Data Loading...
JENIS HUTAN DI MALAYSIA Flipbook PDF
Jenis Hutan di Malaysia
123 Views
98 Downloads
FLIP PDF 2.43MB
PERPUSTAKAAN AWAM SUNGAI PETANI
E-FLIP MEI 2022
JENIS HUTAN DI MALAYSIA Disediakan oleh : MUHAMMAD AMIN BIN AHMAD ZAKI
PENGENALAN
Hutan merujuk kepada kawasan yang ditumbuhi pokok secara meliar dan bercampur-campur. Hutan berbeza dengan ladang yang pipinya ditanam oleh manusia dan pada kebiasaannya dipenuhi hanya satu atau dua spesies pokok sahaja. Hutan juga dikelaskan mengikut perubahan ciri-ciri ketinggian dari aras laut, gabungan flora, habitat, iklim, tanah dan biotik.
JENIS HUTAN DI MALAYSIA Hutan Ericaceous - Gunung Hutan yang terletak pada ketinggian melebihi 1,500 meter a.p.l dikenali sebagai Hutan Ericaceous-Gunung. Pokokpokok yang terdapat pada jenis hutan ini bersaiz kecil, bengkok dan rendah. Spesies dari famili Ericacea mendominasi lantai hutan ini seperti Rhododendron spp. dan Vaccinium spp. Selain itu, tumbuhan seperti buluh, paku pakis dan lumut juga boleh ditemui di sini.
Hutan Ericaceous - Gunung
JENIS HUTAN DI MALAYSIA Hutan Montane/ Oak-Gunung Hutan jenis ini boleh dijumpai pada ketinggian 1,200 meter hingga 1,500 meter a.p.l. Spesies utama yang boleh ditemui di hutan ini adalah Lithocarpus spp. (Mempening) , Fagaceae sp. (Berangan) dan Cinnamomum sp. (Medang). Spesies dipterokarpa jarang ditemui dan hanya sebilangan sahaja spesies dipterokarpa yang boleh ditemui seperti Dipterocarpus retusus (Keruing gunong) dan Vatic spp. (Resak).
Hutan Montane / Oak-Gunung
JENIS HUTAN DI MALAYSIA Hutan Dipterokarpa Atas
Hutan ini terletak di ketinggian 750 meter hingga 1,200 meter a.p.l. Shorea platyclados (Meranti bukit), Agathis borneensis (Damar minyak), Calophyllum sp. (Bintangor), Dipterocarpus sp. (Keruing), Shorea astylosa (Balau gunong), Shorea submontana (Balau gajah) dan Shorea parvifolia (Meranti sarang punai) antara spesies pokok yang wujud pada jenis hutan ini
Hutan Dipterokarpa Atas
JENIS HUTAN DI MALAYSIA Hutan Dipterokarpa Bukit Hutan dipterokarpa bukit merupakan jenis hutan yang paling luas di Semenanjung Malaysia dan wujud pada ketinggian 300 hingga 750 meter a.p.l. Spesies utama yang boleh dijumpai adalah Shorea curtisii (Meranti seraya), Dipterocarpus (Keruing) dan spesies Meranti yang lain.
Hutan Dipterokarpa Bukit
JENIS HUTAN DI MALAYSIA Hutan Dipterokarpa Pamah Hutan ini terletak pada ketinggian tidak melebihi 300 meter a.p.l dan mempunyai bilangan pokok yang padat dari pelbagai spesies. Meranti, Balau dan Kapur merupakan spesies utama di kawasan hutan i
Hutan Dipterokarpa Pamah
JENIS HUTAN DI MALAYSIA Hutan Paya Gambut Hutan ini terbentuk di atas tanah gambut yang mempunyai kedalaman lebih kurang 6 meter yang berair dan berasid. Hutan ini terletak di belakang garisan pantai. Antara spesies yang biasa terdapat di hutan ini adalah Koompassia malaccensis (Kempas), Calophyllum spp. (Bintangor), Shorea platycarpa (Meranti paya), Gonystylus spp.(Ramin), Sapotaceae sp. (Nyatoh), Cratoxylum spp. (Geronggang) dan Vatica spp. (Resak).
Hutan Paya Gambut
JENIS HUTAN DI MALAYSIA Hutan Paya Laut Hutan ini terbentuk di kawasan yang berlumpur di pantai, lagun dan muara sungai yang mengalami air pasang dan surut. Spesies pokok-pokok utama hanya terhad pada habitat ini dan tumbuhan di ekosistem ini lazimnya mempunyai sistem akar unik seperti akar jangkang dan pneumatofor serta struktur daun yang tebal seperti Rhizophora spp. (bakau).
Hutan Paya Laut