Data Loading...

emel untuk boboy - MASTER booksize edited Flipbook PDF

emel untuk boboy - MASTER booksize edited


145 Views
134 Downloads
FLIP PDF 1.86MB

DOWNLOAD FLIP

REPORT DMCA

1

2

3

4

5

BAB 1

Terketar-ketar tangan Boboy memegang sampul surat yang diambil daripada genggaman Nek Sunya itu. Orang tua yang terbaring itu sudah tidak bermaya, namun matanya sempat merenung ke arah Boboy dengan penuh kasih sayang. Itulah Nek Su yang dikenalinya hampir lima belas tahun dahulu. Dia tahu Nek Su amat menyayanginya. Maklumlah, dia adalah cucu saudara Nek su yang pertama dan lelaki pula. Dia adalah kebanggaan Nek Su. Masih terasa lagi kasih sayang Nek Su sedari dia kecil. Tidak putus-putus layanan istimewa yang diberikan kepadanya. “Boboy” adalah panggilan manja yang diberikan khas kepadanya. Tiada siapa yang memanggilnya Boboy selain daripada Nek Su. Sudah terlalu lama dia tidak bertemu dengan Nek Su. Hampir lima belas tahun. Setelah perselisihan faham yang berlaku di dalam keluarga mereka. Dia kehilangan Nek Sunya. Memang banyak cerita yang dia dengar namun , kalau boleh , .dia ingin juga mendengar dari pihak Nek Su. Setelah sekian lama dia, tertanya-tanya mencari kebenaran, mungkin jawapannya ada di dalam sampul itu. Direnung lagi wajah tua itu. Sayu hatinya mengenangkan apa yang

6

berlaku. Orang tua inilah yang bersusah payah menjaganya sewaktu kecil dulu, walaupun hanya beberapa tahun. Boboy masih ingat betapa rapatnya mereka berdua. Kalau boleh ke mana-mana saja Nek Su pergi dia ingin bersama juga. Dipegangnya tangan orang tua itu, diusap lembut. Kelihatan Nek Su membuka matanya sedikit. Ada airmata bergenang di hujung matanya. Tangannya menggenggam tangan Boboy seerat yang terupaya seakan ingin memberitahu sesuatu. Mata Nek Su kemudiannya melirik kepada sampul yang dipegang oleh Boboy. Dianggukkan kepalanya sedikit. Ada sekilas senyuman di bibirnya. Nek Su memejamkan matanya kembali. Boboy kemudiannya membuka Surah Yasin di sebelahnya. Dibacakan kepada Nek Su kesayangannya itu. Tidak sabar rasanya untuk dia melihat kandungan sampul itu. Namun dia menyabarkan dirinya. Bacaan Yasin untuk Nek Sunya itu lebih penting. Dia tahu mungkin Nek Su tidak punya banyak masa lagi dan dia tidak mahu melepaskan segala masa yang ada begitu saja. Dia ingin bersama Nek Su di saat-saat akhir ini. Hampir sejam kemudian barulah Boboy meninggalkan Nek Su. Tiada siapa yang berada disitu.. Dia jadi hairan. Ke mana mereka yang Nek Su sayang dulu? Setahu Boboy, Nek Sunya adalah seorang yang amat penyayang. Walaupun tidak pernah berkeluarga Nek Su amat menyayangi anakanak buahnya. Di manakah mereka sekarang? Mengikut apa yang diketahuinya daripada jururawat di situ, Nek Su jarang

7

menerima tetamu di rumah orang tua itu.Kehadirannya ke situ pun setelah diberitahu oleh saudara sepupu di sebelah mamanya, Alisa. Panggilan itulah yang membawanya ke situ. Menurut Alisa, ada jururawat yang menelefonnya dan memberitahu bahawa Nek Sunya itu menggenggam erat sekeping sampul surat berwarna coklat yang tertera nama Boboy. Puas juga jururawat itu cuba untuk mengambil sampul itu, namun tetap di dalam genggamannya. Puas jugalah jururawat itu memujuk Nek Su untuk melepaskan sampul itu, namun tidak diendahkannya. Rupanya dia masih mengenali Boboy, itulah akhirnya yang dilepaskan juga sampul surat itu. Dia menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan sampul surat yang berukuran 9 x 3 inci itu. Agak lusuh dan berkedut akibat genggaman Nek Su. Boboy menarik nafas yang panjang sambil membukanya. Ada sehelai surat di dalam sampul itu. Mata Boboy mula terpaku pada ayat pertama surat itu.

“Boboy sayang, Sudah lama Nek Su rindukan Boboy. Mungkin Boboy sudah tidak ingatkan Nek Su lagi. Mungkin Boboy sudah lama lupa pada Nek Su. Walauapapun Nek Su harap Boboy luangkan sedikit masa untuk membaca luahan hati Nek

8

Su. Mungkin dengan ini Boboy akan tahu siapa Nek Su sebenarnya dan apa yang telah berlaku di dalam keluarga kita. Segalanya telah Nek Su terangkan di dalam semua emel kepada Boboy.Nek Su telah membuka satu akaun emel untuk Boboy dan disitu Nek Su telah ceritakan segalanya. Apa yang Nek Su ceritakan adalah kebenaran yang mungkin tidak diketahui oleh Mama Boboy. Sejarah hidup keluarga kita. Sejarah hidup Tok Pa dan Tok Mama Boboy. Bacalah dengan tenang. Bacalah dengan hati yang terbuka Sudah banyak air mata Nek Su yang mengalir akibat dari satu kesilapan Nek Su masa lalu. Akibat daripada perbuatan keluarga Tok Pa Boboy serta sikap Mama Boboy yang tidak sanggup untuk mempertahankan maruah keluarga kita. Keluarga kita Boboy, kita semua sekeluarga. Asal keturunan darah daging yang sama. Namun dimamah oleh rasa tamak dan ketidakadilan mereka. Tidak putus doa Nek Su agar Allah membalas perbuatan mereka. Dan tidak putus juga Nek Su doakan agar kehidupan Boboy sentiasa dirahmati Allah. Boboy tidak pernah bersalah. Kita terpisah kerana keadaan. Nek Su tidak pernah

9

membuang Boboy. Percayalah Nek Su amat rindukan Boboy! Emel untuk Boboy adalah [email protected], kata laluan: sayang_boboy Bukalah. Bacalah setiap emel yang Nek Su kirimkan untuk Boboy itu. Segalanya ada di sini sekiranya Boboy ingin mencari jawapan dan kebenaran. Sayang selalu. Nek Su Boboy menghela nafas yang panjang. Dia tahu Nek Su bukan sebarangan orang. Nek Su bijak namun sebagai manusia Nek Su juga lemah. Sepertimana Mamanya lemah untuk bertahan. Itulah fitrah manusia. Boboy akur dengan hakikat itu. “Walauapapun Boboy tidak pernah berdendam atau marah dengan Nek Su.” Katanya perlahan sambil mengesat air matanya.

BAB 2

10

Emira hairan melihat kelaku anaknya, Imsyar yang asyik termenung dari semalam. Entah apa yang bermain di fikirannya, Susah juga untuk dia meneka apa yang ada di dalam fikiran anak terunanya itu. Tidak lama lagi dia akan menyambut hari lahirnya yang ke 21. Sudah besar panjang anak mama ini, detik di hatinya. Setiap kali tiba hari lahir Imsyar, pasti dia akan teringatkan seseorang yang dulunya amat menyayangi mereka. Hari lahir Mak Su nya selang sehari selepas hari lahir Imsyar. Sudah hampir lima belas tahun mereka tidak bertegur-sapa. Entahlah. Bila difikirkan mereka semuanya adalah mangsa keadaan. Kalaulah dulu dia kuat, kalaulah dulu dia berani menentang mereka, tentulah ini semua tidak terjadi. Dia tersepit di tengah antara keluarga ibu dan keluarga bapanya. Tiada siapa yang tahu bagaimana keluarga sebelah bapanya sering menghimpit dan menekan dia dan adiknya untuk melepaskan rumah pusaka itu. Bukan dia tidak tahu pengorbanan Mak Su iti semasa kedua ibu dan bapanya masih ada. Begitu juga selepas ketiadaan mereka. Mak Su juga yang menjaga dan selalu mengambil berat tentang kebajikan mereka. . Menjaga hati dan perasaan daripada terguris dengan permintaan dan perbuatan adik beradik bapanya.Dia tahu Mak Su ikhlas menyanyangi mereka. Tidak pernah sekalipun dia merungut atau meminta balasan. Tidak pernah!

11

“Syar, kenapa asyik termenung saja Mama tengok? Dari semalam lagi.” Emira bersuara sambil melabuhkan punggungnya di kerusi bertentangan dengan Imsyar. “Tak ada apalah Ma.” Pendek saja jawapannya. “Jangan bohong. Setiap kali bila dekat hari lahir, Syar selalu macam ni.” Emira cuba memancing galau di hati anaknya itu. Imsyar hanya diam. Dia mengalihkan pandangannya ke arah lain. “Syar masih imgatkan dia lagi?“ Umpan Emira. Imsyar masih diam. Payah benar untuk dia memberi jawapan. “Dia sudah lama buang kita Syar. Mereka semua dah lama buang kita…” Emira bersuara menahan sebak didadanya. “No Mama! Syar tak percaya!. Dia sayang Syar. Sampai mati pun Nek Su sayangkan Syar.”Imsyar bersuara juga akhirnya. Terkejut Emira. Dia tidak menyangka anak sulungnya itu berani bersuara sebegitu rupa. Marah benar nampaknya dengan kata-kata Emira tadi. “Syar…kenapa begini? Kenapa marah Mama?” Emira cuba menahan perasaannya. “What actually happened?” Soal Emira lagi. “Selama ini memang Syar percaya Nek Su sudah buang kita semua. Tapi Mama, kita yang sebenarnya membuang dia! Selepas apa yang berlaku, pernahkah Mama

12

atau Acu pergi berjumpa dengan Nek Su? Pernahkah Mama dan Acu cuba untuk memohon maaf dengan Nek Su?” Panjang lebar soalan-soalan yang diterjah Imsyar. Emira terkedu. Cuba mencari jawapan yang rasional. “Kalau kami pergi pun hanya akan melukakan hati Mama, hati Acu. Dia tidak akan mahu bertemu dengan kami. Jadi untuk apa?” Hanya itu yang mampu terkeluar dari mulutnya. “Mama didik Syar untuk hormati orang tua, untuk mengalah dengan mereka. Yang muda mesti mencari yang tua. Kenapa dengan keluarga Tok Pa Mama tidak ikut begitu? Kenapa dengan keluarga Tok Mama, Mama biarkan saja?” Imsyar menyuarakan rasa tidak puas hatinya. Emira terkedu lagi. Ada kebenarannya juga dalam kata-kata Imsyar itu. Memang dia dan adiknya tidak pernah cuba untuk menghubungi Mak Su mereka. Mungkin kerana mereka tahu Mak Su hanya akan menolak kehadiran mereka mentah-mentah. Emira amat kenal dengan Mak Sunya itu. Walaupun mempunyai hati yang lembut, tetapi sekali terluka, amat sukar untuk dipujuk. Apatah lagi bila berlaku perselisihan faham yang amat serius itu. Emira masih ingat kali terakhir dia bercakap dengan Mak Su adalah sebelum mereka diarahkan untuk mengosongkan rumah itu. Masih diingati lagi kata-kata Mak Su di dalam perbualan telefon mereka. Mak Su menyifatkan mereka sebagai anak saudara yang tidak berguna. Malah dia

13

tidak mengaku mereka itu anak saudaranya. Itulah yang menjadi pegangan Emira sehingga sekarang. Mak Su telah membuang mereka daripada keluarga Mamanya. Mak Su adalah adik Mama Emira yang bongsu. Setelah Mama Emira meninggal, Mak Su banyak membantu mereka. Tambahan pula, setahun selepas itu, bapa Emira pula mengikut langkah isteri tercintanya. Tinggallah mereka dua beradik. Walaupun mereka sudah dewasa ketika itu, mereka masih memerlukan tempat bergantung. Tidak dapat dinafikan, Mak Su yang bersusah payah menjaga mereka. Memujuk mereka. Cakaplah apa saja yang diperlukan, pasti Mak Su akan cuba untuk memenuhinya. Mak Su menjadi peneman Adik bila hendak balik ke kampus. Mak Su yang menghantarnya. Kereta rosak, Mak Su juga yang mencari mekanik. Bila mereka rindukan masakan Mama, Mak Su juga yang masak untuk mereka. Semasa perkahwinannya, Mak Su jugalah yang bertungkus lumus membantu. Walaupun bukan dengan wang ringgit, tetapi dengan tenaganya. Tidak pernah surut kasih sayang Mak Su kepada mereka berdua. Bila keluarga bapanya mula menekan hal berkaitan harta, Mak Su jugak yang menenangkan mereka. Kemudian bila Emira melahirkan Imsyar, Mak Su juga yang menjaganya. Itulah cucu saudara Mak Su yang pertama. Itulah yang dipanggil Boboy oleh Mak Su. Itulah cucu kesayangannya dulu.

14

Kelahiran Boboy hanya selang sehari sebelum hari lahir Mak Su. Itulah kebanggaan Mak Su. Lahir pada bulan yang sama, Cuma berselang hari. Mereka sempat menyambut hari lahir bersama beberapa kali, sebelum terpisah. Sebelum segalanya menjadi punah. Kali terakhir Mak Su bersama Boboy adalah ketika Boboy berusia lima tahun. Masih sayangkah dia pada Boboy? Masih ingatkah dia pada Boboy? Umur Mak Su mungkin sudah mencecah enam puluh lima . Sihatkah dia? Ada rindu yang menerjah tiba-tiba. Emira mengelap air matanya, sayu!

15

BAB 3

Boboy duduk di depan komputernya sambil memegang surat Nek Su kepadanya. Dia melayari internet dan masuk ke laman emel. Perlahan-lahan dia memasukkan alamat emel yang tertera di atas surat itu, Dimasukkan pula kata laluannya. Terpampang senarai emel daripada Nek Su.Kali terakhir Nek Su mengirimkan emel kepadanya adalah kira-kira dua tahun dahulu. Boboy terus menekan tetikus ke arah emel terakhir dari Nek Su. “Salam Boboy, Ini mungkin emel Nek Su yang terakhir. Kesihatan Nek Su semakin merosot dan Nek Su terdengar ura-ura mereka akan menempatkan Nek Su di rumah orang-orang tua. Tak apalah. Nek Su redha. Nek Su sudah tidak punya siapa-siapa lagi di dunia ini. Semua telah pergi. Anak-anak saudara Nek Su semuanya telah berkeluarga dan Nek Su faham kesibukan mereka. Elok jugalah sekiranya Nek Su tinggal di sana. Mungkin di sana Nek Su akan lebih tenang untuk menghadapi kematian yang semakin menghampiri Nek Su. Nek Su sudah puas hidup. Segalanya telah Nek Su rasa sepanjang kehidupan Nek Su. Bahagia, derita, gembira,

16

pahit getirnya telah Nek Su rasai, Nek Su redha. Cuma Nek Su berdoa agar Allah ampunkan segala dosa Nek Su di dunia ini. Nek Su sudah merasai peritnya balasan Allah di dunia. Nek Su ada satu permintaan. Kalau diizinkan Allah, Nek Su mohon agar suatu hari nanti Boboy dapatkan kembali rumah pusaka itu. Rumah asal usul keturunan kita yang sepatutnya menjadi rumah keluarga kita. Nek Su mengaku, Nek Su bersalah,. Kesilapan Nek Su semasa muda telah dibayar dengan harga yang amat mahal. Namun Nek Su akur dan redha kerana dengan kesilapan itulah yang memanusiakan Nek Su kembali. Boboy, seandainya kita tidak dapat berjumpa sebelum Nek Su menghembuskan nafas yang terakhir. ,Nek Su ingin Boboy tahu, Nek Su amat rindukan Boboy, rindukan masa kita bersama dulu. Nek Su harap Boboy tidak lupa semua itu. Kasih dan sayang Nek Su kepada Boboy akan dibawa sampai mati. Jaga diri dan Nek Su doakan kehidupan Boboy sentiasa dirahmati Allah. Wassalam” Itulah coretan terakhir dari Nek Su. Mungkin selepas itulah Nek Su ditempatkan di rumah orang-orang tua. Mungkin semasa di sana Nek Su sudah terlalu uzur dan tidak berkesempatan untuk menulis lagi. Ya, memang Boboy tahu kegemaran Nek Su. Nek Su suka mengarang dan menulis. Ada juga tulisannya yang telah diterbitkan.

17

Boboy juga pernah membaca hasil tulisan Nek Su. Boboy kagum dengan kebolehan Nek Su. Baginya Nek Su amat berbakat, Suatu anugerah Allah kepadanya. Mungkin itulah juga satu cara untuk Nek Su mencurahkan perasaannya. Nek Su adalah manusia yang unik. Dia mudah ketawa dan selalu bergurau. Namun jauh di sudut hati, Boboy tahu Nek Su kesepian. Nek Su mencari bahagia. Dan bahagianya hanyalah dengan anak-anak serta cucu-cucu saudaranya sahaja. Pantang ada duit lebih sedikit, pasti dibelanjakan untuk mereka. Boboy ingat itu. Ingat benar.Lalu setelah apa yang berlaku, Boboy tidak menyalahkan Nek Su kerana mengharapkan Mamanya untuk bertahan dan memperjuangkan hak milik rumah pusaka itu. Dari apa yang diketahuinya, memang Mama dan Acu memegang dua pertiga daripada hak milik rumah pusaka itu. Selebihnya dibahagikan kepada adik-beradik Tok Panya kerana Tok Pa tiada waris lelaki. Itulah sebabnya rumah pusaka itu jatuh hak miliknya kepada mereka juga. Kini dia adalah waris kuat Mamanya, Dia dan adiknya Zaif. Boboy menarik nafas panjang. Tangannya pantas mencari emel yang mula-mula sekali dikirimkan oleh Nek Su. Salam Boboy, It has been almost two years since we were driven out from our home. I wanted to write to you earlier but I just

18

couldn't. I don't have the strength. Even now, I am still in tears. I guess I will never get over it. Boboy, awal tahun ini ketika Boboy menyambut hari lahir, Nek Su ada mencoretkan sesuatu khas untuk Boboy. Agak lama juga Nek Su ingin kirimkan kepada Boboy, namun baru kini Nek Su punya kekuatan. February has always been special we celebrate birthday together not the same date though but it meant a lot to me. That few years I held you in my arms with all my love for you are the first That few years we have been together shall remain in my heart forever Today on your birthday marks the second year of my non-existence for we have drifted apart under the sad circumstances Ma be one day when you became a man you will understand

19

and the truth you shall find that I love you till the end Maybe one day I'll be counting the years when you will come by and listen to my words the story on my side just maybe one day we will celebrate our birthday together again. Maybe one fine day. Happy Birthday Boboy! 9.2.2015 Boboy sudah tidak tahan lagi. Dia tidak dapat meneruskan bacaan emel yang lain. Hanya air mata yang berbicara.

20

BAB 4

Nek Su terasa badannya amat lemah. Dia sedar kematian semakin menghampiri. Dia sudah tidak berupaya lagi. Sudah puas dia merasa hidup ini. Penyakit diabetes yang dihidapinya sejak dari muda dulu semakin memakan dirinya. Penglihatannya sangat terhad, hanya bayangan saja yang dapat dilihat. Dari bayangan itulah dia merasakan cucu kesayangannya datang dan menemuinya. Ya! Akhirnya Boboy datang juga. Akhirnya dia dapat melepaskan sampul itu daripada genggamannya. Semoga cucu kesayangannya itu tahu apa yang sebenarnya berlaku. Semoga Boboy dapat mengembalikan maruah keluarga mereka. Nek Su sudah tidak berdaya. Hanya Boboy sajalah harapannya. Ada perkara yang belum diselesaikan. Ada tuntutan yang perlu dipenuhi.. Biar Boboy tahu, manusia berpegang kepada janji. Namun janji itu diketepikan, walaupun bersaksi. Janji Tok Pa Boboy kepada keluarga ini.Janji yang bersaksikan arwah bapa Nek Su. Emira, Nazira, Abang serta Kakak Nek Su sendiri. Janji yang dibuat selepas kematian arwah emak Emira iaitu kakak sulung Nek Su. Janji yang

21

dilafazkan adalah kami sekeluarga akan dibenarkan untuk tinggal di rumah itu untuk selamanya! Janji yang dimungkiri oleh Emira dan adiknya serta keluarga bapa mereka. Ternyata, keluarga sebelah bapa Emira tidak seperti bapanya yang terlalu baik. Nek Su tahu, dia banyak terhutang budi kepada arwah bapa Emira, abang iparnya itu. “Nek Su,,,ini Boboy. Boboy datang. Maaf Boboy baru tahu keadaan Nek Su.” Ada suara di hujung telinganya hari itu. Dia membuka matanya sedikit. Ternampak ada bayangan susuk tubuh di sisinya Telinganya antara dengar dan tidak menangkap nama Boboy. Ya! Boboy ada disisinya kini! Dia cuba untuk senyum. “Boboy rindukan Nek Su. Kenapa Nek Su buang Boboy? Nek Su tak sayang Boboykah?” Terdengar lagi suara Boboy menahan sebak. Terasa ada air mata yang mengalir di hujung mata Nek Su. Tidak tertahan kesedihannya. Mahu rasanya dia merangkul cucu kesayangnnya itu. Namun tangannya yang tua amat lemah sekali. Dia terlelap kembali dengan air mata yang masih tergenang itu.

Hari ini hari lahir Boboy yang ke dua puluh satu, bermakna lusa adalah hari lahir Nek Su yang ke enam puluh

22

lima.. Sudah beberapa hari dia tidak menyentuh komputernya, Seakan ada sesuatu yang menghalangnya. Entahlah. Mungkin dia belum bersedia untuk menangis lagi. Dia tahu setiap baris ayat yang dikarang oleh Nek Su itu datang daripada sudut hatinya yang ikhlas. Tidak pernah surut dengan kasih sayang. “Happy Birthday Imsyar, anak Mama…” Ujar Emira awal pagi itu. “Thank you Mama! Anything special for breakfast?” Tanya Boboy sambil menjenguk meja makan. “Breakfast biasa saja…tunggu dinner dengan Abah and Aculah.” Jawab Emira sambil menghulurkan nasi goreng kepada Boboy. “Mama, lusa Boboy hendak balik kampung. Mama nak ikut?” tanya Boboy sambil menikmati nasi goreng Mamanya itu. “Balik kampung?” Tanya Emira, kehairanan. “Tiba-tiba saja. Ada apa Syar?” “Syar nak berjumpa seseorang. Mama hendak ikut tak?” Boboy masih berteka-teki dengan Mamanya. “Syar nak jumpa siapa? Kenapa pula nak bawa Mama?” Emira bertambah hairan. “Owh! Syar nak bawa Mama jumpa bakal menantu Mama ye?” Tersedak Boboy sambil tertawa. “Haha…Ke situ pula Mama ini” Ujar Boboy sambil menahan batuk. Emira juga tertawa dengan gelagat anak sulungnya itu. Pantang diusik tentang perempuan, ada saja yang

23

dielakkannya. Boboy sedar, Mamanya sedang merenung ke arahnya. Dibiarkan saja. Mama selalu berkata wajah Boboy lebih mirip arwan Mak Toknya. Wajahnya lembut, matanya selalu menggambarkan harapan. Memang Mama selalu merenung wajah Boboy bila dia rindukan emaknya. “Tengoklah nanti Mama tanya Abah dulu. Lama juga Mama tidak balik sana. Tapi Syar nak bawak Mama jumpa siapa?” Tanya Emira lagi. “Tunggulah. Surprise!” Ujar Boboy sambil senyum. Ada perancangan di dalam fikirannya. Dia ingin menemukan kembali Nek Su dengan Mamanya serta mungkin Acunya juga. Biar dia menjadi orang pertengahan di dalam kemelut keluarga ini. Boboy merasa bertanggungjawab untuk menyambung kembali apa yang terputus bertahun dulu. Sebagai cucu sulung di dalam keluarga Mamanya, Boboy merasa itulah tanggungjawabnya. Semoga Allah merahmati niatnya yang suci itu sempena hari lahirnya hari ini. Malam itu, seperti yang dijanjikan, mereka sekeluarga keluar untuk menyambut hari lahirnya. Termasuk Acunya juga. Itulah yang selalu dilakukan oleh mereka saban tahun, Menyambut hari lahir hanya dengan Acu dan keluarganya sahaja. Tiada yang tua. Seperti tiada keluarga lain. Seperti terbuang. “So what is you birthday wish, young man?” Tanya Acunya semasa dia selesai meniup lilin kek hari lahirnya.

24

“I wish I could bring peace in our family!”Jawab Boboy tenang. “What do you mean? Kita tidak bergaduh pun.” Acunya meminta kepastian. Boboy hanya senyum. Tidak menjawab kerana dia tahu Acu pasti tidak suka dengan apa yang dirancangnya. Bagi Acu, segalanya sudah putus dan tidak perlu di sambung lagi. Menurut Acu, kali terakhir dia berjumpa dengan Nek Su, dia terasa dipinggirkan. Nek Su tidak menegurnya langsung. Tidak mahu melihatnya langsung. Malah dia terasa dipinggirkan di dalam majlis keramaian itu. Selepas itu, Acu tidak pernah mencuba untuk menghubungi Nek Su lagi. Hatinya terluka. Dia mengharapkan agar Nek Su faham dengan tekanan yang dialaminya. Tekanan daripada pihak keluarga arwah Bapanya. Namun Nek Su tidak pedulikan itu semua. Nek Su terus membuang mereka. Itulah serba ringkas yang diceritakan oleh Acu kepadanya. Bagi Acu, dia tidak punya keluarga lain selain daripada keluarga kakaknya Emira. Itulah pegangan Acu sehingga kini.

25

BAB 5

Boboy kembali di hadapan komputernya, melayari internet. Esok dia akan pergi bertemu dengan Nek Su bersama Mamanya, mungkin. esok dia akan menemukan Mamanya dengan Nek Su. Ya! Esok, jika diizinkan Allah. Boboy melayari emelnya kembali. Jarinya menghalakan tetikus ke arah emel yang bertajuk Emel untuk Boboy -2 “Boboy sayang, Semasa Nek Su mengirim emel ini, penglihatan Nek Su sudah semakin sukar. Nek Su baru saja menjalani pembedahan mata kanan kira-kira tiga bulan yang lalu. Amat sukar rasanya untuk meneruskan emel untuk Boboy. Nek Su berharap agar Nek Su dapat menyempurnakan emel-emel kepada Boboy nanti. Boboy ingat tak kali terkhir kita berjumpa? Semasa Nek Su bertandang ke rumah Boboy bersama Alisa. Ketika itu umur Boboy lebih kurang lima tahun. Boboy ingat tak bagaimana Alisa cemburukan kita? Dia selalu berebut dengan Boboy untuk duduk dekat dengan Nek Su. Macamlah ada sesuatu yang istimewa bila dekat dengan Nek Su. Kunjungan Nek Su sekejap saja, tetapi kita masih berpeluang untuk pergi berjalan-jalan.

26

Nek Su tidak menyangka itulah kali terakhir kita bersama. Itulah kali terakhir kita berjumpa. Sebenarnya Boboy, dari awal Nek Su sampai, Nek Su terasa ada kelainan di dalam kelakuan Mama Boboy. Namun Nek Su tidak mahu berfikiran tidak baik. Mungkin Mama letih. Malam itu, semasa Mama dan Abah menghantar Nek Su di lapangan terbang. Nek Su ada memberikan satu surat kepada Mama. Di dalam surat itu, Nek Su merayu, memohon agar Mama dan Acu untuk membiarkan kami tinggal di rumah pusaka itu untuk tiga tahun lagi sebelum Tok Man menebusnya kembali. Kami hanya perlukan tiga tahun untuk mengeluarkan duit simpanan KWSPnya. Tiga tahun bukannya lama. Nek Su memang sudah tidak terdaya ketika itu. Hanya mengharapkan belas ihsan Mama dan Acu. Sebenarnya mereka boleh berbuat sesuatu dengan pegangan dua pertiga itu. Nek Su minta mereka bahagikan bahagian mereka kepada kami. Bukan percuma. Akan dibayar apabila Tok Man mendapat wang simpanannya. Tetapi, mungkin mereka tidak percayakan kami. Ya! Ketika itu kami tidak punya wang dan harta selain daripada rumah itu. Nek Su menanti jawapan daripada Mama dan Acu, namun mereka hanya diam. Dua bulan kemudian, bermulalah episod duka itu.

27

Maaf Boboy,mata sudah letih. Bukan kerana mengarang tetapi kerana air mata yang tidak berhenti mengalir. Hancur luluh hati ini mengenangkan pengkhianatan mereka. Insha Allah, Nek Su akan sambung lagi. Wasalam.” Hati Boboy melonjak gembira semasa dalam perjalanan mereka ke kampung. Mamanya telah bersetuju untuk mengikutnya. Tidak putus-putus doanya di dalam hati agar Mama dapat menerima Nek Su kembali. Kalau diikutkan, hanya tinggal Nek Su sajalah keluarga di sebelah Mama, Tok Ngah atau yang dipanggil Ngangah dan Tok Man sudah lama pergi. Boboy hadir semasa pengebumian Tok Ngah, kerana selepas apa yang berlaku hanya Tok Ngah sajalah yang masih berhubung dengan mereka. Tok Man sama dengan Nek Su, membuang mereka. Malah Tok Man langsung tidak menerima mereka lagi. Kemarahan Tok Man memuncak apabila emak Tok Man meninggal seminggu selepas mereka diarahkan keluar dari rumah pusaka itu. Menurut Mama, dia dan Acu tidak berani bertentang mata dengan Tok Man, Wajah Tok Man menyinga apabila terlihat mereka di tanah perkuburan hari itu. Menurut Mama, Nek Su telah cuba mententeramkan Tok Man supaya tidak mengamuk. Mungkin Nek Su tidak mahu kekecohan berlaku semasa pengebumian emaknya. Namun begitu, tidak sepatah ucapan pun yang terkeluar daripada mulut Nek Su kepada Mama

28

dan Acunya. Hanyalah renungan yang tajam. Tiada lagi gurau senda Nek Su dengan mereka, tiada lagi kata nasihat daripada Nek Su. Hanyalah kemarahan di dalam pandangannya. Setelah tiba di Bandar Alor Setar, mereka menginap di sebuah hotel yang berdekatan dengan rumah Tok Ma dulu. Rumah Tok Ma menjadi usang tanpa penghuni. Entah mengapa Mama tidak pernah mahu menyewakannya. Entah berapa kali Boboy bertanya namun Mama hanya diam saja. Alor Setar walaupun sudah pesat membangun, tetap menjadi “kampung” Boboy. Di situlah segalanya bermula. Di situlah asal usulnya. “Jom, kita makan dulu Mama.” Boboy mengajak Emira setelah mereka selesai urusan pendaftaran di hotel tersebut. “Hmm…boleh juga. Mama pun dah lapar. Nak makan dimana ya?” “KFClah Mama. Depan situ saja.” Ujar Boboy senyum. Mereka berjalan beriringan menuju ke arah Restoran Kentucky Fried Chicken yang hanya di seberang jalan. “Syar, selepas ini kita hendak buat apa?” Tanya Emira semasa mereka menikmati ayam kegemaran Boboy itu. “Adalah. Surprise!” Jawab Boboy senyum, penuh makna.

29

“Huh! Tak habis-habis dengan surprise,,,”jawab Emira acuh tak acuh. Boboy melayan fikirannya. Entah apalah tindak balas Mama nanti, bila dia berhadapan dengan Nek Su. Apakah Mama akan memarahinya? Apakah Mama akan menerima Nek Su? Apakah Nek Su akan menerima Mama kembali?

Boboy memandu keretanya ke arah Utara dari Bandar Alor Setar. Hampir dua puluh minit barulah dia tiba ke destinasinya. “Rumah Penjagaan Jitra”, sebuah bangunan rumah banglo dua tingkat yang menenpatkan Nek Su. Menurut apa yang diberitahu kepadanya . Nek Su dulu merupakan pengasas rumah penjagaan ini bersama dengan seorang kawannya. Mungkin Nek Su tahu dia juga bakal menjadi penghuni rumah seperti ini suatu hari nanti. Nek Su telah bersedia. Boboy memberhentikan keretanya di kawasan parkir. Ada keraguan di wajahnya. Ada kerisauan di dalam hatinya. Wajah Mamanya penuh dengan tanda-tanya. Dia cuba melarikan matanya daripada bertembung dengan Mamanya. Dia tahu Mamanya hairan kenapa mereka di situ. “Syar…” Emira membuka mulutnya. “Syy…” Boboy menunjukkan tanda untuk senyap. Dia memimpin tangan Mamanya, ke dalam banglo itu. Pantas dia berjalan menuju ke bilik yang menempatkan

30

Nek Su. Bilik yang terbaik dengan layanan yang terbaik. Namun Nek Su terlantar dengan orang asing. Dia membuka pintu bilik itu sambil matanya merenung tepat ke arah Mamanya. ”Surprise…” katanya dengan suaranya yang menahan sebak.

31

BAB 6

Menyirap darah Emira sebaik saja Boboy membuka pintu bilik itu. Kelihatan seorang tua sedang duduk di atas katil merenung kosong entah kemana. Mukanya cerah tetapi telah dimamah usia. Dia kenal wajah itu. Walaupun sudah berrusia, dia kenal sangat wajah itu. Sebak dadanya ketika itu. Air matanya mengalir tanpa dipinta. Segunung rasa bersalah tiba-tiba menerjah ke dalam dirinya. Dia hampir lemah, tidak dapat bergerak. Terasa badannya dipimpin oleh Boboy menghampiri katill itu. Berdebar dadanya melihat sekujur tubuh yang amat lemah di depannya itu. Dia memegang tangan orang tua itu dan menciumnya. “Mak Su! Maafkan Mira… Maafkan Mira!” Dia menangis semahunya. Tiba-tiba dia terasa tangannya digenggam, lemah. Dia membuka matanya dan melihat Nek Su membuka matanya sedikit. Lama diperhatikan Emira. Emira bangun terus memeluk dan mencium pipi Nek Su. Melepaskan rindu yang berdekad lamanya. “Mi…Ra” terdengar suara Nek Su , lemah.

32

Emira melepaskan pelukannya itu. Terkejut mendengar suara Nek Su. Ada sebaris senyuman di bibir Nek Su. Emira mengusap wajah tua itu. “Maaf…” Nek Su cuba bersuara. “Mira yang ingin minta maaf dari Mak Su.” Emira semakin sebak. Nek Su hanya mengangguk kepalanya. Tiada apa lagi yang perlu dikatakan. Tiada apa lagi yang perlu dibicarakan. “It doesn’t matter anymore…” bisik hatinya. Bila kematian menghampiri segala yang ada di dunia sudah tidak bermakna lagi. Biarlah segalanya berlalu. Biarlah Nek Su pergi dengan hati yang tenang. Tiada dendam lagi. Sedari mula apabila Boboy mengajak ke sini, dia seakan terasa ada sesuatu yang menantinya. Ada sesuatu yang Boboy cuba lakukan. Namun, dari mana Boboy tahu Nek Sunya berada di sini? “Mama…maafkan Syar, kerana merahsiakan perkara ini daripada Mama.” Boboy memulakan bicara, seakan tahu apa yang ada di dalam fikiran Mamanya. “Sebenarnya, dua minggu lepas, Syar mendapat panggilan daripada Alisa. Mama ingatkan Alisa? Sepupu Mama yang hampir sebaya dengan Syar. Dia memberitahu, pihak rumah penjagaan telah menjumpai sebuah sampul surat yang tertera nama Boboy. Mereka cuba untuk mengambil sampul itu, namun Nek Su menggenggam kuat.

33

Sehinggalah Syar datang dan mengambilnya.” Panjang lebar Boboy member penjelasan. “Apa yang ada di dalam sampul itu?” Pantas Emira mencelah. Boboy tidak menjawab. Hanya menyeluk poket dan mengeluarkan surat Nek Su. Emira mengambil lalu membacanya. Sedih hatinya tidak terkata. Rupanya Ma Su tidak pernah melupakan mereka. Mak Su tetap menyayangi Boboy. Ah! Sudah lama tidak terdengar panggilan itu. Panggilan khas yang diberikan kepada cucu kesayangannya, Imsyar. “Syar dah baca ke emel-emel Nek Su?” Emira bertanya. “Syar baru baca dua tiga emel saja…” Jawab Boboy , tenang. “Nanti boleh bagi Mama baca?” Entah mengapa Emira juga ingin tahu apa yang ada di dalam emel untuk Boboy itu. Boboy hanya menganggukkan kepalanya. “Happy Birthday Nek Su!” Kata Boboy sambil mencium dahi Nek Su. Nek Su membuka matanya kembali. Tersenyum.

Boboy meninggalkan perkarangan Rumah Penjagaan itu dengan hati yang agak girang. Dia berjaya

34

menemukan kembali Mamanya dengan Nek Su. Tiba-tiba dia teringatkan rumah pusaka yang menjadi punca perbalahan mereka. Pesanan Nek Su masih di dalam ingatan. Nek Su ingin sekali agar rumah pusaka itu kembali menjadi milik keluarga mereka. Dia terus memandu menghala ke arah rumah pusaka itu. “Mama, kita singgah di rumah lama sekejap” Boboy memberitahu Mamanya. “Rumah lama? Rumah mana? Rumah Mama dulu ke?” Tanya Emira inginkan kepastian. “Rumah lama kita. Rumah asal-usul keturunan kita. Rumah Nek Su dulu.”Boboy menjawab. “Untuk apa Syar? Ia bukan milik kita lagi. Sudahlah!” Emira membantah. “Tidak Mama. Syar hendak tengok apa yang sudah jadi dengan rumah itu. Syar tahu, rumah lama telah dirobohkan. Mereka telah bina rumah baru. Mereka itu saudara sebelah Tok Pa kan?” Boboy berkeras. “Syar…” Emira terhenti disitu. “Ma,,,Nek Su berpesan di dalam emelnya, kalau boleh dia mahu Syar dapatkan kembali tanah dan rumah itu.” Boboy memberi penjelasan. “Bukan senang mereka hendak melepaskan rumah itu. Syarpun masih belajar.” Emira cuba untuk merasionalkan Boboy. “Not now Mama. One day…one fine day!” Jawab Boboy bertekad.

35

Mereka melewati rumah pusaka itu. Boboy terkejut melihat keadaan rumah itu yang telah menjdi usang.Rupanya seperti sudah bertahun tidak berpenghuni. Dia turun dari kereta dan memerhati keadaan sekeliling. Kalaulah Mama percaya dengan janji Nek Su. Kalaulah mereka menghormati janji Tok Panya dulu, tentu rumah ini akan menjadi kunjungan mereka setiap kali pulang ke kampung. Inilah tanah yang menjadi punca perbahalan mereka. Inilah tempatnya yang diambil tanpa sebarang keadilan. Boboy memandang Mamanya, mencari jawapan mengapa Mama sanggup melepaskan rumah ini, tanah ini. Tempat asal usul keluarga Mama. Tempat mereka pernah berteduh. Tiadakah sebarang ihsan di dalam diri Mama. Kenapa Mama terlalu lemah?

36

BAB 7

“Boboy Dearest, Kali ini Nek Su akan bercerita mengenai hari yang amat menyedihkan, Pagi itu, 20hb Nov 2013, Nek Su dikunjungi oleh seorang peguam bernama Ezad Zamri.Dia bertanyakan bila kami sekeluarga akan keluar dari rumah itu. Lemah rasanya seluruh badan Nek Su ketika itu. Tidak sampai dua bulan dari hari terakhir kita bersama, Mama telah bertindak. Paling menyedihkan apabila tidak sepatah pun Mama memberitahu Nek Su tentang niatnya. Rupanya mereka diam kerana mereka ada perancangan tersendiri. Dari awal lagi Nek Su telah berpesan, jangan tandatangan apa-apa dokumen berkaitan dengan rumah itu. Apabila mereka berbuat demikian bermakna mereka telah menghalau kami dari rumah itu. Mereka telah menguburkan asal usul mereka. Mereka telah mengkhianati janji arwah Bapa mereka! Peguam itu memberitahu Nek Su, dia telah membeli tanah dan rumah itu. Nek Su tahu, peguam itu adalah saudara kepada keluarga arwah Tok Pa Boboy. Menitis air mata Nek Su hari itu. Nek Su merayu memohon agar diberikan

37

sedikit masa, sekurang-kurangnya sehingga emak Nek Su pergi menemui ajal dahulu. Kalau boleh Nek Su ingin emak Nek Su menghembuskan nafasnya di rumah itu. Rumahnya. Nek Su tahu segalanya adalah akibat kesilapan Nek Su semasa muda. Namun tiadakah sedikit belas ihsan Mama dan Acu? Selepas itu bermulalah tekanan dari peguam itu, Nek Su cuba memberi jalan penyelesaian supaya kami tidak perlu keluar. Nek Su merayu agar dibenarkan kami menyewa rumah itu sehingga Tok man mendapat wang simpanan KWSPnya. Ditolak mentah-mentah. Berbagai cara telah Nek Su usahakan, namun apakan daya. Dengan kekangan kewangan Nek Su tidak dapat berbuat apa-apa. Ada juga arwah bapa saudara Nek Su yang telah membantu untuk menjadi orang tengah. Namun di tolak juga oleh peguam itu. Akhirnya sekali kami bertemu di mahkamah. Memang Nek Su akui, ini bukanlah kepakaran Nek Su. This is not my area of expertise. Tentulah Nek Su kalah. Kalau diikiutkan hati ingin saja Nek Sau membaling semua duit yang ada di dalam poket Nek Su ke mukanya apabila kami diminta membayar kos ganti rugi bagi dirinya. Memang Nek Su akui, ketika duit Nek Su hanyalah ada beberapa puluh ringgit saja. Bagai dipijak maruah kami, Boboy. Sakitnya hati Nek su. Bencinya Nek Su melihat wajah Ezad Zamri ketika itu.

38

Kami diberi tempoh dua minggu untuk keluar. Dua Minggu? Kejam! Apakah Mama dan Acu tidak tahu untuk berpindah pun memerlukan duit. Keadaan kami amat terhimpit ketika itu. Nek Su tidak punya pilihan lain selain daripada menggugut Mama dan Acu. Itulah kali terkahir kami bercakap. Demi Allah, Nek Su tidak berniat langsung untuk mengotakan ugutan itu. Sejahat-jahat Nek Su, Nek Su tidak akan merosakkan hidup anak buah Nek Su. Namun mereka sebenarnya tidak kenal diri Nek Su. Mama dan Acu takut dengan ugutan Nek Su yang boleh merosakkan nama mereka. Ugutan untuk membongkar satu urusan berkaitan dengan perniagaan arwah bapa mereka. Nek Su tidak akan tergamak berbuat demikian. Namun, ugutan itu membuahkan hasil, apabila mereka setuju untuk memberikan sejumlah wang yang mereka anggap sebagai pampasan. Walhal wang itu adalah berkaitan dengan pesanan arwah bapa mereka yang sememangnya adalah HAK kami. Nek Su tidak peduli apa istilah mereka. Mendapat sedikit HAK kami adalah lebih penting. Boboy Dearest, Maaf Boboy, mata Nek Su sudah letih. Insha Allah panjang umur Nek Su akan sambung lagi. Masih banyak lagi perkara yang perlu Boboy tahu. Wasalam.”

39

BAB 8

Panjang pula emel Nek Su kali ini. Seakan dia ingin mencurah segalanya kali ini. Namun Boboy sedar, penglihatan Nek Su ketika itu semakin parah, mungkin. Boboy pernah mendengar nama peguam itu. Boboy juga tahu peguam itu pun sudah tiada lagi. Entah mengapa Boboy mengharap agar Tuhan membalas segala ketidakadilan peguam itu. Apa yang perlu dilakukannya sekarang? Apa yang dapat menggembirakan hati Nek Su di saat- saat akhirnya? Boboy termenung sejenak. Bermacam persoalan yang berlegar di dalam fikirannya. Paling menyentuh hatinya, wajah Nek Su yang sedang tenat. Kalau boleh dia ingin bersama Nek Su setiap hari. Menghabiskan sisa-sisa hidup Nek Su bersamanya. Ya! Kenapa tidak? Dia boleh meminta Mama membawa pulang Nek Su ke pangkuan keluarga. Boboy terus mendapatkan Mamanya di bilik sebelah di hotel penginapan mereka. Sebaik saja pintu dibuka, Boboy terus masuk tanpa dipelawa. “Amboi…anak Mama ini…tak bersalam…tak dijemput…terus saja masuk. Ada apa Syar?” Emira hairan.

40

“Ma…Mama…Ma…” Boboy semacam kepenatan. “Ma…kita bawa balik Nek Su Ma! Kita bawa dia balik! Ma…please…please! I am begging you! Boboy tidak sanggup tinggalkan Nek Su begitu. Bukan lama dah Mama…Biarlah di pergi semasa dikelilingi oleh orangorang yang dia sayang. Mama…” Bagai peluru semuanya keluar daripada mulut Boboy. Dia tidak mahu Mamanya menyampuk apa-apa selagi dia tidak selesai bercakap. Emira bungkam. Dia tidak berkata apa-apa. Dia merenung wajah anak sulungnya. Wajah Boboy yang selalu mengharap. Boboy merapati Mamanya. Dipegang tangan Mamanya. “Tak salahkan Mama, kalau kita bawa Nek Su balik. Tak salahkan”?” tanya Boboy meminta kepastian. “Syar…” Emira menarik nafasnya, “Memang tak ada salahnya. Tetapi apapun kita kena berbincang dengan Abah dengan Acu.” “Tapi…Mama setujukan?” Desak Boboy. Emira diam sebentar. “Ya,,,Mama setuju. It’s about time we put the past behind” katanya sambil tersenyum. Hati Boboy melonjak kegembiraan. Dia meluru dan terus memeluk Mamanya. Dia tahu, Mama akan faham. Dia tahu Mamanya akan setuju. Namun masih ada dua halangan lagi. Abah dan Acu. Boboy tahu Abah mungkin akan setuju kerana Abah tidak punya masalah dengan Nek

41

Su. Cuma selepas apa yang berlaku, Abah terasa hati dengan kata-kata Nek Su yang tidak mengaku mereka keluarga lagi.

Emira mencari ruang dan peluang untuk meminta izin suaminya,Aznol. Walaupun dia tahu suaminya tidak mempunyai masalah dengan Nek Su, namun ada kesangsian juga di hatinya. Mana tahu kalau-kalau Aznol juga sudah tawar hati untuk menerima Nek Su.Bagi Emira, Aznol bukanlah satu pengahalang yang besar. Mungkin kalau kena dengan cara dan pujukan, suaminya itu tidak akan membantah. Yang dirisaukan adalah adiknya, Nazira. Sedikit sebanyak adiknya itu ada mewarisi hati keras keluarga Bapanya. Sekali terguris, susah untuk memaafkan. Apatah lagi, ketika kejadian itu, dia amat berharap agar Nek Su faham dengan apa yang mereka lalui. Masih ingat lagi hari itu, ketika kesemua adik beradik Bapanya datang. Mereka memaksa Emira dan adiknya untuk menandatangani surat perjanjian jualan rumah pusaka itu. “Kakak…Adik…Kami semua dah bersetuju untuk menjual tanah dan rumah itu. Kami mahu kami berdua tandatangan surat perjanjian jualan ini.” Ngah membuka bicara pagi hari minggu itu. Menyirap darah Emira melihat dokumen perjanjian itu. Selama ini dia cuba sedaya upaya untuk mengelak

42

daripada bertemu dan berbincang dengan mereka. Tidak tergamak rasanya untuk dia mengkhianati ahli keluarga Mamanya. Dia benar-benar tersepit kali ini. “Kamu berdua jangan risau. Serahkan segalanya kepada Pak Cik Ezad. Kamu hanya perlu diam. Jangan dilayan sebarang karenah Pak Cik Man dan Mak Su.” Ucu Teh pula menyampuk. Air mata Emira mula membasahi matanya. Dia tunduk. Adiknya hanya memandang tepat ke arahnya. Tanpa berfikir lagi, Nazira terus mengambil pen dan menandatangani dokumen perjanjian itu “Ha…Apa yang Mira fikirkan lagi. Tanah itu dah jadi milik kita. Kenapa kita hendak biarkan mereka duduk di situ tanpa ada satu faedah pun. Papa dan Mama Mira pun sudah tak ada. Untuk apa lagi dibiarkan tanah itu? Bukan Mira tak tahu Mak Su adalah punca segala-galanya. Kenapa Mira masih nak pertahankan tanah itu?” Tambah Ngah lagi. Emira menangis semahunya kali ini. Tidak sanggup. Tidak tergamak rasanya. Dia masih diam. “Mira, kita hanya menuntut hak kita. Emira sanggup dibuang oleh kami? Kalau Mira tidak setuju, kami tidak akan mengaku Mira keluarga kami!” Ugut Pak Chu pula. “Ala…Kakak, Mak Su itu hatinya lembut. Lama mana dia nak marahkan kita. Nanti-nanti kita pujuklah dia balik.” Nazira pula bersuara.

43

“Ya Allah! Betulkah tindakan aku ini?” Emira bertanya di dalam hati. Bagai ditelan mati emak dan diluah mati bapa, dia menurunkan tandatangan ke atas dokumen itu. Perit dia mengenangkan nasib keluarga Pak Ciknya. terutamanya Mak Su. Namun begitu, jauh di sudut hatinya dia tahu, Mak Su akan “survive”. Dia pasti Nek Su Boboy itu akan mencari jalan untuk meneruskan hidup. Dia hanya mampu memanjat doa buat mereka. Semoga mendapat yang terbaik. Kalaulah ketika itu, Mak Su bertanyakan perkara sebenar, tentulah dia akan faham. Tentulah mereka tidak akan dibuang begitu sekali. Emira takut untuk menghubungi Mak Su ketika itu kerana telah diberi peringatan oleh semua ahli keluarga Bapanya. Kalaulah Mak Su menelefon dan bertanya, pasti dia akan ceritakan segalanya. Namun, Mak Su hanya menelefon untuk memarahinya, tanpa sempat dia memberitahu keadaan sebenar. Ketika itulah, Mak Su menggelarkan dirinya sebagai tidak berguna. Malah tidak mengakui dia sebagai sebahagian daripada keluarganya. “You have sold our soul and your roots. Don’t ever come back to us. You are not welcome anymore!” Itulah kata-kata terakhir yang menusuk ke hati Emira. Memang dia terasa seperti menjual jiwa raganya, menjual asal usulnya. Namun apakan daya. Dia terpaksa. Sungguh dia terpaksa.

44

BAB 9

Seakan menjadi satu kemestian bagi Boboy untuk membaca emel Nek Su kepadanya hampir setiap hari. Apa pula cerita Nek Su kali ini? Jari Boboy pantas menghalakan tetikus ke arah emel seterusnya. Belum sempat di tekan klik, pintu biliknya terbuka. Dia agak terkejut. Kelihatan Mamanya di muka pintu. “Syar sibuk ke?” Soal Mamanya. “Err…err…Syar tengah baca emel.” Jawab Boboy teragak-agak. “Kenapa Syar…?” emel daripada siapa?” Soal Mamanya lagi. “Emel daripada Nek Su. Mama tahukan Nek Su selalu mengirim emel untuk Boboy. Mama nak baca ke?” Boboy menjadi berani untuk menyatakan yang benar. “Oh! Ya…Mama sudah terlupa akan hal itu.” Ujar Emira sambil berjalan menuju ke arah komputer Boboy. Boboy.

45

Hari ini Nek Su ingin menceritakan hari yang paling sedih dalam hidup Nek Su. 30hb Januari 2014. Setelah seminggu kami berpindah, Nek Su diminta oleh peguam Mama dan Acu untuk bertemu dengan mereka bagi menyelesaikan bayaran pampasan atau ihsan seperti yang dirujuk oleh peguam itu. Berat hati ini untuk pergi. Untuk bertemu dan menatap wajah Mama dan Acu. Nek Su pergi bertemankan seorang sahabat setia Nek Su. Dialah yang memberi semangat dan kekuatan kepada Nek Su untuk mengahadapi semua ini. Menurut peguam itu, Nek Su perlu datang untuk mengambil cek serta perlu memohon maaf kepada kedua-dua anak buah Nek Su. Bukan di sebaliknya. Ketidakadilan apakah ini? Nek Sukah yang bersalah? Nek Su harus melutut memohon maaf kepada mereka? Tidak cukupkah penghinaan yang mereka telah lakukan kepada kami? Kalau diikutkan hati, memang Nek Su tidak akan pergi, apatah lagi memohon maaf. Kalau diikutkan ego ini, biarlah Nek Su tidak pergi. Biarlah duit itu di ambil dan di makan oleh mereka semua yang tidak pernah puas dengan apa yang ada. Namun bak kata sahabat Nek Su, berlakonlah kalau perlu. Kenapa hendak dibiarkan duit itu pergi begitu saja. Tidak perlu ikhlas memohon maaf. Berlakonlah kalau perlu. Itulah yang Nek Su lakukan. Nek Su terpaksa berlakon dan memohon maaf kepada Mama dan Acu.

46

Ya! Nek Su jadi hipokrit hari itu. Memang niat pada awalnya untuk berlakon. Namun apabila melihat wajah Mama dan Acu, Nek Su tidak perlu berlakon. Wajah Mama masih ada rasa kesal dan sedih. Namun wajah Acu Nek Su lihat terlalu ego. Terlalu bongkak! Itu bukanlah daripada keturunan kami! Keturuan Nek Su semuanya berhati lembut walaupun kasar perwatakannya . Wajah Acu tidak dapat Nek Su lupakan. Wajah ego orang muda. Wajah yang dengan senang melupakan segala kebaikan dan kasih sayang yang pernah Nek Su curahlan. Wajah Mama sedikit sebanyak menenangkan Nek Su, walaupun keruh, Hanya Allah saja yang tahu gelodak perasaan Nek Su saat itu. Nek Su hanya berdoa agar diri ini kuat untuk mengahadapi semua ini. Agar Nek Su tidak mengalirkan air mata ketika itu. Segalanya berjalan dengan lancar walaupun penuh kedinginan. Akhir sekali sebelum cek diserahkan kepada Nek Su, peguam itu meminta Nek Su untuk memohon maaf kepada kedua mereka. Have they lost their respect? Am I not the older one here? Adat kita, yang muda memohon maaf. Namun kini, Nek Su yang tua seperti disuruh melutut memohom maaf. Terasa harga diri diperkotak katikkan. Terasa kasih sayang Nek Su selama ini sia-sia saja. Ya Allah! Kalaulah Boboy ada ketika itu… Entah apa yang terlintas di fikiran Nek Su ketika itu, petah saja mulut ini berkata: Okay, I am sorry for what I have said and done! Ringkas tetapi tidak ikhlas. Nek Su

47

tahu, mereka berharap agar Nek Su bangun dan bersalam sambil memohom maaf. No way!They don’t deserve that! Mereka sudah tidak layak umtuk mendapat keamaafan daripada Nek Su. Mereka menjadi terlalu kurang ajar. Jadi jangan salahkan Nek Su kalau Nek Su jadi tawar hati untuk menghubungi mereka lagi. Bak kata Maria, sahabat setia Nek Su, kalau boleh mahu saja dilemparkan kasut ke arah wajah Acu yang ego itu. Nek Su hanya tersenyum pahit. Lakonan kemaafan Nek Su yang tidak ikhlas itu berharga RM70,000. Berbaloikah Boboy?” Boboy terdengar suara Mamanya menangis teresak-esak. Dipeluk Mamanya yang duduk di sebelah itu. “Syar…sebenarnya bukan Mama yang mahu Nek Su memohon maaf tapi Acu dengan Pak Cik Ezad. Mereka kononya ingin melihat Nek Su melutut memohom maaf di atas segala kata-kata serta perbuatan Nek Su kepada kami. Untuk memberi pengajaran kepada Nek Su.” Boboy mengusap rambut Mamanya tanpa berkata apa-apa. Dibiarkan saja Mamanya meluahkan perasaan. “Tapi kami lupa…kami lupa yang Nek Su lebih tua daripada kami. Sepatutnya kamilah yang pergi kepadanya memohon maaf. Memang Mama tidak salahkan Nek Su. Kami tidak langsung menghormatinya!” Emira menangis semahunya.

48

“Mama, rasanya cukuplah setakat ini saja. Biarlah Boboy saja yang habiskan emel ini nanti.” Pujuk Boboy. Tidak sanggup lagi melihat Mamanya di dalam kesedihan. “Tidak mengapa Syar, sedikit saja lagi. Biar Mama habiskan bersama Syar…” Mamanya membantah, sambil mengesat air mata. Boboy hanya diam dan meneruskan bacaan emel itu sambil tangannya memeluk erat Mamanya itu. Boboy my Grandnephew, Selepas segala urusan selesai, kami keluar dari pejabat peguam itu, Nek Su tidak langsung berpaling. Walauapapun, Nek Su mengaku Nek Su memang memerlukan wang itu untuk kesinambungan hidup kami. Bukan untuk Nek Su saja, tetapi untuk Tok Man dan keluarganya. Nek Su hanya seorang diri, I can survive. Malam itu sementara menantikan bas untuk pulang, Nek Su menumpang di rumah kawan Nek Su, Kak An .Bas yang Nek Su akan naik dijadualkan pada jam 12 tengah malam. Jadi adalah beberapa jam untuk Nek Su berehat di rumah Kak An itu. Namun Allah lebih mengetahui apa yang terbaik. Hampir jam 11.00 malam, Tok Man menelefon Nek Su, memberitahu yang emak Nek Su, moyang Boboy telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Terkedu Nek Su buat seketika! Terasa lemah badan ini, hilang punca, hilang arah. Nek Su tidak tahu apa yang berlaku sehinggalah Kak An mengejutkan Nek Su yang terpaku memegang telefon.

49

Rupanya emak Nek Su hanya menanti agar segala urusan rumah itu selesai! Dia telah pergi Boboy. Pergi buat selamanya. Pedih dan sedih sekali Boboy! Nek Su tidak ada di sisi emak semasa dia menghembuskan nafasnya yang terakhir. Padahal setiap hari Nek Su yang akan menyuapkan makannya, tiga kali sehari. Namun Allah telah menentukan sebaliknya. Nek Su tiada di sisi emak! Malam itu, sepanjang jalan di dalam bas, Nek Su menangis. Tidak kering air mata ini. Ada satu kemarahan di dalam diri Nek Su. Ada satu dendam yang menyatakan, Mama dan Aculah yang menyebabkan kematian emak Nek Su. Mungkin emak Nek Su terlalu sedih kerana terpaksa keluar dari rumah itu. Mama dan Acu tidak sabar-sabar untuk menghalau kami keluar dari situ. Boboy perlu tahu, ketika itu, emak Nek Su memang sudah tua dan mengidap penyakit Alzhaimer. Namun dalam keadaan nyanyuk itu Nek Su dapat menggagak dia faham apa yang telah berlaku. Memang Nek Su ada memberitahunya. Mungkin dia terlalu sedih,. Namun itulah namanya ajal. Tidak akan terlambat walaupun seminit. Apa yang berlaku hanya penyebab. Akhirnya Nek Su pasrah, inilah ketentuan Illahi! Bukan kerana Mama. Bukan kerana Acu. Bukan kerana siapa-siapa. Inilah takdir!”

50

BAB 10

Emira amat terkesan dengan emel untuk Boboy yang di baca semalam. Baru kini dia faham betapa hancurnya hati Mak Sunya atas perbuatan mereka. Namun dia juga tahu, segalanya ketentuan Allah. Tiada siapa yang dapat menolaknya. Hatinya juga hancur. Hatinya juga terguris dengan segala kelakuan dan kata-kata yang Mak Su hamburkan dulu. Sesungguhnya mereka semua adalah mangsa keadaan. “It doesn’t matter anymore!” Terdetik di dalam hati Emira. Segalanya telah berlalu. Segalanya sudah tidak membawa apa-apa kesan lagi. Mungkin sudah tiba waktunya untuk dia dan adiknya memaafkan Nek Su. Malah memang sudah tiba masanya mereka yang memohon ampun daripada Nek Su. Tidak ke mana ego mereka, tidak ke mana rajuk mereka. Hanya menjadi barah dalam keluarga ini. “Abang, boleh Emira bincang sesuatu…” Tanya Emira membuka bicara dengan suaminya, Aznol. Suaminya meletakkan suratkhabar di sebelah. “Ada apa Emira?”

51

“Mak Su… Mak Su sedang tenat Abang. Mira sudah berjumpa dengan dia hari itu. Dia tinggal di rumah orang tua dekat Jitra…” Emira berhati-hati mengeluarkan kata-katanya sambil melihat reaksi Aznol. Jelas sekali Aznol agak terkejut mendengar nama itu. Sudah lama nama itu tidak disebut. Dia hanya diam dan memberi isyarat kepada Emira untuk menyambung, “Maaf, Mira tidak beritahu Abang awal-awal. Sebenarnya, Syar yang bawa Mira untuk bertemu dengan Nek Sunya. Katanya dia mendapat panggilan dari rumah penjagaan itu dan memberitahu ada satu sampul di atas namanya.” “Sampul? Surat?” Aznol menjadi hairan. Emira menyambung ceritanya dari awal sehinggalah ke emel untuk Boboy yang dibacanya. Aznol hanya diam sepanjang Emira bercerita. Mendengar dengan penuh teliti. Emira cuba sedaya upaya untuk memberi gambaran bahawa segala yang berlaku sudah tidak bermakna lagi. Dia ingin Mak Su kembali ke pangkuan keluarganya. “Abang, Emira dan Syar ingin membawa Mak Su balik ke sini. Dia sudah tak punya siapa-siapa lagi. Mereka yang lain telah menjalankan tanggungjawab mereka. Giliran kita pula. Lagipun, entah berapa lama saja lagi, ajal akan menjemputnya. Mak Su sedang tenat!” Kata Emira mengakhiri penceritaannya.

52

Aznol menghela nafas panjang. Diam seketika. Emira tahu, Aznol agak rapat dengan Mak Su ketika dulu. Mak Su banyak membantu Aznol semasa dia menyambung pengajiannya sambil bekerja. Kalau diikutkan, Aznol tidak mempunyai apa-apa masalah dengan Mak Su, kecuali terasa apabila Mak Su tidak mengaku mereka keluarga lagi. “Abang tak ada masalah Mira. Tapi siapa yang akan menjaga Mak Su nanti? Mira pun masih kerja. Takkan hendak tinggal dia seorang di rumah ini?” Tanya Aznol minta penjelasan. “Syar akan jaga Nek Su! Abah jangan risau.” Tibatiba saja Boboy bersuara, entah datang dari mana dia. Aznol dan Emira terkejut mendengar suara Boboy, tetapi tersenyum, serentak. “Amboi… Anak Abah ini. Curi dengar ke?” Tanya Aznol, mengusik. Boboy tersengih, bukan kepalang gembiranya dia. “Syar baru saja turun, hendak ke dapur. Lepas itu dengarlah Mama bincang dengan Abah. Terima kasih Abah!” “Betul Syar sanggup jaga Nek Su. Bukan senang tau? Sekarang Syar cuti tak apalah. Nanti bila kelas dah mula?” Tanya Aznol. “Macam inilah Abang, Mira ingat Mira akan gajikan jururawat peribadi. Mira sanggup.” Emira menyatakan kesanggupannya, menyokong Boboy. “Owh…jadi Mama dan anak Abah ini dah berkomplot berdualah!” Aznol mengusik lagi.

53

Emira dab Boboy tersenyum. “Okay. Satu saja yang Abah minta…” Ujar Aznol “Apadia…?” Emira dan Boboy bertanya serentak. Mereka tertawa kecil kemudiannya. “Bawa Abah pergi jumpa Nek Su, hujung minggu nanti, boleh?” Pinta Aznol “Beres!” Sepantas kilat Boboy menjawab.

Nazira hairan, hampir dua minggu berturut-turut, kakaknya Emira dan anak buahnya Imsyar pergi ke kampung mereka. Kali ini dengarnya dengan Abang Aznol sekali. Ada sesuatu yang mereka sembunyikan. Nazira dapat merasakan ada suatu yang mereka rahsiakan. Tetapi apa? Kenapa dia tidak diberitahu apa-apapun. Dia bertekad untuk bertanyakan kakaknya, Emira. “Kakak balik kampung lagi hujung minggu ini?” Nazira bersuara. “Ya! Kenapa?” Tanya Emira kembali, ringkas saja. “Ada apa-apa yang perlu Adik tahu?” Soal Nazira lagi. “Rasanya tidak ada. Kenapa Adik tanya?” Soal Emira kembali. “Entahlah…Adik rasa ada benda yang Kakak dan Syar sembunyikan. Minggu lepas pergi…hujung minggu nanti hendak pergi lagi. Err…Kakak hendak dapat menantu ke?” Tanya Nazira.

54

Hampir tersedak Emira. Dia ketawa kecil. “Mana ada… Syarkan belum habis belajar. Mengarutlah Adik ini.” Jawab Emira. “Habis itu ada apa sebenarnya…sampai hati Kakak tak mahu bagi tahu Adik” Nazira bersuara merajuk. Emira menarik nafas panjang. Mencari kekuatan mungkin. Direnung wajah adiknya itu. “Mak Su…” Emira mula bersuara,namun tersekat di situ. Berderau darah Nazira mendengar nama itu. Sudah lama dia tidak mendengar sesiapa menyebut itu disebut di hadapannya. Seakan ada suatu yang buruk dengan nama itu. Ada apa lagi dengan nama itu. Bukankah nama itu sudah berkubur di dalam hidup mereka “Kenapa dengan Mak Su…hidup lagikah orang tua itu?” Ada kemarahan di dalam pertanyaan itu. Ada kebencian yang terbuku dalam dirinya. “Ya..dia masih hidup tetapi rasanya tidak lama. Dia sedang tenat.” Jawab Emira dengan tenang. “Untuk apa Kakak? Untuk apa lagi? Biarlah dia pergi. Dia sudah lama buang kita.” Angkuh kedengaran kata-kata Nazira. Apakan tidak, masih berbekas di dalam dirinya dengan apa yang telah berlaku. Kali terakhir mnereka bertemu adalah ketika majlis perkahwinan sepupunya, Zatie. Ketika itu Mak Su langsung tidak memandangnya. Dia seperti tidak wujud. Malahan bukan Mak Su saja, seluruh

55

kelaurga Mamanya langsung tidak mengendahkannya. Hanyalah Mak Ngah adik Mamanya saja yang melayannya. Kehadirannya adalah atas jemputan Mak Ngah untuk menjadi pengapit anaknya, Zatie. Dia pergi dengan harapan agar dapat bertemu dan mungkin dapat mendekatkan kembali tali kekeluargaan mereka. Dia terpaksa menebalkan mukanya apabila tiada siapa yang memperdulikannya sepanjang majlis itu. Dia berlalu pergi, membawa luka di hati. Sampai hati Mak Su.

56

BAB 11

Mereka tiba di Rumah Penjagaan itu lepas waktu makan tengah hari. Aznol, Emira, Boboy serta adiknya Zaif menghampiri katil Nek Su, Hari ni, Nek Su kelihatan agak berrtenaga sedikit, nampak segar walaupun sedang tidur. Boboy memegang tangan Nek Su dan menciumnya, diikuti dengan Emira, Aznol dan Zaif. Nek Su kemudiannya membuka mata, tersenyum. “Mak Su, ini Aznol. Mak Su ingat lagi tak?” Aznol bersuara. Nek Su tersenyum, Menganggukan kepalanya sedikit. Dia cuba mengangkat tangannya mencari tangan Aznol. Dipegangnya tangan Aznol. Nek Su tersenyum lagi.Ada sesuatu yang cuba dikatakan kepada Aznol. “Lama…” itu saja yang terkeluar dari mulut Nek Su. “Ya Mak Su…lama kita tak jumpa…” Terasa sebak di dada Aznol. “Mira…” Nek Su mencari Mira. Giliran Emira pula memegang tangan Nek Su. “Mira ada disni, dengan Boboy dan Zaif.” Ujar Emira.

57

Nek Su tersenyum. “Boboy…Zaif…terima kasih.” Perlahan saja suara Nek Su. “Adik?” Soal Nek Su seakan mengharap. Semua terdiam. “Adik tidak datang Nek Su. Lain kali Mira bawa dia sekali.” Emira menjawab. Cuba untuk menyembunyikan apa yang berlaku. Nek Su senyum lagi. Digelengkan kepalanya sedikit. “Takapalah…” Ujar Nek Su. Nek Su kembali memejamkan matanya, tidur. Ada keceriaan di wajahnya. Mungkin inilah saat-sat yang selalu dinantikannya. Bertemu kembali dengan mereka sekeluarga. Mumgkin selepas ini Nek Su dapat pergi dengan tenang. Namun ada satu lagi perkara yang belum selesai. Entah bila Nazira akan memaafkan Nek Su. Entah bila hati Nazira akan terbuka untuk menemui Nek Su. Tiada siapa yang tahu apakah Nek Su akan tetap menanti Nazira atau Nek Su akan melepaskannya begitu sahaja? Emira merenung wajah Nek su yang sedang lena itu. Terlalu banyak yang telah dilalui oleh orang tua itu. Segala dugaan dan cabaran dihadapinya dengan tabah. Mak Su sekuat Mamanya. Tabah menghadapai ujian hidup. Kalaulah dia juga kuat sebegitu. Emira mengelap air matanya yang terbit tanpa dipinta. Mereka semua pulang dengan perasaan yang berbaur, kecuali Zaif. Bagi Zaif, Nek Su adalah orang asing

58

di dalam hidupnya. Zaif tidak ingat langsung dengan Nek Su. Manakan tidak, ketika itu Zaif terlalu muda, mungkin umurnya lebih kurang dua tahun saja. Mana mungkin dia ingatkan Nek Su. Petah dia bertanyakan cerita Nek Su kepada mereka. Zaif merasa kasih sayang Nek Su. Zaif tidak pernah tahu siapa Nek Su yang sebenar. Memang Zaif tidak tahu.

“Boboy Dearest, Sudah banyak hari Nek Su tidak bercerita. Penglihatan Nek Su semakin teruk. Sekarang ini Nek Su sudah kurang melakukan kerja-kerja Nek Su seperti dulu. Nek Su hanya berdoa agar Nek Su dapat menghabiskan emel-emel untuk Boboy sebelum penglihatan Nek Su hilang langsumg. Mungkin inilah balasan Tuhan kepada Nek Su atas segala dosa-dosa Nek Su selama ini. Nek Su pasrah. Walau apapun yang berlaku, Nek Su akan cuba untuk menceritakan segala-segalanya kepada Boboy. Segala apa yang telah berlaku, supaya Boboy faham.Supaya Boboy tahu the other side of the story. Hari ni Nek Su akan bercerita bagaimana asalnya rumah itu boleh jatuh ke tangan Tok Pa Boboy. Semasa Nek Su muda dulu, Nek Su amat berminat untuk berniaga. Namun ditentang oleh semua ahli keluarga kerana nereka tidak yakin dengan kemampuan Nek Su.

59

Mereka semua, kecuali bapa Nek Su tidak langsung bersetuju dengan tindakan Nek Su untuk berniaga kerana tiada siapa pun dalam keluaga ini yang menceburi bidang perniagaan tetapi Nek Su nekad untuk membuka perniagaan Nek Su sendiri. Nek Su ingin buktikan kepada mereka, Nek Su mampu. Nek Su bukahlah seorang perempuan yang lemah semangat. Nek Su berjaya juga membuka dan menjalankan perniagaan Nek Su dengan bantuan bapa Nek Su. Beliau telah nenyandarkan geran tanah dan rumah itu kepada bank bagi Nek Su mendapatkan pinjaman. Itulah kesilapan terbesar yang Nek Su lakukan.Perniagaan peralatan sukan Nek Su ketika itu berjalan dengan lancar sehinggalah masuk tahun ketiga. Perniagaan Nek Su semakin merosot akibat kemelesetan ekonomi ketika itu. Akhirnya perniagaan Nek Su tidak dapat diselamatkan. Bermula daripada situlah Nek Su gagal untuk membayar kembali pinjaman bank yang bernilai lebih kuramg RM200,000. Setelah beberapa lama, rumah itu hendak dilelong oleh pihak bank. Ketika itulah, Tok Pa Boboy membantu Nek Su sekeluarga. Tok Pa Boboy telah bersetuju untuk membeli rumah tersebut dengan beberapa syarat perjanjian dengan bapa Nek Su. Sebagai memenuhi harga pasaran rumah itu, Tok Pa Boboy telah berjanji akan memberikan sebuah rumah lagi yang berharga lebih kurang RM50,000 ketika itu. Perjanjian mulut juga menyatakan bahawa Tok Pa tidak

60

akan menjual rumah tersebut dan akan membenarkan kami sekeluarga untuk tinggal di situ. Segalanya berjalan dengan lancar, tiada masalah. Namun apakan daya, Allah lebih mengetahui segala sesuatu. Tok Ma Boboy telah disahkan menghidap barah payudara. Walaupun dia telah membuangnya, namun barah itu kembali menyerang selepas sembilan tahun. Ketahuilah Boboy, Tok Ma adalah seorang yang amat sabar dan tabah dalam melawan penyakitnya. Sembilan tahun dia berjuang melawan barah itu. I was there when she was in pain.I was there taking care of her during the absence of her daughters your Mama and Acu. Ketika itu Mama dan Acu sedang menyambung pelajaran. Tok Mama tiada siapa untuk menjaganya. Ketika itu Nek Su sudah tidak mempunyai apa-apa pekerjaan, lalu Nek Su lah yang menjaganya di samping Tok Pa. I pledged my life for her! Tok Ma menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 8hb Januari 2007. Nek Su kehilangan seorang kakak. This is for my late sister. Suatu Kehilangan Ketika melihat ketabahan kecekalanmu menghadapi dugaan aku gagahi menahan sendu tersembunyi pilu. Namun di saat tubuh menjadi kaku tak terbendung lagi air mata

61

meskipun aku redha, lalu aku iringi dengan doa. Kini setiap kali mengenangkan kesabaranmu menangani kami yang selalu alpa terasa kehilangan punca. Malah masih berbekas setiap sentuhan di setiap penjuru hidup ini pada setiap daripada kami yang tersedar tidak akan ada lagi sentuhan seikhlas itu. Sesungguhnya, amat terasa kehilanganmu dan sehingga kini tidak sehari pun berlalu tanpa ingatan padamu Semoga damai disana.”

62

BAB 12

Boboy menutup emelnya. Dia termenung sebentar. Semakin banyak emel yang dibacanya, semakin dalam kasihnya kepada Nek Su. Dia semakin mengenali siapa Nek Su yang sebenarnya. Bagi Boboy, Nek Su bukanlah seorang yang jahat. Nek Su hanya tersilap langkah di masa mudanya. Itu fitrah manusia. Apapun kesalahan dan kesilapan Nek Su, bagi Boboy dia telah membayarnya dengan harga yang amat mahal. Malah walau apapun kesalahannya, Boboy akan memaafkannya. Sometimes good people make a wrong choice.Itulah pandangan Boboy. Biarlah walau seteruk manapun kesalahan Nek Su. Boboy terima seadanya. Walaupun Nek Su pernah melakukan penipuan, seperti cerita yang di dengarnya, Boboy tetap akan memaafkannya. Tetapi Boboy agak hairan kenapa Nek Su tidak menyentuh langsung berkaitan dengan hal itu. Namun setelah difikirkan kembali, untuk apa Nek Su bercerita mengenai kesalahannya. Itu aibnya. Kenapa dia perlu membuka aibnya sendiri. She has paid the price.Tidak perlu di ungkit lagi. Segalanya telah berlalu, tiada apa yang boleh dilakukan. Tetapi masih ada ruang untuk Nek Su

63

membetulkan keadaan. Walaupun di hujung usianya. Nek Su is a survivor. Sejak pulang dari Rumah Penjagaan bersama dengan keluarganya,Boboy menaruh harapan yang tinggi untuk membawa balik Nek Su tinggal bersama mereka. Walau bagaimanapun dia akur dengan nasihat pihak Rumah Penjagaan tersebut supaya membiarkan keadaan Nek Su lebih kuat sedikit. Perjalanan yang jauh bagi Nek Su tidak digalakkan buat masa ini. Yang penting sekarang ialah untuk meyakinkan Acunya supaya dapat menerima Nek Su. Boboy sedar dia perlukan Mama dan Abahnya dalam hal ini. Boboy juga tahu, hati Acunya agak keras berbanding Mama. Mama selalu berkata, hati Mama lebih banyak mengikut Tok Ma. Acu lebih mewarisi sifat keluarga Tok Pa. Menurut Mama, sikap dan kelakuan Tok Pa berbeza dengan adik beradiknya yang lain. Memang benar kata pepatah, “dalam setandan pisang takkan semuanya busuk.” “Mama…bila pula Acu nak datang ke rumah kita?” Tanya Boboy petang itu. “Kenapa? Rindu Acu ke?” Tanya Emira tersenyum. Boboy tersenyum juga. “Taklah rindu sangat…hehehe.” Gurau Boboy. “Nanti dia datang kita tanya dia ya Ma?” Ujar Boboy. “Tanya apa Syar?” Emira menduga.

64

“Nek Su…” ringkas saja jawapan Boboy. Emira tertawa kecil. “Hmm…Mama dah agak tadi.” Boboy tersenyum lagi. Matanya bersinar gembira. “Tapi Syar kena ingat, Acu itu bukan soft hearted macam Mama. Biar Mama dan Abah yang bercakap dengan Acu.” Ujar Emira lagi. “Yes Madam! Anything you say…” Kata Boboy sambil bangun dan menabik tangan kepada Mamanya. Emira hanya ketawa kecil sambil menggelengkan kepalanya.

Terdetik juga hati Nazira untuk mengetahui keadaan Mak Su. Mungkin masih ada sedikit rasa sayangnya kepada orang tua itu. Bukan dia tidak sedar, pengorbanan Mak Su kepadanya dulu. Menemaninya semasa dia bersedih dan berduka bila kehilangan kedua orang tuanya. Sanggup untuk menghantarnya ke Melaka dengan kereta dan pulang dengan bas. Hanya untuk memastikan dia selamat sampai ke kampusnya. Apa yang tidak dilakukan oleh Mak Su untuknya. Minta saja, akan ditunaikan. Namun perasaan itu datang seketika cuma. Sedetik saja. Apabila dikenangkan segala yang berlaku, hatinya menjadi tawar, Untuk apa lagi? Dia tidak mahu menoleh

65

lagi. Dia tidak sanggup untuk menatap wajah itu lagi. Wajah yang melukakan hatinya. Malah dia tidak faham bagaimana Kakaknya Emira dengan mudah dapat menerima kembali. Hatinya keras membeku. Walau apapun dia tidak akan menerima kembali Mak Su di dalam hidupnya. Never! “Adik…Hari itu kami semua dah melawat Mak Su…” Kakanya, Emira memulakan bicara semasa dia pergi ke rumah mereka. “Kakak… Adik tidak mahu tahu apa-apa tentang Mak Su.” Nazira memintas dengan cepat. “Adik…dengar dulu. Tak baik adik buat begitu…”Aznol, abang iparnya menyampuk. Nazira terdiam sambil memuncungkan mulutnya. Entah mengapa kalau dengan Aznol. Acu memang kalah. Rasa hormatnya kepada Aznol amat tinggi. Mungkin itulah yang menyebabkan dia tidak mahu melawan cakap Abang iparnya itu. “Kami rasa sudah tiba masanya untuk kita lupakan segala yang telah berlaku. It doesn’t matter anymore. Mak Su pun dah tua, untuk apa lagi kita bermusuh. Dia ada tanyakan adik hari itu,”sambung Aznol. “Untuk apa? Bukankah dia bencikan Adik? Bukankah dia telah buang kita?” Ujar Nazira, marah. “Cukup-cukuplah Adik. Kalau adik baca emelnya untuk Boboy, adik akan faham. Adik akan tahu yang dia tidak pernah buang kita. Cuma ketika itu, kita semua

66

terluka. Kita semua mangsa keadaan.” Emira bersuara, cuba memujuk adiknya. “Emel untuk Boboy? Emel apa? Tak kan Mak Su yang dah tua macam tu pandai beremel lagi?” Nazira tersenyum sinis. “Acu…Nek Su mengirim emel untuk Boboy itu sudah lama. Sejak hampir lima belas tahun dulu. Kalau tak percaya…jom Boboy tunjukkan.” Boboy yang diam sejak dari tadi, menyampuk. Nazira terkejut. “Mak Su kirimkan emel untuk Boboy?” “Ya…Dia ceritakan kepada Syar her side of the story, tapi Syar belum sempat membaca semua emel itu. Ada banyak lagi. Tetapi yang pasti dia masih sayang kita semua.” Tambah Boboy. “Adik…beginilah...kami semua sudah setuju untuk membawa Mak Su pulang ke sini dan menjaganya sehingga dia menghembuskan nafasnya. Biarlah dia berada di samping kita buat kali terakhir.” Kata Aznol membuat keputusan. “Kenapa kita? Mana dia anak-anak buahnya yang lain? Yang menjadi kesayangan dia dulu, kebanggaan dia??” Bentak Nazira, Hatinya menjadi semakin sakit. “Adik… they have done their part. Selama ini kita tidak pernah peduli langsung dengan keadaan Mak Su. Adikpun tahu, dia bukannya ada keluarga. Mak Su tidak pernah berkeluarga. Hanya kita sajalah yang ada. Mungkin

67

Tuhan menemukan kita kembali sekarang ini, untuk kita tebus kesalahan kita kepadanya,”jawab Emira, tenang. “Salah? Kita yang salah? Mak Su tak salahkah?” Nazira masih lagi ingin menegakkan pendiriannya. “Ya. Kita juga ada salahnya. Mak Su juga salah. Tapi salah kita adalah kita yang muda.Adik dah lupakah? Adik yang beria-ria menyuruh Mak Su memohon maaf kepada kita? Kita sepatutnya mengalah. Kita sepatutnya cuba sedaya upaya untuk memohon maaf. Kenapa dengan keluarga Papa, Adik boleh buat begitu? Adik boleh pegang prinsip itu? Kenapa dengan Mak Su, Adik jadi begini ? Adik lupakah yang keluarga Papa juga buat salah dengan kita? Tetapi kita masih pergi menemui mereka? Kenapa?” Emira seakan bersyarah. “Beginilah…Adik tak mahu bergaduh dengan Kakak dan semua disini. Walau apapun, Adik tidak setuju! Adik tidak mahu melihat Mak Su lagi. Adik tidak akan memaafkan Mak Su. Never!” Kemarahan Nazira memuncak. Dia berlalu pergi. Dia tidak mahu mendengar apaapa lagi. Dia telah menutup episod duka di dalam hidupnya. Tertutup rapat. Dia tidak ingin untuk menyelak walau sehelai pun episode itu. Biarlah segalanya berkubur. Biarlah segalanya pergi dibawa oleh Mak Su. Dia tidak ingin melihat Mak Su lagi. No way!

68

BAB 13

Sedih rasanya hati Boboy melihat kekerasan hati Acu. Mengapa Acu tidak mahu mengalah? Apa hak Acu untuk menghukum Nek Su begitu? Sempurnakah hidup Nek Su sekarang sehingga tidak perlu lagi untuk menghormati orang tua? Apa yang Nek Su lakukan kepada Acu dan Mama, biarlah Allah saja yang membalasnya. Namun bukankah kemaafan dendam adalah yang terindah? Boboy menghadap komputernya lagi. Jari jemarinya cekap memetik tetikus menghala ke arah emelnya. Tertera emel untuknya. “Boboy, Kami semua amat bersedih dengan kehilangan Tok Ma. Amat terasa kehilangannya., Tok Pa pun sedih juga, Sedih yang teramat. Nek Su tahu Tok Pa amat menyintai isterinya itu. Nek Su dapat melihat cintanya kepada kakak Nek Su sangat dalam. Untuk pengetahuan Boboy, ketika ini, Tok Pa pula telah disahkan mengidap penyakit barah tulang. Kedua-dua mereka menghidap penyakit yang boleh membunuh itu. Nek Su cuba membantu sedaya mungkin. Namun di dalam keadaan yang terbatas, setakat manalah yang Nek Su

69

dapat bantu. Nek Su hanya adik iparnya. Dalam pada itu, terdengar juga emak Tok Pa sedang mencari-cari calon untuk Tok Pa menggantikan Tok Ma. Sangup dia! Di depan Nek Su dia berkata, tak mengapa tidak lama lagi akan ada pengganti Tok Ma, . Butakah dia? Butakah dia pada cinta anaknya kepada Tok Ma? Tok Pa berusaha untuk meneruskan kehidupannya tanpa isteri tercinta. Untuk menghilangkan kesedihannya, Tok Pa membuka sebuah perniagaan dan mengambil Nek Su bekerja. Tok Pa juga mengambil kakak serta adik iparnya bekerja. Nek Su tidak mempunyai apa-apa masalah untuk bekerja dengan mereka. Namun apabila Tok Pa mula sakit, barulah Nek Su nampak kerakusan mereka. masingmasing cuba untuk mempengaruhi Mama dan Acu untuk menyerahkan perniagaan Tok Pa kepada mereka. Namun Mama dan Acu tidak bersetuju. Ketika itu mereka tidak percayakan Ngah dan Pak Uteh mereka. Dengan bantuan seorang kawan Nek Su, kami telah merangka untuk mengambil alih perniagaan itu atas pemintaan Mama dan Acu. Dalam pada itulah, Tok Pa menghembuskan nafasnya yang terakhir cukup enam belas bulan selepas pemergian Tok Ma. Tanggal 8hb April 2008.Semasa Tok Pa sakit dulu, tidak tergamak untuk Nek Su bertanyakan berkenaan dengan hal rumah itu. Rasa amat biadap sekiranya Nek Su mempersoalkan hal berkaitan dengan rumah itu semasa Tok Pa sedang sakit. Nek Su diamkan saja kerana Nek Su

70

percaya walauapapun yang berlaku, Mama dan Acu pasti akan membantu Nek Su. Setidak-tidaknya mengenang kasih sayang Nek Su kepada mereka. Selepas Tok Pa pergi, ada juga terdengar suara-suara dari keluarga Tok Pa yang bertanyakan status rumah itu, namun mereka masih menghormati bapa nek Su ketika itu. Desas-desus itu berhenti begitu saja. Ada satu malam, Nek Su masih ingat, Mama menelefon Nek Su supaya datang dan melihat Acu yang sedang menangis teresak-esak. Tanpa berlengah Nek Su terus ke rumah Tok Pa. Nek Su cuba untuk memujuk Acu. Tangisannya seperti merobek hati Nek Su. Setelah ditanya berkali, maka Acu berkata dia ingin mengikut Tok Pa dan Tok Ma. Dia tidak mahu hidup lagi. Dia tidak tahan dengan tekanan keluarga Tok Pa. Puas juga Nek Su memujuknya. Berbalik kepada cerita perniagaan Tok Pa tadi, Nek Su dan kawan Nek Su telah berjaya untuk mengambil alih perniagaan itu dengan perjanjian untuk menguruskan dan memberikan bahagian untuk Mama dan Acu. Segalanya berjalan dengan baik sehinggalah keluarga Tok Pa mendapat tahu bahawa yang sebenarnya Nek Sulah yang telah mengambil alih perniagaan itu. Mulai dari saat itu, mereka memberi tekanan kepada Mama dan Acu. By the way, ketika itu Mama baru saja berkahwin! Bayangkan tekanan yang dihadapi mama.Kesian Mama.

71

Ada satu ketika, Mama seperti hilang ingatan. Meraung melepaskan perasaan.Papa Boboy tidak tahu untuk berbuat apa-apa lalu memanggil Nek Su untuk menenangkan Mama. Nek Su pergi menemui Mama yang sedang menangis. Mama merayu kepada Nek Su untuk melepaskan perniagaan Tok Pa. Tidak sampai hati Nek Su melihat keadaan Mama ketika itu. Nek Su kemudiannya berbincang dengan kawan Nek Su dan bersetuju untuk menyerahkan kembali perniagaan itu kpada keluarga Tok Pa. Entah apa yang berlaku selepas itu, keluarga Tok Pa menuduh Nek Su menipu Mama dan Acu untuk mendapatkan perniagaan itu. Padahal Mama dan Acu yang meminta bantuan Nek Su. Biarlah! Nek Su tidak kisah kehilangan perniagaan itu, yang penting Mama tidak mengalami tekanan lagi. Nek Su sayangkan Mama. Dia adalah anak saudara Nek Su yang sulung. Macam Boboy juga, cucu saudara Nek Su yang pertama. Boboy, Inilah orang-orang yang pernah melukakan hati Mama dan Acu. Tetapi kepada mereka ini jugalah Mama dan Acu tunduk. Tidak adakah walau sedikit keberanian di dalam diri Mama dan Acu untuk menegakkan kebenaran? Mungkin kerana mereka takut dibuang oleh keluarga Tok Pa maka mereka akur dengan semua kehendak makhlukmakhluk rakus itu. Well I don’t blame them. Mama dan Acu

72

walaupun sudah bekerja ketika itu, masih boleh dikatakan muda untuk menghadapi masalah sebesar ini. Lalu jalan yang paling senang ialah melepaskan rumah itu dan seterusnya menghalau kami dari situ. Sampai hati mereka! Iyalah, ketika itu Nek Su sekeluarga memang tidak berduit. Hidup hanya dengan mencari rezeki sekadarnya sahaja. Memang keluarga kami bukan orang berharta macam keluarga Tok Pa. Memang harta lebih berpengaruh daripada kasih sayang. Kami hanya kaya dengan kasih sayang!” Menitis juga air mata Boboy selepas membaca emel Nek Su kali ini. Barulah dia faham apa yang sebenarnya berlaku. Selama ini memang keluarga Tok Pa selalu mengatakan Nek Su menipu, Nek Su cuba merampas perniagaan Tok Pa. Lama kelamaan , Mama dan Acu pun terpengaruh dengan kata-kata mereka. Apatah lagi apabila mereka mengetahui jumlah wang yang didapati melalui perniagaan itu. Itulah puncanya. Mereka terkilan kerana wang itu telah menjadi habuan orang luar. Walau apapun hats off to you Nek Su. Bijaknya Nek Su mendapatkan perniagaan itu. Bijaknya Nek Su mengatur langkah. Tidak siapa yang menyangka Nek Su yang menjadi mastermind di dalam pengambilan perniagaan itu. Boboy tersenyum akhirnya. Semakin menarik cerita di dalam emel Nek Su untuknya. Semakin tinggi rasa hormatnya terhadap Nek Su. Ternyata Nek Su sentiasa

73

menjaga anak-anak buahnya. Nek Su tidak pernah mengambil kesempatan ke atas Mama dan Acu. Segala yang dilakukannya ikhlas sekali. Tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan apatah wang ringgit. Begitu banyak jasa dan budi yang Nek Su curahkan, namun satu kesilapannya itulah yang menjadi ukuran mereka. Siapalah mereka untuk menghukum? Apakah mereka semua itu sempurna? Apakah hidup Acu sendiri sudah sempurna? Sehingga kini Acu masih tidak berkeluarga. Pernahkah Acu terfikir siapa yang akan menjaganya nanti? Pernahkah Acu terfikir bahawa nasib Acu mungkin akan sama dengan Nek Su. Menghabiskan sisa hidup di rumah penjagaan dan bukan bersama keluarga. Pernahkah Acu terfikir?

74

BAB 14

Entah mengapa tiba-tiba saja Alisa teringatkan Mak Su. Dia tahu Mak Su baru saja menyambut hari ulang tahunnya beberapa minggu lalu. Walaupun Alisa tidak pergi melawat Mak Su semasa hari lahirnya, ingatannya pada Mak Su tetap kuat. Manakan tidak, Alisa merupakan anak saudara yang amat disayangi oleh Mak Su. Memang Mak Su sayang pada semua anak buahnya namun Alisa tahu dia adalah di antara “favourite” Mak Su. Sedari kecil, Mak Su amat memanjakan Alisa sehinggakan anak buah yang lain mengatakan yang Alisa selalu mengada-ngada dan melampau. Tetapi Mak Su tidak peduli. Kalau Mak Su sudah sayang, dia akan tetap pertahankan walau apa yang berlaku. Boleh dikatakan banyak budi dan jasa Mak Su kepadanya. Segala keinginan Alisa akan cuba di tunaikan sedaya upaya. Pantang ada duit sedikit, ada sajalah yang dibelikan oleh Mak Su kepadanya. Lagi satu, kalau Mak Su berjanji, dia akan tunaikan, walaupun lambat. Dia akan mencari jalan untuk memenuhi kehendak Alisa. Paling diingatinya, Mak Su lah yang bertungkus lumus mengajarnya membaca.Begitu

75

banyak buku yang dibelinya, begitu banyak masa yang diluangkan untuk mengajar Alisa membaca. Alisa masih ingat semasa di sekolah rendah, memang dia lambat membaca. Kalau tidak kerana Mak Su, entahlah. Mungkin dia tidak boleh berjaya ke peringkat ini. Kini, bukan Alisa tidak ingat semua itu. Bukan Alisa lupa. Cuma, masa dan keadaan tidak mengizinkan. Dia masih belajar di tahun akhir, mengambil jurusan Pengurusan Hospitaliti, dengan biasiswa dari sebuah Yayasan di Kedah. Kesibukan menghadapi pelajaran telah menghalangnya daripada selalu melawat Mak Su. Adikberadiknya yang lain, apatah lagi. Masing-masing sudah berkeluarga dan sibuk dengan hal masing-masing. Fikirannya tiba-tiba melayang pula kepada Imsyar. Entah bagaimana rupa Boboy sekarang. Kalau dulu, dia amat cemburu apabila Mak Su melayan Boboy. Dia takut Mak Su sayangkan Boboy lebih daripadanya. Alisa tersenyum mengenangkan kenakalannya dulu. Entah berapa kali dia bergaduh dengan Boboy berebutkan Mak Su, sebenarnya Mak Su seorang yang penyayang. Dia amat suka kanak-kanak dan rajin melayan karenah mereka. Sebagai kanak-kanak dulu, Alisa mahu sepenuh perhatian Mak Su kepadanya. Kalau diikutkan Boboy itu adalah anak saudara sepupu dengan Alisa. Beza umur mereka hanya dua bulan tetapi memandangkan Alisa dilahirkan pada bulan Disember dan Boboy pada bulan Februari tahun berikutnya,

76

maka jadilah umur Alisa lebih setahun daripada Boboy. Seingat Alisa, Boboy berkulit sawo matang, berambut lurus dan matanya agak bulat debgan lesung pipit di pipinya. Entah bagaimana rupa wajahnya sekarang ini. “Eh! Kenapa aku teringatkan Boboy pula?” Terdetik di hati Alisa sebaik saja dia tersedar daripada lamunan. Alisa tersenyum lagi. Entah mengapa tiba-tiba saja dia teringin untuk berjumpa dengan Boboy. Sudah terlalu lama mereka terpisah. Hari itu semasa Alisa menelefon, ternyata Boboy sudah hampir lupa siapa dia,tetapi selepas diingatkan mereka sama-sama ketawa. Mungkin masingmasing masih ingatkan kenakalan mereka dulu. Alisa menjadi orang tengah apabila siapa pun tidak mahu menghubungi Boboy mengenai Mak Su. Nasib baiklah salah seorang anak Mak Ngah telah memberikan nombor telefon Boboy kepadanya.

“Assalammualaikum! Hello Alisa…ini Imsyar, err… Boboy. Ingat lagi tak?” Seperti diseru-seru, tiba-tiba saja Boboy menelefon Alisa. “ Waalaikumsalam…Err…Owh Boboy…mestilah ingat. Kenapa? Mak Su ada masalahkah?” Terdengar suara Alisa sepeti risau.

77

“Tak..tak adalah, saja telefon. Alisa dekat mana sekarang ini?” Tanya Boboy. “Still dekat kampus. Err,,,Alisa di USM. “ jawab Alisa. “Owh di Penang. Boboy di Kuala Lumpur. Boleh tak kalau kita jumpa? Lama sungguh kan?” Ujar Boboy sambil bertanya. Alisa diam sebentar. “Boboy hendak datang sinikah? Bila?” Tanya Alisa pula. “Nanti Boboy akan beritahu. Okay ?” Ujar Boboy menamatkan perbualan. Ada sesuatu di dalam fikiran Boboy. Ada sesuatu yang dirancang oleh Boboy. Dia ingin merapatkan kembali hubungan keluarga mereka. Itulah tanggungjawab yang dipikulnya sekarang. Misinya adalah untuk merapatkan kembali hubungan keluarganya yang telah rosak. Cukuplah perselisihan faham selama ini. Sudah terlalu lama. Malah hampir kesemua yang tua sudah tiada. Hanya tinggal Nek Su, itu pun entah berapa lama lagi. Tiada siapa yang tahu.

Setelah mendapat restu dari Mamanya, Boboy pergi untuk berjumpa dengan Alisa. Seperti yang dijanjikan, Alisa akan menunggunya di stesen keratapi di Butterworth. Sepanjang perjalanan hampir empat jam itu, Boboy cuba membayangkan rupa Alisa. Dia mesti cantik. Dari dulu lagi,

78

Alisa memang comel. Badannya dulu pun kecil sahaja jika dibandingkan dengan Boboy. Paling diingatkan adalah kegarangan Alisa. Pantang silap sedikit , dapatlah habuan darinya. Garang sungguh Alisa semasa kecil dan cemburu juga. Setibanya dia di stesen keretapi, mata Boboy liar mencari kelibat Alisa. Kata Alisa dia akan memakai t-shirt USM berwarna biru, Boboy menyeluk poket seluarnya untuk mengambil telefon. “Imsyar? Ini Boboy ke?” Tiba-tiba dia suara dari belakang memanggil namanya. Dia berpaling, Di depannya ada seorang gadis berbadan kecil dan berkulit putih gebu, cantik bertudung putih. “Alisa? Err… Onet?” Tanya Boboy sambil ketawa. Onet adalah panggilan manja Alisa dulu kerana semasa kanak-kanak Alisa memang kecik orangnya. Tibatiba saja terpacul daripada mulut Boboy. Muka Alisa berubah sedikit, tetapi dia tersenyum kemudiannya. “Iya…Onet… sekarang bukan Onet dah tahu!” Ujar Alisa sambil mencekak pinggangnya. Mereka ketawa. Ada keserasian di antara mereka. Sepanjang perjalanan ke Pulau Pinang masing-masing sibuk bertanyakan khabar dan bercerita. Daripada Alisa, Boboy mendapat tahu bahawa Tok Man telah meninggal dunia lebih kurang sepuluh tahun dulu. Selepas daripada itu,

79

memang Nek Su yang banyak membantu mereka. Walaupun pada ketika itu, Nek Su mempunyai masalah penglihatan. Menurut Alisa lagi, kedudukan kewangan Nek Su ketika itu semakin baik. Ada kawan yang membantunya dengan memberi modal untuk melabur, memandangkan Nek Su sudah tidak boleh bekerja lagi. Bila diajukan pertanyaan bagaimana Nek Su boleh terlantar di rumah penjagaan, Alisa menjawab. “Itu pesanan Nek Su sendiri. Dia tahu semua orang sibuk dengan urusan masing-masing. Nek Su tidak mahu menyusahkan sesiapa.” “Owh begitu…” Ujar Boboy. “Kalau Boboy nak tahu, setahun selepas kami berpindah, Nek Su telah keluar dari rumah kami dan tinggal seorang. Memang Nek Su lebih selesa begitu.” Sambung Alisa. “Bukankah masa itu, mata Nek Su sudah bermasalah?” Boboy menyoal lagi. “Iya…Sebenarnya Nek Su terasa hati dengan Bapa dan Mama. Mereka seperti meyalahkan Nek Su atas segala yang berlaku. Bapa dan Mama amat berharap untuk terus tinggal di rumah lama itu.” Terang Alisa. “Tetapi kenapa Tok Man tidak mempunyai rumah sendiri? Sebagai lelaki pasti Tok Man inginkan rumah sendiri bukan hanya mengharapkan rumah lama itu.” Ujar Boboy, ada rasa tidak puas hati. “Entahlah Boboy. Alisa tidak tahu. Yang pasti Nek Su keluar hidup sendiri kerana dia rasa lebih tenang. Selama

80

ini dia berkorban untuk membetulkan kesilapannya, tetapi tiada siapa yang peduli. Seribu kebaikan dia tidak dapat memadamkan satu kesilapan.” Jawab Alisa, tenang. Itulah hakikatnya, walau beribu kebaikan yang ditaburkan, hanya kesilapan saja yang menjadi ukuran. Sekarang dia faham kenapa Nek su jadi begitu. Mungkin Nek Su sudah berputus asa untuk bersama dengan keluarga sendiri. Nek Su lebih selesa bersama dengan orang asing. Mungkin itu lebih menenangkan hidupnya. Apalah lagi yang diharapkan selain daripada ketenangan.

81

BAB 15

Ada suatu kelainan yang dirasainya selepas bertemu dengan Alisa. Walaupun hanya sekejap, wajah Alisa melekat dalam ingatan Boboy. Tidak dapat dinafikan, Alisa memang cantik. Kecil dan cantik! Boboy tersenyum mengingatkan nama Onet. Memang sekarang bukan Onet lagi, tetapi kecil molek. Putih gebu. Sambil tesenyum, Boboy membuka emelnya. Sudah beberapa hari dia tidak membaca emel daripada Nek Su. Entah apa pula cerita Nek Su kali ini. “Salam Boboy Dearest, Nek Su harap Boboy tidak jemu membaca emel daripada Nek Su ini. Masih banyak lagi yang perlu Boboy tahu.Biarlah emel-emel ini menjadi bukti bahawa Nek Su tidak pernah melupakan Boboy. Nek Su tetap sayangkan Boboy. Apa yang Nek Su ceritakan selama ini adalah apa yang Nek Su alami. My side of the story. Terpulang kepada Boboy untuk menilainya. Kali ini Nek Su akan ceritakan hari di mana Nek Su kehilangan tunggak di dalam keluarga kita. Selepas pemergian Tok Ma dan Tok Pa Boboy, bapa Nek Su pula menyusul. Ketika itu bapa Nek Su sudah tua. Satu malam

82

dia batuk darah. Kami kejarkan dia ke hospital. Tiada apa yang boleh dilakukan kerana penyakit tua itu. Petang esoknya, dia menghembuskan nafasnya yang terakhir, Tiga tahun berturut-turut Nek Su kehilangan seorang demi seorang ahli keluarga. Mula daripada Tok Ma, kemudian Tok Pa dan kini bapa Nek Su, moyang Boboy, Semasa Boboy dilahirkan, dia dan emak Nek Su masih ada, cuma ketika itu, emah Nek Su sudah nyanyuk. Sepuluh bulan selepas Boboy lahir, bapa Nek Su pergi. Arwah amat bangga sekali dengan kehadiran Boboy. Cicitnya yang pertama, lelaki pula. Sebenarnya kami semua berbangga dengan kelahiran Boboy. Cuma yang sedih Tok Pa dan Tok Ma Boboy tidak dapat menatap wajah Boboy. Mereka pergi dulu. Boboy, Selepas pemergian bapa Nek Su, maka mulalah cakap-cakap untuk menyuruh kami keluar dari rumah itu. Nek Su tahu, Mama cuba pertahankan rumah itu sedaya upaya. Janji kami, biarlah sehingga emak Nek Su pergi. Mama hanya dapat bertahan selama tiga tahun saja. Dan ketika itu kami sememangnya tidak mampu untuk berbuat aoa lagi. Memang resam dunia, yang berada, yang berharta lebih berkuasa. Namun Boboy perlu tahu, apa yang paling menyakitkan Nek Su. Sikap Mama dan Acu yang senyap dan tidak memberi tahu apa-apa kepada kami. Mama dan Acu seolah-olah tidak pedulikan kami lagi. Itulah yang paling

83

menyedihkan. Anak saudara Nek Su sendiri berpaling tadah. Begitulah akhirnya, kami ditemukan di pejabat peguam pada hari kematian emak Nek Su. Untuk pengetahuan Boboy, buat masa ini, Nek Su sudah tidak tinggal bersama Tok Man dan keluarganya. Nek su terasa hati dengan Tok Man dan isterinya. Mereka seolah-olah menyalahkan Nek Su atas segala yang berlaku. Padahal mereka juga tidak kurang salahnya. Bukan Nek Su ingin menegakkan benang yang basah. Tetapi Nek Su kecewa apabila dikatakan menyusahkan padahal selama ini Nek Su bertungkus lumus membantu mereka. Sehingga tergamak mereka menyuruh Nek Su mencari tempat tinggal lain. Dengan bantuan kawan-kawan, Nek Su telah memulakan hidup baru dengan menyewa rumah agak jauh dari mereka. Walaupun terluka, Nek Su masih lagi mengunjungi mereka kerana sayangkan anak-anaknya terutama Jihan dan Alisa. Boboy pasti ingatkann Alisa. Kami memanggilnya Onet. Dia selalu cemburukan Nek Su dengan Boboy. Selalu dia mengawal Nek Su jika kita bersama. Pernah juga dia bertanyakan Nek Su, kenapa Mama Boboy menghalau kami keluar dari rumah itu. Nek Su hanya menjawab, itu rumah mereka. Mereka boleh buat apa saja. Paling sedih, dia pernah berkata, itulah Mak Su sayangkan sangat Boboy, tetapi Boboy tak sayangkan Mak Su langsung. Itulah tamparan yang hebat bagi Nek Su.

84

Seolah-olah sia-sia saja Nek Su menyayangi Boboy. Tetapi bila dia semakin dewasa, akhirnya dia faham apa sebenarnya yang berlaku. Boboy, Nek Su rasa setakat ini sajalah buat kali ni. Urat mata Nek Su sudah pecah lagi. Nek Su dapat lihat gumpalan darah yang kecil seperti berenang-renang di dalam mata Nek Su. Till then” Nampaknya keadaan mata Nek Su semakin membimbangkan. Kasihan Nek Su, dalam keadaan penglihatannya yang semakin teruk, dia memilih untuk tinggal berasingan, bersendirian. Mungkin itu lebih baik dirinya. Mungkin Nek Su lebih tenang begitu. Setelah apa yang dilalui oleh Nek Su, mungkin Nek Su hanya inginkan ketenangan pada sisa hidupnya. Boboy kembali tersenyum apabila mengingatkan Onet yang Nek Su sebut di dalam emelnya. Ah! Si Onet sekarang ini sudah jadi Si Genit. Ada sesuatu yang dirasai oleh Boboy, Entah apa, dia tidak pasti. Dia mencapai telefon dan mencari nombor Alisa.

Entah mengapa hati Alisa melonjak gembira apabila melihat nama Boboy tertera di skrin telefon semasa ia berbunyi. Seperti ada suatu tarikan magnet dengan nama itu. Entah mengapa tiba-tiba saja.

85

Assalammualaikum Onet…errr….Alisa…” Terdengar suara Boboy. “Waalaikumsalam…” Jawab Alisa. Diam seketika. “Err…Alisa sibuk ke?” Soal Boboy. “Tak sangat. Nak habiskan assignment ni…” Balas Alisa. “Hujung minggu nanti ada plan tak?” Umpan Boboy. “Entah. Buat masa sekarang belum ada lagi, Kenapa?” Alisa menyoal pula. “Owh Ok. Boboy ingat nak pergi tengok Nek Su. Jom ikut.” Ajak Boboy. Alisa diam sebentar. Kalau diikutkan memang agak lama juga dia tidak menjenguk Mak Sunya itu. “Hmm…boleh tak?” Terdengar suara Boboy bertanya lagi. “Okay, Boleh rasanya. Tapi macam mana nak pergi. Alisa bukan ada kereta.” Ujar Alisa pula. “Owh yang itu jangan risau. Tanggung beres.” Pantas saja Boboy menjawab. Alisa tersenyum. Kalaulah Mak Su tahu dia telah berjumpa dan berbaik dengan Boboy pasti Mak Su gembira. Kedua-duanya adalah kesayangan Maksu. Seorang anak saudara dan seorang lagi cucu saudaranya. Ikatan darah, tidak akan kemana. Walaupun rapuh, ia akan tetap bertaut kembali bila tiba masanya.

86

Alisa mengingati kembali saat-saat mereka bersama sewaktu kecil dulu. Dia tersenyum. Kalaulah boleh diputar kembali waktu…,

87

BAB 16

Emira agak risau melihat gelagat anak terunanya, Imsyar. Manakan tidak, sejak pulang dari Pulau Pinang tempoh hari, kelakuannya agak berlainan. Wajah dan tingkah lakunya lebih ceria daripada biasa. Entah mengapa. Emira tidak dapat meneka. Namun jauh di sudut hati, ada sesuatu yang terdetik. Alisa! “Mama, hujung minggu nanti Syar nak berjumpa Nek Su boleh?” Terdengar suara Boboy bertanya. “Kerap sungguh Syar ke san. Ada apa-apa ke yang Mama perlu tahu?” Ujar Emira cuba memancing isi fikiran Imsyar. “Tak ada apalah Mama...Sajalah nak berjumpa Nek Su. Selagi dia masih ada.” Jawab Boboy Emira diam. “Mama…bolehkan. Tapi kalau boleh Syar nak drive ke sana, bolehkan Ma…” Pinta Boboy mengharap. “Nak bawak kereta? Eh! Kenapa pula? Naik bas atau tren kan senang. Lagipun Syar seorang sajakan?” Emira agak hairan dengan permintaan anak terunanya itu. Boboy diam sebentar. Ada kegusaran di wajahnya.

88

“Sebenarnya Ma…Syar nak bawa Alisa pergi sama. Dia pun lama tak pergi jumpa Nek Su.” “Aha! Mama dah agak! Dari hari Syar balik Mama tengok Syar dah lain. Ada apa Syar?” Naluri keibuannya tidak salah. Boboy tersenyum. “Apa pula Mama ini. Mana ada apa-apa.Kebetulan Syar pergi hari itu, Alisa bagi tahu lama dia tak berjumpa dengan Nek Su.Tak salahkan Mama…?” Terang Boboy dengan penuh semangat. “Nampaknya Syar benar-benar ingin merapatkan kembali keluarga kita ini.” Ujar Emira, tersenyum, “Okay, Mama izinkan,Tapi nanti bagi tahu Abah yer.” Sambung Emira. Wajah Boboy bercahaya kegembiraan. Emira tahu, Boboy benar-benar ingin merapatkan kembali tali kekeluargaan yang telah lama putus. Nampaknya, emelemel Mak Su telah mempengaruhi anak terunanya itu. Alisa! Lama dia tidak berjumpa dengan Si Onet.itu. Emira tersenyum bila mengingatkan nama timangan Alisa duludulu. Namun sekarang Alisa sudah cantik. Itu tidak dapat dinafikan lagi, daripada foto-foto yang ditunjukkan oleh Imsyar.

Entah mengapa Alisa terasa berdebar-debar menanti kedatangan Boboy kali ini. Sejak daripada pertemuan mereka kali pertama tempoh hari, tidak dapat

89

dinafikan ingatannya selalu melayang kepasa Boboy. Ada keterujaan setiap kali dia teringatkan wajah Boboy. Budak lelaki yang dulunya menjadi mangsa buli dirinya. kini sudah dewasa. Sudah menjadi seorang pemuda yang kacak dan macho. Dia juga teruja untuk menemui Mak Su yang sudah agak lama tidak dikunjungi. Memang tidak dapat dinafikan, dia amat sibuk dengan pengajiannya di tahun akhir. Apatah lagi, dia tidak mempunyai kenderaan yang dapat memudahkan dia bergerak. Tidak seperti kawan-kawannya yang lain. Tiada apa yang perlu disesalkan. Alisa menerima kenyataan bahawa kedua orang tuanya tidak membuat apaapa persediaan dari segi kewangan untuk mereka. Sejak dari awal dia menjejakkan kakinya ke kampus ini, kakaknya, Kak Tin yang menanggung segala perbelanjaannya juga dengan bantuan biasiswa pelajaran. Dia perlu berusaha untuk mencapai kejayaan buat dirinya sendiri. Tekad azamnya untuk lulus dengan cemerlang dan kemudiannya mendapatkan pekerjaan. Oleh kerana itu jugalah, dia menahan dirinya daripada tersasar dari landasan asal untuk mencari ilmu. Dia tidak pedulikan mana-mana lelaki yang cuba untuk menambat hatinya. Mungkin hatinya belum terbuka lagi. Mungkin kerana dia terlalu fokus di dalam pelajarannya. Yang penting dia ingin menggenggam segulung ijazah yang bernilai. Bukan sekadar hanya lulus sahaja.

90

Dia masih ingatkan pesanan Mak Sunya dulu. Buatlah apa saja dengan bersungguh-sungguh, pasti akan dapat merasa nikmatnya. Mak Su juga selalu berpesan, pilihlah kawan yang baik, yang jujur dan ikhlas seperti sahabat-sahabat Mak Su. Jangan takut hilang kawan kalau kawan itu membawa mudarat. Satu lagi pesanan Mak Su yang selalu dia ingat, jangan sekali-kali mencuba bahan larangan seperti dadah. Never! Tegas Mak Su. Paling akhir Mak Su berpesan, jangan lupa solat. Kalau tidak, bila tua barulah kita rasa kerugiannya. Alisa tahu, Mak Su bercakap dari pengalaman hidupnya. Sebenarnya Mak Su rajin bercerita. Banyak cerita Mak Su yang lucu. Cerita kenakalannya semasa di sekolah, di kampus sehinggalah dia bekerja. Banyak juga cerita sedih Mak Su, namun tidak diceritakan. Hanya air mata menjadi pengubatnya. Terasa berdosa juga apabila dia membiarkan Mak Su di rumah penjagaan itu. Dialah yang mendaftar dan membawa Mak Su ke rumah penjagaan itu lebih kurang tiga tahun lalu. Ketika itu, Kak Tin telah mengambil keputusan untuk mengikut suaminya yang bekerja di Jordan. Jadi tiada siapa yang akan menguruskan Mak Su. Dalam terpaksa, dalam sedih, Alisa telah membawa Mak Su ke situ. Mak Su faham dengan apa yang berlaku, dia redha. Itu katanya. Malah dari mula lagi Mak Su tahu dan sedar kemungkinan dia akan berakhir di rumah penjagaan. Oleh kerana itulah, dia bersama dengan seorang sahabatnya telah mengasaskan

91

Rumah Penjagaan tersebut. Ternyata Mak Su telah membuat persediaan untuk hari tuanya. Bunyi telefon mengejutkan Alisa dari kenangan. Ada mesej daripada Boboy. “Onet, Boboy dah sampai.” Ringkas saja. “Huh!” Alisa mendengus. Dia tidak gemar dipanggil Onet lagi, tapi masih tersenyum. Alisa terus bangun sambil mencapai begnya dan turun ke bawah. Kelihatan Boboy bersandar menantinya dekat sebuah kereta berwarna hitam. Entah mengapa hatinya berdebar melihat ketampanan Boboy yang berkaca mata hitam itu. Aduh! Hatinya terpaut!

92

BAB 17

Nek Su terjaga dari tidurnya, petang itu apabila tangannya diusap oleh Alisa. Dia membuka matanya perlahan. Walaupun dengan hanya bayangan kabur yang dilihatnya, dia seperti tahu siapa disisinya. “Alisa?” Tanya Nek Su meminta kepastian. “Ya Mak Su. Alisa datang, maaf lama Alisa tidak melawat Mak Su.” Jawab Alisa tesraa bersalah. Nek Su hanya senyum sambil mengangukkan kepalanya sedikit. “Boboy ke?” Tanya Nek Su lagi. Ternyata walaupun penglihatan Nek su terbatas, dia dapat mengenali orang di sekelilingnya. “Ya Nek Su. Err….macam mana Nek Su tahu?” Tanya Boboy hairan. “Bau, wangi.” Jawab Nek Su pendek. Fahamlah Boboy yang Nek Su menggunakan derianya yang lain untuk mengenali dirinya. Nek Su kelihatan gembira dengan kedatangan mereka berdua.

93

Seperti ada suntikan semangat ke dalam dirinya apabila melihat Boboy dan Alisa bersama. “Baca emel?” Tanya Nek Su pula. “Ya Nek Su…Boboy dah baca. Tapi belum habis. Terima kasih Nek Su kerana ingatkan Boboy.” Jawab Boboy, ada kesayuan di dalam nadanya. “Emel? Emel apa Boboy?” Alisa bertanya. “Emel untuk Boboy yang Nek Su kirimkan dulu. Alisa ingat tak surat yang dalam genggaman Nek Su tempoh hari? Dalam surat itu ada alamat emel Boboy yang Nek Su buat khas.” Ujar Boboy. Sebelum ini dia tidak berkesempatan untuk memberitahu Alisa mengnai emel dan kandungannya itu. “Nanti Boboy bagi Alisa baca.” Sambung Boboy. Nek Su menggapai tangannya mencari sesuatu. Alisa terus memegang tangannya dan mengusap lembut. “Kenapa Mak Su?” Tanya Alisa, terasa tangannya digenggam sedikit oleh Nek Su. “Boboy…” Jawab Nek Su menggapai tangannya yang lagi satu, tanpa melepaskan tangan Alisa Boboy terus menyambut tangan Nek Su yang sebelah lagi. Nek Su menggenggam kedua-dua tangan mereka. Perlahan-lahan Nek Su mendekatkan kedua-dua tangan mereka sehingga bertindan. “Bagus…jangan berpisah lagi.” Ujar Nek Su lemah sambil tersenyum sedikit.

94

Nek Su kembali terlelap, tangan Alisa dan Boboy masih bertindan. Sehinggalah Alisa tersedar dan menarik tangannya kembali. Dia tunduk malu. Boboy hanya tersenyum.

Ada sesuatu yang cuba disampaikan oleh Nek Su. Boboy cuba meneka, apakah Nek Su mahu melihat mereka bersatu? Atau Nek Su hanya ingin melihat mereka berbaik semula? Boboy tidak mempunyai masalah. Namun di antara kedua, Boboy lebih memilih untuk bersatu! Tidak salahkan sekiranya mereka berdua”bersatu” di dalam satu ikatan. Boboy kemudiannya merenung Alisa. Tajam. Ketika itu Alisa sibuk membetulkan bantal serta selimut Nek Su. Boboy mencuri pandang. Memang sah, hatinya sudah diketuk. Aduh! Mau terbalik dunia kalau mereka dibenarkan bersatu. Kalau diikutkan tiada halangan daripada sudut agama, Dia adalah anak saudara sepupu dengan Alisa. Cuma halangannya adalah daripada keluarga mereka. Keluarga mereka telah jauh dipisahkan kerana perselisihan faham. Ah! Macam Romeo and Juliet pula! Tiba-tiba sahaja Alisa berpaling dan memandang Boboy. Mungkin dia terasa ada mata yang merenungnya. Kedua-dua mata mereka bertemu. Diam seketika. Ada debar di dada Boboy. Seketika cuma. Alisa kemudiannya

95

memalingkan wajahnya ke arah Nek Su yang sedang nyenyak tidur. “Ok. Siap. Rasanya lebih baik kita biarkan Mak Su berehat. Mungkin dia letih.” Ujar Alisa sambil mengusap dan mengucup dahi Nek Su. Boboy hanya mengangukkan kepalanya. Dia menghampiri Nek Su dan mengambil tangan Nek Su dan mengucupnya. Dia menahan sebak di dadanya.Entah mengapa, setiap kali dia melawat Nek Su, dia pasti merasa hiba melihat keadaan Nek Su yang terlantar bersendirian. Tapi dia tahu, dari dulu Nek Su memang hidup sendiri. Dalam hatinya, dia berdoa agar Nek Su dipanjangkan umur supaya dia dapat membawa Nek Su balik ke rumah mereka. “So… kemana kita?” tanya Boboy sebaik sahaja mereka berada di dalam kereta. “Entah, Ikut Boboylah…” Jawab Alisa.

Boboy hanya senyum. Dia tahu kemana hendak dibawa Alisa. Dia memandu ke arah rumah lama itu. Entah mengapa, dia ingin Alisa melihat rumah itu. Tidak dapat dinafikan, banyak kenangan mereka disitu. Rumah itulah akar keturunan mereka. Runah itu juga banyak menyaksikan kisah suka dan duka keluarga mereka. Rumah itu sepatutnya sudah menjadi rumah pusaka keluarga mereka. “Ini bukankah jalan ke rumah dulu?” Tanya Alisa semasa Boboy membelok ke arah jalan ke rumah itu.

96

“Ya…Saja Boboy nak Alisa tengok. Mana tahu suatu hari nanti kita boleh balik ke sini. Jawab Boboy mengharap. “Mimpilah Boboy ni. Mana mampu nak beli rumah ini sekarang.” Kata Alisa. “Kuasa Allah, siapa tahu…satu hari nanti kita…”Dibiarkan saja ayat itu. Alisa berpaling merenung wajah Boboy. Dibiarkan saja Alisa begitu. “Ok. Dah sampai. Tengoklah apa yang terjadi. Rumah ini tak terjaga. Mereka sebenarnya tidak memerlukan rumah ini. Tetapi…itulah manusia. Tamak dan tidak berperikemanusian.” Ujar Boboy, kesal. :Hmm… Keluarga Boboylah tu…” Kata-kata Alisa menikam perasaan Boboy. Namun dia tenang. Dia tidak salahkan Alisa bila berkata begitu. Dia tidak boleh cepat melenting kerana masih banyak lagi cabaran yang menanti. Masih banyak lagi celaan dan kata-kata yang lebih kesat akan diterimanya. Masih jauh lagi perjalanan ini. “Ya... Tapi Boboy bukan begitu. I am on your side. Percayalah.” Balas Boboy perlahan. “We’ll see…” Ujar Alisa sambil mengenyitkan matanya.

97

BAB 18

Berjuraian airmata Alisa ketika membaca beberapa emel untuk Boboy. Baru dia tahu apa sebenarnya yang berlaku. Selama ini dia tidak pasti dengan perkara yang sebenar. Ada yang mengatakan Mak Su yang bersalah. Ada yang mengatakan Mak Su banyak melakukan penipuan. Kini, walau apapun yang telah berlaku, Alisa akur. Mak Su telah mendapat balasannya. Segalanya sudah tidak bererti lagi. It doesn’tt matter anymore. “Nah…ambil ini.” Kata Boboy sanbil meghulurkan tisu. “Maaf! Alisa tak tahan. Sedih sangat.” Ujar Alisa, mengelapkan airmatanya, Boboy senyum. “ Ai….bukan ke Si Onet ni paling garang. Boboy pun kena buli.”Katanya mengusik. Alisa tertawa kecil sambil mengelapkan lagi wajahnya yang penuh dengan airmata. “Alaa...itu dulu…Boboy ni suka ingat yang lamalama.” Alisa bersuara manja. “Kerana yang lamalah kita bertemu kembali.” Ujar Boboy, tenang. “Ada lagikah emel untuk Boboy ni?” Tanya Alisa.

98

“ Ada banyak lagi. Yang ini saja yang Boboy sempat baca dan cetak.” Jawab Boboy. “Mak Su memang suka menulis dari dulu lagi. Tapi tak ada siapapun di dalam keluarga kita yang menghargai bakatnya. Mereka hanya nampak kesilapan dia saja. Padahal dia telah berusaha sedaya upaya untuk membetulkan kesilapannya.” Ujar Alisa, masih bernada sedih. “Sudahlah…semua itu dah berlalu. Yang penting kita kena dekatkan kembali keluarga kita. Satukan kembali keluarga kita.” Seperti ada maksud lain di dalam kata-kata Boboy. “Entahlah…Alisa merasa bersalah apabila terpaksa membiarkan Mak Su di sana…” Ujar Alisa masih sebak. Boboy hanya diam. Tiba-tiba Alisa terasa ada tangan yang mengusap pipinya, lembut. Dia mengangkat wajahnya, hanya Boboy disitu. Hatinya tersentuh. Alisa tunduk malu. Boboy memegang tangan Alisa sambil mengajaknya bangun. Tanpa berkata apa-apa, Alisa hanya menurut sahaja. Ah! Fikirannya menjadi celaru. Apakah Boboy hanya bersimpati atau… Boboy kemudiannya menghantar Alisa pulang ke kampusnya di Pulau Pinang, Ada kesayuan di hati mereka semasa berpisah. Alisa hanya tersenyum apabila Boboy berjanji bahawa mereka akan bertemu lagi. Secepat mungkin katanya. Alisa agak terkejut apabbila Boboy menyatakan hasratnya untuk membawa dia bertemu dengan Mamanya, Emira. Ada kerisauan yang hinggap di fikiran

99

Alisa. Mahukah Kak Emira bertemu dengannya? Dapatkah Kak Emira menerima dirinya?

Sekembalinya Boboy ke rumah, dia mendapati kesemua ahli keluarganya sedang berkumpul untuk makan malam. Acupun ada bersama mereka. Terdetik di dalam hatinya, seperti ada sesuatu yang tidak kena. Ah?! Kenapa pula dia mesti risau. Seingat dia, tidak ada apa kesalahan yang dia telah lakukannya. “Assalamualaikum…wah dah berkumpul semua.” Ujar Boboy sambil mencium tangan Mamanya. “Waalaikumsalam…Haa… tepat pada masanya. Marilah makan Syar.” Kata Emira terus meyendukkan nasi untuk anak kesayangannya. “Seronok nampak…” Ujar Acunya, sinis. Boboy hanya diam. Dia tidak mahu keadaan menjadi keruh, terutamanya semasa menghadap rezeki. Dia kenal benar dengan Acunya itu. Boboy terus menyuapkan nasi ke mulutnya. “Aik! Senyap ja…Dah tersampuk hantu Nek Su agaknya!” Acunya bersuara, masih tidak puas hati. “Sudahlah”, ikutkan hati mahu saja dia menjawab, “makanlah...” Abahnya pula bersuara, cuba nenenangkan keaadaan. Boboy hanya menjeling Acunya, Kalau diikutkan hati, mahu saja dia menjawab. Mahu saja dia memarahi

100

Acunya. Tidak patut Acunya berkata begitu. Sudah hilangkah rasa hormatnya kepada yang tua? Apakah Acu lupa bahawa dia juga akan tua nanti? Kalau dia sendiri tidak menghormati Nek Su, Boboy juga boleh hilang rasa hormatnya juga. Lalu makan malam mereka itu menjadi hambar. Boboy cepat-cepat menghabiskan makanannya dan terus beredar. Masih ada rasa hormat kepada Acunya itu. Memandangkan dia hanya akan terperap di dalam biliknya malam itu, Boboy melayari internet. Dia membuka emelnya, seperti biasa Boboy mencari emel dari Nek Su kepadanya. “Boboy sayang… Lama juga Nek Su tidak menulis. Mata Nek Su semakin parah. Nek Su baru lepas membuat rawatan laser. Tidak banyak yang berubah Boboy. Semuanya hanyalah dapat melambatkan proses kebutaan, tetapi tidak dapat menyembuhkan. Hanya Allah saja yang tahu, betapa sedihnya hati Nek Su ketika ini. Kemungkinan besar Nek Su tidak dapat melihat Boboy lagi. Walau apapun, Nek Su berdoa agar Nek Su dapat menghabiskan emel-emel untuk Boboy ini. Masih banyak lagi yang ingin Nek Su ceritakan kepada Boboy. Kali ini Nek Su ingin menceritakan mengenai kehidupan Nek Su selepas tidak tinggal di rumah Tok Man lagi. Sebelum itu, Nek Su ingin ingatkan Boboy, dalam hidup kita jangan takut untuk membantu dan menolong sesiapa sahaja. Jangan dikira pangkat atau darjat bila

101

ingin membantu. Jangan pula dikira apa untungnya membantu seseorang kerana Allah adalah sebaik-baiknya pemberi ganjaran.Bukan Nek Su ingin memuji diri sendiri, tetapi inilah hakikat kehidupan. Semasa Nek Su tinggal bersendirian, ramai sahabat yang membantu Nek Su. Allah telah meringankan beban Nek Su. Nek Su memang punya ramai sahabat yang sanggup bersusah payah membantu Nek Su. Allah sentiasa memudahkan urusan Nek Su semasa Nek Su hidup bersendirian. Ada saja bantuan yang datang apabila Nek Su dalam kesusahan. Nek Su telah ditempatkan dengan jiran yang amat prihatin dengan keadaan Nek Su. Hampir setia hari mereka menjamu Nek Su. Apa saja yang mereka makan, itulah juga yang diberikan kepada Nek Su. Hanya Allah saja yang dapat membalas budi mereka. Syukur kepada Allah kerana menempatkan Nek Su di sini dan dipertemukan dengan mereka. Mungkin juga Allah telah membalas segala bantuan Nek Su kepada yang memerlukan selama ini. Tidak perlu rasanya Nek Su menceritakan satu persatu bantuan yang Nek Su hulurkan, Hanya mereka saja yang tahu sehingga tahap manakah Nek Su sanggup memghulurkan bantuan. Sahabat-sahabat Nek Su ada yang menghulrkan bantuan dalam pelbagai bentuk. Syukur. Alhamdulillah!”

102

BAB 19

“Boboy Dearest, Rindu rasanya untuk menatap wajah Boboy. Apa yang Nek Su ingat, rambut Boboy lurus seperti rambut Mama Boboy. Ada lesung pipit di kedua belah pipi Boboy. Owh! Baru Nek Su ingat, Boboy masih mengidap penyakit asmakah? Dari dulu Boboy mengidap penyakit asma. Nek Su masih ingat, ada beberapa kali Nek Su menemani Boboy di hospital kerana diserang penyakit asma yang teruk. Boboy tidak mahu melepaskan Nek Su ke mana pun, walaupun sekejap. Jadi Nek Su menemani Boboy selama di hospital bersama dengan Mama. Kami bergilir menjaga Boboy. You were so attached to me. Tetapi Nek Su tidak dapat menemani Boboy terlalu lama kerana masih bekerja ketika itu. Kalau boleh Nek Su juga ingin meluangkan lebih banyak masa dengan Boboy. Namun apakan daya. Ketika itu juga, ada suarasuara yang melarang Nek Su daripada rapat dengan Boboy.

103

Nek Su tidak peduli, walaupun mereka berkata suatu hari nanti kita akan terpisah. Nek Su hanya tahu yang Nek Su sayangkan Boboy. Nek Su percaya walau apapun yang berlaku, Boboy akan tetap menyayangi Nek Su sebagaimana Nek Su sayangkan Boboy. Tidak pernah terlintas dalam fikiran Nek Su, segalanya akan berakhir begini, Nek Su selalu berdoa agar Boboy sihat dan pulih daripada penyakit tersebut.Setiap kali Nek Su menulis emel kepada Boboy, terubat juga rindu. Seakan Boboy ada bersama semasa Nek Su bercerita. Inilah saja yang dapat Nek Su lakukan untuk merasa dekat dengan Boboy. Hanya Allah saja yang tahu hati ini. Rindu ini. Sekarang Boboy mungkin sudah bersekolah. Pastinya Boboy bijak. Nek Su doakan semoga Boboy berjaya di dunia dan akhirat. Goodnight Boboy.” Boboy membaca dua emel Nek Su sekali gus. Dia tidak bercadang untuk keluar dari biliknya malam itu. Biarlah mama melayan Acu. Cuma kalau boleh dia tidak mahu mereka mengganggunya ketika ini. Biarkan dia berseorangan dengan emel daripada Nek Su. Biarkan dia bersendirian dengan memorinya bersama Nek Su. Tiba-tiba wajah Alisa terlintas di fikirannya. Dia termenung sejenak. Wajarkah apa yang dia rasa? Apakah Alisa

104

mempunyai rasa yang sama? Dia terlelap bersama dengan senyuman manis Alisa.

Pagi itu Boboy bangun dengan bersemangat. Entah apa yang membuatkan dia merasa begitu. Yang dia tahu, cuti semesternya kali ini tidak disia-siakan begitu saja. Ada lebih kurang enam minggu lagi. Walaupun cutinya dengan Alisa lebih kurang sama, Alisa masih di kampus kerana menyiapkan projek tahun akhirnya. Ah!pagi-pagi sudah terkenangkan Si Onet itu. Boboy tersenyum sendirian. Boboy turun untuk bersarapan. Dia sudah lupa dengan perbalahan semalam. Dia sudah lupa dengan sinikal Acunya semalam. Hari ini seperti ada sesuatu yang akan terjadi. Sesuatu yang baik, yang akan membahagiakannya. “Ceria anak Mama pagi ini…” Emira menyapa Boboy. Boboy tersenyum. “Good Morning Maaa…” “Hmmm…makanlah.” Ujar Emira sambil menghulurkan nasi lemak yang dibelinya di pasar awal pagi tadi.

105

“So…apa cerita orang sana?” Tanya Emira, ingin mengetahui apa yang berlaku. Boboy diam sebentar, cuba menghabiskan makanan di dalam mulutnya. “Mama ni, macam tak sabar saja nak dengar cerita. Nanti Bo…Syar terlekat baru tau.” Boboy tersedar dia hampir mebahasakan dirinya Boboy di depan Mamanya. Selama ini dia tidak pernah mebahasakan dirinya Boboy di hadapan Mamanya. Emira hanya terenyum dengan gelagat Boboy. “Alisa apa khabar? Dia belum bercutikah?” Emira menyambung pertanyaannya. Entah mengapa Boboy hampir tersedak mendengar nama Alisa keluar daripada mulut Mamanya. “Err…err…dia sihat Ma. Alisa kirim salam pada semua. Dia sedang habiskan projek tahun akhir. Itu yang dia masih di kampus.” Entah mengapa suaranya menjadi tersekat-sekat ketika menjawab soalan Mamanya. “Ha…elok tu, nanti bila dia habis, bawalah dia ke sini. Mama nak jumpa dia. Lama sungguh Mama tak jumpa dengan Onet tu.” Kata Emira tanpa menghiraukan gelagat Boboy. “Yes Mem…” Pantas saja Boboy menjawab.

106

Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Boboy meyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan telefon yang mendendangkan sebuah lagu lama, Never Thought It Was You. “Hello Encik Imsyar, saya dari Rumah Penjagaan Jitra…” Jantung Boboy berdegup kencang mendegar pemanggil mengenalkan dirinya. “Ya, Saya Imsyar. Ada apa dengan Nek Su saya Encik?” Tanya Boboy tidak sabar. “Oh! Ada berita baik. Kesihatan Nek Su Encik Imsyar semakin pulih dan stabil. Mungkin ada sesuatu yang meransang kesihatannya. Mungkin ada sesuatu yang menggembirakannya. Encik Imsyar boleh membawanya pulang sekiranya mahu. She is now fit to travel.” Lega hati Boboy mnendengar penjelasan dari pemanggil tersebut. “Yessss…. Alhamdulillah!” Ujar Boboy gembira yang teramat sangat. “Ada apa Syar? Seronok sangat nampak?” Tanya Emira kehairanan. Boboy bangun dan memeluk Mamanya. “ Mama…Mama…Nek Su dah stabil. Kita dah boleh bawak dia pulang.”

107

Gembira hatinya bukan kepalang. Syukur kepada Tuhan. Doanya dimakbulkan. Mungkin kerana lawatannya tempoh hari bersama dengan Alisa membuatkan Nek Su bersemangant semula. Mungkin Nek Su dapat merasa kebahagiaan mereka berdua. Mungkin juga Nek Su ingin hidup lagi. Ya~ Pasti. Nek Su pasti ingin hidup lagi. Pasti!

108

BAB 20

Ada kerisauan terpampang di wajah Emira. Cuba disembunyikan dari semua. Baru semalam dia dan adiknya berbincang mengenai hal Mak Su. Adik sekeras-kerasnya menolak cadangan untuk membawa Mak Su kembali ke sini. Adik masih berdendam. Adik masih tidak dapat melupakan segala yang berlaku. Adik mewarisi sikap keras keluarga bapanya. Iya lah, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Emira melepaskan pelukan Imsyar yang ternyata amat gembira dengan berita itu. Direnungnya mata Imsyar. Tidak sampai hati dia untuk memberitahu keputusan Acunya itu. Dibiarkan saja Imsyar dengan kegembiraannya. “Ah! Syar nak bagi tahu Alisa.” Ujar Boboy sambil berlalu daripada situ.

109

Ah! Itu satu lagi kerisauannya. Alisa seakan telah menjadi sebahagian daripada hidup anak bujangnya itu. Dia tidak mahu memikirkan sebarang kemungkinan. Malah Emira takut dengan kemungkinan itu. Tidak. Imsyar dan Alisa, Si Onet, minta disimpangkan. “Ma…Mama…” Terdengar kembali suara Boboy dari ruang tamu. “Ya Syar. Kenapa?” Tanya Emira, tenang. “Syar dah cakap dengan Alisa. Macam ini Mama… Nanti kita pergi ambil Nek Su dan Alisa sekali. Bolehlah Mama jumpa dia kan?” Terang Boboy, teruja. Emira diam sebentar. Dengan tenang dia menjawab, “Apa-apapun kita tunggu Abah balik dulu. Nantu kita bincang.” Dia cuma berdoa agar Adik akan menukar fikirannya apabila melihat Nek Su. Mungkin hatinya yang keras akan menjadi cair apabila berdepan dengan Mak Su nanti. Masih lagi dia ingat kata-kata Adik semalam. “Walau apapun, Adik tidak setuju. Adik tidak akan terima dia di rumah ini. Jadi jangan salahkan Adik nanti kalau adik tidak menjenguk dia di rumah ini.” Tegas katakata Adik.

110

“Ini satu lagi hal, Kakak. Syar dengan Alisa apa cerita? Kerap sangat dia ke sana. Macam ada sesuatu saja… Ha…jangan sampai mereka tersangkut sudah. Adik tidak akan terima.” Adik menyambung rasa tidak puas hatinya lagi. “Sabarlah Adik, kita belum tahu apa yang berlaku. Janganlah fikir yang bukan-bukan. Ketentuan Allah siapa yang boleh halang.” Emira menjawab, tenang. “Jadi…Kakak setujulah kalau Syar tu bercinta dengan Alisa? Kakak sudah lupakah siapa dia? Sudah lupa sumpah seranah bapanya kepada kita dulu?” Suara Adik kian meninggi. “Adik…orang yang Adik cakap tu dah tak ada di dunia ini. Dia telah lama pergi. Kita pun tak sempat untuk memohon maaf dengannya…Sudah…sudahlah…” Kata Emira masih tenang, walau ada sebak dalam nadanya. “Huh! Tepulanglah Kakak. Adik tetap tidak setuju!” Itulah kata putus daripada Nazira. Emira membiarkan saja adiknya begitu. Jauh di sudut hati, dia sendiri tidak dapat menerima kalau-kalau Imsyar memilih Alisa. Namun begitu, dia akan tetap teruskan niat mereka untuk membawa pulang Mak Su. Ah! Selagi ada dan entah

111

berapa lama lagi. This is the least I can do. Setidak-tidaknya dapat juga dia membalas budi baik Mak Su dulu. Tidak semua yang buruk pada Mak Su. Masih ada yang baik yang boleh dikenangkan.

Boboy sibuk mengaturkan rancangan untuk membawa Nek Su pulang ke rumah mereka. Dia tahu, Acunya tidak setuju langsung. Tetapi dia tidak ambil peduli. Asalkan Mama dan Abahnya bersetuju, cukuplah. Boboy akan ke sana dengan Alisa dan kemudiannya megiringi van rumah penjagaan tersebut sehingga sampai ke rumahnya. Sebelum itu, Boboy dengan bantuan adiknya bertungkus lumus mengemas bilik tetamu mereka supaya sesuai dan selesa dengan keadaan Nek Su. Tiba harinya, Boboy dengan penuh semangat memandu menuju ke utara awal pagi itu. Bertemankan adiknya Zaif, mereka tiba di tempat Alisa lebih kurang jam duabelas tengah hari. Mengikut rancangan, mereka akan mengambil Nek Su keesokan paginya. Jadi mereka mempunyai masa untuk diluangkan bersama. Ternyata Zaif tidak ingat langsung dengan Alisa. Namun begitu mereka bertiga selesa bersama, seakan sudah lama mengenali antara satu sama lain.

112

Mereka meneruskan perjalanan ke Kedah. Mereka akan melawat Nek Su dan bermalam di Alor Setar. Alisa telah berjanji akan membawa mereka menemui keluarganya di Bandaraya Alor Setar. Padat juga jadual mereka untuk hari itu. Walau apapun, Boboylah yang bahagia. Dia senang bersama Alisa. Walaupun Zaif ada bersama, itu tidak menjadi gangguan., kerana tujuan utama adalah untuk mengambil Nek Su. Perjalanan hampir sejam lebih dari Pulau Pinang ke Alor Setar itu membawa mereka ke rumah keluarga Alisa. Rupa-rupanya mereka tinggal di kawasan yang berhampiran dengan rumah lama itu. “Rumah ini dekat dengan rumah lama kita…Kenapa Alisa tak bawa Boboy ke sini hari itu?” Boboy bertanya agak hairan. Alisa tunduk diam sebentar, “Ketika itu, Lisa tidak tahu sama ada Boboy ikhlas atau tidak. Kita baru berjumpa kan.” “Owh! Ok. Boboy faham. Jadi selepas berpindah Alisa semua tinggal di sinilah.” Ujar Boboy sambil memberhentikan keretanya di hadapan rumah.

113

“Ya, Dengan belas ihsan Uncle bapa, kami dibenarkan tinggal di sini. Jom…”, Alisa mengajak mereka masuk. “Assalamualaikum! Mama…Alisa balik ini.” Terdengar suara Alisa memberi salam. Agak lama juga, baru pintu rumah dibuka. Kelihatan seorang wanita yang berusia lebih kurang enam puluh tahun tetapi masih agak kuat berdiri di depan pintu. “Alisa…Masuklah.” Katanya sambil memerhatikan Boboy dan Zaif. Boboy terus bersalam dengan wanita itu. Serasa dia kenal dengan wajah itu. Namun tidak dapat mengingati namanya. “Mama... ingat dak Boboy? Dulu-dulu Mama pernah mengasuh diakan?” Tanya Alisa. “Boboy?” Mama Alisa cuba mengingati nama itu. “Apa khabar, Tok…” Tanya Boboy sambil menghulurkan tangan bersalam. “Ya Allah... Boboy….Baru Tok Sham ingat. Dah besaq panjang dah…Mai…Mai masuk. Yang soghang lagi sapa ni?” Akhirnya Tok Sham dapat mengenalinya.

114

` “Saya Zaif, adik Boboy…” Giliran Zaif pula memperkenalkan dirinya. Mereka bertiga melangkah masuk ke dalam rumah itu. Agak sunyi, seperti tiada penghuni lain. “Mana pi depa yang lain Mama?” Tanya Alisa. “Entah. Tak balik sekolah lagi kot.” Jawab Tok Sham, Mama Alisa. “Sekarang ini yang ada di rumah ini Danish dengan Adrian. Mesti Boboy tak kenal mereka kan?” Tanya Alisa. Boboy hanya senyum. Nama-nama itu tidak pernah didengarnya langsung. Siapa Danish, siapa Adrian? Matanya kemudian tertumpu kepada sebuah gambar yang tergantung di dinding. Ada seorang budak lelaki berambut perang seakan anak orang asing. Mungkin itulah Danish. Detik hatinya. Padanlah dengan namanya. Tetapi hanya dia seorang saja berambut begitu. Pelik!

115

BAB 21

Sedang Boboy meninjau-ninjau foto-foto di dalam rumah itu, dia dikejutkan suara orang memberi salam. Alisa bergegas dari dapur dan membuka pintu. “Ha dah balik. Mai masuk.” Alisa menjemput mereka yang memberi salam tadi. Boboy masih belum nampak kelibat siapa yang datang, tetapi yang pasti memang dikenali oleh Alisa. Beberapa ketika kemudian, barulah nampak dua orang remaja yang berbaju sekolah menyendeng beg masing-masing. Ah! Ini mesti Danish. Kata Boboy di dalam hati. Dia agak tinggi, kurus dan paling menyerlah, rambutnya yang berwarna perang. Yang di belakang pastilah Adrian, tetapi rambutnya hitam tidak seperti Danish. Kedua-dua mereka menghulurkan tangan dan bersalam dengan Boboy dan Zaif. Mereka hanya berbalas senyum. “Ha…Danish…Adrian…ini Imsyar dengan Zaif. Depa ni adik beradik kita jugak.” Alisa mengenalkan mereka.

116

“Boboy, Danish dengan Adrian ini anak kak Nadya. Depa dok sini dengan Mama dan Kak Nadya. Nanti Kak Nadya baliklah kerja.” Terang Alisa lagi. “Alisa ada kakak lagikan? Apa nama…err…err. Ji… Ujar Boboy cuba mengingatkan nama kakak Alisa yang seorang lagi. “Owh…Jiha. Dia di Kuala Lumpur. Dia sekarang aktif berlakon. Tapi taklah popular sangat. Hehe. Kakak Tin yang sulong, baru saja berpindah ke Jordan mengikut suaminya. Sebab itulah Alisa terpaksa meletakkan Mak Su di sana.” Terang Alisa lagi seakan bersalah. Boboy hanya mengaggukkan kepalanya. “Kalau tak silap ada seorang lagi, lelaki, nama Boboy tak ingat.” “Owh! Yang bongsu, Haziq. Hmmm…”Alisa terhenti disitu. “Kenapa dengan dia?” Tanya Boboy, hairan melihat reaksi Alisa. “Entahlah. Masih tidak tahu apa arah tujuan hidupnya. Bukan tak pandai tapi sudah tak minat belajar. Sekarang ini, tinggal dengan Jiha di Kuala Lumpur,” Ada kesedihan di dalam nada Alisa. “Boleh Boboy tanya, macam mana rambut Danish berwarna perang? Emak dia berkahwin dengan orang putihkah?” Boboy menyuarakan rasa hairannya.

117

Alisa tergelak kecil. “Yer la tu…Orang putih….Mat Salleh… Mana ada…Entah gen mana yang dia dapat, Dari dulu lagi kami hairan. Tapi itu, anugerah Allah. Apapun boleh terjadikan.” Danish dan Adrian juga tersenyum mendengar penjelasan Alisa. “Ha…lepas ni bolehlah bawa mereka berjumpa dengan Nek Su. Nak tak Danish…Adrian?” Pelawa Boboy. “Nek Su…Boboy kenai Nek Su? Macam mana boleh kenai?” Danish meminta kepastian. “Nanti kita cerita. Boboy adalah cucu saudara Nek Su hangpa yang pertama sekali.” Alisa menjawab bagi pihak Boboy. “Nak pi ke dak, hangpa dua orang ni. Kalau nak pi, cepat mandi kita makan lepas tu kita pi sekali” Pekat loghat Kedah Alisa. Boboy terasa seperti anak seluang pulang ke laut. Mencari asal usul. Susur galur serta menyatukan kembali keluarga ini. Itu misinya. Itu juga harapan Nek Su. “Alisa…” Terdengar suata Tok Sham, Mama Alisa.

118

“Awat Mama?” Tanya Alisa sambil mendapatkan Mamanya di ruang makan. “Ingat dak dengan Abang Carl?” Boboy mendengar Tok Sham bertanya. “Abang Carl?” Tanya Alisa kembali. “Alaaa…anak orang putih kawan Mak Su dulu tu…” Boboy memasang telinga, mendengar, Ah! Carl mana pula, Alisa tidak pernah pun memberitahunya. Siapa pula anak orang putih yang dimaksudkan itu?

Muka Alisa berubah Alisa tatkala Mamanya menyebut nama Abang Carl. Muhammad Carl McClaude, Seorang pemuda berdarah kacukan, anak kepada salah seorang sahabat baik Mak Su. Memang kacak orangnya. Ketika itu Alisa masih di sekolah rendah dan Abang Carl di sekolah menengah. Ketika itu memang Alisa suka dengan Abang Carl, walaupun dia masih kanak-kanak. Abang Carl rajin melayannya. “Eh! Dia mai buat pa?” Tanya Alisa sebaik saja terkejut daripada lamunan.

119

“Cari Mak Su, cari Alisa…” Jawab Mamanya. “Cari Alisa? Nak buat apa?” Alisa hairan.

Berkurun rasanya dia tidak berjumpa dengan Abang Carl. Sejak Mak Su mula mengalami masalah dengan matanya. Pernah juga terlintas di fikiran Alisa, mereka seolah-olah menjauhkan diri dari Mak Su kerana keadaan mata Nek Su yang semakin parah itu. Entahlah. Siapa dia untuk menghukum. Walaupun dia pernah juga bertanya dengan Nek Su mengapa Aunty Enda sudah tidak datang menjenguk Mak Su. Mak Su hanya senyum dan menjawab, Aunty Enda sibuk. Itulah Mak Su, jarang sekali menceritakan keburukan orang. Yang pasti Alisa sudah jarang nampak Mak Su keluar dengan Aunty Endanya itu. Jika tidak ada saja kerja mereka berdua. Mak Su tidak lekat di rumah. Mak Su selalu berkata dia amat berterima kasih dengan Aunty Enda yang telah membantunya untuk keluar dan tinggal bersendirian. Aunty Enda memberinya kekuatan dan peluang untuk melangkah keluar dari rumah keluarga Alisa

120

setelah berlaku pertelingkahan. Di antara Mak Su dengan Bapa dan Mama Alisa. Namun begitu selepas beberapa lama, Alisa semakin kurang mendengar cerita mengenai Aunty Enda daripada mulut Mak Su. Hanya Tuhan yang tahu apa yang sebenarnya berlaku. “Alisa…” Tiba-tiba Alisa dikejutkan oleh suara Boboy. “Ya Boboy, kenapa?” Tanya Alisa merasa bersalah kerana mengabaikan Boboy dengan kenangannya bersama Abang Carl. “Ini…Danish dengan Adrian dah siap. Jom,” Ujar Boboy sambil menunjukkan Danish dan Adrian yang sudah siap. “Owh…ok. Jom, Mama kami pi dulu tengok Mak Su.” “Kirim salam dengan Mak Su!” kata Mama Alisa, “Insya Allah.” Jawab Alisa, Mereka semua bersalaman dan mengundurkan diri. Fikiran Alisa masih lagi diganggu oleh Abang Carl!

121

BAB 22

Carl masuk ke bilik Nek Su yang dipanggilnya Aunty Su. Kelihatan Aunty Su sedang berbaring dengan matanya yang memandang ke hujung kaki dan mulutnya terkumat kamit, seperti membaca sesuatu. Perlahan-lahan Carl mendekati Aunty Su kesayangannya itu. Lama diperhatikan wajah Aunty Su. Dia masih ingat betapa rapat Aunty Su dengan keluarganya, dengan Mamanya. Carl juga sedar, Aunty Su, banyak membantu Mamanya dalam kehidupan seharian, Aunty Su menjadi tenpat Mamanya mencurah perasaan dan masalah kehidupan mereka. Aunty Su menjadi pendengar setia keluhan dan rintihan Mamanya itu. Segalanya dicurahkan oleh Mamanya kepada Aunty Su. Malah Aunty Su juga banyak membantu dirinya dulu, selalu mengambil berat tentang dirinya. Tiba-tiba Aunty Su mengalihkan pandangannya ke arah Carl. “Siapa…” Terdengar suara Aunty Su, perlahan.

122

Carl terus menghampiri Aunty Su dan memeluk serta mengucup dahi Aunty Su seperti dulu. “Carl… Carl ke?” Aunty Su bersuara. “Ya…Ini Carl Aunty. How do you know?” Tanya Carl, hairan. Aunty Su tersenyum. “Aunty ingat…Nobody kiss me… like you do…” Jawab Aunty Su perlahan, sambil terseyum. Carl terus memegang tangan Aunty Su sambil tertawa kecil. “ How are you Aunty?” “Good…” Jawab Aunty Su. “Your Mom?” Tanya Aunty Su pula, “She passed away last month Aunty.” Jawab Carl dengan suara yang sebak. Wajah Aunty Su berubah. “Dia pergi dulu…” Ujar Aunty Su. Carl hanya diam. “I will…join her…” Tambah Aunty Su lagi. “No Aunty…Aunty akan bertambah sihat. You are a good friend Aunty. A very good one to my Mom. Thank you.” Ada nada sayu dalam kata-kata Carl. Aunty Su senyum sambil berkata “ Sayang…Aunty sayang…your mother.” Carl mengusap kepala Aunty Su. Dia tahu betapa sayangnya Aunty Su dengan Mamanya itu. Walaupun

123

kadang-kadang betapa buruk layanan Mamanya , Aunty Su tetap disisi. Itulah juga yang sangat dikenang oleh Mamanya. “Your Aunty Su has always been beside me, no matter how bad I treated her.” Terimga kata-kata Mamanya itu. Aunty Su terlelap dengan usapan Carl itu.

Entah mengapa Boboy merasakan sesuatu yang janggal dengan nama yang disebut oleh Tok Sham tadi,. Nama yang membuatkan Alisa diam sepanjang perjalanan mereka menemui Nek Su. Ringan saja mulut Boboy ingin bertanyakan Alisa mengenai Abang Carl itu. Tetapi memandangkan masih ada lagi mereka yang lain di dalam kereta itu, didiamkan saja. Boboy cuba menenangkan dirinya. Setibanya mereka di Rumah Penjagaan Jitra, semuanya tidak sabar-sabar untuk ke bilik Nek Su, terutamanya Danish. Lama juga dia tidak bertemu dengan Nek Su. Boboy membawa mereka menuju ke bilik Nek Su. Apabila pintu dibuka, kelihatan seorang lelaki yang berusia awal tiga puluhan berada di sisi Nek Su. Lelaki itu amat kacak berkulit putih. Berpakaian seperti seorang juruterbang. Boboy melangkah masuk dan menghulurkan tangannya untuk berjabat salam.

124

“Imsyar…” Kata Boboy mengenalkan dirinya.. “Carl…Carl McClaude” Jawab lelaki tampan itu. Boboy mengerling ke arah Alisa, ada sedikit perubahan pada wajahnya. “May I know who are you? How do you know my Nek Su?” Tanya Boboy. “Owh…dulu Mama saya berkawan baik dengan Aunty. Masa tu saya masih bersekolah. Kami terputus hubungan selepas saya memuntut di Bandung. Bandung Pilot Academy.” Jawab Carl, fasih berbahasa Melayu. “Maaf, ingatkan En. Carl tidak tahu berbahasa Melayu” Ujar Boboy. “Awak dan mereka yang lain pula siapa? Yang berambut perang tu saya ingat. Kalau tak silap namanya Dannish kan?” Carl meneka. Dannish mengangguk kehairanan. “Ya. Yang itu Dannish dan adiknya Adrian. Ini adik saya Zaif. Dan yang itu Alisa.” Boboy mengenalkan seorang demi seorang. “Alisa? Alisa…Si Onet?” Tanya Carl teruja. Alisa yang diam dari tadi, hanya menganggukan kepalanya, malu.

125

“Oh My God!!! Can’t believe this…” Ujar Carl ternyata terkejut dan gembira sekali. Dia terus menghampiri Alisa dan memeluknya dari tepi. Alisa cuba mengelak tetapi gagal kerana ternyata Carl lebih tinggi dan mudah untuk memeluknya. Boboy merenung tajam aksi Carl itu. ”Owh…Maaf…maaf…” Kata Carl sambil melepaskan pelukannya. “Saya dah lama tak jumpa Alisa. ingat tak dulu-dulu Abang Carl selalu dukung Alisa walaupun Alisa sudah sekolah. You’re so small and cute.” Sambungnya lagi. Alisa tunduk malu. “Dulu-dulu tak apalah. Sekarang dah besar lah.” Carl hanya ketawa. “Ok…Ok…Abang Carl minta maaf, Abang Carl nak balik dah ni. Tapi kalau boleh Alisa temankan Abang Carl keluar. Ada perkara lagi yang Abang Carl hendak tanyakan. Alisa hanya menganggukan kepalanya sambil megiringi Carl keluar. Boboy yang hanya memerhatikan gelagat mereka dari tadi ternyata tidak dapat menahan perasaaanya, Ada cemburu berputik. Apatah lagi melihatkan Carl yang tampan dan kacak itu. Maklumlah darah kacukan.. Dia mengiringi Carl dan Alisa keluar bersama dengan satu pandangan yang tajam. Sah! Dia memang cemburu.

126

Memang Alisa terkejut apabila bertemu dengan Abang Carl. Malah dia hampir pengsan apabila Abang Carl nemeluknya tadi. Memang dari dulu Abang Carl akan memeluknya setiap kali bertemu, Malah Abang Carl juga akan memeluk Mak Su setiap kali mereka bertemu. Mungkin bagi Abang Carl, itu hanya sebagai tanda hormatnya. Tetapi bila dah dewasa begini, pelukan Abang Carl menjadi janggal. Dia bukan budak-budak lagi. “Alisa, boleh tak bagi Abang Carl nombor fon Alisa?” Taanya Carl sebaik sahaja mereka melangkah keluar dari bilik itu. “Abang Carl nak buat apa? Takkan nak contact Alisa nanti.” Tanya Alisa. “Eh! Mestilah,. Banyak lagi yang Abang Carl nak tahu. Lama sangat kita tak jumpa. Alisa di mana sekarang?” Tegas Abang Carl. “Alisa di Pulau Pinang. USM, Semester akhir.” Jawab Alisa sambil menulis nombor telefonnya. “Selepas sekolah menengah Abang Carl masuk akademi juruterbang dan kemudiannya mula mengelilingi dunia. Banyak tempat yang Abang Carl sudah pergi. Mama…err…Aunty Enda baru meninggal bulan lepas. Abang Carl terjumpa foto ini di dalam simpanan Mama, Itu

127

yang Abang Carl cari Aunty kembali.” Petah saja Carl bercerita tanpa dipinta. Alisa melihat foto yang dimaksudkan oleh Abang Carl. Foto mereka semua semasa bercuti di Ipoh dulu. Alisa ingat benar percutian mereka itu. Dia bersama Mak Su mengikut Aunty Endanya untuk bercuti. Di dalam foto itu kelihatan Abang Carl sedang mendukung dirinya. Alisa tersenyum malu apabila Abang Carl mengimbau kembali peristiwa semasa mengambil foto tersebut. Ketika itu Alisa merajuk dengan Mak Su yang tidak mahu menurut katanya. Dia enggan mengambil gambar bersama. Tanpa disangka Abang Carl terus mencempung tubuhnya yang kecil itu dan mendukungnya. Mahu tidak mahu, dia terpaksa juga bergambar dengan mereka yang lain. Kedua-dua mereka ketawa bersama. “Tapi sekarang dah tak boleh dukung tau. Alisa dah besar.” Ujar Alisa dalam ketawa. “Alaaa….kalau setakat Alisa besar begini bilabilapun Abang Carl boleh dukung tau?” Usik Carl sanbil cuba untuk menggayakan dirinya mengangkat Alisa. Pantas Alisa mengelak. “Isy! Abang Carl ni…malulah orang nampak.” Marah Alisa, “Owh kalau orang tak nampak, bolehlah kan?” “Tuhan tetap nampak~” Tegas Alisa.

128

“Okay…Okay…” Carl ketawa. “Masih garang macam dulu juga adik Abang Carl ni.” Sambungnya lagi. Alisa hanya menjeling. “I got to go now… Nanti Abang Carl jumpa Alisa lagi.” Katanya sambil memegang bahu Alisa meminta diri. Entah mengapa. Alisa menghulurkan tangannya dan bersalam dengan Abang Carl. Ah! Mengapa pula dia buat begitu. Padahal dia bukan ada kena mengena dengan Abang Carl. Mungkin apabila Abang Carl menyebutnya sebagai adik, maka dia merasa lebih selesa dan lebih menghormati Abang Carl. Alisa mengamati Abang Carl dari kejauhan. Kacak dan tampan seperti dulu juga. Tambahan lagi dengan pakaian seragam juruterbangnya itu. Aduh! Hati mana yang tidak terpaut!

129

BAB 23

Boboy agak resah di dalam bilik Nek Su, menantikan Alisa. Dannish dan Adrian sibuk melayan Nek Su. Zaif cuba untuk menyesuaikan diri. Nek Su seperti orang asing kepada Zaif. Dia terlalu kecil ketika itu. Boboy hanya memerhatikan gelagat mereka semua sambil melayan resah hatinya. Kelihatan Dannish memegang tangan Nek Su yang berkedut itu. Pasti Dannish telah menjadi pengganti dirinya selama ini. Untunglah Dannish, Dia cuba untuk tidak memikirkan mengenai Alisa dan Carl. Namun gagal. Hanaya seketika Cuma fikirannya melayang kembali kepada mereka berdua. Hati Boboy menjadi lega sebaik saja pintu bilik dikuak terbuka dan kelihatan Alisa melangkah masuk. “Sorry ya Boboy. Abang Carl memang macam tu dari dulu. Suka menyakat Alisa.” Ujar Alisa seakan merasa bersalah. Boboy hanya diam. Sebenarnya ada pelbagai persoalan yang ingin ditanya kepada Alisa. Namun dipendamkan dulu. Masa dan tempat tidak sesuai sekarang. Yang penting ialah membawa pulang Nek Su ke rumah

130

mereka di Shah Alam. Agak jauh perjalanan itu. Bagi seorang tua seperti Nek Su. Dia cuma berharap agar Nek Su dapat bertahan. “Mak Su sihat?” Tanya Alisa. Nek Su cuma mengangguk sedikit sambil senyum. “Esok Boboy akan bawa Mak Su balik ke rumah di Shah Alam. Mak Su kena sihat ya…” Sambung Alisa. Nek Su senyum lagi sambil mengusap kepala Dannish yang duduk berhampiran dengannya. “Jangan lupa Nek Su…” kata Nek Su kepada Dannish. Dannish hanya mengangguk kepalanya. “Sayang…” Ujar Nek Su, agak lelah. “Ya Nek Su, kami semua sayang Nek Su.” Jawab Dannish menahan sebak. “Dannish adalah cucu kesayangan Nek Su juga, selepas Boboy tiada, Nek Su memang seorang yang penyayang.” Ujar Alisa. “Ya…itulah Nek Su.” Akui Boboy. “Jom, esok kita akan bertolak awal pagi.” Sambung Boboy. Mereka semua bergilir-gilir bersalam dan mengucup dahi Nek Su. Dannish mengambil masa lama sedikit untuk melepaskan Nek Su. Sedih nampaknya dia untuk melepaskan Nek Su pergi. “Tak apa Dannish, Nanti boleh melawat Nek Su di rumah Boboy” Kata Boboy cuba menenangkan Dannish.Dia faham perasaan Dannish. Kalau dia tidak terpisah dengan

131

Nek Su dulu, pasti dia akan disayangi dan dimanja seperti Dannish. Untunglah budak berambut perang itu, punya banyak masa untuk bersama dengan Nek Su. Mereka kemudiannya beredar dan tiba-tiba Boboy seperti nampak kelibat Acunya di satu sudut lobi semasa keluar. Ah! Tidak mungkin!

Carl pulang ke rumahnya dengan hati yang teruja selepas bertemu dengan Alisa atau Si Onet. Nama itu cukup membuatnya tersenyum. Selama ini dia tidak pernah memandang langsung wanita Melayu. Iyalah, dia sendiri bukan Melayu sepenuhnya. Baginya wanita Melayu tidak layak untuk bersamanya. Apatah lagi yang bertudung. Dia lebih suka wanita asing yang pada pendapatnya amat terbuka dalam segala hal. Entah mengapa sejak bertemu dengan Alisa, dia merasa satu kelainan. Ada sesuatu yang menarik mengenai si kecil comel itu. Pemalu dan tegas. Tidak mudah untuk Carl bila berhadapan dengannya. Selalu wanita akan cepat mengalah apabila berhadapan dengan dirinya yang sememangnya kacak, Tetapi Alisa tidak menunjukkan sebarang reaksi begitu. Rasa tercabar juga dirinya. Sehingga sekarang dia masih tidak menemui pasangan yang secocok dengan dirinya. Kehidupannya sebagai seorang juruterbang pesawat komersial, telah membawanya ke serata pelosok dunia. Pelbagai jenis wanita

132

yang ditemuinya. Namun tidak ada seorang pun yang betulbetul dapat menambat hatinya. Ah! Kemana kuah kalau tidak tumpah ke nasi. Bapanya berbangsa Eropah, jatuh cinta dengan Mamanya. Mungkin ada keistimewaan wanita Melayu yang tidak dilihat oleh matanya. Kalau tidak, mengapa bapanya sendiri memilih wanita Melayu sebagai isteri. Tidak dapat dinafikan teman wanitanya ramai, di beberapa buah negara. Tetapi itu hanyalah sebagai peneman semasa dia berada di negara itu. Yang pasti dia tidak merindui mereka langsung. Kalau tak rindu tak sayanglah. Tetapi pertemuannya dengan Alisa sebentar tadi membawa satu rasa yang berlainan. Dia mencari-cari kemungkinan untuk bertemu dengan Alisa lagi. Yang pasti, cutinya selama dua minggu akan dihabiskan untuk bersama Alisa. Carl tersenyum lagi. “Hello brother!” Carl dikejutkan oleh suara adiknya Nathan. “Huh…forever… you will disturb me! Go away Nathan.” Ujar Carl agak marah. “Why are you smiling alone? Mama just passed away and you are smiling already..” Nathan menyatakan rasa tidak puas hatinya. “It has nothing to do with you or Mama. So shoo…Go away.” Jawab Carl masih marah. “Suka hati Abanglah…” Ujar Nathan berlalu dari situ.

133

Carl dengan adiknya memang tidak sebulu dari dulu lagi. Adiknya lebih muda tiga tahun itu selalu menjadi mangsa bulinya dulu. Malah sehingga sekarang juga. Ah! Biarlah. Alisa lebih penting sekarang ini. Bagaimana dia hendak mendekatkan dirinya dengan Si Onet yang telah lama tidak berjumpa. Carl termenung lagi, Kenapa dia jadi bingung sekarang. Come on Carl…think…think! Sungutnya sendirian. Dia tahu, kali ini dia berhadapan dengan seorang wanita yang bukan calang-calang orangnya. Kecil molek, bijak dan paling penting amat menarik perhatiannya. Kalau dia tersilap langkah, pasti punah harapannya untuk bersama. Buntu.…

134

BAB 24

Pagi itu selepas menunaikan solat Subuh, Boboy membelek laptopnya sambil melayari internet. Agak lama juga dia tidak membaca emel daripada NekSu. “My dearest Boboy, Seandainya kita tidak berjumpa lagi sebelum Nek Su menutup mata, ada sesuatu yang Nek Su ingin Boboy tahu. Sampai matipun Neksu sayangkan Boboy~ Biar apa orang kata. Ingat itu. Ada satu lagi perkara penting yang Nek Su ingin Boboy tahu. Nek Su telah mendapat peluang untuk membuat satu pelaburan dengan sebuah syarikat antarabangsa secara online. Ada sahabat Nek Su yang memberi modal dan membuka peluang kepada Nek Su. Sehingga kini, telah hampir setahun Nek Su menjalankan pelaburan itu. Banyak juga pulangannya. Alhamdulillah! Apa yang Nek Su ingin Boboy tahu, Nek Su telah membuka sebuah akaun amanah atas nama Boboy dengan duit pulangan itu.Segala dokumen ada di dalam sebuah kotak simpanan di sebuah bank.

135

Kuncinya ada dalam beg milik Nek Su. Paling akhir beg itu Nek Su simpan di rumah Tok Man. Carilah dan dapatkan semua simpanan Nek Su itu. Simpanan itu untuk Boboy tebus kembali rumah lama kita. Usahakanlah sehingga berjaya. Walaupun ia mengambil masa yang lama. Apabila Boboy dapatkan rumah lama itu, jadikan rumah itu sebagai rumah keluarga kita. Rumah keturunan Haji Din. Asal usul keluarga kita. Nek Su hanya harapkan Boboy saja. Nek Su sudah tidak mampu untuk mendapatkan kembali rumah lama itu. Hanya Boboy saja yang masih boleh berbuat demikian. Carilah beg itu. Oh ya nombor kombinasi bagi membuka beg itu adalah kombinasi tarikh lahir Nek Su dan Boboy. Boboy ingatkan tarikh lahir Nek Su. Wasalam Nek Su sayang Boboy.” Beg? Beg apa pula? Dia mesti bertanya kepada Alisa mengenai beg itu, kalau-kalau Alisa tahu. Boboy dan Zaif bersiap untuk ke rumah Tok Man dan mengambil Alisa. Walaupun dijemput untuk bermalam di rumah Alisa, mereka telah memilih sebuah hotel berdekatan. Lebih kurang sepuluh minit saja sampailah mereka di rumah Tok Man.Alisa telah siap menanti mereka. Tidak banyak yang dibualkan semasa dalam perjalanan ke rumah penjagaan itu. Boboy ingin bertanyakan mengenai beg Nek Su. Tetapi dibiarkan sahaja

136

dulu. Ada yang lebih penting pagi ini. Membawa Nek Su pulang.

Nazira berjalan agak cepat menuju ke lobi Rumah Penjagaan Jitra pagi itu. Ada misi yang perlu dijalankannya sebelum Mak Sunya dibawa pergi. Dia ingin berbicara dengan Mak Sunya. Tetapi bukan bicara rindu atau sayang. Dia ingin memberitahu Mak Su bahawa sampai matipun dia tidak akan menerima Mak Su kembali di dalam hidupnya. Puas juga dia memujuk dan merasuah jururawat yang bertugas untuk melepaskannya masuk seawal pagi itu. Dia berjaya memujuk jururawat itu dengan cerita sedih bahawa dia hanya ingin mengunjungi Mak Sunya buat kali terakhir sebelum berlepas ke luar negara. Nazira tersenyum sendirian selepas berjaya memperdayakan jururawat itu. Dia bergegas masuk ke bilik Mak Su. Nazira lihat Mak Su sedang tidur. Tenang saja nampaknya. Terdetik juga rasa kasihnya kepada Mak Su. Terkenangkan segala yang pernah dilakukan oleh Mak Su kepadanya. Bayangan kenangan sekilas lalu di dalam fikirannya. Namun dia nekad untuk menghalang Mak Su untuk ke mana-mana. Digenggammnya tangan Mak Su dengan kuat. “Mak Su…ini Adik.” Nazira bersuara seakan berbisik. Mak Su membuka matanya.

137

“Adik nak Mak Su tahu, sampai matipun Adik tidak akan terima Mak Su! Adik harap Mak Su tak akan ikut Boboy nanti…” Tegas suara Nazira. Wajah Mak Su yang tadi tenang menjadi keruh. “Sudahlah….” Terdengar suara Mak Su lemah. “Tidak Mak Su! Terlalu sakit Mak Su. Adik tidak boleh lupa semua itu. Terlalu sakit.” Pintas Nazira. Mak Su hanya diam. “Ingat...Mak Su tak akan bahagia di rumah Boboy nanti. I will be there to make you suffer!” Nazira memberi amaran. Mak Su tetap diam. Tetapi dadanya berombakombak. Mulutnya tercungap-cungap. Nazira terus berlalu dari situ.

Setibanya di sana, mereka bertiga terus melangkah menuju ke bilik Nek Su. Dari jauh kelihatan jururawat bergegas keluar masuk ke bilik Nek Su. Seperti ada kecemasan. Masing-masing terpinga-pinga melihat doktor berlari ke dalam bilik Nek Su. Boboy tidak dapat menahan rasa ingin tahunya. Dia terus berlari ke bilik Nek Su diikuti oleh Alisa dan Zaif. Kelihatan Nek Su terlantar dan doktor sedang memberikan bantuan kecemasan, Ya Allah!! Apa yang terjadi. Dada Nek Su kelihatan berombak. Naik turun tidak menentu. Masingmasing terbungkam. Doktor terus memberi isyarat kepada

138

Boboy untuk menghampiri Nek Su. Sambil menggelengkan kepalanya, doktor tersebut menyuruh Boboy mengajar Nek Su mengucap. “Lailahhailallah!” Mengucap Nek Su. Boboy di sini.” Suara Boboy tersekat-sekat. Kelihatan mulut Nek Su terkumat kamit lemah. Alisa dan Zaif turut menghampiri Nek Su. Masing-masing menahan sebak. Harapan untuk membawa Nek Su keluar berkecai apabila mesin alat batuan pernafasan itu berbunyi! Nek Su telah tiada! Nek Su telah pergi buat selamanya. Belum sempat Boboy membawa dia pulang. Boboy menangis semahunya. Begitu juga dengan Alisa. Zaif cuba untuk menenangkan abangnya. Dia tidak pernah melihat abangnya sedih begitu sekali. Zaif mencapai telefon bimbitnya dan menelefon Mamanya. “Hello…Mama…Ini Zaif…Mama…Nek Su dah pergi!” Mamanya seperti bisu buat seketika. Tidak terdengar apapun dari sebelah Mamanya. “Ma…Mama…Are you okay?” Tanya Zaif lagi. “Ya,,,Ya Zaif. Mama disini. Kami akan pulang segera.” Barulah terdengar suara Mamanya. “Ok Ma! Nanti kita jumpa ya…” Memandangkan abangnya Boboy masih bersedih, Zaiflah yang menguruskan tuntutan jenazah Nek Su. Walaupun dia tidak pernah rapat dengan Nek Su, namun dia pasti Nek Su juga akan menyayangi dirinya seperti mereka

139

yang lain. Setelah dipersetujui, jenazah Nek Su akan dibawa ke rumah Tok Man sebelum disemadikan selepas Asar nanti. Urusan tuntutan jenazah Nek Su mengambil masa lebih dua jam. Apabila segalanya selesai, mereka mengiringi van jenazah dari rumah penjagaan tersebut. Ketika Zaif dan yang lain melangkah keluar, terdengar suara yang memanggil nama abangnya. “Encik Imsyar…Encik Imsyar!” Panggil suara itu. Mereka menoleh dan melihat seorang kakitangan rumah penjagaan itu sedang melambai-lamabai mereka. “Maaf Encik Imsyar. Hampir terlupa. Ini beg kepunyaan Nek Su Encik.” Ujarnya. Boboy seperti kebingungan, Zaif menyambut beg tersebut sambil berterima kasih kepada kakitangan rumah penjagaan itu. Entah apalah yang ada di dalam beg itu. Seperti ada satu rahsia yang tersimpan, Ah!Biarkan dulu. Jenazah Nek Su tiba di rumah Tok Man setengah jam kemudian. Nampaknya sudah ada persediaan yang dibuat. Alisa telah menelefon pihak yang berkenaan untuk membantu. Zaif lihat abangnya sudah agak reda daripada kesedihan. Mungkin dia sudah dapat menerima kenyataan bahawa Nek Su yang disayanginya itu telah tiada. Mungkin dia sudah redha dengan ketentuan Ilahi. Kita hanya merancang!

140

BAB 26

Ramai juga yang mengunjungi jenazah Nek Su untuk memberi penghormatan terakhir. Sebahagian besar adalah sahabat dan kenalan Nek Su. Boboy masih merasa sedih atas kehilangan Nek Su. Dia sering membayangkan yang Nek Su akan tinggal di rumahnya. Dia ingin sekali menjaga dan merawat Nek Su. Namun segalanya hampa. Tuhan lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya. Kelihatan Dannish dan adiknya juga dalam kesedihan berada di sisi jenazah Nek Su, membaca Surah Yassin. Mungkin Dannish telah menjadi penggantinya selama ini. Namun Boboy tahu, kasih Nek Su pada dirinya tidak pernah luntur walaupun berapa ramai cucu saudaranya yang ada. Boboy menghampiri Dannish dan Adrian lalu memegang bahu mereka. “Nek Su sayangkan kita semuakan?” Entah mengapa dia berkata begitu. Inginkan kepastian, mungkin.

141

“Ya, Abang Boboy. Dannish sedih tidak dapat membalas budi baiknya selama ini.” Sayu suara Dannish. “Kita semua tidak dapat membalas jasa dan kasih sayang Nek Su.” Mereka semua mengikut jenazah Nek Su hingga ke tanah perkuburan. Boboy, Zaif, Dannish, Adrian dan Musa bertungkus- lumus membantu menutup liang lahad. Bagi mereka inilah peluang terakhir bagi mereka untuk berbakti kepada Nek Su. Sesekali Boboy mengelap air matanya yang bercucuran. Sedih benar dia dengan pemergian Nek Su. Selamat tinggal Nek Su. Semoga damai di sana.

Mama dan Abahnya tiba dengan penerbangan yang paling awal yang mereka boleh dapatkan. Seperti yang dijangka, Acu tidak turut serta. Keras sungguh hati Acu. Entah apa lagi yang dia tidak puas hati. Semuanya telah tiada. Orang yang menyakitinya semua telah pergi. Yang tinggal hanyalah waris mereka sahaja. Jadi untuk apa berdendam. Memendam perasaan lagi. It doesn’t matter anymore. Dalam kesibukan melayan tetamu yang berkunjung, mata Boboy tiba-tiba terhenti pada satu wajah yang ditemuinya semalam semasa melawat Nek Su. Ah! Kenapa dia mesti ada di sini? Kenapa Alisa mesti memberitahu Abang Carlnya mengenai kematian Nek Su?

142

Memang Boboy tidak suka dengan kehadiran Carl. Dia merasa tergugat. Ya! Dia sebenarnya cemburu! Boboy mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Carl. Dia menghampiri Carl yang sedang berbual dengan Alisa. “Hai Carl.” Katanya sambil menghulurkan tangan. Carl menyambut tangan Boboy “Ya Hai. Errr…Kita jumpa semalamkan?” “Ya. Semasa melawat Nek Su. Errr…Alisa…Can you excuse us for a while” Ujar Boboy meminta Alisa meninggalkan mereka. “Ada apa Boboy?” Tanya Alisa hairan. “Tak ada apa-apa. Just guys talk” Jawab Boboy sambil matanya tepat memerhatikan Carl. Alisa merasa ragu-ragu untuk meninggalkan mereka berdua. Namun dia melangkah juga agak jauh dari mereka. “Apa yang kau nak Carl?” Tanya Boboy agak kasar. Carl hanya tersengih, sinis. “What do you want?” Suara Boboy semakin tegas. “ I come to give my last respect to Aunty, my late Mum’s best friend. Is there any problem?” Tanya Carl sinis. “Okay. Just make sure you do only that. And please keep your hand to yourself. Alisa is not like other ladies that you must have met.” Tegas Boboy memberi amaran kepada Carl. “And who are you?” Tanya Carl sambil tertawa kecil. Boboy hampir hilang sabar. Kalau diikutkan hati mahu saja dia melepaskan tumbukan ke muka Carl. Namun dia masih

143

sedar di mana mereka. Masih ada rasa hormatnya kepada ahli keluarga yang lain. Dia tidak mahu bertindak dan memalukan dirinya nanti. “If you can’t respect the living, at least respect the dead. Respect my Nek Su!” Jawab Boboy terus berlalu dari situ.

Emira memerhatikan tingkah laku anak bujangnya itu dari jauh. Boboy ternyata tidak perasan dengan Mamanya. Dia baru tiba di rumah itu, setelah Zaif mengambil mereka di lapangan terbang. Inilah kali pertama setelah lima belas tahun, dia kembali menjejakkan kakinya ke rumah itu. Kali terakhir adalah semasa mereka mengunjungi jenazah Mak Toknya, iaitu emak Mak Su. Ada sesuatu yang berlaku yang membuatkan anak bujangnya itu bertindak begitu. Jauh di sudut hati Emira tahu, ianya pasti ada kena mengena dengan Alisa. Emira kemudiannya melangkah menghampiri Alisa yang kini berdiri di sebelah Boboy. „Syar…Alisa?” Ujar Emira sambil menghulurkan salam. “Ma…Mama Maaf Syar tak nampak tadi. Alisa ini Mama Boboy” Ujar Boboy sambil mengenalkan Alisa kepada Mamanya. “Apa khabar Kak Mira” Tanya Alisa sambil bersalaman. “Alhamdulillah! Lama juga tak jumpakan Onet.” Kata Emira mengusik.

144

Alisa senyum. Lalu menjawab“Terima kasih kerana datang. Sekarang tak Onet dah. Dah besar ni.” “Siapa tadi Syar. Kenapa Syar macam marah saja tadi?” Tanya Emira. Muka Boboy terus berubah. “Mama nampak ke tadi?” “Ya. Mama nampak.” Jawab Emira ringkas. “Sebenarnya Kak Mira, yang tadi tu Bang Carl, anak kawan Mak Su. Dia kenal kami semua. Abang Carl tu biasalah terlebih friendly” terang Alisa. “Owh ada orang jealous la ni.” Emira seakan faham apa yang berlaku. Boboy termalu dengan tindakannya tadi. “Tak mengapa. Tak salah Syar jaga emak saudara sepupu Syar ni.” Sengaja Emira mengingatkan talian yang ada di antara mereka berdua. Emira dan Alisa adalah saudara sepupu. Oleh itu Alisa adalah emak saudara sepupu dengan Boboy.Sengaja Emira mengingatkan mereka berdua dengan talian kekeluargaan yang ada. Walau tidak menyalahi syarak sekiranya mereka bernikah, namun Emira tidak sanggup untuk menerima anak bapa saudaranya sebagai menantu. Ah! Gawat nanti. Emak saudara sepupu bernikah dengan anak saudaranya. Tidak dapat dibayangkan, sindiran serta kesinisan yang bakal diterimanya dari pihak keluarga arwah bapanya. Tambahan lagi adiknya sendiri pasti tidak setuju. Kalau boleh Emira ingin menghalang apa-apa perasaan yang ada di dalam hati anak bujangnya itu secepat mungkin. Masih di

145

awal perasaan, mungkin boleh dipatahkan. Minta dijauhkan Ya Allah!. Doanya sebagai seorang ibu.

146

BA 27

Carl pulang dengan perasaan yang berbaur. ada suatu rasa yang indah semasa dia bertemu Alisa. Suatu rasa yang semakin kuat berdetik di dalam hatinya. Namun rasa tercabar juga ada, apabila dia bertemu dengan “penjaga” Alisa. Lelaki muda yang dipanggil Boboy oleh Alisa itu seolah-olah mencabarnya. Ini Carl! Tidak pernah ada manamana wanita yang menolaknya. Memang ramai yang tergila-gilakannya. Dia tidak perlu bersusah payah, hanya dengan sebuah senyuman, wanita akan cair. Namun bukan Alisa. Dia tidak menunjukkan minat langsung. Melayannya hanya sebagai kenalan sahaja. Carl berkira-kira bagaimana untuk menarik perhatian Alisa. Walau apapun dia mesti berjumpa Alisa sebelum dia berangkat ke Jordan bagi penerbangannya. “Hello Alisa…” Carl akhirnya menelefon Alisa. “Ya…Ada apa Abang Carl?” Jawab Alisa. “Boleh kita jumpa? Pagi esok Abang Carl akan balik, petang pula Abang ada penerbangan ke Jordan...Please.” Terang Carl, mengharap.

147

“Jordan! Wow…Kakak Alisa ada di sana. Abang Carl datanglah ke rumah…” Suara Alisa teruja sedikit. “Owh…Kakak Alisa ada disana? Ha nanti bolehlah Abang Carl cari dia. Kita keluarlah Alisa.” Ujar Carl cuba memancing . “Maaf Abang Carl…Tak elok rasanya kalau kita keluar. Mak Sukan baru saja pergi. Lagipun Alisa sibuk, malam nanti ada kenduri tahlil.” Jawab Alisa. Carl agak kecewa, namun tidak berputus asa. “Sekejap pun jadilah Alisa, Abang Carl janji. Sekejap saja.” Alisa diam sebentar. “Hmmm…Okay…Sekejap saja tau. Janji.” Jawab Alisa. Hati Carl kembali berbunga. Dia tidak akan melepaskan peluang ini. Dia akan cuba untuk memikat Alisa. Gadis kecil comel itu menjadi idamannya sekarang. Namun bukan mudah untuk mendapatkannya. Yang baik memang sukar untuk dapat. Perlu usaha yang lebih. Carl bersiap dengan penuh gaya. Seorang lelaki yang tampan. Itu tidak dapat dinafikan lagi. Dia mewarisi wajah ibunya serta kulit bapanya. Cukup untuk menjadikan dia seorang lelaki yang tampan. Dia tersenyum sendirian. Di tangannya ada sebuah hadiah untuk Alisa. Sebenarnya, Carl selalu menyimpan sesuatu “hadiah” yang dibelinya dari luar negara sebagai langkah pertama untuk memikat mana-mana wanita. Kali ini dia memilih seutas rantai emas putih yang dibelinya di London tempoh hari. Dia pasti Alisa akan cair

148

dengan hadiah itu nanti. Ah! Mana ada wanita yang tidak suka dengan barang perhiasan. Dia melangkah keluar dengan penuh keyakinan. Dia akan membuatkan Alisa jatuh cinta dengannya. Dalam keterujaan itu, tiba-tiba wajah Boboy terlintas di mindanya. Seakan memberi amaran. Ah! Budak muda itu. Dia belum kenal lagi siapa Muhammad Ammar Carl Mc Claude! Alisa terasa ada mata yang memandang tajam ke arahnya semasa dia bercakap dengan Abang Carl tadi. Di carinya mata itu lalu matanya bertentang dengan mata Boboy. Dalam kesibukan mereka menguruskan majlis tahlil itu, nampaknya Boboy masih punya masa untuk memerhatikan dirinya. Padahal semalam Mama Boboy seperti memberi peringatan bahawa mereka berdua ada talian darah. Namun nampak gayanya Boboy tidak pedulikan semua itu. Alisa tidak mahu meletakan apa-apa harapan kerana dia tahu akan halangan yang bakal ditempuhinya nanti, Biarlah takdir yang menentukan segalanya. Alisa meninjau-ninjau ke arah jalan raya menanti Abang Carl. “Tunggu siapa?” Suara Boboy tiba-tiba mengejutkannya, “Err…err…Abang Carl…” Jawab Alisa tergagap. “Nak apa lagi, Carl tu?” Agak keras suara Boboy. Alisa jadi serba salah.

149

“Dia nak jumpa Alisa sekejap, esok dia akan balik kerja.” Jawab Alisa. “Please be careful! I just don’t trust him.” Ujar Boboy memberi ingatan. “Jangan risau… I’ll be fine.” Jawab Alisa cuba meyakinkan Boboy. Alisa bergegas pergi sebaik sajaa ternampak kereta Abang Carl. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu Boboy bertemu dengan Abang Carl, dia tidak mahu mereka sampai bergaduh kerana dia. “Sekejap saja ya Abang Carl.” Ujar Alisa sebaik saja memasuki kereta Abang Carl. “Kenapa cepat sangat? Takut ada orang marahkah?” Sindir Carl. “Bukanlah. Kami semua sibuk hari ini.” Jawab Alisa tidak mahu memanjangkan isu itu. Carl diam. Dia memandu ke arah sebuah restoran yang berdekatan dengan rumah Alisa. Abang Carl turun tergesa-gesa apabila dia memberhentikan keretanya. Alisa merasa hairan. Carl terus membuka pintu kereta sebelah Alisa. Gentleman style “Silakan…” Ujar Abang Carl. Alisa terasa malu dilayan sebegitu rupa. Tidak pernah ada sesiapa yang melayannya seperti tu. Terasa panas mukanya menahan malu apabila dilihat oleh orang lain di dalam restoran itu. Mereka berjalan beriringan masuk dan Alisa perasan yang semua mata memandang mereka. Terasa

150

bangga juga dapat berjalan bersama dengan lelaki setampan Abang Carl. “Alisa… Abang Carl akan ke Jordan selepas ini. Jadual kerja Abang Carl agak padat sekarang. Tetapi Abang Carl akan balik jumpa Alisa lagi.” Ujar Abang Carl sambil mereka minum. “Nak jumpa Alisa lagi? Untuk apa?” Alisa agak hairan. “Alisa…sebenarnya Abang Carl dah mula rindukan Alisa. Abang Carl ingin selalu bersama Alisa. I love you, Alisa.” Jawab Abang Carl berterus terang. Alisa tertawa kecil. “Biar betul Abang Carl…sudahlah jangan nak bergurau.” Tiba-tiba dia terasa tangannya digenggam oleh Abang Carl, Dia cuba protes tetapi gagal, Genggaman Abang Carl kemas. “Listen…I am serious! I love you Alisa.” Kata Abang Carl memandang tepat ke matanya. Hati Alisa berdegup kencang. Mulutnya terkunci. Yang dia sedar, Abang Carl telah meletakkan sebuah bungkusan kecil di tangannya. “Terimalah hadiah ini sebagai tanda cinta Abang.” Ujar Abang Carl sambil mencium tangan Alisa. Dia terkedu seketika tetapi pantas menarik tangannya. Ah! Gawat!

151

BAB 28

Boboy resah menanti Alisa, dia cuba untuk tidak memikirkan sangat mengenai Alisa yang keluar bersama Abang Carlnya. Tanpa tujuan dia menghampiri keretanya. Entah apa yang dicari. Apabila dia membuka pintu kereta ternampak sebuah beg yang terletak di bahagian belakang. Ah! Beg Nek Su! Mungkin itulah beg yang dimaksudkan oleh Nek Su. Sepantas kilat dia mengambil beg itu. Alisa hilang sebentar daripada fikirannya. Dia membawa masuk beg itu lalu cuba membukanya. Malangnya ianya berkunci. Boboy teringat emel Nek Su yang menyatakan nombor kombinasi beg itu. “Eh! Beg siapa Syar?” Tanya Abahnya. “Beg Nek Su… Syar nak cuba buka” Jawab Bobiy teruja. “Syar tahukah nombor kombinasi beg itu?” Tiba-tiba Mamanya mencelah. “Tahu rasanya, Nek Su dah beritahu dalam emelnya.?” Jawab Boboy sambil mencuba nombor kombinasi beg tersebut.

152

Tap. Tap. Dua kali bunyi kunci beg itupun terbuka, Mama dan Abah Boboy menghampiri beg itu dengan perasaan curiga. Boboy mengeluarkan beberapa fail berisi dokumen. Dibelek-beleknya sebentar. Mama dan Abahnya juga mengambil beberapa dokumen untuk dilihat. Boboy memasukkan tangannya ke dalam bahagian poket beg tersebut, Jarinya tersentuh dengan benda yang berbalut. Ditariknya keluar. Ada sebuah sampul kecil berwarna coklat. Dia lantas membuka sampul itu dan sebatang kunci terjatuh. Ada sekeping resit di dalam sampul itu. Resit sebuah bank bertarikh lebih kurang empat tahun dulu. Memang sah inilah kunci yang dikatakan oleh Nek Su. Boboy menyimpan kembali kunci tersebut. “Apa semua ini Syar?” Tanya Mamanya. “Inilah peninggalan Nek Su untuk Syar. Mama tahu tak Nek Su ada tinggalkan wang simpanan untuk Syar beli kembali rumah lama itu.” Terang Boboy. “Banyak sangatkah duit Nek Su tu? Setahu Mama…” Tanya Mamanya lagi seakan tidak percaya. “Yang itu Syar tak tahu. Kena pergi bank dulu.” Jawab Syar sambil membelek dokumen-dokumen lain. Boboy mengambil satu dokumen di dalam fail bertanda INCOME. Dokumen itu berkenaan dengan pelaburan Nek Su di dalam dana emas. Pelaburan ini adalah pelaburan di luar negara yang dibuat secara atas talian. Memang sepuluh sehingga lima belas tahun lalu, pelaburan

153

begini amat popular. Ada yang benar ada juga yang ditipu. Nampaknya pelaburan Nek Su menjadi. Mungkin inilah pelaburan yang diceritakan oleh Nek Su. Pelaburan yang dibuat dengan modal belas ihsan daripada sahabatnya. Untung Nek Su mempunyai sahabat-sahabat yang baik seperti itu. Di bahagian bawah sekali, ada satu sampul bertanda WASIAT. Boboy mengambil dan terus membukanya. Dibacanya sekali lalu. Boboy menarik nafas yang panjang. Tiba-tiba terasa sebak didadanya. Nek Su tidak punya harta, yang ada hanyalah pegangan sahamnya di Rumah Penjagaan Jitra untuk Alisa dan sejumlah wang di dalam sebuah akaun amanah di atas nama Imsyar Bin Aznol! “Tengok ini Mama, rupanya Nek Su bukanlah sesusah seperti yang kita sangka. Dalam diam, dia telah mengumpul duit untuk mendapatkan kembali rumah itu.” Ujar Boby sambil menunjukkan fail pelaburan itu kepada Mama dan Abahnya. “Mama tahu tak? Ada kawan Nek Su yang berikan dia modal untuk memulakan pelaburan di dalam internet. Sebenarnya Mama, kawan-kawan Nek Su lebih banyak membantunya daripada keluarga sendiri. Untung Nek Su mendapat kawan-kawan seprti tu.” Sambung Boboy lagi. Kedua-dua Mama dan Bahnya hanya diam dan terus membelek kandungan fail tersebut. Tidak sangka. Sungguh mereka tidak menyangka!

154

Alisa masih terkejut dengan kelakuan Abang Carl. Memang hatinya tersentuh dengan layanan Abang Carl, tetapi bagi Alisa ianya melanggar batas agama. Mungkin bagi Abang Carl ianya perkara biasa. Namun Alisa bukan budak kecil yang dahulu didukung oleh Abang Carl. Dia sudah menjadi seorang wanita. Sepatutnya Abang Carl lebih menghormatinya. Alisa mendiamkan diri sepanjang perjalanan balik ke rumah. “Alisa….Maafkan Abang Carl tadi. Abang cuma ingin Alisa tahu, Abang Carl sudah jatuh cinta dengan Alisa.” Ujar Abang Carl apabila mereka sampai di depan rumah. “Terima kasih.” Hanya itu saja yang dijawab oleh Alisa. Dia keluar dari kereta tetapi terhenti apabila terdengar Abang Carl memanggil namanya. Alisa menoleh dan melihat Abang Carl menunjukkan kotak hadiah yang diberinya tadi. Sengaja Alisa tinggalkan tadi. Dia tidak ingin ada apa-apa yang mengingatkannya dengan Abang Carl. Hatinya menolak Abang Carl bulat-bulat. Mahu tidak mahu, Alisa terpaksa mengambil kotak hadiah itu. Dia berlalu pergi tanpa berkata sepatahpun. Tiada apa yang perlu dikatakan. Baginya Abang Carl telah tersalah langkah. Abang Carl mungkin menyamakan dirinya dengan wanita-wanita lain yang mudah tertawan dengan

155

ketampanannya. Dia tidak mahu berjumpa dengan Abang Carl lagi. Titik. Alisa mendapati Boboy sedang menangis dan mengelap air matanya semasa dia masuk ke rumah. Hatinya tertanya-tanya apa yang sudah berlaku. Didekatinya Boboy perlahan-lahan. “Kenapa Boboy? Apa yang dah terjadi, Kak Mira?” Boboy menunjukkan surat wasiat itu kepada Alisa. Siapapun tidak menyangka yang Mak Su mempunyai simpanan wang. Setahu mereka kehidupan Mak Su tidaklah sesenang mana. Tambahan pula dengan keadaan mata Mak Su yang tidak dapat melihat sepenuhnya. Boboy menceritakan segala-galanya kepada Alisa disaksikan Mama dan Abahnya. Segala kandungan emel kepadanya diceritakan. Alisa mendengar dengan penuh teliti. Fahamlah dia sekarang. bagaimana Mak Su mempunyai simpanan wang seperti itu. Alisa agak terkejut apabila mendapati namanya ada di dalam wasiat itu sebagai pemegang saham rumah penjagaan itu. Kini gilirannya pula yang menitiskan air mata. Mak Su tetap Mak Su. Kasih sayangnya menggunung, namun sering dibiarkan keseorangan, kesepian. Kalaulah dia punya banyak waktu, Alisa pasti akan bersama dengan Mak Su. Namun, tuntutan kehidupan membawanya jauh daripada Mak Su. Dia pergi untuk melanjutkan pelajaran. Satu peluang yang tidak patut

156

dilepaskan. Namun dia pasti Mak Su faham. Seperti selalu, Mak Su akan faham.

157

BAB 29

Carl sedar dia telah tersalah langkah. Dia tidak menyangka Alisa akan menolak dirinya mentah-mentah. Nampaknya Carl Mc Claude kalah kali ini. Namun menyerah pantang sekali. Sebentar lagi penerbangannya ke Jordan akan berangkat. Fikirannya masih pada Alisa. Entah apalah istimewanya gadis Melayu yang seorang ini. Beauty with brains. Mungkin itulah tarikannya. Ramai wanita yang ditemuinya hanya cantik tetapi tidak cerdik. Namun gadis yang seorang ini sukar dicairkan, malah telah menolak dirinya. Carl membelek-belek telefonnya. Mencaricari idea bagaimana untuk menarik perhatian Alisa kembali. Dia tidak mahu kalah. Carl Mc Claude tidak boleh kalah. Apatah lagi apabila dia kalah kepada seorang pemuda Melayu. Bagi Carl, dia bukan Melayu sepenuhnya. Darah yang mengalir hanya separuh Melayu, di sebelah Mamanya. Dia lebih berbangga jika dikatakan sebagai anak orang putih. “Alisa…Maafkan Abang Carl. Tidak sepatutnya Abang berkelakuan begitu tempoh hari.…‟ Carl memulakan ayat di dalam teksnya.

158

„Abang terbawa-bawa dengan kebiasaan Abang semasa di luar negara. Maafkan Abang sekali lagi. Walau apapun, Abang Carl ingin Alisa tahu yang Abang sudah mula sayangkan Alisa. Abang Carl mohon agar Alisa berilah Abang peluang intuk membuktikan perasaan Abang. Berilah peluang kepada Abang untuk menyayangi Alisa. Abang Carl mohon agar Alisa bukalah pintu hati Alisa untuk menerima Abang. Doakan penerbangan Abang selamat semuanya semoga Abang Carl akan kembali dan bertemu dengan Alisa. Abang Carl akan cuba mencari Kakak Tin setibanya di Jordan nanti. Take care dear.” Carl tersenyum apabila selesai menaip pesanan teks itu kepada Alisa. Dia berharap benar agar Alisa dapat memaafkannya dan memberi peluang sekali lagi. Dia tidak mahu mengharapkan balasan pesanan teksnya itu. Dia hanya mahu Alisa tahu perasaannya. Dia ingin memberi peluang kepada Alisa untuk berfikir semasa ketiadaannya. Carl tahu, Alisa seorang yang bijak, walaupun naïf. Alisa masih lagi terikat dengan adat dan kesopanan Melayu. Bukan seperti dirinya yang sudah lupa semua itu. Cara kehidupannya yang lepas bebas dipengaruhi oleh kerjaya serta keadaan sekeliling. Kerjaya sebagai seorang juruterbang membawa dia menempuhi banyak dugaan. Imannya yang entah ke mana, syahadah hilang daripada hatinya, mungkin akibat benda-benda haram yang menjadi santapannya. Pipi dan bibir wanita-wanita yang dijamahnya

159

entah dimana malah adakalanya dia sendiri tidak tahu nama mereka. Lalu apabila dia bertemu dengan Alisa, terasa sesuatu yang suci dan asli. Sesuatu yang tidak pernah dicemari. Sesuatu yang amat berharga. Sesuatu yang tidak boleh dilepaskan. Dia menutup telefonnya dan terus melangkah ke ruang juruterbang untuk berangkat. Buat pertama kali, kakinya berat untuk melangkah. Hatinya dan perasaannya akan tinggal disini, di tanah tumpah darahnya. Buat pertama kali, dia merasa kekosongan hatinya terisi.

Alisa baru saja tiba di biliknya apabila dia menerima pesanan teks dari Abang Carl. Menyesal juga dia kerana telah memberikan Abang Carl nombor telefonnya. Entah apa lagi yang Abang Carl mahu. Apakah Abang Carl tidak faham bahawa dia tidak dapat menerima Abang Carl di dalam hidupnya. Dibacanya juga pesanan teks Abang Carl itu, nampaknya Abang Carl bersungguh-sungguh memohon maaf. Namun Alisa hanya membiarkan saja pesanan itu tanpa jawapan. Biarlah. Tidak perlu terburu-buru. Lagipun Abang Carl sudah berangkat dengan penerbangannya. Yang pasti bukan Abang Carl di hatinya sekarang. Dan yang penting sekarang ini adalah menghabiskan projek akhirnya yang tinggal sedikit lagi. Selepas itu dia akan pulang dan mencari kerja secepat mungkin. Dia kemudiannya teringatkan

160

wasiat Mak Su yang telah memberikan pegangan saham Rumah Penjagaan Jitra kepadanya. Entah apa haknya di dalam pegangan saham itu, dia sendiri tidak tahu. Mungkin itulah yang patut dilakukan dulu. Menuntut haknya. Alisa mengeluarkan isi beg pakaiannya yang tidak jadi mengikut Boboy membawa Mak Su ke rumah mereka. Mungkin ada hikmahnya atas apa yang berlaku. Dia ternampak bungkusan yang diberikan oleh Abang Carl tempoh hari. Entah apalah di dalamnya. Dia tidak berkesempatan untuk membukanya lagi. Diambilnya kotak itu dan dia mula membuka kertas pembalut. Kotaknya kecil saja, jadi tidak perlu bersusah payah untuk membukanya. Alisa terkejut dengan kandungan kotak itu. Rantai emas putih bersama loket berbentuk hati bertakhtakan berlian. Cantik sekali. Malah terlalu cantik untuk dirinya. Manalah pernah dia merasa untuk memakai rantai sebegitu rupa. Terlalu mahal baginya sebagai seorang pelajar. Ada sekeping nota kecil di dalam kotak itu. Alisa mengambil dan membacanya. My heart is with you… Tersentuh juga hati Alisa akhirnya. Mana-mana gadis pun akan tersentuh dengan pemberian dan ayat itu. Beria benar Abang Carl ingin membuktikan cintanya.. Padahal mereka baru saja berjumpa setelah sekian lama terpisah. Alisa sendiri tidak tahu bagaimana Abang Carl boleh mempunyai perasaan seperti itu. Mungkin lelaki seperti Abang Carl memang mudah untuk jatuh cinta. Mungkin juga ini

161

hanyalah mainan lelaki seperti Abang Carl untuk menambat hati gadis sepertinya. Aduhai hati. Janganlah tergoda. Bisik Alisa kepada dirinya. Dia tidak mahu dibeli dengan hadiah yang mahal atau wang ringgit. Dia mahukan keikhlasan. Dia mahukan seorang lelaki yang bertanggungjawab, lelaki yang boleh menjadi imam kepadanya. Cukuplah hidupnya terpaksa mencari sendiri jalan yang diredhai. Ahli keluarganya yang agak ramai telah membuatkan dia agak tersisih. Ketika itu dia mempinyai Haziq, Dannish dan Adrian yang membesar bersama. Mamanya selalu sibuk menjaga makan dan minum mereka sehinggakan dia mempunyai masa yang terhad untuk Alisa. Itulah yang menyebabkan Alisa rapat dengan Mak Su. Mak Su punya banyak masa dan selalu memberi perhatian kepadanya. Ah! Tidak sempat dia membalas jasa dan budi Mak Su selama ini. Terlalu banyak pengorbanan Mak Su kepadanya, sehingga ke akhir hayat Mak Su pun dia masih berbudi. “Sampai matipun Mak Su sayangkan Onet~” Itulah yang selalu diucapkan oleh Mak Su setiap kali Alisa bertanya. Alisa senyum mengingatkan nama Onet. Nama itu sudah sebati dengan Mak Su,. Walaupun entah berapa ratus kali Mak Su cuba menyebut nama Alisa, yang keluar tetap Onet. Bagi Mak Su nama itu lebih manja dan unik khas untuk dirinya. Onet! Sampai ke tualah Onet jadinya.

162

BAB 30

Boboy kembali ke rumahnya bersama kekecewaan. Hajatnya untuk membawa balik Nek Su tidak kesampaian. Rancangannya untuk membawa Alisa ke rumahnya juga tidak kesampaian. Yang ada bersamanya kini hanyalah beg peninggalan Nek Su kepadanya. Dipegang erat beg itu bagai harta yang amat berharga. Ada beberapa lagi dokumen di dalam beg itu yang perlu ditelitinya. Nek Su telah memberikan satu tanggungjawab yang besar kepadanya. Dia tahu bukan mudah baginya untuk menjalankan tanggungjawab sebesar itu. Namun dia merimanya dengan hati yang terbuka. Hanya dia sajalah yang menjadi harapan Nek Su. Begitu tinggi kepercayaan Nek Su kepadanya dan dia tidak mahu mengecewakan Nek Su. Boboy membuka laptopnya sambil meniarap di atas katil. Beberapa hari kebelakangan ini memang dia tidak menyentuh langsung laptopnya itu. Dia membuka emelnya dan mencari lagi emel dari Nek Su. “Boboy,

163

If only you know how much I miss you. Kalau boleh Nek Su ingin sangat berjumpa dengan Boboy.Kalaulah Nek Su boleh kembalikan masa… Hidup perlu diteruskan walau bagaimana perit sekalipun. Ramai yamg melihat Nek Su sering bergurau dan ketawa, namun tiada siapa yang tahu betapa hancurnya hati ini dengan apa yang berlaku. Semuanya sudah berlalu. Banyak hati yang terluka. Banyak jiwa yang terseksa. I have tried, Boboy. I tried to make things right again. But then everybody was so busy judging me…Mereka terlalu sibuk menghukum Nek Su. Apa saja yang Nek Su lakukan tidak betul lagi pada pandangan mereka. Hanya kerana satu kesilapan Nek Su. SATU KESILAPAN! Mereka menghukum Nek Su sehingga mati! Terlalu mahal harga yang Nek Su terpaksa bayar dengan kesilapan itu. Di antaranya adalah kehilangan Boboy. I have lost you… We have lost the time we should have spent together. Teringin sekali Nek Su melihat Boboy membesar seperti cucu-saudara Nek Su yang lain. Seperti Dannish…Seperti Adrian. Mereka membesar di depan Nek Su. Dannish menjadi pengganti Boboy,namun Nek Su tidak pernah melupakan Boboy. Kalau Boboy bertemu dengan Dannish, jangan terkejut, rupanya amat berbeza dengan adiknya Adrian. Dia adalah satu anugerah kepada kami semua. Nek Su berharap suatu hari nanti Boboy akan bertemu dengan mereka. Bersatulah kembali Boboy. Bawalah mereka untuk bersatu

164

kembali. Waktu dan peluang Nek Su sudah berakhir. Hanyalah Boboy yang Nek Su harapkan. Nek Su tahu tanggungjawab ini amat besar, namun Nek Su yakin Boboy dapat memikulnya. Nek Su yakin cucu saudara Nek Su yang ini dapat menjalankan amanah Nek Su. Selamat malam Boboy. Till I write again.” Boboy menghela nafas panjang. Memang berat amanah Nek Su ini. Dia sendiri tidak tahu samada dia dapat menjalankannya atau tidak. Dia berserah. Hanya dengan bantuan Allah saja dia akan berjaya.

Nazira kembali dengan menerima berita pemergian Mak Su tanpa rasa bersalah sedikit pun. Malah hatinya lega kerana Mak Su tidak akan berada di rumah kakaknya Emira. Biarlah segalanya terkubur dengan Mak Su. Biarlah segalanya ditanam bersama di dalam liang lahad Nek Su. Bagi Nazira itulah pembalasan yang setimpal kepada manusia yang bernama Mak Su. Namun masih ada satu lagi halangan. Alisa! Dia tidak mahu Alisa menjadi sebahagian daripada keluarganya. Dia tidak akan izinkan anak saudaranya menjadi pasangan Alisa. Tidak sekali-kali. “Well! One down…One more to go…” Nazira berbisik kepada dirinya sendiri.

165

Dia merangka apa yang boleh dilakukan supaya Alisa tidak rapat dengan Imsyar sambil tangannya merabaraba bahagian tepi buah dadanya. Entah mengapa sejak beberapa hari yang lalu, dia merasa sesuatu yang pelik pada bahagian tersebut. Dirabanya lagi pada bahagian bawah sedikit. Aduh! Ada ketulan kecil di situ. Dipicitnya, tidak sakit. Ketulan itu sebesar duit syiling lima puluh sen. Ya Allah! Janganlah ada sesuatu yang tidak elok di dalam badannya itu. Sejarah Mamanya mengidap penyakit kanser payudara tiba-tiba menyesakkan nafasnya. Ya Allah! Jangan. Tolonglah. Jangan kanser. Dia masih ingat Mamanya mula disahkan mengidap kanser ketika berumur lewat empat puluhan. Lebih kurang usianya juga. Mamanya cukup menderita dengan penyakit itu. Namun Mamanya seorang yang kuat semangat. Sembilan tahun dia melawan. Sembilan tahun dia berjuang , bertahan dengan penderitaan itu. Ketika itu Nazira sedang menyambung pelajarannya jadi kuranglah masanya dengan Mama. Ketika itu juga Kakaknya Emira baru mula bekerja. Maka tinggallah Mama dan Papanya saja. Papanya pula mula menunjukkan tanda-tanda penyakit kanser beberapa tahun selepas itu. Lalu kepada Mak Sulah tempat mereka bergantung. Mak Su yang menjaga makan dan minum Mama. Mak Su yang memasak untuk kedua Mama dan Papanya. Mak Su juga yang akan menguruskan keperluan pengajiannya. Memang Mak Su banyak berkorban untuk

166

mereka. Tetapi padanlah, Mama dan Papanya juga telah banyak membantu Mak Su. Kalau tidak kerana Papanya, sudah lama rumah lama itu tergadai. Kalau Papanya tidak menjadi penyelamat, sudah lama Mak Su dan keluarganya merempat. Mak Su sepatutnya bersyukur. Mak Su sepatutnya lebih berterima kasih kepada Mama dan Papanya. Mak Su sepatutnya lebih sedar diri. Bagi Nazira dia tidak berhutang apa-apa dengan Mak Su. Apa yang Mak Su lakukan adalah sebagai membalas budi Mama dan Papanya. Tapi kenapa dia harus merasa bersalah? Itulah yang selalu dikatakan oleh adik beradik Papanya. Mereka yang tinggal di rumah lama itu sepatutnya bersyukur kerana telah diberikan masa yang lama untuk tinggal di situ. Lima tahun selepas pemergian Papanya barulah mereka mengambil tindakan. Selama itu mereka hanya memberi peringatan supaya Mak Su dan mereka yang lain keluar dari situ, namun tidak diendahkan. Sehinggalah saudara sepupu Papanya, peguam Ezad Zamri dipanggil untuk campur tangan. Selepas itu bermulalah episod luka di dalam hidup mereka semua. Mak Su lah puncanya!

167

BAB 31

Akhirnya, Alisa dengan bangganya telah menamatkan projek tahun akhirnya. Sekarang dia bebas, sementara dia mendapat kerja. Dia tersenyum puas. Segala susah payahnya terasa berbaloi. Yang penting, dia akan pulang dan cepat-cepat mencari kerja. Kerja? Eh! Bukankah dia sekarang adalah pemegang saham Rumah Penjagaan tinggalan Mak Su? Tapi apa manfaatnya menjadi pemegang saham? Dia tidak tahu selok belok perniagaan seperti itu. Mungkin inilah masanya untuk dia mengambil tahu serta menuntut haknya. Segalanya telah sedia, hanya menanti untuk dijemput. Boboy dengan rela hati telah menawarkan dirinya untuk menjemput Alisa. Puas juga ditolaknya, namun Boboy tetap berkeras. Dia akur, memang lebih mudah sekiranya ada kenderaan. Barangnya agak banyak juga. Iyalah, dia perlu membawa semuanya balik kerana dia bukan lagi penghuni asrama itu. Dia telah tamat pengajiannya. Kalau Mak Su ada, pasti dia berbangga. Kalau bapanya ada, pasti juga akan berbangga. Alisa terkenangkan arwah bapanya, agak garang orangya. Alisa yang sememangnya nakal ketika kecil selalu

168

dimarahi. Dia akan mencari perlindungan kepada Mak Su. Seperti biasa Mak Su adalah peguam belanya. Adakalanya, Mak Su dan bapanya bergaduh kerana dia. Memang Mak Su selalu menangkan Alisa kerana katanya Alisa terlalu comel untuk dimarahi. Memang dia melampau apabila Mak Su ada disisinya. Telefonnya berbunyi. „Dah sampai…‟ Teks masuk dari Boboy. „Ok, Alisa turun.‟ Taip Alisa. Dia membawa barang-barangnya tidak cukup tangan. Apabila sampai di bawah, pantas saja Boboy menyambar beg-beg yang hampir terjatuh itu. “Kenapa tak beritahu barang banyak. Boleh Boboy naik dan tolong bawa.” Ujar Boboy. “Isy…tak malu nak masuk asrama perempuan. Nak skodeng ler tu…” Jawab Alisa mengusik. “Eh! Mana ada…Kenapa jealous ke?” Balas Boboy pula. “Perasan. Sudah. Tunggu sini…Last trip…” Alisa memerintah. “Yes my bossy Boss… Garangnya…” Jawab Boboy, mengusik. “Huh!” Alisa mendengus sambil berlalu dari situ. Memang sengaja Alisa berbuat begitu, dia tidak mahu Boboy tahu akan perasaannya. Ada rindu yang terubat apabila melihat kelibat Boboy tadi.Dia menapak memanjat ke tingkat satu asrama itu. Tiba diatas matanya tertumpu ke

169

arah Boboy yang sedang menantinya. Sejauh manakah dia akan dapat melawan perasaannya? Apakah ini takdir? Alisa mengangkat sedikit lagi barang-barang yang ada di dalam bilik itu. Bilik yang dihuninya sepanjang semester akhir.Tiada apa lagi yang tinggal. Alisa berpuas hati dan menutup kembali pintu bilik menandakan itulah kali terakhir dia akan berada disitu. Di bawah ada seseorang sedang menantinya. Entah sebagai apa. Di luar sana banyak lagi cabaran yang menantinya juga. „Goodbye USM…Welcome to the real world Alisa!‟

Boboy memandu menuju ke utara lagi. Banyak juga yang dibualkan olehnya dengan Alisa. Ada juga dia selitkan rindu dan sayangnya, namun tidak bersambut. Entah mengapa. Kalau diikutkan dengan pandangan mata kasarnya, nampak juga yang Alisa sukakannya. Sukar baginya untuk meneka. Namun dia tidak berputus harap. Sabarlah wahai hati! Suatu hari dia akan berterus terang. Suatu hari nanti. “Kita ke kubur Nek Su dulu boleh tak?” Tanya Boboy apabila ternampak papan tanda Alor Setar Utara. “Hmm…Ok, boleh juga.” Ujar Alisa. Kubur Nek Su masih merah, baru dua minggu dia pergi. Alfatihah disedekahkan kepada Nek Su. Semoga damai di sana. Masing-masing menahan sebak di dada.

170

Pemergian Nek Su di saat dia ditemukan dengan cucu saudara kesayangannya. Terbit kesangsian di dalam hati Boboy. Kenapa tiba-tiba Nek Su boleh diserang sakit janting. Padahal petang sebelumnya. Dia nampak kuat dan bersemangat. Memang semua itu takdir, tetapi apa penyebabnya. Seperti ada sesuatu yang tidak kena. Fikirannya berputar mencari jawapan. Tiba-tiba bayangan kelibat Acu di sudut lobi menerjah. Boboy mula merasa ada sesuatu kaitan di antara kelibat Acu dengan kejadian serangan jantung Nek Su. “Kenapa Boboy?” Terdengar suara Alisa bertanya. “Ada yang tak kena ke?” Boboy diam sebentar. “Boboy tengah fikir apa yang sebenarnya berlaku kepada Nek Su. Dia nampak sihat dan bersemangat masa petang terakhir kita jumpa dia.” Ujar Boboy menyuarakan kesangsiannya. “Maksud Boboy:” Alisa meminta kepastian. “Sebenarnya masa kita hendak balik petang itu, Boboy seperti ternampak kelibat Acu di satu sudut lobi rumah penjagaan itu. Entahlah…” Jawab Boboy. “Maksud Boboy Kak Ira, adik Mama Boboy? Ada apa dengan dia?” Soal Alisa semakin tidak faham. “Ya. Acu, adik Mama. Sebenarnya Acu tidak dapat menerima Nek Su kembali, Dia tidak suka apa yang Boboy buat. Dia tidak mahu Nek Su dibawa ke rumah Boboy. Dia

171

tidak dapat memaafkan Nek Su,” Terang Boboy dengan tenang. “Tapi,takkanlah sampai dia sanggup…” Alisa tidak dapat meneruskan kata-katanya. Boboy hanya diam sambil menghela nafasnya. Kemungkinan itu ada. Kemungkinan bahawa Acunyalah yang menjadi penyebab Nek Su diserang sakit jantung. Memang ada kemungkinannya. “Alisa…apa kata esok kita pergi ke rumah penjagaan itu. Kita siasat.” Tiba-tiba Boboy menjadi teruja. “Ha! Bagus juga. Alisa juga memang nak pergi. Alisa nak tahu apa hak Alisa sebagai pemegang saham di rumah penjagaan itu.” Balas Alisa. “Oh ya. Boboy lupa. Wah! Hebat Alisa sekatang ini. Onet the share holder…” Boboy tertawa kecil. Pantas Alisa mencubit lengan Boboy. Ada sesuatu yang menyelinap dalam hati mereka. Sesuatu yang tidak berani diluahkan. Ya…sesuatu yang indah.

172

BAB 32

Nazira berdebar-cebar di dalam bilik Doktorr Iffah menantikan keputusan ujian kansernya. Tidak henti dia mendoakan agar keputusannya negatif. Doktor Iffah bukan orang lain, sepupunya juga. Anak Mak Ngah, adik Mamanya. Nazira merasa lebih selesa membuat ujian tersebut dengan Doktor Iffah. “Kak Ira…” Doktor Uffah memulakan bicaea\ra. “Sabarlah. Keputusan ujian kanser Kak Ira, positif.” Bagai dihempap batu perkataan positif itu menusuk ke telinganya. Dia menangis. Menangis semahunya. Apa yang ditakutkan selama ini menjadi kenyataan. Bayangan penderitaan Mamanya menerjah dan menghantui fikirannya. “Sabar Kak Ira. Ini ujian dari Allah. Dia lebih mengetahui segala sesuatu.” Ujar Doktor Iffah cuba menenangkam pesakit di depannya itu. “Iffah tahukan sejarah keluarga Kak Ira? Mama dan Papa mengidap kanser. Iffah tahukan bagaimana mereka menderita. Kak Ira takut. Takut sangat.” Suara Nazira terketar-ketar.

173

“Iffah tahu. Tetapi kalau Kak Ira ikut rawatan yang ada, InsyaAllah umur Kak Ira akan survive.Arwah Mak Chaq boleh bertahan hampir dua puluh tahun. Kak Ira pasti boleh.” Ujar Doktor Iffah memberi semangat kepada Nazira. “Yang penting sekarang, kita keluarkan dulu ketulan itu. Kemudian kita akan mulakan rawatan susulan.” Sambungnya lagi. Nazira pulang dengan hatinya yang luluh. Pelbagai persoalan yang menghantuinya. Bagaimana dia harus menghadapi semua ini? Apakah dia akan menerima nasib yang sama seperti Mamanya? Tetapi Mamanya beruntung kerana mempunyai Papa. Dia tidak punya siapa-siapa selain keluarga Kakaknya Emira. Ya Allah! Dugaan apakah ini? Dia beristighfar panjang. Dia memandu menghalakan keretanya ke rumah Emira. Ke mana lagi kalau bukan ke sana. Kepada siapa lagi kalau bukan Kakaknya Emira. “Adik…Kenapa ni?” Tanya Emira sebaik saja melihat adiknya menangis. Nazira tidak dapat bersuara. Dia menangis semahunya di dalam pelukan Emira. “Adik…mengucap. Istighfar banyak-banyak. Ingat Allah.” Kata Emira sambil menenangkan adiknya. Nazira cuba mencari ruang untuk menenangkan dirinya. Agak lama barulah dia bersuara. “Kakak…Adik positif kanser. Macam Mama.” Itu sajalah yang keluar daripada mulutnya.

174

Emira terkejut. Beristighfar panjang dia. Dia terus memeluk adiknya. Kedua-dua mereka tenggelam di dalam tangisan masing-masing. “Adik takut…takut jadi Mama.” Ujar Nazira dalam esakannya. “Tak mengapa adik. Kakak ada. Kakak akan jaga adik.” Emira cuba menenangkan adiknya. Nazira hanya menganggukkan kepalanya. Tiada siapa yang ada lagi bagi mereka. Susah senang mereka harungi bersama. Dua beradik. Mereka hanya dua beradik saja. Tiada lagi Mama dan Papa. Tiada lagi orang tua. Buat pertama kali di dalam hidupnya, dia merasa keseorangan. Walaupun Kakaknya ada disisi, dia tidak punya sesiapa. Dia tidak punya keluarganya sendiri. Dia hanya menumpang kasih dengan keluarga Kakaknya itu. Nobody to call my own. Boboy mengambil kesempatan untuk ke bank di bandar Alor Setar sementara dia masih di situ. Dia ingin mendapatkan kandungan peti simpanan keselamatan yang ditinggalkan oleh Nek Su. Hanya dia seorang saja yang dibenarkan masuk dan membuka peti tersebut. Alisa terpaksa menunggu di luar bilik tersebut. Berdebar-debar dada Boboy semasa membuka peti tersebut. Dibukanya perlahan-lahan. Ada beberapa dokumen di dalamnya serta sebuah bungkusan yang dibalut rapi.

175

Boboy mengambil bungkusan itu dan membukanya. Tergamam sebentar. Dia mengeluarkan isi kandungan bungkusan itu untuk memastikan apa yang dilihatnya adalah benar. Terdapat lebih kurang dua puluh bekas duit lima puluh ringgit tersusun kemas. Banyaknya duit yang Nek Su tinggalkan. Entah mengapa Boboy terasa badannya berpeluh walaupun tempat itu berhawa dingin. Boboy menyimpan kembali wang tersebut. Dia ambil pula satu sampul yang bertanda “KARMA”. Boboy menyeluk di dalam sampul tersebut dan mengeluarkan beberapa keping kertas. Terdapat beberapa keratan akhbar mengenai kemajuan seseorang. Ada satu keratan yang memberi satu liputan meluas mengenai suatu pembunuhan yang bertajuk “Peguam Ezad Zamri Mati Ditembak.” Dengan serta merta Boboy teringatkan nama peguam Ezad Zamri. Ya! Memang betul. Ini adalah keratan akhbar mengenai pembunuhan peguam itu, saudara Tok Pa. Boboy membaca sekali lalu. Menurut berita di dalam keratan akhbar itu peguam Ezad terlibat di dalam satu penipuan pembelian tanah. Ada pihak yang tidak berpuas hati lalu membunuhnya. Patutlah Nek Su menulis perkataan KARMA di atas sampul itu. Karma hidup. Segala perbuatan kita baik atau jahat akan menerima pembalasan. Ada satu fail yang tercatat nama “Boboy” terletak di bawah sekali di dalam peti itu. Boboy membukanya. Ada dokumen mengenai sebuah akaun bank di luar Negara. Akaun itu tidak mempunyai nama. Hanyalah nombor akaun

176

dan nombor pengenalan. Di dalam fail itu, di bahagian belakang sekali, tertulis nama dan kata laluan bagi akaun tersebut. Terdapat juga salinan surat lahir Boboy di dalamnya. Patutlah Nek Su dapat meletakkan namanya di dalam setiap urusan. Nek Su mempunyai salinan surat lahirnya. Boboy mengambil fail tersebut dan menutup kembali peti itu. Setelah menyimpan kembali peti itu, Boboy keluar mencari Alisa. “Lamanya…” Alisa merungut. “Maaf, Banyak juga benda yang Nek Su tinggalkan.” Ujar Boboy tenang. “Apa yang Mak Su tinggalkan?” Akusa bertanya. “Macam-macam, nantilah Boboy cerita. Kita makan dululah. Boboy lapar.” Jawab Boboy sambil mengajak Alisa keluar dari bank tersebut. Pelbagai perkara yang menerjah mindanya sekarang ini. Duit Nek Su, dokumen bank dan paling menarik perhatian perkataan KARMA. Ya! Karma has done the job.

177

BAB 33

Jadual mereka agak sibuk hari ini. Selepas selesai urusan bank, Boboy dan Alisa meneruskan perjalanan mereka menuju ke Rumah Penjagaan Jitra. Alisa rasa gementar apabila mereka sampai di lobi. Setelah mengenalkan dirinya, dia dibawa berjumpa dengan Pengurus Rumah Penjagaan itu. Alisa menunjukkan segala dokumen yang ada padanya bagi membuktikan siapa dia sebenarnya. Linda, pemgurus rumah penjagaan itu membetitahu sedikit sebanyak mengenai penubuhannya. Mak Su dan sahabatnya telah mula menjalankan perkhidmatan penjagaan pesakit lebih kurang lima belas tahun lalu. Perkhidmatan mereka mendapat sambutan yang amat menggalakkan sehingga mereka dapat membuka sebuah rumah penjagaam. Sahabat Mak Su itu masih hidup dan tinggal berdekatan dengan rumah penjagaan itu. Farah Adiba. Alisa seperti kenal nama itu. “Aunty Diba...” terpacul nama itu dari mulut Alisa. “Awak kenal dengan dia?” Tanya Linda.

178

“Ya…kenal. Dulu Mak Su selalu bawa kami ke rumah dia. Nanti boleh tak saya nak berjumpa dengan dia?” Pinta Alisa. Linda hanya menganggukkan kepalanya. “Sebelum itu saya ingin melihat laporan kematian Mak Su saya…” “Dan rakaman CCTV pada hari kematiannya.” Pantas Boboy menyambung percakapan Alisa. Alisa berpaling dan memandang Boboy dengan perasaan ingin tahu. Boboy hanya merenung Alisa seperti ada sesuatu rahsia yang ingin dikongsikan bersama. “Owh…Maaf, laporan kematian kami boleh beri, tetapi rakaman CCTV tidak boleh Sorry. Procedure.” Jawab Linda tegas. “Puan Linda…”Balas Alisa kurang berpuas hati. “I think you sudah lupa siapa saya. Saya adalah pemegang saham kedua terbesar di sini. I am entitled to see whatever I want to see or you want me to speak to Aunty Diba?” Tegas juga suaranya. Puan Linda diam sebentar, berfikir. “Okay, sila tunggu sekejap.” Ujar Puan Linda sambil beredar keluar dari pejabatnya. Boboy agak terkejut dengan tindakan Alisa, tersenyum sinis akhirnya. “Wah….garangnya. Hahaha…ini baru betul Onet yang Boboy kenal dulu-dulu.” Ujarnya sambil ketawa kecil.

179

“Ha…dah tahu jangan main. Don’t play play!” Jawab Alisa bersahaja. “Tapi Boboy nak buat apa dengan rakaman itu?” Sambung Alisa hairan. “Boboy nak pastikan siapa yang melawat Nek Su pagi itu atau petang selepas kita datang.” Jawab Boboy. “Boboy suspect apa?” Tanya Alisa lagi. “Ingat tak tentang Acu. Boboy nak pastikan samada Acu datang ke sini atau tidak.” Terang Boboy. Barulah Alisa faham. Tetapi adakah Kakak Nazira sanggup untuk mencederakan Mak Sunya sendiri? Tidak sanggup pula Alisa untuk memikirkannya. Dia tidak kenal langsung dengan Acu Boboy itu. Entahlah! Dia mengeluh panjang.

Boboy dan Alisa meneliti laporan kematian Nek Su. Doktor telah mengesahkan kematian Nek Su akibat serangan jantung. Boboy tidak berpuas hati lagi kerana petang sebelumnya, Nek Su memang nampak kuat dan segar. Mereka kemudiannya melihat pula kandungan rakaman CCTV pada pagi kematian Nek Su. “Sekejap!” Boboy bersuara.” Berhenti pada jam 7.45…” Kelihatan di dalam rakaman itu, seorang wanita berpakaian biasa masuk ke dalam bilik Nek Su. Dari gaya jalan Boboy amat pastu itu adalah Acunya!

180

“Ya Allah! Itu Acu, dia ke sini, memang betullah dia yang Boboy nampak hari itu! Apa yang dia buat?” Pelbagai soalan dan kemungkinan bermain di fikirannya. “Tapi macam mana dia boleh masuk awal begitu?” Alisa pula bertanya. “Ya lah. Ada yang tak kena ini. Puan Linda, saya tak puas hati. Tolong siasat perkara ini sebelum saya panjangkan ke pihak berkuasa!” Boboy memberi amaran. Puan Linda nampak terkejut dengan apa yang dilihatnya.Boboy tidak peduli. Dia ingin kebenaran. Dia ada perhitungan yang perlu dibuat dengan Acunya. Sanggup Acunya menyakiti Nek Su. Siapakah Acu untuk menghukum Nek Su begitu rupa? Hatinya tiba-tiba membuak dengan rasa marah. Acunya telah meragut harapannya untuk bersama dengan Nek Su. Acu adalah penyebab kematian Nek Su. Dia yakin benar bahawa Acunya ada kena mengena dengan kematian Nek Su.Tidak mungkin Acu ke sini untuk memohon maaf kerana Boboy tahu Acunya tidak pernah memaafkan Nek Su “Sabarlah Boboy!” Tiba-tiba terasa bahunya diusap lembut. Boboy menoleh dan ternampak Alisa disisinya. Serta merta air matanya menitis. Entah mengapa. “Tak adil, semua ini tak adil. Siapakah Acu untuk menghukum Nek Su. Lagipun Nek Su dah tua. Cukuplah apa yang dialaminya selama ini.” Suara Boboy tersekatsekat menahan sebak.

181

“Tak baik macam ini. Semua itukan takdir. Ingat tak Karma yang Boboy ceritakan? Setiap perbuatan baik atau buruk akan mendapat balasan. Kita ada tugas lain yang lebih penting,” ujar Alisa memberi semangat kepada Boboy.

Boboy hanya diam, tetapi agak reda perasaannya. “Thank you Alisa, Glad you are here with me.” Jawab Boboy sambil menggenggam tangan Alisa.

182

BAB 34

Selepas beredar dari rumah penjagaan itu, mereka singgah sebentar di rumah Aunty Diba, sahabat Nek Su. Aunty Diba seusia Nek Su tetapi nampak masih sihat walaupun tidak kuat. Wajahnya lembut dan amat mesra sekali. Apatah lagi bila Alisa mengenalkan siapa dirinya. Aunty Diba terus memeluk Alisa. “Maafkan Aunty. Aunty rak dapat ziarah jenazah Mak Su hari itu, Aunty benar-benar tak sihat.” Suaranya penuh kesal. “Tak mengapalah Aunty. Kami faham. Aunty tahu mengenai wasiat Mak Sukan?” Tanya Alisa. “Ya…Jadi sekarang ini, Alisa dah jadi sebahagian daripada Rumah Penjagaan Jitra. Welcome aboard.”Ujar Aunty Diba. Alisa hanya senyum. “Boleh Aunty tahu siapa teman Alisa ini?” Aunty Diba bertanya sambil memandang Boboy. “Saya cucu saudaranya. Imsyar. “ Jawab Boboy. “Imsyar? Cucu saudara yang mana satu? Yang Aunty kenal Dannish dan adiknya.” Soal Aunty Diba lagi.

183

“Saya cucu sulungnya. Anak Emira, anak saudara Nek Su. Aunty kenal?” Giliran Boboy pula bertanya. “Owh! Mestilah ingat. Nek Su betul-betul kecewa dengan apa yang berlaku.” Jawab Aunty Diba. “Tetapi I assume everything is okay since you and errr…Onet are together.” Sambungnya lagi sambil tersenyum. Boboy dan Alisa turut senyum. “Wah! Famous jugak Onet ini ya?” Usik Boboy. Alisa tunduk malu. “Kalau nak tahu, Nek Su is very proud of her. Boleh dikatakan semua kenalan Nek Su kenal Onet.” Balas Aunty Diba. Persinggahan yang hanya dijangkakan sekejap membawa mereka bertandang lebih dua jam. Banyak cerita mengenai Nek Su yang Aunty Diba kongsikan bersama. Nampaknya Aunty Diba amat mengenali Nek Su. Menurut Aunty Diba, Nek Su adalah seorang sahabat yang baik. Jarang sekali menyakitkan hati orang. Nek Su suka membantu sesiapa saja sekadar yang mampu. Walaupun ada kawan-kawan yang menyakitinya dia masih melayan meeka dengan baik. Jarang sekali dia bercerita mengenai keburukan orang. “Beginilah Alisa. Selepas ini segala perkara berkaitan dengan rumah penjagaan itu Aunty serahkan kepada Alisa. Aunty sudah letih, Aunty ingin berehat sepenuhnya. Aunty juga akan pindahkan semua saham

184

milik Aunty kepada Alisa. Aunty pun tak punya siapa lagi.” Kata Aunty Diba mengakhiri perbualan mereka.

Antara gembira dan terharu Alisa menerima tawaran Aunty Diba itu. Ini bermakna dia telah menjadi pemegang saham terbesar di rumah penjagaan itu. Syukur yang teramat kerana dia kini sudah ada kerja yang menanti. Tidak pernah terlintas langsung yang rezekinya ada di rumah penjagaan itu. Terima kasih Mak Su. Terima kasih Aunty Diba. Setelah semuanya selesai, Boboy menghantarnya pulang. Ada satu kekosongan terasa apabila dia mengucapkan selamat tinggal kepada Boboy. Makin dalam perasaan itu. Namun bukan itu yang menghantui fikirannya sekarang. Kalau Kak Ira sanggup berlaku kejam kepada Mak Su, apatah lagi kalau dia tahu mengenai perasaannya kepada Boboy. Mungkin mati dikerjakannya. “Ha Alisa...baru nampak muka. Mentang-mentang dah habis belajar,,,” Terdengar suara kak Nad semasa dia masuk ke rumah. “Hahaha…jangan jeles ya, Alisa nak berehat dulu. Nak relaks.” Jawab Alisa, masak benar dengan bahasa Kak Nadya. “Jangan nak dok relaks sangat. Kerja kena cari jugak.” Jawab Kak Nadya.

185

“Haaa…yang itupun jangan jeles. Orang dah ada kerja. Jadi pengarah lagi.” Jawab Alisa tidak mahu kalah. “Alahai…beranganlah pulak adik aku ni…” Ujar Kak Nadya dengan loghat Kedahnya. Alisa tersenyum. Dia menceritakan segalanya kepada Kak Nadya. Semua sekali bermula dari rakaman CCTV itu sehinggalah perjumpaannya dengan Aunty Diba. Terlopong Kak Nadyanya mendengar semua itu. “Sampai hati Nazira buat begitu. Tak sangka sungguh. Tapi memang dari dulu dia lain sikit perangainya.” Ujat Kak Nadya selepas Alisa selesai bercerita. “Lain? Lain macam mana?” Tanya Alisa minta penjelasan. “Dari dulu Mama dia sendiri beritahu, perangainya lebih mewarisi keluarga Papanya. Tapi Papanya baik sangat. Berbeza betul dengan Nazira. Hatinya keras..” Ujar Kak Nadya. “ Boboy marah benar dengan Acunya. Takut jugak tadi.” Ujar Alisa. “Haaa...Hang dengan Boboy apa cerita? Rapat betoi la ni…”Soal Kak Nadya pula. “Isy…,mana ada apa. Kak Nad jangan nak buat cerita pulak.” Pintas Alisa. “Tak dak apa tak pa lah. Jangan dok cari pasai dengan depa. Baik hang kawan dengan sapa tu…ala anak orang putih kawan Mak Su tu….” Berkerut dahi Kak Nadya cuba mengingati nama lelaki itu.

186

Alisa mendiamkan dirinya. Tidak perlu rasanya dia menjawab soalan Kak Nadya itu. “Haaa…Carl…betoikan nama dia Carl?” Soal Kak Nadya lagi. Alisa terus mendiamkan dirinya. Tidak kuasa dia melayan Kak Nadyanya itu. Kalau boleh dia tidak mahu ada kena mengena dengan Carl. Abang Carl. “whoi…aku tanya ni…” Sergah Kak Nadya tidak puashati. Alisa bangun dan berlalu dari situ , meninggalkan Kak Nadya termanggu-manggu.

187

BAB 34

Penemuan di dalam CCTV di rumah penjagaan itu, telah membawa Boboy pulang dengan hatinya yang sarat dengan perasaan marah dan sedih. Kalau boleh mahu saja dia bersemuka dengan Acunya sebaik saja dia pulang. Namun masih ada lagi rasa hormatnya kepada Acunya itu. Dia cuba untuk menenangkan hatinya. Dia sedar pemergian Nek Su adalah takdir namun penyebabnya itu yang membuat dirinya terkilan. . Boboy mengakses kembali emelnya yang agak lama ditinggalkan. Masih ada beberapa emel dari Nek kepadanya. Boboy terasa dekat dengan Nek Su setiap kali dia membaca emel-emel itu. Kalaulah dia punya kesempatan untuk bersama Nek Su lagi, pasti dia akan dapat merasa kasih sayang Nek Su itu. Namun segalanya telah berlalu. Nek Su telah tiada. “Salam Boboy tersayang, Nek Su selalu doakan agar Boboy berada dalam keberkatan Illahi. Keberkatan dariNya yang penting dalam hidup ini. Biarpun wang dan harta berjuta tiada maknanya

188

kalau tidak berkat. Begitulah juga dengan wang yang Nek Su tinggalkan kepada Boboy. Jalankan tanggungjawab dengan amanah. Jangan jadi Nek Su. Bantulah sesiapa yang perlu terutamanya keluarga Tok Man. Dahulukan keluarga terdekat. Itu lebih afdal. Nek Su rasa sudah tidak banyak yang boleh Nek Su ceritakan. Penglihatan Nek Su semakin kabur. Nek Su akan menjalani pembedahan mata lagi. Namun peluang untuk melihat seperti biasa hanya 50-50. Kalau ini dugaan, Nek Su terima. Kalau ini balasan atas dosa-dosa Nek Su, apa yang boleh Nek Su katakan selain dari pasrah. Boboy tahu tak kenapa Nek Su memberikan nama Boboy? Ketika Boboy dilahirkan Nek Su amat gembira. Cucu saudara yang pertama seorang lelaki. Kerana itulah Nek Su memanggil Boboy sebagai panggilan manja. Sebagai lambang bahawa Boboy adalah lelaki pertama di dalam barisan cucu saudara Nek Su cicit Hj. Din. Maaf Boboy, Nek Su tidak boleh menaip lagi. Tak siapa yang tahu betapa sukarnya untuk Nek Su menaip setiap patah perkataan.Betapa sukarnya unruk menghadapi hidup seharian. Namun Nek Su mesti tabah, setabah Tok Ma Boboy, ujiannya lebih perit bila dia disahkan menghidap sakit kanser. Dia kuat sekali. Dia berjuang sehingga ke akhir hayatnya. Till her last breath. Sehingga kini Nek Su amat merinduinya. Nek Su tidak pernah lupa tarikh dia meninggalkan kami.”

189

Terubat juga hati Boboy selepas membaca emel Nek Su. Hebat juga dugaan Yang dihadapi oleh Nek Su serta Tok Ma. Boboy tidak pernah kenal dengan Tok Ma tetapi Mamanya selalu bercerita mengenai Tok Ma, kalau mereka ada, pasti lagi meriah hidupnya. “Syar…” Terdengar suaranya Mamanya yang mengetuk pintu biliknya. Boboy bingkas bangun dan membuka pintu biliknya. “Mama…ada apa? Masuklah.” Tanya Boboy sambil mempelawa Mamanya masuk. “Sibuk anak Mama ini. Syar okay? Ini ada surat untuk Syar.” Ujar Mamanya sambil menghulurkan sampul surat putih. Boboy mengambil dan terus membukanya. Dibacanya dengan teliti. Dia kemudiannya tersenyum. “Yes…..Mama…Boboy dah dapat surat Latihan Industri untuk semester akhir.” Kata Boboy teruja sekali. “Dimana? Bila nak mula?” Soal Emira. “Penang…Minggu depan” Jawab Boboy masih tersenyum. “Penang? Kenapa sana?” Soal Emira lagi. “Dah rezeki di situ, itu pilihan kedua Syar.” Jawab Boboy jujur. “Huh! Lagi dekatlah dengan Kedahkan…” Ujar Emira ada makna lain di sebaliknya.

190

“Kenapa Ma? Salahkah kalau Syar rapat dengan Alisa sekeluarga?” Tanya Boboy seakan faham gusar hati Mamanya. Emira diam sebentar. “Mama tidak melarang atau menggalakkan. Mama tidak mahu Syar terpaksa membuat pilihan nanti. Mama tak mahu Syar tersepit di tengah seperti Mama dulu.” Emira menyuarakan kerisauannya. “Ma…Kalau ada restu daripada Mama segalanya akan okay. Restu Mama yang penting.” Jawab Boboy seakan memujuk. “Jadi benarlah sangkaan kami…Syar sukakan Alisa?” Tanya Emira meminta kepastian. “Tak salahkan Mama? Jangan risau Mama. Terlalu awal dan terlalu muda untuk kami fikirkan semua itu. Tetapi if you insist….I am ever ready…” Ujar Boboy sambil ketawa kecil mengusik Mamanya. “Hah…Don’t push it. Jangan nak berangan kahwin sebelum kerja.” Jawab Mamanya sambil mencubit pipi Boboy. Emira membiarkan Boboy dengan keterujaannya walaupun agak risau dengan kemungkinan yang mendatang. Dia tidak mahu menghalang hubungan Boboy dengan keluarga Pak Cik Mannya itu. Dia cuma takut kalau-kalau Boboy benar-benar jatuh hati dengan Alisa. Selama ini Emira tidak pernah memberi tekanan kepada Boboy dalam apa juga perkara. Dia selalu membiarkan Boboy membuat

191

keputusan sendiri. Namun kalau itu takdirnya, terpaksa di telan juga. Ah! Biarkan dulu, Ada yang lebih penting yang perlu dirisaukan. Adiknya, Nazira disahkan mengidap kanser. Sejarah berulang kembali. Atas permintaan Nazira, dia belum lagi memberitahu sesiapa di dalam keluarganya. Nazira meminta masa untuk dia bertenang dan menerima hakikat kehidupannya. “Kakak, biarlah dulu, jangan beritahu sesiapa lagi. Biarlah Adik tenang diri dulu. Nanti Adik sendiri akan beritahu mereka semua.” Emira akur.

192

BAB 35

Hari minggu ini adalah hari minggu terakhir bagi Boboy bersama dengan keluarganya. Selepas ini dia akan memulakan latihan industri di Pulau Pinang. Dia amat teruja kerana ini bermakna dia akan lebih dekat dengan Alisa. Dia sedang mengemas baju dan keperluannya apabila terdengar suara Mamanya memanggil dari bawah. Boboy bingkas bangun dan berlari turun. Kemudian terdengar pula suara Mama memanggil adiknya Zaif. Sebaik saja mereka berdua sampai di bawah, Boboy tersentak melihar Acunya. Mahu saja dia pergi dari situ, namun hormatnya masih ada. Tambahan pula kelihatan wajah Acu dan Mamanya yang keruh. Ada sesuatu yang tidak kena. “Ada apa Mama?” Tanya Boboy sambil bersalam dengan Acunya. “Acu ada perkara yang ingin beritahu….” Semuanya diam. “Acu telah disahkan mengidap penyakit kanser!” Sambung Acunya lagi. Semua masih diam. Acu dan Mama mengelap air mata masing-masing. Wajah Papanya berubah. Wajah Zaif

193

pun menjadi keruh. Mungkin hanya dia saja yang tidak menunjukkan reaksi seperti mereka. Dalam hatinya masih terpahat luka, dalam fikirannya masih terbayang rakaman CCTV yang dilihat tempoh hari. Tiada simpati. Mungkin ini balasan Tuhan namun siapa dia untuk menghukum. “Mungkin sudah sampai masanya Acu bertaubat!” Itu yang terpacul daripada mulutnya. “Syar! Kenapa ini. Kenapa cakap macam tu?” Agak keras suara Papanya. “Maafkan Syar…Tapi tanyalah Acu apa yang dia telah lakukan kepada Nek Su!” Keras juga suara Boboy mempertahankan dirinya. “Nek Su…Nek Su…Obses sangat dengan Nek Su. Nek Su dah mati! Move on…” Balas Acunya, marah. “Memang Nek Su dah mati. Aculah penyebabnya!” Pintas Boboy. “Apa yang Syar merepek ni? Apa kena mengena Acu dengan kematian Nek Su?” Mamanya pula bertanya. Boboy menceritakan segala yang ditemuinya semasa di rumah penjagaan tempoh hari. Biar semua tahu apa berlaku. “Hey…Memang Acu pergi berjumpa Nek Su. Acu cuma bercakap dengan dia. Itu saja.” Acunya mempertahan diri pula. “Memanglah Acu bercakap saja. Tapi apa yang Acu cakap sehingga dia boleh diserang sakit jantung? You

194

must have said something that upset her“ Balas Boboy tegas. “Nek Su dah mati.Sudahlah. Syar ingat Nek Su tu baik sangat. Syar tidak tahu semua cerita Nek Su… Kalau Syar nak tahu sebenarnya Nek Su adalah…” “Cukup!.Sudah Adik. Mak Su dah tak ada. Tak baik cakap yang buruk pada orang yang dah tiada.” Pantas sekalu Emira memotong cakap Adiknya. “Walau apapun kesalahan Nek Su, walau sejahat mana pun dia. Syar tak peduli, She had paid the price! Siapa kita untuk menghukumnya? Dia telah bayar harga kesilapannya. Takkan sampai mati pun kita masih nak menghukum dia?” Balas Boboy meluahkan segala yang terbuku di hatinya. Boboy berlalu dari situ. Dia tidak mahu memanjangkan lagi pertelingkahan itu. Cukuplah dia telah meluahkan apa yang terbuku di dalam hatinya. Tidak pernah sekali pun dia ,meninggikan suaranya begitu.

Nazira tergamam dengan kata-kata yang dihamburkan oleh anak buah kesayangannya. Tidak pernah sekalipun Boboy berkelakuan begitu. Di saat dia memerlukan sokongan dan kasih sayang keluarganya, anak buahnya sendiri menolak dirinya. “Apa semua ini Adik? Apa yang terjadi sebenarnya?” Terdengar suara kakaknya Emira bertanya.

195

Nazira menarik nafas panjang, cuba mencari alasan atas perbuatannya. “Adik cuma pergi dan berbual dengan Mak Su. Itu saja. Mana Adik tahu dia akan mati.” Ujarnya tanpa rasa bersalah. “Apa yang Adik bualkan?” Tanya abang iparnya, Aznol. “Err…Err…Adik Cuma bagi tahu Adik tak suka Mak Su tinggal di rumah Kakak.” Jawab Nazira. “Apa lagi?” Giliran Emira pula bertanya. “Ala…Adik bagi tahu Adik tak akan maafkan dia!” Tenang saja suaranya. Tidak ada rasa bersalah langsung. “Adik! Kenapa Adik cakap begitu? Adik tahu tak kesihatan Mak Su tidak stabil? Adik…Adik…Abang Non kecewa dengan sikap Adik.” Kata Aznol meluahkan perasaan kecewanya. “Memang benarlah Adik penyebab Mak Su diserang sakit jantung. How could you?” Emira pula bersuara. “Ala…Mak Su dah memang nak matikan? “ Pintas Nazira pula. “Adik! Memang semua orang akan mati…Adikpun…”Emira terhenti disitu. “Kenapa Kakak berhenti. Memang Adik akan mati. Macam Mama kita, Mungkin betul cakap Syar. Adik patut bertaubat…” Ujar Nazira sambil menangis.

196

Emira merasa bersalah. Dia tidak sepatutnya berkata begitu. Dia bangun dan memeluk Adiknya. “I am sorry! I didn’t mean it that way.” Suata Emira sebak. Nazira hanya diam. Tiada apa yang perlu dikatakan. Ya~ Mungkin benar kata anak buahnya itu. Mungkin dia sepatutnya bertaubat. Tetapi dia tidak langsung merasa bersalah atas apa yang berlaku. Dia tidak salah. Itu semua takdir!

197

BAB 36

Setelah hampir sebulan lebih menjalankan tugas di beberapa destinasi, Carl kembali ke kampungnya. Ada satu bungkusan yang dibawanya dari Jordan untuk Alisa. Dia tidak pernah berputus harap untuk memenangi hati si kecil molek, Alisa. Semasa di Jordan, dia mencari Kakak Alisa, Fatin yang tinggal di sana bersama suaminya, Almamduh. Ada bungkusan untuk Alisa dan keluarganya. Bungkusan sebagai penyambung hubungan mereka. “Kak Fatin, Carl minta jangan beritahu apa-apa dekat Alisa. Carl nak beri kejutan kepada dia,.” Pinta Carl semasa dia menerima bungkusan itu. “Okay, Terima kasihlah kerana datang dan cari Kak Tin di sini. “ Ujar Kak Fatin. “Tak mengapa. Memang Carl nak jumpa Kak Tin. Ada hajat sebenarnya,” Balas Carl tenang. “Hajat? Hajat apa?” Kak Tin tasa hairan. “Actually I love Alisa. I want to marry her.” Ujar Carl tanpa berselindung. Kak Tin agak terkejut. “Owh! Alisa dah tau ke?”

198

“Ya, Tapi dia belum dapat terima Carl lagi. Mungkin kerana ada yang lain yang cuba untuk memenanginya.” Kata Carl mencari simpati. “Eh! Siapa lagi yang berkenan dengan my sister yang garang tu?” Kata Kak Tin sambil ketawa kecil. “Entah. Apa yang Carl tahu, mereka panggil budak lelaki itu Boboy. Macam ada pertalian saudara dengan keluarga Kak Tin.” Carl cuba nengenakan umpannya. “Boboy! Boboy…Ah! Janganlah…Kak Tin tak setuju.” Suara Kak Tin yang terkejut dapat menggambarkan perasaanya. “Kenapa Kak Tin?” Tanya Carl mencari kepastian. “Cerita lama. Our family feud.” Jawab Kak Tin ringkas. Fahamlah Carl bahawa ada pertelingkahan keluarga di antara mereka. Hati Carl tersenyum, Dia terasa seperti ada habuan berpihak kepadanya. “Jadi Kak Tin tak setujulah kalau Alisa bersama dengan Boboy itu?” Carl sengaja mengapikan lagi Kakak Alisa itu. “Ya! Kak Tin tidak mahu mereka bersama. Kalau setakat berbaik sesama keluarga tak mengapa. But not in marriage.” Tegas kedengaran suara Kak Tin. “Kalau macam tu,you wouldn’t mind if I try to win her.”Tanya Carl menyedari umpannya sudah mengena.

199

“Beginilah Carl. Pastikan Alisa tidak bersama dengan anak sepupu saya itu…!” Kak Tin memberi kata putus. Kata-kata Kak Tin itu seakan memberi restu kepada Carl untuk menyambung misinya memenangi hati Alisa. Tunggulah Alisa, Abang Carl akan menang juga. You’ll be mine eventually!

Alisa sedang berehat petang itu apabila Dannish memanggilnya di bilik. Ada tamu katanya. Alisa keluar dan kelihatan Abang Carl di ruang tamu, Ah! Apa lagi yang dia mahu. Bisik hati Alisa. “Abang Carl! Cuti ke?” Tanya Alisa. “Ya! Dah lebih sebulan merantau…Ini ada kiriman daripada Kak Fatin. Abang Carl jumpa dia semasa penerbangan di sana hari itu.” Terang Carl. “Eh! Kak Tin tak bagi tau apapun. Baru dua minggu lepas kami chat online”Kata Alisa rasa hairan kenapa Kak Tin tidak memberitahu apa-apa semasa mereka berbual. Carl tersenyum. “ Sengaja Abang Carl minta Kak Tin rahsiakan.” Alisa membelek-belek bungkusan yang agak besar itu, pasti ada habuan mereka masing-masing di dalam itu nanti.

200

“Alisa…ini daripada Abang Carl untuk Alisa.” Carl menghulutkan sebuah bungkusan berbalut kemas. Alisa jadi serba salah. “ Isy Abang Carl ini, kenapa susah-susah buat semua ini? Pergi cari Kak Tin, bawa balik kiriman dia dan ini bagi hadiah untuk Alisa pula.” “Tak mengapa Alisa. Anggap itu sebagai permohonan maaf daripada Abang Carl dengan apa yang berlaku tempoh hari. Abang Carl rasa bersalah sangat. Abang Carl minta Alisa berilah peluang kepada Abang Carl. Berilah peluang untuk mengenali Abang Carl dan Abang juga harap Alisa dapat membuka hati Alisa untuk Abang Carl.” Tenang saja suara Carl menyusun ayat. Alisa tergamam. Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukan atau apa yang perlu dikatakan. Bersungguh benar nampaknya Abang Carl kali ini. Dia serba salah, Tidak dapat dinafikan, hatinya tersentuh juga dengan kesungguhan Abang Carl kali ini. “Alisa…” Suara Carl mengejutkannya. “Abang Carl…Alisa sudah maafkan Abang Carl dari hari itu lagi, tetapi Alisa tak dapat berjanji apa-apa dengan Abang Carl. Biarlah takdir yang menentukan segalanya. “ Jawab Alisa tidak mahu Carl mengharap. “Abang Carl faham. May the best man wins!:” Ujar Carl penuh makna. Alisa agak terkejut dengan kenyatan Abang Carl itu, tetapi faham dengan maksudnya. Biarlah masa yang menentukannya.

201

Dia menghantar Abang Carl sehingga ke kereta. Abang Carl memohon untuk datang bertandang lagi. Alisa hanya menganggukkan kepalanya. Dia masuk kembali ke dalam rumah dan kelihatan Dannish serta Adrian sedang membelek kotak pemberian Kak Tin yang masih berbalut. “Ha…tunggu apa lagi. Bukalah.” Kata Alisa memberi kebenaran. Apa lagi riuh suara mereka membuka bungkusan itu. Alisa memang sayangkan anak-anak buahnya, sebagaimana dia disayangi oleh Mak Su. Tiba-tiba bayangan terlintas di fikirannya. Semoga Mak Su damai di sana. “Onet sayang Mak Su…” Bisiknya perlahan sambil mengelap air matanya.

202

BAB 37

Boboy siap untuk bertolak ke Pulau Pinang pagi itu. Sementara menantikan sarapan Boboy melayari internet dan membuka emelnya. “Boboy Entah mengapa tiba-tiba Nek Su teringatkan bantal serta tuala yang pernah Nek Su hadiahkan kepada Boboy. Ingat tak? Kalau tak silap bantal itu berwarna biru dan mempunyai karakter kartun. Tuala Boboy dan Zaif pula berwarna coklat dan bersulamkan nama masing-masing. Nek Su kirimkan kepada Boboy sebagai hadiah hari jadi. Ketika itu Boboy sekeluarga telah berpindah ke Kuala Lumpur. Nek Su tidak pernah lupakan Boboy, Nek Su tahu hadiah-hadiah Nek Su itu telah dimakan usia tetapi kasih sayang Nek Su tetap sama. Kalau masih tersimpan

203

pemberian Nek Su itu baguslah. Simpanlah buat kenangan bahawa Nek Su amat sayangkan Boboy.” “Ma….Ma…Mama…” Panggil Boboy. “Ada apa Syar? Terkejut Mama…” Ujar Emira yang bergegas keluar dari dapur. “Mama ingat tak dulu Syar ada tuala mandi yang ada nama Syar di atas itu? Mama ingat tak? Ada lagi tak? Ada di mana?” Bertalu-talu soalan yang terhambur dari mulut Boboy. “Tuala…? Err….Owh! Tuala Syar masa kecil dulu. Tuala yang Nek Su…” Emira terhenti disitu. “Ya…Tuala yang Syar selalu guna masa Syar kecil dulu. Tuala yang Nek Su beri. Ada lagi satu benda yang Nek Su berikan. Bantal. Tapi rasanya bantal itu sudah rosak.” Jawab Boboy teruja. “Kenapa Syar ini terlalu obses dengan hal Nek Su? Sudahlah…diakan dah tak ada.” Ujar Emira cuba mencari jawapan dengan kelakuan anak lelakinya itu. “Mama tak akan faham. Ada tak tuala itu?” Balas Boboy ringkas. “Hmm…Entahlah Syar. Pergilah cari di dalam almari Mama. Ada di bahagian bawah kalau tak silap.” Kata Emira sambul menggelengkan kepalanya. Tanpa membuang masa, Boboy bergegas ke atas ke bilik Mamanya. Dia mencari tuala pemberian Nek Su dulu. Dia tahu Mamanya seorang yang sangat cermat. Segalanya tersusun rapi di dalam almari itu. Akhirnya Boboy terjumpa

204

juga dengan apa yang dicarinya. Tersusun di bahagian bawah sekali. Masih elok! Diambilnya dan dicium seakan mencium Nek Sunya. Boboy mengambil tuala itu dan memasukkannya di dalam beg. Dia telah bersedia untuk berangkat. Wakaupun Mama dan Papanya ingin menemaninya, dia menolak. Dia sudah boleh berdikari. Lagipun dia punya rancangannya tersendiri. Ke Kedah dulu, menemui Alisa sudah tentu. Rindu rasanya pada Alisa yang garang itu. Dia tersenyum. Boboy memulakan perjalanan dengan restu Mama dan Papanya. Mamanya sempat berpesan, dekat boleh tapi jangan terlalu rapat. Dalam maknanya. Boboy hanya senyum.

Alisa sedang menyiapkan makan tengah hari untuk Boboy. Boboy telah memberitahu bahawa dia akan datang sebelum ke Pulau Pinang untuk memulakan Latihan Industrian di sebuah hotel terkemuka di sana. “Eh! Masak sedap hari ini, Ada apa-apa ka” Tanya Kak Nadya. “Jangan sibuklah. Mai tolong masak,” Jawab Alisa. “Habaq dulu pasai apa masak sedap-sedap ni. Banyak pulak tu.” Ujar Kak Nadya memprotes.

205

“Ala…Mummy jangan tak tau…boyfriend Aunty Alisa nak mai.” Tiba-tiba saja Dannish mencelah. Sepantas kilat Alisa memukul Dannish dengan senduk yang dipegangnya. “Eh! Sorry…Sorry Tapi betulakan Abang Boboy nak mai.” Kata Dannish sambil mengelak. “Wooo…patutlah kalut semua,” Ujar Kak Nadya baru faham. “Yalah, Orang nak mai, takkan tak jamu makan kot.” Balas Alisa mempertahanlam dirinya. “Ala mengakulah yang tu buah hati Aunty kan?” Tambah Dannish sambil terus berlari menyelamatkan dirinya. “Huh! Hang tunggulah Dannish. Dapat nanti aku punggai kepala.” Bentak Alisa setelah tidak berjaya mengejar Dannish. Alisa memang selalu berkasar dengan Dannish walaupun dia sayangkan anak buahnya itu. Seingat Alisa, dia selalu berebutkan Mak Su dengan Dannish. Ketika itu usia Dannish baru dua tahun dan dia tujuh tahun. Pantang bila dia nampak Dannish atas ribaan Mak Sunya itu. Pasti Dannish akan diusir dari ribaan Mak Sunya. Dannish tidak berdiam diri, ada juga ketikanya Dannish melawan. Itulah seterusnya dari kecil hingga mereka dewasa sekarang. “Betulkah Alisa? Boboy tu dah jadi buah hati…” Kak Nad bertanya apabila keadaan telah tenang.

206

“ Kak Nad…kita serah semua pada takdir na. Kalau dah tertulis itu jodoh Alisa, tak ada sapa boleh halang. Kalau bukan pun tak ada sapa boleh paksa, Yang penting la ni pesanan Mak Su.” Jawab Alisa. “Mak Su pesan apa pulak?” Soal Kak Nadya pula. “Mak Su pesan supaya Kak Nadya jangan nak menyebok hal orang. Hahaha…” Balas Alisa berseloroh dengan Kak Nadya. Kali ini dia pula merasa dilibas dengan senduk oleh Kak Nadya. “Isy hangpa dua ekoq ni…main senduk pulak.” Kata Mama mereka yang hanya berdiam diri sebelum ini. Kedua-dua mereka hanya ketawa. Memang kasar gurauan mereka, tetapi kasih sayang tetap ada. Tiada siapa yang lain di rumah itu hanya Kak Nadya dan anak-anaknya serta Mamanya. Suami Kak Nadya hilang entah ke mana. Tinggallah Kak Nadya membesarkam anak-anaknya seorang diri. Itulah takdir, tiada siapa yang boleh mengubahnya.

207

BAB 38

Boboy tiba tepat pada waktu makan tengah hari. Mereka makan bersama bagai tidak pernah ada sengketa. Layanan keluarga Alisa yang baik membuatkan hati lelakinya tersentuh, memang benar kata Nek Su. Keluarga ini punya kasih sayang, walau jarang dipamirkan. Boboy mengambil kesempatan untuk mengenali Dannish dan Adrian. Dannish si rambut perang itu petah bercakap dan bercerita , sekali sekala menyakat Aunty Alisanya. Simpati juga apabila dia menceritakan bahawa dia membesar tanpa seorang bapa. Tok Manlah bapanya. Bila ditanya berkenaan bapanya, dia hanya menggelengkan kepalanya. Bersusah payah Mummynya membesarkan mereka berdua dengan bekerja sebagai pegawai komunikasi di sebuah jabatan kerajaan di sini. Adrian tidak banyak bercakap, hanya menjawab apabila ditanya. Ada yang perlu dibantu di sini. Boboy ingat pesanan Nek Su supaya membantu keluarga Tok Man. Boboy meminta izin untuk membawa mereka keluar tetapi memberitahu Alisa “Sorry…Only for guys. Girls stay….” Alisa memuncungkan mulutnya tanda protes.

208

“Haha…Bye bye Aunty jangan jealous!” Ujar Dannish sambil melambai tangannya, Mereka beredar dari situ menuju ke pusat bandar Alor Setar. Boboy mengeluarkan sejumlah wang untuk membeli keperluan kedua saudara itu. Banyak juga yang diperlukan oleh Dannish yang akan menghadapi peperiksaan penting di sekolahnya tahun ini.Hampir lebih kurang dua jam barulah mereka kembali ke rumah. Setibanya di depan rumah, hati Boboy menjadi gusar apabila terlihat sebuah kereta yang dikenalinya, Carl! Apa lagi yang dia mahu? Wajah cerianya berubah dengan tiba-tiba. Dia terlihat Carl sedang berbual dengan Alisa di luar. Alisa sedang memegang sejambak bunga. Yang pastinya pemberian Carl. Ah! Dia tidak seromantik itu. Tidak pernah terlintas untuk memberi bunga kepada Alisa. Terasa dirinya kalah. “Laaa…Pak Cik ni mai lagi. Abang Boboy tahu…hari tu dia mai bawak barang, Along Atin kirim daripada Jordan. Tapi Dannish tak berapa suka dialah.” Kata Dannish sebaik saja melihat kelibat Carl. Dia turun daripada kereta dan terus menghampiri mereka. Carl yang ketika itu sudah masuk ke dalam keretanya, mengangkat tangan kepada Boboy sambil berkata “May the best man wins. Boy!” Sinis saja kedengaran suara Carl. Kalau diikutkan hati, mahu saja dia melepaskan penumbuk ke wajah Carl itu.

209

Ketika itu dia terasa ada tangan yang nenahan dadanya. Langkahnya terhenti. “Relakslah Boboy. Biarkan Abang Carl. Dia sengaja nak bagi Boboy marah.” Ujar Alisa sambil menarik tangan Boboy. “Dia selalu datangkah?” Soal Boboy meminta kepastian. “Ada sekali hari tu, dia bawak barang kiriman Kak Tin dari Jordan.” Alisa menjawab jujur. “Suka dia datang?” Soal Boboy, ada nada cemburu. “Kenapa? Cemburu?” Soal Alisa kembali. Boboy memegang tangan Alisa dan merenungnya tajam. “Ya!” Ringkas saja jawapannya namun penuh makna. Semuanya diam seketika. “Foyooo…Ada drama laaa….” Tiba-tiba suara Dannish memecah kesunyian. Mereka berdua tersedar, tersipu malu dan kemudian ketawa bersama. Dannish si rambut perang menyelamat keadaan.

Riuh rendah suara Dannish dan Adrian bercerita mengenai kebaikan Abang Boboy mereka sambil membuka

210

beg barangan yang dibeli. Alisa memerhatikan gelagat mereka daripada ruang makan bersama Boboy. “Banyak Boboy belanja. Melampau mereka nanti.” Ujar Alisa agak risau. “Tak mengapa. Ini semua pesan Nek Su. Dia suruh Boboy bantu mereka.” Jawab Boboy, jujur. “Ah! Mak Su memang macam tu, dari dulu lagi.” Balas Alisa. Boboy menyeluk sakunya dan mengeluarkan satu sampul yang berisi wang. “Ini untuk Aunty Nad. Mungkin ada lagi keperluan yang Boboy tak sempat beli tadi.” Ujar Boboy sambil menghulurkan sampul tersebut. “Isy! Banyak ni Boboy!” Kata Alisa agak terkejut. “Nek Su pesan minta Boboy tengok-tengokkan keluarga ini.” Balas Boboy sambil meletak sampul itu ke atas tangan Alisa. Alisa sebak mengingatkan Mak Su yang tidak putus-putus menghulurkan bantuan. Sehingga dia telah pergi pun dia masih membantu mereka. Boboy meminta diri untuk ke hotel yang dia menginap untuk malam itu. Dia hanya akan ke Pulau Pinang keesokan harinya. “Ala…Abang Boboy tidur sini sajalah. Bolehkan Mummy…Aunty Alisa?” Terdengar suara Dannish. “Eh! Tak apalah. Abang Boboy tidur di hotel saja.” Ujar Boboy.

211

“Hmmm…Tidur sinilah Boboy. Kita bukan orang lain. Adik beradik jugak.” Kak Nadya mempelawa. Alisa hanya menganggukkan kepalanya. “Ala…mana dia mau Kak Nad. Rumah ni panas. Mana ada air-cond.” Ujar Alisa mengusik. “Eh! Boboy tak kisah. Okaylah Boboy tidur sini.” Jawab Boboy bersetuju. “Yay…Abang Boboy tidur sini.” Terdengar suara Dannish dan Adrian. Malam itu mereka menunaikan solat Maghrib berimamkan Boboy. Merdu alunan bacaannya, fasih dan penuh khusyuk. Kali ini hati Alisa benar-benar tersentuh. Sudah lama rumah itu rumah itu tidak berimam. Alisa merasakan dia telah mnenemui imam di dalam hidupnya!

212

BAB 39

Keesokan paginya Boboy sama-sama bersarapan dengan Dannish dan Adrian sebelum mereka ke sekolah. Seperti biasa Dannish yang becok bercakap. “Abang Boboy, nanti mai sini lagi na...” Ujar Dannish. “Insya Allah. Abang di Pulau Pinang jadi senanglah kalau nak datang.” Balas Boboy gembira dengan penerimaan mereka sekeluarga. “Owh kalau macam tu kami boleh pi sana kan Mummy?” Tanya Dannish kepada Kak Nadya. “Tengoklah macam mana. Dah jom pi sekolah,” Jawab Kak Nadya. “Okay, Jom, Bye Abang Boboy…Jangan risau. Kalau mamat bunga tu mai kacau Aunty Alisa lagi, Dannish perambat dengan penyapu! Hahaha…” Kata Dannish sambil bersalam dengan Boboy. Mereka semua ketawa, faham dengan siapa yang dimaksudkan oleh Dannish itu. Boboy dapat merasakann dia telah diterima oleh mereka semua, namun dia masih belum pasti dengan Alisa. Belum ada satu sepatah perkataan pun

213

yang membayangkan Alisa menerimanya sebagai teman hidup. Kalaulah boleh dicepatkan masa, supaya dia tamat belajar dan bekerja. Aduh, sabarlah wahai hati. Tidak akan lari gunung dikejar.Masalahnya gunung memang tidak akan lari, tetapi kalau ditarah setiap hari, hilang juga gunung itu. “Hah! Termenung pulak, ingat kat sapa tu?” Sergah Alisa daripada belakangnya. “Huh! Buat terkejut orang sajalah Onet ini…” Entah mengapa terpacul nama timangan Alisa itu. “Isy…Onet pulak…Alisa…Alisa…Bukan Onet dah” Protes Alisa. Boboy hanya senyum. “Boboy nak berangkat dah ni…” Ujarnya. “Owh…nanti mai lagi naaa…” Balas Alisa. “Mesti…kena jaga-jaga takut kena sambar…may the best man wins!” Kata boboy berkias.. Alisa menghampiri Boboy dan berbisik “You have won.” Boboy tersenyum lebar. Bisikan Alisa itu memberinya satu semangat. Baru kali ini Alisa benar-benar menyatakan rasa hatimya. “Terima kasih…Jaga diri baik-baik. Kalau mamat bunga itu datang, hambat dia dengan penyapu. Boboy jeles tau!” Ujar Boboy sambil masuk ke dalam kereta. Dia pergi berbekalkan kata-kata pengakuan daripada Alisa. Dia yakin inilah jodohnya. Dia yakin inilah

214

ketentuan Allah. Dia pasti akan kembali, setiap minggu mungkin. Tambahan pula di sini dia terasa dekat dengan Nek Su. Hatinya terpaut di sini.

Alisa mengambil keputusan untuk ke Rumah Penjagaan Jitra yang kini telah sah menjadi miliknya. Hanya dengan satu panggilan telefon, kereta milik rumah penjagaan itu sudah ada di depan rumahnya bersama dengan seorang pemandu, Alisa melangkah masuk di bahagian depan kereta itu. “Eh! Cik Alisa…Kenapa duduk di depan?” Ujar Pak Kri, pemandu kereta tersebut. “Kenapa Pak Cik? Ada orang lain ka nak naik?” Tanya Alisa agak terkejut. “Pak Kri. Panggil saya Pak Kri. Bukan lagu tu…Cik Alisakan dah jadi bos, jadi bos selalu dok di belakang….” Jawab Pak Kri, jujur. Alisa tertawa kecil, “Adoi…ingatkan apa tadi, Tak pa Pak Kri, Saya tak kisah. Janji sampai.” Pak Kri hanya menganggukkan kepalanya. Alisa agak gementar untuk memulakan tugasnya di rumah penjagaan itu. Walau apapun, dia bertekad untuk meneruskan legasi arwah Mak Su yang telah memulakan perkhidmatan ini dengan Aunty Diba. Dia akan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada semua penghuni rumah

215

tersebut. Sesuatu yang tidak dapat dilakukan semasa hayat Mak Su. Ketibaannya disambut oleh Puan Linda, pengurus Rumah penjagaan itu. Dia diperkenalkan kepada semua kakitangan di situ dalam satu perhimpunan pagi. Gementar rasanya semasa mereka menyebut namanya sebagai Pengarah Rumah Penjagan Jitra yang baru. Aunty Diba juga ada bersama untuk menambutnya. Dia hampir menitiskan air mata semasa diminta memberikan ucapan. Alisa menarik nafas panjang, mencari kekuatan. “Assalamualaikum dan Selamat Pagi. Saya tidak pernah menyangka saya akan menjadi sebahagian daripada warga rumah ini. Beberapa tahun yang lalu,saya ke sini untuk menghantar Mak Su saya. Tidak pernah terlintas di fikiran saya, bahawa saya akan menggantikan tempatnya di sini. Namun bukan sebagai penghuni tetapi sebagai pemegang amanah Mak Su saya. Saya juga tidak pernah tahu bahawa Mak Su saya adalah pemegang saham di rumah ini. Saya adalah orang yang menghantarnya di sini. Bukan kerana tidak sayang, tetapi kekangan masa dan tanggungjawab lain menghalang saya untuk menjaganya. Kini saya berjanji akan menjadikan rumah ini sebagai syurga persinggahan mereka yang tua yang tak punya penjaga sementara menanti waktunya untuk pergi. Terima kasih juga buat Aunty Diba, sahabat Mak Su yang telah banyak membantu Mak Su selama ini.

216

Semoga kita semua dapat bekerjasama dan menjadikan rumah ini syurga buat mereka. Semoga Mak Su damai di sana. Al Fatihah.” Keadaan menjadi hening dengan masing-masing membacakan Alfatihah. Alisa terus mendapatkan Aunty Diba dan memeluknya. Masing-masing sudah tidak dapat menahan air mata, terkenangnkan Mak Su. “She was a good friend. A great person. She loves you so much!” Kata Aunty Diba semasa memeluk Alisa.

217

BAB 40

Hari ini hari terakhir Carl berada di Bandar Alor Setar sebelum terbang kembali. Cutinya selama dua minggu telah tamat. Dia akan bertemu dengan Alisa sebelum berangkat. Minta-mintalah budak lelaki itu tidak ada dengan Alisa, pinta hatinya. Dia perlu mendapatkan kepastian daripada Alisa. Sekiranya Alisa menolak, dia tidak akan mengganggu Alisa lagi, Dia akan menerima hakikat bahawa dia tewas kali ini. Ah! Carl McClaude tidak akan kalah. Dia yakin. Yakin benar. Dia melangkah dengan penuh bergaya. Carl menjemput Alisa untuk makan malam bersamanya.Dia punya rancangannya sendiri untuk memastikan Alisa jatuh ke tangannya. Segalanya berjalan dengan lancar sehinggalah Alisa menolak hasratnya. “Abang Carl…Alisa memang sukakan Abang Carl dulu sebab Abang Carl kacak dan bijak. Tetapi sekarang Alisa lebih perlukan seorang yang dapat membimbing Alisa ke jalan Allah. Maafkan Alisa.” “Kenapa, Abang Carl tak layakkah?” Tanya Carl, tidak puas hati.

218

“Bukan macam tu…Alisa yang tak layak untuk Abang Carl. Alisa rasa Alisa tidak dapat hidup dengan cara Abang Carl. Pasti ada wanita lain di luar sana untuk Abang Carl.” Balas Alisa. Carl tidak berkata apa-apa, masih tidak berpuas hati. Namun didiamkan saja. Dia mengajak Alisa pulang; Apabila tiba di satu simpang yang gelap, Carl memberhentikan kereta. Alisa nampak risau. “Kenapa berhenti di sini Abang Carl?” Tanya Alisa, panik. “Relaks…Abang ada perkara yang ingin Alisa tahu. Tak salahkan? Okay kalau Alisa rasa tak selesa, ini Abang Carl buka pintu kereta. Okay?” Ujar Carl. Alisa diam namun raut wajahnya nampak risau. Carl hanya senyum sambil memasang lagu lama berjudul “Never Thought It Is You” “ Alisa tahu tak, betapa rapatnya Mama dengan Aunty, your Mak Su?” Alisa hanya menggeleng kepalanya sambil menjawab, “Entahlah…serapat mana Alisa tidak pasti, namun Alisa tahu Mak Su sayangkan Aunty Enda, sama macam dia sayangkan semua kawan-kawannya. Kenapa Abang Carl tanya?” Carl menarik nafas panjang. “Aunty memang rapat sangat dengan Mama seperti tidak boleh dipisahkan. Listen to this song…Pernah dengar lagu ini? Aunty yang cipta lirik lagu ini, untuk Mama,

219

sahabatnya. Abang tahu Aunty memang sayangkan Mama, terlalu sayang mungkin. Ada satu sebab mengapa Aunty stay by her side. Aunty tidak pernah tinggalkan Mama, walau adakalanya, Mama bertindak di luar batasan terhadap Aunty.” Carl meneruskan ceritanya, sambil mencari peluang untuk menyentuh hati Alisa. “Aunty tak pernah ceritakah yang Mama mengalami masalah tekanan jiwa. Hanya Aunty dan Aunty Haslinda saja yang tahu perkara ini. Sebab itulah, walau apapun yang Mama lakukan kepada mereka, kedua-dua mereka masih tetap setia menjadi sahabat Mama.” Suara Carl menjadi sebak. “Adakalanya, Mama amat baik dengan semua orang tetapi apabila tekanan jiwanya memuncak, tidak ada siapa pun yang terkecuali. Terutama kami adik-beradik, kami juga amat tertekan dengan keadaan Mama. Ada ketika Mama menangis, meraung tanpa sebab. Atau mungkin hanya dia saja yang tahu sebabnya. Kami selalu jadi mangsa deraan mental dan fizikal. Tekanannya memuncak apabila Abah tinggalkan Mama dan berkahwin lain, tanpa pengetahuan Mama. Kami terpaksa bertahan. We have lived in a lie” Ada airmata di wajah Carl. Alisa mengambil tisu di bahagian depan kereta dan mengelap airmata Abang Carl. “Thank You…All this while I was searching for a soul to come by and tell me it’s gonna be alright.” Keluh Abang Carl, meraih lagi simpati Alisa.

220

“Alisa tahu tak. Selama ini tak pernah ada manamana perempuan yang menolak Abang Carl. Abang mencari seseorang untuk menjadi teman Abang, isteri Abang. Abang hanya ingin bahagia. Abang tidak mahu hidup Abang tertekan lagi.” Sambung Carl dengan suaranya yang sebak, Alisa merasa simpati lalu memegang bahu Abang Carl. Carl tidak melepaskan peluang ini, lalu berpaling dan memeluk Alisa. Makin erat pelukannya. Alisa jadi lemas dengan pelukan Abang Carl itu. “Abang…Alisa minta maaf. Hati Alisa untuk orang lain.” Ujar Alisa cuba meleraikan pelukan Abang Carl. Dia cuba sedaya upaya untuk melepaskan dirinya, namun pelukan Abang Carl kemas. Carl menarik Alisa dan mencari bibirnya. Alisa menepis dan melawan. Tiba-tiba Carl terasa badannya ditarik dari belakang. Dia terkeluar dari kereta dan jatuh terduduk. Kelihatan Dannish dan seorang lelaki tua sedang membelasahnya. Dia mengaduh kesakitan. “Dannish…Sudah….Sudah.” Jerit Alisa. “Aku dah cakap…kalau mamat bunga ni mai hambat saja dengan penyapu. Kurang ajaq.” Kata Dannish sambil melepaskan tumbukan terakhirnya kepada Carl. Alisa keluar daripada kereta dengan bantuan Adrian. “Don’t you dare show your face again!”. Kata Alisa sambil menampar muka Carl.

221

Mereka semua berlalu dari situ. Tinggallah Carl termangumangu seorang. Well you win some you lose some. Carl tersenyum pahit sambil meraba wajahnya yang sakit akibat penangan Dannish. Dia bangun dan membetulkan pakaiannya. Carl McClaude menerima kekalahannya kali ini.

Alisa masih terkejut dengan apa yang berlaku. Namun dia lagi terkejut dengan kehadiran Dannish, Adrian dan Pak Kri! “Macam mana hangpa semua ada disini? Macam mana Pak Kri terbabit sama ni?” Soal Alisa sambil membetulkan pakaiannya. “Haaa…Kalau Cik Alisa nak tahu, Dannish yang telefon Pak Kri minta tolong,” jawab Pak Kri. “Dannish rasa tak sedap hati bila tengok mamat bunga tu tadi masa dia mai ambik Aunty. Kami ikut dengan motor. Dannish bagi tahu Abang Boboy. Dia yang suruh Dannish minta tolong dengan Pak Kri. Nasib baik Abang Boboy ada nombor Pak Kri.” Jawab Dannish panjang berjela menceritakan kisah mereka. “Owh ya! Hari itu Alisa ada berikan dia nombor Pak Kri bila dia tahu Pak Kri yang akan selalu memandu Alisa kemana-mana. Dia kata dia nak cakap dengan Pak Kri minta Pak Kri jaga saya.” Ujar Alisa sambil mengingatinya.

222

“Ya…Cik Alisa, dia ada menghubungi saya hari itu.” Jawab Pak Kri. “Jadi la ni, Pak Kri dah jadi bodyguard Aunty la.” Tambah Dannish. “Dannish la bodyguard Aunty. Terima kasih.” Kata Alisa yang semakin tenang. “Abang Boboy on the way.” Baru terdengar suara Adrian. Alisa diam.

Boboy tiba sejam kemudian, keruh saja wajahnya memandang Alisa. “Kalau aku jumpa jantan tu lagi, mampus dia!” Itulah yang keluar daripada mulutnya. “Tak apalah Abang Boboy. Ni adik Abang dah belasah dia.” Jawab Dannish dengan bangga. “Cepatnya Boboy sampai.” Ujar Alisa. “Sebenarnya Dannish dah telefon Boboy awal lagi, dia orang ikut Alisa daripada mula. Jadi Boboy pun terus bertolak dari sana.” Terang Boboy. “Terima kasih semua. Terima kasih Pak Kri.” Ujar Alisa. Pak Kri meminta diri sambil bersalam dengan Boboy. Diletakkan sedikit wang bersama salaman itu. Pak Kri agak terkejut tetapi senyum menerimanya.

223

“Okay…hero-hero semua…apa kata esok kita ke Langkawi. Ingat tak Onet? Macam dulu-dulu dengan Nek Su.” Ujar Boboy. Alisa tidak dapat berkata apa-apa. Suasana riuh dengan suara Dannish dan Adrian. Boboy hanya tersenyum!

224

BAB 41

Mereka bertolak ke jeti Kuala Kedah awal pagi. Dannish paling teruja kerana dia ke sana semasa masih kecil bersama Nek Su. Ketika itu dia berumur lebih kurang tiga tahun. Boboy juga teruja kerana kali ini dia bersama dengan Alisa. Dia masih ingat ketika dia pergi bersama Nek Su, Alisa amat mengawal Nek Su. Cemburu sangat dia apabila Nek Su melayan Boboy. Semuanya tinggal kenangan. “Terima kasih Abang Boboy sebab bawak kami semua.” Kata Dannish. “Terima kasih juga sebab jadi hero…” Balas Boboy. Tiba saja di Pulau Lagenda itu Boboy menyewa kereta dan membawa mereka ke beberapa tempat menarik. Paling mengujakan adalah kereta kabel di Gunung Mat Cincang. “Dulu kita tak sempat naik dengan Nek Su.” Kata Boboy semasa mereka berada di dalam kereta kabel itu.

225

“Boboy ingat lagi ya?” Tanya Alisa. “Ya! Kenangan dengan Nek Su walaupum sedikit tetap dalam ingatan.” Jawab Boboy, ada nada sedih. “Tak apalah. Kita boleh cipta kenangan baru…” Kata Alisa penuh makna. Boboy tersenyum, bahagia rasanya. Apatah lagi apabila disapa oleh angin dingin di puncak gunung itu. “Alisa…Boboy nak tanya, kenapa pilih Boboy? Padahal mamat bunga tu lagi tampan , bergaya dan sudah berkerjaya.” Boboy menyuarakan kemusykilannya. Alisa berpaling dan merenung mata Boboy. “Muka cantik atau tampan tak dapat bawa Alisa ke jalan benar. Alisa dah bertemu dengan imam dalam hidup Alisa.” Jawab Alisa sejujurnya. Boboy hanya diam. Mahu saja dia memeluk gadis di depannya itu, namun dia masih waras. “Terima kasih Alisa… Kalau macam tu, selepas ni jangan panggil Boboy lagilah. Panggil Syar. Atau Abang Syar.” Kata Boboy ada makna dalam gurauannya itu. “Hah! Jangan nak mengada. Abang…Abang pulak. Tak jabat tangan kadi tak ada Abangnya. Kalau setakat Syar tu bolehlah.” Alisa bersuara garang seperti biasa. Boboy hanya senyum melihat Alisa yang garang sejak dari dulu.

226

“Drama lagi ka Abang Boboy?” Tiba-tiba Dannish muncul di depan mereka. Alisa terus menumbuk lengan Dannish. “Uisy garangnya…dari dulu garang. Sakit tau.” Balas Dannish seakan mengadu kepada Boboy. “Siapa tak kenal…Onet si garang!” Balas Boboy seakan mengiyakan kata-kata Dannish. Kali ini giliran Boboy pula yang kena, dilibasnya dengan beg sandangnya itu. Boboy mengelak. Ini membuatkan Alisa hampir terjatuh akibat momentumnya. Secepat kilat Boboy dan Dannish menyambar Alisa. Alisa terselamat di dalam pelukan tidak sengaja Boboy. “Itulah garang sangat…” Kata Boboy sambil melepaskan pelukannya. “Hmmm… Untunglah… Sengaja Dannish bagi chan dekat Abang Boboy…” Ujar Dannish semakin galak mengusik. Alisa hanya menarik mukanya dan terus berlalu menaiki kereta kabel yang terdekat. Terkedek-kedek mereka yang lain mengejarnya.

Berbulu mata Nazira apabila terlihat gelagat Imsyar dan Alisa dari satu sudut ruang tinjau di atas gunung

227

itu. Dia ke situ untuk menenangkan fikiranya. Tidak sangka dia akan bertemu dengan kedua mereka. Diperhatikan saja dari jauh. Nampak benar mereka sedang dilamun cinta. Hah! Cinta,Sudah tidak ada gadis lainkah yang dipilih oleh Imsyar. Alisa pula yang menjadi pilihannya. Walauapapun, dia sempat merakam aksi mereka berpelukan tadi. Cukup untuk dijadikan bahan bukti kepada kakaknya Emira. Perhubungan mereka mesti dihalang sebelum apa-apa yang buruk berlaku. Sebelum ianya menjadi lebih serius. Untuk seketika, Nazira lupa akan kesedihannya, Dia lupa akan penyakitnya. Misinya untuk menenangkan fikiran kini berubah menjadi misi perisik! Dia mengikuti mereka sehingga ke chalet di Pantai Cenang. Memang dia nampak Dannish dan adiknya bersama, tetapi baginya itu tidak menghalang sebarang kelakuan sumbang. Dia mengintip mereka sehingga masingmasing masuk ke chalet yang berasingan. Dia bertekad untuk mrngintip mereka sepanjang dia berada di situ. Pastia akan ada lagi aksi-aksi romantik mereka lagi. Pasti. Selepas solat maghrib, dia tergesa-gesa ke chalet yang disewa oleh Imsyar. Tidak lama kemudian, kelihatan mereka berempat keluar menuju ke sebuah restoran makanan laut. Pasti mahal. Dan pastinya Imsyar yang akan membayar. Point kedua untuk dibalaskan nanti, Imsyar sanggup menggunakan duitnya untuk membawa Alisa dan yang lain ke Langkawi. Dia mencari lagi apa saja kesilapan

228

yang ada pada mereka umtuk dijadikan alasan bagi menghalang hubungan yang tidak masuk akal ini. Memang sah Imsyar yang mengeluarkan duit untuk membayar makan malam mereka itu. Selepas itu, mereka semua berjalan di sepanjang Pantai Cenang. Ada beberapa kali mereka berhenti dan membeli sesuatu. Dan pastinya Imsyar yang membayar. Semuanya sempat dirakam oleh Nazira di dalam telefon bimbitnya, Semuanya telah sedia untuk dibentangkan kepada Kakaknya Emira. Hanya menanti kepulangan dia ke sana.Isu utama tentulah Alisa sedang mengikis duit Imsyar! Sepanjang pengetahuan Nazira, keluarga Pak Cik Mannya bukanlah senang daripada segi wang ringgit. Dengan anaknya seramai lima orang itu pastilah tidak ada banyak wang untuk berbelanja. Apatah lagi ditambah dengan cucunya yang telah ditinggalkan oleh bapa mereka. Dia tahu semua cerita ini. Dulu samada Mak Ngah, adik Mamanya, masih hidup, dia selalu bercerita mengenai keluarga Pak Cik Man. Mereka hidup dengan belas ihsan saudara dan orang sekeliling. Jadi mana mungkin Alisa dan kedua budak lelaki itu mampu untuk berbelanja sebegitu rupa. Alisa bukannya bekerja. Kedua kakak Alisa, Fatin dan Nadya walaupun bekerja hanya dapat menampung perbelanjaan mereka sahaja. Jadi jangan mimpilah untuk menumpang kesenangan kami, wahai Onet.

229

BAB 42

Sudah hampir dua bulan Boboy berada di Pulau Pinang menjalankan Latihan Industrinya. Hampir setiap minggu dia berulang ke rumah Alisa yang sudah menjadi rumah keduanya. Mama dan Papanya sudah mula merungut kerana dia tidak pulang. Selepas pulang dari Langkawi, dia menerima panggilan telefon dari Mamanya, menyuruh dia pulang. Seperti ada perkara penting yang ingin dikatakan. Boboy bersetuju tanpa banyak soal. Petang Sabtu selepas dia pulang. Dia menerima kunjungan Acunya, walaupun sudah tidak sependapat, Boboy tetap menunjukkan hormat kapada Acunya. “Seronok ke Langkawi?” Tanya Acu belum sempat duduk. Boboy terkejut. “Langkawi? Acu pergi ke?” Soal Boboy kembali. “Isy…orang tanya dia…mestilah seronokkan? Boleh peluk-peluk dengan Si Onet tu!” Tanpa lengah lagi, Acunya menghamburkan tuduhan. Boboy diam sebentar. Menenangkan dirinya.

230

“Apa ni Acu? Buat fitnah pula, Memang Boboy pergi Langkawi dengan Alisa, Dannish dan Adrian. Tapi bila kami berpeluk?” Jawabnya tenang. “Tak berpeluk…Ini apa?” Tanya Acunya sambil menghulurkan foto di dalam kameranya. Mamanya yang ada bersama hanya diam. Boboy tahu, kalau Mamanya diam bererti dia dalam masalah yang besar. Papanya mengambil telefon Acu sambil membelek foto tersebut. “So…what do you have to say?”Soal Papanya. Giliran Boboy pula melihat foto itu. Dia tersenyum. “Ala….yang ini….ceritalah dari awal Acu. Kenapa ambil masa ini saja? Masa Alisa nak jatuh tak ambil pun. Lagipun Acu dah crop kan foto ini? Di belakang sana ada Dannish dan Adriankan?” Soal Boby bertalu-talu. “Tak kisah, yang penting berpeluk kan?” Pertahan Acunya. “Ya…berpeluk. Tapi sebab berpeluk itu lagi penting. Macam penyebab Nek Su mati!” Sinis sekali jawapan Boboy. “Balik-balik Nek Su, Entah apa hebatnya Nek Su tu…Lagi satu…siapa yang belanjakan semua semasa di sana? Syarkan? Banyak duit sangatkah Syar? Mustahil Onet yang keluarkan duit, Kerjapun belum!” Ujar Acunya lagi. Boboy cuba untuk mengawal kemarahannya.

231

“Untuk pengetahua Acu…Nek Su tinggalkan banyak duit untuk kami, cicit-cicit saudaranya. Mungkin semasa hidupnya dia tak senang, tetapi matinya memberi kesenangan kepada kami. Untuk pengetahuan Acu juga. Alisa sekarang adalah Pengarah Rumah Penjagaan Jitra yang Acu melawat Nek Su sebelum dia pergi.” Jawab Boboy satu persatu dengan jujur. Terlopong Acunya mendengar penjelasan Boboy. “Ada apa lagi kesalahan Syar?” Soal Boboy apabila terasa kemenangan berpihak di sebelahnya, “Ya…ada lagi!” Ujar Acunya masih tidak berpuas hati. “Apalah agaknya?” Balas Boboy. “Syar bercintakah dengan Onet? Dah tak ada orang lainkah Syar?” Tanya Acunya. “Kalau ya kenapa? Tak salahkan Papa? Tak langgar hukumkan Pa?” Soal Boboy kepada Papanya yang hanya memerhatikan perdebatan mereka dari tadi. Aznol menarik nafas panjang, “Beginilah Syar…Memang tak salah. Memang sah kalau berkahwin. Tapi Papa minta kalau boleh janganlah. Kahwinlah dengan gadis daripada luar keluarga kita.” “Iyalah Syar…Carilah orang lain. Syar masih muda. Masih jauh perjalanan hidup Syar.” Giliran Mamanya pula bersuara.

232

Boboy diam. Tidak berpuas hati. Dia tidak nampak di mana salahnya dia bercinta dengan Alisa. “Beginilah…Biarlah masa yang menentukannya. Kalau sudah takdir tiada siapa yang dapat menghalang. ..Doakan yang terbaik untuk Syar ya Mama. Mama mesti nak tengok anak Mama ini bahagiakan” Ujar Boboy tidak mahu memanjangkan lagi perbincangan itu.

Kata-kata Imsyar yang terakhir itu amat menyentuh hati Emira. Sebagai seorang ibu, pastilah dia inginkan anaknya bahagia. Restunya adalah kebahagian anaknya. Dia tidak dapat menolak takdir. Namun sebagi seorang ibu, doanya akan dimakbulkan. Dan dia pastu akan mendoakan yang terbaik buat anaknya itu. Selama ini Imsyar adalah anak yang baik, tertib tutur katanya. Pandai mengambil hatinya. Malah pandai sekali mencairkan hatinya. Soalnya sekarang, sanggupkah dia melukakan hati Imsyar dengan menghalang hubungannya dengan Alisa, anak Pak Cik Mannya? Sekiranya tidak, dapatkah dia menerima Alisa sebagai menantu? Persoalan itu yang mengacau benaknya sekarang. “Kakak…takkan nak biarkan Syar tu?” Sial Nazira sebaik saja Boboy berlalu dari situ. “Entahlah Adik…serba salah Kakak dibuatnya.” Jawab Emira mengeluh.

233

“Anang Non…macam mana ni?” Nazira beralih kepada abang iparnya pula. “Biarlah. Yang penting dia tahu pendirian kita. Biar dia buat keputusan sendiri.” Aznol menjawab tenang. “Walauapapun, Adik tak setuju, Adik akan tetap halang perhubungan mereka selagi Adik hidup.” Ujar Nazira agak keras. “If that is the case…I will wait until you die!” Tiba-tiba saja Imsyar bersuara dari belakang mereka. Ah! Gawat jadinya.

234

BAB 43

Nazira masih tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku. Selagi terdaya, selagi dia bernyawa, dia tidak akan benarkan Alisa menjadi teman hidup Imsyar. Dia tidak mahu ada apa kena mengena dengan keluarga itu lagi. Sampai mati pun dia tidak mahu mereka ada dalam hidupnya. Dia bertekad untuk bersemuka dengan Alisa. “Ingat tak Kak Ira?” Tanya Nazira semasa berjumpa dengan Alisa di pejabatnya. “Tak ingat, tapi tahu siapa Kak Ira.” Jawab Alisa. “Beginilah…Kak Ira nak bagi tau yang kami semua tidak merestui hubungan Alisa dengan Imsyar, carilah lelaki lain. Tak kan nak kahwin dengan anak sepupu sendiri. “ Ujar Nazira tanpa berselindung . “Siapa kata kami ada apa-apa hubungan?” Soal Alisa cuba berselindung. “Hah! Tak payah nak cover pula…Dengar sini, selagi Kak Ira hidup jangan harap kamu berdua akan bersatu. Pintas Nazira. “Kalau macam tu kami kena tunggu Kak Ira matilah…Alisa tak tahu apa masalah sebenarnya. Tapi tak

235

payahlah nak ugut. Biar takdir yang tentukan. Macam takdir tentukan kematian Mak Su yang disebabkan oleh Kak Ira….” Tenang tapi sinis jawapan Alisa. Nazira terpukul dengan kata-kata Alisa. Berani sekali Alisa meninggikan suaranya begitu. Berani sekali Alisa berkata begitu kepadanya. Dia bangun sambil berkata “Lantaklah…Tapi ingat…jangan mimpi nak dekat dengan Imsyar!” Alisa haya diam. Nazira terus keluar tanpa menoleh lagi. Hatinya terbakar dengan kelakuan dan katakata Alisa.Fikirannya ligat memikirkan cara untuk meghalang perhubungan Imsyar dengan Alisa. Dia lupa penyakit yang dihidapinya. Yang penting sekarang adalah misi menyelamatkan Imsyar daripada terjerat dalam keluarga Pak Ciknya yang tidak pernah senang itu. Dia tidak mahu anak buahnya menanggung beban keluarga itu sebagaimana Mama dan Papanya dulu. Keluarga yang tidak putus dengan kesusahan dan kesempitan hidup. Tidak beban batu pula digalas. Dia tidak kisah apa yang orang lain kata. Dia juga tida pedulikan hukum alam, hukum Tuhan. Sesuatu kesusahan yang dihadapi oleh orang lain bukan saja dugaan bagi orang itu tetapi juga bagi mereka yang mampu membantu samada akan membantu atau membiarkan saja. Bagi Nazira, bantuan tidak perlu diberi kepada manusia yang hanya tahu mencari masalah. Baginya kalau sudah tahu diri tidak mampu mencari duit yang banyak,

236

kenapa perlu mempunyai anak yang ramai. Kalau sudah tidak pandai mengatur hidup jangan hendak menyusahkan orang lain. Kesilapan Mak Su serta ketidakupayaan Pak Cik Man, adalah sesuatu yang tidak dapat diterima dan dimaafkan sepanjang hidupnya. Mereka semua hanya menyusahkan hidupnya. Dia tidak mahu Imsyar terjerat!

Alisa merasa sedih dengan apa yang diakatakan oleh Kak Ira. Dia tidak tahu kenapa Kak Ira benci benar dengan keluarganya. Besar sangatkan dosa keluarganya kepada Kak Ira sehingga tidak boleh dimaafkan? Alisa termenung seketika. Seingatnya, memang dari dulu lagi dia tidak berapa sukakan Kak Ira. Wajah Kak Ira selalu masam dan susah untuk senyum. Entahlah, memang Allah kasikan wajah Kak Ira begitu atau sifatnya memang begitu. Berbanding dengan Kak Emira yang mempunyai wajah yang lembut, mungkin kerana diwarisi daripada keturunan sebelah sini. Sebelah Mamanya, kakak Mak Su. Keluarga ini,kalau dilihat daripada mata kasar, memang bising dan kasar. Tetapi mempunyai ahli yang amat penyayang, setidak-tidaknya kenangkanlah kasih sayang Mak Su. Alisa mengambil keputusan untuk berbincang dengan Boboy. Dia tidak mahu menjadi penyebab

237

perpecahan keluarga Boboy pula. Cukuplah denga apa yang berlaku selama ini. Di dalam khusyuk melayan fikirannya, tiba-tiba telefonnya berbunyi. Ada panggilan dari luar negara. “Assalamualaikum…” Terdengar suara Kak Tin di hujung talian. “Waalaikumsalam Kak Tin…” Jawab Alisa. “Dengaq sini….Kak Tin baru kena serang dengan Ira, Dia kata macam-macam dekat family. Macamlah dia perfect sangat. Paling Kak Tin sakit hati dia kata dia tak dak hutang apa-apa kat family kita, dekat Mak Su pun.” Panjang cerita Kak Tin. “Dia baru saja jumpa Alisa tadi, memang dia hina keluarga kita…” Kata Alisa, menahan sebak. “Macam ni lah Alisa. Janganlah nak rumitkan keadaan. Sebelum ni pun Kak Emira ada contact Kak Tin. Depa tak mau Alisa rapat atau ada apa-apa hubungan dengan Boboy. Kalau setakat pertalian keluarga Kak Emira masih boleh terima. Tapi Ira tak akan terima kita sampai bila-bila…” Suara Kak Tin agak tegas. “Kak Tin…jangan risau. Alisa pun tak mau bisingbising. Kami muda lagi, Tak semestinya kami akan bersama. Ini semua kerja takdir, tak payahlah kita risau. Biar takdir yang menentukan. Dia yang letak perasaan ini, Dia jugalah yang layak untuk tarik balik perasaan ini.” Kata Alisa tenang.

238

“Hmmm….kalau hang kata macam tu, Kak Tin faham. Tak pa lah. Kita biaq tengok macam mana. Assalamualaikum.” Ujar Kak Tin mengakhiri perbualan mereka. Alisa termenung kembali. Walau apapun dia mesti berjumpa dengan Boboy. Dia tidak mahu ada antara mereka yang menaruh harapan yang terlalu tinggi. Terlalu banyak halangan. Dia tidak mahu persengketaan tercetus lagi. Kalau itu harga yang perlu dibayar, dia sanggup berkorban kasih, berkorban rasa.

239

BAB 44

Kali terakhir Boboy membaca emel Nek Su adalah sebelum dia datang ke Pulau Pinang ini. Banyak yang berlaku sejak itu. Baru hari ini dia dapat membaca kembali emel Nek Su. “Boboy dearest, Selamat Hari Lahir Boboy!Hari ini 9hb Februari adalah hari lahir Boboy yang ke tujuh. Dan lusa Nek Su akan mencapai usia lima puluh tahun. Kalaulah kita boleh menyambutnya bersama…Apapun Nek Su doakan agar Boboy jadi umat yang soleh yang dapat memimpin orang lain ke jalan yang benar. Nek Su doakan agar Boboy akan menyambut hari lahir Boboy dengan orang yang Boboy sayang. Tidak ada yang lebih bermakna lagi selain daripada menyambut hari lahir dengan orang yang kita sayangi. Dan paling membahagiakan adalah apabila orang yang kita sayang itu menyayangi kita kembali. Malangnya Nek Su tidak pernah merasa nikmat kasih sayang seperti itu. Nek Su tidak pernah merasa disayangi oleh mereka yang Nek Su sayang. Pelbagai sambutan hari lahir yang

240

Nek Su pernah alami. Kebanyakannya dengan teman-teman rapat Nek Su. Tapi kali ini, kalau boleh Nek Su ingin menyambutnya dengan Boboy. Mana tahu kalau-kalau ia dimakbulkan Allah. It will be the best birthday ever! Tapi itu hanyalah harapan kosong, kan Boboy. Kita tidak akan berjumpa lagi. Entah sampai mati pun Nek Su tak akan dapat berjumpa dengan Boboy lagi. Tapi ingatlah sampai mati pun Nek Su sayangkan Boboy. Happy Birthday my grandson.” Ada titisan air mata yang mebasahi pipi Boboy. Hati lelakinya selalu tersentuh dengan emel Nek Su.. Dia tahu Nek Su amat merinduinya, Nek Su amat menyayanginya. Boboy meneruskan bacaan emel Nek Su seterusnya. “ Boboy. Ini adalah amanat Nek Su untuk semua cucu-cucu saudara Nek Su. Boboy, Zaif, Dannish, Adrian, Elaisya serta semua cucu lain yang bakal melihat dunia ini.Mungkin suatu hari nanti Boboy dapat membacanya kepada mereka semua. Ingatlah, pertalian darah tidak akan putus walau tubuh dicincang lumat. Yang putus adalah tali persaudaraan. Kehendak dan fikiran setiap kita berbeza. Takdir dan perjalanan hidup kita juga berbeza. Oleh itu janganlah dikeji takdir malang . Jangan pula dipuji takdir

241

senang orang. Segala baik buruk yang berlaku, ada hikmahnya,ada pengajarannya. Jangan sekali-kali menghukum sesiapa kerana kita tidak akan pernah tahu untung nasib kita. Jangan sekalikali memandang rendah pada sesiapa pun kerana kita sendiri belum tentu dipandang tinggi di sisiNya. Buanglah segala ego yang ada di dalam diri kita kerana tiada siapa yang pernah sempurna. Terimalah kesilapan dan kesalahan yang dilakukan dengan hati yang terbuka. Kita tidak rugi apa-apa. Bantulah mereka yang perlu dan mulakan dengan keluarga terdekat. Jika ada persengketaan, jangan dibiarkan menjadi dendam seperti kami. Bersatulah kembali, kerana masa kami yang tua sudah berlalu. Kami tinggalkan pertalian darah buat cucu-cucu semua. Kita semua satu keluarga!” Begitu dalam makna amanat Nek Su. Boboy harap suatu hari nanti dia dapat meberitahu amanat Nek Su ini kepada semua cucu saudara Nek Su, Fikiran Boboy melayang entah ke mana, bila tiba-tiba bayangan Alisa melintas. Dia tersenyum. Ya. Mungin suatu hari nanti…

Setelah berfikir panjang, Alisa telah membuat keputusan. Dia dalam perjalanan untuk bertemu dengan Boboy. Dia berharap agar Boboy faham dan menerima

242

keputusannya.Petang itu angin laut Pulau Pinang menjadi saksi mereka. “Maafkan Alisa, Alisa terpaksa buat keputusan ini. Untuk masa depan keluarga kita.” Ujar Alisa memulakan bicaranya. “Apa sebenarnya ni Alisa? Apa yang jadi? Keputusan apa?” Soal Boboy tidak sabar. “Alisa akan pergi mengerjakan umrah. Mungkin di sana Alisa akan mendapat jawapan. Seandai Alisa balik ke sini selepas umrah bermakna mungkin ada jodoh antara kita. Sekiranya tidak….Alisa akan melanjutkan pelajaran di Jordan . Ini bermakna takdir telah menentukan kita hanya sebagai keluarga.” Tenang saja Alisa menyatakan keputusannya. “Ah! Ini mesti Acu punya pasal. Dia kacau Alisakan?” Tanya Boboy, marah. “Tak mengapalah Boboy. Kita serah pada takdir. Dia yang menemukan kita.Dia yang memberi perasaan ini kepada kita. Hanya Dia saja yang bakal menentukan semuanya. Kita hanya mampu berdoa. ” Jawab Alisa tidak ingin mengeruhkan keadaan. “Boboy tak puas hati! Jangan pergi Alisa…” Boboy merayu. “Banyak halangan Boboy. Alisa tak mahu ada persengketaan dalam keluarga kita lagi, Insya Allah kalau ada jodoh kita bertemu lagi,” Alisa tetap tenang.

243

“Nampaknya Alisa dah bertekad untuk tinggalkan Boboy…” Kecewa sekali suara Boboy. “In time…we’ll know. In time we’ll find the right one. Alisa akan berangkat minggu depan. Boboy tolong tengokkan mereka di rumah dan juga rumah penjagaan itu.” Pinta Alisa. “Alisa cepat sangat mengalah. Berilah peluang kepada kita. Berilah masa untuk mereka menerima kita…” Ujar Boboy semakin lemah. “Mengalah bukan beberti kalah…Berdoalah. Jadilah imam yang terbaik.” Kata Alisa mengakhiri pertemuan mereka petang itu. Berat kakinya melangkah, berat hatinya dengan keputusan yang terpaksa dibuat. Namun dia tetap berpegang kepada ketentuan takdir. Tidak perlu dipersoalkan lagi, Dia berserah.

244

BAB 45

Boboy tidak berpuas hati dengan keputusan Alisa. Dia tahu Alisa telah ditekan oleh Acunya. Ah! Acu! Peduli apa dengan Acu. Mama dan Papanya tidak berkeras langsung. Cuma mereka menyuruhnya memberi masa. Jadi kenapa Acu hendak masuk campur urusan hidupnya? “Puaslah hati Acu sekarangkan Mama…” Ujar Boboy semasa pulang ke rumahnya. “Apa yang Syar cakap ni?” Tanya Emira. “Ala…tak payah nak berlakonlah Mama. Mesti Mama dah tau adik kesayangan Mama tu dah pergi serang Alisa…” Jawab Boboy, tidak puashati. “Sumpah Syar, Mama tak tahu.” Jawab Emira jujur. “Kerana Acu, Alisa dah bawa diri ke Jordan. Dia nak tinggalkan Syar,” Ada nada sebak di dalam suara Boboy. “Amboi…Jordan! Banyaknya duit dia.” Itu yang terkeluar dari mulut Emira.

245

Boboy semakin tidak puas hati. “Kanapa Mama? Kenapa Mama dan Acu selalu pandang rendah pada mereka? Hina sangatkah mereka kalau tak berduit?” Emira hanya diam. “Mama dah lupakah? Nek Su tinggalkan duit yang banyak untuk kami. Jadi tak perlulah Mama dan Acu mempertikaikan apa-apa lagi.” “Maafkan Mama…Cuma setahu Mama keluarga mereka memang tak akan mampu untuk membiayai pelajaran sehingga ke sana.” Emira menjawab, serba salah. “Boleh tak for once in your life, stop judging others.” “Syar, Mama nampak sejak kebelakangan ini perangai Syar dah berubah. Sejak Syar berjumpa dengan Nek Su dan Alisa. Kenapa Syar?” Tanya Emira masih berlembut. “Sebab sekarang baru Syar tahu perkara yang sebenar. Sebab Mama dan Acu masih tidak mahu memaafkan Nek Su, Sebab Mama dan Acu masih tidak mahu menerima keluarga Tok Man, Pak Cik Mama sendiri!” Panjang jawapan Boboy. “Syar, berilah kami masa…Bukan Mama tidak mahu menerima mereka. Mama terima mereka sebagai saudara Mama tapi Mama tidak dapat terima lebih daripada itu. Syar fahamkan?” Balas Mamanya pula. Boboy mengeluh panjang. “Tak mengapalah Mama. Mama tak perlu risau sekarang. Alisa akan pergi

246

jauh. Puaslah hati semua orang.” Jawab Boboy , kecewa dengan apa yang berlaku. Boboy merasa kehilangan yang teramat sangat. Walaupun dia dan Alisa baru saja kenal, dia merasa ada chemistry antara mereka. Jauh di sudut hatinya, dia masih mengharap agar Alisa menarik balik keputusannya. Boboy tidak bermalam di rumahnya malam itu. Dia terus memandu balik ke Pulau Pinang walaupun esok adalah hari minggu. Dia perlu menenangkan dirinya. Dia perlu mencari kekuatan untuk menerima kenyataan. Boboy mengambil keputusan untuk keluar dari lebuhraya menuju ke Bandar Ipoh. Dia berhenti di sebuah masjid untuk menunaikan solat Isya.Dengan khusyuk dia menunaikan solat. Selesai solat, dia memanjatkan doa semoga ditunjukkan jalan yang betul. Dia akhirnya akur dan berserah kepada ketentuanNya.

Alisa mengemas barang-barang keperluan untuk mengerjakan umrah. Nasib baik Kak Tin bersetuju untuk menemaninya bila di sana nanti. Semoga Dipermudahkan. Ada beberapa perkara yang masih perlu diselesaikan oleh Alisa sebelum dia berangkat. Dia akan menyerahkan urusan rumah penjagaan tinggalan Mak Su itu kepada Boboy sementara dia di sana.

247

Walau apapun, Alisa akur, dia dan Boboy adalah saudara. Sejauh mana dia ingin lari pasti suatu hari nanti akan berjumpa juga. “Seronoklah Aunty nak jalan jauh…” Kata Dannish bila dia melihat Alisa mengemas begnya. “Ala…nanti kalau Dannish dapat keputusan peperiksaan yang bagus, Aunty bawa Dannish pi sana pulak.” Balas Alisa. “Betoi ka ni?” Tanya Dannish meminta kepastian. “Iyalah…kalau keputusan tak elok, jangan haraplah. Nanti Aunty beli lembu, Dannish jaga lembu tu saja. Jadi koboi. Barulah padan dengan rambut blonde tu. Hahaha” Ujar Alisa sambil ketawa. “Huh! Aunty memang jealous dengan rambut Dannish dari dulukan. Ingat dak masa Nek Su ada dulu, kita selalu berebut nak dok atas riba dia…” Balas Dannish, terkenangkan Nek Su nya. “Hahaha….selalu Aunty yang menang.” Alisa ketawa lagi. “Iyalah…Aunty selalu tolak Dannish turun. Nek Su selalu menangkan Aunty pasai Aunty suka nangis. “ Jawap Dannish pula. “Sebenarnya Mak Su sayang semua orang…Dia seorang penyayang. Itulah kelemahannya. Semua orang take her for granted…” Balas Alisa sambil terasa air matanya menitis.

248

“Dannish sayang Nek Su, nanti kita ke kuboq dia…” Perlahan saja suara Dannish. Alisa hanya menganggukkan kepalanya.

Kubur Nek Su dijaga rapi. Boboy telah mengupah orang untuk menjaga kubur Nek Su. Selepas tidur di Ipoh semalam, Boboy terus ke sini, melawat kubur Nek Su. Terubat rindu kepada Nek Su apabila dia berada di situ. Boboy melangkah menuju ke kubur itu. Dari jauh kelihatan Alisa dan Dannish sedang duduk di sisi batu nesan. Dia mempercepatkan langkahnya. “Assalammualaikum, Dannish…Alisa.” Boboy memberi salam. Alisa dan Dannish menoleh sambil menjawab salam. “Abang Boboy, baru sampai?” Tanya Dannish. “Ya. Rindu dekat Nek Su…” Jawab Boboy. „Nanti singgahlah dirumah.” Kata Alisa pula. Boboy hanya menanggukkan kepalanya. Ada kejanggalan yang dirasai olehnya. Walaupun dia cuba berlagak seperti biasa, tetapi seperti ada sesuatu yang tidak kena. “We are family…” Bisik Alisa semasa dia berdiri di sebelah Boboy.

249

Boboy hanya memandang Alisa. Tiada kata yang dapat diungkapkan. Hanya mata yang berbicara. Dan bicaranya hanyalah kesedihan.

250

BAB 46

Boboy memaksa dirinya untuk ke rumah Alisa. Kalau beberapa minggu lepas dia teruja sekali, namun hari ini, berat sungguh kakinya melangkah. Namun ada sesuatu yang penting yang perlu disampaikan kepada Alisa. Mungkin selepas ini, mereka tidak akan bertemu lagi. “Masuklah Abang Boboy.” Ujar Dannish mempelawa Boboy masuk. Boboy melanglah masuk, matanya liar mencari kelibat Alisa. “Owh…Aunty Alisa ada kat bilik. Sat na…Aunty…Ni Abang Boboy mai” Dannish seakan faham gerak mata Boboy. Alisa keluar dan duduk di ruang tamu bersama Boboy dan Dannish. Boboy hanya merenung Alisa. “Tak balik KL ka minggu ni?” Tanya Alisa. “Balik. Inipun dari sana. Balik sekejap saja.” Jawab Boboy cuba berbual seperti biasa. Entah mengapa suasana jadi diam seketika. Masing-masing seperti melayan perasaan sendiri.

251

“Abang Boboy tidoq sini ka?” Tanya Dannish memecah kesunyian. “Kali ini tak bolehlah. Esok Abang kerja. Nanti Abang datang lagi.” Jawab Boboy, “Nanti tolong tengokkan depa. Kalau Alisa tak dak pun, mai la sini.” Akhirnya Alisa bersuara. “Insya Allah. Ini Alisa. Sebenarnya Boboy nak bagi kad debit ini. Dalam kad itu dah ada duit untuk keperluan Alisa nanti. Ini semua duit Nek Su dan Boboy tahu dia pasti akan setuju.” Kata Boboy sambil menghulurkan kad tersebut. Alisa terkejut. “Kenapa guna duit Mak Su? Bukan ka dia nak suruh Boboy beli balik rumah lama tu?” “Yang itu duit lain. Yang ini khas untuk Boboy beri kepada sesiapa yang perlu. Ambillah,” Tegas Boboy sambil meletakkan kad itu ke dalam tangan Alisa. “Terima kasih Boboy. Terima kasih Mak Su.” Ujar Alisa. Boboy meminta diri untuk pulang, Hatinya sudah tidak mahu berada di sini lagi. Hatinya jadi sayu. “Jaga diri ya…” Itulah yang keluar daripada mulutnya. “Boboy tak nak hantar Alisa dekat airport?” Tanya Alisa, mengharap. “InsyaAllah…” Ringkas saja jawapannya.

252

Alisa mencari kelibat Boboy di Balai Berlepas KLIA. Paling tidak sekejap pun jadilah kalau Boboy datang. Kakaknya Jiha dan adiknya Haziq sedang menemaninya di situ. Ada sesuatu yang ingin disampaikan kepada Boboy. Kali terakhir mereka bertemu, dia tahu Boboy dalam keadaan sedih. Alisa tahu kesedihan itu. Dia dapat membaca kekecewaan Boboy. Kalaulah dia boleh menukar keadaan. Ya. Kalau. Tapi dia sedar dalam hidup kita tidak akan mendapat semua yang kita hendak. Suatu hari nantu semua ini hanya akan jadi kenangan. Dia terpaksa menguatkan hatinya. Untuk menenangkan keadaan. Supaya tiada persengketaan lagi. “Assalamualaikum…” Suara itu memberi salam. Dia kenal benar dengan suara itu. “Wa‟alaikumsalam…” Jawab Alisa sambil menoleh ke arah suara itu. Kelihatan Boboy bersama dengan Zaif berada di depannya. Terubat juga hatinya, Jiha dan Haziq bersalaman dengan Boboy dan Zaif, “Terima kasih kerana datang …” Ujar Alisa, “Boboy tak akan lepaskan peluang terakhir ini.” Balas Boboy, “Boboy masih mengharap?” Tanya Alisa sambil merenung wajah Boboy. “Ya. Selagi ada rasa. Selagi ada masa.” Jawab Boboy.

253

“Hmm,,,Berdoalah agar kita ditunjukkan jalan yang terbaik,” Ujar Alisa tidak ingin memberi harapan. Boboy hanya diam. Alisa menyeluk beg di tangannya dan mengeluarkan satu bungkusan. Dihulurkannya kepada Boboy. “Semoga hadiah ini akan menenangkan diri kita,” Boboy mengambilnya tanpa banyak bicara. “Boboy pun ada hadiah untuk Alisa.” Ujar Boboy sambil menghulurkan bungkusan hadiah itu kepada Alisa. “Sebagai kenangan…” Ujarnya lagi. “Senyumlah sikit Boboy…Takkan nak hantar Onet dengan muka macam cucoq kodok basi tu…” Kata Alisa mengusik. Barulah nampak wajah Boboy yang ceria. “Haaa…macam tu lah. That is how I want to remember you. That soft and sweet smile of yours…” Kata Alisa sambil mengusap pipi Boboy. Boboy memegang tangan Alisa. “Please don’t go,,,: Ujar Boboy masih mengharap. “Pray for me to come back. If Allah permits…we’ll be together. InsyaAllah.” Balas Alisa sambil menarik tangannya perlahan. Sejurus kemudian terdengar panggilan masuk bagi penerbangannya. Alisa mengangkat begnya. Berat sungguh hatinya untuk pergi. Baru saja dia berjumpa sesuatu yang membahagiakannya. Kalaulah Boboy tahu apa yang bersarang di hatinya. Dia terpaksa kelihatan kuat supaya

254

Boboy tidak terlalu bersedih. Biarlah dia berkorban. Selamat tinggal Boboy. Suatu hari nanti kita bertemu kembali. Sebagai siapa… itu ketentuan Illahi. BAB 47

Boboy pulang dengan hatinya yang kosong. Baginya. Alisa menyerah kalah terlalu awal, dia amat pasti kalau mereka bertahan, mereka akan bersama. Namun kehendak takdir tiada siapa yang boleh menghalang. Dia yang memberi rasa, Dia juga yang mengambilnya. Orang selalu kata, ada hikmah di sebalik setiap kejadian. Lalu apakah hikmahnya dia Diketemukan dengan Alisa? Suatu jawapan yang perlu dicarinya. Dia mengambil bungkusan hadiah dari Alisa. Dibukanya perlahan-lahan. Senaskah Al-Quran yang diberinya bersama sekeping kad tertulis: “Adakalanya kita lupa. Adakalanya kita mempertikaikan takdir. Padahal segala jawapan ada di dalam Al-Quran. Memang kita selalu alpa. Kita adalah manusia yang sedang diuji. Mungkin bila kita lulus ujian ini

255

kita akan bertemu kembali.Suatu hati nanti… Onet sayang Boboy.” “Terima kasih Onet…” Tidak terkeluar daripada mulut Boboy, Dia perlu meneruskan hidupnya. Dia perlu kuat. Banyak lagi yang perlu dilakukannya di dalam hidupnya kini. Pesanan dan amanah Nek Su perlu ditunaikan. Dia sedar, besar tanggungjawabnya sekarang. Yang pertama sekali ialah mencari pemilik rumah pusaka itu. Anak kepada peguam Ezad Zamri.

Tidak sukar untuk mencari waris Ezad. Maklumlah, mereka juga adalah saudara Tok Pa. Pertemuan dengan Asyraf, anak peguam Ezad, tidak membuahkan hasil. Dia diberitahu bahawa ayahnya telah mewasiatkan supaya tidak menjual rumah itu kepada mana-mana ahli keluarga Nek Su. Ah! Sampai begitu sekali ego manusia yang bernama Ezad ini. “Maaf, itu pesan Papa.” Masih terngiang-ngiang jawapan yag diterimanya. “Tapi rumah tu terbiar sajakan?” Tanya Boboy.

256

“Ya. Biarlah begitu. Papa tak mahu ia jatuh kembali kepada keluarga mereka, walau berapa tinggi harga yang ditawarkan sekalipun.” Tegas Asyraf lagi. Boboy rasa tidak perlu lagi untuk dia berbincang. Biarlah ego mereka dibawa ke mati. Patutlah dia mendapat kematian dengan cara yang mengerikan, Ditembak. Boboy teringatkan keratan akhbar yang dijumpainya bersama dokumen Nek Su, Dia beristighfar. siapalah dia untuk menghukum pembalasan Tuhan itu. Biarlah. Yang penting adalah mencari jalan untuk mendapatkan rumah itu kembali. Mungkin sekarang bukan masa yang sesuai. Mungkin suatu hari nanti. Ya! Dia akan kembali lagi, suatu hari nanti.

Sudah hampir seminggu Alisa di Tanah Suci Mekah. Dia bersama Kak Tin sekeluarga berada bersamanya di situ. Rantai emas pemberian Boboy sentiasa ada di lehernya. Dia berdoa agar ditunjukkan jalan. Kembali ke sana atau meneruskan niatnya untuk melanjutkan pelajarannya. Ya Allah berilah petunjuk. Tiga malam berturut dia menunaikan solat istikharah meminta petunjuk. Malam terakhir dia bermimpiada kelibat seorang lelaki berpakaian seragam

257

putih dan bertopi seperti…seperti Abang Carl! Alisa terjaga dan bingkas bamgun. Tak mungkin! Tak mungkin Abang Carl! Dia semakin keliru. Mimpikan Abang Carl yang dibencinya di Tanah Suci. Apa petanda ini Ya Allah? Dalam kekeliruan itu, dia terus menjalankan ibadah umrahnya. Semasa melintas di hadapan pintu masuk ke hotel dia terlihat seorang lelaki sedang menangis teresakesak. Entah apa yang telah dilalui oleh lelaki itu. Ada sesuatu seperti menariknya untuk bertanya. Dia menghampiri lelaki itu. “Excuse me Sir. Are you alright?” Alisa bertanya. Lelaki itu menoleh. Tampan wajahnya. Berjuraian airmata mengalir di pipinya. “No. I am not alright. I have sins.” Jawab lelaki itu. “We all have sins. Allah is merciful, as long as we are sincere. May Allah bless you,”Jawab Alisa. Lelaki itu seperti tersedar daripada ratapannya. Dia menyapu air mata di wajahnya. Terserlah wajahnya yang tampan, mungkin daripada ketuturunan Arab. Putih bersih wajahnya. Matanya seperti mahu menceritakan keperitan yang dialaminya. “Are you my angel?” Tanya lelaki itu. “I don’t think so…” Alisa terus berlalu dari situ. Bidadari? Terlalu tinggi anggapan itu. Dia sendiri sedang bergelut dengan kekeliruan perasannya. Entah mengapa, entah siapa yang ditegurnya tadi. Dia terus

258

mengerjakan ibadat umrahnya dan mencari jawapan, kepastian sebenarnya. Ke mana arah tujuannya selepas ini. Pulang ke Malaysia atau menetap bersama Kak Tin. Bukanlah dia ingin melarikan diri daripada masalah. Namun baginya, itulah yang terbaik buat masa ini. Alisa lupa pada lelaki yang ditemuinya itu. Selesai ibadat umrah, dia mengambil keputusan untuk bersama Kak Tin di Jordan sebelum membuat keputusan. Hatinya masih tidak mahu pulang. Seperti ada seusatu yang menantinya di sana nanti. Dia mengikut kata hatinya. Biarlah dia di sana buat seketika. Itulah jawapan yang diberikannya kepada Boboy yang mengubunginya semalam. “Alisa balik bila?” Soal Boboy. “Belum lagi.Alang-alang di sini, Alisa nak ke rumah Kak Tin dulu.” Jawab Alisa. “Alisa balik ya…” Terdengar suara Boboy mengharap. “InsyaAllah! Segalanya ketenturan Dia.” Balas Alisa, tenang. Dia tidak sanggup untuk melukakan hati Boboy. Dia tidak mahu Boboy mengharap. Dia sendiri pun masih keliru dengan bayangan Abang Carl dalam mimpinya. Dia terlena di dalam penerbangannya bersama Kak Tin, bersama wajah Abang Carl.

259

BAB 48

Alisa semakian serasi dengan kehidupannya bersama dengan Kak Tin di Jordan, namun bayanagn Boboy masih ada. Melawan rindu adalah sesuatu yang amat sukar, Apatah lagi setiap kali dia memegang rantai pemberian Boboy. Untuk kembali ke Malaysia, bukan masanya lagi. Dia belum bersedia lagi. Boboy tidak putusputus menghubunginya dan menceritakan keadaan di Malaysia. Iyalah, hubungan mereka tidak akan putus kerana walau apapun, mereka adalah keluarga. Hari ini mereka akan menerima tetamu, sahabat Abang Mamduh. Alisa dan Kak Tin sibuk menyiapkan makanan untuk dijamu kepada tetamu istimewa mereka.

260

Katanya, sahabat Abang Mamduh ini, seorang keturunan Arab. Pernah beristeri tetapi anak dan isterinya meninggal semasa kemalangan jalan raya. Paling menyedihkan, hanya sahabat itu seorang sahaja yang hidup. Emak dan bapanya juga meninggal di dalam kemalangan tersebut. Dan dia menyalahkan dirinya atas kejadian itu. Seperti yang dijanjikan, Ahmed Ziyad datang tepat pada waktu makan tengah hari. Terdengar suara Abang Mamduh dan Ziyad berbual di ruang tamu. Alisa cuba meninjauu dari dapur untuk melihat rupa sahabat Abang Manduhnya itu. “Eh! Dok mengendap apa? Kalau nak tengok sangat, tunggu sat lagi. Masa kita hidang bolehlah tengok. Handsome tau…” Usik Kak Tin. Alisa hanya senyum. Handsome? Ah! Abang Carlpun hansome juga. Tak tergoda pun dia. Apalah ada pada rupa kalau perangai serupa syaitan. „Huh! Abang Carl pula yang aku ingatkan‟ Dengus Alisa di dalam hati. Kak Tin menghulurkan bekas makan untuk dihidangkan. Tanpa berkata apa-apa, Alisa terus keluar dan meletakkannya di atas meja. Matanya sempat menjeling ke arah tetamu mereka itu. “Angel! My Angel! Ya Allah!” Tiba-tiba dia terdengar suara dari ruang tamu.

261

“Mamduh! Oh God! She is the one I was telling you about! Alah has brought her to me…” Kata Ziyad penuh dengan keterujaan. “You?” Ujar Alisa terkejut. Dia tidak menyangka Ziyad adalah lelaki yang dijumpainya menangis teresak-esak di pintu Ka‟bah dulu. Lelaki itu berada di hadapannya sekarang. Alisa kemudiannya menceritakan apa yang berlaku semasa mereka bertemu. Dia tidak ingat langsung kepada lelaki yang menangis di pintu Ka‟bah itu. Tiba-tiba Allah telah menemukan mereka disini. Maka sesi perkenalan pun berlaku. Ziyad bercerita mengenai kemalangan yang menyebabkan dia kehilangan keluarganya, Kelalaian dia semasa memandu menyebabkan dia kehilangan segala-galanya. Dia kecewa dan berputus asa, lalu menyalahkan takdir. Sehinggalah dia hampir tidak percayakan kewujudan Tuhan lagi. Namun Allah masih sayangkannya. Dia diberikan hidayah untuk kemabali ke pangkal jalan. Dia hampir mati akibat terlalu banyak minum minuman keras. Itulah yang dia tangisi semasa di pintu Ka‟bah tempoh hari. Tuhan telah memberinya peluang ke dua untuk memperbaiki hidupnya. Ahmed Ziyad adalah seorang juruterbang peswat Royal Jordanian Airline yang juga merupakan sahabat abang Mamduh dari Universiti lagi. Juruterbang as in pilot? Ya. Alisa terkedu apabila mendengar perkataan itu. Apakah

262

ini jawapan mimpinya? Atau bayangan Abang Carl? Dia semakin keliru.

Tanpa pengetahuan Alisa, pertemuannya dengan Ahmed Ziyad memang sengaja diaturkan oleh Kak Tin dan Bang Mamduhnya. Mereka merasakan Ahmed Ziyad adalah calon terbaik bagi Alisa. Apatah lagi Abang Mamduh amat simpati dengan kisah sedih rakannya itu. Lalu peretemuan itu menjadi lebih bermakna apabila kedua-dua mereka mempunyai cerita tersendiri. Bulan-bulan seterusnya menyaksikan Ahmed Ziyad dan Alisa masing-masing mula mengorak langkah untuk mengenali diri masing-masing. Alisa kelihatan lebih bersemangat dan tidak keliru lagi. “Kak Tin nampak, Alisa dah serasi dengan Ziyad…” Umpan Kak Tin pada satu petang. “Entahlah Kak Tin. Tak berani nak cakap apa. Takut tak menjadi. Lagipun sussah juga dengan Arab ini.” Jawab Alisa. “Ala,,,depa pun manusia juga. Yang penting Islam bukan selam saja…hehehe” Usik Kak Tin. “In time…we’ll see. Kalau ada jodoh adalah.” Jawab Alisa.

263

BAB 49

Sejak pemergian Alisa, Boboy telah mengambil alih tugasnya di Rumah Penjagaan Jitra. Dia ingin meneruskan legasi Nek Su di sini. Biarlah rumah penjagaan ini terus memberi khidmat kepada mereka yang senasib dengan Nek Su. Mereka yang tidak punya siapa-siapa untuk menjaga dan menguruskan kehidupan mereka. Ini termasuklah Acunya, yang kini sedang terbaring melawan penyakitnya. Tiada siapa yang dapat menjaga Acunya yang semakin parah itu. Mereka tidak ada pilihan lain selain daripada menempatkannya di sini supaya dekat dengan Boboy. What goes around, comes around. Itulah hukum KARMA. Acunya sedang menerima hukuman daripada kedegilan dan ketidakadilannya terhadap Nek Su. Kalau dulu, di sinilah dia menyebabkan kematian Nek Su, tetapi kini dia ditempatkan disini, Berlindung di rumah penjagaan yang diasaskan oleh Nek Su. Ironik bukan? Di sini, Acunya disediakan seorang jururawat khas untuk membantunya. Boboy tahu tidak ramai yang sanggup melayan karenah Acunya yang cerewet dan mempunyai mulut yang berbisa. Namun, Aleesya, seorang jururawat ini

264

amat sabar dengan karenah Acunya. Nama Aleesya itu mengingatkannya kepada Alisa, tetapi dia sedar kedua mereka berbeza. Aleesya seorang yang lembut, berbudi bahasa dan amat mengambil berat mengenai pesakit, terutamanya Acu yang cerewet itu. Hati Boboy tersentuh dengan kebaikan dan kesabaran Aleesya semasa menangani Acunya. Mereka kemudiannya menjadi rapat kerana selalu berbincang mengenai keadaan Acu. Ada jelingan disambut, ada usikan berbalas. Ada hati yang semakin terpaut. “Terima kasih kerana selalu sabar dengan karenah Acu saya.” Ujar Boboy kepasa Aleesa pada stau hari. Aleesya senyum sambil menjawab “ Ah! Tidak mengapa En. Imsyar. Memang adakalanya pesakit akan berkelakuan begitu. Mungkin itu saja cara untuk mereka melepaskan stress.” “Eh! Tak payah berencik dengan saya. Panggilk saja Imsyar atau Syar.” Ujar Boboy pula merasa tidak selesa dengan panggilan Encik oleh Aleesya. “Mana boleh macam tu…En. Imsyar ketua di sini, jadi kami kena hormatkan En. Imsyar.” Balas Aleesya pula. “Kalau macam tu, saya sebagai ketua disini, mengarahkan awak untuk memanggil saya Imsyar.” Jawab Boboy dengan tegas. Aleesya agak terkejut, tetapi masih boleh tertawa kecil dengan gelagat Imsyar.

265

Boboy mula mencipta harapan bersama dengan Aleesya, sebagai pengubat luka hatinya. Sedaya upaya dia cuba ,melupakan perasaannya kepada Alisa. Dia cuba untuk tidak mengharap lagi. Kehadiran Aleesya sedikit sebanyak telah dapat merawat luka hatinya. Aleesya berbeza wataknya dengan Alisa. Aleesya lebih lembut tetapi tegas. Aleesya pandai bergurau dan pandai mengambil hatinya. Walau bagaimanapun Boboy masih tidak berpuas hati dengan karenah Acunya yang keterlaluan itu, “Acu…cubalah bawa bersabar. Kenapa Acu mesti berkasar dengan staf disini? Acu sedar tak mereka yang menjaga Acu selama ini.” Kata Boboy selepas melihat kekasaran Acunya kepada Aleesya. “Hah! Biarlah! Merekakan dibayar gaji untuk menjaga Acu.” Masih bongkak Acunya itu. “Acu! Masih tak sedarkah dengan apa yang berlaku? Acu masih lagi memandang rendah pada orang lain. Sudah…sudahlah Acu. Sepatutnya dalam keadaan begini, Acu lebih banyak berzikir, ingatkan Allah.” “Yang Syar nak bela staf tu kenapa? Syar dah berkenankah?” Acunya bertanya agak kasar. “Kalau ya, kenapa? Acu nak pisahkan kami jugakah? Macam Acu buat dengan Alisa? Soal Boboy pula. “Owh kalau betul, Acu setuju. Ada juga yang boleh jaga Acu tanpa perlu dibayar.” Masih ego lagi Acunya. “Acu! Bertaubatlah! Acu tidak sedarkah inilah balasan kepada Acu yang terlalu ego, terlalu memandang

266

rendah pada orang. Acu menghukum Nek Su sehingga akhir hayatnya. Sekarang…tengoklah Acu! Sekarang Acu di rumah penginapan yang dibangunkan oleh Acu! Masih tak sedar lagikah? Hukum Karma Acu! Inilah hukum karma ke atas Acu!” Entah daripada mana Boboy mendapat kekuatan untuk berbahas dengan Acunya. Tegas sekali suaranya. Buat pertaman kali Acunya menjadi terkedu. Wajah Acunya tiba-tiba menjadi suram. “Sampai hati Syar! Syar nak Acu mati ke?” Soalnya sambil mengelap airmatanya. Boboy menghampiri Acunya, “Bukan begitu Acu. Syar Cuma nak Acu sedar akan kesilapan Acu. Tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini. Tolonglah Acu…bertaubatlah sebelum terlambat.” Hujah Boboy lagi. “Syar…sebenarnya memang Acu rasa amat bersalah dengan apa yang telah Acu lakukan kepada Nek Su. Cuma Acu tidak dapat meluahkan kekecewaan Acu kerana tidak sempat memohon ampun kepada Nek Su. Sebenarnya Acu marah pada diri Acu sendiri!” Nazira menangis semahunya. Boboy hanya diam, sambil memeluk Acunya itu. Ada keinsafan di dalam nadanya. Boboy berharap agar Acunya benar-benar sedar dan insaf dengan apa yang berlaku.

267

BAB 50

Selepas kejadian itu, entah berapa kali dia meminta agar dibawa menziarahi kubur Nek Su. Namun ditolak oleh Boboy kerana keadaan kesihatannya semakin membimbangkan. Penyakit barahnya sudah melarat ke tahap empat. Tahap paling kritikal. “Boboy….tolonglah Acu. Bawalah Acu ke kubur Mak Su. Acu nak mohon maaf kepadanya. Acu nak mati dengan tenang.” Ujar Nazira sekali lagi, pagi itu. “Baiklah Acu, Boboy cuba.” Jawab Boby. Pagi itu, Boboy mengajak Aleesya menemainya untuk membawa Acu menziarahi kubur Nek Su. Boboy telah menceritakan kisah Nek Su kepada Aleesya, secara ringkas. Boboy ingin Aleesya tahu siapa sebenarnya pengasas rumah penjagaan itu. Buat pertama kali, Boboy lihat Acunya lebih tenang dan melayan Aleesya dengan lebih rasa hormat.

268

“Terima kasih Aleesya. Maafkan Acu selama ini. Acu minta, Aleesya jagalah Imsyar juga ya!” Ujar Acunya semasa mereka berada dalam kereta menuju ke tanah perkuburan. Aleesya hanya diam dan tersenyum. Semasa di kubur Nek Su, Acunya menangis semahunya, kesal dengan apa yang berlaku. Puas juga Boboy cuba untuk menenangkannya. “Acu…Nek Su dah lama maafkan Acu. Dia tidak menyimpan apa-apa dendam kepada sesiapapun. Dia selalu berkata begitu di dalam emelnya.” Nazira hanya diam. Esak tangisnya agak reda. Walau apapun dia masih merasa terkilan dengan apa yang tekah dilakukannya dulu. Namun segalanya telah terlewat, Hanya keampunan dari Allah saja yang dipohon sekarang ini. Dia sedar akan kesilapannya. Dia sedar, bila maut menjengah, tiada apa lagi yang penting di dunia ini. Dia pasrah dengan ketentuan Allah.

Kini, sudah hampir setahun Alisa pergi. Boboy tidak mengharap lagi. Dia akur dengan ketentuanNya. Kalau diikutkan, dia boleh pergi mencari Alisa. Apatah lagi dia kini telah menjadi pengurus rumah penjagaan peninggalan Nek Su selepas tamat pengajiannya. Malah wang yang Nek Su tinggalkan itu lebih daripada cukup. Namun dia sedar, wang itu ada tujuannya, ada amanah yang

269

perlu ditunaikan. Nek Su! Terlalu sayang dia pada semua orang, namun tidak pernah merasa disayangi. Terlalu banyak rasa yang dipendam oleh Nek Su. Dia membuka lagi emel dari Nek Su. “My Dearest Boboy, Nek Su doakan agar Boboy sihat dan bahagia. Kali ini Nek Su ingin mengenalkan kepada Boboy semua ahli keluarga kita. Our family tree. Nek Su minta Boboy teruskanlah menyambung family tree kita bila Nek Su sudah tiada nanti. Hj. Din dan Hjh Zara adalah emak dan bapa bagi Tok Ma, Tok Ngah, Tok Man dan Nek Su. Sebenarnya ada tiga lagi adik beradik kami yang meninggal semasa muda. Selepas kematian Tok Ma, tinggallah hanya kami bertiga. Tok Ngah, Tok Man dan Nek Su. Tok Ma berkahwin dengan Tok Pa dan dikurniakan dua orang anak perempuan iaitu Mama Boboy dan Acu, Nazira. Selepas Tok Ma ada saudara perempuan kami yang meninggal semasa bayi lagi. Kemudiannya barulah Ngangah atau Tok Ngah lahir. Ngangah berkahwin dengan Tok Lan dan mempunyai tiga orang anak; Rozzi, Zatty dan Iffah. Zatty berkahwin dengan Khairul dan dikurniakan Elaisya. Selepas Ngangah ada seorang lagi saudara lelaki kami yang meninggal semasa muda, Namanya Zaki. Kemudian barulah Tok Man dilahirkan. Satu-satunya waris lelaki di antara kami. Tok Man berkahwin dengan Tok

270

Sham. Maka lahirlah Fatin, Nadya, Najiha, Alisa dan Haziq. Nadya berkahwin dengan Aiman, di usia yang muda dan Dianugerahkan Dannish dan Adrian. Kemudian giliran Nek Su dibawa melihat dunia. Hanya mempunyai anak-anak serta cucu saudara. Paling akhir adalah adik bongsu kami, seorang lelaki yang meninggal ketika lahir. Itulah lebih kurang permulaan keluarga kita. Nanti Boboy sambunglah sehingga ke anak cucu Boboy pula. Nek Su doakan agar Boboy mendapat jodoh yang baik yang dapat membahagiakan Boboy, Walauapapun, ingatlah restu orang tua paling penting. Semoga Boboy bahagia selalu. Wasalam.” Boboy mengambil pen dan kertas sambil cuba melakarkan salasilah asal usul dirinya. Dia berazam akan menyambung salasilah dan akan diturunkan kepada keluarganya nanti. Nek Su telah banyak mengubah hidupnya. Banyak yang dipelajarinya melalui emel-emel Nek Su kepadanya. Banyak rahsia yang diketahuinya. Banyak juga rahsia Nek Su yang disimpannya. Banyak harapan dan impian Nek Su yang diamanahkan kepadanya. Boboy kini membina kekuatannya kembali. Paling penting dia perlu mendapatkan kembali tanah lama itu. Rumah lama mereka telah dirobohkan dan dibina dengan yang baru. Rumah itu sudah tidak menjadi sebahagian dari nostalgia mereka lagi. Boboy masih ingat rumah lama mereka dan kalau boleh dia ingin membina

271

kembali rumah seperti dulu itu. Namun tentangan dari keluarga peguam Ezad Zamri itulah yang amat sukar untuk diatasi. Entah berapa kali dia merayu kepada mereka. Keras betul hati mereka berpegang kepada amanah kononya. Tetapi bapa mereka sendiri penuh dengan muslihat. Lalu karma menghukumnya dengan kematian yang amat tragis. Ditembak mati oleh orang yang dianiayakannya. Boboy tidak lagi meneruskan ushanya untuk mendapatkan tanah tersebut. Mungkin sekarang bukan masanya lagi. Diam bukan beerti kalah. Diam bukan beerti berundur. Dia tidak akan mengalah. Dia sudah bersedia memikul tanggungjawab itu, Walau apa cara sekalipun, tanah dan rumah lama akan ada kembali. Mereka, anak-anak serta semua cucu-cucu saudara Nek Su akan kembali ke rumah itu. Suatu hari nanti. Imsyar Bin Aznol sudah bersedia!

272

EPILOG “Assalamualaikum Nek Su tersayang. Sudah hampir lima tahun Nek Su tinggalkan kami. Banyak yang berlaku selepas ketiadaan Nek Su. Boboy tahu, Nek Su tidak akan membaca emel daripada Boboy ini, tetapi sengaja Boboy tulis juga. Boboy doakan agar Nek Su damai di sana. Semua emel Nek Su Boboy baca satu persatu. Barulah Boboy faham kenapa Nek Su mengamanahkan semua itu kepada Boboy. Terima kasih atas kepercayaan Nek Su selama ini. Terima kasih juga kerana menyayangi Boboy selama ini. Tidak terbalas rasanya kasih sayang Nek Su itu. Terima kasih sekali lagi. Nek Su. Hari ini adalah hari yang paling gembira buat Boboy. Untuk pengetahuan Nek Su hari ini kami semua berkumpul di rumah ini. Kami semua, anak-anak saudara dan cucu saudara Nek Su di bawah satu bumbung. Mama dan kami anak-anaknya, anak-anak dan cucu Ngangah serta anak-anak dan cucu-cucu Tok Man. Kami semua disini Nek Su, Kami berhimpun selepas rumah ini siap. Boboy ingin memohon maaf kepada Nek Su. Boboy tidak berjaya mendapatkan kembali rumah lama itu. Tetapi Boboy dapat yang lebih baik. Boboy telah membeli tanah bersebelahan dengan rumah lama itu. Boboy bina kembali rumah sama

273

seperti rumah lama itu. Sedaya upaya Boboy cuba untuk mendapatkan kembali rumah lama itu. Namun mereka terlalu ego. Beberapa kali Boboy berbicang dengan mereka namun ditolak mentah-mentah. Boboy pasti Nek Su akan bersetuju dengan keputusan Boboy. Setiap kali di sini, kami akan terus mengenang rumah lama di sebelah. Sebagai ingatan supaya kami bersatu. Rumah baru ini sebagai lambang penyatuan kami. Nek Su, hari ini adalah hari bahagia Boboy. Hari ini Boboy telah selamat diijabkabulkan dengan seorang wanita yang baik,penyabar dan paling penting dia cintakan Boboy. Namanya Aleesya. Ya…macam nama Alisakan. Sudah jodoh kami Nek Su. Memang dari awal kami tidak menjangka yang kami akan akan bersama. Memang itulah aturan hidup, ajal dan jodoh pertemuan di tangan yang Esa, Sesungguhnya Boboy bahagia dengan dia. Dialah pengubat luka hati Boboy selepas dihalang dengan cinta pertama Boboy. Oh! Ya. Alisa juga telah menemui imam di dalam hidupnya. Seorang yang dipertemukan di Tanah Suci Mekah. Kata Alisa, lelaki itu ditemuinya sedang menangis teresak-esak di depan Hotel. Rupanya lelaki itu adalah kenalan suami Aunty Fatin di Jordan. Ahmed Ziyad Alhakeem, seorang juruterbang. Kata Alisa lagi, Ziyad memanggilnya bidadari kerana telah menyedarkan dia

274

mengenai peluang kedua semasa dia menangis tempoh hari. Bayangkan, Si Onet sebagai bidadari!!! Nek Su, The others are doing fine. Acu telah tiada. Ternyata dia tidak sekuat Tok Ma ataupun Nek Su. Dia pergi dua tahun selepas Nek Su. Sebelum dia pergi dia telah mula sedar atas kesilapannya dengan Nek Su. Dia selalu memohon ampun atas kesalahannya kepada Nek Su. Knowing you Nek Su, I know you have forgiven her. Zaif telah bekerja dan mula mengenal dunia. Mama sekarang telah menjadi Timbalan Dekan di sebuah universiti dan Papa telah memulakan perniagaannya selepas bersara Aunty Fatin sudah mempunyai tiga orang anak dengan suaminya, Almamduh. Aunty Nadya telah bersama kembali dengan suaminya Aiman. Dannish dan Adrian sedang melanjutkan pelajaran mereka. Aunty Jiha telah bersara dari dunia seninya dan sekarang menguruskan Rumah Penjagaan Jitra bersama dengan Haziq. Aunty Rozzi, anak Ngangah telah menjadi Ketua Audit di Jabatan Kerajaan. Aunty Zatty sekarang adalah Pensyarah sama seperti Uncle Khairul. Anak-anak mereka Elaisya dan Zachry sedang melanjutkan pelajaran mereka. Aunty Iffah atau Dr. Iffah telah menjadi Pakar Bedah di sebuah Hospital swasta di Alor Setar. Kami semua di sini hari ini. Berkumpul sempena hari pernikahan Boboy. I wish you were here. But somehow I know you are watching us, like always.

275

Sekejap lagi kami semua akan bergambar sebagai tanda permulaan generasi baru keluarga ini. Selepas itu kami akan sama-sama penuhkan salasilah keluarga Hj. Din dan Hjh. Zara. InsyaAllah kami akan jadikan ini tradisi keluarga kita. Terima kasih Nek Su. Kisah Nek Su akan kami jadikan panduan dalam hidup ini. You will always be in our heart my ever dearest Nek Su. Wasalam.” “Nek Su, ini Alisa…Onet Mak Su. Boboy beri peluang kepada Onet untuk mengirim emel ini. Onet rindu sangat pada Mak Su. Kalaulah Mak Su ada hari ini, pasti Mak Su bangga menlihat kami disini. Kami akan menyambung legasi Mak Su di sini. Di rumah ini, pengganti rumah lama kita. Di sini kami berhimpun Mak Su. Di sini kami bersatu kembali. Semoga tidak akan ada perbalahan lagi.Onet selalu ingat pesan Mak Su. Onet pegang nasihat Mak Su menjadi prinsip hidup Onet. Sehingga kini Onet telah tahu banyak perkara mengenai Mak Su, seorang yang berjiwa lembut, berjiwa seni. Ketika ini kami sedang memainkan lagu yang liriknya Mak Su cipta. Bila mendengar dan memahami lirik itu, barulah Onet faham, siapa Mak Su yang sebenarnya. Mak Su adalah seorang yang setia dengan sahabatnya. Patutlah Mak Su punya ramai sahabat. Cuma sayangnya entah mengapa Mak Su tidak merasa disayangi. Mereka semua sayangkan Mak Su. Onet paling sayangkan Mak Su. Onet bahagia sekarang.

276

Semoga Mak Su damai di sana. Onet sayang dan rindukan Mak Su. Boboy menutup komputer ribanya sambil mengelap airmatanya. Dia mengambil pen untuk meneruskan lakaran salasilah keluarga ini bersama dengan Alisa. Di luar sana, mereka sedang bersedia untuk bergambar. Dia tersenyum. Terasa Nek Su hadir bersama. Boboy melangkah keluar untuk bersama keluarga besarnya. Pertalian darah menyatukan mereka. Buruk baik kami terima. Kami bersaudara.

277

278

279

KOLEKSI PUISI

BUKAN KERANA NAMA

NOORAZIAN NOORDIN 280

Kawan Lama Terkadang … kita lupa bahawa sahabat lama masih ada disisi kerana mereka lebih lama memahami diri kita ini kerana mereka lebih lama bertahan dengan karenah kita ini begitu juga kerana mereka lebih menghargai kasih persahabatan ini Adakalanya pula kita jadi lupa pada kawan lama kerana sangkaan kita mereka hanya pengisian masa lalu sahaja kerana kita hidup hari ini bukan dalam lipatan memori Namun sesekali bila terdengar suara kawan lama, sahabat setia 281

hati ini tersentuh juga kerana pada setiap mereka ada cebisan rahsia cebisan kisah yang telah mewarnai sejarah setiap kita… Maaf teman kerana lama menyepi kerana lama membawa diri kerana hampir tidak menghargai…!!! FETTES PARK, PENANG 2005

282

Sebenarnya kita (Tragedi Tsunami 2004) Bila bumi yang tenat menggeletar Tanpa angin Tanpa rebut Tanpa hujan Bergelora laut jadinya Ombak ganas menghempas Menghentam Hancur isi alam Seorang anak bertanya Apakah Tuhan sudah tidak sayangkan kita? Dimatanya ada kekeliruan Dimatanya ada kesayuan Sebenarnya Kita yang tidak menyayangi Dia Kita yang selalu leka Kita yang menderhaka Namun 283

anak kecil itu bertanya lagi Kanpa pula semua dihukum? Matanya melihat kehancuran Matanya melihat kemusnahan. Sebenarnya Kejamnya kita tidak mengenal sesiapa Kerana rakusnya kita Merosakkan segala ciptaanNya Kita yang mengambil semuanya Sambil menghela nafas Terasa hipokrasi Kerana Sebenarnya jawapan itu Untuk diri kita sendiri.

284

Masih seperti dulu Seperti dulu kini kita punya masa bersama lagi setelah sekian lama menyusuri haluan hidup sendiri Seperti selalu kini kita punya masa bersama lagi membuka lembaran kemesraan baru menitip kembali rasa yang melangkaui masa namun tetap sama Terima kasih kerana masih mengasihi masih mengingati masih punya masa untuk bersama seperti dulu seperi selalu seperti biasa. 16/08/05 285

TAKUT… DI ANTARA KITA Ada di antara kita jadi takut menghulur bantuan bimbang isi poket berkurangan Ada juga di antara kita hanya pilih kasta atasan bila menghulur bantuan semata-mata mengharapkan ganjaran Masih ada antara kita takut bersuara bertanya khabar kesusahan saudara dan teman bimbang kiranya jadi menyusahkan Malah… masih ada di antara kita semakin takut merapati saudara dan teman yang mengharungi kepayahan 286

bimbang jadi beban Lantas masihkah ada di antara kita yang sanggup menghulur bantuan yang masih berani bersuara bertanya khabar kesusahan yang masih sanggup merapati kepayahan. Masihkah ada antara kita yang sanggup berkorban dengan penuh keikhlasan…!

287

Suatu Kehilangan

Ketika melihat ketabahan dan kecekalanmu menghadapi dugaan aku gagahi menahan sendu tersembunyi pilu Namun di saat tubuh menjadi kaku tak terbendung lagi airmata meskipun redha lalu aku iringi dengan doa Kini, setiap kali mengenangkan kesabaranmu menangani kami yang selalu alpa terasa kehilangan punca malah masih berbekas sentuhanmu di setiap penjuru hidup ini pada setiap kami yang tersedar tidak akan ada lagi sentuhan seikhlas itu

288

Sesungguhnya amat terasa kehilanganmu dan sehingga kini tiada seharipun berlalu tanpa ingatn kepada mu. Semoga damai di sana. Alfatihah Buat Allahyarhammah Nooriza Noordin 8.1.07

289

Lebaran ini….. Lebaran kali ini tiada seri tiada yang dirai Lebaran kali ini kami kehilangan lagi buat kedua kali Pemergian berturutan bagai ada perjanjian lalu kami kehilangan Maaf…. andai pusara kalian tidak dikunjungi terlalu berat melangkah namun biarlah ingatan kami hanya dari kejauhan ini…. Al fatihah. 2008 290

Luar biasa

Bagaimanakah harus aku bercerita tentang gelodak rasa runtunan jiwa pada suatu kemahuan yang luarbiasa? Mampukah aku melawan gelodak rasa runtunan jiwa yang datang tiba-tiba buat kesekian kalinya? Entah berapa kali aku masih dikaburi keindahan palsu ciptaan aku sendiri lalu entah berapa kali harus aku tertipu lagi dengan kecelaruan fikiran ini. Akan tewas lagikah kewarasan aku ini?

2009

291

Hanya Seketika Biarkan aku lari dari realiti buat seketika waktu kalau itu lebih menyenangkan Biarlah aku tidak berpijak di bumi nyata buat sekadar waktu kalau ianya lebih membahagiakan Biarlah aku merasai kelainan ini selagi masih ada disini kerana aku amat mengerti keindahan ini hanya seketika hanya sementara Biarlah….. kerana nanti aku akan kembali juga pada realiti berpijak pada bumi....!!! Dan yang pasti keindahan itu tiada lagi.... 2009 292

Hanya Seketika (2) Seperti yang dijanji kini aku kembali pada realiti berpijak pada bumi dan ternyata keindahan itu sudah tiada lagi Aku amat mengerti permainan hidup ini kerana segalanya nanti hanya tinggal di dalam lipatan memori akan berkubur juga di sudut hati Kini aku kembali bertatih untuk melupakan keindahan yang sekadar waktu namun hati yang tersentuh sukar untuk melepaskan keindahan yang hanya seketika itu lalu kerinduan pun bertamu…! 2009 293

Anugerah

Di hati ini segalanya hampir sempurna kehadiran tanpa diduga disaat duka melanda Di mata ini semuanya bagai sempurna setiap kemesraan ini kerinduan ini malah kasih sayang tak bertepi tercurah tanpa sangsi Lantas segalanya akan sempurna sekiranya kau memahami apabila kau mengerti kehadiranmu sebenarnya anugerah Ilahi….! 2009

294

Keindahan itu milik aku

Salahkah aku andainya ingin mencipta keindahan baru bila ianya amat membahagiakan? Berdosakah aku andainya mengimpikan keindahan yang melangkaui batas waktu bila ianya lebih menyenangkan? Lalu, bagaimana harus aku tafsirkan rindu yang bertamu sewajar mana ia disitu bagaimana pula harus aku tafsirkan istimewanya suatu rasa sewajar mana kemesraan itu bagaimana juga harus aku tafsirkan kebahagiaan ini sewajar manakah ia milik aku? Seandainya aku bercerita 295

tentang rindu ini tentang rasa ini tentang bahagia ini apakah kau mengerti atau akan hanya melangkah pergi? Namun buat kesekian kalinya aku tidak peduli lagi aku tidak akan biar keindahan ini berlalu pergi kerana sesungguhnya aku juga berhak untuk merasa bahagia….!!!

2010

296

Belenggu…. Bagaimana mesti aku uruskan rindu ini bila ianya kian menyakitkan Bagaimana pula mesti aku uruskan kasih ini bila ianya semakin mengelirukan Lepaskan aku dari belenggu rindu ini bebaskan aku dari belenggu kasih ini Nanti akan aku ajarkan hati ini supaya berhenti merindu akan aku paksa ia berpaling kasih beralih sayang lalu akan aku ubati resah duka ini dengan caraku sendiri kerana seawalnya lagi aku sudah mengerti segalanya akan berlalu pergi dan perpisahan adalah pasti.

9hb Ogos 2010 297

My Old Man He was a good man a small sized but with a big heart He raised me up the best way he knows how he supported me in everything I do though I've wronged him a thousand times he accepted my foolishness and though we have our differences he accepted me as I am..... Words of love rarely being spoken but I know how much he loves me and I hope he knows out of my rebelliousness in my outspoken ways I love him forever In ever loving memories BAPAK! 3rd Jan 2010 298

Maaf Sekali Lagi Maaf adakalanya aku jadi terburu-buru bila kau biarkan aku tak menentu Maaf juga ada ketikanya aku jadi tidak sabar menunggu bila kau seakan membisu Maaf sekali lagi bila aku jadi terlalu rindu pada kemesraan itu Sebenarnya aku jadi gusar aku jadi takut kalau nanti kemesraan jadi jemu kerinduan jadi benci lalu kasih jadi duri 299

Seandainya kau tahu seandainya kau mengerti betapa dalamnya kerisauan ini Sesungguhnya aku tidak ingin kehilangan lagi…..

9hb Februari 2010

300

Bangunlah atas sebuah kehidupan Aku memahami kerinduan itu terlalu menyakitkan. Aku mengerti resah itu semakin bercelaru. Ingin sekali aku ubati hatimu namun bukanlah aku yang dirindu. ingin sekali aku padam kecelaruan itu namun bukan aku resahmu. Sedaya telah kucuba membawa kau mencari realiti namun kau masih di situ nekad teguh berdiri . Sedaya juga telah kucuba membawa kau melihat dunia namun kau masih di situ bisu, kaku dan membeku. Lantas, sedaya upaya aku akhirnya memohon berdirilah kau di atas kekecewaan berdirilah kau di atas sebuah kesengsaraan 301

bangunlah kembali dengan pengorbanan bangunlah kembali dengan sebuah kehidupan sesungguhnya jalan masih terentang panjang 2010

302

Selamat malam sayang … Selamat malam sayang seandainya bisa aku bisikkan ke telingamu seperti suatu waktu dulu tidaklah aku sakit merinduimu. … Selamat malam sayang seandainya bisa aku merenung tenangnya wajah tidurmu tidaklah aku sakit merinduimu. … Selamat malam sayang seandainya aku dapat membelai rambutmu bersama nyenyak tidurmu tidaklah aku sakit merinduimu. … Selamat malam sayang sesungguhnya aku terlalu sakit merinduimu merindui kau yang dahulu merindui kemesraan kita yang lalu. Selamat malam sayang…

2010 303

My Green Apple… You're once the apple of my eyes they coloured you green as they might have seen the love is deep within ...you were my green apple God has lend you for a while but you always make me smile and I know my love is worthwhile ...I love you all my life my green apple I would have sworn but now since you're gone I'm left all alone ...I miss you my green apple 2011

304

These road... These roads used to be yours and mine when we were doing fine These roads used to fill with joy and laughter back then when we were together These roads full of memories but now it's just history These roads... these roads... I dread it now for it bring me tears somehow traveling alone all the way feeling lost every day These roads... these roads... I still see you everywhere for there is still love and care deep in my heart you'll always stay..... 24th Mac 2011 305

Puisiku

Betapa indahpun bait puisiku masih belum dapat menembusi hatimu yang seakan membeku.... Lantas seandainya aku bisa ukirkan kerinduan ini apakah mungkin kau akan mengerti betapa sakitnya rindu itu..... seandainya aku bisa lukiskan kasih ini apakah mungkin kau akan mengerti ia tak kunjung padam.... kerana kulakar rindu dengan airmata kulukis kasih dengan rasa.... 2011

306

Part of… ...part of you is still here deep in my heart though it's torn apart and picking up the pieces is the hardest part. ...memories lingers in my mind sunrise on the cruise sunset at the beach breakfast with the morning breeze watching the swaying leaves ...walking through the memory lane never thought there'll be so much pain when you left me in vain wish you're here in my arms again ...part of you will always be here deep in my heart!!! 2011 307

Selamanya Teman, Untuk apa lagi aku berbicara bila kau menjeruk rasa untuk apa lagi aku cuba bila kau menutup segala deria lalu haruskah aku melutut memohon kemaafan meskipun ia bukan kesalahan kutelan amarahmu setiap kebencian di mata itu kutelan segalanya hanya kerana kasih ini tidak pernah padam selamanya..... kalau tidak kerana kasih jika tidak kerana sayang sudah lama aku berpaling namun kerana ikhlasnya persahabatan aku masih di sini menanti mungkin suatu hari akan ada kita lagi..... 10hb March 2011 308

TERSENTAK

...terasa sunyi hidup ini kosong dan sepi tiada lagi rengekan manjamu tiada lagi gurau mesra seperti dulu... hilang segalanya tersentak dari bahagia bila kecelaruan melanda ...aku sudah hilang kata hilang akal bicara bila kau biarkan aku tersepit antara kasih dan kasihan bila aku kau jadikan pelempias kemarahan ...lalu untuk apa aku berbicara lagi bila kau tutup pintu hati bila kau biarkan kasih itu mati untuk apa aku mengharap lagi 10HB April 2011

309

Kata-kata ...bila aku bermain kata ada yang persenda ada juga sinis ketawa namun ada juga yang terasa ...bila aku bermain kata ada kalanya sekadar menduga ada waktunya aku bersenda namun ada ketikanya meluahkan rasa ...lantas kalau aku pandai berkata-kata mengapa kau masih membisu seribu bahasa 17hb April 2011

310

BILA

...bila lagi bahagia akan bertandang yang ada hanya sepi bertamu ...bila lagi kasih akan berbunga yang ada hanya luka dan rindu mereka berkata bahagia hanya di minda bagi aku ianya sentuhan rasa ...bila hati tersentuh jiwa merasa nikmatnya ...bila hati sudah retak hiduplah dalam duka ...bila sampai bila harus aku menjeruk rasa ...bila sampai bila bahagia akan tiba...??? 24HB April 2011

311

Till your last Breath ...you fought hard till the last breath you had they said Allah loves you more but I never love you less ...you fought well through the years and thinking of you brings me tears ...you never give up but cancer has won and now that you're gone it's just memories lingers on ...years gone by and I'll always cry not only the day you died most of the time there'll be tears in my eyes 312

missing you all this while!!! Al Fatihah.... In ever loving memories of my sister Nooriza Noordin Deceased 8th January 2007

313

RUMAH INI ...rumah ini sudah tiada seri bila kami kehilangan tonggaknya tiada lagi sentuhan penuh keikhlasan tiada lagi bicara lembut mengingatkan kami yang selalu kealpaan ...rumah ini sudah hilang seri bila kami kehilangan lagi dan kasih berselerak entah kemana yang tinggal hanya ikatan darah semata ...rumah ini akan adakah serinya lagi? 26hb May 2011

314

Ceritalah Ceritalah aku akan mendengar setiap degup resahmu setiap detik kepiluan itu meskipun aku tak punya jawapan. Ceritalah lagi aku akan setia mendengar setiap baris kisah silam itu setiap lakaran harapanmu walaupun berkali aku tidak jemu. Ceritalah lagi aku sudah menjadi pendengar setia teman berbicara tentang kau tentang dia tentang kita. Ceritalah lagi semoga nanti aku ada jawapannya semoga nanti kau akan temui bahagia Ceritalah lagi..... 5hb Feb 2015 315

Kerusi Kerusi ada yang empuk ada yang keras ada yang mahal tetapi banyak yang murah. Namun ada satu kerusi menjadi rebutan menjadi idaman malah menjadi igauan. Kerusi yang satu ini hasil taburan janji ada juga benih korupsi ada dendam membara ada hati terluka namun masih ada ikhlasnya. Kerusi yang satu ini bisa melalaikan bisa merosakkan bila agama jadi pancingan bangsa sanggup diperjudikan aib ditelanjangkan 316

tiada rasa dosa tiada kesal di jiwa Kita yang memberi kerusi itu kita yang memberi mandat itu kepada siapa... yang hanya pandai berjanji atau yang janjinya ditepati atau yang manifestonya bukan janji kepada siapa kita berikan kerusi yang satu itu? 3hb April 2013

317

Mak… Mak, I wish you Happy Mother's Day but then I love you everyday I wish I could take you for a walk It's been a long time since we talk but then I wish I could understand the voices at your end Mak, there's always love in your eyes but then I've lost my head once in a while Now, I wish you Happy Mother's Day I wish you health all the way I wish you will stay but then most of all I wish you know it's me beside you three times a day!!! 12th May 2013 318

Maafkan Aku. Mak, maaf aku tak bisa bertahan lagi bila mereka berpaling tadah bila mereka mula berhelah bila mereka memijak maruah kesabaran aku jadi tipis sedaya aku cuba menepis namun hati ini semakin terhiris. Mak, maaf aku tak bisa bertahan lagi meskipun aku tahu kau ingin pejamkan mata terakhirmu disini segalanya telah berakhir namun jangan kau khuatir kami akan sentiasa di sisi kerana sebenarnya kaulah harta kami dan selebihnya Mak ampunkan aku. 23/01/14 319

Mimpi Aku jadi marah di dalam mimpi bila kelibat mereka masih menghantui tanpa kata aku hanya berlalu tanpa perlu menyingkap masa lalu tanpa suara aku menahan sendu. Sesungguhnya aku redha sungguh aku redha namun namanya manusia terkilan juga akhirnya. Walau hanya dalam mimpi hati ini terguris lagi walau hanya dalam mimpi aku belum mampu memaafkan lagi walau hanya dalam mimpi! 6.6.14 320

Buat semua yang tiada

8.1.07 Pemergianmu merobek hati ini kehilangan yang tidak pernah berganti sentuhan yang kau tinggal tidak kekal lama mereka berpaling tadah akhirnya. 8.4.08 Kau menyusuli isteri tercinta hebatnya kasihmu terbukti jua kehilanganmu menjadi saksi janji-janji yang dimungkiri 31.12.09 Kehilanganmu aku ratapi tiada lagi tonggak berdiri siapa yang akan mengerti apa yang terbuku dihati 30.1.14 Kau pergi tatkala kita dikhianati tidak terdaya membela diri lalu mereka menginjak maruah aku tahu hatimu luka berdarah. 321

Kini, tinggal aku sendiri aku tidak punya apa lagi aku seperti hilang kekuatan diri aku ingin pasrah aku ingin redha namun aku hanya manusia biasa fitrahnya ada hati, ada rasa dan segalanya aku telan jua. Salam sayang buat semua yang telah tiada. Al-Fatihah. 26/07/2014

322

My Baby Years ago when I was young I was blessed with a beautiful niece She is God's greatest gift How lucky I am to have a niece like you Someone who supports me in almost everything I do Years ago when you were young You use to tag me along me everywhere And my love has grown beyond compare How lucky I am to have a niece like you Someone who understand what I have gone through Today, my niece, my baby You have grown to be a beautiful lady And married to this charming gentlemen Tighten the knots on both end Today, my niece, my baby As you will be leaving the nest Just remember life and its test And for that I wish you all the best May ALLAH bless the marriage of my baby Nurul Izzati and her hubby Khairul Affendi!!! 2/8/2014 323

Ceritamu Aku mendengar cerita ada hati yang luka ada jiwa yang melara. Aku mendengar lagi deraian airmata menjadi saksi setiap keluh kesah merindui. Aku tahu luka itu bukan yang biasa Aku tahu lara itu tiada kesudahannya sungguh aku tahu. Percayalah, rasa itu tidak kemana haluannya disitu juga kerana bila realiti menyapa akal akan bersuara. Sehebat mana rasa itu membelenggu lupakanlah lupakanlah lepaskanlah biarkan ia berlalu kerana aku tahu sakitnya menongkah arus sungguh aku tahu. 5/9/14

324

Tersingkap Rahsia Aku terpana lagi dengan wajah itu yang dulunya jadi impian yang dulunya jadi kenangan. Tersimpan seribu rahsia terungkai juga akhirnya lalu aku jadi tertanya seandainya kita bisa bersama pasti ada keindahannya. Sekian lama baru terungkai dengan pasti tanpa sangsi aku titipkan rahsia diri tanpa kusedari aku ingin dibuai lagi. Izinkan aku menikmati keindahanmu kalaupun hanya sekali. Izinkan aku menuntut kembali ruang dan peluang yang lama hilang. Izinkan aku... Namun aku takut disakiti aku takut dilukai lagi kerana yang pasti tidak tergapai tanganku ini pada sesuatu yang hanya mimpi 13.06.14 325

Lonely and Sad Lonely and sad searching and looking for a soul to come by and cwtch telling me it's gonna be alright never thought it will be Searching and wishing for a soul to tap on my shoulder and hold my hand walking together never thought it's you We laugh we talk for hours just like lovers but the we are just best friends found each other destined together never thought it will you Sharing the secret of our life you're my angel you're my answered prayer you're my friend never thought it's you. 18/01/15 326

Ceritalah Ceritalah, aku akan mendengar setiap degup resahmu setiap detik kepiluan itu meskipun aku tak punya jawapan. Ceritalah lagi, aku akan setia mendengar setiap baris kisah silam itu setiap lakaran harapanmu walaupun berkali aku tidak jemu. Ceritalah lagi, aku sudah menjadi pendengar setia teman berbicara tentang kau tentang dia tentang kita. Ceritalah lagi, semoga nanti aku ada jawapannya semoga nanti kau akan temui bahagia Ceritalah lagi.....

5hb Feb 2015 327

Aku hanya orang biasa Maaf... aku tak biasa melangkah seiring rentakmu aku tak memahami adab restumu tidak tercapai aku akan akalmu Aku hanyalah orang biasa-biasa yang tak punya banyak cerita yang tak punya banyak mahunya Namun aku punya hati aku punya rasa aku punya kasih walau tak punya cinta Tetapi cukup untuk bahagia kerana aku hanyalah orang biasa-biasa. 19/05/15

328

Wajah itu Ada satu wajah aku bawa bersama mengiringiku di lorong itu berseli doa dan harapan wajah itu menemaniku sepanjang jalan Mungkin ada yang bertanya mengapa kupilih wajah itu malah dia sendiri tidak tahu wajahnya menenangkan aku wajahnya membahagiakan aku dia kesayangan aku dan kalaupun tidak ada kasih darinya wajah itu tetap aku bawa bersama kalaupun aku tidak terjaga wajah itu bersemadi disisiku jua. Wajah itu masih bersamaku berdekad lamanya hingga kini aku tidak pernah jemu.

14/7/15 329

Cerekamu.... Bercerekalah dengan cerita dustamu aku tidak apa-apa mungkin mereka masih percaya kemuliaanmu namun ada juga yang tahu rentak sumbang itu Kau cuba bawa aku meneroka duniamu aku jadi terkedu ada rasa dalam hati ada bara dalam diri aku hampir jatuh aku hampir tersepuh Lalu aku doakan terbuka hijabmu dan terserlah segala sangsi akupun berpaling tidak menoleh lagi akupun berpaling tanpa resah di hati

330

Bercerekalah kerana aku tahu cerita kau cerita aku cerita kita hanyalah cereka dalam hidupmu aku tidak apa-apa aku tahu kebenarannya. 15/6/15

331

Decades of loving For decades I have been loving you for decades you were there that special place in my heart which no one can replace. Now after decades of loving if feels like I am losing your sweetness your touch your love My precious may be things have change may be you have change but I know my love is still the same we used to enjoy moments together just the two of us My precious sorry if I am no longer fun to be with that we need others to complete 332

sorry if I cling to you so tightly that you may wonder what's it with me sorry if I wanted your time that I didn't mean to demand I am sorry I am not asking for more just the way we were but I am not sorry for loving you for I always have and always do.

11/08/15

333

Anak-anak sekelian Anak anak bermain ketawa mengekek apa yang mereka tahu tentang kehidupan tentang kepayahan apa yang mereka tahu tentang harapan tentang impian. Anak anak bermain berpusing keliling masih ketawa mengekek tiada risau di hati tiada galau berganti apa yang mereka tahu tentang kerakusan tentang pengkhianatan Anak-anak sekelian langkahmu telah jadi pertaruhan bila pucuk merakus mengkhianati akar entah bila akan terbongkar segala onar 334

Anak-anak sekelian merdeka ini makin rapuh kemana lagi kalian akan berteduh? Cukuplah bermain itu esok masih tidak menentu!

30 Ogos 2015

335

Sweet Little Girl That sweet little girl I have known way back then has been there in my life ever since. That sweet little girl I have known for ages with the smile on her face has always cheered up my gloomy days That sweet little girl turn sour sometimes with our differences and flaws but in the end we just let it go for our love meant more. That sweet little girl is now still sweet as ever but ain't little anymore. For nearly as old as i am thru good times and bad times we stick together I pray our love forever. To that sweet little girl I have known all my life Your happiness n well being are always in my prayes Happy Birthday my sweet little Sister! 6th Jnanuaru 2016

336

Kembalikan Kembalikann rasa itu kerana kita semakin jauh terasa kasih kita semakin rapuh Kembalikam rasa itu meskipun melangkaui waktu aku masih seperti dulu Kemana hilangnua rasa itu dimamah waktu atau terasa beban di bahu Kemana hilang rasa itu terlindung oleh bayang atau sememamngnya hilang Kembalikan rasa itu kerana aku amat rindu pada kita yang dulu. Kembalikan.... 10/01/16 337

Senja di Horizon Bersama senja di horizon aku kembali pada realiti antara kasih yang tak bertepi dan rajuk sebuah hati Mengapa sukar dimengerti dia sentiasa dihati dia yang aku kasih dia yang aku sayang bukan aku yang memilih Mengapa sukar untuk terima aku tahu batas rasa aku tahu hakikatnya aku hanya kasih aku hanya sayang bukan aku yang memilih Garis senja di horizon semakin hilang semakin padam namun hati tetap sayang. 22/02/16 OD 1504 ETD 1920hrs 338

This Old Age Let's blame it on the old age when I don't fancy your company anymore it's not that I don't adore Let's blame it on the old age when I don't see eye to eye with u anymore for I have other life to explore Just blame it on my old age when I crave for that sweet sinful taste to let it gp would be such a waste But then just blame me for wanting more because for as old as I am I know I am almost done. Just blame me! 16/05/16

339

Bukan tak sayang (Salute to Tun M) Bukan tak sayang tapi kalian terus menyimpang bukan nasib bangsa yang dijuang Sudahlah, cukup cukuplah kalian momokkan kami persendakan kami digula gula bagai anak tadika Kami bukan bodoh seperti penjawat menteri ini zaman teknologi IT kebenaran sukar di sembunyi. Bukan kami tidak kasih namun kalian yang menyisih lagak bagai semua suci bersih. Jangan marah bila kami berpaling bila kata dan tindak kalian tidk seiring kami masih tidak buta kami merasa getirnya Kerana kasih kerana sayang kami berpalinng untuk berjuang semoga bangsa tidak terbuang. Sefiraun dia sezalim dia 340

kita nikmati bekas tangannya tanpa agenda atau muslihat dia ternyata hebat Apa yang kalian buat? Apa yang kami dapat? Dibumi sendiri seolah merepat. Kerana kasih kerana sayang dia menegur dalam ruang namun dia kalian buang kerana tuanya tidak dipandang. Lalu kalian tambah gelarannyn menjadi pengkhianat bangsa dan kamipun berkhianat bersamanya. Dia saja harapan kami berjuang untuk pribumi tanpa agenda tersembunyi bukan untuk legasi. Kerana kasih Kerana sayang tuanya masih berjuang ke hulu ke hilir dia bertandang. Tiada yang lain mahunya hanya memperkasa bangsa bukan juga untuk warisnya hanya ingin bangsa terbela. 341

Dia yang kami kasih dia yang kami sayang kami akan turut berjuang Melayu tak akan hilang Pribumi akan terus gemilang! Noorazian Noordin 3/12/16

342

Untuk apa sebenarnya? Aku tidak perlu bercerita doaku untuk siapa sahabat yang mana saudara yang mana untuk apa sebenarnya? Aky tidak perlu bercerita Yasin aku untuk siapasedekahku ke mana Untuk apa sebenarnya Bila aku tidak bercerita Apakah ertinya Aku tidak tahu dosa pahala Atau aku jahil segalanya? Aku t idak perlu bercerita sebenarnya kerana kalian tidak perlu tahu segalanya tentang aku. Aku tidak pernah mengingatkan sesiapa Apakah bererti aku tidak ingat poadaNy? Antara aku dengan Azzawakjala kalian peduli apa? Apakah kalian itu sempurna? 31/12/16

343

Again Let‟s start over again we must have lost it somewhere in between it is not about who wins. Through the years you knew I am different weirdly different but you treat me the same and you never felt ashame Let‟s start over again we must have lost our touchand I miss it so much. Through the years enough said enough done I know you would understand not that I don‟t fancy crowd but too often it became too loud and I lost you in there as if you have been taken somewhere Let‟s do it again you and me and I don‟t mind a good three just a quiet meal or dinner at a cozy café corner! just a little time and attention as I have always mentioned. 06.01.17 344

Wish If I may wish I would like a day with you but I doubt it will come true If I may wish I would like an hour or two to have a chat with you If I may wish I would like a moment with you just to say I miss you.. 11th Feb 2017

345

Siapa mencari siapa Aku tidak pernah memcari dia malah dia datang mencari aku lalu hidup aku jadi celaru. Aku tidak pernah mencari dia kerana aku tidak pernah perlukan dia. Namun bila dia selalu datang mencari aku aku jadi tak menentu lalu aku pula mecari dia bila aku ditinggalkan terkapa-kapa menuntut janji, mencari erti mengapa semua ini terjadi. Sesungguhnya aku tidak pernah memcarinya dari mula dia yang mencari aku entah apa mahunya entah apa karenahnya aku tidak tahu aku tidak mahu di belenggu. Tolonglah iangan cari aku 346

kerana aku tidak mahu bertemu aku tidak mahu celaru aku tidak mahu tahu aku tidak mahu di belenggu Tolong titipkan padanya jangan cari aku lagi biarkan aku sendiri disini. 20.02.17

347

Through the years (Dedicate to Noorziliah Noordin) Through the years it's hard to see eye to eye with u with the big headed me and sharp words of yours we never accepted our flaws I always pray there will be a day there will be a time when it doesn't matter anymore when nothing else do not matter anymore except love for where we are heading things won't be the same.... we are heading to that special place where I hope to see ur face where we will be in good pace. Thru the years word of love has never been spoken as if it has been swollen as if it has never exist How I long to feel love by you how I long for your touch of love but in the end we blew up... with me failing to understand you and you refusing to understand me. 348

But now is the time of nothing matters anymore is the time when I wish I could hug you and say I love you most of all now is the time when I wish I could say I am sorry to you. 03/02/18

349

That Old Man That old man came back again to rule the house chasing away all the kleptocratic and corrupted mouse. Go home and pray old man for the grave is calling that's what they have been telling That old man stood with his words just give me a year or two to walk the nation through for the damaged is absurd we'll end up like a caged bird That old man should be resting that's what people are saying but that never bothered him for he is the light during our dim We wish you well old man We pray for your health not only to build the nation's wealth but you... old man 350

is a great man and you old man is a living legend! Salute! 5th Jun 2018

351

Aduhai Hati Tenanglah wahai hati esok mungkin ada tezeki meskipun entah kemana aku harus menghala. aku teru menapak jua Sabarlah wahai hati rezeki masih belum.mengalir meski keringat ke hulu ke hilir tiada yang pasti tiada cukup bulan di nanti aku berdiri atas keringat sendiri Tabahlah wahai hati mereka tak akan mengerti bila perit getir aku sendiri siapa yang peduli yang ada hanyalah kata penyedap rasa Aduhai hati usah bersedih bila gapaian aku hanya disambut sapaan sinis ada yang diam bersahaja aku jadi faham bahasa itu bahasa bisu 352

Aduhai hati kau sendiri jadi saksi ada yang memberi tanpa sangsi ada yang memberi bersyarat ada yang memberi dengan beringat persis aku orang sesat Entahlah hati aku tak tahu harus bagaimana lagi aku tak tahu harus sesabar mana lagi aku tidak tahu memujukmu lagi. Aduhai hati... 18.08.18

353

Lagu itu

Lagu itu buat aku rindu sepantas kilat aku kembali ke daerah kita dulu bahagianya aku, indahnya rasa itu hampir sedekad yang dulu Kali terakhir bahagia menjengah meskipun aku seperti hilang arah rasa itu memang nyata namun disaluti dosa Lagu itu hilang begitu saja seperti juga kita hilang dalam jalan yang berbeza dan aku tidak seperti dulu aku tidak ingin seperti dulu walaupun bahagia itu nyata aku tidak mahu lagi ke sana. Hanya sekadar lagu itu buat aku rindu... 2019 354

Masih terasa Sakitnya masih terasa kebiadaban kalian tidak pernah aku lupa teganya kalian menginjak maruah dikala aku tunduk menyerah Siapa kalian? Siapa aku pada kalian? Apakah bukan aku memghambur budi? Apakah bukan aku menabur kasih? Teganya kalian menginjak aku ketika itu. Peritnya masih terasa setiap langkah setiap kepayahan aku mohon agar kalian merasai pula dan sehingga kini aku sudah tidak percaya pada kasih pada sayang kerana sakit dan peritnya.masih terasa sakit dan peritnya aku pendam jua! 24.01.19 355

Mata Mata itu seperti ingin bercerita seperti ada rahsia namun di pendam kiranya Mata itu masih bersinar keikhlasannya aku tahu kerana aku mengenalinya suatu masa dulu Mata tak pernah menipu kerana aku yakin dan tahu ada sesuatu di simpan supaya tak kelihatan Kalau aku bisa tafsirkan siratan mata itu aku akan jadi pendengar setia aku ingin sentiasa bersama agar aku tahu pahit getirnya namun di waktu yang singkat di waktu yang tidak tepat aku berlalu tinggalkan mata itu bersama doa kudusku. Sesungguhnya mata tak pernah menipu pada siapa yang ambil tahu. 05.02.19 356

Entahlah Entah apa yang terjadi pada hati ini tidak seperti dulu tidak lagi peduli seperti dulu tidak lagi punya rasa itu Tawar, hambar malah nembeku ternyata aku bukan seperti yang dulu seperti suatu waktu dulu bila luka aku sendiri sakitnya aku rasa sendiri aku jadi tak percaya lagi ungkapan hanya penyedap hati Entahlah apa yang terjadi pada hati ini hanya membiarkan waktu berlalu tanpa rasa tanpa apa-apa aku jadi takut untuk berkata malah tidak ingin mendengar ungkap rasa aku takut di sakiti lagi aku tidak mahu dikhianati lagi biarlah semua sekadarnya sahaja 357

Entahlah apa yang jadi pada hati ini yang pasti sakitnya aku sendiri peritnya tiada siapa yang peduli. Aduhai hati… 11.04.19

358

Menegert sepi

Mengerti sepi, bukannya sunyi bukannya menyendiri tidak juga kosong tak terisi Aku jadi sunyi bila sendiri namun aku bisa jadi sepi dalam riuh tawa gurau senda Lalu, apa itu sepi? Sepi itu hati... yang meruntun mencari pengertian hakiki Sepi bukan sunyi kerana masih ada suara di sisi Sepi bukan menyendiri kerana masih ada yang bertegur sapa lagi Sepi itu juga bukan ruang kosong tak terisi. Sepi itu hati namun sukar dimengerti 26.05.19 359

Lain rasanya…

Hari ini aku meraikan kedatangan dalam ketiadaan hampir terasa dia ada bersama menyaksikan meraikan... Lain rasanya tanpa dia tidak sempurna rasanya tanpa dia lalu aku jadi berbaur rasa melihat bahagia mereka merasa kekurangan tanpa dia Airmata aku bergenang akhirnya tetasa juga kehilangan dia. 14.08.19 Atelier Wedding Garden

360

Aku pernah

Aku pernah jadi penyayang aku pernah jadi sahabat malah kasih yang setia Rasanya berbeza, ceritanya tidak sama namun sakitnya aku telan jua Aku pernah alami keindahan itu aku pernah nikamati rasa itu dan aku pernah jatuh dalam keindahan rasa itu Rasanya berbeza, ceritanya tidak sama namun sakitnya aku sendirian Aku pernah menjadi pendengar dan peneman setia ke mana saja mendengar apa saja malah aku pernah bertindak mengikut rasa namun 361

aku disakiti juga Kini wajah-wajah yang pernah bersama hilang entah kemana tiada yang peduli aku tidak dipandang lagi kudrat semakin hilang mungkin takut aku bergantung mungkin tidak sangguo menanggung dan aku sedar akulah yang dilupakan! 28.08.19

362

Lagu itu… Lagu itu buat aku rindu sepantas kilat aku kembali ke daerah kita dulu bahagianya aku indahnya rasa itu hampir sedekad yang dulu Kali terakhir bahagia menjengah meskipun aku seperti hilang arah rasa itu memang nyata namun disaluti dosa Lagu itu hilang begitu saja seperti juga kita hilang dalam jalan yang berbeza dan aku tidak seperti dulu aku tidak ingin seperti dulu walaupun bahagia itu nyata aku tidak mahu lagi ke sana. Hanya sekadar lagu itu buat aku rindu...

363

Ajarkan Hati Aku simpan amarah ini bukan jadi dendam tetapi untuk menjaga hati sediri Aku pendam kecewa ini bukan menjadi ratapan hanya untuk merawat hati sendiri Lalu aku ajarkan hati untuk tidak menyayangi takut terluka lagi Aku ajarkan hati tidak memgharap apa-apa walau pada sesiapa Aku ajarkan juga hati untuk tidak peduli lagi siapa datang dan siapa yang pergi tiada kesan di hati Aku ajarkan lagi hati menjadi keras namun bukan tanpa belas 364

kerana aku sudah letih kerana aku sudah tidak percaya pada kata-kata aku sudah tidak terdaya menahan hati memendam rasa. 30.01.2020

365

You have touched that special place in my heart which I have long forgotten. You have touched that special place in my heart deeply which unlock a special kind of love And for that my Dear, I LOVE YOU!

366

367