Data Loading...
Instrumen Muzik Tradisional (NEW_non fiction) Flipbook PDF
Instrumen Muzik Tradisional (NEW_non fiction)
100 Views
40 Downloads
FLIP PDF 67.46MB
Instrumen Muzik Tradisional
Siri Budaya Warisan Malaysia
Maruwiah Ahmat
i
Siri Budaya Warisan Malaysia MAKMUR EDUCATIONAL SUPPLIES SDN. BHD. (303004-P) No 20, Jalan KIP 8, Taman Perindustrian KIP, 52200 Kuala Lumpur Tel: 03-6272 0094 Fax: 03-6273 1880 Hotline: 016-7102368 Emel: [email protected]
Diterbitkan 2014 ISBN 978 967 0510 90 3 Semua hak cipta terpelihara. Sebarang bahagian dalam buku ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam cara yang boleh dipergunakan lagi ataupun dipindahkan, dalam sebarang bentuk atau dengan sebarang cara, sama ada dengan cara elektronik, mekanik, penggambaran semula, perakaman dan sebagainya, tanpa izin terlebih dahulu.
Perpustakaan Negara Malaysia
Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Maruwiah Ahmat, 1968 INSTRUMEN MUZIK TRADISIONAL / Maruwiah Ahmat. (Siri Budaya Warisan Malaysia) Bibliografi: ms 66 ISBN 978-967-0510-83-5 (set) ISBN 978-967-0510-90-3 1. Musical instruments--Malaysia. 3. Malaysia--social life and customs. I. Judul. II. Siri. 784.19595
Teks diset dengan Futura Md Bt 13/17 pt Dicetak di Malaysia oleh Kim Guan Press Enterprise Sdn. Bhd. 100, Jalan PBS 14/4, Taman Bukit Serdang, 43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan.
ii
Instrumen Muzik Tradisional
PRAKATA
B
uku Siri Budaya Warisan Malaysia ini dihasilkan untuk mendedahkan kepada murid-murid tentang budaya tradisi masyarakat Malaysia yang pelbagai. Buku ini memberi gambaran asas mengenai aktiviti budaya negara Malaysia yang membincangkan tentang kraf tangan, binaan warisan, makanan tradisi, muzik tradisi, pakaian tradisi, permainan tradisi, cerita rakyat, puisi dan dodoian, seni pementasan dan tarian tradisi. Selain itu bahagian pendahuluan akan melihat sepintas lalu mengenai dasar-dasar utama negara yang berkaitan dengan budaya dan demografi serta agama penduduk Malaysia. Matlamat buku ini dihasilkan untuk mendedahkan murid kepada perkara-perkara penting yang perlu mereka ketahui untuk menjamin perpaduan antara etnik, memahami budaya etnik lain dan mengenali aspek-aspek budaya masyarakat tradisional yang perlu dipertahankan dan dilestarikan untuk generasi akan datang. Selain itu terdapat beberapa aspek seperti kraf tangan dan permainan tradisi yang menjadi produk pelancongan yang unik dan penting. Dengan membaca buku ini juga adalah diharapkan murid-murid dapat mencintai budaya yang menjadi kebanggaan negara dan melestarikan budaya bangsa supaya tidak tenggelam dengan arus pembangunan. Pengetahuan mengenai pembinaan jati diri bangsa Malaysia ini amat penting untuk membina suatu bangsa yang lebih terarah kepada masa hadapan yang cemerlang. Semoga buku ini dapat memberi faedah kepada pembaca. Segala kekurangan akan diperbaiki dari semasa ke semasa. Insya-Allah.
Januari 2014
iii
Maruwiah Ahmat
Siri Budaya Warisan Malaysia
KANDUNGAN Prakata
iii
PENGENALAN KEPADA KOMPOSISI KAUM DAN BUDAYA MASYARAKAT MALAYSIA Demografi dan Agama 3 Bahasa 5 Dasar Kebudayaan Kebangsaan 6 ALAT MUZIK TRADISIONAL
PENGENALAN KORDOFON Erhu Gambus Kiromboi Pipa Rebab Rebab Kulit Ikan Buntal Sape Sarangi Sundatang Veena Yangqin MEMBRANOFON Beduk Gedombak Geduk Gendang Gendang Ibu dan Gendang Anak Gendang Gamelan Gendang Jawa Gendang Nekara Gendang Nobat Jembe Jidur Kemplingan Kompang Maruas Rebana Rebana Besar iv
10 10 11 12 13 13 14 15 16 18 18 19 20 21 21 22 23 24 25 26 26 27 27 28 28 28 29 30 31 32
Instrumen Muzik Tradisional Rebana Dikir Rebana Hadrah Rebana Jikey Rebana Kercing Rebana Mangkuk Rebana Ubi Tabla IDIOFON Angklung Bonang Buluh Centong Canang Engkeromong Gambang Gong Kempul Kenong Kertok Kesi Kulintang Marakas Saron Barong Saron Demung Saron Penerus/Pekin Slenteng Togunggak EROFON Bungkau Engkerurai Harmonium Lutong Nafiri Nadaswaram Selingup Seruling Serunai Sompoton Tetuang Turali EROFON BEBAS Kesimpulan Rujukan v
33 33 34 35 36 36 38 38 40 40 41 42 43 43 45 47 48 49 50 51 52 53 54 54 56 57 57 58 59 60 61 61 62 62 63 64 64 65 65 66 66
Siri Budaya Warisan Malaysia
vi
Instrumen Muzik Tradisional
PENGENALAN KEPADA KOMPOSISI KAUM DAN BUDAYA MASYARAKAT MALAYSIA
S
ebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai bangsa dan budaya, Malaysia bukan sahaja kaya dengan alam semula jadi yang indah tetapi pelbagai seni budaya yang menarik minat pelancong. Malaysia juga pesat membangunkan industri kotej yang merancakkan lagi sektor pelancongan di negara ini. Kepentingan adat resam dalam hidup masyarakat tidak kira apa bangsa sekalipun tidak dapat dinafikan. Adat yang merangkumi seluruh aspek bermula dari kelahiran, perkahwinan sehinggalah kematian terdapat dalam hidup semua masyarakat di Malaysia. Adat resam merupakan kebiasaan cara hidup yang diamalkan oleh sesuatu masyarakat yang dapat menggambarkan corak budaya masyarakat tersebut. Kepelbagaian adat resam ini menghasilkan pelbagai produk budaya tradisional yang terus dipelihara. Kepelbagaian kaum di Malaysia mencorakkan kepelbagaian dari aspek pakaian tradisional, makanan tradisi, seni muzik, perayaan, dan lain-lain. Pelbagai usaha telah dijalankan oleh kerajaan dan badan-badan tertentu bagi menjamin budaya dan warisan bangsa Malaysia ini terus kekal. Kerajaan telah membina Istana Budaya, pelbagai muzium kesenian dan pusat-pusat seni bagi tujuan tersebut. 1
Siri Budaya Warisan Malaysia
Walaupun begitu, disebabkan peredaran zaman, dan globalisasi melanda dunia, masyarakat negara ini turut menerima pengaruh luar yang sedikit sebanyak melupakan budaya tempatan. Aspek yang jelas ialah dari segi pakaian, makanan dan seni muzik. Pakaian tradisional biasanya dipakai pada majlis tertentu sahaja melainkan baju kurung dan kebaya yang terus mampu bertahan. Meskipun makanan tradisional masih ada dan digemari, kedai-kedai francais dari negara luar telah membanjiri seluruh negara dan tidak pernah kekurangan pengunjung meskipun harga agak mahal berbanding makanan tempatan. Begitu juga muzik rock, pop, dan rap lebih mendapat tempat berbanding muzik asli. Walau bagaimanapun sehingga kini, budaya dan warisan tradisional bangsa-bangsa di Malaysia masih mampu dipertahankan kerana antaranya faktor agama dan budaya masyarakat itu sendiri. Selain itu ia amat penting bagi sektor pelancongan. Bangsa-bangsa di Malaysia berbangga dengan adat budaya mereka sendiri dan berharap ia terus dipertahankan.
Dengan pelbagai bangsa, jika tiada suatu pelan tindakan yang kukuh untuk menjamin keharmonian, akan membahayakan negara pluralistik seperti Malaysia.
2
Instrumen Muzik Tradisional
Demografi dan Agama Malaysia mempunyai penduduk berjumlah sekitar 28 juta orang. Malaysia terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama, dengan kaum Melayu menjadi etnik terbesar di Malaysia dengan 54% dari jumlah warganegara. Dari segi perlembagaan, orang Melayu ialah orang yang berkulit sawo matang, berbahasa Melayu dan beragama Islam. Kira-kira 38% adalah kaum Cina, 7% kaum India dan 3% adalah kaum lain termasuk Portugis.
Melayu/ Cina India Lain-Lain Bumiputera Peratusan penduduk Malaysia mengikut kaum.
Lebih separuh populasi Sarawak dan 66% populasi Sabah terdiri daripada kaum bumiputera bukan Melayu. Kemasukan kaum lain sedikit sebanyak mengurangkan peratusan penduduk peribumi di kedua-dua negeri itu. Kaum yang utama adalah kaum Kadazandusun, Dayak dan Iban. Sehingga abad ke-20, kebanyakan daripada mereka mengamalkan kepercayaan tradisional tetapi kini telah ramai yang sudah bertukar kepada Kristian atau memeluk Islam. 3
Siri Budaya Warisan Malaysia
Selain itu, Malaysia juga mempunyai penduduk yang berasal dari Eropah (dipanggil Eurasia) dan Timur Tengah. Kepadatan penduduk Malaysia tidak seragam dengan 17 juta daripada 25.7 juta rakyat Malaysia menetap di Semenanjung Malaysia. Kawasan berpenduduk padat ialah di bandar-bandar terutama ibu-ibu negeri, dan kawasan-kawasan di sepanjang jalan raya. 2.6% 0.8%
6.2% 9.1%
19.2%
Islam
60%
Buddha
Kristian
Confucius, Tao dll
Hindu
Animisme
Peratusan pembahagian penduduk Malaysia berdasarkan agama (CIA, 2000).
Malaysia mengamalkan kebebasan beragama. Walau bagaimanapun jika umur seseorang itu belum melebihi 18 tahun akan mengikut agama ibu bapanya berdasarkan Perlembagaan Malaysia. Agama terbesar dianut oleh penduduk Malaysia ialah agama Islam dan menjadi agama rasmi negara. Majoriti penganut Islam adalah orang Melayu. Walau bagaimanapun Islam turut dianut oleh bangsa lain seperti India dan Cina. Orang Cina majoriti menganut agama Buddha, dan orang India agama Hindu. Namun terdapat juga minoriti orang 4
Instrumen Muzik Tradisional
Cina dan India beragama Kristian. Kebanyakan kaum Bumiputera di Sabah dan Sarawak, orang Eurasia dan Portugis adalah Kristian.
Bahasa Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi Malaysia. Namun bahasa ini juga disebut sebagai ‘Bahasa Malaysia’ dalam sukatan pelajaran sekolah-sekolah di Malaysia. Bahasa ini mempunyai persamaan dengan bahasa Melayu di Indonesia dan Brunei Darussalam. Walau bagaimanapun terdapat perkataan dan lenggok struktur ayat yang berlainan. Semua sekolah dan institut pengajian tinggi awam menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama terutama dalam urusan rasmi kerajaan. Urusan rasmi negara juga menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya. Selain itu terdapat bahasa Inggeris, bahasa Cina dan Tamil digunakan secara meluas mengikut kaumkaum tertentu sebagai bahasa kedua. Bahasa Inggeris biasa digunakan dalam perhubungan intra-kaum dan perniagaan. Bahasa Melayu pula mempunyai dialek-dialek yang pelbagai berdasarkan negeri. Semua negeri di Malaysia mempunyai dialeknya yang tersendiri kecuali Selangor dan Johor. Walau bagaimanapun sebahagian tempat di kedua-dua negeri ini menggunakan bahasa Jawa, Banjar dan Kerinci (namun kepada generasi tua sahaja). Selain Bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil, di Sabah dan Sarawak juga mempunyai bahasa suku yang pelbagai berdasarkan kaum. Terdapat kaum Murut, Iban, Kadazan, Kadazandusun, Melanau, Bajau, Orang Ulu, Bidayuh, Penan dan lain-lain yang masing-masing mempunyai bahasa suku tersendiri. Meskipun kerajaan amat menggalakkan penggunaan bahasa Melayu dalam perhubungan dan urusan harian, namun penggunaannya masih terpinggir 5
Siri Budaya Warisan Malaysia
terutama dalam kalangan sektor swasta dan golongan elit. Malaysia merupakan sebuah negara yang pernah dijajah oleh British, menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa penting sebelum merdeka dan beberapa tahun selepas merdeka. Bertambahnya golongan intelek tempatan yang mendapat pendidikan luar negara serta giatnya penggunaan bahasa tersebut dalam negara menjadikan bahasa Inggeris penting di Malaysia. Ia bukan sahaja menjadi bahasa pelancongan malah menjadi bahasa penting dalam institusi pengajian tinggi. Bahasa Inggeris dilihat lebih mudah dan praktikal terutama bagi perhubungan dengan negara luar.
Dasar Kebudayaan Kebangsaan Disebabkan kepentingan melestarikan kebudayaan negara Malaysia yang pelbagai, maka kerajaan telah merangka sebuah dasar untuk tujuan tersebut. Dasar Kebudayaan Kebangsaan lahir daripada gagasan kongres Kebudayaan Kebangsaan anjuran Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada 1971. Ia digubal untuk menjadi panduan dalam membentuk dan mengekalkan identiti budaya negara Malaysia. Penggubalan dan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah perlu bagi negara Malaysia yang sedang membangun dan mempunyai penduduk berbilang kaum yang mengamalkan budaya yang berbeza. Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Ia berperanan penting dalam proses pembangunan negara di Malaysia. Ia memerlukan penglibatan semua lapisan masyarakat. Dasar ini nanti akan dapat menjadi garis panduan dalam membentuk, mewujud dan mengekalkan identiti negara. Tiga prinsip yang ditetapkan oleh kerajaan sebagai Dasar Kebudayaan Kebangsaan ialah: 1. Berteraskan kepada kebudayaan rakyat asal rantau ini. Rantau ini yang merangkumi kawasan 6
Instrumen Muzik Tradisional
Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei, Negeri Thai dan Kampuchea serta Kepulauan Selatan Pasifik (Polynesia, Melanesia dan Oceania) sehingga Malagasi adalah merupakan bahagian utama kawasan budaya Melayu. Rantau ini merupakan pusat kelahiran, perkembangan dan pengamalan kebudayaan Melayu sejak zaman berzaman. Kegemilangan dan keagungan tamadun Melayu ini dapat dikenali dengan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan antarabangsa (lingua franca) di Melaka. Budaya Melayu pada hari ini merupakan cara hidup, lambang identiti dan asas ukuran pengenalan kepada lebih 200 juta umat manusia yang menuturkan satu rumpun bahasa yang sama. 2.
Kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima. Kebudayaan sebagai sesuatu yang dinamik, sentiasa berubah-ubah melalui proses penyerapan dan penyesuaian secara berterusan. Prinsip ini bertepatan dengan situasi penduduk berbilang kaum yang mewarisi pelbagai budaya. Dengan itu, unsur-unsur budaya Cina, India, Arab, Barat dan lain-lain yang sesuai dan wajar diberi pertimbangan dan penerimaan dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan. Asimilasi budaya ini hendaklah berpandukan Perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukun Negara dan kepentingan nasional serta asas-asas moral dan kerohanian sejagat pada amnya dan pada Islam sebagai agama rasmi negara khasnya.
3.
Islam menjadi ciri yang penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan. Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam proses pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang berakhlak dan berperibadi mulia. Agama Islam memberi panduan kepada manusia dalam mengimbang 7
Siri Budaya Warisan Malaysia
dan memadukan usaha bagi mengisi kehendakkehendak emosi dan fizikal. Oleh itu, kepercayaan kepada Tuhan wajar menjadi unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan. Di samping itu, wujudnya fakta sejarah dan nilai-nilai Islam yang telah sedia didukung oleh sebahagian besar rakyat rantau ini. Ketiga-tiga prinsip asas di atas adalah melambangkan penerimaan gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971. Objektif pembangunan kebudayaan kebangsaan: d Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan. d Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada Kebudayaan Kebangsaan. d Memperkaya dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi. Dasar Kebudayaan Kebangsaan mampu membentuk jati diri rakyat Malaysia yang pelbagai ragam adat resam, adat istiadat dan budaya kehidupan seharian selain mempunyai variasi agama dan etnik. Dasar ini dapat menjadi garis panduan dalam membentuk serta mewujudkan satu bangsa yang bersatu-padu serta mengekalkan identiti negara dalam kalangan dunia antarabangsa. Walau bagaimanapun, pelaksanaannya adalah rumit dan tidak dapat dicapai dalam masa yang singkat. Kebudayaan Kebangsaan akan dapat dibezakan dengan kebudayaan kesukuan atau kebudayaan kaum. Kebudayaan yang dipupuk itu akan mencirikan sifatsifat persamaan yang melampaui batas-batas suku kaum dan memperlihatkan keperibadian kebangsaan Malaysia itu sendiri sebagai sebuah negara yang merdeka dan bermaruah. 8
Instrumen Muzik Tradisional
Malaysia terkenal dari segi kebudayaan yang tersendiri dalam bidang persembahan muzik. Terdapat alat-alat muzik yang telah dihasilkan beratus tahun lamanya yang masih digunakan pada masa kini. Terdapat juga yang semakin terpinggir. Namun penggunaan alat-alat muzik tradisional secara umumnya masih digunakan dalam persembahan kebudayaan.
9
Siri Budaya Warisan Malaysia
PENGENALAN Seperti negara-negara lain di dunia, Malaysia tidak ketinggalan mempunyai budaya berhibur yang tersendiri. Masyarakat lama telah mencipta pelbagai alat bunyibunyian untuk mengiringi sesuatu persembahan sama ada persembahan diraja, orang banyak atau majlis-majlis rasmi tertentu. Secara amnya, selain daripada digunakan untuk menghasilkan berbagai-bagai jenis muzik, alat-alat muzik ini merupakan bahan estetika yang penting dalam masyarakat. Ia digunakan sebagai alat penyebar maklumat, lambang budaya bangsa, alat ritual yang dapat menghubungkan manusia dengan alam luar biasa (magis) selain dari fungsi utama sebagai alat hiburan. Alat muzik tradisional di Malaysia mempunyai pelbagai bentuk dan jenis sebelum dicampuri dengan alat-alat muzik yang dibawa oleh Barat.
p p p p p p p p
Kategori alat muzik tradisional 1. Kordofon 2. Membranofon 3. Erofon 4. Idiofon 5. Erofon bebas
KORDOFON
Alat-alat muzik kordofon ialah alat-alat yang mengeluarkan bunyi kerana adanya getaran pada tali yang ditegangkan. Alat-alat muzik erhu, pipa, rebab, sape dan gambus tergolong dalam kategori ini. 10
Instrumen Muzik Tradisional
Erhu Erhu merupakan sejenis alat muzik gesek tradisional Cina. Erhu mempunyai sejarah yang panjang, ia muncul pada Dinasti Tang iaitu abad-7 M hingga abad-10 M dan popular di kawasan penempatan kaum minoriti di sebelah barat laut China pada masa itu. Dalam sejarah perkembangan selama lebih seribu tahun, erhu selalu dimain sebagai alat muzik irama. Alat ini digunakan sebagai alat solo untuk hiburan, dan juga digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera Cina. Berikutan kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu, muzik tradisi erhu juga dibawa sama. Erhu turut dimainkan oleh orang India di negara ini. Selepas tahun 1949, pembuatan, pembaharuan dan persembahan Erhu mendapat kemajuan. Ia boleh dimain solo dan juga boleh dimain bersama-sama dengan alat muzik lain. Erhu didirikan tegap pada riba pemain semasa dimainkan. Tali digesek dengan sebelah tangan manakala jari-jari tangan lainnya memetik pada tali-tali untuk mengeluarkan berbagaibagai pic (nada).
Erhu
11
Siri Budaya Warisan Malaysia
Gambus Gambus merupakan sejenis alat muzik tradisional di Malaysia yang termasuk dalam kategori kordofon. Ia berbentuk seperti buah pear yang dibelah dua. Gambus tergolong dalam alat muzik jenis ‘petik’ yang berasal dari Timur Tengah. Gambus terdapat dalam pelbagai jenis iaitu dari gambus tiga tali sehingga gambus yang mempunyai 12 tali. Tali gambus diperbuat dari perut binatang atau loyang yang dimainkan dengan petikan daripada kuku tenggiling. Badannya diukir dari sebatang kayu nangka yang berongga di dalamnya. Lehernya ditutup dengan sekeping kayu nipis dan permukaan badannya ditutup dengan kulit kambing atau kulit biawak. Gambus lazimnya dimainkan untuk hiburan persendirian, pemuzik gazal dan muziknya menyerupai tarian Melayu seperti joget dan zapin di Johor. Tema lirik gambus lebih kepada keagamaan (Islam). Gambus akan diiringi beberapa alat muzik lain seperti biola, gendang, tabla dan seruling yang membentuk orkes gambus. Gambus turut digunakan bersama beberapa alat muzik seperti gendang dan harmonium dalam muzik ghazal.
Gambus
12
Instrumen Muzik Tradisional
Kiromboi Kiromboi adalah alat muzik tangan kaum Bidayuh di Sarawak. Alat ini diperbuat daripada dua cengkerang siput raksasa yang dilekat pada hujung kayu buluh sehingga mereka saling bersentuhan. Sebatang kayu kecil dilalukan dengan cepat antara kedua-dua kerang siput tersebut menghasilkan getaran bunyinya seperti bunyi katak memanggil hujan. Alat ini digunakan untuk memanggil hujan ketika menanam padi sawah, serta untuk memanggil katak selepas hujan besar. Walaupun tidak digunakan lagi, ia masih ditemui di beberapa rumah panjang Bidayuh. Pada masa kini, alat ini digunakan pada masa senggang untuk berhibur sesama sendiri.
Pipa Pipa adalah alat muzik tradisional China. Pipa adalah alat muzik petik yang badannya terbuat dari kayu dan telah dimainkan selama lebih dari 2000 tahun di China. Alat muzik ini telah ada pada zaman
Pertemuan malam Han Xizai, oleh Gu Hongzhong, pada abad ke-10 M yang menunjukkan seorang pemuzik pipa menghiburkan para tetamu.
13
Siri Budaya Warisan Malaysia
Dinasti Qin (221-206 SM). Pipa pada awalnya memiliki bentuk yang lurus pada bahagian atas dan dilapisi oleh kulit pada bahagian permukaannya, terdiri dari 4 tali dan mempunyai 12 kod nada. Pipa moden yang sekarang dapat kita jumpai, mirip dengan instrumen dari Parsi atau Timur Tengah iaitu ‘Barbat’ dan diperkenalkan ke China pada masa Dinasti Qin (265-420 M). Pada masa Dinasti Tang (618-907 M), alat muzik Pipa menjadi popular dalam mengisi acara kerajaan dan mengalami perubahan. Pipa dimainkan secara horizontal dengan empat hingga lima tali dan lima hingga 6 fret. Pipa mengalami perubahan dalam bentuknya, jumlah fret, begitu juga cara memainkan yang awalnya secara horizontal menjadi vertikal.
Rebab Rebab merupakan alat muzik yang tertua dalam sejarah permainan muzik tradisi Melayu. Ia juga dikenali sebagai ‘anak umbang’. Rebab adalah alat muzik bertali menggunakan penggesek dan mempunyai tiga utas tali daripada dawai logam. Lazimnya badan rebab diperbuat daripada kayu nangka dan berongga di bahagian dalam. Bentuk badannya lebar di bahagian atas dan liras sedikit ke bawah. Dadanya ditutup dengan kulit diperbuat daripada perut lembu yang dikeringkan. Busut kecil yang dibuat dari lilin lebah ditampal pada sebelah kiri dadanya dipanggil ‘susu’. Di sisi bahagian atas lehernya dipasang pemulas bagi melaras suaranya. Leher atau papan jari dipasang pada bahagian atas badannya. Pada bahagian atas kepalanya berukiran dan dipanggil ‘Pucuk Rebung’. Lehernya memanjang ke bawah menerusi badan dan hujungnya menjadi pancang di bahagian bawah di mana alat itu diletakkan berdiri bila 14
Instrumen Muzik Tradisional
ia dimainkan. Kayu kekuda titian tadi diletak pada tengah dadanya dan boleh diubah kedudukannya. Penggesek dibuat dari kayu dan melengkong sedikit. Tali penggesek ialah urat daripada selapuk balutan mayang kelapa dan kini digunakan tali tangsi. Cara memainkan rebab ialah rebab diletak berdiri di depan pemain yang duduk bersila dilantai. Rebab turut digunakan dalam muzik mengiringi Mak Yong, Mek Mulung dan Main Puteri.
Rebab Kulit Ikan Buntal Rebab kulit ikan buntal merupakan alat muzik tradisional orang asli yang tergolong dalam kumpulan kordofon. Di negeri Pahang, kraf Orang Asli menjadi perhatian apabila
Antara jenis rebab iaitu rebab Sarawak (kiri), rebab dua tali dan rebab kulit ikan buntal.
15
Siri Budaya Warisan Malaysia
ada antara mereka mampu menghasilkan alat muzik tradisional yang diperbuat daripada kulit ikan buntal. Rebab ikan buntal mula mendapat perhatian apabila demonstrasi pembuatannya diadakan sempena Hari Kraf Kebangsaan 2010. Rebab kulit buntal digunakan untuk tujuan hiasan, berhibur pada waktu lapang, upacara keramaian masyarakat Orang Asli Semelai atau semasa terjadinya kematian anggota keluarga. Badan rebab perlu disiapkan terlebih dahulu bagi menghasilkan alat muzik tradisi ini. Antara identiti rebab ikan buntal ialah terdapat ukiran siput gondang pada satu bahagian hujung badan rebab. Berdekatan ukiran itu pula ialah satu lubang yang dikorek untuk meletakkan kunci tali rebab. Badannya perlu dibuat daripada kayu jenis cengal atau yang lebih kuat. Kunci tali rebab pula berfungsi melaraskan ketegangan tali yang menghasilkan muzik. Kulit ikan buntal harus dibersihkan daripada isinya. Kulit ikan buntal yang masih basah akan terus ditampal pada bahagian luar kulit tempurung kelapa yang telah dibelah kepada dua bahagian dan dibersihkan. Sebelum itu, kulit ikan buntal akan dipotong mengikut saiz diameter tempurung dengan menggunakan pisau. Gam tidak diperlukan untuk melekatkan kulit ikan kerana kulit ikan buntal mudah melekat. Kulit ikan buntal tidak mungkin mencederakan pemain kerana kayu bertali digunakan untuk menghasilkan muzik. Sebelah tangan akan memetik tali bagi menentukan darjah tinggi rendah nada bunyi yang ingin dihasilkan.
Sape Sape ialah sejenis alat muzik tradisional yang digunakan cukup meluas dalamkalangan Orang Ulu. Ia juga disebut sampet, sampeh atau sapeh. Sape diukir daripada sebatang 16
Instrumen Muzik Tradisional
blok kayu dengan menggunakan instrumen moden dan panjangnya boleh mencecah sehingga hampir satu meter. Pada mulanya sape adalah alat muzik yang agak terhad fungsinya kerana sifatnya yang mempunyai dua tali dan dengan hanya tiga fret. Bagaimanapun, kini pada zaman ini, sape secara berperingkat menjadi instrumen sosial untuk mengiringi penari atau juga sebagai satu bentuk hiburan. Hari ini, instrumen tiga, empat dan lima tali digunakan, dengan laras nada melebihi tiga oktaf. Secara teknikalnya, sape secara relatif adalah instrumen muzik yang sangat ringkas, hanya satu tali mengalunkan melodi dan tali selebihnya sebagai pendukung ritma. Secara praktikalnya, muzik yang dihasilkan sape adalah agak kompleks, ia perlu didatangkan dengan banyak hiasan dan variasi yang bertema. Terdapat dua kaedah yang biasa dimainkan, satu untuk tarian khusus bagi kaum lelaki di rumah panjang dan satu lagi ialah untuk tarian kaum wanita. Muzik sape biasanya diinspirasikan menerusi mimpi dan terdapat lebih 35 gubahan tradisional yang pelbagai. Secara keseluruhan, penghasilan gubahan ini semakin lama semakin berkembang. Sape sehingga kini masih dibuat di Borneo, dan dengan wujudnya inovasi baru dan moden. Sape menjadi kebanggaan Orang Ulu, Sarawak
17
Siri Budaya Warisan Malaysia
Sarangi Sarangi instrumen string pendek berleher dalam muzik India. Alat muzik ini memainkan peranan penting dalam muzik India klasik. Alat ini dipercayai mula dimainkan di pertengahan abad ke-18. Sarangi amat sukar dikuasai. Ia sering dimainkan dengan mengiringi nyanyian. Sarangi di Malaysia dimainkan untuk mengiringi Tarian Bhangra. Sarangi
Sundatang Sundatang ialah sejenis alat bertali yang berkembang di Sabah. Diperbuat daripada kayu keras yang ditebuk badannya dan menggunakan prinsip yang sama seperti alat muzik Sarawak (Sape). Kayu yang digunakan untuk menghasilkan sundatang ialah dari kayu bernama tembailing atau kayu nangka. Ia mempunyai dua atau tiga tali loyang diperbuat dari akar polon. Di Tambunan ia dimainkan untuk mengiring tarian sundatang magarang. Bagi hiburan persendirian, ia dimainkan secara solo tanpa diiringi oleh suara. Ia dimainkan dengan memetik tali loyang dan nada tali-talinya dibetulkan dengan memutarkan skru kayu telinga di atas alat ini. Sundatang sering dipersembahkan untuk muzik hiburan. Pada masa silam dahulu Sundatang dipersembahkan bagi menandakan kesedihan di atas kematian seseorang daripada keluarga terdekat. Sundatang Sundatang juga disebut sebagai gagayan. 18
Instrumen Muzik Tradisional
Veena Veena adalah sebuah alat muzik gesek yang dipetik, digunakan terutama dalam muzik klasik India Carnatic. Ada beberapa variasi Veena termasuk yang dimainkan di India Selatan adalah ahli daripada keluarga kecapi. Sejarah mencatatkan bahawa veena telah digunakan pada Zaman Veda (sekitar 1500 SM). Pada zaman kuno, nada bergetar terhasil dari string busur pemburu ketika seseorang menembak panah. Busur pemanah itu menghasilkan idea untuk membuat busur muzik. Kulit, helai rumput dan akar umbi, serat tumbuhan dan usus binatang digunakan untuk membuat string pertama. Veena di India adalah istilah awal digunakan untuk menunjukkan alat muzik gesek secara umum dan termasuk banyak variasi yang baik dipetik, membongkok atau meniup untuk menghasilkan bunyi. Veena di Malaysia dimainkan ketika alunan muzik tradisional India dimainkan seperti dalam tarian Bharata Natyam.
Veena
19
Siri Budaya Warisan Malaysia
Yangqin Yangqin adalah alat muzik kordofon China yang berasal dari Timur Tengah dan Parsi. Ia juga dieja dengan ‘Yang Quin’ atau ‘Yang Qin’. Alat muzik secara ketukan ini sangat popular tidak hanya di China, tetapi juga Eropah Timur, Timur Tengah, India dan Pakistan. Alat ini juga kadangkadang dikenali dengan nama ‘santur’ dan ‘cymbalom’. Yangqin tradisional dilengkapi dengan string gangsa (walaupun instrumen yang lebih tua menggunakan tali sutera China sehingga alat ini digelar alat muzik sutera). Ia dimainkan secara solo atau berkumpulan. Ia dimainkan dengan mengetuk tali-tali dengan sepasang buluh dalam bentuk tukul kecil, dimainkan oleh seorang pemain yang duduk di hadapannya. Di Malaysia, alat muzik Yangqin akan digunakan ketika mengiringi muzik Cina sama ada berbentuk tarian atau lagu tradisional Cina.
Yangqin
20
Instrumen Muzik Tradisional
MEMBRANOFON Dalam kategori ini digolongkan alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui kulit atau membran yang diregang dan dipalu. Berbagai-bagai jenis alat gendang dan rebana Melayu tergolong dalam kategori membranofon. Kebiasaannya digunakan dalam menghasilkan lagu-lagu rakyat. Jenis-jenis alat muzik yang lain di mana sifat serta sumber bunyinya terhasil daripada bahan-bahan kulit yang diregangkan adalah termasuk dalam kategori ini. Contoh alat kumpulan gendang muka satu seperti Beduk, Rebana Besar, Rebana Kercing, Rebana Medan, Rebana Zikir, Rebana Mek Mulung, Kompang, Rebana Riba, Rebana Jikey, Gedombak, Nakara, Tabla, Baya dan Kemplingan; dan kumpulan gendang dua muka seperti Gendang Ibu, Gendang Anak, Gendang Keling, Geduk, Maruas, Jidur, dan Gendang Gamelan.
Beduk Beduk atau juga dikenali sebagai tabuh merupakan sebuah gendang yang digunakan bagi menandakan masuk waktu
Beduk
21
Siri Budaya Warisan Malaysia
solat di surau atau masjid pada zaman dahulu. Juga digunakan sebagai alat muzik semasa upacara rasmi dan majlis keagamaan pada suatu masa dahulu. Pada kebiasaannya ia diperbuat daripada bingkai kayu nangka yang ditebuk, dan hanya sebelah bukaan dipasang kulit. Untuk menghasilkan bunyi, ia dipalu dengan pemalu kayu pada satu permukaan sahaja.
Gedombak Gedombak merupakan sejenis alat muzik dalam keluarga gendang, yang mempunyai bingkai kayu dan bertutup dengan belulang pada bukaan besar. Gedombak didapati dalam dua ukuran besar; ibu dan anak. Badannya dibuat dari kayu nangka yang berongga. Permukaannya dipasang dengan belulang kambing dengan siratan tali rotan pada cincin besi yang berhampiran dengan lehernya. Gedombak dimainkan dalam pertunjukan Wayang Kulit dan Menora. Gedombak dimainkan dengan cara diletak melintang di atas riba pemain dan dipikul dengan sebelah tangan. Sebelah tangan lagi membuka dan menutup dengungnya. Gedombak dimainkan secara berkumpulan bersama-sama beberapa peralatan muzik yang lain. Gedombak Ibu mampu menghasilkan pic yang lebih rendah daripada Gedombak Anak, namun keduanya memiliki saiz bingkai 22
Gedombak Ibu dan Gedombak Anak
Instrumen Muzik Tradisional
yang sama. Kepala drum dipukul dengan satu tangan, sedangkan yang lain digunakan untuk menstabilkan bunyi nada ‘phat’, ‘doh’ dan ‘ting’. Ia biasanya dimainkan oleh dua pemain, yang menyertai teater tradisional Wayang Kulit dan Menora.
Geduk Geduk adalah jenis drum yang berasal dari Malaysia utara. Geduk merupakan sejenis alat muzik dalam keluarga gendang yang mempunyai dua muka. Ia biasanya digunakan dalam permainan Wayang Kulit dan Menora dan dimainkan secara berpasangan, Geduk Ibu dan Geduk Anak. Pasangan yang lebih besar yang disebut ibu (ibu) dan yang lain disebut anak (anak). Geduk diperbuat daripada kayu nangka yang berongga dan mempunyai dua permukaan yang dipasang dengan belulang lembu atau kambing. Pada satu bahagian badan dipasang dua bilah kayu atau buluh yang lebih panjang dari badannya yang dijadikan kaki. Alat ini boleh didirikan muka ke atas mengikut kedudukan masa bermain. Geduk didirikan senget menghadap pemain yang memainkannya dengan memukul dengan menggunakan sepasag pemukul kayu.
Geduk Ibu dan Geduk Anak
23
Siri Budaya Warisan Malaysia
Gendang Gendang ialah alat bunyian yang diperbuat daripada kulit binatang seperti kerbau, kambing atau lembu. Ia merupakan sebuah daripada alat muzik dalam keluarga membranofon. Setiap bangsa seperti Cina, Melayu dan India mempunyai gendang dengan nama yang tersendiri. Gendang boleh didapati dalam pelbagai saiz dan kegunaan. Ada gendang yang digunakan untuk persilatan bagi orang Melayu. Ada gendang digunakan bagi tari menari dan ada juga yang digunakan untuk menyambut perayaan atau pertabalan Diraja. Gendang adalah sejenis alat muzik yang mempunyai dua muka, bahagian penting bagi gendang ialah muka dan badannya. Ia juga digunakan untuk mengiringi ahliahli silat dan dinamakan sebagai Gendang Silat. Semasa
Gendang Silat (atas), dan Gendang Keling (bawah) yang lebih pendek.
24
Instrumen Muzik Tradisional
bermain, gendang diletakkan di atas riba pemain yang duduk bersila di atas lantai. Gendang biasanya dipukul dengan tangan. Tetapi kadang-kadang untuk memberi bunyi yang kuat, ia dipukul dengan rotan.
Gendang Ibu
dan
Gendang Anak
Gendang mempunyai pelbagai jenis. Kebanyakan gendang mempunyai ‘ibu’ dan ‘anak’. Gendang Anak mempunyai bunyi yang lebih menarik. Muka gendang biasanya dibalut dengan kulit lembu atau kulit kambing. Badan gendang pula diperbuat daripada pokok yang bernama medan lebar daun. Baluhnya diperbuat daripada bahagian perdu pokok yang tidak bermata. Pokok itu ditebuk untuk dijadikan lubang. Baluh gendang kemudian dilicinkan permukaannya. Apabila kedua-dua bahagian siap iaitu kulit muka dan baluh, gendang pun dipasangkan. Bagi Gendang Anak, sebelah muka kecil dikenali sebagai ‘chat’ dan sebelah muka besar dikenali sebagai ‘ting’, manakala bagi Gendang Ibu pula sebelah muka kecil dikenali sebagai ‘phat’ dan sebelah muka besar dikenali sebagai ‘doh’. Kulit muka gendang dililit pada bingkai rotan dan diregangkan dengan menggunakan rotan yang dibelah rapi. Rotan dimasukkan pada bahagian dalam bingkai menerusi lubang-lubang yang ditebuk dan ditarik meliputi baluh (badan gendang). Untuk menegangkan kulit muka, beberapa keping kulit kecil berbentuk empat persegi dimasukkan pada rotan dan diketatkan dengan disisip pada bingkai muka bawah lebih kecil. Pada akhirnya, beberapa utas rotan lagi dililit dibawah bingkai muka. Bunyi diselaraskan dengan menggunakan kulit-kulit pemegang yang dimasukkan antara dua utas rotan yang melingkari bingkai. Dengan menolak kulit-kulit itu ke atas dan ke bawah, jurugendang dapat mengawal irama gendang agar tidak sumbang.
25
Siri Budaya Warisan Malaysia
Gendang Gamelan Gendang Gamelan merupakan sejenis alat muzik dalam keluarga gendang, yang mempunyai bingkai kayu dan bertutup dengan belulang pada kedua permukaan. Permukaan besar diperbuat daripada belulang lembu, sementara bukaan kecil daripada belulang kambing. Gendang Gamelan biasanya dimainkan secara duduk, dengan Gendang Gamelan diletakkan di atas pemangku. Ia dimainkan dengan memalu secara langsung menggunakan tangan.
Gendang Gamelan
Gendang Jawa Gendang Jawa merupakan sejenis alat muzik dalam keluarga gendang yang mempunyai bingkai kayu dan bertutup dengan belulang pada kedua permukaan. Gendang Jawa biasanya dimainkan secara duduk, dengan gedombak diletakkan di atas sila. Ia dimainkan dengan memalu secara langsung menggunakan tangan. Gendang adalah alat muzik yang dimainkan dengan menggunakan naluri. Oleh sebab itu, selalu ada perbezaan nada, bunyi dan iramanya bergantung kepada orang yang memainkannya. 26
Instrumen Muzik Tradisional
Gendang Nekara Gendang Nekara, Nenggara, Negara, Nengkara atau Nahara merupakan sejenis gendang satu muka yang terdapat dalam ensembel Nobat di istana Kedah, Perak, Terengganu dan Selangor. Ia berbentuk seperti kendi iaitu menirus di bawah. Baluhnya diperbuat dari kayu merbau ataupun putat dan pada permukaannya telah diregangkan dengan kulit kijang ataupun kulit rusa sebagai bahan bunyi. Manakala bagi Gendang Nekara yang terdapat dalam ensembel Nobat Terengganu, baluhnya diperbuat daripada perak dan diukir dengan corak bunga-bungaan. Gendang Nekara juga kadang-kadang dikenali sebagai Gendang Saku dalam orkestra Nobat Terengganu. Ketika dalam persembahan, gendang ini akan dipalu dengan sepasang bilah daripada rotan. Kesenian muzik Nobat yang berfungsi di istana-istana di Kedah, Perak, Terengganu dan Selangor adalah dipercayai berasal dari negara Timur Tengah iaitu Parsi.
Gendang Nobat Gendang Nobat adalah sejenis gendang dua muka yang digunakan dalam ensembel Nobat Diraja seperti yang terdapat di istana-istana raja di Selangor, Kedah, Perak dan Terengganu. Alat ini merupakan sebahagian daripada alat muzik diraja dan telah didaulatkan sebagai objek seni yang mempunyai kedudukan yang begitu istimewa dalam kalangan istana. Alat ini diperbuat daripada kayu jenis keras yang terpilih dan pada kedua-dua permukaannya dipasangkan dengan belulang lembu. Ada juga yang berpendapat, Gendang Nobat diraja yang terdapat di istana Kedah telah dipasangkan dengan belulang dari kulit harimau, untuk menghasilkan jenis suara seperti mana yang dikehendaki dan baluhnya diperbuat daripada kayu putat. 27
Siri Budaya Warisan Malaysia
Jembe Jembe atau dikenali juga dengan djembe, jenbe, djimbe, jymbe, yembe, atau jimbay adalah drum kulit yang tertutup yang dimainkan dengan tangan kosong. Ini termasuk dalam kategori alat muzik membranofon. Rangka jembe dilitupi oleh membran atau kepala drum yang diperbuat daripada kulit mentah atau material lain. Nada yang berbeza akan dihasilkan dengan menampar kulit gendang di tempat yang berbeza.
Jembe Sarawak
Jidur Jidur merupakan sejenis alat muzik dalam keluarga gendang, yang mempunyai bingkai kayu dan bertutup dengan belulang pada bukaan besar. Jidur diperbuat dari batang kelapa yang berongga dan kedua-dua permukaan Jidur berukuran lilit yang sama diditutup dengan kulit lembu atau kulit kambing. Jidur berbentuk tong kecil setinggi anggaran 16 inci. Jidur biasanya dimainkan secara duduk dalam persembahan Kuda Kepang. Jidur dimainkan dengan memalu dengan menggunakan dua batang pemalu.
Kemplingan Kemplingan sejenis gendang satu muka yang digunakan dalam tradisi bacaan rawi yang menyerupai berzanji oleh masyarakat Melayu berketurunan Jawa di Johor. 28
Instrumen Muzik Tradisional
Kesenian ini juga dikenali dengan nama Kemplingan. Dalam persembahan Kemplingan lazimnya disertai oleh empat pemain Kemplingan, seorang pemain Jidur dan seorang pemain gendang panjang. Mereka akan memainkan pola paluan yang khusus dan spesifik bagi mengiringi bacaan rawi yang disertai oleh sekumpulan lelaki dewasa. Kemplingan
Alat Kemplingan dibuat dalam tiga saiz, yang berukuran besar dikenali sebagai kemplingan besar dan mempunyai suara yang rendah. Manakala yang berukuran sedarhana dan kecil, berperanan sebagai gendang tingkah dan mempunyai pic yang tinggi.
Kompang Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang. Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing. Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu bertujuan menegangkan permukaan kompang, bertujuan menguatkan bunyi Kompang. Kini, gelung plastik turut digunakan.
Kompang
29
Siri Budaya Warisan Malaysia
Alat muzik ini berasal dari dunia Arab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang Arab. Kompang biasanya berukuran enam belas inci ukur lilit dan ditutup dengan kepingan kulit pada sebelah permukaan. Ia mempunyai bukaan cetek dan dimainkan dengan memegang dengan sebelah tangan sementara dipalu dengan sebelah tangan yang lain. Cara memalu Kompang ialah dengan menepuk kulit kompang dengan bahagian jari-jari atau tapak tangan mengikut rentak. Kompang biasanya dimainkan semasa perarakan, kenduri dan upacara-upacara tradisi lain. Bunyi yang berlainan dihasilkan dengan membezakan cara bukaan tapak tangan. Bunyi ‘bum’ diperoleh dengan tepukan di sisi Kompang dan tapak tangan dikuncup/rapat. Bunyi ‘pak’ diperoleh dengan tepukan di tengah Kompang dengan jari tangan yang terbuka. Paluan kompang terbahagi kepada dua bahagian iaitu paluan tradisi dan paluan moden ataupun kreatif. Paluan tradisi adalah paluan di mana memukul Kompang sambil menyanyi atau bersyair dalam versi Arab ataupun bahasa Melayu klasik. Manakala paluan moden pula di mana paluan tersebut diselitkan dengan gerakan ataupun tarian. Di Sabah, pertandingan Kompang sering diadakan untuk memartabatkan kembali kesenian Melayu yang telah hampir pupus ini.
Maruas Gendang dua muka yang berukuran kecil dan berbentuk silinder. Baluhnya diperbuat daripada kayu nangka dan kedua-dua permukaannya telah diregangkan dengan belulang kambing sebagai bahan bunyi. Maruas dipegang 30
Instrumen Muzik Tradisional
dan diampu dengan sebelah tangan dan dipalu dengan perut jari tangan sebelah lagi.
Maruas dimainkan untuk mengiringi tarian zapin. Oleh itu ia mempunyai pengaruh daripada Timur Tengah. Dalam amalan persembahan, Maruas Maruas dimainkan oleh tiga orang pemain dan setiap daripada Maruas tersebut mempunyai pic yang berbeza-beza iaitu rendah, menengah dan tinggi.
Rebana Rebana ialah sejenis alat muzik tradisional dalam kategori membrafon yang sering dimainkan bagi mengiringi lagu-lagu budaya. Perkataan ‘rebana’ dikatakan berasal daripada perkataan Arab ‘rabbana’ yang bermaksud ‘Tuhan Kami’. Oleh itu biasanya muzik-muzik yang menggunakan instrumen rebana banyak berunsur Islam. Seawal abad ke-11 M, orang Islam Andalus telah menggunakan sejenis rebana yang menyerupai Rebana Jikey dan Gendang Nekara dalam permainan muzik mereka. Bingkai rebana diperbuat daripada kayu pohon nangka sedangkan kulit lembu digunakan untuk kulit yang menutupi drum. Rebana terdapat dalam pelbaai jenis seperti rebana besar, rebana ubi, rebana jikey, rebana kercing, dan rebana riba.
Rebana Riba
31
Siri Budaya Warisan Malaysia
Bagi masyarakat Melayu di negeri Pahang, permainan rebana sangat popular, terutama dalam kalangan penduduk di sekitar Sungai Pahang. Tepukan rebana adalah bagi mengiringi lagu-lagu tradisional seperti indong-indong dan pelanduk-pelanduk.
Rebana Besar Rebana Besar adalah rebana satu muka yang terbesar yang pernah ada dalam muzik masyarakat Melayu. Rangka rebana dibuat dari kayu yang keras seperti merbau (sympetelandra). Ia seberat 500 kg dan berukuran 42.5 cm dari kepala ke kaki. Permukaannya yang berukuran dalam 80 cm - 100 cm pada garis lintang, diregangkan dengan kulit kerbau yang berfungsi untuk menimbulkan suara, disebut juga ‘sounding body’. Rotan yang dibelah dua digunakan sebagai bahan ekustik utama bagi proses penegangan kulit dan diperkukuh dengan kayu-kayu yang juga berfungsi sebagai alat penyeimbang nada. Semasa persembahan (pertunjukan), rebana dipukul secara langsung dengan tangan pemain tanpa menggunakan alat pemukul, untuk mengiringi nyanyian zikir yang bertemakan pesanan agama dan juga sosial budaya. Nyanyian zikir Rebana Besar disampaikan secara korus, dengan paduan suara oleh pemain rebana yang biasanya beranggotakan tiga orang pemain dalam setiap kelompok. Persembahan Rebana Besar sering diadakan untuk memeriahkan pesta perkahwinan dan juga menyambut hari besar bagi masyarakat di Kelantan. Rebana Besar 32
Instrumen Muzik Tradisional
Rebana Dikir Rebana Dikir adalah rebana kecil yang dimainkan semasa persembahan Dikir Barat di Kelantan. Ia akan dipegang pada sebelah tangan, dan sebelah tangan lagi akan memukul. Rebana Dikir terdiri daripada ibu dan anak, di mana anak lebih kecil. Rebana Dikir mempunyai kaki seperti Rebana Ubi.
Rebana Dikir
Rebana Hadrah Hadrah adalah kesenian muzikal yang menggabungkan muzik dan nyanyian yang sifatnya memuji agama Islam. Kesenian ini menggunakan beberapa rebana yang biasanya antara 8 atau bahkan 10 rebana yang dimainkan oleh pemuzik lelaki. Penyanyinya ada lelaki atau wanita. Lirik lagu Hadrah adalah memuji Islam atau yang berkaitan dengan Islam.
Rebana Hadrah
Rebana Hadrah berbentuk leper seperti Kompang. Ia dipukul dengan tangan. Jenis pukulan Rebana Hadrah ada empat, iaitu tepak, kentang, gedug, dan pentil yang dilengkapi dengan nama-nama irama pukulan. Nama irama pukulan, antara lain ialah irama pukulan jalan, sander, sabu, sirih panjang, sirih pendek, pegatan, dan bima. 33
Siri Budaya Warisan Malaysia
Rebana
jikey
Rebana jikey pula ialah sejenis rebana yang dimainkan pada persembahan Jikey. Jikey ialah sebuah daripada teater tradisional masyarakat Melayu yang sangat popular di negeri Kedah dan Perlis sekitar tahun 60-an. Ia juga popular di selatan Thailand dan dikenali sebagai Likey dan popular di Satun dan Phuket. Persembahan Jikey turut dipengaruhi oleh elemen kesenian yang terdapat dalam persembahan Mak Yong, Hadrah, Bangsawan dan Mek Mulung. Tarian Jikey mempunyai bentuk tarian pementasan dan mempunyai dialog lucu, muzik dan tarian. Muzik Jikey terdiri dari muzik dan muzik mengiringi nyanyian. Watak tertentu dalam drama Jikey dikenali dengan unsur tertentu dalam muzik.
Rebana Jikey
34
Instrumen Muzik Tradisional
Alatan muzik Jikey biasanya terdiri daripada violin, tiga rebana yang berlainan ukuran, dan dua cerik (ketuk buluh). Rebana Jikey berbeza dengan rebana lain di mana ia mempunyai pemegang yang lebih mengecil ke bawah.
Rebana Kercing Rebana Kercing atau dikenali sebagai Tar Rodat adalah sejenis rebana yang pada dindingnya dilengkapkan dengan tiga pasang kercing yang diperbuat daripada kepingan tembaga dan berbentuk bulat. Baluhnya diperbuat daripada kayu-kayu jenis keras seperti sena, merbau dan lazimnya kayu nangka. Permukaannya diregangkan dengan belulang lembu sebagai bahan bunyi menggunakan teknik ‘paku’. Ia dipalu dengan sebelah tangan untuk mengiringi permainan Rodat iaitu sejenis nyanyian zikir yang berunsur keagamaan yang berkembang di Terengganu. Tarian juga diselitkan dalam tradisi berkenaan. Penarinya terdiri daripada kaum lelaki sebagai ‘Anak Pelengkuk’ dan penari wanita sebagai ‘Inang’. Manakala pemain-pemain rebana digelar sebagai ‘Pengadis’. Rebana ini dikenali umum dengan nama keseluruhannya sebagai Tar Rodat.
Rodat selalunya dipertunjukkan pada waktu malam. Biasanya dari jam sepuluh malam hinggalah fajar menyinsing. Pertunjukan diadakan apabila adanya majlismajlis kahwin, kenduri, khatan, atau pesta-pesta perayaan.
Rebana Kercing
35
Siri Budaya Warisan Malaysia
Rebana Mangkuk Rebana Mangkuk juga termasuk dalam jenis gendang yang hanya memiliki satu membran tempat untuk dipukul. Bingkainya diperbuat dari mangkuk yang digunakan untuk mengumpul susu getah. Biasanya mangkuk-mangkuk tersebut diperbuat dari tanah liat. Pada permukaannya ditutup dengan beberapa lapisan getah sebagai bahan bunyi menggunakan kaedah siratan rotan dan bahan pelekat. Untuk menegangkan lapisan getah itu tadi, dua keping berbaji kayu dimasukkan secara bertentangan pada bahagian bawah alat berkenaan kemudian diketatkan. Berbaji kayu ini adalah berfungsi sebagai alat tala kepada rebana berkenaan seperti juga yang digunakan untuk alat rebana yang lain seperti Rebana Ubi dan sebagainya. Rebana Mangkuk digunakan untuk memainkan lagu-Iagu seperti dalam alunan Rebana Ubi untuk muzik hiburan bagi komuniti setempat. Rebana ini dipukul dengan sebatang kayu khusus yang ditutupi dengan getah.
Rebana Mangkuk
Rebana Ubi Selain itu terdapat juga rebana besar yang dimainkan pada hari keraian bagi pertandingan menghasilkan bunyi dan irama yang dikenali sebagai Rebana Ubi. Rebana Ubi sekurang-kurangnya berukuran diameter 70 cm dan tinggi antara 400 hingga 650 cm. Ia lebih kecil sedikit daripada Rebana Besar. Namun Rebana Ubi berbeza saiz. Rebana Ubi amat popular di Kelantan yang dipercayai wujud di sini lebih 300 tahun dahulu. Kini masih terdapat lebih 50 kumpulan Rebana Ubi di Kelantan yang terdapat di Pasir Mas, Tumpat, Kota Bharu, Bachok, Pasir Putih, dan 36
Instrumen Muzik Tradisional
Macang. Bergantung kepada saiznya, Rebana Ubi boleh digantung melintang atau diletakkan di atas lantai. Pada masa dahulu, Rebana Ubi digunakan untuk tujuan komunikasi jarak jauh. Rebana ini diletakkan di atas bukit dan dimainkan mengikut rentak tertentu bergantung kepada berita yang ingin disampaikan, dari pengumuman majlis pernikahan hinggalah kepada amaran bahaya. Kini, Rebana Ubi hanya digunakan dalam upacara istiadat atau persembahan tertentu. Kumpulan Rebana Ubi biasanya mempunyai sekurang-kurangnya enam buah Rebana Ubi. Setiap rebana ubi biasanya dipalu oleh dua orang pemalu. Lagu-lagu dan irama paluan akan dimainkan bersesuaian dengan tujuan keramaian itu.
Rebana Ubi di Gelanggang Seni, Kota Bharu.
37
Siri Budaya Warisan Malaysia
Tabla Tabla adalah instrumen muzik gendang yang popular di India. Alat muzik ini dipakai dalam muzik klasik India serta dalam muzik popular dan majlis agama di India. Nama tabla berasal dari bahasa Arab tabl, yang bermakna ‘drum’. Alat muzik ini terdiri dari sepasang drum tangan dengan ukuran dan nada yang berbeza. Tabla yang berukuran lebih besar dinamakan sebagai ‘Biah’ (Bayan) dan dimainkan di tangan kiri, manakala ‘Dahina’ (Dayan) yang berukuran lonjong dan lebih kecil dimainkan dengan tangan kanan. Tabla dimainkan dalam persembahan klasik Tarian Bharata Natyam dan persembahan muzik klasik India yang lain.
Tabla
Idiofon
Idiofon adalah alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui tindak balas pada rangka badan yang bergema kerana dipukul atau berlaga. Dalam kategori idiofon terdapat alat-alat muzik ‘metalofon’, yang diperbuat daripada logam gangsa seperti saron dan gendir dalam ensembel gamelan. Contoh alat muzik dalam kategori idiofon ialah gambang, gong, kempul, kulintang, engkremong, dan angklung. 38
Instrumen Muzik Tradisional
Angklung dimainkan secara berkumpulan atau banyak.
39
Siri Budaya Warisan Malaysia
Angklung Angklung merupakan sejenis alat muzik dalam kategori idiofon yang digoyang. Ia diperbuat daripada pipa ataupun buluh yang terpilih. Sebuah angklung lazimnya terdiri dari dua hingga empat batang yang diikat pada ‘rumahnya’ yang dikenali sebagai ‘ancak’. Angklung untuk melodi dilaras dalam jarak ataupun jeda satu oktaf di antara satu sama lain dan bagi angklung pengiring, ia perlu dilaras mengikut kaedah ‘trinada’ iaitu Do, Re, Mi, sama ada dalam mood Major ataupun Minor. Permainan muzik angklung sering dipersembahkan secara berkumpulan untuk majlis keraian dan juga iringan tarian seperti ‘Kuda Kepang dan ‘Barungan’ yang mula berkembang di Johor. Dalam persembahan Kuda Kepang, lazimnya tiga ataupun empat buah angklung digunakan sebagai pelengkap kepada fizikal lagunya yang disertai bersama alat-alat gamelan lain. Tradisi kesenian muzik angklung yang berkembang di Malaysia sekarang ini adalah berasal dari Tanah Jawa, Indonesia. Manakala angklung di Jawa adalah merupakan satu daripada alat ‘Bongkel’ yang mula wujud di Banyumas, Indonesia sejak beratus tahun lamanya. Proses penalaan angklung dilakukan dengan cara ketukkan pada kakinya ataupun ditiup pada bibirnya. Angklung juga boleh dimainkan sebagai sebuah orkestra dengan lagu-lagu tertentu misalnya keroncong.
Bonang Bonang adalah alat muzik dalam kategori idiofon yang mempunyai sepuluh buah canang yang diperbuat dari perenggu. Canang-canang disusun dalam dua baris dan diapungkan di atas dua lingkar tali. Ia dimainkan dengan menggunakan pengetuk kayu yang hujungnya berbalut. Tiap-tiap canang mempunyai nada yang berbeza-beza. 40
Instrumen Muzik Tradisional
Bonang sebagai alat muzik dalam Gamelan.
Nada canang baris terdekat dengan pemain adalah lebih tinggi dan nada canang juga meningkat dari kanan ke kiri. Bonang biasanya dimainkan dalam pertunjukan gamelan Terengganu, Pahang dan Jawa.
Buluh Centong Buluh Centong merupakan alat muzik tradisional orang asli yang duduk dalam kategori idiofon. Ia biasanya dimainkan oleh kaum wanita dalam upacara Sewang. Cara bermain adalah dengan mengetuk buluh centong pada satu kayu yang besar dengan menggunakan dua buluh yang berlainan saiz.
Orang Asli memainkan Buluh Centong.
41
Siri Budaya Warisan Malaysia
Canang Canang sejenis alat dari keluarga gong yang berukuran kecil. Berperanan sebagai alat ‘penanda masa’ (time marker) dalam ensembel paluan tradisional yang terdapat di Kelantan. Ia biasa dimainkan dalam persembahan Mak Yong, Wayang Kulit, Main Puteri, Menora dan Dikir Barat. Canang terdiri daripada beberapa jenis, ada yang empat mata, dua mata atau satu mata sahaja. Semasa persembahan Dikir Barat, Canang satu mata digunakan. Dalam Wayang Kulit, Main Puteri, Menora dan Mak Yong pula menggunakan Canang dua mata. Untuk membunyikannya ia dipukul oleh pemukul khas. Bunyi Canang hampir sama dengan bunyi engkeromong yang popular dimainkan di Sabah dan Sarawak.
Canang akan dipukul dengan pemukul khas untuk menghasilkan bunyi.
42
Instrumen Muzik Tradisional
Engkeromong di dalam rumah tradisional orang Iban.
Engkeromong Engkeromong istilah tempatan bagi alat daripada keluarga knobedgong atau ‘gong berbusut’. Ia berbentuk seperti kendi dan diperbuat daripada perunggu. Alat ini dikatakan alat ash bagi masyarakat di rantau Asia Tenggara. Engkeromong begitu terkenal dalam kalangan suku kaum Iban dan sering digunakan dalam ensemble untuk mengiringi tarian Ngajat. Dalam konteks persembahan, engkeromong telah diatur di atas para dalam satu barisan yang mengandungi lapan biji yang dilaras mengikut sistem skala yang spesifik. Ia dipalu dengan menggunakan sepasang pemalu daripada kayu jenis lembut untuk menghasilkan pola rima yang dimainkan secara berulang-ulang dan bertangga iaitu menaik dan menurun.
Gambang Gambang adalah sejenis alat muzik idiofon yang diperbuat 43
Siri Budaya Warisan Malaysia
Gambang kayu
daripada kayu keras seperti cengal, medang atau dari batang nibong. Gambang mempunyai 4 oktaf panjang dan mempunyai 20 keping kayu berbentuk 4 segi panjang dan tiap-tiap satu berbeza panjangnya dan tebalnya. Kepingan kayu ini terletak di atas kotak kayu panjang yang diasingkan setiap bilahnya dengan sebatang paku. Gambang biasanya dimainkan oleh seorang pemain sahaja. Pemain memerlukan dua batang pengetuk yang diperbuat daripada tanduk kerbau (pemegang) dan bahagian pemukulnya berbentuk bulat pipih dengan tepinya disalut dengan lilitan kain. Alat pemukul ini juga dikenali sebagai ‘mallet’. Cara permainannya ialah dengan mengetuk menggunakan kedua-dua belah tangan secara serentak mengikut not-not lagu. Bunyi gambang berbeza daripada alat lain kerana bunyinya adalah paling rendah berbanding alatan lain yang diperbuat daripada logam. Tidak seperti saron, bunyi pada bilah-bilah kayu gambang tidak perlu diredamkan. 44
Instrumen Muzik Tradisional
Gong Gong merupakan sejenis peralatan muzik idiofon yang berasal dari Asia Selatan dan Asia Tenggara. Gong telah wujud semenjak zaman gangsa lagi dari Yunan. Gong juga dimainkan bagi mengiringi permainan wayang kulit. Gong merupakan alatan penting yang berperanan sebagai bunyi tulang belakang dalam esembel persembahan muzik gamelan. Gong terdiri daripada pelbagai saiz untuk menghasilkan bunyi yang berbeza setiap satunya dan dimainkan bersama-sama mengikut rentak lagu. Kebiasannya, 1 atau 2 drum turut dimainkan serentak untuk mempelbagaikan irama muzik yang lebih unik. Gong telah banyak dijumpai di seluruh Semenanjung Indochina dan Kepulauan Nusantara sebagai alat utama dalam upacara rasmi dan persembahan muzik tradisional. Alat ini terjamin berkualiti tinggi kerana cara pembuatannya adalah sukar dan memerlukan kos yang
Gong adalah instrumen penting pada hampir semua muzik tradisional. Gong yang terdapat di rumah tradisional orang Iban.
45
Siri Budaya Warisan Malaysia
Beberapa jenis gong.
46
Instrumen Muzik Tradisional
agak tinggi. Alat ini diimport dari Indonesia, terutama dari Jawa. Gong tempatan mempunyai rim yang cetek dan bonjol yang lebih kecil. Melodi yang dihasilkan adalah untuk memberi isyarat pada permulaan dan penghabisan sesuatu lagu. Semasa pemerintahan kerajaan-kerajaan Nusantara dahulu, Gong kecil atau Canang akan dikandar oleh pesuruh raja yang akan berkeliling kampung-kampung bagi menyebarkan berita. Gong akan dicanang bagi mengumpulkan penduduk kampung dan titah raja akan dibacakan oleh pesuruh raja. Gong juga digelar sebagai Tetawak. Seperti Rebana, Gong atau Tetawak juga mempunyai ibu dan anak. Tetawak Ibu lebih besar daripada Tetawak Anak. Tetawak secara berpasangan biasa dimain dalam muzik dan tarian tradisional.
Kempul
Kempul menjadi alat muzik di belakang dalam Gamelan.
47
Siri Budaya Warisan Malaysia
Kempul adalah jenis Gong gantung yang berperanan sebagai alat kolotomik dalam rangkaian Gamelan di Malaysia yang berhubung dengan genre Gamelan Melayu. Ia merupakan satu penambahan baru daripada yang sedia ada. Alat-alat asal yang hanya terdiri daripada Bonang/Keromong, Gambang, Saron Barung, Saron Demung, Kenong, Gendang Dua Muka serta Gong Agung dan Gong Suwukan, tetapi peranan Kempul mampu untuk menghasilkan suatu fizikal muzik yang dinamis bagi memenuhi keperluan tarinya. Kempul ini sering dimainkan oleh pemain yang sama dengan palu yang sama.
Kenong Kenong berbentuk periuk besar yang berbusut di tengahtengah diperbuat daripada perunggu. Ia adalah antara instrumen yang digunakan dalam gamelan. Secara teknikal ia berperanan seperti gong, mirip dengan kempayang, bonang dan ketuk, yang juga Gong berayun. Kenong ini kadang-kadang dimainkan oleh pemain yang sama dengan Kempayang dan Ketuk. Setiap gamelan perlu mempunyai Kenong. Kenong akan diatur melintang di atas tali yang direntang pada para-para. Kenong merupakan versi besar daripada gong yang biasanya set-set kecil. Kenong
48
Instrumen Muzik Tradisional
Kenong akan digunakan dalam Joget Gamelan Pahang, Terengganu dan gamelan Batu Pahat.
Kertok Kertok merupakan sejenis alat muzik tradisional yang dimainkan oleh orang Melayu Kelantan. Ia diperbuat daripada kayu merbau yang menggunakan alat palu untuk mengetuk belira. Belira adalah sejenis kayu yang diletak di atas lubang kertok untuk menghasilkan bunyi. Penggunaan kayu yang baik untuk menghasilkan belira bagi mempengaruhi bunyi yang dihasilkan selain pengalaman pemain muzik itu sendiri. Alat muzik tradisional ini boleh juga diperbuat daripada buah kelapa sebelum ditukar kepada kayu merbau. Buah kelapa itu dipotong bahagian atasnya. Isinya dibuang dengan menghasilkan lubang
Kertok akan dimainkan secara berpasangan.
49
Siri Budaya Warisan Malaysia
yang luas. Di atas lubang itu diletakkan papan belira tersebut. Belira pula diperbuat daripada kayu nibung dan bahagian inilah yang mengeluarkan bunyi. Belira ini lebarnya kecil sedikit daripada luas permukaan kelapa itu tetapi lebih panjang daripada kelapa. Alat untuk memalu kertok diperbuat daripada kayu yang dibalut getah di hujungnya. Ia dipukul ke atas belira untuk mengeluarkan bunyi. Belira mempunyai tiga nada iaitu rendah, tinggi dan lebih tinggi. Pada zaman dahulu, kertok digunakan oleh golongan tertentu untuk memanggil penduduk kampung atau orang ramai supaya berkumpul sebelum menyampaikan sesuatu berita atau pengumuman penting. Selain itu, kertok juga digunakan dalam pertandingan yang disertai penduduk kampung terutama selepas musim menuai padi. Lazimnya, pertandingan tersebut diadakan pada waktu malam. Dalam pertandingan kertok pula, setiap pasukan mempunyai enam set kertok dengan 12 pemain alat muzik iaitu dua orang bagi satu kertok. Permainan kertok memerlukan kerjasama yang mantap untuk menghasilkan kejayaan dan alunan muzik yang teratur. Dalam pertandingan kertok, tiap-tiap pasukan diberi giliran memalu kertok masing-masing. Pemenang sesuatu pertandingan ditentukan berdasarkan nada yang tinggi, dengung dan rentak yang selari.
Kesi Sejenis alat idiofon dari keluarga ‘simbal’ yang dibentuk daripada kepingan tembaga. Bahagian tengah permukaannya kelihatan melengkung ke dalam. Berperanan sebagai alat pelengkap irama dalam ensemble paluan tradisional. Ia disertakan dalam dua pasangan iaitu satu daripadanya dipaku pada tapak kayu secara kekal dan yang satu lagi dipasangkan dengan tali. Untuk menghasilkan bunyi, alat-alat tersebut dilagakan 50
Instrumen Muzik Tradisional
dengan menggunakan kaedah hentakan. Ia digunakan dalam ensembel paluan tradisional yang pada mulanya berkembang di negeri Kelantan seperti Wayang Kulit, Mak Yong dan Menora serta ensembel paluan untuk mengiringi tarian tradisional seperti tarian Asyik.
Beberapa jenis kesi.
Kulintang Kulintangan merupakan sejenis alat perkusi daripada keluarga gong yang berbusut yang berukuran kecil. Ia diperbuat daripada gangsa ataupun perunggu. Dalam konteks persembahan ia diletakkan di atas tali yang diregangkan pada tapak kayu ataupun para dalam satu barisan yang mengandungi lapan biji semuanya. Dipalu dengan menggunakan sepasang kayu pemukul dari jenis lembut oleh seorang pemain untuk mengiringi tarian ‘Sumazau’, ‘Limbai’, ‘Silat’ serta ‘Tingkad-tingkad’. 51
Siri Budaya Warisan Malaysia
Dalam kesenian muzik ‘Bertitik’ yang didapati berkembang dalam kalangan suku kaum Bajau, ‘Kulintangan’ dimainkan dalam bentuk ensembel yang disertakan alat-alat idiofon yang lain seperti ‘tawak’ dan ‘bandil’ daripada keluarga ‘gong’ serta gendang yang dipalu secara menegak untuk meraikan majlis perkahwinan. Muzik ‘Bertitik’ amat digemari oleh generasi tua dan ia dikatakan berasal dari Kota Belud.
Kulintang
Kulintangan mempunyai pertalian rapat dengan alat ‘kulintang’ yang didapati berkembang di kepulauan Mindanao iaitu di Selatan Filipina. Dalam kalangan masyarakat suku kaum Suluk di daerah Samporna dan Sandakan terdapat sejenis alat idiofon daripada keluarga zylofon yang diperbuat dari kayu. Alat ini dikenali sebagai ‘gabang’ dan digunakan untuk memainkan melodi bagi mengiringi tarian ‘Daling-Daling’.
Marakas Sepasang Marakas juga digunakan dalam persembahan Dikir Barat. Ia biasanya diperbuat daripada kayu atau 52
Instrumen Muzik Tradisional
plastik dan tempurung kelapa. Kayu yang digunakan dilarik, dilicinkan dan dibentuk bulat seperti bola. Di dalamnya dimasukkan biji-biji batu kecil, untuk menghasilkan bunyi. Kayu pemegang dipasang untuk memudahkan pemain memainkannya.
Marakas
Saron Barong Alat idiofon berbentuk bilahan yang diperbuat daripada perunggu. Ia adalah sejenis alat xylofon yang mengandungi enam kepingan logam yang diletakkan di atas dengungan kayu. Kepingan logam ini dipakukan di atas kotak secara longgar dan dijarakkan sedikit untuk membolehkan getaran yang maksimum. Kepingan yang lebih kecil dan lebih tebal bernada lebih tinggi. Saron Barong mempunyai oktaf tengah (middle octave) dalam keluarga saron yang terdapat dalam ensembel Gamelan Melayu. Juga berperanan sebagai alat yang membawa melodi pokok dan ‘cincang’. Pada fizikalnya, bilah-bilah bagi alat Saron Barong berukuran lebih kecil daripada Saron Demung tetapi lebih besar daripada Saron Pekin, dan mampu menghasilkan suara yang lebih nyaring daripada Saron Demung. Dari segi pemakaian alat, teknik ‘perdam’ digunakan pada nada-nada tertentu mengikut konteks lagunya. lni 53
Siri Budaya Warisan Malaysia
bagi mengelakkan daripada berlakunya pencemaran bunyi (sound pollution) setelah ia dimainkan secara serentak dengan alat-alat melodi yang berlainan jenis yang wujud dalam ensembel berkenaan. Alat pemukulnya yang berbentuk seperti penukul diperbuat daripada jenis kayu yang lembut.
Saron Demung Alat idiofon yang berbentuk bilahan ataupun slabtyped yang diperbuat daripada perunggu. Ia merupakan metalofon dengan tujuh bar gangsa besar ditempatkan di atas rangka kayu jati. Kekunci yang diadakan di tempat oleh dua pin dimasukkan melalui lubang di bar dan tertanam di dalam bingkai. Bilah-bilah tadi disusun di atas tapak kayu dan disokong oleh bahan pengalas sebagai memenuhi prinsip ekustiknya. Pada tapak berkenaan satu ruang udara telah dibuat bagi mengimbangi suaranya dan sekali gus bertindak sebagai ruang gema ataupun resonator bagi alat Saron berkenaan. Saron Demung berperanan sebagai alat yang membawa melodi pokok dan melodi cincang dalam persembahan Gamelan Melayu dan mempunyai oktaf yang terendah dalam keluarga Saron. Ia merupakan Saron yang terbesar. Dalam proses penghasilan bunyi, kayu pemukul khas digunakan, lazimnya dari jenis yang lembut. Dalam tradisi Gamelan yang berkembang di Johor, Saron Demung digunakan sebagai alat melodi yang membawa melodi pokok dan juga bunga-bunga lagu mengikut irama-irama tertentu yang lebih bersifat dekoratif. Bilahan bagi alat Saron tersebut lazimnya diperbuat daripada besi yang menggunakan teknik kikir dan tempa.
Saron Penerus/Pekin Alat idiofon berbentuk bilahan yang diperbuat daripada 54
Instrumen Muzik Tradisional
perunggu. Merupakan alat penambahan baru bagi ensembel Gamelan Melayu. Berperanan sebagai alat melodi yang menggandakan melodi pokok. Teknik perdam juga diamalkan dalam konteks pemakaiannya dan ia mempunyai oktaf yang tertinggi dalam keluarga Saron
Saron Penerus/Pekin
Saron Barong
Saron Demung
55
Siri Budaya Warisan Malaysia
serta mampu untuk menghasilkan suara yang lantang dan nyaring. Oleh itu ia lebih kecil daripada Saron Barong dan Saron Demung. Dari segi fizikalnya, Saron Penerus mempunyai bilah-bilah yang berukuran lebih kecil tetapi lebih menebal jika dibandingkan dengan bilah-bilah yang ada pada Saron Barong. Alat pemukul (sounding device) bagi Saron Penerus juga berbentuk penukul (hammer) yang diperbuat daripada tanduk kerbau. Saron Penerus biasanya diketuk secara gandaan dan memainkan not kuaver.
Slenteng Slenteng adalah alat ‘bilahan’ daripada perunggu. Ia merupakan alat penambahan baru dalam permainan Gamelan Melayu. Ia berperanan sebagai alat melodi yang dapat menghasilkan suara yang lembut dan mempunyai dengung yang agak panjang. Teknik perdam juga diamalkan dalam pemakaian alat Slenteng, supaya pencemaran bunyi (sound pollution) tidak berlaku apabila dimainkan serentak dengan alat-alat melodi yang lain.
Slenteng
56
Instrumen Muzik Tradisional
Alat Slenteng juga memerlukan ‘resonator’ iaitu kotak gema untuk meningkatkan (amplify) suaranya. Lazimnya resonator tersebut diperbuat daripada kepingan besi yang dibentuk seperti tabung dan dilaras serentak bersama bilahannya dalam proses mencari suara. Ia dipukul dengan sebelah tangan dengan menggunakan kayu pemukul yang dibalut dengan bahan-bahan jenis lembut seperti kain dan sebagainya.
Togunggak Togunggak adalah alat muzik Sabah yang diperbuat daripada buluh. Ia antara peralatan muzik tradisional masyarakat Kadazandusun Murut yang sangat popular pada zaman dahulu. Buluh yang dipilih ialah buluh yang cukup kuat agar bunyi dan nadanya tidak berubah. Selain itu buluh tersebut hendaklah buluh yang tua dan cukup kering. Ia akan dibuat dengan saiz yang berbeza untuk melahirkan nada muzik yang berbeza dari nada rendah hingga ke nada tinggi. Buluh itu akan dibentuk dengan runcing melengkung seperti bentuk buluh angklung, dan semasa memukulnya hendaklah dipegang badannya menggunakan empat jari. Bahagian yang dipukul ialah di tengah-tengah badannya agar menghasilkan bunyi yang kuat dan buluh tidak pecah. Togunggak
Erofon Erofon adalah alat-alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui lubang udara. Dalam masyarakat pribumi Malaysia, terdapat beberapa jenis alat muzik erofon 57
Siri Budaya Warisan Malaysia
seperti serunai, seruling, nafiri, seruling hidung dan lain lain yang sejenis.
Bungkau Bungkau ialah sejenis alat yang diperbuat dari kulit luar kelapa yang dikenali sebagai polod Kadazandusun. Alat ini berfungsi apabila strip bergetar membuat suara sangat sedikit dengan sendirinya, tapi jika dilakukan sebelum mulut dibuka, pemain boleh membesarkan suara dengan resonansi. Pelbagai bentuk frekuensi boleh diperoleh dengan mevariasikan bentuk mulut dan kedudukan lidah. Kepingan berkayu yang nipis di tengah alat ini digetarkan dengan memukulnya dengan ibu jari. Getaran kepingan kayu ini menghasilkan bunyi yang kecil tetapi dengan meletakkannya di hadapan mulut si pemain boleh membesarkan bunyinya melalui salun (bunyi yang berbalik). Berjenis-jenis frekuensi boleh dihasilkan dengan mengubah mulut serta kedudukan lidah. Apabila tidak dipakai, alat ini selalunya disimpan dalam bekas tiub buluh kecil agar ia tidak Bungkau rosak dan sentiasa dalam keadaan bersih.
Engkerurai Engkerurai merupakan sejenis alat muzik yang tidak asing lagi bagi masyarakat Iban di Sarawak. Bunyinya yang unik serta penghasilannya daripada sumber yang mudah diperoleh menjadikannya sangat digemari. Alat muzik yang tergolong dalam kumpulan aerofon ini lazimnya dimainkan secara perseorangan di majlis-majlis keramaian mahupun pada bila-bila masa mengikut kehendak si pemain. 58
Instrumen Muzik Tradisional
Engkerurai diperbuat dari labu air yang telah dikeringkan. Untuk memastikan engkerurai yang dihasilkan berkualiti, labu yang akan digunakan perlu bebas daripada serangan serangga perosak dan berkeadaan baik. Lapan batang buluh kecil disusun dalam dua lapisan dan dimasukkan kebahagian buah labu tersebut dengan menebuk. Gam kelulut digunakan untuk melekatkan batangbatang buluh tersebut juga untuk menahan angin dari keluar melalui celah-celah buluh apabila tiupan dilakukan. Satu daripada buluh ini tidak berfungsi dan hanya untuk memperseimbangkan kedudukan bentuk alat tersebut. Beberapa kepingan kecil plat buluh diletakkan pada dasar tiap-tiap tepian buluh untuk menghasilkan bunyi mengikut kod muzik yang telah ditentukan.
Engkerurai
Alat ini dimainkan oleh suku kaum Kadazan di Sabah dalam persembahan nyanyian dan tarian. Pemain boleh meniup atau menyedut mulut labu dengan menutup dan membuka tiga daripada empat buluh terpendek pada hujungnya. Ia akan mengeluarkan nada yang bergetar dan menghasilkan satu bunyian harmoni yang merdu.
Harmonium Harmonium dimainkan dalam kumpulan muzik hiburan. Ia menjadi alat muzik utama dalam persembahan Ghazal. Dalam bentuknya yang asli, Ghazal akan dimulai dengan membunyikan harmonium sebelum diikuti Biola, Tabla, Gambus dan lain-lain. Tetapi kini telah ada persembahan ghazal dimulakan dengan petikan Gambus. Badan harmonium ialah kotak yang berbentuk empat segi panjang dan diperbuat daripada kayu. Pelidahnya 59
Siri Budaya Warisan Malaysia
daripada logam. Ruang angin dan puputan terdapat dalam badannya. Papan kekunci dipasang pada bahagian atas badannya. Puputan dipam dengan sebelah tangan. Papan kekunci ditekan dengan jari pada sebelah tangan lagi. Tekanan udara dari puputan menyebabkan pipit bergetar dan berbagai pic dikeluarkan bila ditekan mata papan kekuncinya.
Harmonium dan pemuzik Harmonium.
Lutong Lutong adalah sitar buluh orang Kenyah dan Kayan dari Sarawak. Ia adalah instrumen sederhana kuat yang digunakan oleh wanita untuk mengiringi nyanyian dan kadang-kadang untuk mengetuai sebuah tarian yang panjang. Ia diperbuat daripada buluh yang diambil seruas, buluh itu diikat dengan rotan di kedua-dua hujungnya. Ruah buluh akan ditebuk memanjang dengan empat tebukan. 60
Instrumen Muzik Tradisional
Ada sebuah kisah yang diceritakan oleh penduduk tempatan bahawa jika seseorang bermain instrumen ini, ia akan diserang oleh harimau. Alat ini boleh ditemui di perkampungan kaum Kayan di persisiran Sungai Baram.
Lutong
Nafiri Nafiri merupakan alat muzik tradisional yang dikatakan berasal dari Riau di pulau Sumatera yang bentuknya mirip dengan trompet. Ia digunakan dalam orkestra Nobat di Malaysia. Selain sebagai alat muzik, nafiri juga digunakan sebagai alat komunikasi masyarakat Melayu. Terutama untuk memberitahu tentang adanya bencana, dan berita tentang kematian.
Nafiri
Nafiri juga digunakan untuk mengiringi lagu-lagu daerah dan juga upacara adat. Nobat akan dimainkan dalam majlis pelantikan golongan diraja atau perkahwinan diraja. Ketika ini fungsi nafiri menjadi lebih berkurang kerana hanya digunakan pada acara-acara kerajaan atau majlis-majlis diraja.
Nadaswaram Nadaswaram merupakan alat muzik klasik yang terkenal di selatan India. Alat muzik ini tergolong dalam keluarga erofon atau tiupan bukan loyang yang mempunyai bunyi terkuat di dunia. Alat muzik ini mempunyai persamaan dengan alat tiupan Shehnai yang terdapat di utara India tetapi memiliki saiz yang lebih besar dengan badannya 61
Siri Budaya Warisan Malaysia
diperbuat daripada kayu teguh dan loceng yang besar. Alat ini juga ada yang diperbuat daripada kayu atau logam, mempunyai tujuh lubang pada badannya, dan lima lubang yang terdapat pada bahagian Nadaswaram bawahnya yang dianggap sebagai lubang pengawal bunyi.
Selingup Selingup adalah seruling hidung orang Kayan di Sarawak. Seruling hidung di Sarawak secara tradisional dimainkan oleh laki-laki dan perempuan, sebagai sebahagian daripada proses berkasihan, dan juga dimainkan semasa di perkuburan untuk menenangkan roh-roh orang yang telah meninggal dunia. Ia mempunyai lima lubang yang dibuka dan ditutup termasuk satu lubang untuk menghembus bagi menghasilkan nada yang berlainan. Selingup juga dipanggil Selingut, Silingut atau Keringut.
Selingup
Seruling Seruling merupakan sejenis alat muzik bunyi-bunyian yang paling popular di China, disebabkan alat muzik itu dibuat daripada buluh, maka ia juga dikenal sebagai ‘zhudi’. Seruling diperbuat daripada sebatang buluh dan badannya dibuka 8 lubang. Lubang pertama untuk ditiup, aliran tiupan masuk ke dalam badan buluh dan mengeluarkan bunyi. Walaupun seruling itu kecil lagi sederhana, tetapi, alat muzik instrumen itu sudah bersejarah 7000 tahun. 62
Instrumen Muzik Tradisional
Kira-kira pada 4500 tahun yang lalu, bahan buatan seruling diubah dari tulang kepada buluh. Pada zaman Maharaja Hanwu hujung abat pertama sebelum Masihi, seruling itu dikenal sebagai ‘Hengchui’, alat muzik tersebut menempati kedudukan penting dalam alat-alat muzik tiupan. Mulai abad ke-7, seruling itu telah diubah suai, teknik permainannya berkembang maju dan boleh meniup muzik yang bertahap sangat tinggi. Hingga abad ke-10, seruling menjadi alat muzik instrumen utama dalam orkestra opera kalangan rakyat dan opera etnik minoriti.
Seruling
Serunai
Serunai merupakan alat muzik yang perlu ditiup untuk menghasilkan bunyi. Ia dikatakan diadaptasi daripada alat muzik Shehnai dari Lembah Kashmir, utara India. Alat tiupan ini mempunyai pipit berlapis-lapis. Pelidahnya sebanyak empat lapis diperbuat daripada daun lontar kering. Bahagian unik dari serunai adalah hujungnya yang mengembang, berfungsi untuk memperbesar nada bunyinya. Badan serunai diperbuat daripada kayu keras dalam bentuk kun. Badannya boleh diceraikan kepada tiga bahagian. Ia mempunyai tujuh lubang yang akan membezakan setiap nada jika ditutup buka. Angin ditiup melalui pipit dan nada terhasil dengan membuka atau menutup lubang-lubang tertentu. Serunai digunakan untuk mengiringi Wayang Kulit, Menora, Gendang Silat atau Gendang Keling.
Serunai
63
Siri Budaya Warisan Malaysia
Sompoton Sompoton ialah sejenis organ mulut yang popular dalam kalangan suku kaum Dusun dan Kadazan. Ia dikatakan mempunyai kaitan rapat dengan ‘khene’ sejenis organ mulut yang terdapat di Laos. Ia diperbuat dari labu air yang telah dikeringkan. Lapan batang buluh kecil disusun dalam dua lapisan dan dimasukkan ke bahagian buah labu tersebut dengan menebuk labu. Gam kelulut digunakan untuk melekatkan batang-batang buluh tersebut juga untuk menahan angin dari keluar melalui celah-celah buluh apabila tiupan dilakukan. Satu daripada buluh ini tidak berfungsi sebagai bunyian tetapi hanya untuk memperseimbangkan kedudukan bentuk alat tersebut. Beberapa kepingan kecil plat buluh diletakkan pada dasar tiap-tiap tepian buluh untuk menghasilkan bunyi mengikut kod muzik yang telah ditentukan. Alat ini masih dimainkan oleh suku kaum Kadazandusun di Sabah dalam persembahan nyanyian dan tarian. Sompotan boleh dimainkan secara hiburan persendirian atau kumpulan untuk mengiringi tarian. Pemain boleh meniup atau menyedut mulut labu dengan menutup dan membuka tiga daripada empat buluh terpendek pada hujungnya dengan tiga kecil pada dasar buluh terpendek serta hadapan dan belakang paip yang lebih panjang dengan jari tangan kiri. Ia akan mengeluarkan nada yang bergetar dan menghasilkan satu bunyian harmoni yang merdu.
Tetuang
Sompoton
Tetuang adalah alat ‘tiup’ jenis trompet. Ia diperbuat daripada tanduk lembu ataupun kerbau dan lazimnya digunakan untuk 64
Instrumen Muzik Tradisional
berhubung khususnya dalam kalangan para nelayan di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Mereka akan meniup Tetuang apabila tiba masanya untuk turun ke laut. Kini alat Tetuang sudah dijadikan sebahagian daripada alat tiup untuk menghasilkan melodi drone dalam ensembel bagi perarakan dalam majlis konvokesyen di pusat pengajian tinggi dan persembahan seni pentas seperti dramatari tradisional ataupun kontemporari. Tetuang
Turali
Turali ialah sejenis alat erofon. Ia berasal dari Sabah dan cukup popular bagi masyarakat peribumi. Ia diperbuat daripada buluh sumbiling. Panjang alat ini ialah kira-kira satu meter dan ada yang mencapai dua meter. Lebih panjang alat tersebut maka bunyi yang dihasilkan ialah mempunyai pic yang rendah manakala makin pendek alat tersebut akan menghasilkan bunyi yang lebih tinggi pic. Alat ini dimainkan dengan meniup menggunakan hidung. Ia mempunyai empat hingga enam lubang. Apabila semua lubang ditutup ketika meniup, maka not yang dihasilkan ialah not paling rendah. Turali
Erofon Bebas
Erofon bebas adalah suatu alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui lubang udara dengan car meniupnya, penjenisan alat adalah berbeza dari erofon. Ia diperbuat dari pelbagai bentuk yang berbeza dan diperbuat dari bahan yang bersifat sementara seperti daun-daun kayu, daun kelapa dan sebagainya. Penghasilan bunyi tidak mengikut kod muzik yang ditetapkan dan bukan untuk tujuan dimainkan bersama alat muzik yang lain. 65
Siri Budaya Warisan Malaysia
KESIMPULAN Sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum, Malaysia kaya dengan pelbagai jenis alat muzik yang digunakan oleh penduduk-penduduknya dengan pelbaai ragam dan rupa. Terdapat sebahagian kecil alat-alat muzik ini sudah sukar didapati, namun kebanyakannya tetap digunakan mengiringi acara-acara kebudayaan tradisional. Kini alat-alat muzik ini juga sudah dihasilkan sebagai produk pelancongan yang unik dan penting.
Rujukan Agnieszka Wetton, Sundatang, www.flickr.com (5/5/2011)
Ensiklopedia Dunia Melayu, 1997, Piramid Perdana, Kuala Lumpur Ensiklopedia Malaysiana, 1996, Anzagain, Kuala Lumpur. Haji Aziz Deraman & Wan Ramli Wan Mohamad, 1994. Muzik dan Nyanyian Tradisional Melayu. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti. Kementerian Kebudayaan, Penerangan dan Komunikasi, http:// kebudayaan.kpkk.gov.my (12 Februari 2011). Jabatan Penerangan Malaysia, http://malaysiana.pnm.my/ (14 Januari 2011) http://www.asza.com (9 Mei 2011) http://www.daftarwarisan.gov.my/index.php (10 Februari 2011) http://www.mykedah2.com (9 Mei 2011) http://radzami.blogspot.com/2009/06/tetuang-dari-tandukkerbau.html (9 Mei 2011) http://nobatupsi2010.blogspot.com/2010/09/alat-alatmuzik-nobat.html (9 Mei 2011) 66
ISBN SET 978-967-0510-83-5 ISBN 978-967-0510-90-3