baru kami perasan sebenarnya titi tu ialah bahagian atas pokok durian yang masih hidup. Yang peliknya pokok durian itu bukan berdiri tetapi berbaring di atas tanah. Patutlah bila dah seberang titi tu betul-betul depan titi ada beberapa pokok durian kecil-kecil yang kami anggap semak sebab tak membesar. Tingginya sama sahaja. Sebenarnya semak tu adalah bahagian pokok durian baring yang paling atas sekali di bahagian pucuknya. Yang pokok durian kecil tu pulak sebenarnya adalah dahan pokok baring tu. Patut la selama ini dia tidak membesar. Dahan itu juga naik vertical sebab ikut cahaya matahari. Selama ini kami tidak tahu kerana pohon durian baring yang sepanjang 10m tu terlindung oleh semak-semak dan lalang. Sungguh unik pemandangan di hadapan kami. Dan pohon baring tu juga sebenarnya adalah sebatang jalanraya di kampung MB. Pokok durian yang kanan sekali tu pulak adalah rumah dua tingkat yang ada tangga sisi tu. Dan pokok durian tu ada akar keluar ke atas tanah membentuk seperti tayar lori yang di tanam separuh. Ketiga-tiga pokok durian tu semua unik-unik. Pokok durian rumah MB pula yang betul-betul di sebelah bangku nibong tu. Dapur dia betul-betul sebelah bangku aku duduk. Patut la selama ini kedengaran bunyi orang mencuci pinggan keletung keletang di sebelah bangku tu. Maka semenjak hari tu, kami pun jaga kebun tu dengan rapi dan bersih. Mas selalu tebas-tebas guna parang MB tu. Kebun tu cantik sangat kelihatan aman dan damai. Tiap-tiap petang kalau balik kerja aku mesti masuk kebun tu dan ada satu perasaan yang tenang dan seronok. Lepas tu aku beli tali nylon yang besar-besar aku anyam buat hammock guna kayu bemban. Kami ikat hammock tu pada dua batang pokok duku. Aku selalu pergi baring di situ.
55
Mimpi 17 Ada satu malam aku bermimpi aku sedang berada di satu kawasan berpaya tetapi kosong macam padang jarak padang tekukur. Tidak ada satu pokok pun cuma ada seperti ranting-ranting, kayu-kayu dan sampah-sampah. Lepas tu tiba-tiba aku mendapati diriku telah berada di atas sebuah bukit sedang minum teh gaya macam dekat English Garden dengan setting outdoor English hi- tea macam tu la. Hamboii... Di kaki bukit tu ada sungai airnya mengalir sangat deras dan laju tak tau macam mana nak habaq. Dalam sungai tu ada macam orang-orang sedang berenang bogel ka apa. Rupa depa macam hitam-hitam sikit. Aku jadi hairan, ehh.. air deras macam ni pun orang boleh nak pi berenang ka? Ramai pulak tu... Pemandangan sungai tu memang macam tak lojik. Apahal orang nak pergi berenang dalam arus deras macam tu? Seminggu selepas mimpi aku tu, berlakulah tsunami di Aceh. Masa dapat berita tu aku tengah bekerja di pejabat. Malam tu di rumah barulah aku dapat tengok berita di TV. Ma sha Allah...!! Gambar-gambar tsunami yang dipaparkan tu memang itulah rupa pemandangan dalam mimpi aku minggu lepas. Rupa-rupanya bukan sungai tapi air laut deras yang mengalir masuk memenuhi bandar Acheh. Airnya sangat laju dan tolak habis apa saja yang berada di laluannya dan berterapong mayat-mayat manusia yang dah lebam-lebam macam terbakar ke apa. Rupanya dalam mimpi aku tu bukan orang sedang berenang tapi mayat-mayat terapong hanyut dalam air deras. Dan paya yang luas aku nampak tu sebenarnya pemandangan di tepi laut setelah air tsunami reda. Pantai kosong cuma tinggal selutselut dan sampah tiada lagi tumbuhan. Allahuaklam....
56
Episod 19 Rahim adalah seorang pengidap diabetes Type II semenjak kami kahwin lagi ketika dia berumur 22 tahun. Apabila umur dia 30 tahun dia telah bergantung pada insulin sepenuhnya. Maka ada suatu waktu adik lelaki dia cuba nak bawa dia berubat secara tradisional. Selama ini kami memang tidak pernah buat rawatan tradisional. Bukannya apa, cuma tak berapa percaya sebab selalu dengar cara rawatannya mengarut-ngarut lagilagi yang berubat dengan menggunakan bomoh ni. Demi masa berlalu, suatu hari adik ipar aku bagitau ada seorang kyai, ustaz dari indonesia sekarang sedang berada di Pontian, Johor boleh mengubat orang. Dia pujukpujuk Rahim supaya cuba saja sebelum kyai tu balik semula ke Indonesia. Pujuk punya pujuk akhirnya Rahim pun setuju. Bagai pucuk di cita ulam mendatang, kami tidak perlu ke Pontian sebab kyai tu akan bergerak dari Pontian dan berhenti di rumah-rumah tertentu sepanjang perjalanan untuk membuat rawatan dan seterusnya. Dan salah satu hentiannya adalah di rumah kami. Jadi, adik ipar aku dah berpesan katanya Pak kyai tu diuruskan oleh sorang kakak ni namanya Kak Mah. Dia yang sponsor kyai ni datang ke Malaysia dan bawa kyai kemana-mana untuk merawat orang. Jadi kata adik ipar aku lagi, kyai tu akan tiba di rumah kami mungkin dalam pukul 3 atau 4 pagi. Dan katanya ada ramai lah rombongan orang-orang lain yang mengekor dia di belakang sebab depa semua pun nak berubat juga. Maknanya yang mengekor ni orangorang sekitar Muar juga la nanti. Selepas rumah aku, kyai tu akan terus bergerak ke Melaka pula. So, on the set date, kami pun bersedia di rumah dan ready sikit juadah juga untuk menjamu tetamu-tetamu lain yang tak di undang tu...hahaha. Air-con pun terpasang semua sebab adik ipar aku cakap ada lebih kurang 20 orang kot takut nanti panas di dalam rumah.
57
Tunggu punya tunggu jam 3 pagi adik ipar aku yang sama-sama dalam rombongan kyai tu call cakap dah nak sampai. Adik ipar dan kakak ipar aku (kakak Rahim) ada dalam rombongan tu sekali sebab depa nak guide the driver. Masa tu waze belum wujud lagi. Bila depa dah nak sampai, aku pun tunggu di depan porch dan pintu pagar dah terbuka luas. Mereka pun tiba. Mula-mula sekali kereta kyai tu masuk parking betul- betul depan aku yang tengah berdiri depan porch. Ada lagi lima enam biji kereta kat belakang depa parking di luar tepi jalan. Depa pun turun. Kyai tu tengok aku dia tersengih-sengih. Hihihi... Di belakang kereta kyai tu ialah kereta kakak ipar aku. Dia celapak turun termengah-mengah, dia terus tanya aku 'tu cahaya apa Ti?' Aku tanya balik 'Cahaya apa?' Dia cakap tadi kereta dia berada betul-betul di belakang kereta kyai tu. Masa dah nak sampai tadi, di belakang kereta kyai tu ada satu bola cahaya putih terbang ikut kereta kyai tu. Bila kereta kyai parking, bola tu melantun betul-betul depan aku! Ko nampak tak?? Seriously...aku tak nampak apa-apa pun. Mungkinkah kyai tu nampak sebab tu dia tersengih kat aku? Hmm dan apakah bendanya tu?? Kemudian kat dalam aku persilakan semua tamu masuk ke dalam rumah. This is the best part of the story. Masing-masing ambil tempat duduk. Ada perempuan 4 atau 5 orang selebihnya lelaki. Ramai yang laki-bini juga. Disebabkan sofa tak cukup maka yang perempuan terpaksa duduk atas carpet saja la. Pak kyai tu duduk di kerusi depan tingkap. Tingkap tu memang aku baru buka supaya angin masuk sikit sebab ramai ni dah ada macam-macam bau. Hahaha... Tapi kyai tu diam lama tak bercakap apa-apa. Kepala dia asyik teheleng-heleng ke sebelah tingkap macam sedang mendengar sesuatu. Tiba-tiba jari dia tuding kat aku. Dia cakap 'kamu! yaa.. kamu!' Aku pulak toleh tengok kiri kanan kot-kot dia dok tunjuk ke orang lain ke.
58
Hahaha! Hamboi, cepatnya MB ni kyai tu tak sempat nak introduce diri sendiri pun lagi! Then kyai tu ulang lagi tunjuk pada aku. 'Ya, kamu yang itu...kamu mau apa? Mak cik ini lagi nanya nih...' Aku buat-buat tak tahu dan tanya kyai tu, 'mak cik mana?' Kyai tu tunjuk kat tingkap belakang dia. Dia cakap 'ini ada mak cik sama anak- anak kecil di luar tingkap ini. Dia lagi nyuruh saya nanya kamu mau apa?' Semua orang pandang sama sendiri diam menyepi kehairanan sebab kat luar tingkap tu tak ada sesiapa pun. Pukul 4 pagi kot.... Aku sebenarnya pun tak berapa faham MB tanya aku nak apa tu apa benda? Tibatiba ja tanya soalan macam tu. Memang blank time tu. Masa tu pulak aku tengah dok buat projek fountain kat depan rumah. Kebetulan haritu aku buat belum habis kena berhenti sebab batu cipeng (gravel) dah habis. Lepas tu perempuan-perempuan yang duduk sebelah aku tu depa dok bisik-bisik kat aku..'awak minta batu, awak minta batu'. Jadi kyai tu dok tanya aku lagi aku pun cakap saya nak batu. Tapi dalam kepala otak aku dok bayangkan batu cipeng satu lori kecik. Then kyai tanya berapa banyak batu? Aku cakap satu lah (maksud aku satu lorilah). Pastu perempuan-perempuan tu tengok aku semacam. Kyai tu suruh aku pergi ambil wudhu dulu dan tunggu dia. Dia cakap dia nak kena solat 2 rakaat dulu dan suruh semua orang tunggu kat ruang tamu tu. By the time aku keluar dari bilik, kyai tu pun dah siap solat dan dia pun keluar dan announce siapa yang nak tengok boleh ikut dia ke belakang rumah. Serentak semua orang terpa ikut kyai tu sampai tertolak-tolak aku yang terlepas kat belakang. Nauzubillah apakah semua ini? Is this really happening? Bila masa kyai ni nak start berubat ni? Pukul 4 pagi a bunch of strangers and Pak kyai dominate rumah aku semua menderu ke belakang are we insane??
59
Kyai tu suruh aku ambil satu gelas jernih dan isi air dan pegang. Kyai tu pergi lompat berdiri dekat tebing kolam di sisi pagar. Dia angkat tangan dan lambai-lambai. Masa tu gelap-gelita di belakang. Yang menerangi cuma lampu dapur tu saja. Yang perempuan-perempuan tu pula bila sampai ke belakang tu ehh..cantiknya dapur ni..cantiknya dapur ni...seperti biasalah. Di pagar aku tu ada pokok bunga memanjat. Pagar tu cuma dua meter saja dari kami. Pak kyai tu berdiri di pagar sebelah bangku nibong tu. Setelah melambai-lambai, dia petik sehelai daun pokok panjat tu dan genggam daun tu dalam tangannya. Semua orang dapat lihat dengan jelas apa kyai tu buat. Then dia lompat semula ke dapur dan panggil aku. Kyai tu suruh aku tadah gelas tadi then dia perah tangan dia yang menggenggam daun tadi. Tiba-tiba bunyi 'ting' ada sebiji batu delima merah jatuh dalam gelas tu. Semua orang 'wow!' Kemudian aku pun tanya lah Aku
: Ini batu apa?
Kyai : Ini batu delima serai sebagai hadiah dari mak cik itu buat kamu. Aku : Oo...saya ingat dia nak bagi saya batu cipeng.. Kyai
: Hah? batu apa?
Aku
: ermm...tak de apa lah...
Yang jantan-jantan tu semua dok tergelak kat aku. Depa cakap 'apa laa akak ni...' Kemudian semua orang pun mula beredar masuk ke dalam semula. Masa tengah berjalan masuk tu yang perempuan datang marah-marah aku. Depa cakap 'akak ni kenapa betul sangat? Kenapa minta satu saja? Patut akak minta lebih sikit batu tu kami pun nak juga.' Aku terkedu...aikk depa marah aku la pulokk... Aku cakap mana aku tau depa suruh minta batu permata. 'Saya ingat batu cipeng! Sebab tu saya minta satu
60
lori. Kalau saya tau dia nak bagi batu permata tentu saya minta lebih takkan sebiji saja.' Lepas tu sorang tu jerit pada aku.. 'tentu lah batu permata kak! Akak ingat batu apa?? Batu cipeng tu amende?!' Huh! Hanya tukang saja yang tau batu cipeng tu apa.... Maka begitu lah kisahnya macam mana MB bagi aku batu. Pastu aku tanya kyai batu tu untuk apa? Ada apa-apa kelebihan ka? Dia cakap tak da apa-apa pun. Cuma tanda kenangan mak cik tu untuk aku. Kemudian kyai tu pun cakap nak beredar ke Melaka terus dan akhirnya sesi rawatan entah ke mana, depa semua kejar kyai tu ke Melaka pula. Mungkin dia boleh mengubat di next stop destinasion la kot. Sedar tak sedar by that time dah hampir pukul 6 pagi. Batu tu aku simpan saja. Ada kawan-kawan yang suggest suruh buat cincin la, loket la dan macam-macam lagi. Tapi aku tak buat apa pun sebab tak nak ada perasaan kebergantungan pada batu tu. After all, its just a mere stone nothing more. Aku simpan ja kat rumah bertahun-tahun. Setelah beberapa tahun berlalu, aku tengah kemas-kemas rumah terjumpa la batu tu baru aku teringat semula kejadian tu. Sebab aku asyik berpindah-randah semasa aku dah tinggal di Kajang few years back, maka aku takut hilang aku pun bawa sekali pulang ke Jakarta. Tapi entah macam mana semasa di Jakarta semasa kemas-kemas handbag, aku terbuang batu tu dalam tong sampah sebab aku masukkan dalam plastik cotton bud clear tu jadi tak perasan ada batu dalam tu. Aku terlupa. Then aku balik Malaysia. Tak pa la. batu saja pun.
61
Batu tu adik aku pernah tunjuk pada seseorang dulu yang ada six sense ni. Orang tu cakap dalam batu tu dia nampak ada seorang lelaki berjubah putih pakai lebai camtu. Katanya orang tu adalah penjaga tuan punya batu tu. Allahuklam...
Episod 20 Dusun durian belakang tu orang kampung punya. Selepas kami tebas dan bersihkan selalu, tuan dusun tu ada datang dan mendapati ada hammock di situ. Dia tak kisah pun dan suka sebab kami jaga bersih. Semasa musim durian ada buah sikit-sikit saja sebab pokok-pokok dah tua. Tapi buahnya sedap. Kalau musim durian dia suruh kami pajak. Tapi aku bagitau tuan dusun tu aku tak mau sebab cina sebelah tu pun dokpi kutip durian yang jatuh. Tapi tahun tu durian dah tak ada harga jatuh sampai 50 sen sekilo. Jadi aku memang confirm tak mau pajak la sebab boleh beli murah dekat tepi jalan saja. Cina tu memang dari dulu asyik minta dari tuan dusun nak pajak tapi dia tak mau pajak pada depa. Dia kata dia nak pajak pada aku saja. Si Mas ni pula suka juga pergi kutip durian yang jatuh tu maka aku bayar juga la pajakan rm100. Malangnya cina sebelah tu pun masih dok pi berebut kutip buah yang tak seberapa yang jatuh kat belakang. Satu hari suami dia panggil aku dengan Rahim nak bincang sesuatu ada hal katanya. Kami pun pergi la masuk laman dia dan kami bincang di meja luar. Bini dia keluarkan sehelai surat. Dia kata surat tu ada dalam peti surat dia. Dia tuduh Mas yang bagi surat layang tu sebab tiada tandatangan. Surat tu surat warning bagitau dia jangan ambil durian kt belakang tu sebab kami dah pajak. Tapi nampak gayanya macam tuan kebun punya surat ni. Aku cakap pada cina tu mesti tuan dusun punya surat bukan Mas yang tulis sebab Mas buta huruf. Dia cakap memang Mas yang tulis minta tolong jiran melayu tu tuliskan. Lohrrr...sampai ke situ dia pikiaq!!
62
Negative thinking betui cina tu mati-mati dia tuduh Mas lagi. Dia suruh kami berhentikan Mas hantar balik Indon. Memang gila la cina tu. Aku pun geram juga dengan tuan dusun tu sebab tak nak serah sendiri atau pergi bagitau cina tu sendiri bahawa kami dah pajak. Tapi dia bagi surat layang ntah apa-apa. Tak pasal-pasal kami bergaduh lagi dengan cina tu. Aku pun memang tak mau pajak dusun tu pun at the first place. Aku suruh dia offer cina tu saja tapi dia tak mau dia paksa aku pajak! Dia cakap diamalas nak bertemu muka dengan bini cina tu sebab jenis memaksa-maksa orang macam gangster. Habis tu dia paksa aku boleh pulak?? Bengong betui!
Episod 21 Korang pernah pergi makan ikan bakar di Anjung Batu Melaka tak? Anjung Batu dan Pernu ni memang terkenal sebagai tempat makan ikan bakar. Kalau hari minggu memang penuh berduyun-duyun orang Singapura datang makan. Jadi harga depa ketok gila-gila tinggi. Tapi kalau di Anjung Batu masih boleh tahan lagi la harganya sebab masa tu ramai orang belum tau Anjung Batu sebab jalannya kena masuk ke dalam lagi. Itu dulu la. Sekarang tak tahu lah sebab dah lebih 10 tahun dah aku tak ke sana. Dulu aku dengan Rahim selalu pergi makan ikan bakar di Anjung Batu. Masa tu cuma ada sebuah restoran saja di hujung jalan tu. Sekeliling restoran tu penuh dengan pokok bakau. Malah sebahagian restoran tu pun terapong atas muara sungai tu. Ada sekali kami pergi makan ramai-ramai dengan adik ipar aku dan anak-anak kami semua. Masa tu kawasan bakau di depan restoran tu dah ditambak menjadi pakiran. Lepas kami makan dalam pukul 10 malam kami pun berjalan ke parkir nak balik. Semasa tengah berjalan ramai-ramai tu tiba-tiba anak adik ipar aku yang bongsu umur 2 tahun terjerit-jerit macam sedang bermain kejar-kejar dengan seseorang. Kakak- kakaknya dan anak-anak kami semua pun hairan. Dia lari-lari sekeliling kami sambil
63
tergelak-gelak terjerit-jerit. Pelik sungguh. Lepas tu adik ipar aku terus ambil gambar dia menggunakan kamera kami. Lupa nama kamera tu. Kamera tu digunakan untuk iridology sebab ianya boleh fokus untuk ambil gambar anak mata dengan jelas. Memang very clear and sharp. Ma sha Allah.... Dalam gambar tu kami boleh lihat dengan jelas ada seorang budak lelaki pakai songkok tinggi berdiri sebelah anak buah aku tu. Rupa-rupanya dia yang bermain lari kejar-kejar tadi. Imej budak tu sangat jelas macam kita tengok imej di roll negatif filem dulu-dulu tu. Macam warna putih-putih tapi jelas detailnya. Semua gambar dia ada budak tu. Mungkinkah itu kawasan bunian? Allahuklam... Setelah beberapa lama ketika, sekali lagi aku dengan Rahim pergi makan ikan bakar di Anjung Batu lagi. But this time around, our encounter is really out of this world! So crazy!! Malam tu restoran agak sunyi tak berapa ramai pelanggan. Kereta pun dua tiga biji sahaja. Setelah habis makan, dah bayar kami pun berjalan menuju ke kereta. Daripada meja cashier kami keluar ikut bahagian sisi resto which is a bit ke belakang arah ke jalan mati di hujung sana. Jadi agak gelap sikit la. Semasa sedang berjalan tu, tiba-tiba di depan kami ternampak sebiji lampu biru atas jalan tar berpusing-pusing macam lampu kereta polis. Tapi birunya terang yaamat. Masa kami terserempak tu kamiingat ada orang sedang bermain gasing remote control ke apa. Aku cakap pada Rahim 'Wow! Ada gasing pakai remote control juga ya? canggihnya!' Tiba-tiba lampu tu lari masuk belakang tayar depan sebuah kereta yang berhampiran seolah-olah macam diapun baru ternampak kami dan cuba untuk menyembunyikan diri. Dia lari ke belakang tayar lepas tu keluar sikit lepas tu masuk balik. Ishh..pelik la. Kami tengok sekeliling tak ada sesiapa pun memang sunyi senyap gelapgelita tak ada orang langsung kat jalan tu. Ishh pelik la lampu apa ni?
64
Tut-tut, tiba-tiba dia keluar balik dari belakang tayar depan tu dia terus terbang ke langit secepat kilat sampai kami pun tak sempat nak kata apa-apa. Kami ternganga duadua orang. Meremang bulu roma kami. Semuanya berlaku begitu pantas dari kami nampak dia sehingga dia terbang cuma dalam seminit saja kot. Memang nampak sangat dia terkejut kami terserempak dia dan memang dia tak ada pilihan terus cabut!. Yang hairannya semasa dia terbang tu..hmm...nak kata terbang pun mungkin tak sesuai kot sebab kalau terbang kita masih sempat tengok dia bergerak ke langit dan sayup-sayup menghilang. Tapi yang ini macam dia pindah dari titik di jalan tu zoop ke titik di langit sekelip mata tak sempat nak tengok sebab dia macam hilang di balik dinding yang tak kelihatan di langit tu. Bukan langit! Tapi dinding tu macam dekat atas depan mata kita saja. Masa dia hilang tu terdengar suara ngauman macam enjin kuat sangat di langit tu. Tapi tak nampak apa-apa objek cuma ada cahaya sikit-sikit macam kilat dekat spot tu saja. Rahim terus jerit UFO! Kami pun lari ke kereta dan sempat tengok orang-orang yang tak seberapa orang kat resto tu. Memang sorang pun tak perasan apa yang baru berlaku. Bunyingauman tu pun mungkin depa ingat bunyi guruh di langit kot. Semasa ufo tu keluar dan terbang ke atas, sekumpulan burung dari pokok di atas kereta tu bising semua. Sekawan burung yang sedang tidur keluar terbang lari laju bising-bising. Punya la depa pun terkejut dengan ufo tu juga. Selaju-laju depa masih laju lagi lampu biru tadi. Memang miracle the speed is out of this world! Kami berdua terus panik dalam kereta. 'Ehh.. macam mana ekk?' Aku tanya Rahim. 'Nak kena repot polis ke atau macam mana ni? Nak bagitau siapa ek?!' Memang kami sungguh tak keruan masa tu. Macam orang tengok rumah terbakar, kita jadi kecoh tak tau nak panggil siapa tapi nak juga bagitau orang! Macam tu lah perasaannya...
65
But after we calm down, kami ambil keputusan diam saja tak perlu bagitau sesiapapun atau orang akan cakap kami orang gila. But to tell the truth, objek tu memang suatu objek yang belum pernah wujud, alien atau apa la. Mungkin juga suatu alat pengintip berteknologi tinggi dari negara maju. Yang tak boleh tahan bunyi berderum di langit tu tapi tak nampak apa-apa. Bila aku fikir-fikirkan semula insiden malam tu, aku rasa itu memang makhluk dari planet lain kot dan dia ada hubungan dengan orang bunian dekat situ. Dia mai nak jumpa bunian tapi terserempak kami pulak!
Episod 22 Aku pernah naik satu penerbangan tapi tak ingat nak ke mana masa tu. Ada sekali tu aku tengah tengok ke luar tingkap aku ternampak seekor burung sedang tidur. Dia tak mengepak terbang tetapi stand still kakinya ke belakang macam tengah tidur. Possible ke macam tu? Ada ke burung macam tu? Tak terbang tapi tak jatuh?
Episod 23 Nak cerita sikit tentang jiran melayu aku tu. Masa kami mula-mula pindah ke rumah tu dulu pada hujung minggu. Depa pun ada datang ke rumah depa bawa masuk barang-barang sikit. Tapi depa tak duduk pun cuma masuk barang saja. Jadi kami bertegur sapa dan dapat tahu rupanya depa tinggal dengan orang tua di Taman Merdeka depan tu. Maka depa beli rumah ni untuk tinggal sendiri dengan 3 orang anak perempuan mereka. Anak-anak depa pun baya-baya anak aku juga. Tapi yang hairannya lepas seminggu kami tinggal di rumah tu, depa datang ke rumah depa bersama emaknya sekali. Ada sekali tu emak dia panggil Mas kat belakang.
66
Mas pun pergi ke pagar sebelah dia pun tanya Mas 'ko dah seminggu duduk sini.. ok ke? Ada apa-apa ke?' Mas tanya balik 'ada apa macam mana? ok jaa. ' Masa tu cuma kami saja yang sudah berpindah masuk tinggal di taman tu. Minggu depannya pula baru cina sebelah tu pindah masuk. Yang jiran melayu ni kami perasan tiap kali datang mesti tanya Mas benda yang sama. Sebenarnya as time goes by,memang kami dah syak ada sesuatu kat belakang tu sebab dah macam-macam encounters. Tapi memandangkan melayu ni takut sangat nak datang tinggal di rumah sendiri, kami pun sentiasa menafikan apa-apa yang negatif yang dia tanya bab tempattu. Kerana depa memang orang asal situ jadi depa tahu asal kejadian tanah taman ni. Setelah beberapa bulan baru lah depa pindah betul-betul dan tinggal di rumah tu. Arakian, ada lah satu malam ni kira-kira dalam pukul 3 pagi kami dikejutkan dengan bunyi bising anjing menyalak sekeliling rumah. Tapi yang dengar cuma aku dan Mas sahaja. Masa aku dengar tu dalam hati berkata, 'tak dak apalah, tidur je terus, tak apa, tak apa. '. So, aku pun tidur terus padahal bunyi anjing tu dekat sebelah rumah, depan rumah, macam ada beberapa ekor anjing dok berlari keliling rumah. Yang pelikya aku boleh saja ja rileks tidur terus macam tak ada apa-apa berlaku. Dalam hati macam dok ingat aku sedang bermimpi. Pada keesokkan paginya Mas datang kejut aku dari tidur. Dia tanya aku, 'semalam akak dengar bunyi bising anjing menyalak tak? Mula-mula aku kaget sikit. Owh... si Mas pun dengar juga ka? Bermakna aku bukan bermimpi la. Lepas tu Mas cakap semalam dia dengar bunyi anjing menyalak dia pun bangun untuk periksa. Sampai saja depan pintu kaca di ruang tamu, kaki dia tak boleh gerak sebelah. Kaki dia macam kena tarik dan melekat di lantai seolah-olah nak halang dia pergi dekat dengan pintu. Tetapi, dalam dok bergelut dengan kaki dia sendiri tu dia masih dapat lihat ke luar dari pintu kaca tu. Dia cakap dia nampak di luar depan pintu kaca tu ada seekor anjing hitam. Bila anjing tu nampak dia, anjing tu terkejut dan jadi macam malu-malu tertunduk-tunduk
67
kepala macam nak sembunyi-sembunyi muka. Pelik sungguh. Dan di laman depan dalam kawasan pagar rumah kami ada seekor lagi anjing hitam sedang lari kiri kanan sambil menyalak-nyalak. Di luar pagar rumah pula, di jalanraya ada seekor lagi anjing jalan mundar-mandir kiri ke kanan and vice-versa. Tapi dia cuma berjalan di bahagian depan rumah kami sahaja. Kami sungguh hairan dari mana datangnya anjing-anjing ni.. Mas bagitau sebentar tadi makcik jiran melayu sebelah tu dok panggil-panggil dia. Dia ke belakang tengok pintu belakang dah terbuka dan kuncinya telah tiada. Mas cari tapi tak jumpa. Dia pergi ke pagar sebelah jiran melayu tu dan makcik tu tanya dia 'Mas, semalam ko dengar bunyi anjing menyalak bising kat sebelah rumah kita tak? Risau takut makcik tu jadi takut, Mas menafikan dia dengar. Lepas tu depa tengok pagar chainlink antara rumah kami dah terobek. Mas cakap dia rasa semalam ada pencuri cuba masuk ke dalam rumah sebab dia sempat nampak kelibat orang lari panjat tembok depan semasa anjing-anjing tu kejar dia. So, my conclusion is... Ada orang dah pecah masuk pagar rumah aku tapi tak sempat masuk dia dah kena ligan dengan anjing. Mungkin dia baru berjaya buka pintu belakang dan dia tengah pegang kunci tu. Then dia cabut lari sambil pegang kunci tu. Sebulan selepas kejadian tu masa kami tengah bersihkan laman depan Mas jumpa kunci tu celah rumput tapi macam dah nak karat. Hmm... bermakna semasa dia cabut lari tu dia pun campak balik kunci tu sebelum dia panjat tembok. Dan dua tiga hari selepas kejadian tu, semasa aku sedang bekerja di pejabat, ada seorang lelaki ni mai tanya nak tempah buat kad. Katanya cuma nak survey harga saja dulu. Ok lah, kami pun berbual-bual tiba-tiba dia tanya aku Dia : Puan tinggal di Kesang Laut ya?
68
Aku
: Aah, mana tau?
Dia
: (Sambil bersahaja) 'Owh.. saya pun tinggal di kawasan situ juga. Sebab tu rasa macam pernah tengok. Rumah Puan yang keempat dari jalan tu kan?
Aku
: Aah
Dia
: Puan ada bela anjing ya?
Aku
: Tak lah. Yang bela anjing tu jiran cina sebelah saya tu.
Dia
: (Macam tak puas hati) Ye ke? Saya macam perasan rumah puan ada anjing. Atau saya yang salah rumah? Ok lah saya beredar dulu. Kalau saya nak tempah nanti saya datang lagi. Tak lama lepas dia keluar, masih terngiang-ngiang lagi kat telinga aku tentang
soalan-soalan dia yang agak pelik tu. Then baru aku terpikir... Mana dia tau rumah aku ada anjing? Adakah maksud dia anjing malam tu? Dan kenapa dia insist yang rumah aku ada anjing? For God sake, tak ada orang lain pun yang tahu tentang kejadian malam tu selain makcik sebelah. Is he the ? Allahuakbar !! Kalau betul dia si pencuri tu, agaknya dia sendiri pun pelik macam mana rumah aku tiba-tiba boleh keluar anjing sepertimana aku sendiri pun pelik. Maka dia beranikan diri datang nak confirmkan betul ke aku memang ada bela anjing... hahaha... Dan yang menjadi tandatanya pada aku sampai hari ini ialah macam mana pencuri tu boleh pegang kunci pintu tu? Mana dia dapat kunci tu dan kenapa dia nak cari kunci tu kalau dia dah boleh buka pintu tu? Aku rasa laa sebenarnya Mas memang terlupa tutup pintu tu sebelum tidur. Bukan kali pertama dah banyak kali dia tertidur tinggal pintu ternganga. Memang tak boleh harap sangat minah tu...
69
Owh... lagi satu yang kaki si Mas kena tarik kat lantai tu. Agaknya depa memang tak bagi Mas keluar sebab depa nak handle pencuri tu sendiri kot. Aku pun depa buaibuai suruh tidur aja. Hmm....
Episod 24 Kejadian ni berlaku beberapa tahun yang lampau. Masa tu hari raya aku balik kampung beraya di kampung Rahim di Batu Pahat, Johor. Hari Raya maka ramailah saudara-mara yang datang beraya di rumah pusaka ibu mertua aku. Ipar duai dan anakanak saudara semua ada. Ada sekali masa tengah bersembang-sembang tu sekali imbas aku terpandang muka Jamal, aku nampak seolah-olah macam tengkorak. Tapi macam bayang-bayang macam tu. Sekali lalu saja lepas tu muka dia aku tengok ok pulak. Agaknya perasaan aku saja kot. Tapi aku macam terkejut juga masa terlihat macam tengkorak tadi tu. Aku cuma diam tak bagi tahu sesiapa. Tapi dalam hati terfikir juga kenapa muka Abang Jamal nampak macam tengkorak tadi ehh? Genap sebulan betul-betul 30 hari lepas raya, kami dapat perkhabaran Abang Jamal kemalangan motosikal di jalanraya dan meninggal di hospital. Innalillahiwainnailaihirrojiuunn......
Episod 25 Berbalik pada kisah sebelah kaki Mas kena tarik semasa nak jengok anjing dekat luar pintu kaca tu, aku pun sebenarnya pernah juga merasa apa yang dia lalui tu.Katanya kaki dia macam terlekat di lantai tak boleh bergerak dan kebas.
70
Ada satu hari, seorang Pak Andam datang ke pejabat aku nak tempah kad kahwin. Dia berbual-bual dan bagitau aku dia tinggal di kawasan Kesang Laut. Lalu aku pun bagitau dia aku pun tinggal di kawasan tu. Aku pun mula la nak korek-korek cerita tentang Kesang Laut ni dari dia. Dia kata tempat aku tu memang keras. Dulu tanah tu adalah milik nenek moyang Sufiah budak genius kacuk Pakistan tu. Semasa aku sedang bercerita kisah rumah aku tu pada dia, tiba-tiba tangan kiri aku di bahagian lengan kena genggam dengan orang tapi tak nampak orangnya. Masa tu aku pakai baju lengan pendek letak tangan atas meja. Aku dah sempat bercerita sikit pasal bunian ni. Tangan aku tiba-tiba tak boleh gerak dan bahagian spot dia tengah genggam tu bulu roma naik tinggi menegak. Aku jadi sangat terkejut. Ni di siang-siang hari ni benda ni terjadi. Aku terus terdiam dan fokus tengok tangan aku sendiri. Aku cakap pada orang tu, 'ump...ump encik, sorry saya tak dibenarkan cerita pada encik. Ada orang tahan tangan saya ni sekarang. Cuba encik tengok sini bulu roma saya naik tegak bahagian ni saja'. Dia pun pelik tengok aku. Dia jengah kepala dia dekat lengan aku untuk tengok dengan lebih jelas. Memang nampak sangat bulu roma aku kat situ saja yang menegak. Apa lagi dia kelam-kabut bangun serta-merta tak sempat cakap apa-apa, angkat bag dia ketakutan terus cabut keluar tinggal aku terpinga-pinga... Masa dia lari keluar tu dia dok toleh-toleh juga kepala tengok aku. Masa tu aku pulak rasa macam bersalah..ehh aku dah takutkan dia ka apa tadi ekk? Tapi nak tergelak pun ya juga. To be honest, aku sendiri tak tau kenapa aku tak diizin cerita pada mamat ni. Hahaha.. Aku sendiri pun tak tau nak cakap apa dah masa tu sebab aku sendiri pun terkejut beruk... kok bulu roma boleh berdiri kat situ saja?? Lepas dia keluar tu terus tangan aku boleh gerak macam biasa. Hihihi... Selang beberapa minggu kemudian, aku singgah beli sarapan bungkus di sebuah warung dekat Tj. Agas. Tiba-tiba aku ternampak Pak Andam tu tengah makan dengan kawan-kawan dia tapi dia tak perasan aku.
71
Masa aku nak bayar, aku tanya tokey warung tu, mamat tu siapa? Dia jawab 'ooh.. itu tukang andam pengantin tu. Tak boleh pakai lah mamat tu. Akak jangan campur dengan dia'. Hmmm....
Episod 26 Ingat lagi tak tentang Pak kyai dari Indonesia tu? Setelah kejadian malam aku terima batu delima dari MB tu, selang beberapa hari Kak Mah tu telefon bagitau kyai nak datang ke rumah aku berdua dengan dia saja boleh tak? Aku cakap boleh la. Lepas tu depa pun datang. Maka terjadilah sebuah lagi episod mistik ... Masa di rumah aku, Kak Mah pula yang jadi PR bagi pihak kyai ni. Dia yang beriyaiya sebenarnya. Pak kyai tu cuma mengikut telunjuk makcik tu saja. Kak Mah cakap kyai tu bagitau dia di belakang rumah aku tu ada kampung bunian dan depa memiliki 3 peti harta karun (memang aku dah tau pun). Jadi dia cakap depa nak minta izin dari aku nak ambil peti tu nanti hasilnya boleh di bahagi tiga, kyai, dia dan kami. Whatttt?!!! Maka aku pun bagitau aku memang dah tau pun tapi MB dah cakap harta tu bukan untuk kami tapi untuk orang-orang islam yang memerlukannya di zaman akan datang. Tapi Kak Mah tu macam tak boleh terima. Dia cakap tak apa kita cuba minta izin dulu bukan nak ambil terus. Aku cakap sukahati hangpa lah bukan harta aku pun. Tapi aku tak mau harta tu sebab bukan hak aku jadi aku tak mau campur urusan depa. Dan apa-apa hal mesti minta izin dulu sebab aku tak mau nanti apa-apa kejadian yang tak diingini terjadi pada kami pulak. So, malam tu depa berkampung di belakang rumah aku. Rahim tengok dok tergelak-gelak masa depa masuk ke dusun tu untuk upacara minta izin atau apa la dia jampi-jampi kat belakang tu. Semasa kyai tu masuk ke dalam dusun tu kami pulak yang
72
excited. Bukannya apa, kami ambil peluang untuk rakam gambar dan video pakai camcorder. Mana tau mungkin boleh nampak apa-apa macam sebelum-sebelum ni. Selama ini pun kami tak pernah masuk dusun tu waktu malam. Aku pegang camcorder, Rahim pegang kamera iridology tu. Tujuan kyai tu masuk adalah untuk berkomunikasi dengan MB untuk minta izin. Dah selesai kami pun balik semula ke rumah. Semasa di rumah, aku tanya kyai apa cerita tadi tu. Dia cakap MB bagi syarat kena letak buah ke apa la di bawah pokok durian pelik tu 3 hari dan tanam kunyit hidup beberapa ketul. Selepas 3 hari baru pergi korek dan ambil kunyit tu semula. Dalam hati aku...hmm... depa ni macam dah kena main hidup-hidup dengan MB ni. Pelik aihh bersyarat-syarat pula. Dalam hati aku dok tergelak-gelak. Yang Kak Mah tu bukan main seronok lagi dengan gelang emas penuh lengan kreng! kreng! kreng! Bukannya cantik pun dah jadi macam orang asli aku tengok!. hihihi Kemudian aku ambil kesempatan la tanya kyai tu macam-macam. Mak Biah tu nama dia apa sebenarnya? Dia habaq tapi aku dah lupa apa dia. MB ada anak perempuan ka? Dia diam beberapa ketika lepas tu dia kata ada. Dia bagitau nama Lina, Salwani dan Yawani. Hmm... jadi selama ni Salwa yang dok main-main joget-joget dengan Imah tu ialah Salwani lah. Aku ingat kan Siti Salwa sebab orang selalu cakap bunian nama depa ada Siti kat depan. Ok. Apa jadi pulak dengan gambar-gambar yang kami ambil tadi tu? Rahim pun sambungkan kamera tu pada TV. Astaghfirullahalazhimmm.... Dalam gambar-gambar tu sangat jelas kelihatan sosok orang lelaki berdiri di antara kami semasa dalam dusun tu. Warnanya bayang-bayang putih kabur-kabur
73
macam dalam negative filem tu lah. Jelas sangat kepala, tangan dan kaki macam silhoutte putih. Kemudian, di bawah pokok keladi gajah tu ada lagi 3 orang lelaki kerdil tinggi dalam satu kaki saja kot. Ketiga-tiga orang tu sorang sedang berdiri cekak pinggang, sorang tengah mencangkung dan sorang lagi berdiri biasa. Mereka semua sedang melihat kami. Hairan sungguh kecilnya saiz depa. Tiga hari telah berlalu, tiba lah si kyai dan Kak Mah voque tu. To cut short, pagi tu kyai pergi masuk kebun sorang-sorang dia dan jampi-jampi serapah. Kemudian dia korek tempat tanam kunyit haritu. Then dia balik ke rumah dan buka ikatan kain kuning kunyit yang ditanam tempohari. Dalam kain tu masih ada kunyit tu tapi dah jadi kematu keras macam batu. Warnanya kuning macam emas bau kunyit pun sangat kuat. Kami pun belek-belek kunyit tu. Hmm.... Kyai tu cakap kunyit tu tak jadi emas tapi jadi batu sebab ada yang hati tak bersih. Macam tu lah katanya. Lepas tu Kak Mah tu mengamuk tiba-tiba dia marah- marah kesian aku tengok kyai tu. Nampak sangat hajat dia tak kesampaian dan dia sangat keciwa. Hmm aku dah agak dah. Kat belakang aku dengan Rahim dok gelakkan depa. Kemudian depa pun balik dan tak dengar berita lagi lepas tu...
Episod 27 Setelah episod tarik emas malam tu, adik ipar aku bawa pula kawan Indon dia jalan-jalan ke rumah aku. Kakak Indon ni adalah salah seorang pekerja di restoran dia di Seremban. Kami panggil Kak Ana saja. Dia juga boleh mengurut orang. Jadi on one weekend, depa mai rumah aku. Semasa Kak Ana tu tengah jalan- jalan di dapur luar tepi kolam tu tiba-tiba dia cakap ,
74
'Ehh! ehh! Ada orang kenit! Ada orang kenit! Aku terkejut dan tanya dia dekat mana orang kenit tu. Dia tak nak tunjuk dengan jari tapi dia macam sembunyi-sembunyi cuba tunjuk dengan memuncungkan bibir dia ke arah pokok keladi gajah tepi kolam dekat pagar tu. Then dia cakap, 'Ehh... best la belakang rumah awak ni ada macam-macam makhluk. Manusia apa ni kecik sangat? Eii! Geramnya aku tengok orang kenit ni, rasa macam nak ambil taruk dalam beg aja' sambil tergelak-gelak. Aku tanya dia berapa besar orang kenit tu? Dia buat isyarat tangan dalam tinggi satu kaki begitu lah. Aku tanya macam mana rupa depa? Dia cakap macam manusia macam kita juga cuma kecil. Depa pakai macam kain buat cawat ka balut badan macam tu la. Ada 3 orang semua. Depa duduk di bawah pokok keladi tu. Maka aku teringat pada gambar dari kamera yang kami tengok masa malam pi masuk dusun dengan Pak kyai tu. Dari bayang-bayang dalam gambar tu memang ada 3 silhoutte manusia macam kita juga tapi kecil di bawah pokok keladi tu. Yang species ni aku tak tau lah adakah tergolong sebagai bunian juga atau tidak. Sungguh aku terpesona dan takjub dengan kebesaran Allah dan segala ciptaannya. Allahuakbar!!
Episod 28 Ada satu kunjungan terakhir Aida ke rumah aku di Muar tu tapi dah tak ingat tahun bila. Masa tu Amy dalam tahun satu kot dan Imah 4 tahun. Sekarang Imah sudah 23 tahun. Tapi kunjungan Aida pada kali ini lah yang paling memberi impak yang besar dalam apa yang akan aku harungi seterusnya dalam masa sepuluh tahun yang akan
75
datang dalam kehidupan aku. Apa yang telah di beritahu oleh Aida pada malam itu telah benar-benar membuka sebuah chapter atau lembaran baru dalam fasa kehidupan aku seterusnya setelah itu. Bukan istilah menilik nasib, kerana menilik nasib adalah salah disisi agama Islam dan kita di larang menilik dan mempercayainya. Tetapi pada hari ini satu-persatu insiden telahpun berlaku seperti apa yang di beritahu oleh nya dua puluh tahun dahulu. Semuanya berlaku tanpa aku sedari dan aku cuma akan menyedari apabila sesuatu kejadian itu telahpun berlaku. Malam tu Aida tiba dalam jam 8 malam. Belum sempat dia masuk ke dalam rumah, semasa di depan pintu kaca tu tiba-tiba dia terhenti di situ saja. Rahim dan Johan telahpun masuk ke dalam rumah. Aida termangu-mangu sambil tangan dia gerak- gerak tuding entah ke mana-mana tak tentu arah. Dia cakap, 'ni.. ada makcik ni lagi'. Then Aida tanya aku, Aida : Ti dah jumpa Jeff? Aku : Jeff mana? Aida
: Jeff kawan sekolah dulu tu. Pening kepala aku, mana pulak dia kenal si Jeff ni? Timbul lagi sekali nama Jeff ni.
Aku
: Belum
Aida
: Tak pa.. tak pa. nanti jumpa dekat mukabuku. Tapi lama lagi la. Beberapa tahun nanti.
Hairan sungguh aku time tu. Apa benda yang dia cakap ni? Dan kenapa aku nak jumpa si Jeff ni pulak? Aku
: Mukabuku? Mukabuku tu apa? Tempat ke? Di mana?
76
Kalau mukabumi aku boleh faham la jugak (masa tu FB belum wujud lagi). Aida pun tak tau nak jawab pada aku, dia cakap Aida
: Ermm... entah! Mukabuku laa.. FB..FB..
Aku memang bingung sangat time tu. Hah? FB? Apa tu? Huruf apa? Shortform dari apa?? Masa dia dok bagitau tu semua, aku dah perasan, ini mesti makcik tu yang dok bagitau dia ni...sebab tu la dia sendiri pun tak tau apa dia cakap. Mesti MB nampak dia datang, MB pun terjah kat depan pintu tu sekali tak sabar-sabar nak bagitau aku something. Lepas tu aku ajak dia masuk ke dalam. Masa tengah jalan masuk tu dia dok sambung cakap dan berkata 'rumah ni Ti punya! Rumah ni Ti punya!.' Aku pun cakap 'iya la memang pun rumah ni rumah kami.' Pelik sikit kenapa dia nak bagitau macam tu memang pun itu rumah kami bukan rumah dia pun..hahaha..tak payah la nak bagitau. Lepas tu dia sambung lagi, Aida
: Rahim, Ti tak payah risau nanti ada orang jaga dia sampai mati. Nanti ada reunion.
Aku
: Reunion? Reunion dengan siapa?
Aida
: Nanti jumpa kawan-kawan sekolah dulu. Lepas reunion nanti Ti akan jumpa Che Man, Ti ikut dia. Tak payah takut, Ti ikut saja dia pi mana-mana pun.
Aku
: Che Man mana pulak ni?
Aida
: Che Man laki Julie.
77
Aku
: Hah? Julie mana ni? Puas aku dok pikir mana aku ada kawan nama Julie di Muar. Yang aku tahu, Julie
kawan aku semasa belajar di Texas dulu ada la. Tapi aku tak tau siapa laki dia nama apa. Dah berpuluh tahun pun tak pernah berjumpa Julie dan tak tau apa-apa cerita langsung tentang dia, tiada apa-apa hubungan. Yang pelik nama Che Man tu dah dua kali keluar dah ni. Haritu ada budak lelaki datang cerita tentang Che Man buat ferro cement di Taman Buaya, Melaka. Mungkinkah ini Che Man yang sama?? Aida terus bercakap, Aida : Nanti Ti ikut saja Che Man pergi mana-mana berdua. Kerja sama-sama.Aku : Kerja apa? Aida
: Kerja la. Ada la projek-projek binaan.
Aku : Kerja projek binaan? Ti mana pernah buat kerja-kerja projek macam tu, mana Ti tau Aida
: Tak apa. Ti ikut saja Che Man. Nanti mula-mula memang tak tau tapi nanti Ti tau sendiri sebab tu memang kerja Ti. Ti jangan takut, Ti buat saja kerja apa pun nanti Ti akan tau sendiri.
Aku
: Bila tu?
Aida
: Lama lagi. Tapi sebelum tu Ti akan jumpa ramai orang-orang yang akan tolong Ti. Ramai lah... Nanti Ti pi jalan-jalan ke Kuantan dan macam-macam lah lagi.
Hmm.. macam-macam Aida bagitau aku tapi aku bingung tak berapa faham dan tak boleh nak relate dengan apa-apa pun. Kemudian aku jamu depa dinner dan depa pun
78
teruskan perjalanan ke Batu Pahat pula. Malam tu memang aku tak boleh tidur memikio apa benda yang Aida dok melalut tadi....hmm.... Keesokannya aku tak boleh tahan dok memikir sorang-sorang dan curious sangat, aku cerita pada Rahim apa Aida cakap semalam. Rahim cakap 'agaknya Pak Man belakang tu la agaknya. Nanti you ikut dia pergi buat rumah orang pulak (sambil gelak- gelak tertawakan aku). Kan you suka sangat dengan Pak Man tu. dengan you-you sekali dok main-main simen dengan dia kat belakang hari tu.' Hahaha. .. Pak Man tu jiran satu jalan dia tinggal di rumah kos rendah di hujung jalan kami tu. Dia yang buatkan dinding dapur belakang masa kami dah mula tutup dapur luar tu dulu.
Episod 29 Hari demi hari berlalu, dapur aku juga telah melalui beberapa fasa renovasi dari outdoor kitchen kemudian aku tambah dinding tutup semua dan jadi dapur indoor yang lengkap tapi masih bercirikan cottage. Kadang-kadang aku ambil Imah dari sekolah sekali-sekala aku angkut sekali dengan kawan-kawan dia balik rumah. Aku jamu depa makan tengahari dan depa lepak-lepak di rumah aku sekejap. Bila depa dah rasa nak balik aku pun pergi hantar depa sorang-sorang. Semuanya tinggal di Jalan Kesang Laut tu juga la. Budak-budak ni pun suka dapur aku. Komen depa yang paling aku tak boleh lupa ialah tiap kali masuk dapur depa cakap 'dapur aunty ni macam cerita dongeng la..' Hihihi. Itu yang depa rasa sebenarnya bila duduk di dapur aku tu just by its physical appearance saja. Itu depa belum tahu lagi pasal orang kampung belakang tu...hahaha. lagi macam dongeng!!
79
Ada satu malam tu, ribut kencang angin kuat sangat tak pernah terjadi ribut sekuat macam tu selama aku tinggal di situ. Tiba-tiba terdengar bunyi 'boooom!' kuat sangat macam bunyi pokok besar jatuh ke apa. Bergegar rumah, terkejut kami. Keesokannya, kami tengok di belakang agak messy dengan dahan-dahan pokok yang dah jatuh berterabur. Tapi tak nampak pula ada pokok dah tumbang. Mungkin pokok yang sebelah dalam sana kot jadi tak nampak dari rumah ni. Aku tengok pokok durian pelik tu pun dah macam tua sangat dan uzur dah kalau dibandingkan dengan pokok-pokok durian yang lain. Aku pun cakap pada Mas, 'pokok durian ni rapat sangat la dengan rumah kita kan? Nasib baik bukan dia yang tumbang semalam. Tapi kalau dia tumbang menghala ke rumah kita macam mana?' Mas cakap, 'tu ler... Mas pun terfikir macam tu juga.' Selang beberapa hari Mas panggil aku ke belakang. Dia tunjuk pokok durian pelik tu ada kesan kena takik. Dia tanya aku 'akak ke yang takik ni?' Aku cakap tak lah. Kami pun hairan sebab masa tengah bercakap kat situ haritu tak ada pun kesan takik tu. Bila masa pula dia takik ni... kesan tu cuma macam kena takik sekali hentak saja. Jika berdiri di dapur tu tengok belakang memang nampak jelas takikan tu depan kami. Dua tiga hari selepas tu Mas panggil aku lagi ke belakang. Kami tengok pokok durian tu dah berubah jadi hitam dan mereput. Ishh..peliknya. Cepatnya dia mereput baru 2 hari saja. Dua hari kemudian lagi, kami tengok pokok tu semakin hitam lagi dan bahagian takikan tu macam dah mula merekah. Pokok tu pun dah mula senget ke hutansebelah sana away from the house. Aku cakap pada Mas, 'Mas, aku rasa pokok ni lagi beberapa hari lagi mesti tumbang ke sebelah sana kan? Tapi pelik kan, dia reput cepat betul. Kalau diikutkan, pokok nak mereput macam ni ambil masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun juga kot. Esoknya rekahan takik tu lagi merekah besar dan dalam seminggu pokok tu dah tumbang ke sebelah sana. Tak tau pula bila masa dia tumbang. Mungkin masa tu kami
80
tiada di rumah. Sebab sedar-sedar saja Mas panggil aku suruh tengok pokok tu dah tumbang dia pun tak tau bila.
Episod 30 Selepas Aida ziarah kami malam tu, ada lagi sekali kami pernah jumpa dia di KL. Semasa pertemuan tu Aida bagitau selepas aku jumpa Che Man tu aku akan merantau dan buat banyak projek dan semuanya berjaya. Katanya lagi aku akan jadi terkenal. Tapi itu lama lagi... lepas Covid. Aku tanya Covid tu apa? Dia cakap Corona...wabak. Selepas tu baru projek-projek tu semua terjadi. Aku pun tanya, 'penyakit apa tu tak pernah dengar pun.' Masa tu aku pun risau juga aku ingat aku akan terkena penyakit apa pulak. Dan aku belum tahu pun rupanya Covid ni melibatkan satu dunia. Sebab tu dia sebut wabak bukan penyakit. Aku ingat aku sorang yang akan kena penyakit tu. Tapi lama-kelamaan, aku terlupa bab sakit tu sebab masa dia sebut Covid tu tak berapa jelas sebab tak pernah dengar maka aku pun tak ingat perkataan tu dan terlupa terus tentang tu. Yang aku sentiasa ingat ialah ada banyak projek dan aku akan jadi terkenal. Aku pun tertanya-tanya adakah aku akan terkenal sebagai seorang akitek atau apa ya? Sebab sekarang aku buat macam-macam bisnes dan projek juga. Bisnes MLM, kripto, Shopee dan lain-lain lagi. Tapi semua macam tak menjadi jer,…. Entah lah… Allahuaklam….
Episod 31 Alkisah pada tahun 2009 aku terpaksa menjalani pembedahan tulang belakang. Doktor cakap tulang belakang aku di L3 sudah haus sebab banyak buat kerja. Jadi aku menjalani satu pembedahan yang agak major untuk menggantikan L3 dengan titanium. Kemudian beberapa tahun berlalu, anak-anak aku juga telah membesar dan hubungan aku dan encik suami pula mula menghadapi masalah dan kami pun mengambil keputusan untuk bercerai. 81
Above all of that, diam-diam aku susun strategi. Aku dah tawar hati nak teruskan hidup di Muar ni dan mula teringatkan mak dan adik-adik aku di KL. Rumah aku yang aku sangat sayang dan tatang selama 22 tahun pun dah mula terasa macamneraka. Aku rasa macam nak balik semula ke KL. Tapi macam mana? Aku tak ada wang. Aku juga tiada ada wang simpanan sebab aku kerja tak di bayar gaji pun. Tapi aku bersabar bertahun-tahun menunggu anak-anak aku besar sikit dan lebih matang. Di saat ini lah transisi hidup aku bermula dimana aku akan menempuh liku-liku hidup aku seterusnya berseorangan sebagai seorang perantau.
Episod 32 Tiba satu zaman, orang mula pakai handphone ada whatsapp dan lain-lain aku tak berapa ingat. Masa tu rupanya dah ada FB tapi cuma aku sorang saja lagi kot yang belum tahu. Hahaha... Sampailah satu hari Imah tanya aku 'mom ada kawan sekolah Convent Kajang nama Chelsea tak dulu? Terkejut beruk aku time tu. Macam mana Imah boleh tahu pulak ni? Itu kawan zaman aku sekolah muda-muda dulu. Sekarang aku dah berumur 53 tahun. Aku cakap 'yes! Mana imah tahu??!' Dia cakap kawan mom tu tengah cari mom di FB. Aku pun tanya la dia FB tu apa? Dia pun terangkan la ianya satu platform untuk orangorang berbual-bual dan boleh hubungkan dengan kawan-kawan lama kita. 'Tapi macam mana pula Chelsea ni tahu Imah anak mom?' Imah cakap Chelsea tak tahu pun. Imah buka satu akaun FB untuk aku dan dia tengok Chelsea dok cari aku. Jadi Imah pun bagi akaun tu pada aku maka ramailah kawankawan lama aku bertemu semula. Alhamdulillah... Tak lama selepas tu sekejap saja tiba-tiba satu hari ada mesej masuk daripada Jeff tanya aku. Maka dari situlah aku dapat contact Jeff semula dan seterusnya aku juga
82
dapat berhubung kawan-kawan kami yang lain-lain. Semasa tu hubungan aku dan Rahim memang sedang berantakan dan aku memang sudah tawar hati untuk meneruskan kehidupan dengan dia. Tapi aku tak nampak macam mana cara untuk melepaskan diri aku. Maka apabila Jeff tiba, aku nampak satu peluang untuk aku menyusun satu strategi bagaimana aku dapat mencari alasan untuk kami berpisah. Setelah berkawan dengan Jeff beberapa ketika akupun memberitahu Rahim bahawa seperti dia, aku juga sudah ada pihak ketiga dan aku ingin bercerai. Rahim ni boleh dikatakan adalah seorang yang ego. Aku sangat kenal dengan perangai dia. Hanya dengan mengaku aku mempunyai skandal aku rasa dia mahu menceraikan aku sebab dia tak akan sekali-kali menerima jika di cop dayus jika tidak menceraikan aku. Pucuk di cita, ulam mendatang kami pun bersetuju untuk bercerai setelah Imah habis peperiksaan PMR dia. Aku sudah tak kisah apa tanggapan negatif pada aku ketika itu, yang aku mahu hanya lah jalan untuk aku pulang semula ke KL dan meneruskan kehidupan baru aku. Dalam masa yang sama aku juga usulkan pada secretary kami tu supaya berkahwin saja dengan Rahim. Imah ni seorang budak yang cekal dan kuat. Aku masih ingat, lagi tiga bulan nak periksa PMR, aku bagitau dia kami nak bercerai maka dia kena pilih untuk ikut aku atau Rahim atau nak masuk sekolah berasrama. Kalau nak masuk sekolah berasrama dia kena score gila-gila. Jadi dia pilih untuk tinggal di asrama dan dia cakap dia akan pastikan dia cemerlang. Alhamdulillah. Keputusan cemerlang PMR berpihak kepada dia dan dia dapat masuk ke Sek Men Sains Kota Tinggi. Semasa SPM dua tahun kemudian, dia adalah pelajar tokoh sekolah tersebut dan jadi pelajar terbaik keputusan 9A+, 1A. Sekarang dia sudah berumur 23 tahun dan sedang menyambung pelajaran di bidang 'dentistry' dan CGPA dia adalah 4 flat. Tak lama selepas Jeff contact aku, keluarlah satu lagu dari penyanyi remaja bernama Najwa berjudul 'mukabuku'. Masa tu lah aku terkejut bukan kepalang! Aku ni memang selow sikit. Selama tu aku cuma tau FB saja. tak terfikir pulak bila di alih ke
83
Bahasa Malaysia jadi MUKABUKU. Bila Najwa nanyi tu lah baru aku sedar...hahaha... Maka terungkap lah kata-kata MB dulu aku akan jumpa Jeff semula di mukabuku. Baru lah aku dapat recall dan faham. Hmm.... Semasa hari-hari terakhir aku di rumah Muar sebelum perceraian kami ada sekali kami sedang berbual-bual di bilik. Aku cakap dengan Rahim, aku akan balik semulake KL selepas cerai. Rahim pula cakap 'you tak payah risau la. You kan ada macam- macam talent, nanti mana tau you boleh join venture dengan adik you buat lukisan jual ke..menjahit ke.. Masa dia cakap tu bunyinya macam pelik sangat sebab dia sebut 'adik you'. Mana pernah dia cakap macam tu. Macam orang tak kenal la pula. Selalu dia akan sebut nama terus. Dan ada sekali tu aku juga tengah berbual-bual dengan Amy, aku bagitau dia nanti aku nak pergi kerja di Dubai la...jadi akitek la..dan macam-macam la aku berangan tapi macam confident sangat aku akan buat dan dapat semua tu. Selepas bercerai, aku akhirnya keluar dari bandar pencen yang penuh dengan kenangan pahit manis, zaman kegemilangan bisnes kami, zaman kejatuhan, zaman di mana aku melahirkan anak-anak aku dan membesarkan depa di rumah yang penuh misteri dan keindahan cerita-cerita mistik di sebaliknya itu. Aku keluar sehelai sepinggang dengan kereta buruk aku dan sedikit barang-barang peribadi dan baju yang boleh muat besi buruk tu. Sepanjang perjalanan aku ke KL, berjujuran air mata aku jatuhberlinangan mengenangkan berpuluh-puluh tahun kehidupan silam aku di Muar dengan kehidupan di masa depan yang belum pasti bagaimana. Aku cuma redho dengan semua kejadian dan dugaan yang Allah berikan kepada aku. Aku tetap bersangka baik pada Allah dan bertawakkal dengannya. Masa tu Imah ambil keputusan untuk tunggu jaga daddy dia dulu di rumah dengan secretary kami tu. Iman di kampus. Aku sampai di Kajang rumah mak aku, adik-adik aku sambut aku dengan gembiranya. Nampak ketara sangat depa suka sangat aku dah cerai dan depa dapat semula kakak depa. Mak aku pun happy. Selama ni aku jarang balik. Kadang-kadang setahun sekali saja di hari raya kedua. Mereka sangat merindui aku sebenarnya. Selepas
84
dua tahun, kaki Rahim pun dah baik semula, mereka pun berkahwin. Aku doakan depa bahagia. Dan apa yang Aida pernah ungkapkan pada aku suatu ketika dulu bahawa jangan risau tentang Rahim sebab ada orang yang akan jaga dia sampai mati..mungkin dia lah orangnya. Wallahuaklam... Semua yang berlaku adalah dengan takdir dan izin Allah. Dan aku juga tidak pernah mendendami sesiapa. Bahawasanya aku adalah seorang yang merdeka...hati aku tenang.
Episod 33 I wake up the next morning feeling so free like i am in a different world. Feeling sad but happy at the same time all mixed up. Most of all i started missing my children already. Haritu adik-adik aku yang lain pun mai rumah mak aku and we spend precious time together. With a new life back in Kajang di akhir 2012, perkara pertama yang muncul di fikiran aku ialah untuk mengesan beberapa kawan-kawan lama convent aku dari FB. Selama aku tinggal di Muar dulu dua puluh lebih tahun, aku tidak ada seorang kawan pun. Bila dapat jejak depa kami pun bertemu dan aku mula bersemangat untuk meneruskan hidup aku di KL ni. Rasa macam aku dah balik semula ke kehidupan normal aku sebelum ni sebab aku memang seorang yang suka berkawan dan ceria. Kami sempat buat reunion beberapa kali. Kawan-kawan aku pun sangat supportive dan mereka menempah baju dengan aku. Macam-macam fesyen lah aku jahit guna mesin jahit adik aku. Hahaha... Sebenarnya aku tak pernah ambil apa-apa kursus jahitan secara formal pun. Tapi dari kecil aku suka menjahit macam-macam. Anak patung, beg dan macammacam lagi. Bila umur aku 15 tahun, mak tiri aku ajar buat baju kurung pesak maka dari situ aku pun asah bakat guna kreativiti aku sendiri. Tangan aku ni buat apapun menjadi. Alhamdulillah...
85
Episod 34 Dalam proses memulakan hidup baru di Kajang, aku mula mencari apa-apa saja kerja yang boleh tapi tak dapat. Ayah aku telah berpisah dengan mak aku semasa aku di Universiti di Texas. Ayah dan mak tiri aku tinggal di Keramat dan buat bisnes renovasi dan tukang-tukang besi. Pada peringkat permulaan, aku tolong-tolong ayah aku sekejap. Hari pertama aku baru masuk pejabat ayah aku pada pagi tu, tiba-tiba masuk terpacul dua orang customer budak muda. Depa cakap nak buat renovasi untuk buka butik di Wangsa Melawati. Projeknya kira besar juga la. Ayah aku terkejut dan aku tak terkata apa-apa sebab aku memang blank tak sempat nak duduk pun lagi dalam pejabat pagi tu. Cepat sungguh rezeki aku sampai. Ayah aku la yang dok deal aku cuma memerhatikan saja. Ayah aku perkenalkan aku sebagai designer dia. Dah nak habis deal baru kami tahu bahawa itu adalah Imam Muda Hasan dengan bisnes partner dia seorang peguam. Depa belajar di Universiti yang sama dulu. Projek ni memang bagi aku good lesson sebab kami rugi tak ada untung langsung. Ayah aku tu entah apa-apa. Depa minta buat itu ini semua dia cakap boleh pada hal bukan semua boleh pun. Harga modal barang-barang pun ada yang dia takpasti lagi dan dia bagi harga yang salah dan rendah. Customer pun tak puas hati dengan sesetengah cara ayah aku tu. Aku pun rasa malu juga dengan ustaz tu tapi aku pun tak tahu apa sangat takkan aku nak cakap pagi dia mai tu adalah hari pertama aku mula bekerja. Memang haru-biru juga la. End up kami rugi rm10 ribu kira macam belanjaustaz tu saja la. Hahaha.. Selepas tu aku berhenti sebab tak sesuai dengan cara kerja ayah aku. Semasa aku tolong ayah aku tu aku tinggal di Keramat dengan depa. Maka selalu lah juga aku
86
jumpa si Jeff ni. Memang betul la dia tinggal di Kampung Pasir sebelum Zoo Negara dekatdekat rumah Jins Shamsudin tu. Masa tu la baru aku teringat pasal burung yang bising cakap 'nak cerai! Nak cerai!' tu. Dan juga Johan yang cakap Jeff tinggal di Kampung Pasir. Baru sekarang ianya berlaku. Tahun 2012. Baru lah aku faham mesej tu.
Episod 35 Semasa aku tinggal di Keramat tu aku agak rapat dengan Jeff sebab berdekatan. Tak lama selepas tu Jeff cakap dia dapat job buat lukisan dari kawan dia seorang juru runding rekabentuk dalaman. Depa nak beberapa lukisan untuk di letakkan di Royal Suite TH Hotel, Alor Star. Kamar Almarhum DYMM Sultan Abdul Halim yang ketika itu menjadi Agong. Aku dengar menyirap darah aku. Sebab dah dua puluh lebih tahun aku tak pernah melukis. Hidup aku di Muar dulu tu bukanlah mengenai Seni Lukis. Kali terakhir aku melukis adalah pada tahun 1989/1990 semasa ambil kelas Fine Art di Texas dulu. Tapi aku cuma lukis simple-simple saja masa tu. Dan dalam masa yang sama aku nampakinilah peluang aku untuk buat duit mentelah masa tu juga baru nak masuk bulan Ramadan. Tapi boleh kah aku buat?? Tanpa berfikir panjang, aku beranikan diri terima saja projek tu sebab MB dah pesan buat apa saja kerja nanti aku akan tau sendiri. Aku kena buat 10 lukisan besar-besar dalam masa 30 hari. Bermakna betul-betul 30 hari di bulan puasa. Tapi aku tidak ada wang pula untuk buat modal beli frame, easel, kanvas dan color. Satu tiub color acrylic yang besar dekat rm30. Picit berapa kali saja dah nak habis satu tiub. Gila betul baru aku tau kenapa painting mahal. Tempah frame pun mahal juga. Aku rasa lebih baik jual color dan buka kedai frame lagi untung kot dari jadi artist.
87
Ok, back to the job. Si Jeff pinjam duit adik dia rm3 ribu untuk buat modal. Gedebak-gedebuk akhirnya habis rm5 ribu juga untuk modal. Lepas tu si consultant ni dok tawar-menawar pula. Aku congak-congak akhirnya aku setuju la lukisan tu semua total harga rm17 ribu. Semasa tu aku memang tak ada apa-apa pengalaman untuk deal- deal yang macam ni. Lagi pulak buat lukisan untuk Agong! Aku main tangkap muat saja semua, janji aku boleh mulakan sesuatu dan dapat cari pengalaman dan pendedahan ianya bagus untuk portfolio aku. Nak habaq hangpa, aku buat lukisan tu dua orang dengan adik aku Hayati yang merupakan seorang artist juga. Yang hairannya aku lukis jadi pulak tu. Aku sendiri pun hairan, sapu ja tenyeh ja...jadi. Adik aku pun ada tolong-tolong touch-up dan kami memang berjaya buat lukisan tu semua. Lepas consultant tu gantung semua lukisan tu di Royal Suite, tiba-tiba satu hari dia telefon aku suruh pergi Alor Star untuk padam tandatangan aku pada lukisan-lukisan tu. Dia cakap tandatangan aku buruk dan tak cantik. Aku pun pergi la ke Alor Star tumpang rumah sepupu aku di Taman Mutiara. Keesokkannya aku pergi ke TH Hotel tu berjumpa En. Nan. Dia saja yang boleh buka pintu bilik tu. Selain dia, cuma Tengku Laksamana (Sultan Kedah sekarang) sahaja yang boleh buka. Semasa aku tengah padam tandatangan tu, tiba-tiba terjah masuk seorang perempuan bersama beberapa orang budak lelaki yang mengusung kamera. Bilik tu sebenarnya masih sedang di renovasi maka penghawa dingin pun belum di pasang. Bilik tu juga tiada tingkap dan punya lah panas berpeluh-peluh aku. Jadi aku buka la tudong semasa tengah dok touch-up painting-painting tu. Lagi pun cuma aku dan anak perempuan sepupu aku saja yang ada dalam bilik tu. Perempuan tu rambut kerinting halus. Riak muka dia garang. Dia pun terkejut mendapati ada orang di dalam bilik tu. Aku tanya dia siapa? Dia tengok aku semacam tapi dia tak kenalkan diri dia. Dia cuma tunjuk-tunjuk jari pada budak-budak jantan tu
88
dan cakap depa ni semua wartawan. Depa sedang buat coverage mengenai hotel tu untuk majalah istana ke apa la... Dia cakap aku tak boleh buat painting di dalam bilik tu. Aku cakap la aku cuma touch-up saja. Tapi dia sudah nampak aku tengah padam tandatangan semasa dia masuk tadi. Dia pun tanya aku kenapa nak padam tandatangan tu semua. Cara dia tanya aku sangat lembut sambil tersenyum. Aku pun bagitau dia aku di arahkan untuk memadam tandatangan tu oleh consultant. Dia cakap 'What!??' Terkejut pula aku. Dia tanya lagi sekali 'siapa yang suruh?' Tergagap-gagap aku jawab, 'ermm...consultant'. Lepas tu dia cakap nak keluar sekejap. Dari dalam bilik tu kami semua boleh dengar suara dia marah-marah seseorang dalam telefon..cengei sungguh. Then dia datang balik dan sambil pegang bahu aku, dia cakap dia baru marah consultant tu. 'Next time you don't let anybody instruct you to delete your signature on your painting. No matter how ugly your signature is, it is your identity'. Dia cakap pada aku dengan tegas tapi lembut. Aku tengok dari cara dia, aku rasa dia ni bukan cengei tak tentu pasal, dia tegas tapi hati dia baik. Lepas tu dia dok cakap-cakap lagi bunyi macam dia tak suka tengok orang teraniaya. Pastu dia minta nak bergambar dengan aku pula as the artist. Aku cakap 'boleh'. Budak-budak tu baru saja nak ambil gambar kami berdua, aku cakap sat noo..sat noo... bagi saya pakai tudong dulu noo...depa pun kaget dan perempuan tu tengok aku tersenyum simpul nak gelak tak gelak. Aku pun ambil selendang aku dan lilit-lilit kepala di depan depa semua. Depa pun terdiam sambil tengok aku seolah-olah sedang menyaksikan tutorial memakai tudong camtu la. Dengan tak ada cermin di situ, aku pun tak tau macam mana rupa aku kalau betul la masuk majalah istana tu. Hahaha! Semasa dia nak balik dia datang pada aku dia jemput aku datang semasa majlis pembukaan rasmi TH Hotel tu. Tapi aku tak pergi.
89
Itulah kenangan manis aku di TH Hotel tu. Tak lama selepas DYMM Sultan Abd Halim mangkat, ada pelantikan sultan yang baru. Masa tu baru aku perasan perempuan itu lah Sultanah yang baru (Sultanah Maliha) yang dok cakap i, u, i, u dengan aku tu. Astaghfirullahalazhimmm... Sebab dia tak mahu kenalkan diri mana lah aku tahu dia tu kerabat. Aku pun tak bahasakan diri aku patik lah...hmm.... Begitulah di awal-awal kisah hidup aku semasa aku baru nak menapak di KL semula. Maka betul lah disebabkan aku tiada wang untuk buat modal bisnes, talent aku jadi sangat berguna dan aku teringat apa yang Rahim cakap dulu, 'you tak payah risau la. You kan ada macam-macam talent, nanti mana tau you boleh join venture dengan adik you buat lukisan jual ke..menjahit ke. ' Semuanya berlaku pada tahun 2013. Semua projek yang aku buat, hasilnya ciput saja. Projek lukisan untuk Agong tu pun akhirnya aku dapat sikit saja selepas ditolak itu ini. Aku senang dapat duit tapi duit tu singgah sekejap saja di tangan aku. Sebenarnya untuk keuntungan orang lain, tapi melalui aku. Anyways, aku banyak belajar tentang selok-belok kehidupan di zaman yang serba mencabar ini. Apapun, aku bersyukur di setiap interval turning point hidup aku pasti ada saja orang yang datang nak tolong ataupun jadi penyebab sebagai pembuka jalan untuk kejadian-kejadian lain sepanjang kehidupan aku seterusnya. Hahaha... macam yang MB cakap dulu lah dan mungkin pengalaman-pengalaman yang berlaku pada aku ini adalah sebagai iktibar dalam aku melolosi kehidupan aku yang seterusnya.
Episod 36 Semasa mula menapak di KL, aku tinggal dengan mak aku di Kajang. Lepas tu aku mulakan pengembaraan aku dengan pergi tinggal bersama ayah dan mak tiri aku pula di Keramat. Setelah berhenti dari kerja dengan ayah aku, aku balik semula ke
90
Kajang rumah mak aku dan buat projek lukisan Agong tu dari sana. Hidup aku memang tak tentu arah macam roller-coaster. Tapi rezeki aku murah juga sebab all the time aku sentiasa ada saja kerja sendiri yang aku terus buat terutamanya menjahit. Bila rajin, rezeki memang tak salah alamat dan tak putus. Alhamdulillah... After that in 2014, setahun aku tinggal di Kajang dengan mak aku sebab adik lelaki aku suruh aku tolong dia di kilang t-shirt dia. Dia bagi aku duit kopi tiap bulan seribu ringgit. Ok lah ada juga rezeki dari tak ada langsung. Tapi memang ciput sangat la. Kalau kerja dengan orang lain aku tak mau la gaji macam tu. Tapi sebab adik sendiri aku willing to help dia. Lagipun dia juga ada tolong aku semasa aku susah lepas cerai haritu. Gaji tu pun kira setimpal juga la sebab dia pun suruh aku buat kerja-kerja bodo saja. Dia pun saja nak tolong aku kot, dari bagi buta saja baik dia suruh aku lipat t-shirt. Hahaha... Tapi aku rasa kalau aku venture buat saja kerja sendiri mungkin aku dapat lebih dari tu kot. Dan sekarang aku dah terikat dengan kerja ikut waktu pejabat dan penat. Bila masa nak buat kerja-kerja side income pula? Jadi terpaksalah hidup dengan gaji seribu tu... Di kilang dia aku buat kerja-kerja bodo je. Lipat-lipat, packing-packing t-shirt dan kadang-kadang hantar t-shirt yang dah siap pada customer. Sangat membosankan sebab aku rasa aku tak dapat menggunakan banyak kebolehan aku. Sebelum tu semasa diMuar aku punya latar belakang banyak bahagian pentadbiran tapi dengan adik aku ni payah sikit la sebab semua nak ikut kepala dia saja. Maklum la.. dia kapten bersara tentera darat memang dia lagi authoritative dari aku la. Tak apa la, aku pun kuli saja. Cuma aku rasa macam sia-sia aku tak belajar apa-apa sangat..what a waste. Bukan apa, sebab selama ni aku terperuk di Muar tak pernah venture kerja sebagai akitek maka aku jadi hunger for knowledge and experience that i had already missed out for the last 20 over years. Walaupun umur aku ketika itu sudah late 40s tapi aku jadi macam budakbaru graduate. So aku a bit aggressive dan rajin to try new things. Berbanding dengan
91
rakan sebaya yang dah mula agak bosan dengan kerja kerana sudah hampir fasa persaraan mereka sebenarnya. Ada satu projek dia yang aku betul-betul suka. Masa nak sambut hari merdeka tahun tu dia dapat job buat sculpture untuk persembahan merdeka di Dataran Merdeka. Dia pun ambil job tu sebab ada aku la. Maka aku pun buat la sculpture astronaut tu dan Hayati pun datang tolong juga. Quite fun laa...
Episod 37 Almost setahun aku kerja dengan Jihati. Aku connect pula dengan seorang kawan lama iaitu bekas rakan sebilik semasa di KPP Shah Alam dulu. Nama dia Rosidah kerja di syarikat minyak dan gas Petrofac. Dia pun mula tempah-tempah baju dengan aku. Pada suatu hari, Rosidah ajak aku pergi Pool Side Party di rumah boss mat saleh dia di Bangsar. Dari situ boss dia Ralph kenal aku dan kami sering chat di Whatsapp. Setelah beberapa ketika, Ralph saw the potential in me dan cakap dia mahu ambil aku bekerja di Petrofac di bawah project dia. Tapi kerja tu cuma untuk tiga bulan sahaja sebab projek itu pun dah towards completion. Ralph cakap dia menyesal sebab dapat kenal aku agak lewat. Kalau lebih awal kan lagi bagus. Dia juga ada sebut Rosidah ada bagitau dia aku ni datang dari Muar jadi tak tahu apa-apa sangat kalau nak ambil kerja pun. Tapi katanya, dari perbualan kami melalui whatsapp, he said whatever Rosidah said is contrary to what he discovered. And he believed i can do the job. For god sake memang pun la. Aku memang dari Muar tapi aku kerja bahagian pejabat juga and we used English at work. Tapi aku tak pernah cerita
92
pada Rosidah tentang kehidupan aku di Muar. And the way Ralph explained tu is like Rosidah cakap aku ni kampung dok bawah tempurung ke apa la. Huh!! Lepas tu aku pun kerja di Petrofac on technical work. Ralph bagi aku rm5500 sebulan. Mula-mula tu aku cuak juga betul ke mat saleh ni. Boleh ka aku kerja dengan OnG pula. Tapi aku pergi saja kerja sebab MB dah cakap aku akan tau sendiri bila buat kerja nanti. So aku pun mula kerja dan aku merantau pulak lagi pergi tinggal dengan adik aku pula di Keramat. Lepas tu menantu dia yang kerja dengan Rapid, bagi aku guna rapid kad dia untuk aku ulang-alik naik tren dari Jelatek ke KLCC setiap hari. It looks like help always on my way. Everyhing went smoothly. After sometimes the naval architect tu macam realized i am better off than just a clerk sebab aku kena compile kerja-kerja dia dan e-filing semua. Maka dalam aku dok compile tu aku baca- baca juga dan betul-betulkan kerja dia dengan grammar sekali. Hahaha... kerja aku memang teliti sedikit and he appreciated it. Lama-lama dia rasa pelik dia perasan soalan-soalan aku pada dia a bit advance and i understand the substance he was writing. Dia tak puas hati banyak kali dia asyik tanya aku, 'actually background you ni apa sebenarnya ya? You are not a clerk or something like that kan?? Finally aku give up aku pun cakap la aku background architecture sebenarnya. Then dia cakap oo... paatuuut laa.... Habis tu you buat apa kerjakerja macam ni kat sini? Hmm...pening la aku nak jawab... To cut it short, semasa tengah kerja di Petrofac tu aku dah mula intai-intai kerja lain juga sebab tiga bulan saja kontrak aku kerja kat sini nanti. Dalam masa yang sama ada seorang kawan senior Architecture aku dari University di Texas dulu bernama Firdaus. Semasa di University tu dulu memang aku tak kenal dia sebab semasa aku sampai dia baru graduate dan telah pulang ke Malaysia.Tapi kami berkenalan melalui grup alumni Texas di Whatsapp. Banyak sangat la Firdaus
93
ni tolong aku. Dah habis pusing habih meta, finally one day dia cakap, 'i ada seorang kawan ni tengah cari pekerja mungkin you kenal dia. Dia pun your senior dari University kita. Dia Zoo Specialist dari Singapore. I think you sesuai kot untuk kerja-kerja di lapangan ni because it involves artistic design and i think you are handy at work.' Lepas tu aku tanya dia. 'Siapa orang tu?' Dia cakap 'you kenal Che Man husband Julie? You kenal Julie? Dalam hati aku... What???! So this is the time?? Dalam masa yang sama di Petrofac, si Ralph ni janji nak serap aku ke projek baru dia nanti tapi tiba-tiba satu hari, masa tu akhir tahun 2014, ada economic crisis ke apa aku tak ingat tapi Petrofac umumkan nak lay off ramai permanent staff and contract staff. Jadi, jangan harap la aku nak dapat sambung. Ralph dengan aku quitedissappointed la masa tu. Aku pun ada juga apply kerja di Dubai secara online melalui bayt.com. Masa tu aku cakap pada Rosidah lepas ni aku nak cari kerja yang bersangkut dengan architecture pulak since aku dah nampak peluang mungkin aku akan kerja dengan Che Man. Ada sekali towards the end of my term at Petrofac, aku dok berbual-bual dengan Sidah aku cakap mana tau lepas ni aku boleh bekerja di Dubai jadi akitek ke... Dia dengar dia tergelak. Dia cakap, 'you tak payah la nak berangan jauh sampai macam tu. You tau tak you ni Autocad pun you tak tau, pengalaman pun tak ada mana boleh tiba-tiba you nakpi kerja di Dubai?! Orang lain yang dah lama jadi akitek pun tak dak peluang apa lagi you! Terdiam aku. Aku rasa sangat terhina tapi apa yang dia cakap tu make sense juga. Yang aku dok berangan bab-bab Dubai ni tiba-tiba apahal la pulak? Apahal tiba-tiba aku dok bercakap pasal Dubai ni??! Tapi dengan cara Sidah cakap tu sangat terkesan i felt like
94
being humiliated dan sedih sangat. Aku lari pergi ke tandas dan menangis. Padahal aku ni bukan jenis yang senang nak menangis. Tapi masa tu my spirit is so high macam dia telah mencabar aku! Tak lama Sidah datang ke tandas dan minta maaf dari aku atas ketelanjuran kata-katanya tadi. Selepas insiden tu kami putus dan tak berhubung lagi apabila aku keluar dari Petrofac.
Episod 38 Selepas habis kontrak dengan Petrofac aku pun merantau lagi balik semula dari rumah adik aku di Keramat ke rumah mak aku di Kajang. One day, Kapten Hj. Firdaus telefon cakap Che Man nak jumpa aku. Dia cakap Che Man tak cukup sorang pekerja sekarang untuk projek baru dia di Dubai. So CM nak jumpa dan temuduga aku. I say...'what?!' Hmm.. Dubai lagi! Hmm macam pucuk di cita ulam mendatang. So, on the set date aku pun pergi la ke Sunway Pyramid tunggu CM di situ. Tak lama kemudian CM pun sampai dengan Julie. Kami pergi ke McD. Itulah kali pertama aku jumpa CM dan aku masih tak boleh recall dia semasa di Texas dulu. Julie memang aku kenal tapi kira dah berpuluh tahun la kami tak pernah bertemu. Julie pun mula temuduga aku. CM banyak diam saja. Tapi yang peliknya masa tu Julie lebih banyak cuba discourage aku jangan pergi kerja di Dubai. Dia dok cerita nanti di Dubai panas giler. Yang kerja semua jantan dekat site. Susah nanti kerja dengan Pak Arab very tough. Ada aku kisah??! At that stage of my life, its either you do or you die. Masa tu aku memang terdesak nak kerja tak kira apa pun janji halal. And i am ready to cross a thousand miles to make a living because i have no other choice at that time.
95
Aku agak bingung la masa tu. Kalau depa tak mau aku kerja di Dubai, kenapa nak panggil aku datang interview ni? Depa langsung tak cakap pasal kerja pun. CM diam sampai ke sudah! After few days, CM hubungi aku tanya nak ikut dia pergi ke Kemaman tak dia tengah buat Zoo Kemaman. Dia nak bagi aku sedikit exposure tentang kerja-kerja dia. Dia tanya alamat aku dia suruh aku siap-siap sekejap lagi dia sampai. Tak lama dia pun sampai dengan sorang lagi pekerja dia Shahrul. Masa tu mak aku pelik tengok aku ke hulu ke hilir sibuk packing baju. Dia tanya, Mak
: Hang nak pi mana pulak?
Aku
: Nak pi kerja mak
Mak
: Kerja kat mana?
Aku
: Kemaman Lepas tu CM pun sampai dia jumpa mak aku explain sikit. Masa kat dalam rumah
mak aku tanya 'hang nak ikut oghang jantan pi sampai Kemaman? Hang kenai depa ka dak? Aku jawab 'dak'. Hihihi. Mak aku memang blur-blur sikit la, orang tua kan... Mata dia terkebil-kebil tengok aku. Aku pun salam dia dan belah... Di Kemaman, aku pun belajar la sikit-sikit dari CM dan Shahrul ni. Tapi memang interesting kerja depa aku pun memang minat sangat sebab memang betul-betul bidang aku la tu. Esoknya depa pi mesyuarat tu dan habis mesyuarat kami terus balik ke KL semula. Selang beberapa hari CM hubungi aku lagi. Kali ni dia suruh aku pergi ke Klia dia nak jumpa sat. Dia sedang dalam perjalanan ke Singapura. Aku pun terus pergi ke Putrajaya naik tren ke Klia. Semasa jumpa dia di Klia, muka dia sangat sugul dia cakap dia tak boleh ambil aku kerja untuk Dubai sebab aku tak tau Autocad and its a must.
96
Dan dia cakap Julie pun tak setuju. Tapi dia takut nak bagitau aku melalui telefon kerana dia tau aku mesti kecewa. Sebab itulah dia suruh aku datang ke Klia dan dia nak bagitau sendiri. Hmm... aku pun buat-buat sedih la because thats what he was expecting from me. Then aku minta izin balik saja. Dalam hati aku time tu, 'no you don't, you will call me back!' Hahaha! Just like what i have expected, malam tu CM call aku tanya boleh tak aku datang Singapura esok sebab Sam (partner CM, Boss dia semasa di Singapore Zoo dulu) pula nak interview aku. Hahaha!! Aku cakap boleh. Aku akan naik bas la sebab aku mana ada duit nak naik kapal terbang. Lama sikit la journey aku. Then dia suruh aku book tiket bas online malam tu jugak. Mengagau-gagau la aku time tu juga buat booking. Nasib baik passport aku masih hidup. Buat passport tu masa nak pergi Bandung dulu semasa kerja dengan Jihati dia bawa the whole family holiday ke Bandung. So the next day, aku pun ke Singapura. Inilah kali pertama aku travel sendiri sorang-sorang keluar dari Malaysia. Hahaha. Aku terjah saja. Aku dah tak takut apa pun dah time tu sebab life aku memang dah destroy pun. So apa nak jadi, jadi la... Setiba di imigresen Singapura, aku tunggu CM. Tak lama lepas tu dia sampai dan suruh aku ikut dia ke rumah Sam naik tren. Dia jalan menonong di depan laju gila kaki panjang jenuh jugak aku nak ligan. Kami naik tren ke Bishan. Sampai di rumah Sam, kami pun masuk. Ruang tamu dia tak ada apa cuma ada mesin plotter, meja kerja dengan skrin monitor komputer yang besar dua tiga biji atas meja sekali jalan. Lampu cuma sebiji saja. Lampu kuning light bulb tu betul-betul atas kepala aku. Dah macam bilik interrogation pula dah aku tengok. Rupa-rupanya Sam ni mat saleh Australia kahwin dengan Indian Singapore. Ketika kami sampai tu Sam sedang online call dari Dubai. Masa tu dia tengah kena bambu dengan site engineer kerana dia dan CM masih tak pergi lagi ke Dubai dan mereka sedang menunggu di sana.
97
Kecut perut juga aku dengar dari telefon Pak Arab tu dok marah Sam. Sam ni rupanya pelembut juga sama macam CM. Dia kena marah sikit pun dia tak marah atau tinggikan suara. Wow ! Then Sam terus bagi aku satu laptop dia suruh aku tulis repot buat comment review on a Giraffe enclosure. Aku pun buat la. Dalam hati tertanya-tanya bila dia nak interview aku ni? Apa pun tak tanya tapi terus suruh aku buat repot. Tapi dia tau la nama aku Juriati. Aku pun tulis la repot tu ikut sedap aku saja...nekad habis. Siap, aku serah semula pada dia. Lepas tu CM dan Sam meeting dua orang. Kemudian kami keluar jalan kaki bertiga ke medan selera berhampiran. Sam cakap 'tomorrow all of us are going to Dubai and i will book the flight tonight'. Tapi dia masih tak cakap adakah aku diterima kerja atau tidak. Hmm... Semasa on the way balik tu baru CM bagitau aku, sebenarnya depa tak cukup korum nak ke Dubai. Total kena ada empat orang semua. Sebab kena bergilir-gilir setiap dua minggu dua orang mesti ada di Dubai. Kalau di site office tu tak ada wakil dua orang, they will fine the company on daily basis. CM cakap dia dah hantar CV aku ke Dubai tapi depa reject. Sebab tu juga la CM tak jadi ambil aku kerja. Tapi dia ckap lepas aku buat repot tadi, they find out that i am competent so they decide to gamble to bring me to Dubai. CM cakap sebenarnya dia ada seorang lagi calon iaitu kawan dia seorang jurutera yang baru juga menganggur. Dia nak bagi pada kawan dia tu tapi Salleh tu langsung tak boleh baca building Plan apatah lagi CAD? Dan Salleh juga sebelum tu dia suruh ke Singapura tapi tak boleh la, macam-macam alasan ada komitmen lain bla bla bla. Dia cakap bila dia test aku, suruh ke Klia pun aku pergi. Suruh pergi Singapura pun aku terpa pergi without any complaint at all. Jadi dia ambil keputusan aku the best candidate sebab aku tiada apa-apa komitmen langsung. Dan tujuannya sekarang adalah nak bawa aku terus ke Dubai tunjuk aku pada Pak-pak Arabtu dengan harapan depa terima aku sebab CM dan Sam dah tak ada candidate lain lagi yang sesuai dan very determined macam aku.
98
So back in Kajang the next day, aku pack baju lagi sekali. Memang aku betul- betul dah jadi seorang perantau. Sam cakap nak pergi Dubai dua tiga hari saja jadi aku pack baju sikit saja dalam beg kain. Tapi masa packing tu aku kelam-kabut sampai zipbeg tu rosak la pula. Aku pun dah tak ada beg lain. Jadi aku guna saja beg yang dah ternganga tu. Memang gila betul. Its all happened in two days only. Aku letih tak sangga.Dari Klia jumpa CM then esoknya ke Singapura. Then patah balik ke KL naik bas lagi sekali and now off to Dubai. Turun ke bawah mak aku tunggu dekat pintu dia tanya aku. Mak : Hang nak pi mana pulak? Aku
: Airport
Mak
: Airport? Hang nak pi mana?
Aku
: Dubai
Mak
: Hang tak penat ka?
Dia tengok aku terkebil-kebil. Aku salam cium tangan dan pipi dia, aku pun belah... Aku drive besi buruk aku tu sampai ke Putrajaya Sentral dan parking di situ. Then naik train ke Klia. On the way to Klia tu kepala aku asyik terfikir tentang beg kain aku tu saja. Aku risau takut habis baju-baju aku semua berterabur di airport nanti. Jumpa CM aku bagitau tentang beg aku tu dia cakap tak sempat dah kalau nak pergi beli beg lain. So kami pun pergi ke gate C15. Kami tunggu di tingkat satu depan surau ada lounge untuk cas handphone. Kami duduk sebelah menyebelah. Aku letak beg aku di lantai between us. Lepas dua minit, CM tunduk ke bawah dia pegang satu beg kain warna hitam dan tunjuk pada aku dia cakap 'is this bag for you?'
99
Aku pun terkejut. Aku tanya dia mana dapat? Dia cakap 'sebelah beg you la. Tapi rasanya tadi tak ada. Kalau ada tentu dah nampak masa letak beg tadi.' Dia tengok aku penuh kehairanan dia diam saja tenung aku. Seram pulak. Aku sedar CM ni macam warak sikit. Cara dia tengok aku tu macam dia tau something. Dalam hati aku, 'hmm beg sapa pulak dah dia sapu ni??' Aku pun terus tukar beg and settled dah kerisauan aku tu. Then we fly Dubai....
Episod 39 Sampai, kami check in di hotel. Esoknya naik teksi ke site office. Rupa-rupanya ini adalah projek buat private safari untuk seorang kenamaan di Dubai bernilai 300 juta dirham. Gurun tu sangat luas milik owner tersebut. Safari yang akan dibina tu berkeluasan 65 hektar. CM ni sudah di pilih oleh owner tu untuk desain safari diaselepas CM menang satu pertandingan desain Dubai Safari di Dubai. Setiba di site office, kami pun berjumpa dengan Site Engineer tu. Dalam tu juga sudah siap menunggu arkitek dia dari Beirut dan seorang lagi top officer. Baru saja kami duduk depa terus lecture CM dan Sam. Depa marah-marah sebab kami lambat datang repot kerja di situ. Dia dok ulang-ulang tanya kenapa lewat datang kerja di Dubai? Tapi CM dan Sam diam saja tak jawab aku pulak yang naik hangin tengok depa kena bambu. Tapi kenapa depa tak defense diri sendiri? Aku tak boleh tahan aku pun menjawab 'because you people do not accept me to work here, how are they going to come and start working? They don't have enough staff yet to shuffle. That's why!' CM dan Sam tengok aku... aikk...hahaha... Yang tiga orang arab tu terdiam. Lepas tu SE tu cakap 'whow! who is this lady? CM pun baru lah nak intro aku. CM cakap 'She is the only one available for us and we
100
sent you her CV but you rejected.' Then depa tengok aku atas bawah atas bawah, yang top officer tu terus cakap. 'Okay! You can start working tomorrow! We don't want to waste any time anymore!' Immediately i can see muka CM dan Sam relieved. They look happy terus, problem solved! But then CM cakap 'but we cannot start tomorrow because we don't bring any of our belonging. Only few dress for three days and i also have meeting in Kemaman this Friday that i have to attend.' Pastu aku pun mencelah, 'i also left my car at the airport parking in Malaysia'. SE tu said 'Whatttt???!! I thought you are coming here to start working right away! Why like this??!' CM jawab 'because you reject her CV, so we thought we still cannot start and just gamble to bring her here.' Hari tu adalah hari Rabu. Pak-pak arab tu tersengeh-sengeh cakap arab sesama sendiri then SE tu cakap 'Ok...like this. You people go back settle your problems in Malaysia, go to your meeting then straight away come back here and start working this Monday. Can?' Sam said 'ok'. Jadi pada hari Khamis berikutnya kami pulang semula ke KL dan Sam pulang ke Singapura. Aku tiba di rumah, mak aku terkejut tengok aku. Mak aku ni ada masalah pendengaran sikit jadi susah nak cerita pada dia apa-apa dia susah nak pick up. Dia cakap 'hah?! cepatnya balik. Pi apa sat sangat?' On Saturday, siap packing bagasi aku pun bawa turun ke bawah. Pong pang pong pang... Mak aku tengah duduk kat situ tengok aku terkebil-kebil. 'Hang nak pi mana pulak ni?' Aku cakap nak pi Dubai. Dia jawab 'hah?!!' Dia diam tenung aku, pastu dia cakap 'Hang ni... pi Dubai macam pi pasar beli ayam'. Aku pun cakap kali ni aku pi kerja lama sikit dalam tiga minggu baru aku balik KL semula. Then dia mula risau. Dok tanya aku macam-macam. Nanti hang dok tang mana? Hang pi dengan Che Man ka? Hang tau ka? Banyak la list soalan-soalan dia. Grab sampai akupun belah...
101
Dalam grab aku pun dok pikir panjang. Macam mana life aku sekarang ni?Macam roller-coaster dah. Lepas ni aku kerja tiga minggu di Dubai dengan Sam atau CM.Lepas tiga minggu aku balik Malaysia, Shahrul akan datang seminggu ke Dubai untuk cover aku. CM dan Sam bergilir setiap dua minggu. Begitulah jadual kerja kami selama hampir dua tahun. Dalam masa yang sama, aku juga risau kalau ayah aku tahu mesti dia tak approve sebab semua jantan aku sorang saja perempuan. Hmm...serabut la aku pikiaq bab ayah aku ni pulak. Aku sebenarnya tak peduli sangat pun hal-hal ni because i am a big girl already. To be exact dah tua pun umur dah 49 ketika tu. Yang aku tau aku nak kerja. Itu saja. So off we go to Dubai for the second time. Few days after working, tiba-tiba one early morning sebelum pergi kerja, CM datang ketuk pintu aku. Knock knock knock! Aku buka pintu, CM tercegat depan pintu, muka dia macam cemas dia cakap 'Juriati, semalam masa balik dari dinner saya buka pintu bilik saya perasan macam ada kelibat orang kat dalam. Saya masuk cari-cari tak ada orang pun. Lepas tu semalam saya tidur saya mimpi ada orang ramai tengah berpindah ke tanah saya di Labu Lanjut. Diorang naik van kayu angkat-angkat barang pindah. Ada seorang mak cik tu saya tanya dia kamu semua siapa? Kenapa pindah ke tanah saya? Awak tau mak cik tu jawab apa? Dalam hati aku 'daahh... dia buat hal apa lagi pulak kali ni??' Aku geleng kepala pada CM tanda tak tau. 'Dia cakap kami pindah ke sini sebab nak ikut Juriati'. Allahhh !!! Masa tu aku tak tau nak bagi reaksi macam mana pada CM. Nak gelak ka... nak buat terkejut ka... hawau betui!
102
CM dok tanya lagi... 'Juriati, awak ni siapa? Kenapa diorang nak ikut awak? That's why i already sense theres something about you sejak jumpa beg kain kat Klia haritu. You have anything to tell me?' Jeng jeng jeng.... Bertalu-talu dia tanya aku dengan muka panik. Aku terkedu depan pintu tu. Lost of words. How to begin with?? Buti tried to recompose myself. Aku cool saja. Aku cakap 'CM tidoq tak basuh kaki ehh... pastu mimpi merepekrepek...' Dia cakap 'takkkk! Its so real. Saya tak pernah mimpi macam ni. Its so real saya tengok diorang tengah pindah!' Berkali-kali dia try to convince aku supaya aku percaya kat dia. Hihi. Macam tu lah aku rasa selama ni kalau aku cerita pada orang tapi orang tak percaya ingat aku gila meraban-raban. Dia terus tanya lagi aku siapa as if aku tausesuatu tapi cuba sembunyikan dari dia. So aku suruh dia balik dulu nanti aku cerita. I got no choice haritu aku pun cerita la sikit pasal MB tu pada dia dan dia percaya terus sebab dia sendiri dah mengalami mimpi tu. Yang syoknya dia pun tengok van kayu tu jugak... kih kih kih...
Episod 40 Kalau depa nak ikut aku tu ok la, aku boleh hadam juga. But the big question now is..kenapa ke tanah CM? Aku pun tak tau di mana Labu Lanjut tu. Itulah pertama kali aku dengar nama tu. Semasa first time CM sebut pagi tu, macam nak pecah perut juga aku nak tergelak sebab bunyinya macam nama kampung di dalam cerita dongeng. Memang sesuai sangat la dengan kampung bunian... hahaha.. Maka sejak hari tu kami berdua pun selalu tertanya-tanya kenapa ekk? Di pejabat, aku dah janji dengan CM dan Sam nak belajar Autocad dengan kadar segera. Soi work so hard day and night belajar dari CM, Sam dan online youtube tutoring. Tension juga la sebab dalam masa yang sama SE tu pun nak test-test aku asyik datang kacau tengok apa aku buat, checking work progress. At last after two weeks aku berjaya
103
produce one drawing. CM pun agak terkejut juga. Dia cakap selalunya beginners ambil masa dua tahun to learn to produce a drawing macam tu tapi aku dua minggu saja. Mana taknya...aku belajar sambil aku start kerja jadi aku kena cepat bukan dah masanya nak trial and error lagi. And to make it worst, dalam masa yang sama aku kena belajar guna SketchUp and photoshop juga. Pada aku dah cukup miracle tu sebab aku sendiri tau aku dari tak tahu apa-apa tiba-tiba aku boleh buat semua tu. Betul-betul macam MB cakap Ti jangan takut, buat saja nanti Ti tau. And depa semua SE, CM dan Sam pun puas hati dengan kerja aku. Depa berdua dah tak perlu risau tentang kerja aku dah. Cuma CM saja selama aku dok kerja sama-sama dengan depa di Dubai, dia rasa agak janggal sikit semasa Sam dan Shahrul tak ada. CM ni warak sikit. Rupanya dia orang tabligh. Jadi selama ini rupanya dia merasa tidak selesa kerja berdua-dua dengan aku. Pergi kerja pun sama-sama sebab Sam dah sewa sebiji kereta untuk kami semua ulang-alik ke tempat kerja. Jadi, one day dia cakap dengan aku, sebenarnya cara kita ni tak betul. Awak perempuan saya lelaki. Pergi kerja sama-sama, pergi mana pun berdua. Itu salah sebab kita ni bukan mahram walaupun kita tak buat benda-benda yang tak elok. Kita ni dua- dua dah tua. Sepatutnya time umur-umur macam ni kita buat benda untuk tambah pahala bukan untuk tambah dosa kita. Aku dengar CM ni dah macam nak bagi tazkirah pula kat aku. Segan pula aku dengar dia cakap macam tu. Aku dah risau dah time tu. Alamak, habis la mesti dia nak berhentikan aku nih nooo!! Aku baru saja nak enjoy kerja aku and i have put so much effort to please them at work! Then aku tanya CM, 'habis tu CM nak berhentikan saya ka? Dia jawab 'bukan! mana boleh saya berhentikan awak, sapa yang boleh gantikan awak sekarang ni pun? Saya nak nikah dengan awak supaya segala perbuatan kita menjadi halal.' 'Allahuakbar !!! Are you for real?'
104
Masa tu bulan puasa Jun 2015 kalau tak silap aku. Dan waktu tu kami sedang berbuka puasa. Aku terus bingung. Aku cakap 'no, Julie is my friend. Tak kan i nak kahwin dengan husband kawan i pulak.' Serabut kepala aku! Dah la Julie dari awal lagi memang tak mau CM ambil aku. Aku rasa dia takut jadi hal macam ni la kot. Baru aku perasan kenapa dia discourage aku semasa interview tempohari. After sometimes CM dok tanya aku macam mana? Aku cakap tak sampai hati la. Tak kan laa kot..eii serabut la.. tak ada cara lain ke?? Selepas tu kami terus bekerja di sana, memang hari-hari berdua ke site office dan pergi meeting. Cakap CM haritu pun ada betulnya juga. Dan dia cakap kalau aku tak kahwin, aku nak terus hidup macam tu ke tanpa ikatan ke sana ke sini sama-sama. Aku pun jadi serba-salah juga. Memang aku tiada siapa-siapa pun di Dubai hanya dia saja yang bertanggung jawab ke atas aku. Aku mahu kan kerja ni tapi situasi sudah jadi awkward pula dan aku pun tak nak berhenti kerja. Malah aku sendiri pun rasa takselesa. Aku tanya CM Julie boleh terima ke kalau dia kahwin dengan aku? Dia cakap tak apa dia kenal Julie. Dia convince aku awal-awal Julie mungkin tak boleh terima tapi lama-kelamaan boleh sebab aku ni kawan dia bukan totally stranger pun. Aku pun dok fikir la. Kalau aku kahwin aku berdosa ke dengan Julie? Tapi kalau aku tak kahwin dan teruskan dengan cara kehidupan sekarang memang sah aku telah berdosa dengan Allah. Itukah yang CM cuba sampaikan pada aku haritu? Eii! Fenin la kepala aku. Aku juga tanya dia, adakah dia mampu dia cakap dia mampu. Akhirnya kami putuskan untuk bernikah. After our first three weeks tu kami pun pulang ke Malaysia. CM pergi jumpa ayah aku cakap dia nak nikah dengan aku sebab tak nak rasa bersalah usong aku ke sana ke sini kerja di Dubai. Dan dia sangat perlukan aku bekerja dengan depa di Dubai. Kami juga kena nikah segera sebab kami cuma ada seminggu saja sebelum balik semula ke Dubai.
105
Ayah aku cakap 'Alhamdulillahhh ' Oh dear.... Lepas tu ayah aku cakap nanti dia set kan tarikh dan panggil saksi-saksi datang ke rumah untuk dia sendiri nikahkan kami. Kami nikah secara syarak saja. Semasa kami pergi semula ke Dubai selepas nikah tu memang rasa tenang sikit tak macam haritu. Dah tak ada rasa macam satu beban di dalam pergi mana pun lebih bebas tak rasa berdosa dah. Semasa nikah tu adik-adik aku sorang pun tak datang. Depa sabotaj aku sebab depa tak setuju aku nikah dengan husband Julie. They said 'how could you?!!' Yang ada cuma mak tiri aku dengan anak dia. Mak aku sendiri pun dah kena sound dengan adik-adik aku jadi awal-awal tu dia macam tak setuju juga dengan keputusan aku. Dia tak marah tapi mata dia terkebil-kebil tengok aku. Agaknya dalam hati dia...ishh bengong sungguh budak ni... Depa cakap senang because they are not in my shoes. Aku mesti nak kena kerja sebab anak-anak aku masa tu perlu pakai duit for their education. Back in Muar things are going very bad. Rahim dah tak boleh bergerak seperti biasa lagi. Jadi segala-galanya sekarang berada di atas batu jemala patik lah Sebenarnya sangat jelas ada hikmahnya di sebalik semua kejadian yang berlaku pada aku dan Rahim. Kalau kami tak bercerai, aku pun masih tinggal di Muar dan ketika Rahim dah jatuh sakit macam ni kami memang in deep s
la. Bisnes kami di Muar masa tu pun dah tak memberangsangkan lagi.
Sememangnya Allah tidak akan membebankan hambanya dengan beban yang mereka tak tertanggung.
106
Tapi aku tak boleh cakap macam tu pada adik-adik aku nanti depa bambu aku lagi. 'Awat hang pulak yang nak kena tanggung anak-anak hang? Dah la hang cerai tak dapat apa-apa pun! Awat la hang nii !! Aku dah tau dah ayat-ayat depa.. Tetapi deep in my heart aku cuba nak lestarikan semua orang. Rahim, anak-anak aku, depa pun tak tau depa nak jadi susah. So i have to come to the rescue. Mungkin inilah jalan yang Allah telah takdirkan untuk aku. Allahuklam... But Julie ?? Huhuhuhu......
Episod 41 Aku kerja di projek safari tu dapat banyak la juga pengalaman dan exposure. So every month aku ulang-alik Malaysia Dubai gilir-gilir dengan Shahrul. Sometimes bila Shahrul pergi ke Dubai aku tak balik Malaysia terus tapi aku singgah di Bandung dulu buatbuat kerja sikit projek zoo CM di Bandung. Then baru balik Malaysia dan ke Dubai semula. Macam tu la hidup aku seterusnya sebagai seorang perantau. Semasa di Dubai kami tinggal di Imperial Residence Service Apartment di Burjuman. Ada satu insiden di Dubai berlaku ketika aku dengan CM on the way nak balik ke Malaysia. Esok nak balik Malaysia, malam tu sepatutnya aku pergi ke Day to Day untuk beli coklat After Eight untuk mak aku. Tapi entah macam mana aku dok packing- packing bagasi lepastu aku tak sempat nak ke D2D. Aku pun cadang nak pergi esok saja lah. Keesokkannya, aku kemas-kemas dapur dan apartmen sebab aku tak mahu tinggalkan rumah dengan tak proper bila Shahrul dan Sam tiba dari Malaysia nanti. Akhirnya di minit terakhir aku tak sempat juga ke D2D. Aku rasa bersalah dan ralat sangat sebab tak dapat beli coklat tu untuk mak aku. D2D tu pun quite far juga kalau nakjalan ke sana. Di Dubai ni memang kena banyak jalan kaki kalau nak ke mana-mana
107
kecuali kalau jauh betul boleh naik teksi. Teksi tak mahu ambil orang kalau setakat nak pergi dekat-dekat ni. So off aku dan CM pun pergi naik tren ke airport. Sepanjang jalan aku agak diam still contemplating about D2D. Tiba di airport aku suruh CM tunggu sebentar aku nak pergi ke duty free shop untuk beli coklat. Memang ada tapi mahal sangat harga dua kali ganda. Kalau di D2D same thing will be only 8 dirham saja. Aku pergi few shops tapisama saja semua. So aku sangat kecewa tak jadi beli. Aku pun cari CM semula. Dia tanya aku cari apa lama sangat? Aku cakap la, nak beli coklat untuk mak tapi tak jadi la. CM pun pelik juga tengok gelagat aku. Dia tanya kenapa tak beli? Aku cakap tak apa lah... Then boarding. Kami naik Mas airline masa tu. While the plane is taxiing out reverse dalam 3m saja tiba-tiba TV screen kat depan seat masing-masing flickers. Gambar dah hilang tinggal line-line saja dan bising bunyi zess zess... It happened a few seconds only. Then gambar ada semula then hilang lagi. It happened a few times. Masatu CM dok tengok aku beberapa kali. Tapi dia diam saja. Then dengar crew or pilot buat announcement ada minor teknikal problem. So plane berhenti dan enjin di matikan. By this time CM tanya aku, 'ada apa Juriati?' I shrugged. Next another announcement lagi cakap we have to wait around 30 mins for the technician to fix the problem. So everybody wait. After 45 minutes, suddenly came another announcement asking us to disembark the plane because they will have to take longer time to fix the problem. And the announcement also said we have to wait where and where because there will be shuttle buses picking passengers up to different hotels. By this time CM punya soalan dah lain macam dia tanya aku, 'whats going on Juriati? Tell me' sambil tenung aku tajam. Aku dah start panik dah bila dia tanya aku macam tu. There were 300 passengers altogether. Worst they asked us to leave our
108
check in luggage in the plane and just take our carry on bags along with us. The plane is delayed til tomorrow. Everybody signed and disembarked. Masa tu havoc sikit la sebab tak nampak macam ada masalah pun. So everybody was grumbling and leave. Baru je masuk dah kena keluar balik. Dah tu semua tak ada baju tukar dan terus di hantar ke hotel. A few moments later, our shuttle bus came.Kami pun naik la. Ada la dalam 10 orang passengers kot. Then bas tu pun jalan. Dia jalan,dia jalan, dia jalan, after sometimes aku dengan CM tengok sama sendiri. Aku pun cakap pada CM, 'bas ni macam nak bawa kita balik rumah kita jaa...' The bus is heading towards Burjuman dan melalui laluan-laluan biasa kami tu. CM cakap,'Yes! Exactly!' Kali ni dia dah tak boleh control dah dia tanya aku terus direct. 'I know all this while its you! Its you! What is it Juriati? You ada tertinggal apa-apa barang ke kat rumah?' Aku pun memang dok suspect something juga dah masa tu. Kami berdua memang dah panik betul dah time tu. Dalam hati aku berbisik... ishh... tak kan laa.... CM terus dok tanya aku suara dia pun makin kuat dah masa tu and others start looking at us already. Tapi nasib baik depa tak faham kami cakap apa. CM
: You tertinggal kunci ke apa Juriati?
Aku
: Tak la. Cuma dari semalam hati i tak tenang i asyik teringat nak beli coklat After eight untuk mak tapi tak sempat pergi D2D. Tu jer..
CM
: So, tadi tu you pergi cari coklat tu ke? Kenapa tak beli?
Aku
: Ermm.. mahal sangat.
CM
: Kenapa tak minta duit dari i?
Aku
: Segan
109
CM
: That's it! I know this is all about you!
Aku
: Terdiam then aku ckap, 'tak kan laa... for God sake! Finally, bas tu pun sampai. Dia hantar kami semua ke Imperial Suite next to D2D
yang aku cadang nak pergi semalam. Hahaha!! Sometimes s_ _ _ happen. I am sorry everybody! Hahaha!! Malam tu kami stay di Imperial Suite tu. Kami pergi beli coklat tu and few clothes untuk malam tu dan esok. Hahaha... Esoknya shuttle datang ambil kami to the airport dalam pukul 3 petang. At the gate everybody somehow looks so happy chatting about our experiences. They were laughing because everybody was wearing the same dress of yesterday and they found out that theres actually nothing wrong with the plane. The plane is still parked at the gate with our luggages untouched inside. The crews were also laughing and smiling telling they also don't know why but it seems like just minor wiring problem. Tapi sebab depa dah assigned all the passengers to the hotel so the plane just wait there. Only we knows why!! Hahaha...and unlike everybody else, we changed cloth!
Episod 42 Aku kerja di Dubai satu setengah tahun. December 2015 tamat. All of us left Dubai. Actually ada one time dulu aku tak ingat di mana, aku pernah berbual dengan seorang lelaki ni. Masa tu CM pun blum muncul lagi. Aku tak ingat kami bual tentang apa tapi yang aku ingat masa tu dia tanya aku dah pergi ke Indonesia ke? Aku cakap tak pernah. Dia cakap nanti pergi la boleh jumpa Pak Danny. Aku tanya siapa Pak Danny? Buat apa jumpa dia? Dia cakap 'mungkin nanti ada boleh buat apa-apa projek ke denganPak Danny. Tak pe la...lama lagi kot.'
110
Hmm.. macam tu la lebih kurang dia cakap. Masa tu aku pelik apahal dia sebut spesifik name ni? Aku ingat kalau dia tanya kot dah pernah pergi melancong ke Indonesia ke make sense la juga. Tapi ada apa dengan Pak Danny ni? Off all berjuta-juta orang di Indonesia, kenapa pula Pak Danny? Who is he? Tapi lama-kelamaan after years,aku pun lupa terus bab ni. Actually sepanjang bekerja di Dubai tu, CM, Shahrul dan aku berganti-ganti ke projek di Bandung juga. Sam tak terlibat di projek Indonesia ni. Projek kami di Bandung ni dengan Pak Agus. Semasa sedang buat projek untuk Pak Agus ni ada one time Sam call CM dia cakap ada seorang businessman nama Pak Danny dari Jakarta nak suruh dia desain Zoo. Tapi Sam tak mahu dan pass to CM saja. So we get to meet up with Danny and CM take the Faunaland projek at Taman Impian Ancol. In early 2016, after Dubai kami bertiga CM, Shahrul dan aku were officially busy going back and forth Jakarta KL pulak developing Faunaland. Somewhere around this time la baru aku teringat balik tentang orang yang sebut nama Pak Danny dulu tu. Inikah orangnya?? Faunaland memang telahpun beroperasi beberapa tahun sebelum tu dan projek kami ialah projek pembesaran Zoo (kebun binatang) tersebut. When Faunaland was on its way to completion, its management was having some financial issues due to unscrupulous hands mishandled the finance and so on. So, Danny offer aku to become his operation manager cum architect in 2018. Tapi aku tolak sebab aku tak pasti aku boleh buat kerja tu ke tidak. Biarlah aku mula dari bawah supaya dapat belajar selok- belok zoo ni. But Danny persisted and with CM permission aku finally resided kerja di Faunaland tapi aku minta jadi Supervisor sahaja. Danny don't mind because actually he just want me to be there just to become his second eye on the corruption issues. So i worked there as Head of Supervisor instead.
111
So, tahu saja la.. dengan lurus bendul dan outspoken aku ni, I digged everything and exposed to Danny dan susah dah depa nak cilok duit. Then ada yang kena masuk lokap juga. Hmm.... Then Danny appointed new investor as a new team to handleFaunaland. Kami dengan Danny have built Faunaland from scratch tiba-tiba this new team pula nak tukar macam-macam and seize control. They even try to sack me out. Soin order to save me, by August 2019 Danny relocate me to his breeding farm andappointed me as his GM cum architect there. So here i am now. Tapi dia tetap suruh aku monitor Faunaland dari luar dan repot pada dia.
Episod 43 Danny is a man with a great vision, determined and never give up on pursuing his big dream. He just need an honest teammate with integrity to put his trademark into reality. Ada sekali one time last year Danny bawa aku ke Solo untuk lihat potential new site for Petting Zoo. Kami pergi bertiga dengan teman wanita dia juga. Kami pergi jumpa seorang taikun cina, orang kanan Suharto pada zaman dulu. Sekarang sudah tua dan duduk di kerusi roda. Tapi masih nak buat projek lagi. Danny cakap 'biasa la Bu Jur.. orang cina Indon ini rakus dan serakah, sudah kaya mau lagi kaya nga pernah cukup..'Dia ketawa hahaha. Padahal dia sendiri pun cina juga. Kih kih kih. Di Solo kami tinggal di hotel taikun ni la iaitu Hotel Adiwangsa. Esoknya, flight kami pukul 8 pagi ke Solo. Aku pun packing-packing la untuk semalam saja di Solo. Selalu aku keluar pakai tudong kepala yang serkop saja sebab aku jarang tengok muka di cermin. Bilik aku di Malaysia pun tak ada cermin dok tumpang cermin di bilik anak aku saja sekali sekala kalau nak melaram. Tudong serkop tu di Malaysia depa panggil tudong Indon. Hahaha.. kena sangat la dengan aku. Tapi untuk esok aku dok gatai nak pakai tudong lilit pula jadi aku cari pin tudong siap-siap la. Malangnya satu pin pun tarak. Iya lah.. dah jarang pakai tudong melilit-lilit ni so
112
accessoriesnya pun tak ada lah. Hmm... aku pun decide tak payah la, pakai saja tudong bodoh tu. Selepas solat subuh aku teringat pula di bawah tu ada Indomaret 24 jam. Aku pun pergi la situ dengan harapan ada jual pin. Tapi mana ada kat Indomaret (macam 7e) ni. Jadi, semasa di dalam Indomaret tu aku terkial-kial mencari kot-kot ada minah indon masuk boleh aku minta tudong pin dia. Aku ni memang jenis selamba saja. Aku boleh tegur orang tengah jalan macam tu on the spot saja. Macam tu la juga semasa kerja dekat site. Aku tak teragak-agak nak tegur kontraktor kalau depa tengah buat somethingtapi salah aku suruh bongkar terus masa tu jugak. Sebab tu selalu jadi gaduh dengan kontraktor dan wak-wak ni semua. Depa ni tak tau baca CAD drawing maka kena terangkan satu persatu masa delegate kerja tu. Angguk-angguk faham tapi bila buat ke laut. Sebab tu kena ada close monitoring. Sebab itu jugalah Danny suka cara aku sebab aku proaktif and everything will be in order before further mistakes take place. Aku tercari-cari memang tak ada la orang masuk indomaret pukul 4 pagi. Aku pun balik semula ke apartmen dan bersiap untuk ke bandara. Aku nekad pakai juga tudong lilit tu aku main selit-selit saja. Apa lagi di bandara memang kalut la aku jadinya. Dengan nak heret bagasi sambil nak betulkan tudong sepanjang jalan. Bayangkan lah...hahaha. Hati aku pun dah tak berapa tenang masa tu tudong asyik nak terjatuh saja. Lepas tu Danny and girlfriend sampai kami pun boarding. Kami masuk plane dulu dan plane masih kosong la di dalam. Sebaik saja aku duduk di kerusi tu, aku perasan di tepi kasut nampak macam berkelip-kelip. Di bawah tu agak gelap jadi aku pun cuba gagau. Auch! Tajam. Aku pun ambil... mashaallah! Sebilah pin tudong berkepala hitam. Patut la nampak berkelip tadi rupanya besi pin. Hmm.... lega rasanya. Terus pakai pin. Alhamdulillah....
113
Masa tu aku pun terfikir. Issh... MB ni dok ikut aku lagi ka? Padahal batu serai dia bagi aku haritu yang depa kata ada pengiring ka apa aku dah tercampak dalam dalam tong sampah pun beberapa bulan sebelum tu... Hmm anyways, nasib baik kali ni dia tak sabotaj flight Citilink tu. Itu lah kali terakhir kehadiran dan keberadaan my fairy Godmother yang paling dekat yang dapat aku rasakan selain mimpi pokok bulu perindu few months back. Tak tahu lah selepas tu mungkin ada juga cuma aku yang tak perasan. Kerna yang pasti. setelah sesuatu berlaku baru aku boleh ingat dan sedar. Seperti yang diceritakan pada aku tentang kemunculan Pak Danny nanti, tentang wabak covid19 dan ada macammacam projek selepas covid, aku akan terkenal … Allahuaklam... Secara peribadi, aku merasakan ini semua bukan lah ramalan dari MB. Aku rasa bunian ni depa dah hidup beribu tahun and they already surpassed our time. Apa yang diberitahu kepada aku tu semua sebenarnya they already know sebab depa telah melalui waktu-waktu tersebut. As for now, i really don't know whats awaiting me in the future. Akhir sekali, aku mohon undur diri dari penceritaan kisah hidup aku ini semoga Allah sentiasa melindungi aku di mana saja aku berada dan memudahkan semua urusan aku dengan manusia di dunia dan di akhirat. Amiinn.... Wassalam....
114
115