ISLAM ICT Flipbook PDF

ISLAM ICT
Author:  N

56 downloads 220 Views 705KB Size

Story Transcript

MPU23012 – PENGAJIAN ISLAM

E – FOLIO SAINS TEKNOLOGI DAN MAKLUMAT

ENCIK IBRAHIM BIN ABDULLAH

MUHAMMAD NAZIRUL NAQIB BIN MISMAN (14DPR19F2052) MUHAMMAD ADAM BIN MUHAMAD NORSATAR 14DPR19F2046 MUHAMMAD DINIE FAHRIE BIN MAKHDIR 14DPR19F2013 MOHAMAD ALIFF NAJMI BIN MOHD FADZIL 14DPR19F1802

ISI KANDUNGAN

1

PENGHARGAAN

2

OBJEKTIF

3

PENGENALAN SAINS TENOLOGI DAN ICT

4

PERANAN ICT TERHADAP PERKEMBANGAN DAKWAH DALAM ERA GLOBALISASI

5

KESAN DAN CABARAN DUNIA SIBER DALAM PEMBENTUKAN AKHLAK MASYARAKAT

6

PENYALAHGUNAAN ICT: PANDANGAN ISLAM TERHADAPNYA DAN CARA MENGATASINYA

7

IMPAK PENGABAIAN SAINS TEKNOLOGI KEPADA UMAT ISLAM

8

ETIKA ISLAM BERKAITAN SAINS TEKNOLOGI DAN ICT

9

PENUTUP

PENGHARGAAN

ASSALAMUALAIKUM. ALHAMDULILLAH, SUKUR PADA ALLAH SWT DENGAN BERKATNYA KAMI DAPAT MENYIAPKAN E-FOLIO INI. EFOLIO BANYAK MEMBERI MANFAAT KEPADA KAMI DENGAN PENGETAHUAN KETIKA KAMI MENYIAPKAN TUGASAN INI.

JUTAAN TERIMA KASIH KAMI UCAPKAN KEPADA ENCIK IBRAHIM BIN ABDULLAH KERANA MEMBERI KAMI BIMBINGAN DAN TUNJUK AJAR KETIKA MELAKSANAKAN TUGASAN INI AGAR E-FOLIO INI MENJADI RUJUKAN YANG BAIK.

TIDAK LUPA JUGA PADA AHLI KUMPULAN INI IAITU NAZIRUL NAQIB, ADAM, ALIF NAJMI DAN DINIE FAHRIE YANG TELAH MENYIAPKAN TUGASAN INI DENGAN BAIK.

AKHIR SEKALI KAMI INGIN MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT DALAM MEMBANTU MENYIAPKAN TUGASAN INI.

OBJEKTIF

E-FOLIO YANG DISIAPKAN INI ADALAH BERTUJUAN UNTUK MEMBERI PENGETAHUAN TENTANG SAINS TEKNOLOGI DAN ICT DENGAN LEBIH DALAM IAITU:  MENGENALPASTI PERANAN SAINS TEKNOLOGI TERHADAP PERKEMBANGAN DAKWAH DALAM ERA GLOBALISASI

 MENGENALPASTI KESAN DAN CABARAN DUNIA SIBER DALAM PEMEBNETUKAN AKHLAH MASAYRAKAT  MENGENALPASTI PENYALAHGUNAAN ICT

 MENGENALPASTI IMPAK PENGABAIAN SAINS TEKNOLOGI KEPADA UMAT ISLAM

 MENGENAL PASTI ETIKA ISLAM BERKAITAN SAINS DAN ICT

PENGENALAN SAINS TEKNOLOGI DAN ICT Sains, teknologi dan ICT merupakan tiga bidang yang sangat penting dalam kehidupan manusia zaman sekarang. Ketiga-tiga bidang ini membentuk teras dan dasar yang memastikan kelangsungan hidup manusia di alam ini. Namun, dalam masyarakat Islam, ketiga-tiga bidang ini agak ketinggalan berbanding masyarakat lain. Hal ini mungkin berpunca daripada sikap dan pandangan masyarakat Islam terhadap ketiga-tiga bidang tersebut. Topik ini akan membincangkan kedudukan sains, teknologi dan ICT menurut pandangan Islam Sains dari segi bahasa berasal dari perkataan scientia dalam bahasa Latin yang bermaksud ilmu pengetahuan. Secara umumnya, ilmu sains bukan sahaja bermaksud satu disiplin ilmu yang berkaitan dengan fenomena alam fizikal, tetapi juga merujuk kepada kaedah memperoleh ilmu itu iaitu melalui eksperimen dan pembuktian empirikal. Dengan itu, sains menolak penjelasan melalui unsur ghaib yang tidak boleh dibuktikan secara empirikal Tahukah anda apa pula makna teknologi? Teknologi merujuk kepada cara penyelesaian kepada masalah sebenar manusia melalui kemajuan dan penggunaan peralatan, bahan-bahan, jentera, maklumat, pemerosesan dan sebagainya. Hal ini bermakna teknologi lebih merujuk kepada cara penggunaan dan pengetahuan peralatan dan kemahiran manusia. Sejarah teknologi bermula seawal sejarah manusia sendiri. Manusia terawal telahpun menggunakan pelbagai peralatan untuk menyelesaikan masalah hidup mereka seperti alat perburuan, pertanian, pemahatan dan sebagainya. Setelah itu, peralatan yang digunakan oleh manusia menjadi semakin kompleks dan ilmu pengetahuan tentangnya juga berkembang. Himpunan ilmu pengetahuan tentang teknik penciptaan peralatan dan kegunaannya untuk memenuhi pelbagai keperluan fizikal hidup manusia inilah yang akhirnya berkembang menjadi satu disiplin ilmu teknologi seperti yang diketahui sekarang ICT pula merujuk kepada penggunaan teknologi dalam mengurus, mengguna dan memproses maklumat. Secara tepatnya ICT berkait dengan penggunaan komputer elektronik dan perisian untuk memindah, menyimpan, memelihara, memproses dan memadankan maklumat. Bagi masyarakat umum pula, ICT lebih difahami sebagai kemahiran memanfaatkan dan menggunakan Internet untuk tujuan mencari, memindah, menyimpan dan memadankan maklumat

Berdasarkan definisi ketiga-tiga bidang tersebut, jelas kepada anda bahawa ketigatiganya merupakan pengetahuan dan kemahiran yang sangat penting bagi umat manusia, termasuk masyarakat Islam. Contoh yang sesuai ialah al-Qur’an. Walaupun al-Qur’an bukan buku sains, namun terdapat banyak maklumat sains di dalamnya. Umpamanya, al-Qur’an menjelaskan secara terperinci tentang permulaan kejadian manusia dari peringkat embrio semasa di dalam rahim ibunya. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Sesungguhnya Kami ciptakan manusia dari tanah yang lembut. Kemudian Kami jadikannya setitik sperma pada tempat yang tetap (rahim), kemudian Kami jadikan sperma itu sesuatu yang bergantungan yang seterusnya menjadi mudghagh (seketul ketumbuhan). Mudghah ini pula seterusnya Kami jadikan tulang dan kemudiannya Kami litupi tulang tersebut dengan daging kamudian Kami jadikannya makhluk yang berbeza … (Surah al-Mu’minun: 12 – 14) Dalam ayat ini, al-Qur’an menjelaskan secara terperinci peringkat kejadian manusia. Penjelasan ini telah terbukti menepati proses pembesaran janin dalan rahim ibunya seperti yang dijelaskan oleh para saintis moden hari ini. Terdapat berpuluh-puluh ayat lain yang menggambarkan betapa rapatnya hubungan antara al-Qur’an dengan sains. Hal ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana hakikatnya semua ilmu berpunca daripada Allah s.w.t. Maka, begitulah juga ilmu sains berpunca daripada Allah s.w.t. Berdasarkan takrifan yang dinyatakan di atas iaitu sains merujuk kepada satu bidang ilmu yang berkaitan dengan kajian alam fizikal dan segala fenomena yang berlaku dalamnya, maka jelas bahawa sains juga bersumberkan Allah s.w.t. yang disampaikan melalui alQur’an. Hal ini kerana alam semesta ini merupakan ciptaan dan milik Allah s.w.t. Maka sudah tentulah ilmu yang berkaitan dengan alam semesta juga merupakan ciptaan dan milik Allah s.w.t.

PERANAN ICT TERHADAP PERKEMBANGAN DAKWAH DALAM ERA GLOBALISASI Internet ialah rangkaian komputer yang berhubung menerusi pelbagai rangkaian. Rangkaian internet yang terbesar dinamakan Internet. Internet merupakan rangkaian jaringan maklumat yang terbesar di dunia. Rangkaian ini membolehkan komunikasi dua hala dan pertukaran maklumat berlangsung . Dianggarkan pengguna alam siber di Malaysia pada Disember 2011 mencecah sehingga 36 juta pengguna . Ini menunjukkan bahawa jumlah pengguna internet di Malaysia boleh dikatakan tertinggi di Asia . Antara pautan internet yang paling popular ialah Facebook , Twitter , Instagram , Google , Youtube dan lain-lain. Antara pendekatan dakwah melalui internet yang boleh diaplikasikan oleh para pendakwah :

 Facebook Facebook merupakan laman sosial paling diminati dan merupakan paling ramai pengguna di dunia iaitu berjumlah kira-kira 838 juta pengguna. Mutakhir ini, Facebook menjadi kesukaan ramai terutamanya golongan remaja dan belia. Ini kerana Facebook mempunyai aplikasi-aplikasi yang pelbagai seperti chatting, update status, share, video, comment, group, page dan sebagainya. Ini dapat memudahkan pengguna untuk berinteraksi dengan pengguna yang lain contohnya dapat berjumpa dengan kawan lama yang mana telah terputus hubungan. Oleh itu, sebagai pendakwah perlulah mengambil inisiatif untuk memanfaatkan sebaiknya Facebook untuk gerak kerja dakwah. Antara inisiatif yang amat wajar dilakukan oleh pendakwah ialah berkongsi segala ilmu berkaitan Islam kepada penonton dengan update status ataupun share post atau status berunsur islamik di dalam Facebook. Selain itu, para da’i juga dapat menghidupkan usrah alam maya dengan menciptakan satu group chat. Hal ini kerana, dapat lebih mendekati dan mengenali hati para penonton serta dapat berbincang dengan lebih mendalam tentang hal agama islam yang berkait dengan isu semasa.

 YouTube YouTube merupakan laman perkongsian video yang popular untuk memuat naik, menonton dan berkongsi video. Terdapat satu artikel menyatakan bahawa sebanyak 65 000 video dimuat naik dan 1 000 000 tontonan pada setiap hari. Fenomena artis mahupun ustaz selebriti kelahiran melalui Youtube makin popular dalam kalangan masyarakat di Malaysia sejak akhir-akhir ni. Sebagai contohnya fenomena Ustaz Azhar Idrus dan Ustaz Don Danial yang mana jumlah penonton videonya mencecah ratusan ribu. Ini adalah satu petanda positif buat para pendakwah untuk terus memanfaatkan sebaik mungkin Youtube untuk menyebarluaskan Islam. Namun, kreativiti menghasilkan video sudah tentu amat perlu untuk menarik perhatian penonton. Di samping itu, video hiburan islamik seperti nasyid, qasidah, berzanji dan sebagainya boleh juga dimuatnaikan dalam youtube untuk kita tonjolkan bahawa Islam tidak pernah melarang umatnya untuk berhibur asalkan mengikut garis panduan yang telah disyariatkan .

 Laman Web World Wide Web atau WWW atau lebih dikenali sebagai web merupakan perkhidmatan internet yang paling popular. Web merupakan satu perkhidmatan yang menghimpun maklumat. Lazimnya web mempunyai hiper pautan (hyperlinks) teks, imej grafik, audio dan video. Setiap halaman web mempunayi alamat yang unik. Alamat ini dikenali sebagai Uniform Resource Locator (URL). Setiap URL mengandungi dua bahagian utama iaitu protokol dan nama domain. Protokol yang lazim digunakan ialah http:// iaitu sengkatan HyperText Transfer Protocol. Laman web ialah dokumen “HTML” pada World Wide Web. Biasanya dokumen ini mengandungi hubunganhiperteks dengan dokumen lain pada World Wide Web.

Dengan adanya laman web dapat memudahkan pendakwah untuk berdakwah kepada umat islam dan mereka juga boleh membuat ‘question and answer’ di laman web tersebut dan ia dapat memudahkan pendakwah untuk menjawab soalan kepada orang yang ingin bertanya. Melalui laman web, orang yang mendengar atau membaca teks yang disampaikan oleh pendakwah, mereka dapat sebarkan kepada keluarga dan rakan-rakan melalui URL tersebut. Ia memudahkan orang untuk membuka laman web tersebut tanpa membuka google dan membuat carian . Antara contoh media sosial yang lain :

KESAN DAN CABARAN DUNIA SIBER DALAM PEMBENTUKAN AKHLAK MASYARAKAT I.

KEBENARAN TENTANG SESUATU MAKLUMAT

Maklumat yang tepat dan benar adalah penting terutamanya jika ianya mempunyai unsur-unsur keagamaan atau sensitiviti perkauman yang perlu dipastikan kebenarannya. Selain itu, pihak yang tidak bertanggungjawab sentiasa mencari jalan untuk menyebarkan berita palsu sehingga menyesatkan orang lain. Hal ini memberi cabaran untuk masyarakat mencari maklumat yang sahih. Oleh itu, seseorang yang ingin mencari maklumat perlulah merujuk kepada sumber yang betul bagi mengesahkan maklumat dan mengelakkan kekeliruan. Kesannya, dari amalan yang sia-sia ini manusia akan mudah mempercayai maklumat yang diperolehi dari internet dan akan menyebabkan sesorang menyebarkan berita yang palsu akan kebenarannya.

II.

MELAYARI LAMAN WEB YANG NEGATIF

Setiap orang pasti mempunyai minat dan kesukaan untuk melayari laman-laman web yang tidak bermoral dan tidak berfaedah sehingga ianya memberikan kesan yang negatif dalam perkembangan minda dan fizikal manusia. Ketagihan terhadap laman web negatif akan mencemarkan maruah, memberi contoh nilai keperibadian yang buruk, melibatkan diri dalam masalah perundangan, pembaziran wang serta masa dan terdedah kepada jenayah seksualiti. Seterusnya, dengan kewujudan laman web yang negatif ini akan mudah diakses oleh sesiapa sahaja termasuk anak-anak sekolah, remaja dan golongan dewasa akan memberi kesan yang negatif terhadap gaya hidup masyarakat. Antaranya, masyarakat akan mudah menghampiri zina dan melakukan perkara-perkara maksiat. Contohnya, membicarakan unsurunsur seksual antara satu sama lain, melihat pornografi daripada laman web lucah dan sebagainya. Ini menyebabkan peribadi seseorang muslim tercemar dan merebaknya penyakit sosial seperti ketagihan seks seperti penzinaan, pelacuran, lpenularan HIV/AIDS, homoseksual dan lesbian, penyakit kelamin, curang dalam hubungan dan melakukan seks sebelum kahwin di kalangan rermaja.

III.

PENYEBARAN FITNAH DAN GOSIP

Kemudahan melalui ICT sering disalahgunakan untuk kepentingan peribadi. Gejala utama yang sering dikaitkan dengan teknologi ICT ialah penyebaran fitnah dan gosip oleh satu pihak bagi tujuan memburukkan, memalukan atau menjatuhkan pihak lain. Fitnah ini tersebar di laman web, internet, sms, mms dan media yang lain. Hal ini akan mencabar etika dan tatasusila hidup bermasyarakat dan bernegara. Walaubagaimanapun, menurut ajaran Islam, penyebaran fitnah adalah satu jenayah sangat besar dan memberi impak yang negatif jika ianya melibatkan orang yang terdekat dan di sekeliling kita. Kesannya, fitnah akan menyebabkan maruah dan kedudukan seseorang individu serta keluarganya tercemar dan berlakunya memecahbelahkan hubungan sesama saudara Islam. IV.

PERMASALAHAN REMAJA

ICT merupakan minat yang utama bagi seorang remaja terutamanya teknologi internet dan alat komunikasi yang akan mendorong mereka menghabiskan masa di cyber cafe, internet cafe dan telefon bimbit. Hal ini mencabar pengurusan sekolah, pihak berkuasa dan orang ramai terhadap masalah pelajar yang mengunjungi pusat internet di waktu persekolahan dan selepas persekolahan. Program atau mainan seperti chatting, permainan video, sms, mms, 3G dan berbagai-bagai aktiviti melaluinya akan menyebabkan kegilaan remaja dan memberi cabaran terhadap ibubapa mereka. Misalnya, ramai pelajar yang ponteng sekolah, menyalahgunakan wang saku yang diberikan, meminjam wang rakan-rakan bahkan ada yang sanggup menipu dan mencuri semata-mata untuk mendapatkan wang. Dengan itu, ibubapa merupakan pemimpin kepada anak-anak mereka kerana mereka hendaklah memberi tumpuan dan perhatian kepada anak-anak mereka agar dapat menjaga tingkahlaku dengan baik sama ada di luar atau di dalam rumah . Kesannya ialah pembaziran masa kerana terlalu lama di cyber cafe, tidak mendapat perhatian yang secukupnya daripada ahli keluarga dan menyebabkan masalah gejala sosial di kalangan remaja. Oleh itu, kerajaan juga terpaksa masuk campur dan bertindak mengawal aktiviti kunjungan remaja ke pusat-pusat internet.

PENYALAHGUNAAN ICT : PANDANGAN ISLAM TERHADAPNYA DAN CARA MENGATASINYA Pada zaman kini terlalu banyak penyalahgunaan ICT terutamanya golongan remaja dan peringkat umur daripada 12-30 tahun. antara beberapa isu yang dapat dikemukakan adalah mereka menggunakan teknologi ini untuk melayari laman web pornografi atau mereka memasukkan gambar yang tidak bermoral atau lucah ke dalam media sosial seperti mereka menyebarkan di Facebook, Instagram, Twitter dan aplikasi media yang ada. Perkara ini dilihat mudah diperoleh oleh golongan remaja yang telah terdedah kepada banyak perkara negatif tanpa kawalan dan pengawasan. Sekiranya perkara ini tidak dikawal , ia akan memberikan kesan yang besar kepada psikologi dan tindak-tanduk remaja sekaligus membawa kepada permasalahan moral yang lebih besar. Antara kesan yang dapat dilihat daripada penyalahgunaan ini adalah peningkatan remaja dengan seks luar nikah dan mengakibatkan kelahiran anak luar nikah. Ini secara tidak langsung mendorong remaja melakukan perbuatan yang lebih buruk seperti menggugurkan kandungan dan membuang bayi. Sebagai umat islam, kita perlu mengatasi perkara begini supaya tidak menjadi berlarutan, jadi yang harus memainkan peranan adalah ibu bapa. Ibu bapa perlu memantau kelakuan anak-anak, memastikan telefon bimbit mereka tidak melayari laman web pornografi, melihat dengan siapa mereka bergaul di media sosial, sentiasa menasihati anak-anak dan jangan mengabaikan mereka. Remaja umur 12-17 telah banyak membuat kes seperti melakukan seks dan melahirkan anak. Jadi, sudah terang lagi bersuluh bahawa ibu bapa tidak memberikan sepenuh perhatian terhadap kelakuan dan tindakan yang dilakukan oleh anak mereka semasa dirumah mahupun di luar rumah.

Isu seterusnya adalah mereka telah menyebarkan maklumat kepada orang yang tidak dikenali secara terbuka dan penuh percaya. Kemudahan ICT telah membuka ruang yang sangat luas bagi seseorang mengenali dan berhubung dengan seseorang secara lebih bebas dan terbuka. Ini bukan sahaja disasarkan kepada golongan remaja bahkan golongan dewasa dan profesional juga terdedah kepada permasalahan ini sehingga mungkin boleh mendedahkan perkara-perkara penting negara sekaligus menyebabkan masalah yang lebih besar kepada negara. Kesan yang dapat dilihat daripada isu ini adalah terdapat banyak laporan-laporan yang didedahkan terhadap kes-kes kehilangan remaja kesan daripada penggunaan ICT secara tidak terkawal. Kes seperti ikut orang yang tidak dikenali, dan sebagainya. Jadi, kita perlu memberi penekanan dengan kes sebegini, pihak yg bertanggungjawab perlu membuat aplikasi dengan membuat pendaftaran serta mengawal supaya tidak ada perbualan yang berunsurkan lucah. Akhir kalam, isu yang dilihat kritikal apabila tersebar luasnya penipuan dalam bentuk kewangan melalui internet. Penipuan ini telah semakin merebak dan semakin ramai mangsanya. Mereka juga dikenali sebagai ‘scammer’, penipuan yang bermotifkan kewangan ini dilakukan dengan banyak cara, antara contoh ialah tawaran hadiah tertentu kepada seseorang kerana telah terpilih berdasarkan sesuatu sebab ( misalnya alamat e-mail anda bertuah melalui pilihan rambang); kerjasama dalam pengurusan membawa keluar dana-dana tertentu dalam jumlah yang besar ( misalnya 2 juta USD ) dan juga kategori yang lebih kecil jumlahnya seperti anda telah menerima sebuah kotak hadiah tetapi mesti membayar melalui pindahan akaun bank atau kad kredit sebelum hadiah itu dapat dihantar dan dituntut. Jadi, kita perlu mengatasi hal ini supaya tiada lagi mangsa yang akan terkena. Oleh itu, kita perlulah menjadi orang yang bijak dengan mengabaikan teks sebegini, kita juga boleh melaporkan hal ini kepada pihak berkenaan supaya mereka dapat mengambil tindakan dan kita juga perlu berhati-hati ketika menggunakan telefon bimbit kerana teknologi boleh membawa padah jika kita tidak mampu mengawalnya.

IMPAK PENGABAIAN SAINS TEKNOLOGI KEPADA UMAT ISLAM

Umat islam akan menjadi lemah jika mereka menjadi pengguna dan bukanlah pencipta. Umat islam juga terpaksa belajar ilmu sains dan teknologi dari barat. Majoriti ciptaan sains barat banyak yang melalaikan dan sains yang digunakan adalah bertentang dengan cara yang telah ditetapkan oleh syariat. Ini akan menjadikan umat islam lemah sehingga tidak dapat mempertahankan diri dari serangan barat dan mengharapkan barat untuk mempertahankan negara islam. Pada suatu masa dulu umat islam amat menguasai bidang sains dan ketika itu sains islam menguasai dunia. Ahli sains islam adalah manusia yang kamil iaitu menguasai ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah – ulama’ sainstis. Sains yang berkembang dalam dunia islam menjawab semua persoalan manusia mengenai ketuhanan. Kesan sosial daripada impak pengabaian ini adalah maruah umat islam akan jatuh seterusnya dakwah islam tidak dapat disebarkan dengan meluas. Selain itu, umat islam akan menjadi mundur dan ketinggalan.Oleh itu, kita sebagai umat islam perlu belajar ilmu sains teknologi dan ICT supaya umat islam tidak dapat ditindas dan dapat menyebarkan ilmu dakwah.

ETIKA ISLAM BERKAITAN SAINS TEKNOLOGI DAN ICT

 Sains Islam menitikberatkan aspek penunaian tanggungjawab manusia sebagai khalifah Allah S.W.T di muka bumi ini  Prinsip utama etika sains islam adalah untuk memenuhi tanggungjawab akhlak yang telah ditentukan garis panduannya oleh syari’ah

 Berlaku adil dalam memenuhi tanggungjawab, memelihara keindahan dan menjaga keaslian alam semulajadi

 Tidak merosakkan dan memusnahkan alam  Mengutamakan kepentingan awam dan tidak melakukan pembaziran dalam mengeksploitasi sumber tabi’ii

PENUTUP Ketika masyarakat Barat masih lagi hidup dalam zaman kegelapan pada abad-abad pertengahan (medieval period), umat Islam telah mencapai zaman kegemilangan sains dan teknologi hasil ciptaan dan pemikiran para saintis Muslim. Bagaimanapun, akibat kealpaan umat Islam selepas itu, penguasaan mereka terhadap ilmu pengetahuan tersebut mulai merosot dan akhirnya ilmu pengetahuan mereka dipindahkan kepada masyarakat Barat. Hasil sumbangan dan pemikiran cerdik pandai Islam inilah yang akhirnya memberi sumbangan kepada kemunculan dan kegemilangan tamadun Barat seperti yang kita saksikan hari ini. Dengan itu, menjadi tugas para saintis Muslim pada hari ini untuk bekerja keras untuk mengembalikan keagungan tamadun Islam seperti yang pernah dinikmati dahulu. Tumpuan yang serius mesti diberikan oleh masyarakat Islam untuk mengembalikan keagungan sains dan teknologi Islam. Mempelajari ilmu sains, teknologi dan ICT sehingga boleh dimanfaatkan oleh orang lain merupakan fardu kifayah bagi semua umat Islam. Antara sebab umat Islam mesti memberikan perhatian berat kepada sains, teknologi dan ICT ialah kerana

1. Dalam dunia hari ini, ternyata sekali bahawa negara yang memiliki kekuatan dalam bidang- bidang ini adalah negara yang paling berkuasa dan berpengaruh. Umat Islam mesti memastikan bahawa negara umat Islam menjadi negara yang paling kuat dan berpengaruh. Hal ini memungkinkan usaha penyebaran dakwah Islamiyyah bagi memuliakan kalimah Allah dapat dilakukan dengan lebih berkesan 2. Sains, teknologi dan ICT bukanlah sesuatu yang asing bagi agama Islam. Semua ilmu berasal daripada Allah s.w.t. termasuk juga sains, teknologi dan ICT. Selain itu, umat Islam dahulu telah berjaya muncul sebagai pelopor dan peneroka dalam bidang ini. Maka umat Islam sekarang perlu berusaha untuk mengembalikan status tersebut. 3. Islam sangat terbuka dalam usaha mendapatkan ilmu dan kebijaksanaan. Islam membenarkan para penganutnya untuk mengambil ilmu walaupun daripada sesiapa juga. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

Menuntut ilmu agama adalah kefarduan kepada orang Islam lelaki dan perempuan. (HR. Ibnu Adi dan Baihaqi) Hal ini bermakna Islam mengajarkan kita supaya berusaha untuk mendapatkan ilmu walaupun terpaksa belajar dan mendapatkannya daripada orang kafir. Perbincangan ini jelas menunjukkan bahawa sains, teknologi dan ICT merupakan sesuatu yang sangat mustahak bagi kehidupan manusia. Islam sebagai agama yang sangat mementingkan kebahagiaan hidup manusia di dunia dan akhirat, sentiasa menggesa umatnya untuk memberi penekanan bagi menguasai segala bidang ilmu termasuk sains, teknologi dan ICT. Dengan menguasai ketiga-tiga bidang tersebut, umat Islam boleh menjadi lebih kuat, dihormati dan mudah untuk menyebarkan dakwah Islamiyyah kepada manusia sejagat.

Get in touch

Social

© Copyright 2013 - 2024 MYDOKUMENT.COM - All rights reserved.