Data Loading...

GKB TASK 1 (NABIHAH BINTI ABD MALEK-TESL1) Flipbook PDF

TUGASAN 1 GKB


119 Views
123 Downloads
FLIP PDF 7.51MB

DOWNLOAD FLIP

REPORT DMCA

GKB 1053: KEMAHIRAN BELAJAR TUGASAN 1: PERSEMBAHAN

Nama pelajar : Nabihah binti Abd Malek Kelas : TESL 1 Nama pensyarah :

Tajuk pembentangan : Kebolehan mengambil nota dengan menggunakan teknik-teknik tertentu dapat membantu pelajar mempersiapkan diri untuk menghadapi tugasan dan peperiksaan. Bincangkan.

PENGENALAN Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, nota ialah catatan bertulis yang digunakan untuk rujukan. Maklumat-maklumat yang diperoleh boleh dikekalkan dengan menjadikannya sebagai nota. Terdapat pelbagai cara untuk mengambil nota. Setiap daripada cara pengambilan nota tersebut boleh membantu para pelajar untuk menyiapkan sesuatu tugasan dan menghadapi peperiksaan.

TEKNIK-TEKNIK MENGAMBIL NOTA

ANOTASI (ANNOTATION) Teknik anotasi ini digunakan untuk mencatat maklumat tambahan selepas membaca sesuatu maklumat. Para pelajar juga dapat menyatakan pandangan peribadinya di bahagian tepi artikel atau maklumat yang dibaca. Sebelum membuat anotasi, teks yang diperoleh perlu dibaca dan dianalisis terlebih dahulu. Para pelajar boleh menggunakan alat seperti highlighter dan sticky notes bagi memudahkan mereka mengenal pasti maklumat penting daripada teks

CONTOH TEKNIK ANOTASI Isi penting dikeluarkan daripada teks. Highlighter digunakan untuk memastikan maklumat tersebut dinyatakan dengan lebih jelas.

Teknik anotasi menggunakan simbol-simbol tertentu.

Bagaimana teknik anotasi membantu para pelajar dalam menyiapkan tugasan dan menghadapi peperiksaan? Anotasi membantu para pelajar untuk melakukan penulisan akademik kerana ia memudahkan pelajar mengeluarkan maklumat penting. Anotasi yang baik mempunyai kupasan idea yang jelas serta perkembangan idea yang memberansangkan. Dengan ini, para pelajar dapat menyatakan hujah mereka mengenai topik tersebut yang sekaligus akan meningkatkan lagi pemahaman mereka. Sebelum menghadapi peperiksaan, para pelajar perlu memahami idea utama topik tersebut. Dengan menggunakan teknik anotasi, ia dapat membantu pelajar memahami dan mengingat maklumat-maklumat tersebut.

NOTA RINGKASAN (OUTLINE NOTES) Nota ringkasan digunakan untuk memberi petunjuk awal sesuatu topik. Nota ringkasan juga ditulis dengan rapi dan berstruktur.

CARA MENULIS NOTA RINGKASAN

Bagaimana teknik nota ringkasan membantu para pelajar dalam menyiapkan tugasan dan menghadapi peperiksaan? Nota ringkasan membantu para pelajar menyusun maklumat dengan teratur. Kesinambungan maklumat dapat dilihat melalui struktur nota ringkasan ini. Nota ringkasan juga membantu para pelajar mengingat maklumat penting dengan ringkas dan pantas.

NOTA LAJUR (COLUMN NOTES) Nota lajur digunakan untuk seseorang memahami dan dapat memisahkan idea utama dan idea sokongan mengenai sesuatu topik. Nota lajur ditulis dalam bentuk dua lajur iaitu lajur kiri dan lajur kanan.

Idea utama CARA MENULIS NOTA LAJUR

📍 _______

Idea sokongan -

Contoh nota lajur

Bagaimana teknik nota lajur membantu para pelajar dalam menyiapkan tugasan dan menghadapi peperiksaan? Nota lajur membantu pelajar untuk memisahkan isi utama dan isi sokongan. Dengan ini, para pelajar tidak akan membuang masa membaca isi-isi yang tidak penting. Nota lajur perlu dibuat beberapa hari sebelum peperiksaan kerana ia memerlukan pembacaan yang aktif. Namun begitu, ia amat berguna untuk dirujuk semula sebelum peperiksaan dijalankan.

NOTA RUMUSAN Nota rumusan digunakan untuk mengetahui isi keseluruhan sesuatu topik. Para pelajar perlu skimming bagi mendapatkan gambaran keseluruhan topik tersebut.

CONTOH RUMUSAN

Bagaimana teknik nota rumusan membantu para pelajar dalam menyiapkan tugasan dan menghadapi peperiksaan? Nota rumusan membantu pelajar memahami isi keseluruhan sesuatu topik. Rumusan ini boleh dibaca sebelum dan selepas membaca sesuatu topik tersebut. Hal ini kerana ia membantu pelajar mendapat gambaran keseluruhan topik yang ingin dibaca. Ia juga membantu menjimatkan masa kerana para pelajar dapat memahami konsep keseluruhan. Walau bagaimanapun, untuk kesan yang lebih efektif, para pelajar perlu membaca dengan lebih terperinci.

CORT 1 & CORT IV

PMI-PLUS, MINUS, INTERESTING -MEMBANTU MEMBUAT PILIHAN DAN KEPUTUSAN DENGA MENGAMBIL KIRA KELEBIHAN DAN KEKURANGAN SESUATU CAF- CONSIDER ALL FACTORS -MEMBUAT PILIHAN DAN KEPUTUSAN DENGAN MENGAMBIL KIRA KESEMUA FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PEMILIHANNYA

AGO-AIMS, GOALS, OBJECTIVES -MEMBUAT PILIHAN DAN KEPUTUSAN DENGAN LEBIH BERFOKUS KEPADA SATU TUJUAN

OPV-OTHER PEOPLE'S VIEW -MEMBUAT PILIHAN DAN KEPUTUSAN DENGAN MEMPERTIMBANGKAN PANDANGAN ORANG LAIN

ALAT BERFIKIR CORT 1

FIP-FIRST IMPORTANT PRIORITY -MEMBUAT PILIHAN DAN KEPUTUSAN MENGIKUT KEUTAMAANNYA

APC-ALTERNATIVES, POSSIBILITIES, CHOICES -MENCARI ALTERNATIF LAIN SEKIRANYA PERANCANGAN ASAL TIDAK BERJAYA

C&S-CONSEQUENCE AND SEQUEL -MEMBUAT RAMALAN MENGENAI KESAN YANG AKAN BERLAKU

CORT IV Penggunaan perkataan PO iaitu provokasi operasi. Untuk mewujudkan provokasi dalam minda. Tidak menolak idea orang lain sebaliknya melindunginya dengan PO CORT IV dapat menjana dan membuka pemikiran para pelajar dengan lebih berkesan.

PENUTUP Secara kesimpulannya, terdapat banyak cara untuk para pelajar mencatat nota. Bagi setiap cara, kegunaannya adalah berbeza. Walau bagaimanapun, ia tetap membantu para pelajar untuk menyiapkan tugasan dan menghadapi peperiksaan. Alat berfikir CoRT1 dan CoRT IV juga sangat berguna kepada pelajar.

RUJUKAN Wong Kiet Wah, Norlia Mat Esa, Tan Ai Lee, Ridza Kemahiran Belajar. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Ahmad Nizam. (2019).

Aina. (2018). Cara-cara membuat nota. Diperoleh pada 09 september 2019 daripada http://ainaaziefaazzurin.blogspot.com/2018/09/cara-cara-membuat-nota.html Cathy Costello. (2019). PMI-Plus, Minus, Interesting. Diperoleh pada 09 September 2019 daripada https://www.virtuallibrary.info/pmi-plus-minus-interestingstrategy.html