Data Loading...
garis panduan kempen derma darah Flipbook PDF
garis panduan kempen derma darah
135 Views
37 Downloads
FLIP PDF 120.86KB
GARIS PANDUAN BAGI PENGANJUR KEMPEN DERMA DARAH 1.
PEMILIHAN LOKASI • Keluasan – minima 40 x 40 kaki persegi bagi 50 orang penderma darah – keluasan bergantung kepada jumlah sasaran penderma darah yang dijangka hadir. (Bagi menempatkan peralatan kempen derma darah dan menyediakan ruang bekerja kepada petugas) • Selesa – berhawa dingin atau kipas, pencahayaan yang mencukupi, pengudaraan yang baik dan jauh dari bunyi bising – Ada kemudahan lif jika diadakan di tingkat atas bangunan – Kemudahan asas: soket elektrik, tandas, tempat solat/ruang yang bersesuaian ELAKKAN ! – Tempat yang panas seperti di bawah khemah atau di tengah padang – Tempat tersorok dan sukar dilawati oleh penderma darah
2.
TEMPOH MASA • Anggaran masa – Sasaran penderma darah seramai 50 hingga 100 orang : 5 jam – Sasaran penderma darah melebihi 100 orang: 6-8 jam • Waktu rehat petugas – Tempat awam: 30 minit seorang dengan cara bergilir-gilir – Lokasi tertutup: 30-60 minit serentak – Ia bergantung kepada budi bicara penganjur dan jumlah penderma darah pada satu-satu masa • Tempoh masa kempen derma darah – Masa mula: masa kaunter pendaftaran mula dibuka – Masa akhir: masa akhir kaunter pendaftaran ditutup (ada perubahan sekiranya telah melebihi sasaran) – Kempen derma darah akan ditutup sepenuhnya selepas semua penderma darah yang mendaftar selesai menderma darah
3.
PERALATAN YANG DIPERLUKAN • Berikut adalah antara peralatan minima yang mesti disediakan: – 7 buah meja panjang/banquet (5 kaki X 3kaki) – 20-30 buah kerusi (minima) untuk anggota dan penderma darah yang menunggu giliran – 4 buah kipas angin jika lokasi yang dipilih tiada kemudahan penghawa dingin atau kipas siling – 2 soket elektrik yang berfungsi dengan baik
4.
ANGGARAN SASARAN KUTIPAN DARAH • Penganjur yang pertama kali menganjurkan kempen derma darah tidak dibenarkan meletakkan sasaran kutipan darah yang tinggi dan tidak realistik seperti melebihi 150 penderma darah – Lakukan soal selidik atau tinjauan untuk mendapatkan jumlah minima penderma darah. 1
– Sertakan senarai nama peserta berserta nombor telefon kepada Penolong Pegawai Perhubungan Awam (PRO), Jabatan Perubatan Transfusi, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru – Jika penganjur tidak mendapat jumlah minima penderma darah iaitu 50 orang, galakkan penderma yang telah mendaftar ke Unit Pendermaan Darah, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru secara berkumpulan untuk menderma darah.
5.
TEMPAHAN TARIKH • Tarikh penganjuran kempen derma darah perlu ditempah sekurangkurangnya satu (1) bulan sebelum tarikh kempen. – Tempahan kempen derma darah yang dipersetujui jika pihak penganjur menerima surat rasmi dari pihak Jabatan Perubatan Transfusi, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru – Tempahan secara mengejut (ad-hock) adalah amat tidak digalakkan sama sekali. Pihak jabatan berhak menolak dan mencadangkan tarikh yang lain. • Pembatalan kempen derma darah – Sebarang pembatalan hendaklah dilakukan melalui surat rasmi sekurang-kurangnya dalam tempoh satu (1) minggu sebelum tarikh kempen. – Pembatalan di saat-saat akhir amat tidak digalakkan.
6.
PUBLISITI KEMPEN DERMA DARAH • Bahan promosi – Pihak kami akan membekalkan risalah dan poster yang berkaitan. – Sebarang bentuk taklimat dan ceramah juga boleh diberikan atas permintaan penganjur dan dijalankan seminggu lebih awal dari tarikh kempen. • Hebahan oleh penganjur – amat dinasihatkan menjalankan promosi sekurang - kurangnya satu (1) minggu sebelum tarikh kempen – Pastikan maklumat pada bahan promosi telah mendapat pengesahan dari pihak kami bagi mengelakkan kesilapan maklumat
7.
MAKANAN DAN MINUMAN UNTUK PENDERMA DARAH • Makanan dan minuman ringan – Makanan dan minuman seperti air kotak, air mineral, roti atau biskut disediakan khas untuk penderma darah yang layak menderma darah sahaja
PERINGATAN: Program kempen derma darah merupakan program khidmat masyarakat yang bertujuan untuk membantu pesakit. Justeru, program seperti ini adalah TIDAK DIGALAKKAN untuk bertujuan mendapat Anugerah Malaysian Book Of Records atau sebagai ‘acara tambahan’ dalam satu-satu program lain. Penganjur TIDAK DIBENARKAN untuk mempromosikan barangan atau mengadakan aktiviti berunsur politik semasa kempen derma darah dijalankan. 2
SYARAT-SYARAT LAYAK MENDERMA DARAH: 1. Sihat tubuh badan. 2. i) Berumur di antara 18-70 tahun untuk yang pernah menderma. ii) Berumur di antara 18-60 tahun untuk pertama kali menderma. iii) 17 tahun (perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada ibubapa/penjaga). 3. Berat badan 45kg ke atas. 4. Tidur minimum 5 jam. 5. Tiada masalah kesihatan. 6. Telah mengambil makanan sebelum menderma darah. 7. Tidak terlibat di dalam sebarang kegiatan berisiko tinggi seperti berikut : a) Hubungan jenis sesama jantina (homoseksual). b) Hubungan jenis dengan kedua-dua jantina (biseksual) c) Hubungan jenis dengan pekerja seks komersial. d) Bertukar-tukar pasangan seks. e) Mengambil dadah secara suntikan. f) Menjadi pasangan hubungan jenis kepada golongan di atas. 8. Pendermaan terakhir 3 bulan lepas. Dibenarkan menderma pada hari ke-91 selepas pendermaan terakhir. 9. Bagi penderma wanita; tidak mengandung, tidak datang haid, tidak menyusukan anak. 10. Jangan menderma jika anda : a) Pernah tinggal di United Kindom (England, Northern, Ireland, Scotlaand, Wales, Isle of Man atau Channel Island) atau Republik Ireland dari tahun 1980 hingga 1996 untuk tempoh 6 bulan (terkumpul) atau lebih. b) Pernah tinggal di Europe dari tahun 1980 hingga sekarang untuk tempoh 5 tahun (terkumpul) atau lebih. 11. Membawa salah satu dokumen ASAL berikut : a) WARGANEGARA MALAYSIA: Kad Pengenalan Awam/ Tentera/ Polis, Lesen Memandu, Kad Pekerja/Kad Pelajar dengan No kad pengenalan dan gambar dan Buku Penderma darah (PDN 2) untuk penderma ulangan. b) BUKAN WARGANEGARA MALAYSIA: Tinggal Di Malaysia melebihi 1 tahun, Passport, Lesen Memandu, Permit Kerja/Kad Pelajar dengan nombor passport dan gambar dan Buku Penderma darah (PDN 2) untuk penderma ulangan. 12. Dokumen berikut TIDAK DITERIMA bagi pendaftaran ialah salinan dokumen yang di atas. 13. Boleh membaca dan memahami borang pendaftaran penderma samada dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. (Penterjemah tidak dibenarkan)
3