Data Loading...

GPP 1063 Flipbook PDF

GPP 1063


114 Views
12 Downloads
FLIP PDF 341.12KB

DOWNLOAD FLIP

REPORT DMCA

GPP 1063 PENGANTAR PENGAJIAN PROFESIONAL OLEH : 1) IZZAH 2)NABIHAH 3) HIQMAH 4) AFIQAH TAJUK : ASPIRASI SISTEM PENDIDIKAN

ASPIRASI SISTEM PENDIDIKAN Mengikut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2003-2025)

KECEKAPAN

AKSES

KUALITI

PERPADUAN

EKUITI

SUATU KEINGINAN YANG KUAT ATAU CITA-CITA

HARAPAN PERUBAHAN YANG LEBIH BAIK DENGAN TUJUAN UNTUK MERAH KEBERHASILAN DI MASA HADAPAN

KEINGINAN DAN HARAPAN INDIVIDU TERHADAP SUATU PRESTASI ATAU SUATU KEBERHASILAN

DEFINISI ASPIRASI

AKSES

100 PERATUS ENROLMEN MERENTAS SEMUA PERINGKAT PENDIDIKAN DARIPADA PRASEKOLAH HINGGA MENJELANG TAHUN 2020

ENROLMEN BILANGAN ORANG YANG MENDAFTARKAN DIRI SEBAGAI PELAJAR

Setiap kanak-kanak warganegara Malaysia berhak mendapat kesamarataan peluang pendidikan bagi membolehkan mereka mencapai potensi masing-masing. Kementerian berhasrat memastikan kadar akses sejagat dalam kalangan kanak-kanak dari peringkat prasekolah hingga ke

peringkat menengah atas (Tingkatan 5) menjelang 2020.

KUALITI

NEGARA DALAM KELOMPOK SEPERTIGA TERATAS DALAM PENTAKSIRAN ANTARABANGSA SEPERTI TIMMS DAN PISA DALAM TEMPOH 15 TAHUN

Semua kanak-kanak akan berpeluang mendapat pendidikan cemerlang berdasarkan keunikan sistem pendidikan di Malaysia, dan setanding dengan sistem pendidikan antarabangsa.

Aspirasi sistem pendidikan negara adalah untuk meletakkan Malaysia dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa mengikut pengukuran TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun yang akan datang (TIMSS dan PISA menguji Bacaan, Matematik dan Sains sahaja). Pentaksiran tambahan yang menangani dimensi kualiti lain yang relevan dengan konteks Malaysia boleh dimasukkan apabila dimensi itu dibangunkan dan diterima di peringkat antarabangsa.

EKUITI

50 PERATUS PENGURANGAN DALAM JURANG PENCAPAIAN (BANDAR-LUAR BANDAR, SOSIOEKONOMI,GENDER) MENJELANG TAHUN 2020

Sistem pendidikan berprestasi tinggi menyediakan pendidikan yang terbaik kepada setiap kanak-kanak tanpa mengira kedudukan geografi, gender atau latar belakang sosioekonomi

Kementerian berhasrat untuk merapatkan lagi jurang pencapaian antara murid bandar dengan luar bandar, tahap sosioekonomi dan pencapaian antara gender sehingga 50% menjelang 2020.

PERPADUAN N SISTEM PENDIDIKAN YANG MENAWARKAN PERKONGSIAN DAN NILAI KEPADA KANAK-KANAK DENGAN MENHARGAI KEPELBAGAIAN

Melalui interaksi bersama murid lain daripada pelbagai latar belakang sosioekonomi, agama dan etnik, murid belajar memahami, menerima dan menghayati perbezaan. Keadaan ini mewujudkan suatu perkongsian pengalaman dan aspirasi bagi membina masa hadapan Malaysia. Kementerian berhasrat menjana suatu sistem pendidikan yang memberi peluang kepada murid berkongsi pengalaman dan aspirasi demi membentuk dan memperkukuhkan lagi asas perpaduan rakyat Malaysia.

KECEKAPAN

SISTEM YANG MEMAKSIMUMKAN KEBERHASILAN MURID MENGIKUT PERUNTUKAN SEDIA ADA

Sistem pendidikan Malaysia telah menerima peruntukan yang tinggi, namun peningkatan keberhasilan murid masih tidak sepadan dengan sumber yang telah disalurkan ke dalam sistem. Walaupun Kerajaan akan terus mengekalkan tahap pelaburan semasa, Kementerian berhasrat untuk memaksimumkan keberhasilan murid mengikut tahap peruntukan semasa.

TOKOH PENDIDIK NASIONAL : DATO’ AMINUDDIN BAKI

SUMBANGAN : 

MEMPERKENALKAN SEJARAH ISLAM(TIDAK TERMASUK

DALAM SUKATAN PELAJARAN) KEPADA GURU-GURU PELATIH DI MAKTAB PERGURUAN SULTAN IDRIS (UPSI) 

MELIBATKAN DIRI DALAM PENYEDIAAN PENYATA RAZAK (1985) 

MENJADI AHLI JAWATANKUASA PENASIHAT DALAM MENYIAPKAN LAPORAN RAHMAN TALIB (1960)



MEWUJUDKAN SIJIL RENDAH PELAJARAN (SRP), SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM), SIJIL PELAJARAN TINGGI MALAYSIA (STPM)



MENUBUHKAN LEMBAGA PEPERIKSAAN MALAYSIA